20 Jun 2012

YB PAS akhirnya buat pusingan UTURN.

YB PAS Che Rosli akhirnya buat pusingan UTURN.


Hah, akhirnya YB che rosli mengaku juga bahawa dia tak boleh menjamin samada LYNAS selamat ataupun tidak. Ini betul2 UTURN. Tapi takpe, neh UTURN yang baik. Bukan macam zamhuri tue.

kah kah kah.....

Sedikit petikan berita mengenainya kat bawah neh ;

“Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

“Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen… saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak,”


Ini statement pada hari neh.

Dulu2 YB pernah menganggap lynas itu selamat. Siyes. Rujuk bawah neh ;

Pada Ogos tahun lalu, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Bacaan penuh disini

Ini pengakuan yang bloggers umno buat2 taknampak or buta. Sengaja highlightkan perkara lain supaya sesama ahli pas dan wakil rakyat pakatan rakyat berbalah dalam isu lynas. Hello, ada jek mereka2 yang pro mca pun bantah lynas. So what? Isu lynas bukan isu kepartian or kepolitikkan oke. Ini isu alam sekitar dan kesihatan.

Seseorang mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju. Jika mereka bersetuju, mereka bersetuju atas sebab2 tertentu dan begitulah sebaliknya jika mereka menolak lynas. Mereka menolak atas sebab2 tertentu juga. Bukan pasal parti apa seme. Takde kaitan langsung nak tolak satu2 perkara tue berdasarkan parti or pandangan politik.

Apa pun aku hormati dan faham pandangan che rosli dalam isu neh. Sebagai seorang sainstis, minat dan kecintaan terhadap kajian dan teknologi memang tinggi. Itu naluri sainstis. Menafikan naluri sainstis sama seperti kita menafikan kecenderungan lelaki pasangannya wanita.

So aku no hal. Memang benar radiasi rendah. Namun bukan bermaksud tiada radiasi terkumpul. Jadi ketakutan masyarakat di sekitar sebenarnya adalah relevant bahkan ketakutan mereka terhadap projek neh juga bukan sia2 apabila satu persatu siasatan kita mendapati lynas tidak memenuhi syarat yang telah dipersetujui sebelum neh terutamanya bab pembuangan sisa pemprosesan.

Apa pun aku ucapkan tahniah lah pada yb pas. Akhirnya sedar juga. Dia pun dah tak berani nak bagi jaminan bahawa projek lynas tue selamat beb. Macam dulu2.





kah kah kah

Ameno

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...