langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

07 Mei 2011

Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia?

Kristian akan jadi Agama Rasmi Malaysia?

PAPARAN muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang tajuk besar "Kristian Agama Rasmi?". Jelas sekali tanpa berselindung, niat akhbar rasmi milik gerombolan songkok tinggi itu mahu mencetuskan perasaan benci rakyat beragama Islam di negara ini kepada orang-orang Kristian. Dengan berbekalkan artikel provokasi dari blog-blog jalanan gerombolan songkok tinggi, Utusan kini jadi medium menanam kebencian dan memecah belahkan rakyat Malaysia.

Seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM sebelum ini, taktik terbaru Najib Tun Razak pada Pilihanraya Umum kali adalah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan.

Barisan Nasional sudah mula menanamkan kebencian Melayu kepada kaum cina sebelum ini dengan mengedarkan VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia rujuk sini [Karnival 1 Malaysia].

Kali ini demi mengekalkan kuasa, Barisan Nasional memainkan isu agama pula untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang Kristian. Telah berulang kali ReJaM© tekankan, kita harus berhati-hati dengan dua isu yang selalu dibangkitkan oleh Barisan Nasional, iaitu "isu kaum" dan "isu agama", dua isu ini akan membawa kita kepada huru hara, dan mencetuskan pertumpahan darah antara rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa.

Demi mengekalkan kuasa Najib Tun Razak sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat asalkan dia kekal menjadi Perdana menteri. Perdana Menteri bangsat ini tidak peduli jika rakyat saling berbunuhan, tidak peduli mayat rakyat bergelimpangan akibat dari isu kaum dan agama yang dicetuskan ini. Bila rakyat sudah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri, Najib dan pemimpin gerombolan songkok tinggi yang lain boleh lari menaiki jet atau pesawat peribadi untuk bersembunyi di luar negara.

Lihat sahajalah semua kempen Barisan nasional kini semuanya berbaur provokasi perkauman dan agama. Jika anda sayangkan keamanan negara ini, ayuh tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang bangsat ini! Lihat sahajalah, di depan mata dan batang hidung anda, masyarakat cuba dipecah belahkan. Ini semua demi kuasa, demi wang ringgit.



ReJaM© "Rakyat mampos mereka tak peduli, yang penting Barisan Nasional terus memerintah dan Najib terus jadi Perdana Menteri!"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/kristian-akan-jadi-agama-rasmi-malaysia.html#ixzz1Ld8aFJLJ

CheGuBard: Saya cuma insan kerdil dalam perjuangan yang besar

Jawapan CheGuBard;

1. Ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepada che'GuBard, mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika saya meninggalkan PKR.

2. che'GuBard masih Ketua Cabang PKR Rembau.

3. Semalam (6 Mei, 2011) saya meninggal rumah di Seremban sekitar jam 4.00 pagi untuk berada di Utara bagi paginya untuk beberapa pertemuan untuk urusan perniagaan. 2.30 petang saya ke KOMTAR untuk membincangkan beberapa perkara termasuk penyusunan program Ramadhan bagi mendekati Anak Muda melalui SAMM. Semua kena bersiap kerana mungkin ini Ramadhan yang terakhir sebelum berdepan PRU ke 13. Melihatkan perkembangan sebelum ini Ramadhanlah bulan dimana Umno memanipulasi sentimen untuk menyerang Pakatan Rakyat. Kemudian terus bekejar ke Taman Angsana, Kulim untuk dialog sempena program jamuan petang. Sebaik sahaja selesai terus bekejar untuk program pertemuan selepas Maghrib sebelum ke Ceramah Umum di Kampung Siam, Lunas yang dihadiri lebih 1000 orang. Dalam pada masa jadual yang padat dan penuh dapat pula panggilan telefon 'mama' dikejarkan ke Hospital KPJ, Seremban dan dimasukkan wad. 7 Mei jadual juga padat di Utara yang sepatutnya diakhirkan dengan ceramah umum di Dewan Cina, Jln Pandak Ahmad di Batu Gajah. Mujur apabila bercakap melalui telefon 'mama' kata dia 'ok' cuma gastrik teruk dan letih sangat. Dia sendiri nasihat tak perlu balik teruskan program dah selesai baru balik, jangan hampakan aktivis parti yang dah susah payah susun program.

4. Sememang jadual padat turun menggerakkan penerangan dan penyusunan anak muda merupakan rutin biasa, dua minggu sehari baru ada rehat sehari untuk bersama keluarga. Malangnya dalam kesibukan begini tiba - tiba dihujani ratusan panggilan, sms, email dan seumpamanya bertanya pasal keluar parti. Ada yang dilayan tetapi banyak yang tak dilayan.

5. Di kesan antara puncanya ialah berita di The Malaysian Insider (TMI) yang menyiarkan mengenai persoalan che'GuBard mungkin meninggalkan parti. Link berita seperti dibawah :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/chegubard-to-leave-pkr-for-pakatan-party/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/chegubard-keluar-pkr-sertai-komponen-pakatan/
6. Setelah saya sendiri membaca tulisan tersebut ternyata penulis/wartawan yang menulis tersalah petik posting dalam blog ini. Perlu saya tegaskan posting bertajuk DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara bukan tulisan saya ia ialah 'cuplikan terbitan semula' dari tulisan Aspan Alias di blognya. Saya harap TMI dapat membetulkan semula fakta tersebut. Posting tersebut dalam blog saya dihujung artikel itu saya tulis 'aspanaliasnet' dan saya linkkan semula kepada blog nya.

7. Cuma kekeliruan ini menyerlahkan sebenar sikap teman dan lawan. Pro Bn sudah tentu kecewa dan saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita che'GuBard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR.

8. Saya tidak nafi memang saya tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam parti. Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan ? atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat ?

9. Saya tidak nafi memang saya berdepan dengan perbagai masalah pasca pemilihan, saya mendesak keadilan dan ketelusan tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan 'diselesaikan' dengan lansung saya tak dipanggil mengadap mana-mana jawatankuasa.

10. Namun saya tetap bersabar kerana agenda besar menumbang Bn dan mendesak perubahan dalam negara. Saya tidak ke media arus perdana walaupun banyak kali berpeluang berbuat demikian. Saya juga dihubungi agensi regim yang mahukan laporan salinan laporan saya yang punya fakta jelas agar parti boleh disabit terganggu daftarnya...namun semua saya elakkan.

11. Pergerakan saya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki. Program SAMM berbentuk karnival yang kami buat pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan kami tak dibantu atau dibatal lesen. Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PRK sebagai NGO mendekati anak muda, Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Namun semua tak dilayan saya terus bergerak, syukur masih ramai teman dalam PKR atau PR secara umumnya tidak mempedulikan perkara ini dan terus fokus. Tindakan 'busuk' mereka ini yang sebenar memalukan parti.

12. Rujuk semula berita TMI yang salah petik yang dinyatakan diatas. Ternyata berita tersebut menyebut sumber 'rakan di NS' (yang dipercayai seseorang dalam Perhubungan PKR NS yang tak senang dengan agresif cara saya bergerak) dan sumber dalaman ibu pejabat... dalam keadaan saya tidak melayan karenah media ada pemuka ini yang melayan media dengan perbagai tohmah.

13. Mereka ini sanggup menggunakan akhbar musuh untuk memuaskan nafsu politik mereka. Mereka sanggup bercakap dengan kertas tandas (meminjam cara Azmin Ali merujuk Utusan Malaysia). Klik sini saya cabar mereka ini keluar dan jangan berselindung disebalik kertas tandas dan menyamar dengan nama 'sumber'.

14. Kelemahan saya selaku ahli politik ialah saya tidak mampu bermuka dan bermanis kata sahaja. Bagi saya ini medan juang dan anak muda harus jadi kumpulan pendesak.

15. Kepada yang cuba menghubungi, menghantar sms atau email menyatakan sokongan saya amat hargai. Kepada yang menghantar masej caci dan maki juga dirai tetapi saya cuma menyatakan saya kerdil dalam dunia perjuangan yang besar. Sejak hari pertama saya melangkah saya telah tahu ia satu medan yang payah, namun demi cita - cita besar perubahan negara saya kayuh juga. Saya juga berharap agar kalau nak serang serang sahaja saya jangan sampai babitkan keluarga, anak serta isteri saya.... mereka banyak berkorban dengan hidup seadanya demi sama berjuang.

Sesiapa pun dijemput ikut rutin saya turun ke bawah jadual saya sila klik sini.

16. Jika saya mahukan jawatan banyak cara saya pasti memperolehinya, malah saya pernah menolak tawaran pun. Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu.

Maaf kalau bercakap benar itu salah dan harap posting ini boleh menjelaskan. Kepada anak muda ayuh susun gerakan, perubahan perlu didesak bukan untuk ditunggu.
-eysedotcom

06 Mei 2011

Adakah tsunami politik akan berlaku di Singapura?

Adakah tsunami politik akan berlaku di Singapura? Seandainya soalan ini diajukan kepada mana-mana warga Singapura, maka jawapan piawai yang akan diperolehi adalah "mustahil". Mereka yang optimis mungkin menyusul dengan "barangkali pembangkang menang tipis di satu kawasan yang dikenali Aljunied. Pembangkang mendakwa bahawa pilihan raya ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah, dan keputusannya akan mempengaruhi dasar pentadbiran utama di Singapura.

Pertama, prestasi kerajaan sebelum parti pemerintah mengumumkan pilihan raya. Berbanding dengan negara lain di Asia yang sarat dengan masalah korup, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kemerosotan ekonomi, masa depan ekonomi Singapura kelihatan gilang-gemilang. Malah pembangkang di peringkat persekutuan Malaysia, perlu belajar daripada kerajaan Singapura apabila memerintah di Pulau Pinang.

Selepas krisis kewangan pada tahun 2008, ekonomi Singapura yang kental bangkit semula. Saya bersiar-siar di pusat beli belah dan pameran teknologi baru-baru ini, mendapati ia masih dibanjiri manusia yang datang berpusu-pusu. Ketidakpuasan politik mungkin telah dilepaskan melalui aktiviti membeli-belah. Menurut seorang pemandu teksi, kebanyakan warga Singapura belum sampai ke tahap tiada wang dalam poket untuk membeli-belah atau makanan.

Kebanjiran pendatang asing

Namun demikian, apakah sebenarnya ketidakpuasan penduduk Singapura dalam politik pada masa kini? Secara umumnya, tiga isu utama, iaitu inflasi, kenaikan harga perumahan dan lambakan populasi pendatang asing. Antaranya, populasi pandatang asing paling menarik tumpuan.

Seandainya ditambah pendatang asing tanpa izin, populasi pendatang asing di Malaysia mungkin mencecah 5 juta orang. Tapi, kebanyakan pendatang asing di Malaysia bekerja dengan gaji yang rendah, kerja yang kotor dan lasak. Di Singapura pula, 1.3 juta daripada jumlah populasi 5.0 juta adalah pendatang asing, bersamaan 25% - dan terlibat dalam pekerjaan gaji rendah hingga tinggi - dari pekerja pembersihan hinggalah farmasi - melibatkan orang dari pelbagai pelusok di dunia.

Untuk saya, mungkin warga Singapura belum kesempitan dari segi pendapatan dan perbelanjaan; namun kesabaran mereka terhadap populasi pendatang asing telah tercabar. Ramai antara mereka yang tidak berpuas hati akan mengaitkan isu mereka dengan pendatang asing. Misalnya, kadar peningkatan gaji yang rendah - mereka menuding jari kepada lambakan pendatang asing yang mengakibatkan fenomena ini. Kenaikan harga perumahan juga disebabkan pendatang asing yang mengakibatkan permintaan lebih daripada tawaran.

Pembangkang juga memainkan isu ini, mendakwa bahawa rakyat Singapura telah menjadi warga kelas kedua di tanah air sendiri. Malah pembangkang mendakwa bahawa seandainya pengundi melakukan kesilapan kali ini, maka mereka tidak lagi berpeluang untuk memperbetulkannya kerana tidak kurang "warga baru" yang bakal mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Kawan saya berkongsi pengalamannya yang kekok dalam kampus di Singapura. Beliau memberitahu kawan Singapuranya bahawa dirinya bukan warga Singapura dalam satu perbualan - tiba-tiba suasananya berubah, dan perbualan tamat di situ. Tekanan warga Singapura bukan sahaja wujud dalam persaingan kerjaya, ruang bas, MRT, malah dalam akademik.

Kali ini adalah kali pertama PAP menghadapi cabaran sepenuhnya daripada pembangkang. Pembangkang telah mencapai muafakat "satu melawan satu" berdepan dengan PAP. Hampir separuh daripada jumlah pengundi mengundi untuk kali pertama. Malah, separuh daripada jumlah pengundi ini berumur antara 21 hingga 44 tahun. Unsur-unsur ini bakal menambah ketidaktentuan senario pada masa depan.

Kali ini, PAP Singapura meletakkan calon yang muda tetapi mengundang kesan sebaliknya. Seorang calon berumur 27 tahun bertanding di kawasan di bawah naungan Goh Chok Tong, menjadi bahan sindiran warga internet. Pesaingnya dari pembangkang juga berumur 20-an, namun menjadi idola politik yang dipuja.

Dunia internet Singapura kini amat mirip dengan keadaan sebelum tsunami politik melanda Malaysia pada tahun 2008. Sesetengah warga internet dengan kreatif menjadikan ahli politik sebagai bahan jenaka. Ramai generasi muda yang kemarahan mengkritik PAP yang telah lama memerintah. Malah, pendekatan media arus perdana yang menyebelahi PAP turut dijadikan sasaran. Seorang penuntut yang berumur 21 tahun menulis sepucuk surat yang mengecam laporan The Straits Times, dan surat tersebut tersebar di merata-rata. Ceramah pembangkang, jenaka PAP turut tersebar dalam ruang internet.

Mobilasi politik oleh penyokong atau mereka yang bersimpati dengan pembangkang di internet lebih luas pengaruhnya berbanding cara tradisional yang melawat rumah ke rumah atau ceramah pilihan raya. Ia membantu pembangkang untuk menjangkau keterbatasan tenaga manusia dan kesuntukan masa. Mobilasi internet tidak mempunyai logo politik, dan tidak memerlukan manifesto politik yang terlalu kompleks, tetapi mereka mempunyai musuh yang sama.

Akademik, PAP, pembangkang dan mereka yang duduk di atas pagar tidak percaya bahawa akan wujud perubahan yang besar, seperti tsunami politik 8 Mac 2008 - sentimen ini sedang memuncak, dan orang percaya bahawa PAP bakal mengekalkan kuasa - maka lebih senang hati untuk mengundi pembangkang.

Mengikut pengkaji politik, PAP mempunyai 35% penyokong setia, dan pembangkang juga mempunyai 25% penyokong tradisional. 40% selebihnya adalah pengundi atas pagar. Seorang kawan dalam Facebook-nya menulis, "Menangis apabila markah yang diperolehi tidak memuaskan ketika dalam tadika, dan kini sebagai belia yang bimbang dengan gaji yang tidak cukup tinggi". Ia membayangkan persaingan antara generasi muda Singapura dengan pendatang asing.

Apa yang memeranjatkan, pemuda Singapura yang mengundi buat kali pertama menunjukkan kecenderungan menyokong pembangkang. Pada asalnya saya ingat mereka adalah golongan berkepentingan yang mengekalkan status quo. Sejauh manakah nisbah mereka dalam undi atas pagar adalah kunci kuasa tsunami politik Singapura.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview

TERKINI :Sidang Media Chegu Bard keluar PKR.

Sidang Media Chegu Bard keluar PKR.
May 6, 2011

Tempat: Ibupejabat PKR Tropicana
Masa: 9.00 malam
Tarikh: 22 Mei 2011


Mesyuarat Biro Politik baru saja selesai. Wartawan berpusu-pusu masuk ketingkat satu Ibupejabat PKR untuk menghadiri sidang media berikutan pengumuman Chegu Bard meninggalkan PKR.
Saifuddin Nasution membaca teks yang telah disediakan. Ditengah-tengah ialah Ketua Umum PKR dan disebelah kanan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Aku tak tau Presiden pi mana. Mungkin tengah bancuh kopi sebab la ni dah tak ada orang nak bancuh kopi kat Anwar.

“Parti Keadilan Rakyat hari ini menerima satu surat dari Chegu Bard mengatakan beliau telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Parti menerima keputusan Chegu Bard ini dengan sikap terbuka. Pemimpin datang, pemimpin pergi tetapi ini tidak akan melemahkan parti. Parti tetap diterima oleh rakyat dan kami yakin, dalam pilihanraya akan datang…kita bukan saja akan mempertahankan Selangor, malah kita sudah bersiap sedia untuk ke Putrajaya.

Kami faham, kami tidak akan mampu untuk memenuhi kehendak semua ahli, tetapi ahli-ahli patut faham tentang perjuangan. Ahli-ahli patut faham tentang semangat berpasukan sekiranya mahu menumbangkan Barisan Nasional.

Walaupun kami menerima keputusan Chegu Bard ini dengan terbuka, tetapi kami faham, Chegu Bard mengambil keputusan ini kerana kecewa kerana gagal dalam Pemilihan yang lalu.”
Ada soalan?

Zainulfaqar: “Saya difahamkan bahawa Mustafa Kamil Ayub juga akan mengambil jalan yang sama. Apa komen YB?”

Anwar menyampuk:” Kita perlu berjiwa besar. Kita perlu beristiqamah dan perlu memahami dasar perjuangan parti. Saya duduk dalam penjara enam tahun, tapi masih kekal dengan prinsip dan perjuangan saya. Saya kena tendang dari Umno, tapi saya masih kental dengan perjuangan saya. Takkan la tak dapat jadi Timbalan dah nak keluar macam Zaid.”

Wartawan Malaysiakini: ” Apakah alasan-alasan Chegu Bard keluar PKR?”

Anwar: ” Chegu bard memberikan alasan bahawa Pemilihan PKR yang lalu penuh dengan penipuan. Saya menyangkal tuduhan ini kerana Pemilihan tersebut diadakan dengan telus. biasa la…bila kalah, Jawatankuasa Pemilihan yang dipersalahkan.”

Wartawan Utusan:” Tapi Dato Seri…bila PKR tewas di Sarawak dalam Pilihanray yang lalu, Dato Seri menyalahkan SPR. Bukankah alasan yang sama diberikan oleh Chegu Bard? ”
Anwar:” Awak dari mana?”

Wartawan Utusan: “Utusan Malaysia.”

Anwar: “Biasala. Utusan memang akhbar yang tak boleh harap. Sentiasa memutarbelit kenyataan saya. Saya ingin tegaskan lagi disini, bahawa SPR memang melakukan penipuan di Sarawak. Dan kita akan mengambil tindakan mahkamah tak lama lagi.”
Wartawan entah dari mana: “Dato Seri. Benarkah Dato Seri sudah menyerahkan jam Omega kepada polis?”

Anwar: ” Awak dari TV3?”
Wartawan: “Ya.”
Anwar berpaling kepada Saifudin. ” Macam mana you boleh lepaskan wartawan ni masuk? Any other question?”

Wartawan Harakah: ” Dato Seri. Dalam kenyataan Chegu Bard semalam, dia sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan PKR yang ada hari ini. Dalam PKR sudah tidak ada lagi ketelusan. Apa komen Dato Seri?”

Anwar: ” Itu cakap orang Umno. Dan kalau Chegu Bard cakap macam tu, suruh dia masuk Umno lah.”
Wartawan Malaysian Insider: ” Chegu Bard mendakwa, terdapat penyelewengan semasa Pemilihan PKR yang lalu. Terdapat politik wang semasa pemilihan.”

Saifuddin pulak menyampuk. “Kita mempunyai bukti bahawa Chegu Bard didalangai oleh orang luar PKR. saya minta kepada SPRM untuk melawat Chegu Bard. Semua orang tahu, Chegu Bard bukan ada kerja. Tapi dari mana dia dapat duit beli KIA Citra? Dari mana dia dapat duit untuk menanggung kos kempen.
Kita juga ada bukti, dua resit cek yang ditandatangani oleh Chegu Bard. Dari mana datang duit ini? Saya bukan tuduh…saya cuma minta SPRM melawat Chegu Bard.”

Wartawan: “Chegu Bard juga mendakwa dia dihalang daripada menyertai program-program PKR.”
Azmin: “Itu semua fitnah. Chegu Bard bebas berceramah kat mana saja. Malam ni di Kulim, Kedah. Esok di Batu Gajah, Perak. So, sapa kata kami menyekat kebebasan beliau? ini yang Dato Sri Ketua Umum jelaskan tadi, kita perlu berjiwa besar. Kalau seseorang itu nak buat fitnah…masuk Umno saja la.”

Wartawan: ” Tapi…Chegu Bard bukan nak masuk Umno. Dia nak masuk DAP.”
Saifudin:” Mungkin dia nak jadi Menteri Besar Perak kot. Kat Penang dah tak ada peluang.”
Anwar: “OK..we stop here. Thank you everybody. ”

(Semua yang ditulis diatas hanyalah khayalan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan mereka yang sudah mati. MSK)

KES ROBEKNGAH : RAIS SAMAN LAGI

RAIS AKAN MASUKI PENGHAKIMAN

Oleh: BERNAMA

MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan memohon kepada

mahkamah untuk memasuki satu penghakiman terhadap penulis blog dalam saman fitnah, jika penulis itu gagal hadir di mahkamah.

Peguam Norhani Nordin yang mewakili Rais berkata mahkamah telah mengarahkan mereka untuk menampalkan writ saman di alamat terakhir penganalisis politik dan juga penulis blog Ahmad Mutalib Mohamed Daud di Sabah.

Beliau berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 23 Mei untuk pengurusan kes bagi perkembangan perkara tersebut.

Ia merupakan percubaan terakhir untuk menyerahkan saman kepada penulis blog, setelah mereka gagal untuk menyerahkan saman itu secara peribadi kepadanya.

"Kita memfailkan notis penggantian penyampaian pada Mac lepas kerana kita tidak dapat menyampaikan saman itu secara peribadi kepadanya. Kita buat penyampaian gantian melalui pengiklanan pada 13, 14 dan 15 April di akhbar harian Sabah," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Selepas itu, katanya mereka telah menampalkan saman berkenaan di papan kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Dan kini, kita telah menampalkan saman itu di alamat terakhirnya, jika (penulis blog) itu gagal hadir di mahkamah, kita akan memasuki satu penghakiman terhadapnya," kata Norhani.

Rais memfailkan saman itu pada 10 Feb, selepas empat artikel yang beliau anggap sebagai memfitnah, bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net.

Ahmad Mutalib, penulis blog yang menyediakan berita bebas melalui laman webnya, yang didaftarkan di Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan tuntutan, Rais menyatakan bahawa sesetengah perkataan yang disiarkan dalam artikel itu adalah dengki dan memfitnah beliau yang sangat memudaratkan peribadinya dan reputasi profesionalnya di seluruh negara serta antarabangsa, menyebabkan beliau malu yang amat sangat, duka dan menjejaskan.

Beliau juga menyatakan bahawa artikel itu tidak masuk akal dan keji yang memberi gambaran salah mengenai kelakukan dan jawatanya.

Rais juga menuntut ganti rugi am, khas, memudaratkan dan kerugian teladan dan juga injunksi untuk memaksa Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan fitnah dan perenggan dalam artikel itu.(BERNAMA)

UMNO YANG HILANG

UMNO sudah tidak UMNO lagi - 'Attribute' sebagai parti pemerintah sudah hilang.

Dalam posting saya yang lepas saya telah berjanji untuk membuat ulasan yang ringkas apa kah unsur-yang sudah tiada lagi yang menyebabkan rakyat sudah tidak memberikan sokongan penuh kapada parti yang memerintah. Apa pula unsur-unsur baru yang menyebabkan keadaan yang membuatkan perpaduan rakyat berbilang kaum ini luntur dengan cepatnya.

Apakah elemen-elemen baik yang sudah hilang itu? Pandangan politik selalunya boleh sahaja disangkal dan dinafikan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan kita. Tetapi perbezaan ini biasa kerana politik ini dimainkan oleh manusia yang mempunyai pemikiran yang amat susah untuk disatukan. Apa yang boleh disatukan ialah pemahaman dan ‘understanding’ bagi mencari ‘point of reconciliation’ di antara dua pemikiran yang berbeza.

Memang susah untuk mencarinya tetapi mengikut pengalaman yang sudah-sudah manusia atau individu pemimpin yang mampu mencari ‘the point of reconciliation’ itu ialah seorang yang secara relatifnya diterima dan dihormati oleh masyarakat umum, bukannya oleh mereka yang sedang memihak kepada mana-mana pihak yang berbalah.

Dulu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail merupakan dua manusia pemimpin yang dihormati oleh semua pihak. Walaupun UMNO menghadapi keputusan yang tidak baik di dalam pilihanraya 1969 tetapi kedua pemimpin UMNO ini memang dihormati oleh kawan dan lawan. Semua pihak dapat merasakan kejujuran Tun Razak maka mudahlah bagi PM kedua negara kita itu membawa kemeja perundingan untuk mencari penyelesaian kepada kerumitan yang sangat besar yang dihadapi oleh negara semasa itu.

Rakyat berbilang kaum termasuk kaum-kaum yang berbalah semasa itu melihat dan berkeyakinan Tun Razak adalah pemimpin yang ikhlas untuk mencari perdamaian. Itulah sebabnya GERAKKAN, parti pembangkang yang ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas dengan rakan-rakannya telah sanggup kemeja perundingan dengan pemimpin UMNO semasa itu walaupun UMNO telah menurun pengaruhnya di dalam pilihanraya 1969 itu.

Keyakinan yang sebeginilah yang sudah tidak ada lagi di dalam kepimpinan negara. Baik pemimpin serta ahli-ahli parti-parti yang ada melihat kepimpinan pada hari ini tidak sampai dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang saya sebutkan tadi.

Tidak mungkin mana-mana pemimpin lain yang serius untuk mendewasakan negara ini akan mempunyai keyakinan terhadap individu pemimpin yang mengutamakan glamour peribadi serta anak isteri serta kroni-kroni mereka. Jarang-jarang kita mendengar Tun Razak selaku PM negara ini beretorik dengan nada yang tinggi ibarat ketua demonstrasi dengan ucapan yang menggegarkan.

Mungkin pemimpin dahulu kekurangan ‘form’nya tetapi mereka kaya dengan ‘substance’ di dalam mereka. Pemimpin dahulu menghormati rakyat dengan membawa rakyat bersama di dalam melaksanakan segala program kerajaan terutamanya program yang melibatkan kepentingan mereka. Pemimpin–pemimpin mengambil setiap masa berinteraksi dengan rakyat melalui segala usaha kerajaan termasuk program ekonomi yang melibatkan rakyat yang ramai di peringkat akar umbi.

Segala projek besar kerajaan akan dibawa sekali rakyat untuk bersama memikirkan cara yang terbaik dalam perlaksanaannya. Pegawai-pegawai penerangan di daerah merupakan pegawai kerajaan yang sangat penting dan diberikan tugas melaksanakan kursus sivik kepada semua kampong dan urusan itu dilakukan dengan ketua-ketua kampong dan JKKK. Ceramah sivik di adakan di setiap kampong dan dalam kursus sivik itulah rakyat membangkitkan apa-apa yang tidak kena dengan perlaksanaan projek-projek tersebut.

Berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat itu banyak keuntungan bagi kerajaan. Pertamanya dari dialog-dailog itu kita akan dapat merasakan keinginan rakyat dan kita boleh mengetahui apa-apa kekurangan dengan program yang ingin kita laksanakan itu. Maka kita boleh melakukan ‘adjustments’ di sana-sini hasil dari lapuran dialog dengan orang ramai itu.

Kebaikan berjumpa terus dengan setiap rakyat di kampong-kampong ini akan membina perasaan interaksi rakyat dengan kerajaan. Di samping itu rakyat akan merasakan yang mereka adalah sebahagian dari ‘decision making’ oleh kerajaan itu dan mereka akan bersama-sama bertanggung jawab di atas apa-apa keputusan itu. Itulah yang berlaku di zaman pra-Mahathir dahulu. Rakyat merasakan yang mereka dibawa bersama di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Tetapi selepas zaman Husein Onn keputusan yang dilakukan oleh kerajaan tidak di beritahu kepada UMNO dan JKKK dan rakyat ramai. Keputusan yang di ambil oleh kerajaan hanya dilaksanakan tanpa membuat apa-apa ‘reference’ kepada rakyat melalui UMNO dan JKKK. Dari sejak itu rakyat tidak lagi faham ‘wisdom’ sesuatu keputusan kerajaan itu. Orang ramai hanya diarah dan dipaksa menerima segala-gala keputusan tanpa soal jawab. Lama kelamaan rakyat tersisih dari kerajaan tanpa disedari.

Ketua-ketua kampong pun mempunyai masalah untuk memanjangkan idea kerajaan itu kerana ketua-ketua kampong pun tidak faham apa-apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Malahan ketua-ketua kampong sekarang sibuk dengan menguruskan projek pembangunan kecil melalui lessen-lesen kelas F mereka.

Sekarang ini di daerah-daerah pegawai di pejabat daerah sendiri pun ada dua tiga lessen kelas F untuk mendapatkan kerja-kerja dari projek pembangunan kecil di kampong-kampong dan tidak ada pihak yang melakukan ‘monitoring’ terhadap kegiatan yang salah ini. Tetapi sekarang itu sudah tidak menjadi kesalahan lagi kerana korupsi dan salah guna kuasa merupakan perkara yang sudah dibudayakan. Salah-salah sebut kita pula yang akan menjadi mangsa kutukan mereka.

Keadaan ini berlaku dihampir semua daerah. Mereka merupakan pemimpin penting di daerah tetapi mereka menyalah gunakan kuasa yang ada kepada mereka dan rakyat sendiri sudah ‘detached’ dengan puak-puak ini. Saya berpendapat penyakit ini tidak mungkin dapat diatasi oleh pimpinan pada hari ini kerana pimpinan sendiri menpunyai program peribadi untuk memperkayakan diri dengan mengambil sendiri projek-projek ini melalui kroni-kroni mereka.

Pemimpin sekarang ini berebut-rebut dengan rakyat untuk mendapatkan projek, tanah dan yang lain-lain untuk membina kekayaan mereka. Nilai kepimpinan yang ada sudah rosak binasa. Ramai pemimpin yang tinggi-tinggi di dalam UMNO atau BN sendiri mengakui hakikat ini tetapi mereka seperti juga pemimpin lain tidak berani bersuara untuk melaksanakan tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini. Mereka takut jawatan mereka akan hilang. Masing-masing menjaga kepentingan msing-masing tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada generasi mereka yang akan datang.

Mereka hanya berani bercakap di belakang tetapi tidak berani menegur kepimpinan yang lebih tinggi dari mereka. Di hadapan pimpinan besar mereka tertunduk-tunduk untuk mengekalkan apa yang ada kepada mereka. Kepada mereka ini kita ucapkan ‘Selamat Cari Makan’ sahajalah.

Rakyat sebenarnya adalah di dalam ‘desperation’ untuk melihat perubahan tetapi mereka tidak nampak juga perubahan walaupun pemimpin tertinggi mengumumkan satu demi satu projek pembangunan yang nilainya berbillion ringgit. Rakyat di bawah tetap dengan keadaan lama malahan dengan naiknya harga barangan sekarang ini mereka merasakan himpitan dan tekanan dari kenaikan kadar inflasi yang tinggi itu.

Mereka memilih untuk memberikan undi dan sokongan kepada pembangkang yang dikatakan oleh pemimpin–pemimpin UMNO sebagai pihak yang tidak berkemampuan untuk menjadi kerajaan. Tetapi apabila rakyat di lima buah negeri memberikan mandat kepada PR maka nyata mereka mampu memimpin dengan lebih baik dari pihak kita.

Apabila PR mampu mentadbir UMNO pula yang berasa tidak tentu arah kerana rakyat nampaknya memberikan dukungan kuat kerana apa yang mereka mahu lihat, iaitu perubahan budaya dan sikap itu boleh diberikan oleh PR kepada mereka.

Ramai rakan-rakan dari Selangor mangakui yang pentadbiran Selangor sekarang adalah lebih telus dan mampu menyelesaikan perkara-perkara penting yang telah diabaikan oleh kerajaan BN dahulu.Sebelum ini BN mengambil semuanya ‘for granted’ dan tidak menyedari rakyat ramai memerhatikan tingkah laku yang kurang baik sejak berdekad-dekad dahulu.

Sekarang ini kita menyaksikan pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor ‘terhayak ke sana, terhayak ke sini’ untuk memalingkan sokongan rakyat kepada mereka. Mereka berdemonstrasi di sana sini dan bercakap seperti orang yang sudah ‘tidak betul’ lagi. 'Attribute' mereka seperti pembangkang, maka mereka akan terus jadi pembangkang di Selangor. Bagi saya di Selangor keputusan pilihanraya nanti adalah ‘predictable’. UMNO sudah tidak UMNO lagi.

Anda tahu maksud saya

-ASPAN ALIAS

Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno

SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.

Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.

Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam Najib (gambar) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap ahli Umno negeri tanpa mengira usia.

“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).

“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka.

“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.

“Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan,” katanya.

05 Mei 2011

PEMBULI GANAS DIGANTUNG KERJA

KASARI ORANG AWAM, JAIKOL DITAHAN KERJA
Oleh: JABATAN PENJARA MALAYSIA


PADA 1 Mei 2011, laman web Sabahkini.net telah menyiarkan laporan berhubung tindakan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan rakan-rakannya yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam iaitu Encik Ben Cheah Pin Xen. Kejadian dilaporkan berlaku pada lewat malam 30 April 2011 di sebuah kedai runcit 24 jam di Kenungau, Sabah dan ianya telah mengakibatkan kecederaan dialami oleh Ben Cheah Ping Xen.

Sekiranya hasil siasatan menunjukkan pegawai oenjara tersebut terlibat, adalah ditegaskan sedemikian merupakan tindakan individu dan tidak berkaitan dengan Jabatan Penjara.

Malah Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangannya yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang kerana ia boleh menjejaskan imej jabatan dan penjawat awam. kejadian seharusnya tidak berlaku kerana Jabatan Penjara melalui dasar keselamatan dan pemulihannya memberi keutamaan kepada kepentingan dan keselamatan orang awam.

Kes tersebut masih dalam siasatan oleh pihak polis dan Jabatan Penjara akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar serta pihak yang terlibat diambil tindakan sewajarnya.

Bagi memudahkan siasatan dijalankan, Pegawai kini telah ditukarkan dari Sekolah Henry Gurney Keningau dan seterusnya DITAHAN KERJA.

Di samping itu juga, jabatan telah menjalankan siasatan dalaman bagi membolehkan tindakan tata tertib sewajarnya dapat diambil sebaik sahaja siasatan oleh polis dan tindakan undang-undang selanjutnya telah selesai.

(NOTA: Kenyataan media ini dikirim melalui email oleh Ketua Unit Sekretariat dan Perhubungan Awam, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit

SKANDAL KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA?

SKANDAL KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA?
Written by Admin

SALAM 1 Malaysia. Saya tertarik dengan penjelasan kelentong Ketua Pengarah Kastam Malaysia,

Dato’ Khalid bin Yusof bahawa hanya RM108 billion ringgit kurang kutipan cukai dan bukannya billion ringgit pegawainya menerima rasuah.

Di sini, Rakyat Sabah dan Labuan ingin bertanya dengan Dato’ Khalid siapa yang ada kuasa melepaskan kontena yang ‘Under Declare’,Transhipment, Declare Perabot tetapi dalam Kontena Rokok, Ayam & Daging Beku tanpa AP; Kereta import tiada AP Dan kurang bayar cukai; Export Kayu balak; Penggubahan Wang haram; Minyak dan Diesel subsidi; Gula dan barang eletrik.

Kalau Pegawai Kastam menjaga di Port Klang, Bintulu, Kuching, Kota Kinabalu dan Sandakan tidak terima ‘SUAPAN’, bolehkah Kontena tersebut di atas terlepas daripada Pelabuhan yang ketat dijaga oleh Polis Bantuan.

Kami ingin bertanya siapa yang boleh menandatangani dokumen kastam? Jika ‘Forwarding Agent’ tidak bagi suapan, macam mana Kontena 1 x 40 kaki boleh ditarik keluar dari pelabuhan atau masuk ke pelabuhan untuk eksport begitu mudah?

Setelah Barisan Nasional menang di Sarawak, Dato’ Khalid cuba minta ‘cable’ Menteri melobi untuk menyambung lagi dua tahun sebagai Ketua Pengarah Kastam yang beliau akan pencen dalam tahun ini.

Selama beliau berkhimat di KDRM dan menerima rasuah berjuta ringgit masih mau menyambung dan tidak puas hati takut timbalan dia lebih kaya dari dia akan datang.

Dato’ Khalid bukan sahaja mahir menyalahguna kuasa, rasuah sebagai Pengarah Kastam tetapi juga mahir Skandal Seks. Kami tahu siapa yang bawa dia dan di mana Karaoke beliau selalu kunjungi dan hotel beliau selalu tinggal bila dda teman pelacur.

Kami ternampak beliau di sebuah Hotel Empat Bintang yang diatur oleh kroni dia di Kuala Lumpur. Orang Sabah dan Labuan akan dedahkan aktiviti Ketua Pengarah Kastam dengan kroni atau rakan kongsi beliau.

Manakala Skandal Seks beliau akan didedahkan di bahagian kedua artikel akan datang jika tempoh memegang jawatan beliau disambung untuk tempoh dua tahun lagi oleh kerajaan. Kami ingin buktikan kepada Menteri yang menyambung kontrak beliau sebagai Ketua Pengatah Kastam adalah satu kesilapan Kerajaan BN kecuali Menteri tersebut adalah ‘SHARE HOLDER’ beliau.

Kami dari Sabah dan Labuan menyokong Datuk Seri Nazri Mohd Aziz mengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan ‘KES KDRM’ walaupun seorang Pengarah Kastam ‘terjun mati’ di bangunan SPRM tiga bulan lalu.

SPRM tidak harus tenang kerana kerajaan telah rugi berbillion ringgit. Kalau pihak atasan tidak bersubahat dengan sindiket, macam mana pegawai bawahan berani bagi lepas?

Kami Mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim tidak terlupa buka semula fail Bintulu, iaitu kes kapal yang dicekup Polis Marin berapa tahun lepas dan dilepas oleh Dato Khalid begitu saja.

Untuk makluman Dato Abu Kassim, ayam dan daging beku diimport untuk transhipment tanpa AP ke Brunei dan semua daging dan ayam beku dijual di Sarawak tanpa bayar cukai jualan sejak berpuluh tahun tanpa pengetahuan pihak berkuasa lain.

Seorang lagi Pengarah Kastam kesayangan Dato Khalid bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana beliau juga terlibat menerima rasuah transhipment kayu balak di Labuan ke Taiwan dan China ‘Under Declare’.

Kayu tersebut dibawa masuk ke Labuan dan simpan di Asian Supply Base Yard dan kemudian dieksport ke luar luar negara secara ‘Under Declare Size’ balak. Hanya kedua kes ini kerajaan telah rugi berjuta ringgit.

Dato’ Khalid beli banyak harta di Australia dan wang rasuah beliau disimpan di luar negara. Asset beliau tidak habis dimakan selama tiga keturunan. Percaya atau tidak nanti kita dedahkan di bahagian kedua selepas Dato’ Khalid disambung lagi dua tahun.

Kami hairan kerana Tun Ling Liong Sik boleh kena tangkap kerana rasuah, kenapa Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Khalid dan Pengarahnya, Hj.salleh dikecualikan dan hanya 62 pegawai bawahan dicekup sahaja.

Pegawai Kastam yang dicekup pun tiada yang dibawa ke mahkamah dan dituduh kes rasuah? Mungkinkah sebahagian ‘angpau’ sudah diberi kepada SPRM dan Fail siasatan KDRM pun kena mark ‘FAIL NFA’ atau dalam bahawa Inggeris, ‘No Further Action.’

Salam Hormat

PEGAWAI KASTAM PENCEN & CO
-SK

KEMPEN MELAWAT MALAYSIA

LUBANG SAIFOOL DAN SUMPAH LAKNAT

Pelik tetapi benar. Pada tahun 1998 dahulu Kementerian Pelancungan Malaysia dengan kerjasama kementerian pelancungan negara-negara Asean telah bersetuju untuk menjadikan tahun 1998 sebagai Tahun Meliwat Malaysia.

Kempen Tahun Meliwat Malaysia ini amat berjaya. Malaysia untuk pertama kalinya telah mendapat liputan media antarabangsa. Berpuluh akhbar dan stesen tv dari luar negara telah menerbus masuk ke Malaysia ketika kempen Meliwat Malaysia ini dilancarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malah untuk pertama kalinya CNN telah menghantarkan Larry King , pesauh stesen ini untuk menemui bual wartawan unggul Malaysia – Zainuddin Maidin. Sayangnya Zam, nama manjanya - ketika itu sedang mendapat rawatan sakit tekak, walau pun ada desas desus yang mengatakan bahawa Zam sengaja mengelak. Sebagai nasionalis Zam hanya ingin ditemui bual dalam Bahasa Urdu atau Punjabi – dua bahasa yang tidak difahami oleh Larry King.

Kali ini , pada tahun 2011 ini Menteri Pelancungan Malaysia telah agak berbelah bagi dalam melancarkan kempennya tahunannya. Ada beberapa cadangan telah sampai ke meja Kementerian Perlancungan. Beberapa Profesor terutama dari Universiti Sintok telah mencadangkan agar tahun 2011 ini dinobatkan sebagai Tahun Lubang Saifool.

Mengikut cadangan dari Sintok ini satu seminar bertaraf antarabangsa sedang dirancang untuk menilai dan menyelidik cara terbaik untuk memasarkan dan memajukan Lubang Saifool sebagai satu tarikan untuk para pelancung sedunia. Mengikut Profesor Sintok ini , jika di Itali boleh berbangga menayangkan Menara Condong di Pisa kenapa Malaysia tidak berbangga dengan Lubang Saifool.

Sayangnya pandangan dan cadangan dari Profesor Sintok ini telah disangkal oleh Jawi dan Jais. Kedua-dua jabatan agama ini melihat cadangan dari Profesor Sintok ini sebagai ‘ potong jalan’. Jawi dan Jais melihat jika Lubang Saifool dinobat sebagai ikon pelancungan Malaysia maka besar kemungkinan peranan Jawi dan Jais sebagai juru jual agama akan terhad dan kemungkinan lupus.

Justeru secara bermati-matian Jawi dan Jais telah mengajukan Sumpah Laknat sebagai kempen pelancungan untuk tahun 2011. Cadangan dari Jawi dan Jais ini kelihatan telah mendapat sokongan dari ramai peniaga dan saudagar-saudagar agama. Paling jelas sokongan datang dari beberapa orang saudagar agama dari Perlis.

Para saudagar ini melihat dengan wujudnya Sumpah Laknat ini maka saham dan peranan para saudagar agama ini akan melonjak. Malah besar kemungkinan pandangan dan pendapat para saudagar akan terus dilanggani oleh Kementerian Pelancungan.

Bayangkan selama ini, terutama anak muda, langsung tidak ambil pot terhadap para saudagar ini. Berbuih-buih mulut para saudagar menjaja agama ke hulu ke hilir tetapi tidak ada sesiapa yang ambil pot. Apabila Kementerian Pelancungan membukakan tender dan mencari cadangan untuk kempen tahun 2011, maka para saudagar agama melihat ini adalah peluang terbaik. Ini bukan lagi durian runtuh tetapi ini peluang untuk membuka jalan mendapat kontrek. Silap-silap mungkin para saudagar agama ini akan diberi slot di RTM untuk membuat program Al-Kawah – tentang kesucian makan nasi kawah.

Cadangan dari Jawi dan Jais ini telah tersebar di media. Berita ini telah menjadikan Profesor Sintok mengelabah. Para Profesor melihat saudagar agama ini telah potong jalan. Mereka merasakan jika cadangan Jawi dan Jais ini diterima oleh Kementerian Pelancungan maka ‘ soro dan pani ’ para Profesor akan tergelincir. Masa depan Profesor Sintok ini semakin gelap. Mereka tidak lagi akan dipanggil untuk berseminar dan berseMinah. Mereka mungkin akan menjadi tidak relevan.

Ada satu pekara yang paling menakutkan para Profesor ini - tulisan ilmiah mereka tidak lagi diterima oleh Utusan Malaysia. Jika ini berlaku maka runtuhlah harapan dan masa depan mereka. Jika Utusan tidak menerima tulisan dimanakah peluang untuk Profesor ini menulis. Tidak ada journal yang sanggup menerbitkan tulisan para Profesor ini. Bayangkan, jika Juwie dari Panchaindera pun akan menolak tulisan Profesor ini bermakna dunia keprofesoran mereka akan gelap.

Justeru Profesor ini berkumpul dan berbincang untuk menyediakan strateji baru. Dengan senyap-senyap para Profesor Sintok ini telah memulakan kerjasama dengan kerajaan Melaka. Cadangan telah dibuat agar Eyes of Malaysia yang kini berada di Melaka akan di tukar dengan jenama baru - Hole of Malaysia.

Penjenamaan baru - Hole of Malaysia - dilihat sebagai pandangan yang bijaksana. Para Profesor Sintok kini dilihat canggih dan berwibawa. Malah kempen Lubang Saifool ini bukan berhenti dengan Hole of Malaysia sahaja. Satu kertas kerja - Lubang Saifool Menjana Pelancung - telah pun disiapkan. Dalam kertas kerja ini ada cadangan dua projek besar untuk menjana kempen Lubang Saifool.

Pertama: Terowong Lebuhraya PLUS di Bukit Berapit akan diberi nama baru. Terowong ini akan dinamakan Lubang DiRaja Saifool. Satu pesta yang penuh dengan adat istiadat akan diadakan untuk menobatkan nama baru terowong ini. Seri Paduka Baginda Raja Gopal al-Marhum Raja Kapoor telah bersetuju untuk mencecah duli merasmikan Lubang DiRaja ini. Media dunia akan dijemput hadir untuk membuat liputan. Jika kali ini CNN tidak dapat menghantar Larry King, Kementerian Pelancungan akan menaja BBC untuk menghantar Musang King untuk membuat liputan.

Kedua: Satu Project paper telah disedikan untuk mendapat kelulusan Kabinet. Kabinet telah diminta untuk bersetuju agar pintu masuk ke gua di Batu Caves di kecilkan. Ini untuk memperlihatkan pintu gua ini sebagai satu lubang kecil yang memberahikan dan menarik. Malah ada cadangan agar di bahagian akhir pintu masuk ke gua ini akan dilicinkan dengan minyak pelicir. Ini untuk membawa para pelawat dan pelancung ke ambiance ‘licin dan geli-geli’ sebelum menerbus ke Lubang Saifool.

Cadangan ini hampir-hampir diterima oleh Kabinet. Tetapi Jawi dan Jais dengan licik dan bijak telah menggunakan saudagar agama dari Perlis untuk menghidupkan cadangan agar Sumpah Laknat yang sepatutnya dijadikan simbol pelancungan tahun 2011 ini.

Menurut jurucakap Jawi, Sumpah Laknat ini berkeupayaan untuk membuka satu pasaran yang lebih luas. Untuk membuktikan hujah para saudagar agama ini , satu Sumpah Laknat telah dipentas di Masjid Sentul. Para pelakon untuk bersumpah telah dipilih khas.

Berbanding dengan Sumpah Laknat Saifool tiga tahun dahulu, kali ini Sumpah Laknat lebih teratur dari segi media. Secara terancang media telah membuat laporan berminggu-minggu tanpa putus putus tentang Sumpah Laknat. Laporan media ini cukup membantu kerana di hari pementasan Sumpah Laknat, Masjid Sentul yang biasanya kosong tetiba telah penuh sehinggakan tidak ada tempat untuk bersembahyang.

Untuk merancakkan kempen Sumpah Laknat ini – para pelakon – telah diminta untuk memakai baju kalis peluru. Ini adalah taktik sensasi untuk memastikan berita Sumpah Laknat di Masjid Sentul ini akan mendapat laporan CNN, BBC, PBB, DDT, PIBG, JKK, SITC, MMC, KLM, BOAC, MTD, TT dan CCTV.

Menurut saudagar agama dari Perlis Sumpah Laknat ini juga boleh di francaiskan. Malah beberapa buah masjid di Malaysia ini perlu menyediakan kelengkapan khas untuk menjalankan Sumpah Laknat. Masjid Sentul boleh dijadikan Masjid Contoh khusus untuk membuat Sumpah Laknat.

Para pelancung dari Eropah yang menghadapi banyak masalah undang-undang atau terbelenggu dengan kes saman menyaman boleh datang ke Malaysia untuk melafazkan Sumpah Laknat. Saksi, peterjemah dan pemandu pelancung wajib disediakan oleh masjid-masjid. Masjid juga dikawal untuk memastikan hanya yang telah mendapat lesen dari Jawi dan Jais sahaja dibenarkan untuk menjalankan upacara Sumpah Laknat.

Malah sesudah Sumpah Laknat dilafaz, Jawi akan mengeluarkan satu watikah untuk mensahehkan sumpah ini. Masjid-masjid yang menjalankan Sumpah Laknat ini wajib terus dikawal oleh Jawi atau Jais untuk memastikan perniagaan Sumpah Laknat ini terjamin kualitinya. Dengan kualiti yang terjamin bukan sahaja pelancung akan meloroh masuk ke Malaysia , malah Jawi dan Jais sendiri boleh membuka cawangan Sumpah Laknat di luar negara.

Mengikut jurucakap Jais yang tidak mahu namanya di sebut, perniagaan Sumpah Laknat ini berpotensi untuk membuka satu pasaran yang luas. Ini mungkin melebihi perniagan menjual cap Halal yang kini menjadi monopoli Jais dan Jawi.

Di Malaysia perniagaan Sumpah Laknat ini pasti akan dilesenkan hanya kepada Melayu Bumiputera sahaja. Jais dan Jawi tidak akan mengeluarkan lesen kepada non-Bumi. Ini untuk memastikan industri Sumpah Laknat ini tidak akan jatuh ke tangan bangsa lain.

Sumpah Laknat ini juga akan membuka pasaran sampingan baru. Pelajar Bumiputera yang kini terlatih di Jordan, Saudi Arabia atau di Mesir berkemungkinan untuk menjawat kerja-kerja yang bersangkutan dengan Sumpah Laknat. Malah universiti tempatan boleh membuka kursus Sumpah Laknat sebagai mata pelajaran wajib.

Hingga ke saat ini Kementerian Pelancungan masih lagi belum membuat apa–apa keputusan. Kementerian sedang dalam dilemma. Tidak pasti cadangan dan kertas kerja mana yang akan menjadi asas kempen pelancungn tahun 2011 ini.

Cadangan dari Profesor Sintok juga memiliki merit untuk diimplementasi. Dalam masa yang sama cadangan dari Jawi dan Jais juga amat menarik. Sokongan saudagar agama dari Perlis terbukti telah membantu Jawi dan Jais.

Pada ketika ini pelancungan adalah penjana mata pencarian utama untuk Malaysia. Ini kerana harga getah dan kelapa sawit telah jatuh. Pendapatan dari ekspot bahan bakar minyak pula telah semakin berkurangan. Semua ini menjadikan pelancungan sebagai sumber utama negara Malaysia.

Tidak dapat tidak ekonomi Malaysia hari ini sedang berhadapan dengan dua pilihan. Ekonomi Malaysia kini bergantung kepada Lubang Saifool atau Sumpah Laknat. Tersalah pilih akan membawa akibat yang maha dashat. Tersalah pilih akan membawa porak peranda yang akan memerosotkan ekonomi negara.

Apabila ekonomi merosot, harga barang mahal, inflasi akan sampai dan gaji menurun. Jika ini terjadi maka orang ramai tidak memiliki banyak pilihan melainkan turun ke jalan raya. Bila turun ke jalan raya bukan Lubang Saifool yang akan mereka cari tetapi orang ramai akan mencarai Rosmah dan Najib hingga ke Lubang Cacing.(TT)

04 Mei 2011

PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER

PRU 13: Media

Oleh: MSK

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.
Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.

Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.
Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa.
Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?

Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…”Eleh…Matsamankati syok sendiri.”

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.
Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.


Ranking Alexa 20 November 2009
Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.
Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.
Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.
Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.

Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?

Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.
Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.

Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi. Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa.

"OPS TEMBERANG"

OPS SAYANG ATAU OPS TEMBERANG?

SETELAH Sabahkini.net mendedahkan Pusat hiburan dan Mesin Judi Haram yang beroperasi berleluasa di tengah bandar Labuan bulan lalu, hanya kelihatan Jabatan Immigresen sahaja menjalankan ‘Ops Sayang’ lebih kurang satu minggu, tetapi lebih sesuai digelar ‘Ops Temberang’ kerana serbuan terpilih.

Manakala Pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membanteras kegiatan Mesin Judi Haram yang beroperasi di Tingkat 1, sebelah Kedai Magnum 4D, Pekan Jati yang mempunyai lebih dua puluh buah Mesin; Kedua di tingkat 1, tangga belakang kedai kopi Kentucky dekat AM Bank dan sebuah lagi premis di sebelah tangga Southern Cake House berhampiran hotel Pulau Labuan 1.

Ada lagi beberapa premis yang malas kami dedahkan kecuali jika ada tindakan dari Pihak Polis atau Unit Perlesenan Perbadanan Labuan (mustahil kerana semua dalam payroll Taukey Judi).

Jika tiada tindakan dalam masa seminggu dari artikel ini oleh kedua pihak berkuasa, kami akan hantar maklumat terus ke Bukit Aman dan SPRM untuk tindakan kerana orang awam sudah salurkan maklumat melalui Sabahkini.net dengan alamat yang tepat tapi pihak berkuasa tempatan masih tidur.

Kami juga meminta SPRM memantau tindakan Jabatan Immigresen yang menjalankan ‘Ops Sayang’ kerana kebanyakan pusat hiburan kebal sudah tahu lebih awal ada operasi dijalankan oleh pihak immigresen.

Buktinya, wanita yang tiada Permit kerja disimpan di kuarters di tingkat satu atau di bangunan sebelah karaoke sehingga Operasi ‘Stand Down’. Kami ingin tahu siapa pegawai yang membocorkan rahsia sehingga Tauke Pusat Hiburan yang kebal tahu bila mula ‘Ops’ dan bila ‘Call Off’.

Mengikut maklumat yang kami terima, karaoke Kebal seperti Havana karaoke, Manila Cafe, king Karaoke, Popini,Tip Top, Ginza V8, LPS Karaoke hanya menyimpan 6 hingga 10 wanita yang ada permit Pelayan dan yang lain tunggu di kuarter untuk dihantar ke Hotel dan pelanggan akan memilih di dalam bilik yang dibawa oleh seorang ibu ayam dengan sebuah Van.

Kami harap Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Dato’ Khalid akan hantar Pegawai Polis D7 dari Bukit Aman dan Bahagian Tatatertib bersama Unit PGA ke Labuan untuk menyerbu kegiatan maksiat dan Judi haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

‘Berkhidmat Untuk Negara’ bukan Berkhimat Untuk Sindiket Judi dan Pelacuran. Di mana INTEGRITI AMALAN KITA?

Salam Hormat.

WARGA ANTI MAKSIAT DAN JUDI.

03 Mei 2011

Obama melihat bagaimana Osama di tembak


Obama melihat bagaimana Osama di tembak
May 3, 2011

Osma Bin Laden akhirnya tewas kepada US Special Forces dimana dia ditembak semasa berada didalam kediaman mewahnya di Pakistan.

Osama dibunuh walaupun berlindung dibelakang isterinya – dan keseluruhan operasi ini ditonton oleh Presiden Barack Obama secara live melalui kamera yang dipasang dikepala askar-askar US Special Forces. Mayat Osama kemudian dikebumikan di satu tempat di utara Laut Arab.

Presiden Obama terpegun melihat operasi ini manakala Setiausaha Negara, Hillary Clinton menyertai Obama dan Penasihat-Penasihat lainnya menonton menerusi skrin besar di Whitehouse.

berita dipetik dari

http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/3560181/Obama-cant-hide-Bin-Laden-relief.html

Obama 'watched him die'

By SIMON HUGHES, VIRGINIA WHEELER, DAN SALES and NEIL MILLARD
Published: Today
Add a comment (117)
THE world's most evil man was consigned to the dustbin of history yesterday - shot in the head, tied up in a weighted bag and dropped in the ocean.
Osama Bin Laden finally paid the price for atrocities such as 9/11 when he was found by US Special Forces at his luxury lair in Pakistan.

He was killed as he cowered behind his wife - and President Barack Obama watched live via cameras worn by the troops. The 54-year-old warlord was buried in the north Arabian sea, his terror reign over at last.

President Obama's eyes were glued to a screen showing the dramatic moments leading to the death of Bin Laden.

US President sees live feed of al-Qaede leader and 9/11 mastermind taken out
News
Tense Secretary of State Hillary Clinton joins her boss and advisers to watch the momentous events unfold in real time.

The President declared simply "We got him" after images beamed to the White House from cameras on Navy Seals' headgear showed the terror chief being targeted in his Pakistan compound.

Mr Obama could not hide his relief when he realised the deadly reign of Bin Laden - codenamed Geronimo by US officials - was finally over.

OSAMA USED WIFE AS SHIELD - CLICK HERE TO READ MORE

The breakthrough in the hunt for the evil warlord came after detainees at Guantanamo Bay prison camp were tortured, it was revealed last night.

US officials said controversial techniques including water-boarding and sleep deprivation were directly responsible for helping security forces find the warlord. Prisoners interrogated after the 2001 terror attacks identified a "courier" who provided direct support to Bin Laden after he fled Afghanistan.

CIA interest grew further when it was established it had no phone or internet link. Bin Laden was known to avoid all electronic communication - fearing his location may be tracked by satellite.

Compound ... close to military base
Following his death, the Americans used DNA evidence to prove with "99.9 per cent certainty" they had their man.

His samples were compared with some from his sister's brain - collected after her cancer death several years ago.

Photos of Bin Laden's corpse were also compared with exact measurements of his features using photo-visual technology.

Blaze ... Bin Laden's compound on fire after raid
Further details of how the world's most wanted man was brought to justice were revealed at a Washington news conference last night.

US counter-terrorism adviser John Brennan said that, in sanctioning the strike, President Obama had made "one of the most gutsiest calls of any president in recent memory".

PAKISTAN MUST HAVE KNOWN HE WAS THERE - CLICK HERE TO READ MORE

He said US Special Forces had been prepared to take Bin Laden alive - but that he had refused to give himself up.

The senior official said the terror chief's use of his wife as a human shield showed his true character - as did hiding in a million-dollar mansion while ordering others to carry out murderous attacks.


Trail ... how forces attacked

Inside ... US forces take on Osama
Mr Brennan said: "Here is Bin Laden who is calling for these attacks living in this million-dollar plus compound, living in an area far removed from the front - hiding behind women who are put in front of him as a shield.

"I think it really does just speak to how false his narrative has been over the years. Looking at what Bin Laden is doing hiding there while he's putting others out there to carry out attacks again speaks to the nature of the individual he was."

Asked if the plan had always been to kill the al-Qaeda boss, Mr Brennan said US forces had been prepared "for all contingencies".

He said: "He was engaged and killed in the process. Had we had the opportunity to take him alive, we'd have done that.

"It was very tense. When we were informed the individuals in that compound had found an individual they believed was Bin Laden there was a tremendous sigh of relief."

Mr Brennan added: "We're looking at how he was able to hold out so long. I think it's inconceivable that he didn't have a support system."

sumber-malaysiantimes

V2b-This has to be stopped! Keningau Prison Director Brutality 30 April,...




PENGARAH PENJARA ATAU GENGSTER MABUK?
Written by Admin

Mungkin kerana sedang mabuk, Pengarah Penjara Keningau, Jaikol Gubal dan tiga rakannya telah menyerang seorang remaja dan memukul remaja tersebut tanpa belas kasihan. SAKSIKAN video keganasan yang dilakukan mereka. Apakata Menteri Dalam Negeri dan Penjara Sabah berhubung perkara ini?

http://www.youtube.com/watch?v=d7lz7WO1PZQ

http://www.youtube.com/watch?v=h9hWsJ1_hnE

http://www.youtube.com/watch?v=k-TuY1kCepw

http://www.youtube.com/watch?v=nGl7hJfBmLE

sumber : sabahkini.net

Bukti tv3 menggalakkan rakyat mencari video lucah!

Nasihat kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak kecil atau remaja di bawah umur, elakkan anak anda daripada menonton Buletin Utama TV3, kerana media arus perdana milik kerajaan itu kini menjadi penyebar video lucah yang akan merosakkan minda dan akhlak anak-anak anda.

Di bawah ini salah satu rakaman yang membuktikan bahawa Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak di bawah slogan Sapu Malaysia kini sudah mula membawa anjakan paradigma baru kepada masyarakat. Kerajaan kini secara perlahan-lahan mahu rakyat menerima bahawa penyebaran video lucah adalah perkara biasa yang harus dihalalkan di Malaysia.

Barangkali industri video lucah akan mula berkembang di Malaysia selepas satu persatu usaha menghalalkan penyebaran video lucah dilakukan oleh kerajaan UMNO PORNO.

Usaha ini dilihat serupa dengann usaha yahudi menyelitkan unsur-unsur seks di dalam kartun-kartun untuk merosakkan minda anak-anak orang Islam, Yahudi sengaja menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri anak-anak orang Islam mendorong mereka kepada seks.

Malah usaha kerajaan Sapu Malaysia merosakkan minda masyarakat dilihat lebih exstreme lagi berbanding Yahudi. Dengan alasan mahu menegakkan kebenaran, Kerajaan Sapu Malaysia menggalakkan anak-anak kita untuk mencari video seks di internet sekaligus merosakkan minda mereka.

Kerajaan Sapu Malaysia yang menerima nasihat dari Yahudi APCO nampaknya jauh lebih jahat dari Yahudi itu sendiri. Apa pun alasannya, tujuan kerajaan adalah untuk menggalakkan anak-anak orang Islam menonton video lucah.

ReJaM© "Kerajaan ini mahu menghancurkan anak-anak anda. Inikah kerajaan yang harus anda sokong?"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/bukti-tv3-menggalakkan-rakyat-mencari.html#ixzz1LFcabxSv

Kematian Osama Bin Laden hanya propaganda



Sejak pagi tadi heboh di dada-dada akhbar dan media-media seluruh dunia tentang kematian orang nombor satu paling dikehendakki oleh Amerika Syarikat dan sekutunya Osama Bin Laden. Ketua kumpulan Al-Qaeda itu didakwa telah berjaya dibunuh oleh tentera Amerika dengan bantuan tentera Pakistan.

Stesen televisyen Pakistan turut menyiarkan wajah Osama Bin Laden yang didakwa telah terkorban dengan keadaan wajahnya penuh luka-luka. Berikut gambar yang dimaksudkan.

Namun begitu ternyata satu-satunya gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen Pakistan hanyalah sebuah gambar palsu. Gambar tersebut adalah hasil gabungan dua keping gambar lain. Lihat di ATAS.

Apa tujuan propaganda ini dilakukan masih dalam kajian. Apa yang pasti gambar yang disiarkan adalah gambar palsu dan bukanlah gambar Osama seperti yang digembar gemburkan. Tambah menghairankan, mayat Osama Laden dikatakan akan dikebumikan di laut, malah lokasinya dirahsiakan.

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/05/kematian-osama-bin-laden-hanya.html#ixzz1LFYqZMJn

LEBAI OBAMA BERSUMPAH LAKNAT


TER NOW !!!
LEBAI OBAMA BERSUMPAH LAKNAT

DARI FACEBOOK ZUNAR

TERKINI: Presiden Obama dijangka akan lakukan 'Sumpah Laknat' di sebuah masjid di Washington bagi bukti dakwaan tentang kematian Osama Ben Laden!
Obama akan diiringi Ketua Pengarah Jawi, FRU, Perkasa dan Jaket Kalis Peluru

02 Mei 2011

Detik-detik operasi AS bunuh Osama



LONDON, 2 Mei – Butiran terperinci mula muncul mengenai operasi pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden.

Menjelang tengah hari tadi (waktu Malaysia) Presiden Barack Obama mengesahkan Obama terbunuh dalam serangan pasukan elit negaranya.

Rumah didiami Osama, dipercayai dia tinggal sejak lima hingga enam tahun lalu di Abbottabad, timur laut Pakistan, hanya terletak kira-kira 800 ela (266 meter) dari Akademi Tentera Pakistan.

Akademi itu merupakan pusat latihan ketenteraan elit Pakistan, yang menurut laporan bersamaan dengan akademi latihan tentera Britain, Sandhurst.

Oleh kerana kawasan perumahan itu terletak dalam lingkungan pusat latihan tentera di Abbottabad – dipercayai sepatutnya menjadi pengawasan ketat dan kehadiran tentera yang signifikan.

Operasi menyerang lokasi Osama tinggal itu bermula pada pukul 1.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 petang GMT) dan berlarutan kira-kira 45 minit, lapor BBC.

Dua atau tiga helikopter dikatakan berterbang rendah di kawasan perumahan itu sebelum operasi bermula.

Saksi juga berkata ia menyebabkan suasana panik di kalangan penduduk tempatan.

Sasaran operasi itu ialah pekarangan kediaman itu yang di tengah-tengahnya terletak rumah tiga tingkat.

Apabila helikopter mendarat, beberapa lelaki keluar dan bercakap dengan penduduk tempatan dalam bahasa Pashto.

Penduduk yang tinggal di kawasan itu, yang dikenali sebagai Tanda Choha diminta mematikan lampu dan tidak keluar rumah.

Sejurus selepas itu mereka dengar bunyi tembakan dan letupan.

Sumber juga berkata pada satu ketika bunyi helikopter terbabas juga kedengaran, dipercayai akibat terkena serangan dari darat.

Bangkai helikopter kelihatan di kawasan berhampiran.

Selain Osama empat orang termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita terbunuh.

Siaran TV Al Arabiya melaporkan bahawa isteri Osama dan empat anaknya turut ditahan ketika operasi itu. – Agensi

Jenazah Osama disemadi di laut

WASHINGTON, 2 Mei – Amerika Syarikat (AS) berkata jenazah Osama bin Laden telah disemadikan di laut selepas pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu disahkan terbunuh dalam serangan negara itu di timur laut Pakistan awal pagi ini.

Laporan awal menyebut jenazah Osama akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Pegawai AS yang enggan namanya didedahkan berkata, amalan itu memerlukan mayat umat Islam dikebumikan dalam 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima jenazahnya adalah sukar.

Oleh itu kata pegawai berkenaan, AS membuat keputusan untuk menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai itu enggan menyebut lokasi Osama, 54, disemadikan.

Osama disahkan terbunuh bersama empat yang lain termasuk anak lelakinya kira-kira 1.30 pagi tadi (waktu Malaysia).

AS mengadakan ujian DNA dan menggunakan teknik pengiktirafan wajah bagi mengenal pasti dirnya secara forml, lapor Reuters.

Keputusan ujian DNA dijangka akan diketahui dalam beberapa hari lagi.

‘Osama bin Laden dead’ photo deemed a fake

A photo purporting to show Osama bin Laden after he was killed by US special forces (above right), which has been circulating online today and used by some newspapers and TV stations, is most likely a fake, according to American security officials. They have warned the media that it is a hoax.

There are two giveaways:

First is the position of the head. If you ignore the horrific wounds, it is clear that is exactly the same as in a stock Reuters photo of Osama bin Laden (above left), seen countless times in recent years.

Second is the colour 'jump' between the bearded face and the skin tone.

Both suggest that the image has been Photoshopped, and not that well.

It is assumed the US authorities will release an official image showing the al-Qaeda leader dead before too long – if only to lay to rest any conspiracy theories that he was never killed at all in the CIA-led attack on his compound near Islamabad, Pakistan.

Read more: http://www.thefirstpost.co.uk/78385,news-comment,news-politics,osama-bin-laden-dead-photo-deemed-a-fake#ixzz1LCEcsSRM
sumber- marhaen

Media: Osama bin Laden meninggal dunia


Media: Osama bin Laden meninggal dunia
May 02, 2011

WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda leader Osama bin Laden dilaporkan sudah meninggal dunia, demikian menurut laporan media Amerika Syarikat memetik sumber-sumber rasmi.
BBC juga melaporkan, Amerika Syarikat dikatakan ada jenazah Osama dan Presiden Barack Obama dijangka membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.
-Sumber TMI

MENYUSUL LAGI

01 Mei 2011

Bos BN kepanasan!

Berkat Solat Hajat Bos BN makin merapu (kronologi)
Ahad, 01 Mei 2011 14:30 Wan Fauzdin

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri.

MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

Kronologi Najib 'mintak nyawa' untuk selamatkan Barisan Nasional:
UMCO Tebal Muka Pelawa DAP Sertai BN?


KUALA LUMPUR, 26 April: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya.

Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA.

Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu.

Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya.

Dan ini jawapan DAP:
DAP tolak pelawaan Umno sertai BN


DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.



Bila usaha mempelawa DAP tidak berjaya, DAP menjadi anggur masam.... Najib beralih kepada PAS dan memperlekeh DAP!

Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN

KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?“

Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Pada hari yang sama, PAS bulat-bulat menolak pelawaan Najib yang sudah tenggelam-timbul kelemasan..

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak

KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Dengan tebal muka, Najib meneruskan usaha untuk memecahkan perpaduan dalam PR

Jika PAS tidak mahu menyertai BN, Najib saran PAS keluar daripada Pakatan rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Pas keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang),” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Terengganu.

TG Nik Aziz jawab, "Itu cerita lama...."

Nik Aziz: Pelawaan kepada PAS sertai BN cerita lama

KOTA BARU, 30 April – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.

“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Malah TG Nik Aziz pernah memperkatakan perkara yang sama pada bulan September 2009 dulu lagi:

Rundingan dengan Umno, perkara lama

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sebarang rundingan dengan UMNO selagi parti itu masih memperjuangkan dasar kebangsaan dan tidak memperjuangkan Islam.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini boleh dianggap sebagai 'cerita lama'.

“Ini cerita lama. Nak berunding apa lagi, nak runding apa. Kalau nak runding fasal petroleum Kelantan bolehlah. Kalau nak tentu tarikh bila MB Kelantan pergi Kuala Lumpur yang itu boleh runding,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Dan TG Haji Hadi memberikan pukulan maut kepada rayuan Najib
TGHH: Kami tetap bersama PR tegakkan keadilan, menentang kezaliman

Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam laporan dibawa Harakah Daily hari ini, Presiden PAS itu menegaskan, seruan Najib semalam adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.
Seolah-olah menuang garam ke luka yang semakin sukar untuk sembuh, TG Haji Hadi pula yang menyeru agar ahli umno dan Najib keluar meninggalkan BN dan menyertai PAS!

Hadi jawab Najib: Lebih baik tinggal Umno, sertai PAS

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Membalas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata beliau dalam satu kenyataan.



Setelah DAP dan PAS menolak umpan Najib, giliran pengundi Cina pula diugut:

Najib: Mesej sudah jelas, kaum Cina kena pilih

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.
“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Ayoyo Najib... mengorat DAP, DAP tolak, berpatah balik kepada PAS, PAS tak hingin... pengundi Cina pula sudah menolak MCA hingga terpaksa guna ugutan. Meroyan le jawabnya. Masa terus berjalan dan semakin menekan Najib, BN dan umno-umnonya.. Jangan mempermudahkan Solat Hajat yang dilakukan oleh umat Muhammad SAW yang teraniaya dan dizalimi.

-http://blog.marhaen.info

BN PANIK!

Sekarang BN terpaksa menggunakan ugutan pula

Dalam masa dua hari ini keadaan politik bertambah panas. Ada dua tiga isu yang membuatkan suhu politik negara naik dengan mendadak. Pertamanya saranan Najib supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan yang keduanya amaran keras Najib terhadap orang Cina jika kaum itu tidak memberikan sokongan kepada BN. Satu lagi isu ialah MCA telah melakukan ‘brainstorming’ di antara pemimpin di peringkat kawasan dan tertinggi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika MCA di tolak oleh pengundi khususnya dari pengundi kaum Cina dalam pilihanraya yang akan datang.

Kaum Cina nampaknya menjadi sasaran hebat dan gertak mengertak di lakukan keatas kaum itu baik dari Pimpinan Melayu BN dan juga dari MCA sendiri. BN sedang memulas tangan kaum Cina kerana sokongan kaum itu terhadap BN sudah kian lemah. Dalam keadaan yang sama UMNO masih lagi belum pulih dari perasaan rendah diri kerana takut ditinggalkan oleh kaum Melayu.

Keadaan meruncing ini merupakan yang paling menyakitkan BN, malahan keadaan ini mungkin bertambah rumit lagi jika dibandingkan dari zaman Abdullah Badawi. ‘Intuition’ yang ada pada diri saya dengan jelas memberikan bayangan yang kali ini BN akan menghadapi keadaan yang jauh lebih rumit untuk mengekalkan kuasa dari pilihanraya 2008 yang lalu.

Jika semasa pilihanraya dahulu gegaran terhadap BN hanya berlaku di Semenanjung tetapi kali ini undi popular BN di Malaysia timur telah jatuh dengan begitu besar sehinggakan negeri Sarawak sudah pasti tidak lagi kekal sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN lagi. Dalam pada itu BN perpaduan BN di Sabah sudah menunjukan berlakunya pergolakan apabila parti LDP menuntut supaya BN di negeri itu tidak lagi diketuai oleh UMNO Sabah.

Apabila LDP membuat kenyataan itu Ahli-ahli DUN Sabah dengan tergesa-gesa telah membuat kenyataan untuk menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri tanpa berbelah bagi. Tindakan ini merupakan satu lagi petanda yang BN khususnya UMNO di Sabah sudah sampai ke persimpangan. Jika keadaan ini tidak terkawal maka Sabah juga tidak akan lagi menjadi simpanan tetap bagi BN pada masa yang terdekat ini. Susah untuk mencari alasan bagi menafikan keadaan ini.

Berbalik kepada ugutan Najib terhadap orang Cina, ianya merupakan tindakan yang membazir. Ianya membazir kerana dengan ugutan itu ianya menunjukan yang pemimpin kita sudah berada di dalam keadaan panik setelah tidak berjaya memujuk kaum Cina untuk menyokong BN melaui MCA di Semenanjung dan SUPP dari Sarawak. Jika seseorang pemimpin masih mempunyai keyakinan pada diri dan partinya sendiri, kenyataan yang berelimenkan ugutan tidak mungkin timbul.

Dalam nafas yang sama Najib telah meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pada pandangan PM Najib PAS tidak ada apa-apa keuntungan berada di dalam gugusan PR itu. Najib sudah sedar yang Melayu sendiri mempunyai parti alternatinya iaitu PAS seperti bangsa Cina mempunyai alternatifnya, DAP.

Dua bangsa terbesar di negara ini, Melayu dan Cina yang selama ini telah bersatu di dalam BN, sekarang ini sudah ada kecenderungan kedua-dua kaum terbesar ini untuk bersatu di luar BN. Isu yang diharapkan oleh BN untuk membantunya mendapat sokongan dari rakyat seperti isu sodomy Anwar dan video seks juga yang melibatkan Anwar telah gagal untuk dimunafaatkan oleh BN kerana keraguan rakyat terhadap BN lebih besar dari isu yang dipalitkan terhadap Anwar. Malahan isu-isu itu telah menjadi ‘counter productive’ kepada BN pula.

Politik seperti juga ilmu metamatik mempunyai formula yang jelas untuk diikuti supaya mendapat jawapan yang tepat. Formula kekuatan politik di negara ini khusunya di Semenanjung bergantung kepada dua kaum terbesar iaitu Melayu dan Cina. Jika kedua kaum terbesar ini bersatu di bawah BN maka BN lah yang akan meraih kuasa dari rakyat. Jika kedua-dua kaum ini memilih untuk bersatu di luar BN maka jawapannya mudah untk diketahui umum…tidak payah untuk disebut dan dinyanyikan.

Inilah yang menyebabkan Najib bertindak mengugut dan menekan kaum Cina supaya memberikan sokongan kepada BN. Tidak mugkin pemimpin nombor satu akan melakukan ugutan jika keadaan masih memihak kepadanya. Sebagai seorang pemimpin yang paling tinggi tentunya beliau akan melakukan kempen secara beretika dan 'civil' serta lebih demokratik. BN patut sedar yang kaum Cina telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini dan kecenderungan meeka untuk memberikan kepada pihak alternatif hanya berlaku sejak beberapa tahun dahulu sahaja. DAN berlakunya keadaan ini mesti bersebab yang datangnya dari pihak kita.

Tetapi oleh kerana segala cara telah dilakukan tetapi kaum Cina masih tidak menyokongnya maka adalah natural bagi PM Najib mengugut kaum itu sebagai kaedah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Ugutan merupakan kaedah yang terakhir untuk mengekalkan kuasa mentadbir negara.

Dengan ugutan ini ianya secara otomatiknya melenyapkan persepsi yang cuba ditanam oleh BN yang DAP itu sebuah parti yang rasis kerana yang rasis sebenarnya ialah BN yang diketuai oleh UMNO.

Pandangan ini tidak akan saya tulis jika saya tidak yakin tentang kebenaran situasi yang telah saya gambarkan tadi. Pandangan yang saya utarakan ini sebenarnya juga adalah pandangan setengah pemimpin UMNO walaupun di dalam terang mereka mempertahankan UMNO itu.

Mungkin pandangan saya ini merupakan pandangan yang salah tetapi dalam keadaan apa sekali pun saya tetap mempertahankan ramalan saya ini akan menjadi kenyataan jika kita tidak melakukan ‘soul searching’ yang intensi
-aspan alias

FITNAH ADAB ORANG MELAYU?

oleh NASPAZI

KONSEP peradaban yang paling mudah adalah pencapaian bangsa manusia dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan. Justeru, andai kata ada, apa yang dikatakan sebagai peradaban Melayu itu, maka fitnah adalah jawapannya. Dengan ungkapan lain, perbuatan memfitnah adalah peradaban Melayu yang masih segar bertahan hingga kini.

Sesungguhnya, betapa sejarah Melayu masa silam dan realiti sikap Melayu masa kini membuktikan bahawa, perbuatan memfitnah adalah tradisi budaya mereka dengan jajaran mangsa-mangsa fitnah yang bukan sahaja menyedihkan, bahkan begitu mengerikan. Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa contoh nama klasik yang telah menjadi mangsa fitnah sebagai pedoman tentangnya.

Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Silam:

1. Hang Nadim,
2. Puteri Rajuna Tapa
3. Tun Mutahir
4. Mahsuri Pandak Maya
5. Tun Hassan
6. Tun Ali

Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Silam

1. Si Kitul,
2. Raja Mendeliar,
3. Nina Sura Dewana
4. Khoja Hassan
5. Pateh Karma Wijaya
6. Wan Mahura
Malangnya, sejarah masa silam dan realiti Melayu masa kini, khususnya Melayu UMNO menjelaskan bahawa, para pengamal fitnah tidak pernah tewas atau dikalahkan oleh mangsa-mangsa yang difitnah, melainkan dihancurkan oleh kekuatan luar yang lebih besar, seperti kerajaan zalim Melaka yang dihancurkan oleh Portugis dan pemerintah Langkawi yang dihancurkan oleh Siam.

Demikianlah sejarah menggambarkan yang berhubung dengan Wan Mahura si tukang fitnah yang ditangkap, dirogol, disiksa dan akhirnya dibunuh dengan kejam oleh tentera Siam.

Begitu juga dengan realiti gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi masa kini yang terus-menerus mencipta pelbagai bentuk fitnah bersiri yang begitu cabul dan lucah untuk membinasakan lawan politik mereka, khususnya yang berhubung dengan fitnah mereka terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, betapa norma politik Melayu UMNO bukan sahaja bertentangan dengan kelakuan peradaban, bahkan sangat kejam, jijik dan biadab. Yang demikian, berikut merupakan beberapa contoh mangsa fitnah dalam konteks selepas penubuhan UMNO (baru 1988) sebagai pedoman generasi mendatang.

Mangsa-Mangsa Fitnah Melayu Masa Kini

1. Anwar Ibrahim
2. Ibrahim Mahmud
3. Tun Salleh Abas
4. Sukma Darmawan
5. Munawar Anees
6. Tengku Razaleigh
Tukang-Tukang Fitnah Melayu Masa Kini

1. Mahathir Muhamad
2. Najib Razak
3. Rahim Thamby hik
4. Khalid Japri
5. Saiful Bukhari
6. Ummi Hafilda.

Sesungguhnya hakikat demokrasi tidak memberikan secebis kuasa walau pun senipis kulit bawang kepada gerombolan panglima dubur keris bersilang songkok tinggi, melainkan kuasa yang dipinjamkan oleh undi jari-jari warga marhaen setiap lima tahun.

Justeru, seandainya warga marhaen melakukan tanggungjawab dengan penuh kesedaran tentang kekuatan kuasa undi mereka setiap lima tahun sebagai peluang terbesar mendaulatkan kuasa autonomi wilayah Borneo dalam konteks Sabah dan Sarawak, nescaya seluruh badut politik barua boneka kuda tunggangan Melayu UMNO dan proksi-proksinya akan ranap sepenuhnya.

Yang demikian, akan memberi kesedaran kepada bidak-bidak pengamal kerjaya politik bahawa, pimpinan Sabah dan Sarawak kini dan sekarang yang membentuk kerajaan dalam konteks dan semangat perjanjian pembentukan Malaysia secara benarnya mereka tidak layak memimpin wilayah Malaysia Timur.

Menyentuh soal ketuanan dan hak istimewa melayu, yang melayu UMNO Malaya dan proksinya laung-laungkan saban hari di segala penjuru rasis dan media pendusta mereka. Betapa ketuanan dan hak istimewa melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ayub dalam bukunya ‘Cara Pemerintahan Tanah Melayu’ bahawa, apa yang dikatakan sebagai ketuanan dan hak istimewa melayu itu merangkumi 4 unsur utama.

1. Tanah Untuk Orang Melayu

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah di bawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

2. Jawatan Dalam Kerajaan

Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan Biasiswa

Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi

Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain. – (Abdullah Ayub -1978)

Berdasarkan kepada 4 unsur yang berhubung dengan ketuanan dan hak istimewa Melayu tersebut kononnya, maka Melayu UMNO dan proksi-proksinya bergentayangan dengan media pengampunya melancarkan seruan agar Melayu bersatu dengan keakuan yang melampau untuk mengapi-apikan warga Malaysia agar membenci Pakatan Rakyat (PR) dengan tuduhan kononnya Pakatan Rakyat tidak mahu melihat negara ini maju.

Pada hal yang melemparkan martabat negara ini ke lembah najis yang paling busuk, siapa lagi kalau bukan Melayu UMNO yang sudah bertahun-tahun mengamalkan atau menjadikan ungkapan lancap, liwat dan lubang dubur sebagai C4 untuk meletupkan penyelaras pimpinan Pakatan Rakyat.

Dengan ungkapan lain, disamping Melayu UMNO mendendangkan seruan keakuan Melayu yang melampau, namun pada masa yang sama, Melayu UMNO Malaya menghancurkan Bumiptera Sabah melalui ‘IC Projek’ mereka agar Bumiputera Sabah menjadi penduduk yang minoriti pada waktu muka di Sabah bagi mewajarkan penurunan status Sabah dari sebuah negara yang berdaulat kepada sebuah negeri jajahan Malaya yang ke 12 gamaknya.

Lihatlah bagaimana Melayu UMNO Malaya mencabul ‘Perkara 20’ Perjanjian Malaysia dengan meminggirkan pegawa-pegawai Sabah dalam pelbagai ketua jabatan yang menjadi hak mutlak warga Sabah dalam ‘Perkara 20’.

Sememangnya Melayu UMNO pandai bermuka-muka apabila menghalalkan slogan demi kerajaan Sabah yang berteraskan Islam dalam kempen pilihanraya mereka di Sabah. Pada hal, mereka mengetepikan perundangan Islam dalam pengadilan yang berhubung dengan siri fitnah ‘Liwat I dan Liwat II’ mereka terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah berpanjangan seakan tanpa penghujung. Dan harus diingat bahawa, belum ada mangsa fitnah yang menang dalam catatan sejarah Melayu silam.

Menyentuh soal pilihanraya ke 10 Sarawak. Warga Sarawak telah memperlihatkan ketegasan mereka dalam membuat keputusan dengan memberi kemenangan kepada parti bersifat tempatan. Dan kebetulan, parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menjadi komponen penzalim Barisan Nasional (BN).

Namun, betapa keputusan rakyat Sarawak dalam konteks ‘Perkara 18’ perjanjian pembentukan Malaysia memang tepat, sebagaimana yang dijelaskan dalam ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia bahawa;

“Ketua Negeri di Borneo Utara/Sarawak tidak seharusnya tertakluk kepada pemilihan sebagai ketua Persekutuan.” (The Head of State in North Borneo / Sarawak should not be eligible for election as Head of the Federation.) (18/ 20 Perkara 1963).

Ungkapan ‘Persekutuan’ dalam konteks Perjanjian Pembentukan Malaysia adalah merujuk kepada ‘Persekutuan Malaya’ atau ‘Persekutuan Tanah Melayu’ yang dimasyhurkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 sebagai antara komponen negara dalam Gagasan Malaysia.

Dengan ungkapan lain, sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat (PR) punya hati yang sungguh-sungguh tulus, dalam usaha meranapkan budaya politik cabul dan lucah Barisan Nasional (BN) dalam konteks Malaysia yang dilindungi oleh Perjanjian Pembentukan Malaysia, nescaya parti-parti yang bersifat Malaya, seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak sewajarnya diexport ke Sabah dan Sarawak.

Yang demikian, secara peribadi saya tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik bersifat Malaya dalam Pakatan Rakyat (PR) yang diexport ke Sabah dan Sarawak atas sebab-sebab yang telah saya nyatakan bahawa ianya melanggar ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia.

Justeru, pimpinan parti-parti yang bersifat Malaya sewajarnya bukan mengexport parti-parti politik Malaya ke Sabah dan Sarawak, bahkan sepatutnya berunding atau berdialog sebagai kawan dan negarawan yang bijaksana dengan pimpinan parti yang bersifat tempatan (Sabah dan Sarawak) yang sehaluan dalam usaha menentang, melawan dan menghancurkan kezaliman politik Barisan Nasional (BN); untuk bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi menepati kehendak ‘Perkara 4’ Perjanjian Pembentukan Malaysia, agar warga Borneo yang celik politik tidak seolah-olah mengundi untuk Borneo sebagai sebuah negara menjadi sebuah negeri yang dijajah.

Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan suara harapan menggapai kebangkitan menyeluruh atau secara holistik warga Malaysia Barat dan warga Malaysia Timur dalam usaha serentak menguburkan politik jijik dan cabul Melayu UMNO yang menjadi komponen utama Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke -13 yang menghitung bulan untuk diadakan.

Justeru, andai kata penduduk Sabah dan Sarawak bijaksana, yang dipimpin oleh pengamal kerjaya politik yang berwatak dan berfikiran luas sebagai seorang negarawan, nescaya semuanya akan melangkah seiring dengan penuh kesedaran dan keinsafan bahawa, Brunei, Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum 1957 adalah sama taraf atau sama standard sebagai negara-negara jajahan British yang masing-masing memiliki identiti dan matawang sendiri sebagai sebuah negara.

Dengan ungkapan lain, standard Sabah dan Sarawak adalah sebagaimana standard Brunei dan Singapura sekarang sebagai sebuah negara di persada antarabangsa yang berdaulat, aman dan makmur.

Namun begitu, kini dan sekarang, akibat kedunguan badut politik proksi melayu UMNO Malaya di Sabah ada kaitan dengan pancaran ketololan muktamad Bumiputera Sabah sendiri lantaran melahap kahak hijau Mahathir tentang sentimen Islam sebagai alat politik songsang, yang terang-terangan melanggar dan bertentangan dengan ‘Perkara 1’ perjanjian pembentukan Malaysia, sehingga aras paradigma Bumiputera Sabah tercampak ke dalam beberapa gaung dan longkang busuk yang meloyakan.

1. Kononnya, Sabah adalah lebih baik diperintah oleh Melayu UMNO Malaya melalui (IC Projek-agenda Mahathir) yang beragama Islam daripada diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri yang beragama Kristian.

2. Kononnya, sembilan tahun Sabah diperintah oleh parti tempatan Bumiputera Sabah sendiri (PBS) tanpa pembangunan. Pada hal, kini satu dunia tahu bahawa Sabah dalam komponen Malaysia telah menjadi negara termiskin angkara kebejatan politik Melayu UMNO.

3. Kononnya, Singapura dan Brunei menjadi negara yang kaya dan maju, sebab penduduknya sedikit. Pada hal, jumlah penduduk Singapura 5.8 juta atau hampir 4 kali ganda berbanding hanya 1.6 juta jumlah penduduk Sabah, jika tidak diambil kira lebih 1 juta IC Projek Melayu UMNO.

4. Kononnya, perjanjian ‘Perkara 20’ syarat pembentukan Malaysia tiada guna, sebab bukannya ‘Perkara 20’ yang akan mengusung dan menghantar orang-orang Islam yang meninggal dunia ke dalam kubur apa nama aaa…apa nama aaa… korek korek konon gamaknya.

Persoalannya, sampai bila dan berapa lama warga Bumiputera Sabah menjunjung paradigma songsang yang berhubung dengan pencabulan Melayu UMNO Malaya terhadap Perjanjian Pembentukan Malaysia?

Justeru, pasukan cendekiawan Bumiputera Sabah mesti berusaha mencari ruang dan jalan untuk melancarkan serangan balas (counter attack) yang bijaksana dan bermoral tinggi untuk meranapkan konsep kenegaraan biadab Melayu UMNO Malaya dan talibarutnya dan sekaligus meletakkan maruah mereka ketahap yang paling hina dan paling jijik selepas PRU 13 hendaknya.

Sesungguhnya, betapa seluruh Melayu UMNO Malaya dan proksi-proksinya adalah nyata sudah bankrap harga diri, lantaran talian hayat politik mereka hanya bergantung kepada bantuan Lubang Dubur dan Video -sabahkini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...