Scorpene-Altantuya: Pendedahan berani dari London bulan ini
votes)
Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini.
Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.
Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.
Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.
“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.
Langit politik runtuh
Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.
Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.
Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.
Keadaan menjadi kabur di Malaysia
Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.
Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.
Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .
Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.
Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan
Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.
Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.
Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.
03 September 2011
POPULARITI NAJIB NAIK MENDADAK 95%
Mesej Aidilfitri: PAS pertikai slot ‘bersejarah’ untuk Rosmah
KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi media elektronik sambil menegaskan, perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, “sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.”
“Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.
“Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,” kata Mahfuz lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Katanya, usaha itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang merudum teruk.
Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Najib telah merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus Mei 2010.
“Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksa berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,” katanya.
Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.
“Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri,” kata beliau, dilihat merujuk kepada cakap-cakap bahawa Rosmah lebih berkuasa daripada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional.
Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.
Dengan sinis, Mahfuz juga dipetik berkata, beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.

02 September 2011
Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah
Cincin RM24 juta: Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah
KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf.
Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip ‘The Big Lie’.
“Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata?
“Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya.
Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia,” katanya.
Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama ‘pencuri di siang hari’ apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan.
Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu.
“Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah.
Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan.

MB KEDAH MASIH USTAZ AZIZAN
PAS tiada hasrat gugurkan Azizan sebagai MB
PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak
sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.
“PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.
“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.
Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.
Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.
Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.
Mengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.
“Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.
“Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.
Azizan pada 1 Ogos lalu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung.
Beliau dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan tetapi melakukan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain.
Bagaimanapun, pegawai khas beliau, Muzaini Azizan berkata Azizan dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.-mk

MAMPUKAH PR SABAH MENGAMBIL KESEMPATAN KECELARUAN LDP
V.K.LIEW CUBA NASIB DI KKLW?
Oleh : CITRA MASADI(SK)
POLEMIK antara Parti Liberal Demokratik (LDP) yang berseteru dengan Pengerusi Barisan Nasional Sabah disambut baik oleh Pakatan Rakyat sebagai formula terbaik untuk menawan banyak kerusi LDP dan UMNO pada pilihanraya umum akan datang di Sabah.
Sebelum ini ruang dan peluang tidak tersedia kerana perpaduan erat di kalangan pemimpin BN di Sabah, namun sejak Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan kini Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong bersengketa dengan Pengerusi BN Sabah, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menggempur BN di setiap sudut; terutama menumpukan serangan kepada LDP dan merampas semua kerusi yang diwakili dan bakal diwakili LDP.
Memang diakui semua pemimpin LDP yang sedia ada pada hari ini ialah Pemimpin Autokratik iaitu yang dilantik oleh pucuk pimpinan terdahulu dan bukan dipilih oleh ahli atau perwakilan parti; sekaligus menunjukkan LDP dipenuhi ahli ‘Hantu’ malah dipimpin oleh Pemimpin ‘Hantu’ yang membelakangkan Perlembagaan Parti.
Peranan LDP sama seperti ditubuhkan iaitu untuk melumpuhkan sokongan masyarakat Cina terhadap Parti Bersatu Sabah; malah kini menjadi pengacau kepada parti komponen yang mewakili masyarakat Cina; tetapi mempunyai serampang dua mata iaitu memastikan Pengerusi BN Sabah tersingkir dan melonjakkan Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal ke tampuk kuasa Kerajaan Negeri.
Buktinya, Chin Su Phin telah memperolehi kontrak lebih RM500 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bukan untuk LDP tetapi sebagai dana pilihanraya dan upah untuk melancarkan perang saraf dan menggempur Pengerusi BN Sabah dari dalam dengan mencipta pelbagai polemik.
Kejayaan Chin Su Phin ini dicemburui V.K.Liew yang kini mengorak langkah yang sama dan seiiring kerana bimbang jawatannya direbut pada pilihan pucuk pimpinan parti LDP yang masih tertunda sehingga ke hari ini.
V.K.Liew mencuba nasib untuk mendapatkan habuan daripada Shafie Apdal dengan mencipta sengketa dengan Musa Aman; mendapat dana untuk LDP yang semakin kering dan menutup rungutan 26 Bahagian LDP yang semakin tidak puas hati kerana Chin Su Phin dan V.K.Liew hanya menjaga kroni mereka; tetapi membiarkan bahagian tercungap-cungap bagaikan ikan kena tuba.
Mengikut maklumat dalaman LDP, sekurang-kurangnya 16 Bahagian LDP telah memulakan perang dingin menolak kepimpinan V.K.Liew dan Chin Su Phin dan jika hasrat mereka tidak dilayan, kemungkinan besar 16 Bahagian LDP akan dibubar dan mereka akan menyertai Parti Komponen BN lain di Sabah, terutama parti berbilang kaum.
Peluang inilah yang harus dilihat oleh Pakatan Rakyat untuk menggempur BN dan sekurang-kurangnya dapat menawan 15 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen majoriti Cina untuk mengurangkan dominasi BN di Sabah.
Walaupun berdasarkan rekod, senario ini tidak menjanjikan sebarang peluang kerana segala kemungkinan boleh terjadi terutama politik wang yang berleluasa, pengundi hantu, salah guna kuasa dan adu domba BN; namun membuka ruang yang terbentang luas kepada Pakatan Rakyat untuk menggembleng usaha secara bersepadu; kerana LDP mudah ditumpaskan tanpa sokongan UMNO dan BN.
Chin Su Phin dan V.K.Liew adalah lowongan terbuka bagi Pakatan Rakyat merampas kerusi LDP dan dominan Cina kerana rekod buruk LDP di semua kawasan yang mereka wakili; terutama setelah sengketa dimulakan oleh Mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat dalam isu Patung Dewi Laut Mazu.
Terima kasih LDP, terima kasih Chin Su Phin dan terima kasih V.K.Liew kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi berkenaan dan membolehkan Pakatan Rakyat berkhidmat dengan jujur kepada rakyat sebagaimana telah dibuktikan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan

01 September 2011
`MALAM IRAN` dengan memberi sogokan kepada polis
Malaysia pilihan pelarian Iran, tapi bukan ‘utopia sempurna’ disangka
Oleh Melissa Chi
KUALA LUMPUR, 1 Sept — Beribu-ribu rakyat Iran kini tinggal di Malaysia untuk menghindari kepimpinan keras rejim Tehran dan mula melihat negara ini sebagai utopia bagi mereka. Bagaimanapun menurut mereka, negara pilihan ini juga menyaksikan beberapa kecacatan dan kekurangan.
Semalam, majalah Time melaporkan bahawa Malaysia menjadi lokasi “terkenal untuk terjun dari Iran, demikian menurut kata-kata hos GEM-TV Abed Randamiz.
Katanya, Malaysia merupakan salah satu daripada tiga negara yang memberi visa dengan mudah. Dua negara lain ialah Turki dan Turkmenistan.
GEM-TV, stesen satelit milik persendirian, berpejabat di Dubai, membawa dunia moden ke Iran dari sebuah stesen penyiaran di Malaysia.
Mengikut laporan Time, kira-kira 60 orang rakyat yang berada dalam buangan terlibat dalam stesen yang beroperasi dari Mont Kiara, dekat Kuala Lumpur, mengalih suara program seperti drama lipur lara Brazil, kartun-kartun Jepun dan muzik Amerika ke dalam bahasa Parsi.
Warga Iran masuk dalam kumpulan-kumpulan kecil tetapi mengalami pertumbuhan dengan cepat sejak kebelakangan ini.
Pada masa sekarang terdapat sekitar 60,000 rakyat Iran yang belajar, bekerja atau menunggu mendapatkan visa.
Malah terdapat juga sejumlah kelab yang mengkhususkan satu hari dalam seminggu dengan nama “Malam Iran” — menyajikan deejay dan muzik Iran.
“Rakyat Iran ada pegangan dalam 2,000 bisnes di Malaysia dan memiliki 15,000 tempat di universiti-universiti di Malaysia. Kedatangan pelancong dari Iran meningkat 14.3 peratus kepada 116,000 orang tahun lalu,” lapor Time.
Tambahan pula, perkataan-perkataan asal bahasa Parsi wujud dalam kamus Bahasa Melayu sejak dahulu lagi, antara dewan dan anggur.
“Kebanyakan rakyat Iran di Malaysia selesa dengan hidup, yang bebas daripada tekanan ideologi dan daripada, dalam satu perkataan mereka dalam buangan, memberi sogokan kepada polis setiap jika anda mahu mengadakan majlis keramaian.’ Malaysia menjadi pangkalan kepada kekerapan Disko Malam Parsi dan konsert-konsert menyerlah yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal — satu pada awal tahun ini termasuk yang menggambarkan perasaan menentang rejim semasa — ketika Tahun Baru Iran pada Mac lalu,” kata majalah itu.
Bagaimanapun Time menekankan kehidupan bagi rakyat Iran tidak bebas daripada halanagn dan kekangan.
Katanya, ramai termasuk Ali Manafi, seorang pengendali kanan sebuah radio yang meninggalkan negaranya dengan penuh risiko baru-baru ini, menyifatkan mereka juga “letih” dengan peraturan-peraturan agama.
“Aspek spiritual adalah (soal) peribadi seseorang,” katanya.
“Di sini ada begitu banyak masjid dan imam. Hanya beberapa sahaja mengalu-alukan Muslim Syiah,” katanya lagi.
Aktivis Iran juga berhadapan dengan layanan kasar ekoran protes politik mereka. Lima pemimpin pelajar Iran ditahan kerana membawa lilin memperingati penunjuk-penunjuk perasaan yang terbunuh di Iran. Pada 2009, protes ke atas pilihan raya Iran di pekarangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berakhir dengan gas pemedih mata. Bagaimanapun kebanyakan aktivis berkata mereka menjauhkan diri daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, yang berlangsung pada ulang tahun ke-12 salah satu protes terbesar di Iran.
Beberapa rakyat Iran memberitahu majalah Time, penduduk tempatan memandang serong ke atas mereka, antara lain disebabkan oleh penangkapan 15 warga Iran berhubung kes menyeludup masuk dadah tahun lalu dan beberapa yang lain menyusul.
Bilangan rakyat Iran yang ditangkap berhubung isu dadah mengalami peningkatan ketara sejak itu. Seramai 138 orang ditahan sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 16 orang pada keseluruhan tahun 2009.
“Rakyat Iran berfikiran kotor, mereka datang ke sini untuk minum dan membawa dadah,” keluh seorang pemandu teksi Melayu dipetik Time.
“Sudah pasti prejudis wujud di kedua-dua sebelah,” tulis Time sementara Randamiz mendakwa Malaysia sebuah negara yang muda berbanding Iran yang mempunyai sejarah kebudayaan 2,500 tahun.
Safineh Motlaq, seorang wartawan foto, yang menjelaskan kebudayaan Malaysia kepada rakyat Iran dalam majalah tempatan Monograil, menganggap Malaysia sebagai “utopia paling rapat saya temui.”

31 Ogos 2011
MAHATHIR JUMLAH KEKAYAAN BELIAU
MAHATHIR YANG KAYA RAYA
Satu kelebihan pemimpin-pemimpin Malaysia, khususnya Mahahtir dan Daim, ialah kelicikan mereka dalam menyembunyikan kekayaan mereka. Barangkali inilah sebabnya Mahathir masih bertahan
sedangkan Suharto telah pun jatuh. Bagi mereka yang hampir dengan Mahahtir dan keluarganya, mereka tidak dapat lari daripada merasa kagum atau hairan dengan kekayaan Mahathir. Bagi mereka yang tidak peka dengan penyelewengan Mahathir mereka akan rasa kagum dengan kekayaannya. Tetapi mereka yang peka dengan keadaan sebenar akan tentu hairan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya.
Di antara harta milik Mahathir ialah rumah-rumah mewah yang terdapat di berbagai tempat. Sebagai contoh, sesiapa yang berada di tol plaza Sg. Besi dapat melihat sebuah bungalo besar yang terletak di atas banjaran bukit di The Mines. Ini adalah satu dari rumahnya. Dia juga memiliki sebuah rumah di Subang yang dibina oleh Rin Kei Meng. Selain ini, terdapat juga sebuah lagi rumahnya di Langkawi yang dibina oleh Ting Phek Khing, sebuah lagi di Country Height (kini diduduki Mirzan) dan yang terbaru ialah di Bukti Tinggi. Rumah di Bukti Tinggi ini dibangunkan oleh Vincent Tan dengan harga RM21 juta.
Selain itu, Mahathir juga memiliki rumah-rumah lain di luar negara.Ini termasuklah sebuah mahligai di London yang dibeli menggunakan nama Daim, sebuah di Vancouver yang dibeli menggunakan nama Mirzan, sebuah lagi di Florida di atas namanya sendiri. Mahathir juga memiliki sebuah ladang (ranch) di Argentina.
Satu peristiwa yang mendedahkan kekayaan Mahathir ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui mengenai tindakan Daim memindahkan RM1 bilion ke akaun di sebuah bank Switzerland sebelum Malaysia mengenakan kawalan ke atas ringgit. Anwar telah melaporkan mengenai hal ini kepada Mahathir. Tetapi Mahahtir hanya mendiamkan hal ini. Hanya selepas itu baru Anwar ketahui bahawa rupanya akaun itu adalah akaun bersama Mahathir dan Daim. Patutlah Mahathir dan Daim mahadiam mengenai pemindahan wang ini.
Persoalan yang rakyat berhak ketahui ialah dari manakah Mahathir memperolehi kekayaan yang sebegini banyak? Gajinya sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM30,000 sebulan. Sekiranya dia tidak membelanjakan sesen dari wang ini dia akan mengumpul RM360,000 setahun. Dalam masa sepuluh tahun ini menjadi RM3.6 juta. Ini bererti dalam 17 tahun dia menjadi Perdana Menteri gaji terkumpulnya tidak akan melebihi RM6.12 juta. Ini bererti kalau diharapkan pada gajinya sahaja, Mahathir tidak mampu membayar kos pembinaan rumahnya di Bukti Tinggi. Apatah lagi untuk membeli rumah-rumah lain, termasuk di London, Florida, Vancouver dan Argentina.
Dari manakah datangnya wang yang sebegini banyak? Di sinilah kita dapat melihat kelicikan
Mahathir. Dia menggunakan berbagai proksi untuk memegang kekayaannya. Di antara proksinya yang paling penting ialah anak-anaknya dan Daim Zainuddin. Daim pula akan menggunakan proksi untuk memegang kepentingannya. Amalan Daim ialah tidak memegang lebih dari 10% saham mana-mana syarikat di atas namanya sendiri. Sebahagian besar kekayaannya dan Mahathir dipegang oleh proksi seperti Halim Saad, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad, Kadir Jasin , Ting Phek Khing, Eric Chia, Vincent Tan, anak-anak Taib Mahmud dan lain-lain lagi. Dengan ini mereka memastikan kekayaan sebenar mereka tesembunyi dari pengetahun rakyat.
Patutkah seorang Perdana Menteri yang mempunyai kemewahan sebegini banyak meminta rakyat berkorban? Dan kita juga ingin tahu berkorban untuk apa? Berkorban supaya wang Petronas dapat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anaknya Mizan? Berkorban supaya tol dapat dinaikkan untuk menyelamatkan syarikat milik UMNO, Renong? Berkorban supaya sebanyak RM776 juta wang rakyat di Khazanah Holding dapat digunakan untuk membantu Rashid Husin dan RHB Bank? Berkorban supaya Mahathir dapat membina mahligai bernilai RM200 juta di Putra Jaya dan membeli jet Global Express juga dengan harga RM200 juta.
Sekiranya kita mendapatkan kembali semua wang Mahathir dan Daim di bank Switzerland dan menggunakannya untuk membiayai pembinaan lebuhraya mungkin rakyat tidak perlu membayar lagi tol untuk selama-lamanya. Sekiranya kerajaan tidak membina mahligai Mahathir di Putra Jaya wang RM200 juta itu mencukupi untuk memberi pendidikan percuma selama setahun untuk semua pelajar di sebuah universiti tempatan seperti Universiti Malaya. Wang sejumlah itu juga boleh membina 8,000 buah rumah kos rendah untuk rakyat miskin. Bayangkanlah berapa banyak sekolah, komputer dan subsidi untuk petani yang boleh diberikan dengan wang yang dibelanjakan untuk menyelamatkan Mirzan dan RHB? Kenapakah anak-anak Mahathir yang telah pun kaya perlu dibantu lagi. Mirzan memiliki saham bernilai RM726.5 juta di sebelas syarikat yang disenaraikan di KLSE. Mokhzani pula memiliki saham bernilai RM624 juta.
Sebaliknya, nasib penanam padi tidak terbela. Harga barangan semakin naik. Pengangguran semakin meningkat. Dan kita semua disuruh terus berkorban. Apakah pula pengorbanan Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka? Apakah terlalu besar pengorbanan sekiranya kekayaan Mirzan, Mokhzani, Daim, Rashid Husein dan lain-lain kroni Mahathir yang beratus juta ringit itu berkurangan menjadi beberapa puluh juta ringgit?
Sekiranya keadaan ini berterusan, kita akan menjadi rakyat miskin dalam negara yang kaya. Petani kita tidak akan mampu menyuapkan makanan kepada keluarga mereka. Siswa-siswi tidak dapat belajar dengan sempurna kerana kelengkapan yang serba kurang di universiti-universiti. Graduan kita tidak mendapat pekerjaan kerana hanya segelintir syarikat yang mendapat manfaat dari program pemulihan ekonomi. Para eksekutif kita pula akan menjadi pegawai yang memiliki nama jawatan yang besar tetapi tidak mampu membeli rumah untuk keluarga sendiri.
Dan kita disuruh berkorban dan terus berkorban pada ketika Mahathir dan Daim serta suku-sakat dan kroni mereka membongkah kekayaan negara untuk diri mereka. Adakah rakyat harus mahadiam melihat golongan mahakaya ini terus mahamenindas kita?
BANGUN MEMBAWA PERUBAHAN
oleh: Ibn Fansuri
sumber:http://bantahan.tripod.com/kaya.htm

29 Ogos 2011
ANWAR masih Syaitan?
Bagi Mahathir, Anwar masih syaitan
Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada
manusia ini. 22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau
Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau.
Tetapi sekarang, hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mungkin membosankan rakyat. Ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi lebih arif mengenai DEB dan apa sahaja yang Mahathir katakan tidak akan mengubah fikiran mereka. Malah orang Melayu, mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Sesetengah orang Melayu merasakan bahawa DEB harus kekal seperti yang sedia ada, manakala sejumlah yang sama merasakan bahawa ia perlu dirombak untuk membantu lebih banyak orang Melayu berpendapatan rendah dan bukannya memanfaatkan orang Melayu yang kaya dan hartawan Cina yang ada kaitan dengan Mahathir sahaja.
Masih syaitan
Di mata Mahathir, Anwar masih syaitan yang sibuk berdusta kepada rakyat bahawa DEB hanya memberi manfaat kepada kroni-kroni BN, dan semua kontrak, permit kelulusan dan lesen yang diberikan di atas nama tindakan afirmatif tetap melibatkan rasuah. Beliau juga berkata, Anwar seolah-olah mengatakan bahawa DEB tidak memberi manfaat kepada orang Melayu dan Bumiputera yang lain sama sekali, hanya golongan UMNO elit dan 'rakan-rakan' mereka sahaja.
Walaupun marah, Mahathir harus akui yang Anwar juga betul, mungkin juga lebih betul daripadanya. Ramai pakar bersetuju DEB memberi manfaat kepada ramai orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Tetapi menurut Anwar, apabila seseorang membandingkan keseluruhan orang Melayiu dan penduduk Bumi, mereka yang mendapat manfaat adalah sebahagian kecil sahaja. Anwar sering memetik bahawa angka kerajaan menunjukkan bahawa 96 peratus rakyat termiskin di negara ini sebenarnya orang Melayu. DEB pula telah wujud sejak tahun 1971 atau selama 40 tahun. Bagaimana Mahathir, seorang doktor gagal untuk memahami perkara ini, ia cuma suatu perkiraan matematik yang mudah.
Hanya satu penjelasan yang mungkin; Mahathir masih memusuhi bekas timbalannya itu, walaupun telah dipecat, dikeluarkan dari parti dan dipenjara selama 6 tahun. Bagaimanakah permusuhan itu sangat teruk? Ada yang mengatakan ia adalah disebabkan perasaan bersalah dipihak Mahathir kerana tuduhan liwat pada tahun 1998. Benar atau tidak, ternyata tidak luntur perasaan benci Mahathir terahadap Anwar malah bertambah kuat tahun demi tahun.
Orang bukan Bumiputra diketepikan
Dalam artikel terbaru beliau di blog chedet, Mahathir berkata bahawa setiap kanak-kanak Melayu dibantu dalam pendidikan dengan buku teks percuma dan makanan percuma. Sekolah-sekolah dibina di kawasan-kawasan terpencil di mana sebelum ini tidak terdapat sekolah-sekolah. Asrama dibina untuk anak-anak Bumiputera yang kebanyakannya orang Melayu dan lain-lain supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dan mampu untuk belajar dalam persekitaran yang lebih baik berbanding rumah-rumah mereka di kampung.
Tetapi dengan berbuat demikian, Mahathir juga mengakui bahawa dia telah meminggirkan golongan bukan Bumiputera dalam usaha untuk naikkan taraf hidup Bumiputera di negara ini. Mengapa? Adakah bukan Bumiputera tidak layak menerima bantuan kerajaan? Apa yang berlaku kepada bukan Bumiputera yang miskin yang juga memerlukan bantuan? Dan selama ini, BN dianggap telah cuba membangunkan negara untuk semua rakyat Malaysia, dan bukan untuk kaum Bumiputera sahaja.
Mahathir seterusnya mengatakan bahawa pendidikan pengajian tinggi kini boleh diakses dengan penyediaan jumlah biasiswa yang besar. Hasil daripadanya, banyak anak-anak keluarga miskin atau keluarga yang tidak mampu membayar yuran sekarang sudah memegang ijazah universiti dan menjadi golongan profesional. Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa jika sebelum ini hanya 5% daripada doktor di Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera, hari ini 40% daripada mereka yang dalam profesion tersebut adalah orang Melayu.
Jika ini benar, adakah DEB memberi manfaat kepada Bumiputera dengan mengenepikan Bukan Bumiputera? Adakah ini hasrat DEB ? Atau ia telah dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang tidak jujur? Ini semua persoalan yang seringkali bermain di minda kita tetapi tiada jawapan telah diberikan oleh Mahathir. Dia hanya memberikan jawapan yang tidak lengkap dalam artikel terbaru beliau - sama ada menggunakan ketuanan Melayu sebagai sandaran atau sebagai asas untuk menyerang sasaran kegemaran beliau, seperti Anwar atau Lim dari DAP.
Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 85 tahun ini telah kehilangan peminatnya. Kini, beliau hanya mampu membangkitkan minat apabila dia menyokong retorik perkauman kumpulan pelampau Melayu seperti Perkasa. Dengan kecerdasan yang semakin tumpul dan keberanian beliau yang hanya 'hantam kromo' dengan memutarkan suatu peristiwa atau isu tertentu dengan cara beliau yang tersendiri. Beliau kini menjadi penghibur rakyat Malaysia, dan bukannya berperanan sebagai penasihat juga negarawan yang berpengalaman untuk rakyat Malaysia mendapatkan ilham dalam kebuntuan. Kemungkinan besar, dia sendiri yang mencipta kebuntuan itu kata para pengkritik beliau. Inilah yang menarik minat terhadap dirinya- tahap kesinisan beliau.
Angka tidak dapat menipu, Mahathir pula sebaliknya
Satu lagi kenyataan yang dibuat Mahathir untuk membuktikan keberkesanan DEB adalah saham Bumiputera dalam 'aset korporat’. Kata beliau, hari ini lebih daripada sepuluh setengah juta (10500000) orang Melayu dan Bumiputera memegang saham dalam unit amanah ini dengan jumlah pegangan yang bernilai seratus tiga puluh lima billion (135,000,000.000) ringgit. Ini adalah manfaat langsung daripada DEB. Unit amanah ini membentuk peratusan besar kekayaan korporat yang dipegang oleh Bumiputera, katanya.
"Felda juga telah dipelihara sehingga ia telah menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia. Peneroka mempunyai pendapatan yang lebih tinggi manakala anak-anak mereka berpendidikan lebih baik. Semua ini adalah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mikro Kredit dilanjutkan kepada perusahaan desa yang kecil dan ini telah membantu puluhan ribu penduduk kampung Bumiputera, terutamanya wanita untuk bergiat dalam perniagaan.
Kini terdapat beribu-ribu usahawan Bumiputera yang mendapat manfaat daripada pengimportan kereta terpakai dan baru, daripada menjadi ejen-ejen dan vendor untuk projek-projek kereta nasional dan juga dalam perniagaan minyak dan gas sebagai hasil daripada DEB.
Ada diantaranya telah berkembang besar, terdapat juga yang menjadi sangat besar, menjadi pengedar dan pemasang kereta, pemaju perumahan, fabrikasi keluli, pembina bot dan kapal, IT, pengangkutan, pelabuhan dan perkapalan, makanan dan pengeluar kosmetik dan banyak lagi perniagaan lain," tulis Mahathir yang masih ghairah.
Jadi, terima kasih kepada DEB, bumiputera telah berjaya diluar jangkaan mereka.Tetapi mengapa mereka masih tertinggal jauh berbanding bukan Bumiputera yang telah berjuang tanpa bantuan kerajaan?
Dan siapa dapat menjelaskan mengapa bukan Bumiputera yang membentuk hanya 33 peratus daripada penduduk negara ini boleh berjaya memegang 82 peratus ekuiti korporat di Malaysia? Bagaimana pula 67 peratus daripada penduduk Malaysia - orang Melayu dan Bumiputera - hanya memegang 18 peratus ekuiti walaupun selepas 50 tahun tindakan afirmatif? Adakah betul angka ini? Atau adakah terdapat kesilapan besar dalam pengiraan sekali lagi?
Memalukan orang Melayu dan menikam orang bukan Melayu dari belakang
Hakikatnya, walaupun Mahathir mempunyai cita-cita murni untuk orang Melayu, usahanya telah gagal menaikkan taraf hidup kebanyakkan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini yang masih lagi ditakuk yang lama dan sukar untuk maju ke hadapan. Manakala sedikit golongan Melayu yang kaya tidak pula memikirkan untuk memajukan bangsa mereka sendiri malah cuba untuk tidak mengalirkan kekayaan mereka kepada majoriti masyarakat Melayu.
Ramai orang Melayu di negara ini benar-benar merasa terhina oleh Mahathir, yang masih terus memberitahu dunia bahawa orang Melayu adalah golongan lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kita masih memerlukan tongkat untuk berjalan, kita masih kurang upaya dan memerlukan bantuan kerajaan dalam abad ke 21 ini. Dan yang peliknya golongan bukan Melayu masih diperbodohkan dengan mengundi BN selama ini, walaupun ditikam dari belakang. Jika anda ragu-ragu akan hal ini, tanyalah Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy - dua bekas menteri MCA dalam Kabinet BN dan cepatlah berbuat demikian sementara mereka masih bebas.
Mahathir juga memberitahu orang Melayu bahawa orang bukan Melayu di negara ini adalah Supermen kerana mampu mengawal kekayaan dan kuasa di negara ini disebabkan memegang lebih daripada 82% daripada kekayaan negara. Melayu mesti berjaga-jaga, tidak terlalu mesra dengan mereka atau mereka akan dijatuhkan pula nanti.
Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?
ditulis oleh: Iskandar Dzulkarnain, Wong Choon Mei

KEDAH DIRAMAL HUJAN PETANG ESOK
Hujan diramal di semenanjung pada Aidilfitri
Negeri di utara dan pantai timur semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri
Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal esok sehingga Rabu.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.
"Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit," katanya.
Sementara itu, laporan pada laman web jabatan terbabit menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.
Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu.
Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.
Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.
Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.
Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my.
- Bernama

MERDEKA CENTRE : POPULARITI NAJIB MERUDUM
Merdeka Center: Populariti Najib terus susut
Majoriti mahu pembaharuan pilihan raya, 48% ‘kritik’ cara Putrajaya urus Bersih
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.
Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.
“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.
Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.
Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).
Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.
Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.
Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.
Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina.
“Hampir 49 peratus responden mengatakan bahawa mereka memahami tuntutan-tuntutan Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang telah diharamkan, yang menuntut pembaharuan bagi pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.
“(Hanya) seramai 39 peratus responden melahirkan rasa puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu-isu berkaitan dengan Bersih sementara 48 peratus responden tidak berpuas hati,” kata Merdeka Center.
Kajian itu menunjukkan bahawa seramai 33 peratus responden faham tentang lapan tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0 manakala 29 peratus faham sedikit dan baki 19 peratus tidak tahu atau tidak faham langsung.

Berkaitan dengan pembaharuan pilihan raya kajian kali ini turut mengemukakan soalan khusus berkaitan dengan keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih, penggunaan dakwa kekal, membenarkan pembangkang menggunakan media arus perdana dan mengundang pemantau asing dan tempatan.
Seramai 88 peratus responden bersetuju dengan soalan mengenai keperluan mengkaji dan membersihkan daftar pemilih.
Peratus itu juga agak tinggi iaitu antara 85 dan 89 peratus mengikut setiap kaum yang ditemui.
Seramai 70 peratus bersetuju agar pilihan raya di negara ini menggunakan dakwat kekal dan 19 peratus tidak bersetuju.
Dalam pada itu, seramai 68 peratus bersetuju dengan cadangan membenarkan pembangkang akses kepada media arus perdana dan 70 peratus mahu kerajaan membenarkan pemerhati asing dan tempatan memantau perjalanan pilihan raya negara ini. -sumber TMI

28 Ogos 2011
THAILAND KERAJAAN BARU: HARGA MINYAK TURUN
pemotongan harga bahan api
Pemilik kenderaan berduyun-duyun MENGISI stesen SEBAGAI KOS PUMP memotong OLEH UP 8 baht PER Liter
sumber Berita: Bangkok post online
Stesen-stesen minyak dipenuhi dengan pemilik kenderaan beratur untuk membeli petrol yang murah semalam sebagai harga runcit yang baru, yang telah dipotong oleh 3-8 baht seliter, bermula.
ISI HER UP: Seorang kakitangan stesen minyak PTT Phetkasem Road refuels kereta semalam selepas potongan harga runcit bagi 95 dan 91 petrol oktana yang berkuat kuasa.
Pengguna mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan kos sara hidup yang meningkat tetapi mengingatkan mereka bimbang ia hanya akan bersifat sementara.
Lain-lain menggesa kerajaan juga mahal untuk memotong harga gas sebagai kejatuhan mendadak dalam 91 dan 95 harga petrol oktana telah menyebabkan pemandu yang bertukar dari bahan api alternatif hijau kepada petrol premium.
Worawit Chotiwannaporn, seorang ahli perniagaan yang berusia 35 tahun, berkata beliau biasanya menggunakan gas tetapi 91 petrol telah menurun kepada hampir harga yang sama seperti gas, beliau telah memutuskan untuk bertukar-tukar.
"Kerajaan harus memotong harga gas LPG terlalu mahal kerana bahan api adalah lebih mesra alam," katanya semalam.
Encik Worawit berkata beliau menyokong potong ukuran harga minyak kerajaan Yingluck Shinawatra. Walau bagaimanapun, beliau bimbang ia boleh merosakkan promosi usaha penjimatan tenaga dan alternatif tenaga kerajaan sebelumnya.
Jawatankuasa Dasar Tenaga Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Yingluck, pada hari Jumaat yang diluluskan pengurangan caruman oleh kilang penapis kepada Kumpulan Wang Minyak Negeri oleh tiga baht seliter bagi diesel, 7,17 baht bagi petrol oktana 91 dan 8,02 baht bagi petrol oktana 95.
Ini memandu menurunkan harga runcit bahan api kepada 26,99 baht / liter untuk diesel, 34,77 petrol untuk 91 dan 39,54 untuk 95 petrol.
Kakitangan di stesen minyak pada Soi Bangkok Sukhumvit 105 berkata bilangan pelanggan dua kali ganda semalam, dengan pembekal lain di seluruh bandar dan di seluruh negara melaporkan kenaikan yang serupa.
Chuang sukka, penjual kopi yang mendorong diesel trak pikap, mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, beliau tidak fikir petrol yang lebih murah akan menurunkan harga barangan pengguna yang lain sebagai rancangan kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum boleh membawa kepada kos pengeluaran yang semakin meningkat.
Pemandu teksi Piamseree Sansukborkhum, 49, berkata beliau dan rakan-rakannya tidak mendapat manfaat daripada memotong harga kerana kebanyakan mereka menggunakan gas asli.
Beliau berkata harga LGP dan NGV juga perlu dikurangkan untuk membantu pemandu teksi, sambil menambah bahawa Cik Yingluck harus datang dengan langkah-langkah lain untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
A motosikal pemandu teksi yang memberi nama pena sebagai Meng berkata potongan adalah bukti bahawa Pheu Thai yang diketuai kerajaan serius untuk membantu akar umbi orang, sebagai motosikal mempunyai peratusan besar pengguna petrol premium.
Tambang pengangkutan awam dijangka menurun berikutan pemotongan harga minyak, tetapi pengusaha kenderaan bahan bakar gas asli, seperti bas operasi swasta di Bangkok, menegaskan mereka tidak akan menurunkan tambang mereka.
Pengendali bot Saen Sab semalam mengumumkan pengurangan satu baht untuk tambang bot bagi setiap seksyen perjalanan. Feri Chao Phraya juga memotong harga tiket sebanyak 50 satang di beberapa pangkalan.
Walau bagaimanapun, bot pembekal Chao Phraya Express dan pengusaha bas antara-wilayah belum menurunkan tambang, berkata perbincangan lanjut adalah diperlukan.
Suchinda Cherdchai, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Antara wilayah, berkata persatuan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan tambang.
"Kita tidak akan mengurangkan tambang kerana kita mempunyai harga minyak yang dipikul semakin meningkat untuk masa yang lama," katanya.
"Kementerian Pengangkutan tidak membenarkan kita untuk menaikkan tambang walaupun harga minyak terus meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini."
Tenaga Menteri Pichai Naripthaphan semalam berkata kerajaan akan memberi pampasan kepada stesen-stesen minyak bagi kerugian yang ditanggung dari slash harga pam.
Pegawai-pegawai telah dihantar kepada 18,000 stesen-stesen minyak di seluruh negara untuk menyemak jumlah stok petrol sebelum harga baru berkuatkuasa, Encik Pichai berkata, sambil menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 3 bilion baht untuk memberi pampasan kepada operator pam.
Viraphol Jirapraditkul, Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga, semalam berkata agensi itu membincangkan cara-cara untuk mengurangkan harga gasohol.
Dua langkah-langkah yang berpotensi termasuk mengurangkan cukai eksais untuk gas atau meningkatkan subsidi untuk gas dengan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Minyak.
Walau bagaimanapun, mereka boleh menyebabkan kesan negatif mengenai dana itu, yang sudah hilang 6,16 bilion baht dalam pendapatan bulanan daripada langkah pemotongan harga petrol.

BALIK RAYA : JALAN KE UTARA SESAK
SESAK... Kelihatan kenderaan bergerak perlahan menuju ke utara berhampiran R&R Tapah ketika tinjauan udara bersama helikopter Plus sempena musim perayaan Aidilfitri. Tinjauan mendapati kenderaan semakin bertambah tetapi bergerak lancar sepanjang laluan bagaimanapun terdapat beberapa kemalangan ringan menyebabkan beberapa laluan mengalami kesesakan kecil. Antara laluan yang mengalami kesesakan kecil ialah di laluan Nilai berhampiran R&R Seremban, laluan menuju Ipoh berhampiran Gua Tempurung dan berhampiran susur keluar Hospital Sungai Buloh.
Aidilfitri: Pelanggan ‘ikat perut’, peniaga keluh jualan kuih dingin
Oleh Syed Mu’az Syed Putra August 28, 2011orang ramai meninjau bazar menjual kuih raya di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Peniaga mendakwa sambutan kurang memberangsangkan. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ketika ramai pengguna mengeluh tentang kenaikan harga makanan, peniaga-peniaga kuih raya turut merasai kesannya apabila produk makanan sempena Aidilfitri kali ini kurang mendapat sambutan berbanding tahun lalu.
Tinjauan The Malaysian Insider di beberapa lokasi sekitar ibu negara mendapati banyak kuih raya tidak laku ketika tinggal tiga hari sebelum Syawal.
Rata-rata peniaga yang ditemui juga mengatakan perniagaan mereka tahun ini “terlalu dingin’ sambil mengakui ia kesan daripada kenaikan beberapa barang keperluan termasuk minyak masak, gula dan bahan api.
Malah tinjauan di kalangan peniaga menggunakan kenderaan bergerak di sekitar ibu negara juga melahirkan pandangan yang sama. Mereka juga berpendapat “kuasa membeli” pada tahun ini tidak memberangsangkan kerana ramai pembeli terlalu berhati-hati dalam berbelanja mendapatkan kuih raya.
“Jualan tahun ini perlahan sangat, saya akui memang harga kuih naik, itu sebab pembeli kurang sebab mereka terlalu berhati-hati untuk berbelanja.
“Harga naik sebab kos lain naik. Sebagai contoh minyak masak, gula dan petrol... lagipun bukan tinggi sangat naik, tapi pembeli yang sudah biasa beli bising,” kata Zulkifly Abu Bakar, 53, yang cuba menggambarkan rungutan di kalangan pelanggan setianya.
Dia menambah, sukar untuk mendapat keuntungan sekiranya perniagan yang diusahakan sejak 25 tahun lalu tidak mendapat sambutan.
Zulkifly berkata, dia menghabiskan sehingga RM300,000 untuk mendapatkan bekalan pelbagai jenis kuih raya.
“Kuasa membeli itu kurang. Kalau macam ini susah untuk pastikan untung atau rugi, kos saya sahaja sebanyak RM300,000.
“Banyak sebab mengapa kuasa membeli kurang. Antaranya termasuk pembeli telah menempah kuih raya dan mungkin buat sendiri,” katanya yang mendapatkan produk kuih raya dari Kedah, Kuala Lumpur, Perak dan Johor.
Difahamkan ada juga yang menempah kuih atas talian dan ada membeli terus daripada kenalan masing-masing.
Selain menjalankan perniagaan di bazar Ramadan Jalan Masjid India, Zulkifly turut mengambil lot gerai di bazar Ramadan Jalan Chow Kit.
Saizamani Dollah, 36, yang turut berniaga di bazar Ramadan Jalan Masjid India juga melahirkan pandangan yang sama.
Katanya, kenaikan harga barang keperluan telah menjejaskan perniagaan kuih raya tahun ini.
“Jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, tahun ini paling perlahan. Peniaga-peniaga terpaksa naikkan harga barang tapi bila kami naikkan (harga) pembeli bising,” katanya yang mengalami nasib yang sama.
Bagaimanapun Saizamani berkata, walaupun harga dinaikkan, namun sekiranya pelanggan membeli dalam jumlah banyak potongan tetap akan diberikan.
“Kalau biasa kita jual tiga bekas (atau bungkusan) RM10, tahun ini kita jual tiga RM12, bukan banyak sangat pun naik. Tapi kalau beli banyak tetap akan ada potongan,” katanya.
Seperti lazimnya peniaga terpaksa melelong kuih-kuih raya menjelang 1 Syawal, dijangka Selasa ini.
Walaupun kurang memberangsangkan namun Ahmad Ariffin Ibrahim sabar melayan pelanggannya. — Foto oleh Choo Choy May
Sementara itu, seorang lagi penjual Musliadi Mohamad, 31, berkata sambutan daripada pembeli tahun ini masih rendah.
“Jika tahun lepas, 15 hari sebelum hari raya kuih dah separuh habis, tapi tahun ini banyak lagi yang ada.
“Boleh dikatakan tahun ini sambutan macam tidak ada, lagi beberapa hari nak raya tapi kuih banyak lagi yang tak laku,” katanya.
Namun Ahmad Ariffin Ibrahim, 40, masih yakin sambutan kuih raya lebih laku menjelang Syawal.
“Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas memang tahun ini tak berapa dapat sambutan, tapi kebiasaannya bila betul-betul dekat nak raya baru orang mula beli.
“Kadang-kadang pada malam raya memang kami tak menang tangan sebab pembeli memang suka datang sasat-sat akhir,” katanya.
Ahmad Ariffin yang sudah hampir 15 tahun berniaga di bazar Ramadan Jalan Chow Kit juga mengakui “kuasa membeli” tahun ini begitu rendah.
Seorang peniaga kuih raya secara bergerak menggunakan lori kecil, yang dikenali sebagai Zulkifli juga berkongsi masalah yang sama.
“Ini sudah tiga minggu, saya mengambil stok kira-kira RM20,000 tetapi setakat ini hasil jualan saya dalam tangan cuma ada RM1,000 lebih... kalau tahun lepas, setakat ini (tiga minggu Ramadan), saya sudah habis jual semua stok,” katanya yang ditemui di kawasan Lembah Pantai.
sumber-TMI

Langgan:
Catatan (Atom)