langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

24 Disember 2011

MB : Wang RM2.71 Bilion Milik Rakyat, Bukan Milik BN


KUALA SELANGOR, 24 DISEMBER : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor kerana wang tersebut adalah milik wang rakyat yang membayar cukai.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.71 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Selangor.

Justeru, menyebabkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor memberikan reaksi dengan menggesa wang berkenaan disalurkan terus kepada kerajaan Selangor untuk membela kebajikan rakyat dan bukan untuk digunakan demi kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional.

"Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah untuk prasarana dan pembangunan infrastruktur dan saya rasa masalah terbesar dalam pentadbiran Barisan Nasional dia tidak boleh menjalankan projek dengan harga yang terbaik," kata Abdul Khalid yang ditemui TVSelangor selepas program Jom Shopping anjuran Dun Ijok di Pasaraya Econsave Alam Perdana di sini.

Menurut Menteri Besar, sewajarnya Kerajaan Persekutuan mengambil contoh pengurusan kewangan dan pelaksanaan projek kerajaan negeri yang menekankan konsep nilai wang atau 'value for money' untuk mengelakkan pembaziran wang rakyat.

"Seumpamanya sebagai contoh kerajaan negeri menjalankan program Jom Shopping, kita mengeluarkan kos untuk seorang peserta ialah RM100 yang mana terus diberikan kepada peserta tersebut, tetapi apabila Barisan Nasional membuat program, dia melalui perantara.

"Kalau projek itu sepatutnya sampai kepada pengguna ialah RM100, tetapi kos untuk pengoperasian, ia semakin bertambah antara RM50 sehingga RM100 lagi, jadi maknanya kos keseluruhannya ialah RM200. Maka pembayar cukai terpaksa membayar kos tambahan sebanyak RM100 lagi untuk kos pengurusan yang tidak diperlukan," tegas Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga mempersoalkan pelaksanaan projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan dengan kos yang terlalu tinggi sedangkan kesannya terhadap membela kebajikan rakyat dipersoalkan.

"Contohnya lagi, seperti projek untuk pemeliharaan lembu ataupun National Fidlot Corporation (NFC), untuk mendapatkan lembu pun kosnya adalah RM250 juta, ini menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak sensitif tentang penggunaan wang rakyat," katanya.

Beliau juga mempersoalkan pengendalian peruntukan wang rakyat untuk skim insentif peningkatan hasil padi dan subsidi padi kepada petani yang mana dipersoalkan golongan petani dan pesawah berhubung pengendaliannya yang didakwa tidak telus.

"Jadi Noh Omar kena tengok juga kos untuk mengendalikan subsidi padi, adakah kesemua peruntukan itu kembali kepada rakyat, itu pun kerajaan negeri akan menjalankan penyelidikan berhubung perkara tersebut," katanya.

SETIAP YANG HIDUP AKAN MATI, UMNO......

Setiap yang hidup akan mati. UMNO bagaimana?


Setiap makhluk bermula dan berakhir. Setiap yang hidup akan berakhir. Ramai manusia yang cuba lari dari menghadapi kematian tetapi mati itu adalah wajib. Baik manusia, atau pun pertubuhan dan yang lain-lain yang dihidupkan akan mati. Oleh itu kita kadangkala terlupa yang kita sendiri akan menghadapi mati.

Kalau kita mendengar di mana-mana terlalu ramai yang mempunyai pandangan yang UMNO juga akan mati kerana tanda-tandanya semakin jelas dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan. Begitulah seterusnya. Hanya waktu sahaja yang menentukan masanya.

Kadangkala seseorang atau pertubuhan itu akan menghadapi penyakit yang serius dahulu sebelum mati. Setengahnya mati mengejut kerana serangan angin ahmar dan jantung. Bagi pertubuhan ada yang mati mengejut. UMNO (asal) dulu menghadapi mati mengejut. Tetapi ada penggantinya yang di hidupkan secara mengejut dan meminjam nama yang telah mati itu. Pendeknya yang hidup semuanya akan menghadapi mati dan itu adalah hakiki.

Dua tiga hari yang lepas saya bertemu dengan seorang yang tidak saya kenali sebelumnya. Kami bertemu kerana beliau menelefon saya untuk berjumpa dan berbincang tentang perkara yang telah saya tulis. Nampaknya beliau adalah seorang yang selalu mengikuti apa yang saya telah tulis dalam blog kecil saya ini.

Beliau telah menjemput saya di kedai mamak yang berhampiran dengan kediaman saya dan membawa saya minum di Holiday Villa, Subang Jaya. Semasa di dalam kereta beliau saya ternampak banyak baju-T UMNO. Saya bertanya kenapa banyak sangat baju T UMNO ini. Beliau menjawab yang baju itu memang sudah lama berada di dalam keretanya, tetapi beliau merasa tidak sedap untuk membahagi-bahagikan kepada ahli-ahli di cawangan beliau dan orang ramai.

Apabila saya tanya kenapa tidak sedap hati, beliau memberitahu saya yang beliau telah di sindir oleh sanak saudara beliau dan ahli-ahli UMNO cawangan beliau sendiri yang menunjukkan rasa tidak gemar dengan UMNO dan tidak mahu memakainya.

“Cerita UMNO akan mati ini mungkin menjadi kenyataan kerana orang ramai tidak langsung berminat untuk mengenakan dan memakai baju-T yang mempunyai logo UMNO itu. Saya telah masuk kampus untuk membahagi-bahagikan baju-baju T itu tetapi mahasiswa-mahasiswa menolaknya. Jadi apa lagi boss, saya pun malu nak menurunkan dari kereta saya ini” kata beliau yang berada dalam lingkungan umur lima puluhan itu.

Semasa minum beliau bertanya kepada saya apa yang beliau patut lakukan kerana beliau sudah nampak UMNO sudah tidak boleh bertahan lagi. UMNO katanya sudah tidak dihormati lagi oleh jiran tetangga beliau. Beliau terus bertanya, “Abang ahli UMNO lagikah?” Saya menjawab, “masih agaknya”

Beliau bertanya, “Abang nak kekal dalam UMNO ke” Saya jawab, “mungkin tidak” Bila beliau bertanya apa sebabnya saya jawab, “Baca tulisan saya, saudara akan tahu sebabnya”.

Jelas insan yang berhadapan dengan saya itu adalah seorang yang baik dan serius dalam pemikiran beliau. Sepanjang perbualan saya itu beliau bertanya samada beliau patut meninggalkan UMNO atau pun tidak. DAN sampai habis saya tidak memberikan nasihat samada patut keluar atau tetap di dalam UMNO. Hanya saya jawab, “terpulang, ini negara demokrasi. Mana-mana parti pun boleh kita sertai dan bergiat. Hanya, kalau hendak bergiat, pastikan kita mempunyai fikiran yang siuman dan tidak bercakap sorang sorang dan serius dalam perjuangan.

“Saya bukan apa bang, saya bertanya kerana saya terlalu rimas melihat keadaan yang tidak menentu sekarang ini. The leaders are all out to enrich themselves. We members have not much problems but the problems are with the leaders. They are milking us dry. I think every leader is doing it and they are protecting each other. We are ruled by mafias and looters. Felda listing and the purchase of the second generation petrol vessels by MINDEF to me are the latest series financial scandals. It’s in billion and billion. There have been too many before and many more to come.” Beliau bersungut. “Semuanya ni kena dihentikan dan yang patut melakukannya ialah orang ramai” sambungnya lagi.

Insan ini nampak terlalu serius dan saya hanya menyatakan yang saya juga nampak perkara seperti ini sudah lama berlaku dalam UMNO. Rasuah sudah menjadi ‘addiction’ kepada pimpinan di peringkat apa sekali pun. Melakukan semua ini tidak dapat di berhentikan oleh mereka ini kerana ia sudah masuk ke dalam saluran dan saraf mereka.

“Bang, saya nak ikut abanglah sebab abang serius nampaknya.jika membaca pemikiran you dalam tulisan melalui blog you” katanya kepada saya. Saya menjawab, “You boleh ikut kalau you nak, tetapi I have nothing to offer you. Kalau nak ikut saya ikut sajalah. Nanti jangan bersungut susahlah, tak larat kena belasah dek penyokong perasuah ini dan sebagainya. Tetapi kali ini tentangan terhadap BN is very formidable and BN is very defensive of late. I think BN is falling apart already and it’s not impossible for Pakatan to put BN leaders at the opposition bench soon. You can see that written everywhere on the wall”

Saya menulis pertemuan ini kerana ini bukan pertemuan yang pertama tetapi banyak kali dengan banyak pihak, sehingga saya sudah ‘conclusive’ dalam pandangan saya yang keadaan ini sudah hampir sangat waktunya untuk berlaku.

Tetamu saya ini akhirnya berkata, “Tak apa bang, apa-apa yang hidup itu pasti mati. Kalau ia terjadi kepada UMNO, it just another happening” Itulah kata-kata terakhir beliau semasa minum petang itu.

Bila seorang ahli UMNO menerima hakikat bahawa kematian UMNO itu adalah perkara yang biasa sebagai makhluk maka tidak lagi payah-payah kita berfikir. Kita terima sahaja jika ia benar berlaku.

Saya berkeyakinan apa yang diperkatakan oleh tetamu saya itu benar. Katanya “kalau nak pakai baju UMNO pun ramai yang malu, bagaimana UMNO nak survive?”

Saya berseluruh, "Mungkin Hasan Ali boleh pakai baju tu"-ASPAN ALIAS

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL ( PART 3 / 4 )


Antara mereka yang paling awal mengetahui tentang tangan-tangan ghaib sebenar di sebalik penyenaraian Felda Global adalah DSAI. Oleh kerana ANAK melalui Mazlan Aliman telah lama memperjuangkan isu Felda maka beberapa bulan ini, ANAK dibiarkan mencorakkan perjuangannya berdasarkan apa sahaja maklumat asas yang diterima ANAK dari dalam. Pada awalnya dilihat tidak ramai wakil rakyat PR yang memahami isu terbaru Felda ini dan mereka menganggap isu ini sekadar perbalahan majikan dan kakitangan.

Sehinggalah kemunculan Pak Sam, Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan rakan-rakan pemimpin peneroka Felda mewakili 11 wilayah Felda mengadakan sidang akhbar menuntut perletakan jawatan Isa, barulah wakil-wakil rakyat PR sedar bahawa kubu BN di Felda telah ditembusi. Kini berbekalkan maklumat diperolehi dari ANAK, PKR dan Pas giat menambah ahli dan membuka ranting dan cawangan baru di Felda-Felda seluruh negara.Kejayaan ini memberangsangkan walaupun tanpa campur tangan pimpinan tertinggi PAS dan PKR yang masih menyimpan peluru isu Felda ini untuk digunakan semasa pilihanraya.

Di ruang pertempuran maya, blogger anjing besar dikenalpasti adalah pemain utama untuk menampal maklumat penyenaraian Felda Global di dalam blognya.Di dalam lingkungan rakan-rakannya adalah Rocky Bru, ABIW dan beberapa lagi.Tidak ramai yang berminat untuk menyambut ajakan anjing besar untuk menyerang kakitangan kerajaan di dalam Felda serta masing-masing mengetahui ‘Sebut Harga’ yang anjing besar telah kenakan kepada pengupahnya.“Lu makan sorang, Lu kerja sorang” adalah moto blogger bebas dalam UMNO.

Di atas kritikan dan desakan pengupah anjing besar yang terkenal sanggup menggigit tangan yang mengupahnya jika tidak dapat apa dihajati, anjing besar mula mencetus kontroversi dengan menyenaraikan pengurusan Felda sebagai pengkhianat. Isu ini dipuji oleh tuan barunya dan disambut meriah oleh pimpinan katak bekas PKR diketuai oleh Zahid Mad Arip, pegawai khas Isa.

Kemunculan Pak Sam dan para pemimpin peneroka yang menentang penyenaraian, penyatuan pemimpin peneroka dan GWGF (TS Rozali Ismail), serta kejayaan ANAK mendapat sambutan hangat di Felda-Felda akhirnya telah memaksa Jabatan Perdana Menteri memanggil semua blogger bernaung di bawahnya untuk sama-sama menjawab isu Felda.

Dalam kekaburan maklumat penyenaraian Felda Global, sukar untuk blogger-blogger UMNO menjelaskan kepada pembaca masing-masing kebaikan penyenaraian Felda Global kecuali memainkan isu durian runtuh, pembangkang tidak tahu apa-apa dan hanya tahu menentang dan ada juga turut bernyanyi lagu anjing besar iaitu pengurusan Felda pengkhianat. Tidak ada blogger UMNO termasuk anjing besar sendiri pun berani menyiarkan gambar sekumpulan pemimpin peneroka felda setiap wilayah felda yang diiktiraf secara rasmi oleh felda dan kerajaan dimana bilangan tahun mereka menyertai UMNO sahaja lebih tua daripada kebanyakan umur blogger UMNO dan mereka ini jelas menolak kepimpinan Isa Samad dan menolak agenda tersembunyi penyenaraian Felda Global.


Seterusnya ESOK siri akhir adalah pendedahan eksklusif, watak utama di belakang penyenaraian Felda Global dan sementara itu, kita order Milo Suam dulu.

Pakatan akan umum ‘manifesto bersama’ di konvensyen kebangsaan

Pakatan akan umum ‘manifesto bersama’ di konvensyen kebangsaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pakatan Rakyat akan mendedahkan manifesto bersama parti perikatan itu pada konvensyen kebangsaan bulan depan di mana pemimpin tertinggi percaya ia akan menekankan dan membantu menyatukan persediaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan manifesto Pakatan Rakyat berbentuk “mudah, ringkas” dan “halus” untuk memberikan dan menjelaskan maklumat penting apa yang ditawarkan gabungan tiga parti itu kepada rakyat.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan Pakatan Rakyat berkemungkinan akan mengadakan konvensyen kebangsaan yang terakhir di Kedah pada 14 Januari depan untuk merangka strategi pilihan raya mereka.

“Sekarang, ia (manifesto bersama) akan diperkenalkan semasa konvensyen kebangsaan. Butirannya belum dimuktamadkan tetapi kami kerap bertemu untuk menyiapkan semuanya,” kata Pengarah Straregik PKR Rafizi Ramli.

“Manifesto ini akan mengandungi dasar-dasar yang paling penting dan matlamat tiga parti dalam Pakatan Rakyat...ia akan diperhalusi. Kami tidak boleh membawa begitu banyak mesej semasa pilihan raya, jadi pengundi akan mudah faham dengan apa yang ditawarkan kami iaitu sebagai satu gabungan dan bakal kerajaan,” tambahnya.

Manifesto Pakatan Rakyat akan “menyatukan” kedua-dua Rangka kerja Bersama dan Buku Jingga, menurut Rifizi.

Buku Jingga yang dibentuk secara bersama menawarkan beberapa aspek utama dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya termasuk memberikan elaun bulanan RM500 kepada guru yang akan membelanjakan kos keseluruhan sebanyak RM3.2 bilion setiap tahun.

Ia juga turut akan mengambil langkah tertentu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA), memansuhkan sistem tol serta menawarkan akses perkhidmatan Internet tanpa wayar di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan transformasi dalam pentadbiran termasuk memansuhkan ISA, menggubal undang-undang perhimpunan aman serta membenarkan pelajar berumur 21 tahun ke atas untuk menyertai politik luar kampus.

“Ia seperti manifesto pilihan raya. Kami akan memberikan tumpuan tentang apa yang kami ketengahkan seperti bagaimana kempen Tony Blair pada 1999 yang memberikan fokus kepada beberapa kisu utama,” kata Rafizi.

Bekas perdana menteri UK Blair berjaya memimpin Parti Buruh memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya umum 1997 negara itu dan melaksanakan beberapa manifesto termasuk memperkenalkan gaji minimum, Akta Hak Asasi dan Akta Kebebasan Maklumat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama itu terdiri darida Rafizi, Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Nasution Ismail, Chua Tian Chang, Dr Dzulkefly Ahmad, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, Tony Pua, Liew Chin Tong, Teresa Kok dan Anthony Loke.

Rafizi menegaskan manifesto itu dirangka pada masa yang tepat, menambah bahawa ia menunjukkan walaupun PKR, PAS dan DAP berlainan idealogi namun berjaya disatukan secara bersama seperti satu perjanjian.

“Kami tidak menang pilihan raya hanya kerana sokongan penyokong kami...kami memerlukan manifesto ini untuk ditawarkan kepada pengundi. Isu-isu yang dibangkitkan seperti gaji, kos sara hidup yang tinggi. Ini akan menarik perhatian generasi muda,” katanya.

Dijangkakan konvensyen itu akan menjadi tumpuan, Rafiziz berkata perbicaraan liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumukan pada 9 Januari turut akan mempengaruhi suasana.

Keputusan perbicaraan kes liwat Anwar yang telah mengambil masa selama dua tahun itu dijangka akan berakhir pada 9 Januari yang melibatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lepas.-tmi

Shahrizat: Beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah?


Disebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat
.-MC

Hutang BN makin parah, rakyat perlu bekerja lebih lama

KUALA LUMPUR, 23 DIS – Hutang kerajaan Barisan Nasional yang semakin dan membebankan rakyat telah memaksa golongan pekerja untuk terus bekerja dalam tempih yang lebih lama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencadangkan lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta diselaraskan dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun atau pun 60 tahun seperti yang dicadangkan.

“Masa sudah tiba bagi kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Menurutnya, umur persaraan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia mengumpul lebih pendapatan, terutama sekali dalam iklim ekonomi yang tidak menentu ini.

Mengikut KWSP, 73 peratus daripada pencarumnya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 sewaktu bersara manakala hanya 17 peratus mempunyai simpanan melebihi RM100,000.

“Bagaimanakah seseorang itu diharapkan untuk menyara kehidupan selama 20 tahun dengan simpanan sebanyak RM50,000? Dengan lanjutan umur persaraan, orang akan diberi peluang untuk mengumpul lebih banyak kerana dapat bekerja lebih lama dalam lingkungan gaji yang lebih tinggi.

“Yang lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa jumlah hutang isi rumah setakat akhir tahun 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK.

“Ini bermakna Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua paling tinggi di Asia selepas Korea Selatan,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.

Katanya, nisbah bayaran hutang lebih daripada 33 peratus dianggap kurang baik kerana biasanya institusi kewangan tidak akan memberi pinjaman jika jumlah bayaran faedah melebihi satu pertiga pendapatan.

Menurutnya, sisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK kian meningkat dari tahun ke tahun, dari 53.1 peratus pada 2010, 53.8 peratus pada 2011 kepada 54.8 peratus pada 2012.

Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pula telah melonjak 71 peratus dalam 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007.

“Inilah satu perbezaan yang ketara di antara kerajaan-kerajaan BN dan Pakatan Rakyat. PR tidak memberi wang pinjaman kepada rakyat kerana hutang piutang itu kelak akan dibayar oleh rakyat juga.

“Kerajaan Negeri PR memberi wang yang diperolehi daripada belanjawan lebihan, di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak akan dibebani hutang.

“Dengan hutang isi rumah yang sangat tinggi di Malaysia, dan tanpa apa-apa pertolongan daripada Kerajaan Persekutuan BN yang sendiri berhutang piutang, rakyat terpaksa bekerja lebih lama untuk menampung diri dan keluarga mereka. Siapa yang mahu bekerja jika boleh bersara?”

Justeru, Guan Eng berkata, DAP mahu umur persaraan dalam sektor swasta dilanjutkan selaras dengan lanjutan yang dibuat untuk sektor awam.

“Di seluruh dunia, makin sukar untuk menemui negara yang menetapkan umur persaraan di bawah 60 tahun. Kebanyakan negara Europah menetapkan 65 sebagai umur persaraan, manakala negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman menetapkannya sebagai 67 tahun. Negara jiran kita seperti Thailand pun sudah menetapkan 60 sebagai umur persaraan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dunia sejagat sedang melihat lanjutan umur persaraan disebabkan jangka hayat yang kian meningkat ekoran daripada kemajuan dalam sains kesihatan, ketersediaan perubatan, pemakanan yang lebih berkhasiat dan gaya hidup yang lebih sihat secara am.

“Ini juga jelas dilihat di Malaysia di mana jangka hayat secara purata telah meningkat kepada 75, berbanding dengan 61 pada tahun 1970.

“Disebabkan peningkatan jangka hayat ini, orang yang berumur sekitar 55 hingga 60 tahun sebenarnya berada dalam zaman paling produktif, dan pengalaman mereka haruslah digunakan secara optimum dan tidak dibazir.

“Mereka harus diberi peluang untuk menyumbang dan bukan dibiar begitu sahaja,” tambah beliau. – Roketkini.com

23 Disember 2011

AHLI SAMAN KPF MOHON INJUNKSI TERHADAP FELDA VENTURE HOLDINGS

Ahli saman KPF, FGVH mohon injunksi
Written by Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH, 23 Dis: Empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) hari ini memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Menurut peguam mereka Mohd Harris Abdullah, beliau meminta disegerakan pengurusan kes tersebut sebelum 5 Januari ini bagi memohon ditangguhkan mesyuarat agung luar biasa itu ke satu tarikh selepas perbicaraan saman ini.

Dalam sidang medianya Harris berkata, defendan kedua (FGVH) tidak mempunyai aset atau dana yang mencukupi untuk membolehkan penyenaraian ke Bursa Malaysia oleh yang demikian Felda Holding Berhad (FHB) akan memberi pajakan selama 99 tahun ke atas tanah seluas 360,067 hektar iaitu Felda Plantations.

“Walau bagaimanapun tanah-tanah tersebut telah dimajukan dengan menggunakan wang peneroka. FGVH juga bercadang untuk mengambil alih keseluruhan ekuiti milik KPF dan 10 anak syarikat yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.13 bilion.

“Bagi tujuan melupuskan ekuiti 10 anak syarikat KPF satu Mesyuarat Agung Perwakilan Khas akan diadakan pada 5 Januari depan. Mesyuarat yang dijadualkan itu tidak mematuhi kehendak undang-undang kecil KPF sebab itu empat ahli KPF selaku plaintif hari ini memohon injunksi,” katanya.

Turut memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden Persatuan Anak Peneroka (Anak) Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong serta kira-kira 300 peneroka Felda.

Sementara itu Mazlan yang turut hadir pada sidang media tersebut berkata, isu paling penting ialah kenapa penyenaraian ke Bursa Malaysia itu menggunakan harta Felda Plantations yang hasrat asal Allahyarham Tun Razak dibuka kepada peneroka.

“Perolehan daripada ladang Plantations pada masa ini sekitar RM2 bilion setahun bagaimana pula mahu dipajak sehingga 99 tahun dan sedangkan prestasi FGVH sendiri sangat buruk dan dalam keadaan kami kenal orang nombor satunya.

“Oleh itu bagi pihak Anak kami tidak akan berdiam diri dan selepas ini akan membuat bantahan sekali lagi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad yang melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF sedang beliau tidak layak.

“Demi menyelamatkan harta institusi Melayu dan peneroka ini kami juga sanggup mengumpul rakyat untuk turun menghadap Yang di-Pertuan Agong mohon penyelesaian,” katanya.

Mazlan mahu semua pihak mengenang semula apa jadinya nasib peneroka-peneroka di Felda Sungai Buaya, Sendayan dan Labu Johnson yang kehilangan tanah apabila terlalu ghairah untuk kaya dengan segera.

“Peneroka juga sepatutnya sedar apa yang terjadi kepada syarikat Beras Nasional (Bernas) dan Bank Bumiputera yang lenyap dalam sekelip mata hasil daripada permainan pemimpin politik negara.-HD

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (PART 2 / 4)

Sebelum kita pergi kepada tangan-tangan ghaib di dalam penyenaraian Felda Global ini, adalah

elok kita melihat soalan-soalan yang mengiringi kontroversi paling hebat melanda Felda:

1. Benarkah Isa Samad begitu berkuasa sehingga segala tindak-tanduknya pada masa ini seolah-olah direstui oleh Najib? Benarkah Isa Samad dan Sabri Ahmad yang menjadi dalang utama percaturan penyenaraian Felda Global?

2. Kenapa Khairy Jamaludin dan lain-lain musuh politik Isa Samad tidak mengambil kesempatan membelasah Isa Samad yang menghancurkan keharmonian Felda dan bakal menjejaskan peti undi Felda?

3. Benarkah pengurusan Felda yang pada masa ini dikenakan tindakan penyingkiran secara terang-terangan kerana mengkhianati Najib?

4. Kenapa cubaan wakil-wakil pemimpin peneroka Felda berjumpa dengan Najib sekian lama masih bertemu kegagalan dan suratkepada PM meminta berjumpa akhirnya jatuh kembali ke tangan Isa Samad? Malah, sesi penerangan pemimpin peneroka kepada peneroka-peneroka Pahang pada awal kontroversi ini telah dihalang oleh anggota Cawangan Khas sehingga kemuncaknya apabila Isa Samad menghina Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, barulah kesabaran pemimpin-pemimpin peneroka hilang dan bertindak mengadakan sidang akhbar. Harapan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah mereka akan dipanggil oleh Najib setelah tercetusnya kontroversi sidang akhbar tetapi kenapa mereka tidak dipanggil? Sedangkan apabila Nicol David baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, beberapa hari selepas itu Nicol David berpeluang bertemu Najib di pejabatnya tanpa perlu melalui proses menyiksakan seperti dialami oleh pemimpin-pemimpin peneroka ini. Mengapa diskriminasi? Siapa yang mengaturkan jadual pertemuan Najib dan menggagalkan pertemuan mereka?

5. Di dalam sidang akhbar oleh pemimpin peneroka secara bersendirian, antara wartawan yang hadir adalah dari Utusan Malaysia, Bernama selain kehadiran wartawan berita maya, blogger dan Harakah. Isu yang dibawa besar serta yang bersuara adalah himpunan pemimpin peneroka Felda dari seluruh negara. Kenapa hanya Harakah dan Malaysia Insider yang menyiarkannya? Seterusnya pada hari sidang media pengumuman penggabungan pemimpin peneroka diketuai oleh Pak Sam selaku Ketua Peneroka Kebangsaan dan NGO GWGF diketuai oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membentuk GEMPAK, hampir 40 media menghadirkan diri tetapi hanya 1 media utama yang memilih menyiarkan berkenaan sidang media berkenaan. Kenapa media berterusan memboikot pandangan pemimpin peneroka ini? Sedangkan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah sah dipilih di peringkat rancangan Felda lagi sehingga berjaya dipilih di peringkat nasional dan kesemua mereka adalah ahli aktif dan berjawatan tinggi di bahagian UMNO masing-masing. Siapa yang begitu berkuasa menghalang penyiaran pandangan pemimpin peneroka yang nyata bercanggah dengan kenyataan Isa Samad bahawa pemimpin peneroka faham dan menyambut baik penyenaraian ini? Pandangan ketua peneroka felda kebangsaan dan pemimpin peneroka dipinggirkan dan media berterusan menyiarkan kenyataan pemimpin katak seperti ruslan kasim, ezam md nor, zahid mat arip dan zahrain hashim yang memburukkan pengurusan Felda yang didakwa pengkhianat dan menyeleweng. Siapa yang menyusun kenyataan pemimpin katak di dalam akhbar dan memberikan mereka ruang menyiarkan pandangan mereka yang pro Isa?


Apakah jawapan kepada soalan-soalan di atas? Kita minum Milo Suam dulu..

Oleh Puterikarimun Indo

‘Datuk NFC’ hanya dijadikan kambing hitam- Rafizi


KUALA LUMPUR 23 Dis: Tindakan polis menahan seorang datuk berhubung siasatan skandal National Feedlot Corporation (NFC), hanya untuk dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ini kerana berdasarkan rekod pendedahan beliau bersama pimpinan KEADILAN mendapati tiada individu seperti yang dimaksudkan.
“Apa yang kita dedah sebenarnya ia berkait penglibatan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kita melihat kewujudan secara tiba-tiba Datuk berusia 45 tahun ini hanyalah kambing hitam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk mengalih isu sebenar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Menurutnya, dua isu utama yang didedah sebelum ini sudah cukup untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat skandal itu
Pertama, katanya, pemalsuan dokumen yang diguna NFC sebagai taktik untuk mengeluarkan dana sebanyak RM250 juta.

Kedua, pengeluaran sebanyak RM80,000 setiap bulan dari dana itu untuk pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat Impian Global Network Services (IGNS), sejak Januari hingga Julai 2010.
“Dua pendedahan ini sudah cukup untuk SPRM siasat tetapi mereka tidak berbuat demikian,” kata Rafizi.

Beliau turut mengaitkan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah, juga sebagai satu lagi usaha mengaburi mata rakyat menjelang PRU akan datang.

“Kalau mengikut skrip biasa Umno, mereka yang disiasat ini akan disabit bersalah namun kes akan digugur atau mereka dilepaskan selepas PRU.
“Sebab itu, saya merayu dan mengajak rakyat, jika enggan kes seumpama ini berulang, ayuh, bulatkan tekad dan kukuhkan sesungguhnya dalam hati untuk mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada PRU kali ini,” katanya.

Hari ini, portal media melaporkan usahawan berpangkat datuk dan dipercayai memiliki beberapa syarikat, ditahan polis kerana pembabitannya dengan NFC. Lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada Rabu kononnya kerana cubaan untuk menyogok pegawai polis.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyerbu pejabat NFC di Shah Alam dan merampas beberapa dokumen berkaitan.

Pada masa sama, Mahkamah Tinggi Shah Alam pula menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas Khir Toyo atas tuduhan rasuah.
Bagaimanapun, ia bukan keputusan muktamad kerana Khir masih mampu melepaskan dirinya daripada tuduhan itu, sekiranya beliau dibebaskan diperingkat Mahkamah Rayuan kelak.

www.keadilandaily.com/?p=24803

Khir Toyo Dikorban Untuk ‘Wajarkan’ Anwar Ke Penjara?


KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menyabitkan kesalahan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan sebuah hartanah dengan harga lebih rendah, membuktikan satu perkara yang pasti, Datuk Seri Anwar akan didapati bersalah dan dihumban ke penjara!!

Justifikasinya, dengan keputusan ini, UMNO/BN mengharap rakyat tidak akan mempersoalkan sistem keadilan negara bila Anwar kelak didapati bersalah dan dihantar ke penjara kerana pemimpin UMNO sendiri seperti Khir Toyo juga didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman.

Pendek kata, keputusan ke atas Khir Toyo hari ini adalah ‘jawapan’ UMNO/BN jika keputusan Anwar nanti dipersoalkan banyak pihak dari segi kebebasan hakim membuat keputusan.

Tapi penulis ingin mengingatkan kerajaan bahawa rakyat bukan bodoh. Dengan informasi dihujung jari pada hari ini, semua maklumat mudah didapati tidak seperti dahulu. Pendakwaan ke atas Khir Toyo ini sebenarnya terlalu ‘ringan’ kerana dia dituduh dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, bukan Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang lebih berat hukumannya.

Hukuman penjara pun maksimum 2 tahun sahaja selain denda.

Selain dari itu, maklumat yang penulis perolehi dari mereka yang arif dengan soal perundangan, Khir Toyo tidak mungkin didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas kerana satu faktor yang utama – nilai hartanah itu tidak ditentukan oleh Khir Toyo tetapi penilai hartanah yang bertauliah, Rahim & Co.

Justeru bila hakim Dato Mokhtarudin Baki masih mendapati Khir Toyo bersalah, penulis melihat adanya ‘tangan-tangan ghaib’ yang mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan tersebut. Logik ini ada kerana campur tangan eksekutif dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru.

Ia sudah menjadi rahsia umum sejak sekian lama dengan pertubuhan berkaitan keadilan seperti Majlis Peguam sendiri telah mengadakan beberapa siri bantahan menuntut proses kehakiman yang bebas daripada campur tangan eksekutif. Masalah ini telah mendapat perhatian antarabangsa dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melantik Pelapor Khas untuk memantau perjalanan sistem perundangan di Malaysia.

Satu ketika dahulu, Hakim Datuk Muhamad Kamil Awang pernah membuat pengakuan terbuka ada menerima panggilan telefon dari pihak yang tidak dinamakan yang mengarahkannya menggugurkan petisyen pilihanraya Likas yang didakwa dicemari pengundi hantu.

Jadi penulis tidak lihat keputusan mahkamah ini sebagai kebebasan sistem kehakiman yang diharapkan rakyat. Ia masih lagi percaturan politik bagi mewajarkan tindakan yang bakal dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari.

Khir Toyo masih mempunyai ruang untuk merayu ke mahkamah yang lebih tinggi, ditambah dengan latar belakang kesnya yang lemah, tidak mustahil dia akan dibebaskan di peringkat rayuan besok.

-SPR.COM

TERKINI: SPRM serbu pejabat NFC

SPRM serbu pejabat NFC
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) dilihat memasuki ibu pejabat Pusat Fidlot Nasional (NFC), NFCorp di Solaris Mont Kiara hari ini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan.
Mereka dilihat memasuki pejabat berkenaan kira-kira jam 2.55 petang hari ini.

NFCorp merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu berkenaan yang terletak di Gemas Negeri Sembilan.

Skandal NFC tercetus apabila Laporan Tahunan Ketua Audit Negara mengesahkan terdapat penyelewengan dalam dana kerajaan sejumlah RM250 juta berhubung projek berkenaan.

Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut dikaitkan dengan skandal tersebut.

Serbuan hari ini dikaitkan dengan pengumuman SPRM semalam bahawa pihaknya akan menyiasat kes penyelewengan dana kerajaan oleh NFC, bertentangan dengan kenyataan badan tersebut sebelum ini yang menyerahkan siasatan kepada pihak polis atas dakwaan terdapat kes pecah amanah.

SPRM turut mengesahkan pihaknya telah menahan reman seorang individu berpangkat ‘Datuk’ semalam untuk disoal siasat berkaitan skandal tersebut.

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL ( part 1/4 )

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL ( part 1/4 )

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:

1) Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara
2) Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun
3) Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah
4) Penyingkiran kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8 bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.

Segala usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah agama dan politik seluruh Negara. VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya, semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar sedia ada.

Majoriti rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih, penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.Malah kehadiran gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim, Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri, ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.

Persoalan bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri? Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.

Blog-blog Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.

Oleh Puterikarimun Indo

22 Disember 2011

Khas Buat Anak Muda: Siapa Mahathir Sebenarnya??


Isu penolakan tawaran International Monetary Fund (IMF) untuk membantu mengukuhkan semula kewangan Malaysia telah memberi alasan hebat kepada Mahathir-Daim untuk menunjukkan betapa pekanya mereka tentang soal ekonomi negara (setahun dulu).

Banyak orang yang menyokong alasan beliau, kununnya (jika diterima) kelak bank-bank tempatan yang kecil-kecil tidak dapat membantu pengusaha kecil IKS/SMI dan lain-lain.

Akhirnya, hak kita akan berpindah tangan kepada rakyat negara asing!!

Dengan itu DS Anwar Ibrahim dijadikan landasan pemancungan dan governor Bank Negara dipaksa letak jawatan oleh Mahathir-Daim, diganti dengan seorang buta perbankan kroni Mahathir (Abul Hassan Sulaiman).

Sekaligus DS Anwar disingkirkan dan Kawalan Mata wang Mahathir dilaksanakan secara mendadak.

Kununnya dengan kestabilan mata wang Tetap diparas RM3.80sen/USD akan memulihkan ekonomi dan perusahaan akan meningkat semula.

Pelbagai peraturan diwujudkan hingga rakyat sendiri tidak arif langsung dengan peraturan yang kelam kabut itu.

Tapi Mahathir dan Daim apa peduli?

Itu bukan urusan mereka kerana bagi mereka segala-galanya adalah seperti biasa.

Mereka ada kuasa dan mereka akan bersandar kepada keDIKTATORan sikap Mahathir dan Daim!

Kroni mereka juga mengampu dengan lebih kencang lagi.

Mereka adalah puak yang tidak terjejas hidup walau 1000 tahun lagi!!

Itu berlaku setahun dulu.

Sehingga hari ini, apa yang nampak dan berlaku dengan tindakan songsang Mahathir-Daim tidak lebih jika diumpamakan sebagai sebuah Patung Buddha yang hanya indah tapi tidak bernyawa.

Ternyata mereka tidak mampu langsung berbuat apa-apa untuk mengatasi permasalahan politik, sosial dan khususnya Ekonomi.

Contoh yang jelas, 'performance' bank-bank Malaysia secara keseluruhan adalah di bawah paras Tidak Memuaskan dalam konteks mengagih pinjaman kepada peniaga-peniaga tempatan (khususnya IKS/SMI).

Malah para pegawai bank sendiri amat curiga kerana keadaan ekonomi masih belum boleh diharap untuk memberi pulangan kepada para peminjam.


Ini berpunca dari keadaan yang dicetuskan oleh kedudukan pemimpin politik (khususnya Mahathir sendiri) yang tidak stabil dan sikap penggubal dasar ekonomi tidak lebih dari cuma setakat beretorika – setakat mengindahkan khabar dari rupa melalui pelbagai perancangan yang cantik-cantik.

Mahathir adalah orang suka bercakap dan berkhayal yang bukan-bukan begitu!!

Rakyat banyak dan masyarakat pengusaha korporat persendiran (kecil/besar) melihat keadaan ini bersebab/berpunca dari sikap pemimpin Kerajaan Mahathir yang diumpamakan hitting the wrong end of the stick .

Wang rakyat yang diperolehi dari sumber-sumber luar (melalui jualan bond dan pinjaman langsung) digunakan untuk menampung bayaran projek-perojek mega yang terhutang dan pelbagai bail-outs yang memerlukan 'financial injection' berbilion-bilion – kesemuanya adalah rapat hubungan masing-masing dengan Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni mereka berdua.

Sementara itu, pengusaha IKS/SMI tinggal melopong.

Walhal, dalam rancangan Majlis Tindakan Ekonomi Negera (MTEN) bantuan kepada IKS/SMI (yang memikul beban tenaga kerja lebih 1.0 juta rakyat) dan disebut sebagai prioriti; tidak mendapat perhatian langsung kerana tidak ada projek yang wajar dibangunkan oleh mereka.

Akhirnya, permintaan keseluruhan tidak meningkat. Sebaliknya inflasi yang meningkat secara mendadak.

Kesemua ini mengakibatkan 'performance' ekonomi terus meleset – dan dijangka keadaan akan terus meleset dalam tempoh yang terdekat.

Sebaliknya, jika Mahathir-Daim menerima tawaran IMF, segala-gala yang tersebut diatas akan diawasi dengan teliti oleh pihak IMF. Malangnya, jika diterima, Mahathir-Daim tidak boleh berwenang-wenang berbuat sesuka hati bagi menampung dan megimbuh kepentingan Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni mereka melalui bail-outs dan pengkoporatan baru.

Contohnya, ekonomi Thailand pada peringkat awalnya lebih sakit dari Malaysia.

Tetapi kerana mereka mengambil sikap jujur, tegas dan segera mengubati kudis ekonomi yang membusuk, maka hari ini ekonomi Thailand sudah lebih jauh 'mengembang' dari Malaysia.

Walhal, Malaysia masih terkial-kial dengan permasalahan yang dialami Thailand setahun dulu. Begitu juga Korea Selatan (yang lebih sakit dari Malaysia waktu itu), kini telah sampai ke tahap meneruskan pembangunan komersial antarabangsa dengan rancak dan positif.

Itu disatu situasi. Dalam situasi yang lain, timbul soal… Malaysia bagaimana?

Jawapan yang jelas ialah: dalam situasi tidak menentu dan gobra (yang jelas sekarang dirasai oleh golongan pengusaha dan makin menghebat bergolak), Mahathir-Daim baru saja memutuskan akan melaksanakan 'banking merger'.

Memang itu satu 'formula' IMF. Tetapi malangnya, diperhatikan sekali lagi soal kepentingan diri MASIH tetap menjadi dasar peribadi Mahathir-Daim yang menghantui keadaan hingga bank kecil kemungkinan menelan bank besar.

Mana yang tidak berupaya akan ditelan dan lenyap terus. Beberapa pemegang saham merasa hak mereka dirampas dan paksakan – untuk kepentingan orang tertentu.

Daim yang terkenal dengan kepetingan dalam bank-bank tertentu melalui kroni dan nominee, membuat merger exercise yang sangat pelik dan tidak beretika.

Dalam keadaan yang paling ketara, politik dan kepentingan diri (pemimpin kerajaaan yang berkepentingan dalam perbankan – seperti Daim Zainuddin) sudah mengambil-alih dasar perbankan di negara ini. Ini menyulitkan lagi keadaan berganda-ganda.


Asesmen penilaian dari para analis perbankan antarabangsa (mereka sangat berpengaruh kepada pelabur berpotensi) memberi petanda bahawa sekali lagi keadaan ekonmi dan kewangan Malaysia akan menjadi lebih kucar-kacir dari tahun Krisis Kewangan bermula.

Ditokok dengan kurangnya minat pelabur luar (jangka panjang) untuk melabur (kerana keadaan politik dan Dasar Kewangan yang tidak menentu dan kacau bilau); maka mereka mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah lagi banana Republic seperti Argentina!!

Ini pasti bertentangan dengan peraturan IMF jika Mahathir-Daim bersetuju menerima bantuan IMF.

Nampaknya, keadaan akan lebih memburuk dengan wujudnya inflasi dan ditambah dengan pengangguran yang akan meningkat apabila selepas bulan November 1999 (Kawalam Kewangan dimansuhkan).

Waktu itu, rata-rata pelabur yang terperangkap selama setahun ini dalam sistem kewangan kita akan 'cabut' lari..!! Mereka akan membawa wang tunai sejumlah tidak kurang US$10 – 12 bilion (RM38 – 45 bilion) ke negara lain.

Itu adalah satu jumlah yang amat besar bagi ekonomi Malaysia yang sudah kekeringan dana.

Bermakna, aliran tunai yang jadi potensi pelaburan di Malaysia akan merosot dengan parah.

Walaupun ada dasar memberi insentif oleh Regim Mahathir sebagai galakan mereka melabur di Malaysia, tetapi kebanyakan mereka tidak yakin politik dan konomi Malaysia akan stabil kerana (atas satu sebab mutlak) Mahathir masih lagi mengetuai kerajaan yang ditolak dan tidak disokong oleh rakyat..!!

Mahathir juga telah disingkirkan oleh Negara Maju seperti Jepun dan Barat..!!

Ini bukan soal mudah yang mampu ditangani oleh Mahathir & Daim seperti mereka berjaya menangani masalah kemelsetan ekonomi di awal tahun 80-an dulu.

Dulu ringgit masih stabil dan iklim politik tidak dalam kacau-bilau!!

Tetapi hari ini, Mahathir sebagai Ketua Kerajaan sudah dikutuk rakyat dan seluruh pemimpin dunia.

Keadaan perkelilingan seumpama ini, dari aspek ekonomi pula, Dasar ekonomi Mahathir-Daim adalah caca-marba ala Banana Republic.

Malaysia telah diundurkan Mahathir 50 tahun ke belakang!

Jadi, amat nyata sekarang bahawa ekonomi Malaysia akan terus-menerus lembap dan amat payah untuk pulih selagi kerajaan Mahathir sentiasa menempatkan kepentingan diri pemimpin tertentu (khususnya Daim dan Kroni) dalam proses memulihkan ekonomi.

Korapsi dan rasuah diperingkat ini bukan lagi seperti istilah duit suap atau seperti korapsi dirogoh-copet oleh Rafidah Aziz (mengagihkan saham bumiputera kpd menantu sendiri), atau Mahathir-Eric Chia (berpakat hingga PERWAJA muflis RM7.3 billion), atau Daim (yang menerima RM600 juta saham Korporat)

Itu cuma chicken feed ..!!

Tapi ini perbuatan mereka berdua ie. Mahathir-Daim sudah mencapai tahap cancerous paling bahaya kepada ekonomi dan kesejhteraan rakyat Malaysia untuk 100 tahun lagi.

Rasuah dan penyelewengan ini telah berlaku di peringkat DASAR iaitu URAT-NADI ekonomi ditahap tertinggi.

Jika ini tidak dibanteras dari berlaku, ekonomi Malaysia bukan saja terpaksa bermula dari alif, be saja, malah kehidupan rakyat akan undur ketahap ekonomi dan kehidupan ditahun-tahun selepas Perang Dunia Ke-2.

Projek-perojek MEGA Mahathir adalah merugikan dan akan terus merugi.

Para penampung dana projek seperti PETRONAS, KWSP, dan rakyat akan terus parah!

Projek Putra Jaya menelan RM40 bilion dalam jangka panjang sekiranya Mahligai Mahathir tidak mau seperti Anchor Watt di tengah belantara!!

Orang-orang Melayu di pesisiran akan dihalau ketepi hutan di mana-mana dan tanah mereka akan jadikan habuan kapitalis rakus yang buat untung 1000 kali ganda!!

Kita lihat ancaman kepada pemastautin Kg. Baru, Kuala Lumpur yang dikhianati.

Siapakah yang sungguh-sunguh berusaha hendak menghalau mereka kalau tidak Mahathir dan Daim?

Mahathir dan Daim tidak menjalankan projek disitu tetapi Kroni dan suku sakat mereka. Tidakkah Dasar Ekonomi Baru Mahathir sebenarnya Dasar Ekonomi BARUA??

Itulah alasan sebenar Mahathir & Daim tidak mahu menerima khidmat bantuan IMF.

Alasan yang disebut-sebut Mahathir setahun dulu tidak lebih dari angin kosong yang dihembus untuk melegakan desakan rakyat (menuntut Mahathir UNDUR..!!) dan mengalih pandangan rakyat dari isu-isu pemecatan DS Anwar.

Setelah setahun, hari ini baru rakyat nampak bokti nyata senyata-nyatanya siapa Mahathir dan siapa Daim sebenar, apa kepentingan dan bagaimana mereka memanipulasi minda rakyat.

Tidak mungkinkah orang lurus seperti DS Anwar akan diperosok oleh Kospirator Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni – sebagai upaya dan usaha mengelakkan kepetingan mereka yang terbabit dari terjejas jika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Pada hematnya, dalam keadaan sekarang, barulah rakyat semakin terasa bahawa kedua-dua mereka ini (Mahathir & Daim) adalah sebenar-benar petualang negara yang paling kehok hati dan busuk sikap terhadap rakyat, politik dan ekonomi Malaysia yang kian merudum!!

Malangnya, lebih ramai para pemimpin UMNO peringkat bawahan yang tidak mahir dalam menganalisis keadaan yang makin kompleks; kerana mereka adalah terdiri dari orang-orang yang tidak berilmu di bidang peggubalan dasar ekonomi secara empirikal.

Para pemimpin diperingkat Menteri sendiri pun hanya hidup dalam kedunguan dan rasuah yang menjadi bahan ugutan Mahathir-Daim. Budaya Takut dan Immoral Sycophants (Pak Turut tanpa maruah diri) kebelakangan ini sudah jadi budaya resmi amalan UMNO.

Mereka sudah diperangkap oleh Mahathir-Daim kerana pelbagai kes-kes rasuah mereka boleh dikemukakan di mahkamah bila-bila masa oleh Mahathir.

Leher mereka sudah terjerut!

Pendek kata, sekiranya perkongsian Mahathir & Daim, para pemimpin UMNO/BN dan Kerajaan UMNO/BN terus diberi kuasa 5 tahun lagi, maka negara ini akan punah-ranah dimamah oleh mereka berdua ie. Mahathir & Daim.

Hak rakyatkan difaraid.

Waktu itu, kehidupan rakyat akan lebih terhimpit dan rakyat akan kehilangan demokrasi secara total, rungutan rakyat tidak akan didengar dan ISA/OSA akan lebih mencerut batang leher.

Kerana, waktu itu, mana-mana Barisan politik yang akan mengambil-alih PASTI akan memikul beban hutang ratusan bilion.

Contoh yang ketara: Kerajaan UMNO/BN telah meninggal hutang RM600 juta di Kelantan.

Kalau begitu, kemungkinan besar Kerajaan Mahathir @ UMNO/BN akan meninggalkan hutang kepada kerajaan baru RM600 bilion dalam tepoh 5 lagi (tahun 2005)..!!

Ini tidak mustahil akan dilakukan oleh Mahathir dan Daim, kerana kerugian yang ditanggung oleh Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroninya dari keruntuhan pasaran BSKL dan kejatuhan mata wang dianggarkan hampir sejumlah itu!!

Itu sebab Mahathir TIDAK MAU meletak jawatan dan terus-menerus berkuasa..!! Dia mau mengembalikan kekayaan yang telah musnah selagi Mahathir masih bernyawa. Itu sebab Mahathir tetap bertegas bahawa dia tidak akan meletak jawatan selagi tidak ada pengganti seperti dirinya..!!

Cara yang terbaik kini hanyalah satu dan cuma satu, iaitu MENUMBANGKAN Kerajaan Mahathir @ UMNO/BN tanpa tangguh-tangguh sebelum terlambat. Bukan tanggungjawab rakyat menebus kerugian aak-anak Mahathir!

Tidak salah langkah sedikitpun jika kita rakyat hari ini memutuskan untuk menghumbankan UMNO/BN dan menggantikan dengan BARISAN ALTERNATIF yang punya deretan pakar dari mereka di kalangan kakitangan Kerajaan yang jujur dan ikhlas.

Mereka adalah sebahagian dari rakyat yang sedar dan terhimpit oleh Regim Mahathir.

Mereka mahu rakyat sejahtera kerana Rakyat itu adalah mereka sendiri .

Kita perlu meletakkan harapan kepada BARISAN pemimpin ALTERNATIF yang baru.

Mereka ini saja yang insaf untuk mengembalikan kewibawaan rakyat, bangsa dan ugama ke tahap NEGARA MAJU di abad ke-21.

InsyaAllah..!!

A. M S
M.Sc. (Political Economy). Cantab.
United Kingdom.

Isu penolakan tawaran International Monetary Fund (IMF) untuk membantu mengukuhkan semula kewangan Malaysia telah memberi alasan hebat kepada Mahathir-Daim untuk menunjukkan betapa pekanya mereka tentang soal ekonomi negara (setahun dulu).

Banyak orang yang menyokong alasan beliau, kununnya (jika diterima) kelak bank-bank tempatan yang kecil-kecil tidak dapat membantu pengusaha kecil IKS/SMI dan lain-lain.

Akhirnya, hak kita akan berpindah tangan kepada rakyat negara asing!!

Dengan itu DS Anwar Ibrahim dijadikan landasan pemancungan dan governor Bank Negara dipaksa letak jawatan oleh Mahathir-Daim, diganti dengan seorang buta perbankan kroni Mahathir (Abul Hassan Sulaiman).

Sekaligus DS Anwar disingkirkan dan Kawalan Mata wang Mahathir dilaksanakan secara mendadak.

Kununnya dengan kestabilan mata wang Tetap diparas RM3.80sen/USD akan memulihkan ekonomi dan perusahaan akan meningkat semula.

Pelbagai peraturan diwujudkan hingga rakyat sendiri tidak arif langsung dengan peraturan yang kelam kabut itu.

Tapi Mahathir dan Daim apa peduli?

Itu bukan urusan mereka kerana bagi mereka segala-galanya adalah seperti biasa.

Mereka ada kuasa dan mereka akan bersandar kepada keDIKTATORan sikap Mahathir dan Daim!

Kroni mereka juga mengampu dengan lebih kencang lagi.

Mereka adalah puak yang tidak terjejas hidup walau 1000 tahun lagi!!

Itu berlaku setahun dulu.

Sehingga hari ini, apa yang nampak dan berlaku dengan tindakan songsang Mahathir-Daim tidak lebih jika diumpamakan sebagai sebuah Patung Buddha yang hanya indah tapi tidak bernyawa.

Ternyata mereka tidak mampu langsung berbuat apa-apa untuk mengatasi permasalahan politik, sosial dan khususnya Ekonomi.

Contoh yang jelas, 'performance' bank-bank Malaysia secara keseluruhan adalah di bawah paras Tidak Memuaskan dalam konteks mengagih pinjaman kepada peniaga-peniaga tempatan (khususnya IKS/SMI).

Malah para pegawai bank sendiri amat curiga kerana keadaan ekonomi masih belum boleh diharap untuk memberi pulangan kepada para peminjam.


Ini berpunca dari keadaan yang dicetuskan oleh kedudukan pemimpin politik (khususnya Mahathir sendiri) yang tidak stabil dan sikap penggubal dasar ekonomi tidak lebih dari cuma setakat beretorika – setakat mengindahkan khabar dari rupa melalui pelbagai perancangan yang cantik-cantik.

Mahathir adalah orang suka bercakap dan berkhayal yang bukan-bukan begitu!!

Rakyat banyak dan masyarakat pengusaha korporat persendiran (kecil/besar) melihat keadaan ini bersebab/berpunca dari sikap pemimpin Kerajaan Mahathir yang diumpamakan hitting the wrong end of the stick .

Wang rakyat yang diperolehi dari sumber-sumber luar (melalui jualan bond dan pinjaman langsung) digunakan untuk menampung bayaran projek-perojek mega yang terhutang dan pelbagai bail-outs yang memerlukan 'financial injection' berbilion-bilion – kesemuanya adalah rapat hubungan masing-masing dengan Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni mereka berdua.

Sementara itu, pengusaha IKS/SMI tinggal melopong.

Walhal, dalam rancangan Majlis Tindakan Ekonomi Negera (MTEN) bantuan kepada IKS/SMI (yang memikul beban tenaga kerja lebih 1.0 juta rakyat) dan disebut sebagai prioriti; tidak mendapat perhatian langsung kerana tidak ada projek yang wajar dibangunkan oleh mereka.

Akhirnya, permintaan keseluruhan tidak meningkat. Sebaliknya inflasi yang meningkat secara mendadak.

Kesemua ini mengakibatkan 'performance' ekonomi terus meleset – dan dijangka keadaan akan terus meleset dalam tempoh yang terdekat.

Sebaliknya, jika Mahathir-Daim menerima tawaran IMF, segala-gala yang tersebut diatas akan diawasi dengan teliti oleh pihak IMF. Malangnya, jika diterima, Mahathir-Daim tidak boleh berwenang-wenang berbuat sesuka hati bagi menampung dan megimbuh kepentingan Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni mereka melalui bail-outs dan pengkoporatan baru.

Contohnya, ekonomi Thailand pada peringkat awalnya lebih sakit dari Malaysia.

Tetapi kerana mereka mengambil sikap jujur, tegas dan segera mengubati kudis ekonomi yang membusuk, maka hari ini ekonomi Thailand sudah lebih jauh 'mengembang' dari Malaysia.

Walhal, Malaysia masih terkial-kial dengan permasalahan yang dialami Thailand setahun dulu. Begitu juga Korea Selatan (yang lebih sakit dari Malaysia waktu itu), kini telah sampai ke tahap meneruskan pembangunan komersial antarabangsa dengan rancak dan positif.

Itu disatu situasi. Dalam situasi yang lain, timbul soal… Malaysia bagaimana?

Jawapan yang jelas ialah: dalam situasi tidak menentu dan gobra (yang jelas sekarang dirasai oleh golongan pengusaha dan makin menghebat bergolak), Mahathir-Daim baru saja memutuskan akan melaksanakan 'banking merger'.

Memang itu satu 'formula' IMF. Tetapi malangnya, diperhatikan sekali lagi soal kepentingan diri MASIH tetap menjadi dasar peribadi Mahathir-Daim yang menghantui keadaan hingga bank kecil kemungkinan menelan bank besar.

Mana yang tidak berupaya akan ditelan dan lenyap terus. Beberapa pemegang saham merasa hak mereka dirampas dan paksakan – untuk kepentingan orang tertentu.

Daim yang terkenal dengan kepetingan dalam bank-bank tertentu melalui kroni dan nominee, membuat merger exercise yang sangat pelik dan tidak beretika.

Dalam keadaan yang paling ketara, politik dan kepentingan diri (pemimpin kerajaaan yang berkepentingan dalam perbankan – seperti Daim Zainuddin) sudah mengambil-alih dasar perbankan di negara ini. Ini menyulitkan lagi keadaan berganda-ganda.


Asesmen penilaian dari para analis perbankan antarabangsa (mereka sangat berpengaruh kepada pelabur berpotensi) memberi petanda bahawa sekali lagi keadaan ekonmi dan kewangan Malaysia akan menjadi lebih kucar-kacir dari tahun Krisis Kewangan bermula.

Ditokok dengan kurangnya minat pelabur luar (jangka panjang) untuk melabur (kerana keadaan politik dan Dasar Kewangan yang tidak menentu dan kacau bilau); maka mereka mentakrifkan Malaysia sebagai sebuah lagi banana Republic seperti Argentina!!

Ini pasti bertentangan dengan peraturan IMF jika Mahathir-Daim bersetuju menerima bantuan IMF.

Nampaknya, keadaan akan lebih memburuk dengan wujudnya inflasi dan ditambah dengan pengangguran yang akan meningkat apabila selepas bulan November 1999 (Kawalam Kewangan dimansuhkan).

Waktu itu, rata-rata pelabur yang terperangkap selama setahun ini dalam sistem kewangan kita akan 'cabut' lari..!! Mereka akan membawa wang tunai sejumlah tidak kurang US$10 – 12 bilion (RM38 – 45 bilion) ke negara lain.

Itu adalah satu jumlah yang amat besar bagi ekonomi Malaysia yang sudah kekeringan dana.

Bermakna, aliran tunai yang jadi potensi pelaburan di Malaysia akan merosot dengan parah.

Walaupun ada dasar memberi insentif oleh Regim Mahathir sebagai galakan mereka melabur di Malaysia, tetapi kebanyakan mereka tidak yakin politik dan konomi Malaysia akan stabil kerana (atas satu sebab mutlak) Mahathir masih lagi mengetuai kerajaan yang ditolak dan tidak disokong oleh rakyat..!!

Mahathir juga telah disingkirkan oleh Negara Maju seperti Jepun dan Barat..!!

Ini bukan soal mudah yang mampu ditangani oleh Mahathir & Daim seperti mereka berjaya menangani masalah kemelsetan ekonomi di awal tahun 80-an dulu.

Dulu ringgit masih stabil dan iklim politik tidak dalam kacau-bilau!!

Tetapi hari ini, Mahathir sebagai Ketua Kerajaan sudah dikutuk rakyat dan seluruh pemimpin dunia.

Keadaan perkelilingan seumpama ini, dari aspek ekonomi pula, Dasar ekonomi Mahathir-Daim adalah caca-marba ala Banana Republic.

Malaysia telah diundurkan Mahathir 50 tahun ke belakang!

Jadi, amat nyata sekarang bahawa ekonomi Malaysia akan terus-menerus lembap dan amat payah untuk pulih selagi kerajaan Mahathir sentiasa menempatkan kepentingan diri pemimpin tertentu (khususnya Daim dan Kroni) dalam proses memulihkan ekonomi.

Korapsi dan rasuah diperingkat ini bukan lagi seperti istilah duit suap atau seperti korapsi dirogoh-copet oleh Rafidah Aziz (mengagihkan saham bumiputera kpd menantu sendiri), atau Mahathir-Eric Chia (berpakat hingga PERWAJA muflis RM7.3 billion), atau Daim (yang menerima RM600 juta saham Korporat)

Itu cuma chicken feed ..!!

Tapi ini perbuatan mereka berdua ie. Mahathir-Daim sudah mencapai tahap cancerous paling bahaya kepada ekonomi dan kesejhteraan rakyat Malaysia untuk 100 tahun lagi.

Rasuah dan penyelewengan ini telah berlaku di peringkat DASAR iaitu URAT-NADI ekonomi ditahap tertinggi.

Jika ini tidak dibanteras dari berlaku, ekonomi Malaysia bukan saja terpaksa bermula dari alif, be saja, malah kehidupan rakyat akan undur ketahap ekonomi dan kehidupan ditahun-tahun selepas Perang Dunia Ke-2.

Projek-perojek MEGA Mahathir adalah merugikan dan akan terus merugi.

Para penampung dana projek seperti PETRONAS, KWSP, dan rakyat akan terus parah!

Projek Putra Jaya menelan RM40 bilion dalam jangka panjang sekiranya Mahligai Mahathir tidak mau seperti Anchor Watt di tengah belantara!!

Orang-orang Melayu di pesisiran akan dihalau ketepi hutan di mana-mana dan tanah mereka akan jadikan habuan kapitalis rakus yang buat untung 1000 kali ganda!!

Kita lihat ancaman kepada pemastautin Kg. Baru, Kuala Lumpur yang dikhianati.

Siapakah yang sungguh-sunguh berusaha hendak menghalau mereka kalau tidak Mahathir dan Daim?

Mahathir dan Daim tidak menjalankan projek disitu tetapi Kroni dan suku sakat mereka. Tidakkah Dasar Ekonomi Baru Mahathir sebenarnya Dasar Ekonomi BARUA??

Itulah alasan sebenar Mahathir & Daim tidak mahu menerima khidmat bantuan IMF.

Alasan yang disebut-sebut Mahathir setahun dulu tidak lebih dari angin kosong yang dihembus untuk melegakan desakan rakyat (menuntut Mahathir UNDUR..!!) dan mengalih pandangan rakyat dari isu-isu pemecatan DS Anwar.

Setelah setahun, hari ini baru rakyat nampak bokti nyata senyata-nyatanya siapa Mahathir dan siapa Daim sebenar, apa kepentingan dan bagaimana mereka memanipulasi minda rakyat.

Tidak mungkinkah orang lurus seperti DS Anwar akan diperosok oleh Kospirator Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroni – sebagai upaya dan usaha mengelakkan kepetingan mereka yang terbabit dari terjejas jika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Pada hematnya, dalam keadaan sekarang, barulah rakyat semakin terasa bahawa kedua-dua mereka ini (Mahathir & Daim) adalah sebenar-benar petualang negara yang paling kehok hati dan busuk sikap terhadap rakyat, politik dan ekonomi Malaysia yang kian merudum!!

Malangnya, lebih ramai para pemimpin UMNO peringkat bawahan yang tidak mahir dalam menganalisis keadaan yang makin kompleks; kerana mereka adalah terdiri dari orang-orang yang tidak berilmu di bidang peggubalan dasar ekonomi secara empirikal.

Para pemimpin diperingkat Menteri sendiri pun hanya hidup dalam kedunguan dan rasuah yang menjadi bahan ugutan Mahathir-Daim. Budaya Takut dan Immoral Sycophants (Pak Turut tanpa maruah diri) kebelakangan ini sudah jadi budaya resmi amalan UMNO.

Mereka sudah diperangkap oleh Mahathir-Daim kerana pelbagai kes-kes rasuah mereka boleh dikemukakan di mahkamah bila-bila masa oleh Mahathir.

Leher mereka sudah terjerut!

Pendek kata, sekiranya perkongsian Mahathir & Daim, para pemimpin UMNO/BN dan Kerajaan UMNO/BN terus diberi kuasa 5 tahun lagi, maka negara ini akan punah-ranah dimamah oleh mereka berdua ie. Mahathir & Daim.

Hak rakyatkan difaraid.

Waktu itu, kehidupan rakyat akan lebih terhimpit dan rakyat akan kehilangan demokrasi secara total, rungutan rakyat tidak akan didengar dan ISA/OSA akan lebih mencerut batang leher.

Kerana, waktu itu, mana-mana Barisan politik yang akan mengambil-alih PASTI akan memikul beban hutang ratusan bilion.

Contoh yang ketara: Kerajaan UMNO/BN telah meninggal hutang RM600 juta di Kelantan.

Kalau begitu, kemungkinan besar Kerajaan Mahathir @ UMNO/BN akan meninggalkan hutang kepada kerajaan baru RM600 bilion dalam tepoh 5 lagi (tahun 2005)..!!

Ini tidak mustahil akan dilakukan oleh Mahathir dan Daim, kerana kerugian yang ditanggung oleh Mahathir-Daim, anak-anak, suku-sakat dan kroninya dari keruntuhan pasaran BSKL dan kejatuhan mata wang dianggarkan hampir sejumlah itu!!

Itu sebab Mahathir TIDAK MAU meletak jawatan dan terus-menerus berkuasa..!! Dia mau mengembalikan kekayaan yang telah musnah selagi Mahathir masih bernyawa. Itu sebab Mahathir tetap bertegas bahawa dia tidak akan meletak jawatan selagi tidak ada pengganti seperti dirinya..!!

Cara yang terbaik kini hanyalah satu dan cuma satu, iaitu MENUMBANGKAN Kerajaan Mahathir @ UMNO/BN tanpa tangguh-tangguh sebelum terlambat. Bukan tanggungjawab rakyat menebus kerugian aak-anak Mahathir!

Tidak salah langkah sedikitpun jika kita rakyat hari ini memutuskan untuk menghumbankan UMNO/BN dan menggantikan dengan BARISAN ALTERNATIF yang punya deretan pakar dari mereka di kalangan kakitangan Kerajaan yang jujur dan ikhlas.

Mereka adalah sebahagian dari rakyat yang sedar dan terhimpit oleh Regim Mahathir.

Mereka mahu rakyat sejahtera kerana Rakyat itu adalah mereka sendiri .

Kita perlu meletakkan harapan kepada BARISAN pemimpin ALTERNATIF yang baru.

Mereka ini saja yang insaf untuk mengembalikan kewibawaan rakyat, bangsa dan ugama ke tahap NEGARA MAJU di abad ke-21.

InsyaAllah..!!

A. M S
M.Sc. (Political Economy). Cantab.
United Kingdom.

Anak saman KPF, FGVH esok

TEMERLOH, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan saman pemula

terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula tersebut adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding.

“Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Pahang, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka.

“Sebenarnya tidak tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti.

“Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah memperolehi RM5 bilion setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion.

“Sebab itu kita bersama 11 NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda.

“Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung.

Mengenai Isa Samad, Mazlan memberitahu Pengerusi Felda itu telah bertindak di luar bidang kuasa beliau kerana sedang berusaha menyingkirkan orang-orang yang dianggap tidak boleh bekerjasama dengannya.

“Baru-baru ini Pengurus Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dicutikan, Kemudian saya dengar Timbalan Pengarah Pembangunan yang juga Setiusaha KPF diarah berpindah ke Putrajaya dan hari in Timbalan Pengarah Besar pula dikeluarkan oleh Isa.

“Saya diberitahu ada 18 orang lagi pegawai kanan yang akan dikenakan tindakan. Jadi kita mahu Cuepacs bertindak segera kerana tindakan oleh Isa ini dilakukan sewenang-wenangnya hanya kerana mereka ini dianggap tidak boleh bekerjasama,” katanya.-HD

MB: Pemaju bina bangunan baru Madrasah Sahiliah


Pemaju projek Aman Central di Jalan Tambang Badak di Alor Star bersetuju supaya bangunan paling akhir dirobohkan ialah Madrasah Sahiliah dan diganti dengan bangunan baru, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya, surau itu - antara bangunan yang terjejas dalam pembangunan projek tersebut - akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru, lapor Bernama.

Projek Aman Central yang termasuk pembinaan sebuah hotel lima bintang akan mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

"Kita dan pihak pemaju telah bersetuju supaya bangunan yang paling akhir sekali dirobohkan ialah surau itu," katanya kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Katanya, beliau telah melawat tapak pembinaan dua hari lepas dan Ketua Pegawai Eksekutif Belleview Group (pemaju) telah mengesahkan tidak ada sebarang masalah dari segi undang-undang.

"Insya-Allah dalam masa 32 bulan kita akan siapkan projek tersebut. Mereka (pemaju) juga akan mulakan kerja-kerja pembinaan hotel lima bintang di sebelah itu dan ia tidak melibatkan kerja-kerja perobohan yang banyak," katanya.

Azizan berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

"Pada masa hadapan, kalau kawasan itu dah maju mungkin kita boleh tunaikan Solat Jumaat di surau itu," katanya.-mk

PRESIDEN PAS:HJ. HADI PERTAHAN DASAR PAS

Hadi tampil pertahan dasar PAS
5:45PM Dis 22, 2011

Selepas mendiamkan diri sejak tercetuskan isu kontroversi membabitkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang tampil mempertahankan dasar-dasar PAS termasuk konsep negara kebajikan.

Dalam kenyataannya itu, Hadi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, bahawa parti itu telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Tegasnya, pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

"Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

"Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan halatujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Hadi:

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khususnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpihak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walaupun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walaupun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari’yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Dana NFC, kondo: 'Datuk' berusia 45 tahun direman


Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Perintah reman sehingga esok dikeluarkan terhadap lelaki berumur 45 tahun itu oleh Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman tengah hari tadi di Pusat Tahanan Sementara Balai Polis Bukit Jalil dekat Kuala Lumpur.

Lelaki itu, yang dibawa dengan kereta polis, tiba di Balai Polis Bukit Jalil, pada jam 9 pagi, lapor Bernama.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dipercayai telah mengambil keterangan daripada lelaki itu dari jam 3 petang hingga 6 petang semalam.

Isu mengenai NFC itu berbangkit ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lepas yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dananya.-Malaysiakini

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali

Nik Aziz nafi sokong Hasan Ali
Written by Harakahdaily


KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.

KEADILAN demo di UPSI, bantah campurtangan Umno

(Oleh: Nabihah Hamid)
TANJUNG MALIM 22 Dis : KEADILAN Cabang Tanjung Malim mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantah campurtangan politik terhadap pentadbiran universiti itu, jam 2 petang ini.
Ia susulan demontrasi dilakukan Umno bahagian berkenaan yang membantah tindakan seorang mahasiswa UPSI, Adam Adli kerana menurunkan bendera tertera gambar presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.

Ketua Cabang KEADILAN, Mejar Kamal Badli berkata, Umno tidak berhak mencampuri urusan universiti tersebut dan perlu menghormati kebebasan akademik yang diperjuangkan mahasiswa.
“Kita (KEADILAN) membantah tindakan Umno, Isnin lepas kerana tidak perlu ada campur tangan politik. Dan (Universiti) perlu memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara,” katanya ketika kepada Keadilandaily.

Katanya, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada pentadbiran universiti berkenaan bersama wakil Pas, Dap dan PSM.
Sementara itu Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Mohd Zahar bin Mohamed Nor menyambut baik bantahan tersebut.

Katanya, “Kita (Mahasiswa) tidak menyebelahi mana-mana parti politik dan hanya bertindak sebagai mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik. Saya menyambut baik demo dan penyerahan memorandum yang akan dibuat dan tetap akan memperjuangkan pendirian Adam Adli,” katanya.
Beliau berkata, isu menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, sengaja dipolitikkan dan mahasiswa UPSI tidak mahu perkara itu diperbesarkan lagi.
“Bagi saya apa yang dibuat oleh Adam bukanlah satu vendalisme, kami mahasiswa tidak mahu terbawa-bawa dengan isu ini. Banyak lagi isu penting yang lebih besar dan perlu diperjuangkan,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24687

Adam sedia hadapi hukuman

Adam sedia hadapi hukuman
Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 22, 2011

Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.
Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.

Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.


Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.


Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?


Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.


Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.


Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.


Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.


Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.


Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.


Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.


Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.


Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.


Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.

Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.
www.sinarharian.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...