19 Mei 2013

TERPANAS! NOH UDANG MASIH ADA PELUANG, TUNGGU ROMBAKAN KABINET....


Ahli Parlimen BN yang tercicir ditenangkan dengan ikrar rombakan Kabinet, kata sumber

Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.

“Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno,” kata sumber BN 


Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran.

Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Datuk Seri Shaziman Mansor dan Datuk Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.

“Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin,” tambah beliau.

Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.

“Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi,” tambah sumber tersebut.

Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.

Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.

“Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil,” kata seorang panglima perang Umno.


BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.



Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Datuk Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Datuk Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.
Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.
Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.
Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.
“Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan itu,” soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Johari Jailani.
Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu.

TERHOT! TS KHALID TIDAK TAMAK, KOUTA EXCO SELANGOR 4:3:3 ...!!!




Khalid sahkan kouta Exco 4:3:3 di Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim(gambar)mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.

"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.

Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.

Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.


di temuramah oleh Malaysiakini dan tv Selangor

PECAH BERITA ! HARGA MINYAK RON95 AKAN DITURUNKAN RM1.60 SELITER? TERIMA KASIH....?!!!!




Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia?

Berita luar daripada akhbar Berita Harian seperti di atas bukan tanda yang kuat sebenarnya. Tetapi langkah awal kearah _______________ sudah ada. Erm…tak sanggup kami menulisnya. Bunga-bunga awal sudah mula kelihatan.

Tanda-tanda yang lebih kuat andaikata harga minyak akan naik tidak lama sahaja lagi, adalah apabila sudah kedengaran rakyat Malaysia diperdengarkan ayat-ayat di media arus perdana seperti :


kerajaan akan buat kenyataan berapa banyak subsidi minyak, berapa boleh jimat

harga minyak di Malaysia antara termurah di ASEAN

jikalau kes kenaikan harga gula pula, bekalan akan tiba-tiba merosot. Kempen bahayanya gula akan didendangkan di halwa telinga rakyat Malaysia sekerap mungkin, statistik bilangan pesakit diabetes di Malaysia dan tidak lupa juga kenyataan rakyat Malaysia guna gula banyak dari negara lain.


Jadi dalam akhbar Berita Harian baru-baru ini, kerajaan mahu ingatkan “secara halusnya” kepada rakyat Malaysia sebenarnya subsidi minyak ini membebankan kerajaan Malaysia termasuk negara Arab juga, jadi rakyat tidak boleh persoalkan kenapa jikalau harga minyak RON95 di Malaysia naik selepas ini

Eh, Berita semasa tidak naik harga minyak pun lagi, sudah cakap macam-macam cakap. Bukan begitu. Sebenarnya, bukannya susah untuk membaca perancangan kerajaan Malaysia dalam membuat satu-satu pelan dan dasar. Ini kerana acapkali rakyat Malaysia dijadikan “bahan eksperimen” sebelum pelarasan harga dilaksanakan. Sehingga adakalanya rakyat malaysia sendiri sudah mahir dengan setiap perancangan yang mahu dilaksanakan di Malaysia.

Jadi, diharapkan rakyat Malaysia tidak terkejut & lebih bersedia dengan kebarangkalian kenaikan harga minyak RON95 selepas ini terutamanya melibatkan perancangan kewangan masing-masing.

Semestinya perkataan kenaikan tidak akan digunakan tidak akan digunakan. Tetapi perkataan pelarasan harga dan rasionalisasi subsidi akan digunakan secara meluas. Tetapi maksudnya tetap sama.


“Subsidi kurang, harga minyak naik”


Dan, rakan kami baru-baru ini isi minyak motosikal di Shell dengan harga minyak RM1.99 seliter. Ha….RM1.99 seliter? Minyak apa itu? Ya…..RM1.99 seliter, yang mana lagi kalau bukan yang gagang kuning. Di sana kata beliau, minyak diangkut menggunakan perkhidmatan kapal. Dan kos pengakutan minyak sudah pun tidak disubsidikan seperti dahulu. Walhal, minyak itu dikeluarkan daripada perut bumi sarawak.

Dan berdasarkan maklumat yang Berita Semasa perolehi, harga minyak RON95 akan naik RM2.30 selepas ini. Tidak mustahil. Cuma kami kasihankan kepada golongan serdahana dan rendah di bawah. Andaikata, harga minyak RON95 naik juga, rakyat Malaysia nampaknya kena terima dengan “wallet” yang terbuka.  ~sumber

18 Mei 2013

GEMPAR : PUTING BELIUNG LANDA LANGKAWI - SAKSIKAN VIDEO


LOKASI KAWASAN JETI LANGKAWI , PETANG TADI




CAHAYA ISLAM AKAN BERSINAR DI SELANGOR

Cahaya Islam bersinar di S’gor
Oleh : Zainal Abidin Nor

Negeri termaju dan terkaya ini berpotensi mengikut jejak langkah Kelantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi berbanding lapan kerusi DUN pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.

Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”.

Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.

Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.

Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.

Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.

Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Pelik tapi benar

Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.

Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.

Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar’iyyah) sambil berdakwah.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.

Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.

Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.

Hijrah Rasulullah

Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.

Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.

Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.

Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.

Seruan untuk ‘Ubah’ dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.

Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti ‘asobiyyah’ yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.

Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.

Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.

Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.

Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...