22 Jun 2012

Gerakan ‘Pecat Faekah’ didalangi anggota PKR?

Faekah harus dikekalkan pada jawatanya walaupun wujud desas-desus dan rasa tidak puas hati oleh pihak lawan mahupun rakan-rakan sendiri, kata wakil PKR Selangor.

NGO tampil sokong Faekah Husin jadi tanda tanya




Di tengah-tengah kehangatan isu penolakan dalaman terhadap Faekah Husin, tiga aktivis NGO hari ini tampil mengadakan sidang media menyatakan sokongan mereka terhadap pegawai kanan menteri besar Selangor.

Individu tidak berapa dikenali daripada Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat (Pro-Rakyat) itu menolak kempen mendesak Faekah meletakkan jawatan yang giat berjalan, terutamanya di Internet.

"Kami menyokong sepenuhnya Cik Faekah sebagai setiausaha (politik) MB dan kami menolak sebarang usaha untuk menyingkirkan beliau.

"Beliau amat berdedikasi walaupun umum mengetahui beliau juga tegas," kata Setiausaha Pro-Rakyat Mohd Naquib Carmeil yang mengaku bercakap atas kapasiti individu.

Motif sebenar ketiga-tiga individu itu mengadakan sidang media itu bagaimanapun tidak diketahui. Malaysiakini difahamkan mereka mempunyai hubungan dekat dengan exco negeri Yaakob Sapari yang dilihat sebagai 'orang' Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Langkah itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka dihantar Azmin untuk meredakan ketegangan itu atau sekadar mengambil langkah sendiri selepas 'bertukar kem'. Dalam sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam itu, kumpulan 'rakyat prihatin' itu turut disertai Ketua Penerangan Pro-Rakyat Ahmad Tarmizi Sulaiman dan ahli exco Abdul Halim Abdullah.



Sidang media itu sebelum ini menjadi perhatian media apabila dijangka menambahkan lagi kehangatan isu yang disifatkan media sebagai "ribut pejabat MB" itu.

Kempen menggunakan tag #pecatfaekah dan #kamisayangselangor di Twitter itu memaksa Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie menggesa ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan.

BERITA SEMALAM 20/6/2012

Gerakan pecat Faekah: Azmin nafi terlibat

Orang nombor dua PKR itu tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa mempunyai kaitan dalam gerakan untuk menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, hari ini tampil menafikan pembabitannya.

Azmin sebaliknya berkata tidak mengenali pihak yang terlibat dalam gerakan tersebut, malah tidak bersetuju serangan terbuka dibuat ke atas Faekah.Beliau menyarankan agar mana-mana individu atau pihak terlibat segera berhenti untuk menyebarkan kempen mahupun gerakan memburuk-burukkan ahli parti.

“Saya tidak mahu ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Saya juga beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan bekerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Konflik itu adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Namun saya tidak bersetuju dengan serangan terbuka kerana dalam parti ada proses untuk sampaikan aduan tersebut,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Anwar arah gerakan dihentikan

Satu gerakan atau kempen melalui laman sosial Twitter dengan hashtag menggunakan #kamisayangPKR #Pecat Faekah dilihat memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Faekah untuk berundur diri dari posisinya.

Abdul Khalid dalam pada itu terus mempertahankan Faekah dan menganggap tindakan sedemikian tidak penting dan mahu menumpukan usaha lain untuk membangunkan negeri.
Manakala Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dalam satu kenyataan semalam menyatakan kesediaan untuk mengatur pertemuan dengan pemimpin terlibat untuk mengenalpasti masalah yang timbul.

Dalam perkembangan berkaitan, menurut sumber perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mesyuarat biro politik awal bulan ini.
Menurut sumber itu juga, Anwar mengarahkan agar sebarang gerakan atau kempen ke atas Faekah mahupun ke atas ahli parti dihentikan segera.



SENDIWARA WEB KeadilanKini.com yang memulakan tekanan Terhadap Pejabat MB Selangor?


Krisis politik Selangor: Rafizi lepas jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri

KeadilanKini.Com,
21 June 2012

SHAH ALAM, 21 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Menerusi satu kenyataan di laman Twitter milik beliau petang tadi, Rafizi menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah satu proses biasa dan beliau memerlukan sedikit rehat lantaran bebanan tugas dalam parti dan juga dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain (sila) rujuk kerajaan Negeri atau Anwar Ibrahim," tulis Rafizi di laman Twitter miliknya.

Keadilankini difahamkan perletakan jawatan Rafizi ini dipercayai mempunyai kaitan dengan krisis politik negeri Selangor yang membabitkan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang sebelum ini bertindak memperlekehkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor pada tahun 2010, Faekah dilihat sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri sehingga mengundang kemarahan ramai. Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat KEADILAN bimbang ianya boleh menjejaskan peluang parti itu dalam pilihanraya umum akan datang.




SERANGAN TERBUKA BERMULA DARI BLOG TAWANMALYASIA.COM


Amaran dari Team Timbalan Presiden:

MASA BINCANG DAH TAMAT : SELURUH JENTERA KEADILAN SELANGOR BERSIAP SEDIA ARAHAN PIMPINAN TERTINGGI MPN KEADILAN SELANGOR.

SEMUA JENTERA SUDAH BERSIAP SEDIA.HANYA MENUNGGU ARAHAN DARI PIMPINAN TERTINGGI KEADILAN SELANGOR.



SUDAH BANYAK KESIALAN YANG DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN SIHIR SEGALA KEPUTUSAN PARTI DIANJINGKAN

OLEH PEREMPUAN SIHIR KAMI MENUNGGU ARAHAN.

Sumber - JomTawanMalaysia.com




Isu Azmin: Zuraida Minta Faekah "diam" dan fokus

SUMBER : Keadilankini.com,-18 June 2012



SHAH ALAM: Krisis membabitkan pejabat Menteri Besar Selangor dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin memuncak dengan Ketua Wanita parti itu menuduh Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ”celupar” dan tidak megenang jasa parti.

Zuraida Kamaruddin berkata Faekah Husin tidak harus memperlekehkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan sebaliknya patut memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.

"Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana dengan adanya usaha dari peringkat parti, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB," kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.“(Juga) janganlah mahu menuduh kepimpinan parti PKR kerana jawatan yang dipegangnya itu adalah sementara. Jadi janganlah sampai mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kepimpinan parti," kata beliau kepada Antarapos.com.

"Dia (Faekah) tidak boleh memperlekehkan kepimpinan parti kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai setiausaha politik," tegas Zuraida.Faekah kelmarin mempersoalkan kewibawaan Azmin menjadi Pengarah Pilihan Raya PKR dan berkata beliau perlu membuktikan keupayaannya mengisi jawatan penting itu.

Faekah juga menegaskan penyokong-penyokong Azmin yang mengkritik beliau sebenarnya mensasarkan bosnya, Khalid dan beliau hanya pelaksana keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu.Faekah berkata demikian setelah sebuah akaun twitter muncul di bawah nama “kamisayangPKR” yang berkempen mendesak supaya beliau dipecat daripada jawatannya itu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata Faekah tidak perlu mempersoalkan kerja-kerja Azmin di dalam parti."Kenapa pula beliau (Faekah) mengeluarkan kenyataan sebegitu, sepatutnya rakyat yang menentukan kelayakan (Azmin), bukan dia yang menentukan," kata beliau.

“Yang saya tahu, Azmin Ali orang yang selayaknya yang diberi tanggungjawab oleh PKR. Sebagai Pengarah (Pilihan Raya), dengan kekuatan dan pengalaman bekerja dengan bekas Timbalan Perdana Menteri dulu … beliau (Azmin) mampu sangat untuk memastikan PKR dapat meraih kejayaan pada PRU13," tambah Abdullah.

Sejak dilantik secara kontroversi sebagai Setiausaha Politik Khalid, hasil sokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah pada tahun 2010, Faekah dituduh sebagai terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau disifatkan sebagai penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada PRU 13.

Antarapos difahamkan tindakan pimpinan PKR untuk “menasihati” Khalid supaya mengekang tindakan “keterlaluan” Faekah daripada campurtangan urusan parti tidak berjaya. Sebaliknya Khalid melantik Setiausaha Politiknya itu, bersama Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz menyertai sebuah jawatankuasa tertinggi mengendalikan dana RM300 juta untuk program Selangorku.

Tidak ada ahli Exco yang dipilih untuk menyertai jawatankuasa berkenaan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa “luar biasa’ yang diberi oleh Khalid kepada dua pegawainya itu.
Khalid tidak memegang sebarang jawatan kanan dalam PKR setelah Azmin menggantikannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor dua tahun lalu.

Hubungan di antara mereka menjadi lebih keruh sejak itu dan pengaruh Faekah ke atas Khalid hanya memburukkan krisis dalaman PKR.


Komen : Gua rasa heran macamana ada Team Timbalan Presiden, maknanya dalam PKR ada berapa TEAM? Hangpa jangan nak buat leceh jangan dok main KRONI-KRONI....Hangpa tak suka walaupun belum tentu salah hangpa cantas....Jangan dok bawak budaya AMNO-APCO....panas isu pemilihan 2010 tak habis lagi hangpa dah buat hal....

Kepada YB Zuraida..jagalah Wanita negeri & Cabang ada Ketua wanita disandang oleh BINI-BINI Ketua Cabang, juga ada pemangku ketua wanita cabang dipangku oleh lelaki...jangan jadi macam Najib sudahlah.....

Oleh : Warekganal

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...