12 Oktober 2013

HOT ! CIMB SABOTAJ ZAHID DAN UMNO?....SAKSIKANLAH

Sudah Tidak Ada Tempat Lain CIMB Nak Iklan Selain Malaysiakini DS @NajibRazak ?



Ini balasan yang diberikan oleh CIMB setelah pelbagai insentif diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada Bank berkenaan. CIMB bukanlah sebuah Bank yang biasa. Peneraju Bank berkenaan adalah DS Nazir bin Tun Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Malaysia. 

Apa yang CIMB mahu buktikan dengan meletakkan iklan Kuala Lumpur Golf & Country Club, Malaysia dimana CIMB sebagai penaja utama, di laman portal Malaysiakini, laman pembangkang yang selama ini sentiasa memburukkan Kerajaan?


Dalam UMNO hari ini sedang mempersiapkan diri untuk pemilihan pucuk pimpinan sayap Pemuda, Wanita dan Puterinya, CIMB telah menghadiahkan hadiah yang cukup bermakna buat ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional.

 Berapa bayaran yang dibayar untuk pengiklanan ini? Mengapakah iklan ini hanya terdapat di Malaysiakini versi English yang berbayar dan bukannya versi Melayu yang percuma? Takut orang Melayu marah? - dari blog pro umno

KEMARAHAN ZAHID TERHADAP MALAYSIAKINI


KOMEN :  Cimb bertindak betul kerana sasaran iklannya untuk makluman  capaian harian Malaysiakini lebih 1 juta pembaca sehari, berbanding dengan utusan akhbar umno hanya sekitar 100,000 capaian....

Cimb bukan perniagaan hanya untuk orang umno tetapi sudah ke peringkat global....

HOT! PERWAKILAN WANITA GUA MUSANG MENGAMUK....( VIDEO INSIDE )


Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang dicemari insiden baling mikrofon


GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.



Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.

HOT ! ANWAR BOLEH KRITIK KHALID, TAPI PKR TIDAK CUKUP MANDAP MENGGANTIKAN KHALID....!!!

Anwar sepatutnya menggunakan majlis pakatan rakyat sebagai forum mengkritik kerajaan pakatan rakyat selangor, juga menentukan dasar-dasar baru. Kita maklum pkr bukan lagi mempunyai mejoriti dalam pakatan Selangor.

Anwar kritik Khalid, kedudukan MB Selangor dalam bahaya




Kritikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya malam tadi memberikan isyarat tidak baik kepada bekas pemimpin korporat itu.

Menurut Anwar, Abdul Khalid tidak seharusnya berbangga dengan lebihan kewangan yang diperolehi kerajaan negeri Selangor akan tetapi gagal membelanjakannya dengan baik.

Sebaliknya, Anwar memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan menjadikan Setiausaha Agung DAP itu sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menguruskan kerajaan negeri dengan baik dan seimbang.


"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap pretasi terbaik. Bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperolehi.

"Kita tidak ada masalah dengan pengurusan beliau, hasil pendapatan negeri juga membanggakan namun terdapat beberapa isu seperti pelajar tidak dapat menyambung pelajaran ke pengajian tinggi selain segelintir rakyat miskin yang tidak mampu memiliki rumah dan perkara itu masih sukar ditangani sehingga kini,” kata Anwar di hadapan hadirin dalam program yang turut menampilkan Dr Ong Kian Ming daripada DAP dan bekas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin.

Perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor yang dipimpin oleh Mohamed Azmin Ali.

Pada ketika itu, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa oleh kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin.

Azmin yang merupakan Timbalan Presiden parti itu turut merungut apabila pimpinan pusat PKR tidak melakukan perbincangan dengan parti diperingkat negeri dalam urusan pelantikan menteri besar Selangor bagi penggal kedua.

Azmin juga tidak dapat melakukan apa-apa kerana PKR mempunyai kerusi DUN paling sedikit di Selangor dengan hanya 14.

Hasilnya, hubungan keruh diantara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah.

Ini menyebabkan Anwar menghantar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidak beliau senangi berhubung pentadbiran Abdul Khalid.

Saifuddin dilantik menjadi Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor pada Julai lalu, sesuatu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini di negeri terkaya Malaysia itu dan mirip kepada sistem Amerika Syarikat.

Pada masa sama, Khalid melantik Saifuddin sebagai pegawai yang mengendalikan projek Pembangunan Desa untuk mengendalikan lima kawasan Parlimen di utara Selangor yang masih dimenangi Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Pakatan hanya tewas di lima Parlimen di Selangor yang terletak di utara negeri maju itu seperti Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sungai Besar.

Bagaimanapun, Saifuddin dikatakan tidak mampu melakukan tugasnya oleh kerana Abdul Khalid campur tangan dalam projek yang diuruskannya.

Jika dahulu pertembungan diantara Abdul Khalid dan Azmin hanya berlaku secara satu lawan satu, tindakan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu terhadap Saifuddin dijangka akan menambah lagi jumlah musuhnya dalam politik terutamanya dalam PKR.

Saifuddin yang merupakan “jeneral” yang paling dipercayai oleh Anwar mempunyai pengaruhnya tersendiri dan mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan organisasi.

Malahan Saifuddin juga diantara perancang utama gerakan reformasi yang dilancarkan Anwar selepas dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kerajaan.

Sebelum sempat mana-mana pemimpin PKR mengeluarkan respons kepada kritikan Anwar terhadap Abdul Khalid, Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas ahli PKR membela Menteri Besar Selangor itu.

Zaid adalah sekutu kepada Abdul Khalid dan melawan Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan tahun 2010 lalu.

“Anwar tidak seharusnya mengkritik Khalid secara terbuka. Apakah ini satu rancangan untuk menggantikannya? Khalid mendapat sokongan daripada pengundi dan hanya mereka boleh menggantikannya,” kata bekas menteri Kabinet itu melalui akaun Twitter @zaidibrahim.

Zaid seolah-olah sudah terhidu dengan sesuatu bakal berlaku di negeri Selangor yang sudah dipimpin oleh PR untuk penggal kedua itu.

HOT! BLOG PRO TUN M, SERANG ISA DAN AKAN ADA LAPORAN POLIS!!!


Blog pro Umno serang Isa, dakwa akan ada laporan polis


Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini.

Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas dakwaan membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia.

Ini berikutan tindakan Isa membuat laporan berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad kepada Bursa Malaysia mengenainya.


Isa bersama dua lagi tokoh Umno, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang berusaha untuk mendapatkan tempat dalam barisan naib presiden Umno.

Penyandang jawatan ini sekarang adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ahmad Zahid dilihat paling ke depan diekori Shafie dan Mukhriz manakala Isa termasuk dalam tiga yang sedang mencuba untuk dipilih oleh perwakilan Umno yang akan membuat pengundian hujung minggu depan.

Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.

Dalam postingnya hari ini, Rocky mendedahkan pelbagai dokumen berkaitan dengan laporan Isa kepada Bursa Malaysia itu dalam blognya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri sebenarnya tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

"Jika FGV dan MSM melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B yang Akta Industri Sekuriti.

"Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah,"
tulis Rocky dalam blognya.

KISAH PEGAWAI JKM KEJAM...RUPANYA PEGAWAI TAKUT...?

Kisah di sebalik pegawai JKM 'kejam'

Gambar-gambar yang disebarkan menerusi blog dan beberapa laman berita atas talian.

KULIM - Seorang OKU dari Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU) dikatakan nekad mendaki tangga dengan merangkak kerana mahu menyerahkan sendiri memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu pada 6 Oktober lalu.

Beberapa blog dan berita dalam talian melaporkan, OKU itu yang juga Pengerusi PKSOSU, K Genggataran, 53, berbuat demikian selepas pegawai JKM Daerah Kulim dikatakan enggan menemui mereka walaupun setelah menunggu lebih sejam.

Tajuk-tajuk yang digunakan dalam laporan ini seolah-olah menghentam JKM Kulim yang tidak prihatin dengan kesukaran seorang OKU. Antara tajuk yang disebarkan menerusi internet, 'OKU ketuk pintu JKM buat tak tau', 'Terpaksa merangkak ke pejabat Pengarah JKM' malah ada yang menggunakan tajuk, 'Pengarah JKM Kulim kejam paksa OKU merangkak naik tangga'.

Berita portal turut memetik Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran sebagai berkata, pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah pejabat JKM Kulim untuk menemui pegawai JKM yang berada di tingkat atas.

“Selepas menunggu hampir sejam, seorang daripada mereka (Genggataran) nekad mengengsot dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu kerana pejabat berkenaan tiada lif.

“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum tanpa memberi respons mengenainya,” katanya.

PENJELASAN EXCO , HANGPA FIKIR SENDIRI  :

ALOR SETAR - Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Suraya Yaacob menafikan dakwaan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim enggan menemui wakil Persatuan Kebajikan Setia Orang Kurang Upaya Kulim (PKSOKU), baru-baru ini.

“Saya difahamkan, bukan pegawai JKM itu tidak mahu berjumpa dengan mereka. Tetapi kerana situasi pada ketika itu yang membuatkan pegawai itu takut untuk berjumpa mereka yang sengaja mencetuskan provokasi di bawah pejabat ketika itu.

“Mereka buat bising, menyanyikan lagu Negaraku dan sebagainya. Tambahan pula mereka datang dengan begitu ramai, memang menakutkan pegawai JKM untuk berjumpa mereka meskipun hanya untuk menerima memorandum itu,” katanya mengulas penyebaran gambar seorang OKU di laman sosial yang dibiarkan menaiki tangga untuk menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Kulim, Rohana Yusop, kerana didakwa enggan berjumpa kumpulan itu.

Sebelum itu, salah seorang kakitangan JKM menemui Genggataran untuk meminta wakil bersesuaian menyerahkan memorandum itu kepada Rohana kerana hanya empat orang daripada hampir 15 orang dalam kumpulan itu berkerusi roda.

Ini bermakna, masih ramai yang mampu berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 bangunan itu, bukan sekadar membiarkan seorang OKU merangkak menaiki tangga.

Bagaimanapun, Genggataran enggan berbuat demikian, sebaliknya dia sendiri yang mahu menyerahkannya.

11 Oktober 2013

MESIN RUMPUT SEPANTAS F1 - BOLEH ATASI LAMBAKAN BURUH ASING....!!!

Pemotong Rumput Dengan Kelajuan Terpantas Di Dunia 200KM/H

Mungkin kita perlukan jentera ini bagi menjimatkan masa dan wang....
Lambakan pekerja asing boleh dikurangkan......
Bayangkan untuk mesin satu padang bola cuma 5 minit......berapa penjimatan boleh dibuat?.....




Di Malaysia mungkin kita jarang dapat lihat pemotong rumput seperti kenderaan yang boleh dipandu kemana-mana. Kita biasa dengan pemotong rumput yang kecil dan boleh digalas sahaja. Mungkin kerana harga pemotong rumput berkenaan lebih murah. 

Post kali ini kami nak tunjukkan satu jentera pemotong rumput hasil inovasi daripada syarikat Honda UK yang diberi nama Honda HF2620. Apa yang menarik tentang jentera pemotong Rumput ini adalah ia dilengkapi dengan enjin 1000cc yang boleh mencapai kelajuan maksimum 208km/j dan mampu memecut ke 100km/j dalam masa 4 saat sahaja.










Sumber: Penpatah


PANAS ! PUAK UG GAGAL BUAT KACAU.....PAS PUTRAJAYA....




KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS

KOMEN : Merah Tinta MSO
Menarik juga isu mesyuarat agung Pas Putrajaya yang dikatakan tidak sah. Penjelasan seorang peguam berhubung perkara itu perlu dipandang berat dan jangan menganggap ianya sebagai satu 'kacau ganggu' bersifat provokasi. Ia hendaklah dilihat sebagai satu pandangan dari sudut perundangan.
Sekiranya pendapat peguam itu tidak dihiraukan, dan nasihatnya agar mesyuarat Pas kawasan itu diadakan semula ia berdepan dengan masalah. Pejabat Pendaftaran boleh melakukan sesuatu sehingga menyusahkan Pas seluruhnya.
Jadi sebelum ia berheret panjang elok rasanya pejabat agung Pas membuat perhatian dan penyelesaian dalam hal ini. Apa yang berlaku terhadap DAP perlu dielakkan.
Dan sekiranya mesyuarat itu tidak mahu diadakan semula, sebaik-baik tindakan gantung Pas kawasan itu dari menghadiri muktamar agung pada November ini. Wassalam Mso.



KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS

Semalam 8 Oktober 2013 Ustaz Nazir Zakaria, Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya telah mengadakan sidang akhbar berkaitan beberapa isu melibatkan Pas Kawasan tersebut. Antaranya ialah :

a) Status perehatan beliau sebagai YDP Kawasan;
b) Kesahan Mesyuarat Agung Kawasan

Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara keseluruhan.

a) Status perehatan Ustaz Nazir Zakaria sebagai YDP.

Ustaz Nazir Zakaria merupakan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya yang telah dipilih secara sah melalui Mesyuarat Agung Kawasan pada 2011 untuk penggal 2011 – 2013. Pada 3 April 2013 sepucuk surat telah dikeluarkan kepada Ustaz Nazir yang ditandatangani oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad atas kapasiti Pemangku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya, Sdr Mohamad Hj Hassan, Pemangku Naib Yang DiPertua dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak, Penolong Setiausaha. Surat tersebut memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Putrajaya pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013 telah memutuskan bahawa Ustaz Nazir direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai YDP Kawasan sehingga suatu tempoh yang akan diputuskan kembali oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan. Surat makluman tersebut bagaimana pun tidak menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.

PERTAMA : ADAKAH MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PAS KAWASAN SAH?

Dinyatakan di dalam surat bertarikh 4 April 2013 bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk merehatkan YDP daripada menjalankan tugas YDP sehingga suatu tempoh yang ditentukan Jawatankuasa Kerja.

Siapa yang memanggil Mesyuarat Khas tersebut? Adakah ada di dalam Perlembagaan PAS berkaitan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja? Perlu diambil perhatian bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan hanya boleh dipanggil oleh YDP atau oleh satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan secara bersurat kepada Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 28(9) seperti berikut :-

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu, atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta dengan bersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itu dan menyatakan sebab-sebabnya.

Prosedur Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah dengan jelas diperuntukkan di Fasal 34 seperti berikut :-

FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

(1) Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-mana Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian yang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31 Perlembagaan ini.

Walaubagaimana pun suatu Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil dengan mengabaikan peruntukkan Fasal 34(1) iaitu diperuntukkan di Fasal 34(4) seperti berikut :-

(4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini, mana-mana mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang disebut dalam Ceraian-ceraian di atas bolehlah diadakan pada bila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua PAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau Ketua Dewan-dewan berkenaan. Setiausaha Agung atau Setiausaha yang berkenaan hendak mengeluarkan notis mesyuarat pada bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah untuk menyampaikan notis tersebut.

Peruntukkan Fasal 34(4) dengan jelas menyebutkan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja hanya boleh dipanggil oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau ketua-Ketua dewan-Dewan berkaitan.

Justeru persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada 18 dan 20 Mac 2013 tersebut, adakah mesyuarat tersebut dipanggil oleh Presiden atau oleh Pesuruhjaya Pas Negeri atau oleh YDP atau satu pertiga (1/3) daripada AJK secara bersurat dan kenapa pada dua (2) hari yang berdekatan? Jika Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau Ketua Dewan tidak pernah memanggil mesyuarat, maka mesyuarat tersebut tidak sah dan keputusan mesyuarat adalah tidak sah. Jika ada panggilan mesyuarat khas dibuat oleh mana-mana orang yang tersebut itu, adakah suatu notis mesyuarat dikeluarkan dan disampaikan secara munasabah.

KEDUA : ADAKAH JAWATANKUASA KERJA KAWASAN MEMPUNYAI KUASA MEREHATKAN YANG DIPERTUA KAWASAN?

Rujukan perlu dibuat kepada Fasal 28 Perlembagaan PAS. Difahamkan bahawa Jawatankuasa Kerja menyatakan mereka merehatkan Ustaz Nazir (YDP) berdasarkan Fasal 28 (8) seperti berikut :-

Fasal 28(8)

Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

Fasal 28(8) menerangkan kuasa Jawatankuasa Kawasan untuk memberhentikan atau menahan seseorang AJK menjalankan tugas dalam masa tertentu. Walaubagaimana pun kuasa tersebut tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di dalam Fasal 28(2),(3),(4),(5) dan (6). Di dalam Fafal 28(8) tersebut diperuntukkan dengan jelas pada awalnya bahawa “Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas” .

Apa maksudnya? Apa syarat-syaratnya? Frasa ini dengan tegas memberikan maksud bahawa walaupun Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau menahan mana-mana Ahli Jawatankuasa dari menjalankan tugas, ianya tidak termasuk kepada YDP, TYDP, NYDP dan KUU kerana ketiga-tiga jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih dan dilantik oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan. Jawatankuasa Kerja hanya boleh menggunakan kuasa memberhentikan dan menahan tugas hanya bagi AJK yang dilantik. Ini secara jelas disebutkan dalam Fasal 28(5) seperti berikut :-

(5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal ini hendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada tiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertiga daripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, dan mereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang akan datang atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

Fasal 28(5) menyebut dengan terang bahawa satu pertiga (1/3) AJK dilantik oleh YDP dengan persetujuan mesyuarat AJK Kawasan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) kali Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa kerja Pas Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Justeru mereka (1/3) AJK inilah sahaja yang boleh diberhentikan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 28(8).

Jika Jawatankuasa Kerja mengguna-pakai peruntukkan Fasal 28(8) tersebut untuk merehatkan YDP maka Jawatankuasa Kerja telah terkhilaf. Justeru keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan merehatkan YDP melalui surat bertarikh 4 April 2013 tersebut adalah tidak sah maka dengan sendirinya surat bertarikh 12 September 2013 yang menarikbalik tempoh rehat beliau sebagai Yang Dipertua adalah tidak sah.

Kesimpulannya, Ustaz Nazir Zakaria masih Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya yang sah sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya yang baru yang ada pemilihan, memilih orang lain sebagai Yang Dipertua yang baru.

b) Kesahan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya pada 22 September 2013

Sesebuah PAS Kawasan bergerak berdasarkan mandat Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 18 seperti berikut :-

FASAL 18. Mesyuarat Agung PAS Kawasan

(1) Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu. Akan tetapi Majlis Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS dan juga Aturan dan Peraturan mesyuarat kawasan itu.

(2) (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan Februari, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua kawasan itu ataupun dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

(b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masapun jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasan itu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah cawangan-cawangan atau daripada ahli-ahli kawasan itu. Maka dalam Mesyuarat Agung Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.

(c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diodit.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putrajaya telah diadakan baru-baru ini pada 22 September 2013. Notis panggilan mesyuarat bertarikh 12 September 2013. Notis itu hanya 10 hari daripada tarikh Mesyuarat diadakan.

a) Adakah Notis Mesyuarat bertarikh 12 September 2013 tersebut sah?

Fasal 18(2)(c) menyatakan notis hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat. Frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bagaimana ditafsirkan? Adakah ianya bermaksud di dalam lingkungan 14 hari atau bermaksud tidak kurang dari 14 hari”?

Pendapat saya frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bermaksud hendaklah tidak kurang 14 hari kerana ianya sebagai persediaan kepada perwakilan untuk mengkaji dan meneliti agenda mesyuarat, laporan mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Kenapa saya tidak menafsirkan dalam lingkungan 14 hari? Ini kerana jika notis mesyuarat dikeluarkan dalam lingkungan 14 hari, maka notis boleh dikeluarkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dan itu tidak munasabah. Contohnya Mesyuarat Agung Tahunan dijadualkan esok 10 Oktober 2013 dan notis dikeluarkan hari ini 9 Oktober 2013. Adakah wajar dan munasabah kepada perwakilan? Tentu tidak, maka frasa “dalam tempoh 14 hari” hendaklah ditafsirkan sebagai tidak kurang 14 hari.

Atas sebab itu saya berpendapat bahawa Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya bertarikh 12 September 2013 adalah pra-matang dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 September 2013 adalah tidak sah. Maka segala yang dilakukan di dalam Mesyuarat adalah tidak sah. Pemilihan jawatan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS psuat juga tidak sah.

b) Siapa memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya?

Rujuk kembali kepada Fasal 18(2(a) yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan pada bila-bila masa. Tiada pihak lain yang boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan selain daripada Yang Dipertua atau pun permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 12 September 2013 ditandatangan oleh Setiausaha PAS kawasan. Siapa yang memanggil mesyuarat? Adakah Setiausaha atau Yang Dipertua? Fasal 18(2)(a) jelas bahawa hanya Yang Dipertua boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan dan Setiausaha hanya menjalankan tugas mengeluarkan notis. Adakah Ustaz Nazir Zakaria yang memanggil mesyuarat tersebut? Jika beliau yang memutuskan memanggil mesyuarat maka mesyuarat itu sah tetapi notisnya pula pra-matang. Jika orang lain selain Ustaz Nazir yang memanggil mesyuarat, maka mesyuarat langsung tidak sah.

Atau pun dimaksudkan yang memanggil mesyuarat itu Pemangku Yang Dipertua? Persoalan tersebut tidak berbangkit kerana Ustaz Nazir Zakaria adalah dan masih Yang Dipertua yang sah.

KESAN KEPADA PAS PUSAT
Krisis ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS. Bagaimana kesannya dan apa kesannya?

Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu. Kemungkinan Pendaftar Pertubuhan akan mengganggu kacau PAS seperti mereka lakukan kepada pemilihana CEC DAP tidak boleh dielakkan.

Adakah PAS mahu sebegitu? Tepuk dada istighfar banyak-banyak....

Zulhazmi Shariff
9 Oktober 2013

Panas ! Calon Ketua Wanita Akui Imej Pergerakan Wanita Umno Sudah TERCEMAR !!!

Maznah terkejut dapat undi tertinggi dalam undian Online

"Saya harap momentum ini berkekalan pada hari pengundian sebenar oleh para perwakilan Wanita Umno," katanya.




KUALA LUMPUR: Calon Ketua Wanita, Senator Datuk Maznah Mazlan terkejut kerana beliau menjadi pilihan pembaca FMT yang mengundinya sebagai Ketua Wanita pada 12 Oktober ini.

Menurutnya, itu pilihan pembaca FMT.

“Tetapi saya harap majoriti 80,000 perwakilan wanita akan mengundi saya,” katanya dalam satu wawancara khas dengan FMT di parlimen pagi ini.

Pada jam 1 tengahari tadi undian FMT menunjukkan bahawa beliau mendapat 258 undi (59 peratus) daripada 440 undi. Manakala Raihan Sulaiman Palestine mendapat 161 undi (37 peratus) dan Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat 21 undi (5 peratus).

“Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca FMT yang mengundi saya. Saya harap momentum ini berkekalan pada hari pengundian sebenar oleh para perwakilan Wanita Umno,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Muazam Shah menafikan bahawa beliau adalah proksi bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.

“Saya tidak ditaja oleh sesiapa untuk menentang Shahrizat,” kata beliau yang akan berhadapan dengan Shahrizat Jalil dan Raihan Sulaiman Palestine pada 12 Oktober ini.

Beliau yang masih Exco Wanita Umno mengejutkan semua pihak kerana menghantar borang pencalonannya pada pukul 4.30 petang setengah jam sebelum penamaan calon ditutup pada 21 September lalu.

Beliau mendakwa sambutan akar umbi terhadap beliau amat menggalakkan walaupun Ketua Wanita Umno Negeri tidak menyokong beliau.

“Namun demikian hasrat saya menentang Shahrizat direstui oleh Badan Perhubungan Umno Pahang,” katanya.

Beliau berharap para perwakilan dapat menerimanya secara terbuka memandangkan penglibatannya yang lama dalam wanita Umno bermula dari cawangan, bahagian dan Exco Wanita Umno Malaysia serta sebagai pernah menjadi pembuat dasar ketika menjadi Exco Kerajaan Pahang dan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Beliau yang turut bertanding jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Rompin berkata jika beliau menang jawatan Ketua Wanita lusa, beliau akan memulihkan semula imej Wanita Umno yang dipersendakan oleh pihak pembangkang.

“Wanita Umno telah diperlekehkan, dipersendakan oleh para pengundi. Oleh itu saya mahu pulihkan semula imej pergerakan Wanita Umno yang sudah tercemar,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu menarik lebih ramai golongan profesional menyertai wanita Umno supaya BN terus kekal memerintah pada PRU ke 14.

10 Oktober 2013

6 Penjenayah Mati Ditembak Polis Dalam 2 Hari - Saksikan


TIGA PEROMPAK DITEMBAK MATI, EMAS RM1.8 JUTA DITEMUI SEMULA

IPOH, 10 OKTOBER 2013 – Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku. Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh. Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit.

Penjenayah Ditembak Mati Di Perak dan KL Bukan Geng Sama - KPN

Dua geng penjenayah yang ditembak mati di Ipoh hari ini dan di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur semalam tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain serta bukan daripada kumpulan yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tiga lelaki yang ditembak mati di Ipoh merupakan anggota geng kongsi gelap yang aktif menyamun kedai emas di sekitar Perak.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun di kedai emas di negeri itu. "Manakala penjenayah yang ditembak di Kuala Lumpur semalam adalah geng yang menyamun orang yang baharu keluar daripada bank. "Dua kumpulan itu tiada kaitan, bagaimanapun siasatan lanjut masih kita dijalankan," katanya kepada pemberita semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Sarjan Zal-Azri Abdul Somad yang terkorban ketika bertugas dalam Ops Cantas di Melaka baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi di Perak, polis menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.

Sementara seorang lagi suspek yang dipercayai mengalami kecederaan akibat kejadian itu berjaya melarikan diri.



Semalam 3 lelaki tidak sempat belanja wang rompakan ditembak mati polis







KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.



Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.

“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.

“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI.



Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak-perompak itu.

“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.

“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.

Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka.

UNTUNGNYA KETUA PEMBANGKANG DI SELANGOR DAPAT ELAUN TAMBAHAN RM8,620 SEBULAN DAN KERETA CAMRY.!!!

Ketua pembangkang Selangor dapat elaun RM8,620 sebulan




Kerajaan Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun berjumlah RM8,620 dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Khalid berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.


Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

Beliau berkata, kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Datuk Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka mula bersidang pada 19 November depan," katanya.

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang berjumlah RM8,620 sebulan.



Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

"Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat," katanya.

HOT ! VIDEO PENJELASAN PEMILIK RESTORAN SELERA DAUN PISANG – PENDEDAHAN CAJ SARAPAN VVIP RM6,000

MB Kedah terlibat dengan rasuah bagi makan di Kelantan ?

Pecah tembelang, pecah lubang... ha ha ha,,,, konon-konon nak perdajal peniaga di negeri Kelantan,,, akibatnya kantoi....


Itulah sedikit sebanyak penjelasan dari pemilik restoran berkenaan. Nak tahu dengan lebih detail anda boleh tonton video

OLEH: ammboi 

Baru-baru ini kecoh dengan berita sebuah restoran di Kelantan mengenakan caj RM6,000 untuk sarapan pagi kepada pelanggannya. Pelbagai persepsi negatif telah ditujukan kepada kedai makan berkenaan yang disifatkan sebagai melampau dan menipu pelanggan. Oleh itu, pemilik restoran berkenaan tampil untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.



Menurut Abe Din dan Kak Yah, iaitu pemilik Restoran Selera Daun Pisang, apa yang dilaporkan oleh pihak media tidak benar dan menjatuhkan perniagaan mereka. Caj RM6,000 bukannya untuk 50 orang tetapi 400 orang. Pihak berkenaan pada mulanya menempah untuk seramai 200 orang untuk rombongan Datuk Mukhriz Mahathir. Tetapi rombongan yang hadir lebih dari sepatutnya. Selain itu, semua makanan yang disediakannya untuk jualan juga habis. Ditambah pula dengan ada yang siap bungkus makanan lagi.

“Tempahan untuk Majlis Sarapan Pagi Bersama Datuk Mukhriz Mahathir pada 6 Oktober 2013 jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk 200 orang. Apa yang berlaku, ahli rombongan mulai masuk makan jam 7.30 pagi lagi. Lauk-pauk yang disediakan pada hari tu cukup untuk makan bagi 600 orang. Biasanya kita buat untuk 400 orang bagi jualan hari biasa. VVIP pula sampai jam 8 pg lebih… masa tu ahli rombongan yang bersama Datuk Mukhriz lebih kurang 50 orang… tetapi didalam kedai ni dah penuh dan bergilir keluar masuk makan. Kemudian ada yang siap bungkus lagi.” Kata Abe Din dipetik dari sumber Facebook.


“Bila saya tanya kepada incaj rombongan pasal hal tu (bungkus bawa balik), dia kata tak pe lah. Akhirnya sebelum jam 10.30 pagi semua lauk pauk untuk 600 orang tu dah habis, Jadinya terpaksalah kami masak tambah pula untuk jualan harian. Bila bayaran nak dibuat, terdapat tiga orang yang buat bayaran. Setelah dikira semua makanan termasuk kueh (kueh pun habis) dan minuman jumlahnya RM6,000.00. Dia minta diskaun, Kak Yah beri RM500… jadi dia bayar RM5,500.00″ Kata Kak Yah juga dari sumber yang sama.

Tambah Abg Din lagi, “Kami minta dia bayar apa yang ahli rombongan makan, bukannya kami caj lebih. Kami malu dengan tindakan mereka yang mengaibkan kami dengan cerita fitnah ini.”

HOT! FAKTA TERBARU...TERENGGANU PECAH REKOD DUNIA...

Terengganu kini bukan sahaja terkenal dengan kerepok lekor dan songket, ia kini juga terkenal sebagai negeri yang bergelar ‘Darul Runtuh' . Kalau kajian dibuat tentu kejadian projek-projek awam runtuh ini telah memecahkan rekod dunia bagi negara membangun yang kaya raya.....lebih memalukan Terengganu negeri tanpa pernah dilanda gempa bumi, taufan dan tsunami 


'Keruntuhan' & ketelusan pentadbiran di T'ganu

Oleh : Raja Kamarul Bahrin Shah & Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi|

ULASAN Amat tidak bertanggungjawab! Seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan bumbung dan siling Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Terengganu yang runtuh awal pagi baru-baru ini.


Insiden yang amat memalukan ini dipercayai berlaku jam 4 pagi dan melibatkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid itu yang siap dibina dua tahun lepas serta melibatkan kos RM6 juta dan boleh memuatkan 1,000 jemaah.

Isu keruntuhan ini bukan laporan pertama mengenai masjid bumbung runtuh di negeri ini. Pada 20 Mei lepas, 12 jemaah masjid yang baru sahaja solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.


Selain itu, pada 2 Jun 2009, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta telah siap dibina pada Mei 2008 dan digunakan dalam penganjuran Sukan Malaysia turut roboh.

Sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan sekali lagi roboh pada 20 Februari 2013 yang menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.

Inilah fenomena keruntuhan yang berlaku di negeri ‘Darul Iman' sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Walaupun ‘phenomena' ini telah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas, tidak ada langkah-langkah yang positif dan pro-aktif di ambil untuk menghalang berulangnya peristiwa-peristiwa sebegini.

(1) Perkara ini bukan hanya di sebabkan masalah-masalah teknikal tetapi termasuk soal ‘nilai' (values) yang didokongi oleh pihak berkuasa dalam mengawasi dan memantau pembinaan projek-projek ini.

(2) Pengawasan di tapak amatlah lemah dan banyak kerosakan boleh dielakkan. Profesional-profesional yang berkelayakan yang sepatutnya mengawasi kerja tidak diberi tanggungjawab dan kuasa di tapak.

(3) Peraturan-peraturan professional dan jabatan-jabatan kawalan ada kalanya tidak diikuti dan dipatuhi menyebabkan kelonggaran dan kerendahan faktor-faktor keselamatan dan mutu pembinaan.

Contoh-contoh keruntuhan dan kerosakan sepanjang dua penggal pentadbiran yang ada adalah seperti disenaraikan di bawah:-

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh : 12 April 2008 Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh : 2 Jun 2008 Harga: RM292 juta
Punca : "Semua Buat Silap" - Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok, Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008 Harga: RM18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh : 29 Jun 2008 Harga (terminal) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat - runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan

6. Menara Komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut
Maklumat - tumbang
Tarikh : 6 Ogos 2009 Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh : 3 Oktober 2009 Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : Sekitar RM700,00 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)

9.Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur
Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat - runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan
Tarikh : 29 Mac 2010

10. Pondok Rehat Di Kawasan Lanskap pasar Besar Kedai Payang
Tarikh : 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina

11. Papan Tanda Atau Sign Board Gergasi Pusat Penyelidikan
Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh : 19 Julai 2012

12. Tangki Air Sekolah Menengah Paka
Tarikh : 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh : 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh : 20 Februari 2013

15. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh : 20 Mei 2013 Harga: RM1.4 juta

Contoh klasik kegagalan mempelajari dari kesilapan yang lepas adalah keruntuhan bumbung-bumbung Stadium Sultan Mizan - Kuala Terengganu yang telah runtuh pada tahun 2009 dan setelah satu siasatan "Investigation Committee" kerajaan yang diketuai oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) dan nasihat-nasihat perunding, keruntuhan kedua, bumbung kedua Stadium yang sama berlaku lagi pada 2013 - iaitu 4 tahun kemudian.
Persoalannya, kenapakah keruntuhan ini begitu mudah boleh berlaku di Terengganu di bawah pentadbiran yang ada sedangkan beratus-ratus juta ringgit wang rakyat telah dibelanjakan?

Apakah kerana ‘kontraktor kroni' yang tidak berwibawa langsung telah dikurniakan kontrak secara ‘know who' dengan begitu mudah? Dan apakah ada unsur-unsur rasuah dan salahguna kuasa berlaku secara berleluasa di bawah pentadbiran yang ada ini di negeri ini?

Namun sehingga kini tidak ada yang dipelajari dari ‘siasatan' demi ‘siasatan' yang telah dijalankan terutamanya oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yang terbaru dan terkini adalah bahaya yang dihadapi dalam kerja-kerja penambakan yang sedang berjalan di muka Kuala Sungai Terengganu di Bandar Kuala Terengganu dimana kajian Kesan Alam Sekitar dan Kajian Terperinci "Hydrologi Study" yang masih belum diluluskan oleh pihak berkuasa.

Kerja-kerja ini dianugerahkan kepada pemborong secara reka-bina (design and built) tanpa apa-apa tawaran terbuka dipanggil.

Sehingga segala peraturan-peraturan sedia ada dipatuhi dan "rule of good governance" dapat di laksanakan, ‘keruntuhan' di negeri Terengganu akan terus berlaku.

Menteri besar serta pimpinan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tragedi demi trajedi keruntuhan yang amat memalukan ini.

Imej rakyat dan negeri Terengganu amat tercemar akibat dari pelbagai kejadian keruntuhan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Terengganu kini bukan sahaja terkenal dengan kerepok lekor dan songket, ia kini juga terkenal sebagai negeri yang bergelar ‘Darul Runtuh'

09 Oktober 2013

Panas! Kerajaan Malaysia Mengaku Salah Kes Tahan Anggota PSM Bawah EO



Tahan anggota PSM bawah EO, kerajaan mengaku salah

Hari ini satu keputusan bersejarah telah dicatatkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimana Kerajaan Malaysia setuju membayar gantirugi sebanyak RM 200,000 sebagai penyelesaian penahanan 6 orang pemimpin PSM pada tahun 2011.

Pagi ini Kerajaan Malaysia telah mengaku salah apabila bersetuju membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi pada 6 orang pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang telah di tahan oleh Polis DiRaja Malaysia daripada 25/6/2011 hingga 29/7/2011.


Enam orang PSM ini (yang dikenali sebagai EO6 – M.Saraswathy –Timbalan Pengerusi PSM, Dr. Jeyakumar- Ahli Parlimen PSM dan JK Pusat, M.Sugumaran – Ahli JK Pusat, Choo Chon Kai-Ahli JK Pusat, A.Letchumanan – SU Cawangan Sungai Siput dan Sarat Babu – Ahli Cawangan PSM Bercham) ditangkap Polis pada 25/6/2011 kerana “”disyaki” membawa senjata dalam bas mereka.

Pada 26/6/2011 mereka direman 7 hari untuk disiasat bawah Seksyen 122 Kanun Seksaan iaitu “mengumpul orang dan senjata untuk berperang dengan Yang Di Pertuan Agung”. Pada 2/7/2011 mereka 6 dilepaskan tetapi ditangkap sekali lagi di bawah Ordinan Darurat (Emergency Ordinance ataupun EO) kerana kononkan merupakan penggerak utama Bersih II.

EO6 telah menfailkan kes terhadap Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan 79 anggota polis yang lain pada 23 Mac 2012. Tuntutan PSM EO6 di Mahkamah adalah satu penghakiman penahanan EO6 adalah salah di sisi undang dan merupakan satu salahguna kuasa polis.

Selain daripada deklarasi Mahkamah ,EO6 juga memohon ganti rugi yang setimpal seperti dipertimbangkan oleh Mahkamah. Tujuan PSM dalam menfailkan kes ini adalah untuk mendedahkan kesalahgunaan kuasa pihak polis dan untuk membendungnya.

Kenyataan saksi ke enam orang telahpun difailkan dan antara isu-isu pokok yang dipersoalkan adalah:

- Siapakah pihak yang memberi makluman salah terhadap tomahan senjata di dalam bas kami? Adakah pihak itu disiasat oleh polis dan diambil tindakan?

- Siapakah yang mencipya tuduhan bahawa kami berhasrat berperang dengan Yang Di Pertuan Agung? Adakah pihak itu diambil tindakan?

- Siapakah pihak yang berputus menahankan kami di bawah EO?

Selepas meneliti fakta kes, dan ambil kenyataan pegawai-pegawai polis yang terlibat, Peguam Persekutuan Kanan Puan Siti Badariah telah menawarkan penyelesaian di mana Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi kepada EO6.

Dengan bersetuju membayar gantirugi dan membuat pengakuan ini di mahkamah terbuka, PSM berpendirian bahawa Kerajaan Malaysia bersetuju bahawa mereka bertanggungjawab dan bersetuju membayar bayaran gantirugi.

EO6 dinasihatkan oleh peguam kita bahawa istilah “ganti rugi”membawa makna bahawa Kerajaan mengaku salah dalam perkara ini. Ertinya, tuntutan kami melalui kes telahpun dipersetujui oleh Kerajaan.

Oleh itu, EO6 dan PSM setuju untuk merekodkan Persetujuan Bersama (Consent Judgement) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Dato Hue Siew Kheng di mana Kerajaan Malaysia dan 6 orang anggota polis yang menangkap kami pada 2/7/2011 di bawah Undang-undang EO akan membayar kami RM 200,000 sebagai ganti rugi.

Episod E06 mengajar kita bahawa segala undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan mesti dihapuskan. PSM mendesak bahawa undang-undang baru yang ingin diperkenalkan dibawah CPA adalah satu lagi undang-undang tanpa bicara boleh disalahgunakan dan perlu ditentang habis-habisan kerana ia bertentangan dengan

Di sini PSM, ingin mengucap terima kasih kepada peguam-peguam kami yang diketuai oleh Sdr Edmund Bon dan Sdr Yudistra atas kerelaan mereka menghadapkan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara ke Mahkamah.

Kami juga ingin mengucap beribuan terima kasih pada semua rakyat Malaysia yang berani keluar untuk membantah penahanan EO6 tanpa bicara pada Julai 2011. Bila rakyat bersatu, tiada kuasa yang boleh merampas hak asasi kita!

Kenyataan dibuat oleh

Dr. Jeyakumar
Ahli JK Pusat PSM mewakili
6 tahanan E06

HOT! RESTORAN CAJ RM6,000 PADA ROMBONGAN MUKRIZ...INI PENJELASAN TUAN KEDAI.....

Benarkah Kedai Daun Pisang caj RM6,000 untuk sarapan pagi?.. Ini penjelasannya.. bacalah!


Dalam masa 24 jam, sehari selepas Sinar Harian melaporkan tentang sebuah kedai makan yang mengenakan bayaran RM6,000 bagi sarapan pagi sekumpulan VIP (sebenarnya macai-macai UMNO), Restoran tersebut telah diserbu Penguatkuasa PDNKK.

Restoran yang terletak di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, Kelantan itu, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK)dan di kompaun RM175,000. Baca laporannya ini..

Serbuan tersebut dilancarkan sepantas kilat oleh Penguatkuasa PDNKK berdasarkan laporan Sinar Harian itu..

Baca laporannya ini..

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). 

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
 
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. 

Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. 

“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.
“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 

“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. 

“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.
“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian


Berikut adalah penjelasan dari pemilik kedai mengenai caj yang dikenakannya itu dan dalam masa yang sama juga jawapan mengapa Penguatkuasa PDNKK bertindak sepantas kilat terdedah..





400 orang macai-macai UMNO, mentekedarah sarapan yang disediakan bagi 600 orang, menurut tuan kedai..

Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan.

Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500.

RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising?

~ ASD

Panas ! Pusat Beli belah Yang Runtuh Tiada CF Dan Cuma Kelulusan Untuk Gudang !!!

Dinding Pusat Beli Belah di Jitra, Runtuh


DINDING BANGUNAN RUNTUH... Kelihatan dinding bangunan sebuah pusat membeli-belah di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman di Jitra yang runtuh kira-kira 8.40 pagi Selasa. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pusat membeli-belah itu belum beroperasi. -Foto BERNAMA


JITRA: Dinding sebuah pusat membeli-belah di Kompleks Perindustrian Bandar Darul Aman di sini yang baru beroperasi Julai lepas, runtuh pada pagi Selasa.

Ketika kejadian pada pukul 8.40 pagi, pusat beli-belah Borong C-Mart itu belum dibuka. Tiada kecederaan dilapor.

Abdul Rohim Talib, 33, yang juga pekerja penyelenggara pusat beli-belah itu berkata mereka masuk ke pusat beli-belah itu kira-kira pukul 8 pagi untuk membuka lampu dan pejabat.

"Ketika menjalankan rutin harian kami itu, kami terdengar bunyi retakan sebelum nampak siling runtuh kira-kira lima meter dari tempat saya berada. "Saya dan rakan lari keluar menggunakan pintu berhampiran. Masa berada di luar saya lihat dinding dan bumbung runtuh. Syukur kami selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zahari Ismail berkata bangunan itu tidak selamat untuk diduduki dan semua aktiviti perniagaan diarah tutup serta merta.

Beliau berkata pemilik bangunan itu sebelum ini memperoleh kelulusan merancang untuk membina gudang dan menyalahguna kelulusan dengan mendirikan bangunan komersial untuk dijadikan pusat membeli-belah.

Zahari berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik bangunan itu kerana melanggar syarat yang ditetapkan. 

"Gudang yang runtuh dan beberapa lot premis perniagaan dalam kawasan perindustrian ini kami arahkan tutup serta merta bagi membolehkan kami dan agensi berkaitan melakukan kajian taknikal," katanya.


Rakaman detik runtuhan.....


Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Jitra Mohamad Darus berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.55 pagi dan mengerahkan 10 anggota untuk ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohd Yusuf pula berkata polis menggerakkan lebih 20 anggota untuk mengawal kawasan itu bagi mengelak berlaku kecurian.

Kawasan itu juga ditutup kepada orang ramai untuk mengelak sebarang kejadian buruk, katanya.

Panas ! Teguran Husam Kepada Exco Kerajaan Negeri Ada Kebenarannya. ( Video Perbahasan )


Apabila HUSAM bertembung dengan KERAJAAN NEGERI dalam Sidang DUN..!!!

Mohammad Agus Yusoff



Pembentangan bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 petang tadi menarik sekali. Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang.

Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?

Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di DUN tadi. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti.

Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik—perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan.

Satu lagi yang rakyat hendak tahu secara rasmi ialah tentang kenaikan tarif air yang dikatakan naik sehingga 39% mengikut tahap tertentu penggunaan air, tetapi tidak diumumkan. Yang rakyat hendak tahu ialah betulkah tarif air naik? Jika naik, kenapa tidak diumumkan? Dalam hal ini, seorang kawan saya memberitahu saya, sekeras-keras kerajaan BN pun, kenaikan harga minyak dan letrik diumumkan kepada rakyat.

Kembali kepada tindakan Adun Salor tadi, persoalan yang perlu kita jawab bukanlah soal beliau mengkritik kepimpinan partinya, tetapi apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.

Pada saya, tindakan Adun Ssalor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’.
Di pihak kerajaan negeri pula, terimalah pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang. Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri. Ingat, dari segi hierarki parti, Adun Salor adalah naib presiden PAS. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya.

Melihat lebih jauh, hati saya berkata: Jikalah politik cara ini juga diamalkan di parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita. Semoganya!

PEMILIHAN UMNO: AHLI UMNO MARAH, CALON-CALON AMBIK RESTU DARIPADA KADIR SYEIKH FADZIR!!!



PEMILIHAN UMNO: AHLI UMNO KULIM-BANDAR BARU MARAH, CALON-CALON AMBIK RESTU DARIPADA KADIR SYEIKH FADZIR!!!

Kehangatan dalam pemilihan jawatan di dalam bahagian kulim Bandar baru amatlah dirasai,bukan saja di kalangan calon-calon yang akan bertanding tetapi yang peliknya turut dirasai oleh pembangkangsehinggakan calon-calon yang bertanding bersekongkol dengan pembangkang untuk menentukan kemenangan calon.

Pembangkang yang penulis maksudkan adalah ABANG kepada KETUA BAHAGIAN UMNO KBB sekarang, yang menang tanpa bertanding (TAN SRI ABDUL KADIR ). Persoalannya sekarang, semua Ahli UMNO KBB dan seluruh Malaysia tahu bahawa Tan Sri Abdul Kadir menjadi pengkhianat kepada parti dan menyertai pembangkang untuk menumbangkan pentadbiran kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

Apa perlunya calon-calon tersebut sunggup bersekongkol dengan beliau untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka?

Bagi pendapat penulis, UMNO KBB tidak seharusnya menggunakan khidmat nasihat dari seorang pengkhianat parti yang berperanan untuk menentukan jawatan dalam UMNO Bahagian KBB.

Apabila seorang pengkhianat boleh memainkan peranan untuk menentukan pemilihan jawatan Bahagian KBB, dengan secara jelas kewibawaan Ketua Bahagian UMNO KBB sekarang tercalar dengan tindakan tersebut.

Sudah terang lagi bersuluh, biarpun Tan Sri Abdul Kadir adalah abangnya, tidak bermakna Tan Sri Abdul Kadir boleh mencampuri urusan pemilihan UMNO KBB. Kalau dia lebih selesa dengan pembangkang, adalah lebih baik dia teruskan dengan perjuangannya. Jangan menjadi ORANG GILA TALAK.

Dalam soal ini, penulis tidak salahkan Tan Sri Abdul Kadir 100%. Yang harus dipersalahkan adalah calon-calon. Mereka yang mengadakan perjumpaan dengan Tan Sri Abdul Kadir sejurus selepas hari penamaan calon dibuat dan ramai di kalangan Ahli Jawatankuasa Bahagian tahu, perjumpaan dengan Tan Sri Abdul Kadir itu adalah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Persoalannya, apakah kekuatan mereka ini dalam kepimpinan Bahagian bergantung kepada pengkhianat parti ?

Bagi penulis, ini adalah satu perbuatan yang amat memalukan UMNO Bahagian KBB dan calon-calon tersebut yang tidak mempunyai kewibawaan serta menggadaikan maruah diri kepada seorang pengkhianat dan juga seorang pembangkang.

Penama-penama yang mengadaikan maruah parti dan diri mereka sendiri kepada pengkhianat partiadalah:

1- DATO OSMAN MAT AJI – NAIB KETUA BAHAGIAN ( CALON : TIMBALAN KETUA BAHAGIAN)
2- DATIN ROKIAH – KETUA WANITA BAHAGIAN ( PERTAHAN JAWATAN )
3- DATUK AZIZAN – AJK BAHAGIAN
4- Y.B DATIN SABRINA – KETUA PUTERI BAHAGIAN ( CALON : NKP3 MALAYSIA )
5- SETIAUSAHA KERJA UMNO BAHAGIAN ( CALON: AJK UMNO BAHAGIAN KBB )

Perjumpaan mereka ini adalah bertujuan untuk memberi tekanan kepada Ketua UMNO Bahagian sekarang dan memberi tekanan kepada calon-calon yang terlibat dalam pemilihan jawatan KETUA WANITA / TIMBALAN KETUA BAHAGIAN supaya Ketua UMNO Bahagian sekarang mengikut arahan dari seorang pengkhianat dan calon-calon yang bertanding bagi jawatan KW / TIMBL KETUA BAHAGIAN memberi laluan kepada mereka yang bersekongkol dengan pengkhianat parti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...