14 Disember 2013

KANTOI ! Tuduh org syiah tapi Umno lah dalang penyebar syiah


Astagfirullah hal aziim. .ini gmbar sapa..kata iran syiah..???? ? takkn nk bawa ajaran syiah dlm mlysia..???? ALLAHHU AKBAR ALLAHHU AKBAR ALLAH HU AKBAR..YA MUKMIN YA MUHAIMIN YA AZIIM YA KARIIM YA SOMAD YA MUJIIB YA MALIIKAL MULK YA ZALJALALIWAL IKRAM. 

Tuduh org syiah tapi Umno lah dalang penyebar syiah .. 
SUMBER


Pautan kekal imej terbenam
apa ni kaitkan tun madey dengan khomeini?




ehhh!!! macam kenal je yng sebelah tu ..pengikut syiah ke tu ? hehehehehe

Menteri Besar Kedah yang juga anak kepada mantan Presiden UMNO Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir pergambar bergambar mesra dengan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz.

Jika di ikut guna pakai teori Zahid Hamidi .. adakah Mukhriz Mahathir salah seorang pengikut syiah di Malaysia?????

Pernah Ketua Kumpulan Syiah Malaysia ini membuat pengakuan bahawa antara 300,000 ke sejuta penduduk Malaysia adalah pengikut Syiah.

PANAS ! TOKONG MAZHU...FITNAH PEMBANGKANG RUPANYA

Pulau Jerejak ditukar Mazu Island, fitnah – Guan Eng




PULAU PINANG: Lim Guan Eng menjelaskan dakwaan pembangkang bahawa Pulau Jerejak telah ditukar nama kepada Mazhu Island adalah fitnah.

Katanya, sehingga sekarang pihak pembangkang masih tidak dapat menunjukkan bukti bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meluluskan penukaran nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazhu (satu dewa Buddha) dan juga untuk membina Tokong Mazhu di sana.

“Saya kesal perkara sensitif yang tidak benar dan palsu ini telah dimuatkan secara meluas dalam blog pro Umno untuk mencemarkan lagi imej Kerajaan Negeri dan saya sebagai Ketua Menteri di kalangan orang Melayu dan Islam,” ujarnya semasa mengulung perbahasan Belanjawan 2014 pada persidangan Dun, hari ini.

Tegsnya, dakwaan itu adalah sangat merbahaya kerana bersifat rasis dengan cubaan untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.

Katanya, sebagai seorang peguam, Adun Teluk Air Tawar perlu tahu bahawa sebarang penukaran nama pulau mestilah melalui proses perundangan dan diwartakan.

Sebenarnya, jelas beliau bukan sahaja tidak ada sebarang penwartaan, malah tidak ada sebarang kelulusan oleh kerajaan negeri untuk penukaran nama tokong Mazhu seperti yang didakwa.

Katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pihak yang berkenaan berhubung perkara itu pada masa yang sesuai.

Roboh gerai

Tambahnya, satu lagi dakwaan rasis berhubung mengapa hanya mengeluarkan kompaun saman dan tidak mengambil sebarang tindakan perobohan ke atas gerai tidak berlesen Cina di Pantai Bersih, Butterworth seakan-akan tindakan penguatkuasaan perobohan hanya ke atas gerai Melayu tidak berlesen sahaja.

“Dakwaan ini adalah tidak bertanggungjawab kerana laporan awal daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menunjukkan bahawa ada 1 penjaja Cina dan 6 penjaja Melayu yang tidak berlesen di sekitar Pantai Bersih,” katanya.

Sebenarnya, jelas beliau MPSP tidak mengambil tindakan perobohan bukan sahaja ke atas satu gerai tidak berlesen Cina tetapi gagal juga bertindak ke atas 6 gerai tidak berlesen Melayu.

Lim berkata, sekiranya ditanya mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas ketujuh-tujuh gerai haram di Pantai Bersih ini, ia adalah soalan munasabah.

Tetapi, katanya ia bersifat rasis apabila cuba mensasarkan hanya sebuah gerai tidak berlesen Cina dan bukan 6 lagi penjaja berlesan Melayu.
“Oleh kerana tanah Pantai Bersih adalah milikan kerajaan negeri maka kerajaan negeri bercadang menggunakan pendekatan yang lembut sebelum bertindak keras menjalankan penguatkuasaan untuk mengeluarkan mereka,” ujarnya.

GANGGUAN BEKALAN AIR : SYABAS DAN NAJIB DISYAKI DALANG SABOTAJ RAKYAT BANDAR?

Miter_air_Syabas

Rafizi syak gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan

Oleh:(Masdar Wahid) -Keadilandaily

KUALA LUMPUR 13 DIS: Gangguan bekalan air bermula pertengahan Disember ini disyaki taktik berterusan BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.



“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.

“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.

Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan pemerintahan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari in mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain kata Syabas, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.


“Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.

“Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka.

“Malah pentadbiran Najib juga tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, maka BN ketandusan modal menyerang Pakatan,” katanya.

Rafizi turut menyelar sikap membisu pentadbiran Najib ketika beliau membangkitkan isu itu di Parlimen berhubung penolakan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) terhadap tindakan pengguna menyaman Syabas.

“Saya bertanya kepada kementerian berkaitan, tetapi mereka hanya berdiam diri dan hingga kini tiada jawapan mengenaianya,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN BACA DIBAWAH:

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur 17 Disember

SHAH ALAM 13 DIS: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, bermula 17 Disember ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Disember ini, manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama dan berterusan hingga jam 8 pagi, 22 Disember ini.

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kkerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama seperti papan suis dan paip keluli
.   Berita penuh SINI

13 Disember 2013

PATUTLAH NAK BANKRAP....RM1.2 TRILION ALIRAN WANG HARAM KELUAR DARI MALAYSIA

RM1.2 trilion aliran wang haram, PM patut letak jawatan – Rafizi

SHAH ALAM 12 DIS : Datuk Seri Najib Tun Razak didesak meletakkan jawatan ekoran jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi seterusnya membuktikan Najib tidak berupaya menjawat Menteri Kewangan.



Gesaan itu dibuat oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ekoran Malaysia ketika ini menjadi ‘juara dunia’ korupsi dengan USD370.38 bilion (RM1.2 trilion) aliran wang haram ke luar negara antara 2002-2011 hasil daripada jenayah, rasuah dan pengelakan cukai.

Malaysia juga mencatatkan sejumlah RM173.84 bilion (USD54.18 bilion) aliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2011, keempat paling teruk di dunia.

Rafizi berkata, laporan Global Financial Integriti (GFI) ‘Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 hingga 2011′ iaitu Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 201 mengesahkan bahawa ada kaitan rapat di antara rasuah dan jumlah aliran wang haram yang keluar dari sesebuah negara.

“Ini adalah salah satu daripada kesimpulan paling utama yang dibuat di dalam laporan terkini yang dikeluarkan semalam. Dalam mukasurat (xi) laporan itu menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..”

“Kesimpulan ini dibuat berdasarkan analisa empirikal data-data kewangan dari semua negara yang terbabit termasuklah Malaysia,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk Kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia (BNM) yang sebelum ini mempersoalkan kaedah yang digunakan.

Katanya, selepas menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan itu juga menyanggah kenyataan Kerajaan Malaysia BNM yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.

“Seterusnya, dengan jawapan dan kaedah baru yang diguna pakai oleh GFI, Kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat oleh GFI.

“Jumlah-jumlah wang haram itu bertepatan dengan bukti-bukti semasa seperti yang rakyat semua tahu.

“Antaranya, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun melaporkan pelbagai perlakuan rasuah dan penyelewengan yang melibatkan wang rakyat tidak berkurang malah jumlahnya bertambah setiap tahun,” katanya.

Rafizi berkata laporan urusniaga di luar negara seperti London juga mengesahkan terdapat pelbagai urusniaga mewah sejak kebelakangan ini.

Beliau menyifatkan kedudukan Malaysia di tangga ke empat tertinggi di dunia juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan selama 15 tahun berturut-turut.

“Oleh itu, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan kerana jumlah ini terlalu tinggi malah kedegilan Najib akan merencatkan kemajuan ekonomi negara seterusnya berterusan menekan rakyat,” katanya.

GEMPAR ! MP BIMBANG RADIOAKTIF LYNAS TERSEBAR


MP Kuantan bimbang radioaktif Lynas tersebar

KUANTAN 13 DIS: Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh bimbang kesan banjir besar yang melanda Kuantan turut menyebarkan bahan radioaktif dari Loji Lynas di Gebeng.


Beliau bimbang sekiranya kandungan dari bahan radioaktif telah larut didalam banjir dan bertebaran ke merata tempat.

Menurut Fuziah, tahap radiasi bahan radioaktif di Lynas dikurangkan daripada 6.2 Becquerel per gram (Bq/g) kepada 1 Bq/g supaya bahan itu tidak lagi dipanggil radioaktif.

“Klasifikasi tahap bahaya radiasi telah kerajaan cairkan (dilute) supaya kurang daripada tahap bahaya.

“Kesannya akan tetap sama. Bahkan lebih buruk kerana bahan yang sudah ‘dilute’ akan menjadi lebih banyak dan bertebaran ke merata-rata,” kata Fuziah kepada Keadilandaily.

Menurut Fuziah, walaupun tidak lagi diklasifikasikan sebagai radioaktif, jumlah bahan radioaktif yang tercemar ke bumi tetap sama.

“Ini merupakan tindakan tidak beretika yang dilakukan terhadap alam sekitar kita,” tegasnya.


Zahid enggan jawab soalan status loji penapisan nadir bumi Lynas di Kuantan

Fuziah turut kesal apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menjawab soalan diajukan wartawan berhubung keadaan loji Lynas semasa banjir.

“Rakyat mahukan penjelasan. Bukannya sikap membisu Menteri yang seolah-olah 
menganggap isu ini tidak penting,” kata Fuziah.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57

KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu


KDN fitnah, saya akan ambil tindakan - Mohamad Sabu
DEC 12, 2013 HARAKAHDAILY



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan dakwaan menuduhnya mengamalkan ajaran Syiah.

Tindakan serupa juga kata Mohammad akan diambil terhadap Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang didakwa mengemukakan 'bukti' yang memfitnahnya.

Menurut Mohamad, beliau melihat bukti yang didedahkan KDN hari ini sebagai fitnah terhadapnya dan merupakan lanjutan dari kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

"Kenyataan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab.

"Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, kenyataan berulang kali Ahmad Zahid selaku Menteri Dalam Negeri itu juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia.

"Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden Umno dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya," katanya yang kini sedang berprogram di Langkawi.

Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap pendedahan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim yang mengemukakan 10 bukti kononya Mohammad terlibat dengan ajaran Syiah.

Antara lain, Abdul Rahim mendakwa Mohamad pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

Dakwa beliau lagi, Mohamad juga secara terang-terangan turut memuji Pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.


Syiah: Jangan ketawa kuat sangat, nanti Umno malu (gambar)

DEC 12, 2013 HTTP://OMAKKAU.BLOGSPOT.COM

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... NANTI UMNO MALU!!!! ..MAT SABU DIKATAKAN PENGANUT SYIAH SEBAB DIA KAGUM DENGAN AYATOLLAH KHOMEINI..


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pernah 'berselawat' sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada 2005.

12 Disember 2013

PANAS! PENGGUNA TIDAK PUAS HATI ISU TAMBANG LRT & MONOREL - TRENDING DI MEDIA SOSIAL

Isu tambang LRT, monorel dapat perhatian pembaca

SHAH ALAM - Kurang 24 jam berita mengenai kenaikan tambang pengangkutan jenis LRT dan monorel yang dimuat naik Sinar Harian Online hari ini mendapat sambutan hangat pembaca.

Setakat jam 8 malam tadi, berita yang sama dipaparkan dalam akaun media sosial Facebook Sinar Harian mencatatkan lebih 1,300 komen, manakala 242 yang lain berkongsi artikel tersebut.

Oleh kerana isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain belum reda seperti harga minyak, gula dan tarif elektrik, namun pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menarik pelbagai reaksi pembaca dan rakyat.

Secara keseluruhan, kebanyakan komen tersebut membantah kenaikan tersebut, tidak kurang pula secara menyindir menyokong tindakan kerajaan itu.

Menurut pemilik akaun 'Epit De Silver Top', rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan semata-mata sedangkan pasaran dunia menentukan turun naik sesuatu barangan dan perkhidmatan.

"Alhamdulillah...semua naik...kita kena ikut pasaran dunia," katanya.

Pemilik akaun 'Pehe Rilek' pula senada kenyataan tersebut sambil menasihatkan rakyat menyokong usaha pembangunan negara tanpa kerap kali mempersoalkannya.

"Kita sebagai rakyat perlu sokong untuk pembangunan ekonomi negara...jangan tanya apa negara bagi kepada kita tetapi tengok apa sumbangan kita kepada negara," katanya.

Tidak kurang beberapa komen yang secara jelas menyelar dan menyalahkan kerajaan.

Antaranya, "TS Syed... sedang kaji cara-cara nak tambahkan susah orang... setiap kementerian sedang kaji apa yang boleh dinaikkan," kata pemilik akaun FB 'Amie SevenThree'.

Bagi Rodie Md Yusuf pula berkata,"kerajaan berjaya menambah perbelanjaan rakyat... pilih lagi kerajaan sedemikian, orang offer murah pun tak nak... terima saja laaa."

Tambang LRT, monorel pula naik?
WARTAWAN SINAR HARIAN -11 Disember 2013



Syed Hamid Albar


SHAH ALAM - Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik pada tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.

"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail.

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api. "Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan pasaran saham pengangkutan awam," katanya.

Selain itu, Syed Hamid berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan memastikan jangka panjang industri rel mampan dan kurang bergantung kepada sokongan kewangan kerajaan.



NAIK HARGA: Apa lagi kerajaan mahu?

Oleh Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Belum reda lagi kemarahan rakyat tentang tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik, kini telah terdengar desas-desus bahawa tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel pula akan dinaikkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.

Syed Hamid berkata, ini disebabkan faktor peningkatan tarif elektrik di samping bagi memastikan jangka panjang industri rel mapan serta mengurangkan kebergantungan sokongan kewangan kerajaan.

Tindakan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga tambang pengangkutan awam adalah rentetan 'penderaan' ke atas rakyat setelah pengumuman kenaikan tarif elektrik baru-baru ini.

Harga tambang pengangkutan awam jenis LRT dan monorel ketika ini sudah cukup membebankan rakyat di ibu kota dan dengan harga baru yang bakal diumumkan nanti akan menambahkan lagi beban yang ditanggung.

Pemuda PAS menolak sekeras-kerasnya hasrat kerajaan melalui SPAD untuk menaikkan harga pengangkutan awam itu kerana ianya akan menambahkan lagi beban rakyat khususnya di yang tinggal di ibu kota.

Kenaikan ini akan meneruskan episod kesengsaraan rakyat apabila sebelum ini dibebani dengan kenaikan harga minyak petrol, gula serta harga barangan keperluan dan yang terbaru, kenaikan tarif elektrik.

Pengumuman pelbagai kenaikan ini menzahirkan betapa tidak bertanggungjawabnya kerajaan kepada rakyat. Kerajaan seolah-olah hilang pertimbangan apabila sewenang-wenangnya menaikkan pelbagai harga tanpa rasa belas kasihan kepada rakyat.

Kerajaan perlu mendengar serta merasai denyutan nadi rakyat marhaen yang sedang dibebani oleh kos kehidupan semakin meningkat.

Saya kecewa dengan sikap kerajaan yang hanya tahu 'merompak' wang rakyat tetapi tidak langsung berusaha meningkatkan taraf hidup dan pendapatan perkapita rakyat.

Kerajaan tidak sepatutnya meletakkan tugas mereka untuk menyelesaikan masalah di bahu rakyat. Kerajaan tiada nilai kemanusiaan apabila tidak prihatin dengan bebanan yang rakyat tanggung ketika ini.

Timbul persoalan, berbagai harga telah dinaikkan, tidak cukupkah? Apa lagi kerajaan mahu?

HOT ! CHINA KOMUNIS BELI TANAH JOHOR RM4.5 BILION....

NEGERI CINA DIPERINTAH OLEH PARTI KOMUNIS,  MAKNANYA SYARIKAT  NEGARA KOMUNIS BELI TANAH MELAYU JOHOR.....JADI APA KATA  MELAYU TOTOK.....perkasa, pekida...ngo-ngok.....

adakah ini kerja Mat Sabu dan kroni-kroni Cheng Peng....mohon macai-macai amno dan BN tolong jawab?

berita dipetik dari blog amenoworld.......

Tanah Di Johor Bharu Terjual Dengan Harga RM4.5billion Kepada Syarikat Luar Negara.

Itulah yang dilaporkan oleh The Star.

Rujuk ;


Kalau ikut laporan dari The Star ;

1. Syarikat yang beli tanah tue ialah syarikat dari China iaitu Guangzhou R&F Properties Co Ltd.

2. Macam biasa. Ia adalah atas nama pelaburan dan pembangunan.

3. Kalau ikut statement dari syarikat tersebut mereka anggap nilai penjualan RM4.5billion adalah sangat2 berbaloi berdasarkan jumlah tanah yang mereka perolehi dengan pelaburan yang mereka bakal laksanakan kelak. Bagi mereka Malaysia sangat2 terbuka kepada syarikat2 asing yang melabur di negara neh. RM100 juta telah pun dibayar sebagai pendahuluan perjanjian jual-beli.

4. Rujuk carta yang disediakan oleh The Star. Carta ini memberitahu berapa banyak tanah2 di Johor telah menjadi hak milik syarikat dari luar negara.


5. Dalam berita yang sama ada dinyatakan juga rakyat2 di negara China sering bercakap mengenai Iskandar berbanding pelaburan perumahan di Singapore disebabkan pelaburan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara tersebut. Mereka cenderung memilih Malaysia sebagai lokasi untuk membeli hartanah bagi tujuan pelaburan dan perniagaan..

Hehe..

6. Jual beli tanah dengan kos RM4.5billion neh tak lain tak bukan.. ia diuruskan sendiri oleh Sultan Johor kita.

Daulat tuanku. Daulat yang amat..

Dan err lepas neh masuk Johor kena passport ke tak yah ek? China bukan komunis dah kan?

Read more: sini

KANTOI ! MISI BANTUAN BANJIR KUMPULAN PEMUDA UMNO SEKADAR LAKONAN TERBONGKAR...... SAKSIKANLAH....


EDISI KANTOI !!!.... GURU KECEWA DAN KUTUK HABIS PERANGAI KUMPULAN PEMUDA UMNO MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI KUANTAN!!!!

Kalau dilihat pada kata-kata seorang guru bernama Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir sudah pasti kejadian ini berlaku di Pusat Pemindahan Banjir Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Isap Murni Kuantan Pahang.

Cikgu ini dikatakan seorang penyokong kuat UMNO juga.

Dia boleh cakap kumpulan pemuda UMNO datang beratus orang .. janji nak buat gotong royong tapi hampeh .. sekadar datang untuk berposing bergambar. buat lakunan sembur-sembur sikit lepas tu cabut menghilangkan diri tak nampak lagi muka.


Khabarnya lakunan ini dikepalai sendiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru Khairul Azwan Harun.


Tak lupa juga cikgu ini sempat juga kutuk Ketua Pemuda UMNO KJ sambil berkata ..TQ KJ DATANG BERPOSING DI PUSAT PEMINDAHAN BANJIR SMK SG ISAP MURNI. NAK BERSALAM PUN XSEMPAT. MABELESS MENTERI MUDA.



Inilah apabila gerak kerja dibuat bukanya terbit dari naluri hati yang ikhlas dan jujur tetapi sekadar berlakun untuk berhibur nak beri rakyat kabur.


Berlakun cuci premis yang sudah suci bersih .. akhirnya terbongkar jua.





gambar yang trending di FB semalam....LAKONAN MEREKA DIPERTIKAIKAN....

Bayangkan...bagaimana gabannya lakonan tahap kebebalan menyapu,mengemop umnuu masa banjir...tpt sekangkang kera pun sampai tiga orang buat keroje..tu belum kira yang duk menebeng kat belakang..  sumber

INI APA CERITA.....KEIKHLASAN YANG PENTING......



Lori MPAJ Di Kuantan Untuk Kerja-kerja Pembersihan Sampah

Atas permohonan Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh, kerajaan Pakatan rakyat Selangor di bawah kepimpinan Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke Kuantan untuk membantu pihak Majlis Perbandaran Kuantan dalam kerja-kerja pembersihan dan kutip sampah sarap.

Mana perginya lori Majlis Perbandaran Kuantan??? Jangan buat alasan banjir sampai perkara yang sekecil ini pun tak boleh nak settle. MPAJ yang jauh beratus batu pun boleh sampai. Adakah ini tekanan untuk rakyat di Kuantan kerana tidak memihak kepada BN pada PRU13 lepas?

- Tompo -


ALAHI ...MENTERI UMNO.... BANJIR PUN NAK MAIN POLITIK...MENTERI TAHAP PELAQ NAMANYA..

KALAU BETUL BERITA DARI BLOG OMAK KAU NEH.......
MEMANG JENIS HARAM JADAH TIM. MENTERI NIE........

TIMBALAN MENTERI HALANG KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS, YB SITI ZAILAH MOHD YUSUF DARI BERTEMU DENGAN MANGSA BANJIR DI MARAN PAHANG!!!!





Ini baru betul pemimpin bertaraf bangsat, haprak lagi brengsek ... sanggup halang macam perangai budak kecil rombongan dari PAS yang diketuai Ketua Dewan Muslimat PAS YB Siti Zailah Mohd Yusuf yang mahu menjenguk sambil memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Afzan, Chenor, Maran, Pahang.

Please grow up wahai Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran.

Sepatutnya umur bertambah tua dan pangkat bertambah tinggi akhlak dan peribadi kenalah sejajar ikut sama bukannya bertambah lagi teruk.

11 Disember 2013

WAJAH PROTON PERDANA BARU...SAH MIRIP ACCORD....CUMA TUKAR BUMPER


Dulu nak ganti honda accord sebagai kereta rasmi kerajaan......kerajaan kena hentam teruk akhirnya terlaksana juga model accord ditukar nilai kepada proton perdana.....adakah layak dipanggil produk malaysia?

proton-perdana-accord-2

Proton Perdana baru kenderaan rasmi kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.





Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - Bernama

Foto

Foto



proton-perdana-accord-3


KEMASKINI :

PROTON: Pengeluar kereta atau "punching bag"?

Mungkin kerana kemarahan rakyat mengenai kenaikan barang selepas pru13....menyebabkan proton jadi mangsa.....kerajaan kena sedar kemarahan rakyat ada batasnya.......

Lebih malang harga kereta di malaysia antara termahal didunia...janji bn untuk turunkan harga hanya janji kosong.....sedangkan janji PR untuk menstruktur harga kereta telah ditolak oleh 47% sokongan kepada BN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra pada Rabu. --

Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak $600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.

Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

*Norzafry merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi tahun 2011/2012.



Kereta hibrid : Bantuan kerajaan diperlukan
Azree· KOMEN
Mungkin kerana sebagai orang Malaysia kita sudah tahu yang kita akan membeli kereta Proton dengan nilai harga yang mahal berbanding nilai sebenarnya. Maka sekiranya kereta yang dikeluarkan itu design nya tidak cantik, maka kita pastinya kritik atas dasar nilai harga yang perlu kita bayar.

Sama juga halnya jika design itu ditiru, kita wajar pertikaikan atas dasar nilai harga yang mahal kita bayar untuk 'kereta design tiru'. Maka mungkin mereka yang mengkritik itu akan berkata, "Lebih baik aku beli Honda Accord sahaja.


Read more at:astroawani.com/

APA ADA DENGAN 2 LORI GARDENIA BANDING RM30 JUTA YANG LESAP!!!

MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia...Tunjuk perhatin?


SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan.

Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu.

Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.

Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu.
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut.

DAKWAAN TERHADAP :   Wang RM30 juta yang lesap kemana perginya wahai Ahmad Said.

KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mendesak Kerajaan BN Terengganu memberikan penjelasan tentang wang rakyat RM30 juta yang dianggap lesap.

Desakan itu, kata Tengku Ibrahim ditujukan kepada Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said melalui suratnya bertarikh 6 November 2013, lalu hingga kini tanpa jawapannya.

Menurutnya, isu pemberian 12,000 ekar tanah hutan kepada 12 buah syarikat kilang papan di Terengganu menjadi “hangat” apabila melibatkan wang rakyat RM30 juta.

Katanya, meski pun perkara tersebut telah dibangkitkan oleh rakyat Terengganu sebelum PRU13, tetapi tidak ada penjelasan dari kerajaan negeri.

“Saya ada tulis surat untuk mendapatkan penjelasan kepada MB Terengganu (Dato’ Seri Ahmad) pada 6 November (2013) lalu mengenai kawasan kayu balak 12,000 ekar dan wang pembayaran sebanyak RM30 juta.

“Pemberian 12,000 ekar tanah balak oleh Kerajaan Terengganu kepada 12 buah kilang-kilang papan di Terengganu, melalui surat rujukan Bil.(55) dalam PHNT (SULIT) 62/SK 1/BHG 7 bertarikh 17 Julai 2012.

“Apa yang menimbulkan persoalan iaitu setiap buah syarikat kilang papan itu dipaksa membayar RM2.5 juta kepada sebuah syarikat peguam di Kuala Lumpur sebelum tanah balak itu diberikan kepada mereka (pengusaha),” jelasnya kepada Harakah di pejabatnya, 4 Disember lalu.

Menurutnya, setiap buah syarikat kilang terbabit telah diberikan kawasan hutan balak seluas 1,000 ekar dengan pembayaran yang ditetapkan itu.

Kata Tengku Ibrahim, jumlah yang telah dibayar kepada syarikat guaman tersebut berjumlah RM30 juta.

“Saya dukacita, saya ingin tahu dan rakyat Terengganu juga berkehendakkan jawapan dan penjelasan kenapa wang RM30 juta itu dibayar kepada pihak syarikat guaman dan atas dasar apa wang itu disalurkan kepada pihak yang tidak ada kaitan dengan pemberian kayu balak kepada 12 buah syarikat kilang papan itu.

“Saya berpendapat bahawa wang RM30 juta itu adalah satu pembayaran berbentuk rasuah dan salah laku yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan di sekeliling Menteri Besar,” tegasnya.

Justeru itu, beliau turut mendesak Ahmad agar segera menyerahkan kes skandal balak tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, tindakan melalui SPRM itu penting bagi siasatan menyeluruh ke atas skandal balak berkenaan serta mendakwa pihak yang bersalah ke muka pengadilan mahkamah.

Harakah dimaklumkan, empat persoalan yang dituntut oleh Tengku Ibrahim kepada MB Terengganu berkaitan skandal wang balak berjumlah RM30 juta tersebut.

“Pertama, siapakah yang mengarahkan wang RM30 juta itu dibayar oleh 12 buah (syarikat) kilang papan kepada peguam yang menyediakan perjanjian. “Kedua, rakyat mahu tahu ke manakah wang (RM30 juta) ini disimpan dan untuk tujuan apa wang itu dibayar.

“Ketiga, wang (RM30 juta) ini harus dibayar kepada khazanah negeri Terengganu atau kepada Jabatan Perhutanan Negeri (Terengganu) sebab wang ini adalah wang rakyat dan perlu Dato’ Seri (Ahmad Said) memberi penjelasan di atas pembayaran ‘haram’ ini.

“Dan keempat, adalah mustahil dan tidak masuk akal Dato’ Seri Ahmad selaku MB Terengganu tidak tahu menahu wang RM30 juta ini dibayar kepada pihak peguam,” soalnya melalui surat tersebut.

Harakah difahamkan, surat Tengku Ibrahim tersebut turut dihantar salinannya kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya dan SPRM Cawangan Terengganu. -Harakah

10 Disember 2013

TERKINI ! LAPORAN BANJIR PANTAI TIMUR MANGSA MENURUN



Siap siaga.. awan yg membawa hujan lebat dari terengganu mula bergerak ke perairan kuantan dan pekan -JPS Kuantan

Mangsa di Pahang, Terengganu, Johor menurun

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Johor dan Pahang semakin pulih dengan semakin ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah, setakat 10 pagi ini.

Terengganu
Jumlah mangsa keseluruhan: 14,596 (berbanding 14,609 semalam)
Jumlah keluarga: 3,190
Jumlah pusat pemindahan: 41

DUNGUN
Jumlah mangsa: 1,251
Jumlah keluarga: 335
Jumlah pusat pemindahan: 3

KEMAMAN
Jumlah mangsa: 13,335
Jumlah keluarga: 2,852
Jumlah pusat pemindahan: 37

MARANG
Jumlah mangsa: 10
Jumlah keluarga: 3
Jumlah pusat pemindahan: 1

JALAN DITUTUP
1) Jalan Mak Lagam-Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat)
2) Jalan Cukai-Air Putih (Kampung Sungai Pinang), Kemaman
3) Jalan Kuala Berang/Tanggol/Wakaf Tapai (jambatan Kuala Kejir), Hulu Terengganu


Pahang

Jumlah mangsa keseluruhan: 12,579 berbanding 30,840 semalam)
Jumlah keluarga: 2,480
Jumlah pusat pemindahan: 111

KUANTAN
Jumlah mangsa: 6,454
Jumlah keluarga: 1,064
Jumlah pusat pemindahan: 21

PEKAN
Jumlah mangsa: 3,408
Jumlah keluarga: 764
Jumlah pusat pemindahan: 36

MARAN
Jumlah mangsa: 724
Jumlah keluarga: 178
Jumlah pusat pemindahan: 15

ROMPIN
Jumlah mangsa: 33
Jumlah keluarga: 10
Jumlah pusat pemindahan: 2

JERANTUT
Jumlah mangsa: 433
Jumlah keluarga: 112
Jumlah pusat pemindahan: 9

LIPIS
Jumlah mangsa: 27
Jumlah keluarga: 4
Jumlah pusat pemindahan: 2

TEMERLOH
Jumlah mangsa: 1,233
Jumlah keluarga: 287
Jumlah pusat pemindahan: 19

BERA
Jumlah mangsa: 267
Jumlah keluarga: 61
Jumlah pusat pemindahan: 7

JALAN DITUTUP:
1) KM72 Jalan Kuantan-Segamat (kenderaan berat sahaja)
2) Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial)

SEGAMAT
Jumlah mangsa: 273 (berbanding 301 semalam)
Jumlah keluarga: 64
Jumlah pusat pemindahan: 7





Bukit bauk runtuh...air loji melimpah ...Kejadian pagi ini

10/12/2013
Masa : 12.30 tengahari

Daerah terlibat : Dungun
Pusat pemindahan : 5 buah
Penduduk terjejas banjir : 2380 orang
Keluarga : 579 keluarga
Kawasan terlibat :
1. Kg Nyior
2.Kg Durian Mentangau
3.Kg Paya
4.Taman Rakyat
5.Kg Tok Kah

Jalan yang ditutup :
1.Jalan utama ke Ladang Pinang Mas (Bukit Besi)
2.Jalan Durian Mentangau-Ketengah Jaya
3.Simpang lampu isyarat Gong Pasir-Pak Sabah (Air melintasi jalan. Boleh dilalui kenderaan berat sahaja)

SUMBER: SINI

TERKINI ! SELANGOR OPTIMIS AMBILALIH AIR DARI SYABAS & PUNCAK NIAGA


Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

SHAH ALAM, 9 DIS : Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.

“Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi sudah dikeluarkan KDEB.

Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan. - SK



Khalid Ibrahim bakal menang perang air di Selangor?

Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.


mStar melaporkan:

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau optimis rundingan penyusunan semula industri air di Selangor akan dapat diselesaikan hujung bulan ini.

"Kita dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Puncak Niaga dan pemilik saham Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd). Kita rasa optimistik tentang penyelesaian," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri di sini, Isnin. -
mStar.


Setelah lama berperang dalam isu air di Selangor nampak gayanya Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor akan menang.

Masalah yang cukup bagi kesan kepada rakyat Selangor ni nampak gayanya akan selesai dalam sikit masa lagi bila Kerajaan negeri berkuasa penuh dalam menguruskan air di negeri Selangor.

Penchachai-penchachai Umno yang ada dalam Syabas dan Puncak Niaga tak boleh lagi nak sabotaj kerajaan negeri dalam isu air ni.

mStar juga melaporkan:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), pemegang saham majoriti dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 5 Dis lepas yang menerima tawaran pengambilalihan kedua-dua syarikatnya secara prinsipnya oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dengan beberapa syarat.

PNHB antaranya mahukan jumlah sumbangan ekuiti dibayar kepadanya termasuk pulangan bercampur 15 peratus setahun, sebagai pampasan kepada syarikat pegangan kerana kehilangan pendapatan masa depan akibat daripada penjualan perniagaan konsesi airnya kepada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir konsesi masing-masing.

"Hutang yang belum dijelaskan daripada Syabas kepada PNSB pada tarikh kuat kuasa berhubung dengan bekalan dan penjualan air kepada Syabas perlu dibayar kepada PNHB kerana perkhidmatan ini telahpun diberikan," kata PNHB. - Ibid.

Walaupun terpaksa terima beberapa syarat yang nampak macam merugikan Kerajaan Negeri tapi dalam jangka masa panjang kejayaan mengambilalih dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Syabas dan Puncak Niaga, dua syarikat konsesi air di Selangor ni akan menguntungkan rakyat negeri Selangor.

Aku yakin lepas ni Khalid akan berjaya pulak menunjukkan model macamana nak menguruskan air macam dia sebelum ni berjaya menunjukkan contoh macamana dia berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM1.3billion kepada RM2.7billion.

Sumber: CDK

GAMBAR-GAMBAR MENARIK PERHIMPUNAN AMAN DI BANGKOK SEBELUM PEMBUBARAN PARLIMEN!!!


?ม็อบเคลื่อนจากเอสซีบีปาร์คคึกคักไม่แพ้จุดอื่น?

?'เทพเทือก'จี้นายกฯลาออกใน 24 ชั่วโมง?

Lebih 100,000 sertai himpunan antikerajaan, p’raya Thai 2 Feb

BANGKOK: Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan antikerajaan di sekeliling Parlimen di sini semalam meskipun berlangsung lebih sejam sebelum ia bersidang dan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat.

Turut diumum Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan membubarkan Parlimen dan pilihan raya akan diadakan pada 2 Feb.

Terdahulu, beberapa kumpulan bergerak ke arah Parlimen dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan apabila ternampak anggota keselamatan, penunjuk perasaan akan membunyikan wisel sekuat hati serta mengibarkan bendera Thailand.

Secara keseluruhan, keadaan adalah aman dan tiada gas pemedih mata dilepaskan manakala penunjuk perasaan tidak melakukan percubaan untuk menduduki Parlimen.

Menurut jurucakap kerajaan Teerat Ratanasevi, 2 Feb merupakan tarikh akhir bagi mengadakan pilihan raya berikutan pembubaran Parlimen hari ini.Beliau memaklumkan Bernama kerajaan di bawah pimpinan Yingluck akan kekal sehingga selepas pilihan raya.

Pembubaran itu hanyalah sebagai alternatif bagi Yingluck mengekalkan keamanan selepas Parti Demokrat mengumumkan sebanyak 152 anggota Parlimen parti pembangkang itu meletak jawatan beramai-ramai.

Kumpulan antikerajaan pada mulanya meremehkan kepentingan pembubaran Parlimen ketika Yingluck pertama kali mengumumkannya.
Petang ini, pemimpin tunjuk perasaan Suthep Thuegsuban mengumumkan kumpulan itu akan berada di depan Parlimen semalaman dan mereka akan tidur di jalanan.

Sementara itu, cadangan penyokong kerajaan Kumpulan Baju Merah berhimpun di Ayuthaya, 76 kilometer dari sini, esok dengan membawa slogan bagi melindungi demokrasi, ditangguh sekali gus berupaya mengurangkan ketegangan.

?ม็อบเคลื่อนจากเอสซีบีปาร์คคึกคักไม่แพ้จุดอื่น?

?ม็อบเคลื่อนจากเอสซีบีปาร์คคึกคักไม่แพ้จุดอื่น?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...