16 Ogos 2014

TS KHALID KENA TARBIAH DALAM MASJID......





Dr Rani memberi tazkirah, berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat.

Amalan ini perkara biasa yg rakyat Jawa Meru mengenali Dr Rani sejak beliau bernikah dgn anak Jawa Meru sejak dari tahun 1985 lagi dan berterusan dgn dakwah nya semasa posting di Hospital Daerah Serian Sarawak dari tahun 1986 hingga tahun 1989.

Di Sarawak beliau berkhutbah, memberi kuliah subuh, sampaikan mesej Islam dirumah2 panjang, surau2 pendalaman dan dihari2 perayaan Islam. Malah dia lebih dikenali sebagai seorang Ustaz dari seorang Doktor Perubatan. Sedikit sebanyak dia boleh menguasai Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melanau.

Dalam tazkirah selama 20 minit di Masjid Meru itu Yb Dr Rani banyak memberi teguran secara terbuka kpd TSKI. 

Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat apa yg Yb Dr Rani ketengahkan dan tekankan.

Semasa Dr Mahathir dan Yb Muhyidin melawat Sek Men Meru  YB Dr Rani lah yg menyambut kedatangan mereka dengan memasang pelbagai banner di DUN Meru dan bersalaman dgn mereka.

Itulah yg mampu Dr Rani lakukan dgn amanah yg bukan shj diberikan tetapi pasti akan dipersoalkan di akhirat....

KETIKA PR PERANG SAKAN, KAK MAH JOLI SAKAN?


HEBOH MENJADI PERBUALAN RAKYAT SEJAK SEMINGGU INI KISAH NAJIB DAN ROSMAH BERCUTI SAKAN SELEPAS LAWATAN KERJA KE BELANDA ISU MH17.



Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

Ini suatu pertuduhan yang cukup serius ..

Jika apa yang dihebahkan ini sahih dan kenyataan maka amat malang sekali kerana diajak rakyat berkabung tetapi diri sendiri berseronok bercuti diluar negara.

Mohon respon dari pihak berkenaan demi pencerahan dan kebenaran... Jangan biarkan rakyat terpingga-pingga mencari kebenaran.

Senyap ertinya setuju apa yang diperkatakan ..

Beri ulasan dan komen pastikan tidak menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai situasi dan isi sebab kini informasi dihujung jari.

Tindakan paling afdal jika berita dan kisah ini fitnah .. wajar dan wajib diambil tindakan saman malu keatas pencetus berita ini Laman Asia Sentinel.


SUMBER

LAGI LAPORAN LEBIH LENGKAP DIBAWAH.......

Kes membingungkan tentang kehilangan PM ... sekali lagi

Posted on Saturday, August 16 @ 11:41:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Hazlan Zakaria


KOMEN: Sekali lagi, rakyat Malaysia berhadapan misteri kehilangan Perdana Menteri, yang sesuai dijadikan karya penulis Singapura Shamini Flint di mana watak utamanya Inspektor Singh tangkas melakukan siasatan.

Blogger pro-Barisan Nasional Syed Akhbat Ali menulis di dalam blog Out-Syed The Box, kehilangan Perdana Menteri itu dari tanahair telah memasuki hari ketiga belas, satu tempoh yang lama bagi sebuah negara ditinggalkan tanpa peneraju.

Kehilangan PM ini menunjukkan masalah yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Najib, gemar mendiamkan diri di dalam pelbagai isu, hilang secara misteri dan bersikap “cakap tak serupa bikin” di mana beliau gemar bermewah-mewah sedangkan rakyat dituntut berjimat cermat.

Najib sendiri tidak menafikan bahawa banyak wang diperuntukkan bagi kunjungannya yang diiiringi para pegawai, yang didakwa bagi kepentingan negara.

Malah perbelanjaan bagi isterinya yang tidak berstatus pemimpin kerajaan sering dilakukan kerana Perdana Menteri “menyayanginya” dan “risaukan keselamatannya”, mengikut penjelasan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kepimpinan perlukan tindakan, dan pemimpin wajar dilihat melakukan tindakan. Rakyat juga perlu melihatnya bertindak secara jelas.

Sepertimana seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya, beliau perlu memegang kemudi agar dapat meraih kepercayaan anak-anak kapalnya.

Selain batang tubuhnya dilihat, beliau juga perlu memimpin melalui teladan dan mengamalkan nasihat yang diberinya kepada para pengikut. Jika tidak orang akan berkata, dia hanya pandai cakap sahaja.

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun asyik menyepikan diri di saat-saat krisis, atau lebih tepat persis cip coklat popular: “sekejap ade, sekejap tak ade”.

Selain mendiamkan diri secara elegan, Najib juga kerap “hilang” di dalam penjelajahannya yang digelar laman berita Asia Sentinel sebagai “percutian misteri”.

Kali ini menurut laporan yang diperoleh daripada sumber yang rapat dengannya, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur ditemani rakan lama Low Taek Jho, atau juwatan Jho Low serta kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia.

Mereka merentas sempadan Eropah sambil berhenti di lokasi-lokasi mewah.

Pengarang Asia Sentinel John Berthelsen di dalam artikelnya berkata, selepas sidang akhbar di Belanda berhubung nahas MH17 pada 1 Ogos, Najib sibuk dengan urusan peribadi.

“Selepas sidang akhbar, menurut sumber dari Malaysia, perdana menteri dan Rosmah terbang ke Paris. Mereka diiringi jutawan Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar...”

Berthelsen berkata kumpulan itu dipercayai mengunjungi Sardinia, di Itali sebelum ke Cannes di Peranchis, sebelum kembali ke Sardinia dengan sekumpulan ahli perniagaan Malaysia berbangsa Cina.

Usaha Asia Sentinel mendapatkan lokasi tepat Najib tidak berhasil kerana Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha akhbarnya enggan memberi maklumbalas.

Jadi wajarkah Perdana Menteri kita makan angin di lokasi percutian mewah sedangkan rakyat Malaysia disaran berbelanja secara berhemah atau mengubah gaya hidup ketika berdepan kos sara hidup yang tinggi?

Kita perlu soal samada kunjungan ini dibiayai wang rakyat? Atau jika tidak, siapa yang membiayainya? Adakah sesuai bagi percutian Perdana Menteri dibayar pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda mereka?

Kita harap ia bukan menggunakan wang kerajaan.

Percutian Najib bersama isteri juga dilakukan ketika negara masih berduka akibat tragedi berkembar MH370 dan MH17 dalam bulan Mac dan Julai tahun ini.

Menurut Berthelsen, lawatan itu mungkin telah dirancang terlebih dahulu tetapi ia masih boleh dibatalkan kerana insiden yang menimpa negara.

Inilah sikap “cakap tak serupa bikin” yang sering dipamer Perdana Menteri. Jika beliau boleh membatalkan majlis rumah terbuka rasmi kerana menghormati mangsa kedua-dua nahas penerbangan itu, mengapa beliau tidak membatalkan percutiannya?

Najib bukan sahaja gemar mendiamkan diri malah sering menghilangkan dirinya di dalam percutian misteri. Adakah beliau berterusan membelanjakan wang di kala rakyat Malaysia sedang berkabung atau berdepan kos sara hidup yang makin meningkat?

Perlantikannya sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau bertanggungjwab kepada kita, rakyat Malaysia, dan bukan sebaliknya.-theantdaily

Kenyataan Hasnul Baharuddin Adun Yang Mengkhianat PAS



Gambar: Too ngee pun sokong yb hasnul anda pun sokong jugakkan

Kenyataan YB Hasnul b Baharuddin Adun Yang Mengkhianat PAS




Assalamualaikum.

Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 pLPakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

Hasnul b Baharuddin


** Di salin melalui fb, Wallahu Aklam




ADUN Morib selar pimpinan Pas

Hasnul Baharuddin


Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharudin berkata, tindakan Pas sengaja melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar.

Menurutnya, pendapatnya dikongsi bersama kebanyakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK Pas Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10 Ogos sengaja ditunda ke 13 Ogos dan ke 17 Ogos.

"Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dengan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju.

"Tapi Pas terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi-pengundi Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut untuk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnul memberitahu, beliau yang menyokong Pakatan Rakyat akan dihadapkan ke tindakan disiplin dan mempersoalkan adakah itu parti Islam yang kita agung-agungkan?

Menurutnya, kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor yang keadaannya jauh berbeza.

"Kita mesti mengambil hati pengundi khasnya kaum Cina," katanya.

Beliau juga hairan dengan sikap Exco yang bersekongkol dengan MB bebas yang disifatkan gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain.

"Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco-Exco Pas yang wala' dengan pimpinan kononnya.

"Siapa yang khianat sebenarnya? Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim," katanya.

Menurutnya, ada Exco-Exco Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf yang ada dalam kalangan mereka yang tunggu masa hendak bersalin.

Beliau juga mendakwa Abdul Khalid juga seorang yang suka berfoya-foya.

"Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!

"Exco yang duduk berjam-jam dengan Abdul Khalid boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan Abdul Khalid sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya Pas Selangor tu?," tanyanya.

Tindakan yang diambil bersama ADUN Saari Sungib bagi menyelamatkan Pas daripada terus hanyut dengan tindakan yang merugikan.

"Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR. Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan Pas Selangor," katanya.--MalaysiaGazette

WARGA PAKISTAN DIBURU KES KELUAR WANG MANGSA MH370



Warga Pakistan Diburu Kes Keluar Wang Mangsa MH370



KUALA LUMPUR: Selepas menahan seorang pegawai bank dan suaminya, kini polis sedang mengesan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kes pengeluaran wang daripada akaun milik mangsa pesawat MH370.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki yang dikenali sebagai Ali Farran berusia lingkungan 30 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik di Pandan Indah, Ampang dikehendaki polis untuk membantu siasatan.

Alamat terakhir suspek No.2 Lorong Kemajuan 2, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Zainuddin berkata, hasil siasatan polis mendapati wang RM35,000 yang dilesapkan daripada akaun milik mangsa MH370 dimasukkan ke dalam akaun bank lelaki Pakistan itu.

"Polis percaya lelaki itu melarikan diri dengan wang itu berikutan tiada wang dalam akaun berkenaan.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui apakah hubungan antara pegawai bank yang ditahan semalam dengan lelaki Pakistan ini," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Katanya, setakat ini polis mengambil keterangan daripada enam individu termasuk pengurus bank berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang, manakala suaminya yang berusia 33 tahun ditahan di bengkel kereta di Ampang.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan.

15 Ogos 2014

KHALID IBRAHIM MEMPERALATKAN PAS - NAIB PRESIDEN PAS



Kenyataan Media:

Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama PAkatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini ?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?

Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAs tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.

UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.

Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.

Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.

Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan' .

Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup.

Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oelh parti gabungan yang lain.

Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.

PR DALAM PROSES MEMUSNAHKAN DIRI SENDIRI.....


Allah selamatkan Selangor dengan 2 Adun PAS, kata AJK Pusat


Tindakan dua Adun PAS menyokong calon menteri besar baharu Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pertolongan Allah, kata AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. 

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menganggap tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Selangor dan Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat "ijtihad" (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya akan membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos ini.

"Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa ketika Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur hari ini,

"Tindakan kedua-dua Adun PAS ini saya anggap sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor,” katanya. 

Semalam Adun Hulu Klang dan Adun Morib bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP menyatakan secara terbuka mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid dan mahu Dr Wan Azizah yang merupakan Adun Kajang menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Khalid yang kini merupakan Adun Bebas selepas dipecat PKR, hanya mempunyai sokongan 13 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno, menjadikannya hanya 26 Adun.

Dzulkefly sebelum ini pernah berkata, PR sedang dalam proses memusnahkan diri sendiri dan hanya bantuan Allah (divine intervention) dapat menyelamatkannya.

"Dengan adanya 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah, tidak perlulah Sultan Selangor membubarkan DUN dan menteri besar baharu sudah boleh dilantik.
"Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor dan beliau perlulah berundur secara terhormat," katanya.

Dzulkefly berkata, PAS sedar dengan kemarahan penyokong PR dan orang ramai kerana masih belum membuat keputusan ketika krisis besar melanda dan berkemungkinan akan menyebabkan berakhirnya kerjasama dengan PKR dan DAP sejak 6 tahun lalu.

"Tindakan 4 exco PAS itu terus bersama Khalid semata-mata untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor," katanya.


Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman meminta kedua-dua Adun Hulu Klang dan Adun Morib memberikan penjelasan dalam masa 24 jam.

Khairuddin berkata, sekiranya kedua-dua Adun berkenaan enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

"PAS Selangor memandang serius tindakan 2 Adun PAS ini yang mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang ditetapkan parti.

"Saya nasihat kedua-dua Adun ini menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai'ah (janji) yang dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Walaupun Dr Wan Azizah sudah membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor, Khalid tetap mengatakan beliau kekal sebagai menteri besar dan hanya proses undi tidak percaya di DUN Selangor dapat menyingkirkannya.

AGENSI PENGUATKUASA MIRITIM( APMM) DAN JABATAN PERIKANAN LEMAH...APAKAH PUNCANYA


Kekurangan aset dan anggota penguat kuasa punca pencerobohan nelayan

IPOH: Kekurangan aset dan anggota penguat kuasa Jabatan Perikanan dan kelemahan penguat kuasaan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana perlu menjaga kawasan perairan yang luas antara punca berlaku kegiatan pencerobohan kawasan nelayan pantai.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, penyerahan aset dan anggota jabatannya bagi membentuk APMM selaku agensi tunggal penguatkuasa menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan tugas penguat kuasaan dengan berkesan.

Justeru katanya, kerajaan perlu memperkasakan semula aset dan anggota penguat kuasaan bukan

sahaja Jabatan Perikanan malah Pasukan Gerakan Marin (PGM).

"Bagi Jabatan Perikanan, perkara ini sudah pun dibincangkan di peringkat menteri," katanya pada sidang media selepas majlis Interaksi dan Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Bersama Warga Perikanan Negeri Perak di sini, sebentar tadi.

Beliau mengulas laporan eksklusif BH mengenai pencerobohan nelayan bot A ke kawasan nelayan pantai di Kedah hingga menyebabkan hasil tangkapan nelayan pantai terjejas teruk.

Pengguna Facebook kecam Nasruddin Tantawi kritik Adun PAS sokong Wan Azizah




Ahli Parlimen Telermoh Nasruddin Hassan Tantawi dikecam di laman Facebook kerana mengkritik tindakan dua Adun PAS yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. 

Ahli Jawatankuasa PAS Nasruddin Hassan menerima kecaman pengguna Facebook selepas komen mengkritik dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor parti Islam itu yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ahli Parlimen Temerloh itu dalam laman Facebook menulis komen mendakwa budaya politik menggugut menular dalam parti Islam itu susulan pengumuman dua Adun PAS menyokong keputusan PKR berkenaan, hari ini.

"Budaya politik ugut sudah merebak masuk dalam PAS. Apakah proses penyaringan sedang berlaku secara nature?" tulis Nasruddin yang dikenali sebagai Nasruddin Tantawi itu.

Nasruddin dalam tulisan itu juga meletakkan petikan skrin berita mengenai dua Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nasruddin bagaimanapun dikecam dan dikritik hebat pengguna Facebook.

"PAS sedia berseorangan tanpa PKR dan DAP? Adakah ayat tersebut bukan satu ugutan? Ini antara ayat terawal yang disebut-sebut. Maknanya, budaya itu memang dah sedia ada dalam PAS, bukan sehari dua ini baru muncul. Apa komen you lebai?" kata pengguna Facebook Wan Muhammad Rahmat.

"Semoga Allah bagi kesedaran pada si Tantawi ni. Orang macam kau yang membuatkan anak muda macam kami yang percaya pada PAS daripada kecil-kecil lagi hilang kepercayaan," kata pengguna Facebook membalas tulisan Nasruddin, Rezone Bin Eusoff.

"Salahkah mereka untuk sokong Pakatan Rakyat?" kata pengguna Facebook bernama, Harun Mohammad.

Ketika artikel ini ditulis, tulisan Nasruddin menerima lebih 200 komen, ada pengguna yang mengecamnya dan segelintir juga mempertahankan.

Ini bukan kali pertama Nasruddin diselubungi kontroversi kerana sebelum ini beliau juga dikritik apabila sengaja menyerang rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah menyaman Nasruddin.

Krisis di Selangor ketika ini masih berlanjutan manakala kepimpinan PAS masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong Khalid atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sikap PAS yang menangguhkan mesyuarat dan tidak menyatakan pendirian mereka menyebabkan PKR dan DAP mempertikaikan komitmen parti Islam itu dalam PR.

PAS juga dikritik kerana tidak menyahut seruan menyatakan solidariti kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor yang dipecat apabila hadir ke mesyuarat bersama Khalid.

Bagaimanapun, dua Adun PAS hari ini mengumumkan pendirian menyokong Dr Wan Azizah walaupun PAS berkata keputusan penuh hanya akan dibuat selepas mesyuarat 17 Ogos ini.

Kedua-dua Adun PAS tersebut juga berkata sedia dipecat parti. ~tmi

14 Ogos 2014

TINDAKAN SHAARI SUNGIP & HASNOL DEMI SELAMATKAN PR



Adun PAS sokong Wan Azizah jadi MB Selangor sedia dipecat

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib bersedia dipecat PAS kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan tetapi menegaskan prospek menjadi Adun bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Adun dua penggal itu mengatakan beliau membuat keputusan menyokong Dr Wan Azizah untuk memastikan Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya percaya pendirian saya tidak bercanggah dengan polisi PAS kerana parti saya sudah menyatakan untuk bersama Pakatan," katanya kepada pemberita selepas 30 Adun menyatakan hilang keyakinan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar di Hotel Empire di Subang Jaya hari ini.

Saari dan rakannya Adun Morib Hasnul Baharuddin merupakan dua Adun daripada PAS yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Wan Azizah walaupun jawatankuasa pusat parti Islam tersebut hanya akan bermesyuarat untuk menyelesaikan krisis di Selangor pada Ahad ini.

Menurut Saari, beliau akan kekal dengan keputusannya walaupun PAS mendesaknya berubah fikiran.

"Keutamaan saya sekarang adalah untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor dan pendirian saya tidak bercanggah dengan pendirian parti," katanya.

Dalam menjelaskan keputusannya, Saari mengatakan mesyuarat PAS masih terlalu lama untuk berlangsung sedangkan Khalid melakukan pelbagai tindakan.

Sementara Hasnul bersetuju dengan alasan Saari untuk menyokong Dr Wan Azizah dan mengatakan Khalid perlu berundur. Beliau yakin penyokong akar umbi PAS bersetuju dengan tindakannya.

"Saya rasa pimpinan PAS harus memikirkan semula ini. Saya masih setia kepada PAS," katanya. -TMI 


ADUN keluar parti jika PAS terus sokong MB

ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor.

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya. 
-mk



Ahli PAS diminta jangan belakangi parti

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

Beliau juga meminta supaya semua ahli dapat bersabar menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS Ahad ini.

"PAS mengingatkan ahli parti mematuhi keputusan parti dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi keputusan jemaah.

"Parti akan mengadakan mesyuarat pada 17 haribulan nanti. Harap semua bersabar," kata Tuan Ibrahim (kiri) melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini.

Menurut dua ADUN PAS tersebut, mereka memberi sokongan kepada Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga bersetuju seratus peratus supaya Khalid kekal memimpin Selangor.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah. 
-mk

TERHOT! MESEJ ANCAM 2 ADUN PAS SELANGOR MELETOP DI WHATSAPP


Mesej ancam 2 ADUN PAS S'ngor viral di whatsapp



Gara-gara mempertahankan keputusan musyawarah Muktamar sejak 2009 ingin PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat, dua ADUN Selangor didedah menerima tekanan berganda pihak tertentu, dipercayai pro Geng Bas Sekolah.

ADUN Morib, Hasnol Baharuddin dan Saari Sungib (Hulu Kelang) mengguna ancaman tersebut, selepas mereka berdua menyokong ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mesej seperti di atas bukan sahaja tiris melalui whatsapp penyokong PAS, bahkan didakwa turut disebarkan secara meluas menerusi jaringan mikro sama Umno.

Gambar Print-screen di atas, diperoleh melalui whatsapp juga.

Sehingga jam 3.00 petang tadi, wakil grup keselamatan khas PAS di Tropicana yang dihubungi melaporkan,status dua ADUN PAS Selangor berkenaan dikawal dengan selamat, khususnya daripada pro Umno Selangor.





PECAT KEAHLIAN PD 2 WAKIL RAKYAT PAS..INGKAR PERINTAH PRESIDEN.
Syiah dlm pas bertukus lumus menbantu wan azizah mendapat sokongan dari adun pas yg berfitrah syiah
Asal JIM balik ke PKR... Bertanzim dgn jemaah lain, hanya bersiasah melalui PAS.. Kalau ada lg spesis ni ..pas wajib pecat ...
 — dengan Pemuda Pas Negeri JohorDewan Pemuda Pas SelangorTajol Ariffin OmarMuhammad Sanusi Md NorWan Suhaijie Aupn,Nasrudin Hassan At TantawiPemuda Kuala Langatdan Azman Ahmad.

TERKINI! 30 Adun Hilang Kepercayaan Terhadap Khalid Ibrahim



Calon Menteri Besar Selangor, Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan simple majoriti apabila memperoleh sokongan 30 ADUN termasuk dua ADUN PAS yang beralih arah.

Dua ADUN PAS, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang MENYOKONG GABUNGAN PKR DAN DAP MENJADIKAN KEDUDUKAN TERKINI DALAM  MAJORITI MUDAH 






SOKONGAN MAJORITI 30 AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang mengizinkan pentadbiran Kerajaan Selangor dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 13.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa 30 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) Pakatan Rakyat (termasuk saya) seperti tersenarai di dalam lampiran telah menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar. Mereka juga telah menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambilalih tugas sebagai Dato’ Menteri Selangor yang baru.

Pendirian mereka ini dinyatakan secara bertulis di dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADN selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan itu.

Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari UMNO dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus satu surat kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 1130 pagi ini untuk memohon mengadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan ke bawah DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.

Saya menasihati YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti. Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai Menteri Besar.

Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ahli Dewan Negeri Kajang


AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR YANG MENYOKONG PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR

1. Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kawasan: ADN N4 Kawasan Sekinchan

2. Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kawasan : ADN N6 Kuala Kubu Baharu

3. Y.B. Tuan Idris Bin Ahmad
Kawasan : ADN N11 Ijok

4. Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kawasan : ADN N14 Rawang

5. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kawasan : ADN N16 Batu Caves

6. Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kawasan : ADN N18 Hulu Klang

7. Y.B. Tuan Mohamad Azmin Bin Ali
Kawasan : ADN N19 Bukit Antarabangsa

8. Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kawasan : ADN N22 Teratai

9. Y.B. Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail
Kawasan : ADN N25 Kajang

10. Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kawasan : ADN N27 Balakong

11. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kawasan : ADN N28 Seri Kembangan

12. Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kawasan : ADN N30 Kinrara

13. Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kawasan : ADN N31 Subang Jaya

14. Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kawasan : ADN N32 Seri Setia

15. Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kawasan : ADN N33 Taman Medan

16. Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran
Kawasan : ADN N34 Bukit Gasing

17. Y.B. Tuan Lau Weng San
Kawasan : ADN N35 Kampung Tunku

18. Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kawasan : ADN N36 Damansara Utama

19. Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kawasan : ADN N37 Bukit Lanjan

20. Y.B. Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Kawasan : ADN N40 Kota Anggerik

21. Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kawasan : ADN N41 Batu Tiga

22. Y.B. Dr. Puan Daroyah Binti Alwi
Kawasan : ADN N43 Sementa
23. Y.B. Dato` Teng Chang Khim
Kawasan : ADN N44 Sungai Pinang

24. Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kawasan : ADN N47 Pandamaran

25. Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman
Kawasan : ADN N48 Kota Alam Shah

26. Y.B. Tuan Dr. A. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam
Kawasan : ADN N49 Seri Andalas

27. Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Haji Shafiei
Kawasan : ADN N50 Sri Muda

28. Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kawasan : ADN N52 Teluk Datok

29. Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kawasan : ADN N53 Morib

30. Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kawasan : ADN N56 Sungai Pelek


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


KHALID BUKAN YANG DAHULU, TERKENA BADI DUN PELABUHAN KLANG.....


Krisis Selangor: ‘Saya ingin lihat semua ini berakhir’


Oleh: Izmil Amri

Penulis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer pernah diwawancara dua orang Belanda. Wawancara berkenaan kemudiannya dibukukan. Salah satunya diberi tajuk ‘Satu-satunya harapan saya adalah ingin menyaksikan akhir semua ini’, ditulis pada tahun 1991. Tajuk itu dipetik dari jawapan Pak Pram mengenai pengalamannya dipenjara pasca Gerakan 30 September.

Tajuk itu kemudiannya dipendekkan dan dijadikan judul apabila dua wawancara itu dibukukan. ‘Saya ingin lihat semua ini berakhir’. Pram menjawab si penyoal, Kees Snoek, penulis Belanda yang bertanyakan tentang harapannya ketika ada wartawan yang diberi izin berkunjung ke Blora, tempat Pram dikurung.

“Tidak, saya tidak mengharapkan, saya sudah belajar mematikan. Tidak mengharap apa-apa. Kalaupun mengharap, saya hanya ingin menyaksikan akhir semua ini,” jawab Pram.

Rakyat Malaysia, setakat pertengahan Ogos 2014 barangkali berkongsi jawapan yang sama dengan sang penulis itu sekiranya ditanya tentang pergelutan politik yang sedang melanda negara, Selangor terutamanya. Kemelut yang melanda buat kita letih dan hampir sahaja sudah tidak lagi peduli.

“ADUN Bebas telah rampas kerajaan negeri Selangor!” Itu yang ditulis di Twitter oleh Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan yang telah dipecat rejim kerajaan Khalid Ibrahim dari jawatan Exco bersekali dengan exco PKR dan DAP yang lain dalam serangan balas Menteri Besar itu terhadap Pakatan Rakyat.

Lebih meruntun jiwa apabila kita membaca tajuk berita melaporkan bahawa Khalid menafikan bahawa kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat, kerana katanya Pakatan tidak berdaftar. Pengkhianatan yang sebegini hebat hampir tidak pernah kita jangkakan.

Kita pastinya masih terkenang-kenang pembawaan Khalid yang dahulu; dengan rambut tak bersikat dan bulu hidung serabut terjuntai-juntai. Kini semua itu sudah berubah. Khalid dengan cemerlangnya telah menjadi haiwan politik yang begitu licik.

“Saya ni jenis orang yang buat kerja dulu baru cerita.” Ini ayat biasa yang keluar dari mulut Khalid Ibrahim. Dulu kita sangkakan Khalid ini menteri besar tak banyak cakap. Ada juga yang sangkakan Khalid tidak banyak cakap sebab tidak mahu disebut gagap. Namun kini ternyata Khalid sudah lancar bicaranya; hatta mampu menafikan mandat rakyat terhadap Pakatan dalam PRU ke-13.

Kerajaan Negeri Selangor kini kerajaan Indie-Melayu-Islam. Pertubuhan Ultra-Melayu-Islam seperti Perkasa dan ISMA sewajarnya bertepuk tangan dan buat kenduri kesyukuran. Tidak ada wakil bukan-Islam atau bukan-Melayu dalam pentadbiran Indie-Melayu-Islam ini. Tidak ada lagi kafir DAP untuk dijentik mahupun liberal PKR untuk disergah.

PKR dan DAP sudah jadi pembangkang dalam rejim Khalid Ibrahim. Dua parti yang meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kini dengan jayanya dijadikan musuh olehnya.

Benarlah bahawa politik itu seni segala mungkin. Media tradisional kawalan daulah Barisan Nasional juga kini mempertahankan Khalid. Khalid sudah bukan lagi menteri besar kerajaan pembangkang yang kuat tidur dan gagap. Dia hero – hero bagi Umno dan Barisan Nasional yang sekadar perlu duduk di tepian gelanggang menonton pertarungan Pakatan Rakyat sambil mengunyah kuaci.

Khalid Ibrahim sudah khianat. Ini sudah terang jelas dengan tindakannya hari ini. Kalau dahulu sekadar kita mengacah soal khianatnya melalui isu Kidex, Bible, Projek Langat dan soal selesai hutang luar mahkamah; kini Khalid benar-benar telah khianat terhadap setiakawan rakan-rakan Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR.

Harapan kita kepada PAS untuk mengekalkan semangat Pakatan dalam pentadbiran indie Khalid Ibrahim harapnya tidak sia-sia. PAS masih lagi tegar menanti tarikh keramat 17 Ogos untuk memberi kata putus, meski sudah beberapa suara wakil rakyatnya timbul mendesak PAS untuk sepakat bersama menolak rejim Khalid Ibrahim. Kita juga turut bersyukur dengan jaminan bahawa PAS akan meminggir dari Khalid sekiranya ada ura-ura berpakat dengan Umno.

Namun apa yang jelas ialah mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13 tahun dahulu sudah tidak ada nilainya di mata Khalid Ibrahim. Dan perlahan-lahan kita melihat penyokongnya yang hebat mempertahan Khalid sudah kian meminggir dan mendiamkan diri. Mereka juga tidak menyangka bahawa Khalid akan memperlihatkan pengkhianatannya sehingga ke tahap ini. Khalid membakulsampahkan persaudaraan dan komitmen yang telah diberikan DAP dan PKR selama lebih 6 tahun dia diberikan amanah menguruskan Selangor.

Kita semua sudah penat dengan kerenah yang semakin merepek ini. Dari dulu kita sangkakan ini isu dalaman PKR dan mendakwa bahawa si Anwar itulah yang gila kuasa mahu menggantikan Khalid Ibrahim dengan isterinya. Kini apa yang terpampang di depan mata ialah seorang penguasa yang begitu tidak mahu berpisah dari jawatannya sehingga sanggup khianat dan berpaling. Jadi siapa sebenarnya yang gila kuasa?

Khalid, kami sudah penat. Seperti juga Pram, kami turut mahu melihat pengakhiran semua ini. Kamu mesti dilengser dikeranakan pengkhianatan kamu. Jangan kerana seorang Khalid maka sebuah pakatan politik yang menjanjikan perubahan buat seluruh rakyat Malaysia tertungging dan tersudut di nota kaki sejarah sebagai koalisi yang digagalkan seorang menteri besar gila.

Ya, mungkin kerusi Pelabuhan Klang itu ada badinya. Semua yang menyandangnya habis gila belaka. – Roketkini.com

POLIS SIASAT KEHILANGAN RM111,000 DARI AKAUN 4 MANGSA MH370



Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.

"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.

"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.


Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Kesalahan itu boleh membawa hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Izany tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pihak dalaman dan mengesahkan polis sedang menyiasat kes tersebut dari pelbagai sudut.

"Kita sedang mengesan suspek dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Misteri kehilangan pesawat MH370 sudah masuk bulan kelima sejak ia dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat tersebut dipercayai berakhir di selatan Lautan China berdasarkan data satelit yang dikeluarkan oleh Inmarsat.

Operasi mengesan pesawat tersebut dilakukan secara besar-besaran membabitkan Amerika Syarikat,New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Pesawat tersebut membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada minggu lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan bertemu pemimpin Australia bagi menandatangani memorandum persefahaman kedua-dua negeri mengenai kerjasama dalam mengesan pesawat MH370.


13 Ogos 2014

PENGURUSAN MAS JANGAN KURANG AJAR KATA KAKITANGAN MAS


Jangan kurang ajar dengan kakitangan MAS - MASEU

Nampaknya kemelut antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysian Airline System Berhad (MASEU) dan pengurusan tertinggi MAS semakin panas ekoran pertikaian berhubung pertemuan antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) serta kesatuan dan persatuan kakitangan syarikat penerbangan itu.

Semua itu timbul selepas MASEU mendakwa tidak dijemput oleh pengurusan MAS untuk taklimat berhubung cadangan penstrukturan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Bagaimanapun, MAS melalui Naib Presiden dan Ketua Komunikasi Strategiknya, Datuk Najmuddin Abdullah pula memberitahu, MAS telah menelefon semua wakil kesatuan dan persatuan kakitangan untuk tujuan tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden MASEU, Alias Aziz berkata, Najmuddin telah membuat satu pembohongan besar kepada lebih 13,500 orang kakitangan MAS dan rakyat Malaysia.

Alias yang sudah menerajui MASEU sejak 20 tahun lalu berkata, menelefon wakil kesatuan dan persatuan MAS untuk memaklumkan apa sahaja mesyuarat bukan budaya syarikat penerbangan itu dan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

Pada kebiasannya, sebarang jemputan mesyuarat akan dilakukan melalui emel oleh Pengurus Perhubungan Perusahaan atau Naib Presiden Perhubungan Perusahaan MAS.

"Sekarang anda tengoklah 'permainan' pengurusan MAS terhadap MASEU. Adakah satu mesyuarat penting yang berkaitan dengan masa depan kakitangan MAS dibuat dengan panggilan telefon sahaja?

"Mengapa pengurusan tidak menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). "Apapun, saya tidak menerima sebarang panggilan untuk memberitahu tentang taklimat itu. Ini semua jalan mudah. Saya minta Najmuddin buktikan yang beliau ada menelefon saya atau mana-mana wakil MASEU. Jangan bohong kepada kakitangan MAS, jangan tipu rakyat Malaysia.

"Jangan kurang ajar dengan 13,500 kakitangan MAS, jangan sengaja wujudkan suasana tegang," katanya kepadaMalaysiaGazettesambil tidak menolak kenyataan Najmuddin itu boleh memberi imej tidak baik terhadap MASEU.

Dengan nada tenang, Alias berharap dan meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan agar menilai semula tahap pengurusan sedia ada.

"Cukup-cukuplah letak barisan pengurusan yang ada. Inilah yang kami rasa, lantaran itu kami terpaksa bersuara. Sebab masalah pengurusan juga yang menyebabkan MAS rugi," ujarnya.

Alias tidak menolak kemungkinan barisan pengurusan dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan pelan penstrukturan MAS seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri, lantaran itu tidak menjemput MASEU.

Najib dalam kenyataan media berhubung penstrukturan semula MAS mengarahkan proses tersebut mesti dilakukan secara profesional, adil, telus dan sesungguh hati.

Jelas Perdana Menteri, proses pemulihan MAS pastinya memerlukan pengorbanan serta melalui jalan yang menyakitkan namun terpaksa dilalui demi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Justeru, Najib meminta semua pihak iaitu pihak pengurusan, kakitangan, kesatuan sekerja, pemberi pinjaman dan vendor bersama-sama penumpang serta rakyat Malaysia merapatkan barisan dan bekerjasama bagi memastikan hasrat untuk melihat MAS pulih semula dapat dicapai.

Sedangkan, Alias berkata, MASEU sejak sejarah kewujudannya tidak pernah melawan arus seandainya langkah-langkah atau keputusan MAS logik, benar dan realistik serta membawa faedah kepada kakitangan.

"Pengurusan MAS datang dan pergi tetapi bagi kakitangan MAS, seteruk atau seburuk mana sekalipun syarikat ini, di sinilah tempat kami mencari rezeki.

"Pengurusan MAS mungkin khuatir MASEU membantah, sebab itu kami tidak dihubungi, tidak dijemput dalam sesi taklimat itu.

"Tapi pengurusan MAS lupa, kegagalan mereka memanggil MASEU bermakna hak bersuara lebih 13,500 orang kakitangan MAS telah dinafikan," tegas Alias.

Presiden MASEU itu menambah, pihaknya tidak akan membuat apa-apa tindakan, melainkan tunggu dan melihat sahaja tindak-tanduk dan rentak pengurusan MAS berhubung isu ini. - MG

PANAS! BEBERAPA ADUN PR DIKATAKAN AKAN LOMPAT PARTI?





Apa lagi la propaganda PKR dan DAP yang asyik2 nak mengatakan kerajaan perpaduan UG dah terbentuk di Selangor. Benda belum berlaku sembang macam dah berlaku. Aku tak nafikan ia mungkin berlaku ataupun mungkin usaha2 ke arah itu sedang giat dijalankan. Tapi antara sentap dengan geng2 UG neh aku cadangkan baik PKR dan DAP perhatikan adun masing2.

Pagi semalam, member aku call. Dia cakap sudah berlaku pergerakkan wang dari sebelah sini untuk sebelah sana.

Petang tue pula. Si LKS bagitau media, ada cubaan BN untuk beli adun dari PR. Alah, cakap terus terang sahaja. PKR ataupun DAP kan. Ikut sejarah adun2 PKR dan DAP memang ada nilai dari segi wang ringgit. Amanah tak penting. Amanah tak boleh beli rumah dan kereta. Duit penting. Betul tak?


Aku bukan apa. Aku tak kisah kalau pun geng2 PKR dan DAP neh marah sangat untuk pastikan PAS tak terjebak dengan UG. Aku bahkan sokong. Tapi jangan bagi point yang melalut. Cakap pasal fakta sudah. Tak berlaku maka ia tak berlaku. Korang ada masa untuk singkirkan Khalid pada bulan 11 nanti. Untuk 3 bulan yang mendatang ini, bukan PAS yang korang kena perhatikan semata2. Adun korang. Dari PKR. 

Dengar kata ada 5 calon yang berisiko. Maka, jaga orang dari parti masing2. 

Apa2 pun, peperangan di Selangor sekarang neh ialah dalam situasi rakyat sedang membantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Ketika ini mereka tengah makan gaji buta. ~AW



PAS Keluar Jika UMNO Dilantik Exco!



Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco.

Beliau turut menambah, soal sama ada untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.

"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia ada pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. -Mkini-

PENJELASAN ISTANA SELANGOR MENGGENAI KEMELUT MB


Baginda Enggan Campuri Masalah Dalaman PKR – Istana Selangor



Keputusan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bukannya keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebaliknya ialah perkenana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri.

Mesyuarat berkenaan diadakan bukan untuk membincangkan isu Menteri Besar sebaliknya satu mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh baginda.

“Saya dititah oleh Sultan Selangor untuk memaklumkan bahawa baginda telah berkenaan untuk Abdul Khalid terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan bukannya keputusan Mesyuarat Dewan Diraja Selangor sebagaimana yang disiarkan di beberapa akhbar tempatan.

“Mesyuarat yang diadakan pada 11 Ogos 2014 (semalam) adalah merupakan mesyuarat berjadual yang telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan tidak membincangkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor,” demikian kata Setiausaha Sulit Kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media hari ini.


Beliau berkata Abdul Khalid telah pun menghadap Sultan Sharafuddin bagi memaklumkan kepada baginda bahawa beliau sudah dipecat oleh Lembaga Disipilin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa perkara lagi berkaitan kedudukan Menteri Besar sebelum mesyuarat bermula.


“Sultan Selangor telah memaklumkan kepada mesyuarat mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mengenai keputusan baginda untuk mengekalkan Abdul Khalid,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Mohamad Munir Bani turut mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang ditandatangani oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahimkelmarin (Ahad) untuk memohon ruang masa menghadap baginda.

“Di sini juga, saya mengesahkan bahawa pihak Istana telah menerima surat yang telah ditandatangani oleh Anwar, yang memohon untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Sultan Selangor untuk memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan oleh PKR.

“Surat permohonan ini telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin dan baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenaan menerima menghadap Dr Wan Azizah untuk tujuan memberi penjelasan atas alasan Abdul Khalid telah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya lagi.


Menurut beliau, Sultan Sharafuddin berpendapat pemecatan Abdul Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangr dan Menteri Besar.

“Baginda tidak mahu campurtangan dalam isu dalaman PKR,” kata Mohamad Munir.

Kenyataan media itu sekaligus menjelaskan bahawa ia adalah kehendak baginda sendiri untuk mengekalkan Abdul Khalid dan bukannya keputusan mesyuarat.

Misi PKR untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar juga mungkin terbantut selepas baginda sendiri tidak berkenaan menerima permohonan menghadap yang dikemukakan oleh Anwar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...