03 November 2012

LIVE : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT -SEREMBAN




TV MERDEKA RAKYAT http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1650068

Terkini ! Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini. ( + video rakaman )



RAKAMAN KONVOI PELANCARAN

Free desktop streaming application by Ustream

RAKAMAN HIMPUNAN   PETANG TADI

SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini.

Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari.

Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.

Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.

Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.

Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir.

Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri.

Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan.


ATURCARA MALAM BERMULA -8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan & Ceramah (sehingga pukul 12.00 mlm)


Panas ! Fix Deposit BN Sarawak ....LEBUR !!!!

Berpusu-Pusu Rakyat Sarawak Mahu Perubahan.. 

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sarawak, semalam, 2hb Nov 2012, mengundang demam kepada para pemimpin Sarawak dan UMNO/BN.

Kawasan pendalaman yang terkenal sebagai fixed deposit dan kubu kuat Barisan Nasional sudah retak dan menunggu pecah berderai pada PRU 13 nanti.

Rumah panjang yang dulu terlalu sukar pemimpin PR nak membuat ceramah kini di rumah panjang Udam, Kanowit telah membuktikan yang warga Sarawak dari pendalaman sudah maukan satu perubahan besar berlaku dalam pemerintahan negara demi menjaga masa depan mereka.

Begitu juga sambutan di Kabong Saratok, Sarawak. Ribuan penduduk tempatan keluar beramai-ramai mendengar ceramah DSAI.Kini rakyat disana sudah mula sedar, parti mana yang mampu membela nasib mereka.





 Tonton #HimpunanRakyat melalui LIVE HIMPUNAN KR SEREMBAN

LIVE : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT -Seremban


yg tak dapat bersama boleh Tonton #HimpunanRakyat melalui :http://new.livestream.com/accounts/1706262/events/1650068




Free desktop streaming application by Ustream


Berikut Aturcara Himpunan Kebangkitan Rakyat Hari Ini:-

ATURCARA PETANG

3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi

3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju ke tapak Himpunan

4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa

4.30 ptg - Karnival Rakyat

1. Pidato Rakyat
2. Bakat Seni @ Konsert Rakyat
3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM

8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan (sehingga pukul 12.00 mlm)

8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran

8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani

8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook

8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas

9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9

9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali

9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu (Pengarah Program)

9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau (Lynas)

9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning (Bersih)

10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah (Royalti)

10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren (Felda)

10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said

10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang

11.15 mlm - Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’

11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim

12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

Konvoi Kembara Oren Dihalang Oleh Pihak Luar

Mazlan, konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput


 Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.

“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian. “Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.
Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang. Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.

Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi.

"Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi.

Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak.
Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.

Selain bertemu warga felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan felda untuk disebarkan kepada warga peneroka.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut.

"Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami. Ada kedengaran kami juga akan di halang lagi selepas ini. "Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya.

Kantoi ! Satu lagi rakaman 'bocor' untuk burukkan Guan Eng

Satu lagi rakaman 'bocor' untuk burukkan Guan Eng



Pejabat ketua menteri Pulau Pinang menjalankan satu siasatan selepas satu laman web pro-MCA, Souminews menerbitkan satu rakaman audio dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".

Bagaimanapun, rakaman berkenaan dikenalpasti sebagai rakaman daripada satu sidang media yang diadakan ketua menteri Pulau Pinang itu pada 18 Julai.

Cheong yang dinamakan dalam rakaman itu berkata, wartawan yang membuat liputan majlis tersebut memiliki rakaman percakapan di antara beliau dan Lim itu.

"Ia adalah mengenai peruntukan untuk pendidikan Cina. Ketua menteri tidak menghadapi apa-apa krisis mengenai (perkara ini)," kata setiausaha akhbar Lim itu dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, perbualannya dengan Lim pada sidang media tersebut juga bukan rahsia kerana disaksikan oleh semua individu yang hadir termasuk petugas media.

Cheong menjelaskan, sidang media itu berlangsung selepas Lim berucap di satu persidangan anjuran Invest Penang di E&O Hotel pada 18 Julai lalu.

Sidang media berkenaan adalah untuk mematahkan hujah timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN "adil" dalam semua peruntukan kepada semua sekolah

02 November 2012

Kejam ! Penguatkuasa perangai regim Zionist..sekat bantuan mangsa ribut (video)

PELIK, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut. Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu
.


Ingatkan hanya Israel sekat bantuan kemanusiaan.. rupanya di Malaysia pun ada .. tengoklah!
Bagi yang sering mengikuti perkembangan dirantau Arab terutamanya yang melibatkan negara haram Israel dan Palestine, berita pihak berkuasa regime Zionist menghalang bantuan kemanusiaan dari sampai kepada rakyat Palestine bukanlah satu perkara yang luar biasa.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen pernah disekat pelayarannya di Greece bersama misi kemanusiaan Misi Flotila.

Ekoran itu beliau melahirkan kekecewaannya “Kalau mereka tidak takut kenapa tidak lepaskan 10 kapal yang pergi daripada Greece tanpa membawa senjata hanya bawa bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan bahan binaan tetapi disekat oleh kerajaan Greece yang tunduk kepada tekanan daripada Israel dan tidak benarkan kita keluar,” katanya.

Itu insiden di luar Malaysia..

Percayakah anda jika dikatakan bahawa insiden seperti itu iaitu menyekat bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestine oleh Pihak Berkuasa Israel juga berlaku di Malaysia, di negeri Melaka.

Dalam insiden serupa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Zionist itu, Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah bertindak menghalang proses menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Taman Air Keroh, Melaka oleh seorang Wakil Rakyat dari DAP/PR.

Berbagai alasan diberikan oleh pihak Penguatkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka itu antaranya ialah tidak ada permit, tidak ada lessen, menghalang lalu lintas dan juga arahan pihak atasan (UMNO).

Penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah memberikan tempoh hanya satu jam untuk petugas mengemas barangan mereka atau tindakan akan di ambil….


Ini notisnya.. diambil dari FB Cili FM


Ini video kejadiannya..



Bila puak zionist dijadikan penasihat.. itulah hasilnya...

PKR Lancar Kempen Poster dan Papan Tanda Pilihanraya

Billboard  & iPad dipasang di HQ PKR sempena pelancaran poster/billboard pru PKR esok


KEADILAN akan melancarkan kempen penjenamaan pilihanraya (election branding campaign) lebih awal dan menjadi parti yang pertama melancarkan poster dan papan tanda pilihanraya.

Satu majlis pelancaran ringkas akan disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menandakan bermulanya kempen poster dan papan tanda pilihanraya KEADILAN. Bersempena pelancaran tersebut, satu papan tanda GERGASI akan dipasang di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, Damansara.

Majlis akan dimulakan pada Sabtu 3 November jam 9 pagi dan turut disertai seluruh barisan pimpinan pusat KEADILAN. Rakan rakan seperjuangan dijemput hadir.

Panas ! Kerana RM446 Juta Di Bekukan ICAC Hong Kong...Umno Jadi Pak Sanggup...???

Usaha untuk mencairkan RM446 juta berkenaan masih terus dilakukan termasuk untuk menggunakan pengakuan palsu Kerajaan Malaysia bahawa wang tersebut adalah wang parti, namun masih menemui jalan buntu setelah jet peribadi yang membawa Michael Chia ke Hong Kong berjaya dipintas ketika operasi besar-besaran menangkap mereka yang terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong sedikit masa lalu

MAMPUKAH PEGUAM NEGARA BELA MICHAEL CHIA?

BUDDY... Hubungan akrab Michael Chia (kanan) dengan Richard Barnes sentiasa kukuh bagi melindungi kegiatan jenayah mereka di Hong Kong.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

KETIKA Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dihujani pelbagai isu yang mencabar kredibiliti beliau, terutama kemelut dengan Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ‘Lelaki Terkaya di Malaysia’ Michael Chia Tien Foh masih bergantung tali hayat dengan Jabatan Peguam Negara dalam Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong dan Kes Rasuah di Sabah yang akan disambung lagi selama dua hari mulai hari ini dan esok (13 hingga 14 Januari 2011).

Michael Chia yang memperdaya seorang usahawan tempatan, Datuk Agus Hassan Tan berhubung Skandal Peluamas yang melibatkan nama UMNO Sabah terpalit untuk mendapatkan suapan sejumlah RM3 juta; masih berjaya mengheret Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman sehingga tidak menyambung kontrak Mohd Daud Tampokong sebagai Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah.

Pemberhentian Daud sebagai orang paling berkuasa di Yayasan Sabah sedikit sebanyak akan menyebabkan perbicaraan kes berkenaan terganggu kerana Daud menjadi saksi utama yang melibatkan kes rasuah tersebut disebabkan hubungan langsung dengan tertuduh, Michael Chia, yang diperkenalkan Daud sebagai Juruperunding dan Agen Yayasan Sabah bagi semua konsesi di Yayasan Sabah.

Akibatnya, Yayasan Sabah terpaksa menubuhkan Panel Khas untuk mentadbir urus yayasan berkenaan yang terdiri daripada Mohd Hatta Jaafar, Andrew Garcia, Robie Makajil dan Esther Lee.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Peguam Negara telah mengarahkan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Morrais melalui telefon agar memaklumkan kepada Hakim Elsie Primus untuk menangguhkan perbicaraan tersebut kerana salah seorang saksi penting, Chong Shak Nyen ingin meminda keterangannya; sedangkan saksi berkenaan tidak tahu menahu dan tidak ada membuat sebarang permohonan; sehingga statusnya sebagai saksi kini akan dijadikan sebagai salah seorang ‘Defendan’.

Dikhabarkan Gani gagal membantu Michael Chia dalam kes Penggubahan Wang Haram di Hong Kong baru-baru ini sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membekukan wang sejumlah RM430 juta, tidak termasuk RM16 juta yang dirampas di Lapangan Terbang Cek Lap Kok pada 14 Ogos 2008.

Usaha untuk menentang ICAC di mahkamah Hong Kong ternyata gagal kerana tidak ada sebarang pihak muncul mewakili Michael Chia, setelah ada pihak yang berkepentingan bimbang akan menyebabkan pembangkang mempergunakan isu berkenaan pada pilihanraya kecil Batu Sapi.

Usaha untuk mencairkan RM446 juta berkenaan masih terus dilakukan termasuk untuk menggunakan pengakuan palsu Kerajaan Malaysia bahawa wang tersebut adalah wang parti, namun masih menemui jalan buntu setelah jet peribadi yang membawa Michael Chia ke Hong Kong berjaya dipintas ketika operasi besar-besaran menangkap mereka yang terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong sedikit masa l
alu.

PERANGKAP.... Michael Chia cuba memerangkap Musa Aman dengan menghantar lebih 10 gambarnya ke Sabahkini.net.

Walaupun Ketua Menteri Sabah mengakui tidak pernah mengenali Michael Chia secara peribadi, namun Michael Chia sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengaitkan Musa Aman dengan beliau yang menunjukkan kemesraan mereka sekalipun gambar tersebut merupakan gambar yang dikirimkan kepada Sabahkini.net diambil ketika majlis sambutan Hari Raya.

Bukan sahaja Michael Chia yang bersalaman dengan Musa Aman, malah semua tetamu juga turut bersalam kerana mereka menjadi tetamu di majlis rumah terbuka yang diadakan Ketua Menteri Sabah di kediamannya.

Berjayakah Michael Chia terus berselindung di sebalik nama Musa Aman dan menggantung tali hayat kepada Gani Patail? Jawapannya hanya diketahui Richard Christopher Barnes yang menjadi Pemegang Amanah bagi semua wang yang disimpan di Hong Kong and Shanghai Bank di Central Hong Kong!


Sumber  Disini

TERKINI ! HINDRAF SOKONG PAKATAN !!!


Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu

Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

Delegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P
Waythamoorthy (kiri), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.

Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.

Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa.


Waythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan
dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil".

"Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N Ganesan (atas), yang turut menghadiri pertemuan tersebut.

PANAS ! Nazri Cabar Rafizi Lapur Ke SPRM......(+vdo)

Nazri nafi dakwaan Rafizi

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya beliau mempunyai kepentingan dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia.

Menurut Mohamed Nazri, jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung siasatan kes Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Chia di Dewan Rakyat pada 11 Oktober lalu disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau turut menegaskan tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap SPRM atau kuasa untuk mengarahkan suruhanjaya itu menggugurkan mana-mana kes.

"Saya memberi jawapan di Dewan Rakyat sebagai menteri yang bertanggungjawab kerana itu adalah sebahagian daripada tugas saya.

"Penjelasan tentang tindakan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) terhadap siasatan kes Chia juga bukan datang daripada saya, sebaliknya dari Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan Rafizi itu di lobi Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Mohamed Nazri menjelaskan, Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana Chia selepas meneliti keterangan SPRM dan ICAC juga tidak mengambil tindakan lanjut.

Terdahulu, dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa mempunyai bukti bagi mengaitkan hubungan anak Mohamed Nazri, Nedim dengan Chia.

Rafizi mendakwa, pemandu peribadi keluarga Nedim dikesan menggunakan kenderaan mewah dipercayai milik Chia.

Berhubung dakwaan tersebut, Mohamed Nazri memberitahu, hanya Nedim yang boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi.

"Sekiranya ada tuduhan, Rafizi sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis atau SPRM. Mengapa adakan sidang akhbar? Maknanya, dia mencari publisiti murahan," ujarnya.


SIDANG AKHBAR RAFIZI :  SINI

INI TUDUHAN RAFIZI :







01 November 2012

Panas ! Mengapa MP BN Setuju Tangguh AES Terbongkar....

Ahli Parlimen BN setuju tangguh AES sebab tembelang kerajaan pecah

KUALA LUMPUR 1 November: Persetujuan Ahli Parlimen BN supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh kerana rahsia kerajaan memberi keuntungan kepada kroni terbongkar, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Ini adalah hasil tekanan kita (Pakatan Rakyat) yang mendesak pembatalan AES kerana memberi keuntungan kepada kroni. Akibatnya mereka rasa bahang kepanasan itu dan tembelang semakin terbongkar. Itulah menyebabkan mereka beramai-ramai setuju untuk tangguhkan,”
katanya kepada Keadilan Daily.


Semalam, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, pelaksanaan AES dibuat secara mendadak tanpa mendapat pandangan orang ramai dan pakar berkaitan keselamatan jalan raya.

Sebelum itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan menangguhkan AES yang didapati terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya dan perlu diatasi, antaranya, lokasi serta had laju praktikal sesebuah kawasan.

“Jelas, kerajaan tidak konsisten, sebelum ini cakap AES bertujuan untuk keselamatan rakyat. Kalau betul mementingkan keselamatan rakyat, kenapa boleh berubah keputusan?” soal Azan.

“Hentikanlah alasan kononnya kerajaan bantu rakyat, sedangkan dari awal mereka tidak jujur, memang dah tahu tujuan AES hanya untuk mengagihkan keuntungan antara kroni,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.


Sebelum ini, semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sepakat untuk menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian dijalankan mengenainya

Kantoi ! Nazri Tidak Tahu Pergerakan Anaknya...? (Video)



Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
“Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
“Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261),” jelas Rafizi.
Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.
Beliau turut menunjukkan beberapa gambar bukti kenderaan tersebut diparkir di kawasan kondo bersama pemandu dan pengawal peribadi Nedim.
Selanjutnya Rafizi berkata, dalam keadaan Chia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kenyataan Nazri yang bermati-matian mempertahankan taikun balak itu pasti menimbulkan konflik kepentingan dalam skandal RM40 juta.
Chia adalah individu utama dalam skandal penyeludupan wang haram RM40 juta kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan ditahan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 2008 berhubung perkara itu.
Nazri sebelum ini berkata di Parlimen, Musa dibebaskan dari tuduhan rasuah selepas pihak berkuasa di Malaysia dan Hong Kong mendapati RM40 juta yang didakwa cuba diseludup Chia ke Malaysia bukan untuk Musa, sebaliknya untuk Umno Sabah.
“Beliau adalah Menteri Undang-undang…(tetapi) jadi peguam dan pembela nombor satu kepada Michael Chia.
“Ia cukup untuk timbulkan keraguan bahawa ada unsur rasuah di antara Nazri yang lindungi Michael Chia melalui kenyataannya, kerana tertuduh (Chia) biayai kenderaan mewah yang digunakan anaknya,” kata Rafizi.
KEADILAN mahu Nazri memberi maklum balas sebelum mengambil tindakan selanjutnya.


“Sebagai ingatan, beliau harus sedar bahawa penafian membabi-buta kononnya beliau tidak tahu dengan urusan peribadi anaknya tidak diterima rakyat.
“Setahun lalu, ada seorang menteri yang guna alasan serupa dan dia terima hukuman politik. Masyarakat tidak lagi terima alasan sebegitu rupa,” kata Rafizi merujuk Shahrizat Jalil berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan keluarganya.



BOCOR !!! Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta


Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.

Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.


Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

(Sila rujuk Lampiran A)

Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).


Gambar A1

Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.

Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz

Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).

Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.


PANAS...SAMBUNG LAGI  DISINI

Berita Berkaitan Heboh sebelum ini SINI


  

Terkini ! Kerana Altantuya Laman Web Asia Sentinel Diserang

Laman Web Asia Sentinel Diserang!

Laman web berbahasa Inggeris, Asia Sentinel diserang selama 10 jam pada 30 Oktober lalu, memaksa penyedia kandungannya menutup keseluruhan operasi sehingga ia pulih pada 10 pagi keesokkannya.

Serangan yang menggunakan DDOS (distributed denilal of service) itu mula dikesan sejak jam 10 malam bertujuan menghalang penyiaran maklumat sensitif termasuk skandal Scorpene dan isu berkaitan rantau Asia Tenggara sejak kebelakangan ini.

Diipercayai ia diserang berkaitan dengan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang terus dibongkar oleh beberapa wartawannya termasuk John Berthelesen hingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin Umno termasuk perdana menteri, Najib

Dengan tajuk 'Halloween At Asia Sentinel' itu, juruteknik bertugas bertungkus lumus membaiki masalah yang timbul ekoran peningkatan trafik luar biasa hingga menyebabkan sistem pelayannya lumpuh.


Tanpa menamakan mana-mana pihak, mereka masih lagi menyiasat punca serangan tersebut sambil mengesahkan bahawa laman web mereka kini sudah pulih sepenuhnya.

Misteri skandal pembunuhan Altantuya sahaja telah menarik seramai 68,000 pelawat unik dari seluruh dunia
.

ISU SUK - CAI UMNO/BN MAKIN MEROYAN !!!


ISU SUK - CAI UMNO/BN MAKIN MEROYAN DENGAN HIMPUNAN AMAN DESAK DATUK RASLI LETAK JAWATAN 

Oleh : MATA KCS

Minggu ini ramai sungguh puak-puak UMNO/BN bercakap tentang tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang akan mengadakan himpunan aman – desak, duduk dam riadah bagi mendesak Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan (SUK) meletakkan jawatan. Ia memberi gambaran amat jelas bahawa pemimpin UMNO/BN Kedah seperti Mahdzir Khalid, Ahmad Bashah, Mukhriz Mahathir dan cai-cai (blogger UMNO/BN) sangat bimbang jika desakan ahli-ahli majlis PBT ini berjaya mendorong Datuk Rasli meletakkan jawatannya.

Bagi UMNO/BN sekiranya Datuk Rasli meletakkan jawatan maka akan gagallah segala perancangan mereka untuk mengugat kedudukan kerajaan negeri PR Kedah. Datuk Rasli adalah perkakas dan agen mereka yang berkedudukan paling strategik dalam kerajaan. Telah banyak tindakan Datuk Rasli yang berjaya melemahkan pentadbiran kerajaan negeri selama ia menjadi SUK. Peranannya amat besar buat UMNO/BN.


Tindakan ahli-ahli majlis PBT mendesaknya meletakkan jawatan amat berhahaya buat UMNO/BN bukannya kepada KCS. Ini kerana, difahamkan lebih 80 peratus KCS tidak bersetuju dengan gaya dan kepimpinan Datuk Rasli yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan korupsi di dalam pentadbirannya. Kejatuhan Datuk Rasli adalah kemenangan besar buat KCS keseluruhannya.

Oleh itu, pemimpin UMNO/BN Kedah dan cai-cai (blogger UMNO/BN) sedaya upaya memberi kenyatan kepada media dan blog bertujuan isu pokok yang diperjuangkan oleh ahli-ahli majlis PBT kepada isu lain. Tidak seorangpun dari kalangan mereka (UMNO/BN dan cai-cai ) dapat mengemukakan hujah yang menyakinkan rakyat Kedah bahawa tindakan Datuk Rasli dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan adalah sah dari segi undang-undang (Akta 171).

Apa yang boleh dihujahkan oleh pemimpin UMNO/BN ialah isu perlantikan Datuk Rasli semata-mata. Perlantikan SUK diperkenan oleh Al Sultan Kedah semata-mata. Mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan adalah menghina Al Sultan Kedah.

Tujuan mereka (UMNO/BN Kedah) adalah menyakinkan rakyat Kedah bahawa ahli-ahli majlis mempertikaikan, derhaka, tidak menghoirmati Al Sultan Kedah. Pada hal pemimpin UMNO/BN Kedah tersangat bodoh dan bangang di dalam memahami isu yang sedang diperjuangkan oleh ahli-ahli majlis PBT Kedah.

Isu pokoknya ialah ahli-ahli majlis PBT Kedah lawan Datuk Rasli di atas landasan undang-undang (Akta 171
).

Persoalannya ialah, adakah UMNO/BN boleh mengatakan bahawa Al Sultan Kedah melantik Datuk Rasli untuk dia sewengang-wenangnya membelakang undang-undang atau mencabul undang-undang ?

Apakah tindakan Datuk Rasli membelakangkan seksyen 10 dan 11, Akta 171 tersebut dianggap sah dari segi undang-undang ?

Kalau UMNO/BN Kedah kata sah dari segi undang-undang, maka jelaslah mereka juga buta tentang undang-undang seperti Datuk Rasli, kerana itulah banyak undang-undang yang mereka langgar semasa memerintah negeri Kedah dulu.

Jika pemimpnj UMNO/BN bersetuju tindakan Datuk Rasli sah di dalam isu perlantikan Yang diPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, penulis mencabar UMNO/BN maupun Datuk Rasli arahkan dengan segera pegawai daerah Kubang Pasu, Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani menjalankan tugasnya sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu. Dalam hal ini, ahli-ahli majlis Kubang Pasu dan PBT Kedah nak lihat samada ia (Datuk Abdul Aziz) boleh melaksanakan tugasnya ataupun sebaliknya.

Sehingga hari ini (31 Oktober), Datuk Rasli masih lagi teragak-agak @ takut nak arahkan Datuk Abdul Aziz (Pegawai Daerah Kubang Pasu) menjalankan tugas sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu. Oleh itu, penulis ingin menasihatkan pemimpin UMNO/BN Kedah pergilah mengaji lagi tentang undang-undang Akta 171, supaya hujahnya mereka nanti selari mengikut undang-undang.

UMNO/BN Kedah dan Datuk Rasli perlu sedar bahawa segala salah laku terhadap rakyat dan kerajaan negeri Kedah tidak akan dimaafkan begitu saja, malah ia akan menjadi mimpi buruk buat mereka sepanjang hayat. Pastinya Datuk Rasli akan menjadi manusia yang hina di atas perbuatan jahatnya kepada rakyat dan kerajaan negeri Kedah selama ini. Hanya masa yang akan menentukan.

31 Oktober 2012

Panas ! Aku Tabit Spring Kat Umno Kedah...Depa Samun Duit Udang Kerpan RM6.15 juta..pakai tong ikan....?

Mahdzir Khalid, betul atau tidak duit udang Kerpan RM6.15 juta depa boh dalam tong ikan pi hantaq rumah Dato' dekat PRU12 lalu

Oleh: Pak Dee Jantan

Misteri kehilangan duit untung projek udang Kerpan untuk tahun 2007 masih belum terjawab tapi jalan cerita kehilangan wang tersebut dari akaun bersama Kedah Agro dan Kedah Aquaculture semakin terbongkar satu persatu.


Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KASB membayar KAIMB sebanyak RM2.16 juta kerana keuntungan RM6.15 tidak diagihkan mengikut nisbah 60:40 (Kedah Aqua: Kedah Agro). Sebabnya duit itu didapati hilang. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011 sedangkan ia bukan angkara pemimpin kerajaan sekarang.


Sekarang Pak Dee nak tanya Mahdzir Khalid dengan ikhlas dan Tok Det tolong jawab dengan ikhlas jangan tipu-tipu... Betul atau tidak khabar angin yang mengatakan duit tersebut dihantar secara tunai ke rumah Dato' Seri dengan diisi duit tersebut dalam tong ikan? Dan duit tersebut digunakan untuk PRU12 lalu?

Soalan seterusnya, berani atau tidak Dato' Seri buat sumpah laknat (cara memutuskan kebenaran menurut ajaran UMNO) bahawa dakwaan itu tidak benar?


Sumber Berita DISINI

Bapa Pengumuman ! Langkawi Geopark kepada " Naturally Langkawi "


PM Lancar Jenama Baru Langkawi

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli), yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.

Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015.

Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 buah pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.

Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi.

Langkawi kini berada di ranking pulau keempat terbaik di Asia melalui tinjauan pendapat yang dijalankan Conde Nast Traveller, Langkawi yang bermatlamat menjadikannya sebagai 10 destinasi terbaik eko-destinasi di dunia pada 2015. 

Panas ! Misteri Projek 99East Langkawi Terbongkar...Sapa Buat Untung Besar..???


99East Langkawi adalah projek paling bodoh BN untuk sedekah negeri dekat pihak asing...Depa kira untung masuk poket je...

Kisah di antara dua peristiwa dalam Kedah Corporation Berhad (KCB) ia itu Pelaburan di Papua dan 99East adalah dua senario yang berbeza antara langit dan bumi. Dalam kisah pelaburan di Papua, KCB ingin memperkayakan negeri Kedah dengan mencari peluang di luar negeri untuk membangunkan Kedah kerana kerajaan Pusat tidak pernah menyalurkan wang pada kerajaan negeri seperti yang sepatutnya.

Malah mengikut Menteri Besar, Pusat masih berhutang kepada kerajaan Kedah sebanyak RM 200 juta. Tetapi malangnya, oleh kerana sebab-sebab tertentu ianya tidak diteruskan. Sebaliknya dalam kisah 99East ini, KCB menganugerahkan tanah seluas 379 ekar yang bernilai lebih satu billion kepada Terra Monda dan KCB diberi pegangan saham hanya 20%.

Yang anehnya tanah, tanah yang dinugerah itu bukan sahaja tanah kerajaan negeri tetapi tanah kepunyaan Permodalan Kedah Berhad (PKB), tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), tanah PKNK dan juga tanah perseorangan. Dan mereka mengharapkan KCB menyelesaikan semua isu-isu itu.


Berapa peratus rakyat Langkawi mampu mengunjungi tempat sebegini? Atau pun rakyat Kedah ? Atau pun rakyat Malaysia?
Ooohh! Mungkin Dato akan kata ia member peluang pekerjaan kepada rakyat Langkawi. Apakah setimpal dengan member tanah nilai berbillion ringgit hanya untuk memberi peluang rakyat Langkawi menjadi abdi?

INILAH BEZANYA DATO, PROJEK PAPUA UNTUK MENJADIKAN RAKYAT KEDAH KAYA PROJEK 99 East MEMPAPAKAN RAKYAT KEDAH.

Sanggupkah pemimpin yang waras membuat sebegini? Itulah UMNO. Ikut kata orang tua-tua, “kalau tidak apa-apa tak kan tempua bersarang rendah.”  ~ 

Oleh: Peter Sondokon

TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN : Presiden UMNO/Barisan Nasional yang lidah pembelit lagi penipu.



TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN : Presiden UMNO/Barisan Nasional yang lidah pembelit lagi penipu.

Telaga minyak (PM307) dijumpai dalam perairan malaysia 160km bertentangan dengan negeri Pahang.

Najib terus isytihar untuk beri duit hasil minyak/gas kepada pahang dengan berkata -""Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya."

Rujuk Mkini - http://www.malaysiakini.com/news/212954

Ehh..tu keputusan Jawatankuasa khas bayaran tunai hasil petroleum (rujuk: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajibayaranhasilpetroleum/Article/index) ke seperti yang DIJANJIKAN PM kepada rakyat kelantan yang bangkit tuntut hak kami/mereka selepas PM mula merasa panas punggung sejurus selepas dimaklumkan kewujudan program WALK FOR ROYALTI 2 anjuran NGO R di pusat bandar kota bharu.memang najib penipu besar.

WHY PAHANG SAHAJA? KELANTAN MACAMANA?KALAU KIRA,KELANTAN LAGI DEKAT TELAGA MINYAKNYA..BAWAH 150KM dari darat
 
Oleh : Asrol Affandi -FB


BERITA BERKAITAN :

Perdana Menteri, Najib  mengumumkan Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160km di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, dan ia merupakan kejayaan besar.

"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.

Najib  yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.

“Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. “Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.


Kedahkini


Panas ! 200 Pelabur Emas Berkampung di Pejabat PM

200 pelabur emas berkampung di pejabat PM

Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi  menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Kunasekaran (bawah) berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Isu ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.

"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti. Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.

Keluhan pelabur

Sementara itu, seorang pelabur A Kupusamy, 68, dari Ipoh Perak berkata, beliau melabur dalam skim pelaburan emas itu sebanyak RM50,000.
Kupusamy yang mula melabur pada Oktober 2008 berkata, beliau mula melabur apabila ada rakannya yang mengajak untuk membuat pelaburan di Bestino.

"Saya melabur RM50,000. Itu semua duit simpanan saya. Dulu saya seorang mekanik. Sekarang saya dah tak ada apa-apa," katanya.

Selain itu, menurut seorang bekas pekerja kilang, S Kamalavalli, 58, beliau bersama suami melabur sebanyak RM95,000 tiga tahun lalu selepas seorang agen Bestino datang ke rumahnya di Sungai Siput, Perak.

Kamalavalli yang kini tidak mempunyai pekerjaan berkata, beliau telah melaburkan semua wang pencennya ke dalam skim pelaburan itu.

"Saya sangat susah hati. Sekarang duit langsung tidak ada. Semua duit KWSP saya masuk dalam skim pelaburan itu.

"Agen itu datang rumah dan paksa saya melabur. Dia tau masa itu saya sudah mahu pencen.

"Sekarang ini suami saya pun sakit dan anak-anak pun marah saya sebab masukkan semua duit simpanan. Saya minta perdana menteri dapat tolong kita," katanya yang mempunyai tiga orang anak yang juga bekerja di kilang. -MK

30 Oktober 2012

PANAS ! ESOK PM LANCAR PENJENAMAAN BARU LANGKAWI....APA YANG BARU...???


Apakah Yang Baru dengan "PENJENAMAAN BARU LANGKAWI"  hanya sekadar syok sendiri dengan sebahagian Langkawi di penuhi setinggan Asing sebagai tempat transit pati....semuanya terletak kepada orang tempatan sebagai penentu. Hakikatnya begitulah.... walaupun tidak mampu dinafikan oleh pemimpin tempatan dengan masalah pendatang asing yang telah menjadi warga negara.
  

Tangisan Rakyat Langkawi episod 4 [anak emas ]

         
Semasa tahun 2010 ada sekumpulan petugas dari jabatan kerajaan buat sedikit program banci.Mereka ditugaskan melakukan bancian di pulau langkawi.

Mereka di pecahkan kepada dua group dan ditugaskan melakukan bancian dikawasan Bukit Malut dan Taman Nilam. ketika salah satu group menjalankan tugas di kawasan di bukit malut mereka mendapati ramai bukan warganegara malaysia yang ada disitu kebanyakkannya adalah warga asing terutama Burma dan Thailand,rupa wajah mereka tak tumpah iras Melayu.Bagaimana membezakan mereka ya? cuba bertanya khabar,bila di soal,pertuturan mereka yang mendedahkan siapa mereka sebenarnya.

Dikatakan kawasan ini kebal tidak di usik oleh pihak polis,dan penguasa2.

Banyak tanah terutama kawasan paya bakau dijadikan penempatan haram.Terdapat banyak rumah dikatakan melebihi rumah mampu milik rakyat malaysia.Selepas kebakaran yang terjadi dahulu semakin berkurangan populariti mereka dikawasan bukit malut tetapi jangkaan saya meleset kerana dikawasan sebelah kolam udang semakin bertambah - tambah penempatan baru mereka .

Amatlah menghairankan mengapa tiada tindakan diambil oleh badan yang berkaitan apakah mereka ini dibawa masuk ke malaysia dan dan transit di Langkawi atas dasar kemanusiaan ? Tahukah anda jika memiliki kad pelarian UNCHR tidak layak memohon warganegara malaysia?

Kini di Taman Nilam kebanyakkan rumah yang diberikan atas dasar transit menjadi hak milik meraka dan separuh kawasan taman Nilam telah menjadi hak milik mereka dan hal ni jika di ajukan soalan kepada ADUN LANGKAWI mereka diam membisu .Baca episod 2 untuk lihat apa kata adun Langkawi.Baca episod dua di edisi aduan rakyat [SINI]

Kenapa orang tempatan yang terbakar rumah tidak diberikan rumah seperti warga bukit malut ?


Langkawi, 28 December 2010, Kebakaran membabitkan 
kira-kira 70 rumah di perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi.

Insiden semasa kebakaran dahulu banyak barang berharga dapat diselamatkan kecuali kad pelarian UNCHR timbul sedikit kehairanan disitu.Menurut penduduk tempatan,kebakaran ini seolah sengaja di buat untuk memindahkan mereka ke Taman Nilam?

Kebakaran Bukit Malut,Kemboja2 ini mendapat rumah 
Taman Percuma di Taman Nilam yang kebih selesa. ANAK EMAS di layan 
dengan baik oleh kerajaan BN.

Sudahlah di darat mereka bermaharaja lela mengambil harta benda orang kampung dan melakukan jenayah sehingga mereka dikatakan ANAK EMAS LANGKAWI dilaut sana kegiatan mencuri pukat dan perahu semakin berleluasa! inilah masalah yang di hadap oleh penduduk tempatan.

APAKAH MEREKA INI ANAK BELAAN UMNO YANG TIDAK BOLEH DISENTUH
LANGSUNG ? MAHUKAH ANDA WARGA LANGKAWI MELIHAT LANGKAWI ANDA MENJADI SEPERTI PULAU PINANG DAN KUALA LUMPUR YANG SARAT DENGAN PATI ? RENUNGKANLAH WAHAI YB YB KU SEKALIAN ... kami tak suka orang tempatan di ANAK TIRIKAN di BUMI LANGKAWI !!!!!!!!!!!

Sekarang penduduk burma lebih kurang 10,000 orang pengundi di langkawi +- 3000 dan banyak mereka mengundi diluar Langkawi terutama di Selangor. Langkawi merupakan salah satu pusat transit untuk penduduk Thai dan Burma untuk diberi ic ia dibawah kawalan KDN jagaan MIO ( miletry intelegent officer ) penempatan utama mereka di Kg.Baru Bukit malut & kg.Padang Mengkuang
Penduduk Langkawi sekarang 104,000 orang. ] Jaga jaga PR Selangor !!! jangan tidor
!


SAMBUNG LAGI   SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...