Panas! 2 pemimpin DAP Perak Isu Tanah, Sila Isytihar Harta Anda!Dengan nilai tanah yang di katakan rm 30 juta jumlahnya, adalah satu jumlah yang
sungguh besar yang melibatkan pemimpin DAP Perak.
tim era pasca meminta supaya Ngeh Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dan juga Karpal
Sikh supaya mengISYTIHARkan harta masing masing, supaya umum tahu berapa
juta kah jumlah nilai harta mereka yang sebenarnya.
kami juga sudah memerhatikan perkara ini sejak beberapa hari yang lalu dan kami
juga tidak bersetuju seorang ahli parlimen mahupun adun untuk Pakatan Rakyat
mempunyai perniagaan terus dengan sebuah kerajaan negeri mahupun pusat,
kerana ianya mempunyai gelaja yang buruk seperti yang berlaku dalam parti
Barisan Nasional.
media media Barisan Nasional beserta barisan bloger bloger mereka saban hari
telah membongkarkan pelbagai perkara mengenai DAP Perak ini dan kami telah
mengambil jalan mudah supaya kedua dua pemimpin DAP ini tidak bersikap bermuka
muka seperti pemimpin Barisan Nasional.
bagi membersihkan nama mereka berdua, pengisytiharan harta adalah sangat
di perlukan bagi umum tahu bahawa mereka bukanlah PEROMPAK WANG
RAKYAT juga seperti pemimpin Barisan Nasional!
perniagaan yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri adalah
sangat di larang dalam sistem membanteras RASUAH dan SALAH GUNA KUASA!
by @tiewnama - Jika ada pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba untuk berniaga
dengan kerajaan negeri, Pemimpin itu WAJIB di singkirkan! puiii!!
CERITA INI TELAH DIDEDAHKAN OLEH MEDIA PERAK LEBIH 2 BULAN LALU
HANGPA BACA DAN FIKIR...SIAPA BERNIAT JAHAT....Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (6)Oleh: MSK
Mula-mula sekali, aku nak ucap Merry Christmas kepada Ngeh dan Nga. Selalunya, setiap tahun, Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada Nga dan Ngeh…tapi tahun ini Santa datang bawa bala. he.he.
I’ve told you and I’ve warned you but you remaind cocky and arrogant. You reap what you sowed.
Setakat ini, skandal Ngeh dan Nga sudah tiap hari dimainkan dalam media. tapi Ngeh bernasib baik sebab dia masih boleh mengelak disebabkan kebodohan Blogger Umno dan juga pemimpin Umno.
Masih banyak rahsia sebenar skandal Upayapadu yang masih tersimpan dan apa yang dibicarakan oleh media hanyalah separuh daripada apa yang berlaku.
Umno membuat kesilapan kerana mengaitkan skandal Upayapadu ini dengan Nik Aziz. Seolah-olah Nik Aziz merasuah Ngeh dengan tanah di Kelantan supaya DAP menerima Nizar sebagai MB. Ini tak betul. Tapi…oleh kerana keghairahan Umno untuk menembak Pas dan DAP dengan satu peluru, akhirnya peluru tersebut kembali kepada Umno dan Ngeh terselamat..buat sementara.
Aku tak mau cakap tentang Upayapadu buat masa ini. Semua maklumat tentang apa yang berlaku sudah ada ditangan kepimpinan tertinggi DAP dan terpulang kepada mereka macam mana nak ambil tindakn terhadap Ngeh dan Nga. Cuma….kalau kepimpnan Pusat DAP cuba menyapu kes ini kebawah karpet..masa tu baru aku dedahkan seterusnya.
Dua hari lalu, Ngeh membuat kenyataan akhbar yang disiarkan dalam Roketkini.com dan juga laman rasmi DAP Perak yang menyebut bahawa Mediaperak berniat jahat.
“
Ngeh telah memaklumkan dan menerangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Perak sekitar dua bulan lalu mengenai perkara ini apabila blog “Media Perak” mula mengeluarkan laporan jahat terhadap beliau dan Nga melibatkan isu yang dibangkitkan”Aku tak pernah tulis tentang skandal Upayapadu di Kelantan. Betul, aku pernah siarkan carian SSM tentang penglibatan Ngeh dan Nga dalam Upayapadu tapi aku tak pernah sebut tentang skandal tanah Kelantan. apa yang aku tulis ialah tentang skandal Ngeh di Chenderiang.
Aku juga siarkan tentang carian SSM tentang bisnis-bisnis yang dimiliki oleh Nga Kor Ming. Maklumat itu bukan rahsia sebab boleh diperolehi di SSM.
So, dimana yang dikatakan aku berniat jahat?
Tapi..oleh kerana Ngeh sudah melabelkan Mediaperak berniat jahat..bermakna dia sudah mengisytiharkan perang kepada Mediaperak.
Posting kali ini, aku nak tunjukkan macam mana perangai Ngeh.
Dalam Malaysian Insider, Ngeh ada sebut.
“As my personal integrity is being questioned, I would like to state that never in my whole life have I given a single sen of bribe and neither have I taken a single sen of bribe”.Ok..I’m not talking about bribe and I’ve never accused both of them involving in bribery. I’m talking about integrity as state leaders.
Ngeh adalah Pengerusi Jawatankuasa DAP Lumut sehingga September 2011. Selepas itu, jawatan tersebut diambil alih oleh Ling Jeng Chai.
Semasa pemerintahan Ngeh dalam DAP Lumut, dia telah beberapa kali menggunakan duit parti untuk membuat sumbangan peribadi. Bila ada orang mati, Ngeh akan keluar duit dan bagi tau..”ini sumbangan peribadi dari Ngeh.” Kemudian claim duit parti. Mana boleh ma!!
Sekali lagi aku bagi tau, ini bukan tentang rasuah tapi integriti.
Mesyuarat Agung Jawatankuasa Perhubungan DAP Lumut pertama kalinya telah diadakan pada 14 Oktober 2012. Tapi, Ngeh panggil mesyuarat agung macam panggil minum kopi kat kopitiam. Tak ada notis mensyuarat dan tak ada minit mesyuarat. Akaun parti pun huru hara dan banyak keraguan. Akhirnya, ramai ahli yang memprotes dan mesyuarat agung pada 14 Oktober itu terpaksa ditangguhkan.
Mesyuarat Agung kali kedua ditetapkan pada 4 November 2012 dan pada masa itu, ahli-ahli mendapati akaun parti sudah berubah hingga menyebabkan baki terakhir tak sama dengan akaun terperinci.
Pada 1 Januari 2011, baki dibawa kehadapan ialah RM72,935.33.
×
×
So, baki setakat 31 Disember 2011 berjumlah RM37106.16. Tapi jumlah ini tak selaras dengan jumlah yang ada ditangan. ..dan bila ahli-ahli bertanya macam-macam soalan, Ngeh marah dan menangguhkan AGM ke tarikh lain.
Mesyuarat Agung Jawatankuasa Perhubungan DAP Lumut dibuat sekali lagi pada 4 November 2012 dan pada masa itu, Ngeh meminda akaun parti.
×
Akaun yang diberikan kepada ahli pada 14 Oktober berbaki 37106.16 manakala akaun pada 4 November pula berbaki 34671.26 Sudah ada perbezaan sebanyak RM2,334.80!! Macam mana duit parti boleh hilang sebanyak lebih dua ribu ringgit dalam masa 20 hari?
Bila ahli-ahli membantah, Ngeh menggunakan pengaruh untuk membuat pengundian secara angkat tangan. Dan oleh kerana Pengerusi Mesyuarat pada masa itu ialah Wong Kar Woh, maka dengan senang dia mempengaruhi ahli-ahli supaya menerima akaun tersebut.
Is this what you called “integrity”? Kalau akaun parti pun boleh diputarbelit, bagaimana kalau diberikan tanggungjawab untuk mengurus duit negeri?
Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (1)Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (2)Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (3)Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (4)Ngeh Koo Ham” Taiko DAP Perak (5)***Sumber Berita Dari:
http://mediaperak.net/2012/12/26/ngeh-koo-ham-taiko-dap-perak-6/