langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

18 Februari 2012

WAJIB BACA! UMAT AKHIR ZAMAN UMAT VIMPIRE!!!!!

UMAT VAMPIRE?


Darah! Kami mahukan darahnya. Bawak dia pulang supaya kita boleh ambil darah si Murtad itu.. Orang Murtad darahnya halal! Kami mahu darahnya!!!"…..

Ini bukan satu babak di dalam filem box-office yang menjadi kegilaan jutaan remaja perempuan di seluruh dunia, ia juga bukan juga sebaris skrip yang dialih bahasa dari "The Twillight Saga", akan tetapi ini adalah realiti, satu mimpi buruk bagi remaja Saudi berusia 23 tahun, Hamza Kashgari (gambar kiri). Satu mimpi yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pada 5 Februari 2012, hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W), Hamza telah menerbitkan puisi sepanjang tiga rangkap di laman Twitter beliau. Bait-bait puisinya menerangkan bagaimana Rasulullah menjadi sumber inspirasinya namun beliau menganggap baginda seperti kawannya. Puisinya membawa satu maksud yang mendalam dan bukan bertujuan untuk menghina Rasulullah. Malangnya, ramai di kalangan Muslim telah tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan maksud tersirat puisi Hamza, beliau dituduh menghina Muhamad dan Islam, sekaligus dikatakan telah murtad dan tergelincir akidahnya.

Terkejut dengan reaksi masyarakat Saudi, Hamza memadamkan puisinya dan dengan seikhlas hati memohon maaf di laman Twitternya dan telah mengucap shahadah untuk memastikan akidahnya tidak tergelincir akibat puisi tersebut. Namun kemaafan yang dipinta tidak diendahkan.

Kerana takut akan keselamatannya, Hamza melarikan diri dari Saudi dan telah datang ke Malaysia dengan harapan agar kita dapat membantunya. Namun hampa, kerana seperti di Saudi, "Vampire" juga wujud di Malaysia, tapi malangnya bukan "Vampire" sekacak dan sebaik seperti Edward Cullen yang menjadi igauan para remaja perempuan, tetapi "Vampire" sejahat dan serakus kumpulan "The Newborn Army" yang sentiasa dahagakan darah. Mereka enggan memaafkannya dan merasakan kematian Hamza adalah wajar dan tepat.

Pada 12 Februari 2012, Hamza telah diusir pulang oleh Kerajaan Malaysia, bekas Kerajaan Islam Hadhari. Dituduh pengganas oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia ("The Volturi") Hamza diterbangkan ke Saudi secara rahsia, dan beliau bakal berdepan hukuman bunuh. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang deportasi Hamza, Hishamuddin Hussein Onn (gambar kanan) dengan angkuh menafikan kewujudan perintah itu. Tanpa rasa bersalah, Kerajaan 1Malaysia di bawah pimpinan Najib, telah berbangga dengan keputusan menghantar Hamza ke medan untuk dibunuh.

Di Malaysia ramai orang Islam bertukar menjadi "Vampire" ala "Newborn Army", tatkala terbaca headlineakhbar tempatan yang tidak beretika dan "misleading" (seperti biasa,) "Wartawan Arab menghina Nabi". Golongan Muslim Vampire di Malaysia, menjerit mahukan Hamza dihantar pulang dan dibunuh kerana puisinya tanpa mengetahui isi kandungan puisi itu sendiri, apatah lagi untuk mengetahui cerita di sebalik perintah penangkapan Hamza.

Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran mengetahui bahawa penangkapan Hamza adalah sesuatu yang bermotifkan politik dan bukanlah agama. Pergerakan Hamza dan rakan-rakanya telah lama dipantau oleh kerajaan Saudi. Puisinya dijadikan alasan untuk menangkap dan menghukumnya kerana penglibatannya dalam pergerakan kebangkitan kaum muda di Saudi. Hanya segelintir sahaja yang tahu bahawa Hamza telah menerbitkan puisi yang membawa maksud yang sama setahun yang lalu, tiada sebarang reaksi negatif diterima dan tiada tindakan yang diambil.

Tanpa mengetahui atau mencari kebenaran, masyarakat Islam khususnya di Saudi dan di Malaysia telah menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik ke atas Hamza. Marah, benci dan ingin melihat Hamza diseksa sehingga mati, inginkan darahnya. Hamza dilabel sebagai penjenayah. Sedih sekali! Penganut dan pengamal agama yang cintakan keamanan menjadi golongan yang paling ganas. Islam bermaksud "peace or purity" tetapi umat Islam jauh dari sifat tersebut. Mereka seolah-olah lupa wujudnya prinsip-prinsip sistem keadilan Islam dalam menghukum seseorang manusia.

Masyarakat Islam telah lupa ajaran Islam sebenarnya. Agama Islam dijadikan agama hukuman, segala kesalahan akan dihukumi dengan seberat-berat hukuman, tiada ruang untuk kemaafan. Islam dijadikan alat untuk menindas kaum yang lemah oleh mereka yang berkepentingan. Pemimpin-pemimpin agama obses mencari kesalahan dan dosa orang lain. Agama Islam dicemari umat Islam sendiri yang terlalu taksub dengan agama dan dosa dan di atas alasan ingin menjaga kesucian agama penindasan berleluasa.

Kita lupa bahawa Allah bersifat penyayang dan pemaaf. Jika benarlah Hamza telah menghina Nabi adakah mustahil dan salah untuk kita memaafkannya? Nabi telah memaafkan perbuatan penduduk Kota Taif yang bukan sahaja menghina Baginda malahan telah melemparinya dengan najis. Setiap manusia selagi belum berpisah roh dan jasadnya Tuhan pasti akan menerima taubatnya. Jadi siapa kita untuk tidak mengendahkan taubat Hamza? Boleh jadi para Sheikh di Saudi merasakan mereka lebih hebat dari Tuhan? Di dalam Surah An-Nur ayat 21, Yang Maha Pengampun dan Penyantun mengingatkan kita:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?".

Terniang-niang sebaris lirik dari lagu "Maafkan Kami" dari filem Pendekar Bujang Lapok yang berbunyi, "Sedangkan Nabi ampunkan Umat!". Jadi adakah masyarakat Islam masih mahukan darah Hamza? Ya atau tidak jawapannya, ia tidak membawa apa-apa perbezaan sekarang kerana Hamza sudah pun dihantar pulang untuk berdepan hukuman bunuh. Makanya vampire "the newborn Army" di Malaysia boleh bersorak riang, darah Hamza boleh dinikmati. Umat akhir zaman adalah umat Vampire!


*Farhana Abdul Halim ialah peguam dari Lawyers For Liberty.

GEMPAR!!! JADUAL LALUAN DAGANGAN KAPAL KONTENA DARI HAIFA ISRAEL-PORT KLANG DIDEDAH!!!



Daripada jadual yang kita lihat di atas, ia seolah-olah menceritakan bahawa hubungan dagang Malaysia-Israel telah terjalin dengan begitu rapat sekali. Apakah ini juga menjadi lambang hubungan diplomatik rahsia antara Malaysia dan Israel?

Sekiranya tiada hubungan diplomatik antara Malaysia-Israel, bagaimana gamaknya kapal kontena yang milik zionis ini belayar terus dari Haifa Israel terus ke Pelabuhan Klang? Kerana jika tiada hubungan diplomatik maka tidak seharusnya antara Malaysia dan Israel lakhnatullah mempunyai hubungan logistik, apatah lagi hubungan perdagangan!

Apa sebenarnya pendirian Malaysia dalam isu Israel-Palestin? Kerajaan Malaysia bermain wayang apabila secara berpura-pura mengambil berat tentang nasib rakyat Palestin dengan menghantar pelbagai jenis bantuan tetapi dalam masa yang sama telah menjana perkembangan ekonomi Israel. Malah setiap urusniaga perdagangan Malaysia-Israel, kita juga telah menjadi penyumbang terhadap setiap inci tanah palestin yang dirampas dan juga setiap anak Palestin yang dibunuh.

Penghantaran kapal bantuan ke negara Palestin hanyalah sebuah permainan hipokrasi apabila kita mendapati kapal-kapal kontena milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menurunkan kontena (berurusniaga).

Pendedahan SAMM dan Chegubard mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel juga perlu diambil kira dan diberi perhatian. Di bawah ini dipaparkan semula kenyataan SAMM bertarikh 13 Februari 2012;


Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
13 Feb 2012

LAGI DATA LIBATKAN PERDAGANGAN SAWIT MALAYSIA - ISRAEL DI TEMUI

Pada 8 Febuari 2012, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel. Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi. Hari ini satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah.

Terbaru ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet. Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel. Tertera dengan jelas adalah nama Sime Darby dari Malaysia. Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel.

link adalah seperti di bawah :
http://www.indexmundi.com/commodities/?commodity=palm-oil&months=120¤cy=ils

Rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan Regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.

Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel. Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.

Kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan. Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam. Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan.

Pihak Regim diminta tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan rakyat harus membuka mata sikap hipokrasi regim penguasa dalam perkara ini.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

ATLET DISUNTIK DADAH, LAPUR KE POLIS TUNTUT KEADILAN

Yunus tuntut keadilan
JADI TUMPUAN...Yunus dikerumuni wartawan selepas membuat laporan di Balai Polis Seri Petaling, semalam.

“SAYA mahu menuntut keadilan,” tegas atlet 4x400m negara Muhammad Yunus Lasaleh yang berasa dirinya teraniaya dan tampil membuat laporan polis selepas disahkan positif doping sampel B.

Keputusan Sampel B diterima pada 14 Februari lalu daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Indonesia (Inasoc) yang mengesahkan atlet kelahiran Tawau, Sabah itu positif doping di temasya Sukan Sea, Indonesia, November lalu.

Yunus tiba di Balai Polis Brickfields di Seri Petaling, pada jam 3.30 petang semalam untuk membuat laporan bagi memperjelaskan dan mempertahankan dirinya selain mendedahkan punca di sebalik semua kejadian yang menyebabkan dia didapati positif dadah metandienone metabolitem. Dia turut diiringi jurulatih, K Jayabalan, Hamberi Mahat dan 10 atlet. “Saya rasa dianiaya. Laporan ini semata-mata untuk membersihkan nama saya dan memperjelaskan perkara sebenar yang berlaku kerana saya sangat kecewa.

“Saya mahu semua orang tahu apa yang terjadi bukan disengajakan. Saya mahu menuntut keadilan dan berharap laporan ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terbabit agar lebih berhati-hati dan polis juga dapat mengambil tindakan terhadap orang yang menjadi punca semua kejadian ini,” katanya.

Memperjelaskan isi kandungan, Yunus berkata, laporan polis itu menceritakan perkara yang berlaku di Miri dan Brunei apabila dia menerima pil dan suntikan berlainan warna iaitu merah dan putih.

“Semuanya bermula pada 23 September lalu apabila seramai 14 atlet olahraga negara bertolak ke Miri, Sarawak untuk menjalani latihan pusat sebagai latihan fasa terakhir menghadapi Sukan Sea bersama jurulatih dari Bulgaria, Vasco Nedyalkov.

“Pada 15 Oktober, kami beralih ke Brunei dengan kekerapan suntikan berubah apabila saya menerima suntikan setiap pagi di lengan kiri. “Suntikan itu diterima daripada seorang doktor Bulgaria yang dibawa Datuk Karim Ibrahim (Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia) yang tidak mahu menerangkan secara lebih jelas apa sebenarnya suntikan itu,” katanya.

Pingat emas dimenangi Yunus dan kuartet 4x400m itu ‘bagaikan telur di hujung tanduk’ dan hanya menunggu masa untuk ditarik balik selain bakal dikenakan hukuman penggantungan sekurang-kurangnya dua tahun mengikut peraturan Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

Bagaimanapun, hukuman itu boleh dikurangkan andai jawatankuasa siasatan yang menyiasat punca kejadian mendapati atlet itu tidak bersalah.

Yunus yang tenang selepas membuat laporan polis berkata, dia kini hanya menunggu keputusan hukuman dikenakan kepadanya dan andai hukuman itu dalam tempoh yang panjang, mungkin dia terpaksa melupakan olahraga dan memilih untuk menyambung pelajaran.

TRANFORMASI NKERA BERJAYA : MALAYSIA MENGHASILKAN PENARI TIANG

61 remaja seronok saksi penari tiang dicekup


KUALA LUMPUR – Seramai 61 remaja yang sedang berseronok menyaksikan aksi panas penari-penari tiang adalah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan P. Ramlee di sini, awal pagi tadi.

Pusat hiburan itu menggunakan khidmat penari tiang bagi menarik ramai pelanggan termasuk mereka bawah umur.

Kelab malam ini dipercayai baru beroperasi empat minggu menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita hanya memakai coli serta seluar dalam mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung saban malam.

"Pelanggan akan dihiburkan dengan tarian ghairah di atas pentas, penari itu akan melakukan aksi panas dan memanjat tiang setinggi kira-kira tiga meter, mereka akan melakukan persembahan kira-kira 15 minit pada jam 10.45, 11.45 malam dan 1.30 pagi, " kata Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mat Isa.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi sekitar jam 1 pagi tadi.

Azman berkata, polis memeriksa hampir 217 pengunjung di premis tersebut dan turut menahan enam penari tiang wanita warga tempatan.“Kita juga dapati pusat hiburan itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah atau permit pusat hiburan.

"Semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka," katanya.

ANAK MUDA SOKONG BN, HABISLAH PR........

Mahkamah benar halang KPF lupus hutang kepada FGVH

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.

Antara permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) adalah injunksi interim yang melarang sebarang perbincangan, menguatkuasakan sebarang keputuan, dan melupuskan samada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik FGVH.

“Keputusan itu sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku,” kata Presiden Anak, Mazlan Aliman (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, mesyuarat agung khas (EGM) KPF pada 22 Februari ini boleh dilaksanakan tetapi, mereka tidak boleh membincangkan berkenaan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

“EGM boleh diadakan tapi mereka tak boleh bincang tiga perkara yang dipohon itu, kata Mazlan lagi.

Sementara itu, peguam Harris Abdullah berkata, jika EGM tersebut tetap membincangkan penyenaraian FGVH, mereka boleh didakwa menghina mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami tak halang mereka mengadakan EGM tersebut, tetapi jangan bincang soal pelupusan ekuiti KPF untuk penyenaraian FGVH.

“Kalau mereka tetap usulkan perkara ini, kita boleh mendakwa mereka kerana menghina mahkamah dan tindakan undang-undang boleh diambil.

Jadi mereka kena patuh pada perintah mahkamah,” katanya yang juga merupakan ahli jawatankuasa Anak.

17 Februari 2012

LONDON: DUNIA!!! MENTERTAWAKAN POLITIKUS MALAYSIA

Di Malaysia, politikus sediakan idea lucu untuk kartunis


"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari...Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya."

Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Zunar (gambar kiri, sebelah kiri), kartunis politik Malaysia, ketika berdepan dengan soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham untuk berkarya.

Malah ketika memberi ucapannya, Zunar berkata, "Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi. Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun."

"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini, " katanya. Beliau juga menambah, "Penahahan saya di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah. Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah."

Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque kini berada London untuk pameran solonya di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London, dengan tema, "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun). Pelancaran pameran Zunar diadakan pada 6.45 petang, 15 Februari 2012 (waktu London).

Pameran solo Zunar yang pertama ini dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain. Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa. Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Antara penal jemputan yang diundang dalam majlis pelancaran pameran termasuklah Clare Rewcastle Brown, Pengasas Radio Free Sarawak, dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr.Agnes Callamard. Lebih kurang 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara turut hadir untuk memeriahkan majlis.

Ketika berucap, Clare berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."

Malah, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia, yang menggunakan nama samaran Amir, berkata, "Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat."

Robin, seorang jurutera komputer dari Belgium berkata, "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)."

Seorang pengurus IT di London, Andrew Tynan pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."

Adil Johan, pelajar di King’s College, London berkata, "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."

MELAKA : LELAKI LARIKAN MPV POLIS!!!

Lelaki larikan MPV polis sedang dicari

Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki yang melarikan kereta MPV polis dari perkarangan balai polis trafik Alor Gajah Selasa lepas.

Gerakan mencari yang dilancarkan kemudian menemui semula kenderaan itu yang ditinggalkan di Kampung Panchor, Alor Gajah, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, namun lelaki terbabit telah menghilangkan diri.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Mohd Nazri Drahman, 35, yang mempunyai alamat terakhir di Kampung Baru Kanan, Kemaman, Terengganu.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Nazri hadir ke cawangan polis trafik untuk membuat laporan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Anggota polis bertugas mengesan lelaki itu tersenarai dalam orang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Chuah berkata lelaki itu kemudian mengetahui dirinya dikehendaki polis cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

"Ketika suspek dibawa masuk ke dalam kereta MPV polis, dia bertindak bergerak ke tempat duduk bahagian hadapan, mengunci pintu depan lalu memandu melarikan kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini.

Chuah berkata, lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan mempunyai ketinggian lebih kurang 152 sentimeter (lima kaki), berbadan kurus selain tangan kanannya patah akibat kemalangan jalan raya pada hari kejadian.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengenali lelaki terbabit agar menghubungi polis Kontinjen Melaka di talian 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5564153.

- Bernama

TRANSFORMASI NAJIB GAGAL, CANTAS DAN BRAIN DRAIN KE LUAR NEGARA

Bekas ketua Petronas kini tokoh korporat di Singapura


KUALA LUMPUR, 17 FEB- Ia merupakan hari sedih untuk Malaysia apabila kerajaan UMNO-Barisan Nasional gagal menjaga bakat yang terbaik dan cemerlang seperti bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican yang kini menyumbang kepakaran dan pengalamannya di Singapura.

Media massa melaporkan kelmarin bahawa Hassan telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun selepas Ng Kee Choe bersara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hassan meninggalkan Petronas pada tahun 2010 berikutan pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma-firma luar negara seperti syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Beliau juga merupakan Pengarah di Sarawak Energy Bhd & US Oil dan syarikat gas gergasi Conoco Philips.

“Jelas Tan Sri Hassan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan amat diperlukan oleh syarikat- syarikat besar multinasional tetapi tidak diterima di rumah sendiri.

“Ini adalah amat sedih terutamanya apabila Tan Sri Hassan diangkat sebagai seorang pemimpin yang telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Tahun lepas, pakar ekonomi kanan Bank Dunia, Philip Schellekens memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat (brain drain) rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Kajian Schellekens mendapati bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk ke negara-negara maju dalam Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD) atau Singapura.

“Sekarang Tan Sri Hassan telah menyertai senarai hampir 2 juta rakyat Malaysia yang telah dibiarkan untuk tinggal dan bekerja di luar negara sejak merdeka.

“Bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari dan kerajaan mesti mengambil langkah- langkah segera menyumbat kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar,” kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Beliau menambah bahawa jika seorang ikon korporat seperti Hassan terpaksa berlepas ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, ia mencerminkan kegagalan program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat insan ke Malaysia.

SEMALAM 2 BUAH KAPAL DAGANG ISRAEL BERADA DI PELABUHAN KLANG (WESTPORT)

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)

SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.

Propaganda media arus perdana ini memang mudah sangat difahami. Kalau tanya kambeng, kambeng pun boleh baca propaganda meraih undi Melayu yang dilakukan ini. Sepotong ayat Anwar diputar belit siang malam pagi petang.

Bak kata orang tua-tua "mengata orang jahat supaya diri sendiri nampak baik". Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka. Mereka kata Anwar sokong Yahudi supaya orang Melayu fikir Najib pejuang Palestin kah kah kah

Seperti yang dijanjikan di dalam twitter semalam, rujuk sini [Twitter] kita akan dedahkan hubungan dagang Malaysia dengan Israel. Najib nak jadi pejuang Palestin? Kah kah kah kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek? lembu? Kambeng?

Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.

Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.

Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih!


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/02/dua-buah-kapal-israel-di-pelabuhan.html#ixzz1mb2vTo8Y

16 Februari 2012

ANAK MOHON EGM BANTAH PENYENARAIAN FGVH


KUALA LUMPUR- Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menghantar notis menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia di pejabat Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Tuntutan tersebut dibuat menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1).

Bercakap kepada media selepas penyerahan tersebut, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, EGM itu akan meminta KPF tidak dikaitkan dengan menyenarai FGVH dalam apa cara sekali pun."KPF dilarang sama sekali untuk lupuskan ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat milik Felda kepada FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda atau FGVH," katanya.

Selain itu, mereka juga menuntut agar KPF melarang sebarang jenis campur tangan dalam urusan harian KPF atau mengusik atau menyentuh atau melupuskan apa-apa ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat Felda oleh mana-mana pihak termasuk Felda atau FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda.

Mazlan menyerahkan notis tersebut kepada Pengurus Operasi dan Pentadbiran KPF, Ahmad Tarmizi.
Sebelum itu, hanya Mazlan dan Pengerusi Bangkit Abdul Rahman Ramli dibenarkan masuk berbincang kira-kira 10 minit sebelum penyerahan di luar pejabat.

Beliau turut berkata, pihaknya yakin jika EGM itu berlangsung, jumlah perwakilan yang hadir lebih ramai daripada perwakilan yang akan hadir ke EGM bagi menyokong penyenaraian FGVH pada 22 Februari ini.

Ditanya tindakan seterusnya jika EGM itu tidak diluluskan, Mazlan berkata Anak akan mengambil tindakan undang-undang."Kita dah berbincang dengan peguam dan peguam kata ia boleh dicabar di mahkamah sebab EGM ini memang ada dalam peruntukan undang-undang kecil KPF," katanya.

Sementara itu, Anak akan memfailkan injunksi sekali lagi di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menghalang EGM 22 Februari ini.Beliau turut mengulangi gesaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau EGM tersebut kerana dikhuatiri terdapat unsur rasuah.

"Anak ada terima maklumat perwakilan mula disogok untuk hadir ke EGM dengan diberikan RM350 seorang."Dan difahamkan RM1 juta habis untuk EGM itu. Kita takut perwakilan disogok untuk bersetuju dengan penyenaraian," katanya.


-Harakahdaily

Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin – Israel

KEADILAN JUNJUNG ASPIRASI DAN HASRAT RAKYAT PALESTIN

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

(pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya. Media, pimpinan UMNO dan Dato’ Seri Najib Razak berterusan menabur fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin

Kenyataan saya kepada Asian Wall Street Journal secara jelas meletakkan aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keadilan, keamanan dan maruahnya dihormati sebagai syarat kepada tuntutan Israel agar keselamatannya dijamin .

Pendirian saya ternyata diterima pimpinan dunia Islam seumpama Kerajaan Arab Saudi seperti yang diungkapkan Menteri Luar nya, Putera Saud al Faisal bahawa:

“This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security”.

Baru-baru ini Raja Abdullah dari Jordan juga mengulangi pendirian yang sama:

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Makanya, persoalan tuntutan jaminan keselamatan Israel yang bersyaratkan kepada keadilan dan keamanan diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah perkara baru. Sedangkan saya tuntas mendokong aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin :

“If Israel withdraws to the ’67 borders, then we will establish a peace in stages.. Number one, we will establish a situation of stability and calm which will bring safety for our people – what (Hamas founder) Sheikh (Ahmed) Yassin called a long-term hudna (truce). If Israel declares that it will give the Palestinian people a state and give them back all their rights, then we are ready to recognise them”.

Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari PAS, Majlis Syura PAS dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

Ketetapan PAS yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia. Saya memahami perbezaan pendirian PAS dengan KEADILAN. Parti Islam SeMalaysia berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Walaupun begitu Parti Keadilan Rakyat berkongsi hasrat dengan PAS untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur, yang juga merupakan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.

Ini berbeza dengan adu domba UMNO yang bermuka-muka dan mengambil kesempatan di atas sentimen kuat pro-Palestin di negara ini bagi matlamat politik sempit mereka. Tatkala media UMNO menyerang saya sebagai ejen Israel, Menteri Luar dari UMNO secara terbuka mengesahkan kewujudan Israel berdasarkan penyelesaian dua negara (two-state solution) di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu .

Manakala saya dituding mengkhianati aspirasi rakyat Palestin, Menteri Pertahanan dari UMNO jugalah yang duduk berbincang dengan Menteri Pertahanan Israel pada tahun 2009 , walaupun perkara ini cuba dipadamkan. Namun rakyat tidak lupa bahawa pentadbiran Perdana Menteri bergegas melantik APCO yang turut diterajui Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Malah, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menerus memfitnah saya pernah bertemu Perdana Menteri Israel dan menteri luarnya, Shimon Peres di Paris pada tahun 1994. Pada masa yang sama sesuatu yang tidak dapat dinafikan pimpinan UMNO bahawa Malaysia merupakan rakan dagang Israel ke 15 terbesar. Jumlah dagangan antara Malaysia dan Israel mencecah 667.6 juta Euro.

Sikap bermuka UMNO dalam isu Palestin bukanlah perkara baru, sebab itu saya jelas menyeru sahabat-sahabat dan rakyat

Malaysia supaya menumpukan tenaga membantu meringankan penderitaan saudara-saudara di Palestin.
Derita ini ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel. Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi.

Saban hari, keperluan asas seperti air minuman, makanan, ubat-ubatan, simen untuk pembinaan dan pelbagai keperluan lain tidak dibenarkan masuk ke Gaza akibat sekatan Israel. Sengsaranya rakyat Palestin bila mana 80% dari mereka memerlukan bantuan makanan, 90% hidup dalam kemiskinan, lebih separuh daripada isirumah hanya makan sekali sehari dan lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan.

Sebab itu saya yakin bahawa aspirasi rakyat Palestin yang mengambil kira kepayahan seharian mereka seperti yang disuarakan oleh pimpinan-pimpinan mereka wajib dijunjung dan dihargai. Semangat setiakawan rakyat Malaysia yang selari dengan aspirasi itu bukanlah satu pengkhianatan kepada perjuangan mereka, sebaliknya menjadi dokongan utama kepada usaha mewujudkan keamanan dan memberikan keadilan kepada rakyat Palestin.

Oleh kerana itu wajar buat kita memahami, menghargai dan menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang disuarakan melalui dua pertubuhan utama tersebut. Sepertimana pertemuan saya baru-baru ini di Doha dengan Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, saya ulangi dokongan saya buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah. Manakala pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana Israel menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini. Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, “a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.” (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin).

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

Demo KUIN terus jika MB tak tarik kenyataan


Oleh: S Pathmawathy-Malaysiakini

Kumpulan mahasiswa tidak akan menarik balik kata dua yang diberikan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak supaya menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Azizan minggu lalu dipanggil jawatankuasa pusat PAS untuk menjelaskan kenyataannya tentang AUKU dan Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta yang mencetuskan kemarahan dalam parti dan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kami masih menunggu respons daripada menteri besar... Kami dimaklumkan bahawa Presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghuraikan perbincangan itu sebagai positif," kata Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab (kanan) kepada Malaysiakini semalam.

Sebelum ini, beberapa pertubuhan pelajar memberi amaran akan mengadakan protes di hadapan Wisma Darul Aman pada 19 Februari ini jika keputusan tidak mesyuarat PAS tidak memihak kepada mereka

Penggunaan dakwat kekal berkuatkuasa semalam


Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa semalam setelah diwartakan pada 13 Feb lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum order lagi," katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program "Dialog" yang bertajuk "Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di Kuala Lumpur malam semalam.

"Untuk order (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses," kata Abdul Aziz.

Beliau berkata dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan.

Abdul Aziz berkata bagaimanapun warna dakwat kekal yang akan digunakan pada PRU 13 belum diumumkan lagi, manakala untuk pengundian pos, dakwat kekal tidak akan digunakan.

Beliau turut menasihati para pengundi supaya tidak membenarkan mana-mana pihak untuk mencalit dakwat di jari mereka sebelum sampai ke tempat mengundi bagi memastikan kelayakan mereka untuk mengundi tidak terjejas.

Mereka yang telah mendaftar untuk mengundi di pusat-pusat mengundi akan dicalit dakwat kekal ini di jari telunjuk kiri, jelas Abdul Aziz.

Beliau berkata penggunaan dakwat ini bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Jan lalu memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pada 19 Dis 2011, Abdul Aziz mengumumkan SPR akan menggunakan dakwat kekal jenis 'silver nitrate' untuk PRU 13, yang merupakan dakwat yang berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.
- Bernama

Azizan Nafi Dakwaan Wakil Rakyat Tuntut Rebat

ALOR SETAR, 15 FEB : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan bahawa wakil rakyat dan exco di negeri itu 'memotong' sebahagian daripada peruntukan yang disalur kepada badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan masing-masing.

Katanya, ini kerana peruntukan yang diberi kerajaan pusat bagi tujuan projek kecil dan bantuan kepada NGO iaitu RM150,000 untuk exco dan RM100,000 bagi wakil rakyat disalur terus kepada pejabat daerah selaku Pegawai Pengawal.

"Wakil rakyat atau anggota exco akan memohon kepada pejabat daerah dan bayaran dibuat terus oleh Pegawai Pengawal kepada kontraktor yang dilantik.

Begitu juga bantuan atau sumbangan kepada NGO disalurkan terus kepada mereka.

"Jika pemotongan berlaku ia bukan di peringkat wakil rakyat atau exco," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri, di sini hari ini.

Azizan berkata demikian ketika Beliau diminta mengulas dakwaan beberapa NGO di Kedah bahawa antara 25 hingga 30 peratus daripada wang bantuan itu terpaksa 'dipulangkan' kepada pihak tertentu.

Perkara tersebut didedahkan MCA Kedah dan semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diminta mengulas perkara itu dilapor meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan berkenaan.

Mengulas lanjut, Azizan turut meminta MCA Kedah mengemukakan bukti wujud perbuatan sedemikian.

Beliau juga meminta NGO terbabit membuat laporan polis jika benar perkara tersebut berlaku. Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri Tan Chow Kang sebagai mengakui perbuatan tersebut berlaku.

Susulan pendedahan itu juga, difahamkan pembantu peribadi Tan digantung tugas sejak dua hari lepas atas arahan Jawatankuasa Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga siasatan ke atasnya berhubung dakwaan tersebut selesai.

Sementara itu, Pemuda Gerakan Kedah hari ini membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Laporan dibuat Ketuanya Tan Keng Liang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang antara lain meminta polis melakukan siasatan segera bagi mengesan kesahihan dakwaan tersebut.

15 Februari 2012

BERITA UTAMA: SHAHRIZAT JALIL ENGGAN LETAK JAWATAN!

TERKINI!! SHAHRIZAT JALIL ENGGAN LETAK JAWATAN!

Susulan daripada laporan semalam yang memetik sumber dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang dikatakan akan meletak jawatan, rupanya dia enggan berbuat demikian!

Sumber dalaman Umno-APCO memberitahu bahawa mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Najib Altantuya pagi tadi juga ada membincangkan perkara tersebut, bagaimanapun keputusannya hanya akan diketahui pada mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Najis (BN) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Shahrizat yang telah menemui Najib Altantuya dua hari lalu bertegas enggan meletak kesemua jawatan yang disandangnya dalam parti mahupun kerajaan kerana merasakan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dipengerusikan suaminya, Mohamad Salleh Ismail, tiada kaitan dengan dirinya, kununnya walaupun sebagai menteri kabinet.

Pada mesyuarat kabinet siang tadi, Shahrizat enggan mengulas saranan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad supaya beliau berundur sebelum ahli parti dan orang ramai mendesaknya.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Nazri Aziz sudah mendesak Shahrizat supaya berundur dalam mesyuarat itu tadi, dia masih enggan berbuat demikian hingga tercetus suasana sedikit tegang antara Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar.

Wanita Umno-APCO juga sudah mula menjauhkan diri daripada Shahrizat dengan Naib Ketuanya, Kamilia Ibrahim disebut-sebut akan menggantikan Shahrizat juga sudah senada dengan Mahathir serta Ketua Umno-APCO Cheras, Syed Ali Alhabshee.

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional baru saja selesai sebentar tadi dan Shahrizat buat masa ini masih kekal dengan jawatan yang dipegangnya.


PANAS!!! BERITA AKAN MENYUSUL LAGI.....

KAPAL ISRAEL ZIM GENOVA BERLABUH DI PELABUHAN BARAT, KLANG 13HB.FEBUARI 2012 -SIAPA HIPOKRIT

Kapal Israel di Kelang bukti umporno APCO hipokrit

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) hari ini mendesak kerajaan Umno-Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada haikatnya kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, semada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan."Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"Mapim dan Shura amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara Keadilan.

Menurut Setiusaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsuddin adalah anehnya ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"Mapim dan Shura terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di pengairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini!," tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

Mapim dan Shura berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal

Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima samasekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak ditiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

Mapim dan Shura dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di pengairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi

MIMOS : 230,000 pengundi ‘meragukan’ di PRU13

“230,000 pengundi meragukan akan sertai pilihan raya umum ke-13.”
Demikian taklimat MiMOS, syarikat teknologi milik kerajaan pusat kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC).Anthony Loke (gambar) selaku salah seorang ahli PSC mendedahkan, sumber MiMOS mengesan kira-kira 820 kes di mana 100 pengundi dikenal pasti menetap pada alamat yang sama.

“Selain itu, kami mendapati 1,259 kes di mana antara 51-100 pengundi tinggal di alamat yang sama, 3,254 kes di mana terdapat antara 21-50 pengundi tinggal di alamat sama, dan 6,002 kes yang melibatkan antara 11 hingga 20 pengundi di rumah sama.

“Tempat-tempat ini termasuk kem tentera,” katanya. Taklimat secara tertutup hampir 2 jam itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Abdul Wahab Abdullah di depan Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili serta ahli jawatankuasa lain.


Loke turut mendedahkan beberapa alamat palsu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Sebagai contoh, katanya: “Tiada alamat atau rumah 62, Lembah Pantai dan E6, Seputeh”.

22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun. Meragukan.

Justeru, PSC memberi masa selama dua minggu untuk MiMOS membuat semakan lanjut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR mengenai 230,000 pengundi meragukan itu.Loke desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat sehinggalah kesemua 230,000 pengundi yang meragukan itu dapat diBERSIHkan dari daftar pemilih SPR.

AMARAN!!!! 8 AHLI PARLIMEN PR AKAN DIBELI??

8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Akan Lompat ?!



Setakat ini, UmnoBn masih ketinggalan di belakang Pakatan Rakyat dari segi sokongan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.

Laporan-laporan dari perisikan melaporkan beberapa negeri yang dikuasai oleh BN akan tumbang termasuklah Negeri Sembilan dan Perak akan dirampas oleh Rakyat semula. Yang mengejutkan laporan tersebut menyebut negeri Johor juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat…. Mengapa??? Dengan fakta yang ada… rupa-rupanya banyak kawasan DUN di Johor bukannya majoriti Melayu!!!

Dengan keadaan ini yang mencemaskan UmnoBn, maka langkah-langkah untuk menang PRU13 dengan “cara apa sekalipun” akan dilakukan oleh UmnoBn.

Cara Kotor Pertama Bn : Penambahan Pengundi Mendadak

Bagi negeri Pakatan Rakyat pula, Selangor berkedudukan 50 / 50 , akibat daripada penambahan pengundi yang amat ramai di negeri Selangor.

Dalam satu temubual, Anwar Ibrahim memberitahu pemberita bahawa pemeriksaan dalam senarai pengundi SPR di beberapa kawasan di Selangor menunjukkan peningkatan bilangan yang mendadak dan mencurigakan dalam tempoh yang singkat.

"Terdapat peningkatan pesat ... di Subang terdapat peningkatan 35 peratus, dari 84,000 kepada 114,000”.

"Kota Raja mengalami 29.5 peratus peningkatan, dan Puchong, 25 peratus", kata Anwar Ibrahim.

Semua kawasan pilihan raya yang dinamakan oleh Anwar yang kini dipegang oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR).


Keadaan ini sedang berlaku di seluruh kawasan-kawasan yang kritikal bagi Bn.
Cara Kotor Kedua Bn : Persempadanan Semula

Persempadanan semula perlu persetujuan dua pertiga daripada jumlah kesemua anggota Dewan Rakyat di Parlimen, dan sekiranya usul pindaan itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga sokongan, persempadanan semula tidak boleh dilaksanakan. Maka dengan itu, sekarang ini UmnoBn sedang merancang untuk mendapatkan 2/3 sokongan di Parlimen.
Baru-baru ini, dalam satu sessi penerangan pimpinan Pakatan Rakyat telah dimaklumkan bahawa satu perancangan jahat UmnoBn untuk membeli 8 hingga 10 orang ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan peruntukan puluhan juta.
“Dan yang paling menakutkan, setelah dikira-kira, memang ada 8 orang MP yang dikehendaki Bn itu”, kata seorang pemimpin PR yang ditemui, yang memberitahu 8 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tersebut dikenali boleh tersentak hati mereka dengan sogokan wang ringgit yang terlalu banyak.


Jika ini berjaya dilakukan UmnoBn, maka dengan mudah mereka memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen untuk melaksanakan Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya. Dan Persempadanan semula ini pula akan dibuat dengan cara ‘gerrymandering’. (’Gerrymandering’ adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa).

Pencapaian Bn akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui ‘gerrymandering’ ini seperti pilihan raya 1986, 1995 dan 2004, dan Persempadanan Semula Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Sumber: Rakyat Marhaen

Malaysia juga tak iktiraf kerajaan Palestin, kata PKR


Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

“Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.

Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

“Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

“Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

“Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya,” katanya.

Pulaukan NAM

Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut.

Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.

Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

“Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

“Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.

“Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?” soalnya.

Najib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Pendirian berbeza

Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ) dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

PANAS!!! SHAHRIZAT JALIL BAKAL GUGUR JAWATAN MENTERI ESOK?


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil dikhabarkan akan digugurkan jawatannya sebagai menteri berkuat kuasa esok.

Esok merupakan mesyuarat kabinet yang biasanya dipengerusikan Najib Altantuya di Putrajaya.

Spekulasi kini tersebar luas di beberapa sumber termasuk dari Jabatan Perdana Menteri sendiri petang tadi.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan PWTC memaklumkan satu sidang akhbar akan diadakan berkenaan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana pengerusinya adalah suami Shahrizat sendiri, Mohammd Salleh Ismail.

Menurut Twitter yang dimiliki Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, beliau mendapat maklumat yang belum disahkan mengenai perkara ini beberapa jam lalu.

Ahli parlimen Machang tersebut menulis:

@saifnasution Terima info Shahrizat digugur menteri esok? Ada sesiapa dpt info yg sama?
Persoalan tersebut hanya akan dapat diketahui sedikit masa lagi.

Dikatakan, menurut sumber itu lagi, bekas Bendahari Umno-APCO yang juga salah seorang WARLORDS Umno-APCO, Daim Zainuddin mengarahkan supaya Shahrizat digugurkan selepas selesai mesyuarat kabinet.

Sumber itu juga menambah, Shahrizat mesti dugugurkan bagi menyelamatkan Umno-APCO kerana majoriti orang Melayu sudah mula mempersoalkan tindakan Shahrizat dan keluarganya membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Sekiranya laporan ini benar, Naib Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim (kanan) dijangka akan menggantikan tempat Shahrizat di sebalik tarikh pilihanraya umum mula dijangka dalam waktu terdekat.

14 Februari 2012

ANGKASA ( KOPERASI KEBANGSAN) alami ketirisan berbilion ringgit akibat penyelewengan

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta.


PUTRAJAYA: Persatuan Usahawan, Kosultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) mendakwa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) terjebak dengan penyalahgunaan kuasa dan salah urus tadbir sehingga menyebabkan ketirisan berbilion ringgit.

Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dalam memorandumnya ke pejabat Perdana Menteri berkata, ketirisan itu membabitkan kerugian RM6.5 juta dalam pembelian tanah, pegawai Angkasa mengumpul elaun sehingga berjuta ringgit dan melanggar Undang-Undang Kecil Seksyen 30 (5), termasuk membelanjakan RM1.27 juta membeli tujuh Toyota Camry sedangkan peruntukan yang diluluskan hanya RM400,000 sahaja.

“Angkasa juga pada tahun 2009 didapati berbelanja untuk Persidangan Tahunan Kebangsaan Angkasa (PTKA) berjumlah RM2.62 juta, melebihi 31 peratus daripada RM2 juta bajet tahunan yang sepatutnya digunakan
.“Lebihan perbelanjaan ini melanggar peraturan 14(2) Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang memperuntukkan koperasi hanya boleh belanja tidak melebihi lima peratus daripada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh mesyuarat agung.

“Hasil siasatan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun 2010 juga mengesahkan berlakunya penyelewengan tersebut namun sehingga sekarang tiada tindakan dikenakan terhadap Angkasa,” katanya dalam memorandum tersebut.

Kredibiliti Ali Baharum dipertikai

Mustafa Kamal yang juga Pengerusi Portfolio Koperasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat turut mempertikaikan kredibiliti Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum sebagai Yang DiPertua Angkasa yang didakwanya pernah terlibat dalam aktiviti koperasi skim cepat kaya dan memperdaya orang ramai melabur sehingga jutaan ringgit.

Beliau berkata pihaknya sebelum ini pernah membuat laporan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain menghantar aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia namun sehingga sekarang masih tiada tindakan.Katanya, isu ini tidak boleh dipandang sepi memandangkan ia membabitkan 8,500 koperasi yang mempunyai sembilan juta ahli dan 92 peratus daripadanya adalah Bumiputera yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“Terlalu banyak penyelewengan dalam Angkasa sehingga menyebabkan kami terpaksa membawa perkara ini terus kepada Perdana Menteri sekaligus mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri Saiful Azhar dan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah Ravindran Devagunam di lobi Bangunan Perdana Putra di sini hari iTurut hadir menyerahkan memorandum itu Penasihat Uruskop yang juga Penasihat Koperasi Malaysia Thuraisingam Shan.-FMT

SKANDAL NFC: NADZRI KATA " TELAH BERLAKU KES PECAH AMANAH" , MENGAPA TIDAK AMBIL TINDAKAN

DESAS DESUS: MUNGKIN ESOK SHAHRIZAT DIGUGURKAN DARI KABINET

NFCorp melanggar syarat pinjaman, kata Nazri


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.

Malah, Nazri turut menafikan laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyuruh rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan sejumlah RM250 juta yang dipinjam daripada kerajaan untuk Pusat Fidlot Nasional (NFC).

“Kerajaan berkuasa untuk menarik semula pinjaman berkenaan sekiranya berlaku aktiviti pecah amanah. Saya kata NFCorp perlu kembalikan duit itu semula, saya tidak menyebut beliau (Shahrizat), tidak ada kene mengena dengannya,” katanya.

Nazri menegaskan, itu merupakan pandangan beliau selaku menteri berkaitan undang-undang, dan kerajaan masih lagi sedang menyiasat pertuduhan terhadap dakwaan berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan persekutuan itu.

Menteri itu berkata lagi, beliau mengambil berat terhadap perkara itu dan menyatakan isu itu “tidak mati” walaupun apa pun tindakan yang diambil kerajaan, kerana rakyat ingin tahu ke mana wang itu digunakan. “Sekiranya penyiasatan SPRM membuktikan berlakunya pelanggaran akta, mereka akan didakwa.

“Kemudian keluarkan tender dan berikan pembida tertinggi terhadap projek itu,” tambah Ahli Parlimen Padang Rengas ini lagi.

Menurutnya, perletakan jawatan Shahrizat ketika ini tidak akan memberi “kesan” dan berkemungkinan akan lebih berkesan sekiranya dibuat lebih awal.“Kita perlu tunggu sehingga siasatan selesai ... masyarakat kurang sabar, tiada petunjuk, dan tiada arah ke mana mereka hendak tuju,” tambah Nazri.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap penyalahgunaan dana termasuk RM62 juta untuk tanah, hartanah, dan perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan projek penternakan lembu berkenaan.Shahrizat telah mengambil cuti tiga minggu daripada jawatan sebagai menteri bulan lepas dan kini telah kembali bertugas.

Rabu lalu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Perdana Mnerteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan melantik juru audit bagi menyemak semula laporan kewangan NFC namun enggan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat NFC.

-Themalaysianinsider

BAYANGAN ALTANTUYA HIDUP KEMBALI

Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya: Azilah dan Sirul buat rayuan

Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu.Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut.

Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya.

Pengurusan kes 9 Mac

Pada hari Jumaat, pendaftar Mahkamah Rayuan, Kanageswari Nalliah telah bersetuju untuk menetapkan 9 Mac sebagai tarikh pengurusan kes untuk membenarkan peguan Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan rekod yang lengkap.

Azilah, 34 dan rakan sekerja beliau, Kopral Sirul Azhar Umar, 39 telah dijatuhkan hukuman mati pada 9 April 2009 setelah hakim menetapkan bahawa mereka bersalah atas pembunuhan Altantuya di sebuah kawasan pembersihan hutan di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 hingga 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan mengambil masa 159 hari dan kedua-dua lelaki sedang menunggu hukuman mati.

Walaubagaimanapun, sepanjang perbicaraan yang kontroversi itu, Kedutaan AS mendapati ia tidak dilaksanakan dengan adil menurut pendedahan Wikileaks dan juga terdapat spekulasi bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanyalah pembunuh upahan.Pertamanya, mereka tiada motif tersendiri dan yang kedua, mereka mengaku bahawa mereka telah di minta oleh pembantu Najib, Safri Musa untuk membantu rakan Najib, Razak Baginda keluar daripada masalah yang meruncing.

Dalam kenyataan yang diberi oleh Sirul, ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengaku dibayar RM 100 000 untuk membunuh Altantuya tetapi, hakim telah menolak peguam bela untuk meyelidiki hal ini ataupun mana-mana aspek yang membawa kepada motif pembunuhan.


Pembunuhan berkait dengan pembelian Scorpenes

Kes itu sememangnya telah memberi reputasi buruk kepada sistem kehakiman Malaysia dan juga kepada Najib sendiri. Beliau dikatakan pernah menjadi kekasih Altantuya sebelum memberikan wanita itu kepada Razak Baginda. Ketiga-tiga mereka terlibat dalam perjanjian pembelian 2 kapal selam Scorpenes yang bernilai RM7 billion daripada sebuah syarikat gergasi Perancis, DCN pada 2002.

Najib pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian manakala Razak Baginda adalah perunding utama beliau manakala Altantuya yang boleh berbahasa Rusia, dikatakan adalah penterjemah. Dalam perjanjian ini, Najib didakwa mendapat RM 570 juta dan

Altantuya dikatakan balik ke Malaysia untuk mendapatkan bahagian beliau USD 500 000 sebagai komisyen beliau.

Walaubagaimanapun, menurut surat khabar Perancis La Liberation melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Najib enggan membayar satu sen pun kepada Altantuya. Ini telah menyebabkan Altantuya telah terang-terangan menagih Razak Baginda untuk membayarnya di rumah. Razak Baginda pula mengupah seorang penyiasat peribadi, P Balasubramanian untuk membantu beliau menghalang Altantuya sementara beliau menghubungi Azilah untuk meredakan keadaan.

Pada mulanya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan tersebut. Kedua-dua polis itu adalah sebahagian daripada skuad elit manakala Razak Baginda adalah bekas pensyarah di Kementerian Pertahanan dan juga penganalisis politik. Razak kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan tanpa memanggil pembelaan beliau. Ini juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menguatkan persepsi bahawa orang yang berkuasa seperti Najib yang pada masa itu adalah timbalan perdana menteri terlibat dalam konspirasi tersebut.

Melambatkan kes supaya ia tidak menarik perhatian rakyat sebelum PRU 13


Kelambatan untuk memperdengarkan rayuan dilihat sebagai usaha mengelakkan Najib daripada

dimalukan sebelum PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.Menurut Kuldeep, dokumen mahkamah dihantar kepada beliau mengikut peringkat selaman 6 bulan dan ia menyebabkan kelambatan.

Sementara itu, peguam Sirul, Kitson Foong mengatakan bahawa tarikh kes didengar semula akan ditentukan mahkamah sebaik sahaja semua dokumen sudah lengkap. Kitson juga mengesahkan rayuan untuk Sirul telah difailkan dan beliau memikirkan untuk membuat rayuan untuk banyak sebab.

Dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua lelaki terbabit. Hakim Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan kedua-dua mereka hanyalah semata ‘menyangkal dan menyalahi antara satu sama lain’.

Malaysia Chronicle

KERETA DI MALAYSIA LEBIH MAHAL 44% DARI THAILAND


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura.Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI) di sini.''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.
''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau

Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.

Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini.

Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.

''Bagi perspektif di luar negara, secara realitinya seseorang individu ingin membeli kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.''Pengangkutan awam merupakan pilihan tetapi memiliki kenderaan sendiri adalah lebih selesa,'' ujarnya.

Walaupun begitu, MAI telah melakukan analisis mendalam bagi menilai kos penyelenggaraan kenderaan berbanding kos kenderaan baharu.Kos-kos tersebut meliputi yuran pendaftaran, bayaran premium insurans, cukai jalan dan bahan bakar.

Setiap kos tersebut dipanggil sebagai Kos Pemilikan Kenderaan (CVO).
Madani berkata, kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.

Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.

Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina

13 Februari 2012

EMPANGAN BAKUN TIDAK SELAMAT?

Permohonan Maaf BBC Mempertahankan Sarawak Report, Tetapi Bagaimana Dengan Bakun?
Oleh: sarawakreport.org

Lidah Barisan Nasional, seperti Borneo Post, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menafikan integriti Sarawak Report and kesemua hasil siasatan kami, yang telah mendedahkan rasuah di sebalik kemusnahan hutan Borneo dan orang-orang asli yang menghuninya.

Kami dikatakan mempunyai “agenda-agenda tersembunyi” dan dituduh mengeluarkan maklumat-maklumat tidak berasas berdasarkan “sumber-sumber yang meragukan untuk membuat kenyataan dan tuduhan yang salah”.


Seperti yang pernah kami dedahkan, perkhidmatan FBC Media pernah digunakan oleh Abdul Taib Mahmud dengan bayaran sebanyak USD$5 juta kontrak selama setahun, khasnya untuk menangkis tuduhan-tuduhan kami. Ianya telah menjadi sebahagian besar dokumentasi kami yang mendedahkan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Taib Mahmud. Jadi, siapakah yang akan anda percaya, pihak BBC atau Borneo Post? Dalam permohonan maaf secara meluas di seluruh dunia, yang dikeluarkan sebanyak empat kali BBC World Channel (hari Sabtu) dan dijangka dapat diikuti oleh lebih kurang 300 juta penonton, BBC telah mengakui bahawa sumber maklumatnya adalah FBC Media yang disewa oleh Taib Mahmud dan Najib Razak untuk mengeluarkan propaganda palsu pada rancangan-rancangan berita seperti kebiasaannya.

Penemuan oleh BBC itu pada mulanya berdasarkan maklumat yang kami keluarkan menerusi Sarawak Report (dan seterusnya yang telah kami salurkan kepada akhbar The Independent di UK) yang mengatakan bahawa pejabat Perdana Menteri telah menyewa dan membayar FBC Media sebanyak RM94 juta untuk mempromosikan perjalanan parti Barisan Nasional dan industri minyak kelapa sawit dalam siaran berita, menunjukkan FBC Media menerbitkan berita-berita seperti itu untuk BBC, CNBC dan juga CNN. Badan pemantau media UK, Ofcom, kini sedang menjalankan siasatan mereka terhadap isu-isu itu. Namun BBC telah bertindak cepat dengan mengisytiharkan bahawa ianya telah digoda dengan bayaran perkhidmatan penerbitan berita yang amat murah yang ditawarkan oleh FBC Media mengenai berita-berita di Malaysia dan kemudiannya, Sarawak.

Rancangan-rancangan berita berharga RM5!

Sementara itu, sebagai tanda kurangnya integriti mereka, pada mulanya FBC Media telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka melakukan kerja untuk Taib dan Najib. Menurut syarikat guaman yang mewakili mereka, syarikat Peter Carter Ruck, mendakwa FBC Media “tidak pernah berurusan dengan mana-mana kerajaan, termasuk Malaysia”!

Dakwaan mereka itu amat bercanggah dengan dokumen-dokumen dalaman yang didedahkan oleh Sarawak report, termasuk slaid-slaid persembahan berformat PowerPoint oleh FBC Media.

Jadi, apabila kita bercakap mengenai integriti dan kesahihan berita, adakah anda percaya akan Borneo Post, FBC Media dan media-media kawalan kerajaan Malaysia yang lain, atau adakah anda percaya pada Sarawak Report dan BBC?

Soalan-soalan untuk CNBC dan CNN

Sarawak Report kini mempunyai bukti-bukti yang menunjukkan bahawa CNBC bukan sahaja menggunakan perkhidmatan penerbitan FBC Media yang amat murah, namun sebaliknya ia telah mengenakan bayaran ke atas FBC Media kerana menggunakan platformnya untuk mengeluarkan berita, seperti World Business, untuk mempromosikan kliennya. CNBC seharusnya membayar FBC Media untuk mengeluarkan ‘berita-berita editorial dan hal ehwal semasa’, tetapi sebaliknya mereka meminta FBC Media membayar mereka sebanyak RM10 juta! Sementara itu, CNN masih cuba tidak mengendahkan bukti-bukti berkaitan rasuah yang menyelubungi penyiar kegemaran mereka John Defterios, yang telah bertugas selaku Presiden FBC Media bertahun-tahun lamanya.

Empangan Bakun

Jadi, apabila menyentuh soal integriti laporan yang berasaskan bukti-bukti, adakah anda percaya akan BBC dan Sarawak Report, atau Borneo Post, yang telah menuduh Sarawak Report secara melulu menyiarkan berita palsu mengenai pembinaan empangan Bakun?

Pihak kami telah mengeluarkan bukti berbentuk video yang disalurkan oleh staf senior di Bakun, yang menyatakan kerisauannya mengenai kegiatan penjimatan kos yang dilakukan oleh para pekerja pada empangan itu, termasuk menambah kuantiti air ke dalam campuran konkrit yang digunakan untuk membuat struktur utama empangan itu.

Sarawak Report tidak mengatakan bahawa empangan Bakun itu merbahaya dan kami juga tiada bukti untuk mengesahkan khabar angin yang mengatakan terdapat rekahan-rekahan pada permukaan konkrit di situ adalah benar.


Syarikat Hydro-Tasmania

Syarikat Hydro-Tasmania juga amat berminat untuk membina lebih banyak empangan yang Taib harapkan untuk menenggelamkan bumi Sarawak dalam beberapa tahun akan datang untuk kepentingan projek gergasinya, ‘Score’.

Dan, di Tasmania sendiri, syarikat Hydro-Tasmania juga disokong oleh sekumpulan ahli politik, yang telah sepakat menyokong syarikat Ta Ann milik sepupu Taib, Hamed Sepawi, dalam kegiatan mereka membalak di kepulauan itu, walaupun tunjuk perasaan dan suara-suara risau orang-orang tempatan sudah kedengaran.

Jika para pemerhati telah menunjukkan keresahan mengenai wujudnya urusan keluarga Taib di Tasmania, adakah syarikat Hydro-Tasmani sesuai dan berobjektif dijadikan pakar untuk menguji tahap keselamatan empangan Bakun?

Bukti dan maklumat adalah apa yang amat diperlukan, bukannya penafian dan pembidasan.

Sumber: http://www.sarawakreport.org/ms/2012/02/permohonan-maaf-bbc-mempertahankan-sarawak-report-tetapi-bagaimana-dengan-bakun/

PENYENARAIAN FGVH : 23 RIBU KAKITANGAN FELDA BANTAH



Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Hari ini, 23,000 ribu kakitangan Felda yang dahulunya agak sinis dengan kita, kontra dengan kita, (tetapi) hari ini pada saya, mereka mempunyai kecenderungan kepada kita," kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.

Menurutnya, hakikat bahawa Felda akan mengalami defisit antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion

apabila disenaraikan serta 'penyingkiran' pengarah besarnya Datuk Zulkifli Wahab dan timbalan pengarahnya Abidin Abdul Rahman dari agensi itu, menambahkan lagi kemarahan kakitangan berkenaan.

Mazlan menyifatkannya hal demikian sebagai "satu perkembangan positif" yang menunjukkan kakitangan Felda kini bersama ANAK memperjuangkan penentangan terhadap cadangan penyenaraian itu.

Mazlan mengakui sebelum ini, umumnya kakitangan Felda "tidak selesa" dengan kehadiran ANAK apatah lagi menganggap NGO itu "menyusahkan mereka" susulan siri-siri saman, laporan polis, aduan kepada Suruhjaya Pecegahan Rasuh Malaysia (SPRM) dan Suhakam yang dibuat berhubung isu berkaitan Felda.

Tidak selesa

"Mereka tidak selesa dengan kita. Walaupun apa yang kita buat ini, untuk kepentingan warga Felda. Mereka tidak selesa sehinggalah bila timbul isu penyenaraian ini," katanya ketika ditemubual dengan Malaysiakini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa pegawai Felda termasuk dua pegawai tertingginya - Dzulkifli (kanan) dan Abidin - tahu bahawa Felda bakal mengalami defisit pendapatan - selepas penyenaraian - setelah perkara itu dibentangkan pada mesyuarat ahli lembaga pengarahnya.

Bahkan, Mazlan mendakwa pendapatan yang diperolehi Felda selepas penyenaraian itu, sebanyak RM508 juta setahun dan hanya cukup untuk membayar gaji kakitangannya. Unjuran pendapatan asal adalah sebanyak RM2.4 billion setahun.

"Jadi mereka akan berdepan dengan satu keadaan yang sukar, apabila hilang pendapatan yang sebegitu, (berbanding) dengan perbelanjaan pembangunan yang besar di Felda.

"Jadi bila begini keadaaannya, jadi timbul satu keresahan, kebimbangan, tidak puas hati, bantahan di kalangan kakitangan Felda dengan penyenaraian (itu).

"Yang membawa, sebagai orang nombor satu Felda Datuk Dzulkifli, tentulah, saya berkeyakinan, beliau mempersoalkan kepada (Pengerusi Felda) Tan Sri Isa (Samad) (kiri), di mana nak cari duit dengan defisit (itu)," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa hal yang demikian itu menyebabkan Dzulkifli diarahkan bercuti sambil belajar selama kira-kira lapan bulan dan Abidin yang juga setiausaha Koperasi Pemodalan Felda (KPF) dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mengulas perkembangan terkini Dzulkifli, Mazlan berkata beliau "tidak nampak" mengapa pengarah besar Felda itu diarahkan bercuti sambil belajar sedangkan, beliau kini sudah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif dalam Felda.

Proses penyingkiran

Mazlan mendakwa tindakan itu sebagai "proses penyingkiran" Dzulkifli sebab beliau dianggap "halangan" penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia.

Walhal Dzulkifli, kata Mazlan "adalah orang yang sangat taat dan tidak pernah membuat kenyataan bercanggah dengan kerajaan.”

"Jadi (saya) tidak nampak, kenapa orang yang begitu taat, dalam bahasa mudah, 'disembelih' oleh kerajaan," kata Mazlan yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor.

Diminta menjelaskan latar belakang FGVH yang sebelum dicadangkan untuk disenaraikan di bursa saham, Mazlan mendakwa syarikat ini "bermasalah dan tidak punya apa-apa" melainkan mempunyai sebidang tanah seluas 42 ribu hektar di Indonesia.

Katanya, FGVH merupakan anak syarikat pelaburan baru Felda yang baru muncul sekitar lima tahun dan diberi kepercayaan untuk melabur di luar negara melalui syarikat mereka antaranya di Amerika, Kanada dan China.

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa bila pelaburan di luar negara beroperasi, dalam tempoh sekitar empat tahun, kerugian yang dicatatkan sebanyak lebih kurang RM500 juta dan ia dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memberi kepercayaan untuk menyenaraikan syarikat itu ke bursa saham dan membenarnya menyerap syarikat yang jauh lebih maju, Felda Platation dan KPF untuk tujuan berkenaan.

"Ini menjadi satu tanda tanya, mengapa memilih FGV. Jadi dengan kegagalan FGV ini, tentulah persepsi orang ramai, termasuk warga Felda, jangkaan-jangkaan buruk yang boleh sahaja berlaku, dengan prestasi yang buruk dan trek rekod kegagalan sebelum ini," katanya.

Agenda kaut keuntungan


Mazlan mendakwa berdasarkan maklumat terbaru, penyenaraian ini lebih kepada "satu agenda untuk mengaut keuntungan daripada pencapaian yang dirasai Felda dan kepentingan yang ada dalam agensi itu" melalui tanah Felda Plantation seluas 360,000 hekter dan Koperasi Permodalan Felda.

Katanya, tanah yang diletakkan di bawah Felda Platation disifatkannya "sudah cukup besar dan mengalahkan institutsi peladangan swasta yang ada" adalah dimiliki oleh Felda dan bukan atas nama peneroka.

"Jadi, mereka mudah untuk membawa Felda Plantation untuk disenaraikan. Mereka tidak letakkan tanah peneroka Felda sebab saya berkeyakinan, jika mereka meletak atas nama peneroka Felda, mereka akan menerima tentangan yang sangat kuat," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa turut diheret bersama dalam penyenaraian itu adalah KPF yang merupakan koperasi terbesar di Malaysia di mana perolehan mereka pada hampir RM12 billion pada 2010.

"(Antara) 3,840 koperasi di Malaysia, tidak ada sebuah koperasi pun yang boleh memberi saingan dari sudut perolehan tahunan yang dimilliki oleh KPF.

"Jadi inilah koperasi yang hendak diheret dengan tanah tadi untuk dibawa ke penyenaraian di bawah Felda Global Venture," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...