langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

14 November 2010

Surat Terbuka Buat DS Anwar Ibrahim


Surat Terbuka Buat DS Anwar Ibrahim- luahan hati reformis
Surat Terbuka Buat DS Anwar Ibrahim
Ini adalah luahan rasa seorang sahabat yang pernah rapat dengan keluarga DSAI sendiri, beliau menulis berdasarkan pengalaman dan bukannya menulis berdasarkan pandangan dari jauh.. .dan menulis sebagai Ahli PKR bukannya menulis sebagai penyokong PR


Assalamualaikum

Kehadapan dato seri saya sentiasa mengharapkan (saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain) Dato Seri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga Dato Seri dalam keadaan aman sentiasa. waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan.walaupun bekas boss boss saya yg besar besar tu.

Dato seri, sejak Dato Seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil pegang pada janji jamil.

Seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. bukan kerja jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia .


Siapalah jamil? tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.



Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri.

Jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.

Dato seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, barua umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel.. tak mahu dengar.. adakah Dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional ,



Dato seri saya sendiri banyak kali komen di blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang.

UMNO ke, PAS ke , PKR ke semua Melayu so kalau nak jadi pemimpin Melayu kena ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi.

Saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan perdana menteri. bukan, saya kenal Nurul Hana tu dari dato seri di tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam Saiful , Rahimi , bekas banduan yg kami tak kenal langsung Dato seri jaga... ini di namakan pemimpin melayu?

Dato Seri cuba fikir sejenak, kenapa semua orang marah kan Azmin Ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di Sungai Petani , ingat konvensyen di Kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan Azmin.

Beberapa tahun Dato Seri dalam penjara Azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak bebas , orang dha tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang.

Saya tahu kerana beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa dan hariraya. orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami terima.


Disebelah perempuan rumah dato seri yang saya paling rapat saya
tidak di benarkan masuk atau mengambil gambar. di tahan di herdik.


Di sebelah lelaki yang saya langsung tak kenal saya di benarkan mengambil
gambar malah di beri tugas menyambut tentamu tetamu vvip dan vip.

Bila Dato Seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin untuk rapat dgn dato seri.

Hariraya pertama dato seri di rumah semuanya di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin. apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong azmin.

Kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno. beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat.

Adakah azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

Dato seri kata dato seri tak campur. kak wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga dato zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. sdr mustafa kamil ayub salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan , ini sudah lain.

Masakan dato seri tak nampak. atau dato seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat dato seri ingat kalau dato seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi kedua. reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. demi keadilan sejagat. kali kedua. no way.

Mampukan azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan. sebab nanti akan ada yg kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. so nak suruh kita sokong keluarkanlah wang. kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999. ingat tu. tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada azmin. come on dato seri. soalan saya satu je dato seri . dato seri nak jaga yg 1 ka atau yg 100.000 .azmin kata dia tidak akan ikut kata zaid atau mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli.tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yg dah di beli????

Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara. ambillah tindakan segera kalau perlu buat pengundian sekali lagi demi parti buat . kalau betul sayangkan parti buat.jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesensaraan, kesusahan yg kami tanggung.

Kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. pemimpin tak mengapa sebaba da separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan buat. back up kak wan untuk buat keputusan. kami akan menyokong dan mendokong demi parti. buatlah segera dato seri , buat Yb azmin jangan ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup.saya tak pandai kona-kona dalam berkata.

Saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. bukan parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. so for me is nothing. saya aktif dalam keadilan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri.

Saya tak kata Dato zaid bagus ,tapi saya kenal Azmin dari era reformasi ok. saya ikut setiausaha agong pertama en Anuar tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun. tentu banyak yg saya tahu dan dengar. kami ada mata dan melhat.

Kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka. saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

Saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan .satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.


Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail ( jamilkucing) .

Penawaran lebih dari penghunian: Pembinaan menara 100 tingkat tidak praktikal


Penawaran lebih dari penghunian:
Pembinaan menara 100 tingkat tidak praktikal

Neo Chee Hua | Nov 11, 2010 08:07:45 pm

Lebih 200 ribu pengguna laman sosial, Facebook menyertai page "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" - hanya dalam tempoh dua minggu selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka, ketika membentangkan Belanjawan 2011. Menara 100 tingkat ini dijangka siap bina pada 2015, oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Kos RM5 bilion bukanlah sesuatu yang sukar untuk PNB yang bermodal besar. Menurut laporan kewangan tahunan 2005 (laporan terbaru yang disiarkan di lamannya), syarikat pelaburan berkait kerajaan (GLIC) ini memiliki wang tunai berjumlah RM1.1 bilion, keuntungan bersih tahunan sebanyak RM575 juta, dan keuntungan tertunggak setinggi RM8.9 bilion. Malah, angka kewangan ini berkembang dalam jangka lima tahun kebelakangan ini.

Namun demikian, kemampuan untuk membina dan keperluan untuk membina adalah persoalan yang berbeza. Dua persoalan pokok di sini,

Persoalan pertama, pembinaan menara 100 tingkat ini lebih memberi makna dari segi praktikal, atau dari segi lambang? Jikalau jawapannya praktikal, apakah ia bermakna ruang pejabat Kuala Lumpur tidak mencukupi sekarang? Atau, apakah kerajaan meramalkan bahawa keperluan penghunian akan melebihi penawaran dalam pasaran, untuk lima tahun yang akan datang?

Persoalan kedua, mengapa pembinaan menara 100 tingkat ini dipertanggungjawabkan kepada PNB? Apakah ia dipertimbangkan kerana kepakarannya, atau kemampuan kewangannya? Jikalau jawapannya kemampuan kewangan, ada tidak pilihan yang lebih sesuai? Atau, apakah terdapat agenda tersirat di sebaliknya?

Lebih penawaran daripada penghunian

Biar kita mengandaikan bahawa perancangan kerajaan ini dibuat untuk membawa makna dari segi praktikalnya, iaitu untuk menyelesaikan masalah pasaran pejabat di ibu negara. Namun, Kuala Lumpur tidak berdepan dengan masalah hilang imbang dalam pasaran, di mana keperluan penghuniannya melebihi penawaran, sebaliknya apa yang berlaku adalah lebih penawaran daripada keperluan.

Menurut perangkaan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), ruang pejabat (kerajaan mahupun swasta) yang sedia ada di Kuala Lumpur mencatat 6,751,659 meter persegi, namun kadar penghuniannya hanya mencecah 80.5% (atau 5,436,144 meter persegi). Dengan kata lain, pasaran ruang pejabat di Kuala Lumpur mempunyai kekosongan 19.5% (atau 1,315,515 meter persegi).

Seandainya ditumpukan dengan lebih khusus kepada pusat bandaraya Kuala Lumpur, maka kita akan mendapati ruang pejabat yang dikosongkan adalah setinggi 26.6%, sehingga September 2010.

Perlu diingatkan bahawa perangkaan ini belum termasuk ruang pejabat yang sedang dibina sekarang, dan bakal memasuki pasaran dalam tempoh tiga atau empat tahun yang akan datang. Menurut statistik NAPIC, bekalan baru yang bakal disediakan dalam pasaran mencatat 967,135 meter persegi (atau 20 buah bangunan pejabat). Antaranya, 795,372 meter persegi (atau 17 buah bangunan pejabat) dalam pembinaan, dan 171,763 (atau 3 buah pejabat) baru sahaja dimulakan pembinaan.

Keadaan lebihan penawaran semakin ketara

Dari sudut penawaran, Kuala Lumpur langsung tidak memerlukan Menara 100 tingkat. Tiada makna dari sudut praktikalnya yang dibawa Menara 100 tingkat ini, sebaliknya menjadikan masalah kekosongan ruang pejabat yang lebih ketara, terutamanya di pusat bandaraya.

Di samping itu, dari segi nisbah penghunian pejabat, antara 1998 hingga September 2010, penawarannya bertambah 2,083,278 meter persegi, atau bersamaan dengan 160,252 meter persegi setiap tahun. Namun, dalam tempoh yang sama, penghunian pejabat hanya bertambah 1,603,826 meter persegi, atau 123,371 meter persegi setiap tahun. Jelas, kadar penawarannya lebih tinggi berbanding kadar penghuniannya di pasaran.

Justeru itu, seandainya Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, pelaburan swasta dalam negeri yang mekar, malah kemasukan pelabur asing (syarikat transnasional mendirikan cawangan atau pusat perkhidmatan serantau-nya di Kuala Lumpur) yang berpusu-pusu, barulah permintaan ruang pejabat melonjak dengan kadar yang besar pada masa depan. Dan hanya dengan inilah kerajaan boleh mendakwa bahawa mereka membina Menara 100 tingkat untuk memenuhi keperluan masa depan.

Seandainya diimbas zaman sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, Malaysia pernah mengalami pertumbuhan ekonomi yang memeranjatkan, puratanya 9.1% setiap tahun dari 1990 hingga 1997. Malah, pelaburan swasta mencatat pertambahan purata 16.2% setiap tahun dalam tempoh yang sama. Dalam suasana sebegini, penghunian pejabat di Kuala Lumpur melambung dari 93.8% pada tahun 1990 kepada 98.1% pada tahun 1997.

Penggunaan Menara Petronas KLCC pada tahun 1998 boleh dikatakan meredakan keadaan di mana lebih permintaan daripada penawaran ketika itu.

Namun demikian, ekonomi Malaysia merudum selepas kemelut 1997. Malaysia hanya mampu mengekalkan pertumbuhan purata 5.5% setiap tahun, antara 2000 hingga 2008. Pelaburan bidang swasta mencatat kadar pertumbuhan kompaun tahunan (CAGR) yang merudum dari purata 16.2% setiap tahun (antara 1991 hingga 1997), kepada 1% (antara 2000 hingga 2008). Malah, pelaburan langsung asing (FDI) hanya mencatat purata 1% setiap tahun dari 2000 hingga 2007.

Suasana ekonomi yang suram menyaksikan penurunan kadar penghunian pejabat yang menjunam, di mana kadar kekosongan kekal di paras dua angka dari tahun 1998 hingga 2009, dan mencatat 19.5% pada September 2010.

Hanya jikalau ekonomi Malaysia pulih ke tahap sebelum krisis ekonomi 1997 dalam masa lima tahun ini, barulah kadar penghunian pejabat boleh ditingkatkan ke paras lebih 90%, malah menjangkau kemuncaknya 98.1% pada tahun 1997. Namun, seandainya kadar kekosongan kekal pada paras dua angka, maka bukan sahaja Menara 100 tingkat gagal memainkan peranan seperti Menara Petronas pada tahun 1998, malah akan menjadi beban yang mengakibatkan penawaran lebih daripada keperluan.

Projek "Gajah Putih"

Walaupun kerajaan Najib cuba melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang dikatakan bakal mengunjurkan pelaburan sejumlah USD444 bilion melalui 131 EPP dan 60 peluang niaga di bawah 12 NKEAs. Namun, perubahan ini memerlukan syarat ekonomi dan politik yang baik.

Misalnya, ranking Malaysia menunjukkan pola menurun, ketika Bank Dunia mengumumkan kedudukan negara mengikut kemudahan berniaga (The Ease of Doing Business) pada tahun 2010 - dari prosedur untuk memulakan perniagaan, melaksanakan perjanjian dan sebagainya. Walaupun Malaysia berkedudukan ke-23 antara 183 buah negara, namun kemudahan untuk berniaganya tidak begitu baik, berbanding dengan pesaing negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

Pada masa yang sama, senarai yang sama diumumkan Forbes pada tahun 2010 pula, menyaksikan bagaimana Malaysia menurun dari kedudukan ke-25 pada tahun 2009, hingga ke-31 pada tahun 2010. Sembilan daripada 11 perkara yang dinilai menunjukkan Malaysia mundur ke belakang. Ini belum lagi termasuk indeks rasuah yang jatuh dari ranking 38 kepada 45, birokrasi yang menurun dari 42 kepada 66 - yang sememangnya merumitkan lagi prosedur dan membebankan kos berniaga.

Mustahil pelaburan swasta dalam negeri dan asing kembali ke paras sebelum krisis ekonomi tahun 1997, melainkan seandainya perubahan keseluruhan dilakukan dalam masa lima tahun ini. Dari angka-angka yang dinyatakan di atas, pembinaan Menara 100 tingkat ini hampir tidak membawa apa-apa makna dari segi pratikal, melainkan sekadar menyuntik semangat "Malaysia Boleh!"

Protes Cabang Kuala Nerus

Protes Cabang Kuala Nerus

KENYATAAN MEDIA
Sabtu 13hb November 2010.
Kami amat menyesali dengan tindakan ini tetapi demi mempertahankan prinsip keadilan, prinsip yang diyakini bahawa kami dipihak yang benar dan Setiausaha Agung (Saifudin Nasution Ismail) serta pihak JPP dan Jawatankuasa Disiplin telah, dengan sengaja, mengkhianati dan menzalimi kami dengan sokongan tangan-tangan ghaib diperingkat pusat yang sejak dari mula lagi terlibat dengan manipulasi dalam urusan Pemilihan Cabang.

Setelah Setiausaha Agung, Saifudin Nasution Ismail mengambil alih mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Jawatankuasa Disiplin PKR yang asalnya diketuai oleh Dr. Molly Cheah dan dianggotai oleh diantaranya Malek Hussain, Sabaruddin, Raden Shamsul Akmar, beliau membuat keputusan untuk mengadakan semula Pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) di Cabang Kuala Nerus dengan memasukkan semula nama calon Ketua Cabang iaitu Muzafeq yang mana sejak dari mula lagi telah dibatalkan oleh JPP kerana penama tersebut hilang kelayakkan oleh sebab-sebab seperti yang telah dimaklumkan dalam lampiran bukti ‘Borang Bantahan Pencalonan’ tempohari. Dan Jawatankuasa Disiplin pula tidak mengambil sebarang tindakan keatas individu-individu yang terlibat memulakan serta melakukan pergaduhan dan kekecohan pada Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan tersebut, pihak Pengawas Pemilihan JPP yang telah dihantar oleh PKR Pusat seramai (4) empat orang yang diketuai oleh saudara Faizul Latif, telah dengan sengaja tidak melapurkan kejadian dan situasi sebenar kepada Pusat, dan telah membuat keputusan yang amat tidak rasional dan diluar autoriti beliau (kerana telah diugut) sepertimana yang telah diarahkan oleh Raden Shamsul Akmar (SUK Pusat cum Penyelaras JPP). Ini adalah satu agenda JAHAT DAN KHIANAT yang telah dilakukan oleh mereka. Semoga mereka yang terlibat dilaknat Allah swt. Kami sedikitpun tidak akan Redha dengan perkara ini.

Setelah Surat Protes Rasmi yang menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di MATC pada 25hb September yang lalu dan Lampiran Laporan Polis yang telah dibuat, pihak SUA dan JPP telah tidak mengambil kira aduan tersebut dan ini merealisasikan sikap sebenar mereka dan ‘double-standard’ yang diamalkan oleh individu oportunis dan hipokrit di Pimpinan Pusat yang didalangi sepenuhnya oleh Saifuddin Nasution Ismail (SUA) .

Sebagaimana kenyataan media dari JPP pada 29hb September 2010 oleh Dr.Molly Cheah dan arahan dari Presiden bahawa JPP akan bertindak tegas dan memecat ahli yang terlibat mencetuskan kekecohan dan pergaduhan pada MATC lalu nampaknya hanya retorik semata-mata.

Majlis Pimpinan Wanita dan seluruh Jawatankuasanya yang berhak hadir dalam MATC telah memutuskan untuk tidak bersetuju diadakan semula Pemilihan di MATC kerana mereka mengalami kesan trauma dengan keganasan yang dicetuskan pada hari tersebut.
Kami berpendapat pihak SUA dan JPP serta mana-mana individu yang terlibat, telah meremeh dan merendahkan minda, moral dan maruah kami. Kami rasa perjuangan menegakkan keadilan dinegara ini tidak akan terlaksana selagi golongan opportunis seperti ini terlibat didalam PKR yang mana individu-individu ini hanya muncul apabila tiba masa memungut, merampas hasil titik peluh, jerih payah yang telah disemai,dibaja dan dituai oleh kami sejak dari zaman reformasi lagi.

Oleh itu, diatas sebab persoalan tentang ketelusan, kepincangan dan berat-sebelah pihak Pusat, kami seluruh Pimpinan dan Jawatankuasa Cabang, bersama dengan seluruh Pimpinan Wanita dan AMK, dengan berat hati mengisytiharkan Perletakan Jawatan dalam Parti peringkat Chabang berkuatkuasa serta merta dan memutuskan untuk menarik diri dari bertanding semua jawatan dalam Pemilihan Chabang dan menyerahkan urusan pentadbiran Cabang Kuala Nerus kepada Majlis Pimpinan Negeri Terengganu.
Lawan tetap Lawan.
Sekian.

Wan Bukhari Wan Mohamad.
Keahlian No. T030000378.
(Ketua Cabang Kuala Nerus).

Raduan Bistaman.
Keahlian No. T030000390.
(Setiausaha)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...