27 Jun 2009

Najib dan Umno boneka Singapura?


Setelah membaca posting bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamada yang bertajuk "Tambak Johor," dari kefahaman saya kutu tercicir sekolah menengah ni, para pemimpin Umno yang menerajui kerajaan hari ini menjadikan Malaysia dijajah Singapura. Para pemimpin Umno, sejak dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri hinggalah ke zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikannya, telah dan sedang meletakkan Malaysia sebagai tanah jajahan Singapura.Dr Mahathir menyatakan:

Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian Tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.

Semakin fahamlah saya yang kutu ini mengapa Umno tergelejat-gelejat menuduh Haji Mohammad Nizar Jamaluddin boneka DAP di Perak (lihat video-video mengenai boneka di sini). Rupa-rupanya mereka nak membodohkan rakyat supaya melupakan hakikat bahawa Abdullah dan kini Najib serta Umno yang mereka pimpin menjadikan negara yang kita cintai ini sebagai tanah jajahan Singapura. Rupa-rupanya ekor Umno sakan bergelumang taik.

Bukan saya yang menuduh Abdullah dan kini Najib serta Umno menjadikan negara yang kita cintai ini sebagai tanah jajahan Singapura, Dr Mahathir yang memberikan gambaran itu. Kalau anda marah atau tak setuju, pergi tanya Tun.

Siapa mahu memperkenalkan boneka Singapura kepada para pengundi Manek Urai?Berkaitan:Utusan Malaysia 12/6/09: Malaysia, Singapura sepakat jambatan ketiga (boneka Singapura takut nak bina jambatan bengkok?)Utusan Malaysia 15/6/09: Perbincangan akan diadakan (Kalau dah bersungguh nak bincang, memang beria-ia sungguhlah nak buat)Utusan Malaysia 18/6/09: Sultan Johor tidak setuju pembinaan jambatan ketiga (Tauge boneka Singapura disimbah air panas oleh Sultan Johor)Utusan Malaysia 19/6/09: Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketigaUtusan Malaysia 20/6/09: Jambatan ketiga ganggu operasi pelabuhan - MahathirPosting blog ini 11/6/09: Kenapa Singapura berminat jambatan ketiga?


Bacaan penting - saya ambil dari komen Anonymous nombor 18 dalam posting bertajuk "Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani":

ust mad awang kata "seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak ".siapakah orang itu?1. sudah tentu ‘tinggi’ dpd mad awang.2. tentu bukan tghh.3. mungkin nasha, mungkin kerana rasanya dia tentu tak tergamak nak cakap dgn mad awang. sbg ‘budak suruhan’ mungkin.4. mat sabu dgn husam? tak menasabah.5. sapa agaknya, agak je.6. dia mesti ‘didengari’ presiden. ‘nasihat’nya digunapakai presiden. dia rapat dgn presiden. dia kamcing dgn presiden. dia intim dgn presiden. lahir dari hubungan yang ‘established’, yang telah lama wujud.7. tghh dari pas terengganu walaupun dia presiden, sbg seorang yang menghormati kaedah berorganisasi, dia hormat ‘ketua’ dia di terengganu. pj pas terengganu. anak pak ali.

8. kedudukan anak pak ali diperkukuhkan lagi dgn “pengarah pilihanraya pas.” Sbg pengarah pr pas, dialah yang merancang ‘semua’ strategi. kelicikan anak pa kali dlm politik menjadikan dia ‘hebat’ merancang strategi. dari piliharaya umum kepada pilihanraya kecil kepada ‘ketuanan melayu’. anak pak ali bijak menggunakan segala kesempatan dan peluang untuk tidak sahaja memenangkan pas tetapi juga ‘ketuanan melayu’ yang dihidangkan kepadanya oleh pakar2 ‘ketuanan melayu’. peluang keemasan boleh duduk dlm kabinet mencairkan pegangannya. disokong pula dgn usianya serta lambatnya lagi pru13. projek “mee segera” ni perlu ditelah tanpa dirasa, dikunyah terlebeh dahulu.
9. selalunya, lumrahnya, apabila terjebak dgn pakar2 ‘ketuanan melayu’, lazimnya, ‘dollars and sens’ mengemaskan pembuka kata. sehingga ‘terperangkap’ dan tidak boleh gostan lagi. gostan pun jika dilakukan, adalah sebahagian dpd strategi oleh ‘ ‘strategi’ anak pak ali.
10. perancangan anak pak ali ni mungkin dah lama, cuma tidak disedari. menunjukkan hebatnya anak pak ali ni. seteru pas melihat potensi dalam tubuh badan nasha, lalu dia didampingi sehinggalah berjaya. potensi ini juga dilihat oleh anak pak ali. dia ‘menyediakan’ padang permainan politiknya. dia berjaya memoketkan nasha, yang telah berpinah ke timbalan presiden. kedua-dua presiden dan timbalan sudah dirantainya kemas2 sbgmana pakar2 ‘ketuanan melayu’ merantaikan dia.

11. ini semua hanya satu analisa berdasarkan kepada “punca masalah” yang telah dilalui pas dan yang berkemungkinan tidak padam selagi ‘strategi’ anak pak ali bernafas lega dgn kedudukannya kini sbg setiausaha agong yang ‘nasihat’ nya sudah diguna terimapakai sekali gus sudah dilihat kini mendasari politik pas. bak kata pak bakaq, “mengapa ulama mengalah kepada talabah”?

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

26 Jun 2009

REFORMASI MILIK RAKYAT

Melacak Reformasi
Oleh: Amin Ahmad

Sejak awal, saya telah menyatakan jelas bahawa sektor reformasi tidak hanya terletak pada parti politik. Meskipun kita harus meraikan kesediaan parti-parti politik menempatkan diri sebagai alternatif kerajaan memerintah, tidak wajar kita membiarkan segalanya diputuskan oleh parti politik. Dengan sektor bukan parti yang lebih kuat, kita bukan saja memaksa parti-parti politik arus reformasi untuk lebih serius, tetapi juga parti-parti pemerintah semasa. Justeru, ruang persaingan akan menjadi lebih terbuka.

Kenapa sikap ini penting? Kerana sejarah transisi kepimpinan itu tidak mudah. Dunia telah menyaksikan ramai tokoh perjuangan tersungkur saat beroleh kuasa. Mereka fikir bahawa kemenangan mereka beerti selamanya massa akan bersama mereka. Mereka gagal membezakan kebencian kepada kezaliman dengan keinginan kuat untuk menegakkan keadilan.
Jujurnya saya gembira dengan keputusan PKR untuk menurunkan had umur AMK kepada 35 tahun. Mungkin beberapa penggal lagi, had umur ini juga harus dinilai semula. Saya masih ingat semasa memperingati 5 tahun Reformasi, Khalid Jaafar menyatakan dalam majalah Siasah bahawa “…masa depan Reformasi bergantung kepada pemikir-pemikir mudanya”.

Sebagai anak muda, saya melihat persaingan adalah cukup kompetetif dan ianya sihat. Saya menemukan keghairahan untuk perubahan di kalangan rakan-rakan professional muda yang bersama UMNO. Meskipun di kalangan rakan-rakan dalam PKR masih wujud keghairahan ini, momentumnya saya lihat tidak seperti dulu. Saat PKR meraih laba dalam Pilihan Raya Umum ke-12, ada percaturan kuasa dan anak muda, sama ada dipinggirkan kerana ‘bukan dari kelompok tertentu’ atau ‘tidak kompromi’, ada yang membiarkan diri larut bersama percaturan ahli politik yang ‘tidak berapa muda’.

Dalam wawancara saya bersama UmmahOnline.com (boleh dirujuk di http://aminahmad.com) dulu, saya pernah ditanya “mestikah perjuangan rakyat diterajui oleh anak muda?”.
Jawab saya: “Soal pokok adalah perubahan…keyakinan kepada orang muda tidak Seharusnya sampai kita menafikan sumbangan kelompok orang tua. Soal siapa memimpin perubahan dan semangat zaman tidak semestinya orang muda tetapi sekiranya orang muda mahu memimpin perubahan dan semangat zaman..kita mesti berani bergerak dan membetulkan kesilapan kita”.
AMK sebagai lanjutan perjuangan Pemuda Keadilan era Reformasi 1998 berdepan dengan persoalan transisi fasa perjuangan. Saudara Ezam Mohd Nor, tanpa menafikan kapasiti beliau, lekas menempa nama kerana banyak didorong oleh faktor isu semasa yang rancak waktu itu. Saudara Ezam mungkin tak banyak memikirkan persoalan kualiti kaderisasi kerana penyertaan massa waktu itu bagai tidak tertahan.


Kualiti kaderisasi ini banyak merencatkan kepimpinan saudara Saifuddin Nasution saat beliau memangku kedudukan sementara saudara Ezam di-ISA-kan. Ia bukan salah sesiapa kerana sinergi memerlukan komitmen pelbagai, apatah lagi dalam realiti PKR kehilangan ramai tokoh utama waktu itu, risiko kehilangan tokoh lapis kedua juga sukar dibayangkan. Sementalahan pula, kita harus meraikan pendekatan kepimpinan yang pelbagai. Meski waktu itu laporan Seruan Keadilan menyatakan persepsi terhadap Pemuda Keadilan adalah di tempat tercorot, ia bukanlah tanda kekal kegagalan mereka. Saya tidak mahu membayangkan ‘arahan khusus’ dari tembok ISA oleh mereka yang sudah di’turn over’ agar kerjasama longlai diberikan kepada saudara Saifuddin Nasution. Mungkin saudara Ezam boleh memasukkan di dalam memoirnya kelak tentang keistimewaan membuat panggilan keluar pada waktu itu.

Kita harus berani mengakui bahawa kejayaan terhad Pakatan Rakyat telah menyaksikan bahawa persediaan yang ada belum cukup. Dalam forum Agenda Awani sempena muktamar PAS baru-baru ini, saya memberikan komentar jelas bahawa PAS (dan Pakatan Rakyat umumnya) harus lebih banyak menumpukan persoalan dasar. Saya pernah hadir ke Seminar First World Parliament anjuran DAP satu ketika dulu – ketika Profesor Syed Hussein Al-Attas masih hidup dan beliau turut membentangkan pandangannya. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa DAP jauh lebih serius untuk menggerakkan agenda rakyat di Parlimen.
Saya juga melihat sosok Dato’ Seri Anwar ikut perihatin agar Pakatan Rakyat bertindak sesuai sebagai ‘kerajaan menanti’. Kita boleh melihat bagaimana Dato’ Seri Anwar menggunakan kedudukan Ketua Pembangkang secara efektif, respon kepada isu semasa terutama persoalan ekonomi dan urus tadbir yang telus dan demokratik. Saya tidak memaksudkan PAS tidak serius, tetapi kupasan tokoh-tokoh utama mereka ternampak masih bersifat popular dan tidak cukup disaring. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada kumpulan yang dipanggil ‘Erdogan’ di dalam PAS. Merekalah yang berjaya mengangkat imej professional PAS yang serius meskipun saya melihat adanya kekangan dalam hal mempertahankan pendirian PAS sebagai parti dan perspektif mereka sebagai individu.

Dalam memperjuangkan reformasi, saya percaya perbezaan terbuka berkaitan idea di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat wajar dibenarkan. Apa yang penting ialah prinsip harus jelas dan konteksnya harus terarah.

AMK harus mengambil ruang yang ada ini untuk membangun kualiti ahli. Sekiranya PAS ada usrah untuk ahli, AMK juga boleh membangun modul asas pendidikan ahli. Kerencaman latar belakang ahli di dalam PKR harus dilihat sebagai aset, bukan liabiliti. Modul asas ini juga tidak harus rigid tetapi terbuka untuk dibincangkan. Pejuang reformasi wajib mampu mempertahankan idea kebebasan dan keadilan dari sudut pandang pelbagai.
Ingatlah! Kediktatoran, kezaliman, salah guna kuasa dan korupsi bermula dari kongkongan terhadap kebebasan dan pengabaian erti keadilan. Sekiranya Pakatan Rakyat mahu meneruskan sikap UMNO-BN, wajarlah nama Pakatan Rakyat ditukar kepada BN-Baru!

_Amin Ahmad, 27 percaya bahawa reformasi adalah milik rakyat – semua agama, semua bangsa dan setiap individu.

25 Jun 2009

REFORMIS ANDALAH HERO.. SEBENARNYA.

Reformis : Tiada mula, tiada akhirnya

Komen di hantar oleh Anon ...Disetiap perubahan bermula dengan reformis, orang yang membenci reformis atau dengan pelbagai andaian mereka, mereka sebenar tidak faham.Reformis dilabel itu dan ini, tidak mengapa, reformis dilabel pencari projek tidak mengapa. Tetapi bila musim pilihanraya yang nampak muka, muka reformis juga diharapkan kenapa?.Apa perlunya projek?

Apa kesan projek diperolehi oleh bukan yang pro PR? Yang jadi bila mereka dapat projek zaman PR mereka akan sabotaj, mereka akan menguatkan kubu, dan kembali menyerang kita. Apa salahnya menyerahkan projek kepada yang layak. Kenapa mereka yang layak, bila dilabel pro PR ditolak?. Tahukah nasib mereka ini zaman UMNO /BN? Sekarang ini ada penyokong PR yang sudah gulung tikar, zaman BN dapat juga mereka kerja walau berbagi dengan yang lain. Tetapi zaman PR langsung tak boleh cari makan.Yang tidak pernah buat kerja cari kerja jangan cakaplah. Saya pembangkang dulu lebih senang cari kerja dari kerajaan UMNO BN dari cari kerja zaman PR.

Padahal kami pendokong parti. Dulu zaman sebelum ini, ramai orang yang kerajaan, guru, orang kampong pun , tidak mahu pegang jawatan konon alasan cari makan, takut kena buang kerja dll..Puak reformis inilah yang keras kepala yang sanggup jadi pak sanggup.Jangan hina reformis. Jangan hina kami sebagai pencari projek, kami rasa terhina dengan labelan itu. Kami boleh hiduplah tanpa projek kerajaan tu. Kami lagi kuat semangat dari mereka hanya pandai cakap berjuang, hampeh duit Rm10 pun susah nak keluar untuk parti.

Puak reformislah yang bergadai bergolok, tahukah anda macam balik 3 4 pagi, tidak tahu anak isteri makan ke tidak kerana kerja untuk parti. Menyediakan pentas ceramah, hadir road show ceramah keliling malaysia.Merasalah anda dikejar, dibalon baton FRU, berarak ditengah bandar KL, main nyorok nyorok dengan polis SB dan FRU?.Jangan hina reformis, kalau pengecut duduk kat rumah gantung telur baik jadi pondan.


Kami bukan mahu balasan, tapi kami dihormati. Namun ramai yang tahu jaga harga diri, pergi secara senyap, walau orang tidak kenal tapi jasa mereka kearah perubahan amat besar.Zaman nabi pun ada reformis. Jangan samakan kami reformis yang kaki bogel ke apa.

Kamilah kaki perang yang sanggup perang jika dikerah.Harap perang dalam hati aje boleh blah lah...Jasa reformis, zaman reformasi (original) cukup besar dari 1998 hingga kini golongan inilah yang membuakkan semua jenis perjuangan yang seterusnya.Jangan lupa, tanpa mula tiada kini dan akhirannya.

wartamaya - Antara reformis dan ahli politikbezanya ...1) Berjuang dulu .... kemungkinan untuk jawatan dan imbuhan

2) Jawatan dulu .... kemungkinan untuk perjuangan dan keadilan.
Ramai yang pilih yang ke 2 rupanya .. maka ramai lah yang ambil kesempatan melalui satu satu kejayaan itu.

24 Jun 2009

BUJANG KULUP BERBLOG!!

Tuesday, June 10, 2008

KERIS !! OH KERIS

Sepatah kata Tan Sri Prof Emeritius Ismail Hussin : Perhimpunan membabitkan lebih 200 NGO di Johor Bharu, 2hb dan 3hb Mei di-laksana atas rasa tanggungjawab bagi memgembali perpaduan Melayu.
Segala ini mungkin selepas melihat kesan PRU 12. Berdasar pen-gakuan beliau, gagasan untuk mengadakan kongres itu bermula akhir Mac lalu di rumah GAPENA KL, selepas melihat secara lang-sung kesan keputusan PRU 12 mencetus banyak dilema dikalangan orang melayu (Berita Harian. Sabtu , Mei 2008).
PERSOALAN :
Selama tempoh 50 tahun, melalui 11 kali PRU dimana pembangkang tewas, ahli dan pengikutnya dinafi hak bersuara, berhimpun secara aman dan diperlaku sewenang sehingga ada yang terpenjara. Tan Sri ketika itu mulut seperti tersumbat, rumah GAPENA berkunci rapat. Hanya apabila sekali sahaja BN tidak selesa kerana undi merosot dan tewas dilima buah negeri (Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan) Tan Sri tidak semena bingkas bangun dari pertapaan panjang lalu bersuara lantang. Cuba-cuba kononnya men-jadi jagoan pembela melayu.
Bertemankan beberapa kerat penyokong purba UMNO, Tan Sri dan pengikut yang buta matakepala dan matahati berkokok menggam-barkan kepada rakyat umum seperti UMNO ITU MELAYU dan MELAYU ITU ADALAH UMNO. Tumbang UMNO tersungkur me-layu, hilang UMNO lenyaplah melayu.
Di sini aku lihat kebimbangan saudara Azizi Hj Abdullah mungkin ada kebenaran. GAPENA sekadar dijadikan alat.
Tan Sri menjadi pelengkap genderang perang politik pemimpin UMNO untuk terus dengan retorik ketuanan melayu dalam meraih simpati orang melayu sebagai usaha untuk terus berkuasa.Kebimbangan GAPENA tentang perpecahan melayu adalah kebimbangan UMNO berhadapan kebangkitan rakyat yang menjadi penghalang pemimpinnya terus menerus merampas hak yang menjadi habuan rakyat.
Ketuanan melayu seperti jenama dari produk UMNO yang perlu pada pengiklanan terus dalam membeli hati pengundi melayu yang berterangan sudah mulai muak.
MEMOHON MAAF
Sementara itu Datuk Sri Hishammudin Husin tidak semena ‘ memohon maaf ’ kepada bukan melayu dalam isu menghunus dan mencium keris pada Perhimpunan UMNO 2005 dan 2006 lalu. Alasan kemungkinan hakikat keadaan itu menjadi faktor menjejas prestasi BN dalam PRU 2008.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sinonim dengan ungkapan keramatnya ‘LANGKAH MAYAT DULU‘ rupanya sudah betul-betul jadi mayat disaat ajal belum pun tiba.
Dalam hubungan ini kaki pengampu tidak menganggap ketuanya telah berlutut sebaliknya mengakui ini sebagai kewajaran bertepatan dengan konsep setiakawan . Wah!..Wah!
KERIS adalah senjata pendek melayu, digunapakai oleh orang melayu sejak 600 tahun dulu.
Keris juga menjadi lambang kesatriaan. Keris melayu terbentuk dalam kepelbagaian bahan, miliki fungsi harga jatidiri, kuasa, kesak-tian, boleh membawa manfaat atau mudarat kepada pemiliknya.
Keris terpeteri daripada berjenis besi dengan sarung ukiran halus berbagai rupa mengikut kesesuaian guna oleh sukuan bangsa di segenap daerah rantau Nusantara.
HUNUS DAN KUCUP KERIS adalah budaya. Tanda setia, amanah menerima perintah atau melaksana tanggungjawab.
Keris milik Taming Sari tiada serasian, selepas jatuh ketangan Laksamana Hang Tuah, perajurit Jawa itu terbunuh. Ternyata kini KERIS PANCA WARISAN yang baru 2 tahun dilangir tidak tuah kepada bukan saja pemuda tetapi juga UMNO apabila kerananya diperlaku membawa musibah kepada UMNO dalam PRU 12.
Keris sebagai harta peninggalan sejarah sepatutnya tidak disalah tafsir.
Ingatan buat pemuda UMNO, keris tidak boleh dipermudah dengan sebarang orang boleh memakainya melainkan yang betul-betul berdarah melayu, memahami falasafah keris dalam tradisi, mengutama etika dalam pemeliharaannya.
Perhimpunan Pemuda UMNO depan, tentunya akan hilang serinya apabila tiada peragaan keris dihunus dan dikucup. Kerananya elok sangat KERIS PANCA WARISAN BERPINDAH TANGAN.
Calon cadangan Datuk Najib tentunya EZAM, calon pilihan Pak Lah pastinya KHAIRI, aku dan rakan-rakan tetap memilih MUKHRIZ.

Pun macamana sebelum turun ke gelanggang aku ingatkan Ezam Md Noor: Baki kotak-kotak pengisian maklumat salahlaku pemimpin yang disimpannya eloknya dibuka dahulu. Kalau tidak bersedia kandungannya diserah kepada Penyiasatan BPR kerana salah men-dedah rahsia rasmi kerajaan, eloknya minta izin ditanam di Pulau Batu Putih, sekadar untuk kenangan. Kotak-kotak (tong)nya hadiah sahaja pada Datuk Firdaus untuk ditendang-tendang ganti bola, dulukan dia pernah tendang tong.

BUJANG KULUB
Sebagai cubaan kepada Tan Sri salah seorang diantara ketua GAPENA atau pun Dato’ Mukhriz Mahathir. Dato’ Mukhriz mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi PM. Bujang lulusan sekolah atap sekadar tumpang sekaki :

Bersekongkol dengan pembunuh kalau belum lagi membunuh tidak boleh disabitkan sebagai PEMBUNUH (rujuk dalam kes Altantuya Sharibu).
Tidak adil mencurigai seseorang yang zahirnya baik hanya kerana disokong oleh seseorang penjahat.

Cakapan Dato’ …
Parti pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO kerana ahli UMNO tahu menguruskan parti sendiri.
Kita tahu ahli UMNO bijak mengurusnya. Manusia biasa tidak terkecuali dari kelemahan dan mungkin boleh menbuat kesilapan. Kesilapan dari bodoh sombong itu mampu menjadikan bahtera maksudnya negara tersasar dan pecah. Sedang orang pembangkang juga ada dalamnya yang pasti ikut menjadi mangsa

rujukan: dari blog http://www.bujangkulub.blogspot.com/

blogger ini dulu rajin menghantar surat layang atas nama bujangkulup sekarang ni
dah berblog satu kemajuan yang baik.

23 Jun 2009

MAKLUMAT YANG BAIK....

IRAN - SATU PANDANGAN

APA DIA YANG SEDANG BERLAKU DI IRAN SEKARANG

Adalah salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protest hanya tentang pilihanraya sahaja.Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.Adalah juga salah untuk mengatakan bahawa tunjukan perasaan ini antara gulungan liberal yang menentang gulungan konservatif/kolot. Hakikatnya ke dua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989.

Kemudian jawatan perdana menteri ini telah dilupuskan.Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush telah menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja kerja jahat terhadap Iran. Amerika telah menyokong kumpulan-kumpulan dan parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ini memang tugas kuasa imperial Amerika.Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad TIDAK pro Amerika. Ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.Amerika Syarikat masih dianggap sebagai Setan Dunia oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politik Iran secara terang terangan yang akan berani membuat dasar pro Amerika. Ini kerana sebab sejarah.Pada tahun 1953 Mohammed Mosaddeq telah menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memilik negarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeg akhirnya telah ditendang keluar. Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini adalah perancangan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang syarikat minyak Anglo-Amerika telah dibawa masuk kembali. Untuk gantinya Shah Ahmad Reza Pahlavi telah di nobatkan oleh CIA sebagai Raja sehingga tahun 1979 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.Ini fakta saheh. Pada 4hb Jun 2009 yang lalu Barack Obama sendiri telah mengakui pekara ini dalam ucapan di Cairo. Ucapan Obama kepada ‘warga Islam’ dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik kembali dengan Iran.Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran – Parsi. Mereka semua beragama Islam – Shiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni. Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya di jalankan ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?Semua analisa akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.Ahmadinejad mewakili gulungan bawahan – kaum tani di kampong-kampong dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini telah dimanifestasikan melalui organisasi Basij. Basij asalnya adalah kumpulan anak-anak muda kampong dan anak muda msikin kota yang di rekrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.Basij berasal dari kumpulan sukarela tetapi dua tahun lalu ianya telah diserap ke dalam pentabiran Ahmadinejad. Basij ini telah mendapat kontrek pembangunan, lesen-lesen dan menjawat lembaga-lembaga dibeberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad. Lembaga ini samalah seperti SEDC ( State Economic Development Cooperation) yang ditubuhkan oleh PM Razak Hussein dahulu.Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau Soldadu Penjaga Revolusi. Ini adalah pasokan soldadu yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini. Pasokan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran dibawah Shah yang banyak menjadi talibarut Amerika. Pasokan Pasdaran ini mendewasa di kancah perang Iran/Iraq.Basij dan Pasdran kini adalah asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin dalam kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama. Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri/borjuis nasional yang di wakili oleh Rafsanjani seorang multi bilionaire. Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika terhadap Iran.Rafsanjani towkay kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat di eksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran di dunia. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini adalah peniaga-peniaga China yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan. Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu kumpulan Bazaari ini telah menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.Kelas Bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Shiah yang berpusat di Qum. Mereka memerlukan satu sama lain. Gulungan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi/duit kelas Bazaari. Kelas Bazaari memerlukan fatwa untuk ‘menghalalkan’ apa sahaja perniagaan mereka - termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai ‘nikah sementara’.Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancung tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat di eksport. Kelas Bazaari/komprador - yang bergantung perniagan dengan peniaga luar - kini melihat barangan untuk jualan amat susah untuk di impot atau diekspot kerana sekatan ekonomi.Justeru amat jelas ada pertentangan kelas disini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang di wakili oleh Rafsanjani/ Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah/ state capitalism - yang diwakili oleh Ahmadinejad.Justeru ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan mazhab Shiah atau dengan agama. Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi. Jangan kita lupa - ada lagi satu kumpulan – kumpulan monarki – saki baki dari penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang mengelabah seperti polong tidak bertuan. Tuannya – Reza Pahlavi anak Shah – kini tinggal di Cairo kerana telah menjadi menantu Anwar Sadat.Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau di Country Height Kajang. Kumpulan ini berkumpul di bawah tv satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancar dari Cairo.Kelas feudal dan elit atasan – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton - ini tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang lenang bershopping dihujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu. Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Muhamad. Mereka melihat ‘gaya hidup’ mereka menjadi kacau bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.Jadi siapakah pula yang berdemo di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya? Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya. Mereka bersatu dibawah bendera dan slogan - Undur-Undur Ahmadinejad. Ini sama seperti slogan dizaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemo untuk menjatuhkan Mahathir Muhamad.Awas ! Dari semua kumpulan ekonomi ini adalah lagi satu kumpulan. Ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas. Mereka inilah yang gugur di tembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis rusuhan.Anak- anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah ‘penanam anggor’ yang tidak memiliki kerja dan masa depan. Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang menggangu gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga adalah Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran. Mereka sedang mendobrak segala nilai-nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster. Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapak saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan Sms dan Twitter. Mereka bermazhab Ali Shahriati. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che.Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran. Mereka ingin membebaskan Iran dari theocracy yang kolot.Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin mentuakan naluri muda mereka. Ditahap sejarah pada June 2009 ini - anak-anak muda ini sedang berpayung dibawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan oleh Mousavi.Untuk sementara waktu ini Ahmadinejad adalah Presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat dibawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang - tidak akan menggugat Iran. Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Iran memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Shiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati. Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 dahulu sebelum di ‘hijack’ oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun. Anak-anak muda dimana sahaja didalam dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ini adalah sifat dan naluri anak muda. Anak –anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu. TT - (tulisan ini boleh diambil untuk membuat yang baik)

MALAYSIA TERUS TERTINGGAL...DLM SEMUA ASPEK!!

Si Muda Jelita Manohara mengugat..

Oleh HASMI bin HASHIM

Manohara Pinot yang muda-jelita itu kini mendapat perhatian dan simpati besar di negaranya sejak pulang ke Jakarta. Beliau dilaporkan ‘lolos’ melalui Singapura kira-kira setengah bulan lalu.
Seraya tiba di Bandara (”bandaraya udara”, atau di Malaysia disebut “lapangan terbang”) Seokarno-Hatta petang itu, kelibat Manohara dikerumuni orang ramai. Beliau segera mendapat liputan, baik TV, radio dan koran (surat khabar) di sana. Mantan model 17 tahun yang kini agak tembam pipi dan sosoknya dikatakan membuat pendedahan dan laporan polis mendakwa dirinya dilukai zahir-batin sepanjang berada di “taman larangan Istana.”
Benar atau tidak kenyataan Manohara, tidak dapat terbukti sekarang dan tidak dapat disahkan hanya melalui tegang isang atau perang mulut di media antara Jakarta-Kota Bahru. Satu proses pengadilan terbuka wajar berlangsung demi melihat siapa benar, siapa salah. Namun, simpati terhadap si muda-jelita itu begitu meluas sehingga beliau ditawarkan berlakon sinetron (filem).
Saya sama sekali tidak mengerti bagaimana pemerintah Malaysia, iaitu orang politik yang berkuasa di negara ini, tidak berbuat apa-apa tindakan demi meredakan ketegangan yang timbul di kalangan rakyat kedua negara, termasuk rentetan isu Manohara. Karena dia muda belia, karena kecantekkannya, sudah tentu mudah dia meraih simpati sehingga beliau diajak berkempen dalam Pemilu oleh Yusuf Kalla bersama parti Golkar.
Memang benar mulanya kes Manohara bukan bersangkutan langsung dengan isu dan kepentingan politik pemerintahan kedua negara. Namun simpati rakyat Indonesia diam-diam kini bertukar menjadi kebencian terhadap seluruh “yang Malaysia.” Bukan hanya sekadar kebencian terhadap orang kenamaan dan pemerintah Malaysia, tetapi juga sudah mencetuskan rasa kebencian dan tidak selesa antara rakyat kedua negara.
Oleh itu, adalah wajar dan munasabah agar “isu Manohara” perlu segera ditangani secara “politik” sementara menunggu proses pengadilan kelak.
Cakap-cakap konfrantasi mulai muncul semula. Pekik “ganyang Malaysia” bertempik lantang dalam demontasi di hadapan Kedutaan Malaysia tempohari. Semua itu menandakan bagaimana isu Manohara, yang awalnya dianggap sebagai urusan dalam kain dan hal rumahtangganya bersama Tengku Temenggung Kelantan; perlu disedari yang isu tersebut juga sudah merebak dan muncul sebagai persoalan politik di kalangan massa.
Suhu mendidih ini ditambah dengan tuduhan pesawat tentera Malaysia memasuki ruang udara Ambalat–sehingga menyaksikan demontrasi yang saya sebutkan tadi, yang turut disertai Manohara.
Dalam kata mudah, pimpinan politik wajar mengambil sikap dan peranan yang wajar dan betul. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Luar sehingga kini hanya memberi kenyataan umum dan ringkas. Meminta rakyat kedua negara bertenang. Selain beberapa penafian kecil-kecilan bahawa tentera udara Malaysia tidak pernah menceroboh mana-mana ruang kedaulatan Indonesia.
Siapakah Hishamuddin untuk meminta rakyat Indonesia bersabar? Beliau bukan menteri dalam negeri Indonesia atau jamaah kabinet di sana. Beliau bukan menang sebagai wakil rakyat di provensi Tulungagung, Jawa Timur! Beliau adalah jemaah menteri Malaysia, yang sewajarnya tahu di mana sempadan negara. Dalam hal yang sekecil ini pun, Hishamuddin gagal untuk bercermin dan menyedari diri…
Apakah terlalu sukar untuk Malaysia segera mengirim menteri atau pasukan pegawai tinggi yang berwibawa ke sana dalam “misi keamanan”?
Apakah terlalu egoisnya kita sehingga terlalu payah untuk menghantar wakil dan mendengar sendiri buah butir daripada Manohara dan ibunya? Juga, bertemu menteri, bahkan presiden Indonesia sendiri (sekiranya perlu) bagi menerangkan dan berbincang tentang isu pencerobohan di Ambalat?
Kalau ada tuduhan bahawa kita sombong, mungkin sahaja benar kalau diukur dengan sikap menteri-menteri kita dan kelakuan kerajaan Malaysia amnya.
Menghantar pasukan dengan “misi keamanan” dan persaudaraan langsung tidak merugikan. Bahkan, kita akan dilihat lebih gentleman. Sikap sombong dan sambil lewa Pemerintah Malaysia, iaitu Kerajaan Barisan Nasional bukan baru, khususnya dalam beberapa sisi peristiwa dan kes yang bersangkutan dengan Indonesia, sangat dikesalkan.
Misalnya, isu undang-undang sebat yang dilihat tidak berperikemanusiaan juga menimbulkan kemarahan dan tersinggungnya rakyat Indonesia. Begitu juga isu lagu “Rasa Sayange”, selain kes wujudnya kezaliman dan penderaan tenaga kerja Indonesia yang melambak-lambak di negara ini. Bahkan, layanan di pusat-pusat tahanan pendatang tanpa izin juga begitu buruk dan mengecewakan.
Ada ulasan sewel yang menyebutkan bahawa kes pendedaraan terhadap pembantuan rumah hanya 0.3 peratus atau kira-kira 1,000 kes berbanding keseluruhan pembantu rumah yang ada di negara ini. Kes dera, sepertimana juga kes bunuh sama sekali tidak boleh diukur bersandarkan statistik.
Apakah kita boleh merelakan rakyat kita didera atau dibunuh seorang-dua!? Tentu tidak. Dan, membawakan perincian statistik adalah cara propagandis pemerintah yang seolah-olah mahu menunjukkan kes penganiayaan dan dera pembantu rumah Indonesia di negara ini adalah kes terpencil.
Di Malaysia, kes jenayah yang banyak dilakukan pendatang dari republik berkenaan juga sukar dinafikan. Namun itu bukan alasan untuk menambah lagi minyak di atas bara atau api yang sudah marak. Kita tidak akan berkompromi dengan siapa sahaja yang melakukan jenayah. Sama ada warganegara kita sendiri, mahupun orang luar. Itu prinsipnya.
Soal pemerintahan bukan hanya soal politik-kekuasaan, tapi juga menyangkut kecekapan mengawal dan mengurus krisis selain aspek “budi-bahasa” agar jelas disamping kita mempertahan prinsip, dalam masa yang sama bijaksana mengawal dan menyelesaikan krisis.
Inilah aspek kemanusiaan yang payah sekali dilihat dimiliki oleh pemimpin yang memerintah Malaysia selama ini. Sikap kepimpinan yang angkuh sebegini cukup merimaskan dan membuat rakyat kita seakan-akan menanggung malu.
Saya pernah dua kali ke Indonesia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya lihat sendiri bagaimana sikap bijaksana Anwar merungkai beberapa kekusutan kedua negara–meski beliau bukan lagi anggota jemaah menteri.
Antara lain, Anwar dengan tegas menolak undang-undang cabuk (sebat) yang diluluskan pemerintah Malaysia bagi menangani isu pendatang asing. Secara prinsipnya, undang-undang itu menurut Anwar adalah undang-undang lapuk dan tidak berperi-kemanusiaan. Beliau turut bercerita tentang pengalamannya melihat nasib banduan yang terhukum secara keterlaluan sewaktu beliau di penjara selama 6 tahun.
Begitu juga dengan isu “Rasa Sayange” di mana Anwar menyarankan agar dapat dikongsi keindahan lagu itu sebagai tradisi rakyat kedua negara. Soal ketulinan asal usul lagu itu bukan lagi persoalan pokok…
“Ya kalau Indonesia mahu mendakwa asal usul lagi “Rasa Sayange” itu dari Indonesia, saya terima saja,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh dan senyum para hadirin dalam Program Mengenal 100 tahun kebangkitan semangat nasionalis, di Malang, Jogjakarta tahun lalu.
Kenyataan dan hubungan langsung yang dilakukan Anwar sudah cukup untuk meredakan ketegangan dan rasa tidak selesa kedua pihak berhubungi isu berkaitan. Tentulah sikap dan kebijaksanaan sebegini sukar diharapkan wujud di kalangan pemimpin yang menghunus keris ke muka rakyatnya sendiri.
Lihat sahaja bagaimana cadangan untuk memberhentikan pembantu rumah dari Indonesia–cadangan yang kemudiannya akan merugikan rakyat kedua belah negara.
Betapa mudahkan majikan di negara ini selama ini karena tenaga kerja atau pembantu rumah dari Indonesia sediakala menggunakan bahasa yang serumpun dengan kita. Bayangkan, alangkah sukarnya kalau terpaksa melatih pembantu rumah dari negara lain, misalnya Nepal atau Filipina, akibat bahasa ibuanda yang berbeda.
Tanyakan kepada Hishamuddin, apakah beliau mahu kalau ada gadis dari Indonesia yang secantik Manohara mahu bekerja sebagai pembantu di rumah dia? Agaknya melompat-lompat dan cepat-cepat diambil bekerja!
Apakah beliau tak sedar, tak akan ada sesiapa yang hendak bekerja di rumah majikan yang tidak berbudi-bahasa. Rakyat kita sendiri, walau dari Bote, Tanjung Maling sehingga ke Segamat dan Pontian sekalipun tidak mahu bekerja kalau didera, tidak dibayar gaji dan seolah-olah hanya diperhamba! Kita sendiri tidak mahu bertuankan dengan tuan yang angkuh dan sombong begitu rupa.
Soal siapa benar siapa salah, bukan persoalan yang terpaksa ditanggung di kalangan rakyat–karena yang bersalah, baik di pihak mana pun, wajar mendapat hukuman yang setimpal. Sepertimana kerajaan yang cuai dan penuh dengan kebejatan, wajar ditumbangkan dan dihumban.

22 Jun 2009

JAMUAN DAP JADI KAWASAN PERANG????





Polis tutup kawasan majlis jamuan DAP
Andrew Ong Jun 21, 09 9:15pm

Polis hari ini campurtangan dalam majlis makan malam dan ceramah DAP - kali ini di Klang - dengan menarik balik permit bagi mengadakan majlis itu pada saat-saat akhir.Selepas beberapa rundingan dengan pihak polis, majlis itu dibenar diteruskan pada kira-kira jam 8.15 malam, tetapi ceramah tidak dapat diadakan kerana pihak polis telah merampas peralatan pembesar suara.

Sebelum itu, pihak polis telah meluluskan permit untuk majlis tersebut, tetapi tidak membenarkan ceramah diadakan.Sejak awal petang tadi, tujuh trak meriam air ditempatkan di kawasan Bayu Tinggi, tempat majlis jamuan itu dijadual diadakankan.Jamuan tersebut dianjurkan oleh ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, yang menulis dalam blognya bahawa pihak polis telah menutup kawasan tempat jamuan itu hendak diadakan pada jam 4.45 petang.

Santiago berkata, beliau tidak dapat menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasannya.Ketika dihubungi, seorang pembantu Santiago memberitahu Malaysiakini bahawa polis mahu majlis makan malam itu diadakan di kawasan tertutup.Kemah-kemah telah didirikan di luar pejabat tersebut.Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menulis dalam twitter, yang menyifatkan kawasan sebagai "zon perang"."Bayu Tinggi Klang jadi zon perang, trak FRU dan meriam air. Polis bersenjata M16. Kawasan ditutup."Serang pengganas? Tidak.

Kerana majlis makan malam DAP," tulisnya.Kejadian hari ini mempunyai persamaan dengan tindakan polis terhadap majlis makan malam DAP di Sitiawan pada 16 Mei lalu di mana polis melarang tayangan DAP mengenai kekecohan yang berlaku sewaktu sidang DUN Perak yang lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...