11 Disember 2013

WAJAH PROTON PERDANA BARU...SAH MIRIP ACCORD....CUMA TUKAR BUMPER


Dulu nak ganti honda accord sebagai kereta rasmi kerajaan......kerajaan kena hentam teruk akhirnya terlaksana juga model accord ditukar nilai kepada proton perdana.....adakah layak dipanggil produk malaysia?

proton-perdana-accord-2

Proton Perdana baru kenderaan rasmi kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.





Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - Bernama

Foto

Foto



proton-perdana-accord-3


KEMASKINI :

PROTON: Pengeluar kereta atau "punching bag"?

Mungkin kerana kemarahan rakyat mengenai kenaikan barang selepas pru13....menyebabkan proton jadi mangsa.....kerajaan kena sedar kemarahan rakyat ada batasnya.......

Lebih malang harga kereta di malaysia antara termahal didunia...janji bn untuk turunkan harga hanya janji kosong.....sedangkan janji PR untuk menstruktur harga kereta telah ditolak oleh 47% sokongan kepada BN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra pada Rabu. --

Apabila Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord. Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini.

Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa noktah berikut:-

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama 4 minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak $600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman.

Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

*Norzafry merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bagi tahun 2011/2012.



Kereta hibrid : Bantuan kerajaan diperlukan
Azree· KOMEN
Mungkin kerana sebagai orang Malaysia kita sudah tahu yang kita akan membeli kereta Proton dengan nilai harga yang mahal berbanding nilai sebenarnya. Maka sekiranya kereta yang dikeluarkan itu design nya tidak cantik, maka kita pastinya kritik atas dasar nilai harga yang perlu kita bayar.

Sama juga halnya jika design itu ditiru, kita wajar pertikaikan atas dasar nilai harga yang mahal kita bayar untuk 'kereta design tiru'. Maka mungkin mereka yang mengkritik itu akan berkata, "Lebih baik aku beli Honda Accord sahaja.


Read more at:astroawani.com/

69 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

muka tak tahu malu, rendahnya mentaliti otak CEO Proton.

Tanpa Nama berkata...

Ambil jln singkat ciplak lah ciplak 1 malaysia by najib haha..

Tanpa Nama berkata...

ini lah yg dipanggil technology trasfer...bukan ciplak..

Tanpa Nama berkata...

Hi hi ... tak de jati diri

Tanpa Nama berkata...

kalau harga dlm RM100k, ini akan jadi bersaing dengan model lain.

Tanpa Nama berkata...

Ciplak pn xpa janji jual murah.xkan sama harga accord ori.accord ap.bkn zitron

Tanpa Nama berkata...

Kalau harga bawah 80k bleh la beli hehehe

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah sebenarnya pereka proton? Adakah masih ketandusan idea?kalau dah tak ada idea buat lah pertandingan rekacipta 1 malaysia.kini kereta proton bukan lg100% buatan malaysia

Tanpa Nama berkata...

Proton tak ada injin. Body blh reka

Tanpa Nama berkata...

Lantak je lah..apa yg k,jaan BN dan GLC nya buat semua ok dimata "rakyat" malaysia...kah3

Tanpa Nama berkata...

Lantak kau nk kato apeape pon jji kau puas hati kau...

Tanpa Nama berkata...

nak pakai accord.... rakyat marah... nah ambik kau... suruh proton ambik accord tukar logo...puih...puih....puih...

Tanpa Nama berkata...

Ala ko mmpu ke nk bli accord kra ok la dpt 2 in 1

Tanpa Nama berkata...

nak buat mcm mana,proton memg takde idea,proton takde varian enjin 2.0 dan 2.4,enjin seblm ni pn beli dr luar,kecuali campro tu pun 1.6 je

Tanpa Nama berkata...

kesian betul aku dengan proton nieh , -_-

Tanpa Nama berkata...

Mampu ke tidak itu perkara lain...tp mana diaorg letak tahap kepakaran rakyat malaysia lu pikir sendiri la...sah2 la dalam tong sampah.... design rakyat2 malaysia kenapa diaorg tak nak bina...??? Kalau cerita pasal duit semua boleh cari...tp kalau cerita pasal maruah diri tu nak cari mane bro...

money maker berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Aku nampak proton sekarang asal boleh jual murah sikit dan model tu popular pasti dia ambik atas nama "pemindahan teknologi". Dari segi pemasaran, bijaklah kot, tapi dari segi identiti memang haus. Kalau berterusan camni, bila brend proton nak dihormati.

Tanpa Nama berkata...

Koi x sokong mana2 tp apasal proton je selalu kena hentam? Produa dgn naza pun tukar logo jgk. Apasal x hentam?

Peronda berkata...

Org meniru ni takde integriti/identiti atau bahasa mudah proton tu dah takde telor...haha

Tanpa Nama berkata...

before comment tu pikirla dulu..bknnya org proton tak tau design..anak lu pun bole design maa..(unless your anak bodo like you)
so design part semuanya based on cost..lu kena ingat robot mahal..so proton beli robot yg sedia ada ubah sedikit...ckp ciplak nnt u juga yg beli kreta proton..kalau komen tu, komen la proton kena up kan kualiti etc..ni semua cakap ikut sedap mulut bodoh jer...sila hntr resume ke proton kalau terer design and confirm akan terjual laris dan kos bkn penghalang

Tanpa Nama berkata...

Salam. Kenapa nak hentam? Tak tahu ke yang proton bekerjasama dengan honda utk bangunkan model ni? Jangan pandai mengutuk kalau kamu tak tahu cerita. Katak duduk bawah tempurung tapi sibuk canang cerita bukan2. Owhh.. sentap dengan melayu macam kamu

Tanpa Nama berkata...

Aduh aii.. Sikit2 proton.. produa gn naza relax je.xd pn kne bedal.. Lex ar bro.. Yg pntg mampu milik.ukur bju ikut saiz bdn sndri..kalu mampu,beli la..

Unknown berkata...

Wow ni tech transfer? Mane blajo tech transfer cam ni? Ni staight out plagiarism. No two ways about it. Same mcm ambik research paper org then letak name kite. Except ni ambik kereta org then letak logo kite. Same je. This is NOT technology transfer. Tech transfer is the tech's knowledge and concept being transfered bukan product transfer. Get it right...

Unknown berkata...

Sebab org ade jati diri lah org xleh support kete ciplak ni. Malu aku sebagai rakyat msia. Yg support kete ni gila2 tu yg x tau malu. Sah2 mse skolah dulu bt bende yg same. Meniru je. Lepas tu dapat kerusi kerajaan. Sambung meniru tp lg tegar. Sedar diri sket.

Tanpa Nama berkata...

Nak hntr resume buat apa kat proton.. geng2 engineer and desingner kat proton pn dh cabut lari ke syarikt lain...
Ddk situ jadi katak bwh tempurung buat apa?

BukiT SiDaH berkata...

jadi..betul la proton perdana tu adalah honda accord sebenarnya!

nasib baik x beli lagi honda accord, klu x tertipu lah aku!

Pakai camry je lah.....Honda dh x ada identiti lagi, mcm misubishi lancer..

Tanpa Nama berkata...

Agak2 anda siapa yg sudah psti untung dlm kerjasama ni..?
Honda dpt letgo model yg dh replaced kpd proton.....
Proton yakin ke blh sale model yg dh berlambak kat used car.?
Saya ni peminat honda..kalu proton amik model yg x ada kt msia
Mcm legend @ civic si dll...tentu saya sokong...

Tanpa Nama berkata...

http://malaysianreview.com/review/proton-perdana-baru-guna-chasis-honda-dan-enjin-petronas-paultan-2013/

Tanpa Nama berkata...

Yang musykil sampai sekarang KENAPA KERETA PROTON dijual murah di Negara luar siap quality dijaga lagi... sedangkan di Malaysia harganya Mak aiiiii... Mana didahulukan mana diutamakan??

Tanpa Nama berkata...

Weh,besi punye hal pun lu nak mental,lu nak pakai honda wave pun org proton tak heran,

Tanpa Nama berkata...

jgn mngutuk atau mnghina.!! apa yg pnting krjasama.. bgi idea taupn pndapat anda yg hebat.. (hebatlh kmu untk mnolong,bukan hebatnya kmu untk mngutuk..)org melayu sudah pintar jadi sombong.

Tanpa Nama berkata...

bila proton yg kmu kata ciplak,tiru dn mcm lgi..!! kmu tungu bila proton betul2 copy mcm kereta kereta ferari ataupn mcm bmw!! ini betul2 mcm sebiji yg benar srupa. pa lgi kmu cakap??? tpi pa yg pnting kita mampu milik.klau ndk mmpu milik pn pa leh buatkn,duduk diam jgn mngutuk.!!!

Tanpa Nama berkata...

proton mmang hebat wonderfull.. nextime copy kereta kegemaran saya BMW ok.!! belakng crita pa kata org.. yg pnting harga ok! harga BMW sbenar mahal,jdi pndai2 lh agak.mcm goreng pisang.pa pn yg kita buat SILA BGI PANDANGAN ATAU IDEA .MENGUTUK BUKAN SIKAP KITA,ITU SYAITAN!!

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu gua xbli krta proton, geli je...volvo ttp dihati

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia, di Protonlah ramai jurutera2 automotif terbaik dilahirkan. Banyak pengeluar kereta lain yang telah "membeli" jurutera2 Proton. Hanya jurutera Malaysia Proton yang boleh mendesign kereta. Jurutera Malaysia Perodua tidak tahu mendesign dan mengeluarkan kereta. Proton hanyalah satu2nya syarikat Islam yang mengeluarkan kereta. Masalah terbesar Proton adalah economics of scale. Itu sahaja. Kereta buatan Jerman pun tidaklah sebaik yang disangkakan. Dari segi kejuruteraan, dashboard BMW tidaklah sebaik dashboard Toyota dan Honda. Jika anda perhatikan, kereta2 buatan Jerman, design asasnya dari satu generasi ke satu generasi tidak banyak berubah. Cuma persepsi umum masyarakat yang kereta buatan Jerman berkualiti sangat tinggi. Percayalah, orang Malaysia mampu sebenarnya untuk mendesign kereta2 menarik cuma seperti saya katakan tadi Proton tiada economics of scale. Sekiranya anda tidak percaya,beri Proton RM3 billion untuk mengeluarkan kereta, rekabentuk dan prestasi boleh menyamai kereta2 icon. ta

Tanpa Nama berkata...

Penjenamaan kereta dpt mengurangkan kos,semua pengeluar kereta juga buat begini,jd 2 pihak ada untungnya,apa yg peliknya disini adalah rakyat Malaysia ni hanya tahu merungut,merungut dan merungut.

Maklumat PBD SKM 2019 berkata...

Saya sokong proton keluar model perdana baru. Soal model hampir sama dengan honda..itu biasa saja.. Sebabnya jenama lain pun keluarkan model seakan sama je..kalu tak percaya anda boleh nilai sendiri..saya bangga dengan proton kerana akhirnya proton keluar juga engine 2.0. Model hampir engine hampir sama..bagi say itu adalah kalaborasi antara pengeluar.. Dari kualiti pula..kereta sama saja..sebabnya saya pernah guna waja, vios dan laters sekali sylphy.. Masalah teknikal sama je..jadi saya bangga ngan proton...

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan Proton. Dalam isu kereta baru untuk menteri-menteri kita ini, sebenarnya mereka dah malu nak gunakan jenama Honda sepenuhnya. Dulu Dato Nizar pernah gunakan jenama Camry depa kata Nizar dan pengikutnya tak patriotik dan macam-macam lagi. Hari ini mereka nak guna kereta yang bukan jenama nasional malu lah. Oleh kerana nakkan atas nama nasional juga maka buat perjanjian dengan Honda ubah nama,ubah depra, ubah rim, ubah stearing......tup-tup dah jadi kereta nasional. Mana patriotiknya pemimpin kita seperti yang dilaungkan mereka

Tanpa Nama berkata...

Perdana baru ni memang 100% Honda. Saya guna Honda Accord 2.4, dalaman kereta memang Honda punya cuma diubah beberapa benda saja....

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali hujah anda

Tanpa Nama berkata...

Sudah2 la dah bnyak duit rakyat hbis da. duit jgn jdikn alasan lg , proton mmg xda idea da,...spe kata krta german xda quality..buta citarasa ke

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya satu je. POWER WINDOW TU ADA JAMINAN KE? bUKAN BOLEH HARAP MANGKOK AYUN JADI VENDOR-VENDOR NI!!!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia perlu menyokong usaha Proton. Proton tidak mampu menyediakan RM1 billion untuk mendevelop kereta class d yang kurang pasarannya di Malaysia. Rakyat Malaysia perlu faham, lagi cantik design sesuatu kereta selalunya kos akan lebih tinggi untuk membuat acuan yang lebih sukar. Sebenarnya kualiti2 kereta Proton tidak jauh sangat berbeza dengan kereta2 Jerman, Jepun dan Korea malah kualiti kereta Proton sudah mengatasi kualiti kereta jemama2 tertentu seperti Peogeout, Citroen, Alpha, Volvo, Rover dalam banyak segi. Jika boleh Proton perlu banyakkan curve cantik dalam design2 akan datang. Apa2 pun sebagai rakyat Malaysia kita jangan pandng rendah pada Proton. Sekiranya kita pergi ke luar negara, rakyat negara2 yang tidak mengeluarkan kereta memandang tinggi pada Malaysia. tinggiuntuk

mustapa sutan berkata...

proton teruskan sahaja...proton mahal sebab belum sampai skala pengeluaran ekonomi..yg penting giatkan lagi strategi campuran pemsaran...tingkatkan kecekapan pengeluaran. saya gunakan saga FLX...yang mengutuktu teruslah beli honda accord menymbang juga pada negara. win-win.

Tanpa Nama berkata...

kete ni ada dipasaran lama dah. jgn2 proton beli kat s/hand punya kedai dan repair kemudian letak logo proton.naya2 kalau terjadi gini.

Tanpa Nama berkata...

Boleh sokong harga kena diskaun 50% la...

Tanpa Nama berkata...

Ape ko kate proton lebih quality dr volvo? jgn mimpilah!

Tanpa Nama berkata...

Mingkin, ada logiknya

Tanpa Nama berkata...

Kereta keluaran Melaysia Mahal....ini fakta.....soal ciplak atau technology..itu bukan persoalannya...

Mika berkata...

Mungkin jurutera2x yg keje kt proton nh suka mniru time ujian undergrade dlu..baik loca baik oversea..

Tanpa Nama berkata...

Xbleh smekan proton dengan perodua. Pemegang saham pling byk dlm perodua adalah daihatsu. Iaitu 70% dan perodua hanya 30%. Penjenamaan kereta perodua bergantung pada daihatsu. Tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk mengeluarkan kereta sendiri. Tetapi mengambil masa yang terlalu lama. Kerana kerajaan bersikap pilih kasih. Proton sentiasa diutamakan. Diberi peruntukan berjuta-juta hingga dikecualikan cukai bagi bersaing dengan syarikat automotif antarabangsa. Tetapi hasilnya proton hanya mampu membeli model kereta yang kelihatan menarik dan branding atas nama proton. Tetapi perodua tidak dapat apa yang proton dapat. Malah kereta perodua juga dikenakan cukai seperti syarikat kenderaan antarabangsa. Selagi tun mahadir masih berdiri sebagai penasihat proton. Selagi itula proton tak matang dalam menghasilkan sebuah kereta nasional yang kita harapkan. Ini adalah fakta. Industri automotif malaysia ini terlalu kecil. Pusing-pusing pun dalam malaysia. Tan sri syed zainal juga dulu adalah antara staf perodua 1 masa dulu. Begitu juga dato hafiz yang kini penasihat di naza dan hj ibrahim yg kini di suzuki. Saya cuma ingin kuatkan lagi fakta yang industri automotif adalah kecil

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat2 bersetuju yang pasaran kita adalah kecil. Bukan sahaja bidang automotif, tapi dalam banyak bidang lain juga. Kita sepatutnya menjadi seperti rakyat Jepun dan Korea yang sangat berbangga dengan produk2 mereka walaupun kualitinya tidak semestinya yang terbaik. Saya menyeru rakyat Malaysia sekiranya tidak membeli kereta Proton, janganlah merendah2kan Proton.

Unknown berkata...

Yg mengutuk tu sume pakai proton tu...xpun perodua yg mhl nak mampos tu...renung2kan

Tanpa Nama berkata...

Sekarang mcmni..tiru model bmw sebijik....cma ubah nama proton dn bhgian extrior saja..enjin bmw...yg pnting harga murah

Tanpa Nama berkata...

lantak la apa kowang nak kutuk proton aku pun guna kereta proton persona, seluruh malaysia aku ronda, alhamdulliah xde masaalah dengan kereta aku..pakai kereta brjenama puna yg aku jumpa ada gak yg trsadai kat leboh raya..org yg kuat kutuk tu sebenarnya jeles kot..pasal guna honda accord tup..tup..jd model proton perdana..terasa jatoh standrt

Tanpa Nama berkata...

BAGUS..... SEKURANG2NYA ADA KESUNGGUHAN UNTUK BERUBAH..... DARIPADA CAKAP BANYAK, SATU APA TAK SIAP....

Amim Blog berkata...

boleh tahan

Tanpa Nama berkata...

proton...plz copy paste bmw 3 siri n jual murah2. tak pun copy paste toyota 86. hehe:)

Tanpa Nama berkata...

Jgn gado2 la...copy paste baise la tue...tgk la die copy kepala sape? Same botak mcm arwah...

Tanpa Nama berkata...

Sape2 yang komplain tu.. tlg2 ler proton untuk Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Scara jujur,nak beli dan pkai agk segan. Nak tiru pn jgnla bntuk hmpir sama. Tringin jgk nk bngga dgn produk tmpatan tp berat ati. Dh ciplak lpstu nak bngga,sorila..xde lain dh mmpu komen

Tanpa Nama berkata...

Korang kluarkan produk,ape pn bkn hal kami nak tau..bila x mnepati khendak pmbeli..pmbeli/rkyat plak jd slh? Bangga? Tpaksa @ rela.

Tanpa Nama berkata...

Macam bodoh je yang kutuk proton ni . Kau orang mana??? Support la sikit buatan malaysia . Ni tak dok kutuk2 je . Bodoh orang malaysia ni sebenarye . Nak harapkan barang2 dari luar je . Banggang

Tanpa Nama berkata...

Bagus,teruskan usaha proton mengeluar model yg top ten,ada peniruan baru ada inovasi dlm bidang automobile

Tanpa Nama berkata...

Klau x nk bli,senyap-senyap sudahlah..nie tak,tau mengutuk je...

Ibn Razaq berkata...

For me, x salah klau nk contohi design2 kereta lain. Yg masalahnye, kenapa bila dah ciplak idea orang lain, harga jadi lg mahal? Kenapa supplier kepada proton yg dpt kentungan yg melampau walaupun ada yg x efisyen

Tanpa Nama berkata...

DVD cetak rompak dgn dvd original mana u pilih bro. Sama mcm kes proton ni. Tiru sikit tp harga mampu milik. Kira ok la, sekurang2nya ada pilihan. Jgn cerita pasal maruah la. kalau nk cerita pasal maruah kena Tanya Dsai. Dia lebih maklum tentang maruah.

Normanja berkata...

Ada orang sah2 beli proton perdana tapi malu guna logo proton. Mereka buang logo dan ganti dg logo Honda. Tidak salah kah begitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...