18 Oktober 2014

GEMPAR KETAM SELEBAR 50 KAKI DITEMUI!!!

Pautan kekal imej terbenam

This #Crabzilla photo of a "50ft wide crab" in the waters of Whitstable, England is a hoax. Crabs are only 12ft wide.

DUA WARGA JERMAN SELAMAT DARI DISEMBELIH SELEPAS DICULIK DI PERAIRAN SABAH

Gambar: Mangsa culik Abu Sayyaf selamat tiba di Manila
October 18, 2014 

MANILA - Dua warga Jerman yang diculik kumpulan militan, Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak enam bulan lalu dan diugut untuk disembelih, selamat tiba di kedutaan negara itu di Manila pada Sabtu.

Stefan Okonek, 70-an dan pasangannya Henrike Dielen, 50-an, tiba di Manila dengan menaiki pesawat peribadi dari Zamboanga selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat.

“Dengan pembebasan dua warga Jerman itu, pihak keselamatan kami (Filipina) akan meneruskan usaha untuk mengawal aktiviti jenayah tersebut,” kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Luar Jerman turut mengesahkan mengenai pembebasan kedua-dua rakyatnya yang telah tiba di Manila.
 ”Kami ingin mengesahkan bahawa dua warga jerman yang diculik telah dibebaskan. Mereka kini berada di kedutaan di Manila untuk menerima rawatan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Filipina kerana berkerjasama rapat dan bertanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut,” kata jurucakap kedutaan Jerman.

Abu Sayyaf sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM18 juta bagi membebaskan kedua-dua warga Jerman itu yang diculik di perairan berhampiran Sabah pada April.

Wang tebusan itu diberikan kepada penculik sebelum pukul 3 petang waktu tempatan yang menjadi masa salah seorang daripada mangsa akan disembelih sekiranya tuntutan tidak dipenuhi, lapor mStar.

Mangsa culik Abu Sayyaf selamat tiba di Manila
October 18, 2014

MANILA - Dua warga Jerman yang diculik kumpulan militan, Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak enam bulan lalu dan diugut untuk disembelih, selamat tiba di kedutaan negara itu di Manila pada Sabtu.

Stefan Okonek, 70-an dan pasangannya Henrike Dielen, 50-an, tiba di Manila dengan menaiki pesawat peribadi dari Zamboanga selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat.

“Dengan pembebasan dua warga Jerman itu, pihak keselamatan kami (Filipina) akan meneruskan usaha untuk mengawal aktiviti jenayah tersebut,” kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kementerian Luar Jerman turut mengesahkan mengenai pembebasan kedua-dua rakyatnya yang telah tiba di Manila.
”Kami ingin mengesahkan bahawa dua warga jerman yang diculik telah dibebaskan. Mereka kini berada di kedutaan di Manila untuk menerima rawatan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Filipina kerana berkerjasama rapat dan bertanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut,” kata jurucakap kedutaan Jerman.

Abu Sayyaf sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM18 juta bagi membebaskan kedua-dua warga Jerman itu yang diculik di perairan berhampiran Sabah pada April.

Wang tebusan itu diberikan kepada penculik sebelum pukul 3 petang waktu tempatan yang menjadi masa salah seorang daripada mangsa akan disembelih sekiranya tuntutan tidak dipenuhi, lapor mStar.

PENDAPATAN RM3,600 DIKIRA MISKIN DI MALAYSIA APAKAH PUNCANYA....

Pendapatan RM3,600 dikira miskin di Malaysia


Tengku Razaleigh Hamzah
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera mengubah sikap supaya menjadi masyarakat yang lebih berjaya, bagi mengelak mereka daripada menjadi pengemis di negara sendiri.

Ku Li berkata, perubahan itu perlu dilakukan kerana standard dunia telah berubah, dan sekiranya masyarakat kita masih lena dibuai mimpi tidak mustahil kita senasib dengan masyarakat ‘Red Indian’ di Amerika Syarikat.

“Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.

“Ingat nasib ‘Red Indian’… keadaan kini sudah berubah, nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan.

“Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.

Justeru, Ku Li mengingatkan masyarakat kita supaya berpijak di bumi yang nyata, dan jangan bersikap seperti orang kaya.

“Kita berlagak, tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi kita tetap tidak berubah… tetap boros berbelanja,” katanya.

GAWAT EKONOMI 1998 AKAN BERULANG? BERSEDIALAH......


Ekonomi-ekonomi utama dunia mula tersadung, bagaimana pula dengan Malaysia?

Sekarang setelah Bajet 2015 diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober, adakah semuanya kembali berjalan seperti biasa bagi rakyat Malaysia?

Sewaktu rakyat Malaysia memulakan minggu mereka tanpa memiliki banyak harapan, kecuali bagi mereka yang terlibat dalam projek-projek jalan raya mega bernilai berbilion ringgit, ada baiknya rakyat bersedia menghadapi era yang sangat menyempitkan.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan untuk hari hujan, atau mungkin hari ribut.


Walaupun Bajet 2015 tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan kewangan rakyat Malaysia, ia juga bukan masalah terbesar mereka.


Keadaan ekonomi negara-negara luar yang akan menggoncangkan dunia dan Malaysia.


Laporan yang datang dari Reuters di London membimbangkan pelabur-pelabur global.


Dan berita yang memurungkan ini adalah mengenai ketidaktentuan ekonomi dan kewangan di Amerika Syarikat, Jerman dan China. Eksport Malaysia dijangka terjejas oleh mana-mana kelembapan dari tiga negara ini.

Yang terbaik yang boleh dilakukan rakyat Malaysia kini, adalah berhati-hati dan berbelanja dengan berhemat supaya dapat menyimpan untuk masa depan.

Reuters melaporkan bahawa ekonomi China, yang kedua terbesar di dunia, mendapat tumpuan pada minggu ini dengan sejumlah data yang seharusnya menunjukkan kejayaan Beijing dalam menyokong pertumbuhan.

Ia mungkin lebih penting daripada biasa, memandangkan Rizab Persekutuan AS telah mengambil langkah berhati-hati yang mengejutkan melibatkan ekonomi AS dan gergasi zon euro Jerman, yang goyah secara tiba-tiba.

Ekonomi dunia mungkin tidak berada di ambang kejatuhan ke dalam kemelesetan kembali, tetapi ianya tidak juga memberangsangkan.

Sebagai contoh, Tabung Kewangan Antarabangsa telah mengurangkan jangkaan pertumbuhan bagi tahun ini dan seterusnya di Eropah, Jepun dan China, antara lain.

Sejak April, Beijing telah mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan pertumbuhan, termasuk memotong keperluan rizab bagi bank-bank terpilih, dan mempercepatkan pembinaan landasan kereta api dan perumahan awam.

Beberapa data dari China minggu ini – inflasi, perdagangan, kredit bank, bekalan wang dan rizab FX – akan membuka jalan bagi perangkaan keluaran dalam negara kasar suku ketiga pada 21 Oktober.

Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) tahunan mara sedikit kepada 7.5 peratus pada suku kedua daripada 7.4 peratus dalam tempoh tiga bulan sebelumnya, tetapi ekonomi itu menguncup menjelang suku ketiga sewaktu pasaran hartanah kembali perlahan.

Penganalisis di UBS menjangkakan gambaran bercampur-campur, dengan perangkaan eksport yang lebih baik diimbangi oleh statistik import yang lemah, inflasi yang lebih sederhana dan pertumbuhan kredit yang sederhana perlahan.

Ini menunjukkan permintaan domestik yang berterusan menguncup, dengan KDNK tahun ke tahun agak perlahan. UBS menjangkakan pertumbuhan sebanyak 7.1 peratus, sementara HSBC menjangkakan 7.3 peratus.

Kedua-dua data ini akan mengisyaratkan perkembangan tahun ke tahun paling perlahan di China, sejak suku pertama 2009 dan suku tahun keempat tahun 2001.

“Memandangkan risiko kelemahan pertumbuhan dan tanda-tanda yang jelas jurang keluaran negatif, kami menjangkakan lebih banyak langkah-langkah pengurangan dalam bulan-bulan mendatang bagi menstabilkan pertumbuhan. Ini boleh jadi dalam bentuk dasar-dasar kewangan, dan juga fiskal dan membantu menstabilkan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam bulan-bulan mendatang," kata ahli-ahli ekonomi di HSBC.

Jika China sedang mencari destinasi perkembangan untuk eksportnya, ia mungkin boleh melangkau zon euro.

Sedang ia bergelut dengan ketiadaan pertumbuhan dan inflasi yang minimum, blok mata wang dengan 18 anggota itu baru-baru ini diancam bahaya baru apabila enjin utama ekonominya, Jerman, tersengguk.

Minggu lepas, pengeluaran data menunjukkan titik paling curam sejak lebih daripada lima tahun, manakala sektor eksport negara itu yang dominan merudum.

Lebih banyak berita buruk dijangka lewat hari ini (14 Oktober) apabila kumpulan penyelidikan, ZEW mengeluarkan kajian sentimen ekonominya.

Ia telah jatuh setiap bulan sejak Disember apabila indeks itu – yang terutamanya menunjukkan haluan – berada pada tahp 62 62. Kaji selidik Reuters mencadangkan yang bilangan terkini hanyalah 3.

"Statistik industri dan perdagangan yang kita perolehi seminggu atau dua di Jerman baru-baru ini adalah cukup buruk," jelas James Knightley, pakar ekonomi kanan di ING, kepada pelanggan.

"Ia menyerlahkan kebimbangan bahawa ekonomi Jerman sedang perlahan dengan agak ketara, dan bahawa zon euro secara keseluruhannya mungkin mengalami pengecutan."

Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi akan bercakap pada pertengahan minggu ini, dan mungkin mengulangi seruan beliau supaya negara-negara yang mempunyai lebihan bajet meningkatkan perbelanjaan, bagi merangsang ekonomi zon euro. Beliau maksudkan Jerman.

Pembuat-pembuat dasar Rizab Persekutuan sementara itu akan bertindak, dengan Janet Yellen akan mempengerusikan bank pusat AS, bercakap di Boston pada hari Jumaat (17 Oktober).

Dengan Rizab Persekutuan bersedia untuk menamatkan program pembelian bonnya dengan wang baru pada mesyuarat penetapan kadar faedah seterusnya pada 18-19 Oktober, perhatian akan diberikan kepada sebarang petunjuk mengenai arah kadar faedah.

Ini terutamanya akan berlaku selepas mesej yang bercanggah pada minggu lalu, mengenai apa yang diharapkan dan penerbitan minit mesyuarat terbaru yang agak senyap.

Naib pengerusi Rizab Persekutuan, Stanley Fischer berkata pasaran-pasaran kewangan telah meramal dengan "agak" tepat bahawa kenaikan akan berlaku pada pertengahan tahun depan. Tetapi presiden St Louis Fed James Bullard berkata pelabur-pelabur dan bank pusat memiliki pandangan berbeza mengenai tahap kadar faedah pada penghujung tahun 2015.

Apabila ekonomi-ekonomi utama global mula tersadung, negara-negara lain yang lebih kecil seperti Malaysia secara semula jadinya juga perlu berhati-hati, mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk bersedia bagi rakyat dan negara.

Adakah Bajet 2015 kelihatan seperti ia sedang mempersiapkan kesejahteraan rakyat Malaysia, atau pembina-pembina jalan?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Ekonomi-ekonomi-utama-dunia-mula-tersadung-bagaimana-pula-dengan-Malaysia#sthash.s9acyPg4.dpuf

17 Oktober 2014

BERITA KECOH HARI INI EMPAT WANITA BERJEMUR BOGEL....INI KES NAK PEDAJAI SAPA??



Tindakan empat wanita warga asing berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson menggemparkan orang ramai.


Kalau perkara ini berlaku di Pulau Pinang, maka riuh rendahlah macai-macai menjadikannya sebagai satu isu untuk memburuk-burukkkan kerajaan negeri Pulau Pinang..

Tapi oleh kerana ianya bukanlah berlaku disebuah negeri yang ditadbir oleh DAP ataupun PKR mahupun PAS.. maka ianya bukanlah satu isu..

Sebab dinegeri yang ditadbir oleh UMNO/BN benda macam ni tak apa.. samalah macam pesta arak tu bila berlaku di Selangor riuh rendah depa.. bila berlaku di Melaka semua buat tak nampak saja..

Kejadian berbogel di tepi pantai ini dilaporkan telah berlaku di Port Dickson...

Port Dickson yang merupakan destinasi beriadah terkenal di Negeri Sembilan dikejutkan dengan aktiviti `jemur' bogel oleh pelancong asing. 

Sinchew Daily melaporkan, empat pelancong wanita yang mempunyai rupa seperti warga Amerika Latin telah melakukan aktiviti `berjemur' dalam keadaan tanpa seurat benang.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab. Khalid Mat ketika dihubungi akhbar itu melahirkan rasa terkejut selain meminta pihak media menyediakan gambar dan maklumat supaya siasatan dapat dijalankan. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku antara pukul 1 hingga 3 petang pada Rabu (15 Oktober) di Pantai Saujana melibatkan empat orang dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak.
Salah seorang pelancong adalah berumur 40-an manakala tiga yang lain lebih muda.
Kawasan tersebut berhampiran dengan kampung Melayu dan merupakan destinasi mandi pantai yang popular dan dipenuhi orang pada musim cuti dan hujung minggu. 

Pada waktu senja setiap hari, tidak kurang orang yang memilih untuk bersantai di pantai tersebut.
Difahamkan empat pelancong pada mulanya memakai bikini dengan tiga daripadanya berenang sementara seorang lagi berbaring dalam keadaan separuh bogel di pantai.
Mereka pada mulanya berada dalam keadaan berwaspada dan akan memanggil rakan lain untuk membalut diri dengan tuala jika mengesan kehadiran orang asing.
 
Selepas setengah jam, mereka semakin berani dengan menanggalkan pakaian atas sebelum menanggalkan seluar ketika mereka berbaring di pantai.
Empat pelancong itu 'jemur' bogel selama hampir dua jam dengan dua daripada mereka memakai baju semula untuk membeli makanan ringan dan minuman di kedai berhampiran.
Selepas membeli barang, mereka menanggal semula pakaian dan meneruskan aktviti 'jemur' bogel.

Empat pelancong memakai baju dan bermain dalam air pada pukul 3 petang sebelum kembali ke hotel mereka di kawasan berhampiran.
Disebabkan bukan hujung minggu dan ramai penjaja tidak berniaga, maka aktiviti bogel tersebut tidak dilihat oleh terlalu ramai orang.
Namun begitu, `keberanian' empat pelancong ini tetap disaksikan oleh belasan orang termasuk mereka yang berniat mengintai. 

Selain sepasang kekasih, dua pelajar dan seorang penjaja aiskrim yang ternampak kejadian itu, tiga pekerja asing dari Bangladesh turut bertindak berenang ke arah empat pelancong seakan-akan mahu mendapat `pemandangan' terbaik lapor MalaysiaGazette

PANAS! TMJ TENDANG TIANG BENDERA KERANA SERONOK SAKAN... KALAU KALAH TEDANG SAPA PULAK? -VIDEO








 Video TMJ Selepas Perlawanan JDT VS Terengganu Yang HOT!!!

JOHOR BAHARU – Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial.

Tindakan spontan yang mungkin berpunca dari rasa gembira dan melepaskan geram itu berjaya dirakam kemera dan perbuatan baginda terus viral tidak beberapa lama selepas itu.

Tindakan Tunku Ismail mendapat pelbagai komen di Facebook di mana ada di antara pengguna bertanya apa yang mungkin disepak TMJ andai pasukan baginda tewas malam tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan JDT mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua berkenaan.

JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.

JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.

Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.

JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.

Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.

Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.

Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.

Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri.

HARGA INTERNET DI MALAYSIA JAUH LEBIH MAHAL DAN LEMBAB BERBANDING KAMPUCHEA DAN VIETNAM!



DI INDO 12 GB RP49 RIBU BERSAMAAN DENGAN RM15







Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

16 Oktober 2014

SUSPEK BOM DI BUKIT BINTANG DITAHAN!!!

Letupan Di Bukit Bintang: Lebih Empat Lelaki Ditahan



KUALA LUMPUR: Lebih daripada empat lelaki telah ditahan berkaitan serangan bom di kelab malam di Bukit Bintang minggu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki-lelaki berkenaan ditahan malam Rabu.

Dia menolak untuk mendedahkan maklumat tambahan kerana polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang ditahan adalah sebahagian daripada kumpulan kongsi gelap.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 4.25 pagi pada 9 Oktober lalu telah dikaitkan dengan perebutan kawasan antara dua kumpulan bersaing, membunuh joki kereta berusia 36 tahun Tiong Kwang Yie dan mencederakan 12 yang lain.

Sebuah kereta Toyota Alphard, Toyota Camry, Mazda dan BMW rosak teruk dalam letupan itu


BERITA BERKAITAN;

'AH HAI' BERI KETERANGAN POLIS


Kuala Lumpur, 14 Okt - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Hai' yang dicari polis berhubung kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang, Khamis lepas, tampil memberi keterangan semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata 'Ah Hai' hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada pukul 9 malam.

"Kenyataannya (Ah Hai) telah direkodkan sehingga pukul 11.45 malam. Dia (Ah Hai) didapati tidak mengalami kecederaan," kata Khairi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, Ah Hai yang dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster' dicari polis kerana dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu.

Setakat ini, percakapan saksi seramai 17 orang telah direkodkan dan pihak polis sedang meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, katanya.

"Ini termasuk CCTV di sekitar laluan tempat kejadian bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Penelitian CCTV ini turut disertai oleh unit Forensik Polis Diraja Malaysia," katanya.

Khairi menyatakan sehingga kini masih terdapat dua mangsa dirawat di hospital manakala 10 yang lain telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya memohon kerjasama daripada klinik atau hospital swasta yang ada menerima dan memberikan rawatan kepada mana-mana pesakit yang cedera akibat terkena serpihan bom supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Mereka yang mempunyai maklumat, cedera atau mengalami kerosakan harta benda semasa kejadian itu juga boleh tampil di balai polis berhampiran bagi memudahkan siasatan," katanya. - BERNAMA

PUNCA UTAMA TAMRIN KELUAR PARTI TERSEBAR!!!




Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti


Mohd Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas timbalan perdana menteri bercakap kepada media pada sidang media Gerakan Anti Perkauman di Subang Jaya, semalam. 

Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar.

Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam.

"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.

Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.

Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.

Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.

"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.

"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.

Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.

"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.

"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya tersenyum.

Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan.

Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa.

"Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara.

"Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR.

Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada GAP dan memerhatikan perjalanan dunia politik dan bebas bersuara sebagai rakyat awam.

Anak Tun Ghafar Baba itu menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu berkuatkuasa semalam.

Pada 2012, bekas Adun Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam Umno itu menyerahkan borang keahlian parti kepada Hadi dalam satu majlis di Gombak.

GAP dilancarkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang mensasarkan agenda utama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran akibat perkauman demi kesejahteraan generasi akan datang.

Menentang perkauman dan ekstremis agama, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu bagaimanapun menegaskan perjuangan GAP tidak menolak prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Barah perkauman ini ada dalam semua budaya, dan perjuangan kami adalah agar semua dapat menyatakan ‘Kata Tak Nak Kepada Perkauman’," katanya.

TERPANAS! MP SABAH DAKWA KONON ' UMNO MEROMPAK' ?


MP tak puas hati syarikat 'rompak' lebuh raya


Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa 'Umno merompak' diedarkan kepada orang ramai.

"Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak," katanya.

"Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat menyatakan Umno rompak lagi.

"UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah," katanya.

Abdul Ghapur yang juga merupakan seorang wakil rakyat Umno berkata beliau pastinya akan membantah perkara itu jika dialog tentangnya diadakan.

"Ini apa jadi? Kalau ada dialog pun saya membantah," katanya.

"Kalau ini sudah betul, batalkan ini semua dan bagi pada orang Sabah.

"Tanya pada kerajaan negeri yang mana satu syarikat negeri, kita bagi.

"Ini balik-balik kita nampak orang Sabah ini apa jadi? Putih gigi sahaja.

"Kadang-kadang apa-apa yang perlu untuk Sabah, kita bagi untuk Sabah. Jangan kita bagi untuk Semenanjung," katanya lagi sambil menggesa Datuk Seri Najib Razak agar membetulkan keadaan itu.

ISU LAIN YANG DIBANGKITKAN:

Isu Sabah: Dengar dulu jangan ancam, kata MP

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) menggesa kerajaan supaya tidak mengancam pihak yang meniupkan sentimen untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Sebaliknya, beliau menyarankan kerajaan mendengar dahulu masalah yang dicetuskan oleh kumpulan intelektual yang mendakwa wujud ketidakadilan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

"Di Sabah kebelakangan ini kita nampak, dengar dan baca ada kumpulan-kumpulan intelektual yang terpelajar - mereka ini bercadang meminta Sabah keluar dari Malaysia.

"Ini kita tak boleh pandang ringan Datuk Speaker kerana mereka ini intelektual.

"Mungkin ada perkara-perkara yang mereka fikirkan Sabah tidak dapat - tidak ada pembahagian sama rata di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Jadi kita nampak pemimpin, menteri datang mereka ini mengancam untuk mengambil tindakan.

"Ini cara dahulu, kita sudah maju kita tak mahu ancaman. Kita mahu kerajaan Persekutuan mendengar masalah mereka ini.

"Kita tak mahu apa yang disuarakan semuanya salah, dengar dahulu," kata Abdul Ghapur di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 21 September lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan agar masa depan negara tidak digadai demi agenda peribadi untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Menyifatkan golongan itu sebagai 'tidak ada kerja lain selain berpolitik', beliau menggesa agar isu keselamatan Sabah dipertimbangkan dalam perkara itu.

Sebelum itu, pada 11 Spetember polis menahan tiga individu selama dua tahun di pusat pemulihan kerana mempunyai kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga individu terbabit adalah dua warga Malaysia, Abu Bakar Jayari dan Zainuddin Mislani dan seorang pendatang tanpa izin warga Filipina, Kassim Ibrahim. ~MK

15 Oktober 2014

PANAS! ADUN KEMPAS DESAK MENTERI & 2 LEMBAGA PENGARAH JOHOR PETROLEUM (JPDC) LETAK JAWATAN SERTA MERTA

Idris Jala, dua Lembaga Pengarah JPDC perlu letak jawatan serta merta


Percanggahan kepentingan beberapa anggota lembaga pengarah Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) telah memburukkan imej Malaysia terutamanya dalam isu urus tadbir korporat, menurut anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas hari ini.

Sehubungan itu Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid mahukan Pengerusi Bersama JPDC, Datuk Seri Idris Jala; Ketua Eksekutifnya, Mohd Yazid Jaafar; serta Penasihat Penyimpanan dan Perdagangan Minyak JPDC, Tan Sri Ngau Boon Keat meletakkan jawatan serta merta.

"Percanggahan kepentingan yang berlaku dalam JPDC adalah amat ketara. Untuk mengelakkan ianya daripada berterusan, saya cadangkan Idris Jala, Ngau dan Mohd Yazid supaya meletakkan jawatan dalam JPDC.

"Perletakkan jawatan mereka akan meredakan kebimbangan tentang timbulnya salah faham tentang ketelusan, tadbir urus baik terhdap agensi pusat dan nama baik kerajaan Malaysia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mempengerusikan JPDC bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Selain berada di dalam lembaga pengarah JPDC, Ngau juga merupakan pengerusi eksekutif Dialog Group Berhad, syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang juga merupakan salah sebuah pelabur terbesar di dalam projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).

Menurut Tengku Putra Haron lagi, sebagai penasihat Ngau tidak perlu berada di dalam lembaga pengarah JPDC dan boleh memberikan nasihat apabila dijemput oleh lembaga terbabit.

Pengerusi Eksekutif Dialog itu sepatutnya berada di dalam Majlis Penasihat, di luar Lembaga Pengarah JPDC.

"Apabila nasihat diminta, kita boleh jemput beliau (Ngau) dalam mesyuarat dan selepas memberikan nasihat beliau boleh beredar. Tetapi beliau tidak sepatutnya berada di dalam lembaga pengarah dan membuat keputusan," katanya.

Kedudukan Ngau di dalam lembaga pengarah JPDC kata beliau, juga amat memusykilkan kerana ia mendedahkannya kepada "privilege information" yang boleh dipergunakan untuk kepentingan syarikatnya atau rakan-rakannya.

Mengenai Yazid pula, Tengku Putra berkata, Ketua Eksekutif JPDC itu pernah bekerja dengan Dialog sebelum menyertai agensi kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengawal selia industri minyak dan gas di Johor itu.

"Ada konflik kepentingan pada beberapa akaun dan menimbulkan persoalan tentang kesetiaan beliau (Mohd Yazid) sama ada terhadap "former paymaster" atau kepada kerajaan," katanya.

Kemusyikalan tentang latar belakang Mohd Yazid sebelum menyertai JPDC itu menurutnya adalah tidak sihat pada pandangan rakyat.

Sementara itu beliau juga mengatakan pelaksana projek PIPC itu telah mengabaikan agenda Melayu dengan mengenepikan penyertaan syarikat-syarikat minyak dan gas Bumiputera yang berkelayakan.

Tengku Putra berkata, fasa pertama projek Dialog di PIPC hanya membabitkan lima peratus penyertaan usahawan Bumiputera yang berkelayakan.

Sebelum ini katanya, terdapat cadangan supaya 40 peratus daripada projek-projek di PIPC diberikan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berkelayakan tetapi malangnya, ia tidak dilaksanakan.

"Saya berasa amat sedih kerana pembabitan pemain-pemain industri minyak dan gas Melayu di dalam projek PIPC tidak diperjuangkan oleh Idris Jala," kata Tengku Putra Haron lagi.
-- MALAYSIAGAZETT

TAMRIN GHAFFAR KELUAR PAS





Tamrin hantar surat keluar Pas

Saya baru menerima panggilan telefon daripada Tamrin Ghaffar yang memaklumkan beliau baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik dairi dari menjadi ahli Pas. Katanya surat itu diserahkan dengan tangan di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya nak maklumkan kepada you saya baru sahaja menyerahkan surat penarikan diri saya sebagai ahli Pas di pejabat Pas di Jalan Raja Laut," kata Tamrin tenang. Surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali itu diterima oleh salah seorang kaki tangan ibu pejabat Pas.

Dalam pada itu menurut Tamrin beliau juga bertemu dengan beberapa pemimpin Pas di parlimen minggu lalu sambil memberi pandangan berhubung masalah atau kelamahan dalam kepimpinan Pas beliau membayangkan rasa kurang selesa beliau dengan Pas ekoran perkembangan dalam parti agama berkenaan terutamanya dengan sikap presiden.

Keputusan Tamrin itu diambil sesuai dengan apa yang saya catatkan dalam blog dua hari lepas. Kepada Tamrin diucapkan selamat bebas sebagai ahli politik tanpa parti.


~MSO 



KISAH SEDIH...APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA DUDUK DALAM SURAU PUN KENA SAMUN!!!






Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan.

Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut 'single handed'.

Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra. Berhati2 kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.


14 Oktober 2014

GAMBAR & VIDEO KEJADIAN PUTING BELIUNG DI PENDANG KEDAH

Gambar-Gambar Ribut Puting Beliung Di Kampung Alor Besar, Pendang Kedah





VIDEO: PUTING BELIUNG DI PENDANG, KEDAH


Kuala Lumpur -Media sosial sejak tengah hari tadi gempar apabila para pengguna Facebook mula memuat naik gambar puting beliung yang dikatakan berlaku di Pendang, Kedah.

Menurut pengirim gambar yang menyaksikan fenomena puting belung itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 4.30 petang tadi.

Walau bagaimanapun SuaraTV gagal menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung fenomena tersebut.

Puting beliung berkelajuan lebih 80KM/j itu terbentuk dari pusaran angin itu jelas kelihatan oleh orang ramai yang menggunakan lebuhraya utara selatan yang menghala ke selatan.

Beberapa buah rumah di sekitar Kota Sarang Semut juga dikatakan mengalami kerosakan apabila bumbung rumah diterbangkan oleh puting beliung tersebut.

Tiada laporan kecederaan yang dilaporkan setakat ini.














GEMPAR: MH370 TIDAK TERJUNAM DI LAUTAN HINDI - PANDANGAN TERBARU DARI PAKAR


Tim Clark tidak percaya MH370 terjunam di Lautan Hindi



Tim Clark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline.

Peneraju Emirates Airline, Tim Clark percaya pesawat Malaysia, MH370 tidak terjunam di Lautan HIndi.

Dalam wawancaranya kepada akhbar Der Spiegel yang berpangkalan di Jerman, Clark berkata, beliau tidak percaya pesawat MH370 beroperasi secara autopilot semasa ia hilang.

Sebaliknya beliau mendakwa:"Pada pandangan saya, MH370 berada dalam kawalan, kemungkinan sehingga akhir".

Pandangan Clark itu bertentangan dengan dengan pendapat sebelum ini bahawa pesawat MH370 terbang secara autopilot sehingga kehabisan minyak dan jatuh di selatan Lautan Hindi.

"Setiap saat yang berlaku dalam pesawat itu perlu diteliti, secara teorinya, sehingga berakhir di Lautan India, yang mana pasukan pencari masih gagal untuk mengesannya, walaupun kusyen tempat duduk," katanya.

Sedangkan, kata Clark, pengalaman lampau telah menunjukkan sebarang insiden di perairan, tempat pesawat terjatuh, selalunya ada sesuatu yang ditemui.

"Setakat ini kita tidak melihat satu penemuan pun di lokasi yang didakwa tempat nahas MH370, saya turut mempersoalkan isyarat satelit yang diperkatakan," tambahnya.

Emirates Airline memiliki 127 pesawat Boeing 777 - paling banyak berbanding syarikat penerbangan lain - yang modelnya sama dengan pesawat MH370 yang hilang.

Beliau secara terang-terangan berasa syak tentang ketelusan siasatan kes kehilangan pesawat MH370.

"Secara totalnya saya tidak berpuas hati dengan semua ini," ujarnya.

Kenyataan Clark itu meningkatkan lagi teori konspirasi. Clark menambah: "Kita perlu tahu siapa berada dalam pesawat berkenaan secara terperinci yang identiti mereka diketahui oleh pihak tertentu. Kita perlu tahu apa yang ada dalam pesawat tersebut".

Analisis terkini daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu, pesawat MH370 telah membelok di sebelah kiri secara perlahan dan terjunam di Lautan Hindi semasa kehabisan minyak.

Ketika kejadian tujuh bulan lalu, pesawat malang itu membawa 239 orang penumpang.

Pencarian besar-besaran gagal menemui sebarang hasil dan fasa pencarian berikutnya adalah untuk mengesan pesawat melalui proses pemetaan Lautan India. - MalaysiaGazette

BILA MENTERI BIJAK PANDAI BERCAKAP PASAL MINYAK NAIK...CONTOHI PENGUSAHA CENDOI TURUN 20SEN SEMANGKUK!!!




HARGA PROMOSI TUH.... 

Kita ada kementerian Percendolan Malaysia 
Mari tepuk tangan..... papapapapap!!!!!

Terima Kaseh



13 Oktober 2014

JDT TIDAK PRO...., HANYA BERI 30 TIKET KEPADA PENYOKONG TERENGGANU, TAKKAN FAM TENGOK SAJA?


Ok ini surat panas lagi. Tiket dah up ke 100. Ok tak?  SUMBER


Hanya 30 tiket untuk penyokong Terengganu?



PENYOKONG Terengganu hanya dapat 30 tiket untuk perlawanan 16 Oktober ini?

Hubungan yang sudah pun tegang di antara Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dengan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dijangka semakin tegang berikutan isu agihan tiket kepada penyokong negeri Pantai Timur itu bagi perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara kedua-dua pasukan di Stadium Larkin 16 Oktober ini.

Dalam satu surat bertarikh hari ini kepada setiausaha agung PBSNT Aripin Drahman, PBNJ memaklumkan ia hanya memperuntukkan 30 tiket kepada penyokong Terengganu.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya itu menyatakan pihaknya telah memperuntukkan tiket-tiket perlawanan terbabit kepada peminat Harimau Selatan di kesemua 10 daerah di Johor.

Surat PBNJ itu juga menyatakan ia dilakukan diatas titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden PBNJ.

PBNJ seterusnya memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul.

Hubungan antara kedua-dua persatuan bolasepak terbabit tegang berikutan isu pindaan tarikh perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia daripada Sabtu lepas kepada 17 Okt ini.

PBSNT yang tidak bersetuju dengan pindaan itu telah mengancam untuk memboikot perlawanan itu, sebelum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) campur tangan dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh baru yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

Pada awal musim, hubungan antara kedua-dua pasukan keruh berikutan dakwaan PBSNT pemain importnya dipukul ketika sedang berjalan di terowong Stadium Larkin selepas tamat separuh masa pertama perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan. -- MALAYSIAGAZETTE

NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH, INILAH AKIBAT LAMBAKAN PENDATANG ASING

NEPAL DICEKUP SEKS DENGAN BINI CURANG DI KULIM MATI DIBELASAH



KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin.

Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.


"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.

Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.~MSTAR

AHLI PARLIMEN BN YANG BENGAP DITERTAWAKAN BILA TANYA SOALAN TIPU ' KERETA PERISAI' LGE!!!!


MP BN ditertawa bangkit 'kereta perisai' Lim

Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) diketawakan sebilangan MP Pakatan Rakyat kerana menyoal tentang berita olok-olok membabitkan kenderaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang.

Zahidi bertanya tentang perkara itu sewaktu mencelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan Belanjawan 2015 tengah hari ini.


Zahidi (Atas) bertanya tentang pembelian kereta rasmi Lim Guan Eng yang menurutnya dilengkapi perisai kalis peluru.

Pertanyaan itu membuatkan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri dan mula ketawa pada beliau.

Menurut Khalid, berita olok-olok itu mula disebarkan oleh blog pro-Umno dan Zahidi kini mempercayainya.

"Padang Besar (Zahidi) ini tertipu dengan propaganda Umno sendiri yang mengatakan ketua menteri beli kereta harga RM2 juta.

"Ini bila dah cukup banyak sangat penipuan, dia sendiri pula percaya.

"Inilah satu kes yang agak kelakar bila dah banyak sangat penipuan, yang menipu itu pun percaya dengan penipuan mereka sendiri.

"Jangan percaya sangat tentera siber Umno ini semua. Tak ada gunalah," kata Khalid mengundang kemarahan dari seorang lagi MP Umno.

Kenderaan Lim RM300,000

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bangkit dan membidas Khalid.

"Permatang Pauh (Anwar), tak usik Umno langsung. Hujah itu baik. Janganlah kacau daun," katanya.

Khalid membalas, "Cara Shah Alam, cara Shah Alam. Cara Permatang Pauh, cara Permatang Pauh".


Anwar (kiri) kemudian menegaskan bahawa tuduhan pembelian kenderaan bernilai RM2 juta itu tidak benar.

Menurutnya, Lim tiada apa-apa yang mahu disorokkan tentang pembelian kenderaannya yang bernilai RM300,000.

Beberapa blog pro-Umno minggu lepas mengedarkan gambar Conquest Knight IV yang didakwa dibeli Lim pada harga RM2,298,263.75.

Berita itu pada mulanya muncul di Facebook dengan penafian yang ia adalah satu berita olok-olok - namun perkara itu gagal difahami oleh blog yang menyebarkannya.

MARK ZUCKERBERG DATANG ASEAN JUMPA JOKOWI

Jokowi Bertemu Pemilik "Facebook", Mark Zuckerberg

Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) menerima kunjungan dari pembuat sekaligus pemilik media sosial, Facebook asal Amerika Serikat, Mark Zuckerberg, Senin (13/10) pagi di Balai Kota.

Gubernur DKI Jakarta, Joko Widodo (Jokowi) menerima kunjungan dari pembuat sekaligus pemilik media sosial, Facebook asal Amerika Syarikat, Mark Zuckerberg, Senin (13/10) pagi di Dewan Bandar. (sumber: Suara Pembaharuan / Deti Mega)

Jakarta - Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo (Jokowi) menerima kunjungan dari pembuat sekaligus pemilik media sosial, Facebook asal Amerika Syarikat, Mark Zuckerberg, Senin (13/10) pagi di Balai Kota Jakarta. Zuckerberg datang ke Dewan Bandar sekitar pukul 08.55 WIB yang langsung diterima oleh Jokowi dan dialu-alukan masuk ke ruangannya. Kedatangan Zuckerberg sendiri merupakan rangkaian kempen Internet.org.

Mesyuarat itu sendiri berlangsung selama kurang lebih 30 minit. Jokowi dan Mark kelihatan seragam memakai sut warna hitam. Keduanya lebih banyak membincangkan tentang perkembangan dan manfaat Facebook untuk perkembangan Indonesia.

"Kita bercakap bagaimana boleh memanfaatkan Facebook supaya berguna bagi masyarakat dan manfaatnya dalam rangka menggerakan ekonomi mikro kecil. Beliau akan membantu untuk bekerja sama dengan kita dalam rangka dua hal tersebut," kata Jokowi saat jumpa pers bersama Zuckerberg.

Selain itu, persoalan cukai dan akses internet juga dibicarakan dalam pertemuan tersebut. Walaupun pembicaraannya juga belum dilakukan secara lebih mendalam lagi.

"Kami lebih banyak bercerita tentang penggunaan Facebook saat kempen. Penduduk di Indonesia kan 240 juta, sedangkan pengguna Facebook ada 70-an juta. Ini sebuah potensi pasaran bagi dia," kata Jokowi.
Jokowi juga menyampaikan kepada Zuckerberg supaya ada manfaat yang didapatkan dari media sosial, seperti Facebook yang nyata bagi negara dan masyarakat.

Sementara itu, Mark Zuckerberg menyampaikan dirinya sangat bahagia boleh datang berkunjung ke Indonesia dan bertemu dengan presiden RI terpilih, Jokowi.

"Saya senang boleh bercakap dengan Jokowi. Saya juga senang melihat pertumbuhan akses internet oleh berjuta-juta orang di Indonesia serta pertumbuhan perniagaan," katanya.

Sebelumnya, Pesuruhjaya PT Owen Strategik Media, Maria Tiurma, menyatakan syarikatnya mengundang Zuckerberg dalam rangka memperkenalkan inisiatif global tentang Internet.org.

"Program tersebut bertujuan untuk mengurangkan halangan warga dalam akses internet, sehingga diharapkan warga Indonesia yang bersambung ke internet semakin meningkat," katanya.
Maria menyampaikan, beberapa hal yang disampaikan Zuckerberg dalam pertemuannya dengan Jokowi, selain mengucapkan selamat atas terpilihnya Jokowi sebagai presiden RI, juga disampaikan penggunaan aplikasi Facebook dalam proses demokrasi di Indonesia.

"Menyampaikan maksud Facebook untuk terus menyokong presiden RI terpilih Jokowi dalam urus tadbir kerajaan dan penyerapan aspirasi masyarakat dengan penyelesaian akses internet yang berpatutan," ujarnya.

GAMBAR-GAMBAR PENTAS PERTUNJUKAN TATTOO DI STADIUM MERDEKA ROSAK TERUK DIBADAI RIBUT

 

Pentas pertunjukkan tattoo di Stadium Merdeka rosak teruk berikutan ribut petang semalam 






12 Oktober 2014

GAMBAR INSIDEN POKOK TUMBANG HEMPAP PONDOK POLIS DI KG.ATTAP DUA ANGGOTA POLIS MAUT

INSIDEN POKOK TUMBANG HEMPAP PONDOK POLIS di Kg Attap 7.09 mlm tadi 2 anggota Polis maut disahkan oleh Pegawai Perubatan ~Bomba 


Dua anggota polis maut, pokok tumbang di Kampung Attap


Dua anggota polis maut dalam kejadian pokok tumbang yang menghempap kontena pondok polis akibat hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara hari ini.

Dua anggota polis yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam di Jalan Bellfield, Kampung Attap di sini itu dikenali sebagai Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, dan Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48.

Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah, kedua-dua mangsa bertugas dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan ditugaskan di lokasi berkenaan yang menjadi pejabat setor menyimpan barang kes.

Bercakap kepada pemberita di Zon Kritikal HKL, beliau berkata hujan lebat petang tadi menyebabkan sebatang pokok tumbang lalu menghempap pondok polis itu.

Zainol berkata Allahyarham Mohd Sharil Hisham berasal dari Sabah manakala Allahyarham Dzulkhairi berasal dari Kerinchi, Kuala Lumpur.

"Anggota keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu. Bedah siasat akan dilakukan esok," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan operasi mengeluarkan mangsa melibatkan 28 anggota dari balai Sungai Besi dan Hang Tuah. – Bernama






Insiden pokok tumbang di alamat Grid 9, Jalan Bellfield, Kg. Attap, Kuala Lumpur pada jam 7.09 malam tadi. Didalam insiden tersebut, sebuah pondok Polis telah dihempap pokok.


2 orang anggota Polis yang bertugas didalam pondok tersebut telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan yang bertugas.

AL-FATIHAH.

SUMBER


Cuaca Buruk Melanda K.Lumpur semalam.....



Hujan lebat dan angin kencang petang Ahad turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Bellfield, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang bermula kira-kira 5 petang Ahad mengakibatkan kejadian pokok tumbang, dahan pokok jatuh serta insiden papan tanda dan dinding rumah tercabut di sekitar ibu negara.

Menurut jurucakap Bilik Kawalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara kawasan terjejas akibat pokok tumbang ialah Jalan Stadium berhampiran Stadium Negara, Bulatan Kereta Api Tanah Melayu berhampiran Hotel Majestic, Jalan Maharajalela susur ke Jalan Hang Tuah serta laluan masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kejadian dahan pokok jatuh pula dilaporkan berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun S.H. Lee dan Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia, katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

"Selain itu, kami turut menerima masing-masing satu laporan berhubung papan tanda terjatuh dekat Stesen LRT di Jalan Tun Perak dan dinding papan di Flat Loke Yew tercabut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Sambathan di Brickfields, Jalan Changkat Stadium, Jalan Kuching menghala ke Bulatan Datuk Onn dan laluan ke Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak.

Beliau berkata setakat 8 malam, kesemua pokok tumbang itu telah dialihkan dan ini membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Kawalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur melaporkan sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok berhampiran Flat Loke Yew.

Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, katanya.

Di Klang, hujan lebat dan angin kuat pada sebelah petang meruntuhkan khemah untuk sambutan Deepavali yang didirikan beberapa peniaga di kawasan Little India
menyebabkan kerosakan barangan termasuk barang perhiasan untuk sambutan.

Setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barangan Am India Malaysia, Maheswary Ramasamy berkata khemah itu tidak dapat menahan cuaca buruk yang berlaku kira-kira 7.30 malam.

Beliau berkata persatuan itu akan mendapat maklum balas peniaga terbabit untuk tindakan lanjut.~mstar

SUSAH SANGATKE ARAB SAUDI SAMPAI TARIK SEMULA BANTUAN BANJIR PAHANG?




Mangsa tanya mana bantuan banjir Pahang tahun lepas?


Mohd. Shukri Ramli

Sebelum Pahang dituduh sebagai negeri yang mengabaikan bantuan mangsa banjir, eloklah kerajaan negeri melihat dan bertanya semula semua mangsa banjir tahun lalu sama ada bantuan yang diberi oleh kerajaan sudah diterima atau belum.

Sebabnya, ramai mangsa mula merungut kerana bantuan yang diharapkan masih belum sampai sehingga hari ini.

Bukan sahaja wang ringgit malah apa sahaja bentuk bantuan termasuklah tilam, dapur gas dan sebagainya hanya sebagai penyedap telinga mangsa banjir yang masih ramai menunggu janji yang ditabur.

Seperti kata Pengerusi Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd. Shukri Ramli, janji kerajaan negeri untuk memberi bantuan kewangan kepada mangsa banjir tahun lalu masih tidak muncul-muncul.

"Jangan sampai rakyat yang menjadi mangsa banjir menuduh kerajaan negeri pembohong. Sekarang ni musim hujan sudah pun bermula di Kuantan dan tidak mustahil akan berlaku lagi sekali banjir besar sebagaimana tahun lalu.

"Masalahnya, ke mana perginya semua janji untuk mangsa banjir tahun lalu atau janji itu akan digabungkan untuk banjir tahun ini," katanya ketika dihubungiMalaysiaGazette.

Jelasnya, kebanyakan mangsa banjir yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah merasakan diri mereka tertipu apabila pelbagai alasan diberikan oleh pihak terbabit ketika diajukan soalan mengenai bantuan banjir.

"Kerajaan negeri sudah maklumkan kerajaan Arab Saudi telah menghulur bantuan kewangan sebanyak US$10 juta bersamaan dengan RM35 juta untuk semua mangsa banjir di Pahang tetapi ke mana pergi duit tersebut?

"Paling dikesalkan, mangsa yang tidak dapat duit bantuan tersebut lebih ramai daripada yang dapat. Bila ditanya, pihak terbabit kata kerajaan Arab Saudi telah ambil semula duit sumbangan yang diberikan.

"Bayangkan apa perasaan orang-orang kampung yang menjadi mangsa banjir bila diperbodohkan dengan alasan sebegitu? Kalau dah janji, kenapa tidak tunaikan dan jangan beri alasan tak masuk akal," katanya.

Tambah Shukri lagi, ketidaktelusan pihak yang mengagihkan bantuan juga dilihat berlaku sewenang-wenangnya di banyak kawasan banjir.

"Kalau dah tak bagi bantuan, mereka akan beri pelbagai alasan yang memang menyakitkan hati. Tetapi paling melampau apabila terdapat mangsa yang dapat bantuan berlebihan sehingga ada yang menjual semula barangan yang diterima," ujarnya.

Bukan untuk mengugut tetapi kata Shukri, jika kerajaan gagal melunaskan janji kepada mangsa banjir, satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat.

"Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi," katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air sungai naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar.

Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh akibat ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa terkorban. - MalaysiaGazette
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...