02 Ogos 2014

PERISIK EMIRATES BANTU ISRAEL KANTOI DI GAZA


Aman Palestin


Perisik Emirates dan Persatuan Palang Merah.

Persatuan Bulan Sabit Merah UAE ke Gaza dihantar untuk melakukan risikan terhadap pejuang di Palestin

Menurut sumber primer di Gaza, beberapa sumber media telah menyatakan bahawa salah satu kumpulan pejuang Palestin telah mengesahkan bahawa seorang anggota dari team delegasi Pesatuan Bulan Sabit Merah UAE adalah merupakan seorang perisik, dan tertuduh telah mengaku berkenaan kerjanya di bawah Lembaga Keselamatan UAE.


Sumber(identitinya disembunyikan) menyebut bahawa perkara ini disyaki seorang warganegara UAE yang menyertai misi delegasi bulan sabit merah, beliau telah ditahan dan disoalsiasat, lalu beliau mengakui cubaannya untuk merisik maklumat berkenaan lokasi pelancara roket yang ditembak ke arah kumpulan penjajah Israel.

Kini kumpulan pejuang Palestin telah pun membebaskan pegawai UAE tersebut dan seluruh delegasi Bulan Sabit Merah itu telah diminta untuk segera meninggalkan Gaza.

Sumber juga menyebut bahawa pembebasan pegawai dan keseluruhan delegasi tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya krisis diplomasi, yang boleh mengakibatkan perhatian teralih daripada penderitaan warga Gaza terhadap pengeboman dahsyat yang dilakukan penjajah Zionis.

Pihak berkuasa Mesir sebelum ini telah melarang kemasukan mana-mana misi perubatan luar dan bantuan kemanusiaan ke dalam Tebing Gaza melalui laluan darat Mesir namun yang menimbulkan kesangsian adalah mereka membenarkan bagi Bulan Sabit Merah UAE untuk memasuki Gaza melalui sempadannya.

Selepas beberapa jam kemasukan Delegasi UAE, khabar angin berkenaan keterlibatan pegawai dari perisikan dalam kalangan ahli delegasi telah tersebar terutamanya selepas seorang ahli perubatan tersebut bertanyakan tentang tempat-tempat roket dilepaskan, dengan alasan tanpa maklumat ini ia akan menghalang kerja-kerja kebajikan mereka, kerana tempat ia dilepaskan itu adalah daripada kawasan perumahan -sebagaimana yang dinyatakan oleh saksi daripada penduduk Gaza sendiri.

Berita ini telah tersebar luas di laman sosial selepas pengguna twitter mengguna pakai hashtag
(الهلال_الأحمر_الإماراتي_يتجسس_على_غزة) maksudnya Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza.

Sebahagian tweet menyebut berkenaan saksi bahawa soalan-soalan daripada delegasi UAE itu memang menimbulkan kesangsian, namun ada sebahagian tweet yang menyebut bahawa delegasi itu telah meninggalkan Gaza tanpa sebarang syarat.

Ketua editor bagi majalah العرب القطرية عبدالله العذبة dalam twitternya menyebut;
"Perumpamaan Bulan Sabit Merah UAE yang dihantar oleh Abu Dhabi melalui generalnya di Gaza adalah seperti ular yang mengeluarkan ikan daripada laut kemudian mengatakan bahawa "aku menyelamatkannya daripada lemas""

@halameer78 pula menyebut dalam tweetnya;
"Jika UAE datang membantu mereka kata UAE perisik...jika UAE tidak datang membantu mereka kata pula sebagai pengkhianat."

Dr Ahmad Nokman @sfin1201 pula menyebut;
"rahsia Hamas sejak mulanya telahpun terbongkar dan telah banyak pengkhianatan di dalamnya, tidak ada keperluan untuk melakukan risikan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa"

Abu Abdur Rahman @K_ALHUSSAIN pula tweet "Jika tersabit dengan bukti kukuh bahawa ‪#‎Bulan_Sabit_Merah_UAE_Melakukan_Risikan_Terhadap_Gaza‬ maka adakah dibolehkan secara undang-undang untuk mendakwa mereka atas dakwaan mereka membawa kebahayaan kepada rakyat Gaza?"

Sumber;
GazaNow

PERJANJIAN AIR, KEMENANGAN RAKYAT SELANGOR

Majlis Menandatangani "Heads Of Agreement" Pelaksanaan MoU Antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Selangor. - Foto ihsan FB Khalid Ibrahim

Perjanjian air, kemenangan rakyat Selangor

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan termeterainya Perjanjian Dasar Induk antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan sebagai satu kemenangan besar buat rakyat negeri itu.

Menurutnya, penandatanganan Perjanjian Antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Selangor hari ini adalah untuk memuktamadkan pelaksanaan Penstrukturan Semula Industri Air Selangor dan pembinaan Projek Langat 2.

“Dengan termeterainya "Heads of Agreement" ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan.

“Ini merupakan satu kemenangan besar kepada rakyat Selangor dan Malaysia yang selama ini menyokong penuh usaha-usaha kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi air dan mengembalikan semula hak air kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam majlis menandatangani perjanjian itu, kerajaan Persekutuan diwakili oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Abdul Khalid juga menyebut bahawa tawaran RM9.65 billion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat yang terlibat

“Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah memulakan tawaran pengambilalihan kesemua syarikat konsesi air.

“Setakat ini hanya pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (Splash) sahaja yang masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Jelasnya, penyelesaian secara holistik ini akan memberi perkhidmatan air yang lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

“Kejayaan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%.

“Manakala kejayaan mengambil alih semua loji rawatan air (WTP) akan membolehkan kita melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kapasiti loji-loji tersebut dengan mengguna pakai teknologi terkini.

“Selain daripada itu, kejayaan pembinaan terowong bawah tanah bagi mengalirkan air dari Pahang ke Sungai Langat dan memindahkannya ke Sungai Selangor dan Sungai Semenyih akan menamatkan masalah kekurangan air mentah di kedua-dua sungai tersebut,” katanya.



Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat setuju dengan perjanjian air

March 7, 2014


Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi yang turut dihadiri Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.




KAJANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sudah berjaya meyakinkan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk meneruskan penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, dan mereka bersetuju dengan langkah itu.

“Malam tadi saya berbincang dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, mereka bersetuju untuk perkara ini diteruskan walaupun ada kecurigaan tentang tanggungjawab kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya.

“Bagaimanapun penstrukturan semula itu mesti diselaraskan untuk menjamin rakyat Selangor mendapat manfaat terbaik daripada usaha ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kemahiran Teknikal Belia Luar Bandar dan
Program Pemberian Insentif Bas Sekolah Kepada Anak-anak Kampung Daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Anwar yang juga calon PKR untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebelum ini mahu Abdul Khalid menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat 2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberikan penjelasan sepenuhnya.

Perlu berbincang

Anwar berkata Abdul Khalid perlu berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat dan mengambil kira pandangan sebulat suara sebelum membuat keputusan terutama membabitkan soal kepentingan rakyat.

Minggu lepas, kerajaan Persekutuan dan Selangor telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.

Dalam perjanjian itu, kerajaan persekutuan bersetuju membenarkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.

Dalam pada itu, Abdul Khalid, yang juga pengarah PRK Kajang untuk Pakatan Rakyat, menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan beliau telah menerima surat berhubung peralihan kuasa menteri besar kepada Anwar sekiranya calon PKR memenangi kerusi Kajang.

Ditanya sama ada surat itu sampai di pejabat menteri besar, Abdul Khalid berkata: “Saya sama sekali tidak akan menandatangani surat tersebut”.

Bernama

' ORANG MINYAK' NAIK MINYAK...KANTOI DIBERKAS DI MELAKA !!!!



‘Orang Minyak’ Kacau Awek Di Dataran Pahlawan Diberkas!



SEHARI dua ni berlegar di media sosial gambar seorang ‘orang minyak’ ditangkap oleh anggota polis.

Sebenarnya kejadian ini berlaku di Dataran Pahlawan, Melaka pada hari pertama Raya lalu.

Dia sebelum itu dikatakan ‘mengacau’ orang ramai yang lalu lalang terutamanya kaum wanita.

Dengan bantuan pengawal keselamatan, suspek akhirnya berjaya diberkas.

Berapa tong minyaklah dia guna nak lumur badannya itu….macam-macam hal!




Sepandai tupai melompatt..akhirnyee..tumpas jgak! org minyak intai perempuan kt toilet???

GAZA: REJIM ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA 72 JAM, LAKUKAN SERANGAN BOM DI RAFAH DAN TENTERA AL QASSAM BALAS DAN BUNUH 15 TENTERA ELIT IDF !!!


Rejim Zionis mungkiri gencatan senjata 72 jam yang bermula jam 8 pagi waktu Gaza. Ia hanya boleh bertahan beberapa jam apabila tentera penjajah menghujani Rafah dengan bom seberat 1 tan sehingga mengakibatkan 35 orang awam terkorban syahid dan 300 orang lagi cedera.

Al Qassam membalas serangan tersebut dengan serangan hendap dan berjaya membunuh 15 orang tentera IDF. 




Manakala seorang Pegawai Tentera Elit IDF yang dilaporkan hilang bernama 2nd Lt Hedlar Golden sebenarnya telah ditawan oleh al Qassam pagi tadi.

Aman Palestin


Laporan Media Israel berkaitan tenteranya yang hilang pagi tadi.

Akhbar Yedioth Ahronoth menyebut bahawa seorang tentera skuad khas Israel menceritakan pasukannya diserang hebat pada pagi Jumaat dalam jam 9:30 AM. Mereka diserang dari segenap penjuru di Timur Bandar Rafah.

Dalam cerita terperinci oleh tentera tersebut menyebut bahawa pejuang Palestin keluar daripada beberapa buah lubang dan salah seorang daripada mereka meluru lari ke arah sebuah Jeep dan meletupkan diri bersama tentera Israel yang di dalamnya, kemudian barulah menyerang kami dengan hujan peluru.

Beberapa tentera Israel mati terbunuh di tempat kejadian, dan pejuang kembali memasuki lubang terowong selepas berjaya menggempur pasukan tentera elit tersebut.

Dalam sumber yang lain TV 10 Israel menyebut; Pertempuran dahsyat terjadi antara tentera khas Israel selepas tentera Israel diserang dari belah belakang kemudian bertempur dalam jarak 0 meter.

Yang mengelirukan pasukan tentera Israel adalah pejuang Palestin keluar daripada pelbagai arah dan membuatkan askar Israel jatuh ke dalam perangkap pejuang, memberikan mereka peluang untuk menculik seorang tentera Israel berpangkat Leftenan.

Beberapa tentera yang tercedera dan mati dibawa oleh helikopter
ke Hospital Tentera Sooroka.

"kami tidak mengetahui sama ada dia masih hidup atau telah mati.."



GAZA: Gencatan Senjata 3 Hari Bermula Pagi Ini! -berita 1hb. Ogos


GAZA/JERUSALEM – Israel dan pejuang Islam Palestin di Semenanjung Gaza bersetuju terhadap gencatan senjata kemanusiaan tiga bermula pagi ini dan perunding dari kedua-dua pihak akan berlepas ke Kaherah untuk membincangkan penyelesaian jangka panjang.

Kenyataan bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, gencatan senjata selama 72 jam itu yang dicapai selepas lebih tiga minggu pertempuran ditetapkan bermula pada jam 8 pagi (0500 GMT).

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menerima cadangan AS/PBB.

Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang Islam yang menguasai Gaza memberitahu semua puak Palestin akan mematuhi gencatan berkenaan.

“Kami gesa semua pihak supaya menghentikan tindakan mereka sehingga gencatan senjata kemanusiaan ini bermula dan patuh kepada janji mereka sepanjang tempoh gencatan itu.

“Gencatan senjata berkenaan akan memberi kelegaan kepada orang awam yang tidak berdosa daripada terbabit dalam keganasan,” kata Kerry dan Ban.

01 Ogos 2014

KISAH SEBENAR KES TETAK DI KLANG

[KISAH SEBENAR] 10 Lelaki Tetak 6 Pelanggan Siber Kafe



PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

Sumber polis memberitahu, seramai 10 suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Menurutnya, suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

"Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

"Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat. -mstar



Polis cari dalang sebar berita palsu tujuh kanak-kanak ditetak

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

Timbalan-Ketua-Polis-Selangor1SHAH ALAM: Polis Selangor sedang mencari dalang yang menyebar berita di media sosial bahawa tujuh kanak-kanak cedera akibat ditetak sekumpulan lelaki di Pandamaran, Klang.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata berita itu adalah palsu dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu kerana menganggap ia boleh menjejaskan keharmonian awam.

“Pihak polis telah meneliti maklumat ini dan kes tersebut didapati tidak berlaku malah ia adalah palsu.

Tindakan menyebar maklumat palsu boleh dianggap usaha jahat pihak tertentu kerana ia mampu menimbulkan kesusahan kepada orang lain.

“Kita akan cari dalang yang sebarkan info sebegini untuk dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan penyebaran beberapa keping gambar kanak-kanak yang didakwa cedera parah akibat ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kafe siber.

Dalam kes lain, Abdul Rahim berkata pihak polis menemui semula 12 gelung tembaga bernilai RM1.7 juta milik sebuah syarikat yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Beliau berkata tembaga itu ditemui dalam sebuah lori di kawasan Sunway Kayangan di sini. “Siasatan mendapati dua lori dilarikan suspek namun sebuah ditinggalkan berikutan keadaan lori yang mungkin bermasalah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pengawal keselamatan di kawasan itu telah diikat sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata lima suspek disyaki melakukan kes berkenaan.
-FMT

Cerita Sebenar Kes 6 lelaki "Melayu Tabligh" ditetak 10 lelaki India di Klang


Beberapa gambar ngeri tersebar menunjukkan kesan tetakan pada badan-badan mangsa yang sedang dirawat di hospital.

Namun, penyebaran gambar-gambar tersebut disertakan dengan caption yang salah seperti dibawah:

Mlm tdi keling potong 6 org melayu (tabligh) kt pandamaran klang.umur mangsa 5 tahun sehingga belasan tahun.abg mangsa 0172072530. Hbgi beliau utk maklumat lanjut. Panjangkan pd smua ahli.standby. Adakah ianya bersangkutan dengan ustaz sahul hamid yang menghina agama hindu tu


Mesej tersebut turut disahkan PALSU oleh Polis Selangor dalam satu kenyataan di status terbaru dalam Facebook Rasmi mereka.



Kejadian itu memang benar berlaku namun ia adalah satu lagi insiden pergaduhan dan mangsa bukanlah daripada kumpulan Tabligh. Penyebar mesej palsu itu amat tidak bertanggungjawab kerana ditakuti akan membawa kepada pemahaman yang salah dan membangkitkan isu yang lebih besar seperti pergaduhan antara Agama. 

Fakta kes adalah seperti dibawah:

Dalam tempoh terdekat cuma t'dpt satu insiden gaduh spt mana Klg rpt no 26257/14 iaitu pada 31 Jul 2014 l/krg 0450 bertempat d vital net (cyber cafe) no 290 jln batu unjur 7, tmn bayu perdana, Klang. 6 lelaki Sabahan (bugis) cedera kena tetak dgn l/krg 10 lelaki India. Daripada 6 orang tsbt, 4 cedera parah dlm icu. 2 lagi stabil. Ada seorg budak lelaki berumur 15 tahun cedera sekali tapi stabil. Seramai 6 OKT berjaya ditahan utk siasatan lanjut. Siasatan dibuka dibwh 148kk.

Mangsa yang cedera.
1) Mohd Rais bin M. Tahir (23 Tahun)
2) Abdul Mutalib bin abdul rahim (15 Tahun)
3) Mohd junaidi bin negeri (20 Tahun)
4) Amran bin amri (30 Tahun)
5) Mohd norhan bin abdul karim (26 Tahun)
6) aidil bin baddu (27 Tahun)

Tuan.

Pengadu bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe Vital Net.


Pada 31/7/14 jam l/kurang 0450 hrs, semasa pengadu sedang bekerja di cyber cafe Vital Net, tiba-tiba telah masuk ke dalam cyber cafe l/kurang 10 lelaki india yang bersenjatakan parang dan kayu. Kemudian kesemua suspek terus menyerang beberapa pelanggang yang sedang melayari internet dengan menggunakan parang dan kayu. Suspek kemudian telah melarikan diri setelah mencederakan pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.

Hasil siasatan awal:

1) Kejadian berlaku di sebuah cyber cafe Vital Net, No 290 Jln Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Klang.
2) Suspek 10 lelaki india, umur dalam lingkungan 27an, bersenjatakan parang panjang dan kayu.
3) Semasa kejadian terdapat l/kurang 10 orang pelanggan yang terdiri dari lelaki sabahan.
4) Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek kerana suspek menutup muka dengan kain.
5) Suspek menaiki sebuah m/hiluk jenis mitsubishi storm warna silver dan sebuah kereta proton iswara no pendaftaran tidak pasti.
6) Suspek bersenjatakan parang dan kayu.
7) Seramai 6 lelaki sabahan mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mangsa berada di HTAR.
8) Suspek tidak merampas hartabenda milik mangsa.
-tengoktvonline
~Greenboc

PERSATUAN PENGGUNA SELANGOR TEGUR RAFIZI JANGAN POLITIKAN AIR....JANGAN ANGGAP RAKYAT SELANGOR BODOH MACAM MACAI PKR !!!


Persatuan Pengguna Selangor larang Rafizi politikkan air



Presiden dan Penasihat Guaman di Consumers Association Of Subang & Shah Alam, Selangor (CASSA) Malaysia, Datuk Dr. Jacob George semasa di sidang media tentang situasi air di Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Ogos, 2014.Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Selangor (GPNS) Datuk Dr Jacob George menggesa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli supaya tidak campur tangan isu penstrukturan industri air negeri itu dengan mempolitikkan kandungan perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan Putrajaya.

Jacob berkata, isu utama kini adalah kebimbangan rakyat dengan risiko kekurangan bekalan air bersih apabila paras simpanan air kini hanya tinggal 33.46%.

Sebaliknya beliau berkata, Rafizi cuba mempolitikkan keadaan dengan menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.

"Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).

"Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik," katanya pada sidang media di kediamannya di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya.


"Pada saya, Rafizi sepatutnya menggunakan kebijaksanaannya untuk menyokong Kerajaan Selangor mempercepatkan proses pengambilalihan air bukan melengah-lengahkan dengan isu konspirasi pula," katanya kepada MalaysiaGazette.

George turut mempersoalkan kenyataan Rafizi bahawa terma perjanjian air akan dikaji semula jika berlaku perubahan dalam kedudukan Menteri Besar.

"Proses pengambilalihan air sudah tertangguh sejak 2008. Soalan saya adakah semua wakil Kerajaan Selangor dan agensi-agensi terlibat dalam industri air tidak boleh dipercayai?

"Betul ke ada konspirasi. Rafizi sudah siasatkah?" soal beliau.

George menambah, rakyat Selangor sudah bosan dengan pelbagai alasan serta pertelingahan demi pertelingahan dalam kalangan pemimpin di Selangor.

Mungkin para pemimpin Selangor sekarang lupa bahawa mereka pernah bersungguh-sungguh menjuarai isu air sehingga pakatan pembangkang boleh mentadbir negeri itu.

"Tetapi jika beginilah cara mereka melengah-lengahkan proses pengambilalihan air, percayalah rakyat tidak akan lagi mempercayai mereka," ujarnya.

GAMBAR-GAMBAR NGERI, PERGADUHAN BESAR DI KLANG



Klang – Satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta Cina di kawasan berkenaan.

Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak.

Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Berikutan kes ini, orang ramai di nasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang salah dan mengaitkan kejadian pergaduhan ini dengan isu politik seperti mana yang sedang tersebar di laman sosial, lapor Suara.TV.










KICAU POWER DARI GAZA : SEMUA NEGARA MUSLIM DIKAWAL OLEH ISRAEL KECUALI GAZA?



Jurucakap tentera Israel kepada pengacara TV 10;

Taklimat yang terkini dan amaran tegas yang diterima tentera Israel yang berada sepanjang sempadan pinggir Bandar Gaza supaya tidak tidur berseorangan dan tidak membuang air keseorangan kerana dikhuatiri akan berdepan dengan penculikan oleh pejuang Palestin..

Sejam yang lalu para pejuang Palestin dilaporkan berjaya meletupkan sebuah kereta kebal tentera penceroboh Israel dengan periuk api berskala besar 250Kg di Bukit Arrais.

Letupan tersebut menghancurkan total kereta kebal tersebut dan pertempuran berlangsung sejurus sahaja letupan berjaya dilakukan.

Sejak bermulanya perang, Briged Izzuddin Al-Qassam mengesahkan bahawa mereka berjaya membunuh sebanyak 131 orang tentera Israel yang terdiri daripada pangkat sarjan, komando dan pegawai tertinggi.

Itu tidak termasuk kematian atau kecederaan yang melibatkan kenderaan jentera yang ditembak dan diletupkan oleh pejuang.


Doktor Israel;

"Kami tidak pernah merawat tentera yang sakit sebanyak ini dalam tempoh seminggu tidak menyamai jumlah pesakit selama 3 tahun..!

Kami terpaksa menerima kepala dan anggota badan yang terputus dan hancur.."





Selepas Zionis memusnahkan satu-satunya Stesyen Janakuasa Elektrik di Gaza, Briged Al Qassam, beberapa minit lalu, melepaskan roket ke arah stesyen janakuasa Zionis di Ashkol yang membekalkan tenaga elektrik kepada sembilan kawasan penempatan Zionis.


SASARAN Zionis memang  mahu bunuh kanak-kanak #Gaza. kerana mereka k sedar alQassam hari ini adalah kanak2 yang mereka gagal bunuh 20 tahun lalu.




31 Julai 2014

MLM HARAM, ZHANG MASIH MENGHILANGKAN DIRI.....


‘Lelaki Terkaya Di Dunia’ Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur



KUALA LUMPUR – Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.

Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.

“Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.

“Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus,” kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.

Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘bakal manusia terkaya di dunia.

Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.
Selain itu Lai turut menafikan laporan media bahawa sekurang-kurangnya 100 orang ahlinya hadir di pejabat syarikat itu di sini untuk membatalkan keahlian mereka sejak berita tentang tawaran bayaran balik itu dihebahkan di Internet sebelum pengumuman rasmi.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan sehingga sekarang,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa proses pengembalian itu hanya boleh dilakukan di pejabat.

Mengenai lokasi Zhang ketika ini, Lai berkata pengasas MLM itu kini sedang meneroka luar negara.

Ditanya sama ada Zhang akan muncul bagi menjelaskan mengenai perniagaannya, Lai berkata beliau hanya akan muncul untuk urusan rasmi dan bukan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. – mStar

VIDEO OPERASI KOMANDO HAMAS BUNUH 10 TENTERA REJIM ZIONIS !!!






Diatas merupakan rifle jenis Tavor yang berjaya dirampas oleh Al-Qassam, ketika mereka menyelinap masuk ke dalam kawasan belakang barisan musuh di timur Hayy Syujaiyyah dan berjaya membunuh 10 orang tentera rejim Zionis.

operasi serangan hendap yang dilakukan skuad khas komando Hamas

SAKSIKAN OPERASI TERSEBUT ....VIDEO

Video menunjukkan operasi serangan hendap yang dilakukan skuad khas komando Hamas di kem tentera menara Nahal Oz di Timur Hayyu Syujaiyyah yang berjaya membunuh 10 orang tentera penjajah Israel manakala cubaan untuk menculik seorang tentera Israel tidak berjaya.

Video menunjukkan detik-detik bagaimana Mujahidin keluar daripada terowong yang sebenarnya telah dimusnahkan oleh jentera Israel sebelum ini, kemudian detik ketika seorang askar Israel yang ketakutan tidak mampu menembak walaupun Mujahidin telah berada di hadapan mata, detik kemudiannya menunjukkan detik seorang tentera yang cuba diculik menjerit ketakutan.
Satu lagi kemajuan dalam menggambarkan suasana operasi dengan merakam pertempuran dengan Go-pro oleh Briged Izzuddin Al-Qassam.


SAKSIKAN OPERASI TERSEBUT ....VIDEO

30 Julai 2014

JAWAPAN MENGAPA HAMAS TOLAK BANTUAN SYIAH HIZBULLAH !!!


Hasan Nashrallah, Pemimpin Hizbullah

GERAKAN Perlawanan Hamas secara tegas menolak bantuan Hizbullah dalam perang melawan Israel.

“Untuk Zionis‘Israel, biar kami yang hadapi, dan kami minta tolong kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala,” kata Hamas sebagaimana dilaporkan Abdullah Onim dari Gaza

Abdillah Onim menambahkan Hamas memiliki roket dari hasil usaha sendiri bukan bantuan dari negara lain. Roket-roket itu diproduksi Hamas dari jantung kota Gaza.

Jika ada negara yang mengatakan, ‘Kami yang memasok roket ke Gaza.’, “Itu Bohong,” lapor Onim.

Sebelumnya, Hamas juga mengecam intervensi Hizbullah dalam perang Suriah yang telah membunuh ratusan ribu Muslim Suriah dan ribuan pengungsi Palestina.



Pada Desember 2012, petinggi Hamas Bara’ Nizar Rayyan -putra Asy-Syahid DR Nizar Rayyan- melayangkan kritikan pedas kepada pemimpin Hizbullah, Hasan Nashrallah. Dengan tegas, Nizar meminta Hasan berhenti cari muka.

”Ya Hasan Nashrallah, jangan kau cari sensasi di Gaza, sedang Kriminil Bashar Asad kau bela…!” kritiknya. 


~[Pz/Islampos]

GAMBAR-GAMBAR MENARIK PERKEMBANGAN ISLAM DI RUSSIA !!!





GAMBAR YANG AMAT MENAKUTKAN KAUM ZIONIS DAN KUFFAR....

SUBHANALLAH......

ISLAM IS RISING IN EUROPE..... SOLAT RAYA PAGI SYAWAL DISANA.....

LOKASI : MOKSVA @ MOSCOW

Fahamkan kenapa zionis dan sekutu mereka eropah serta amerika sangat takut kabangkitan russia dan bencikan Putin yang amat melindungi warga Muslim Russia...

29 Julai 2014

GAZA: PERANG HARI KE 23 , 110 TENTERA ZIONIS TERBUNUH !!!



Aman Palestin


Terkini | Gaza 9.53 am | Perang Hari ke-23

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan kepada gerakan Hamas telah mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 110 orang tentera Zionis sejak hari pertama peperangan iaitu sejak 7 Julai yang lalu.

Mereka memberitahu wartawan Anadolu semasa dalam talian telefon pagi tadi : "Sesungguhnya pejuang- pejuang kami meneruskan operasi menggempur pihak musuh di pinggir sempadan Gaza, dan mereka telah membunuh sejak permulaan perang darat lebih dari 110 orang tentera Zionis dan ratusan lagi tercedera" .

Briged Al-Qassam telah menunjukkan kemampuan mereka pada hari ke-22 peperangan mereka di Gaza ( Hari Isnin semalam) dengan membunuh 19 orang tentera Zionis dalam 3 operasi berbeza. Dimana 10 orang daripada mereka dalam operasi penyusupan ke belakang barisan musuh di timur bandar Gaza, 6 yang lain dengan bedilan mortar yang dilancarkan terhadap kumpulan tentera Zionis di timur Khan Younis, selatan Gaza, dan 2 yang terakhir dalam pertempuran yang sengit yang berlaku antara pejuang Al-Qassam dengan tentera Zionis di utara Gaza.

Sumber : Anadolu Agency


Gambar | Gaza 10.06 am | Perang Hari ke-23

Gambar memaparkan tentera ZIonis sedang memindahkan rakan mereka yang tercedera di Gaza semalam.

Sumber : وكالة شهاب


PENYAMUN MUSNAH BANK DENGAN BOM - HEBAT M'SIA



sumber gambar

Bank kena bom

Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai di bom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjenayah.



ANGGOTA polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas bank terbabit.


Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek. ~ myMetro

19 TENTERA ISRAEL DIBUNUH PADA SYAWAL PERTAMA !!!

Aman Palestin

Untuk Syawal yang pertama, Laporan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam mengesahkan berjaya membunuh seramai 19 orang tentera penjajah Israel.

10 orang tentera penjajah dibunuh ketika misi serangan hendap di menara kawalan Nahal Oz dan baki 9 di sekitar medan pertempuran di pinggir bandar Gaza.


Butiran Misi Nahal Oz akan diterjemah sebentar sahaja lagi..

Gaza 11:57 PM Perang Hari ke-22
Sumber; Al-Qassam

Perang Hari ke-22

Sebahagian kisah di medan perang diceritakan oleh sebahagian para pejuang Palestin ketika bertempur di barisan hadapan selama 22 hari pertempuran darat.

Kisah Komando 1
Skuad khas komando Briged Izzuddin Al-Qassam ketika ditugaskan menyerang tentera penjajah Israel di pinggir Bandar Gaza, mereka menunggu masa untuk menyerang di dalam sebuah lubang, namun pintu lubang tersebut dijadikan tempat parking segerombolan kereta kebal tentera penjajah Israel(tanpa mereka sedari kewujudan pejuang di bawahnya). 4 orang komando yang terperangka berpuasa selama 10 hari tanpa minuman dan makanan serta bertahan menunggu kereta kebal tersebut beredar supaya mereka dapat keluar, akhirnya mereka berjaya keluar selepas hari yang ke 10.

Kisah Komando 2
Ketua skuad komando mengarahkan seorang ahlinya yang keletihan supaya berundur dan mencari ganti namun ditolak seraya berkata "aku tidak akan berundur kecuali aku dapat membunuh 2 orang tentera penceroboh(Israel) atau aku akan pulang setelah syahid.."

Kisah Komando 3
Seorang komando Al-Qassam menceritakan ketika dia melihat gelagat tentera penjajah Israel di hadapan barisan perang medan pertempuran yang berlari sambil menjerit selepas sebuah peranti meletup berdekatannya sedang dia mampu membalas dengan segala kelengkapan perang canggih yang dia miliki serta kereta kebal yang mereka berlindung "Sesungguhnya aku tidak sangka mereka pengecut hingga ke tahap ini..!?"

Kisah Komando 4
Aku melihat daya juang rakan-rakanku para pejuang sangat kuat dan jitu, setiap daripada mereka berlumba dan bersaing untuk dipilih melakukan misi di barisan hadapan, aku sendiri berjaya membunuh 2 orang tentera Israel dalam satu pertempuran yang tidak lebih daripada 10 meter. Aku juga diceritakan oleh rakan komando ku di sebelah kawasan yang sama bahawa mereka berjaya meletupkan sebuah pasukan tentera Israel yang duduk berhimpit di dinding sebuah rumah, kami berjaya meletupkan mereka dengan sebuah peranti letupan menyebabkan sebahagian badan mereka hancur berkecai dan menunggu lebih dari beberapa jam untuk tentera lain datang menyelamatkan mereka. Itu pun selepas seluruh kawasan berdekatan dibom sehancur-hancurnya.

Aku sifatkan mereka adalah tentera yang tidak mahu berperang, bayangkan seorang tentera mereka yang sedang bersembunyi di sebalik dinding terus meniarap selepas mendengar bunyi tingkap rumah yang tertutup kemudian melepaskan tembakan seperti orang gila, sehinggalah dia menyedari bahawa tingkap tersebut bergerak disebabkan angin.

Kisah Komando 5
Di dalam satu misi kami untuk menyerang dari barisan belakang musuh, kami mensasarkan 2 buah kereta perisai yang dipenuhi tentera mereka, kemudian kami menyerang 1 daripadanya dengan semua yang ada di dalamnya, perkara yang sangat pelik bila tentera di dalam kereta perisai di hadapan tidak mahu turun menyelamatkan rakannya di belakang walaupun pintu kereta mereka sudah terbuka. Jarak antara kedua buah jentera tersebut adalah 20 meter.

Selepas kami menyelesaikan kereta perisai tersebut serta semua yang berada di dalamnya, kami segera ke arah sebuah kereta lagi, ketika jarak menjadi sangat dekat ketua pasukan tersebut keluar dalam keadaan yang sangat pelik sambil membawa senjata tetapi seakan menggeletar untuk menekan picu senjatanya, lagi-lagi selepas mendengar laungan takbir kami. Kami pun tidak mengambil masa yang lama terus menembak dan membunuh mereka di lokasi tersebut.

Kisah Komando 6
Dalam satu pertempuran ketika pasukan kami mengambil bahagian dalam satu serangan hendap yang mengorbankan 8 tentera Israel di daerah Hayyu Tuffah beberapa hari lalu, kami mengintip mereka dari jarak 700 m sambil bergerak ke arah mereka, selepas jarak menjadi semakin dekat kurang daripada 1 meter kami menghujani mereka dengan peluru dan bom RPG secara mengejut.

Ketika itu aku melihat salah seorang daripada mereka melompat dan melarikan diri sambil menjerit: "Tuhan, Tuhan, mama, mama!"
Setelah selesai misi tersebut kami segera cepat meninggalkan tempat tersebut mengikut arahan bilik taklimat.

Ini adalah sebahagian cerita para pejuang yang bertempur di barisan hadapan peperangan, dan sehingga kini statistik di dalam nota pejuang mengesahkan sebanyak 91 tentera penjajah yang berjaya dibunuh di dalam pertempuran di pinggir Gaza, walaupun Yahudi hanya mengiktiraf separuh daripadanya. Itu tidak termasuk tentera dan askar mereka di dalam jentera yang dibom oleh para pejuang(kerana tidak dipastikan sama ada terkorban atau cedera)

Doakan kemenangan para pejuang Palestin.

Gaza 2:27 PM
Perang Hari ke-22

Sumber;
iaanews

28 Julai 2014

SAUDI NAFI SOKONG ISRAEL HANYA PEMBOHONGAN MEDIA BARAT!!!

rakyat gaza palestina Saudi Bantah Kolusi dengan Israel

Saudi Bantah Kolusi dengan Israel

PANGERAN Mohammed bin Nawaf, duta besar Saudi untuk London, mengecam wartawan Inggeris David Hearst berhubung artikel palsu dan tidak berdasar di Huffington Post. Artikel tersebut menyatakan bahawa Arab Saudi telah bersubahat dengan Israel dalam usaha untuk menghancurkan Hamas.

Dalam dua laman pernyataan tertulis yang dikeluarkan pada laman media sosial, Pangeran Mohammed menjelaskan artikel Hearst, yang berjudul "Serangan di Gaza oleh Anggota Kerajaan Saudi," sebagai kebohongan.

Hearst adalah editor Middle East Eye, sebuah media online.

"Adalah sukar untuk percaya bahawa ada sampah dan kebohongan tak berdasar seperti itu, boleh ditulis oleh seorang editor mana-mana," kata Pangeran Mohammed. "Apakah kerana anda ingin cuba untuk menjadi berbeza dan benar-benar tidak peduli apa yang anda katakan, sehingga anda memutuskan untuk membalikkan dunia dan memainkan fakta?"

Pangeran Mohammed berkata Arab Saudi telah dilakukan, dan akan selalu melakukan, semua yang boleh dilakukan untuk menyokong rakyat Palestin dalam mengembalikan tanah mereka dan untuk menentukan nasib sendiri di negara mereka sendiri.

"Kekejaman dan disproporsionalitas tindakan Israel terhadap penduduk awam di Gaza adalah jenayah terhadap kemanusiaan," katanya. "Untuk berfikir bahawa Arab Saudi, yang telah komited untuk menyokong dan melindungi hak-hak semua warga Palestin untuk menentukan nasib dan kedaulatan sendiri, akan sedar bahawa menyokong tindakan Israel adalah penghinaan yang dahsyat." [Sa / islampos / arabnews]

11 AHLI PARLIMEN INDIA BAKAL DIPECAT KERANA PAKSA LELAKI MUSLIM BATALKAN PUASA -VIDEO

parlemen india Gila, 11 Anggota DPR India Paksa Pria Muslim Ini untuk Batalkan Puasa Ramadhan



Parlimen india Gila, 11 Anggota DPR India Paksa Lelaki Muslim Ini untuk Batalkan Puasa Ramadhan


SEDIKITNYA 11 anggota DPR yang tergabung dalam sayap kanan Shiv Sena di India didakwa memaksa seorang supervisor katering, yang berpuasa selama Ramadan, untuk berbuka. 11 anggota DPR ini menyuruh lelaki Muslim tersebut untuk makan chapati di Maharashtra Sadan di New Delhi minggu lalu.

Kejadian ini menjadi insiden besar di India. 


Pengurus IRCTC, syarikat di mana lelaki Muslim itu bekerja, Shankar Malhotra menulis e-mel pada 17 Julai mengatakan bahawa ahli parlimen memaksa kakitangan untuk menyediakan makanan di kawasan awam dan memaksa pengurus mereka untuk makan chapati, salah satu jenis makanan India.

Arshad, lelaki Muslim itu, mengeluh kepada pesuruhjaya warga.

"Semua tetamu bersama dengan wartawan dan kakitangan Maharashtra Sadan yang masuk ke dapur menyuruh untuk menyiapkan makanan. Mereka memegang saya dan memasukkan chapati ke dalam mulut saya, "terangnya.

"Saya memakai pakaian seragam rasmi dan semua orang juga tahu nama saya adalah Arshad '. Kemudian mereka memasukkan chapati ke mulut saya menyebabkan puasa saya batal. Saya terluka dengan hal yang mereka lakukan kerana itu adalah sentimen keagamaan yang bersangkutan. "

Saat ini, 11 anggota Parlimen India ini sedang berada dalam siasatan dan jika bersalah, mereka dinyatakan melawan perlembagaan dan kemungkinan mereka akan dipecat dari jawatannya. [sa / islampos / arabnews]

27 Julai 2014

MH17: UKRINE PERLU BERTANGGUNGJAWAB - TIONG LAI



Ukraine perlu memikul tanggungjawab dalam tragedi MH17 kerana pusat kawalan udara negara itu telah membenarkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) melintasi ruang udaranya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kuala Lumpur akan megemukakan aduan kepada pertubuhan antarabangsa berkenaan memandangkan kebenaran menggunakan ruang udara Ukraine merupakan faktor penting yang menyebabkan nahas berlaku.

``Ukraine tidak pernah mengeluarkan sebarang notis sebelum ini. Sekiranya ruang udara mereka tidak selamat, mereka seharusnya memaklumkan MAS.

``Pusat Kawalan Udara Ukraine turut memaklumkan bahawa adalah selamat untuk MAS terbang pada ketinggian yang berlaku nahas,"
katanya kepada Sinchew Daily.

Ditanya sama ada Malaysia akan membuat aduan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Tiong Lai berkata, perkara itu masih diteliti oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, Kuala Lumpur pasti akan membawa tragedi MH17 di timur Ukraine untuk dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa.

Tiong Lai berkata, siasatan mengenai unsur jenayah dalam tragedi itu akan diketuai oleh Belanda sementara Malaysia mahu mengambil bahagian dalam proses tersebut.

``Kita masih menunggu hasil siasatan dan setiap negara yang penumpangnya terkorban dalam tragedi ini berhak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa.

``Kita bagaimanapun tidak menetapkan jangka masa untuk proses siasatan, ia bukan mudah untuk mencari orang yang bertanggungjawab," katanya.

MAJALAH AMERIKA SAHKAN ISRAEL KALAH DALAM PERANG ROKET DENGAN HAMAS !!!!


Aman Palestin

Majalah The Daily Beast Amerika;

"Hamas telah pun memenangi perang roket dengan Israel..!"


Penduduk israel hilang mengejut , bandar-bandar sunyi sepi


Pencerobohan Israel ke Gaza bukan saja menyebabkan ketakutan bagi warga Palestin, malah Yahudi juga hidup dalam ketakutan. Hal ini dapat dilihat menerusi raut wajah-wajah penduduk Israel. Mereka sangat bimbang dengan roket-roket Palestin yang bila-bila masa saja boleh menghentam mereka.

Sejumlah bandar di Israel tiba-tiba berubah menjadi bandar hantu, akibat penduduknya lari ke luar negera. Lapangan terbang penuh sesak dengan penumpang. Mereka terpaksa lari ke luar negera akibat keadaan keselamatan di Israel tidak terjamin.

Laporan dari beberapa Media Israel menyebut, wajah-wajah tegang mewarnai setiap penduduk Israel. Tiap hari mereka ketakutan, menyusul kemampuan tentangan pihak pejuang Gaza yang mampu menjadikan seluruh wilayah Israel dalam jangkauan roketnya.

Amerika sendiri sebagai pelindung yahudi semangnya merasakan hal yang sama. Mereka terpaksa mengeluarkan larangan perjalanan ke Israel menyusul keselamatan yang tidak menentu.

Laporan PIC pada Rabu (23/7/2014) melaorkan, perang kali ini berbeza dengan sebelumnya. Perang sebelumnya, tentera Zionis kelihatan biasa di sempadan Gaza. Roket-roket pejuang Islam biasanya hanya sampai setakat bandar Sederot.

Dulu hanya penduduk di bandar Sederot saja yang dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan yahudi. Namun sekarang, semua bandar Israel seperti Tel Aviv, Haifa dan beberapa bandar penting yang lain boleh dicapai sasaran oleh roket pejuang dan akibatnya beberapa bandar dan wilayah Israel menjadi kota mati.

Roket pejuang Islam Palestin kini telah menjangkau jarak lebih dari 160 kilometer dari Gaza.- detik islam

KEMELUT MB: TG Nik Aziz Isytihar Sokong Khalid Ibrahim

TG Nik Aziz Isytihar Sokong Khalid Ibrahim - Ini kenyataan Penuh TGNA.

Terbaik ah hujah tuan guru.

Mesti baca dan sebar. Adil dan penuh berhemah. Jangan2 lepas neh nak tuduh TGNA pro UG yang berniat nak membela menantu pula. Sudah2 la ungkit kesilapan lampau orang. Kesilapan korang (PKR) dah perbaiki belum? Kerusi mana mao baling kali ini agaknya?

Kah Kah Kah

Apa pun aku suka pendekatan tuan guru. Meskipun TGNA menyokong kepimpinan Khalid, TGNA juga buka ruang perbincangan. Yang paling best, satu2nya pemimpn yang sedar rakyat dah meluat dengan perangai depa. Syabas TGNA. Sentiasa memahami macam selalu. Ikutla nasihat tuan guru tu. Berhenti la bergaduh gunakan media. Faham tak neh?

Baca ;

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya? Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?

Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.

Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik. Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir.

Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama. Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M

~AW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...