IKLAN

IKLAN
Klik gambar

16 Jun 2012

LIVE: HIMPUNAN HIJAU PERAK


Streaming video by Ustream

SIARAN LANSUNG CERAMAH MERDEKA RAKYAT DARI SEMBRONG, JOHOR . 9.30 MALAM

TVMerdeka Rakyat -CH1


Live Video app for Facebook by Ustream

Adakah Malam Ini di Sembrong, Johor Bakal Menyaksikan Keganasan Umno Dalam Siri Merdeka Rakyat ? LIVE 9.30 MLM di Blog Kedah.kini

UNTUK MAKLUMAN SEMUA BLOG KEDAH.KINI AKAN MEMBAWA SECARA LANGSUNG DARI LOKASI CERAMAH;
9.30 MALAM DENGAN TAYANGAN VCD DEMI RAKYAT BERSIH.




Malam ini siri Pidato Perdana Merdeka Rakyat muncul lagi. Kali ini merupakan siri Merdeka Rakyat yang ke-8 dan kembali menjengah semula ke negeri umno paling kuat di dunia iaitu di Johor. Lebih menarik, siri Merdeka Rakyat kali ini berlangsung di parlimen Sembrong iaitu kawasan parlimen milik Menteri Dalam Negeri.

Lokasi Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong bertempat di perkarangan Pejabat PKR Sembrong, Batu 4, Jalan Mersing-Kluang.

Beberapa bulan yang lalu, kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Sembrong telah disambut oleh keganasan Umno di bawah pimpinan Hishammuddin THO yang menyaksikan kerosakkan besar ke atas kenderaan yang dinaiki DSAI termasuklah kemek pada 'body' dan cermin turut dipecahkan. Namun DSAI bertegas betapa beliau tetap LAWAN walaupun telah melalui bermacam dugaan termasuklah dirinya dipukul separuh mati, apalah yang hendak dibanding jika setakat kenderaannya sahaja yang 'dipukul'.

Dengan ancaman Umno yang paranoid dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor, pasukan sekretariat Merdeka Rakyat tidak berganjak untuk satu lagi siri yang akan berlangsung di Sembrong. Namun kali ini dengan kekuatan yang cukup untuk menepis segala gangguan yang mungkin berlaku, kami bersedia.

Merdeka Rakyat siri Pasir Gudang sebagai contoh di mana semua sekutu bersedia menghadapi kemungkinan diserang gerombolan Umno, tetapi tidak berlaku sebarang kekacauan walaupun Pasir Gudang kebiasaannya bertukar menjadi zon perang jika Pakatan Rakyat masuk membuat ceramah penerangan. Tahniah kepada Pasir Gudang kerna meletakkan demokrasi mendahului arahan-arahan jahat supaya Pidato Merdeka Rakyat diganggu dan dihentikan. Samada persediaan yang rapi menjadi faktor ataupun tidak, apa yang penting ialah program berjalan lancar hingga ke penghujung di mana DSAI sempat bersalaman mesra dengan semua pengunjung yang rata-ratanya pertama kali melihat Anwar Ibrahim dari dekat.

Malam ini giliran Sembrong dan Kluang untuk menjadi saksi satu pesta Merdeka Rakyat yang setiap kali berlangsung meriah. Pidato Anwar Ibrahim yang lengkap dengan media pandang dengar menjadi kemuncak selain ceramah oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Hero mahasiswa, Adam Adli juga akan buat kemunculan pertamanya dalam siri Merdeka Rakyat.

Istimewa buat warga Sembrong/Kluang, DVD Merdeka Rakyat BERSIH akan ditayangkan di layar utama bermula jam 8.30 malam. Dokumentari ringkas terbitan SAMM berdurasi 49 minit ini akan disiarkan sehingga program bermula dan akan dijual kepada sesiapa yang ingin memilikinya, dan cetak rompak dihalalkan demi untuk memastikan maklumat disebar secara maksimum.

Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong juga akan turut disiarkan secara LIVE ke seluruh dunia dikeudarakan oleh Pasukan Propaganda SAMM. Pasukan propaganda SAMM beberapa kali dalam terma percubaan dan kali ini siaran langsung yang dibawakan pasti sangat positif dengan beberapa skill dan kelengkapan terbaru.

http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

Jika bernasib baik, para penonton dari seluruh dunia akan berpeluang melihat gangguan 'regim di hujung usia' dalam usaha menutup saki-baki ruang demokrasi, melalui siaran ini secara LIVE. Kepada kumpulan yang berniat untuk mengganggu (dengan sedikit upah RM30), sila batalkan niat anda atau kelaku anda akan ditonton secara langsung dan dirakam dalam muzium Umno selepas PRU13.

Ayuh warga Sembrong, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Segamat, Ayer Hitam dan kawasan sewaktu dengannya!! Ayuh raikan pesta kita demi merealisasikan kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat. Tanpa mengira apa jua warna kulit dan juga warna kepartian, raikan bersama demokrasi dan terapkan politik celik maklumat, semua dijemput hadir.


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

MAKLUMAT BOCOR: LAJIM OKIN JUMPA ANWAR DI COMBODIA !!!

LAJIM HARUS SEGERA TINGGALKAN UMNO


Maklumat ini adalah sahih yang telah diberikan oleh AJK Bahagian Beaufort yang mana mereka tidak puas hati tindakan Lajim Okim yang kian meminggirkan rakyat di kawasan Parlimen beliau.


SEMAKIN lama Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin menunggu untuk melompat, maka semakin dalam jurang politik yang terpaksa beliau hadapi kerana besar kemungkinan tidak ada tempat yang selamat untuk Lajim, sekalipun di DUN Klias atau Parlimen Beaufort.

UMNO sudah pastinya tidak lagi memerlukan khidmat Lajim sebagaimana pada era 1994 ketika beliau melakukan lompatan katak bernilai RM5 juta mengikut Skim Tajaan Sukan Lompat Katak yang dibiayai Kerajaan Persekutuan.

Populariti Lajim yang semakin menurun menyebabkan beliau telah dipinggirkan kerana tidak lagi berfungsi sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri; malah tidak lagi mempunyai potfolio sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort setelah tidak lagi menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah.

Dalam keadaan lopak (parti) yang menjadi rumahnya selama ini semakin kering kontang dan tidak mempunyai sebarang harapan lagi untuk dipilih semula sebagai Calon UMNO bagi mana-mana kerusi yang bakal diwakili BN; terutama setelah mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk ura-ura melompat parti SPF dan PKR.

Jika Lajim menafikan isu ini, kenapa beliau mengadakan beberapa perjumpaan tertutup dengan Anwar termasuk mengadakan misi rahsia membawa kami makan angin ke Jakarta, sebaliknya beliau pula ke Cambodia?

Sebagai ahli UMNO Beaufort, saya berharap agar Lajim segera tinggalkan UMNO kerana beliau kini menjadi liabiliti kepada parti dan dalam masa yang menyebabkan wujud beberapa puak di dalam UMNO, termasuk menaja puak tertentu melakukan usaha untuk mengganggu kepimpinan Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Sikap beliau yang menyimpan lebih 5,000 bendera SPF di sebuah rumah telah menimbulkan perasaan curiga dan ura-ura beliau menyertai PKR tidak boleh dipandang ringan.


oleh: -AJK UMNO BAHAGIAN KECEWA

TERKINI! MAHKAMAH PERANCIS KELUAR SEPINA ORANG KANAN RAZAK BAGINDA





Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu


sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

KHIR TOYO JADI TUKANG SPIN NAJIB!



Alahai Khir Toyo 1Malaysia dah kenal Zamil dan Najib, semua kerja membeli Ahli MP, Adun dan Ketua-ketua parti pakatan kerja mereka. Kalau nak harap Ketua Bahagian dah lama UMNO bungkus yang depa tau...cuma mengumpulkan pengaruh dan kekayaan peribadi.

Dakwaan Umno beli wakil Pakatan Rakyat melucukan, Dr Mohd Khir Toyo berkata, ia semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor

SHAH ALAM: Umno Selangor menganggap menggunakan bekas pemimpin PKR Zamil Ibrahim untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN melucukan dan sukar dipercayai.
Bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, dakwaan itu semata-mata untuk memburuk-burukkan Umno Selangor.

“Nampak lucu. Kenapa Umno memerlukan Zamil, beliau bukan ahli Umno dan bukan orang Selangor. Kalau BN nak buat, mereka ada pengerusi, ada ketua bahagian.“Saya ingin menegaskan memang tidak ada usaha untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata ADUN Sungai Panjang itu.

Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, dua pemimpin Pakatan Rakyat – Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad – mendedahkan individu yang dipercayai Zamil sedang berunding dengan wakil rakyat Pakatan Pakatan dengan tujuan membeli mereka supaya menyertai BN.

Semalam Zamil pada mulanya mengatakan SUA PKR Dato' Saifudin mengarut tetapi kemudian beliau mengangku mengaturkan pertemuan untuk membeli MP PR dengan lebih RM2j kerana rakaman Video ada ditangan pemimpin PR.



ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.

“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.

“Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN,” katanya.

Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.
Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.

PRU13 MIMPI NGERI ! BUAT NAJIB & TUN?

8 Kerusi Parlimen Di Johor Bakal Beralih Kepada PR


JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menaruh keyakinan yang tinggi dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi peringkat Parlimen di Johor bakal beralih tangan kepada pakatan pembangkang itu pada pilihan raya (PRU) 13 nanti.

Perkara itu dinyatakan secara tegas oleh Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan katanya daripada 26 kerusi Parlimen yang adakan di negeri jolokan kubu kuat BN itu, sebanyak 8 kerusi berada dikenalpasti kawasan yang kurang selesa buat BN.

Hal ini kerana katanya, kawasan terbabit dikategorikan sebagai kerusi yang yang mempunyai pengundi campuran.

”Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran. Kalau tengok keadaan ‘mood’, saya yakin kami boleh dapat lapan kerusi di Johor,” ujarnya yang dipetik Sinar Harian semalam.



Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut menambah bahawa kemampuan PR untuk memperolehi majoriti mudah dengan sejumlah 105 disasarkan bagi menerajui negara ini.

Keyakinan itu diterjemahkan katanya berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

”Ini bukan lagi harapan. Kami yakin boleh perolehi 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki akan kalah dan menang di tempat-tempat lain.

”Pada pilihan raya umum 2008, kami menang 82 kerusi. Status quo jumlah 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperolehi kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

15 Jun 2012

KANTOI !! ZAMIL MENGAKU ADA RUNDINGAN BELI MP PAKATAN

Pengakuan Zamil petang ini ' VCD itu mungkin rundingan saya dengan bapa Gwo-Burne’

June 15, 2012



Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil.

ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.

“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.

“Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN,” katanya.

Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.
Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.

Ada 25 VCD lagi

Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan VCD yang didakwa Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan pakatan itu.

“Saya meminta kedua-dua pemimpin itu mendedahkan 25 VCD lagi kerana saya mengadakan banyak pertemuan dengan pemimpin dan wakil rakyat PKR.

“Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana menurutnya bosan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.“Mereka ini di depan Anwar memaki hamun BN tetapi di belakang mencium tangan pemimpin BN,” kata Zamil. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan.


Kantoi ! Zamil ' Saya bukan agen Umno ' nak nafi apa lagi....

Zamil mengingatkan Saifuddin Nasution jangan celupar sangat.



PETALING JAYA: Bekas pemimpin KITA, Zamil Ibrahim menegaskan beliau bukan agen Umno untuk membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya menyertai BN. Menurutnya, beliau juga sudah kaya sebelum menyertai Pakatan Rakyat selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

“Saya mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) supaya menyiasat hartanah saya dan keluarga saya di luar negara.Kalau dia (Saifuddin) boleh siasat kapal selam mengapa tidak boleh siasat hartanah saya dan keluarga saya di lndonesia, Arab Saudi, Jerman, India dan Malaysia,” katanya.

Zamil bekas pemimpin PKR Kedah juga mengingatkan Saifuddin supaya jangan celupar dan jangan kurang ajar. Katanya, Saifuddin tahu mengenai dirinya hanya 30 peratus.


‘Penjual burger’

Zamil berkata demikian ketika diminta menjawab dakwaan Saifuddin bahawa beliau agen Umno yang mahu membeli ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya menyertai BN. Dalam sidang media bersama ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad di lobi Parlimen semalam menunjukkan individu dipercayai Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya menyertai BN.Saifuddin juga mendakwa Zamil telah menjadi kaya sedangkan sebelum ini beliau penjual burger manakala isteri penjual ubat.

Bagaimanapun, Zamil belum mahu mengesahkan individu tersebut adalah beliau.Beliau akan mengadakan satu sidang media di Sungai Petani petang ini bagi menjawab dakwaan tersebut.

Tahun lepas kisah 3 Datuk T dengan Video sek apabila projek itu gagal, tiba-tiba Zamil cuba menyelamatkan dengan mengadakan -Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi “anak emas” Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Sebenarnya zamil nie hidupnya tidak semewah sekarang selepas PRU12 2008 beliau masih menaiki kereta proton. Apabila tsunami 2008 nasib mereka berubah kerana keterdesakan Najib untuk mengambil balik Kedah dari pakatan rakyat. Najib menggunakan Ezam mat Nor untuk sebagai orang tengah untuk menjayakan projek merampas Kedah, jadi bagi memudahkan kerja Zamil adalah orang yang paling tepat untuk membeli ADUN PKR. Dari sini beliau mula hidup mewah dan buktinya Ezam dilantik Senator oleh Najib kerana dapat membeli 2 adun dan 5 MP PKR. Kalau untung RM1 juta seorang katak....lu orang fikirlah sendiri...

Walaupun Zamil telah dipecat dari PKR beliau masih mempunyai orang-orang beliau dalam PKR maknaya mudah berurusan. Daripada projek membeli orang penting PKR Kedah dan Adun-adun beliau mendapat komisen yang lumayan juga memperkudakan Ketua-ketua cabang dengan membeli dengan harga yang rendah dari RM15,000- RM50,000 tetapi beliau telah make-up harga yang tinggi daripada pihak yang kemaruk kuasa. Beliu terlalu rapat dengan bekas MB Kedah Mahathir Khalid yang masih pangsan akibat kekalahan beliau di Kedah pada masatu.


Bersambung....

DAP ATAU BN SOKONG KOMUNIS!


Delegasi parti komunis China tiba di Malaysia untuk lawatan kerja, disambut oleh Su. kerja UMNO

Hoi....orang-orang UMNO sapa yang dok sokong Parti Komunis, tak sedar lagi hangpa dok kena spin hari-hari...harap harinie hangpa tau sapa yang dok harap Parti Komunis...

14 Jun 2012
SEPANG - Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan He, yang juga setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Ab Rauf berkata ketibaan He adalah atas jemputan kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara.

"Malah peminjaman sepasang beruang panda dari kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita sebelum ketibaan He di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara China dan Malaysia untuk meminjam sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland di Putrajaya. - Bernama

VIRUS MERBAHAYA "BBT" DITEMUI DI MALAYSIA?

“BBT” – Oleh Izmil Amri



Orang kampung memanggilnya sindrom “bodoh bertimpa-timpa” atau dikenali dengan nama manjanya BBT. Kita masih gagal menemui nama saintifik bagi penyakit minda politik ini yang mudah ditemui dalam kelompok tegar kepimpinan tinggi United Malays National Organisation.

Dalam beberapa hari lalu dilaporkan bahawa minda BBT ini telah menyebabkan kabinet membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri Selangor; Universiti Selangor (UNISEL) dan juga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Alasan yang diberikan amat menggelikan hati: mahu menguji idea yang dibawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru-baru ini berjanji akan memansuhkan pinjaman PTPTN serta memberi pendidikan tinggi percuma.

Jangkitan awal BBT


Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dalam ulasannya kepada Utusan Malaysia menyebut bahawa pembekuan itu adalah supaya Pakatan Rakyat Selangor dapat membuktikan bahawa mereka mampu memberikan pendidikan tinggi percuma.

Khaled menganggap bahawa UNISEL sudah sedia untuk memberikan pendidikan percuma kepada mahasiswanya, justeru menolak PTPTN. Katanya, “Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.”



Kita tidak pasti samada penyakit BBT ini turut memberi kesan kepada fungsi pendengaran dan fungsi kognitif manusia untuk memahami konsep asas pendidikan tinggi percuma yang ditawarkan. Para doktor juga tidak pasti samada penyakit ini memberi kesan langsung kepada hati dan perasaan, sehingga sanggup menganiaya anak muda mahasiswa yang baru sahaja mahu melanjutkan pelajaran atas alasan dan kononnya strategi politik.

Bukan itu sahaja, malah Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menyokong tindakan itu dan menyebut bahawa adalah adil bagi PTPTN untuk menguji dasar PKR.

Di sini sekali lagi kita dapati bahawa simtom “bodoh bertimpa-timpa” turut menyebabkan gangguan neuron di dalam otak dan menyebabkan ada semacam kehilangan akal untuk beberapa ketika sehingga boleh tersalah faham dan menyangka bahawa PTPTN itu sebuah parti politik.

Sehingga tergamak bakal Perdana Menteri itu menggunakan PTPTN untuk mencabar dasar sebuah parti yang belum pun mempunyai sumber-sumber persekutuan untuk merealisasikan manifestonya. Ini juga baik untuk mengingatkan kita bahawa tanggungjawab pendidikan tinggi duduk dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Peringkat akhir jangkitan BBT

Kesudahan daripada jangkitan penyakit “bodoh bertimpa-timpa” ini dapat kita lihat pada si dia yang teringin benar mahu jadi Menteri Besar Selangor, Noh Omar namanya, yang menyebut bahawa pembekuan PTPTN akan dihentikan sejurus sahaja PKR mengakui bersalah dan tidak mampu memberi pendidikan percuma.

Kita melihat penyakit ini akhirnya akan menyebabkan penghidapnya berperangai kebudak-budakan, dan punya kecenderungan untuk membuat ugutan-ugutan kosong, terutamanya apabila memikirkan bahawa Noh adalah Menteri Pertanian yang tempoh hari di Parlimen masih lagi terkial-kial dengan istilah akaun “escrow”.

Namun begitu harus diingat bahawa penyakit BBT ini sebenarnya mungkin dapat disembuhkan apabila penghidapnya sanggup mendengar kata-kata orang yang pakat dalam bidang mereka. Dengan tiba-tiba langkah pembekuan PTPTN untuk Selangor itu ditarik balik.

Namun kesan sampingan penyakit ini agak teruk juga. Walau pun keputusan ditarik balik, sindrom itu meninggalkan kesan angkuh, sombong dan berlagak yang amat sukar untuk dipulihkan dalam masa yang singkat.

BBT semakin kronik

Penyakit BBT juga dikhabarkan membawa nasib malang kepada mereka yang menghidapnya. Sama ada ia mempunyai kaitan saintifik, belum dapat dibuktikan. Namun, nasib malang menimpa Perdana Menteri apabila media antarabangsa giat melaporkan betapa gagalnya dalam usaha transformasinya. Ia pasti memberi kesan besar kepada pelaburan antarabangsa serta imej negara di mata dunia.

Lebih malang lagi, bakal menantunya Daniar Nazarbayev semalam dilaporkan oleh New York Post telah menipu bapa tirinya dan beroleh sebuah kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen yang dipalsukan.



The Daily Mail pula melaporkan bahawa Daniar menggunakan kelulusan Universiti Columbianya itu untuk mendapatkan cinta anak sang Perdana Menteri. Aduhai alangkah malangnya Perdana Menteri.

Kesimpulan

Mungkin penyakit yang sedang dihidapi kabinet Malaysia sebenarnya wujud dalam jenis yang pelbagai. “Bodoh bertimpa-timpa” boleh bermutasi menjadi “malang bertimpa-timpa” atau MBT. Mereka yang dijangkiti virus ini mungkin patut menjauhkan diri dari dunia politik kerana tidak lagi mampu untuk mendepani budaya politik baru yang bebas daripada penyakit yang disebutkan tadi.

Lagi pula, BBT yang boleh merebak menjadi MBT mungkin suatu penyakit bawaan vektor. Ada teori yang mengatakan penyakit yang diakibatkan oleh virus ini dibawa oleh kawanan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang baru-baru ini dilaporkan telah berpindah ke Bangsar. Sungguh borjuis lembu-lembu itu.

Kita juga tidak menolak kemungkinan bahawa virus ini mungkin bawaan udara yang tercetus di antara Perancis dan Mongolia. Atau mungkin ia bawaan dari laut melalui kapal selam. Setakat ini tidak banyak yang kita tahu.

Apa yang kita tahu ialah penyakit disebabkan virus ini sudah terlalu menular. Orang awam disarankan agar tidak menghampiri mereka yang mengalami simtom terbabit, kerana dilaporkan bahawa penyakit ini sangat mudah berjangkit.

Walau pun belum ada ubat moden untuk mengatasi sidnrom itu, ramai orang kampung sudah lama tahu penawarnya. Untuk merawat BBT dan MBT dengan berkesan, orang ramai boleh cuba “UBAH”.

14 Jun 2012

PERCAYAKAH ANDA HENDAK KE PUTRAJAYA, RADIO SENJATA UTAMA!

Radio jadi senjata PKR di Sarawak



Radio gelombang pendek kini menjadi senjata paling berkesan bagi pembangkang untuk menyebarkan maklumat di kawasan pedalaman Sarawak. Menurut sesetengah kaum asli yang mengikuti Radio Free Sarawak dengan radio yang diderma, mereka kini gagal untuk menyokong Barisan Nasional lagi.

Ketika ditemuramah MerdekaReview dengan telefon, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Paul Bian berkata, PKR mula mengumpulkan radio yang diderma orang ramai, dan dihantar ke rumah panjang di kawasan pedalaman, selepas Hari Krismas pada tahun lalu. Namun demikian, radio yang diterima itu telah lapuk, dan tidak begitu baik dari segi penerimaan. Justeru itu, kesannya tidak begitu memuaskan.

Selepas itu, pihaknya berjaya mendapatkan radio gelombang pendek yang lebih berkesan, dan

menghantar dalam bilangan yang besar ke dalam kawasan pedalaman. Orang asli dapat mendengar rancangan Radio Free Sarawak saban hari selepas radio dihantar ke rumah panjang.

Menurut Paul Bian, daripada respon yang diperolehi, kebanyakan penerima radio mendakwa diri mereka telah mengetahui kebenaran. Rupa-rupa diri mereka telah ditipu selama ini, kata mereka. Paul Bian menyusul dengan soalan, seandainya Barisan Nasional memberi wang RM500, malah RM1,000 kepada mereka sepanjang pilihan raya, adakah mereka akan berpaling tadah? Orang asli sebaliknya memberitahu, apapun yang diberikan BN akan diterima, tetapi tidak akan mengundi BN.

Paul Bian menjelaskan, adalah perlu untuk mengajukan soalan sedemikian agar penduduk kaum asli ini membuat persediaan dari segi mental. Nampaknya mereka telah memutuskan untuk tidak dibeli kali ini, kata Paul Bian.

Ilmu meneyuntik keberanian



Menurut Paul Bian, keadaan ini tidak pernah berlaku di kawasan kampung sebelum ini. Ramai yang berkata orang di kawasan kampung bodoh, mudah dibeli dengan RM20, padahal mereka tidak bodoh, tetapi di-"basuh otak"-nya selama ini oleh propaganda BN. Dan agak sukar untuk pembangkang menampilkan pandangan yang berbeza di rumah panjang sepanjang tempoh kempen.

Pengalaman wartawan ketika membuat liputan di Empangan Bakun, Sarawak mendapati penduduk tempatan hanya mampu akses kepada rancangan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM). Maklumat yang diperolehi kesemuanya informasi dari kerajaan BN. Malah, beberapa kawasan DUN di luar bandar Kuching, kediaman penduduk agak jauh berpisah. Ini belum lagi termasuk kawasan yang perlu pengangkutan sampan, seperti Hulu Rajang dan Baram. Lebih-lebih lagi, tempoh kempen yang pendek juga tidak membenarkan calon untuk sampai ke setiap kawasan dan bertemu dengan calon untuk menjelaskan manifesto dirinya.

Paul Bian mendakwa, minda rakyat telah dibuka selepas terdedah kepada rancangan Radio Free

Sarawak, yang membongkarkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri. Nampaknya agak mustahil untuk menangkis arus sedemikian.

Pengasas "Adopt A Dayak Candidate Initiative", Noelle Jiang berkata, apa yang dibincangkan dalam rancangan Radio Free Sarawak berhubung rapat dengan penduduk kaum asli di kawasan pedalaman, misalnya tanah adat, pendidikan kanak-kanak, perubatan dan sebagainya.

Selain itu, calon juga membincangkan isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dalam rancangan ini, dan menjadi saluran terbaik untuk rakyat terdedah kepada pandangan mereka.

Menurut Noelle Jiang, rancangan ini telah menyuntik kekuatan kepada pendengarnya, dan biasanya diakhiri dengan seruan, jikalau pendengar mengidamkan perubahan, maka mereka perlu pergi mengundi.

Radio Free Sarawak diasaskan pada 15 November 2010, oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain. Bahasa pengantarnya adalah bahasa Iban dan Malaysia. Menurut Paul Bian, hampir kesemua penduduk Sarawak mampu memahami bahasa Iban, dan sesetengah tetamu rancangan juga menggunakan bahasa Malaysia. Salurannya adalah 15420 kHz.

Lapan kawasan pedalaman yang dijadikan fokus



Noelle Jiang berkata, semua orang tahu untuk menukar kerajaan, namun mustahil pembangkang mempunyai peluang seandainya mengikut cara berkempen hanya pada tempoh kempen pilihan raya. Ramai sedar bahawa Sarawak yang memiliki 31 kerusi parlimen adalah negeri yang paling penting. Pada dasarnya, kawasan bandar cenderung untuk pembangkang sekarang, oleh itu, kawasan pedalaman perlu ditawan.

Noelle Jiang menambah, calon Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan bertanding di kebanyakan kawasan pedalaman. Calon berketurunan Dayak dan Iban dipercayai akan menyarung jersi kali ini, dengan slogan "Dari Sarawak ke Putrajaya" - satu petanda yang amat penting.

"Beli satu radio untuk bebaskan Sarawak" adalah sebahagian daripada program "Adopt A Dayak Candidate Initiative". Sebelum ini, mereka juga mengumpul derma untuk membeli sebuah perahu, agar calon pembangkang dapat turun ke kawasan tertentu untuk berkempen. Pada pertengahan Jun, projek menyewa kereta pacuan empat roda dan pembelian minyak akan dilancarkan. Iniasitif ini diusahakan dengan harapan agar orang ramai boleh melibatkan diri dan menyumbang untuk perubahan.

2,200 buah radio mula diagihkan ke setiap rumah panjang di lapan kawasan tumpuan PKR, iaitu Baram, Kanowit, Lubok Antu, Limbang, Saratok, Selangau, Sri Aman dan Hulu Rajang.

"Apa yang dimaksudkan kawasan tumpuan adalah kawasan yang berpotensi untuk membawa kemenangan. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, PKR sebagai parti kebangsaan bertanding di kesemua kawasan agar tidak memberi kemenangan percuma kepada BN. Inilah kewajiban sebagai parti nasional. Dan keadaan ini menjurus kepada kekurangan sumber parti itu. Kini, parti ini memberi tumpuan untuk menyerang kawasan yang utama ini... Sebanyak 2,200 radio gelombang pendek telah dihantar ke lapan kawasan tersebut setakat ini."

Noelle Jiang berkata, Ali Biju yang bertanding di kawasan parlimen Saratok sebelum ini tidak meminta radio, tetapi mengemukakan permintaan ini baru-baru ini. Jadi, sebahagian radio juga diagihkan ke kawasannya. Ali Biju juga ADUN Krian dari PKR.

Menurut program tersebut, sekurang-kurangnya dua atau tiga radio perlu dibekalkan untuk rumah panjang yang memiliki 60 hingga 70 orang penghuni. Beliau berharap agar matlamat 2,200 radio tercapai di akhir bulan April. (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sosial Facebook dan laman internet.)


Tiga orang calon yang dibantu di bawah program "Adopt A Dayak Candidate Initiative" ini adalah peguam yang mengendalikan isu tanah adat, Abun Sui, Roland Engan dan Nicholas Muhah.

TERKINI! EJEN AMNO UNTUK BELI 2 MP PAKATAN DIDEDAH!!

Bekas Pengerusi Kita Kedah ejen BN untuk beli 2 MP Pakatan



KUALA LUMPUR 14 Jun: Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim antara lima individu yang terdapat dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan)
.



Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang pemandu kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".

Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...".

Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...".

Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,".

Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!".

Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini adalah sebahagian daripada rakaman keseluruhan sepanjang 3 jam 'perbincangan' itu berlangsung.

Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno.

"Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil kini tinggal di sebuah banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.

Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional.

"Dengan latar belakang itu, tidak diketahui apa jenis perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya.


(Laporan dan rakaman video tersebut menyusul)

SYABAS! PERBADANAN PUTRA PUTRAJAYA, SAPA NAK MAMPUS DULU?





Siapa yang SOMBONG, ANDA nak tegur parti nie, mereka semua kebal dari undang-undang semua boleh buat cuba anda fikir tindakan pihak Polis membalun rakyat dan wartawan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 adakah penguatkuasa hormat undang-undang?.




Terbaru isu PTPTN depa buat duit kerajaan persekutuan macam bapak depa punya. Apa komen terbaru TPM :

Muhyiddin berkata lebih sejuta orang rakyat mendapat faedah melanjutkan pelajaran menerusi hampir RM43 bilion kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata (lain) dia nak bagi percuma. "(RM) 43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?

"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN) wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?


Tujuan utama Puak-puak Menteri dan pemimpin BN Selangor adalah semata-mata untuk sabotaj kerajaan PR Selangor dengan mempergunakan PTPTN untuk menyekat pinjaman pada siswa/siswi untuk memenanggi undi pada PRU 13.. ia adalah perancangan untuk memburukkan unisel supaya ramai rakyat disana jangan mendaftar sebagai siswa Unisel sesi baru..

NAJIB MOHON RM360 JUTA UNTUK KOS PILIHANRAYA !

“Tambahan sebanyak RM360 juta diperlukan untuk membayar persiapan dan menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13,” kata nota penerangan untuk amaun bagi SPR.

Putrajaya minta RM14b lagi untuk dibelanjakan




KUALA LUMPUR, — Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil bekalan tambahan meminta sejumlah RM13.8 bilion lagi untuk dihabiskan tahun ini, mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib tidak akan dapat mengurangkan defisit dan melanggar had hutang berkanun.

Rang Undang-Undang yang dibentangkan pagi ini oleh Kementerian Kewangan memperuntukkan RM360 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan mencecah RM11.2 bilion untuk “perkhidmatan am perbendaharaan” dengan pilihan raya yang semakin hampir.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) masing-masing akan menerima RM1.5 juta untuk diagihkan ke kawasan mereka dan bahawa parti pemerintah berkemungkinan mengadakan pilihan raya sejurus pembentangan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September depan.

Perdana Menteri juga telah mengaku baru-baru ini bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kembali pemberian sebanyak RM500 awal tahun ini kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang bernilai RM2.6 bilion.

“Tambahan sebanyak RM360 juta diperlukan untuk membayar persiapan dan menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13,” kata nota penerangan untuk amaun bagi SPR.

Ia juga menggariskan RM7.5 bilion untuk subsidi “gas petroleum cecair, diesel dan petrol dan bantuan tunai” serta RM30 juta untuk Unit Penjenamaan Kebangsaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata akhir bulan lalu, kerajaan akan memastikan bahawa hutang Malaysia tidak akan melebihi had berkanun di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Pembiayaan Kerajaan kerana pengurusan kewangan negara yang berhemat.

Beliau berkata hutang negara berjumlah 53.5 peratus daripada KDNK, yang berjumlah RM881 bilion bagi 2011 selepas semakan baru-baru ini, menyaksikan Malaysia RM13 bilion daripada 55 peratus hutang.

Pentadbiran Najib telah berikrar untuk mengurangkan defisit fiskal, yang menurun kepada 4.8 peratus tahun lepas dari paras tertinggi dalam tempoh 22 tahun lebih tujuh peratus pada tahun 2009.

Tetapi ekonomi Malaysia semakin perlahan, yang mencatatkan penurunan suku tahun ketiga berturut-turut dalam pertumbuhan kepada 4.7 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, telah menimbulkan persoalan sama ada kerajaan persekutuan boleh menyimpan perbelanjaan di dalam semakan.

Penganalisis memberi amaran kepada Malaysia untuk lebih bersedia menghadapi kelembapan yang ketara di sini kerana peningkatan hubungan dengan rakan kongsi perdagangan utama termasuk China, pasaran kedua terbesar di dunia yang ekonomi berkata mengetuai bagi penurunan suku tahun keenam berturut-turut pertumbuhan dengan lebih teruk.

Penyingkiran Greece dari zon Euro, akan menyebabkan kemelesetan kedua dalam masa empat tahun di Malaysia kerana keadaan di Eropah menimbulkan ancaman kepada ekonomi global, kata penganalisis Bloomberg.

Bank Dunia juga menggesa Malaysia minggu lalu bagi mempercepatkan pembaharuan seperti pemotongan subsidi dan meluaskan yang cukai asas, inisiatif utama yang telah terhenti menjelang pilihan raya, jika ia mahu untuk mencapai sasaran Putrajaya menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Jika BN terus berbelanja mengikut Belanjawan semasa, ini akan mempunyai kesan yang teruk kepada tahap defisit dan boleh melanggar had 55 peratus berkanun nisbah hutang-kepada KDNK,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

ROSMAH " DAKWAAN BAKAL MENANTU PM MENIPU " DIPERBESAR-BESARKAN!



Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri. "Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).


Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.




Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas — Aspan Alias



14 JUN — Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai risiko yang tidak ramai sanggup menghadapinya.

Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?

Bagi kita rakyat di Malaysia sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna. Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini.

Kebanyakan kemerdekaan dan tamadun sesebuah negara dan “empire” yang tertulis di dalam sejarah dunia ini ialah kerana isu rasuah yang besar-besar. Rasuah merupakan isu yang tidak ada tolok bandingnya kerana rasuah itu boleh menjahanamkan seluruh sistem ampuh sesebuah negara dan jajahan itu.

Negara kita sekarang sedang berada dalam keadaan yang sama semasa Empire Rome ketika tamadunnya hendak runtuh dan berkecai dahulu. Begitu juga semasa kekuasaan Uthmaniah dahulu dan banyak lagi contoh-contoh yang sama berlaku di dalam negara dan tamadun yang telah hilang dimamah sejarah.

Di antara dua puluh enam “dynasty China”, dinasti Qing merupakan dinasti yang terakhir yang menghadapi keadaan yang sama sehinggakan dinasti itu jatuh bergelimpangan dengan “people’s power” pada 1910 dahulu dan akhirnya dinasti yang kuat dan kukuh itu telah jatuh dengan penolakan rakyat. Semua tamadun ini merupakan tamadun yang kuat yang tidak ada siapa yang menyangka tatkala itu yang mereka akan jatuh tersembam oleh kehendak rakyat.

Umno Baru dan BN juga sedang berada di dalam keadaan yang sama, dalam mana kekuasaan yang telah mereka perolehi selama lebih lima dekad itu nampaknya sudah menunjukkan tanda-tanda akan jatuh. Segala dalil dan petanda kejatuhan yang kita lihat sekarang ini dialami oleh rakyat negara kita hampir sama dengan apa yang dialami oleh rakyat “empire” dan negara yang saya sebutkan tadi.

Di antaranya rasuah yang tidak terkawal lagi, kuasa diperguna dengan salah dan ketidakadilan dilakukan terhadap mereka yang berusaha untuk memperbaikinya. Memfitnah dan menggunakan institusi kerajaan sebagai egen kebobrokkan mereka menjadi perkara biasa. Yang benar menjadi salah dan yang salah dijadikan perkara benar.

Inilah yang berlaku apabila kuasa yang dipegang itu berada di dalam tangan dalam tempoh yang terlalu lama. Gerakan yang sama juga sedang dilakukan oleh rakyat negara ini. Reaksi kepada yang berkuasa kita sekarang juga sama dengan pemimpin-pemimpin negara dan “empire” yang telah hilang ditelan sejarah itu. Yang berkuasa selalunya akan hilang hidayah untuk mentadbir secara baik dan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat semasa

Apa yang perlu kita semua lakukan ialah untuk menunjukkan perbezaan di antara kumpulan reformis dan yang sedang berkuasa. Itu sebabnya saya selalu menulis supaya pendukung perubahan melalui Pakatan Rakyat kali ini perlu dilakukan dengan penuh berhemah dan demokratik. Pihak PR tidak boleh respons dengan tindak tanduk kasar pihak BN dan inilah dia sebenarnya dugaan bagi pihak-pihak yang inginkan perubahan.

Kita mesti ingat yang pihak berkuasa sekarang sedang dalam keadaan “desperate” maka kerja-kerja kasar dan kata-kata yang kotor yang keluar dari mulut pimpinan kerajaan sekarang merupakan perkara yang “normal” yang lazim dilakukan oleh pihak yang akan jatuh tersungkur. Berbohong adalah sifat mustahil bagi Allah swt dan Tuhan Semesta Alam ini akan memberikan hidayah kepada pihak yang sabar dan istiqomah dalam perjuangannya.

Kejayaan akan hanya didapati oleh mereka yang berusaha, bersabar dan istiqomah dalam perjuangannya. Tidak ada pihak yang sabar itu yang tidak berjaya akhirnya. Percayalah tentang kehendak “nature” ini dan kita hanya menunggu sambil berusaha keras untuk mencapai apa-apa matlamat yang baik itu.

Kepayahan dan kesusahan itu memang pakaian mereka yang berjuang. Perjuangan yang baik itu tidak ada yang mudah dan senang, begitu jugalah kita dalam usaha untuk membina negara untuk kemajuan yang hakiki. Media massa yang digunakan oleh pihak pemerintah secara tidak adil itu telah menjemukan rakyat sebenarnya. Apa yang harus dilakukan oleh mereka yang bertentangan dengan kuasa yang zalim kini ialah dengan memberikan penerangan yang sehabis baik dan jujur tentang isu-isu yang berbangkit di pihak pemerintah pada hari ini.

Apabila rakyat mendapat maklumat yang sebenarnya tidak ada kuasa yang boleh mengalihkan pandangan rakyat dari pemerintah kepada pihak yang bertentangan. Kejayaan akhirnya akan tercapai dan persoalan siapa yang akan menikmati dari kejayaan ini mudah untuk dibayangkan.

Kejayaan usaha pihak yang hendak mengambilalih mandat ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat yang sedang hidup dalam kongkongan pemerintah yang memerintah tanpa hidayah ini. Rakyat ramai akan berpeluang untuk bersama hidup dalam harmonis tanpa isu-isu rasis yang diperkayakan oleh Umno Baru yang “desperate” ini.

Rakyat akan berpeluang untuk tidak lagi mendengar slogan-slogan kosong yang sekarang dipergunakan oleh pihak pemerintah untuk mengelirukan rakyat. Rakyat juga mempunyai harapan untuk menyekat pengaliran wang negara secara haram seperti yang berlaku sekarang yang jumlahnya melebihi RM1.3 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.

Mungkin juga rakyat tidak akan mendengar kejadian memelihara lembu dengan belanja RM179 juta untuk mengeluarkan hanya seribu ekor lembu sahaja. Rakyat juga tidak mahu lagi mendengar pemimpin miskin yang mampu membina rumah dan mahligai yang berharga puluhan juta ringgit.



Dengan peralihan kuasa kita berharap tidak akan ada lagi isteri-isteri pemimpin yang lebih “kuah dari sudu” atau seperti “kera mendapat bunga” dengan membelanjakan wang rakyat yang jumlahnya amat besar dan tidak dapat dikira.

Jika berlaku peralihan kita berharap tidak ada lagi pemimpin yang berbelanja dengan sewenang-wenangnya wang rakyat seperti apa yang berlaku hari ini. Hari ini pemimpin-pemimpin besar tidak malu-malu membelanjakan wang rakyat dengan pembaziran di hadapan mata rakyat yang bertungkus lumus membina sumber kewangan negara kita. Tetapi dalam masa yang sama mereka menyeru rakyat berbelanja secara berwasatiyah kononnya.

Tetapi seperti yang saya katakan tadi jalan untuk menuju ke arah kebajikan ini amat sukar tetapi insyaallah kita akan berjaya akhirnya. Tanda-tandanya semakin jelas kita lihat.

Bersabarlah dan teruskan usaha… Insyaallah perjuangan kita tidak akan sia-sia. — aspanaliasnet

13 Jun 2012

PENGAKUAN NAZRI MEMANG BN TAKUT DENGAN IMPAK BERSIH 3.0

Garam, botol air boleh jadi alat jatuhkan kerajaan: Nazri



Dengan kehadiran rakyat melebihi 250,000 memang diluar jangkaan kabinet Najib hanya tujuan berhimpunan menuntut 8 perkara Pilihan raya yang adil dan bebas menyebabkan ketakutan melampau menyebabkan tindakan keras kepada perserta2 perhimpunan supaya dapat bersurai dengan segera. Dengan pengakuan Nazri hari ini sah kerajaan Najib begitu Fobia dengan tuntutan rakyat sehingga Botol Air dan garam dianggap senjata merbahaya boleh menjatuhkan kerajaan.

KUALA LUMPUR- Garam dan botol air mineral yang menjadi "perisai" peserta perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ni.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.

"Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol...kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.

"Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa...bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan," soal Lim.

Terdahulu, menjawab soalan asal Lim, Mohamed Nazri, berkata perhimpunan jalanan di ibu kota pada 28 April lalu itu sememangnya percubaan untuk menggulingkan kerajaan oleh pembangkang.



"Cubaan itu dilaksanakan melalui taktik seumpamanya yang digunapakai di Dataran Tahrir di Mesir, Green Square di Libya dan Martyrs' Square di Syria," kata Mohamed Nazri bagi menjawab soalan tambahan lain oleh Lim yang meminta kerajaan menyatakan bukti dakwaan bahawa perhimpunan itu adalah satu cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata, keengganan pihak penganjur perhimpunan haram itu berkompromi dan tindakan ganas serta provokatif sebahagian peserta BERSIH 3.0 pada hari berkenaan mencermikan matlamat mereka yang sebenar iaitu untuk melihat pihak berkuasa bertindak balas bagi menegakkan undang-undang dan melindungi kepentingan awam.



"Mereka menggunakan insiden yang berlaku bagi membuktikan kepada masyarakat Malaysia dan antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia bertindak ganas terhadap perhimpunan yang kononnya aman.

"Ia bermatlamat menimbulkan kesan berantai yang akhirnya berhasrat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya.

Mohamed Nazri berkata, matlamat dan niat murni majoriti peserta perhimpunan BERSIH 3.0 juga dirampas oleh pihak pembangkang yang mempunyai agenda untuk memberi tekanan kepada kerajaan.

"Ia dilakukan kerana ada pihak-pihak tertentu yang tidak yakin bahawa melalui pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dilaksanakan kini, mereka akan berpeluang untuk membentuk kerajaan, katanya.

Beliau berkata, sebagai tindakan yang bersifat preamtif, pihak ini cuba menimbulkan kesangsian di hati dan fikiran rakyat bahawa sistem pilihan raya negara ini adalah tidak adil dan tidak bebas.

"Jika mereka kalah di dalam pilihan raya yang diadakan kelak, maka mereka akan mendabik dada bahawa mereka SUDAH dibuktikan benar,"
katanya.

SKANDAL WANG HARAM MUSA AMAN : UBS AG BANK HADAPI ADUAN JENAYAH DI SWITZERLAND!

Musa Aman – UBS AG Bank Berhadapan Aduan Jenayah Di Switzerland! EKSKLUSIF!


Suatu aduan di bawah undang-undang jenayah Swiss telah dikemukakan oleh para peguam terhadap UBS AG bank di negara itu. Badan guaman itu telah mengikuti laporan-laporan kami mengenai penglibatan bank itu menyalurkan hampir beratus-ratus juta dolar wang sogokan pembalakan dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Bin Aman.

Kami juga telah mendedahkan bagaimana, cawangan UBS AG di Hong Kong dan juga bekas ‘penasihat kekayaannya’, Denis Chua, telah terlibat menguruskan setiap langkah dalam siri-siri akaun berlapis-lapis, yang telah digunakan sebagai saluran wang dari kroni-kroni kayu balak menerusi penama-penama yang dikendalikan oleh ‘orang tengah’ Musa Aman, Chia Tien Foh (Michael Chia).

Semalam kami telah menunjukkan bagaimana penyata-penyata dari UBS AG sendiri mengesahkan bahawa wang itu telah dikeluarkan secara kerap dari jaringan akaun-akaun untuk membiayai pengajian dua orang anak Musa ketika mereka menuntut di Australia. Beberapa akaun ini di bawah nama Michael Chia sendiri dan Musa tetap menafikan hubungannya dengan Michael Chia.


Perkembangan ini telah berkisar pada bank terbesar di Switzerland.

Membantu menguruskan wang sogokan adalah suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Swiss dan ianya amat bertentangan dengan Prinsip Worfsberg di mana bank UBS AG merupakan pemeterai prinsip itu. Prinsip Anti-Wang Sogokan Wolfsberg bagi Perbankan Peribadi telah diwujudkan dan dimeterai di Switzerland dalam tahun 2007 bersandarkan Ketelusan Antarabangsa dan UBS merupakan sebuah dari sebelas buah bank sedunia yang turut sama memeterai prinsip tersebut.

Kini Sarawak Report memiliki banyak salinan keterangan dan bukti ke atas pemindahan wang dikaitkan dengan Musa Aman dan rakan-rakannya, yang telah membentuk sebahagian dari enkuiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam tahun 2008.
Inkuiri tersebut telah membentuk 40 pertuduhan menentang Ketua Menteri Sabah kerana telah menerima sogokan yang mencecah jumlah ratusan juta dolar kerana mengeluarkan lesen-lesen kepada kroni-kroni balaknya.

Kebanyakan konsesi ini telah dianugerahkan untuk menerangkan kawasan-kawasan Hutan Simpan dan juga kawasan yang telah ditandakan sebagai kawasan terlindung antarabangsa di bawah Perjanjian Heart of Borneo.Kawasan-kawasan yang lainnya adalah pada lereng-lereng bukit yang cerun setelah peta kontur sengaja diolah dalam rekod Jabatan Hutan, agar ianya kelihatan sebagai kawasan pembalakan yang ‘dibenarkan undang-undang’.

Akan tetapi, dengan adanya banyak bukti, Peguam Negara, Abdul Gani Patail, iaitu saudara dan juga selaku rakan politik kepada Musa Aman, telah enggan membenarkan perbicaraan diteruskan.
Persoalannya sekarang, kenapakah UBS AG, dengan adanya bukti yang mencukupi yang berkisar pada kes itu telah gagal menyiasat atau mengambil tindakan terhadap kemungkinan berlakunya penyelewengan wang menerusi akaun-akaun yang dikaitkan dengan orang-orang politik di Sabah?

Aduan terhadap UBS telah dilancarkan dari bandaraya Swiss yang sama di mana Prinsip-Prinsip Wolfsberg menentang penyelewengan kewangan dimeterai.Seorang peguam Swiss dan juga pakar komplian Monika Ruth telah mengemukakan aduan kepada pendakwaraya awam bagi pihak alam sekitar Sarawak dan NGO hak asasi manusia, Tabung Bruno Manser, yang beribupejabat di Basel.
NGO itu berharap bank itu akan dihadapkan ke mahkamah akibat kedaifannya.



NGO itu seterusnya mengatakan bahawa ia telah mengemukakan banyak dokumen berbukti kepada Pejabat Pendakwaraya Awam Zurich, yang membuktikan bahawa Michael Chia, rakan kongsi kepada Ketua Menteri Sabah, menguruskan pemindahan jumlah wang yang besar dari syarikat-syarikat pembalakan di Sabah ke dalam akaun-akaun UBS di Hong Kong

Ianya seterusnya mangatakan bahawa “dari akaun-akaun yang sama, pembayaran-pembayaran telah dilakukan kepada anak-anak Musa Aman di Australia dan kepada Mohd Daud Tampokong, seorang pegawai kanan dalam Jabatan Hutan Sabah”.

Musa Aman mungkin berharap agar penafian-penafiannya dan dengan bantuan saudara yang juga rakan politiknya Abdul Gani Patail dapat menyembunyikan siasatan pihak anti-rasuah Malaysia. Namun kini kes itu telah menjadi kes antarabangsa, dan nampaknya kita menyaksikan permulaan aksinya.
Kini tanggapan awam terhadap UBS AG berkenaan perkara ini menjadikannya semakin diragui.



Rain forest fund targets UBS in Zurich court


ZURICH, SWITZERLAND – Bank UBS is being accused of lack of due diligence by Swiss-based rainforest advocacy group Bruno Manser Fund (BMF). The charges are made in a filing with the Zurich public prosecutor and are linked to corruption in Malaysia in the forestry industry. A month earlier, Geneva Social Democrat Carlo Sommaruga filed a number of questions in the Swiss parliament about the bank’s relations with Musa Aman, chief minister of the Malaysian state of Sabah.

Sommaruga in early May 2012 also asked the federal government to consider freezing “assets held by Musa Aman and by other Malaysian potentates, such as Sarawak Chief Minister Taib Mahmud and his family members”, he says on his web site. The Swiss Justice Department has acknowledged that it provided legal assistance to law enforcement agencies in Hong Kong in March 2011 concerning Musa Aman.

The BMF says it has filed a complaint against UBS over the bank’s ties with Musa Aman, a Malaysian politician who controls logging in Sabah, a Malaysian state in North Borneo. It “accuses UBS of having breached its due diligence duties as defined by the Swiss Criminal Code and calls on Swiss authorities to take criminal action against UBS and those responsible for the bank’s relationship with Musa Aman. The Malaysian politician has been Chief Minister of Sabah since 2003 and is the brother of Malaysia’s Foreign Minister, Anifah Aman. He is being accused of having laundered over $90 million of corruption proceeds through a number of bank accounts with UBS in Hong Kong and Zurich. In April 2012, the Swiss Federal Office of Justice confirmed that Switzerland has given legal assistance to Hong Kong authorities over Musa’s ties with UBS.”

The “likely criminal proceedings” appear equally likely to grow beyond UBS and involve other banks, if the BMF documents hold up in court.

" BUDAK JAMBU" CALON PERTAMA PKR DIUMUM BERTANDING PARLIMEN PANDAN

Rafizi calon pertama Parti Keadilan Rakyat umum di PANDAN



Apa macam Kak Zat ada tanding ke PRU13? PKR dah umum calon pertama budak hingusan yang dipandang rendah oleh Shahrizat yang mengelarkanya " Budak Jambu" yang akhirnya beliau tersungkur dalam kes Skandal NFC.....


Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan.

Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.

Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum.

Nama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab.

Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang.

Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak

putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya.

Cabaran sengit bertemu Tee Kiat

Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir.

"Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya.

Rafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu.

"Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum.

"Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN.

"Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya.

Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan.

Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor.

APA MACAM! HEROIN FILEM NFC KARENA KAPOOR!!!

Filem tentang NFC akan bercorak komedi

Apa macam gua cadang Hisamudin rais ambil kerena kapoor jadi heroin pasti meletop kalau tayang tempat ceramah penuh makcik-makcik....amno...ha..ha....

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais.

Menurut Rafizi, beliau mencadangkan agar genre filem pendek itu adalah komedi.

"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.



"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi (atas).

Dalam temubual dengan saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi, Rafizi ketika ditanya mengenai risiko perundangan sekiranya filem itu diterbitkan tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada pihak tertentu yang merasakan filem itu ada unsur fitnah atau tidak.

"(Risiko perundangan) mungkin. Bergantung macam mana... sudah tentu filem itu fiksyen semata... tak ada kaitan hidup mati.

"Tapi bergantung pihak tertentu merasakan ada unsur fitnah mereka atau tidak. Kita perlu teliti biar ia betul-betul berasaskan fakta," katanya lagi.

Idea membawa isu panas itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Selain bergiat dalam aktivisme mahasiswa dan BERSIH, Hishamuddin (gambar atas, berbaju hijau) juga terkenal sebagai pembikin filem dan pernah mengajar mahasiswa perfileman di beberapa institusi pengajian tinggi negara ini.

RASUAH SUDAH JADI BUDAYA HIDUP BN, MENTERI LUAR ANGGAP REMEH ISU TUDUHAN RASUAH!

Mengapa kerajaan tidak serius rasuah Scorpene?



“Kes ini melibatkan maruah, imej, dan integriti kerajaan. Malah ia juga melibatkan aspek keselamatan di mana rahsia keselamatan negara didakwa telah bocor kepada pihak lain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,”


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana kerajaan Malaysia melihat kes rasuah Scorpene sebagai tidak serius sedangkan rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang amat serius.

Bahkan, kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss , masyarakat antarabangsa termasuk media mereka memberikan liputan meluas terhadap kes ini.

“Kes ini melibatkan maruah, imej, dan integriti kerajaan. Malah ia juga melibatkan aspek keselamatan di mana rahsia keselamatan negara didakwa telah bocor kepada pihak lain oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ia juga, ujarnya dikaitkan dengan jenayah pembunuhan yang melibatkan seorang warga asing di negara Malaysia.“Kesemua dakwaan dan kaitan kes ini amat besar dan terlalu serius yang perlu diberikan perhatian utama oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman merasa malu kerana nama baik

Malaysia boleh jatuh merudum di mata dunia kerana ia membabitkan nama pemimpin tertinggi negara.“Malah kewibawaan Anifah sendiri turut dipertikaikan sekiranya beliau menangani skandal ini dengan baik sehingga gagal menutup aib Malaysia,” ujarnya.

DPPM, ujarnya mempersoalkan apakah Anifah menganggap kes rasuah sebesar RM3.1 bilion sebagai bahan mainan dan senda gurau semata-mata.

“Mungkin juga beliau tidak memandang serius kerana baginya nilai rasuah yang dituduh terhadap PM tidak sebanyak rasuah pemimpin lain bernilai berpuluh berbilion ringgit,” katanya.

Atau, katanya ia mungkin telah menjadi amalan dan budaya pemimpin Umno dengan rasuah serta

sebati dengan jiwa pemimpin-pemimpinnya sehingga dakwaan rasuah terhadap mana-mana pemimpin negara telah biasa didengar dan kerajaan tidak lagi memandang ini sebagai sesuatu yang serius.

“Jika beginilah sikap Menteri Luar Negeri Malaysia, DPPM tidak boleh membayangkan bagaimana kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan dan menangani isu rasuah yang berleluasa yang membelit pemimpin-pemimpin negara,” katanya.

Menurutnya, negara akan menuju kemusnahan, masyarakat akan hancur manakala rakyat pula akan hilang pedoman sehingga hilangnya sikap toleransi, amanah dan bertanggungjawab dalam diri mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...