29 Mei 2009

DULU DEPA NAFI HARINI DAH BOCORK !!!!!!

Audit: Kos PKFZ boleh cecah RM12 bil

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.Menurut laporan tersebut - yang disediakan oleh PriceWaterhouse Coopers (PwC) yang diumumkan hari ini - jumlah tersebut meliputi kos faedah pinjaman.Kesimpulan utama laporan audit tersebut menyatakan bahawa kos projek yang tinggi, kelemahan urustadbir dan kelemahan pengurusan projek, telah menjejaskan kejayaan PKFZ.

Oleh itu, laporan itu menegaskan adalah amat penting bagi PKA mengambil tindakan segera bagi menstrukturkan semula pinjaman mudah dari Kementerian Kewangan sebanyak RM4.632 bilion untuk mengelak kegagalan pembayarannya pada 2012.Kerajaan Malaysia juga, tambah laporan tersebut, perlu mengambil tindakan bersepadu untuk memperbaiki semula kedudukan PKFZ supaya menjadi satu pelaburan yang berjaya.Kabinet meluluskan projek PKFZ pada bulan Mac 1999. Ia mengikut model Zon Bebas Jebel Ali di Dubai.

Bagaimanapun, kos pelaksanaannya telah meningkat dari RM1.957 bilion pada 2001/2002 kepada RM3.522 bilion pada 2008, tidak termasuk kos faedah.Jika mengambilkira kos faedah, jumlahnya boleh mencecah RM7.453 bilionMenurut laporan itu lagi, PKA telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk membeli tanah dan memaju projek itu secara turnkey.Kos anggaran asalnya untuk membeli tanah dan kerja-kerja memajukannya pada 2001 adalah sebanyak RM1.957 bilion.

Bagaimanapun, kos berbelanjaan projek itu telah meningkatkan kepada RM3.522 bilion pada 31 Disember 2008. Manakala kos faedah daripada bayaran tertangguh kepada KDSB berjumlah RM1.425 bilion, dan ini menjadikan jumlah perbelanjaan keseluruhan projek tersebut ialah RM4.947 bilion.Laporan itu menyebut, PKA tidak mampu membiayai obligasinya kepada KDSB dari sumber kewangannya sendiri pada jadual pertama pembayaran pada tahun 2007.Berikutan itu, PKA mendapatkan pinjaman mudah RM4.632 bilion dari Kementerian Kewangan (MOF). Pinjaman tersebut menyebabkan kos faedah tambahan RM2.506 bilion, dan menjadikan kos keseluruhan PKFZ mencecah RM7.453 bilion.Menurut laporan itu lagi, PKA mesti menstrukturkan semula pinjaman mudah dari MOF itu bagi mengelak kemungkinan kegagalan pembayaran pada 2012.

Katanya, unjuran aliran tunai yang disediakan oleh pengurusan PKA menunjukkan bahawa lembaga itu akan mengalami defisit terkumpul tunai antara tahun 2012 dan 2041, selepas membayar dua bayaran ansuran kepada MOF.Sekiranya PKA gagal untuk menjelaskan bayaran ansuran pinjaman MOF mengikut jadual, dan pembayaran ansuran itu ditangguhkan untuk dipadankan dengan unjuran aliran tunainya, maka menurut laporan tersebut, lembaga itu akan menanggung kos faedah tambahan kira-kira RM5 bilion.Keadaan itu, tambahnya, akan melonjakkanlagi perbelanjaan projek tersebut kepada RM12.453 bilion.Menurut laporan itu lagi, tidak dapat dipastikan sama ada PKA telah menerima nilai wang bagi jumlah yang telah dibelanjakan untuk memajukan PKFZ.

Pendekatan PKA dalam melaksanakan projek tersebut, tambahnya, ialah - sebagai satu pembangunan turnkey - tanggungjawab terletak di bahu KDSB untuk menyerahkan kerja-kerja yang telah siap kepada PKA, dengan kadar penyeliaan yang minima.Tambahan lagi, tegas laporan itu, ia terlalu bergantung kepada juruukur bahan, QS4, untuk mengesahkan kos anggaran berdasarkan kepada rekabentuk-rekabentuk yang telah siap yang dikemukakan oleh KDSB.PKA, tambahnya, boleh menguruskan projek itu dengan lebih baik lagi, umpamanya, dengan melantik pegawai penyelia yang berkelayakan, bagi memastikan ada pelan induk JAFZI/TSG dan spesifikasi terperinci bangunan/infrastruktur sebelum kerja-kerja dimulakan; menggunakan tender terbuka dalam pemberian kontrak; dan menggunakan juruukur bahan (GS4) sendiri secara lebih berkesan lagi.Menurut laporan tersebut, Kementerian Pengangkutan (MOT)/PKA boleh mendapat faedah daripada kos pembiayaan yang rendah sekiranya ia mengeluarkan bon jaminan kerajaan untuk membiayai projek tersebut.

Sebagai contohnya, kata laporan itu lagi, PKA boleh mengeluarkan bon pada kadar 4.27 peratus seperti yang dinikmati Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) untuk membeli tanah secara langsung pada harga RM21 sekali persegi (psf) (secara tunai), berbanding RM25 psf (secara bayaran tertangguh).Oleh itu, tambahnya, jumlah anggaran keseluruhan perbelanjaan bagi membeli tanah tersebut adalah RM1.276 bilion berbanding dengan RM1.808 bilion - membolehkan penjimatan sebanyak RM0.532 bilion.PKA juga, kata laporan itu, boleh menjimatkan lagi kos pembiayaannya seandainya ia memajukan unit industri ringan (ILU) dalam tempoh lapan tahun sepertimana yang disyorkan dalam pelan induk JAFZI/TSG dan bukannya dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Laporan penuh PwC

28 Mei 2009

Rahsia perempuan langsing dan panjang umur di Jepun
Oleh SIRAJUDDIN ABBAS

SUDAH mencoba cara mudah untuk tampil sehat dan cantik ala wanita Jepun? Sayang kalau belum. Sebab, langkah-langkah itu sangat mudah dilakukan dan kaya manfaat.
Sebuah buku karya Naomi Moriyama berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat?, mengungkap bahwa wanita Jepang adalah kelompok wanita di negara maju yang paling rendah tingkat obesitasnya, dan memiliki tingkat panjang umur tertinggi.
Perlu bukti? Silakan mengunjungi Jepun! Bisa dipastikan di sana bakal kesulitan menjumpai orang gemuk.
Sebaliknya, rata-rata yang terlihat adalah wanita-wanita dewasa maupun muda bertubuh langsing, mengenakan rok mini dan sepatu boots berhak tinggi.
Menurut buku Naomi, tubuh langsing para wanita Jepang dipengaruhi oleh pola makan, perilaku yang perfeksionis dan disiplin yang tinggi. Naomi mencatat ada 7 hal utama yang menimbulkan fenomena langsing dan panjang umur yaitu :
1. Kebiasaan makan ikan. Kita paham orang Jepun tak bisa lepas dari ikan. Terutama Salmon, menjadi makanan nomor satu dan paling digemari.
2. Mengkonsumsi sayuran. Menurut Naomi, makan pagi berupa sayuran adalah lumrah. Meski ringan, tapi mengenyangkan.
3. Makan Nasi secukupnya. Di Jepun nasi disajikan dalam jumlah yang relatif sedikit, 2 mangkok kecil di tambah dengan hidangan lain.
4. Kacang kedele(soya). Tiada hari tanpa kedele, itulah masakan Jepun.
5. Makan Mie. Ada Soba, Udon, Ramen, dan Somen. Rasanya berbeda-beda, dengan tekstur masing masing.
6. Minum Teh. Eisai, adalah seorang pandita Zen yang dianggap sebagai pencetus kecanduan teh di Jepun.
Predikat diberikan berkat buku yang tulisnya pada tahun 1211 berjudul drink Tea and Prolong Life?.
Buku itu mengupas khasiatteh. Terutama teh hijau, di Jepang sangat dihargai karena bisa menjadi pelindung kesehatan dan panjang umur.
7. Camilan buah-buahan. Orang Jepun tidak terlalu banyak makan buah. Mereka makan buah sebagai camilan dan makan dalam bentuk masih segar, bukan olahan. Mereka juga tidak terbiasa makan kue manis, biskuit, donat, dan hidangan penutup yang dipanggang, bakar, apalagi kemasan.
Ternyata tampil langsing dan panjang umur tidak sulit bukan? Juga tak perlu keluar banyak uang. Cukup dengan membenahi pola makan. Lagipula hasil bumi Indonesia tak jauh beda dengan Jepun. Mulai dari ikan sampai buah-buahan. Yang membedakan hanyalah masalah kebiasaan serta kedisiplinan. Let's try!
Cara Mudah Ala Jepun, Untuk Tampil Sehat Dan Cantik
Terlihat sehat dan cantik? Siapa pun menginginkannya. Perlu cara untuk mewujudkan dua kata ini. Sehat bisa diperoleh dengan berolahraga dan menjaga pola makan. Sedangkan cantik, disamping karunia Tuhan yang diberikan sejak lahir, juga diperoleh dengan melakukan perawatan.
Agar terlihat cantik dan sehat, coba kita tiru wanita Jepun. Selain memperhatikan fashion dan make-up, mereka mendapatkan kecantikan dengan berolahraga dan memperhatikan kebiasaan makan.
Caranya tidak sulit, cukup mudah dan murah untuk kita lakukan. Diantaranya:
1. Suka Makan Rumput Laut
Rata-rata hidangan Jepun terdiri dari rumput laut. Di banding makanan lain, rumput laut mengandung banyak mineral yang penting bagi tubuh. Seperti kalsium, magnesium, fosfor, besi, dan potassium.
2. Makan Sushi
Sushi sangat sehat. Nasi dan ikan mentah yang tergabung dalam Sushi, sedikit mengandung lemak (30 persen), dan lebih banyak mengandung asam lemak omega-3.
3. Minum Teh Hijau
Agaknya minum teh hijau tidak hanya disukai orang Jepun. Kini orang Indonesia mulai suka minuman sehat ini. Ada banyak bukti ilmiah yang menunjukkan keuntungan. Sebagai antioksidan, teh hijau mampu mencegah penuaan dini. Menurunkan resiko radang perut, mencegah serangan jantung, liver, menunda perkembangan kanker, serta menghambat obesitas.
4. Biasa Jalan Kaki
Kemana saja tujuan mereka, asal jauh jaraknya masih bisa di tempuh dengan jalan kaki, orang Jepun tidak malas melakukannya. Maka jangan heran jika wanita Jepang yang cantik, makin terlihat cantik dengan jalan kaki. Sebab, jalan kaki menyehatkan jantung sekaligus mengencangkan kulit.
Jika satu atau dua hal di atas sudah dilakukan, kenapa tidak mencoba melakukan poin yang lain? Jalan kaki misalnya. Hitung-hitung mengurangi kemacetan dan polusi, sekaligus menghemat BBM.
Kemelesetan: Menteri Kewangan Lambat Bertindak


Kebetulan sebelum tiba di tempat ceramah di Guar Jering, saya berkesempatan menziarahi jenazah di mukim yang sama. Acara malam semalam membariskan saya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sdr Azmin Ali. Turut hadir Tan Sri Khalid, Sdr Mujahid Yusof dan calon Sdr Mansor Othman.Saatnya tiba di destinasi ruang padang sudahpun dibanjiri para hadirin yang tekun mendengar syarahan para penceramah. Saya langsung menyampaikan ucapan melontarkan pandangan serta kritikan terhadap kebejatan yang berlaku.

Sungguhpun suasana sepanjang kempen tidaklah hangat seperti selalu- kali ini hanya suam-suam kuku- ianya tidak menjejaskan tumpuan serta gerak kerja kepimpinan Pakatan Rakyat dan jentera Permatang Pauh.Pentas semalam memberi ruang buat saya mengungkapkan antaranya pengumuman Bank Negara berhubung penguncupan 6.2% ekonomi Malaysia buat suku pertama tahun ini. Angka ini ternyata membimbangkan, malahan ianya lebih teruk jika dibandingkan dengan kedudukan terburuk negara iaitu pada suku keempat tahun 1998. Secara teknikalnya negara kita sedang mengalami kemelesetan.Antara perkara yang merunsingkan saya apabila melihat lagak pentadbiran kewangan sekarang ialah kurangnya ketelusan menjawab persoalan yang dilontarkan ketika menghadapi krisis. Sewajarnya pengalaman melalui tempoh sukar kurang lebih sepuluh tahun lalu mengajar kita untuk pantas bertindak dan telus kepada rakyat.

Tatkala membahaskan belanjawan dan juga rancangan ransangan ekonomi saya tegaskan mengapa lambat mengakui negara sedang melalui saat-saat sukar walhal ianya memberi dampak besar kepada psikologi rakyat.Sayangnya oleh kerana menteri kewangan memilih pada tika yang paling lewat untuk mendedahkan kepada umum makanya rakyat dan ekonomi lambat untuk siaga berhadapan dengan krisis berbanding dengan negara jiran seperti Singapura.


Adakah akan ada pakej ransangan yang ketiga?(walaupun yang pertama tidak dilakukan menurut aturan Parlimen) Apa sudah jadi dengan RM 60bilion yang diwar warkan dahulu. Bukankah jumlah tersebut untuk tempoh sepanjang dua tahun?Telahpun kami secara tuntas menyatakan jika pengurusan ekonomi masih ditakuk lama; membenarkan penyelewengan berleluasa dan sekiranya dana yang ada diseleweng buat mencipta kekayaan kroni, alamat negara akan terjerumus ke kedudukan yang menakutkan.

ANWAR IBRAHIM

1malaysia BOHONG LAGI!!!

27May

Datuk Seri Najib, awak bohong ke?

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar beritahu saya, "Hang tengok news ChannelNewsAsia. Dia kata Malaysia ni dah nak technical recession, kan?"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal."Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.
"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak."Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi."Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk."Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.
"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contractionKUALA LUMPUR: Malaysia's export-dependent economy shrank 6.2 per cent in the first three months of 2009 and was headed for a technical recession, the central bank said Wednesday.Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz said that second-quarter results "will be very similar" to the outcome in the first quarter which saw the economy contract for the first time in nearly eight years."We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.Zeti said a recovery in the economy, which has been battered by falling exports and manufacturing, will gather pace in the second half of the year."In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference.The economy grew by a bare 0.1 per cent in the last quarter of 2008, but the first 2009 quarter's outcome was worse than economists had expected.In March, the government warned the economy could contract by 1.0 per cent this year despite a massive, 16.2-billion-dollar stimulus package, dumping its earlier target of 3.5 per cent growth.However, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said earlier this week that the contraction would be sharper than previously forecast."I cannot tell you but it will definitely be below minus 1.0 per cent," he said. Berita Harakah 5/11/08
Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomiKUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus."Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.
Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumahPandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.
Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global."Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.
Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).Datuk Seri Najib, kawan tak nak kata awak pembohong jenis compulsive liar. Kawan nak tanya je, awak bohong ke?
Berkaitan:The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2%
(Bloomberg)Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction
(AFP)Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter
(AP)Economy contracts 6.2% in 1Q
(The Nut Graph)Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)

27 Mei 2009

NAJIB PATUT LEPAS MENTERI KEWANGAN...

27May

Ekonomi: Dr M dah kata


Pada 1 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal. Pada 17 Februari pula, Malaysiakini melaporkan beliau berkata, Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, konomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa."Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata.Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.

Teringat berita berita Malaysiakini 12 November tahun lalu yang bertajuk "Dr M: Money politics will ruin Umno in GE".Dalam berita itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global."Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," katanya.Rakyat Malaysia, adakah anda tidak tahu bahawa Dr Mahathir telah memberi isyarat bahawa Najib tak mampu?

TAK ADA KERJA LAIN!!!!

Dua laporan polis terhadap MB S'gor

Abdul Rahim Sabri

Dua laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataannya meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.Dua laporan tersebut tersebut dibuat oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di ibupejabat polis Sentul di ibunegara petang ini.

Laporan Pewaris dibuat oleh pegawai bertindaknya, Syed Mohd Firdaus Khadry Syed Abdul Aziz, manakala laporan IRIMM dibuat ahli majlis tertingginya, Mohd Hussien Abu Bakar pada kira-kira jam 2.55 petang.Dalam laporannya, Pewaris mendakwa, kenyataan Khalid yang disiarkan media pada 26 Mei lalu, boleh menghasut orang awam berhimpun secara haram dan melanggar undang-undang, seterusnya mengancam kestabilan politik dan masyarat di Malaysia.Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama selepas itu, presiden IRIMM, Amir Hamzah membaca kenyataan membantah sekeras-kerasnya kenyataan khalid supaya dikaji semula undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam di negara ini.Beliau menyifatkan kenyataan menteri besar Selangor itu sebagai tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh rakyat."Kerajaan persekutuan dan polis adalah bertanggungjawab kepada rakyat untuk membawa keamanan dan ketenteraman, supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini."Mengkaji semula perhimpunan awam tidak akan membawa kepada keamanan. Ia akan membawa kepada kemudaratan dan huru-hara yang tidak menentu dan ia juga akan menggugat kedudukan ekonomi negara ini," tegasnya.Penahanan ADUN TerataiKira-kira 15 penyokong Pewaris turut hadir dengan memakai baju-T berwarna hitam yang bertulis "DAULAT TUANKU".

Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid sebagai berkata kajian itu perlu bagi menentukan kriteria dan syarat yang diperlukan bagi mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan.Kerajaan, kata Khalid, perlu merangka undang-undang berhubung perhimpunan awam yang mengikut piawaian antarabangsa.Menteri besar Selangor itu dilaporkan membuat kenyataan tersebut, sebagai mengulas penahanan polis dan perintah reman terhadap 16 orang termasuk ADUN Teratai Jenice Lee, kerana mengadakan perhimpunan sambil memasang lilin di Pandan Indah, malam Khamis lalu.

Perhimpunan itu diadakan sebagai berkabung "kematian demokrasi di Perak" di luar pusat khidmat ADUN berkenaan.Khalid juga dilaporkan berkata, penahanan itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan Jenice dan yang lain-lainnya, berhimpun secara aman semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puashati dan tiada tanda-tanda bahawa perhimpunan itu mengancam ketenteraman awam.Ketua Siasatan Jenayah Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, pula dilaporkan berkata tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu.Kesemua mereka ditahan reman selama dua hari sebelum dibebaskan pada hari Ahad.

26 Mei 2009

ONE MALAYSIA

Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!
Labels: , , , ,

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabinet perasuah. Tetapi, dengan terus terang beliau menyatakan bahawa di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.Berikut ialah apa yang beliau tulis dalam blognya:

Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.Pada pandangan beliau, kewujudan beberapa sang keji itu menidakkan apa yang beliau dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.Keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah? Tak taulah, Tun!Yang saya ingat ialah pertanyaan Tun yang sangat popular kebelakangan ini, "Masyarakat yang mana yang mahu terima kerajaan perasuah?"Letih sungguh saya ni, Tun! Setiap kali saya terdengar Tun dok sebut keazaman Najib untuk membersihkan kerajaan dan Umnonya dari rasuah, saya teringat tulisan Raja Petra bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute".Antara lain, anak raja Bugis itu mendakwa:

"But I was offered the opportunity to prostitute myself. One day, some time back, a person by the name of Rusdi Mustaffa who works for Deputy Prime Minister Najib Tun Razak, called me and said he wanted to meet me. I was then at the Havana Club in the Concord Hotel in Kuala Lumpur enjoying cigars with my friends."Rusdi arrived way past midnight and we talked. He wanted to know how much I wanted. I did not understand what he meant and told him so. He repeated the question and asked me how much I wanted to stop writing about Najib and Altantuya. Name my price".

Lebih kurang maknanya: "...saya dihidangkan peluang untuk menjalangkan diri saya. Satu hari, tak berapa lama dahulu, seorang yang bernama Rusdi Mustaffa yang berkerja dengan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak menghubungi saya dan memberitahu saya bahawa beliau mahu bertemu dengan saya. Ketika itu, saya sedang bersedap-sedap menghisap cerut dengan beberapa kawan di Havana Club di Concord Hotel, Kuala Lumpur."Rusdi tiba selepas tengah malam dan kami berbual. Beliau mahu tahu berapa banyak wang yang saya mahu. Saya beritahu beliau bahawa tak faham apa yang dimaksudkannya. Beliau mengulangi soalannya dan bertanya kepada saya berapa banyak wang yang saya mahu untuk menghentikan tulisan mengenai Najib dan Altantuya. Beritahu berapa banyak saya mahu".Jika yang kata lebih kurang makna dia tu langsung tak sama, harap maklum bahawa saya ni tak tau cakap Orang Putih. Aku main belasah ja! Kalau penceritaan saya dalam Bahasa Melayu itu tidak betul, harap sangat-sangat tolong betulkan.Pet juga mendakwa:

I never knew Tun Dr Mahathir as being a joker. I told Tun Dr Mahathir I have never received any money either to write or not write an article or expose in Malaysia Today, “Not even from you,” I added as I pointed to the Tun. He just smiled. I wanted the point to be driven home that I am not a prostitute. I think from that day the Tun and I strengthened our respect for each other. I then kissed Tun’s hand and left his office.Tun Dr Mahathir phoned Tengku Adnan Tengku Mansor and asked him to go and see Najib. Najib was then in Pekan so Tengku Adnan had to fly to Kuantan and drive down to Pekan. The message from Tun was short and sharp. “Don’t try to buy my boy. I know you tried to buy off Raja Petra.”Within minutes I received a call from Rusdi. He was angry as hell. “I thought I could trust you. Why did you tell Tun about our meeting last night?” I told him that I told Tun so that Najib can be sent the message that I am not for sale, not for any amount of money. And I wanted no less than Tun Dr Mahathir Mohamad to deliver this message to Najib, his ‘boy’, which he did through Tengku Adnan.

Lebih kurang maknanya: Saya tak tahu Tun Dr Mahathir suka bergurau. Saya beritahu Tun bahawa saya tak pernah menerima sebarang jumlah wang untuk menulis atau tidak menulis atau membuat sebarang pendedahan dalam Malaysia Today. "Malah daripada Tun pun tak pernah," tambah saya sambil saya menunjuk ke arahnya. Dia hanya tersenyum. Saya mahu Tun tahu bahawa saya bukan pelacur. Sejak dari hari itu, saya rasa Tun dan saya semakin menghormati satu sama lain. Saya kemudiannya mencium tangan Tun dan meninggalkan pejabatnya.Tun Dr Mahathir menelefon Tengku Adnan Tengku Mansor dan memberitahu beliau supaya pergi berjumpa Najib. Najib ketika itu berada di Pekan. Tengku Adnan terpaksa menaiki kapal terbang ke Kuantan untuk ke Pekan. Pesanan dari Tun ringkas dan padat. "Jangan cuba beli budak saya. Saya tahu kamu nak beli Raja Petra".

Dalam beberapa minit sahaja selepas itu, saya menerima panggilan telefon dari Rusdi. Dia naik angin tahap neraka. "Saya ingat saya boleh percaya kamu. Kenapa kamu beritahu Tun yang kita berjumpa malam tadi?" Saya beritahu beliau bahawa saya memberitahu Tun mengenai pertemuan itu supaya Najib boleh diberitahu bahawa saya bukan untuk dijual, tidak kira berapa banyak pun tawarannya. Dan saya mahu tidak kurang dari Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mengingatkan Najib, 'budak'nya, tentang perkara itu - yang memang dilakukannya melalui Tengku Adnan. Raja Petra tidak menyebut satu nama sahaja dalam ceritanya. Bukan setakat nama Rusdi yang dilibatkannya, malah nama Dr Mahathir, Najib dan Adnan turut dilibatkan.Sebelum ini, saya sentiasa mendesak Najib mengambil tindakan ke atas akhbar Liberation dan akhbar-akhbar lain di sini. Saya juga selalu petik apa yang Tengku Razaleigh tulis dalam blognya:

The BMF scandal of the 1980’s also had its share of lurid detail. There too a large sum of money and a murder was involved. An unseen hand had woven the threads of the story around me to destroy me politically. But when international newspapers alleged that I was involved in any wrongdoing, I took action against each and every one of them in their home jurisdictions.I sued The Telegraph and The Sunday Times of the UK, and The South China Morning Post of Hong Kong. I won all three cases, the newspapers published unreserved apologies and printed retractions covering half a broadsheet page each, and I came away with a tidy sum of money for my trouble.

Nah! Sekarang tak perlu ambil tindakan di luar negara. Dalam negara pun boleh ambil tindakan. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, Raja Petra menggambarkan Najib adalah taik rasuah - dakwaan yang bertentangan dengan apa yang Dr Mahathir dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.Boleh buat tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dalam negara ini yang Perdana Menterinya adalah Datuk Seri sendiri, Datuk Seri Najib!Jika Raja Petra adalah kaki putar alam yang menulis cerita bohong, bukan setakat Datuk Seri seorang yang boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, Datuk Seri. Nampak tak, dia turut melibatkan nama Rusdi, Dr Mahathir dan Adnan. Lebih penting dari semua itu, tindakan undang-undang boleh sangat dibuat dalam negara ini yang Perdana Menterinya adalah Datuk Seri sendiri, Datuk Seri Najib!Saya dah tak sabar sangat dah nak melihat Datuk Seri tampil dengan wajah yang berseri-seri!Berkaitan:


Dr M says Najib’s Cabinet has "unsavoury characters" (Malaysian Insider 17/4/09)Is the new captain another football captain just warming up? It may be worse, the team (i.e. advisers) is still in the dressing room! (Matthias Chang 16/4/09 - komen-komen di sini)Matthias Chang warns Najib: Shape up or ship out (Malaysian Insider 17/4/09)KT: Najib takut jadi referendum terhadapnya (Blog ini 6/1/09)
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at 4/17/2009 10:13:00 AM

SAKAN JUGA KAK MINAH NI YE!!!!!

Aminah rancang untuk dirakam perbualan

Oleh: Mat Zahari Ali

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin mengganggap tindakan Aminah sengaja memerangkap beberapa bekas rakan beliau ketika bersama dalam Keadilan dahulu adalah taktik kotor yang bertujuan menarik perhatian media.
“Kita kenal Aminah lebih dari 10 tahun dan kita juga tahu apa kekuatan dan kelemahan yang ada pada beliau. Kita bukan nak memperlekeh beliau tetapi tindakan beliau yang sengaja mengeruhkan keadaan dilihat sebagai usaha yang tidak seharusnya dibuat oleh seorang wanita.
“Tindakan Aminah menjemput rakan lama beliau untuk makan dan memerangkap teman lamanya dengan percakapan yang sengaja dirakan untuk tujuan mencari publisiti murah dan bahan kempen amat tidak boleh diterima.

‘Sebagai seorang wanita yang perlu memelihara kehormatan dan moral, aminah tidak seharusnya mengkhianati rakan-rakan lamanya,” jelas Zuraidah yang juga Alhi Parlimen Ampang.
Menurut Beliau terlalu mustahil untuk melantik beliau (Aminah) sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau bukan seorang ahli dari Parti Pakatan Rakyat.

‘Biasalah bila kita berjumpa kawan lama kita akan bercerita macam-macam kadang-kadang kita bergurau mengenai sesuatu yang luar biasa .

PR KIAN DISOKONG OLEH MELAYU

Pakatan semakin diterima orang Melayu


TINDAKAN BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei ini adalah salah satu dari bukti yang menjelaskan lagi bahawa kebimbangan dan ketakutan Umno/BN melihat orang melayu memberi sokongan tidak berbelah bagi telah menjadi kenyataan.
“Di Penanti ada 72 peratus orang melayu dan Umno/BN membiarkan pakatan dan tiga lagi calon bebas untuk memilih calon mereka. Ini bukti bahawa Umno/BN tahu bahawa orang melayu sudah tidak lagi memberi sokongan kepada parti dan pemimpin-pemimpin mereka disebabkan orang-orang melayu semakin terpinggir setelah lebih 50 tahun menguasai kerajaan khususnya di Pulau Pinang.

“Kita tidak menyalahkan orang-orang melayu terutamanya ahli-ahli Umno kerana mereka tidak bersalah malah kita bersimpati dengan nasib orang Umno serta kita berharap mereka akan bersama dengan kita suatu hari ini.
“Yang kita tentang dan yang kita mahu lawan adalah pemimpin-pemimpin mereka yang bersikap sombong dan menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalalkan cara mereka. Mereka bukan sahaja cuba meletakkan parti kita dengan pelbagai lebel malah saya diserang bertali arus dengan pelbagai fitnah,”jelas Anwar dihadapan lebi 5000 hadirin dimajlis ceramah perdana di Taman Guar Perahu Penanti malam 24 Mei lalu.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menurut Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang hanya tahu mengangguk tetapi tidak tahu untuk memberikan idea-idea baru untuk membela nasib orang melayu dan rakyat.
“Kita tak hairan bila melihat menteri-menteri hingga kepada ketua-ketua Bahagian Umno kaya raya dan bersenang lenang dengan kemewahan kerana matlamat pemimpin-pemimpin ini hanya untuk kepentingan kuasa, harta dan kedudukan bukan untuk membela rakyat.
“Sebab itu setiap kali bila bercakap dengan pimpinan kita dalam KeADILan saya sering memerhati perkara ini supaya semua mereka yang diberi mandat untuk memimpin rakyat perlu bersifat amanah dan ikhlas dalam membantu rakyat,” kata Anwar

TEKNOPOLITIK

Teknopolitik
Oleh: MSK

Balik dari Penanti…aku cuba relax sekejap..sambil cuba melelapkan mata sementara matahari jatuh.
Baru nak terlelap..handphone berbunyi. Malas aku nak angkat…aku biarkan saja. Tiba-tiba anak aku yang berumur sepuluh tahun menjawab panggilan tersebut. Aku bagi isyarat..aku tak mau jawab…”bapak tengah tidur!!”.
Anak aku selamba saja menjawab panggilan tersebut…”Abah offline…can you refresh later?”
Orang yang memanggil tu kemudian bertanya tentang isteri aku…dan anak aku jawab…”Mak on the other line…hanging clothes.” Kemudian dia off handphone.
“Sapa tu , Anis?” aku tanya anak aku.

“Auntie Ruby dari Penang.” dia jawab.
Ruby kawan lama aku masa di Penang dan aku tak fikir Ruby boleh faham apa anak aku cakap sebab dia bukan kaki IT. Dulu kerja kat PBA dan selepas pencen 4 tahun lalu…dia buat kerja-kerja sosial…tapi tak pernah sentuh komputer. Apatah lagi internet.
Aku rasa ada masalah disini. Ini bukan masalah bahasa..tapi masalah jurang generasi.
Hampir 20 tahun aku tak baca jawi…sejak 80an hingga lah anak aku masuk sekolah pada tahun 2000. Bila anak aku bersekolah..dia belajar jawi dan bila dia tak tau..aku tolong ajarkan. Tapi apa yang aku ajarkan kebanyakannya salah!.

Sebab jawi yang aku belajar…tak sama dengan apa yang diajar sekarang. Malah kalau disuruh aku ambil peperiksaan UPSR…mungkin bahasa Melayu aku kantoi! Sebab bahasa Melayu yang aku belajar…tak sama dengan apa yang anak aku belajar.
Bahasa Inggeris pun macam tu jugak..dulu mana ada chickens, furnitures..tapi sekarang ada!
Aku kata anak aku salah…tapi anak aku kata aku salah!
Dizaman aku…semua betul. Sekarang…kebanyakannya salah. Bagaimana dengan kebenaran? Adakah ia juga relatif dengan masa?
Mungkin ia…kalau tidak tak kan orang putih membuat ungkapan..”time will tell.”
Apa kaitan cerita diatas dengan politik?
Masa berubah…definasi berubah..politik berubah..pemahaman berubah..dan kebenaran juga boleh berubah.
Yang masih belum banyak berubah ialah pendekatan politik. Mungkin kerana politik dikontrol oleh orang yang sama sejak sekian lama.
Umno masih dengan cara mereka yang lama..menyalahgunakan kuasa yang diperolehi..baik secara halal atau haram. Baik melalui penipuan atau rampasan. Bagi mereka…buat lah apa saja..janji menang.
Pemimpin generasi lama tidak peduli kepada generasi baru. Malah generasi baru hanya wajib mendengar arahan generasi lama. Maka percambahan minda tidak berlaku dalam Umno. Akibatnya…generasi baru menolak generasi lama dalam Umno.
Pas ada sedikit perubahan walaupun perlahan. Ramai anak muda dan professional menyertai Pas dan ini membuatkan jurang generasi ini tidak begitu ketara. Pas mempunyai ramai pemimpin pelapis yang mampu mentadbir negara..tetapi halangan utama ialah generasi tua yang tidak mahu berundur.

Kita tengok Muktamar Pas bulan depan sama ada Pas akan terus kedepan atau patah balik kebelakang. Sama ada Pas akan menjadi lebih progresif atau kekal konservatif.
PKR juga memerlukan reform didalam parti. PKR mempunyai Ketua Turus yang mampu melebarkan empayar..tapi mempunyai jeneral-jeneral yang gagal melahirkan kolonel dan leftenan. Yang ramai hanyalah soldadu dan sojar.

Keadaan ini amat ketara diantara bandar dan luar bandar. Dibandar-bandar..kepimpinan muda sudah menonjolkan diri dan diterima oleh rakyat, tetapi diluarbandar…ia masih lagi politik lama.Dan kalau PKR masih lagi mengekalkan kuda-kuda tua yang tidak memahami bahasa dan keperluan pengundi muda..PKR akan terus ketinggalan.


Teknologi akan mencipta jurang diantara generasi tua dan muda..dan teknologi juga akan menentukan sama ada generasi tua itu masih diperlukan atau tidak. Sekiranya generasi tua enggan menerima perubahan teknologi ini dan mengubah sikap..maka generasi tua akan dipinggirkan.
Apa yang menarik…kedudukan ulama juga terancam oleh teknologi. Konspirasi oleh kepimpinan Pas yang dikenali sebagai ulama untuk bersekongkol dengan Umno didedahkan melalui teknologi. Kalau dulu…mereka mungkin berjaya seperti yang dilakukan oleh Datuk Asri tetapi hari ini mereka gagal kerana teknologi.
Datuk Asri boleh menjayakan konspirasinya di kuala Lumpur masa itu..tetapi ulama pro-Umno masih gagal…walaupun melakukannya ditempat tersorok dihujung benua.
Orang tentu akan terus menghormati Harussani kalau hanya mendengar fatwanya. Tetapi teknologi telah mendedahkan siapa Harussani sebenarnya..dan apa yang difatwakannya sudah tidak dihiraukan.Teknologi telah mendedahkan.. dimana Harussani telah melihat sendiri apa yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa Speaker diheret keluar. Harussani melihat sendiri bagaimana rampasan kuasa DUN berlaku dan Harusani menghalalkan yang haram. Siapa lagi yang mahu menghormati Harussani? Biarpun dia seorang Mufti.
Fatwa ulama mengenai politik sudah tidak dihiraukan..kerana ia bukan lagi berlandaskan fahaman ugama tetapi berlandaskan politik.

Hari ini…satu berita buruk untuk para ulama..yang menentukan halal haram dalam makanan.
Kalau selama ini halal haram sesuatu makanan itu ditentukan dengan label JAKIM..yang dikeluarkan setelah mendapat fatwa ulama, tetapi kelemahan-kelemahan mereka yang diamanahkan telah menyebabkan label JAKIM itu diragui. Yang halal boleh jadi haram dan yang haram boleh jadi halal. Dan para ulama yang diamanahkan telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

Sekarang kita sudah boleh memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dengan menggunakan teknologi…bukan fatwa.
Satu mikrocip untuk mengesan DNA babi telah dicipta oleh Olipro Biotechnology yang boleh digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dalam masa 4 hingga 6 jam.
Kita tak perlu lagi menunggu siasatan, mesyuarat Lembaga Fatwa Kebangsaan dan tak payah tunggu laporan dan fatwa yang dikeluarkan.
Halal atau haram boleh dipastikan dengan alat yang dicipta oleh Diong Sing Peng…bukan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Alfadhil Ustaz…blah…blah..blah.

25 Mei 2009

UMNO HARAPKAN TUAH 2004

Kejayaan Umno 2004 tak mungkin berulang
Harakahdaily Mon May 25, 09 1:09:15 pm MYT
JELI, 25 Mei (Hrkh) - Ketika Umno mengharapkan suntikan baru dengan pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, namun di jajahan ini minat golongan muda bersama PAS pula meningkat.

Keadaan itu menggambarkan anak-anak muda tidak lagi bersama Umno memandangkan kecamuk parti itu dengan masalah dalaman.
Malah penduduk di sini berpendapat anggota parlimen Jeli itu tidak mampu mengulangi kejayaan ketika mengetuai Umno Kelantan semasa menghadapi pilihan raya umum 2004.
Ramai berhujah kejayaan Umno yang hampir menumbangkan PAS ketika itu bukan kerana faktor Mustapa, sebaliknya aura Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yang Dipertua PAS Jeli, Haji Mohd Apandi Mohamad berkata, biar pun Mustapa dikembalikan ke jawatan lama di Perhubungan Umno Kelantan, namun fenomena yang berlaku sekarang berlainan.
"Pada pilihan raya umum 2004 Umno berjaya melonjakkan kedudukan kerana pengaruh Abdullah yang dilihat warak dan jujur ketika mula-mula berada di kerusi Perdana Menteri.
"Gambaran yang diberi media mempamerkan Abdullah mengimamkan solat tidak dinafikan berjaya mempengaruhi orang ramai.
"Namun Perdana Menteri sekarang tiada kelebihan tersebut. Sebaliknya imej beliau banyak tercemar dengan pelbagai isu. Maka kehadiran pengerusi baru dilihat tidak lagi dapat membantu Umno seperti berlaku pada pilihan raya 2004," katanya pada program 'Jom Sertai PAS' di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan Dewan Pemuda PAS Jeli dengan kerjasama Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO.
Ia diadakan di Padang Istiadat Jeli.
Sempena program itu juga Mohd Apandi melancarkan Liga Bolasepak Dun dan Parlimen peringkat Jeli.
Pelbagai program menarik diadakan antaranya persembahan dikir barat oleh kumpulan Dikir Barat Sri Kalai yang diketuai Jen Endoro.
Manakala bekas penyanyi rock yang baru menyertai PAS, Ringgo Arrow menyanyikan lima lagu yang bertemakan ketuhanan dan perjuangan.
Program tersebut berjaya menarik 32 permohonan untuk menyertai PAS.
Sementara itu di majlis berasingan, lebih 100 imam dan bilal surau dan madrasah mukim Jeli menyertai kursus yang dianjurkan Urusan Ulama PAS Jeli dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat.

UMNO TIDAK RELEVAN LAGI!!!

Penyokong 'rasa tertipu' mainan Umno
Muda Mohd Noor May 25, 09 5:28pm

Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian."Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya."Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga," kata Datuk Hashim Suboh hari ini.Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga "berasa tertipu" dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.

Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain".Katanya, keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah "gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri".


Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang "didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu".Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah."Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi," katanya

DUN PERAK BUBAR MINGGU DEPAN????

DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan – Husam

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam
Husam: DUN Perak Dijangka Bubar Minggu Depan
Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa analisis beliau mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak.
“Posting saya tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.
“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.
“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini.
“Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya,” kata Husam dalam tulisannya.
Husam mengajukan soalan adalah negara sudah bersedia menerima kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses yang beliau sifatkan sebagai “tabung uji di luar rahim” iaitu di luar Dewan Rakyat atau DUN.
“Khususnya Najib, sudahkah beliau bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?
“Tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,” jelas beliau lagi.
Husam meramalkan Dr Zambry akan mengadap Sultan Perak minggu depan bagi memohon DUN dibubarkan atas dasar mahu memulangkan mandat kembali kepada rakyat.
“Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya,” kata Husam.

24 Mei 2009

PENANTI TANDA AWAL UBN...HANCURR!!!

nasihat untuk dikongsi bersama

Assalammualaikum Encik Zul,Apa khabar?Nama saya Hayat.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas e-mail bergambar orang PAS yang memanjat pokok untuk demokrasi di Perak.Hanya Allah yang dapat membalasnya.Seperkara lagi, Encik Zul kata bosan sebab tiada BN di Penanti? Inilah kita. Manusia.


Inilah peluang berehat seketika. Ambil peluang untuk bersantai, tak ada pening kepala, bolehlah zikir sbhanallah, alhamdulillah bebanyak, campur istighfar dan kurang dosa mulut dan mata (ye la, kita tegur mereka kekadang bukan untuk mempertahankan diri, tetapi ikut nafsu)3 bulan dah kita pening kepala, trasa nak pitam, menangis dan mengeluh untuk krisis Perak. Tak apa, Allah sentiasa bersama kita. Rehatlah seketika sempena Penanti. DUN Perak dan DUN Kedah (kan ada wakil rakyat BN yang muflis, Kuala Nerang ke?) dan yang pasti DUN Manek Urai menuntut tumpuan kita.Sebut Manek Urai ni, sayu sedikit.

Saya tak kenal Allahyarham Ismail, tapi bila lihat gambar keranda beliau diusung ke perkuburan (rujuk harakahdaily), terus saya kenal mana tempat itu. Ya, di sana pernah tinggal saudara saya yang jauh (2-3 pupu)Orang Manek Urai ni, saya dah pernah lawat saudara saya yang jauh tu, mereka ni memanglah tak kaya, miskin? Ya, saya kata mereka miskin harta, tapi mereka tidak miskin iman, tidak miskin maruah. Inilah tempat yang jadi batu nesan PAS tatkala PAS cuma menang 1 Parlimen dan 1 DUN...DUN Manek Urailah DUN tunggal bagi PAS pada waktu itu, dan Parlimen pula Pengkalan Chepa.

Moga Allah menggantikan wakil rakyat mereka dengan yang lebih teguh, muda, setia, kuat amal dan efektif khidmatnya.Kita ambillah contoh Saidina Ali, pernah beliau dalam peperangan, beliau bertempur dengan seorang musuh, musuh itu sudah terbaring, Saidina Ali bersedia untuk menikamnya, tak semena-mena musuh itu meludah muka Saidina Ali. Saidina Ali tak jadi menikamnya. Beliau jalan meninggalkan musuh itu. Mush bertanya, "Mengapa kau tidak bunuh aku?" Saidina Ali menjawab, " Masa aku nak tikam kau, kau ludahi mukaku, panas hatiku. Jika aku tikam, aku tikam sebab aku marah, bukan kerana Allah,".Mengambil iktibar daripada keberkesanan Hakim Mahkamah Rayuan YA Ramly yang bukan Ramly Burger tapi bolehlah digelar Hakim Maggi Mee, saya pun buat kerja sesegera yang boleh, tanpa kabel.Nah, kita nampak sudah, tanpa BN, negara aman sejahteraSekian, wassalammualaikum
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!http://zulmamakpng.blogspot.com/

MAHKAMAH & RAJA TIDAK RELEVAN AMBILALIH FUNGSI RAKYAT PILIH KERAJAAN

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? :
Prof Dr Aziz BariSunday,

Anna Yusof


PUTRAJAYA, 24 Mei (SK) : KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Khamis lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung
tidak memeranjatkan.
Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Zambry Kadir sebagai
Menteri Besar Perak yang sah.
Tatapi penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat
komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis,” ujar
Aziz lagi.
Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani
membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.
Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.
Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin
Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008).
Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang
bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).
“Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan,”
tegasnya lagi.
Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap
haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.
Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori
(kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.
“Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari
manipulasi”, ujarnya.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti
ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.
Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak
selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam
dewan”.
Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, “Mahkamah sepatutnya
memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya”.
Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh
disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada
perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.
Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. “Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada
enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya,” kata Aziz.
Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-
olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah
meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.
Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. “Di sisi perlembagaan
istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan
dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan”.
Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.
“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan
pandangan yang negatif,” ujarnya

RILEX SEBENTAR!!!!

Keputusan Mahkamah Rayuan Jerat Leher Umno-BN

Umno dan Barisan Nasional mungkin merasakan mereka telah mencapai kemenangan moral dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada mereka semalam namun dalam masa yang sama satu prececdent yang memakan diri mereka telah diwujudkan secara tidak langsung.Kerakusan Umno dan BN untuk terus memegang kuasa yang tidak diiktiraf rakyat Perak telah membuat mereka alpa bahawa natijah daripada kemenangan 3-0 mereka sebenarnya bermakna Yang Dipertuan Agong kini boleh melantik serang Perdana Menteri baru menggantikan Najib Razak sekiranya baginda memperolehi bukti Najib tidak lagi menikmati sokongan padu Ahli-Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

Berikut ialah artikel Penasihat Undang-Undang PAS, Mohamad Hanipa Maidin yang melakarkan senario pada satu masa kelak apabila precedent ini akan digunapakai.oleh :Mohamed Hanipa MaidinJam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.


Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata :

“ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA .


YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:a.


Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.YDPA seterusnya menambah :

“ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan.


Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.


Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.


Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .

Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan .

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...