19 Februari 2011

RAKYAT MENENTUKAN SIAPA PEMERINTAH

Jangan harap mahu rampas negeri Pakatan

ALOR SETAR, : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu iniBercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.
"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.
"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.
"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.
Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.
"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.
Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.
"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.
Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.
"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.
"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.
Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.
"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.
Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.
Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.
Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.
Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

BN Kedah Mampu Menang Lebih Dua Pertiga Kerusi - Ahmad Bashah

ALOR SETAR, 19 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Kedah berkemampuan untuk memperoleh kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sekaligus merampas semula pentadbiran kerajaan negeri yang kini diterajui PAS.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sasaran itu tidak mustahil pada PRU ke-13 kali ini memandangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Kita yakin boleh mencapai sasaran lebih 31 daripada 36 kerusi DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Kepimpinan Wanita UMNO Kedah, di sini.

Lebih 500 ketua wanita peringkat cawangan di negeri itu menyertai kursus tersebut.

Ketika ini, PAS menguasai 16 kerusi DUN Kedah diikuti BN dengan 14, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3 dan DAP (1) dan dua wakil rakyat Bebas, yang sebelum ini merupakan anggota DUN PKR.

Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata persiapan jentera pilihan raya negeri telah digerakkan sejak bulan lepas dan bilik gerakan bagi peti-peti undi akan dibuka bulan depan.

Beliau turut mensasarkan untuk menarik lebih 100,000 pengundi baru menyertai UMNO dan sekarang ini lebih 30,000 pengundi baru telah mendaftar sebagai ahli parti.

-- BERNAMA

SPR: Tiada cadangan perkenal syarat baru calon pilihan raya

KUCHING, 19 Feb — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang untuk mengkaji had umur dan menjadikan tahap kesihatan calon sebagai syarat sebelum dibenarkan bertanding dalam pilihan raya di negara ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat SPR dengan parti-parti politik komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak di sini hari ini, Abdul Aziz berkata setakat ini terpulang kepada budi bicara parti-parti politik sendiri untuk memilih calon sesuai bagi mewakili parti serta bertanding dalam pilihan raya.

“Itu urusan parti masing-masing,” katanya, dan menambah kata SPR tidak dapat berbuat apa-apa dalam perkara berkaitan dengan had umur atau tahap kesihatan calon kerana hal berkenaan di luar bidang kuasa SPR.

Dipetik Bernama, beliau berkata tindakan mengehadkan umur dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai syarat menjadi calon pilihan raya memerlukan pindaan undang-undang sedia ada.

Di Kangar, semalam, Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perlis mencadangkan SPR mengkaji semula Akta Pilihan Raya 1958 dengan memasukkan beberapa syarat baru berkaitan calon pilihan raya.

Yang Dipertua Perkasa Perlis Ameir Hassan dipetik sebagai berkata antara syarat baru yang dicadangkan ialah had umur calon tidak melebihi 65 tahun dan mereka juga perlu disahkan sihat, sekali gus memberi ruang generasi muda berkelayakan menjadi calon.

Ameir mendakwa wakil rakyat yang melebihi had umur sering mengalami tekanan dan ada di kalangan mereka meninggal dunia menyebabkan berlaku proses pilihan raya kecil yang memerlukan kos besar.

Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara berdepan 16 pilihan raya kecil membabitkan enam kerusi Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk tiga sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu di DUN Tenang, Merlimau dan Kerdau.

SPR membelanjakan kira-kira RM10.4 juta bagi pilihan raya kecil berkenaan.

MCA mahu akta mesin cetak disemak semula

MCA menyarankan penubuhan sebuah panel bagi menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya Menteri Dalam Negeri tidak diberi kuasa mutlak atau budi bicara dalam melulus atau membatalkan permit penerbitan.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata panel itu harus menyemak semula akta itu bagi memastikan keadilan terhadap pemilik media yang melabur jutaan ringgit dalam membeli peralatan dan pembangunan sumber manusia.

"Panel tersebut juga perlu mencari jalan bagi memudahkan pelabur memperoleh permit untuk menerbit," katanya dalam ucapan pada majlis Malam Media MCA danrumah terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, di Kuala Lumpur, malam ini.

Dr Chua berkata beliau memahami kebimbangan di kalangan wartawan dan pemilik media berhubung dengan akta tersebut.

Katanya media massa mempunyai peranan memelihara keamanan dan keselamatan negara dan berharap akhbar tidak sensasikan isu-isu semata-mata untuk melariskan jualan surat khabar masing-masing.

"Landskap media telah banyak berubah sejak 10 tahun lepas...selain surat khabar, hari ini media sosial menjadi lebih berpengaruh daripada media tradisional.

"Rakyat kini lebih terdedah kepada forum internet, blog, twitter dan Facebook, kesemua media baru itu memberi lebih banyak peluang kepada orang untuk menabur fitnah dan menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Dr Chua percaya perlu wujud aliran bebas maklumat di internet tetapi rakyat tidak perlu mudah terpesong dengan mereka yang menabur fitnah kerana provokasi kecil menerusi media boleh menggagalkan agenda gagasan 1Malaysia.

Katanya kewartawanan yang baik dapat membantu membina negara dan meningkatkan kehidupan rakyat dan oleh itu media Malaysia harus menyokong dasar kerajaan yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negara.

Dr Chua berpendapat media vernakular perlu berkecuali dari segi kaum dalam laporannya dan menggalakkan kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak tertumpu kepada kepentingan sesuatu komuniti sahaja.

Katanya media juga perlu memainkan peranan konstruktif dalam membina negara seperti mengkritik dan mendedahkan kesalahan kerajaan apabila ada kewajaran untuk dikritik.

Tetapi pada masa sama, media juga perlu bersedia menjelaskan dan mempertahankan tindakan dan dasar kerajaan yang baik serta menonjolkanpencapaian kerajaan semasa, katanya.

--Bernama

Bila kah agaknya kita dapat menikmati demokrasi sebenarnya?

Kerajaan demokrasi ialah kerajaan yang benar-benar dipilih oleh rakyat setelah rakyat membuat pertimbangan yang serius dengan bebas tanpa gangguan dan kawalan dari unsur yang menekan. Demokrasi yang terunggul ialah demokrasi yang dilaksanakan dengan penuh jujur dan etika yang tinggi.

Yang dimaksudakan sebagai kejujuran dalam demokrasi ialah dengan membiarkan rakyat membuat penilaian tanpa tekanan dan penggunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak semasa yang sedang memegang tampok kuasa.

Apabila sampai tempoh dan penggalnya kerajaan akan kembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan samada untuk mengekalkan kuasa yang ada pada pemerintah yang sedang menyandang kuasa itu atau memberikannya kepada pihak lain yang menawarkan kepimpinan dan kerajaan alternatif kepada rakyat.

Pihak yang sedang memerintah mestilah berlaku adil dan memberikan sepenuh peluang kepada pihak pembangkang kepada kemudahan media seperti telivision dan media letronik serta media cetak yang ada untuk rakyat mendapatkan maklumat bagi mereka membuat pertimbangan yang tepat.

Malahan di negara-negara maju pilihanraya ini dibiayai oleh kerajaan dan disediakan peruntukan perbelanjaan pilihanraya bagi pihak kerajaan yang menyandang kuasa dan pembangkang yang menawarkan kepimpinan dengan dasar alternatif dan corak pentadbiran yang berlainan bagi memenuhi kehendak rakyat yang mempunyai pelbagai keinginan dan ‘preferences’ masing-masing.

Di Amerika Syarikat dan di England misalnya kedua-dua pihak yang memerintah dan pembangkang berdiri dibelakang ‘rostrum’ dan berdebat secara terbuka dan ditontoni oleh semua rakyat melalui peti-peti television dan media alternatif yang ada di dalam negara-negara tersebut.

Masing-masing parti akan memaparkan program serta dasar masing-masing secara terbuka dan tidak akan akan ada pemimpin yang berani untuk bercakap dengan nada lain bila berhadapan dengan kumpulan yang berbeza untuk meraih undi dan sokongan ramai. Di negara-negara maju tidak ada pemimpin yang mengikut resmi cicak kubin yang akan bertukar warna kulit mereka mengikut warna tempat mereka hinggap. Pemimpin seperti ini memang tidak mendapat tempat kerana rakyat menganggap pemimpin seperti ini adalah seorang yang pembohong.

Pembohongan adalah satu kesalahan yang tidak ada kemaafan bagi rakyat di negara-negara maju dan rakyat selalunya akan menolak pemimpin atau parti yang bersifat pembohong itu. Rakyat di negara maju faham dan memandang rendah kepada pimpinan yang tidak bercakap benar kerana mempunyai persepsi yang bercakap bohong itu merupaka satu penyakit yang susah untuk diubati dan disembuhkan. Tetaoi disini lagi pemimpin berbohong lagi kuat mendapat sokongan kerana ramai rakyat yang masih suka dibohongi dari mendengar perkara yang benar.

Mereka percaya kepada perbidalan ‘once a liar he remains a liar’ dan rakyat di negara-negara tersebut tidak akan merelakan diri mereka dibohongi oleh pemimpin mereka kerana jika mereka ditadbirkan oleh manusia yang berbohong lambat laun negara akan rosak binasa. Begitulah tingginya etika kepimpinan yang mereka amalkan semata-mata untuk menjaga keutuhan dan kebaikan untuk rakyat dan negara mereka.

Sistem demokrasi yang kita amalkan di negara kita tergulung kedalam kategori demokrasi yang lazim diamalkan di negara-negara dunia ketiga. Pemimpin yang berkuasa selalunya akan menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk mempengaruhi rakyat bagi mengekalkan mandat rakyat kepada mereka. Berbagai-bagai tekanan terhadap rakyat secara sistematik dilakukan untuk mempastikan rakyat kembali memberikan dukongan kepada mereka.

Parti pembangkang tidak dapat menggunakan media massa perdana untuk menyiarkan rangka dan pelan mereka jika diberi mandat untuk memerintah sedangkan parti yang sedang berkuasa akan menggunakan sepenuhnya media massa perdana yang lazimnya akan berpihak kepada yang memerintah.

Dalam sejarah pilihanraya di negara kita belum lagi pernah parti lawan kepada kita mendapat peluang untuk bersama-sama menggunakan media massa letronik yang dipunyai rakyat. Sejak 40 tahun dahulu parti pembangkang seperti DAP telah mendapat momokan yang parti itu adalah parti merbahaya dan cuba dianggapkan seolah-olah parti itu adalah seperti Parti Komunis Malaya.

PAS juga dimomokan dengan sebagai parti yang militan. Tetapi apabila PAS terbukti mampu untuk bekerjasamaq dengan DAP dituduh pula PAS sebagai parti yang tidak islamik. Semua yang dilakukan oleh PAS tidak kena kepada pihak yang berkuasa. Tetapi sekarang kesusahan yang dihadapi oleh PAS sudah mulai reda setelah parti itu telah terbukti mampu untuk membina kerjasama yang baik walaupun diantara komponen PR itu banyak perbezaannya. Malah kejasama itu lebih jelas berjaya kerana berkemampuan untuk bersama mentadbir kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh PR.

Kejayaan inilah yang tidak disukai oleh BN dengan menggunakan media massa perdana untuk memcahkan kesatuan yang telah terjalin diantara parti-parti altenatif ini. Tetapi itulah politik kita di dunia ketiga ini walaupun kita mendengar pimpinan kita hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

Walaupun permainan media massa ini tidak ada noktahnya tetapi rakyat sudah mula pudar keyakinan terhadap media perdana kerana setelah kian lama rakyat sedar yang media perdana yang dikuasai kerajaan itu hanyalah alat propaganda pihak pemerintah sahaja. Rakyat kini mahu melihat dan membaca perkara yang lebih ‘quantitative’ yang lebih yang lebih memberikan input pengetahuan yang berfaedah secara terus kepada rakyat.

Media massa yang hanya berelemenkan propaganda sudah mula tidak diminati oleh orang ramai dan ini boleh dilihat dari kejatuhan pembaca kepada beberapa akhbar media perdana yang dahulunya mempunyai ‘circulation’ dalam bilangan ratusan ribu sehari.

Kalaulah kita mahukan kesuburan demokrasi yang benar-benar demokrasi kita sepatutnya memulakannya dengan mengendalikan pilihanraya dengan perbelanjaan kerajaan. Kedua-dua pihak dari kerajaan dan pembangkang patut diberikan peruntukan oleh kerajaan seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat dan banyak negara maju yang lain.

Rakyat sepatutnya memulakan tuntutan untuk dilaksanakan demokrasi secara ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang baru didalam proses demokrasi. Hanya di negara kita dan Singapura sahaja di rantau ini yang parti pembangkang yang halal kewujudannya tidak diberikan kemudahan ini. Kita tidak boleh lari dari melaksanakan sistem ini jika kita benar-benar mahu menjadikan negara kita sebagai negara maju.

Kita tidak boleh lagi menafikan hak mana-mana pihak untuk mendekati rakyat seperti tidak mengeluarkan ‘permit’ untuk berceramah dan sebagainya. Berdebat secara terbuka diantara parti kerajaan dan pembangkang patut diadakan selalu bagi membolehkan rakyat menilai pihak mana yang lebih berkemampuan untuk mengeluarkan ‘idea-idea’ yang bernas dan mampu dilaksanakan. Politik secara ini merupakan satu tuntutan masa dan kita wajar mengikuti kehendak masa dan zamannya,

Jika debat terbuka boleh diadakan kerap kali maka tidak akan ada lagi tuduh menuduh diantara satu pihak dengan pihak yang lain dan fitnah memfitnah tidak akan mudah dilakukan lagi. Debat terbuka ini juga akan membolehkan kita menilai pihak mana yang bertotokohan untuk menjadi pemerintah.

Bagi pendapat saya seorang jika benar pihak kita ini jujur, ikhlas dan tidak pernah melakukan perkara sumbang kepada negara maka tidak ada sebab kita perlu takut untuk berhadapan untuk berdebat dengan pihak pembangkang. Malahan disitulah kesempatan yang keemasan untuk membuktikan yang tuduhan pihak BN yang parti pembangkang itu sebagai kilang mengeluarkan fitnah itu benar.

Tetapi pihak kita tidak pernah berani untuk berdepan dalam debat besar-besaran dengan PR maka sekali gus kita dianggap sebagai pihak yang takut untuk berdebat kerana khuatir segala kelemahan kita yang dituduh oleh pembangkang itu pula yang benar. Kalau kita betul-betul di pihak yang benar kita tidak perlu takut. Jika kita takut maka jelaslah yang kitalah yang lebih bermasalah dari pihak PR untuk menunjuk dan membuktikan kebenaran pihak kita.

Orang ramai memang mempunayi persepsi yang pemimpin BN khususnya UMNO tidak akan bersedia untuk berdebat kerana sesungguhnya pihak kita sedang mengahadapi masalah untuk membuktikan yang tuduhan pihak pembangkang dan pihak-pihak lain itu adalah tidak benar. Menolak cabaran untuk berdebat itu memang dengan pantas dianggap oleh rakyat sebagai mengiyakan tuduhan pihak pembangkang terhadap kita.

Jangan disangkal hakikat ini.

18 Februari 2011

PRK DUN Kerdau dan Merlimau diadakan serentak 6 Mac ini

PRK DUN Kerdau dan Merlimau diadakan serentak 6 Mac ini


Kuching 18 Feb. - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac ini.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pula ditetapkan pada 26 Februari.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Belanjawan: Singapura Mahu Tingkatkan Pendapatan Warganya

Belanjawan: Singapura Mahu Tingkatkan Pendapatan Warganya

Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) -- Singapura bercadang meningkatkan pendapatan kesemua warganya sebanyak 30 peratus, dari segi sebenar tempoh dekad ini, kata Menteri Kewangan Tharman Shanmugaratnam.

Beliau berkata untuk merealisasikannya, ekonomi Singapura mesti berkembang, perniagaan seharusnya ditambahbaik dan pelaburan perlu ada untuk menambah kepakaran, kemahiran dan mutu perkhidmatan dalam setiap pekerjaan.

Membentangkan Belanjawan 2011 Singapura, bermulai 1 April di Parlimen di sini pada Jumaat, Shanmugaratnam berkata langkah itu merupakan satu-satunya cara yang membolehkan negara ini meningkatkan pendapatan dan memperbaiki standard kehidupan, termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

Belanjawan itu turut memperincikan pakej untuk membantu Singapura mengharungi kos tinggi kehidupan dan memperbaiki standard kehidupan, bernilai kira-kira S$6.6 bilion, yang mana S$3.2 bilion akan disediakan untuk isi rumah tahun ini di bawah "The Grow and Share Package", dengan lebih menjurus kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Baki S$3.4 bilion akan diperuntukkan untuk pelaburan sosial jangka panjang untuk meningkatkan kehidupan warga Singapura, dengan fokus kepada menyokong persekitaran penjagaan jangka panjang.

Shanmugaratnam berkata negara ini juga akan menjadi ekonomi maju kelas pertama sedekad mulai sekarang, dengan kemahiran canggih dan pendapatan tinggi serta perusahaan berdaya saing global, jika mereka berjaya dalam usaha-usaha ini.

Beliau berkata ekonomi Singapura, selepas dua tahun yang begitu lemah (2008 dan 2009), tatkala pertumbuhan hampir kepada sifar, telah menunjukkan prestasi luar biasa dengan Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang untuk mencatatkan 14.5 peratus pada 2010.

Bagaimanapun, menteri itu berkata yang ekonomi Singapura akan berkembang dengan lebih perlahan tahun ini memandangkan persekitaran luar adalah lebih kompleks.

Beliau berkata walaupun pertumbuhan dalam ekonomi-ekonomi baharu muncul yang menguasai dua pertiga daripada pertumbuhan global dijangka kekal kukuh, ekonomi-ekonomi ini turut menyaksikan tekanan inflasi.

Harga-harga makanan dan komoditi lain telah meningkat dengan ketara, kerana bekalan terjejas oleh keadaan cuaca yang teruk sementara permintaan terus berkembang di China dan mana-mana jua, kata menteri itu sambil menambah situasi politik yang tidak menentu di Timur Tengah turut memacu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, Shanmugaratnam berkata ekonomi Singapura akan kekal positif dan dijangka berkembang antara 4.0 peratus dan 6.0 peratus pada tahun 2011, melepasi anggaran trend pertumbuhan antara 3.0 dan 5.0 untuk 10 tahun akan datang, sekali gus mencerminkan momentum yang berterusan dalam ekonomi.

Bagaimanapun, inflasi masih menjadi kebimbangan utama untuk semua warga Singapura tahun ini, terutamanya untuk keluarga berpendapatan rendah memandangkan negara ini mengimport hampir kesemua produk yang mereka gunakan, kata menteri itu.

Beliau menambah kali ini, makanan, utiliti dan caj lain berkaitan bahan bakar menjadi kebimbangan kebanyakan warga Singapura.

Beliau berkata inflasi tahun ini ialah sekitar 3.0 peratus hingga 4.0 peratus, lebih tinggi dalam searuh pertama sebelum menyederhana pada lewat tahun.

Inflasi Indeks Harga Pengguna ialah 4.6 peratus, tahun-atas-tahun, pada bulan Disember 2010.

Menteri itu berkata untuk menyederhanakan tekanan inflasi bertempoh sederhana, kerajaan telah membenarkan dolar Singapura mengukuh berbanding sekumpulan mata wang asing sejak 18 bulan lepas dan ini membantu menangani inflasi dalam barangan yang diimport.

Bagaimanapun, beliau berkata menggunakan kadar tukaran untuk mengimbangi kenaikan harga secara tiba-tiba, seperti yang dilihat dalam harga minyak sejak enam bulan lepas, memerlukan kenaikan ketara dolar Singapura dan ini akan menjejaskan para pengeksport.

Shanmugaratnam juga berkata untuk mengukuhkan masyarakat Singapura, langkah-langkah seterusnya akan diambil bagi memastikan masyarakat terangkum di mana setiap orang akan menyumbang dan berkongsi kemajuan negara, tidak kira dari mereka akan bermula.

Belanjawan itu akan turut memperkenalkan langkah-langkah cukai untuk meningkatkan sokongan kepada warga Singapura berpendapatan rendah dan sederhana, kata menteri sambil menambah anak-anak mereka akan dibantu untuk mendapatkan permulaan hidup yang terbaik menerusi pendidikan, daripada peringkat pra-persekolahan hinggalah ke peringkat pendidikan tertiari.

-- BERNAMA

INI SEMUA KES KRONI-KRONI BANGANG??

MPP TIDAK PERNAH LANTIK RONNIE

Oleh: MEDIA PKR SABAH

KENYATAAN akhbar dan tuduhan liar Ronnie Klassen terhadap Presiden PKR Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah suatu kenyataan yang tidak berasas sama sekali kerana MPP tidak pernah meluluskan jawatan Pengarah Komunikasi kepada Ronnie Klassen.

“Kalau pun ada lantikan Pengarah Komunikasi dari MPN sebelum Presiden mengambil alih, maka biro-biro belum dibentuk lagi kerana susunan biro-biro masih dalam proses lagi,” kata Halik Zaman yang memegang porfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat PKR Sabah.

Kata Halik, "Ronnie Klassen boleh membuat laporan polis atas kapasiti sebagai ahli PKR bukan sebagai Pengarah Komunikasi sebab lantikan BIRO Komunikasi MPN yang lalu sudah dibubarkan dan belum dibentuk lagi."

Tegas Halik lagi, "Ini adalah kerana Sabah tidak lagi menggunakan sistem Majlis Perhubungan Negeri untuk sementara waktu sebaliknya menggunakan sistem Majlis Presiden. Majlis Presiden ini telah terbentuk secara sebulat suara dan pada mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Dato' Seri Presiden telah di tubuhkan beberapa biro dan jawatankuasa. Ini jelas membuktikan bahawa jawatan Pengarah Komunikasi ini tidak wujud sama sekali dalam keputusan Majlis Presiden."

Berkemungkinan juga Ronnie Klassen telah di lantik oleh Azmin Ali semasa beliau menjadi Pengerusi MPN Negeri Sabah pada tahun 2009. Pada dasarnya, kita semua amat maklum dan arif bahawa apa-apa jawatan yang di sandang akan tamat dengan sendirinya di atas tiga perkara muktamad seperti berikut :

1. Apabila seseorang itu di pecat atau seseorang melepaskan jawatan.

2. Tamat tempoh penggal seperti termaktub dalam Perlembagaan Parti.

3. Berlaku Kongres Nasional Parti dan pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat.

Dalam hal ini, jelas diertikan bahawa penggal perkhidmatan beliau telah tamat apabila berlaku pemilihan di peringkat Cabang dan Pusat kerana semua jawatankuasa atau biro lantikan sebelumnya terbubar dengan sendiri kerana memberikan ruang dan peluang kepada kepimpinan baru untuk membentuk Jawatankuasa baru.

“Maka kerana itulah saya menegaskan di sini tidak timbul isu yang mengatakan Presiden itu berbohong atau sebagainya,” kata Halik yang kesal dengan kenyataan desperado yang gagal mendapat tempat dalam Majlis Presiden.

NEGERI PR BANTU PELAJAR PULANG KE MESIR


RM2,000 untuk pelajar pulang ke Mesir

GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan RM2,000 seorang kepada 318 pelajar negeri itu yang akan pulang ke Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Exco pagi semalam selepas dibangkitkan ibu bapa pelajar dalam suatu perjumpaan, kelmarin.

Mansor berkata, Kerajaan Negeri menerima rungutan ibu bapa mengenai Kerajaan Pusat yang hanya membawa pulang pelajar ke Malaysia tetapi mereka (Kerajaan Pusat) masih was-was membuat keputusan untuk menghantar mereka kembali ke Mesir.

“Seolah-olah melepaskan tanggungjawab begitu sahaja, namun Pulau Pinang mengambil tanggungjawab ini untuk membantu mereka seperti yang dilakukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

“Kerajaan Selangor bersetuju memberi tambang kepada pelajar negeri itu manakala Kerajaan Kelantan memberi wang RM2,000 kepada setiap pelajar.

"Kami memberi RM2,000 setiap seorang kepada pelajar itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Pusat Urus Zakat memperuntukkan RM3.6 juta.

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily

Harakahdaily

17 Februari 2011

MERLIMAU PERLUNYA WAKIL MELAYU ISLAM DALAM DUN MELAKA

Oleh ZAILI MUHAMMAD

MELAKA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac nanti bakal menjadi pemangkin kepada kemenangan Pakatan Rakyat Melaka dalam merealisasikan matlamatnya menawan Melaka.

Merlimau sebuah pekan kecil yang sedang membangun di dalam daerah Jasin dan terletak di tengah- tengah antara bandar Melaka serta Muar. Di sini juga wujudnya sebuah politeknik di depan Masjid Asy-Syuja'ah, balai bomba, hospital, balai polis, dua buah sekolah menengah, sebuah kawasan perindustrian yang menempatkan beberapa buah kilang dan sebuah projek bandar baru Merlimau yang semakin rancak pembinaannya.

Dun Merlimau (N27) diwujudkan pada tahun 1994 di mana sebelum itu merupakan sebahagian daripada Dun Sungai Rambai. Dun ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian pantai meliputi pekan Merlimau yang mempunyai empat daerah mengundi Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Manakala, di bahagian darat mempunyai tiga daerah mengundi iaitu Chinchin, Ayer Merbau serta Jasin Lalang dan secara umumnya Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Kaum Melayu tinggal di kampung, Cina di pekan dan India di Ladang, hasil peninggalan polisi penjajah British iaitu pecah dan perintah.

Pilihan Raya Umum (PRU) pertamanya ialah pada tahun 1995 di antara calon Semangat 46 dan Umno. Pada PRU 1999, Mejar (B) Jasme Tompang (PAS) memperolehi 2,012 undi tewas dengan majoriti 2,252 kepada Dato' Nadzri Azim (BN) yang mendapat 4,264.

Pada 2004 menyaksikan calon BN, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan menang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 5,087 undi apabila memperolehi 6,332 undi menggalahkan calon KeADILan, S.Jayathas yang mendapat 1,245 undi.

BN mengalami kejutan apabila majoriti mereka merosot kepada 2,154 pada tahun 2008 di mana Dato' Mohamad Hidhir cuma mendapat 4,981 undi manakala calon PAS yang kembali bertanding Mejar Jasme mendapat 2,827 undi.

Dalam PRU 2008, seramai 10,471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau dan daripada jumlah itu, Melayu sebanyak 64.69%, 21.11% Cina, 14.16% India serta 0.04% pengundi lain-lain kaum.

PAS Melaka meletakkan harapan besar untuk memenangi Dun Merlimau pada PRK ini kerana ianya antara Dun sasaran yang berpotensi ditawan dalam PRU ke 13 berdasarkan kelebihan beberapa aspek yang di ambil kira termasuklah faktor peratusan pengundi bukan Melayu yang agak tinggi.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman bahawa beliau mengharapkan pengundi di Merlimau berani melakukan perubahan memilih calon PAS sebagai mewakili satu-satunya suara pembangkang daripada Adun Melayu-Islam di persidangan Dun Melaka bagi mengimbangi majoriti lebih 2/3 BN Melaka.

"Sekiranya kita mempunyai wakil di dalam Dun Melaka baharulah Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mempermainkan hak orang Melayu-Islam contohnya menjualkan tanah wakaf dan salahguna wang zakat di dalam pembinaan Kompleks MAIM di Bukit Baru seperti pendedahan Jabatan Audit Negara 2009.

"Maka dengan itu akan wujudnya sedikit keseimbangan kuasa dan Umno akan berfikir banyak kali jika hendak melaksanakan sesuatu tindakan yang berkaitan dengan hak orang Islam bukannya seperti sekarang mereka boleh buat sesuka hati sahaja," jelas Ustaz Ghani.

DAP sendiri menyuarakan rasa terkilannya dengan ketiadaan wakil pembangkang daripada Melayu-Islam di dalam persidangan Dun kerana Adun mereka yang kesemuanya berbangsa Cina tidak mampu menjawab persoalan yang berbangkit berkaitan bangsa Melayu dan Islam.

Malah ketika DAP membawa usul membantah dan mempertahankan surau serta bangunan Pasti Bukit Katil agar tidak dirobohkan bagi pembinaan jalan raya, ianya diperlekehkan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dengan momokkan bahawa DAP tidak layak bercakap tentang soal Melayu dan Islam.

Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San turut mengakuinya bahkan secara berseloroh mengatakan bahawa apabila wakil Umno bercakap mengenai Islam, beliau tidak mampu untuk turut berhujah dan dia juga tidak mengetahui samada Umno tipu atau tidak di dalam sidang Dun.

DAP sejak awal-awal lagi telah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan padu kepada calon PAS pada PRK ini serta telah mengerakkan jenteranya bersama dengan petugas PAS tempatan bagi memenangi sokongan khususnya pengundi Cina.

Sekiranya sokongan bukan Islam dapat ditingkatkan sehingga melebihi 80% dan juga sokongan orang Melayu juga bertambah beberapa peratus lagi maka tidak mustahil PAS akan mampu menang pada PRK ini.

PAS Melaka begitu optimis mengenainya dan fokus sasaran sepatutnya bertumpu kepada pengundi atas pagar yang juga merupakan kelompok penentu di mana mereka sedang memerhati setiap perkembangan yang berlaku dan menzahirkan kecenderungan atau pilihan mereka di saat akhir.

Umno-BN yang mengakui situasi tersebut mula mengatur srategi bagi mengabui pemikiran pengundi dengan menaburkan pelbagai projek segera seperti menurap jalan, RM5.6 juta naiktaraf jeti kuala Sungai Merlimau, bantuan segera RM500 ribu bagi membaiki rumah, projek parit serta longkang, Taman Monyet dan Taman Kucing.

Walaubagaimanapun pengundi di sini yang terdedah dengan pelbagai maklumat dijangkakan tidak akan termakan dengan janji-janji pilihan raya ini dan diharapkan mereka menggunakan PRK ini sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan harga barang mutakhir ini.

DARI BLOG PRK MERLIMAU

http://pasprkmerlimau.blogspot.com/

ADAKAH BN HAMPIR TERKUBUR??

Kebaikan dan kelembutan rakyat - dianggap sebagai kelemahan.

Najib nampaknya bersungguh untuk mendapatkan sokongan setiap kaum di negara ini untuk memberikan dukongan kepada pentadbirannya. Kesungguhannya nampak jelas dengan tidak putus-putus membuat pengumuman selepas satu pengumuman dan semuanya adalah untuk menambat hati rakyat untuk berdiri di belakangnya didalam pilihanraya umum yang bakal tiba.

Najib sedang melakukan ‘taici’ dengan semua pihak kerana beliau belum lagi berjaya untuk mencari ‘reconciliation point’ untuk menagih sokongan semua pihak. Tindakan beliau bercakap berlainan dengan berlainan bangsa yang dihadapinya itu menunjukkan beliau belum lagi mempunyai keupayaan untuk menarik sokongan semua pihak terhadapnya.

Apabila orang Melayu memberikan sokongan, sokongan itu datangnya dari lakunan beliau sebagai pejuang Melayu tetapi dalam masa yang sama MCA dan bangsa yang menganggotai parti itu akan membidas UMNO kerana mereka menganggap UMNO itu sebagai parti ‘racist’. Apabila beliau berhadapan dengan bangsa Cina beliau mengatakan yang orang Cina mempunyai hak samarata dengan konsep 1Malaysianya dan ketika ini orang Melayu pula akan ‘meroyan’ dan mengkritik beliau terutamanya dari PERKASA pimpinan seorang Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas.

Pendeknya Najib tidak mampu untuk mencari resepi yang mantap untuk mendapatkan sokongan menyeluruh dari kaum Melayu dan Cina. Sampai bila Najib bertahan untuk melakunkan watak yang bermuka-muka ini sama-samalah kita lihat dan perhatikan.

Setelah bertindak membelakangkan semangat DEB dengan melupuskan syarat peruntukan untuk Bumiputra dalam pelancaran NEM tahun lepas tidak beberapa hari yang lalu diumumkan pula TERAJU untuk memantau penyertaan Bumiptra dan ianya adalah berlawanan dengan NEM ciptaannya itu. Bagi perlaksana dasar pegawai-pegawai kerajaan begitu keliru untuk melaksanakan yang mana satu hendak diikuti.

Kita tidak boleh mempunyai muka yang terlalu banyak wajah yang berbeza bergantung kepada tempat dan siapa yang dihadapinya. Tidak ada rekod yang membuktikan sifat bermuka-muka ini mampu untuk bertahan secara ‘sustainable’ dalam jangka masa yang panjang. Kawan-kawan kita dari bangsa Tionghwa pandai untuk menilai permainan ini. Itulah sebabnya mereka teah menunjukkan sikap yang terbuka bahawa mereka tidak boleh lagi bertahan untuk mengekalkan sokongan kepada BN.

Itu jugalah sebab utama kenapa DAP mendapat tempat di hati keseluruhan masyarakat Cina dan juga secara beransur-ansur mendapat sokongan dari kaum Melayu pada masa ini. Cadangan DAP utuk menurunkan bebrapa calun Melayu kali ini akan melengkapkan usaha DAP untuk melambangkan parti itu sebagai parti berbilang kaum.

Justru itu sebahagian orang Melayu akan pasti memberikan sokongan kepada parti yang tetap terlalu teruk dimomokkan oleh media massa negara ini sejak 40 tahun dahulu. Apabila DAP sudah mendapat tempat dihati rakyat maka ianya bukan lagi satu usaha yang mudah bagi BN khusunya MCA untuk menyaingi sokongan rakat terhadap DAP. Rakan-rakan Melayu dan India Muslim di P Pinang khususnya telah nampak bukti bagaimana urusan kerajaan P Pinang lebih baik dari kerajaan BN dahulu.

Majlis-Majlis Perbandaran di Pulau Pinang buat kali pertama telah berjaya mendapat pendapat ‘surplus’ yang agak besar dan ini tidak pernah berlaku semasa parti GERAKKAN memerintah P Pinang selama 40 tahun dahulu. Bukti ini dilihat dengan mata-kepala rakyat dan ianya membuktikan kerugian yang dialami oleh kerajaan tempatan di Pulau Pinang selama ini adalah kerana ketirisan dan rasuah yang tidak dapat dikawal.

Berita ini tentulah tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Pulau Pinang kerana mereka lebih suka untuk melihat kerugian di Majlis-Majlis Tempatan untuk dijadikan isu politik tempatan. Itulah sebabnya ramai rakan-rakan di Pulau Pinang memberitahu bahawa cita-cita BN khusunya UMNO dan MCA untuk mengambil alih kuasa kerajaan di Pulau Pinang bolehlah dianggap seperti mimpi di siang hari sahaja.

Jika calun-calun MCA dikalahkan didalam pilihanraya yang akan datang oleh DAP maka DAP akan mendapat nikmat sokongan orang-orang Cina dan Melayu dan parti itu merupakan parti yang tunggal untuk mewakili suara kaum Cina di negara ini. Ini sangat berbeza dari dahulu dalam mana kaum Cina yang diwakili didalam kerajaan Persekutuan dan Negeri diwakili oleh dua parti kaum Cina iaitu MCA dan GERAKKAN.

Blog ini telah menyebut puluhan kali untuk kita semua memulakan politik baru yang boleh mentautkan perbezaan diantara kaum di negara ini. Ianya mestilah dilakukan oleh seorang yang berpengalaman yang dihormati oleh semua kaum dan mempunyai sifat ‘magnanimity’ yang tinggi. Kita terpaksa mencari seorang Melayu yang boleh bercakap secara benar dan jujur dan boleh ikuti oleh semua kaum.

Pemimpin serupa ini sudah tiada di dalam barisan kepimpinan kita maka itulah sebabnya pucuk pimpinan kita adalah seperti cicak kubin yang berubah warna mengikut tempat dia hinggap dan melekap.

Kita sekarang menyaksikan tindakkan kita cuba untuk menunjukkan segala kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) sebagai kaedah untuk mendapatkan keyakinan orang ramai. Tidak apalah kaedah itu kerana itu merupakan cara politk yang lazim bagi poitik dunia ketiga ini. Tetapi kita mesti juga menunjukkan kebaikkan dan kejujuran kita didalam mentadbir kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri-negeri yang masih ditadbir oleh BN.

Mengambil alih kerajaan negeri Perak secara ‘illegitimate’ dua tahun lalu hanya membebankan UMNO kerana rakyat Perak sedang menunggu masa untuk mengembalikan kerajaan negeri itu kepada PR. Memecah belahkan wakil-wakil PR di Dewan Lagislatif tidak menghambat sokongan rakyat kepada PR yang pernah disokongnya dahulu.

Tindakkan merampas kuasa yang dilakukan di Perak telah menyentuh perasaan rakyat kerana rakyat bukannya memilih BN dalam pilihanraya itu, tetapi dengan kuasa yang ada di Persekutuan itu telah digunakan untuk melakukan perkara yang tidak disenangi oleh rakyat Perak.

Jika kita halusi keadaan yang ada sekarang kita melihat dengan terang dan jelas, banyak pihak yang telah menubuhkan badan-badan siasah untuk menumbangkan BN. Usaha semua pihak untuk berunding bagi menghadapi BN satu lawan satu yang diperkatakan dimana-mana itu bukti jelas yang terlalu banyak pihak yang ingin menjatuhkan BN khususnya UMNO.

Di Malaysia Timor (Sabah dan Sarawak) usaha sedang giat dijalankan untuk mencari titik persefahaman diantara MCLM, UBR dan SNAP di Sarawak dan ini membayangkan terlalu banyak pihak yang mahu melihat BN kali ini gugur didalam pilihanraya yang akan datang. Walaupun mereka berbeza tetapi mereka mempunyai motif dan niat yang sama; iaitu untuk memberikan pengajaran kepada BN yang mereka anggap sudah keterlaluan mengambil kelembutan rakyat ‘for granted’ atau sebagai satu kelemahan.

Jika titik persefahaman itu dicapai maka kita akan menyaksikan perubahan kepada ‘pattern’ politik tanah air dalam masa yang sesingkat ini. Politik bukan sesuatu yang static tetapi ianya sentiasa hidup dan berubah mengikut masa dan keadaan.

Di Sarawak menumbangkan BN itu bukanlah suatu usaha yang tidak dijangkakan kerana Taib Mahmud sudah menjadikan Sarawak sebagai negerinya sendiri. Sehebat mana pun pemimpin itu sejarah dunia telah membuktikan yang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa terlalu lama akan menjadikan negeri atau negara itu kacau bilau.

Salah seorang dari bapa saudara saya berpesan, ‘jika kau jadi guru besar, jangan duduk di satu sekolah itu lama-lama, nanti kau ingat sekolah itu kau yang punya’. DAN itu pun hakikat yang berlaku di Sarawak. -Aspan Alias

LIHAT KOMEN dari pembaca:

Anonymous said...
Kalau UMNO ini dipimpin oleh seorang yang iminati dan dihormati ramai saya akan terus menyokong UMNO.

Tetapi jika kumpulan yang ada pada hari ini saya mintak maaf. Saya pergi undi parti lain.

Seorang pentdbir parti UMNO di pusat adalah seorang penjudi yang besar. Memegang saham dalam Sport TOTO dan lain-lain yang haram.

Jika parti ditadbir oleh penjudi, tidak hairanlah jika UMNO dijadikn alat perjudiannya.

Saya sudah tidak tahan lagak dan laku pemimpin UMNO. Najib tak boleh kerana beliau tidak pun mampu menjaga ahli keluarga beliau yang gila glamor itu.

Kata orang lebih sudu dari kuah. Saya menyampah.

Buat kali pertama saya akan mengundi PAS atau mana-mana parti dalam PR. After all this is democratic country.

jaffar hassan

17 February 2011 17:45:00 GMT+08:00

zam zam said...
Encik jaffar hassan,

Samalah kita. Buat pertama kali kami sekuarga akan mengundi parti lain dari BN.

Adik beradik saya diKL dan JB sudah sepakat untuk berubah.

Sebabnya samalah dengan sebab yg Encik jaffar sebutkan tadi.

Lepas mengundi kita kira undi siapa yang menang. Jika ramai yg mahukan BN yg korup ini, kita terima sajalah!

SPR Akan Tetapkan Tarikh PRK Kerdau

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di Kuching pada Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokkan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.

Wan Ahmad berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lepas.

"Selain daripada mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," katanya.

Selain itu, Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan raya negeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

-- BERNAMA

Media sosial - seperti facebook - tunggu masa untuk meletup di Malaysia

Media sosial - seperti facebook - tunggu masa untuk meletup di Malaysia

Ketika negara-negara lain, khususnya di dunia ketiga, terutama di Timur Tengah sekarang, berada dalam landasan yang betul bagi proses pendemokrasian, Malaysia mengambil langkah mundur ke belakang. Semasa indeks kebebasan akhbar kita -- seperti hasil kaji selidik Reporters without Borders dan Freedom House -- masih berada pada tahap yang memalukan dan mencatatkan kemerosotan dari tahun ke tahun, komitmen kerajaan terhadap autonomi ruang siber yang ditawarkan semasa pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 mula diceroboh.


Dalam suasana pengamal media tradisional terikat kuat dengan kekangan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di samping menyedari beberapa laman web dan blog sudahpun menghadapi pelbagai bentuk tindakan intimidasi pemerintah, namun dunia internet kita masih boleh disifatkan bebas. Suara kritikan dan bangkangan, yang mula dicetuskan secara lantang semasa gerakan reformasi 1998, masih dapat digemakan dengan berkesan sekali melalui media baru ini.

Informasi yang dikawal ketat regim pemerintah pada akhir 1990-an itu telah bocor dan terdedah melalui kreativiti dan kesungguhan anak-anak muda yang begitu cepat menguasai teknologi maklumat terkini, terutama tentang program komputer yang kompleks. Kebanyakan penggeraknya melakukan penyamaran identiti sebenar, dengan persediaan menghadapi risiko tinggi, selain terpaksa menampung kos dari segi kewangan dan masa. Mereka yang tidak dikenali ini merupakan wira-wira baru yang secara tidak sedar sedang membentuk lanskap politik Malaysia yang berbeda sama sekali daripada era sebelumnya.

Secara tiba-tiba seorang individu "tidak ternama" boleh memegang kuasa mutlak di alam siber tanpa perlu melalui proses pemilihan yang lazim dipakai dalam struktur organisasi dan lapis-lapis masyarakat. Pandangan dan sikap politik seorang insan kerdil mampu membentuk opini awam jika ia mempunyai hujahan yang mantap dan bernas, serta diolah dengan pendekatan menarik. Seolah-olah kongkongan yang mencengkam dunia sebenar dapat dipecahkan dengan jayanya.

Sememangnya gelombang reformasi ketika itu telah merangsang penggunaan internet dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, termasuk di kalangan orang awam, apatah lagi penggerak masyarakat sivil dan komuniti politik. Kadar pertumbuhannya melonjak pada tahun 1998, 1999 dan 2000, dengan masing-masing mencatatkan peratusan 97.6%, 64.9% dan 148.4%. Kini pengguna internet di Malaysia melewati 19 juta jauh lebih banyak daripada jumlah pengundi berdaftar.

Pemerintahan Dr Mahathir Mohamad 1998-99 menghadapi tekanan yang cukup dahsyat dan teriakan "reformasi" Anwar Ibrahim yang diaibkan telah mendapat reaksi luar biasa. Biarpun internet hanya dihubungkan melalui dial-up dan belum menyeluruh penggunaannya, namun sambutan terhadap laman-laman web reformasi begitu memberangsangkan.

Bahan-bahan (kebanyakannya sensasi dan terkini) internet dimuat-turun dengan penuh rasa ingin tahu bagi tujuan penyebaran segera secara manual untuk kelompok lebih luas. Lebih menakjubkan, keterangan di dalamnya mudah diterima tanpa saringan, meskipun fakta dan khayalan bercampur-baur. Jelas sekali, internet cukup menyerlah sebagai alat mobilisasi bagi menggerakkan kesedaran rakyat, sekali gus meranapkan monopoli eksklusif media tradisi. Rakyat mudah mendapat maklumat terutama mengenai perhimpunan-perhimpunan awam proreformasi di sekitar Kuala Lumpur dan kisah sebenar yang cuba disembunyikan elit penguasa, seperti cerita mata lebam Anwar. Tiba-tiba saja Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, khususnya pada petang hujung minggu, menjadi meriah dengan aksi protes dan anak-anak muda tidak gerun lagi berdepan tembakan gas pemedih mata dan meriam air. Mereka mula mengenali belantan, cota, gari, brutaliti pihak polis dan manipulasi jahat media talibarut pemerintah.

Suasana baru itu menyemarakkan minat anak-anak muda untuk berpartisipasi -- menurut cara mereka -- dengan dunia politik yang selama ini tidak begitu dihiraukan. Selain memenuhi lapangan tunjuk perasaan, mengikuti ceramah dan mengedarkan risalah, berpusu-pusu mereka mendaftarkan diri sebagai pengundi, mungkin didorong niat "untuk mengajar BN dan Dr Mahathir" dalam pilihan raya umum terdekat. Malangnya, disebabkan proses pendaftaran terpaksa melalui prosedur yang lama-lembab, lebih 650,000 pengundi baru tidak dapat menunaikan hak mereka pada November 1999.

Kita tentu dapat membayangkan bagaimana resahnya Mahathir berdepan dengan kehebatan pengaruh internet dan dunia siber yang sebenarnya dirintis oleh beliau sendiri. Zaman rakyat menelan segala muntahan pemerintah sudah berakhir. Kematangan berpolitik mulai terserlah secara menyeluruh terutama di kalangan orang Melayu. Mereka sudah berani mempersoalkan daleh pemerintah yang sejak sekian lama memperbodohkan logika.

Melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) pelbagai sekatan dan hambatan dikenakan (beberapa penerbitan berbahasa Melayu seperti Detik, Wasilah dan Eksklusif diharamkan, manakala Harakah dikurangkan kekerapannya) tetapi kebebasan internet masih terpelihara. Mahathir belum bersedia untuk meracuni bibit-bibit yang disemainya sendiri atau beliau sedar kerumitan dunia maya masih boleh ditanganinya. Jika internet disekat, pelbagai risiko buruk, khususnya dari segi pelaburan asing, terpaksa ditanggungnya.

Rupanya pilihan raya umum 1999 tidak mencukupi untuk merealisasikan tuntutan reformasi seutuhnya. BN masih berkuasa dan memegang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pembentukan Barisan Alternatif (menggabungkan PAS, DAP, KeADILan dan PRM) hanya mampu meriuhkan sidang Dewan Rakyat (itu pun tanpa kelibat Lim Kit Siang dan Karpal Singh) selain PAS menguasai Terengganu. Pengundi bukan Melayu seperti tidak tersentuh langsung dengan perubahan lanskap politik yang mula terbentuk itu.

Abdullah Ahmad Badawi, pengganti Mahathir pada penghujung 2003, beberapa bulan sebelum PRU11, berjaya memukau rakyat dengan retorik politik yang mempesonakan. Jaminan pembaharuan yang dipakej dengan baik sebagai propaganda politik Abdullah telah "menjinakkan" suara protes. Internet semakin meluas penggunaannya, laman-laman baru muncul tetapi dilihat tidak lagi memainkan peranan yang besar bagi menarik sokongan rakyat kepada pembangkang.

Dalam masa sama, laman web yang begitu popular semasa Anwar dipenjarakan seperti kehilangan bisanya. Proses kemaskini bahan terabai, dan semakin berkurangan isu-isu penting, sensitif dan sensasi yang ditawarkan laman-laman berkenaan. Kerjasama dalam BA makin longgar. DAP kemudiannya meninggalkan BA. Tiada lagi "barisan alternatif" ataupun bayangan "kerajaan menanti". Ramai mempersoalkan, apakah elemen "politik baru" yang muncul bersama PRU10 pada 1998-99 begitu mudah menghilang, dan "politik lama" kembali bertakhta?

Dalam "kesedihan" (tetapi langsung tidak terkejut, malah sudah menduganya) menatap keputusan PRU11, saya tetap optimis tentang masa depan demokrasi di negara kita.

Politik Malaysia, yang kian dipengaruhi faktor dinamika ruang siber, tidak mudah berpatah balik lagi. Realiti 2004 yang menyaksikan penguasaan kerusi BN di Parlimen melebih 90 peratus -- dan ini satu rekod -- sebenarnya bukan jaminan suara oposisi tidak mampu bangun lagi. Era politik Malaysia sudah berubah.

Suasana tertekan di zaman Dr Mahathir (1981-2003) menyebabkan rakyat mahu memberi peluang regim baru melakukan pembaharuan. Sekiranya amanah dan harapan besar rakyat itu "dikhianati", seperti ditunjukkan sepanjang 2004-2008, mereka mungkin bersedia untuk memutuskan "hukuman lebih tegas" buat elit pemerintah. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dan juga agen risikannya, gagal mengesan "riak yang timbul di permukaan".

Apabila rakyat mudah akses dengan bahan berita, dan pihak pembekal maklumat (tidak lagi terhad kepada organisasi media, tetapi boleh dilakukan sesiapa saja melalui laman web, blog, dan media sosial) sentiasa mengemaskinikannya, manakala kewibawaan jurnalisme portal berita seperti Malaysiakini dan Harakahdaily terus meningkat, maka siapa pun yang memerintah, segalanya tidak mudah lagi. Aspek-aspek ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban akan sentiasa diperhatikan. Benar kata-kata Najib, zaman kerajaan mengetahui semuanya sudah berlalu.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Mungkin di "waktu aman", riak dan kocakannya tidak ketara. Namun apabila pemerintah mulai menyeleweng, lupa diri, amalan rasuah dan pilih kasih berleluasa, khazanah negara dirampok secara terang-terangan, hak rakyat dinafikan, daya intelektualisme diperbodohkan, skandal kewangan merebak, jurang pendapatan kaya-miskin semakin dalam, anak muda sukar mendapat pekerjaaan walaupun berpendapatan tinggi, harga barangan keperluan harian memuncak, maka tunggulah kebangkitan yang menggerunkan!

Mungkin hari ini kandungan media sosial seperti Facebook dan blog anak-anak muda kita dipenuhi cerita-cerita remeh, personal serta tidak menyentuh "wilayah larangan" tetapi ia tetap berpotensi untuk menyalur dan mengembangkan keresahan, kebingungan, kegelisahan, kemarahan dan segala amukan perasaan sekiranya persekitaran mereka sudah berubah ataupun kesedaran politik semakin meningkat. Ruang untuk mereka berinteraksi, berkongsi idea dan mehamai rasa bagai tiada batasan.

Harus diingat, kita tidak perlu menunggu fenomena kelaparan, kebuluran atau tahap pengangguran yang tinggi untuk melihat dunia siber kita bergolak dan merakamkan kegelisahan-kebejatan sosial itu. Rakyat yang tangkas dan cerdas minda politiknya berupaya diyakinkan untuk melakukan perubahan bagi menikmati pembaharuan yang membawa manfaat bersama melalui peti undi. Dan inilah yang dibimbangi kerajaan.

Rakyat Malaysia di negara yang begitu makmur dan kaya ini (khazanah negara melimpah tetapi dipunggah rakus kroni suku-sakat) sepatutnya tidak menanggung bebanan hidup berganda jika pemerintahannya dibersihkan daripada segala perasuah yang tamak dan penzalim yang angkuh-bongkak. Angka-angka penyelewengan yang terbongkar tidak mudah ditutup lagi. Malah, melalui teknologi maklumat yang mampu menyembunyikan "tukang tiup wisel", orang dalam sendiri lebih terdorong membocorkannya. Dan segalanya sukar disembunyikan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas sanggahan pemimpin kerajaan bahawa negara kita sama sekali berbeda dengan suasana di Timur Tengah, menegaskan, walaupun Malaysia jauh lebih makmur berbanding Mesir, namun rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis. "Tidak puas hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya

Di permukaan nampak diam, tetapi jalinan mesej bertali arus di dunia internet mampu mengheret pemerintah korup ke alam kubur. Justeru, usah berdiam diri melihat gerak terancang penguasa bagi maksud mengawal kandungan ruang siber kita ... Menarik sekali ulasan sebuah harian terkemuka di Mesir selepas Presiden Hosni Mubarak tersungkur: "Revolusi Facebook berjaya menumbangkan Mubarak dan simbol rejim pemerintahannya," lapor Al-Ahram, sambil menyifatkan laman sembang sosial itu sebagai "ibu pejabat majlis pemerintah revolusi."

- Ahmad Lutfi Othman

FACEBOOK TEMPAT REKRUT PENGEDAR

Rekrut edar dadah guna facebook

KUALA LUMPUR – Sindiket edar dadah antarabangsa kini menggunakan teknik licik melalui laman sosial popular, Facebook untuk menjadikan wanita tempatan ‘keldai dadah’.

Modus Operandi terbaru itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam. Melalui teknik itu, katanya, sindiket antarabangsa berkenaan akan bergabung dengan anggota sindiket dalam negara ini bagi menjadikan wanita sebagai mangsa.

Noor Rashid berkata, modus operandi itu dimulakan dengan kaedah sindiket terlebih dulu akan berkenalan dengan mangsa melalui Facebook.
Setelah berkenalan rapat hingga mendapat kepercayaan mangsa, anggota sindiket seterusnya akan menjanjikan kemewahan kepada mereka selain mengaburi mangsa dengan membawanya melancong ke luar negara.

“Apabila mendapat kepercayaan daripada wanita itu, barulah sindiket akan menjadikan mereka keldai dadah,” katanya.Menurutnya, sindiket itu sering menjadikan wanita sebagai mangsa untuk membawa dadah ke negara ketiga.

”Sebelum ini mereka merekrut wanita tempatan secara langsung tetapi kini melakukan perubahan dengan mendapatkan khidmat sindiket tempatan bagi merekrut mangsa. Sebelum ini, warga Nigeria dan Iran menggunakan modus operandi yang sama untuk merekrut wanita tempatan terbabit sindiket pengedaran dadah ini,” katanya berhubung modus operandi terbaru itu.

Menurutnya, semua mangsa berumur kurang 40 tahun sering dijadikan sasaran dan berjaya ditahan di Taiwan, Brazil, Peru dan Thailand. Dalam pada itu katanya, berdasarkan statistik pada 2008 hingga tahun lalu, seramai 155 rakyat negara ini ditahan di luar negara dan membabitkan 76 wanita.

Sehubungan itu, Noor Rashid berkata, polis berjaya mengekalkan momentum membanteras kegiatan dadah di negara ini dengan menahan 14,652 orang Januari lalu membabitkan pelbagai kesalahan dadah berbanding 12,409 orang untuk tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, polis berjaya membongkar empat makmal haram memproses dadah iaitu dua di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang serta menahan lapan orang dipercayai terbabit sindiket itu pada bulan pertama tahun ini.Jelasnya, pada Januari lalu juga menunjukkan peningkatan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM38.8 juta berbanding Januari tahun lalu hanya RM5.9 juta manakala hasil pantau di lapangan terbang antarabangsa berjaya menahan 24 individu terdiri daripada 17 warga Iran, Nigeria (4) dan masing-masing seorang warga India, Jerman dan rakyat negara ini.

BERITA PILIHANRAYA SERAWAK

SNAP-MCLM jalin kerjasama hadapi p'raya S'wak

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.
Setiausaha agung SNAP Stanley Jugol berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di kesemua 28 kerusi majoriti Dayak di negeri itu.

Ketika ditanya, Stanley berkata beliau tidak dapat mengulas sekiranya SNAP akan mengalah jika parti dalam Pakatan Rakyat akan meletakkan calon di kawasan itu.

"Kalau ada pertandingan tiga penjuru atau satu sama satu, saya tidak dapat ulas kerana belum berlaku lagi," katanya lagi dalam satu sidang media petang ini.

Bagaimanapun, beliau yakin kerjasama akan dapat diwujudkan dengan Pakatan Rakyat.

"Sebab tujuan kita sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan BN di situ," jelasnya.

Sementara itu, presiden MCLM Haris Ibrahim pula berkata, kerjasama itu dijalin bagi membebaskan masyarakat Sarawak daripada penindasan pentadbiran BN di bawah Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tambahnya, MCLM dan SNAP juga akan bekerjasama dengan parti lain bagi memastikan kerajaan persekutuan menghormati perjanjian dengan Sabah dan Sarawak.

Katanya, MCLM juga telah mengadakan rundingan dengan Barisan Bersatu Borneo (UBF) bagi menjalin kerjasama yang serupa.

Bagaimanapun, MCLM belum mencapai kata putus dalam menjalankan apa-apa kerjasama walau selepas satu rundingan intensif semalam, kata Haris lagi.

"Bagi UBF dan MCLM, kita masih belum berjaya mencapai pendirian bersama atas semua perkara asas.

"Tapi saya suka katakan bahawa kami akan terus berunding dengan tujuan untuk mencapai suatu konsensus.

"Ini akan diteruskan," kata Haris lagi dalam satu sidang media di sekretariat MCLM petang ini.

Dalam sidang media yang sama, ketua UBF Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menyatakan sokongannya kepada SNAP dalam menghadapi pilihan raya negeri itu.

Bekas pemimpin kanan PKR itu berkata, SNAP juga sebelum ini telah menyokong Agenda Borneo UBF dan turut bersetuju menyertai Pakatan Borneo (Borneo Alliance) yang diusahakan UBF.

Jeffrey membentuk UBF pada Disember tahun lalu sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

SIDANG MEDIA: PEJABAT MB SELANGOR

MB: Melayu sokong k'jaan Pakatan Rakyat Selangor

Meskipun kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengakui sokongan Melayu mula terhakis, namun bagi Tan Sri Khalid Ibrahim, tiada kejadian seumpama itu di Selangor.

"Saya tak percaya orang Melayu tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” kata Khalid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan di Shah Alam, hari ini.

Katanya, masyarkat Melayu yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada penduduk di Selangor menerima baik program dan inisiatif kerajaan negeri.

"Apa yang penting adalah kita memerintah negeri ini untuk semua (kaum),” kata menteri besar itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mendakwa sokongan masyarakat Melayu di negeri itu mula terhakis kerana propaganda Umno melalui media arus perdana.

Namun, Pakatan Rakyat berkeyakinan di sebalik kemerosotan sokongan Melayu, mereka mampu mempertahankan Pulau Pinang daripada tumbang di tangan Umno. Mereka kini mempergiatkan inisiatif bagi memperbetulkan persepi di kalangan orang Melayu.

Khalid juga menepis soalan berhubung kemungkinan rombakan dibuat ke atas barisan exco sambil menambah tidak ada perkara seumpama itu dan media akan dimaklumkan jika ada rombakan exco.

Pada sidang media itu, Khalid juga menggesa kerajaan persekutuan membantu pelajar, terutama dari Selangor yang dibawa pulang dari Mesir yang ingin kembali ke negara Asia Barat itu bagi menyambung semula pengajian mereka.

Tambahnya, menjadi kewajipan kerajaan bagi memastikan mereka yang dibawa pulang boleh kembali ke universiti masing-masing dan kerajaan seharusnya menubuhkan dana bagi tujuan berkenaan.

"Namun, jika kerajaan persekutuan berpendapat negeri juga harus tanggung bersama kos itu, kita bersedia,” kata Khalid

Isu kerusi: PAS minta Azmin Ali tutup mulut

Isu kerusi: PAS minta Azmin Ali tutup mulut

KUALA LUMPUR, 17 Feb — PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

16 Februari 2011

ROS beri parti Kita pimpinan Zaid lampu hijau

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.

The Malaysian Insider difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini.“Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat,” kata pegawai Kita kepada The Malaysian Insider.

Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu.

Sebelum ini parti itu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti politik yang beribu pejabat di Kota Baru.

Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.

Sejak itu parti itun diterajui oleh Zaid (gambar) yang keluar PKR November lalu.

Mesyuarat agung luar biasa parti itu, yang pertama kali diadakan di luar Kelantan Disember lalu. telah bersetuju untuk menukar Akim dengan nama baru Kita.

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu.

Beliau telah meninggalkan PKR pada 16 November lalu kerana kecewa dengan proses pemilihan kepimpinan parti itu dijalankan yang didakwanya mengandungi unsur-unsur tidak telus dan berat sebelah.

Beliau bertanding sebagai timbalan presiden dalam pertandingan tiga penjuru menentang Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub tetapi menarik diri atas alasan itu.

Zaid menganggotai PKR Jun 2009 selepas dipecat oleh Umno.Kita hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.

Sebelum ini Zaid berkata, beliau memilih untuk menyertai Akim kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat.

“Saya pilih Akim dan Akim pilih saya... ini lebih cepat daripada buat parti baru dan kalau (pendaftaran) diluluskan terlalu cepat seperti Makkal Sakhti orang tak (berkeyakinan),” katanya lagi.Parti itu tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat dan mempunyai dasar perjuangan yang berbeza, yang akan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Kita juga akan bertindak sebagai parti pelbagai kaum, kata Zaid.

“Kita parti bebas, ada ideologi dan ada dasar. Kita tidak akan sertai Pakatan Rakyat,” katanya sebelum ini.

Keluarga Beng Hock boikot suruhanjaya siasatan


KUALA LUMPUR, 16 Feb — Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock, yang bersidang buat hari kedua hari ini, berhadapan dengan tamparan ekoran keputusan keluarga mendiang untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam prosidingnya.

Keluarga itu memutuskan demikian selepas panel diraja itu memutuskan pengerusinya Tan Sri James Foong tidak perlu menarik diri walaupun masih merupakan hakim Mahkamah Persekutuan.

Malah, ia juga memutuskan untuk meneruskan inkuiri meskipun permohonan semakan kehakiman akan difailkan berhubung isu pelantikan timbalan pendakwa raya sebagai pegawai-pegawai pengendali prosiding suruhanjaya.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh peguam keluarga itu Karpal Singh petang ini.

Kelmarin, suruhanjaya itu menerima pegawai-pegawai pengendali dari Jabatan Peguam Negara meskipun dibantah oleh peguam-peguam Teoh mengenai kemungkinan elemen bias.

Karpal yang juga Pengerusi DAP berkata, keluarga Teoh mahu menarik diri daripada prosiding kerana tidak mahu ‘memikul’ kesahihan suruhanjaya siasatan tersebut yang ditubuhkan awal bulan lalu.

“Prosiding dipercepatkan atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh suruhanjaya,” kata Karpal kepada pemberita kemudian.

Karpal juga berkata, wujud elemen tidak konsisten memandangkan Jabatan Peguam Negara memohon semakan sedangkan pada masa yang sama pegawai-pegawainya terlibat dalam suruhanjaya siasatan yang seharusnya bertindak bebas.

Oleh itu kata beliau, suruhanjaya siasatan adalah “tribunal tidak bermutu” memandangkan permohonan berhubung perkara tersebut masih diteliti oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Katanya, keluarga Teoh kemungkinan tidak akan meneruskan permohonan mendapatkan semakan kehakiman.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan keputusan akhir mengenainya masih belum diputuskan sama ada meneruskan usaha itu ataupun sebaliknya.

Keluarga Teoh akan berada di mahkamah esok, yang akan mendengar sebutan semula permohonan semakan kehakiman dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.

CERITA DISEBALIK SULTAN SULU?

BATALKAN KP DAN KERAKYATAN PATI

Oleh: MAIL MATHEW

NAIB PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin agar segera menyelesaikan isu tertunggak projek pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana selagi tidak diselesaikan secara mutlak, ia merupakan ‘ibu segala masalah jenayah’ di Sabah; malah akan menjadi lebih parah jika keadaan sedemikian berterusan.

Lagi pun tegas Jimmy, masalah tersebut sudah menjangkau lebih 20 tahun berterusan begitu sahaja, namun pihak terbabit seperti KDN sekadar mampu ‘menyibuk’ terutama sekali bila Pilihanraya umum semakin hampir, tetapi hasilnya kosong kerana tidak ada keseriusan tindakan dilakukan. Apa yang jelas aksi pihak terbabit boleh diibaratkan sebagai ‘lips service’ semata-mata.

“Segala-galanya ibarat bola penyelesaian kepada masalah Sabah ada di tangan Hisyamuddin kerana beliau boleh melakukannya pada bila-bila masa sahaja jika benar-benar ikhlas dan telus untuk membantu menyelesaikan masalah yang menghantui rakyat Sabah lebih 20 tahun lalu. Apa lagi bukti lain yang perlu diminta Hisyam, sedangkan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran), Wilfred Mojilip Bumburing telah serahkan memorandum berhubung projek pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI sebagai bukti dakwaan itu,” tegas Jimmy.

Tegas Jimmy lagi, tindakan Bumburing menggesa Kerajaan Pusat khususnya KDN supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja untuk menyelesaikan masalah imigran di Sabah, merupakan suatu langkah terbaik yang wajar disambut dengan baik dan bukan menolak; sebaliknya harus mengambilkira pelbagai aspek, khususnya dari segi kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.

Beliau mengambil contoh apa yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang peniaga warga Filipina, Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang mempunyai dua kerakyatan menabalkan dirinya menjadi pewaris Kesultanan Sulu; tetapi dalam masa yang sama memiliki kerakyatan di Filipina dan mempunyai Kad Pengenalan Malaysia.

Tindakan Akjan itu, seolah-olah mempersendakan undang-undang yang sedia ada di negara ini dengan begitu mudah baginya mendapatkan Kad Pengenalan sedangkan Akjan mendakwa beliau adalah rakyat Filipina dan pewaris kepada Sultan Sulu.

“Disebabkan kelemahan kerajaan pusat, khususnya KDN menjadikan pemilikan Kad Pengenalan dan kerakyatan negara ini boleh diperolehi dengan jalan mudah, malah selepas Datu Akjan mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, sudah tentu rakyat Filipina yang memiliki Kad Pengenalan yang jumlahnya ratusan ribu akan mengikrarkan ketaatan diri mereka kepada Akjan dan selepas itu apa akan terjadi kepada keselamatan di Sabah?” tanya Jimmy.

Mungkin juga masih belum terlambat tambah Jimmy, jika Hishamuddin mengubah haluan terhadap keputusannya sebelum ini dan membatalkan sahaja pengeluaran Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI berkuatkuasa serta merta.

“Mungkin itulah satu-satunya jalan penyelesaian masalah tersebut sebelum ia menjadi parah. Hishamuddin merupakan sandaran bagi penyelesaian mutlak terhadap segala galanya. Jika Hishamuddin masih berkeras juga maka sudah tentu rakyat akan menyalahkan beliau sebagai dalang penyiksaan kepada rakyat di bumi Sabah sepanjang hayat,” jelas Jimmy.

CUMA 3 MELAYU DARI 27 BILIONAIRE


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

BUAT KERJA DULU JANGAN NANTI RAKYAT MELUAT!

Oleh: Ramli Shaarani

Kisah dan realiti tentang permohonan tanah usaha telah lama diperkatakan oleh penduduk Langkawi dan Kedah amnya. Salah satu punca kekalahan BN pada 2008 kerana kerenah pejabat tanah agak mengabaikan permohonan kelulusan permohonan hakmilik tersebut. Dan paling malang tanah permohonan mereka telah dipalam oleh orang-orang politik dengan tanpa usaha dapat memiliki tanah tersebut dengan kabel kuat mereka melobi orang tertentu didalam pejabat tanah.

Dan kita berharap supaya pihak kerajaan sekarang dapat memberi perhatian dalam hal ini jangan isu ini dipolitikan, yang penting perlu diambil tindakan bagi menyelesaikan permasalahan masa lalu bagi menyakinkan kemampuan kerajaan yang mereka pilih boleh buat kerja. Sudah kedengaran pihak penduduk agak merasa rimas segala keluhan mereka tidak diambil peduli oleh ahli politik PR malah dengan mudah menyatakan ini susah diatasi dengan alasan permohonan baru, padahal permohonan mereka lebih dari 15 tahun. Setidaknya permasalahan ini perlu dimajukan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipertimbangkan.

Ini lanjutan dari permasalahan penerokaan hutan di Langkawi yang dibangkitkan oleh
EXCO S.Manikumar dan komen Ahli parlimen Langkawi di bawah


Luluskan permohonan peneroka 20 tahun lalu

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri diminta meluluskan segera permohonan pemilikan tanah yang dibuat penduduk di Pulau Langkawi, yang mengusahakan tanah di situ sejak 20 dan 30 tahun lalu.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Abu Bakar Taib berkata, terdapat beberapa kawasan hutan di Pulau Langkawi sebenarnya sudah diterokai penduduk untuk diusahakan secara kecil-kecilan sejak 20 hingga 30 tahun lalu namun tindakan mereka tidak sampai menyebabkan hutan itu ‘cerah’.

Menurutnya, ada penduduk di Pulau Langkawi mengusahakan tanah di situ sejak sekitar 1950-an dan 1960-an lagi namun permohonan pemilikan terhadap tanah terbabit yang dibuat masih belum diluluskan sehingga kini.

“Isu permohonan pemilikan tanah oleh penduduk yang sudah mengusahakan tanah selama lebih 20 tahun itu pernah saya bincangkan dengan beberapa Menteri Besar Kedah sebelum Pas mengambil alih pentadbiran lagi namun tiada tindakan diambil.

“Saya harap Kerajaan Negeri sekarang ini dapat meluluskan segera permohonan penduduk Langkawi yang sudah lama mengusahakan tanah itu, bukan kepada mereka yang baru mengusahakannya,” katanya semalam.

Abu Bakar berkata, Pulau Langkawi hanya pulau yang kecil dan permohonan itu perlu diluluskan demi kepentingan penduduk yang sudah lama mengusahakan tanah itu.

“Terdapat beberapa kawasan tertentu yang sudah lama diterokai penduduk tetapi setelah Langkawi menjadi tarikan pelancong dari seluruh negara, baru ada pihak ambil kisah mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa usaha memelihara kehijauan hutan di Pulau Langkawi sebagai tarikan pelancong tetap perlu dilakukan termasuklah pemantauan terhadap penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara berleluasa di situ.

“Aktiviti dijalankan penduduk di atas tanah di Kubang Badak, berhampiran Taman Buaya sebagai contoh, bukanlah penyumbang yang menyebabkan kawasan hutan di Langkawi menjadi ‘cerah’, malah saya difahamkan, terdapat beberapa kawasan yang kini diselia agensi tertentu.

“Pemantauan terhadap kawasan hutan di Pulau Langkawi tetap perlu dijaga dan dipelihara, contohnya kawasan di sekitar Telaga Harbour Park, bagi mengekalkan keindahan pulau ini,” katanya.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, S Manikumar mendedahkan hutan di Pulau Langkawi semakin ‘cerah’ berikutan penebangan hutan berleluasa.[sinarharian]

15 Februari 2011

PRU13: Hanya perikatan ‘baru kolektif’ boleh ganti BN, kata Raja Petra

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, Susulan tsunami politik 2008, barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), sekali gus mewujudkan kerajaan pusat yang propembaharuan, kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.

Sehubungan itu, penulis terkenal tersebut yang kini berada di luar negara berkata, usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengetengahkan pandangan ini ketika Sarawak bersedia ke arah mengadakan pilihan raya negeri manakala pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Kata Raja Kamaruddin (gambar), impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.

Gandingan itu membawa kepada kemenangan menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen dan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh lakukan perkara ini. Hakikatnya, tiada parti politik tunggal yang boleh lakukan yang ini.

“Apa yang diperlukan ialah usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan dan juga rakyat yang sudah pun bekerja ke arah perubahan,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), kata Raja Petra, telah melancakan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

“Sehingga kini butiran empat calon bebas telah pun diumumkan. Dan, kami berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.

“Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. Sebagaimana saya katakan dalam atikel sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah krtikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13,” kata beliau dalam rencana diterbitkan menerusi Free Malaysia Today.

MCLM, kata Raja Petra, bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

“Kami berharap dalam beberapa hari lagi kami akan mengumumkan pembentukan perikatan ini,” katanya lagi.Ketiga-tiga pihak berkenaan akan mengadakan sidang media di ibu negara esok. Raja Petra menulis, sekiranya perikatan Snap-UBF-MCLM dapat dibentuk, MCLM berharap untuk mewujudkan “perikatan susulan” dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

“... dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya,” katanya.

Oleh itu kata beliau, “diharapkan dengan perikatan-perikatan ini diadakan, pertarungan satu lawan satu dapat diadakan dalam pilihan raya umum ke-13.”

“Sebarang pertandingan tiga pihak adalah tindakan dilakukan BN sendiri,” katanya lagi.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, dua pemimpin PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat berkata, hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

“Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga mengakui pihaknya mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan ‘kesilapan’ yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut Rafizi, sementara partinya “terbuka” kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

TERAJU - Apa yang diterajuinya?

Pelancaran Unit Peneraju Agenda Bumiputra (TERAJU) baru-baru ini mendapat reaksi yang tidak memuaskan setengah pihak dan Najib dianggap oleh pihak-pihak ini sebagai pemimpin yang flip-flop kerana berubah haluan dari pendirian yang telah dibuatnya sebelum ini.

‘Kuala Lumpur and Selangor Assembly Hall’ (KLSCAH) memberikan reaksi yang negatif dan menganggap keputusan mewujudkan TERAJU sebagai tindakkan yang menyimpang jauh dari NEM yang diumumkannya tahun lepas. Pada pihak ini Najib belum lagi membuktikan yang beliau benar-benar mengumumkan sesuatu yang belum tentu mahu dilksanakannya.

Penyakit mengubah haluan sebelum melaksanakan perancangan yang telah diumumkan memang menjadi perkara yang sangat lazim bagi Najib. Tidak tahu pula kenapa beliau tidak dianggap sebagai seorang flip-flop sebagai yang dilabelkan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Sekarang baru kita jelas bahawa flip-flop itu hanya diperuntukkan untuk Abdullah Badawi sahaja.

Jika pihak lain flip-flop ianya tidak menjadi isu. Dr Mahathir telah flip-flop dari Ulta Melayu menjadi Melayu Liberal semasa menjadi PM sekarang kembali menjadi Ultra sesudah bersara itu tidak flip-flop. Itu perjuangan namanya. Jika zaman Dr Mahathir UMNO itu parti yang baik tetapi setelah beliau bersara UMNO itu adalah parti ‘contract’ dan parti ‘AP’.

Puluhan ribu AP yang dikeluarkan oleh MITI dan ratusan kontrak-kontak mega yang dirunding terus dengan kontaktor-kontraktor yang besar-besar semasa beliau menjadi PM dahulu itu tidak ditakrifkan sebagai ‘UMNO parti AP dan contract’. Itu dinamakan sebagai usaha pembangunan. Dr Mahathir seperti Kamal Attartuk mempunyai sikap ‘don’t do what I do; just do what I ask you to do’.

Tahun lepas Najib telah memngumumkan pemansuhan dasar 30 peratus penyertaan Bumiputra untuk mengelakkan negara terjebak dalam kononya ‘middle-income trap’ dan ianya bermakna tidak ada lagi keistimewaan dan semangat NEP yang telah banyak membantu usaha untuk penyertaan yang ‘equitable’ dikalangan berbilang kaum dinegara ini.

Sekarang ini wujud pula TERAJU yang belum pun dinyatakan segala pelan yang sedang difikirkan oleh TERAJU untuk Bumiputra, kita sudah menghadapi reaksi negatif dari banyak pihak. Orang Melayu ini nampaknya seolah-olah satu bangsa yang terlalu malang kerana sentiasa tersepit dalam semua keadaan.

Bermacam-macam perancangan yang diumumkan untuk orang Melayu ini tetapi perancangan itu kadangkala dibatalkan kadangkala timbul kembali. Teringat pula saya kepada ‘TV Commercial’ biskut chocfudge; kadangkala ada kadangkala tak ada. Hanya yang kita berharap segala af’al tuhan ini akan membawa hikmah kepada bangsa kita ini pada masa-masa yang akan datang.

Sebagai seorang Melayu saya nampak situasi begini; orang Melayu bukan sahaja disaingi oleh bangsa-bangsa lain tetapi disaingi oleh kerajaan yang dipimpin Melayu ini. Kerajaan yang menyaingi orang Melayu dan apabila Melayu gagal pemimpin kita menyalahkan orang Melayu pula.

Semua agensi kerajaan menyaingi Bumiputra. Semua ‘public companies by guarantee’ yang sekarang dinamakan GLCs menyaingi orang Melayu dan Bumiputra dalam banyak peluang perniagaan dalam negara kita. GLC setakat ini hanya mampu menaikkan ego beberapa individu sahaja. Ketua-ketua eksekutif GLC merupakan kumpulan elit yang kecil yang tegulung kedalam kumpulan ‘the rich and the famous’ hasil dari kedudukan mereka didalam syarikat kepunyaan rakyat itu.

Tugas dan fungsi mereka untuk memajukan syarikat-syarikat tersebut tetap tidak tercapai dan dasar untuk memindahkan pegangan-pegangan pemilikan itu kepada Bumiputra tetap belum diselesaikan. Walaupu telah diumumkan yang beberapa syarikat akan disenaraikan diPasaran Saham tetapi belum lagi sehingga kehari ini kerajaan membayangkan bagaimana caranya untuk mengekalkan pegangan itu ditangan Bumiputra.

Pembahagian harta kekayaan negara tidak selesai dengan hanya menyenaraikan saham-saham syarikat yang terbesar secara ‘direct’ kerana pencapaian pegangan Bumiputra dikatakan hanya 18.7 peratus sahaja. Pertamanya orang Melayu masih lagi tidak berkemampuan untuk membeli saham-saham yang diperuntukkan melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dengan pengkalan pegangan jangka masa yang panjang.

Itulah sebabnya saya selalu mengatakan yang usaha yang serius dan yang mempunyai ‘consequence’ yang besar ialah pentadbiran ‘pre-Mahathir’ sahaja. Pegangan Bumiputra yang hanya sebanyak 2.7 peratus telah berkembang kepada 18.4 peratus pada tahun 1984 dahulu. Tetapi apabila ekonomi negara dipacu oleh Daim Zainuddin yang dilantik oleh Mahathir pada Jun 1984 dahulu tidak berdaya untuk meningkatkan pegangan hak milik oleh Bumiputra dan dari 1984 sehingga ke hari ini kerajaan pimpinan Mahathir dan seterusnya hanya mampu untuk menambah 0.3 peratus sahaja. Bagaimana hndak kita katakan yang Mahathir dan pimpinan seterusnya berjaya untuk mencapai matlamat unggul DEB dahulu iaitu untuk mencapai keharmonian kaum yang ‘ultimate’.

Yang berjaya hanyalah segelintiran rakan-rakan pemimpin yang istimewa yang dibantu oleh pimpinan kita sehinggakan mereka menjadi orang-orang yang terkaya tanpa usaha yang gigih. Usaha gigih puak-puak ini hanyalah untuk menjaga pucuk pimpinan yang berpengaruh dan jika budaya ini masih berterusan maka kita akan mempunyai penduduk yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin.

Yang pasti hasil dari pengabaian dasar yang telah terbukti membawa faedah kepada rakyat itu maka jurang pendapatan diantara kaum dan sesama kaum terutamanya dikalangan orang Melayu bertambah melebar dan tidaklah menjadi satu perkara yang mengejutkan jika rasa tidak puas hati di kalagan rakyat itu bertambah meruncing dari masa kemasa.

Kejayaan dasar yang baik ini tentulah memerlukan pengorbanan. Apakah pengorbanan itu? Jawapannya ialah pemimpin dan perlaksana tidak mempunyai kepentingan dalam projek pembagunan negara. Tetapi oleh kerana masing-masing mahukan kekayaan yang luar biasa maka mereka terpaksa mencuri di sana sini dan seterusnya menggagalkan semua perancangan walau secantik mana pun perancangan itu di atas kertas.

Tidak akan membawa kejayaan apa-apa dasar pun jika dasar itu dikotori dengan rasuah yang mementingkan saku dan kantung pemimpin-pemimpin kita sahaja. Ratusan billion ringgit wang yang didapati dengan menyalahgunakan kuasa telah masuk kedalam bank-bank luar negara dan pengaliran wang negara dan rakyat keluar negara itu jugalah penyumbang terbesar kepada masalah kewangan negara yang tidak baik pada hari ini.

Kalau segala perancangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri bulan-bulan dan tahun-tahun yang lepas tidak berjaya maka kita tidak boleh yakinkan diri kita yang kali ini penubuhan TERAJU yang diumumkan beliau minggu lepas akan berjaya. Pengumunan itu tidak lebih dari ‘window-dressing’ untuk pilihanraya umum yang akan datang dan tidak lebih dari itu.

Tetapi rakyat tidak boleh bersuara dengan lantang kerana kumpulan pembodek dan pengampu kepada mereka yang berkuasa bertambah dari masa ke masa dan dari hari ke hari, bulan dan tahun-tahun yang akan datang.

Mereka mungkin kekal selagi mereka didokong oleh mereka yang berkepentingan dan menghalalkan segara cara untuk mendapatkan keuntungan peribadi semata-mata.

Lepas TERAJU ini apa pula yang akan diumumkan? Wallahu alam.

AKIBAT DASAR PENGSWASTAAN UNTUK KRONI!

K'jaan Negeri Selangor Minta K'jaan Pusat Tarik Balik Lesen Konsesi Air Syabas

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan persekutuan perlu menarik balik lesen konsesi pembekalan air di Selangor oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana syarikat itu didakwa melanggar perjanjian konsesi.

Beliau berkata, Pengawal Selia Air Selangor iaitu Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Datuk Nordin Sulaiman telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan Syabas bahawa tindakan syarikat itu mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya untuk Tabung Budi adalah menyalahi perjanjian konsesi.

"Jadi ini (tarik balik konsesi pembekalan air) telah ditulis surat oleh Pengawal Selia Air, kita masih menunggu jawapan daripada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Syabas telah menubuhkan Tabung Budi pada 24 Ogos 2009 melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas untuk dimasukkan ke dalam tabung itu.

Wang kutipan itu akan disalurkan kepada golongan kurang kemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Pengawal Selia Air Selangor adalah satu lantikan pegawai kerajaan negeri untuk memantau perjalanan penswastaan bekalan air di Selangor semasa perjanjian konsesi bekalan air ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan serta Syabas pada tahun 2004.

Abdul Khalid berkata Nordin telah mengutus surat itu kepada kerajaan Persekutuan dua minggu lepas.

Ketika ditanya jika kerajaan Persekutuan tidak setuju untuk menarik balik lesen konsesi air Syabas, Menteri Besar berkata:"Kita akan bawa ke mahkamah."

Abdul Khalid juga berkata, Syabas telah memfailkan saman terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan mengenai Tabung Budi dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kenyataan supaya pemegang konsesi air di Selangor memulangkan pegangan konsesi mereka kepada kerajaan negeri.

Pua yang turut hadir berkata kes saman itu disebut semalam di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Abdul Khalid berkata:"Namun saman ini tidak mengubah pendirian kami dalam isu Tabung Budi. SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian air percuma 20 meter padu."

Katanya, kerajaan negeri juga masih berpendapat perjanjian konsesi air dengan empat syarikat iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih oleh kerajaan negeri.

Mengenai keengganan keempat-empat syarikat menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri Januari lepas, Menteri Besar berkata jika mereka tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, mereka boleh membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa untuk diputuskan.

Katanya kerajaan negeri juga telah meminta kerajaan Persekutuan membuat keputusan mengenai perkara itu kerana mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk menentukan harga pengambilalihan syarikat berkenaan dan apabila harganya telah ditentukan, keputusan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hujung bulan ini.

Sementara itu, mengenai tarikh Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi akan mengangkat sumpah simpan rahsia di depan beliau, Abdul Khalid enggan mengulas.

Pada 9 Februari lepas, Menteri Besar berkata Mohd Khusrin akan dibenarkan mengangkat sumpah simpan rahsia hanya selepas kerajaan negeri menyusun semula format mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, yang dijangkakan pada minggu ini. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...