IKLAN

IKLAN
Klik gambar

12 November 2010

ERTI PERJUANGAN...

Menjejak reformis
Posted by Admin on 11/11/10 • Categorized as Esei,msk

Sebaik saja aku ambik cuti dari terlibat dengan Pemilihan PKR, terus saja orang perli aku. “Dah merajuk…macam ni ka pejuang?”
Merajuk dari apa? dari perjuangan apa? hangpa pejuang apa?

Perjuangan” aku bukan untuk merebut jawatan dalam parti. Perjuangan aku bukan nak menaikkan atau menjatuhkan sesiapa. Perjuangan aku ialah untuk mengubah sistem. Dari sistem yang korup kepada sistem yang bersih. Dari sistem yang berat sebelah kepada sistem yang lebih adil. siapa yang melakukannya, itu tidak penting. Aku tolak Umno kerana mereka gagal. Aku sokong PKR kerana mengharapkan mereka melakukan sesuatu yang lebih baik dari Umno. Tapi kalau PKR pun macam umno, aku tak kan sokong. Hangpa boleh kata aku bukan pejuang, sebab aku bukan pejuang parti. Sapa nak pegang jawatan dalam parti pun, mampuih pi la. Tapi sistemnya perlu telus dan adil. Sistem yang korup akan menghasilkan pemimpin yang korup.

Aku dah sain borang cuti, dan aku tak mau campur apa-apa lagi. Apa nak jadi pun…mampuih pi la.
Minggu lepas, aku dapat panggilan telefon dari seorang wanita. Menangis terisak-isak dalam telefon minta tolong. Aku pun heran macam mana dia dapat nombor handphone aku dan pasai apa dia panggil aku?
Rupa-rupanya, ada orang lain bagi nombor aku kat dia. Dan bila dia tanya kat aku..”Ini Encik Mat Saman ka?”, aku dapat rasakan, hanya orang yang baca blog akan panggil aku macam tu. Tapi dia bagi tau, ada jirannya yang bagi nombor aku kat dia.
Jirannya bagi tau kat dia, Mat Saman Kati adalah pengasas Ureka.Selangor. Dulu Ureka.Perak. Mat Saman Kati sekarang buat kerja membantu orang susah di Selangor. Dan dia nak minta bantuan dari aku kerana sudah hampir putus asa.
Semua yang dikatakan oleh jiran wanita tersebut langsung tak betul. Aku boleh kategorikan sebagai fitnah kalau aku mau. Dan apa yang diperkatakan oleh jiran wanita tersebut menyusahkan aku. Aku boleh minta kat dia apa buktinya aku ini pengasas Ureka.Selangor. Aku boleh minta bukti kat dia sapa yang dah aku tolong? Itu kalau aku nak memuaskan ego aku. Tapi isunya disini…wanita tersebut meminta bantuan.
Hari Isnin lepas, aku pergi rumah dia disebuah unit dalam sarang merpati di Kota Damansara. Oleh kerana unit tersebut luas, boleh memuatkan lima manusia, maka ianya dinamakan pangsapuri.

Wanita tersebut baru kehilangan suami kira-kira tujuh bulan lalu. Suaminya mula jatuh sakit sejak 2001. Mungkin kerana kesan mandi air asid yang disembur oleh FRU. Mungkin juga kerana terhidu terlalu banyak asap beracun. Dan mungkin juga kerana teruk dibelasah dengan cota FRU. Suaminya adalah seorang pejuang reformasi.
Sepuluh tahun dia “berjuang” untuk perubahan. Sepuluh tahun dia “berjuang’ untuk mendapatkan “keadilan”. Dan akhirnya, dia puashati kerana Selangor berjaya ditawan dan Umno berjaya ditumbangkan.

Tetapi selepas itu, dia kecewa. Dia cuba mendapatkan bantuan untuk rawatan penyakitnya. Dia cuba mendapatkan bantuan untuk anak-anaknya…dengan harapan, pemimpin yang diangkatnya dapat membantu.

Apa yang diperolehi, hanyalah alasan. “Kita masih baru”. ‘Beri kami masa.” Dan apabila dia hilang kesabaran kerana perubahan yang diharapkan terlalu lambat, dia naik berang. Dan apabila dia berang, “pemimpin” yang diharapkan itu berkata..”kalau masuk parti untuk mendapat balasan..pergi masuk Umno la.” That’s it.
Kita berjaya menyelesaikan masalah dengan memotong bahagian yang bermasalah. Tangan sakit..potong. Kaki berkudis…potong. Apa kesudahannya?

Apa perjuangan kita? Apakah perjuangan itu untuk merebut jawatan dalam parti?
Pemilihan parti hanyalah satu proses birokrat. Ia bukan satu perjuangan. Dan berundur dari proses pemilihan atau tidak mahu terlibat dalam proses pemilihan bukan bererti lari dari perjuangan. Itu bukan perjuangan aku.
Aku tidak menangis bila Zaid tarik diri. Aku tak marah kalau ada orang kutuk aku.
Tapi aku tak dapat menahan sebak apabila wanita tersebut menangis dihadapan aku. Anak kecil minum teh o kerana ibu tak mampu membeli susu. Manakala “pejuang” reformasi menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk merebut jawatan dalam parti. “Pejuang” reformasi bertelagah untuk membuktikan bahawa merekalah “pejuang” sebenar.

Semalam, aku dan seorang tukang komen dalam blog ini, Priory of Jenin, berjumpa pula dengan seorang ibu. Dia menangkap anak kecil yang mencuri coklat di kedai runcit. Apabila ditanya, kanak-kanak tersebut memberitahu dia mencuri kerana tidak ada apa-apa yang boleh dimakan dirumahnya. Ibu tersebut sebak menceritakan kisah ini, sedangkan budak yang ditangkapnya itu bukan anaknya.
Apakah anak kecil itu bersalah mencuri sekeping coklat untuk mengisi perutnya? Atau kita yang bersalah kerana gagal memimpin?
Who cares??
Look. This is our real struggle. Inilah perjuangan kita yang sebenarnya.
Dua belas tahun kita “berjuang”, dan sepanjang perjuangan itu…ramai yang terkorban. Ramai yang tersiksa kehidupan mereka. Ada isteri kehilangan suami. Ada suami kehilangan isteri. Ada yang jatuh bankrap dan ada yang jatuh papa. Apakah sumbangan kita?
Aku bukan pengasas Ureka. Kerja aku bukan jadi Santa Claus. Tapi aku ada tanggungjawab.
Orang yang memberi maklumat salah tentang aku tak penting. Persepsi wanita yang mengharapkan aku boleh membantu itu juga tak penting. Yang penting ialah membantu menyelesaikan masalah mereka.
Itu tanggungjawab pemimpin… dan pemimpin itu bukan hanya mereka yang memegang jawatan dalam parti atau dalam kerajaan. Semua orang boleh jadi pemimpin.
Dua kes yang aku sebut diatas hanyalah sebahagian kecil dari permasalahan sebenar. Beratus..atau beribu lagi pejuang reformasi yang memerlukan. Undi adalah tanda sokongan. Undilah pejuang-pejuang reformasi yang terpinggir ini.
Aku tak mampu untuk melakukan perkara ini bersaorangan. Setakat ini, aku meminta bantuan Kulup Sakah dan isteri untuk membantu aku. Apa yang kami buat?
Bagi pejuang reformasi yang terkorban, kami mahu mengenali keluarga mereka. Bagi pejuang reformasi yang tercedera, kami cuba mencari ubat untuk mereka.
Itu tanggungjawab Ureka.asia. Dan itulah juga tanggungjawab sesiapa yang mahu menggelarkan diri mereka sebagai pejuang.
Cuba lihat disekeliling hangpa. Mungkin hangpa kenal keluarga yang sedang menderita. Mungkin hangpa kenal keluarga yang perlu dibantu.
Bagi tau kat aku. email aku…matsamankati@gmail.com atau telefon aku.. 013-4686435. Kalau tak dapat aku, hubungi Kulup Sakah di ronasina@gmail.com.
Oooppss!! Aku setakat mampu berusaha disekitar Selangor buat masa ini. Jangan la bagi tau kat aku keluarga miskin di Seberang Takir. Yang tu aku pun tak mampu nak tolong.

10 November 2010

PENANGGUHAN PEMILIHAN MPP ADALAH WAJAR

24 ketua cabang PKR tuntut pemilihan ditangguh?
Salhan K Ahmad

Sebuah badan - Gabungan Cabang PKR - mendakwa sekurang-kurangnya 24 ketua cabang telah membuat tuntutan terbuka kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti itu supaya menangguhkan pemilihan yang sedang berlangsung.

Menurutnya, cabang berkenaan juga menuntut supaya siasatan segera dijalankan ke atas dakwaan yang dibuat seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, gabungan itu menyenaraikan 24 ketua cabang tersebut - Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Ketika dihubungi, ketua cabang Putrajaya Onn Abu Bakar berkata, siasatan juga perlu dibuat ke atas aduan yang disampaikan invidu lain sebelum ini.

"Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli JPP dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.

"Fenomena tersebut telah dikesan berlaku di dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil dan juga ahli yang lain kepada JPP dan juga kepada sekretariat parti," katanya.

Onn berkata beliau mendapat sokongan daripada 24 cabang berkenaan, termasuk Teluk Intan, Petaling Jaya Utara dan cabangnya sendiri sejak semalam.

"Kalau semua sekali anggaran 80 cabang semuanya yang sokong kita (untuk tangguhkan pemilihan).

"Ini bukan soal sokong siapa-siapa, kita hanya mahu tambah baik proses pemilihan ini," katanya lagi.

Ditanya sekiranya beliau akan meneruskan usaha untuk meraih sokongan cabang lain untuk mencapai objektif itu, beliau berkata "cukuplah setakat ini."

Jelasnya, usahanya setakat ini telah membuahkan hasil apabila mendapat sokongan berkenaan memandangkan ia dibuat secara spontan. MK

09 November 2010

Zaid, Mustafa mahu pemilihan dibatalkan



Zaid, Mustafa mahu pemilihan dibatalkan

Oleh Mat Zahari Ali dan Fazy Sahir

PETALING JAYA: Dua calon merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Zaid
Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayob menggesa pimpinan
tertinggi dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membatalkan semua
keputusan serta mengadakan pemilihan baru yang lebih adil dan
telus.

Dalam sidang media di kediaman beliau di Tropicana dekat sini, Zaid
berkata tindakan melepaskan semua jawatan serta protes yang
dilakukan terhadap parti bukan disebabkan oleh undi yang tidak memihak
kepada beliau.

"Saya sangkal tuduhan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menuduh saya
bertindak melepaskan semua jawatan dalam parti disebabkan saya
kurang mendapat undi di Sabah.

"Saya telah membuat pelbagai aduan dan bantahan termasuk menghantar
surat kepada JPP pada 5 Oktober lalu berhubung pelbagai
kelemahan dan penyelewengan yang berlaku ketika pemilihan tetapi tiada
satu pun tindakan di ambil.

"Bagaimana nak diteruskan pemilihan sedangkan segala kelemahan dan
penyelewengan tidak diperbaiki malah dibiarkan berlaku secara
berleluasa," kata Zaid.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang menganggap beliau cuba
‘menggagalkan’ proses pemilihan yang sedang berlangsung juga
tidak benar.

"Saya sentiasa konsisten dalam menegur parti dan mana-mana pemimpin
yang saya rasa tersasar dari perjuangan parti.

"Dalam isu ini bukan saya dan Mustaffa sahaja yang membantah malah
ramai lagi calon-calon yang menyatakan sokongan terhadap
kami membantah ketidakadilan dalam pemilihan dan mahukan pemilihan
dibuat dalam situasi lebih adil.

162 aduan tidak diambil tindakan

Sementara itu dalam sidang media bersama, Mustaffa berkata tindakan
beliau dan Zaid mahukan pemilihan dilakukan semula
disebabkan parti tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelbagai
aduan yang telah dibuat.

"Sejak 28 Oktober lalu sebanyak 162 aduan dibuat kepada JPP berhubung
pelbagai salah laku pihak JPP yang mencemarkan proses
pemilihan tetapi tiada tindakan diambil oleh pimpinan tertinggi parti.
Menurut Mustaffa, tindakan beliau memprotes ketelusan JPP bukan
bertujuan memperlekeh parti tetapi usaha membersihkan parti perlu
dilakukan secara berhemah.

"Saya telah 12 tahun berada dalam parti dan pemilihan ini merupakan
proses menambahbaik parti dan tindakan Dato Zaid dan saya
lakukan ini semata-mata untuk memastikan parti berada dilandasan yang
baik," ujar beliau.

Menyerah memo

Sehubungan itu, Mustaffa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada
JPP pada jam 3.30 petang ini.

"Memo ini mempersoalkan tentang ketelusan, kepincangan dan sikap berat
sebelah JPP dalam proses pemilihan. Mereka (JPP) sudah
menyimpang dari prinsip bersih, adil dan telus seperti yang termaktub
dalam perlembagaan parti," katanya.

Menurut beliau, dalam memorandum tersebut beliau memberi tempoh 48 jam
kepada JPP untuk bertindak dan membuat keputusan
berhubung pembatalan proses pemilihan yang sedang berlangsung.
Ketika ditanya beliau tidak menyatakan tindakan selanjutnya sekiranya
memorandum tersebut tidak mendapat layanan.

"Kita akan fikirkan tindakan lanjut selepas 48 jam nanti," kata beliau.-FMT

‘Tindakan lebih tegas jika pemilihan PKR diteruskan’


‘Tindakan lebih tegas jika pemilihan PKR diteruskan’

Calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil yang lebih tegas ‘demi mempertahankan prinsip keadilan’ sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan.

“Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP).

“Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.

“Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

“Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi,” tambahnya.

Oleh itu, Mustaffa berkata, pihaknya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.

“Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.

Semalam, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR. – MKini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...