langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

24 November 2012

Haru ! Sistem Pesanan Polis Diceroboh, 3 Akhbar China Terbit Berita Palsu.!!!



'Kunjungan' ketiga polis ke Mkini, penyamar dipersalahTiga berita akhbar-akhbar Cina telah membuat kesilapan besar semalam apabila melaporkan bahawa pihak polis mengunjungi portal berita Malaysiakini untuk kali ketiga minggu ini berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama.


Malaysiakini menafikan laporan tersebut dan berkata tiada siapa yang menghubungi portal berita itu untuk mengesahkannya sebelum berita tersebut diterbitkan.

Semalam Sin Chew Daily, China Pressdan Guang Ming Daily - semua akhbar di bawah Media Chinese International Group - memetik Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli sebagai berkata 14 anggota polis pergi ke pejabat Malaysiakini pada hari Khamis jam 5.15 petang.
Menurut laporan tersebut, pihak polis telah membawa perintah mahkamah dan mengambil kenyataan daripada tiga kakitangan Malaysiakini dan beredar pada jam 6.55 petang tanpa merampas apa-apa barang.

China Press hari ini melaporkan bahawa Yahaya juga telah menafikan polis membuat kunjungan ketiga ke Malaysiakini, dengan mendakwa ada orang menyamar sebagai dirinya.

Beliau menyalahkan individu misteri itu yang menghantar maklumat
palsu kepada pihak media, mengakibatkan tersiarkan laporan yang salah itu.

Yahaya berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap penyamar tersebut, dan menggesa media supaya menyemak dengan pihak berkuasa jika mereka menerima mesej seperti itu pada masa depan.

Sementara itu, Sin Chew Daily danGuang Ming Daily senyap atas kesilapan tersebut dan tidak membuat sebarang susulan mengenai isu itu hari ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai yang tidak mahu namanya disiarkan, beberapa wartawan menerima maklumat mengenai "kunjungan polis" itu melalui sistem pesanan polis mereka pada malam 22 November dan terus menyiarkan berita tersebut.

Sumber itu terkejut dan bingung bagaimana seorang penyamar dapat menyusup sistem mesej polis.

Pada 8 dan 9 November, sepasukan anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini untuk menyiasat surat pembaca yang mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah itu yang dibuat dalam satu forum mengenai Islam.

Semasa lawatan kedua, polis berpuashati dan beredar selepas mereka mendapat alamat emel pembaca Malaysiakini oti, yang telah diberikan kepada pihak berkuasa dengan kebenaran penulis terbabit. ~MK

PANAS ! SKANDAL WANG EHSAN: LESAP RM12.3 JUTA?




1. PM NAJIB 2010 - Kerajaan Persekutuan: Wang Ehsan untuk KELANTAN RM20 juta setahun. Rujuk Iklan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Malaysia pada tahun 2010.

Iklan dan kenyataan media Kerajaan Persekutuan: Kelanta layak terima wang ehsan RM20 juta setahun - 2010

2. Dato Awang Adek: Kelantan terima Wang Ehsan RM24 Juta setahun pada kenyataan media beliau pada Sinar Harian bertarikh 29 Julai 2012 lalu. Jika 3 Tahun jadi RM72 Juta. Rujuk kenyataan Media Dato Awang Adek

PANAS...SAMBUNG LAGI SINI

Panas ! Adun BN Kuah Kantoi Isu " Kedah Akan Bankrap Tahun 2013 "...!!!


Dato' Amiruddin sekolahkan ADUN2 BN isu 'Bajet 2013 akan mufliskan Kedah'

ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran hasil premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one off yang melibatkan tiga tempat.

Pertama, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.

Keduanya, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar atas sebab perundangan, kini bekas pemilik berminat untuk mendapatkannya semula. Perundingan telah berlaku dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi.

Amiruddin turut menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) yang berkata, jangkaan hasil RM640 juta sedangkan perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus. 


"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi.

Jelas Amiruddin, memang terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya, oleh kerajaan Pusat.

"Soalan ini tidak patut dibangkitkan oleh ADUN Kuah yang bukan orang baru dalam Dewan, pernah jadi Exco dahulu (masa BN)," ujar Amiruddin.

Beliau memberi contoh Bajet 2008 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu; jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan sebanyak RM1,127 ianya tidak bermakna defisit RM643 juta.


Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan
.

Suara anti-Lynas bakal “takluk” Dataran Merdeka



GOMBAK, 24 NOVEMBER: Peserta “Green Walk” yang memulakan perjalanan membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas bermula di kuantan 14 hari lalu kini tiba di Taman Rimba Klasik Sedaya, Gombak.

Perjalanan ratusan kilometer itu disambut Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hien Wah bersama jambakan bunga. Turut memberi solidariti kepada peserta ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew.

Kira-kira 300 peserta itu kemudiannya diraikan dengan jamuan makan tengahari dalam suasana yang sederhana dan penuh bersemangat.

Menurut wakil “Green Walk” yang mengetuai perjalanan itu, Wong Tak, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gombak hari ini dan dijangka tiba di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 2.00 petang.

Lebih kurang 1000 orang yang menghala ke Tol Gombak hari ni.. Ayuh,orang Selangor,kuala
lumpur turun ramai-ramai  bagi sokongan.Mereka sudah semakin 
hampir ke DATARAN MERDEKA..
''Pastikan Dataran Merdeka mengHijau esok!


“Kemudian kita akan bergerak menuju di Taman Melewar dan bermalam di bangunan bekas ibu pejabat PAS di situ sebelum menuju ke Dataran Merdeka pada Ahad kira-kira jam 4.00 petang,” katanya

Tambah beliau, perhimpunan hijau akan diadakan di Dataran Merdeka pada Isnin mulai jam 9.00 pagi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, kumpulan anti-Lynas masih belum memberitahu polis mengenai rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Isnin ini.

Mengenai usaha pihak untuk menggagalkan perhimpunan di Dataran Merdeka itu, Wong mempertikai elemen apakah yang boleh mengancam keselamatan negara dengan perhimpunan itu.

“Kami berjalan dengan penuh cinta. Rakyat sudah berjalan jauh sehingga 300 kilometer dan adakah masuk akal untuk mereka mohon kebenaran untuk duduk dan meregangkan kaki,” katanya.

Pada Isnin lalu, Lynas mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi memproses bahan mentah bulan depan dan semalam lebih 100 kontena mengandungi bijih nadir bumi sudah tiba di Pelabuhan Kuantan dengan kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Kesanggupan Malaysia membenarkan nadir bumi diproses di Kuantan meningkatkan kebimbangan umum berlakunya risiko pencemaran alam sekitar dan kesihatan manusia terjejas dengan bahan berbahaya radioaktif seperti yang berlaku di Bukit Merah Perak sekitar tahun 80-an.

UMNO Jadi Parti Budak Sekolah..perwakilan ditegah buka mulut..?

Perwakilan Umno ditegah membuka mulut 
 Salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Umno telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong Umno yang akan bermula 27hb November ini.

Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi.

Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu.

Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam Umno dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh Umno itu.

Apa maknanya Perhimpunan Agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam Umno kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan.

Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja.

Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan Umno (B) pada tahun 1998 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi.

Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.

Itulah sebabnya Umno yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan.

Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja.

Perwakilan Umno akan hanya di arah untuk memberikan kutukkan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut.

Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi.

Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman.

Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P. Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P. Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.

Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib.

Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam Umno itu.

Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan.

Semasa Mesyuarat Agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu.

Dalam Perhimpunan Agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan di rasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja.

Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya “buat tidak tahu sahaja” tentang apa yang berlaku di dalam Umno.

Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan.

Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam Umno bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

Umno adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya di didik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan Umno yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap Umno itu lebih tinggi dari agama.

Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.

Umno lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu.

Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan.

Umno pun begitu.

Orang Melayu di didik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung.

Jika ada yang bercakap dan mengkritik, Umno akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengkitik Umno kerana Umno lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan Umno jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat.

Tetapi Umno tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti Umno.

Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti Umno.

Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada Umno tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara.

Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada Umno.

Kepada Umno kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. — aspanaliasnet.blogspot.com

23 November 2012

Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan Rampas 12 Kerusi Parlimen...!!!


Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal menyapu antara 10 ke 12 kerusi berdasarkan jumlah kerusi parlimen di negeri itu yang berjumlah 31.


Mengambil kira perubahan suasana politik yang semakin bertiup kencang terutama di Sabah, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membayangkan sekurang-kurangnya tujuh kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri itu bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.

Jeniri Amir yang ditembual wartawan Astro Awani semalam di Kuching tidak menolak perkara itu dalam apa yang disifatkan sebagai kekalahan besar BN mempertahankan simpanan tetap mereka selama lebih 40 tahun.

Selain Kuching dan Sibu yang dipegang DAP, kerusi lain yang dijangka BN tewas adalah kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Hulu Rajang jika wujud pertandingan dua penjuru.

"Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Pakatan Rakyat menambah dengan banyaknya jumlah kerusi pada kali ini, lebih lagi berbanding dengan 2008, mereka tidak menjalin kerjasama yang begitu utuh, jadi sekarang dan sebenarnya selepas 2011 pilihan raya negeri yang lalu kelihatannya terdapat kerjasama yang sangat baik di kalangan parti yang menganggotai Pakatan Rakyat," katanya.

Jeniri menegaskan, jika BN tidak segera memantapkan jentera dan menyelesaikan isu yang menjadi rungutan rakyat, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kedudukan BN pada pilihanraya umum ke-13, malah akan berlanjutan hingga pilihan raya umum negeri seterusnya.
Walaupun tidak menyatakan secara terpeinci sebab-sebab berlakunya tsunami politik peringkat kedua di Borneo terutamanya di Sarawak, Jeniri beranggapan BN tidak boleh duduk senang seperti mana yang telah dilakukannya dalam 12 pilihanraya umum sebelum ini.

Pakatan Rakyat terutamanya DAP membuat kejayaan besar dalam pilihanraya negeri April tahun lalu di mana 12 daripada 15 kerusi DUN berjaya dirampas terutamanya yang pernah dipegang sekutu BN, SUPP.

Manakala perkembangan positif yang turut diberikan ekoran kekerapan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggempur kubu kuat BN di kawasan pedalaman pun berjaya menembus beberapa kawasan yang dahulunya tidak terfikir untuk mendapat sambutan sehebat itu.

Anwar yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di 
sekitar Miri dan Bintulu berjaya meyakinkan penduduk setempat betapa Pakatan Rakyat kini berusaha mengembalikan hak-hak kaum pribumi yang dirampas secara rakus oleh ketua menteri Taib Mahmud dan kroni rapatnya terutamanya isu tanah adat (NCR) dan pembalakan haram yang menyebabkan kesan alam sekitar paling buruk sejak 1990.

Sementara itu, kenyataan Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal menyapu antara 10 ke 12 kerusi berdasarkan jumlah kerusi parlimen di negeri itu yang berjumlah 31.

Panas ! ADUN BN Yang Disahkan Muflis...Buat Kalut Nak Masuk Dewan..!!!

Cubaan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010. untuk masuk Ke Dewan  telah disekat oleh pegawai Dewan Undangan Negeri Kedah.



Maaf Dato'...saya tak dapat benarkan Dato' masuk...kata mr big guy...Zaidi MMK




Kunjungan bekas MB dan bekas Adun Kuala Nerang sehari sebelum DUN bersidang ke Pejabat YAB MB untuk ber bincang kedudukan Adun itu dalam sidang kali ini. MB berkata  "saya serah kepada YB Dato' Speaker utk teliti sudut undang-undang yang  tentukan, saya hany boleh membantu setakat kuasa yg diperuntukkan kepada saya oleh undang-undang ".



Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun

ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya.

Kedahkini

Mampukah Peningkatan Sokongan Melayu melawan Tipu Helah SPR...?


Sokongan Melayu di Selangor Johor dan Perak meningkat




 Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali.

Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 – 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.

Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu.

Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 – 75 peratus.

“Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi,” kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.

Isu serangan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam, rasuah dan salahgunakuasa yang semakin terdedah dalam BN, kebajikan yang diperolehi oleh rakyat dari kerajaan negeri dan sebagainya menjadi isu-isu penting di atas peningkatan ini.

Keberkesanan media kerajaan negeri Selangor, Selangorkini yang diedarkan lebih 150,000 naskah setiap minggu juga menjadi faktor peningkatan sokongan ini.

“Yang menariknya, perubahan ini akan mempengaruhi sokongan Melayu di negeri-negeri lain kerana ramai pengundi yang tinggal di Selangor adalah pengundi lain-lain negeri termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah,” kata sumber itu.

Di Johor pula, kajian yang dibuat oleh sebuah pusat pengajian tinggi pula mendapati sokongan terhadap Umno di kalangan pengundi Melayu negeri itu merosot sehingga 3 – 5 peratus.

“Saya diberitahu oleh seorang profesor, sokongan Melayu Johor kepada Umno merosot teruk berbanding pilihan raya 2008 lalu,” kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini.

Selain pengundi Melayu, pengundi Cina lebih ketara berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat iaitu sehingga 85 peratus.

“Namun kena ingat, walaupun hingga 85 peratus pengundi Cina sokong DAP di Johor, hanya 65 peratus sahaja yang akan menyokong calon PAS sehingga kini.


“Oleh itu, PAS perlu berbuat sesuatu untuk mendapat undi ini (yang sokong DAP tetapi tidak sokong PAS),” kata seorang profesor kajian politik kepada Harakahdaily.

Di Perak pula, kajian yang dibuat mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan juga meningkat.

“Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada saya, kita boleh dapat 35 – 36 kerusi DUN di Perak jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata Dr Mohamad Nor Manuty kepada Harakahdaily berdasarkan satu kajian yang dibuat di negeri itu. -HD

Kantoi ! Adun Mengamok Kerana Anak...Ingatkan Nak bela rakyat..patutlah kena pecat haritu..!!!


Adun Kota Siputih mengamok sakan di sidang Dun pagi semalam , ingatkan kerana rakyat, rupanya pasai nak bela anaknya konon terinaya. Bagi malu Adun BN saja kita ingat isu besar mengenai rakyat Kedah rupanya kantoi pasai jawatan anak dia.  Tudia kerja depa mentang-mentang depa orang besar jawatan pakai main selit-selit takdak ikut kelayakan dan peraturan langsung.

Turun gred jawatan bukan kerana politik...

ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.

ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.

Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.

Beliau menjelaskan ketika sesi penggulungan dalam menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh berkenaan dengan pemecatan dua orang pegawai di kawasan Kubang Pasu, di Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.

“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terangnya.

Tambahnya lagi, beliau berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil hak dan peluang orang lain.

Gaji dua pegawai gred N41 itu dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada sesiapa.

Sementara itu, selepas diperintahkan keluar, ADUN Si Putih bersama-sama dengan Exco (BN) yang lain keluar dewan beramai-ramai. Namun, selepas YB Lim Soo Nee selesai berucap mereka masuk semula ke dewan kecuali Abu Hasan Sarif.

22 November 2012

LIVE Jelajah Merdeka Rakyat Batu 3 Shah Alam

sila tonton live link di bawah



Maaf kepada pengunjung -ada masalah teknikal

TERHOT ! Kes Menteri rogol amah, Duta dan polis Indonesia buka siasatan !!!


Robengah
AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.
“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Panas ! MP Bung Mokhtar Maki Pengikut Twitter...!!!



Bung Mokhtar: Saya akan ajar mereka yang kurang ajar
 Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini mempertahankan tindakannya menggunakan perkataan lucah dalam laman Twitter kepada seorang pengikutnya atas alasan pengikutnya itu bertindak biadap terhadapnya.

Bung Mokhtar, yang dikenali dengan imej "tegas" dan "lantang" di Dewan Rakyat menegaskan beliau juga akan bersikap sopan kepada mereka yang bersopan kepadanya, tetapi akan turut biadap kepada yang biadap terhadapnya.

"Dia (pengikut Twitter) yang cakap dulu, saya bilang 'f**k yourself' la ... dia Tweet saya dulu, saya jawab kepada orang yang biadap saya (akan bertindak) lagi biadap.

"Saya sudah cakap kepada orang yang bersopan saya akan lebih sopan, kalau biadap saya akan berlaku biadap terhadap mereka kerana tidak mahu orang terlalu biadap," tegas Bung Mokhtar kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen BN itu juga tidak merasakan tindakannya itu suatu kesalahan walaupun beliau merupakan seorang ahli Parlimen, dan menegaskan tidak boleh "bertolak ansur" dengan mereka yang "memakinya" di laman Twitter.

"Saya tak rasa itu betul atau salah, tetapi saya perlu ajar mereka-mereka yang kurang ajar ... saya tidak boleh bertolak ansur dengan orang dalam Twitter yang maki saya.

"Saya tak kisah, tak peduli. Twitter bukan untuk maki hamun, kalau mereka biadap, saya akan lagi biadap.

"Saya akan ajar mereka," tegasnya.

Bung Mokhtar hari ini menggunakan perkataan "F" di laman Twitternya sebagai jawapan kepada pengikutnya berhubung kenyataannya menuduh Tan Sri Tony Fernandes sebagai "penyangak."

Bung Mokhtar berkata kepada pengikutnya yang dikenali dengan @geminieyes "f*** ur self (sic)".

Perkataan itu dikeluarkan Bung Mokhtar selepas @geminieyes merujuk kepada kenyataan beliau terhadap pemilik Air Asia, Tony Fernandes, dan berkata kepada Bung:"Sebagai seorang rakyat Malaysia SHUT. THE. F***. UP."

Kenyataan itu kemudiannya dikritik pengikut Bung Mokhtar yang menurut mereka tidak layak menjadi ahli Parlimen.

("Tahniah anda telah menangani itu seperti samseng jalanan") "Congratulations you've certainly handled that like a typical street thug," satu Twitter yang dikeluarkan oleh @tincancat sebagai respon kepada tweet Bung Mokhtar.

LIVE : JELAJAH MERDEKA RAKYAT -SHAH ALAM

TERKINI ! SKANDAL WANG HARAM RM40 J..MENDAPAT PERHATIAN DI MEDIA HONG KONG !!!


TERKINI DARI HONG KONG! Sidang Media Skandal Musa Aman 3 Petang Ini!


Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. 


Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).


Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman.
James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.
Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:
1. Kenyataan Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC
2. Kenyataan Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno
3. Pendedahan bahawa anak Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC
Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. 
Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Musa Aman.

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.
Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. 
Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.


Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
22 NOVEMBER 2012

PANAS ! Pergaduhan Penduduk Kampung dengan kontraktor di Tampoi


(Penduduk kampung dan kontraktor bergaduh di Kampung Semangat - foto facebook Suhaizan Kaiat)

TAMPOI,  Johor : Para penduduk Kampung Semangat dekat sini bergaduh dengan kontraktor yang mewakili pemaju Danga Bay Sdn Bhg hari ini. Ia berlaku kira-kira jam 11.15 pagi tadi antara pekerja kontraktor dan penduduk Kampung Semangat, Tampoi.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan kaiyat, kontraktor mendakwa mereka diberi upah untuk membersihkan kawasan Kampung Semangat oleh pihak tertentu.Pembersihan ini telah menyebabkan tanaman penduduk dan sistem paip penduduk terjejas.

Penduduk kampung mendakwa, kontraktor yang hadir dalam kumpulan yang besar lebih daripada 25 orang adalah untuk mengusir mereka daripada kampung tersebut. Sebelum ini, penduduk melahirkan rasa tidak puashati mereka kerana kontraktor sering membuat provokasi terhadap penduduk.

Pergaduhan mula berlaku apabila kontraktor meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penduduk tidak berpuas hati.  Mereka telah dibaling dengan batu dan kayu oleh petugas kontraktor berkenaan.

Penduduk Kampung Semangat yang tercedera adalah Goh Wee Chooi, Ang Bee Wah, Ang Ah Chai, Cheng Chong, Goh Wai Kong dan Chee Tet Onn.

Polis telah datang di kawasan terbabit dan telah menangkap sembilan orang kontraktor dan enam orang penduduk. Mereka telah direman di Balai Polis Kempas.

Penduduk adalah terdiri daripada pemilik rumah, penyewa rumah, pemilik bengkel dan pekebun. Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor.

Menurut sejarahnya, tanah berkeluasan 63.2573 hektar ini telah dianugerahkan kepada Dato’ Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim.

Dato’ Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1 April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng. Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil.

Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.

Pada 8 September 2011 penduduk menerima satu notis guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31 Oktober 2011.

Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan (tuan tanah).

Pada 9 Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan Adun Datuk Haji Osman Sapian telah diadakan. Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor melalui Datuk Haji Osman Sapian.

Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8hb Oktober 2012.

Wakil Danga Bay Sdn Bhd adalah En. Chai Yee Man. Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.

Pada 18 Oktober 2012, para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012 , dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.

Penduduk-penduduk di sini diugut oleh kontraktor yang datang dari luar. Beberapa keluarga yang takut, telah berpindah dari tempat ini. Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.

Pada 1 November 2012, lebih kurang 30 orang yang berlagak gangster dibawa masuk untuk merobohkan rumah-rumah kosong.

Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.

"Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mendesak pihak polis membuat kawalan keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan pergaduhan berlaku semula.

"Ini kerana, tempat kejadian hanyalah 1 KM daripada Balai Polis Kempas," kata Suhaizan (gambar atas) dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sudah sewajarnya menjadi orang tengah menyelesaikan masalah antara penduduk Kampung Semangat dan Syarikat Danga Bay Sdn. Bhd.

Sumber : SINI

Gaduh kerana air- lapuran sinar harian
AZLINA OTHMAN -22 November 2012

Situasi tegang antara penduduk dan pihak kontraktor hingga menimbulkan pergaduhan.

JOHOR BAHRU – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi
semalam.

Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Sambung lagi SINI

HOT ! GLC Kedah Zaman BN..Sapa Pulak Sapu Untung Projek Lembu RM3 3 Juta...?



Pendedahan terbaru... projek feedlot di Pendang rugi RM3.3 juta!!!

Kita telah mendengar 10 projek tinggalan BN yang jadi biawak hidup terpaksa ditanggung oleh kerajaan Pakatan kini. Rupanya terdapat satu ekor biawak hidup lagi yang ditinggalkan BN yang belum disenarai melibatkan kerugian RM3.3 juta. Perkara tersebut didedahkan oleh YB Dato' Amiruddin Hamzah pada Persidangan DUN Kedah tadi.

Akibat salah tadbir dan perjanjian yang longgar semasa pemerintahan dahulu, kerajaan negeri terpaksa membayar tuntutan kepada syarikat-syarikat berkaitan yang mengendalikan beberapa projek.


Demikian didedahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) bagi menjawab soalan yang diajukan oleh YB Abdullah Jusoh (PAS- Pantai Merdeka) yang inginkan penjelasan berkaitan nama syarikat, projek yang dikendalikan, nama agensi dan jumlah tuntutan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri.


Antara  itu beliau turut mendedahkan projek Feedlot di Pendang yang juga di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.3 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah. 

Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana sebaliknya ianya hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun dan menuntut kepada bayaran sewaan RM5 ribu sebulan.

“Kita pun tak tahu apa yang syarikat itu buat. Kalau kita nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu kita kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang ini pun mereka telah berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan pun tidak dibayar. Insfrastruktor yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang,” dedahnya lagi.


LAPURAN DARI BLOG PRO BN

TUDIAA!! Projek Lembu 'Ghaib' Pas Kedah Terbongkar!! 




Dulu puak pembangkang bising gila pasal lembu NFC. Kali ni kerajaan negeri Kedah pun ada terlibat sama dengan projek lembu, malah projek tu pun kantoi. Namun tak pula orang yang dok kutuk NFC tu, kutuk kerajaan negeri Kedah ni.

Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.

LAPURAN SEBELUM INI DIMAINKAN OLEH BLOG PRO BN sini


Kedahkini

21 November 2012

Hot ! Cristiano Ronaldo Derma €1.5 juta (RM7.5 juta) kepada kanak-kanak di Palestine !!!



Cristiano Ronaldo telah mendermakan €1.5 juta (RM7.5 juta) kepada kanak-kanak di Palestine hasil penjualan kasut emas yang dimenanginya.


Bekas penyerang Manchester United yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin. 


Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.

Pernah dilaporkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.

Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan.



KANTOI ! 6 KRONI HUTANG RM134.64 Bilion Dijamin Oleh Kerajaan...

“Taikun” Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!


RM134.84 bilion suatu angka yang cukup besar. Untung mereka. Berjaya mendapat hutang yang dijamin oleh kerajaan Malaysia untuk kepentingan dan perniagaan mereka sendiri. Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari dan Kawalan dan Pemantauan menunjukkan di sini terdapat krisis yang melibatkan syarikat keluarga atau kroni yang meminjam terlalu besar daripada institusi kewangan.

Mengikut sejarah dana modal, dana harta diwujudkan supaya pengagihan kewangan itu lebih telus dan teratur, tidak hanya bidang kuat kuasa Menteri Kewangan atau Perdana Menteri semata.


Senarai KRONI Yang Hutang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jumlah Hutang?

YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.1 Billon.
Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billon.
Kumpulan Tan Sri Ananda Krisnan – RM18.4 Billon.
Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon
Kumpulan Berjaya – Vincent Tan (Sekitar RM8 bilion)
Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billion

Sekaligus kalangan 6 orang taikun di Malaysia ini yang bukan terdiri daripada kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) merupakan kumpulan yang paling banyak berhutang iaitu sebanyak RM134.84 bilion atau 10 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.




Hansard di Dewan Rakyat

Dan disebabkan jumlah pinjaman yang cukup besar ini mengakibatkan keseluruhan sistem perbankan negara terdedah kepada peminjam sejumlah kecil seperti anda, anda dan anda di sini. Kalau diikutkan, memang ada garis panduan Bank Negara yang mengehadkan pendedahan pinjaman kepada sebuah syarikat dan individu kerana risiko kepada negara atau kerajaan.

Itu sebablah juga, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah menegur Menteri Kewangan bahawa pendedahan beberapa individu termasuk Tan Sri Syed Mokhtar dan Kumpulan YTL mungkin menjejaskan institusi kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang. Ini soal pinjaman yang ada kaitan dengan bon yang dikeluarkan. 


Kerajaan terdedah dengan banyak pinjaman dalam bentuk penerbitan bon yang dibuat oleh badan korporat yang diberi pinjaman kerajaan. Ini tidak termasuk RM50 bilion yang dikeluarkan oleh DanaInfra Nasional Berhad untuk projek MRT.
Sebahagian Kepentingan YTL:-

YTL Power Services
YTL Communications (Dapat projek RM 8 BILLION di Kementerian Pelajaran Malaysia)
Electranet Private Lty
Wessex Water
PowerSeraya Limited
ERL
YTL Cement Berhad
Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay
YTL Land & Development
YTL Hotels
YTL Corporation Berhad Group
YTL SV Carbon…
Dan bukan itu sahaja senaraian portfolio yang dimilki kumpulan YTL ini

Dan pastinya Francis Yeoh berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir kerana menganugerahkan projek mega untuk dibina loji jana kuasa bebas oleh YTL (Paka dan Pasir Gudang) yang sebenarnya memberikan pulangan pendapatan yang besar kepada mereka iaitu menyumbang sejumlah 70% pendapatan kepada Kumpulan YTL. Anda boleh saksikan sendiri 3 bahagian video di bawah ini yang disediakan oleh pihak Bloomberg mengenai perjalanan syarikat kumpulan YTL ini :





Jikalau sebelum ini, kami ada mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!di atas pelbagai projek dan perniagaan rakyat yang diberikan terus kepada Syed Mokhtar, kali ini kumpulan YTL juga tidak terlepas peluang untuk mendapat keistimewaan yang cukup baik daripada pihak kerajaan.

Yang peliknya adakah wajar satu syarikat YTL, elektrik jana kuasa YTL dapat, dan sekarang ini YTL baru memperolehi kontrak yang cukup lumayan bernilai RM8 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi projek 1bestari.net. Ini bagi kami satu keputusan yang cukup aneh. Pengalaman masih lagi tetapi berjaya mengalahkan pesaing lain yang cukup berpengalaman termasuklah TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom. Jadi, mengapa YTL yang dapat pula projek tersebut. Apa yang istimewanya YTL ini?


Sumber : Sini

Panas ! Tokoh Penubuhan Harakah Tibai Pemuda Pas WP !



Subky sangkal kritikan Pemuda PAS WP



KUALA LUMPUR: Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Harakah, Haji Subky Latif (Gambar), telah menolak pandangan Dewan Pemuda PAS supaya lidah parti termasuk Harakahdaily diletakkan di bawah satu jawatankuasa bagi tujuan memantau dan menyemak kandungan mereka.

"Tidak ada keperluan untuk jawatankuasa penyelia kerana sudah ada lembaga pengarah yang diketuai oleh pengerusi. Apakah tugas lembaga dan adakah mereka sentiasa berbincang dengan editor Harakah dari semasa ke semasa? " tanya Subky Latif, yang diberi penghargaan secara meluas kerana mengasaskan lidah parti yang popular itu.

Subky bagaimanapun mencadangkan bahawa penasihat yang bilangannya "tidak lebih daripada tiga orang" boleh dilantik untuk membimbing akhbar tersebut.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan baru-baru ini membawa satu usul pada Muktamar Dewan Pemuda PAS yang menyerang Harakah dan laman berita dalam talian, Harakahdaily, kedua-duanya dikendalikan oleh PAS, berkata mereka telah tersasar daripada dasar parti.

Perwakilan menegaskan bahawa akhbar tersebut terlalu memberi ruang kepada Pakatan Rakyat berbanding PAS, manakala seorang wakil mengeluh bahawa lidah parti tersebut mempunyai kecenderungan melaporkan pandangan Syiah, berkemungkinan merujuk kepada liputan konflik antara Iran dan Barat.

Tetapi Subky (gambar) tidak bersetuju, berkata isu-isu tertentu yang melibatkan Iran mesti diberitahu kepada orang ramai.

"Isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Iran mesti dipertahankan. Berita tentang Syiah juga perlu diterbitkan, tetapi tidak sesuai yang promosikan Syiah. Begitu juga, sentimen Wahabi tidak harus dipromosikan, " ujar Subky.

Subky, 72 tahun, yang pernah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, juga menekankan keperluan untuk Harakah dan Harakahdaily dalam memberi liputan kepada Pakatan Rakyat, berkata ia adalah sangat penting dalam perjuangan menentang Barisan Nasional.

"BN tidak boleh diganti jika orang hanya tahu tentang PAS tetapi kabur tentang Pakatan Rakyat dan kebaikannya," katanya, sambil menambah bahawa liputan itu mestilah selaras dengan perspektif PAS.

Mengenai dakwaan bahawa Harakah telah tersasar daripada dasar parti, Subky bertanya apa yang dimaksudkan dengan dasar.

"Adakah semua orang tahu apakah dasar dan adakah lembaga pengarah tahu dasar sidang editorial? Sila jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'tersasar', "katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi lidah parti tersebut.

"Setakat ini, saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily," katanya. "Kita mesti faham bahawa Harakah berada di persimpangan, (ia adalah) untuk ahli-ahli parti dan pada masa yang sama ia perlu mencapai orang ramai. Inilah dilema mereka."

KANTOI ! BN Buat hutang, PR langsaikan, MCA mainkan!.-HUTANG TALAM



Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Lampiran:

- Kertas Putih Talam (BM)
- Kertas Putih Talam (Eng)
- Maklumat Tanah
- Kenyataan KPMG

DAKWAAN BN PR SELANGOR GAGAL SEDIAKAN KERTAS PUTIH SINI 

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

Skim Pelunasan Hutang Talam dibincangkan dan diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 2 November 2009 dan dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 16 November 2009.

Hutang-hutang Talam timbul hasil usahasama Talam dengan kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi pembangunan tanah (1994-2002), manakala hutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB/ Universiti Industri Selangor (UNISEL) hasil perjanjian penswastaan bagi pembinaan Universiti Industri Selangor pada 2001 & 2003.

Hutang kepada KHSB dan PNSB kerana Talam gagal memenuhi obligasi untuk membayar bahagian keuntungan mereka dalam usahasama tersebut. Dalam kes UNISEL pula, Talam telah tidak dapat meneruskan pembinaan Universiti setelah perjanjian ditamatkan.

Walaupun kerajaan negeri terdahulu berusaha melaksanakan skim pelunasan hutang-hutang Talam ini dari 2005-2008 tetapi ia gagal dilaksanakan dan tiada wang yang berjaya dikutip.

Kerajaan Negeri Selangor pada 2009 / 2010 memikul tanggungjawab untuk memulakan usaha baharu bagi mengutip hutang-hutang tersebut menerusiPerjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dengan Talam bertujuan menyelesaikan kutipan hutang-hutang Talam secara sekali gus.

Wujud satu keperluan yang mendesak untuk Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan isu hutang-hutang Talam kerana kegagalan rancangan pelarasan kewangan Talam boleh memberikan impak buruk kepada semua GLC yang berkenaan.

Ini kerana, Talam menghadapi masalah kewangan yang serius dan telah dikategori sebagai syarikat berstatus PN17 di antara 1 September 2006 dan 10 Jun 2010 kerana kegagalannya membuat bayaran bagi pinjaman dan bon. Justeru, Talam perlu melaraskan kedudukan kewangannya dengan mengemukakan satu pelan pelarasan kepada Bursa Malaysia Berhad.

Sehubungan itu, GSA pilihan terbaik kerana cara tersebut telah membawa kepada penyelesaian penuh, muktamad dan kutipan semula pembayaran hutang-hutang Talam itu akan menjadi lebih terjamin.

Ini kerana, Di bawah GSA, Talam mengakujanji untuk melunaskan sejumlah RM392 juta (“Tuntutan Boleh Terima”) dengan cara memindahkan aset-aset mereka kepada MBI. Sila rujuk Lampiran bagi senarai aset berkenaan.

Talam juga mengakujanji dan memberi jaminan bahawa mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan pelunasan seluruh Tuntutan Boleh Terima yang tertunggak iaitu sebanyak RM392 juta.

Berdasarkan jaminan dan akujanji tersebut, Kerajaan Negeri berkeyakinan bahawa seluruh jumlah Hutang Talam sebanyak RM392 juta itu akhirnya akan dilunaskan.

Pengambil alihan hutang-hutang Talam kepada Kerajaan Negeri (akhirnya diletakkan di bawah MBI) tidak membabitkan wang awam. Hutang-hutang Talam ini dipindahkan kepada MBI bagi membolehkan MBI mengawal proses penyelesaian termasuk penjualan Aset Yang Dilunaskan.

Dalam proses pengambil alihan hutang-hutang ini kepada MBI, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM420,000 yang mana sebahagian besarnya yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Faedah GSA

Pelunasan hutang melalui GSA ini membolehkan pengutipan semua hutang Talam disatukan di peringkat Negeri yang mana MBI akan memastikan proses pengutipan hutang diselesaikan secara holistik berbanding cara sebelum ini yang mana tiap-tiap anak syarikat Negeri berurusan secara berasingan dengan pihak Talam.

Dengan menyelesaikan pelunasan hutang-hutang Talam, ia secara langsung dapat menaik taraf kedudukan kewangan GLC menerusi pengukuhan lembaran kewangan syarikat masing-masing.

Penilaian

Tanah Bukit Beruntung

Penilaian oleh Suleiman & pada 6 Ogos 2009 menetapkan nilai tanah tersebut pada RM375 juta manakala penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Jabatan Penilaian) bertarikh 3 Mac 2010 menetapkan nilai tanah pada RM113 juta. Perbezaan ini kerana nilaian Jabatan Penilaian mengambil kira status kategori kegunaan tanah sebagai “pertanian” manakala nilaian Suleiman & Co telah mengambil kira kategori kegunaan tanah tersebut sebagai “pembangunan bercampur”.

Permohonan menukarkan “pertanian” kepada “pembangunan bercampur” telah dibuat oleh Talam pada 1994 dan bayaran premium telah dibuat sebanyak RM8 juta tetapi proses pertukaran belum diselesaikan kerana pada masa tersebut Talam belum menjelaskan caruman perparitan sebanyak RM4 juta.

MBI telah menyelesaikan RM4 juta pembayaran untuk caruman perparitan pada 2010 bagi membolehkan penjualan tanah kepada PNSB. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa nilaian yang dibuat oleh Suleiman & Co. adalah lebih menepati nilai sebenar Tanah Bukit Beruntung.

Tanah Bestari Jaya

Tanah Bestari Jaya telah ditukarkan sebagai balasan bagi pembinaan kampus UNISEL pada 2001 pada nilai RM115,000 seekar.

Penilaian oleh Mitra Valuers pada 30 November 2009 pada kadar purata RM88,000 seekar kerana muka bumi yang tidak rata dengan sebahagiannya adalah tasik-tasik bekas lombong, yang memerlukan penimbusan tanah bagi pembangunan masa hadapan.

Mitra Valuers telah mengambil kira faktor-faktor keadaan tanah tersebut dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilainya secara umum.

Oleh itu, nilai purata RM80,000 seekar telah dipertimbangkan dan diterima oleh MBI di dalam GSA. Ini telah memberikan kelebihan kepada MBI berbanding dengan harga RM115,000 seekar yang telah diguna pakai dalam transaksi terdahulu.

Tanah Danau Putra

Nilaian Jabatan Penilaian bertarikh 20 Julai 2012 telah menetapkan nilai tanah tersebut pada RM17.66 skp. Penilaian tersebut dibuat atas permintaan MBI selepas GSA termeterai. Penilaian itu hanya dilakukan setelah penjualan 2 plot tanah setiap satunya kepada Golden Sprint Sdn Bhd (GSSB) dan Perikatan Progresif Sdn Bhd (PPSB), dengan harga RM15 skp, iaitu sama dengan balasan kasar yang dinyatakan di dalam GSA. Kedua-dua tanah tersebut yang dijual kepada GSSB dan PPSB berasaskan nilai mengikut GSA. Oleh itu, MBI telah berjaya mendapat nilai penuh kedua-dua tanah tersebut seperti yang dinilaikan di dalam GSA.

Laporan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Talam, sebahagian besar Tanah Danau Putra merupakan tasik-tasik bekas lombong dan diliputi air. Dalam menetapkan nilaian, kedua-dua penilai telah mengambil kira anggaran kos penimbusan tanah bagi kawasan-kawasan yang diliputi

Pampasan kepada GLC

Walaupun hutang-hutang Talam ini telah dipindahhak kepada Kerajaan, namun MBI telah bersetuju untuk menyediakan pampasan tambahan kepada GLC sebagai balasan pelunasan hutang Talam. Pampasan ini adalah:

Sebagai pampasan kepada UNISEL berjumlah RM248.7 juta, MBI akan mengambil alih sejumlah aset tetap yang sedia ada atau perbelanjaan modal masa hadapan dan pinjaman bank yang berkaitan dengan UNISEL. Ini akan meringankan UNISEL daripada bebanan perbelanjaan modal pada masa hadapan.

Bagi KHSB, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran khas bernilai RM115 juta yang akan dibayar dalam bentuk aset dan wang tunai.

Bagi PNSB pula, MBI telah bersetuju untuk menyediakan satu geran pembangunan bernilai RM28 juta.

Kesimpulan

Pelunasan hutan-hutang Talam menerusi GSA dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam. Ini bukan satu “bailout” kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (“KPMG”) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan GSA merupakan suatu keputusan komersial yang bijak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...