17 Mac 2012

KAPAL SELAM TAK TENGGELAM, NAJIB AKAN TENGGELAM DULU?


Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris

Susan Loone, Malaysiakini

Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS, akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.

Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.

"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.

Melibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.


Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu

EXCO KEDAH : AMIRUDDIN, TAULAN PANGKU PORTFOLIO

Amiruddin, Taulan pangku portfolio belum diisi

KOTA SARANG SEMUT - Portfolio yang masih belum diisi sementara menunggu majlis mengangkat sumpah dua Exco, yang mengubah pendirian untuk menerima pelantikan semula, akan dipangku oleh Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kedua-dua pemimpin itu akan memangku portfolio-portfolio terbabit sehingga selesai majlis mengangkat sumpah dua lagi Exco.

"Ada beberapa portfolio yang dipangku oleh Amiruddin dan ada juga diserahkan kepada Taulan," kata beliau ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Perhubungan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu 9, hari ini.

Ia membabitkan portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, yang sebelum ini dipegang Amiruddin manakala Pembangunan Usahawan (Abd Ghani Ahmad) serta Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Dr Ismail Salleh).

Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, sebelum ini disandang Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, kini diserahkan kepada Amiruddin bersama portfolio Industri dan Pelaburan.

Portfolio Kesihatan dan Badan-badan Bukan Kerajaan, yang sebelum ini disandang Ismail, kini masing-masing diletakkan di bawah Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Abd Ghani.

Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat bulanan Perhubungan Pas negeri yang dipengerusikan Azizan hari ini tidak dihadiri kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Phahrolrazi dan Ismail.

Azizan berkata, tidak semua ahli dalam Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri dapat hadir kerana perlu menghadiri program lain, selain ada antara mereka yang sedang bercuti.

"Tidak semua datang hari ini, dua timbalan (Phahrolrazi dan Ismail) tiada, mereka bercuti dan tidak dapat hadir.

"Tetapi ada satu lagi Timbalan Pesuruhjaya yang hadir," katanya.

T.MENTERI BERBOHONG DI PARLIMEN, KHIANAT PADA PENEROKA

Tanah peneroka diambil untuk penyenaraian FGVH

Mazlan Aliman mendakwa Ahmad Maslan berbohong apabila berkata tanah peneroka tidak terjejas.
Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa tanah para peneroka akan diambil dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada bulan Mei depan.

Presidennya Mazlan Aliman berkata beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka akan diambil melalui penyenaraian FGVH.
“Saya punya bukti, hujah dari pakar-pakar ekonomi bahawa peneroka akan terjejas sekiranya tindakan penyenaraian itu dilaksanakan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.
Beliau mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong mengenai tanah peneroka yang tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

“Ahmad Maslan berbohong di Parlimen kelmarin apabila mengatakan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia adalah ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang saham utama dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF),” tegas beliau.

Salah di sisi undang-undang
Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat berkata, adalah salah di sisi undang-undang untuk memindahkan tanah Felda di bawah penyenaraian FGVH.
Di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah Felda hanya boleh dimiliki oleh koperasi dan individu, bukan entiti komersial seperti FGVH.
Ujar beliau, “Anak akan memfailkan injunksi mahkamah akhir bulan ini atas sebab-sebab ini untuk menghalang penyenaraian tersebut dan kami bersedia untuk berdialog dengan Ahmad mengenai penyenaraian FGVH.

“Ahmad Maslan jangan hipokrit, bercakap dalam dewan, bercakap dengan orang lain tapi bila ajak dialog tak mahu,” katanya.Semalam, Ahmad Maslan berkata, tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil selepas penyenaraian FGVH.Beliau menuduh Mazlan menjadi dalang yang menghasut peneroka agar menolak penyenaraian tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Anak; Razman Zakaria serta Penasihat Ekonomi Anak, Rosli Yaakob

16 Mac 2012

KEANGKUHAN SHARIZAT & KELUARGA PUNCA MASUK PERANGKAP RAFIZI !!!


Siapa Rafizi Ramli. Jika ada seorang yang telah memalukan kerajaan Barisan pada hari ini, Rafizilah orangnya. Jika Barisan, terutama sekali UMNO, akan kalah pada pilihanraya umum yang akan datang, ia adalah hasil usaha Rafizi yang tidak pernah jemu mendedahkan skandal dan korupsi NFC yang melibatkan Menteri Wanita yang juga dari barisan UMNO BN.

Kesungguhan Rafizi menyamai ketelitiannya dalam mencari bukti korupsi peringkat nasional. Kemudian dengan cemerlangnya, dia mendedahkan butir-butir dalam skandal itu sikit demi sedikit, memerangkap lawannya.

Sharizat dan keluarganya telah jatuh tersungkur ke dalam perangkap Rafizi.

Apabila butir-butir ringkas yang pertama telah diturunkan, pegawai NFC cepat bertindak balas dengan membuat penafian. Kemudian setelah berjaya terjebak ke dalam perangkap, Rafizi menerkam kepada mereka dengan mendedahkan lebih banyak fakta, memaksa mereka menarik balik penafian awal itu.

Mereka memandang rendah keupayaan Rafizi, mereka mengemukakan satu lagi pertahanan kuat, tetapi ia telah dirobohkan oleh Rafizi dengan satu lagi pendedahan.

Rafizi menjadikan mereka kelihatan begitu bodoh, tidak cekap, atau kedua-duanya sekali, selain daripada melanggar undang-undang.
Apabila Rafizi mengeluarkan fakta pembelian kondominium mewah, pegawai NFC pada mulanya menafikannya dan cuba untuk melakukan serangan peribadi dengan merendah-rendahkan Rafizi, namun, mereka dengan cepat berundur apabila Rafizi mengeluarkan butir-butir yang lebih sulit. Selepas ini mereka cuba untuk merasionalkan pembelian sebagai ‘pelaburan’! Pengurus NFC bukanlah satu-satunya yang diperangkap oleh Rafizi. Ketua Polis yang pada mulanya menolak dakwaan terpaksa menarik balik dan membuka semula siasatan. Sekarang, pegawai penyiasat yang bijak pandai telah mencadangkan agar pegawai NFC dikenakan dakwaan pecah amanah, pada asasnya untuk menghalang pegawai atasan daripada mencampuri siasatan.

Semua akuan-akuan yang bercanggah ini mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk memberitahu pegawai NFC supaya menutup mulut mereka, nasihat yang sangat aneh dari seorang ahli politik yang biasanya tidak berhenti bercakap.

Perangkap Rafizi yang terbesar adalah pemfailan saman fitnah oleh Shahrizat terhadapnya. Dalam prosiding sivil yang berbeza daripada jenayah, kedua-dua plaintif dan defendan tertakluk kepada soal siasat dari mahkamah. Sekarang Rafizi akan mempunyai peluang di mana mereka yang terlibat perlu memberi keterangan bersumpah di mahkamah secara terbuka. Saman fitnah terbukti cara yang paling berkesan untuk mendedahkan adanya rasuah dalam politik, kerajaan dan perniagaan yang telah mencengkam negara kita sejak beberapa dekad lalu. Dari segi perbezaan jumlah RM250 juta ini skandal NFC agak kecil berbanding skandal kejatuhan pertukaran asing Bank Negara atau Pelabuhan Bebas Cukai Klang (PKFZ). Walaupun kurang dalam nilai wang, jika berbanding dengan pendedahan korupsi yang menjijikkan, terutamanya kerakusan dan keangkuhan ahli politik tertinggi UMNO, ia tiada nilainya.

Rafizi Ramli mengingatkan saya pada Tun Razak yang muda. Seperti dia, Rafizi berasal dari sebuah kampung di pantai timur Malaysia (Terengganu bagi Rafizi, Pahang bagi Razak). Kedua-duanya merupakan pelajar cemerlang di Kolej Melayu, dan kedua-duanya telah dihantar ke Britain atas biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional, undang-undang untuk Razak dan kejuruteraan untuk Rafizi. Sekali lagi, kedua-dua mereka telah mempunyai kerjaya yang baik sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Razak mungkin telah menjadi anak negeri yang pertama memegang jawatan ‘Gabenor-Jeneral British’ di Malaysia. Beliau telah meninggalkan itu dan menyertai UMNO pada masa ganjaran pangkat mahupun kebendaan belum tentu diperolehi.

Rafizi telah mempunyai kerjaya "fast track" di PETRONAS dan mungkin juga boleh menjadi CEO pada masa depan tetapi meninggalkan itu semua untuk menyertai Keadilan yang pada masa parti itu tidak mempunyai kuasa politik langsung.

Musuh utama Razak pada masa itu adalah mereka yang berkulit putih, orang British yang berfikiran kolot dan bersifat kolonial; bagi Rafizi pula, tidak kurang menggerunkan orang-orang berkulit sederhana gelap, panglima UMNO yang berfikiran ala feudal yang sudah berakar umbi tetapi menyamar sebagai nasionalis Melayu.

Ia lebih senang untuk memperlekehkan Rafizi seperti wartawan bebas yang menyelongkar korupsi demi untuk mencari publisiti atau untuk memanggilnya dengan pelbagai nama, seperti Menteri Wanita Shahrizat telah lakukan. Kesilapan mereka adalah memandang rendah kepadanya, seperti ramai yang di dalam UMNO. Mereka yang tamak dan tidak malu kerana terlibat dalam skandal NFC lebih baik menjawab sahaja persoalan yang didedahkan oleh Rafizi, dan perlu berbuat demikian tanpa memperkecilkan kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Rafizi tidak mungkin boleh mendapatkan butir-butir dan dokumen penting tanpa bantuan ‘dalaman’. Mereka yang telah memilih untuk mengamanahkan ini kepadanya mencerminkan keyakinan mereka terhadapnya. Itu adalah kayu ukuran bagi lelaki muda yang pintar ini.

Rafizi Ramli bukan hanya bintang yang bersinar dalam parti Keadilan, mereka juga milik Malaysia. Merekalah pemimpin muda yang berkaliber yang akan memimpin Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

M Bakri Musa adalah seorang penulis terkemuka Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat

KEDAH SEMAKIN HARU...HANGPA JANGAN JADI PE..LAQ?

Ada gerakan nak pejatuh TPJ1 & TPJ2 Kedah.. betoikaa..???
oleh depakata.co.cc

Depa dok kata sekarang nie MB OK... 2 EXCO pun OK....Tapi TAK OKnya sekarang ini ialah golongan-golongan yang berada di TINGKAT 4 WISMA DARULAMAN...... Depa nie nampaknya seperti cacing kepanasan.. pasal apa pun tak tahu... mungkin mereka merasa kepanasan takut tembelang mereka pecah....tembelang apa tuu depa tak habaq mai la pulak....

Sejak dua menjak nie jika diperhatikan kelaku depa.. ianya di lihat macam depa tak boleh terima keputusan PAS PUSAT sedangkan bila dah keluaq KEPUTUSAN dan dua kawasan PAS dan bersidang iaitu KWSN KUALA KEDAH yg mana PJ dia IR Phakrolrozi dan KAWASAN ALOR SETAR PJ dia Dr Ismail telah keluaqkan ketetapan bahawa akan patuh keputusan PAS PUSAT..berserta dengan MB pun dengan berbesar hati menerima keputusan yang telah dibuatkan itu....

Ketidak puasan ini sebelum ini kami dah habaq depa dok guna medium facebook... tapi sekarang dah masuk tahap buat perjumpaan dengan AJK PAS Kawasan serta MKK untuk dibuat taklimat dan pencerahan untuk menyingkirkan TPJ 1 dan TPJ 2 dalam ertikata 2 exco terbabit....

Pasai apa dok jadi lagu nie tak tau la pulak... jadi pakat-pakat berpikiaq la noo... jangan dok kalut nak cantas sana cantas sini nanti BN ambik alih negeri PRU13 nanti depa pulak yang dedahkan tembelang yg cuba nak di tutup tuu...

Jadi beringatlah sebelum KALAH.....

PROFESOR KANGKUNG DAH MUNCUL....JAGA UUM SUDAHLAH!!

Jawatankuasa Pemandu PAS di Kedah hanya kosmestik


"Nak nasihat apa kalau semua mereka orang luar yang tidak tahu menahu mengenai negeri Kedah?"

ALOR SETAR: Ketua Kluster Politik, KeseIamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penubuhan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS untuk memantau kerajaan negeri Kedah tidak akan berjaya.

Beliau menganggap penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu hanyalah sebagai komestik dan mekanisme parti tetapi tidak ada sebarang kuasa.Kata beliau, sebab utama ialah Jawatankuasa Pemandu tidak mempunyai akses maklumat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.
Katanya, bagaimana Jawatankuasa Pemandu boleh bertindak jika tidak mendapat maklumat mengenai mesyuarat exco.

“Nak nasihat apa kalau semua mereka orang luar yang tidak tahu menahu mengenai negeri Kedah? Mereka tidak tahu mengenai budaya orang Kedah.“Orang Kedah yang lebih tahu mengenai negeri mereka sendiri. Tentunya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan lebih tahu mengenai hal negeri Kedah.
“Adakah ahli Jawatankuasa Pemandu itu boleh memberi nasihat yang lebih baik daripada penasihat-penasihat Azizan yang sedia ada?

“Azizan ada penasihat undang-undang negeri, barisan exco, pegawai tanah. Mereka semua lebih tahu dari Jawatankuasa Pemandu itu,” kata Dr Mohamed Mustafa.Puaskan pihak tertentu
Beliau menambah, PAS menubuhkan Pemandu semata-mata untuk memuaskan pihak tertentu yang terbabit dalam krisis kepimpinan di Kedah.

Katanya, ada kemungkinan Menteri Besar Kedah tidak mengendahkan Pemandu kerana kehadirannya tidak ada dalam perlembagaan kerajaan negeri.“Dalam perlembagaan yang ada Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna Pemandu tidak diperlukan,” tambah beliau.
Pemandu diketuai bekas Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, manakala ahli lain ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali; Datuk Mahfodz Mohamad dan Datuk Kamaruddin Jaafar.

Pemandu bertujuan memberi nasihat kepada Azizan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri Menteri Besar dan Exco.Jawatankuasa itu diwujudkan ekoran tercetus krisis dalaman antara Menteri Besar dengan dua Exco – Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh – yang menolak dilantik semula.

Komen: Tujuan Jawatankuasa Pemandu adalah untuk memantau ketelusan dan menjalankan dasar parti mengenai urustadbir akan selari dengan menifesto yang diwarwarkan sebelum ini.

Rafidah: Shahrizat tiada langsung pengorbanan kepada parti, dia pencetus masalah


'Berundur? Apa berundur?' demikian kata bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, menyusuli pengumuman Ketua Wanita parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Ahad lalu, berikutan tercetusnya skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN).

'Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April ini...

'Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa,' kata Tan Sri Rafidah, yang dipetik oleh akhbar Malay Mail, kelmarin.

Malah, mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia itu berkata pengumuman Datuk Seri Shahrizat meletak jawatan kabinetnya itu pada 8 April ini langsung tidak membawa sebarang makna.

Malah, beliau berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan terus menimbulkan masalah kepada parti itu, menjelang satu pilihan raya umum yang dijangka diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Isnin lalu, beberapa pemimpin BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memuji langkah Datuk Seri Shahrizat itu dan menyifatkannya sebagai satu 'pengorbanan besar'.

15 Mac 2012

GABUNGAN MAS AIR ASIA MEMBUNUH MAS DAN FIREFLY


Pertukaran saham MAS-AirAsia gagal, CIMB perlu pulangkan yuran

KUALA LUMPUR 15 Mac: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat mendesak agar yuran yang dibayar kepada CIMB Bank sewaktu menjadi pihak tengah pertukaran saham MAS-AirAsia dituntut kembali kerana urusniaga itu terbukti gagal.

“Yuran nasihat yang dibayar kepada GLC yang memudahcara urusniaga tersebut – CIMB Bank – perlu dituntut semula kerana urusniaga itu jelas gagal sama sekali.“Dalam masa kurang daripada enam bulan selepas urusniaga itu MAS dilaporkan mengalami kerugian yang besar,” kata Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
9 Ogos lalu, Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

CIMB Bank merupakan pihak tengah yang mengaturkan pertukaran saham di antara dua gergasi penerbangan negara itu.Hujung Februari lalu pula, Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan syarikat berkaitan kerajaan itu rugi bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011.
Bagi tempoh suku keempat pula, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, dengan hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Berdasarkan spekulasi semasa, menurut jawatankuasa itu, terdapat kemungkinan Perdana Menteri Najib akan mengarahkan Khazanah untuk membeli semula saham MAS yang telah ditukar dengan Tune Air.“Merujuk perkembangan ini, kami berharap Khazanah tidak akan bertindak menyelamatkan Tune Air.

“Mengambil kira fakta bahawa MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011, kerugian paling besar dalam sejarah, Khazanah hanya perlu membeli semula saham tersebut pada harga yang lebih rendah bersesuaian dengan prestasi buruk MAS selepas urusniaga itu dimeterai,” kata jawatankuasa itu.

Sejak pertukaran saham itu berlaku juga, menurut mereka, banyak laluan penerbangan dikurangkan dan kebanyakannya melibatkan MAS.Ia juga membunuh Firefly (syarikat penerbangan murah MAS) yang merupakan pesaing terdekat kepada AirAsia selama ini.

“Jelas, ini adalah satu sikap anti-persaingan yang ditunjukkan MAS-AirAsia. Ketua Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes dan Timbalannya, Kamarudin Meranun yang menyertai Lembaga Pengarah MAS hanya memastikan kepentingan MAS terpelihara dan pengguna AirAsia diketepikan,” kata mereka.
Perkara ini, kata jawatankuasa itu mengesahkan unjuran Refsa (Research for Social Advancement) yang dibuat sekitar Ogos 2011.

Refsa mengunjurkan bahawa pertukaran saham itu akan menyebabkan kurangnya kekerapan penerbangan, kekurangan prospek kerja untuk kakitangan syarikat penerbangan, dan kurangnya peluang untuk berhubung sesama rakyat Malaysia.

Kontraktor Melayu Malaysia PP sokong 4 projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Kenyataan Akhbar oleh Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang, Dato Izham bin Dato Omar Merican pada 15.3.2012 di Komtar, George Town.

Saya bagi pihak Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan sokongan kami ke atas hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina empat projek infrastruktur yang dicadangkan.

Projek-projek infrastruktur berkenaan adalah:
1. Terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth.
2. Jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang.
3. Jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
4. Jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Kami sangat mengalu-alukan projek-projek tersebut kerana ia bertujuan untuk mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di Pulau Pinang serta akan memacu pembangunan ekonomi negeri, terutamanya di SPU. Projek-projek yang dicadangkan ini akan membawa faedah kepada semua rakyat SPU termasuk masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di SPU.

Justeru, terowong bawah laut yang menghubungkan Bagan Ajam dengan Gurney Drive akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi yang kritikal. Terowong tersebut akan melengkapkan kesalinghubungan di antara Seberang Perai dan Pulau Pinang, kerana Jambatan Pertama berada di SPT manakala Jambatan Kedua akan berada di SPS.

Hanya SPU masih tidak mempunyai hubungan dengan pulau. Terowong bawah laut ini akan sekaligus memastikan bahawa orang Melayu di SPU akan dapat menikmati pembangunan yang setara dengan kawasan-kawasan lain di Pulau Pinang. Tambahan pula, kami yakin bahawa projek-projek ini, khususnya terowong bawah laut, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan yang mudarat kepada penghuni-penghuni kawasan-kawasan yang terbabit.

Malah, kami rasa ia akan membawa kemajuan kepada mereka. Kami juga bersetuju dan yakin dengan janji Kerajaan Negeri bahawa semua prosedur dan peraturan yang berkenaan akan dituruti, seperti proses rundingan umum untuk rekabentuk, pemilihan laluan dan juga kajian kesan alam sekitar. Semua proses-proses ini hendaklah dipersetujui terdahulu sebelum kelangsungan projek-projek tersebut.

Sekiranya terdapat masalah yang tampil semasa proses-proses tersebut, dan jika projek-projek tersebut didapati kurang sesuai, maka ia tidak akan dilaksanakan. Sungguhpun begitu, kami yakin bahawa semua syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkan akan dipatuhi dan diluluskan. Justeru, saya ingin menyatakan sekali lagi sokongan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Pulau Pinang ke atas projek-projek infrastruktur yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dato Izham bin Dato Omar Merican Timbalan Yang Dipertua PKMMPP 15 Mac 2012

RAKYAT UNTUNG SELALU UBAH KERAJAAN, RAWATAN KECEMASAN PERCUMA

Rawatan kecemasan percuma untuk semua rakyat dari 1 April

Semua warganegara Thailand akan layak untuk rawatan percuma tanpa syarat dalam kes-kes kecemasan dari 1 April.Langkah itu datang sebagai kabinet hari ini meluluskan langkah pertama rancangan untuk mengintegrasikan pembiayaan dan perkhidmatan kesihatan tiga skim kesihatan kebangsaan.

Percuma rawatan kecemasan akan ditawarkan kepada semua pesakit yang disenaraikan di bawah perkhidmatan awam skim faedah perubatan (CSMBS), skim keselamatan sosial (SSS), dan perlindungan penjagaan kesihatan sejagat (UC).

Orang akan mampu untuk mendapatkan perkhidmatan percuma di hospital yang terdekat, sama ada negeri atau swasta, Menteri Kesihatan Awam, Witthaya Buranasiri berkata.

"Perkhidmatan kecemasan Percuma untuk semua pesakit adalah langkah pertama ke arah dasar kerajaan untuk mengurangkan percanggahan dalam skim penjagaan kesihatan," Encik Witthaya berkata.

Rawatan percuma akan terpakai kepada kes-kes trauma kritikal menilai sebagai "kod merah" dan keadaan akut yang diberi nilai sebagai "kod kuning", sejajar dengan National Institute of definisi Perubatan Kecemasan "kecemasan".

Pada masa ini, menerima rawatan kecemasan di hospital di luar sistem kesihatan negara, terutamanya di hospital swasta premium, boleh menjadi masalah.Pesakit boleh menghadapi kesukaran dan kelewatan dalam menerima perkhidmatan hospital kecuali mereka mampu untuk membayar daripada poket mereka sendiri.

Sebelum kepada kelulusan kabinet, setiap skim bergantung kepada peraturan sendiri. Pembayaran pendahuluan diperlukan untuk pesakit yang kakitangan awam dan ahli keluarga mereka yang disenaraikan di bawah CSMBS jika mereka dimasukkan ke hospital swasta.

Pekerja swasta yang disenaraikan di bawah skim keselamatan sosial adalah layak untuk rawatan kecemasan. Walau bagaimanapun, mereka mesti menbayar kos selepas 72 jam rawatan melainkan mereka ingin dipindahkan untuk rawatan lanjut.

UC pesakit, yang biasanya golongan miskin, menganggur, terdedah atau tua, sudah boleh menerima rawatan kecemasan di hospital mana-mana.

Setiausaha Pejabat Kesihatan dan Keselamatan Negara , Winai Sawasdiworn berkata purata perbelanjaan untuk rawatan kecemasan telah dianggarkan pada 10,500 baht bersamaan(RM1,100.00)

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, Menteri Kewangan Kittirat Na-Ranong, Buruh Sasomsab Padermchai Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Encik Witthaya menghadiri persidangan untuk mengurangkan jurang pengurusan antara tiga pembiayaan kesihatan.

Mereka diiringi oleh setiausaha agung Pejabat Kesihatan Keselamatan Negara dan Pejabat Keselamatan Sosial dan Ketua Pengarah Pejabat Ketua Pengawal, serta pakar-pakar kesihatan.

Semasa mesyuarat, Cik Yingluck ditanya Pentadbiran Makanan dan Dadah serta Pertubuhan Bukan Kerajaan Farmaseutikal untuk bekerja perincian dengan tiga skim pembiayaan kesihatan dalam usaha untuk menetapkan garis panduan untuk harga dadah dan mengurangkan penggunaan ubat-ubatan yang tidak sesuai.

Kekurangan harga rujukan mengenai ubat-ubatan telah membawa kepada kesukaran dalam pengurusan kewangan kesihatan dan perbezaan yang besar dalam kos rawatan perubatan di kalangan tiga skim penjagaan kesihatan utama. Manfaat skim perkhidmatan awam perubatan membelanjakan kira-kira 62 bilion baht pada ubat-ubatan untuk pesakit luar sahaja dalam tahun fiskal 2010.

Sumber Bangkok Post diterjemahkan oleh Kedah.kini

14 Mac 2012

KERAJAAN BENARKAN IMPOT BARANGAN ISRAEL SEMENJAK 1994


TERAS tuntut kerajaan mansuh terus PPSMI, bukan ubahsuai

TERAS tuntut kerajaan mansuh terus PPSMI, bukan ubahsuai


Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini sekali lagi menuntut kerajaan memansuhkan dengan serta merta pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris (PPSMI), dan bukannya melakukan pengubahsuaian terhadap sistem berkenaan.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya berkata sekiranya kerajaan boleh melaksanakan PPSMI dalam keadaan tergesa-gesa, mengapa penarikan balik dan pelaksanaan PPSM-Melayu tidak boleh dilakukan dengan kaedah sama.

"Pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia melakukan ubahsuai . Sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.

"Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah , kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?"

Menurut Azmi, beliau bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk menamatkan sistem PPSMI.

"Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba “ membeli masa”. Inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan.

"Mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi diperingkat tinggi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil masa berdasarkan kohot pembelajaran disekolah yang bakal menyaksikan 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

"Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini," tegas Azmi.

Jelas Azmi, apa yang lebih malang adalah sementara menantikan pemansuhan tersebut berlaku, pelajar, ibubapa dan pendidik yang akan menjadi mangsa.

Selain itu, Azmi turut berkata ketika PPSMI diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan," tambahnya lagi.

Kerajaan didesak audit RM1.92 bilion -BR1M

KUALA LUMPUR - Pembangkang menggesa kerajaan mengaudit RM1.92 bilion yang dibelanjakan untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana jumlah itu telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen iaitu RM1.8 bilion.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, rakyat berhak untuk mengetahui sumber peruntukan tambahan itu kerana ia tidak dibincangkan atau diluluskan dalam Kabinet.

“Jumlah dibenarkan mengikut kelulusan Bajet 2012 untuk tujuan BR1M hanya terhad kepada RM1.8 bilion sahaja. Ini dibuat dalam ucapan dan buku pembentangan Bajet 2012 yang diluluskan BR1M.

“Tetapi, tadi (semalam) Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak umum setakat ini jumlah dibelanjakan untuk BR1M ialah RM1.92 bilion melibatkan 3.5 juta isi rumah. Angka ini lebih besar daripada jumlah asal,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau menegaskan, kerajaan telah melanggar kelulusan yang ditetapkan Parlimen sekiranya persidangan kali ini tamat tanpa mengemukakan bajet tambahan.

“Setakat ini tiada audit yang telus untuk jelaskan siapa yang dapat, berapa ramai dan jumlah dana yg benar-benar disampaikan ke tangan rakyat,” katanya

13 Mac 2012

SKRIP NFC MACAM BOLLYWOOD ? GAGAL SEPERTI KES ALTANTUYA


Patutlah tiba-tiba Pengerusi NFC dihadapkan ke Mahkamah.. ada agenda rupanya..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Pengerusi NFC telah didakwa dimahkamah semalam, sedangkan umum mengetahui bahawa kertas siasatan bagi membolehkan pihak pengurusan NFC didakwa di Mahkamah telah dikembalikan untuk kedua kalinya kepada pihak Polis oleh Jabatan Peguam Negara.

2 Mac 2012 lalu, mStar melaporkan kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) telah diserahkan kembali kepada pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar .Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut bagaimanapun mereka tidak dimaklumkan sebab kertas siasatan tersebut dipulangkan.

Rupa-rupanya ini adalah sebahagian dari agenda UMNO/BN bagi mengelakkan ianya dibahaskan di Parlimen kerana jika ianya dibahaskan akan lebih banyak nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat akan timbul…

Mengikut segala-segala pendedahan oleh PKR sepatutnya Suami Sharizat sepatutnya didakwa lebih awal. Tetapi untuk menyelamatkan Ketua Wanita UMNO kes ini terpaksa dilewatkan tetapi mereka terlupa Sidang Parlimen baru bermula dan bagi mengelakan kes ini dibahas di Parlimen maka dengan tergesa Suami Sharizat didakwa untuk menyelamatkan ramai lagi pemimpin UMNO..

Noh Omar mengesahkan agenda ini.. sila baca di bawah..

NOH cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah


Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.

Semalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.

Medan terbaik
Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.

Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.

"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Menjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.

Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.

"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan.

RAFIZI, JINGGA-13 LAPUR KE SPRM TERHADAP NAJIB WALAUPUN ADA ANCAMAN DARI PMO


Sebagaimana seperti yang dijanjikan, para pemimpin PKR dan NGO Jingga 13 telah membuat laporan kepada SPRM terhadap PM Najib Razak kerana didakwa mengunyalahguna kuasa dan menyerahkan tangunggjawab menyelesaikanperbelanjaan majlis pertunangan anak perempuannya kepada pembayar cukai.

“Pemimpin PKR dan Jinggo 13 ( NGO reformasi) akan membuat lapuran pada jam 2 petang di pejabat SPRM cawangan Shah Alam,” Rafizi menyebut dalam satu kenyataan ringkas kepada media.

Pemimpin Jinggo 13,Fariz Mua memberitahu pihak media lapuran tersbeut juga menamakan isteri Najib,Rosmah dan mereke juga menyerah kan dokumen berkaitan ,terutama Banquet Event Order (BEO) dari Shangrila Hotel yang dikeluarkan kepada pejabat Perdana Menteri.

“Kami harap SPRM akan menyisat dokumen tersebut dan jika perlu, mendakwa Najib dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 kerana salahguna kuasa,” kata fariz..Menurut beliau, sejumalh RM18,792 dibelanjakan untuk majlis resepsi 30 org VIP, dengan RM522 setiap orang dan RM309,975 untuk 862 tetamu,manakala terdapat kos operasi sebanyak RM81,000.

Kejutan

Jumaat lepas, Rafizi membuat kejutan dengan mendedahkan Najib menyerahkan invois berjumlah RM41,000 dari Shangrila kepada pejabat Perdana Menteri untuk diselesaikan. .Majlis makan malam tersebut dihadiri seramai 1000 tetamu dan menghidangkan hidangan mewah seperti daging lembu Wagyu.Najib terus dianggap murahan kerana membebankan perbelanjaan tersebut kepada rakyat.

Dalam satu kenyataan yang luarbiasa pantas, pejabat PM menafikan tuduhan tersebut dalam satu kenyataan 2 paragraf yang secara terang mensasarkan kepada Rafizi.,menuduh Rafizi sebagai ingin memfitnah dan memburukkan nama PM dan dituntut supaya meminta maaf.


Rafizi dalam kenyataan balas nya,membuat kenyataan baru ,memberikan 8 soalan untuk Najib membersihkan namanya dan seterusnya Rafizi akan memohon maaf.Setakat ini, tiada maklumbalas dari pejabat PM.

Tuntutan pejabat PM untuk saya memohon maaf adalah terlalu awal buat masa ini kerana kenyataan 2 paragraf tersebut ialah penafian semata-mata,tanpa apa-apa bukti kukuh atau fakta yang menyokong penafian tersebut. Pejabat PM juga tidak menyangkal wujudnya dokumen Banquet Event Order yang dikeluarkan kepada Perdana Menteri,” kata Rafizi.

Mengalih perhatian dari diri beliau sebelum PRU 13.

Rafizi menjadi tumpuan selepas beberapa pendedahan terhadap menteri UMNO Shahrizat jalil dan

keluarganya berkaitan projek pembiakan lembu NFC. Pendedahan terbaru berkaitan Najib, yang melibatkan majlis makan malam di Putrajaya, dipercayai menjadi penggerak kepada perltakan jawatan Shahrizat kerana ia berkait rapat dengan kaitan urusniaga Kazakh Najib.

Anak perempuan Najib telah berkahwin dengan anak saudara kepada seorang pemimpin berpengaruh Kazakh,dan ketika majlis di adakan di Kazakh Jun lepas, Najib dan Rosmah telah dikecam kerana membawa bersama tetamu peribadi sebagai ahli rombongan dalam lawatan resmi ke Kazakh,di mana tarikh lawatan dan majlis lawatn ada lah kebetulann dimasa yang sama.Kementerian Luar mendedahkan lawatan tersebut menggunakan RM1.1 juta wang pembayar cukai sebagai perbelanjaan perjalanan tersebut.

Bil terbaru RM410,000 menimbulkan kekecohan,terutama selepas berita melapurkan keluarga Shahrizat telah disiasat oleh pihak polis berkaitan pembelian apartment mewah bernilai RM1.7 juta di bandar Almaty,Selatan Kazakhstan.Najib memberi persetujuan kepada memorandum persefahaman antara NFC dan pihak Kazakh sedangkan NFC tidak dibenarkan melabur diluar negara.

Untuk mengelakkan perhatian rakyat terhadap diri beliau, Najib dipercayai meminta Shahrizxat meletakkan jawatan, yang mana telah dilakukan oleh Shahrizat dan berkuatkuasa 8 April. Sejak beberapa bulan yang lepas,walaupun terdapat tekanan dari rakan kabinet,pemimpin BM,tokoh UMNO dan rakyat,Najib mengelak dari meminta Shahrizat meletak jawatan..

Pemerhati juga melihat kemungkinan yang pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan Najib mula membuat pembersihan, terutama nya yanga berkaitan dirinya sendiri.Menurut Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng, tarikh PRU 13 dijangka diumumkan bila-bila masa selepas 11 April.

Suami dan anak-anak Sharizat telah dituduh secara tidak jujur menggunakan RM250 juta pinjaman dari kerajaan kepada projek ternakan lembu NFC untuk mendapatkan pinjaman bank bagi diri mereka sendiri dan membeli kondo-kondo mewah di Sinagapura dan Kuala Lumpur, terkini –Kazakhstan.Projek NFC yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak Shahrizat sejak tahun 2006.

Sallah telah didakwa di mahkamah pada hari Isnin kerana pecah amanah, menghangatkan lagi spekulasi bahawa PRU 13 makin hampir dan dalam masa yang sama menimbulkan kebimbangan setelah pilihanraya selesai, Najib dan UMNO mungkin meringankan tuduhan terhadap Salleh.

Tiada respon dari pejabat PM terhadap cabaran 8 langkah Rafizi


Sementara itu, pejabat PM masih belum menjawab cabaran 8 langkah Rafizi. 8 soalan yang

ditujukan oleh Rafizi kepada Najib ialah:

Pertama, untuk beliau mengesahkan (atau menafikan) dakwaan kos majlis pertunangan sepertimana yang tertulis dalam dokumen BEO yang dikemukakan.

Kedua, beliau mengesahkan (atau menafikan) kesahihah BEO yang dikemukakan yang ditujukan kepada pejabat PM untuk dijelaskan bayarannya.

Ketiga, untuk beliau mengarahkan pejabat PM menunjukkan salinan asal Purchase Order yang dihantar kepada Shnagrila Hotel bagi mengesahkan pihak mana yang bertanggungjawab membuat pesanan.

Keempat, beliau hendaklah mengarahkan pejabat PM mengemukakan salinan asal urusniaga perakaunan dari Sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut bagi memastikan samada pesanan tersebut (yang didakwa dibuat oleh pejabat PM) telah direkodkan dalan sistem perakaunan.

Kelima, beliau hendaklah mengarahkan pejabat PM mengemukakan salinan invois yang dihantar oleh Shangrila Hotel berkaitan majlis tersebut supaya dapat menentukan samada keseluruhan perbelanjaan tersebut ditanggug oleh PM secara peribadi sebagaimana yang didakwa beliau.

Keenam, beliau hendkalah mengarahkan pejabat PM mengemukakan salinan asal urusniaga perakauanan dalam sistem perakaunan Kerjaan Malaysia yang menunjukkan rekod invois yang dihantar oleh Shangrila Hotel, bagi menentukan tanggungjawab melunaskan bayaran invois tersebut telah direkodkan dalam sistem.

Ketujuh, mengarahkan pejabat PM untuk mengemukakan baucer bayaran asal yang dibuat kepada Shangrila Hotel bagi menentukan pihak yang menyelesaikan bil tersebut; dan

Kelapan, mengemukan bukti bayaran dalam bentuk salinan cek peribadi beliau yang digunakna untuk membuat bayaran atau penyata akaun bank atau mana-mana rekod pihak ketiga yang menunjukkan bahawa beliau sendiri yang membayar bil tersebut.

“Saya menyeru Najib Razak menjawab semua soalan di atas , dan memberikan bukti kukuh dalam bentuk dokumen rasmi bagi membuktikan kepada rakyat yang rakyat tidak menanggung bil majlis pertunangan anak perempuan beliau,” kata Rafizi.

Malaysia Chronicle

Yahoo! Memfailkan Saman Terhadap Facebook


SAN FRANCISCO – Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan.

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

“Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.

“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. – AFP

AJK PEMANDU PAS KEDAH TIADA LOCUS STANDI KEATAS EXCO

Mustafa Ali, Mahfodz Mohamad antara ahli jawatankuasa pemandu PAS Kedah
Mustafa juga perjelas bahawa jawatankuasa pemandu tiada locus standi ke atas exco negeri.



KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS Pusat hari ini mengumumkan senarai ahli jawatankuasa pemandu PAS Kedah.Antara yang tersenarai ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad, ahli parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Hasmuni Said.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Halim Abdul Rahman telah dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pemandu tersebut.
“Ahli jawatankuasa pemandu perlu terdiri daripada ahli jawatankuasa pusat dan bukan dari negeri tersebut,” kata Mustafa.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Mustafa dalam satu sidang media pada petang ini.
Sidang media ini turut disertai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa pusat Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena dan dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak)Mazlan Aliman.

Tiada locus standi

Mustafa turut menjelaskan bahawa jawatankuasa hanya berfungsi sebagai penasihat di peringkat parti.“Jawatankuasa ini tiada locus standi dalam exco kerajaan.
“Kita hanya menasihat di peringkat parti,” jelas Mustafa ekoran timbulnya salah faham mengenai penubuhan jawatankuasa ini pada minggu lepas.Beliau menambah bahawa jawatankuasa ini wujud sejak 1990 di Kelantan.

Pada bulan lepas kontroversi kepimpinan negeri Kedah timbul apabila Adun Pangkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi merangkap Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah bersama Adun Alor Mengkudu Ismail Salleh menolak tawaran memegang jawatan exco dalam kepimpinan negeri.
Ia berlaku kerana mereka hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Krisis yang semakin mendalam ini memaksa pimpinan PAS pusat mengumumkan pembentukan awatankuasa pemandu pada minggu lepas.
Manifesto jangka pendek

“Kita ada manifesto jangka pendek, sederhana dan panjang.
“Jawatankuasa ini akan pastikan pelaksanaan manifesto sepertimana yang dijanjikan.
“Yang akan melaksanakan ialah kerajaan negeri. Kita hanya beri pandangan,” jelas Mustafa.

Sementara itu, Mahfuz yang turut sama di sidang media tersebut mahu kerajaan menghentikan sebarang pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing sehingga pilihan raya umum ke-13 tamat.

“Kita bimbang dengan jumlah yang akan dimanipulasi dan dimasukkan ke dalam senarai pengundi.
“Kita juga bimbang dengan program 6P yang tidak diurus dengan baik,” kata Mahfuz.Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan pula berkata bahawa beliau akan memanjangkan kepada ahli parlimen PAS berkenaan persoalan mengapa beliau tidak dibenarkan ke Sabah.
Mazlan tiba di Sabah semalam tetapi tidak diberi pas masuk.

“Saya tidak diberi sebab dan saya dilayan teruk,” kata Mazlan yang turut mempamerkan notis penolakan masuk kepada media.Menurut notis yang ditandatangani Addy Rizal Jamlidi, pas tidak diberikan atas arahan pihak berkuasa negeri.

12 Mac 2012

SKRIP BOLLYWOOD BERMULA : SUAMI SHAHRIZAT HADAPI TUDUHAN CBT

NFC: Suami Shahrizat hadapi tuduhan CBT
SINAR HARIAN
12 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation.

Tuduhan ke atas beliau dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini sebentar tadi.

Semalam, Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.

Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Mohamed Salleh merupakan Pengerusi Eksekutifnya. Dua anak Salleh juga merupakan pengarah syarikat itu termasuk seorang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import

PKR AKAN FAILKAN USUL TERGEMPAR BERHUBUNG AG


Ahli Parlimen Subang R Sivarasa berkata beliau akan memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dakwaan jenayah yang dikatakan dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang dinyatakan dalam laporan Malaysiakini.

Sesi kelima Parlimen ke-12 bermula hari ini dengan spekulasi bahawa ia adalah sidang yang terakhir sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Sivarasa berkata usul itu akan difailkan pada Rabu ini di bawah Perintah Tetap 18 (1) yang membolehkan Parlimen untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam dan bersifat segera dan khusus.

"Pendedahan mengejutkan dalam laporan Malaysiakini memenuhi semua keperluan bagi peraturan

tetap yang relevan di mana usul itu akan difailkan," kata Sivarasa.

Menurut Sivarasa, Parlimen hanya membenarkan satu usul mendesak untuk difailkan dalam sehari.

Seorang lagi pemimpin PKR, Zuraidah Kamaruddin, pula akan memfailkan usul tergempar bagi membincangkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menggoncangkan pentadbiran Najib sejak Oktober tahun lalu pada Jumaat ini.-MK

INI BARU COW-COW....PENANGAN MAKCIK BOLLYWOOD!!!!

BAHAYA PARTI KUASI KERAJAAN

RIDHUAN TEE ABDULLAH- Sinar Harian

Sesiapa yang mengkaji ilmu politik dan kerajaan, akan memahami bahawa kerajaan dan parti politik adalah dua perkara berbeza. Parti politik adalah parti politik, ia tidak berdaulat. Kerajaan telah wujud sebelum wujudnya parti politik dan ia berdaulat. Barisan Nasional (BN), Umno, PKR, Pas dan DAP, bukannya kerajaan. Mereka hanyalah ruling party (parti yang menguasai atau menjalankan urusan kerajaan). Justeru, adalah salah jika kita katakan, “Ini projek kerajaan BN, kerajaan PR, kerajaan Pas atau kerajaan DAP”. Pendek kata, parti politik tidak boleh menjadi kerajaan.

Saya timbulkan persoalan ini akibat kekecohan pentadbiran politik Kedah. Pas mewujudkan Jawatan Kuasa Pemandu untuk memantau perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan Kedah, bagi meredakan pergolakan politik dalamannya. Secara profesional, Pas Pusat sepatutnya menyerahkan budi bicara Menteri Besar (MB) dan Kabinetnya untuk menyelesaikan masalah berlaku, supaya tidak timbul isu parti menguasai kerajaan. Amalan ini jarang sekali berlaku. Lagi pula, wakil rakyat Pas bukan calang-calang orang, majoriti bergelar ustaz.

Jika tidak ustaz pun, mereka adalah protaz (profesional ustaz). Takkan mereka tidak meminta petunjuk daripada ALLAH SWT dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mungkinkah wakil rakyat ini terlalu mengejar dunia sehingga mereka lupa mendapatkan petunjuk seperti yang biasa dilakukan sebelum ini?

Jika dibiarkan berlaku, ini adalah satu lagi contoh episod malang kehidupan bernegara. Kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan rakyat, bukan kerajaan parti, bersesuaian dengan makna demokrasi, “kerajaan dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat”. Bukannya kerajaan dari Pas untuk Pas kepada Pas. Jika itulah yang berlaku, Pas akan menerima akibatnya nanti. Pas perlu sedar, kerajaan Kedah bukan kepunyaan Pas, tetapi kepunyaan rakyat. Dalam sesebuah negara atau negeri, tidak semuanya menyokong Pas. Justeru, hak rakyat perlu diberikan sewajarnya. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan yang pimpin oleh Pas sahaja, tetapi juga parti politik lain.

Jangan mangsakan rakyat hanya kerana perbezaan ideologi dan parti politik. Rakyat tidak bersalah, yang salah adalah orang yang menguruskannya. Sama juga isu royalti minyak. Jika itulah yang menjadi hak rakyat Kelantan, berikan, Jangan mangsakan rakyat Kelantan keseluruhan, hanya kerana majoriti mereka memilih Pas untuk menjadi ruling party.

Saya yakin suatu hari ini, dengan kewibawaan kepimpinan hari ini, pasti royalti tersebut akan diberikan kepada rakyat Kelantan. Pada ketika itu, kita amat mengharapkan, jika Pas masih lagi menguasai Kelantan, berikanlah bantuan kepada sesiapa sahaja, tanpa pilih kasih. Inilah sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda SAW dan para sahabat.

Saya kurang menyalahkan MB Kedah dalam hal ini, sebab saya kenal hati budinya semasa saya belajar di universiti lagi. Beliau sanggup menjadi tidak popular dengan ambil tindakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah yang melanggar undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tindakan ini amat tidak disenangi Pakatan Rakyat dan orang Pas sendiri yang mahukan AUKU dimansuhkan sama sekali mengikut selera ultra kiasu. Tetapi itulah sifat MB Kedah, begitu profesional.

Ingatan saya kepada Pas, walaupun tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat, tidak semestinya semua perkara baik, yang datang daripada BN dan Umno mesti ditolak.

Inilah politik rimba yang masih lagi sukar dibuang daripada segelintir pemikiran umat Islam sehingga ultra kiasu mengambil kesempatan. Dengar sahaja nama Umno dan BN semuanya ditolak atau naik meluat.

Sebelum ini saya melahirkan kebimbangan akan segelintir ustaz dan protaz yang menjadi wakil rakyat, yang ingin kaya-raya dan hidup lebih bergaya. Mereka sudah lupa perjuangan asalnya, dengan tidak menafikan ada yang ikhlas. Jika dahulu, para pejuang Pas sanggup berbasikal dan tinggal dalam pondok buruk, seperti mana diamalkan tok-tok guru mereka. Hari ini, tidak lagi, mereka sudah pandai berlumba-lumba untuk mendapatkan tender di sana sini. Saya tidak kata, hidup mewah itu salah, tetapi ia bukan perjuangan Pas yang saya kenal dulu.

Ahli Majlis mereka juga berebut-rebut mendapatkan projek Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran. Dahulu mereka menuduh BN dan Umno. Bila sampai sendiri memerintah, tidak banyak bezanya. Saya masih ingat bagaimana bisnes minyak saudara saya lingkup disabotaj oleh wakil-wakil rakyat Pas yang bergelar Exco ini. Tidak semua Exco bergelar ustaz dan protaz ini baik. Mereka juga mahukan habuan dan kepuasan nafsu dunia.

Perlu diingatkan, rakyat Kedah tidak menyenangi keputusan Pas melantik Jawatankuasa Pemandu. Terutamanya mereka yang berada dalam Perkhidmatan Awam Kedah. Apakah hak jawatankuasa ini terhadap kerajaan Kedah. Pas perlu memahami budaya politik Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jangan biarkan rakyat menghukum Pas disebabkan wakil rakyat dan Exco bergelar ustaz dan protaz sudah lupa daratan- SH

11 Mac 2012

TERKINI: SHAHRIZAT UMUM LETAK JAWATAN HARI INI

Shahrizat akan umum perletakan jawatan hari ini
Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.

Pembantu Ketua Wanita Umno ini yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Shahrizat akan membuat pengumuman tersebut kepada media di Desa Waterpark jam 3 petang ini.

“Saya tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut, datang ke sidang media tersebut jam 3 petang ini dan anda akan tahu,” katanya.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times pagi ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

“Shahrizat telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

“Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

PANAS!!!! KAK ZAT AKAN LETAK JAWATAN KERANA TERLIBAT SKANDAL NFC

NST lapor Shahrizat akan letak jawatan


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Akhbar harian berbahasa Inggeris, The New Straits Times hari ini melaporkan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletak jawatan untuk setiap jawatan yang dipegang beliau dalam beberapa hari lagi.

Akhbar berkenaan berkata, menurut satu sumber, Shahrizat telah memaklumkan pegawai terdekatnya Jumaat lalu bahawa beliau akan melepaskan jawatan menteri dan juga Ketua Wanita Umno.

"Shahrizat (gambar) telah memberitahu kami beliau ingin melepaskan kedua-dua jawatan. Beliau tidak setuju dengan cadangan beliau letak jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pilihan raya depan.

"Beliau telah buat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan tersebut," jelas Ketua Wanita Umno negeri.

Seorang lagi pemimpin kanan Wanita memberitahu akhbar berkenaan bahawa seorang pembantu Shahrizat telah memaklumkan beliau akan meletak jawatan semalam.

"Namun perkara itu tidak berlaku. Kami masih lagi berteka teki kerana pegawainya yakin pengumuman akan dibuat semalam. Mungkin beliau menantikan masa yang sesuaI," kata sumber tersebut.


The Malaysian Insider turut difahamkan Shahrizat akan membuat pengumuman rasmi malam tadi, tetapi beliau masih lagi belum berbuat sedemikian.

The New Straits Times turut melaporkan berdasarkan sumber peringkat tertinggi bahawa mereka yakin Shahrizat tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata pengumuman terhadap perletakan jawatan Shahrizat akan dibuat kemudian.

"Terdapat banyak sangat khabar angin. Tapi kita akan membuat pengumuman dalam keadaan yang lebih teratur," kata Presiden Umno itu di Johor.

Spekulasi nasib Shahrizat telah menjadi bualan hangat sepanjang minggu ini, dengan berbulan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana awam bernilai RM250 juta untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bagi kegunaan peribadi.

Skandal NFC menjadi perhatian umum setelah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 projek ternakan lembu di Gemas itu gagal menepati sasaran.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai ini telah menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang termasuk pemimpin veteran Umno, dengan menegaskan beliau hanyalah isteri kepada Salleh dan tiada kena mengena dengan projek tersebut.

Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.-TMI

SELEPAS 4 TAHUN, TSUNAMI BOLEH LANDA PAKATAN

Oleh: Amin Iskandar

Empat tahun sudah berlalu apabila buat pertama kalinya tsunami politik melanda negara. Pada 8 Mac 2008, rakyat semenanjung Malaysia membuat kejutan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Perdana menteri (PM) pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya tergamam tidak menyangka seteruk itu keputusan PRU. Kalau tak kerana terlalu mendengarkan menantunya dan budak tingkat empat merengek, sudah tentu Pak Lah masih PM Malaysia.

Majoriti dua pertiga BN di parlimen dirampas oleh gabungan PKR, PAS dan DAP - kini bergelar Pakatan Rakyat.

Negeri terkaya di Asia Tenggara, Selangor Darul Ehsan jatuh ke tangan PR. Perak, Kedah dan Pulau Pinang bertukar kepimpinan negeri.

Kelantan kekal di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat walaupun menantu Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin ghairah dengan kempen "pade doh" yang kononnya mampu merampas Kelantan.

Tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini Khairy Jamaluddin terus dibenci oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tsunami politik menyebabkan jangka hayat Abdullah Badawi lebih pendek daripada sepatutnya. Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Umno dan BN. Tsunami tidak mungkin akan dilupakan. Jika tidak kerana Sabah dan Sarawak, hari ini BN sudah tentu tidak lagi berkuasa.

Selepas 8 Mac

Tsunami dan "aftershock" demi "aftershock" yang berlaku selepas PRU ke-12 menyebabkan BN tidak senang duduk. Tamparan hebat diberikan apabila PR menang dalam banyak pilihan raya kecil (PRK).

Sebelum 8 Mac 2008, boleh dikatakan BN menang hampir kesemua PRK. Ini adalah kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesuatu kawasan PRK dan ini memberikan kelebihan kepada BN.

Apatah lagi media arus perdana memihak kepada BN. BN kini sedar, rakyat mahukan perubahan. Sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kuasa, gagasan 1Malaysia dicanangkan.

Program transformasi ekonomi, politik dan sosial diperkenalkan. Ini adalah kerana Najib sedar, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin bijak serta mahukan perubahan.

Selepas Tsunami, kerajaan tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Lihatlah bagaimana skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan oleh kerana terdapat bantahan ramai.

Dalam erti kata lain, suara rakyat menjadi semakin kuat apabila parti yang memerintah itu tidak mempunyai majoriti dua pertiga di parlimen. Apabila negara mempunyai pembangkang yang kuat, kebajikan rakyat semakin terjamin.

Dahulu di zaman BN menguasai majoriti dua pertiga di parlimen, kerajaan yang memerintah boleh berbuat sesuka hati sepertimana Pak Lah menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen dalam satu-satu masa.

Janji tidak ditunaikan

Tsunami politik tidaklah bermakna rakyat membiarkan Pakatan berbuat sesuka hati. Selain dari dipantau oleh Umno-BN, Pakatan juga dipantau oleh pengundi-pengundi mereka.

Jika ada wakil rakyat tidak berkhidmat dengan baik, jangan haraplah akan terus mendapat sokongan orang ramai. Jika Pakatan berkeras untuk meletakkan calon seperti ini, mereka juga akan berhadapan dengan risiko kalah dalam pilihan raya.

Rakyat Malaysia bernasib baik oleh kerana tsunami 8 Mac memberikan mereka peluang untuk melihat bagaimana Pakatan mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kita dapat menyaksikan bagaimana menteri besar bagi negeri Kedah bermati-matian mempertahankan kolej di bawah kekuasaannya menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap lima orang mahasiswa.

Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan bagaimana janji-janji untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan tidak ditunaikan. Orang-orang yang kononnya mahukan pilihan raya dilaksanakan kini lebih berusaha keras untuk mencari alasan agar tidak perlu melaksanakannya.

Maklumlah, sistem yang sedia ada lebih "enak" dan memberikan hasil yang lumayan.

Tidak dinafikan juga ada dasar-dasar yang baik dilaksanakan. Akan tetapi pemantauan yang kuat terhadap negeri-negeri Pakatan perlu diperhebatkan oleh rakyat agar perubahan yang dijanjikan dapat berlaku.

Jangan dilihat gelojoh


Tidak lama lagi, gendang pilihan raya akan dibunyikan. BN mahu terus berkuasa dan Pakatan mahu merampas kuasa. BN kita sudah boleh baca wataknya oleh kerana telah terlalu lama memerintah.

Akan tetapi cabaran kini terletak kepada bahu Pakatan kerana mereka mahu menjadi alternatif kepada BN. Dalam PRU ke-13 ini, jika benar-benar ingin menguasai Malaysia, Pakatan harus menunjukkan imej sebuah gabungan parti politik yang benar-benar mampu untuk memimpin Malaysia.

Amalan bertanding di kerusi DUN dan Parlimen sekali gus bagi seorang calon sudah sampai masanya dimansuhkan. Amalan ini sesuai bagi parti politik baru atau calon yang tidak mempunyai keyakinan untuk menang di sesuatu kerusi.

Ini adalah taktik "play safe" untuk memastikan seseorang pemimpin itu menang sekurang-kurangnya di salah satu kerusi yang dipertandingkan.

Pada 8 Mac 2008, rakyat masih boleh faham jika Lim Guan eng bertanding di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Ini kerana, Lim Guan Eng sendiri tidak begitu yakin untuk menang.

Jika dalam PRU ke-13 ini Pakatan masih lagi meneruskan amalan ini, calon yang bertanding kedua-dua kawasan DUN dan Parlimen ini akan dilihat gelojoh.

Orang-orang lain yang berpotensi juga tidak akan mendapat peluang untuk ditonjolkan sebagai pemimpin. Tsunami seharusnya memberikan pengajaran kepada semua pihak baik BN mahu pun PR.

Jika khianat rakyat, Tsunami yang melanda BN tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan.

Beranikah Gani menggoncang perahu Umno?: WCE RM7.1 bil yang tidak dipedulikan


Banyak yang telah diperkatakan mengenai "sikap berdiam diri" Peguam Negara, Gani Patail, tentang perjanjian Lebuhraya Pantai Barat yang menelan belanja RM7.1billion, yang dilaporkan oleh berita baru-baru ini. Jadi, apakah yang akan dilakukan? Adakah media kawalan Umno memberi peluang bagi pentadbiran Najib yang telah teruk dikritik kerana perjanjian itu sudah jelas begitu mahal?



Atau adakah media akan digunakan sebagai medan peperangan bagi puak yang sedang bertelagah dalam Umno, cemburukan gula-gula antara satu sama lain? Sebenarnya, personaliti Umno yang manakah benar-benar mendapat manfaat jika perjanjian dimenterai?

Kepada mereka yang tertanya-tanya, mengapa begitu banyak soalan berbaur politik dan sinis yang diutarakan? Jawapannya adalah kerana perjanjian WCE memang berbaur politik. Dan Peguam Negara pasti tidak terlepas daripada bos Umnonya dan yang amat melucukan pula, untuk percaya walaupun untuk satu saat bahawa dia akan berani untuk menyatakan "menyatakan ada keraguan disebalik urusan itu".

Ini satu ujian yang mudah. Jika Gani benar-benar bimbang, dia pasti mahu tahu. Mengapa biarkan ia menjadi tanda tanya? Terutamanya dalam kontrak sebesar begini? Peguam Negara bukan orang sembarangan, kedudukannya tinggi dengan kuasa dan pengaruh. Jadi, gunakan ia untuk mendapatkan jawapan. Tetapi biarlah siasatan itu betul dan dilakukan demi rakyat dan bukan untuk dirinya sendiri atau bos-bos politik.

Bukan sahaja perjanjian utama, lihat juga pada syarikat-syarikat terlibat
Pertama sekali, Peguam Negara bukan hanya perlu melihat pada terma perjanjian bagi projek tetapi juga siapa orang di belakang syarikat yang mendapat projek itu. Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bukanlah sebuah projek baru. Ia merupakan satu projek yang telah tertangguh selama lebih 10 tahun kerana masalah kewangan.

Europlus mempunyai masalah membiayai projek sejak krisis kewangan Asia 1997/98. WCE pertama

kali dibangkitkan oleh Tan Sri Chan Ah Chye, yang mengawal Europlus, 15 tahun yang lalu. Untuk mempromosikan projek itu, Chan menubuhkan Konsortium Logika Sdn Bhd (KLPB). Chan memegang 27,58% kepentingan ekuiti dalam Europlus dan syarikat pembinaan gergasi IJM Corp Bhd memiliki kepentingan 22,72%. IJM juga memegang kepentingan kawalan dalam KLPB.

IJM melalui Road Builder Holdings Bhd, menjalankan operasi tol bagi Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Pantai Baru dan Lebuhraya Kajang-Seremban. Dengan WCE juga dalam tangan, IJM berpeluang untuk menjadi pengendali tol terbesar di negara ini.

60 tahun konsesi tol antara Europlus dan kerajaan yang memecah rekod itu akan bermakna IJM kekal mengutip tol untuk tempoh masa yang sangat lama. Hubungan IJM dengan kerajaan BN begitu ketara sekali.

Lembaga pengarah IJM diketuai oleh Tan Sri Abdul Halim bin Ali. Abdul Halim Ali telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 dan bersara pada tahun 2001. Selepas bersara, dia dilantik sebagai ahli lembaga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga Januari 2007. Projek WCE mula bergerak pada tahun 2007, apabila KLPB memeterai perjanjian konsesi bagi pembinaan WCE itu. Adakah ini kebetulan?

Kerugiannya pula…

Hakikat bahawa kerajaan bersedia untuk melayan Europlus dan merunding semula syarat untuk membina WCE perlu dipersoalkan kerana setelah tahun demi tahun, Europlus menyaksikan kejatuhan hasil daripada RM50.4 juta kepada RM28.0 juta. Europlus pada dasarnya adalah sebuah syarikat yang tidak membuat untung, tetapi pentadbiran Najib telah menganugerahkannya dengan kontrak RM7.07 bilion.

Pada 31 Jan 2008, jumlah hasil Europlus adalah RM58.5 juta, tetapi pada 31 Jan 2011 hasil bagi kumpulan itu berjumlah RM28.0 juta. Keuntungan kasar bagi tahun 2008 adalah RM8.9 juta, pada tahun 2010 Europlus menyaksikan pendapatan menurun sebanyak RM17.2 juta dalam keuntungan kasar, ini menurun sebanyak RM4.2 juta pada 31 Jan 2011. Pendapatan bersih untuk 31Jan 2008 menurun RM24.8 juta tetapi pada 31 Jan 2011 pendapatan bersih berada pada negative RM50.8 juta.

Europlus adalah sebuah entiti yang banyak menanggung kerugian walaupun selepas rundingan semula untuk WCE, mereka telah mengecewakan kerajaan Malaysia.

Siapakah melindungi ahli-ahli Umno dari pemimpin mereka yang rakus?

Cara bagaimana Europlus mendapat projek itu perlu disiasat oleh Peguam Negara. Adakah "kuasa" yang memainkan peranan demi mendapatkan wang yang lebih daripada tabung kerajaan?

Adakah ini satu cara untuk memberikan wang kepada individu yang mesra BN dan menyembunyikan

ketamakan dengan sikap ‘mulia’ bahawa alkisahnya golongan elit Umno tidak mempunyai pilihan. Mereka perlu untuk menjaga wang untuk melindungi Umno jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan. Siapakah yang akan melindungi ahli-ahli biasa Umno dari pemimpin mereka yang tidak bertanggungjawab?

Banyak persoalan yang timbul tetapi rakyat Malaysia tahu pentadbiran Najib tidak akan dapat menjawab walau 10%, pun daripadanya hanya kerana ia tiada kepentingan untuk mereka berbuat demikian. Jadi jangan terpedaya apabila Gani tiba-tiba prihatin. Ia adalah dalam bidang kuasanya untuk mengarahkan siasatan penuh ke dalam apa yang tidak dipedulikannya sebelum ini.

Tetapi mari kita bertaruh - dia tidak akan melakukannya. Dia tidak akan berani untuk mengacau perahu Umno!

Malaysia Chronicle

RAKYAT MALAYSIA TANGGUNG UNTUNG ANANADA RM5.7 BILION MASA 2 TAHUN


Hartawan Ananda Krishnan mendapat RM6 bilion lebih daripada RM2.5 bilion nilai pasaran atas nilai aset apabila dia menjualnyakepada 1MDB yang sangat pemurah dengan pembelian sebanyak RM8.5 bilion.Sudah tentu Ananda yang bijak berniaga telah mendapat lebih daripada itu.

Loji janakuasa Ananda berada di Malaysia, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Ia dimiliki oleh Tanjung Holding Tenaga yang sebaliknya dimiliki pula oleh Tanjung Plcyang merupakan hak Anandasepenuhnya. Ananda membeli Tanjung Plc melalui perjanjian pembelian balik penswastaan pada tahun 2010 dengan hanya RM 2.8 bilion.Jadi Ananda sudah

menjadi RM5.7 bilion lebih kaya pada masa ini.Sebaliknya, dana rakyat Malaysia telah menyusut sebanyak jumlahitu juga.

Bila Ananda lebih kaya, rakyatmenjadi lebih miskin


Ya, wang rakyat sekali lagi terlibat kerana 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.Menurut profil mereka, 1MDB mempunyai satu konsep yang unik dalam memacu pertumbuhan ekonomi.Iamendakwatugasnya adalah mewujudkan 'peluang perniagaan berimpak tinggi' dengan menjalin kerjasama antarabangsa melalui perkongsian modal usaha sama dalam pertukaran projek. Ia juga mendakwa ia menggunakan kepakaran rakan kongsi bagikapasiti membina dan menterjemahkan modal ini ke dalam pelaburan asing secara langsung. Tinggi sungguh cita-cita mereka.

Untuk menjadikan misi dan visi 1MDB menjadi kenyataan, ia harus memaksimumkan keuntungan seperti apa yang dilakukan Ananda Krishnan pada syarikatnya. 1MDB harus bermula dengan melihat beberapa entiti perniagaan kecil yang mengawal sebuah konglomerat yang besar, membina perniagaan ini ke tahap yang tertentu, dan kemudian menjual konglomerat itu kepada pembida tertinggi.Sebaliknya 1MDB telah pula mengambil alih konglomerat besar dan lebih teruk lagi, konglomerat itu mungkin menghadapi beberapa risiko.Akibat ekonomi global yang lembap, begitu juga permintaan untuk tenaga dan ini tidak dapat dielakkan.

Selain itu, kebanyakan loji kuasa Ananda telah melepasi waktu perdana mereka kerana mereka sudahmelepasihayatproduktif.Semakin lama, ia akan haus dan lusuh dan akan menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi tidak lupa juga kos pembaikan. Kecekapan menjadi lebih rendah dan kos bahan api untuk beroperasi akan terus meningkat disebabkan ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa Ananda adalah kroni rapat bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.Sebagai contohnya syarikat minyak China telah dihalau keluar dari Selatan Sudan apabila negara yang baru diwujudkan mengambil alih pengurusan negara sendiri. Kini di Malaysia, dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tahun ini, terdapat peluang lebih untuk perubahan kerajaan - yang pertama kalinya dalam 55 tahun. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan dijangka merampas kerajaan persekutuan daripada Barisan Nasional pimpinan Najib.

Mungkin ini adalah kenaparamai elit Umno sedang membuatpenunaian aset kerana mereka benar-benar terpaksa menyerahkan kerajaan persekutuan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Urusan lama yang tidak menguntungkan rakyat Malaysia darisektor kuasa hingga ke tol jalan –semuanya akan diteliti dan dikaji semula. Zaman Umno mendapat habuan besar akan berakhir. Sebelum itu berlaku, pemimpin Umno dan rakan-rakan mereka bergegas untuk mencari jalan keluar, dan bukan itu sahaja, mereka menukarnya dengan keuntungan yang luar biasa banyaknya.

Loji-loji Ananda pada asasnya beroperasi dengan kebergantungan terhadap konsesi berterma mudah yang dianugerahkan oleh kerajaan yang juga melibatkan penyalahgunaan kuasa. Sebarang perubahan di dalam kerajaan sudah pasti akan menjejaskan kuasa aset Ananda - satu lagi sebab untuk keluar semasa keadaan masihselamat.

Jika memang loji janakuasa menjanakeuntungansehinggakan ada yang mengatakan mereka menjana sebanyak RM1 bilion dalam pendapatan setiap tahun - kenapa Ananda mahu menjualnya?Apakah pecahan dalam keuntungan? Apakah keuntungan bersih selepas ini dan berapa lamakah ini akan kekal? Namun, Ananda dan rakan politiknya tahu sudah tiba masanya untuk mereka menjual.

1MDB tidak fokus


1MDB menyatakan dalam laman webnya bahawa "syarikat memberi tumpuan kepada pelaburan dengan nilai strategik dan kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi, terutamanya dalam tenaga, hartanah, pelancongan dan perniagaan tani. Setiap pelaburan akanmelalui proses amalan terbaik global, disokong oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa serta infrastruktur yang termoden.

Bagaimana mungkin pelaburan 1MDB dalam unit kuasa Ananda mempunyai "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi" apabila apa 1MDB telah membeli sebuah entiti perniagaan yang sudah mantap. Rangkaian perniagaan seluruh Tanjong telah lama ditubuhkan, dengan segala-galanya sudah ada. Terus terang, 1MDB tidak boleh menjamin masa depan pembelian terbaru ini, apatah lagi sasaran "kesan pengganda yang tinggi ke atas ekonomi?”Cita-cita sahaja tinggi melangittetapiusaha sebenar tiada langsung.

Bayangkan, jika M8.5 bilion ini dibelanjakan ke atas pelaburan lain, betapa besarnya potensi untuk memberi kesan positif ekonomi untuk rakyat Malaysia. RM8.5 bilion bukanlah amaun yang kecil dan dengan wang itu, apa sahaja boleh dilakukan. Terdapat tawaran yang lebih baik dan melimpah-limpah menunggu untuk direbut.Mengapa, 1MDB tidak melihat lebih jauh dan mendalam daripada barangan terpakai Ananda?

Hakikatnya 1MDB tidak serius dalam tujuan dan misi mereka.Tidak hairanlahmengapa 1MDB telah digunakan untuk membuat Ananda Krishnan dan rakan-rakannya lebih kaya.Pengkritik pernah memberitahu, penasihat, pengarah termasuk pengurus IMDB mempunyai latar belakang yang tidak boleh dibanggakan.

Latar belakang pengarah jadi tanda tanya


Pertama, Pengerusi 1MDB adalah Lodin Wok Kamaruddin, yang juga Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Di bawah kepimpinan beliau, Bousteadtelah gagal menghantar kapal tentera laut yang dibeli oleh kerajaan mahupun jaminan yang diperlukan. Daripada dihukum, Lodin dan Boustead telahkini diberi tanggungjawab membina kapal yang lebih mahal yang secarajujurnya boleh dibeli dengan lebih murah di pasaran terbuka antarabangsa. Lodin telah menjadi orang kanan Najib sejak harinya sebagai Menteri Pertahanan pada tahun 1990-an.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi pula merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.Dia dikatakan adalah seorang yang pakar dalam memberi nilai tambahdalam pelbagai sektor, apa-apa sajalah maksud itu. Dia dikatakan memainkan peranan penting dalam membantu agensi-agensi kerajaan menambah nilai kepada perkhidmatan mereka untuk orang ramai dan perniagaan.Tetapi sedihnya, kebanyakan agensi-agensi kerajaan tidak langsung menunjukkan prestasi yang baik dan tidak dapat untuk menyampaikan perkhidmatan mereka seperti yang dijangkakan. Tidak terdapat badan kerajaan atau agensi yang boleh diambil sebagai model untuk agensi-agensi lain. Sebaliknya, laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 banyak menyenaraikan ketidakcekapan, salah urus dan rasuah.

Ismee Ismail seorang lagi pengarah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif ECM Libra Securities dan Pengarah ECM Libra Capital Sdn Bhd, syarikat yang ada kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, juga terbabit dalam urus niaga saham yang diragui.

Ong Gim Huat, seorang lagi pengarah 1MDB juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kwong Wah Yit Poh Press Berhad, penerbit Kwong Wah Yit Poh, berita harian berbahasa Cina di kawasan utara Malaysia. Ong tidak mempunyai kepakaran khusus yang diketahui kecuali telah berkhidmat sebagai pengerusi untuk beberapa badan.

Ashvin J Valiram juga disenaraikan sebagai pengarah 1MDB.Dia merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Valiram, peruncit barangan mewah serantau yang terkemuka dan juga perniagaan pelancongan.

Penasihat yang tidak boleh katakan 'tidak' kepada Najib

Kemudian, ketua bagi panel penasihat 'cemerlang' 1MDB ini tak lain tak bukan, Najib sendiri yang telah melakukan "banyak" (tiada langsung) untuk meningkatkan ekonomi Malaysia. Program Transformasi Ekonomi nya sendiri telah gagal tetapi, dia diberi tugas sebagaipenasihat nombor satu 1MDB.

Penasihat Khas ialah Tuan Yang Terutama Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Qatar. Jelas sekali, peranan yang mulia ini adalah semata-mata untuk manaikkanresume 1MDB supayaiamempunyai kredibiliti apabila cuba mendapatkan projek-projek di Timur Tengah.

Nor Mohamed Yakcop, yang pembantu politiknya telah ditangkap bersama wang tunai sebanyak RM2 juta dan disabitkan atas pengubahan wang haram, juga telah dijadikan penasihat.

Begitu juga Mohd Sidek Hassan, Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Malaysia, yang tidak melakukan apa-apa untuk memastikan penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan mematuhi prosedur apabila membuat perolehan.Maklum balas yang tidak bertanggungjawab terhadap laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan sikapnya kepada kita. Sidek berkata dia tidak bimbang akan kelemahan dan rasuah yang dinyatakan dalam laporan itu.

Penasihat seterusnya Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia,

yang dikenali sebagai ‘yes man’ kepada Najib.

Tiga penasihat terakhir ini tentu tidak berminat untuk melindungi kepentingan kita.Sebagai orang asing, mereka mungkin ikhlas tetapi kita boleh bayangkan bahawa mereka pasti bersedia untuk menyebelahi Najib dan pasukannya daripada menyelamatkan rakyat Malaysia dari perjanjian yang menyeleweng dan rasuah.Seorangdaripada mereka ialah Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton. Pengkritik berkata pelantikannya adalah disebabkan isteri Najib, Rosmah Mansor yangghairahpadabeg-beg mewah Louis Vuiton.

Seterusnya ialah Yang Mulia Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Hal Ehwal EksekutifAbu Dhabi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Mubadala Development Company.Yang terakhir merupakan Chang Zhenming, Pengerusi dan Presiden KumpulanCITIC dari China.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...