langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

05 Mei 2012

BERSIH 3.0 - Al Jazeera mengutuk keras penapisan berita!


Penapisan Sebegini Tidak Terdapat Di Tempat Lain Di Dunia! Al Jazeera Mengutuk Keras Malaysia EKSKLUSIF

Stesen TV terkemuka di Timur Tengah, Al Jazeera, telah memberikan reaksinya setelah ia mendapati liputan ke atas perarakan Bersih 3.0 pada hari Sabtu lalu telah ditapis oleh stesen TV satelit Malaysia, Astro.
Dalam kenyataannya yang tidak berkompromi pada hari ini jurucakap Al Jazeera mengumumkan:
“Kami belum pernah ditapis dan disunting sebegini dalam mana-mana platfom penyiaran di dunia sebelum ini.”
Kenyataan itu adalah pertambahan kepada kemarahan masyarakat akhbar dunia ke atas peraturan-peraturan penapisan di Malaysia yang bercorak autoritarian, dalam sebuah negara yang kononnya menyanjung dan mengagung-agungkan demokrasi.
Pihak BBC, yang telah mendapati laporannya mengenai kejadian itu telah disunting semula, telahpun melancarkan inkuiri bereditorial dan secara perundangan dan akan mengambil tindakan serius ke atas perkara itu, menurut suatu sumber dalaman.
Penyamaran
Dalam pada itu Al Jazeera, yang beribupejabat di Qatar itu, kini mempunyai sebab untuk percaya bahawa liputan menyeluruhnya mengenai perarakan Bersih itu juga telah diganggu.
Pada hari perarakan itu dilancarkan, Al Jazeera telah menghantar pemberita berbahasa Inggerisnya, Harry Fawcett, ke KL, untuk membuat liputan dan juga mengadakan temu-temuramah spontan.
Kebanyakan bahan yang diperolehinya adalah dramatik dan menunjukkan beberapa kes penggunaan kekerasan dan kekasar oleh pihak polis terhadap para penunjuk perasaan.
Semasa dia bercakap di hadapan kamera, anggota-anggota polis kelihatan mundar-mandir di belakangnya dan seterusnya dia melaporkan bahawa peralatannya dimusnahkan – salah satu serangan yang dilaporkan terhadap para pemberita oleh pihak polis.
Laporan Fawcett telah merumuskan, dengan mencadangkan bahawa ke dua belah pihak mempunyai perkara yang boleh dikesali. Namun stesen itu dipercayai telah menerima maklumat dari beberapa sumber bahawa Astro telah menapis dan menyunting semula liputan itu.
Pada hari ini jurucakap berbahasa Inggeris bagi Al Jazeera telah mengeluarkan kenyataan rasminya yang berbunyi:
“Pihak kami akan memohon penjelasan daripada Astro kenapakah laporan Harry Fawcett mengenai perarakan itu ditapis. Jika Astro mengatakan ianya telah melanggar “peraturan penyiaran tempatan”, mereka seharusnya menggariskan dengan tepat apakah elemen-elemen dalam bahan yang dikatakan telah dilanggari itu. Seperti yang kami ketahui, penapisan itu tidak dijelaskan kepada para penonton kenapa ianya dilakukan sedemikian. Kami juga tidak dihubungi oleh Astro kenapa babak-babak dalam liputan kami itu ditapis. Laporan berita kami adalah fakta semata-mata, dan sebarang pengolahan terhadap bahan liputan kami adalah tidak wajar. Kami belum pernah mengalami penapisan sebegini di mana-mana platfom penyiaran di dunia ini.”
Pencerobohan apa?
Tuduhan Al Jazeera bahawa sistem penapisan Malaysia adalah bersifat autoritarian yang telah mereka alami dicetuskan oleh sebuah rejim yang telah membelanjakan beratus juta ringgit untuk membersihkan imejnya di peringkat antarabangsa. Sebenarnya organisasi yang pro-kerajaan sahaja akan mendapat lesen penyiaran dan penerbitan di Malaysia dan mereka ini dikekendaki memiliki pendirian pro-kerajaan dalam setiap isu yang timbul.
Astro sendiri dikendalikan oleh seorang kroni pro-BN, Ananda Krishnan, dan diberikan hak penyiaran secara eksklusif dari kerajaan untuk bertindak selaku platfom penyiaran tunggal menyiarkan saluran berita sepanjang 24 jam bagi stesen TV seperti BBC, CNN dan Al Jazeera kepada penonton di Malaysia.
Sebagai mempertahankan pendiriannya pada minggu ini Astro mengakui bahawa ianya dibenarkan beroperasi berlandaskan “Peraturan Penyiaran Kebangsaan”, di mana organisasi-oraganisasi media seharusnya mengamal ‘penapisan-sendiri’.
Dalam kenyataannya Al Jazeera menuntut untuk mengetahui apakah isi kandungan peraturan penyiaran dan bagaimana pelanggaran peraturan itu dilanggari. Al Jazeera marah pada sikap Astro yang berhak menapis laporan berita tanpa memberitahu penyumbang berita ataupun para penontonnya!
“Pengawal Berita”
Sarawak Report kini dapat mendedahkan buat pertama kalinya bagaimana amalan penapisan berita dilakukan di Astro. Pemberi maklumat kami telah mendedahkan bahawa stesen TV satelit itu mengupah orang-orang untuk bekerja sepanjang masa sebagai “Pengawal Berita”.
Para “Pengawal Berita” di Astro bertanggungjawab menapis dan menyunting semula apa sahaja bahan yang bercanggah dengan peraturan-peraturan penapisan Kementerian Dalam Negerinya!
“Mereka bekerja dalam empat shif, mengawal segala berita yang diterima khasnya dari CNN, BBC dan Al Jazeera, dan memutuskan apa yang patut dan yang tidak patut diterbitkan”, kata pemberi maklumat kami.
Bagi stesen penyiaran yang bereputasi seperti Al Jazeera, ini bermakna laporan-laporan berobjektif boleh bertukar menjadi berita yang berat sebelah, tetapi para penonton di Malaysia akan mengatakan bahawa itulah pandangan stesen-stesen berita antarabangsa.
Jika BBC dan Al Jazeera telah secara sedar memeterai perjanjian-perjanjian yang membenarkan penapisan sedemikian rupa, maka isu-isu bereputasi mungkin boleh menjadi sesuatu yang merosakkan.
Namun akhirnya pihak autoritarian Malaysia yang bertindak secara rahsia akan terdedah juga rahsia mereka.
Pada hari ini MP Tom Greatrex dari Britain, salah seorang ahli All-Parliamentary Group ke atas Malaysia telah membuat kenyataannya sendiri mengenai rasa kesalannya ke atas penapisan berita BBC oleh Malaysia:
“Kebebasan bersuara merupakan perkara penting dalam mana-mana sistem demokrasi. Bagi komuniti antarabangsa, BBC World Service adalah nadi dalam mencari kebenaran. William Hague [Setiausaha Luar] harus menegaskan bahawa Malaysia tidak sepatutnya melakukan penapisan sedemikian.”
Peraturan Penyiaran
Sepanjang hari ini Sarawak Report telah gagal menghubungi pegawai-pegawai perhubungan saluran Astro.
Kami telah meminta sesalinan Peraturan Penyiaran Kebangsaan yang dijadikan panduan mereka dan untuk meneliti apakah criteria yang mereka gunakan untuk menapis bahan berita.
Di kebanyakan negara penapisan bahan-bahan berita dianggap sebagai perkara yang serius.
Namun, dokumen-dokumen yang kami perolehi adalah sekadar peraturan-peraturan Penapisan Filem dari Kementerian Dalam Negeri, dengan memberikan gambaran bahawa penapisan-penapisan adalah luas dan dilakukan ke atas apa saja yang mungkin bercanggah dengan kehendak rejim politik yang memerintah!
Kategori utama yang pertama merangkumi 4 bidang penapisan yang digariskan oleh Kerajaan merujuk kepada ‘pekara-perkara mengenai aspek keselamatan dan peraturan awam’.
Senarai kesalahan-kesalahan menjelaskan bahawa sesuatu yang mengkritik atau menunjukkan bahawa Kerajaan atau agen-agennya tidak baik sepatutnya ditapis. Dengan bermaksud tidak baik yang dilakukan oleh anggota-anggota polis sempena perarakan Bersih yang lalu juga perlu ditapis!
Di bawah peraturan-peraturan ini, jelaslah penapisan sepatutnya merangkumi sebarang pendedahan ke atas amalan rasuah, kedaifan atau sikap buruk yang diamalkan oleh kerajaan BN atau sesiapa saja yang bekerja untuk mereka.
Maka jelaslah bahawa Malaysia, yang kononnya sedang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi, mempunyai undang-undang penapisan yang sesuai dengan sebuah negara paling autoritarian dan didaktorial di dunia
Haruskah Al Jazeera dan BBC dan juga CNN membenarkan penapisan dilakukan ke atas bahan-bahan berita mereka tanpa mereka terlebih dahulu diberitahu bilakah peraturan-peraturan itu digunakan?

ZAHIDA BOTOK Vs SHAFIE TOP-UP



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

WALAUPUN Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.

Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).

Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.

Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.

Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.

Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.

Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.

Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.

Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing,” ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.

Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.

KHALID ISMATH DITANGKAP KERANA KECAM POLIS- PS, KAMI

Kecam polis: Khalid Ismath tertekan kerana ibu dizalimi, KAMI



Rentetan daripada tindakan Khalid Ismath yang menulis status di laman sosial facebook beberapa hari yang lepas, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi. Status yang dianggap mengecam Polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika Himpunan BERSIH 3.0.


Ibunya (gambar kiri) terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah. Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini. Lebih-lebih lagi ibunya merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda. Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Lantaran itu, Khalid mula bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab. Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui. Kenapa pula tiada dikenakan apa-apa tindakan?

Atas permintaan Unit Cawangan Khas yang hadir pagi tadi, Khalid yang merupakan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) akan menghadirkan diri ke IPK Kuala Lumpur esok jam 10 pagi. Kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan baik dan berhemah. InsyaAllah.

*Kenyataan media oleh Khairul Naim Rafidi selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

INDEKS MEDIA MERUDUM 144 DARI 197 NEGARA

Indeks Media semakin merudum : Najib Razak sudah hilang pertimbangan.

lapuran oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.




UMNO BN dilihat semakin takut tatkala tarikh PRU semakin hampir, ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, terakhir kita saksikan di akhbar Utusan berkenaan isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa Kerajaan pimpinan Najib Razak sudah hilang pertimbangan.

Kenapakah Najib perlu takut sedangkan sokongan rakyat kepada Umno BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.

Hairannya Pakatan Rakyat yang cuma ada akhbar lidah rasmi parti yang tidak punyai liputan meluas edarannya dan juga yang hanya bergantung media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak Bn di beberapa negeri pada Mac 2008 lalu.

Saya amat dukacita dengan perkembangan kebebasan media seperti yang dilaporan kan oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.

Adakah ini pembaharuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno BN? Bukti ini jelas menyatakan

Perdana Menteri "bodoh" dalam soal mentafsirkan maksud sebuah kerajaan sebagai pencetus idea dan agenda untuk mentranformasikan Negara dari segi peningkatan taraf hidup rakyat, ini adalah perbuatan karut BN terhadap rakyat kerana ia jelas satu bentuk penipuan.

Malah kita boleh lihat betapa kurang warasnya Perdana Menteri ini apabila mengeluarkan hujahnya bahawa Pakatan Rakyat kurang jelas idea dalam isu mengusulkan cadangan untuk prestasi Negara amnya.

Adalah tidak masuk akal Pakatan tiada idea dalam masa yang sama BN mencedok idea Buku Jingga yang sama. Beberapa isu Negara contohnya isu pemansuhan tol yang disifatkan BN sebagai mustahil, akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak Negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan billion sekarang ini.

Bagi Umno Bn kebodohan rakyat adalah nadi dan jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta tidak bebas.

Tragedi paling memalukan ialah bila anggota Polis telah diArahkan dan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan BERSIH 3. Mereka yang bertugas pada sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua,

Benarlah pengakuan TuN Mahathir bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dalam aspek intelektual minda yang cerdas.

Seperti kata Prof Aziz Bari hampir kesemua Polis pada hari itu jahil undang-undang Negara dan cuma datang bertugas dan tahu mengikut telunjuk dan arahan orang atasan sahaja sebagai ‘undang-undang semasa’ untuk bertindak.

Satu perkembangan buruk di abad ini buat Negara kerana pasukan Polis sepatutnya menjadi qudwah kepada rakyat selain menjadi ejen penjaga keamanan Negara,

Transformasi ala BNlah yang telah mengubah Negara ke arah kejahilan maklumat dan ilmu, tunggulah saat kehancuran jika BN terus memerintah lagi.

Perkembangan kebebasan media sebegini amat buruk untuk masa depan Negara , masakan kita cuma sekadar selesa sendiri tanpa berbuat apa-apa untuk ubah Malaysia menjadi lebih selamat, solusi terbaik ialah lenyapkan punca masalah iaitu tumbangkan BN dengan undi anda pada PRU 13 nanti, undilah selain BN, Negara pasti boleh diselamatkan.-KI

'Ini baju kuning tangkap, ini semua anjing Anwar ' - Dr. Aziz Bari


SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 3.50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ.

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".
Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. "Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

DR ABDUL AZIZ BARI

BERSIH 3.0 Dataran Merdeka - Video Paling Best!!!

BERSIHKAN PEMBODOHAN


Bersih! Bersih! Bersih! Kata-kata ini telah menggegarkan.

Seperti semua maklum tanggal 28 April 2012 lalu merupakan detik bersejarah di dalam perjalanan sebuah negara moden bernama Malaysia apabila puluhan ribu bahkan ada mengatakan ratusan ribu rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama turun ke jalan raya menuntut pilihan raya bersih dan adil. Aksi ini dinamai sebagai Bersih 3.0.

Sehingga kini telah tersebar catatan para peserta di blog, nota Facebook dan di media alternatif yang menceritakan pengalaman dan sudut pandang masing-masing mengenai persitiwa yang menghebohkan negara bahkan dunia. Semua itu akan dikenang suatu masa nanti sebagai catatan penting sejarah Malaysia untuk generasi mendatang seperti mana buku “Face Off: A Malaysian Reformasi Diary (1998-99)” oleh Sabri Zain dan “Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi” oleh Fathi Aris Omar yang mengisahkan catatan seputar awal reformasi dan tahun-tahun seterusnya.

Bersih pertama


Saya mempunyai ikatan personal yang kuat dengan Bersih melalui aksi pertama mereka pada November 2007 di mana saya telah membantu sedikit sebanyak belakang tabir setelah diundang bekerja sukarela oleh Faisal Mustaffa yang pada waktu itu aktif sebagai jawatankuasa. Kesan pertama, pengalaman bergiat dengan Bersih mempertemukan saya dengan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama yang cintakan negara dan di sini tiada sosok yang masih bermimpi bahawa negara ini milik Melayu dan Islam sahaja.

Pada aksi Bersih pertama saya terperangkap di Masjid Jamek setelah disembur gas pemedih mata dan air kimia dan kemudian berkumpul semula di Jalan Raja Laut sebelum berarak ke Istana Negara melaui Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu dan malangnya disambut rakyat yang sedang bersurai setelah berjaya menghantar memorandum kepada Agong. Aksi pertama menurut saya dihadiri majoriti pendukung parti PAS dan PKR dan hanya sebahagian kecil bukan Melayu. Impak Bersih pertama yang boleh diukur adalah tumbangnya Barisan Nasional di 4 buah negeri dan hilangnya 2/3 majoriti mereka di parlimen buat pertama kali dalam sejarah.

Bersih 2.0


Kemenangan parti pembangkang (kemudian dinamakan Pakatan Rakyat) di Selangor dan Pulau Pinang serta Kuala Lumpur yang beragam kaum dan agama masyarakatnya telah merubah dinamik politik di Malaysia apabila kesedaran kelas menengah dan urban terhadap hak-hak sebagai rakyat dan tuntutan kepada perubahan dan penambahbaikan negara semakin lantang. Menariknya kelantangan ini merentas 3 kaum utama yang ada di Malaysia iaitu; Melayu, Cina dan India dan pada saya dipicu oleh damainya perubahan yang terjadi di 2 negeri tersebut tanpa melalui pergaduhan dan pertumpahan darah antara kaum. Mudah kata momok 13 Mei berjaya dilepasi dan kesempatan ini dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk menggerakkan perubahan.

Tidak seperti jawatankuasa Bersih pertama yang didominasi ahli-ahli politik pembangkang, Bersih 2.0 berubah sifat apabila pemimpin-pemimpin NGO mengambil alih peranan yang pastinya mengundang pro dan kontra dari dalaman masyarakat sivil dan Pakatan Rakyat. Meskipun begitu faktanya siapa pun yang mengetuai, Umno Barisan Nasional tetap akan menganggap sebarang bentuk perlawanan sebagai musuh mereka bahkan musuh negara yang perlu dibanteras dengan apa cara sekalipun.

Tidak menghairankan apabila respon kerajaan terhadap Bersih 2.0 sangat di luar dugaan dengan tangkapan-tangkapan awal terhadap aktivis, rampasan baju kuning Bersih, tuduhan komunis sehingga teman seaktivis dari Korea Selatan terpaksa dihantar pulang dan aksi menutup bandaraya Kuala Lumpur. Seperti diramal aksi berakhir dengan keganasan dari pihak polis terhadap peserta. Meski semua itu, hasil mahal yang diperolehi dari aksi kedua adalah kemajmukan rakyat yang sanggup dan berani turun melepasi segala halangan yang dipasang polis menuju pusat kota.

Bersih 3.0

Buat pertama kali dalam sejarah Bersih, saya tidak dapat hadir menyertai rakyat di pusat utama aksi Bersih 3.0 iaitu Kuala Lumpur kerana sedang bertugas di Bali. Namun begitu kesedihan diubati dengan melakukan aksi Bersih 3.0 di Pantai Kuta yang sering menjadi tumpuan pelancong bersama rakyat Malaysia yang sedang bekerja dan belajar di sini. Tambah menarik aksi turut disertai beberapa pelancong Malaysia yang kebetulan berada di Bali dan mengetahui tentang aksi ini melalui Facebook, lihat betapa patriotiknya mereka sehingga sanggup mengorbankan sedikit masa percutian yang singkat. Tidak ketinggalan beberapa teman aktivis dari Bali turut hadir memberikan sokongan mereka. Aksi diakhiri dengan penghantaran memorandum tuntutan Bersih kepada konsul jeneral Malaysia di Bali.

Untuk pengetahuan, aksi Bersih 3.0 peringkat global telah berjaya dilakukan secara rasmi di 85 buah kota di 35 buah negara dan secara tidak rasmi di beberapa kota lainnya seperti di Nigeria dan Pulau Weh, Acheh. Apa yang saya maksudkan dengan rasmi adalah aksi yang terkoordinasi di bawah Global Bersih yang berpusat di Melbourne, Australia. Saya fikir ini merupakan aksi bersejarah dan wajib didokumentasi untuk diperingat kepada generasi mendatang.

Usai aksi di Pantai Kuta, saya melaju pulang ke rumah untuk mengikuti perkembangan terkini situasi di Kuala Lumpur. Persetankan “kerusuhan” yang telah berlaku dan teori-teori yang berlegar, saya sangat kagum dan benar-benar tidak berkata apa melihat kehadiran rakyat Malaysia yang melimpah ruah. Foto-foto kerumunan manusia yang kemudian muncul menimbulkan rasa iri hati kerana saya tidak di sana, sedih juga sebenarnya walaupun berjaya diubati dengan aksi di Bali.

Aksi Bersih 3.0 di Bali.
Jam-jam dan hari-hari seterusnya saya menghabiskan masa dengan membaca catatan-catatan peserta dan yang satu ini sangat menyentuh hati nurani saya;
“I am your typical Malaysian. A 4th generation Chinese born and raised in Malaysia. I am a mother of two young energetic children. I am your middle class average Jane Doe. I am a professional working 9-5. I studied here, married here, worked here and have never lived abroad. I did not go out on 428 because I have a terrible life. I did not go out because I am not loyal to my country or her rulers. I did not go out because I am a dumb wit bought by the opposition to cause trouble. I went because I love my country. I went because I am Malaysian. And thank you all who stood next to me that day to help me reaffirm that,” — Charmaine

Pasca-Bersih 3.0

Bersih 3.0 telah membentuk dua kubu di kalangan rakyat seperti baju kuning dan merah di Thailand, pro-Bersih dan anti-Bersih dan perdebatan hangat berlaku sebelum, semasa dan sejurus aksi selesai di laman media sosial dan dunia fizikal. Macam-macam pembenaran dibawa oleh kubu pro-Bersih dan begitu juga pembodohan dari kubu anti-Bersih, ya sekali lagi “pembodohan” kerana majoriti anti-Bersih menentang kerana alasan-alasan berikut; Ambiga itu pro LGBT dan murtad, kenapa korang tidak bersyukur, Melayu gaduh dengan Melayu bangsa lain bertepuk tangan, kalau korang kutuk polis jangan nanti dirompak melapor pada polis, korang diperalatkan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi PM dan lain-lain alasan sebodoh dengannya kerana sandaran mereka hanya kaum dan agama. Jarang bahkan hampir tiada kubu anti-Bersih yang berbicara tentang tuntutan-tuntutan Bersih.

Menurut saya dengan menolak semua pembodohan tersebut, impak terbesar Bersih 3.0 adalah bersatunya anak pelbagai kaum dan agama menuntut salah satu hak mereka sebagai rakyat iaitu pilihanraya bersih dan adil. Tiada momok perkauman sebaliknya rakyat berbilang kaum dan agama bersatu hati bersama-sama di waktu senang dan di waktu susah apabila ditembak gas pemedih mata.

Apakah 8 tuntutan Bersih beserta 3 tuntutan tambahan akan segera dipenuhi kerajaan amat sukar diramal. Seandainya pilihanraya tetap dilaksana jua tanpa mengendahkan segala tuntutan Bersih dan kelak dimenangi Barsian Nasional, gerakan menuntut perubahan akan semakin lantang dan bercorak partisan. Andai dengan segala kecurangan itu hati nurani rakyat secara berjemaah memilih Pakatan Rakyat, saya percaya gerakan Bersih akan menjadi pemicu kepada pengembangan besar-besaran kelompok masyarakat sivil dan non-partisan. Bahkan kini pun saya percaya satu pertiga dari peserta Bersih 3.0 dan 90 peratus peserta Global Bersih adalah terdiri dari kelompok masyarakat sivil dan non-partisan.

Pada hemat saya, kemenangan Pakatan Rakyat sangat penting untuk memudahkan Malaysia beranjak ke tahap seterusnya dengan syarat janji-janji perubahan dilaksanakan mereka. Kala itu saya, kita dan semua yang mendukung Bersih 3.0 berupaya melangkah jauh dalam segala agenda yang diperjuangkan dan tidak akan mudah terperangkap dengan pandangan-pandangan yang kini dinamai “partisan”.

Kemerdekaan kedua Malaysia ini perlu supaya tiada kedengaraan lagi alasan diperalat Anwar Ibrahim dan Ambiga, dan sudah tentu kita mahukan wacana kawan-kawan kita di Facebook tidak lebih lemah dari anak-anak sekolah menengah di Indonesia. Dari sisi lain Bersih bukan sekadar tentang pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya tentang kualiti hujah dan pemikiran kubu yang menentang kerana kita mahukan penentang yang berfikir supaya negara bertambah maju dan dengannya dogma kaum dan agama menjadi terpinggir-

Oleh Zulhabri Supian

04 Mei 2012

Global BERSIH: Jangan berurusan dengan media perdana


"Mana-mana badan atau syarikat berpengkalan di Malaysia harus menimbang semula secara serius dalam menjalankan urusan bersama dengan media arus perdana atas sebab penyiaran laporan yang tidak beretika terhadap perhimpunan 'Duduk Bantah' BERSIH", kata Global BERSIH.

Dengan menyifatkan beberapa organisasi media prima sebagai "sama sekali menjejaskan masa depan demokrasi diMalaysia", badan gabungan rakyat Malaysia di luar negara itu berkata, "Kami menyeru mana-mana syarikat yang terlibat dalam pengiklanan serta penaja yang membantu membiayai organisasi media tersebut untuk bertanya kepada diri mereka sendiri, 'Apa yang kita lakukan terhadap Malaysia?'"

"Syarikat yang mengiklan atau membuat penajaan dengan kumpulan media ini harus sedar bahawa jika mereka terus bekerjasama dengan media perdana, ia bererti mereka juga bersekongkol dengan penyelewengan maklumat yang disebarkan melalui media-media tersebut ke atas perhimpunan BERSIH Sabtu lalu."

"Dengan bersekongkol, ia secara tidak langsung adalah salah dari segi moral dan etika. Amalan ini mesti dihentikan jika rakyat Malaysia mahukan kemajuan dan perubahan dalam demokrasi yang semakin rosak teruk akibat gejala seleweng maklumat ini."

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day) anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB semalam (3 haribulan Mei), Global BERSIH mengeluarkan kenyataan dengan menyelar media arus perdana yang disifatkan gagal menyebar maklumat secara tepat kepada masyarakat umum di Malaysia.

"Skandal disebalik penapisan laporan BBC mengenai peristiwa sabtu lalu adalah salah satu contoh penyelewengan maklumat oleh media arus perdana. Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh ASTRO untuk memotong sebahagian daripada laporan BBC dan Al Jazeera mengenai BERSIH 3.0 hanya akan mengkhianati kepercayaan penonton dan juga pelanggan."

Selain itu, Global BERSIH juga menuding jari ke arah Radio Televisyen Malaysia, TV3 serta akhbar Utusan Malaysia, The Star, dan The New Straits Times sebagai contoh yang jelas memutar belit maklumat dan memanipulasi peristiwa BERSIH seolah-olah rakyat yang menyertai dipersalahkan kononnya sebagai pencetus huru-hara.

"Para penerbit artikel dan berita dari kalangan media perdana ini sememang sudah tahu akan kebobrokan system pilihanraya yang sedia ada namun mereka masih lagi sengaja memburuk-burukkan himpunan 'Duduk Bantah' yang memperjuangkan pilihanraya adil dan bersih. Oleh itu, adalah amat jelas mereka secara tidak langsung telah menafikan tuntutan murni BERSIH."


"Kesimpulannya, liputan mereka mengenai perhimpunan 'Duduk Bantah' Sabtu lalu itu sudah cukup untuk membuktikan kegagalan media perdana di Malaysia sebagai penyebar sumber maklumat yang benar dan tepat kepada masyarakat di Malaysia serta seluruh dunia," kata Global BERSIH.

*Kenyataan oleh Global BERSIH movement

DETIK KEMUNCAK REGIM DIJATUHKAN, APABILA MEDIA KRONI TURUT PROTES....


Apabila media arus perdana yang dikuasai kroni pemerintah turut menyatakan protes mereka terhadap pemerintah, maka itu detik-detik kemuncak di mana sesebuah regim bakal dijatuhkan. Melihat kepada reaksi wartawan media arus perdana selepas 28 April 2012, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengungkapkan kata-kata yang meraih tepukan gemuruh satu dewan, dalam forum semalam.

Mengisahkan bagaimana akhbar bahasa Cina utama menghitam-putihkan muka surat depannya sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, semalam, Fathi terus berkata, "Saya nak katakan, turning point, bagaimana dalam sejarah pergolakan revolusi dan kejatuhan regim-regim dunia ini akan berlaku saatnya perubahan seperti Sin Chew Jit Poh (Daily)."


Fathi menjelaskan, sewaktu Suharto (bekas Presiden Indonesia) mahu digulingkan, protes diadakan selama enam bulan, oleh mahasiswa dan orang ramai. Media arus perdana tempatan mengkritik penguasa, dan korporat besar menggantung banner di bangunannya yang tinggi. Kesemua ini "elit mobilisation", di mana elit merekah untuk menyokong parti politik berlainan, menjurus kepada kejatuhan regim Suharto pada akhirnya.

Aktivis media ini menjelaskan, Sin Chew Daily sebagai akhbar yang berpengaruh dalam masyarakat Cina, dan kadang-kala juga dilihat sebagai pro-Barisan Nasional, kini telah berani tampil ke depan untuk menuntut polis agar memohon maaf. Fathi (gambar kiri) menyifatkan bahawa ia satu langkah ke depan apabila "golongan yang paling konservatif" ini memakai baju hitam untuk memprotes.

Beliau mempunyai pengalaman dari BERSIH pertama hinggalah BERSIH 3.0. Ketika perhimpunan BERSIH pertama diadakan pada 10 November 2007, Fathi berkhidmat dengan M-Star, edisi bahasa Malaysia The Star. Beliau dimarah kerana meletakkan gambar Hadi Awang, Presiden PAS.

Bagaimanapun, wartawan The Star semalam juga memakai baju hitam sebagai tanda solidariti kepada wartawan yang dibelasah polis ketika membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Fathi menganggap insiden 428 merupakan "keganasan yang paling sistematik" terhadap wartawan sejak belasan tahun kebelakangan ini, meskipun ia bukanlah perkara baru, dan pernah berlaku ketika zaman Reformasi. Namun, kekasaran terhadap wartawan pada 28 April meliputi semua orang termasuk wartawan dan peguam.

Hishamuddin Rais: Gembira

Dengan nada sinis, seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais berkata, "Saya cukup gembira apabila

wartawan kena pukul. I am soooooo happy. I cannot hide my smile. Begitu lama demonstran-demonstran dipukul dah, dia (wartawan) buat tak nampak. Sekarang padan muka!"

Bekas aktivis mahasiswa ketika zaman 1970-an ini mengisahkan bagaimana wartawan buat tidak tahu apa-apa apabila polis membelasah peserta demonstrasi. Malah, menurut Hishamuddin Rais (gambar kanan), pada tahun 1960-an, seorang peserta demonstrasi Parti Buruh ditembak mati, dan apabila dimaklumkan kepada wartawan, wartawan tersebut sekadar bertanya, "Betulkah?"


Aktivis Parti Keadilan Rakyat, Latheefa Koya, juga seorang peguam, turut berkongsi pandangannya dalam hal ini. Meskipun ia bukan sesuatu yang lunak didengar, namun Latheefa Koya berkata, "apabila media kena (dipukul), baru dia orang sedar."

Latheefa Koya terlibat dalam banyak perhimpunan sejak zaman Reformasi, dan soalan yang sering diajukan oleh wartawan ketika polis mengganas adalah, adakah peserta memprovokasi polis? Mengapa pihak penganjur perhimpunan tidak lakukan ini dan itu?

"Sekarang, anda tanyalah diri andalah!" katanya, gagal menahan ketidakpuasan yang terpendam dalam hati selama ini. Latheefa Koya (gambar kiri) menjelaskan bahawa dirinya berkata demikian bukan kerana berdendam dengan wartawan, tetapi inilah realiti yang berlaku.

Panelis-panelis berkata sedemikian dalam satu forum "Pasca BERSIH 3.0: Keganasan Polis dan Media 'Blackout'", anjuran Akademi Pak Sako dan laman JalanTelawi.com, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Panelis yang lain termasuk Aziz Bari (Pakar Perlembagaan, Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI) dan Haijan Omar, peguam yang dibelasah sewaktu himpunan BERSIH 3.0). Forum tersebut menarik kira-kira 200 orang, sehingga dewan tersebut penuh dan sesak.

Baca: Hitam menjadi tema Hari Kebebasan Media sedunia

JUTAAN KE JALAN RAYA , INI JANJI!

Seperti yang dijanjikan ibu segala demo berjaya dijalankan. Seperti yang telah dijanjikan 250,000 warga telah turun ke jalan raya. Seperti yang telah dijanjikan politik baru telah dimunculkan. Seperti yang telah dijanjikan anak semua bangsa telah melintasi garis takut. Seperti yang telah dijanjikan politik ke jalan raya sebelum ke pilihan raya telah menjadi pedoman semua.

Hari hari berikut - seminggu, dua minggu mungkin satu bulan - heboh "Duduk Bantah" akan berterusan. MediaUnited Malays National Organisation akan terus memperlekeh BERSIH. Media gerombolan ini akan menetaskan pelbagai kesah penglipur lara, labun dan sastera.

Laporan awal dari Utusan telah mensasterakan bagaimana para demonstran telah dibayar untuk turun ke jalan raya. Ada demonstran yang telah diupah. Ada yang telah dirasuah. Ini sebenarnya ini teknik media lama yang telah berkarat. Akhbar gerombolan Ketuanan Melayu ini tidak sedar bahawa media baru, lengok dan bunyinya telah berubah.

Tetapi untuk menyenangkan kerja saya, saya menerima hakikat bahawa labun-labun media Utusan Malaysia ini adalah tepat - sahih lagi mensahihkan.



Maka akan timbul pula kisah polis kena pukul, kisah polis kena lanyak, kisah polis kena pelangkung, kisah polis menyembah minta ampun kerana ditibai oleh penunjuk perasaan, kisah polis lari terkencing-kecing dikejar penunjuk perasaan.

Akan timbul juga kisah penunjuk perasaan amat ganas, penunjuk perasan amat liar, penunjuk perasaan buat huru hara, penunjuk perasan baling batu dan baling botol, kisah polis cedera masuk hospital.

Untuk menyenangkan kerja kita, saya sarankan marilah kita terima hakikat bahawa sastera labun dari media United Malay National Organisation ini adalah sahih lagi mensahihkan, benar lagi membenarkan, betul lagi membetulkan.

Maka akan timbul pula kisah bahawa S Ambiga pengerusi nersama BERSIH ini sebenarnya bukan rakyat Malaysia. Ambiga berasal usul dari Nigeria. Nama sebenarnya Miss Wa Dunga Wa Dungu. Ambiga ini bukan sahaja orang asing malah telah dibuktikan bahawa Ambiga ini telah menerima duit dari ajen Ah Seng untuk memburuk-burukkan Raja-Raja Melayu.

Tidak cukup dengan ini Ambiga ini juga telah dibuktikan sebagai pengamal seks percuma. Malah kempen Ambiga menawarkan free sex inilah yang menjadi daya tarikan utama untuk anak anak muda dari Kuala Berang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka.

Lalu saya ingin bertanya, adakah ada sesiapa yang tidak akan berminat dengan seks percuma? Kempen seks percuma BERSIH ini cukup memberahikan. Bakal penunjuk perasaan bukan sahaja dapat seks percuma malah saya telah diberi tahu aiskrim batang pun akan diberi percuma.

Justeru, untuk membereskan tugas dan kerja kita maka saya cadangkan kita terima sahajalah labun seks percuma ini sebagai sahih lagi mensahihkan

Maka akan timbul pula kisah bagaimana kamera wartawan dari Al Jazeraa, Al-Bibisi, Al-Si-Ant-Ant, Al-Jazail, Al-Jalakon, Al-Mush-rikin dan Al-Ma'aunah yang telah dirampas oleh penunjuk perasaan. Bukan sahaja kamera di rampas tetapi telah dipijak-pijak. Tidak cukup dengan dipijak-pijak kamera ini juga telah dijualkan kepada Muniandy pembeli besi buruk dari Brickfields.

Sekali lagi saya dengan penuh kesedaran, untuk melunaskan dan mempercepatkan tugas harian, saya telah menerima berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.

BERSIH juga difahamkan bahawa ramai polis rahsia Najib yang dikenali dengan nama As Bee telah membeli baju-T BERSIH. Lebih dari 30 orang As Bee ini telah turut sama berdemo dengan memakai baju-T berwarna kuning dengan logo BERSIH. Bijak. Memang cukup bijak.


Saya juga tidak akan menolak berita As Bee ini sebenarnya menyamar sebagai penunjuk perasaan. As Bee bertugas untuk menjadi tukang kacau. As Bee jadi tukang provok. Maka kita terimalah kisah dan berita ini sebagai sahih lagi mensahihkan.

Saya juga tidak akan mempersoalkan tentang polis membawa kereta untuk melanggar demonstran di pinggir jalan. Atau berita tentang polis bermotosikal ke hulu ke hilir memacu motosikal besar mereka dengan ligat dan laju. Kita tak perlu bertengkar tentang ini.

Saya juga dengan senang hati menerima kisah bagaimana Chegubard, YB Tian Chua, YB Eli Wong, YB Sivarasa, peguam Latifah Koya termasuk peguam minah cun yang bernama Fadiah telah sama menerobos masuk ke Dataran Merdeka. Merekabukan sahaja menerobos masuk ke Dataran Merdeka, malah mereka telah membaling kasut dan selipar kepada mata-mata yang bertugas.

Kemudian kita membaca pula bagaimana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah berbisik-bisik dan berkenyit mata memberi tanda isyarat untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka. Mereka berdua ini mengikut surah labun Utusan Malaysia adalah orang jahat yang memulakan huru hara. Ini pun saya terima sebagai sahih.

Ada pula berita yang melaporkan BERSIH telah dibajak oleh parti politik. Ada yang melaporkan bahawa BERSIH telah menjadi kuda tunggangan parti pembangkang. Ada berita yang melaporkan BERSIH ini ejen Pakatan Rakyat. Untuk saya semua ini adalah berita yang tepat.

Untuk memudahkan kerja, saya tidak akan mempertikaikan kesemua berita-berita ini. Saya juga tidak akan menolak berita-berita ini. Saya tidak akan membangkang laporan Utusan Malaysia. Malah semua kisah-kisah ini saya anggap sahih lagi mensahihkan.

Saya tak ada masalah untuk menerima, mensahihkan dan menghalalkan semua laporan berita ini. Saya tidak akan bertegang leher untuk menafikan berita ini. Saya juga tidak akan berhujah untuk membuktikan bahawa semua berita-berita ini di reka-reka untuk mengalihkan pandangan orang ramai. Direka-reka agar orang ramai benci kepada BERSIH. Saya akan terima semua berita ini dengan tangan dan zip terbuka.

Hanya, saya ingin bertanya kepada pasangan Rosmah, kenapa ada rancangan hendak menipu dalam pilihan raya yang akan datang ini?

Saya juga hendak bertanya, 250,000 penunjuk perasaan yang turun ke jalan raya pada hari Sabtu lalu mahu apa? Apa tuntutan mereka? Beribu-ribu anak muda yang berdemo itu apa yang mereka mahu? Beratus ribu anak muda dari kampung dan desa, dari semua pelosok negara berani ke jalan raya kerana apa? Anak-anak muda dari Kuala Berang, dari Kuala Kedah, dari Felda Chemomoi bertempur dengan FRU di Masjid Jamek kenapa? Apa yang mereka mahu?

Satelah semua kisah ibu segala demo ini mengenap, pertanyaan-pertanyan di atas wajib dijawab. Soalan: Kenapa ada rancangan tersusun untuk menipu dalam PRU13 ini akan timbul kembali? Soalan kenapa gerombolan United Malays National Organisation merancang dengan menggunakan akta parlimen untuk menipu di PRU13 telah diketahui ramai. Ini bukan berita bohong.

Dakwaan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kad pengenalan segera kepada pendatang asing ini juga telah di ketahui ramai. Pendatang asing ini didakwa diberi kad pengenalan untuk membolehkan mereka mengundi. Ini bukan lagi rahsia.

Rancangan gerombolan United Malays National Organisation untuk menipu di kawasan-kawasan Selangor juga telah di ketahui. Beratus ribu nama pengundi telah ditambah untuk mengalahkan calon Pakatan juga diketahui. Beribu-ribu nama pengundi Pakatan Rakyat telah dialih, telah di hilangkan atau di ubah, ini juga diketahui.

Justeru, setelah heboh-heboh tentang keganasan penunjuk perasaan mengenap maka soalan kenapa United Malays National Organisation merancang untuk menipu di PRU13 akan muncul kembali? Tidak dapat dielakkan.

Kereta polis terbalik. Wartawan patah kaki. Azmin Ali buat kecoh. Ambiga penganut Hindu. Pak Samad jual Melayu. Dan seribu satu macam kisah-kisah penglipur lara ini tidak akan menenggelamkan satu persoalan hakiki: Kenapa United Malays National Organisation hendak menipu dalam PRU13?

Pada Sabtu 28 April lalu ada 300,000, ada 250,000, ada 200,000 atau 100,000 - jumlah angka ini di jalan raya - jumlah angka tidak perlu dipertikaikan. Apa yang sahih, beratus ribu warga anak semua bangsa telah turun ke jalan raya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Pilihan raya yang adil dan bersih dituntut untuk memastikan kerajaan yang wujud adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Bukan kerajaan yang naik takhta kerana penipuan dalam pilihan raya. Berkuasa bukan kerana menipu tetapi kerana sokongan ramai.

Sayugia di ingatkan, seramai 2500,000 yang berdemo itu adalah tanda amaran kepada United Malays National Organisation. Ini adalah tanda amaran dari 250 ribu warga anak semua bangsa. Amaran ini jelas bersuara: Jangan menipu dalam PRU13.

Dua ratus lima puluh ribu yang berarak dari Masjid Negara, dari Jalan Sultan, dari Masjid India, dari KLCC, dari Brickfields dan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka adalah perarakan untuk memberi tanda amaran. Ini adalah tanda amaran yang menuntut agar pengundi pos dilupuskan, masa berkempen dipanjangkan, media dibebaskan dan daftar pengundi dibersihkan.

United Malays National Organisation beringatlah kepada amaran dari 250,000 anak semua bangsa ini. Berwaspadalah agar amaran ini menjadi pedoman untuk membaiki diri. Kerana, jika PRU13 ini masih dijalankan dengan penuh penipuan maka bukan 250,000 warga yang akan turun ke jalan raya, berjuta juta lagi yang akan bangun. Ini bukan satu amaran. Ini adalah satu janji.

Jutaan ke jalan raya, ini janji
Hishamuddin Rais

Senator Australia akan saman NST walaupun mohon maaf , dakwaan anti Islam ‘meloyakan’

Senator Australia akan saman NST, dakwaan anti Islam ‘meloyakan’


KUALA LUMPUR, 4 Mei — Senator Australia Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.

“Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.

“Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan,” katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.

Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu laluyang menggelarkan Islam sebagai “pertubuhan jenayah” ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.Namun, menurut Hansard, senator terbabit yang merupakan sekutu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau menggunakan istilah “Scientology”.

“Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.“Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya,” katanya.

Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.

Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.

“Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?” soalnya. “Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya.”


Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas “dasar kehendak” untuk negara dan rakyatnya.

“Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku,” katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.

Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.

Namun begitu, menurutnya, akhbar Umni itu telah “mengeruhkan keadaan.”

“Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini,” katanya.

Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan “kenyataan yang sepatutnya” di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.

Respon balas NST adalah: “merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk ‘Pemerhati Di dalam Perhatian’ dengan sub tajuk ‘Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam’, seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.

“Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan ‘Islam’ yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.

“Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.

Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) semalam, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan “Islam” bagi menggantikan perkataan sebenar “Scientology”, yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,”contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar.”

NST telah menggugurkan artikel tersebut daripada laman web mereka, namun salinan tersebut masih boleh ditemui dalam direktori mereka.

Dalam artikel NST, Xenophon bukan sahaja dituduh menghina Islam dalam ucapan penangguhan Parlimen Australia pada 2009, namun turut menyatakan sokongan terhadap komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender.

NST memetik laporan ucapan tersebut yang mana senator itu berkata: “Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Islam bukanlah pertubuhan agama. ia adalah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama.” (“What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.”)

Namun begitu, SMH melaporkan, ucapan sebenar Xenophon berbunyi: “Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Scientology bukanlah organisasi keagamaan. Ia adalah organisasi jenyah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama.” (“What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Scientology is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.”)

Menurut laporan NST, Xenophon turut menyatakan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dalam ucapan penangguhan yang sama, dan menyatakan ahli Parlimen lain turut sependapat dengannya dan pertubuhan sedemikian dibenarkan oleh undang-undang.

Akhbar itu turut memetik kenyataan Ahli Parlimen Bebas, yang bersama PKR sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengkritik Xenophon atas kenyataan tersebut yang bukan sahaja melampau terhadap Islam malah turut menyokong LGBT.

“Perlukah kita membiarkan orang macam Xenophon ini mempengaruhi budaya dan moral masyarakat kita menggunakan politik? dengan bersama Xenophon, adakah ini menyatakan Anwar turut menyokong pergerakan LGBT?” soalnya dipetik NST.

“Saya turut mencabar ulama PAS untuk menyoal Anwar kenapa beliau bersama Xenophon sebagai rakan, sedangkan jelas Xenophon menentang nilai-nilai Islam.”

SMH bagaimanapun tidak menyatakan laporan NST berkenaan sokongan Xenophon terhadap gejala homoseks.

Namun akhbar itu mendakwa NST enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu malam tadi.

Xenophon merupakan salah seorang panel bebas yang antarabangsa “pra pilihan raya” yang dijemput ke Kuala Lumpur oleh Anwar untuk memerhati sistem pilihan raya negara.

Kumpulan tersebut mempunyai misi enam hari bermula 25 April ditugaskan untuk menemuramah kerajaan tempatan dan pemimpin politik, sebelum menyiapkan laporan dan cadangan berkenaan penambah baikan system pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia, berikutan pembangkang menyatakan sistem pilihan raya Malaysia adalah tidak adil dan bebas.

Mereka turut membuat pemantauan sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu, dan dalam respon awal, Xenophon menegaskan perhimpunan itu aman dan meriah, walaupun pemimpin kerajaan mendakwa berlakunya kekacauan. Oleh kerana kenyataan itu, Xenophon menerima kritikan kerana dikatakan bersekongkol dengan Anwar, dan persoalan berkenaan pendirian bebasnya ditimbulkan.

Hishamuddin Pengkhianat - Kata Kerabat Diraja


Seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan menggesa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatannya, dengan menyatakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan polis yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap di majlis ceramah “Jelajah Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan” di Seremban, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata polis tiada alasan apa pun untuk melakukan keganasan.



Beliau berkata beliau berada di perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dari tengahari hingga 11 malam.

“Keadaan pada awalnya seperti kita pergi picnic di Port Dickson,” ujarnya di majlis itu.

“Terdapat warga emas dan juga kanak-kanak. Saya tidak lihat sebarang niat yang serong di kalangan peserta perhimpunan.

“Pihak polis yang sepatutnya melindungi para peserta perhimpunan, sebaliknya mereka menjadi agresif dan memukul para peserta perhimpunan laksana segerombolan serigala.

“Anehnya ada di antara yang memakai baju Bersih tetapi pakai kasut boot. Ini menimbulkan kecurigaan di hati saya.

“Saya tidak dapat memikirkan teori lain selain dari (keganasan itu) telah dirancang rapi."

Hishammuddin perlu dipertanggungjawabkan terhadap kekacauan dan perlu meletakkan jawatannya dengan segera.”


Tunku Harmy juga menyifatkan Hishammuddin sebagai pengkhianat, mendakwa beliau (hishammuddin) yang bertanggungjawab memberikan IC kepada warga asing.

“Tak kisah samada MyKad itu tulen atau palsu. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, beliau mesti dipertanggungjawabkan kerana membiarkan keadaan terlepas dari kawalan. IC diberikan kepada warga asing untuk (membantu BN) menang di dalam pilihanraya,” tambahnya.

“Pergi dan semak di Chow Kit, Selayang dan lain-lain tempat di Kuala Lumpur. Terdapat jumlah warga asing yang ramai berniaga memiliki MyKad.”

Nah, "tukanglawan" mahu tanya pada orang umno yang kononnya sangat menghirmati institusi kesultanan, apakah anda mahu menyangkal kata-kata kerabat diraja ini?, jika masih mahu sangkal, anda telah menderhaka.
-TL

SUHAKAM : TINDAKAN POLIS TIDAK MASUK AKAL


Suhakam: Tindakan polis tak boleh diterima sama sekali

Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

"... di mana mereka (polis) mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan
polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.
"Sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.

Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod,mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.

Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru-hara.

Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.

Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.

Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak. Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman.

Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.

Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.

Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.

Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.

Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.

Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

03 Mei 2012

Dunia Mengutuk Malaysia Kerana Mengugut Pelajar-Pelajarnya di U.S !



Sarawak Report telah mendapat salinan-salinan email ugutan yang telah dikirimkan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia di Washington kepada semua pelajar Malaysia yang menerima geran-geran pengajian di Amerika Syarikat.

Email itu yang ditulis dan ditujukan kepada para pelajar bahawa jika mereka “bersemangat” menyertai perhimpunan-perhimpunan Bersih esok bagi menuntut pilihanraya Bebas dan Adil maka mereka akan menerima “padahnya” dan berkemungkinan akan dilucutkan bantuan biasiswa pengajian mereka.Email itu mencerminkan banyak ugutan secara lisan sebagai mana yang telah dihamburkan sejak beberapa hari yang lalu terhadap para pelajar Malaysia termasuk mereka yang menuntut di UK.

Kini ramai di kalangan pelajar Malaysia memilih untuk membeli topeng muka, agar mereka dapat menyertai perhimpunan aman itu tanpa dapat dikenali oleh berpuluh-puluh orang pegawai dari Cawangan Khas Malaysia yang dijangka akan memantau dan mengambil gambar semasa perhimpunan itu nanti. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula masih merasa takut menyertai perhimpunan itu.

Taktik itu, yang digunakan untuk menyerang asasi kebebasan manusia di negara-negara tempat pelajar-pelajar Malaysia menuntut telah mencetuskan provokasi di kalangan ahli akademik dan orang-orang politik di Britain dan juga di Amerika Syarikat. Pada hari ini, MP Tom Greatrex, seorang ahli Kumpulan All-Party Parliamentary ke atas Malaysia, berkata:

“Cubaan Malaysia untuk mengugut para pelajarnya secara terang-terang tidak dapat diterima akal.

Hak untuk mengadakan dan menyertai bantahan secara aman merupakan asas dalam mana-mana sistem demokrasi, begitu juga pilihanraya yang bebas dan adil, dan mereka tidak seharusnya diugut sedemikian rupa dan cara.

William Hague seharusnya bertindak segera bagi pihak kerajaan Malaysia bagi mempastikan bahawa ugutan terhadap para pelajarnya dihentikan.”
Jenayah Mengugut di ‘Bumi Kebebasan’!

Email yang bernada keras dan kasar, yang ditujukan kepada semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah dihantar pada hari Khamis 26hb April oleh seorang yang bernama Mohd Nazrol Marzuke, seorang penasihat pendidikan dan latihan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Malaysia.

Dihantar dua hari menjelang perhimpunan Bersih, Mohd Nazrol Marzuke menjelaskan bahawa emailnya itu sebagai “peringatan bernasihat” untuk “mengingatkan dan mencergaskan semula para pelajar terhadap tanggungjawab-tanggungjawab mereka”. Namun, email itu langsung tidak menyentuh tentang hak kebebasan bersuara, yang dijamin oleh Perlembagaan negara tempat mereka menuntut, Amerika Syarikat.

Amaran rasmi itu turut disisipkan sesalinan Perjanjian Biasiswa Persekutuan untuk “perhatian” para penerima email itu dan bersempena ‘isu-isu semasa yang berkembang itu’ menuntut agar para pelajar “memberikan perhatian khusus” pada Perenggan 5.4 dan 5.5 yang berkaitan dengan pemberian yuran-yuran pengajian mereka.
Dengan nada emailnya yang amat serius Mohd Nazrol Marzuke menuntut:

“Sila berikan perhatian penuh pada Perengan 5.4 dan 5.5 dan fahami makna penuh klausa-klausa yang ditulis dalam huruf halus itu”.
Dia seterusnya menjelaskan bahawa klausa-klausa yang menghalang para pelajar untuk terlibat “secara langsung atau tidak dalam apa jua kegiatan yang difikirkan boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan negara”.

Dan pengertian yang kurang jelas itu pula dihakimi oleh “Kerajaan” Malaysia sendiri! Siapa di dalam “Kerajaan” tidak pula dinyatakan secara spesifik. Namun, kata-kata yang kurang jelas mengenai tatakelakuan boleh menyebabkan para pelajar menjadi mangsa politik parti BN yang memerintah. Isi kandungan email itu seterusnya menyebut:

Sebarang siapa yang bertindak sebaliknya dan melanggari kandungan klausa itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak menarikbalik dan menamatkan prosedur seperti yang terdapat dalam Perenggan 7.

Amaran rasmi itu cuba diakhiri dengan salam yang bernada mesra, sebagaimana yang cuba diucapkan oleh Mohd Nazrol Marzuke untuk kejayaan para pelajar dalam peperiksaan akhir semester mereka. Namun, dia kelihatan kekurangan bahasa yang lebih halus yang digunakannya untuk memperkuatkan peringatannya yang bernada ugutan itu.

Amaran yang bernada keras itu dilihat sebagai melanggari hak asasi para pelajar untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka secara aman.

Pada hari ini, cawangan Kumpulan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUARAM) di London telah membuat kenyataan bagi memberikan keyakinan pada para pelajar dan penunjuk perasaan yang telah diugut itu:

“SUARAM merayu pada pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk ugutan ke atas sesiapa yang ingin menyuarakan hak-hak kebebasan. SUARAM menyeru pada kerajaan untuk melayan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 tanpa menafikan kebebasan mereka bersuara dan berhimpun. Jika Perdana Menteri Najib jujur dan ikhlas mendengar suara rakyatnya dan mempraktikkan laungan slogan “Rakyat Didahulukan”, maka beliau tidak seharusnya menyekat hak-hak dan kebebasan mereka.

Kami menyeru pada kerajaan, yang menjadi anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan sama sekali ugutan dan mengamalkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia di dalam semua undang-undang dan dasarnya.

Sementara itu, pengelola Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasan, yang baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Wanita Waja oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton, telah mengutuskan mesej peribadinya sebagai tanda bersyukur pada kesepaduan rakyat Malaysia yang menyokong perhimpunannya di peringkat antarabangsa.

Adalah dipercayai bahawa lebih dari 70 buah perhimpunan akan dianjurkan di bandaraya-bandaraya di seluruh dunia – suatu perhimpunan yang cuba dihalang oleh BN dengan cara mengugut sesiapa yang akan menyertainya. Para penasihat undang-undang turut mencadangkan bahawa Kedutaan Malaysia mungkin telah bertindak melampaui status diplomatiknya dalam negara tempat ianya bernaung, dan ianya telah dilihat sebagai melakukan jenayah mengugut rakyatnya sendiri di mana mereka mencari mana-mana negara untuk menyuarakan hak-hak asasi mereka. Kenyataan-kenyataan menerusi email dari beberapa universiti di Amerika Syarikat di mana para pelajarnya yang terjejas dijangka akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...