14 Julai 2012

Kantoi!!! Mat Rempit Yang Buat Kacau Ceramah Merdeka Rakyat di Langkawi , diupah Puak Amno ditangkap -VIDEO DIDALAM






Ceramah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim di Kuah Langkawi malam tadi berjaya menarik lebih 3,000 hadiran. Penganjur ceramah PKR Cabang Langkawi amat berpuashati dengan perjalan program gerak gempur dan penerangan diseluruh Langkawi bermula pagi 13hb.Julai dan program seterusnya ceramah Merdeka Rakyat di Pekan Kuah.

Terdapat gangguan budak-budak upahan telah menganggu perjalan ceramah dengan membuat bising dengan menonggang motor secara berkumpulan. Juga terdapat kejadian mencalar kereta-kereta hadiran oleh budak-budak tersebut. Dan pihak keselamatan Parti telah berjaya menangkap seorang pemuda yang kemudian mengaku telah diupah oleh pihak parti lawan kemudian telah diserah kepada pihak Polis. -KK

Panas!!! Pertemuan sulit dengan Hafiz Nordin kejut Yusni,dibangkitkan pemuda pusat?

Hafiz Nordin sepentas dengan Hasan Ali JATI

SiRi-SiRi pertemuan sulit beberapa pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang dengan Mohd. Hafiz Mohd. Nordin yang ditanya dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat pagi tadi telah mengejutkan ahli dewan yang hadir.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dilaporkan turut tergejut serta terkesima semasa diminta memberi penjelasan mengenai kewajaran pasukannya bertemu dengan Mohd. Hafiz yang belakangan ini nyata menyerang pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Mohd Yusni kemudiannya cuba dihubungi menjelang jam 2 petang tadi bagi mendapatkan maklum balas lanjut, namun gagal.

Sumber-sumber dalaman Dewan Pemuda PAS Pusat yang diteroka bagaimanapun memberitahu, pertemuan sulit terbaru membabitkan Yusni serta beberapa pemimpin utama PAS negeri dengan Mohd. Hafiz pada Ahad lepas di Madrasah an-Nahdhoh, Kubang Semang.

"Kebetulan waktu itu mesyuarat PASTi. Ustaz Hafiz sah-sah ajak pemimpin PAS lawan Pakatan Rakyat, lawan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) dalam ceramah-ceramah agamanya.

"Mana-mana ceramah, Ustaz Hafiz kata Pakatan Rakyat tak jaga Islam dan mainkan isu mayat mualaf dibiarkan (selama) enam jam di rumah mayat Cina (Leong San Tong) tanpa pembelaan untuk naikkan sentimen benci pada Kerajaan Negeri.

"Sebab itu, mereka dilihat mencurigakan apabila sembunyi-sembunyi buat usrah dengan Ustaz Hafiz...sebab itu kot mungkin Yusni terkejut pagi tadi," ujar sumber semasa dihubungi wartawan.

Sumber berkata, pertemuan sulit terbaru itu turut disertai oleh Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Mohd. Noor Harun, Afnan Hamimi Taib Azamudden (Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang) serta beberapa pemimpin pro Hassan yang lain.

Mohd. Hafiz dipertikai oleh akar umbi parti kerana bekas ketua pemuda PAS Pulau Pinang itu menyokong kuat Datuk Dr Hassan Mohd Ali, bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat oleh parti.

Menurut sumber, Mohd. Hafiz didakwa senada dengan Hassan Mohd Ali menjayakan agenda JATi menyerang kepemimpinan Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak tiga bulan lepas.

Sumber Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPP NPP) yang dihubungi selepas itu turut mempersoal kejujuran pemimpin sayap pemuda di negeri berkenaan yang didedah mengadakan pertemuan sulit dengan Mohd. Hafiz.

"Patutlah Ustaz Yusni kata: 'kita (pemuda) sudah buat laporan dan terpulang kepada (PAS) pusat untuk ambil tindakan atau tidak kepada Ustaz Hafiz' ketika ditanya dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri (Pulau Pinang)," ujar sumber.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, difahamkan masih belum ada laporan rasmi dari mana-mana kawasan dikemukakan ke Lembaga Tatatertib PAS.

Dijangka isu ini bakal meledak dalam mesyuarat Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) kelak yang turut disertai oleh Afnan Hamimi.

sumber: http://faqar.blogspot.com

LIVE TV USTREAM : HIMPUNAN OREN


Live Video streaming by Ustream

LIVE update himpunan oren - Saudara Mazlan Aliman sedang berucap


TERKINI MEDIA KINI PR MENDAHULUI : UTUSAN MALAYSIA DAH ANGKAT TANGAN

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Spin kita boleh, spin macamana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala Lumpur.


Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

Mimpi ngeri Najib kian Parah!! PENDEDAHAN Datuk Fauzi Shaari ( Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman) ?


Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah bukit aman, Datuk Fauzi Shaari meragui kenapa Razak Baginda boleh terlepas.


Walaupun Dato Fauzi Shaari tidak menghuraikannya bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini.

Beberapa persoalan masih belum terjawab. Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum?

Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? :


1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya?

2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka?

3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi:

“Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang”.

Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak.

5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya?

6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai?

7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali.

Dulu, kita tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu:

“Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"


Ejensi Fakap EP : ????????????????????????????????????????

13 Julai 2012

Ganu Kite digemparkan gempa bumi sekali lagi hari nie?



RUNTUH LAGI.....
DIMANA YER..?
SEPERTI BIASALAH...MANA LAGI...
TERENGGANU DARUL RUNTUH,. TANGKI AIR SEKOLAH MENENGAH PAKA ,DUNGUN TERENGGANU ... KEJADIAN INI BERLAKU PAGI TADI 13/7/2012......ADOIIIII
WHY ALWAYS TERENGGANU...???????
NEGERI TERENGGANU DARUL RUNTUH

PAKA, Tangki air bagi sek men keb paka yang pecah pagi tadi sehinga meranapkan pagar sekolah berkenaan. Sebagai TANDA PENGHORMATAN TERBESAR monumen diterengganu MENYAMBUT KETIBAAN PERDANA MENTERI DS NAJIB DIDUNGUN pada hari ini...

P/S : Berfikirlah menggunakan akal yang waras kerana akal yang waras menjamin TITLE Terengganu Darul Iman akan dijulang kembali..

Sumber : FB Pakatan Rakyat Supporters

BERITA TERGEMPAR!!!!!! BN SEDANG NAZAK PENDEDAHAN OLEH BEKAS WAKIL RAKYAT

Dah nak tergolek baru panggil kami, KATA AHLI MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.


Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.


“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.


Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com

TERKEJUT BERUK BN BILA NOH OMAR MENGAKU !

TERKEJUT BERUK BN BILA NOH OMAR MENGAKU ! Boleh caya ke...malaon nie cakap, banyak skandal penyelewengan telah terdedah cakap pun dah banyak merapu kalau jadi MB lebih teruk dari Khir Toyo?

Rujuk Akhbar SINAR hari ini 13 Julai 2012, yang menjelaskan akhirnya selepas ditekan bermacam kes penyelewengan dan kebodohannya serta dihenyak soalan wartawan akhirnya YB UMNO/BN Noh Omar akan teruskan air percuma Selangor malah nak bagi lebih dari 20 meter padu. Beliau lupa , dulu kutuk Selangor akan bengkrap kalau bagi air percuma.
Mana blogger yang mengutuk dan tak nak air percuma?



SHAH ALAM: Kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang akan meneruskan projek air percuma di Selangor membuktikan pengiktarafan terhadap projek ini.

Sebelum ini pimpinan UMNO Selangor mengkritik keras dasar pemberian air percuma kepada rakyat dan menganggap tindakan tersebut akan memufliskan kerajaan negeri.

"Ternyata mereka kini telah mulai menerima hakikat bahawa dasar tersebut sememangnya memberikan manfaat besar kepada rakyat," kata satu kenyataan yang dikeluarkan AMK Selangor.

Semalam media melaporkan, Noh Omar berkata, BN akan menyambung pemberian air percuma kepada

rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan kembali negeri Selangor dalam PRU akan datang.

Kenyataan beliau ini jelas mengiktiraf pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri.


AMK Selangor mengalu-alukan kenyataan Noh Omar semalam yang mana secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMNO semakin cenderung meniru idea serta dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya dalam soal melibatkan kebajikan rakyat, kata kenyataan itu.

Justeru, AMK Selangor menyeru agar Noh Omar bersikap matang dan terbuka serta turut sama-sama

membantu kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu-isu tertentu yang merumitkan kelancaran pelaksanaan dasar pemberian air percuma ini demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya.

Panas!!! Kes Scorpene: Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama



KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.

“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih

membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu.

Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.“Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.


“Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007,” jelas Setev.

Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.“Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu,” katanya.

Panas! Pegawai SPR nie memang Mangkok Ayon!!

'Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi''


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya.

Dalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam.

"Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu.

"Saya jumpa dan saya kata pada dia, ''selepas ini, jaga Lembah Pantai lagi ke?'' Kita perlu berbaik dengan semua orang. Itu yang diajar walaupun kita mempunyai latar belakang politik yang berbeza.

"Tetapi dia jawab ''Tidak, kalau saya jadi pegawai pilihan raya Lembah Pantai, YB tidak akan menang lagi'',"
kata Nurul Izzah kepada kira-kira 1,000 orang hadirin.


Majlis makan malam tersebut diadakan di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Thien Hau Temple.

Ia turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, kata Nurul Izzah berkata, beliau akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perbualannya dengan pegawai tersebut.

Katanya, tindakan pegawai tersebut bukan sahaja biadap tetapi turut tidak mempamerkan sikap SPR yang dikatakan akan melaksanakan transformasi dalam pilihan raya.

''Bolehkah anda semua bayangkan, dalam pada SPR cakap akan laksanakan transformasi, SPR sudah melaksanakan semua tuntutan BERSIH, tapi bila jumpa pegawai pilihan raya yang akan menjadi pegawai pilihan raya lagi, boleh kata ''kalau jaga Lembah Pantai YB tidak akan menang lagi''.

''Bagi saya ini tindakan yang biadap. Saya akan pastikan saya menulis surat kepada SPR tentang perbualan ini. Anda suka ke, tak suka ke parti itu, kerja perlu profesional, perlu objektif," kata Nurul Izzah lagi.


Sementara itu, majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada 'Elvis Presley Malaysia', HT Long, yang menyanyikan dua buah lagu. Antara lagu yang dinyanyikan berjudul 'Now or Never'. Anwar yang menghafal lirik lagu tersebut turut secara spontan naik ke atas pentas dan bernyanyi bersama sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin.

RM1,500 Gaji Minimum Di Selangor Pusat masih Dok Kaji

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Dana RM10j bantu GLC

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menerusi Geran Selangorku memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk membayar gaji minimum RM1,500 kepada kakitangan anak syarikat milik penuh (GLC) kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagi melayakkan kakitangan GLC yang berpendapatan kurang RM1,500 memperoleh gaji minimum, mereka akan diberi latihan mengikut kemahiran yang membolehkan mereka melakukan pelbagai kerja syarikat.

Menurutnya, peruntukan khas itu merupakan antara usaha Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) menyelaraskan gaji minimum sebanyak RM1,500 ke atas semua kakitangannya.

“Kita sediakan dana sebanyak RM10 juta daripada RM300 juta di bawah Geran Selangorku khusus bagi membantu syarikat GLC yang tidak berkemampuan untuk memberi latihan kepada pekerja.

“Sebagai contoh kalau seseorang pekerja untuk mahir dalam bidang komputer, kita hantar pekerja ini kursus antara tiga hingga enam bulan dan hasilnya dia akan kembali sebagai pekerja yang memperoleh kemahiran tambahan,” katanya menjawab pertanyaan mulut Khasim
Abdul Aziz (Pas-Lembah Jaya) mengenai pelaksanaan gaji minimum kakitangan awam Selangor.

Menurut beliau, pelaksanaan dasar tersebut merupakan satu langkah dalam usaha meningkatkan produktiviti dalam kalangan kakitangan GLC.

“Gaji bawah RM1,500 adalah sangat rendah dan Kerajaan Negeri perlu beri pekerja ini kemahiran supaya mereka tidak dapat bayaran yang rendah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kesemua syarikat GLC sudah melaksanakan dasar berkenaan dan kerajaan negeri sentiasa memantau perlaksanaannya dari semasa ke semasa.-SH


Gaji Minimum Ditetapkan RM900 Di Semenanjung, RM800 Di Sabah, Sarawak & Labuan: Najib

April 30th, 2012 by Najib Razak



PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya.
“Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan,” katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini Isnin.

Pengumuman itu juga sempena sambutan Hari Pekerja yang akan disambut Selasa dan sebagai hadiah istimewa daripada kerajaan persekutuan kepada seluruh warga pekerja.Najib berkata kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Bagaimanapun, katanya untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

Perdana Menteri berkata pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.

“Pemberian tempoh masa yang mencukupi ini adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
“Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan,” katanya.
Jelas Najib lagi kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan para pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

Namun untuk permulaan, katanya sebagaimana syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.“Sekiranya gaji minimum ditetapkan melebihi tahap RM900 (yakni gaji pokok) kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing,” katanya.

“Jika perkara itu berlaku, industri tidak boleh beroperasi sewajarnya dan dikhuatiri ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, kerana ini akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan nasional,” katanya.Najib berkata kerajaan juga sedar, bahawa menetapkan kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendedahkan kepada tohmahan bahawa Kerajaan Persekutuan menganaktirikan pekerja di negeri dan wilayah tersebut.

“Perbezaan gaji antara dua wilayah ini terpaksa dilakukan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara,” katanya.Namun begitu, beliau berkata untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri tersebut dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum di Semenanjung Malaysia.

Kadar gaji minimum yang ditetapkan tersebut tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara, jelas beliau.
Pada pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan MPGN sebagai platform utama dalam penetapan upah, termasuk menentukan kadar dan mekanisme pelaksanaan gaji minimum di negara ini.

Susulan itu, Kementerian Sumber Manusia bersama rakan tripartite telah merangka dan menggubal perundangan yang berkaitan.Hasilnya, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 telah digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada sesi Jun/Julai 2011, kemudian akta diwartakan pada 15 Sept dan seterusnya, MPGN telah ditubuhkan pada 28 Sept.

Sumber : Bernama

12 Julai 2012

Kantoi!! RM20 Juta Beli MP Pakatan Rakyat

Pakej RM20 Juta Beli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat


SHAH ALAM 12 JULAI: Pakej lumayan bernilai RM20 juta merupakan pendedahan siri ke empat bagi membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang didedahkan Ahli Parlimen PKR Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Ia bukan sahaja berbentuk wang tunai tetapi meliputi pemberian aset perniagaan dan ‘percutian’ bagi tempoh meredakan keadaan.

Selain itu RM10 juta kononnya akan dibelikan gudang di sekitar Kuala Lumpur yang kemudiannya disewakan kepada orang lain sebagai pencen manakala selebihnya dinyatakan supaya beliau membawa isteri ke Indonesia selama dua atau tiga tahun untuk meredakan keadaan dengan syarat lapan orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar meninggalkan parti.


Dakwa Amran, tawaran ini berlaku ketika Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi Perdana Menteri melalui perjumpaan yang diatur oleh pihak tertentu.

“Kalau seorang menarik diri perkara ini tidak jadi. Pemberian RM20 juta seorang ini terjadi apabila kelapan-lapan orang ini melompat supaya kononnya apabila Najib menjadi Perdana Menteri, Perak dapat dirampas dan BN memperoleh semula majoriti dua pertiga (di Parlimen),” katanya di Lobi Bangunan Annex di sini.

Pengakuan Amran mengukuhkan lagi pendedahan yang dibuat sebelum ini oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan PKR.

Lebih menarik kata Amran, tawaran tersebut mereka akan menjadi ahli parlimen bebas tetapi menyokong BN.

Kenyataan ini sebenarnya mengukuhkan lagi bukti bahawa BN sudah lama merancang rampasan tampuk pentadbiran Pakatan Rakyat Perak yang berjaya direalisasikan pada Februari 2010.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Aziz Kadir yang turut bersama dalam sidang media berkenaan mengakui dihubungi oleh individu yang dikenali sebagai ‘Zamil’.

Katanya, beliau dihubungi beberapa kali oleh individu berkenaan namun tidak melayan panggilan berkenaan.

Sebelum ini Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut serta dalam sidang media hari ini mendedahkan Ketua Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim merupakan antara individu dalam klip video proses perbincangan tawaran supaya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan parti.

RAJA BOLEH DIKRITIK JUGA BOLEH DISAMAN

Raja boleh dikritik, kata bekas mufti

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan di mana seorang Sultan boleh dibawa ke mahkamah atau disaman.

Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.



KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.


Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.

Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri (gambar fail) menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.

“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.

Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.

Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.

“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.

“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.

Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.

Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.

“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star.


Saturday, February 7, 2009
Mahathir: Sultan boleh disaman

SERI KEMBANGAN: Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru.

Majlis itu berlangsung petang semalam di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.


Kata beliau, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, kata beliau pada sidang akhbar beberapa jam sebelum upacara tersebut.
-mstar



Sultan boleh disaman: Saksi
Posted on March 17, 2010 by pemudasarawak
Posted by rakyat marhaen


KUALA LUMPUR – Dua saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes Karpal Singh yang didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bersetuju bahawa Sultan boleh diambil tindakan mahkamah atau disaman.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tanjung, Jefri Salim dan Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, 63, itu sekiranya perkara tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. jefri adalah saksi pendakwaan ke 11 sementara Mohd Helmi saksi ke-17 masing-masing memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Kedua-duanya bersetuju dengan cadangan Karpal pada sesi pemeriksaan balas peguam itu, bahawa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan di mana seorang Sultan boleh dibawa ke mahkamah atau disaman.

Karpal yang juga Pengerusi DAP didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di sini, antara 12 tengah hari dan jam 12.30 tengah hari, 6 Februari tahun lalu.
Kedua-dua saksi tersebut dalam keterangannya mendakwa, rasa terpanggil membuat laporan polis terhadap kenyataan Karpal itu kerana setia kepada Sultan dan Institusi Diraja bukannya atas arahan sesiapa.

GEMPAR!! ARWAH " AMUK" DI JPM BANGKIT???



Arwah "amuk" di putrajaya bangkit dan padam blog dia.. cer tgk kat sini..ilang dah.. arwahnya pakai laptop dell.. keh keh keh,,

http://www.jayanegara1234.blogspot.com/


KEPUTUSAN CAPAIAN KE BLOG JAYA NEGARA:

Oops! Google Chrome could not connect to www.jayanegara1234.blogspot.com
Suggestions:
Access a cached copy of www.­jayanegara1234.­blogspot.­com
Go to www.­blogspot.­com
Try reloading: www.­jayanegara1234.­blogspot.­com
Search on Google:

Google Chrome Help - Why am I seeing this page?
©2012 Google - Google Home

Semalam Jenazah beliau dikebumikan oleh pihak polis.


Anda buat andaian sendiri....macam ada yang tak kena...???

BERSIH 3.0: BUKAN SAJA SAYA DIPUKUL 10 ANGGOTA POLIS, BARANG JUGA DICURI

Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa polis curi barangan peribadi ketika dipukul


KUALA LUMPUR, 11 Julai — Inkuiri kedua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu saksi bahawa barangan peribadi miliknya telah dicuri pihak polis ketika dipukul sewaktu menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0, pada 28 April lalu.

Arshad Abas yang ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan Bersih 3.0 “duduk bantah” di Dataran Merdeka mendakwa sebelum dipukul, dia telah diarahkan untuk menukar baju T kuning Bersih yang dipakainya, dan ketika hendak menukar baju berkenaan, dia telah dipukul sekitar lapan hingga 10 anggota polis.

“Saya dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan, saya bertembung dengan dua kumpulan anggota polis dan mereka mengarahkan saya menukar baju T kuning Bersih. Ketika saya ambil baju dari dalam beg, saya telah dikerumuni pihak polis dan mereka memukul saya menggunakan kaki dan tangan.

“Kemudian, saya hanya lihat tangan yang saya yakin daripada pihak polis membongkar beg saya. Saya telah kehilangan seunit Samsung Tab 7.0, jam tangan, termasuk baju yang saya hendak tukar dengan baju Bersih yang saya pakai,” katanya kepada panel hari ini.

Beliau turut mengesahkan barangan-barangan itu belum lagi dikembalikan kepadanya walaupun laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan itu.

“Sampai sekarang saya masih lagi tidak memperolehi barangan tersebut,” tambahnya lagi.

Malah, menurut Arshad lagi, ketika ditahan, anggota polis yang bertindak memukulnya telah memberitahu mereka bertindak ganas terhadapnya kerana salah seorang daripada anggota mereka telah meninggal dunia.

“Saya terkejut kenapa mereka memberitahu saya perkara itu,” tambahnya lagi.

Ekoran insiden itu, Arshad telah menerima lima jahitan di kawasan atas kening kanannya dan telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama perhimpunan itu berlangsung.

Panel hari ini telah diketuai oleh Naib Presiden Suhakam sendiri, Professor Datuk Dr Khaw Lake Tee, dan dibantu pesuruhjayanya Professor Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen, manakala pihak polis diwakili oleh Asistan Komisioner Jamaluddin Abdul Rahman

11 Julai 2012

Pelik, Tiada Ahli Keluarga & Sahabat Hadir Di Upacara Pengebumian Khalil Afandi

Polis Urus Jenazah Blogger

Serdang: Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlansung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam.

Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut.

Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan sesiapa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak satang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada seseiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi. -GB

Mengapa Wajib Ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai!


Adakah kita tergamak membiarkan Felda lingkup akibat pengkhianatan pemimpin Umno?
Adakah kita lupa nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bukit Cherakah?
Menang sorak kampung tergadai....

Jom ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 julai ini,
Tunjukkan sokongan dan dokongan melalui Himpunan terbesar warga Felda.

Terdapat 112,635 peneroka Felda seluruh negara,
Ada 23,000 kakitangan Kumpulan Felda
Ada 45,000 pekerja Ladang Felda Plantation,
Terdapat 537,738 hektar tanah ...



Untuk menang lebih banyak kerusi di Parlimen, takdak cara lain melainkan PAS dan PR kena tingkatkan sokongan orang melayu pasainya PAS bertanding kebanyakannya di kawasan majoriti pengundi melayu yang selama ni cukup kuat sokong Umno.

Kalau PAS nak menang lebih 60 kerusi macam yang PAS target, PAS kena nak kena dapat paling kurang pun 45% sokongan pengundi melayu.

Selain dari di kampung-kampung tradisi, pengundi melayu majoriti di kawasan tanah rancangan terutama sekali tanah rancangan Felda yang ada di 54 kawasan Parlimen dan 92 Dun seluruh negara.

Kalau PAS boleh pecahkan benteng Umno di tanah rancangan Felda tak mustahil PAS boleh dapat sehingga 45% sokongan melayu dan boleh menang sehingga lebih 60 kerusi parlimen.

Macam kata Mazlan Aliman, isu Felda ni bukan semata-mata isu orang di tanah rancangan Felda tapi isu orang melayu keseluruhannya.

Pasai itulah PAS kena pastikan seramai mungkin turun ke Himpunan Oren Selamatkan Felda hari Sabtu ni.

Kejutan Besar di Sabah pada PRU 13!

Nantikan kejutan besar di Sabah pada PRU 13 – Anwar


KUALA LIPIS 11 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.“Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.


“Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya,” katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.


Baru-baru ini, bertiup kencang spekulasi enam pemimpin BN Sabah akan menyertai KEADILAN. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mahu menaikkan orang-orang kepercayaan beliau menjadi calon dalam PRU akan datang. Situasi itu menyebabkan Najib masih mahu menangguhkan PRU sehingga kemelut Sabah dapat diselesaikan.


Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi janji-janji pilihan raya oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, sebaik sahaja Pakatan menang, harga minyak akan diturunkan.
Begitu juga tarif elektrik dan pendidikan percuma.“Pakatan akan melaksanakan janji termasuk menurunkan harga minyak, tarif elektrik,
Mengkaji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan memberikan pendidikan percuma,
” katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa pelabur Arab akan datang dengan sejumlah besar pelaburan jika beliau diberikan amanah sebagai Perdana Menteri oleh rakyat.

Biarpun dalam hujan lebat, orang ramai setia menunggu sehingga Anwar menghabiskan ucapan. Jelas kelihatan gelombang perubahan sedang melanda rakyat Pahang yang beberapa tahun lalu tidak berminat menghadiri ceramah Pembangkang.

REKOD DUNIA!! 3,500 SAMAN PENEROKA KEPADA FELDA

Lebih kurang 3,500 saman dan jumlah tuntutan RM1.5 Bilion telah dibawa ke mahkamah oleh peneroka seluruh Malaysia kerana kes penipuan oleh Felda & Felda Falm Industries s/b yang dipercayai kes terbesar di dunia. Untuk maklumat lebih lengkap anda boleh tonton video dibawah:



Salah satu kes saman dibawah :

Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntut ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Dalam tuntutan itu, peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua.


Tuntutan itu berhubung pembayaran Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun, di samping mendakwa Felda tidak pulangkan kembali tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka.

Tuntutan saman itu diwakili tiga peguam bela diketuai R Sivarasa yang hadir bersama T Kumar dan Latheefa Koya di mahkamah kira-kira jam 2 petang.

Kira-kira 100 peneroka memenuhi pekarangan mahkamah. Hadir sama, Pengerusi Biro Peneroka dari PKR, Shuhaimi Said.

Sementara itu, R Sivarasa berkata, tuntutan saman itu berikutan defendan tidak menggunakan kadar KPG yang wajar terhadap peneroka.

Menurutnya, peneroka juga mempersoalkan tindakan defendan kerana menghalang plaintif melakukan ujian perahan minyak sawit di makmal bebas.

“Kenapa Felda menghalang tindakan mereka (plaintif) kalau tidak bersalah? Kenapa perlu takut untuk dibenarkan membuat ujian?” katanya.

Sebelum ini, seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi di sini, 26 April lalu.

Pada Januari 2010, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai ganti rugi kepada peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan kerana penipuan kadar perahan minyak kelapa sawit.

Panas!!! Memalukan Menteri Umno buat kerja Haram

“Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini,”

Memang dah perangai pemimpin UMNO jenis taram dan langgar saja, ikut suka tanpa menghormati undang-undang PBT dan Negara lebih dari penyamun punya sikap.

SHAH ALAM, 10 JULAI : Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar didakwa melakukan promosi dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Beliau berkata, tindakan Noh yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani itu jelas membelakangkan peraturan dan undang-undang yang menjadikan Tanjong Karang umpama pekan koboi dengan boleh dilakukan apa saja tanpa perlu merujuk kepada pihak berkuasa.

“Mungkin Perdana Menteri tidak tahu perkara ini kerana Noh adalah orang kepercayaannya. Dengan pendedahan ini, kita pasti Najib akan merasa malu apabila gambarnya dipaparkan pada billboarad haram.

“Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Faekah berkata, Kerajaan Negeri telah lama memberi peluang kepada Noh tetapi tidak mengambil inisiatif untuk berbincang dengan MDKS atau merujuk terlebih dahulu sebelum membina billboard tersebut.

Sehubungan itu, katanya, arahan merobohkan semua billboard telah dikeluarkan kepada MDKS.


Menurutnya, tindakan Noh itu amat dikesali kerana sebelum ini beliau mencerca Pakatan Rakyat (Pakatan) kononnya hanya tahu memacakkan billboard yang dikatakan tindakan tidak tahu diuntung.

Tambahnya, Kerajaan Negeri menggunakan billboard di seluruh negeri ini untuk menyebarluaskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk memberi manfaat kepada rakyat yang tidak mungkin mendapat maklumat ini menerusi media cetak arus perdana dan televisyen.

“Kita meminta kebenaran untuk meminjam billboard milik PBT di seluruh negeri. Kita juga membina 56 billboard baru iaitu satu Dewan Undangan Negeri (DUN) satu billboard untuk mempromosikan MES selepas mendapat cadangan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).


“Projek ini dibuat secara tender terbuka dan pemilihan tapak dibuat atas nasihat PBT. Kita memastikan pembinaan billboard ini mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh PBT dan mengingatkan PBT supaya mengambil tindakan sekiranya kontraktor terlibat gagal mematuhi grsi panduan,” katanya.

10 Julai 2012

Panas! Runtuhan terbaru di Terengganu

9hb.Julai 2012 -Berita ini diambil dari FB rakan Kedah.kini dari Terengganu

Ni dia runtuhan terbaru di terengganu.. Bertambah lagi koleksi runtuhan di Ngeri Terengganu.. Tanah airku.. Sign Board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang.... Apa malang nasib negeriku.... Harap pihak berkenaan dapat baiki segeralah yer.


TERKINI!!! ROSMAH MANSOR DILANTIK MENTERI WANITA?

Halimah : Rosmah Cuba Ambil Alih Jawatan Menteri?


SHAH ALAM, 10 JULAI: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kurusus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya.

Demikian kat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali kepada TVS hari ini.

“Pertamanya, apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa?

“Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar?

“Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri,
kata beliau ketika ditemui apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat tengahari tadi.

Menurut Halimah, pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar.


“Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu.

“Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini.

“Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa? Soal Halimah.

Halimah juga tidak menolak kemungkinan bahawa ‘pengumuman’ Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum.

Suspek wanita Amuk di JPM " anak gila Internet" & SAKIT OTAK

Ayah dakwa kawan 'Imam Mahadi' anak gila Internet

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network

PUTRAJAYA- "Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini."

Demikian kata Ahmad Adam, 55, bapa suspek wanita yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.


2 Individu Mengamuk Di JPM Sakit Otak


Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis. Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.


Dalam kejadian 2.30 petang semalam, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Polis terpaksa melepaskan tembakan apabila usaha memujuk lelaki dan wanita itu gagal, sebaliknya mereka yang bersenjatakan pedang samurai, cuba menyerang polis dan merosakkan beberapa kenderaan di kawasan itu.

Mohmad menjelaskan tindakan polis terpaksa menembak kedua-dua suspek itu sebagai langkah mempertahankan diri daripada terus diserang dan meminta orang ramai supaya tidak mempolitikkan kejadian itu.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. ~bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...