19 Jun 2012
Exco Kanan Pahang Tan Aminuddin meninggal dunia
Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak
TEMERLOH – Exco Pahang Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini pada 8.55 pagi ini setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 8 Jun (Jumaat) lalu.
Allahyarham adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda Negeri meninggalkan seorang balu, Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak, manakala anak sulungnya sudah meninggal dunia.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor dibawah pengawasan doktor pakar dilaporkan tenat semalam dan masih dibantu dengan mesin sokongan pernafasan sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Anak saudaranya, Saiful Azman Mokhtar Affendi, bapa saudaranya itu dikatakan turut mengalami komplikasi penyakit lain termasuk jantung dan kencing manis dimasukkan ke Hoshas kerana mengalami cirit birit dan muntah muntah serta badannya lemah.
Tan Aminuddin adalah Ketua UMNO Bahagian Maran menjadi wakil rakyat sejak lima penggal dan pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar adalah anak jati Chenor.
Beliau adalah anggota EXCO paling kanan dan lama berkhidmat dalam kerajaaan negeri selain Menteri Besar.
Sementara itu, isterinya kini turut mendapat rawatan di hospital yang sama akibat tekanan darah -SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan