IKLAN

IKLAN
Klik gambar

04 Jun 2011

IPP SYARIKAT KRONI MAHADIR, AKHIRNYA RAKYAT DIMANGSAKAN

Tarif elektrik: Ani Arope salahkan EPU, gelar ‘Unit Penyamun Ekonomi’

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik.
Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’, memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj.
“Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP,” kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook.

“Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui.

“Bagus EPU — Unit ‘Plundering’ Ekonomi,” katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan.
Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA)

Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir.
“TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya,” katanya.

Tak rasmi: Mat Sabu menang No 2 PAS

Tak rasmi: Mat Sabu menang No 2 PAS
Oleh G Manimaran dan Syed Mu’az Syed Putra June 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Jun — Keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohamad Sabu menang jawatan timbalan presiden PAS, dan jika disahkan, ia akan mengejutkan banyak pihak dalam parti Islam itu dan pemerhati politik negara.

Keputusan rasmi akan diumumkan sekitar 10 pagi ini.

Proses mengira undi selesai tengah malam tadi.

Di peringkat naib presiden, Datuk Paduka Husam Musa kembali memperoleh kedudukan itu, yang dikosongkan dua tahun lalu ketika memutuskan untuk bertanding timbalan presiden.

Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar kekalkan kerusi nasib presiden.

“Berdasarkan maklumat tak rasmi, Mat Sabu (gambar) dapat sekitar lebih 450 undi kali ini, mengatasi dua calon lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Mohamad yang lazimnya dirujuk sebagai “Mat Sabu” bertanding kali kedua berturut-turut jawatan timbalan presiden.

Beliau bersaing dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man — yang dikategorikan sebagai pemimpin daripada kalangan ulama.

“Bagaimana kita kena tunggu pengumuman rasmi, sebab kita tidak mahu apa yang berlaku dua tahun lalu, keputusan terbalik ketika pengumuman rasmi dibuat,” katanya.

Kali ini PAS mengadakan proses kira undi dengan menyediakan ejen calon.

Jawatan naib presiden turut disaingi oleh bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Idris Ahmad iaitu Ketua Penerangan PAS dan seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah. TMI

03 Jun 2011

Agenda Utusan ditetapkan UMNO

Hata Wahari: Ruang kebebasan hilang selepas Najib memerintah

Bekas wartawan veteran Utusan Malaysia merangkap bekas Presiden National Union of Journalists (NUJ), Hata Wahari berkongsi pengamatannya bahawa ruang kebebasan untuk mengkritik kerajaan dalam Utusan Malaysia lenyap selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

"Hanya boleh kritik pembangkang, atau memuji kerajaan, itu sahaja," kata Hata Wahari (gambar kanan) yang berpendapat bahawa Utusan Malaysia masih mempunyai sedikit ruang untuk mengkritik kerajaan sebelum Najib menyandang jawatan Perdana Menteri.

Malah, beliau mengulangi bahawa agenda Utusan Malaysia ditetapkan Biro Politik UMNO, dan diserahkan kepada sekumpulan elit media dan politik yang bekerja untuk pejabat PM untuk memberi arahan kepada Utusan.

Hata Wahari berkata, Utusan Malaysia diarahkan untuk memainkan isu perkauman dan agama, menyerang Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dan DAP; untuk PAS pula, Utusan Malaysia akan berbaik-baik dengan Presiden PAS Hadi Awang, sebaliknya menyerang Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat secara sehabis-habisnya.

Utusan Malaysia telah memiliki satu modul tersendirinya untuk memainkan sesuatu isu, iaitu melontarkan isu pada hari pertamanya, mendapatkan reaksi menteri atau pemimpin politik pada hari keduanya, dan membuat ulasan dalam ruang komentar pada hari ketiga, kata Hata Wahari.

Beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam operasi institusi yang sudah 16 tahun beliau curahkan perkhidmatan, dalam satu forum berjudul "What price, media freedom?" (Apa harganya kebebasan media?) anjuran Centre for Independent Journalism (CIJ) pada 1 Jun 2011.

Agenda Utusan ditetapkan UMNO

Hata berkata, Utusan Malaysia melaksanakan agenda yang ditetapkan biro politik UMNO, yang bermesyuarat setiap minggu untuk menetapkan agenda Utusan Malaysia. Anggota Biro Politik UMNO termasuklah Presiden UMNO Najib, Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin, tiga orang Naib Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Safie Apdal, Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan Ahmad Mazlan.

Selain Biro Polituk UMNO, mereka yang terlibat untuk menentukan agenda Utusan Malaysia termasuk sekumpulan elit yang bekerja untuk pejabat Perdana Menteri, termasuk bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, orang kanan Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bekas editor New Straits Times merangkap wartawan agensi asing, bekas pegawai atasan Security Commission dan Media Prima.

Hata Wahari berkata, kumpulan orang ini akan memberi arahan kepada Ketua Pengarang Utusan Malaysia untuk melaksanakan agenda UMNO, misalnya menyerang buku jingga yang diketengahkan Pakatan Rakyat.

Bekas Presiden NUJ yang baru meletak jawatan ini berkata, perkara pertama yang dilakukan dirinya selepas menerajui NUJ adalah mengkritik Utusan Malaysia, agar tidak dimainkan lagi isu perkauman.

Seorang hadirin melontarkan persoalan, sama ada "orang itu" yang memberi arahan secara langsung, kerana sesetengah hujah Utusan Malaysia dianggap bercanggah dengan gagasan "1Malaysia"? Malah ia mencungkil kecurigaan sama ada fraksi tertentu dalam UMNO cuba menggulingkan "orang itu"?

Hata Wahari menjawab, "Mereka telah menetapkan agenda, iaitu isu perkauman dan agama. Suka hati andalah untuk nak buat apa-apa."

Beliau menambah, mereka telah menetapkan agenda, dan isu ini akan menjurus kepada sokongan pengundi Melayu kepada UMNO. Hata Wahari berkata, isu ini dimainkan Utusan Malaysia kerana pembacanya kebanyakannya tinggal di kawasan kampung.-MR

RAKYAT SABAH KINI BERANI BERSUARA!

MENGHAIRANKAN! Pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) sudah semakin hampir dan boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang, tetapi Kerajaan Barisan Nasional mengambil sikap tidak popular sejak kebelakangan sehingga mengguris hati rakyat jelata.

Contohnya, kenaikan harga Petrol Ron 95, kenaikan harga gula, kenaikan tariff elektrik dan pelbagai lagi tindakan menambah garam ke luka di hati rakyat yang belum sembuh selepas pilihanraya umum ke 12.

Bagi orang kaya, kenaikan sedemikian tidak membebankan, tetapi bagi majoriti rakyat Sabah yang berpendapatan ‘ala kadar’ atau RM1,600 sebulan, bagaikan rumput di jalanan yang hidup segan, mati tidak mahu; sudah pasti tidak mampu membiayai ansuran bulan rumah, kereta, bil utiliti serta belanja persekolahan anak-anak.

Sekarang rakyat Sabah semakin marah, tetapi memendamkan kemarahan. Tidak guna meluahkan kepada media kerana sudah pasti tidak disiarkan, melainkan media baru seperti Sabahkini.net; tetapi jika tersiar, maka mungkin berakhirlah riwayat jawatan mereka yang membuat kenyataan.

Pemimpin BN yang semakin buta hati akan membalas dendam kepada pembawa berita dan bukannya tahu berterima kasih kepada Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung atau Ahli UMNO yang membuat kenyataan media.

Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke beberapa lokasi, senario kini bukan seperti senario 1960-an kerana majoriti rakyat akar umbi termasuk Ketua Kampung, Pengerusi JKKK dan Ketua Cawangan tidak segan silu membuat kenyataan atau mengkritik pemimpin mereka secara terbuka.

“Kenapa mau ambil tindakan pemecatan ke atas kami jika yang ajar kami bersuara ialah Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin. Beliau bukan sahaja menentang Ketua Menteri Sabah, bahkan Perdana Menteri secara terbuka, tetapi diberi projek dan dilantik sebagai Senator. Jadi kenapa mahu balas dendam kepada kami jika hanya menyuarakan keluhan rakyat?,” tanya seorang Ketua Cawangan UMNO, Tampi-Tampi Darat, Azizul Sanarul.

Menurut Azizul, rakyat bukan ingin mengajar pemimpin politik tetapi hanya menyuarakan hak mereka yang dinafikan kerajaan selama ini kerana tidak mendapat apa yang dijanjikan sejak pilihanraya umum 1994 lagi.

Ternyata kenyataan Azizul ada asasnya kerana ke mana-mana sahaja lawatan Sabahkini.net, majoriti responden memaki hamun pemimpin BN yang sudah lupa diri, namun masyarakat Cina pandai menyimpan kemarahan mereka, bagaikan harimau menyimpan kuku, sekalipun hampir 80 peratus daripada mereka tidak menyukai BN.

Namun bumiputera masih kukuh bersama UMNO/BN sekalipun dilayan seperti ‘anak buangan’ kerana masih dapat mencari makan dan mencuri peluang, terutama Ketua Cawangan UMNO dan AJK Bahagian yang dijaga oleh pemimpin mereka, sekalipun ahli UMNO/BN tetap marah kerana semua habuan ditelan Ketua Cawangan mereka. -sabahkini

NELAYAN LAUT DALAM MINYAK DITARIK SUBSIDI

Nelayan Laut Dalam Tidak lagi Dibekalkan Minyak Pada harga Subsidi RM1.25 - Noh Omar

KUALA TERENGGANU: Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.

"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan, Khamis.

Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter.

"Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram.

"Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan.

"Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi.

"Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya. - BERNAMA

Scorpene: Najib perlu jawap lawatan Macau


Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa Kementerian Pertahanan yang di bawah pimpinannya didakwa berurusan dengan seorang warga Perancis yang terpalit dengan rasuah ketika menguruskan pembelian kapal selam pada tahun 1994, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Tian berkata Jean-Marie Bovin menubuhkan sebuah syarikat berpangkalan di Malta, bernama Gifen untuk membiayai perjalanan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan seorang lagi yang tidak dikenali.

"Pada tahun 2002, kita tahu ada tiga individu yang dibiayai oleh syarikat Malta (Gifen) dari KL ke Macau. Sekali lagi satu kemusykilan wujud mengapa rundingan membeli kapal selam perlu pergi ke Macau," kata Tian kepada wartawan, semalam.

Bovin didakwa terbabit dalam skandal pembelian kapal selam oleh Pakistan daripada Perancis yang turut melibatkan pembayaran komisyen lumayan kepada pihak tertentu pada sekitar tahun 90an.

Menurut Tian, syarikat Gifen berpangkalan di Malta, dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertahanan yang ketika itu diketuai oleh Najib mengarahkan pembiayaan perjalanan Abdul Razak, mendiang Altantuya dan individu ketiga yang masih belum dikenalpasti.

Tian berkata soalan itu perlu dijawab oleh Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan ketika itu dan bukannya menteri sekarang, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini menawar diri untuk memberi keterangan kepada badan kehakiman Perancis yang bersetuju untuk menyiasat unsur rasuah dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia.

"Saya tidak rasa (Datuk Seri) Zahid Hamidi mengetahui perkara ini, maka hanya bekas Menteri Pertahanan (Najib) yang boleh jelaskan sebab arahan pembayaran dan identiti (tiga) individu datang daripada Kementerian Pertahanan dan mereka hanya membuat bayaran lawatan tersebut," kata Tian.

Skandal kapal selam itu berpaksi kepada pembunuhan warga Mongolia dan kekasih Abdul Razak, Altantuya Shaariibuu serta pembayaran komisyen sejumlah RM534 juta dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Abdul Razak dan isterinya, Mazlinda Makhzan.

Antara ahli lembaga pengarah Perimekar ialah Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

"Isunya sekarang mengapa bayar kepada Perimekar di mana kami dapat tahu tiada sesiapa dalam syarikat itu mempunyai kepakaran dalam undang-udang Eropah," kata Tian.

NGO hak asasai manusia, Suaram melantik dua peguam Perancis untuk menfailkan permohonan supaya kes itu disiasat setelah kerajaan Malaysia dilaporkan cuba melindungi amalan rasuah itu, walaupun setelah Altantuya mati dibom pada tahun 2006.

Tian berkata Najib harus mengarahkan Jabatan Imigresen membuat semakan ke atas identiti individu ketiga yang menyertai Altantuya dan Abdul Razak berhubung lawatan mereka ke Macau pada tahun 2002.

Najib sebelum ini bersumpah beliau tidak mengenali Altantuya sungguhpun dakwaan itu dinafikan oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Juga untuk keadilan keluarga Altantuya, kita patut korek kerana perbiacaraan pembunuhan kejam itu, maklumat ini tidak pernah diketengahkan," kata Tian.

Tian juga mendesak agar kerajaan memberikan nilai kontrak sebenar pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis itu kerana berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, kos itu melebihi RM1.3 bilion.-mk

02 Jun 2011

Hata Wahari: Wartawan kini hanya pentingkan gaji

Hata Wahari yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai Presiden National Union of Journalists (NUJ) sebak ketika berkongsi pengamatan bahawa wartawan kini hanya mementingkan gaji sendiri, dan tidak berprihatin terhadap kebebasan akhbar, dalam satu forum, semalam.

Hata Wahari yang menyandang jawatan ini untuk tempoh 11 bulan, ketika membincangkan "nilai" wartawan dalam satu forum semalam, berkata "nilai" itu tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Namun demikian, anggota NUJ hanya mengambil berat tentang gaji dirinya, kadar penyelarasan gaji, rancangan melancong ke luar negeri dan sebagainya, langsung tidak berprihatin terhadap kebebasan media - walaupun perlembagaan NUJ dengan jelas menggariskan, matlamat utamanya adalah mempertahankan kebebasan media.

"Untuk mereka, wang adalah paling penting. Gaji, penyelarasan tiga tahun sekali, 13%, 14%..." Hata Wahari mulai sebak, beliau menahannya dan meneruskan, "Untuk saya ini adalah sesuatu yang pelik..."

"Ia sesuatu yang menyedihkan. Untuk 11 bulan yang lalu, saya selaku Presiden NUJ, mengharapkan perubahan dalam NUJ. Tapi, apa yang memilukan, ia tidak... Ini kerana segala-galanya ada kaitan dengan wang. Dalam NUJ, kami hanya membincangkan kenaikan gaji tahunan, peraduan mencari harta karun, melancong keluar negeri. Ini sesuatu yang menyedihkan," kata Hata Wahari.

"Kebebasan media tu seolah-olah hanya... hanya untuk dilihat saja. Tak apa kalaupun tak ada..." Beliau gagal meneruskan, meminta agar moderator, Zaharom Nain memberi laluan kepada panelis lain.

Forum berjudul "What price, media freedom?" (Kebebasan media, apa harganya?) ini dianjurkan Centre for Independent Journalism (CIJ), membariskan ahli panel Hata Wahari, Wong Chin Huat (pensyarah media dan pengkaji politik), penyelidik institusi pengajian tinggi swasta, Ng Eng Kiat. Moderator adalah Profesor Zaharom Nain.

Kira-kira 40 orang termasuk aktivis dan wartawan menghadiri forum yang bertempat di pejabat Loyar Buruk. Perbincangan berlegar pada masalah yang dihadapi media bebas (independen), dan jalan keluarnya, antaranya krisis MerdekaReview yang berdepan dengan nasib untuk menamatkan operasi lantaran daripada masalah kewangan.

Hata Wahari menyandang jawatan Presiden NUJ sejak 17 September 2010, mengeluarkan kenyataan untuk mengkritik majikannya, Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman. Beliau kemudiannya dipanggil untuk menghadiri siasatan dalaman, dan akhirnya dipecat pada 21 April 2011.

Hata Wahari (gambar kanan) hilang kelayakannya berikutan pemecatan dari Utusan Malaysia, lantas melepaskan jawatan selaku Presiden, dan diambil alih oleh Naib Presiden Chin Sung Chew dari Sin Chew Daily. Sebelum ini, Hata Wahari menerima undangan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk menjadi Editor Utusan Rakyat, namun terbitan ini belum mendapat permit dari Kementerian Dalam Negeri.-MerdekaReview

Elok kita berubah, jangan kita diubah

Elok kita berubah, jangan kita diubah

Kita selalu berkata dengan berbagai perbilangan Melayu yang diketahui ramai sejak turun temurun. Salah satunya ialah, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Itu sebabnya dalam apa-apa kegiatan, perlakuan, kegiatan dalam apa-apa bentuk pun perubahan tetap akan berlaku.

Kadangkala perubahan itu berlaku secara evolusi dan perlahan yang kadangkala tidak kita sedari. Kita manusia sendiri berubah dari muda menjadi dewasa dan dari dewasa menjadi tua. Rupa kita pun berubah kerana keadaan fisik kita berubah. Pemikiran dan memberikan persepsi kepada sesuatu keadaan pun berubah. Kalau dahulu sesuatu nilai kehidupan itu dianggap baik tetapi akhirnya nilai itu tidak lagi diterima masyarakat.

Agama suci kita pun menyatakan dengan jelas yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Apabila kita statik dalam kehidupan kita maka kita akan tidak lagi dapat menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Tetapi agama kita juga menyatakan dengan terang-terangan supaya kita tidak lari dari tali Allah. Kita tidak boleh lari dari mengtauhidkanNya sambil bertawajjuh dan bertawassul denganNya disetiap ketika dan detik.

Rupa bentuk muka bumi pun berbeza dari rupa bentuk di antara sebelum dan selepas ‘ice-age’. Malah bumi ini ‘is more intelligent than putting all human minds together’. Bumi berubah mengikut zaman dan waktunya. Maka manusia wajar berubah dari masa kesemasa selari dengan perubahan untuk kebaikan sebagai yang di tuntut oleh agama kita.

Perubahan itu tidak memberikan ‘exception’ kepada politik dan siasah negara serta rakyatnya. Politik ini adalah permainan manusia yang tidak terlepas dari perubahan manusia itu sendiri dan ianya akan juga membawa perubahan kepada badan-badan politik itu secara parallelnya. Ramai di antara kita tidak menyedari perubahan yang besar di dalam minda manusia yang bermain politik ini. Hanya kepada siapa yang berfikir dan sentiasa sensitif terhadap perubahan itu akan sedar. Itulah sebabnya agama kita mengingatkan kita, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam.

Kadangkala perubahan itu hanya di sedari setelah perubahan itu telah jauh jaraknya dari kita yang statik dan tidak berubah itu. Apabila kita tidak sedar tentang perubahan itu maka akan sampailah waktu kita sudah tidak lagi menjadi ikutan jika kita seorang pemimpin. Sedar-sedar kita sudah tidak lagi dihormati oleh orang ramai yang kita pimpin kerana kelekaan kita dan tidak menyedari tentang perubahan di dalam pemikiran rakyat dan persepsi mereka terhadap kita.

Apabila sampai waktu itu maka kita akan menghadapi masalah besar untuk membuat ‘adjustments’ terhadap selera rakyat yang sudah lama melalui perubahan itu. Perhubungan kita dengan orang ramai akan sentiasa dilanda perbalahan minda dan pendapat serta persepsi terhadap sesuatu isu itu kerana kita tidak memperbaiki pemikiran kita secara ‘abreast’ dengan pemikiran rakyat yang telah jauh kehadapan.

Kalau dahulu kita boleh meyakinkan rakyat dengan retorik yang besar-besar dengan menggunakan media perdana cetak dan letronik sekarang media perdana sudah tidak mampu untuk menjadi agen yang membawa sokongan kerana kesedaran rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kerajaan mereka.

Rakyat sudah tahu apa tanggungjawab mereka dan di mana letaknya kuasa mereka sebenarnya serta telah dapat memahami apa tanggungjawab parti dan kerajaan. Di sebaliknya kita masih lagi menguruskan kehendak rakyat dengan menggunakan sentiment yang berbagai-bagai seperti isu perkauman dan isu-isu sensitif yang lain.

Rakyat tidak termakan lagi dengan isu ungkit mengungkit yang selalu digunakan oleh pihak kita. mengungkit tentang perbekalan air bersih, bekalan letrik dan berbagai-bagai lagi keperluan asas kehidupan yang di berikan kerajaan bukannya untuk dibalas budi walaupun kerajaan itu sendiri telah berubah menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Mereka tahu yang pembangunan itu adalah di atas kerja kuat rakyat berbilang kaum dengan membayar berbagai bentuk cukai. Rakyat dari semua ahli-ahli parti, samada parti kerajaan atau pembangkang bersama-sama membayar cukai untuk di isi kedalam kantung perbendaharaan kerajaan. Mereka juga tahu tindakan kerajaan menindas pihak yang tidak mengundi parti kerajaan itu merupakan tindakan tidak bermoral seolah-olah mereka yang membangkang tidak ada hak sedangkan mereka jugalah yang membayar cukai kepada kerajaan.

Oleh yang demikian janganlah kita menggunakan isu pembinaan sekolah di kampong-kampong atau pemberian subsidi gigi palsu kepada makcik-makcik di kampong itu untuk mendapatkan sokongan di dalam pilihanraya. Apa sangatlah subsidi gigi kepada orang tua di desa-desa jika dibandingkan dengan jumlah ketirisan yang beratus billion ringgit yang berlaku di dalam kerajaan serta subsidi-subsidi yang amat besar kepada kroni dan mereka yang telah sedia kala menjadi orang kaya-kaya.

Ini merupakan contoh-contoh perubahan yang sedang berlaku di dalam politik tanah air kita sekarang ini. Apabila rakyat tidak lagi menerima cara berkempen yang saya sebutkan tadi, yang tinggal bagi kerajaan atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan dokongan rakyat ialah samada kita memimpin tanpa rasuah, beretika serta bertanggung jawab sebenarnya kepada rakyat seperti yang di akui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Rakyat sebenarnya sangat benci dengan pemimpin yang rasuah tetapi mereka tidak dapat membuktikan kerja rasuah itu berlaku kerana perlindungan yang diberikan oleh OSA serta akta Polis dan banyak lagi akta yang disalah gunakan seperti ISA. Rakyat tahu yang sipolan dan sipolan itu ialah perasuah besar tetapi mereka akhirnya tidak mampu untuk membuktikannya kerana sebab yang baru saya sebut tadi.

Maka mereka bertindak untuk memberikan sokongan kepada pihak lain dan mereka ini tidak wajar dipersalahkan. Rakyat bertambah marah lagi dengan pimpinan rasuah yang menggunakan isu rasuah itu juga kepada pembangkang semata-mata untuk mengelakan isu itu difokuskan kepada mereka yang sediakala rasuah. Perubahan persepsi rakyat ini amat payah untuk dihilangkan.

BN terutamanya UMNO wajib berubah jika tidak mahu diubah oleh rakyat. Perubahan itu melibatkan imej parti secara total. Imej sebagai parti yang dikuasai oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai seperti sekarang kepada imej baru yang bersih dan memberi harapan kepada rakyat untuk menyambung mandat mereka. Jika ini tidak dapat dilakukan maka rakyat mempunyai hak untuk mengharapkan keadaan yang baru yang boleh memberi harapan kepada mereka kepada kerajaan alternatif yang mempunyai hak untuk diberikan mandate itu.

Kita tidak boleh terus-terusan memaksa rakyat untuk tidak berubah kepada parti alternatif jika kita sendiri tidak berubah. Bagi saya keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO wajar melakukan tindakan drastik dalam membina imej dan persepsi baru…pimpinan baru, barisan kepimpinan yang baru, kabinet yang baru serta semuanya baru.

Banyak yang mengatakan saya ini bermimpi di siang hari kerana pemimpin kita yang sedang berkuasa tidak akan berkorban dan berpisah dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Jawapan saya kepada pandangan ini mudah. Saya hanya memberikan pandangan. Mahu tidak mahu itu bab lain. Setidak-tidaknya saya boleh membuktikan apa yang saya perkatakan ini akan terbukti kebenarannya. Saya berharap pandangan saya ini tidak ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh mengelak dari memberikan pandangan seperti ini.

Tetapi apabila kebenaran itu sampai, masa itu sudah terlambat untuk membetulkannya. Takut-takut UMNO tidak mampu menjadi parti pembangkang. Tengok sahaja di Selangor dan P Pinang, UMNO tidak berupaya menjadi pembangkang kerana UMNO hanya pandai melakukan satu kegiatan sahaja….iaitu berdemonstrasi. Itu pun tidak berani secara terbuka tetapi menggunakan NGO yang di namakan GAPS.

Di empat buah negeri UMNO telah terbukti tidak mampu menjadi kerajaan lagi lantaran ditolak oleh rakyat dan juga tidak mampu untuk menjadi pembangkang yang baik. Justru itu kita ingin bertanya terutamanya kepada empat buah negeri ini, apa yang UMNO mampu lakukan dengan baik? Jadi kerajaan telah pun ditolak rakyat dan apabila jadi pembangkang pun tidak menunjukan prestasi sebagai pembangkang yang baik.

Sebab itulah banyak pihak yang selalu mengingatkan kita…berubah jika tidak mahu diubah. Berikanlah kepada pemimpin yang mampu memimpin rakyat yang berbilang kaum ini. Jika kita tidak mampu memimpin dengan baik, jadilah penyokong yang baik pula.-Aspan

01 Jun 2011

Pas memang tak rock -1 ANALISA YANG BAIK

Pas memang tak rock

Oleh: MSK

Tahun 2010, aku join Biro Latihan PKR dan kemudian masuk Jawatankuasa Pilihanraya PKR Pusat. Kerja aku membantu Haji Mail mengadakan latihan diperingkat Cabang. tugas spesifik aku ialah menyediakan data untuk pilihanraya.

Dalam blog, aku kutuk PKR, aku kutuk Pas, aku kutuk DAP. Dalam latihan pun aku kutuk juga. Dalam blog, orang hentam aku balik. Dalam latihan pun orang hentam aku balik. Tapi seperti yang aku selalu sebut, kita boleh bergaduh, kita boleh bertengkar…tapi diakhirnya perlu ada penyelesaian. Kalau aku salah, aku ikut hangpa. Kalau hangpa salah, hangpa ikut aku.
Dalam posting yang lalu, PRU13: Kedah, aku katakan Kedah dalam bahaya. Orang dah merungut, ramai yang kecewa dan ramai yang mengatakan PR dan BN sama saja. Mungkin betul…mungkin salah. Tapi kalau kita tak dapat nak berhujah dengan orang-orang yang tak puashati ini, macam mana kita nak yakinkan depa bahawa kita lebih baik?

Semasa satu sessi latihan untuk petugas-petugas Pusat Khidmat Taman Medan, aku tanya kepada peserta…apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Selangor. Memang banyak program yang telah dibuat. Sampai tak muat dua kertas mahjung aku tulis.
Tapi bila aku kategorikan program-program tersebut mengikut kategori umur yang mendapat faedah, terdapat lompong ditengah-tengah.

Bagi kategori dibawah umur 21 tahun, macam-macam program. Dari Tabung Warisan sampai biasiswa pelajar masuk Universiti. Dalam kategori 40 keatas, macam-macam program yang dibuat. Dari rumah PPRT sampai insuran mati. Tapi bagi kategori 21-40…kosong!!

Dalam PRU 2008, mereka yang membuat perubahan sehingga membolehkan Pakatan menang di lima buah negeri adalah terdiri daripada mereka disaluran 2-3. Ataupun saluran orang muda. Tapi bila dah menang, saluran 2-3 ini dibiarkan, dan yang mendapat tumpuan adalah mereka yang menentang Pakatan…. semua program untuk orang tua, yang mengundi BN.

Begitu juga undi-undi di estet-estet. Semasa PRU 2008, undi-undi estet inilah yang banyak memberikan kerusi kepada Pakatan. tapi lepas menang, apa program yang telah dibuat untuk mereka?

Dalam lain perkataan, kalau hendak merasa seseuatu dalam Pakatan, jangan undi Pakatan. Malah, kalau kita nak minta sesuatu pun, jawapannya ialah.."pi masuk Umno".
Jadi, aku bagi tau kat depa…kalau trend ini berterusan, Pakatan Rakyat Selangor akan kalah dalam PRU nanti.
Posting ini juga untuk membantu Mazwandi yang buat komen dalam posting tersebut.
mazwandiMay 25, 2011 (Edit)

cuba bagitau, rakyat tak puas hati dgn apa? bagi detail apa yg tak puas hati. ni asyik komplen, komplen, lepas tu suruh buat solution, solution tentang apa? beri spesifik penjelasan la……
Sepatutunya ini bukan kerja aku, tapi kerja mereka yang telah dibayar gaji dengan menggunakan wang rakyat, untuk mengetahui masalah rakyat. Bukan rakyat yang nak kena melutut buat aduan…pemimpin kena turun mendengar aduan.
Aku gunakan satu contoh bagaimana PR boleh kalah di Selangor. Dan ini juga boleh menyebabkan Kedah tumbang.
Cuba hangpa perhatikan data-data dibawah iaitu perbandingan diantara keputusan PRU 2008 dan PRK 2010 Hulu Selangor.

Hangpa perhatikan keputusan saluran anak muda dan perhatikan undi yang diperolehi oleh PKR bagi tahun 2008 dan 2010. Dalam masa dua tahun, sokongan anak muda terhadap PKR di Hulu Selangor merosot. Kalau dalam PRU 2008, kumpulan umur 21-39 tahun merupakan tunggak sokongan kepada PR, tetapi pada tahun 2010, sokongan mereka merosot. Mengapa?

Undi anak-anak muda Melayu dan India merosot, sebaliknya, undi anak muda Cina meningkat. Pasai apa? Yang tu pun aku kena cari jawapan ka?
Sebenarnya jawapannya dah banyak kali aku tulis dan banyak kali aku cakap, tapi masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebaliknya aku pulak yang kena kutuk…"Hang ingat hang terer sangat ka?" Mampuih pi la. tu pasai selepas Manek Urai, aku tak mau ikut PRK. Dan cuba tengok keputusan PRK selepas Manek urai. Macam mana trend pengundi muda? Naik atau turun?
Semua PRK selepas Manek Urai, Pas atau PKR tewas, tetapi DAP menang di Sibu. Pasai apa? Aku cerita pasai strategi dalam posting akan datang.

Macam yang aku kata, aku cuma sediakan data. Apa strategi dan apa tindakan, tak kan yang tu pun kerja aku? Kalau itu pun kerja aku, Pengarah Pilihanraya parti buat apa?
Masa aku tulis tentang Kedah hari tu pun, ada blogger yang copy-paste posting aku dan bertanya apakah yang perlu dilakukan oleh Blogger. Sepatutnya, soalan itu perlu ditanya kepada pemimpin parti, tetapi oleh kerana ada blogger yang mahu ambil inisiatif, aku ucap tahniah.
Ada satu perkara yang boleh dilakukan oleh blogger. Dan ambik la cabaran aku ini sebagai satu usaha untuk mempertahankan Kedah. Selangor sombong sebab depa dah kuat. Malah, semasa aku buat latihan tu pun ada yang perli.."hangpa nak jaga Perak pun tak reti, nak ajar orang Selangor pulak." Kat Penang pun macam tu. Mampuih pi la kat hangpa.

Cabaran yang aku sarankan ialah…cuba senaraikan, apakah dasar-dasar kreatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR Kedah? Apakah program-program inovatif yang telah dibuat oleh Kerajaan PR Kedah? Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Kalau hangpa pun tak tau, hangpa ingat depa yang duduk kat Naka boleh tau? Hangpa ingat depa yang duduk kat Victoria Estate kat Lunas tu tau?

Lepas tu kita padankan dengan data yang aku ada. Dan lihat unjuran yang kita buat sama-sama. Kita bagi free kat Kerajaan Kedah untuk diambil tindakan. Dan jangan lupa…kira kos hangpa sekali. Dan bagi tau kat pemimpin parti, berapakah kos yang kita kena keluarkan untuk menyelamatkan kerajaan Kedah. Kalau tidak depa besaq kepala.

Untuk permulaan, aku kena keluar RM4,000.00 untuk membeli daftar pemilih terkini bagi seluruh negeri Kedah, keputusan pilihanraya 2008 bagi setiap saluran dan mengupah orang untuk menganalisa daftar pemilih. Berapa pengundi baru, berapa pengundi pindah masuk, berapa pengundi pindah keluar, berapa yang mati dan berapa masuk penjara. Mungkin dalam dua tiga hari lagi, aku boleh siapkan data keseluruhan negeri Kedah. Upah aku aku belum kira.

Tapi dalam aku dok kira dan perhati, kemungkinan perkara yang berlaku di Hulu Selangor akan berlaku diseluruh negara. Dan kemungkinan Pas tewas dikebanyakan tempat semakin tinggi.
Dua isu yang terpenting yang membebankan Pakatan Rakyat. Undi anak muda dan undi India.
Anak muda lari kerana tidak ada program untuk anak muda. Mungkin Pas ada buat program-program depa, tetapi hanya program-program tertentu untuk sekumpulan kecil anak muda. Manakala sebahagian besar lagi ditindas.

Aku kata ditindas kerana mereka ini tidak minta apa-apa. Cuma mereka mahukan sedikit kebebasan. Tapi dengan Pas, memang tak rock.
Mula-mula bila ada pihak yang nak buat konsert Scorpion, Pemuda PAs buat demo. Setiap kali nak buat konsert, Pemuda PAS akan bantah. Dimana kebebasan?
Apakah kebebasan itu hanya tertakluk kepada lingkup pemikiran Pas?
Aku selalu siarkan lagu-lagu Meor Pestajiwa. Lagu Nikbinjidan. Lagu-lagu depa adalah lagu-lagu rakyat. Menentang kezaliman. Menentang ISA. Tapi bila aku nak buat konsert kat Selangor…Hasan Ali kata, "Saya tak mau terlibat dengan dosa" Pirrrahh!! Kalau macam tu cuba keluarkan fatwa, bahawa undi daripada mat-mat rock ini haram!

Dan kepada Pemuda Pas yang bantah konsert rock di Shah Alam, hangpa memang tak rock. (Baca disini)

Jerman Timur dan Jerman Barat bermusuhan disatu ketika dulu. Tetapi rakyatnya bersatu dibawah Scorpion dan meraikan runtuhnya tembok Berlin pada November 1989. Geng baju merah selalu bergaduh dengan geng baju kuning di Thailand, tetapi semuanya bersatu dibawah Carabao.
Rock membawa penyatuan. Membawa uniti. Yang memecahbelahkan rakyat ialah politik, Parti politik dan ahli politik.
Sebelum hangpa nak belasah aku, hangpa layan dulu lagu favourite aku di sidebar kat laman utama. Made in Thailand dari Carabao.

APA NAK JADI MALAYSIA SEMUANYA HARAM


Pekerja Western Digital masih dikurung?
Aidila Razak


Beberapa pekerja firma gergasi elektronik Western Digital dipercayai masih ditahan di pusat tahanan imigresen di Shah Alam kerana majikan mereka gagal mengemukakan permit kerja.

Ini di sebalik kenyataan bahawa semua mereka itu telah bekerja dengan firma yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik Asia 2009' selama dua tahun.

Menurut seorang pegawai imigresen yang terbabit dalam operasi minggu lalu, pekerja berkenaan dicekup di sebuah pasar tani yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari asrama mereka dengan kilang di Sungai Way, Selangor.

“Saya boleh sahkan bahawa ada kumpulan yang ditahan dan ada yang telah dibebaskan tetapi bukan semua,” katanya ketika dihubungi tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai penyiasat yang dihubungi pula enggan memberikan butiran dan hanya berkata perkara itu agak 'sensitif'.

“Kami hanya boleh mengeluarkan maklumat seumpama itu kepada pegawai berkuasa di Western Digital,” katanya.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan oleh seorang pekerja Western Digital, Ully Suryana (nama ditukar bagi melindungi identiti) bahawa lima rakannya ditangkap ketika keluar membeli sarapan di sebuah pasar tani dan kemudiannya dibebaskan beberapa hari tanpa diberikan sebarang alasan.

Katanya, tidak seorang daripada mereka yang mempunyai permit kerja dan sepanjang dua tahun lalu mereka diberitahu permit itu sedang diproses oleh pihak imigresen.

PADANG SERAI, INGAT PKR SAJA HARU..UMNO LAGI...HARU

UMNO Kedah Lepas Satu……Satu…….
AHLI PKR CABANG PADANG SERAI...TUNJUK PERASAAN

Adakah UMNO Kedah sedang bergolak……? Inilah yang menjadi buah mulut ahli UMNO di Kedah yang mana membuatkan rakyat mula memandang rendah terhadap kewibawaan kepimpinan BPUNK. Aku cukup hairan dengan apa yang berlaku. Tak habis-habis dengan masalah. Kalau nak aku kata PAS mahupun PKR tidak menghadapi masalah, amat mustahil sekali kerana bertimpa-timpa masalah yang ada, tetapi tidak terbawa-bawa ceritanya hingga menjadi bahan kedai kopi. Tetapi kalau cerita UMNO Kedah ni, bertambah-tambah pekungnya dibuka.

Apa nak jadi dengan BPUNK ni……. Kesihan aku tengok Tok Bashah terkehel-kehel cuba menyelesaikan permasalah yang ada. Namun resultnya “Umpama Mimpi Dalam Mimpi…….”. Mungkin ada yang akan hentam aku dalam penulisan aku ni……. Tak aku nafi Tok Bashah kita tu memang berpengalaman dalam bab politik ni dan Tok Bashah sendiri dok mendabik dada “Aku lama dah dalam politik ni…….semua aku tau……. dalam poket aku…….”, tapi kita harus ingat “Politik Dahulu” tak sama dengan “Politik Sekarang”. Rakyat Kedah bukannya dengar cerita lama. Rakyat Kedah dahagakan pembangunan. Selagi mana orang-orang lama dok bergayut dalam mencari pengaruh semata-mata untuk bertanding dalam pilihanraya……. UMNO AKAN HANCUR.

Tok Bashah seharusnya berpendirian tegas. Jangan terlalu pengaruh dengan bodekan-bodekan dan cerita-cerita manis dari Ketua Bahagian mahupun Jawatankuasa Bahagian. Bahagian Tok Bashah sendiri huru-hara, apatah lagi bahagian-bahagian lain. Aku tak mahu memihak mana-mana individu, tetapi semasa Tok Det Khalid (yang dikatakan mempunyai masalah peribadi) mampu mentadbir UMNO Kedah begitu cantik sekali atas sifat ketegasan beliau. Tapi Tok Bashah harap MISAI aja TEBAL, tapi bab nak menyelesaikan masalah lembab. Kesian juga aku tengok Tok Bakri ibarat diluah mati bapak, ditelan mati mak……. nak kulum……. ni kena tanya Tok Seri Nuat Brahim.

Melalut dah aku ni…….

UMNO Bahagian Sungai Petani bakal digantung……. Apa cerita ni Tok Bashah…….? Masalah yang sekecil tu pun tak dapat diselesaikan ka…….? Adakah Tok Bashah mengambil keputusan yang tepat untuk menggantung Bahagian SP…….? Kerana dik sekoq berok tu, nak ditebang habis pokok sekebun. Alih-alih Tok Mukris akan diminta pantau UMNO SP. Cukup mudah pendekatan Tok Bashah buat, yang pentingnya 11/06/2011 taik dan teloq busuk tak hinggap kat beliau. GAA tunggu masa saja. Aku rasa Tok Mukhris bukannya bodoh nak terima bulat-bulat benda ni.......

Kalau SP terkenal dengan GAA, wujud pula kumpulan baru di Padang Serai iaitu GAR. Kumpulan ni sedang bergerak dengan hebat sekali mencari pengaruh. Wujudnya GAA dan GAR adalah kerana tidak puas hati dikalangan ahli UMNO terhadap KB dan sebahagian kecil jawatankuasa bahagian. Cuma perbezaan antara GAA dan GAR adalah GAR bergerak rakus bertujuan untuk merosakkan dan memperlaga sesama ahli semata-mata mencapai matlamat terpilih menjadi calon PRU13 kelak, sedangkan GAA hanya bergerak di dalam kumpulan mereka sahaja tanpa mempengaruhi individu lain. Tok Bashah kena fikir betul-betul mencari penyelesaian yang terbaik.

Bagi aku kedudukan Padang Serai lebih teruk dari SP. Akan aku dedah sedikit demi sedikit apa yang berlaku dan Tok Bashah kena berhati-hati dengan 4 kumpulan musang yang sedang agrasif menyusun strategi. Selepas Padang Serai mungkin aku akan bawa cerita Merbok, Alos Setar, Pokok Sena, Jerai, Kuala Kedah, Kulim Bandar Bahru dan Baling. Tapi aku nak tengok dulu sejauh mana pendekatan Tok Bashah ambil bagi menyelesaikan masalah yang wujud dan bakal wujud.

Di Padang Serai GAR memain peranan untuk menghentam Geng Raman, Geng Halim, dan Geng Mantan YB. Sekarang ni jawatankuasa UMNO PSerai bergerak secara individu mencari pengaruh. Malangnya mereka-mereka ini amat bermasalah sekali dan tidak disukai oleh rakyat MELAYU PSerai. Tok Bashah kena ingat....... berapa kerat sangat ahli UMNO yang ada di PSerai....... PRU13 suara rakyat adalah penentu. Kepada mereka yang pemberi masalah kepada UMNO PSerai tu, lupakan saja niat nak bertanding. Jangan harap la kalian akan dapat bertanding. Aku pasti tidak seorang pun jawatankuasa Bahagian yang tersenarai. Jangan dok mengadu DUMBA....... Kepada Tok Bashah, akan aku sambung cerita ni dilain siri.......

Posted by Sungguh Ka...? at 5/27/2011 04:25:00 PM
Labels: Fikir La..., Kedah, UMNO
27 comments:

Anonymous said...
DKS UMNO Kedah sebenarnya lepas satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan terjun masuk laut terus.Kebanyakan KB ada masaalah pelbagai dari hal sikap sampailah cerita dalam seluar dan dalam kain mereka.Dato Bashah sudah tidak mampu lagi bawa UMNO Kedah ke era yang hebat.Dia sendiri pun nampak tak bermaya.Semua KB di Kedah 2x5.
May 27, 2011 6:16 PM

Pak Ya said...
GAR pula dah di Padang Serai.Padang Serai ada beberapa kelompok sejak Raman jadi ketua bahagian lagi.

1.Kumpulam Raman sendiri
2.Kumpulan Halim Bas
3.Kumpulan GAR-Ku Rashidi punya
4.Kumpulan Bakri Naib Ketua dlm proses tunggu dan lihat.Kumpulan ini dia bila-bila masa boleh menyelinap masuk anatara kumpulan tadi.Katanya dia yg mana boleh hidup dan selamat.
Apa cerita pun UMNO Padang Serai sudah hancur kerana sikap rakus dan gila kuasa Raman.Kemudian ditambah isu balun jubok pula.Yang lece masa dalam mesyuarat perwakilan dia tak nafi pun.Dia boleh kata ini isu peribadi.Korek lubang terjun esndiri lah.Bila Raman lemah masing-masing dah naik tocang.Apa nak buat penasihat Raman Zuber pun ada kepentingan diri.Orang Padang Serai kata penasihat 10%.Eloklah Raman undurlah secara terhormat demi kebersihan nama UMNO.Kalau tidak UMNO akan jadi mangsa kerana akhlak Raman.UMNO hak ahli UMNO dan orang ramai.Bukan harta sendiri bapak kamu.Lagi pun PRU 13 dah dekat.Raman dah tak layak jadi calon lagi.Kalau jadi pun pembangkang akan menang free je.
May 27, 2011 7:03 PM

abu said...
Kalau nak tengok masalah umno kedah nie kena flashback sejak pilihanraya umum 2008 lagi. time pilihanraya tu ramai orang penting dalam umno kena kuis dengan tok det dan kj, di takdir pulak kedah terlepas kepada pembangkang maka pemimpin umno pakat tembak kawan-kawan dalam parti.
jadi kesilapan tu bermula dari sapa. jawapannya dari tok det.
lepas tu mai pula pemilihan umno, ramai ketua bahagian kena kuis dengan orang yang diatur oleh tok det untuk bagi perkuat kedudukan tok det.
sapa kah ali yahya, sapakah tajul urus, sapakah abu hasan sharif, sapakah azeez rahim, sapakah tajudin sik, sapakah yusuf usima. mereka tu semua orang tok det yang ditanam untuk selamatkan kariere politik tok det.
di sungai petani semua orang tau punca masalah adalah dari ali yahya, di merbok pun semua orang tau punca masalah adalah rai tajul, di baling pun orang tau punca masalah adalah azeez rahim
kita boleh habaq kata banyak punca masalah dalam umno kedah adalah hasil kerja tangan kotor tok det
malang bagi bashah dia mengambil umno kedah yang dah diperlingkupkan oleh tok det.
tok bakri....heheheh, tanya dia sat, sapa tok det dengan dia, jangan jadi gunting dalam lipatan nooooo
May 27, 2011 9:30 PM

Si Jangkang said...
di pdg serai KJ atok lama dah nak bagi ketua pemuda dia jadi ketua bahagian.akhirnya apa yg terjadi.
May 27, 2011 10:38 PM

ANAK BUKIT HIJAU said...
Aku berpendapat, untuk UMNO bergerak dengan lebih sempurna,kempat-empat kumpulan ini harus diselamatkan dengan meletakkan mereka di dalam satu "kawah" yang dipanggil UMNO Padang Serai.

KEEMPAT-EMPAT KUMPULAN INI TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN YANG MUTLAK.

Kumpulan-kumpulan ini harus mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan rakyat sepertimana kenyataan DS Presiden dalam mesyuarat MT semalam.

DS Najib menasihatkan semua pemimpin Bahagian bahawa mereka mesti utamakan rakyat, kerana UMNO wujud berlandaskan struktur yang dibina selama ini berteraskan kumpulan sasar untuk meyakinkan rakyat.

Tegasnya bilangan ahli,bilangan Bahagian dan bilangan Cawangan tak membawa apa-apa erti melainkan kalau kita berjaya mewujudkan kerajaan dengan memenangi pilihan raya.

KEUTAMAAN MESTI DIBERIKAN KEPADA RAKYAT DAN BUKAN SOAL DALAMAN PARTI.//DY
May 28, 2011 11:35 AM

Mr Y said...
Tangan-tangan yg merosakkan UMNO Padang Serai sejak sebelum ,masa, dan selepas pilihanraya kemudian berpecah ialah;
Abd Raman
Zuber
Asri
Marlia
Halim Bas.

Inilah pengasas pada perpecahan UMNO Padang Serai.Keberulan Raman jadi peranagai Buruk songsang yg memalukan UMNO Padang Serai.Penasihat mereka waktu mula asas ialah Zuber.
May 28, 2011 1:14 PM

Anonymous said...
Kalut UMNO Padang Serai.Ramai dah jadi kadok naik pokok nyok.Bakri dan Zuber tubuh pula Gerakan Anti Halim Bas.Nampak sangat main politik kerana temolok sendiri bukan kerana perjuangan lagi.Sebelum ini Gerakan Anti Raman yg diketuai Hero Madu Tiga.Inilah perubahan yang Raman janji dulu.Zuber main peranan lagi.
May 28, 2011 8:44 PM
Titi Panjang said...
Kalau banding SP dengan Pdg Serai Ali Yahaya lebih bersih dari skandel yg tak senonoh jika dibanding dengan Rahman.Persepsi terhadap Rahman sudah tidak dapat dipadam lagi.Ali yahya patutlah diberi peluang mentadbir UMNO SP.Apa salahnya berilah sokongsn pada Ali Yahaya ini.Lepas pilihanraya ini kalau tak sesuai buatlah apa yg patut.Masa sekarang tak sesuai.UMNO Kedah fikirlah UMNO SP ini.Padang Serai memeng wajar lah Rahman undur kerana isu ini amat jijik dan ada kaitan dengan akhlak.Cerita SP dengan Padang Serai inimerupakan sejarah hitam dalam UMNO.Itulah kalau dah main duit nak kejar jawatan.Terima lah pembalasan dari Allah.Insaflah wahai semua.
May 28, 2011 10:03 PM

Anonymous said...
aku setuju dengan Titi Panjang...
May 29, 2011 3:38 AM
haloya said...
masa naik dan ada jawatan hangpa ranggi.maki orang sana sini.tak heran pada orang bawah.ada rezeki orang pun hangpa kepak dan tendang.cawangan yang tegur hangpa dibatalkan macam keladi,terat batu,hitech,jubai,jubai sc bikan atas.cawangan yang bodek dan jilat jubok hangpa tak cukop korum pun hangpa tutup mata sebelah.cawangan labu besar mesyuarat pun buat hari kerja.dekat 50 orang hangpa tak panggil mesayuarat.ini kerja jamil dgn zahari.hangpa buat umno padang serai macam syarikat sdn bhd macam bapak hangpa punya.punyalah gila kuasa.hangpa semua dah lupa pada Tuhan yang ;ebih berkuasa.bila ketua kencing berlari,timbalan kencing berdiri,naib kencing menerap,ketua pemuda berak dalam seluak.manakala yang lain berak dalam kain.dato najib kata lain hangpa buat lain.inilah rupa permbaharuan yg hangpa dah buat untuk orang melayu di padang serai.pejabat umno pun hangpa jual.bila tegur kata orang jahat.sebenarnya demokrasi dalam umno padang serai dah mati ,suara rakyat akar umbi sudah mati.buat juara rakyat tapi suara rakyat tak mahu dengar.pemimpin kena lah ada iman dan taqwa.kalau pemimpin pun dok bawa indon,asmara dgn bini norang,ada skendel yg memalukan .adakah ini tranformasi ?
May 29, 2011 7:26 AM

Pesona Sri Pinang said...
Perjuangan belum selesai:

Ketua cawangan Taman Angsana dah jadi ke Pengerusi JKKKK.

Ini lah janji dijuburi dulu.


Ke dia janji bohong je.
May 29, 2011 1:24 PM
Anonymous said...
titi panjang , tolong check sat dengan suami Mastura P.A Shahanim , suami dia ada buat report polis beberapa bulan lalu di IPD Sg. Petani pasai Shahanim Ketua Puteri dok guna bini dia...dok jual bini orang...
May 30, 2011 5:14 AM

Anonymous said...
di Sungai Petani aku dengaq , si Khairul Setiusaha GAA pernah songlap duit masjid Sg. Pasir...lepas tu dia jugak pernah kecoh arwah Ibrahim Mustafa puluhan ribu ringgit...dia jugak yang buat hal bakar poster BN dan Mahdzir Khir waktu pilihanraya dulu...Dia jugaklah yang konon nak jadi hero di SP la ni...
May 30, 2011 5:21 AM

bersatu bersetia berhidmat said...
Di Padang Serai ini macamnana nak aman.Sejak perweakilan baru ini orang dah kata Bahagian Samseng Padang Serai.Ini semua siapa punya kerja.Tentu kerja manusia yang kemaruk kuasa.Lagi satu bila Raman kena undur kerana isu DILIWAT sudah nampak dua tiga ketua cawangan yang jadi batu api yang suka pelaga antara satu sama lin.Meraka akan demand RM tinggi.Siapa huloq tebai disitulah sokongannya.Mereka bukan sayang UMNO mereka inilah perosak UMNO.Zuber dengar cerita tiap-tiap malam buat perjumpaan dirumahnya.Amboi nak apa lgi.Katanya dia pula yang layak jadi ketua dibahagian Padang Serai.Bakri pula cerdik tapi tak bijak.Main politik ada prinsip tapi goyang macam pokok ubi keledek.Kata ahli AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR.Tapi yang kemungkaran berlungguk dalam UMNO Padang Serai.Ketua Pemuda pun ada cerita juga.Tapi sikit bawah drp ketua bahagian je.Yang nampak kini Halim Bas pula dah mula didekati oleh kumpulan opurtunis politik.Kumpulan opurtunis ini lah yang akan hidup dua alam.Dulu Padang Serai antara yang cukup stabil ada selesa kata dan komen dari semua peringkat termasuk ramai pemimpin.Kini Padang Serai terkenal dengan isu betina ,judi,isu Liwat,isu miang dan merenyam.Semua ini dah jadi bahan sembang di kedai kopi.Tak malu kah semua ini.Puan Marlia pun ada cerita dia.Dia pun ada strategi dia.Tengok sahajalah.Waspadalah Padang Serai jangan dibiarkan dan diserahkan pada KERA YG NAK BAIKI LABU.Ramai kera drp labu terdapat dalam barisan kepimpinan Padang Serai kini.Carilah tokoh muda yang ada iman,akhlak mulia,ahli masjid,pendidikan tinggi,dihormati dan disanjung dan tak gelojoh dan loklak.Kalau masih simpan barisan yang ada kini alamatlah ranaplah Padang Serai.Ahli UMNO Padang Serai kena bangkit segera.Tegur lah semua pemimpin cawangan yang bodoh somobong sama ada dicawangan atau di bahagian termasuk pemuda.wanita dan puteri.Mereka ini pedagang politik umno psdang serai yang menjual nama busuk umno padang serai.Suara umno padang serai sudah mula malap dan hampir padam kerana utamakan kebendaan yang melampau.Bangunlah wahai ahli UMNO sekelian .Hapuskan kemungkaran dan kemaksiatan di padang serai.
May 30, 2011 7:32 AM

AnaQarbana said...
sebenarnya yang merosakan UMNO Bhg Padang Serai dan lain-lain UMNO Bhg dalam malaysia ni ialah....KJ...akibat projek KJ nak jadi PM termuda,,,,inilah kesannya...Bahagian Pdg Serai antara Bhg terlibat dengan projek tersebut....lihat apa dah jadi....kemenangan RM atas dasar untuk melakukan perubahan dalam UMNO Bhg Pdg Serai....memang dah pun berubah sejak RM menjadi Ketua Bhg sehinggakan perubahan yang di lakukan tidak tahu nak letak di mana perubahan itu...Yang bertanggungjawab melakukan perubahan hingga UMNO Bhg Pdg Serai jadi macam ni melibatkan semua barisan kepimpinan UMNO Bhg yang di pilih/dilantik, semua barisan PP/PW/P3 yang dilantik/dipilih....tepai nama-nama besar yang bertanggungjawab sebagai mastermindnya ialah:...zuber kongkang antara manusia yang bertanggungjawab menyebabkan UMNO Bhg Pdg Serai mengadakan mesyuarat perwakilan 2 kali pada 1998, dia nia ketua kumpulan 11......bri besaq kumpulan serpihan Pekida yang bangana tentang politik...bekas anggota Polis yang di pecat kerana masalah disiplin.........nama-nama ni berada di belakang tabir yang merupakan tangan syaitan.....ada nama lagi yang berselindung seolah-olah peribadi bersih dan mengamalkan prinsip "play safe" merupakan "small Napolean" .....berok bakri Naib Ketua Bhg, syaitan betina dermawati adalah intelligent JHEK, depa ni i ulaq kepala 11....
seperti kara MR...5 nma yang beliau senaraikan sebagai pengasas perpecahan dalam UMNO Bhg Pdg Serai...mungkin betoi.....mungkin ada lagi...dia tu yang menjadi penasihat kepada Ketua Bhg....
untuk itu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada tangan-tangan syaitan yang memenangkan RM sebagai Ketua Bhg [lihat FB bri besaq@sabri zakaria]...3x punah rahman mahmud.....zuberkongkang PTI dari Bhg Baling....Dermawati@pasangannya naga kepala 5...serta semua yang bekerja keras memenangkan RM sehingga UMNO Bhg Pdg serai telah di ubah berada di tahap sekarang.....apa lagi yang anda akan lakukan terhadap UMNO Bhg Pdg Serai wahai tangan-tangan syaitan................khabarnya RM akan.......dan akan berlaku per..........di Pejabat UMNO Bhg Pdg Serai.......tunggu dan lihat........
May 30, 2011 9:39 AM

Anonymous said...
Ditengah-tengah dan celah kekalutan serta krisis UMNO Padang Serai menjelma pula seorang lagi opurtunis politik yang dipanggil Datok Temberang.
May 30, 2011 6:21 PM

Putera Kelubi said...
Mangkuk -mangkuk hayun yang sedang geli naj jadi Pemangku Ketua UMNO Bahagian Padang Serai setakat ini.Askar upahan mereka mula bergerak:
1.Zuber
2.Halim Hassam
3.Bakri


Agak-agak sapa yang layak jadi jawatan tersebut.
May 30, 2011 7:34 PM

hotwheel said...
apa kata kita bagi kat Dr Zainal.
May 30, 2011 8:20 PM

Si Jangkang said...
Kalau Dr Zainal ok sangat lah.Jadi sesuai jadi calon PRU 13 nanti.Aku sokong 100%.Dia AJK Bahgaian pula tu.Halim Bas ,Bakri tak layak langsung.Pelajaran SPM je.
May 30, 2011 8:48 PM
Manika Varagam said...
Dalam UMNO Padang Serai ada banyak hantu raya yang kerja dia makan telok.Kalau tak bagi telok dia kacau satu bahagian.Hantu raya ini malas kerja dan penyegan.
May 31, 2011 7:12 AM

AnaQarbana said...
Sebelum kita nak bincang sapa layak sebagai pemangku Ketua Bhg...kita terlebih dahulu kena lah menelaah Perlembagaan UMNO, jangan main hentam keromo saja nak bagi sapa pangku Ketua Bhg. Bagi ulasan menstilah berdasarkan fakta dan bukannya auta.....
Siapa Zuber kongkang...
Siapa Bakhri Hashim.....
Siapa Dr Zainal....
Nak pangku Jawatan Ketua bahagian.....
Jawatan Ketua di pilih melalui persidangan perwakilan Bhg dan bukannya di lantik....
Jadi secara otomatiknya....Timbalan Ketua akan pangku Jawatan Ketua....janganlah Naib Ketua, AJK Bhg ataupun SU Bhg yang hanya di lantik dok geli nak jawatan tersebut...malu....malu....rujuk perlembagaan.....itu pun kena ada arahan hitam/puteh dari Jawatankuasa Pengurusan Parti....dengaq habaqnya Team RM nak buat demo petang ni depan Pej. UMNO Bhg Pdg Serai sebagai membantah perlucutan jawatan Ketu Bhg ke atas RM....Bri Besaq kononnya sebagai taiko untuk demo tersebut...jom pakat pi ramai-ramai.......
May 31, 2011 12:15 PM

Lebai Labu said...
Lompat zuber lompat bagi tinggi-tinggi.
Lompat Mansor Gunting rambut lompat bagi tinggi,

Lompat Bakri lompat bagi tinggi-tinggi,
Lompat Dermawati lompat bagi tinggi-tinnggi,
Lompat Azmi Tmn Angsana lompat bagi tinggi-tinggi,
Lompat Jamil lompat bagi tinggi-tinggi,
Lompat Asmadi lompat bagi tinggi-tinggi
Lompat Midah lompat bagi tinggi-tinggi

Akhirnya penentuan dari Allah SWT jua..,
May 31, 2011 7:14 PM

Anonymous said...
ingat PKR je haru....Umporno lagi..lagi HARU...
May 31, 2011 8:26 PM

ulaqAyaq said...
kalau aku jadi.....Zuber
kalau aku jadi...Mansor Gunting rambut
kalau aku jadi ...Bakri
kalau aku jadi...Dermawati
kalau aku jadi...Azmi Tmn Angsana
kalau aku jadi....Jamil
kalau aku jadi...Asmadi
kalau aku jadi...Midah
Kalau aku jadi...Rosni...Salbiah Khalib...Bri Besaq...
Aku gantung diri kat pokok temuchut...aku malu...aku frust...aku bersalah...aku berdosa besar...aku khianati bangsa aku sendiri...aku khianati UMNO...aku khianati harapan generasi muda bangsau aku sendiri...
Aku juga dengan sukarela istihar keluar UMNO...aku masuk PAS untuk menebus dosa yang aku lakukan selama ini....
Aku akan pastikan PAS/PKR ataupun PR menang selesa dalam PRU ke-13 akan datang kerana aku selama ini mengkhianati UMNO semasa PRU ke-12 lalu yang menyebabkan calon UMNO tertonggeng....
sebenarnya aku cukup-cukup frust hampir menonggeng kepada Anwar Ibrahim di sebabkan Rahman tidak berpeluang menjadi calon dalam PRU akan datang...aku benar-benar harap kepada Rahman...tapi rupa-rupanya Rahman sama spisis dengan Anuwar Ibrahim....gay rupanya...lepas ni aku nak tengok Midah, wati, Rosni, salbiah,bri besaq nak tonggeng ke tidak...nak menyalak ke tidak...apa alasan depa...konspirasi sapa....mana power tiga lines...mana pi mereka yang berjeket hitam/cermin mata hitam....apa bri besaq boleh buat....sembang je.......porrrrrraaahhhhh.......

May 31, 2011 9:19 PM

Anak Jati Kedah said...
Sungguh Ka: Kalau macam ini punya cerita alamat UMNO Padang Serai sudah hancur lebur.Dulu zaman Tok Pa.Tok Mood dan Tok Det cukup stabil dan tenteram.Aku amat sedih dan kecewa dengan kejadian begini.Aku tercari-cari bagaimana perkara buruk ini boleh berlaku.Siapa punya angkara.Kenapa orang yang tak berakhlak ini dipilih jadi pemimpin.Tak ada orang lain kah yang nak dipilih.Cerita nya kata semua ini angkara politik wang dimana kuasa dan jawatan boleh dibeli.Harapan UMNO Padang Serai untuk kembali zaman ketiga tokoh pemimpin lama tadi sudah tidak ada lagi.Tokwan aku kata dulu pun ada gaduh juga tapi lepas pemilihan selesai dengan elok.Yang menang tak sombong macam zaman Rahman dan Zuber ini.Rahman dan Zuber kerja mereka menindas dan pantang ditegur atau dikritik.Tokwan aku jadi Bendahari cawangan tiga ketua bahagian Tok Pa.Tok Mood dan Tok Det.Sekarang dia dah tua dan uzur.Tapi masih mengikuti pertkembangan UMNO.Carilah pemimpin yang ikhlas,jujur,amanah,pekerti mulia,rendah diri,ada takqwa dan sentiasa mesra rakyat.Amin
May 31, 2011 11:37 PM
Anonymous said...
maklumat terkini:

Pemangku Ketua Bahagian Pdg Serai:Zuber Saad
Setiausaha :Cop Pasar malam
Bendahari :Suhaimi N.Mat
K/Penerangan :shafie long

AJK seperti biasa.
UMNO padng serai akan lagi mantap
June 1, 2011 7:31 AM
AnaQarbana said...
Anon 7:31am.....
Hebat.......hebat.......
bri besaq dok kat mana.......
Wati chot gunting rambut macam mana..
cop paya ketiau pesara Wataniah ATM nak lempaq kat mana


Read more: http://sungguhka.blogspot.com/2011/05/umno-kedah-lepas-

Bank Islam tolak tawaran gabung Bank Muamalat

Bank Islam tolak tawaran gabung Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu. The Malaysian Insider difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.
“Mereka membuat keputusan itu pada satu mesyuarat semalam, untuk menolak tawaran bergabung kerana pandangan di Putrajaya ialah tiada desakan agar diadakan penggabungan sedemikian antara dua bank ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Bank Islam ditubuhkan pada 1983 dan antara pemegang sahamnya ialah Dubai Islamic Investment Group yang memegang 40 peratus ekuiti.

Keuntungannya meningkat 34.3 peratus kepada RM79.9 juta tahun lalu.

Bidaan Syed Mokhtar bagi Bank Islam muncul selepas kejayaan beberapa syarikatnya, antara lain menguasai 32 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Pos Malaysia, menjadi rakan penyedia projek Transit Rapid Massa (MRT) dan lanjutan kontrak pengimport tunggal beras ke Malaysia.

Konglomeratnya, DRB-Hicom Bhd pada 13 Mei lalu berkata ia menerokai potensi penggabungan Bank Muamalat dengan Bank Islam tetapi tiada rancangan untuk menjual saham-sahamnya dalam Bank Muamalat.

Bank itu berkata ia telah mengemukakan surat hasrat kepada BIMB Holdings Bhd (BIMB) untuk menerokai potensi penggabungan kedua-dua bank.

DRB-Hicom merupakan syarikat pegangan utama Bank Muamalat dan memiliki 70 peratus pegangan manakala Khazanah Nasional Bhd memiliki baki 30 peratus.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam untuk membuka ruang bagi kewujudan satu Bank Islam Mega tunggal sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan.

“Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi,” kata beliau.

“Bank Negara mungkin ingin melihat bank Islam yang besar dan kerana itu ada keinginan untuk memberikan lesen mega itu dalam masa terdekat.

“Untuk mendapatkan lesen Mega Islamic Bank itu memerlukan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion,” katanya lagi.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999, yang lahir hasil peralihan perkhidmatan perbankan Islam dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang ketika itu bergabung dengan Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan- TMI

31 Mei 2011

SPR didesak buat keputusan segera -ISU Pengundi Baru

SPR didesak buat keputusan segera
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat keputusan segera mengenai bantahan yang dikemukakan oleh PAS berhubung pertambahan pengundi luar biasa di Selangor.

Desakan tersebut dibuat memandangkan tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat, manakala jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS), Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu, jumlah pertambahan pengundi sebanyak itu pada suku pertama tahun ini sememangnya amat meragukan, memandangkan ia amat jauh melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, PAS Selangor telah mengemukakan bantahan yang munasabah berhubung perkara itu di pejabat SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, tetapi sehingga kini masih belum diberikan tindakan sewajarnya.

Katanya, bantahan PAS berhubung perkara itu berdasarkan beberapa alasan yang antara lain terdapat nama-nama warganegara asing yang diangkat menjadi warga negara Malaysia, bagi membolehkan mereka turut menjadi pengundi pada pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

"Warganegara asing itu sememangnya akan mengundi bagi membantu BN. Sejauh yang dikesan oleh PAS, jumlahnya memang agak besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selain itu, menurut beliau, terdapat juga nama-nama yang didaftarkan itu tidak wujud pada alamat yang dicatatkan, manakala sesetengahnya pula tercatat nama pengundi yang tidak selaras dengan alamat yang dicatatkan.

"Dalam sesetengah kes yang kami kesan, terdapat juga nama-nama pengundi yang didaftarkan tanpa pengetahuan individu itu sendiri.

"Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada kami. Siapakah yang daftarkan mereka itu?

"Adakah Umno Selangor sendiri yang melakukannya secara rambang akibat tekanan Umno pusat untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?" tegasnya.

Tindakan yang dilakukan oleh Umno itu, katanya, merupakan satu strategi yang diperbaharui semula oleh Umno di Terengganu dalam usaha Umno BN merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.

Realiti itu dapat dikesan apabila didapati pemimpin Umno yang terbabit dalam penyusunan strategi di Terengganu itu adalah Datuk Seri Idris Jusoh sendiri yang kini telah diangkat memainkan peranan penting oleh Umno di peringkat pusat.

"Namun dari apa yang dilakukan itu, kami amat sedih apabila warganegara asing turut dibabitkan dalam perkara itu sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diberikan taraf sebagai warganegara.

"Ini jelas merupakan satu pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap negara kerana perbuatan itu memang boleh mengancam keselamatan negara dan merbahayakan tanah air kita sendiri dari pelbagai sudut," katanya.

Tindakan itu pula, ujarnya, dilakukan oleh Umno setelah mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Umno melakukan apa sahaja untuk membolehkan Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

"Semua itu jelas membuktikan Umno BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat," tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, pemuda PAS tidak akan membiarkan Umno BN bertindak sedemikian. Sebaliknya, Pemuda PAS Selangor seperti juga pemuda-pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara mempunyai makanisme tersendiri untuk mengekang gelombang itu dengan menggerakkan kebangkitan rakyat.

"Antara makanisme kami itu, kami akan mengekang gelombang itu dengan menggerakkan rakyat agar mengikuti Himpunan Bersih Kedua yang akan diadakan Julai nanti," ujar beliau.

Selangor Kaji Jawatan Guru 'Kontrak' dan 'Sambilan'

Selangor Kaji Jawatan Guru 'Kontrak' dan 'Sambilan'

SHAH ALAM 31 MEI : Konflik jawatan guru 'kontrak' dan 'sambilan' dinegeri Selangor akan selesai sedikit masa lagi selepas kerajaan negeri mengumumkan akan mendapatkan beberapa jawatan tambahan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Perkhabaran gembira ini diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor 2011 dengan tema 'Guru Penjana Ganerasi Idaman'.

Menurut Khalid, perkara ini akan diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

“Kerajaan Negeri bersetuju memberi sokongan penuh terhadap usaha mendapatkan waran jawatan tambahan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya mahu, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian utama terhadap perkara ini. Saya sedar betapa ramainya guru di negeri ini yang masih berjawatan kontrak atau sambilan dan dengan yang demikian, Kerajaan Negeri mahu mengatasi masalah ini dengan segera,” katanya.

Khalid juga memberitahu para guru Kerajaan Negeri turut terlibat dalam urusan pemberian gaji guru di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, (JAIS) disamping bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Untuk pengetahuan, dari segi kira-kira, setiap RM1 yang diberikan untuk guru-guru dibawah JAIS hanya 30 sen daripada Kerajaan Persekutuan dan 70 sen daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Pada tahun ini, kerajaan negeri meluluskan RM300 tambahan elaun kepada semua guru KAFA Integrasi yang bertugas di Semua Sekolah Rendah Agama di Negeri Selangor. Penambahan ini menjadikan jumlah elaun bulanan bagi kumpulan ini sebanyak RM 1,300.

Beliau menambah, segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran disamping mengadakan program- program peningkatan kerjaya untuk guru.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Khalid menyerahkan replika cek dari lembaga Zakat Selangor berjumlah hampir RM47 Juta. Sebanyak RM26 Juta diserahkan kepada sumbangan bayaran guru- guru kafa Negeri Selangor setahun dan RM12.5 Juta untuk sumbangan dermasiswa pelajar luar negara (Mesir, Jordan dan Morocco).

Sementara untuk anugerah tokoh guru terbaik bagi kategori lelaki dianugerahkan kepada Mohd Dawam Dollah @ Hj Mohd Anuar dan untuk tokoh guru wanita dianugerahkan kepada Mistijah Nordin.

Bagi anugerah Pra Sekolah terbaik dimenangi oleh Pekan Sabak Bernam, Sekolah Rendah Agama (SRA) dimenangi oleh Sijangkang Kuala Langat, Sekolah Rendah Agama Integrasi dimenangi oleh SRAI Sungai Manggis Kuala Langat, KAFAi dimenangi oleh Taman Kemuning Kuala Langat dan MITS/SAM dimenangi oleh SAMT batu 38 Sabak Bernam.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Islam, Adat- Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Marzuki Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Tuan Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Notis batal daftar, PKR ke mahkamah cabar RoS

Notis batal daftar, PKR ke mahkamah cabar RoS

KUALA LUMPUR, 31 Mei — PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan ini memberi kata dua parti itu akan dibatalkan pendaftaran berhubung satu kes disiplin ahlinya dipecat dua tahun lalu.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga akan memohon semakan kehakiman ke atas keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah dan dilakukan dengan niat buruk.
-TMI

TARIF ELETRIK DIAPUNG, KENAIKAN SEHINGGA 2016

Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.
Tiada kenaikan tarif bagi bil yang kurang RM77

Pengguna yang menggunakan kurang 300kW unit tenaga sebulan ataupun mereka yang jumlah bil di bawah RM77, tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun ini.

Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.

“Gerai-gerai, sebagai contoh, secara kasar bayar tambahan RM4.60. Jika kita bahagikan kepada 30 hari, ia cuma 15 sen sehari,” kata Che Khalib said.

Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.

Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.

Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.

TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.

“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.

“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.

“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.

30 Mei 2011

Himpunan 'Bantahan Lynas' Di Hotel Hyatt Kecoh

Himpunan 'Bantahan Lynas' Di Hotel Hyatt Kecoh Apabila 'Penyokong Kerajaan' Membuat Provokasi Terhadap Ahli MCA Yang Turut Hadir Menyokong!

KUANTAN, 30 Mei - Himpunan Bantahan Lynas yang diadakan di Hotel Hyatt dekat sini kecoh apabila sekumpulan penyokong kerajaan tiba-tiba membuat provokasi terhadap peserta demontrasi berkenaan. Mereka yang terdiri dari kalangan ahli UMNO dan beberapa NGO berkaitan menyerbu sekumpulan ahli Pemuda MCA yang turut berada bersama peserta demo.

Difahamkan, tolak menolak berlaku dan kata-kata kesat dilontarkan kepada pihak terbabit hingga menyebabkan pihak polis terpaksa camput tangan. Seorang ahli pemuda UMNO hampir-hampir bertumbuk dengan wakil Pemuda MCA yang hadir. Program diadakan untuk menyatakan bantahan dan menghantar petisyen kepada pakar-pakar yang dijemput kerajaan untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng.

Pakar-pakar terbabit dipercaya berada di Kuantan untuk memantau projek Lynas seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Mereka dipercayai menginap di Hotel Hyatt dekat Teluk Chempedak. Himpunan anjuran Save Malaysia Stop Lynas itu adalah kesinambungan demo yang diadakan sebelah paginya di tempat yang sama. Difahamkan hampir 200 orang peserta menyertai demo yang bermula pada jam 8.00 pagi tadi. Kekecohan berlaku buat kali yang kedua sekitar jam 4.30 petang apabila rombongan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tiba untuk menghadiri mesyuarat dengan lima orang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ia berikutan beberapa orang pemimpin UMNO tidak mahu pihak terbabit membawa bersama petisyen yang telah ditandatangani oleh rakyat ke dalam mesyuarat yang diadakan. Tindakan tersebut menyebabkan Ketua Polis IPD Kuantan, Tuan Jasmani Yusoff terpaksa meninggikan suara dan mengarahkan penyokong kerajaan bersurai. Keadaan mulai reda dan masing-masing beredar ke arah pintu masuk laluan ke Hotel Hyatt. Penyokong kerajaan berada dibawah pokok yang berhampiran sementara itu peserta demo berada di tepi jalan masuk ke hotel terbabit. Keadaan terkawal, beberapa orang anggota polis FRU dilihat berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu kejadian tidak diingini berlaku.

[Mesyuarat yang berlangsung antara YB Fuziah Salleh dengan pakar-pakar IAEA dikatakan hanya sekitar 30 minit sahaja. Masa 10 minit digunakan oleh pihak terbabit untuk memperkenalkan diri masing-masing dan selebihnya diberika kepada Fuziah untuk membentangkan isu yang menjadi bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang Lynas itu. Secara keseluruhannya, pihak terbabit berjanji untuk mengkaji dan membawa perkara itu kepada pihak kerajaan. Orang ramai yang berada di persekitaran Hotel Hyatt didapati mula beredar selepas suasana agak reda. Hanya kelihatan pihak polis yang masih berkawal di lokasi berkenaan. Sekitar jam 6.00 petang, didapati sebuah kenderaan VVIP menuju masuk ke hotel terbabit. Tidak diketahui siapakah pihak berkenaan dan apakah tujuannya. Apapun, program anjuran Save Malaysia Stop Lynas hari ini dilihat berjaya biarpun terdapat pertembungan luar biasa dengan penyokong kerajaan. Apapun kehadiran mereka adalah dengan paksaan dan ada imbuhan diberikan sebenarnya. Esok, satu lagi himpunan akan diadakan di Pantai Teluk Chempedak sekitar jam 8.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong bantahan pembinaan kilang memproses rare earth ini. Stop Lynas!].

http://pahangdaily.blogspot.com/2011/05/terkini-himpunan-bantah-lynas-di-hotel.html

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapung

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapung

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting-MK

Isu KUIN: PR cakap tak serupa bikin?

Kenyataan Akhbar

Belumpun reda isu 17 orang mahasiswa Universiti Malaya yang diborong dengan prosiding tatatertib AUKU, Solidariti Mahasiswa Malaysia sekali lagi mengecam tindakan Kolej Universiti Islam Insaniah Kedah (KUIN) yang mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam orang mahasiswa yang disabitkan dengan pertuduhan dibawah peruntukan undang-undang kolej universiti tersebut.

Antara pertuduhan yang dikenakan kepada enam orang mahasiswa tersebut ialah, pertuduhan mengadakan perhimpunan, pertuduhan melakukan kenyataan terbuka, pertuduhan menggunakan pembesar suara dan pertuduhan menghasut mahasiswa lain keluar daripada Kolej tersebut.

Dalam prosiding yang berlansung pada awal hari ini (25/5/2011), keenam-enam mahasiswa tersebut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman seperti berikut:

1. Mohd Faiz B. Mohd Arshad: Digantung 2 semester pengajian.
2. Mohd Azlan Bin Mat Zain: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
3. Ahmad Remi Bin Mohd Arof: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
4. Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin: Surat Amaran dan Denda RM100.
5. Zukhilatif Bin Marzuki: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
6. Muhamad Aiman B. Che Abd Razak: Surat Amaran dan digantung 1 semester.

PENDIRIAN SMM

SMM mengecam sebarang bentuk halangan dan sekatan terhadap aktivisme mahasiswa. Tindakan menghalang mahasiswa daripada mengeluarkan pandangan dan kritikan adalah bercanggah dengan perkara 10 perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan kepada isi rakyat untuk bersuara dan melontarkan pandangan mahupun kritikan. Hal ini pernah dinyatakan oleh pakar perlembagaan Malaysia dari Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya

"Secara umum peruntukan ini menyatakan bahawa warganegara Malaysia adalah berhak (untuk) bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran. Mereka juga berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. Perkara 10 juga menyebut bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan. Peruntukan ini sangat penting di sisi demokrasi kerana ia mengkanunkan hak-hak yang amat asasi dalam demokrasi."

Mahasiswa menegaskan bahawa hak untuk bersuara dan berkongsi pandangan adalah hak asasi semua pihak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Menurut John Stuart Mill, seorang ahli falsafah politik liberal dari Britain, kebebasan bersuara perlu dipraktikkan dalam tiga aspek berikut iaitu:
a. Hak untuk mencari maklumat dan idea
b. Hak untuk mendapatkan dan idea
c. Hak untuk menyebarkan maklumat dan idea

Mahasiswa berpendirian untuk menyokong aspirasi Timbalan Menteri II Kementerian Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah yang menekan konsep kebebasan partisipasi belia dalam politik arus perdana. Hal ini dapat dilihat dalam penulisan beliau yang menyatakan:

"Belia mempunyai imaginasi tersendiri terhadap partisipasinya dalam politik. Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Kita perlu menyelami minda mereka bukan sahaja untuk memperbaiki kefahaman kita, tetapi lebih penting lagi ialah untuk menghakupayakan mereka agar dapat mengoptimumkan potensi politik mereka."

SMM merasakan Pakatan rakyat khususnya PAS tidak serius dalam menanggapi kemelut autonomi mahasiswa KUIN. KUIN yang berada dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya bertanggungjawab penuh dalam mewujudkan dan memelihara kuasa autonomi mahasiswa untuk dijadikan contoh kepada IPT lain. Biarpun Gerakan Mahasiswa Insaniah bersama SMM sudah menghantar memorandum pada 13 Mei lalu kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi menuntut campur tangan PAS dalam kemelut mahasiswa Insaniah, namun belum ada respon terbuka yang memperlihatkan pihak PAS menangani isu ini secara serius.

SMM mengambil pendirian untuk menyifatkan Pakatan Rakyat sebagai terlupa bahawa mahasiswa sebagai entiti penting yang menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Jika Pakatan Rakyat tidak serius dalam menyelesaikan masalah ini, mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk hilang percaya kepada PR dan memboikot PR dalam PRU13.

SMM juga berpendirian bahawa tindakan Menteri Besar Kedah Azizan Bin Abdul Razak (gambar kiri) yang seperti menutup mata terhadap isu mahasiswa KUIN ini sangat mencemarkan imej Pakatan Rakyat sekaligus bertentangan dengan aspirasi PAS sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip kebebasan. Tindakan sambil lewa Menteri Besar Kedah ini akan memberi kesan buruk kepada manifesto yang bakal diumumkan oleh Pakatan Rakyat kepada mahasiswa. Rakyat akan menjadikan KUIN sebagai bukti betapa PR juga akan mengekang dan menyekat kebabasan rakyat sekiranya diberi mandat untuk memerintah Malaysia.

TUNTUTAN SMM

SMM menuntut agar Rektor Kolej Universiti Insaniah Prof. Jamil Bin Osman menggugurkan semua pertuduhan dan menarik balik hukuman yang dikenakan ke atas enam orang mahasiswa tersebut. Tindakan KUIN ini melambang sikap prejudis pentadbiran terhadap aktivisme mahasiswa yang sepatutnya dihadapi dengan cara lebih profesional.

Mahasiswa menuntut Presiden PAS Abdul Hadi Awang ( menasihati Menteri Besar Kedah iaitu Azizan Bin Abdul Razak agar menanggapi aktivisme mahasiswa secara profesional dengan mendesak KUIN agar bersikap lebih terbuka terhadap aktivisme mahasiswa.

Mahasiswa juga mendesak PAS agar menambil tindakan serius terhadap Azizan Bin Abdul Razak sekiranya isu mahasiswa KUIN ini tidak diselesaikan segera. Hal ini kerana sekiranya PAS tidak mengambil tindakan tegas, perkara ini akan memperlihatkan sikap double standard PAS dalam berhadapan dengan konsep kebebasan bersuara. PAS sebelum ini lantang mengkritik Barisan Nasional yang gemar menyekat aspirasi anak muda, oleh itu Pas sepatutnya mengendalikan isu ini dengan lebih serius. Tindakan Menteri Besar Kedah bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada PAS bahkan lebih besar lagi akan menyebabkan segala manifesto Pakatan Rakyat akan tercemar.

Mahasiswa juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersikap proaktif dalam mengambil tindakan atau teguran terhadap mana-mana IPTA mahupun IPTS yang mengenakan sekatan melampau terhadap aktivisme mahasiswa.

*Kenyataan oleh Ahmad Syukri Ab Razab selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), disokong

1.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
a.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
b.Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
c.Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN)
d.Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
e.Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia (KARISMA)
f.Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
2.Majlis Perwakilan Mahasiswa Negara
3.Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP)

Tarif Elektrik Dimumkan Petang Ini

PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan tarif elektrik baru pada pukul 4 petang Isnin di sini.

Kemeterian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan memberitahu bahawa menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop akan mengadakan sidang akhbar bersama.

UMNO '5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

17 ahli majlis Perbandaran Sg Petani mogok


Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

"Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.-MK

29 Mei 2011

"Bailout" Bon air Selangor - Kegaggalan Dasar pengswastaan.

AWER: "Bailout" Bon air Selangor TIDAK Sehaluan dengan model WSIA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membantah cadangan yang tidak bertanggungjawab oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk "Bailout" bon-bon air yang bernilai RM 6.5 Billion. Tindakan ini tidak sehaluan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dan implementasinya kerana cadangan ini tidak menetapkan nasib pemegang konsesi.

AWER ingin merujuk kepada "bailout" oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat pada 2009 ke atas syarikat General Motor dan Chrysler. Perbendaharaan Amerika Syarikat telah mengambil alih pegangan saham syarikat-syarikat ini dalam tindakan "bailout" tersebut. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan syarikat-syarikat ini tidak runtuh dan mengelakkan kehilangan mata pencarian rakyat. Walaupun cadangan oleh KeTTHA dan PAAB dapat dilihat sebagai satu kaedah untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran kewangan terhadap Malaysia, cadangan ini masih tidak sehaluan dengan implementasi WSIA.

"Bailout" bon-bon Air Selangor melalui PAAB juga tidak sama dengan tindakan "bailout" Amerika Syarikat. Dalam operasi sebenar, PAAB merupakan satu Badan Khas (Special Purpose Vehicle - SPV) dan tidak perlu menubuhkan satu lagi SPV yang baru sebagai "orang tengah". Pengenalan "orang tengah" yang baru akan menyebabkan kos tambahan kepada rakyat yang sebenarnya boleh dielakkan. Tugas PAAB adalah untuk mengambil alih aset-aset berliabiliti supaya operator air beroperasi dalam keadaan "ringan-asset". Operasi PAAB sepatutnya dipantau dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Apa yang telah menyimpang di sini? Adakah PAAB tidak jelas atau tidak faham akan tugas dan bidang kerja mereka?

Dalam "bailout" General Motor dan Chrysler, Perbendaharaan US dan beberapa agensi lain telah mengambil alih pemilikan saham syarikat-syarikat ini. Akan tetapi, cadangan PAAB hanya ingin menyelamatkan pemengang bon tanpa mengambil alih pegangan saham bagi syarikat konsesi yang terbabit. Kaedah penyelesaian sebegini yang diguna pakai oleh SPAN, PAAB dan KeTTHA adalah tidak wajar. Ini adalah bersamaan dengan meletakkan keseluruhan masalah terus kepada rakyat dan sektor perniagaan. Ini kerana semua kos ini akan dibayar dalam bentuk tarif.

Pemegang bon sebenarnya "tersepit" dalam situasi ini disebabkan perbezaan pendapat di antara kerajaan negeri, pemegang perjanjian konsesi dan kerajaan persekutuan. Model WSIA mempunyai kaedah penyelesaian untuk menamatkan perjanjian konsesi. Mengambil alih liabiliti syarikat konsesi untuk mengelakkan kemerosotan keyakinan pasaran boleh diterima. Tetapi, PERJANJIAN KONSESI MESTI DIBATALKAN pada penghujung keseluruhan cadangan penyelesaian ini.

Setelah kaedah "bailout" dilaksanakan dan PAAB mengambil alih pegangan saham yang berkaitan dalam syarikat-syarikat ini, perjanjian baru boleh dilaksanakan secara langsung di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri air di Selangor tanpa perlunya penglibatan pemegang perjanjian konsesi.


AWER menyeru Kerajaan Negeri Selangor dan KeTTHA untuk bekerjasama bagi menangani isu ini. Bagi sesiapa yang masih tidak jelas akan fungsi WSIA, sila layari www.awer.org.my untuk memuat turun laporan "Penstrukturan Semula Industri Air Negara - Hakikatnya". Ia diterbitkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Laporan ini juga telah diberikan kepada semua ADUN dan ahli parlimen di Malaysia bulan lepas.

*Kenyataan media oleh S. Piarapakaran (gambar kiri) selaku Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Hina Islam : Pemuda PAS Desak Menteri Muda Sarawak Minta Maaf

SHAH ALAM 29 MEI : Tindakan Majlis Islam Sarawak yang didakwa mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung disifatkan sebagai “satu diskriminasi” dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan golongan tersebut ke negeri Bumi Kenyalang, kata Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Ketua Pemudanya, Arifiriazul Paijo dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman yang seolah-olah menganggap guru dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.

“Sepatutnya beliau (menteri muda) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

“Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini,” katanya.

Semalam Daud Abdul Rahman dilaporkan berkata Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post

Menurut Arifiriazul, kenyataan Daud itu disifatkan mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama inilah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.-tvs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...