langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

28 April 2012

VIDEO KEJADIAN REMPUHAN KERETA POLIS

KEJADIAN KERETA POLIS REMPUH ORANG AWAM -OLEH SAKSI



Aktivis Terengganu

Ambe petang jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

Maner tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO. Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu. Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu. Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu. Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari.

Ambe sempat tengok 10 anggota polis tangkap seorang pendemo dan belasah dia kat tepi SOGO tak lama selepas rempuhan kereta tu. Allah... Malaysiaku....... Ya Rahman ya Rahim, dengarlah rintihan hamba-hambaMU ini.
SUMBER : http://www.facebook.com/photo.php?bid=370450143007314&set=a.146537958731868.38057.100001269934038&type=1&theater

TERKINI! 100,000 PERSERTA MASIH BERTAHAN- BERITA UPDATE

Muhammad Sanusi Md Nor-FB -http://www.facebook.com/photo.php?fbid=410882602269607&set=a.244665212224681.65790.100000436113775&type=1&theater
Inilah kereta polis yg melanggar beberapa peserta bersih dan seorang penunggang basikal atas tempat jalan kaki dpn sogo...polis itu turut dibelasah org ramai.

4.40PM KENYATAAN Chua Jui Meng ‏
Polis berdepan dgn gerbang Masjid Jamek mungkin nak serang beribu orang kita di dlm Masjid! Sudah sampai tahap itu.Najib nak bertanggunjawap


4.30PM -Terkini #Bersih lautan manusia berjiwa bersih berarak ke Dataran Merdeka dari Masjid Jamek

4.25PM -TEMBAKAN GAS PEMEDIH DI LRT MASJID JAMEK ----MACAM TEL AVIV DAH...........

TERKINI 4.20PM- Laungan #bersih kembali bergena di LRT Masjid Jamek yg sudah ditutup.

TERKINI 4.14PM : Laungan #BERSIH bergema di hadapan LRT Masjid Jamek. Rakyat masih cuba untuk masuk ke Dataran Merdeka yang telah dijajah!!

4.10PM Lagi tembakan gas pemedih mata di Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan KWSP. 6 buah trak FRU termasuk water canon ditempatkan di sini.


TERKINI 4.08 PM :Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis. #fb

Harakahdaily ‏
Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan. #fb

TERKINI 4.02PM : Elakkan kawasan Pasar Seni. Tin gas pemedih mata disorokkan di setiap sudut. Peserta #Bersih akan terperangkap!

TERKINI 3.59PM : Dang Wangi; polis bersembunyi dgn senapang gas pemedih mata di hadapan Sogo dan Permata Complex.

3,30PM TG Presiden Berucap dihadapan ratusan ribu rakyat di Dataran MayBank





1523 hrs-Ribuan peserta #bersih melarikan diri ke Jln Masjid India dan kwsn sekitar


TERKINI 3.18PM : Kumpulan yg telah terpisah akibat serangan gas tadi telah berkumpul semula dlm anggaran 5,000 org menuju ke Dataran Merdeka


Orang ramai kembali berkumpul di harapan bangunan BSN, Jalan Melaka. Sebahagiannya berkumpul di Jalan Tun Perak

Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.
Keadilan_Daily-gas pemedih mata mula ditembak di Jalan Tun Perak. Orang ramai masih tidak berganjak!

BERSIH 3.0- LIVE UPDATE- LEBIH 80,000 PENUHI DATARAN!!!

2.30 PM


2.00PM PULUHAN RIBU PERARAKAN DARI MASJID NEGARA
PEARAKAN DARI MASJID NEGARA

1.48 tengah hari: Anwar sudah bergerak ke Dataran melalui Pasar Seni dari Masjid Negara.

1.45 tengah hari: Kumpulan Besar dijangka 10,000 peserta diketuai oleh Unit Amal Pas ke Dataran.

1.43 tengah hari: Polis membuat sekatan di hadapan bulatan dekat dengan Bank Negara Malaysia.

1.45 tengah hari: Mula berkumpul, melaungkan "Hancur-Hancur", kumpulan besar dari Pasar Seni mula bergerak mulai jalan ke Pudu, seterusnya ke Dataran.

1.30 tengah hari: Di Masjid Negara, kumpulan besar dari Masjid Negara yang diketuai Anwar mula bergerak ke Dataran Merdeka.

1.25 tengah hari: Peserta Bersih menjamu selera di restoran berhampiran Pasar Seni. Dalam beberapa minit lagi kumpulan besar dijangka, lebih 10,000 akan bergerak ke Dataran Merdeka.

1.25 tengah hari: Datuk S. Ambiga berkata mereka akan bergerak dari Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka, pada jam 1.45 petang.

1.20 tengah hari: Penyokong barisan hadapan cuba mengangkat pagar besi yang diletak sebagai penghadang. Cubaan merempuh masuk yang pertama.

1.20 tengah hari: Pasukan Unit Amal Pas mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Masjid Negara.
Radio Bangsar Utama ‏Melapurkan :
TERKINI 1.37PM : Jumlah peserta #Bersih kiranya sudah meningkat ke angka 60,000 orang jika digabungkan seluruh lokasi kawasan Kuala Lumpur!


1.20pm - Sekitar Pasar Seni 20,000

Anwar: Kita merdekakan Dataran hari ini
Sejam sebelum himpunan BERSIH bermula secara rasmi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari ini hadir bersama lautan manusia di Masjid Negara mengajak orang ramai supaya "memerdekakan" Dataran Merdeka hari ini.

"Hari ini kita tidak boleh undur dari tuntutan kita tuntut pilihan raya yang bebas. Duduk semua."Kita akan ke Dataran dan merdekakan dataran kita hari ini," kata Anwar penuh semangat disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Katanya, orang ramai berkumpul hari ini bagi menuntut hak rakyat mendapat pilihan raya bebas dan adil yang didakwa menjadi mangsa "penipuan" Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)'

12.52 pm-Dr Hatta Ramli ketuai puluhan ribu di hadapan Dat Merdeka. @anwaribrahim akan tiba bila2 masa
12.40 PM SEKITAR MENARA MAYBANK - 10,000 BERKUMPUL
12.30 PM -JALAN PERAK SEKITAR 30,000 BERKUMPUL
Bersih di Melbourne


11.30AM--Gambar Terkini Dihadapan Stesyen LRT Masjid Jamek. Untuk Makluman, Stesyen Ini Beroperasi Seperti Biasa. Anda Boleh Turun Disini Untuk Bersama Kami.
11.00AM MahasiswaMsia sampai ke depan dataran dbkl. DUDUK & BANTAH


1010 AM -KLCC

10.00 AM SUMBER -Media Selangorku ‏
Sekitar 10,000 orang sudah berkumpul di Pasar Seni dan Jalan Petaling. #BersihReport #Bersih

930am -Mula bergerak ke DATARAN
920 AM

Sekatan jalan di laluan utama ke pusat bandar KL
9:26AM Apr 28, 2012

Polis mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 di pusat bandar jam 2 petang hari ini.

Sekatan jalan raya itu dilaporkan di Ampang Lebuhraya Bertingkat, Jalan Tun Razak, Jalan Mahameru, Jalan Pudu, Jalan Bangsar dan Jalan Tun Sambathan.

Penganjur BERSIH 3.0 menasihatkan peserta datang awal dan menggunakan pengangkutan awam. Bagaimanapun, mereka diingatkan mengenai kemungkinan beberapa stesen kereta api di pusat bandar, terutamanya Masjid Jamek, Pasar Seni, Hang Tuah, KL Sentral dan KLCC, ditutup lewat hari ini.

Puluhan ribu dijangka turun ke jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan yang dikenali sebagai 'BERSIH 3.0' untuk menuntut, antara lain, reformasi pilihan raya dan peletakan jawatan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Satu perhimpunan spontan diadakan lewat malam tadi berhampiran Dataran Merdeka, yang berjaya menarik seramai 2,000 orang.

Peserta sedang berkumpul di enam lokasi utama, iaitu Jalan Sultan, Pasar Seni, Masjid India, Masjid Negara, Brickfields dan KLCC serta beberapa lokasi lain di sekitar ibukota.

Peserta BERSIH 3.0 di KLCC dijangka disertai penyokong Himpunan Hijau 3.0 yang akan terlebih dahulu berarak ke Suruhanjaya Tinggi Australia untuk membantah loji nadir bumi RM700 juta di Gebeng, Kuantan yang dibina oleh syarikat dari negara itu - Lynas - sebelum meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka.

Peserta sudah pun berkumpul pada jam 8 pagi di Jalan Sultan untuk menyokong rakaman video pra-perhimpunan menentang projek MyRapid Transit (MRT) yang akan melalui jalan bersejarah.

Semua peserta akan bergerak ke arah Dataran Merdeka, yang telah ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penghalang dan kawat duri bagi menghalang peserta berhimpun di situ.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengumumkan semalam bahawa peserta boleh berkumpul di lokasi mereka tetapi melarang mereka daripada berarak.

Polis juga telah memperolehi perintah mahkamah melarang orang ramai memasuki Dataran Merdeka.

Semalam, penganjur BERSIH 3.0 berkata mereka akan mematuhi perintah mahkamah itu tetapi akan cuba berada sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka dan masih berharap pihak polis akan membenarkan mereka mengadakan duduk bantah di dataran tersebut.
Harakahdaily-Bekas pengerusi PKA Datuk Lee @hwabeng menyatakan dakwaan bisnes terganggu akibat Bersih 3.0 tidak seperti yg dilaporkan di gambar ini.


JALAN PETALING


8.00 PAGI

meskipun perhimpunan aman #Bersih 3.0 hanya bermula pada pukul 2 petang, namun sudah ramai jemaah solat subuh yg mengenakan pakaian kuning

Menjelang BERSIH 3.0 : Jam 1 pagi, sekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri (Video Inside)


Menjelang BERSIH 3.0 : Jam 1 pagi, sekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri (Video Inside)


Biarpun Himpunan BERSIH 3.0 dijadualkan bermula pada jam 2.00 petang namum pada jam 1 pagi ini, kawasan disekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri ppeserta himpunan yang datang dari segenap pelusuk negara..

Kehadiran ini membuktikan tiada rakyat Malaysia yang percaya akan apa yang tertulis pada banner yang digantungkan DBKL mengatakan tiada himpunan pada 28 April ini..

Banner hasil kerja bodoh pegawai-pegawai DBKL tu sila lihat di ( SINI )

Dan ianya juga membuktikan usaha untuk menggelapkan himpunan ini oleh media-media yang ditunggang UMNO/BN tidak berkesan...

Baca laporan dari Centre for Independent Journalism ini..

CIJ atau Centre for Independent Journalism menggambarkan terdapatnya tanda-tanda bahawa media di Malaysia tidak bebas sepenuhnya dan ia dikawal oleh parti atau individu atau pihak yang berkepentingan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan analisis perbandingan antara Bersih 2 dengan Bersih 3 yang nampaknya amat ketara perbezaannya. 

Bersih 3 menurut CIJ adalah suatu peristiwa yang mempunyai makna yang signifikan kepada negara dan rakyat tetapi nampaknya tidak mendapat liputan yang sepatutnya. Berikut berbezaan liputan media-media utama terhadap bersih 3.0
  • Utusan Malaysia hanya membuat berita sebanyak 10 laporan sahaja berbanding tahun lepas yang menyaksikan sebanyak 316 laporan. Penurunan sebanyak 97% !
  • NST menyaksikan penurunan sebanyak 92% di mana hanya 8 berita berbanding 97 pada Bersih yang lalu.
  • The Star turun sebanyak 91%. Dengan hanya 9 laporan berbanding 104 pada Bersih yang lalu.
  • The Sun turun sebanyak 62% dengan 10 laporan berbanding 26 pada Bersih yang lalu.
Laporan di Utusan dan juga NST lebih memihak kepada laporan negatif sahaja manakala The Star menrakamkan 6 laporan yang bersifat neutral daripada keseluruhan 9 laporan. 

Laporan daripada The Sun adalah lebih saksama di antara kesemua media bercetak dengan 8 laporan neutral dan satu laporan positif dan satu lagi laporan negatif daripada keseluruhan 10 laporan yang dibuat. 

CIJ mempersoalkan bagaimana satu peristiwa yang mempunyai makna yang amat besar terhadap rakyat Malaysia seperti Bersih 3.0 hampir tidak mendapat liputan seperti mana yang sepatutnya. Adakah ia menerima arahan daripada pihak tertentu yang khautirkan publisiti meluas kepada Pakatan Rakyat? - sembernya dari SINI

Saksikan!! jam 1 pagi.. sekitar Dataran Merdeka mula dibanjiri..

BERSIH 3.0 SUDAH BERMULA

DUDUK & BANTAH

Dataran -sekitar 1.30 pagi


Ribuan mulai banjiri Kuala Lumpur tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Biarpun acara Duduk Bantah dijadual bermula esok, ribuan penyokong Bersih 3.0 mula membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka sejak jam 10 malam dan jumlah itu kian meningkat tengah malam ini.

Sebahagian juga melaungkan slogan Bersih dan reformasi manakala polis mengawal Dataran Merdeka dengan pagar duri memisahkan penyokong dan pihak berkuasa.
Bilangan yang ramai itu menyebabkan kawasan berhampiran sejauh beberapa kilometer dari dataran yang diwarta sebagai larangan melelaui perintah mahkamah semalam, sesak dengan pelbagai lapisan rakyat.

Sementara itu, di Taman Melewar, Gombak yang menjadi lokasi terakhir amanat pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik, bilangannya juga dianggar lebih 10,000 orang.
Mereka yang hampir pasti menyertai perhimpunan yang bertujuan mendesak pemerintah mengadakan reformasi sistem pilihan raya, mulai esok pagi.

Tinjauan di paparan laman sosial seperti facebook dan twitter, kebanyakan peserta perhimpunan menyifatkan Bersih 3.0 sudah bermula.
“Perhimpunan Bersih akan tersemadi dalam sejarah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah anak cucuku bercerita di kemudian hari,” kata seorang peserta perhimpunan

27 April 2012

BERSIH 3.0 DI TEL AVIV.....

Ini bukan Tel Aviv, tapi Dataran Merdeka. Ha ha ha ha ha...esok turun ramai2

#Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih

#Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih#Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih#Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih#Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih #Bersih---> 3.0

ESOK BERSIARAN LANSUNG DI BLOG KEDAH.KINI

LAPURAN BERSIH3.0 : RADIO BANGSAR UTAMA -SIARAN LANGSUNG



RADIO BANGSAR UTAMA TANPA HENTI HENTI

www.radiobangsarutama.blogaspot.com

dari jam 9 malam ini
radio bangsar utama
akan terus menerus
mengadakan siaran langsung
tanpa henti henti

wartawan rabu
akan memberi liputan
pemberita kami akan memberi laporan

untuk laporan apa yang sedang berlaku
di kuala lumpur sila
layari radio bangsar utama

ATTENTION PLEASE

from 9.00 tonight
rabu will brocast nonstop
global bersih supporters
please tine in to: www.radiobangsarutama.blogaspot.com

MALAYSIAKINI DISERANG ADA WEB BARU

Malaysiakini berdepan dengan serangan DDOS lagi
7:06PM Apr 27, 2012
Server Malaysiakini diserang lagi menjelang berlangsungnya perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 di ibunegara esok.

Pembaca dan pelanggan, terutama mereka yang menggunakan laluan
antarabangsa seperti telefon Blackberries, tidak dapat mengakses Malaysiakini sejak jam 5:30 petang ini.

Serangan tersebut yang dikenali sebagai serangan penafian perkhidmatan (DDOS) - melibatkan penggunaan sejumlah besar komputer untuk membanjiri server Malaysiakini dengan trafik 'sampah', mengakibatkan kesesakan laluan yang menafikan akses kepada pengguna yang sah.

Serangan tersebut biasanya dilakukan oleh sindiket antarabangsa yang dibayar untuk mengganggu lamanweb yang disasar.

Malaysiakini berdepan dengan serangan yang sama April dan Julai tahun lepas, masing-masing semasa pilihan raya negeri Sarawak dan perhimpunan BERSIH 2.0.

Pasukan teknologi Malaysiakini sedang mengkaji corak serangan dan akan mengambil langkah-langkah untuk menanganinya.

Pengguna tempatan yang terjejas dengan perubahan tersebut juga boleh melayari www1.malaysiakini.com dan www2.malaysiakini.com jika kehilangan akses dengan lamanweb utama Malaysiakini.

Pengguna juga patut melayari www.facebook.com/malaysiakini untuk maklumat terkini mengenai serangan DDOS tersebut.

DALAM B.M DIBAWAH

http://www2.malaysiakini.com/bm/

SPR BANGSAT, BERSIH 3.0 TERLALU WAJAR!


Sah! Aziz Yusof DAN Wan Ahmad SPR Ahli Umno!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi, Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.

Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.

"Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan'.

"Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno...," kata Saifuddin.

Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.

Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.

"Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan," kata Saifuddin.

Pengakuan Aziz, Wan Ahmad

Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.

"Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an," katanya.

Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta "tidak pernah mengambil tahu".

"Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang," beliau dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah.

Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu.

Siswa rancang bebaskan Dataran Merdaka malam ini?

Fahmi Reza (bertopi hitam).

SELURUH pimimpin mahasiswa diseru untuk duduk berbincang petang ini bagi membebaskan semula Dataran Merdeka dari terus 'dijajah' oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada malam ini bagi melancarkan proses perayaan demokrasi Bersih 3.0 bermula jam 2 petang esok.

"Kita di sini bukan untuk protes (pentadbiran Perdana Menteri Datun Seri Najib Tun Razak) semta-mata. Tetapiuntuk membuka lebih ruang demokrasi yang lebih sihat.

"Kita (mahasiswa dan anak muda) boleh lihat Bersih 3.0 rayu untuk guna Dataran Merdeka, adakah mereka (pihak berkuasa) mengizinkannya? Tak berlaku bukan, sedangkan Dataran Merdeka adalah 'dataran awam' yang demokratik," ujar ikon occupy Dataran Fahmi Reza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 10.30 pagi tadi.

PenangInsight.com difahamkan, kumpulan yang mendirikan khemah 'MansuhPTPTN' sejak 13 April lepas sedang berusaha mengumpulkan kesemua pemimpin mahasiswa untuk menjayakan aksi membebaskan Dataran Merdeka.

Itu, tidak termasuk rancangan melacarkan "500 Belon Kuning Tawan Dataran Merdeka" yang cuba direalisasikan bersama demi menyemarakkan mobilisasi rakyat Malaysia ke perhimpunan Bersih 3.0 pada hari esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi menggandakan desakan kepada pihak polis dan penguatkuasa DBKL kerana menahan beliau dan seorang lagi aktivis mahasiswa pada Isnin lepas yang baginya adalah tidak sah.

"Saya tanya polis atas sebab apa saya ditahan, mereka kata 'nanti awak akan tahu'. Kemudiannya mereka (polis) kata 'awak ditahan oleh DBKL, bukan polis'.

"Lebih baik awak tanya sendiri dengan Datu Bandar Kuala Lumpur (Tan Sri Ahmad Fuad Ismail), mengapa saya pula jadi sasaran (tangkapan)?

"Apabila kita beri kepercayaan kepada DBKL (semasa proses siasatan), mereka memperguna kepercayaan saya (untuk heret saya ke mahkamah)," ujar beliau sambil melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan pihak berwajib.

Sehingga jam 11.45 pagi tadi, tinjauan PenangInsight.com mendapati Tiga bas dan satu trak penuh dengan polis berpakaian seragam mulai membanjiri jalan utama di Dataran Merdeka.

Awal pagi tadi menyaksikan insiden DBKL dipagar 3 lapis manakala sekumpulan mahasiswa yang berkumpul di tempat kejadian diusir oleh pihak penguatkuasa.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak usaha membanteras penyelewengan dalam proses pilihan raya umum ke-13 yang disokong oleh rakyat Malaysia. -END

DEMO BERSIH 3.0 DI 70 LOKASI SELURUH DUNIA

Demonstrasi 70 lokasi seluruh dunia, Bersih 3.0 bakal pecah rekod dunia
KUALA LUMPUR, 26 April: Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja. Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).
Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town).

26 April 2012

Terkini!! Datuk Bandar arah Dataran Merdeka ditutup


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi esok.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan petang ini.

Berikutan itu Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam, mulai jam 6 pagi Jumaat sehingga 6 pagi Ahad ini.

Menurutnya, Dataran Merdeka akan ditutup sementara kepada orang awam dalam tempoh tersebut mengikut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Semalam Ahmad Fuad memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pemantau antarabangsa kutuk pelaksanaan sistem pilihan raya Malaysia

KUALA LUMPUR 26 April: Pemerhati Misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) mengutuk sistem pilihan raya di Malaysia kerana memberi masa berkempen terlalu singkat.

Senator Bebas Australia, Nicholas Xenophon berpendapat, 10 hari tempoh kempen terlalu singkat berbanding negara lain yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.
“Di Australia, calon bertanding diberikan sekurang-kurangnya 33 hari manakala di India dan Pakistan 90 hari,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, selepas pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Pada pertemuan itu, Nicholas turut menyatakan kekecewaannya terhadap akses media di negara ini yang tidak bebas selain pembersihan senarai pemilih yang tidak diberi perhatian kerajaan.
IFFMEM turut disertai Senator Pakistan, Mir Hasil Khan Bizenjo; Dekan Kolej Undang-undang, Universiti Timur Filipina, Amando Valdez; dan Penyelaras Projek Serantau Yayasan Kebebasan Friedrich Naumann – FNF, Juliane Schmucker.

Hadir sama, Prof Madya Universiti New South Wales, Australia, Dr Clinton Fernandez; Pengarah Editor India Today, Mobashar Jawed Akhbar; Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional, Dr Mohamad Nasir Tamara Tamimi dan wakil daripada Malaysia, Abd Malek Hussin, Pengerusi IFFMEM.
Kehadiran mereka atas jemputan Pakatan Rakyat untuk memerhati sistem pilihan raya dan akan menamatkan misi itu hingga Ahad ini.

Delegasi ini dijangka membentang laporan kepada awam dua minggu akan datang. -KD

FAM BANGSAT

Dari kecik aku tak minat bola. Mungkin sebab aku bersekolah sama dengan bintang-bintang hoki negara macam Poon Fook Loke, Foo Keat Seong, Abdul Rahim Hj. Ahmad..jadi semua orang lebih minat hoki dari bola. Malah, Perak lebih banyak menghasilkan bintang-bintang hoki berbanding bola.
Itu dulu. Sekarang mutu hoki kebangsaan sudah jauh merudum.
Walaubagaimanapun, belum ada reformasi dalam hoki. Dan aku tak rasa akan berlaku reform dalam hoki selagi kepala yang paling atas tak berubah. Kalau yang duduk dibawah saja berubah, tapi yang diatas masih lagi mengamalkan cara yang sama, sampai bila ia tak akan berubah.
Dalam bola pun macam tu jugak. Standard bola Malaysia makin lama makin jatuh. Dan aku tak nampak akan berlaku reform dalam bolasepak negara kalau kepala yang diatas masih orang yang sama.
Walaubagaimanapun, aku nampak akan berlaku perubahan dalam bolasepak. Dan perubahan itu bukan datang dari atas…tapi dari bawah.
Kalau dulu, tak ada sapa yang berani mengkritik kepimpinan FAM, sekarang bukan setakat mengkritik, malah sudah ada kumpulan yang berani menentang FAM secara yang lebih brutal. Brutal tu bukan la sampai nak berbunuh-bunuh, tapi kalau dilihat kepada luahan perasaan yang dihamburkan, ianya nampak radikal.
Cuba tengok video dibawah sekali.
Yang menjerit dan menyanyi “FAM bangsat’ itu bukan orang tua..tapi anak muda.
Aku tinggalkan bolasepak..sebab aku bukan kaki bola. Aku kaki politik.
Dalam politik juga, kalau nak mengharapkan perubahan itu datang dari orang tua..ia tak akan berubah. Orang tua hanya mahu mengekalkan kuasa. Yang berani berubah ialah anak muda.
Sejak dua hari lalu, aku sibuk dengan Bersih 3.0. Siang buat persediaan, malam buat promosi. Persediaan tak payah nak cerita kat sini..tapi boleh tengok katFacebook Bersih 3.0 Perak.
Malam-malam kami round shopping complex sambil promosi Bersih. Yang ni seronok sikit melihat sikap manusia.
Apa yang menarik ialah kempen ini digerakkan oleh anak-anak muda. Yang tua tercengang-cengang malah ramai yang nampak lebih takut dari kami yang memakai baju Bersih.
Ada sorang tu datang mai jumpa aku dan bertanya..”tak salah ke pakai baju ni?”Peeerghh!! nak pakai baju pun takut?
Tengahari semalam, ada sidang media Bersih 3.0 Perak di Ipoh. Lepas PC, aku pi pekena nasi ganja dengan berbaju Bersih. Seronok jugak bila ramai yang datang bertanya.
“Bersih ni haram ke halal?” “Polis tak tangkap ka?” “Kalau kena tangkap, ada loyar datang jamin ka?”
Bila aku cuba buat promo kat satu couple yang muda sikit dari aku, lagi leceh. Banyak sangat soalannya. Dia mahukan macam-macam jaminan.
“You boleh jamin ka polis tak datang buat kacau?”
“You boleh jamin ka kita tak kena tangkap?”
“Kalau kita orang pergi, dapat T-Shirt tak?’
Boleh blah la.
Orang-orang macam ini bukan ejen perubahan. Ini jenis orang yang takut hilang keselesaan. Tolak ketepi dulu.
So, tinggal tiga hari lagi untuk kita menyatakan sesuatu. Bersih adalah salah satu expresi untuk menyatakan ketidakpuasan tentang sistem pilihanraya. Tanpa satu sistem yang telus dan adil, kita tidak akan mampu melakukan perubahan.
Tapi…sebelum kita mahu SPR melakukan perubahan, kita perlu berubah dulu.
Ramai dari kita yang terkongkong oleh ketakutan. Kita terlalu takut dengan benda-benda yang sepatutnya tidak wujud. Kita takut kepada ugutan. Kita takut kepada ancaman. Kita takut kepada amaran.
Mampuih pi semua tu. Hadir ke perhimpunan Bersih adalah satu kewajipan untuk melakukan perubahan. Pihak atasan perlu memahami kehendak dan perasaan rakyat dibawah. -msk media perak
Jangan sampai rakyat menyanyikan lagu “SPR bangsat”.



25 April 2012

GEMPAR! Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri

Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang


KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. HD


Ulasan GB

Ketara sangat Shafie Apdal berpakat dengan Zahida sampai guna peguam UMNO, Mohd Shafee Abdullah.

Apa-apa hal pun kes akan dibawa ke SPRM.

Jadi macam kes lembu NFC nanti, terselak habis kain sang menteri lembu itu, sehingga terlucut juga jawatan menterinya.

"I work hard for the money", kata Zahida dalam twitternya. Perkataan hampir serupa dengan menteri lembu tatkala pertahankan suaminya.

Kepada Zahida, kepada Shafie, jika nak saman, saman saja. Nanti di mahkamah boleh cerita panjang.

Rakyat nak jugak tahu "hubungan sebenar" Shafie Apdal dengan Zahida Rafik nih. Dah kahwin ke belum? Ada kata dah kahwin, tapi Zahida tak mengaku, mungkin khuatir dan takut kena belangkong dengan isteri pertama Shafie.

Kalau belum kahwin, apakah menteri memang seorang sang bedal?

Kalau kata 100% lansung tiada hubungan, tu mengarut dan tak mungkin rakyat mempercayainya sebab banyak sangat rahsia dah bocor..... contohnya:


Gempar!! Rakan - rakan artis dan orang kenamaan yang menghadiri Rumah Terbuka Artis @ Usahanita Jelita, Zahida Rafik terperanjat apabila seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia yang rapat dengan Perdana Menteri tiba-tiba muncul berseorangan di Rumah Terbuka Zahida tanpa ditemani isteri dan pengawal peribadi.

Siapakah gerangan Menteri itu…?

Disember lalu, ketika Menteri berkenaan bercuti di London, Zahida juga turut berada di sana, juga tanpa kelibat isteri menteri berkenaan….. -medan-info

ZAHIDA RAFIK ATAU PEGUAM UMNO MAHU SAMAN ZURAIDA

Artis wanita hantar surat peguam pada MP

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu

menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.


Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu ini.

BURMA SUDAH MULA BUKA RUANG DEMOKRASI, MALAYSIA MASIH MAHU DEGIL

Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka

ULASAN BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.

Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.

Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'

Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.
Mengapa?

Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.

Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

Amerika akan persoal

Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.

Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.

Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.

Dataran Merdeka simbol kebebasan

Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.

Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.

Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut.
Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.

AMIN ISKANDAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...