19 Jun 2012

ISU AIR SIAPA CEKAP : PR cuma naik 12% + percuma 20m3 , pilih BN Naik 62%

Isu Forum Air Selangor : Umno-BN Yang Tak Sedar Diri

“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kita boleh gunakan kedua-duanya sekali



KUALA SELANGOR, 17 JUN : Forum air Selangor yang berlangsung pada 12 Jun lalu berjaya mencari sistem yang terbaik bagi mengurus industri air negeri berbanding dengan cara Umno-BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada forum tersebut berkata penstrukturan melalui model holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan aset air negeri di urus dengan lebih cekap. Model holistik juga akan memastikan harga air tidak naik lebih dari 12 peratus manakala cara pengurusan Umno-BN akan menyaksikan harga air naik sampai 62 peratus.

Fakta-fakta ini menyangkal dakwaan beberapa pemimpin Umno-BN Selangor baru-baru ini bahawa forum tersebut “syok sendiri” dan tidak mencari jalan penyelesaian. MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, forum itu menyangkal dakwaan Umno-BN yang Selangor tak cukup air di samping menunjukkan usaha penstrukturan semula bukanlah idea baru.


“Selangor mempunyai simpanan air mentah yang mencukupi, manakala kadar rizab air terawat adalah 20 peratus,” beliau berkata apabila ditemui di sini semalam. Justeru, beliau meminta Kerajaan Pusat melaksanakan penstrukturan semula air seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

“Kita telah buktikan bahawa forum air itu dibarisi oleh pakar atau yang berpendidikan tinggi terutama dalam pengurusan air.
“Mungkin Kerajaan Pusat tidak faham apa yang cuba kita sampaikan,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengatakan forum air itu tidak menyelesaikan masalah rizab air terawat yang beliau dakwa semakin berkurangan di Selangor. Media pro-Umno-BN turut melaporkan kenyataan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang mendakwa forum air Selangor hanyalah ‘forum syok sendiri’.

Tambah Dr Dzulkefly, Kerajaan Selangor mampus mengurus air dengan lebih baik seperti negeri lain yang sudah menstrukturkan industri mereka di bawah seperti Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata Model Holistik akan memastikan tarif air tidak akan melebihi 12 peratus setiap tiga tahun.

Ini jauh lebih baik berbanding kenaikan 62 peratus jika penstrukturan tidak dilakukan. ”Kerajaan Negeri menitikberatkan faktor kepentingan pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan tarif air yang melampau,” kata Xavier yang juga Adun Sri Andalas.



Tambahnya, walaupun permintaan terhadap air di Selangor adalah tinggi, projek gergasi pemindahan air mentah dari Pahang (Langat 2) tidak diperlukan kerana hanya menguntungkan kontraktor.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber alternatif seperti air bawah tanah. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor akan meneruskan usaha untuk menyusun semula industri air seperti yang terkandung dalam WSIA.

“Sekiranya Kerajaan Pusat ingin melaksanakannya atas dasar politik, jadi kita tunggu semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Ada dua bentuk kehakiman di negara ini, satu kehakiman rakyat dan satu lagi adalah mahkamah. Kta boleh gunakan kedua-duanya sekali,”
tegasnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...