31 Mac 2012
THAILAND : LAKSANAKAN GAJI MINIMUM
Dasar kerajaan untuk menaikkan gaji minimum harian pekerja kepada 300 baht bertujuan meningkatkan taraf hidup pada satu-satu masa apabila kos sara hidup semakin meningkat, kata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra pada hari Sabtu.
Gaji minimum harian yang baru akan berkuat kuasa pada hari Ahad dalam tujuh wilayah: Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Nakhon Pathom, Pathum Thani dan Phuket. Peningkatan ini ialah 40% dari tahap semasa. Peningkatan dalam wilayah-wilayah lain akan menyusul kemudian.
Bercakap mengenai mingguan beliau "PM Yingluck Bertemu Rakyat" talk show pada NBT, Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa kenaikan gaji yang akan menjejaskan kos pengeluaran pengilang, tetapi kesannya akan menjadi minima.
Pengeluar yang paling besar, kata beliau, telah membayar gaji harian melebihi gaji minimum baru. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan terjejas oleh dasar itu, kerajaan akan datang dengan langkah-langkah yang sewajarnya untuk membantu meringankan kesusahan mereka, tambah beliau.
"Menurut statistik yang lepas, gaji minimum harian pekerja telah tidak dinaikkan selama beberapa tahun, sementara kos sara hidup telah semakin meningkat," kata Cik Yingluck.
"Jika gaji pekerja tidak dibangkitkan, mereka tidak akan mampu bertahan. Malah, kenaikan gaji minimum harian tidak terlalu tinggi, kata beberapa pengkritik ."
Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan menteri-menteri buruh dan industri untuk memantau dan memberi bantuan yang diperlukan bagi PKS yang terjejas oleh keperluan untuk membayar pekerja mereka lebih.-Sumber Bangkok Post
ANWAR DERSEDIA DISAPINA, KATA PEGUAM
Saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia disapina berhubung kes Hong Leong vs Low Thiam Hoe.
Pengarah Biro Guamannya, Latheefa Koya berkata sapina itu untuk mengarah Anwar menjadi saksi bagi membantu mahkamah dalam kes tuntutan terhadap Hong Leong Finance Berhad, yang difailkan pada 1998.Sekaligus beliau menafikan dakwaan peguambela D Paralingam yang menyatakan Anwar enggan menerima sapina itu yang diserahkan kepadanya (Anwar) pada 28 Mac lalu.Latheefa menegaskan, “kami terperanjat dengan kejahilan peguam berkenaan tentang peraturan dan hak istimewa seorang ahli parlimen bahawa saman mahkamah tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana Ahli Parlimen di dalam premis Parlimen.
“Malahan tindakan peguam itu untuk menyerahkan sapina di premis Parlimen adalah salah dan melanggar sidang Parlimen,” terang beliau.Menurutnya, Anwar tidak mempunyai halangan untuk menerima sapina itu dan sentiasa bersedia untuk hadir di mahkamah, jika ianya relevan, perlu dan bukan dengan niat untuk menyalah guna proses mahkamah.
“Kami ingin menasihati Paralingam bahawa terdapat beberapa etika yang perlu dipatuhi sebelum sapina dikeluarkan ke atas Ahli Parlimen, apatah lagi beliau ialah seorang Ketua Pembangkang.
“Paralingam boleh menghubungi Tetuan Daim & Gamany untuk menetapkan satu temujanji bagi menyerahkan sapina itu jika beliau benar-benar berminat untuk memanggil Anwar sebagai saksi.

RASUAH PUNCA RIO TINTO ALCAN BATALKAN PELABURAN RM2.0 BILION DI SARAWAK
Beberapa tanda tanya berkenaan projek gergasi hasil cetusan idea Taib, iaitu Empangan Bakun bernilai berbilion ringgit, telah timbul dan berkembang menjadi suatu krisis bagi seorang ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’.
Sebuah syarikat perlombongan bertaraf global, Rio Tinto Alcan, baharu saja mengumumkan penarikan diri mereka dari menyertai usahasama industri melebur aluminium dengan SALCO.
Projek empangan hidro Bakun merupakan rancangan utama Taib untuk mengeluarkan tenaga elektrik berskala besar.Dan projek berkenaan juga merupakan impian Ketua Menteri untuk menyokong konsep SCORE-nya telah menjadi sia-sia, malah di samping itu dia merancang untuk membina 12 lagi empangan sebagai tambahan kepada Bakun.
Kini Bakun semakin cepat menjadi sebuah projek gajah putih sebagaimana yang telah dijangkakan oleh pelbagai pihak.
Terlalu banyak kesengsaraan tanpa sebab
Seperti mana yang telah kami laporkan, banyak pekerjaan dan kontrak yang dikhaskan untuk penduduk tempatan yang akan dipindahkan, telah sebenarnya direbut oleh kroni-kroni BN, seperti ahli parlimen Billy Abit Joo, yang telah menjadi pemegang saham dan pewaris dalam syarikat yang kononnya ‘koperasi rakyat’ Wargana Consortium. Sarawak Report dan pertubuhan-pertubuhan NGO yang lain telah banyak kali mengetengahkan kemarahan dan setiap maklumat yang mereka kemukakan akan tetap diambil perhatian oleh syarikat Rio Tinto Alcan, yang peka pada pandangan pemegang-pemegang saham mereka dari negara-negara barat apabila ianya berkaitan dengan pelanggaran isu hak asasi manusia dan alam sekitar.
Apakah alasan Rio Tinto Alcan menarik diri dari usahasama SALCO?
Alasan yang diberi oleh Rio Tinto Alcan untuk menarik diri dari usahasama peleburan logam yang bernilai RM2 bilion itu telah dijelaskan secara bertertib bahawa persefahaman gagal dicapai bersandarkan kadar bayaran elektrik dari Bakun.
Ini mungkin intipati alasan yang diberikan. Syarikat itu bercadang untuk menghentikan kegiatan mereka seperti di Kanada, UK dan Australia selagi mereka dapat menggunakan tenaga elektrik percuma dan bebas rasuah. Namun, apakah manfaatnya pada orang-orang Sarawak?
Tujuan utama pembinaan empangan itu adalah untuk memperolehi pendapatan!
Sebenarnya keperluan untuk memperolehi pendapatan dari Bakun amatlah mendesak, untuk antara
lainnya membayar balik berbilion-bilion ringgit wang dari tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga tabung skim-skim pencen lain.
Jika pendapatan dari Bakun gagal diperolehi, maka para pesaralah merupakan orang-orang yang terjejas dan merana nanti.
Dengan masa depan yang semakin malap dari hari ke hari ‘Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak’ dan rakan-rakan politiknya dalam BN di peringkat kerajaan persekutuan akan pastinya mulai menyedari kenapa tiada lagi pihak swasta yang bersedia untuk terlibat dalam projek Bakun itu!
Mungkinkah Rio Tinto Alcan meminta kadar bayaran elektrik terlalu rendah dari Taib, adik iparnya Robert Geneid dan Ketua Pegawai Eksekutif CMS Richard Curtis, yang telah terlalu mengharapkan mereka berjaya membida untuk melabur bersama-sama?
Rasuah!
Tetapi kami mengandaikan terdapat alasan yang lebih konkrit bagi Rio Tinto Alcan mengambil keputusan bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan hubungan dengan Sarawak dan Ketua Menterinya yang licik dan juga kroni-kroni BN-nya yang sentiasa bersedia untuk mendapatkan serpihan-serpihan kontrak yang berkaitan nanti.
Pada bulan lalu Sarawak Report telah mendedahkan secara komprehensif mengenai rancangan Taib untuk memperolehi pendapatan menggunakan syarikat SALCO. Pesusuhjaya Tinggi Australia, Miles Kuppa, pula mungkin telah diupah untuk menyokong bidaan itu, manakala para pegawai tertinggi dalam Rio Tinto Alcan telah diterbangkan secara istemewa ke Kuching, Sarawak, dua minggu sebelumnya bagi menjalankan beberapa siri rundingan. Namun setelah rahsia Ketua Menteri itu terbongkar kerana disyaki merancang untuk mewujudkan usahasama yang bakal menyaksikan kemasukan keuntungan berjuta-juta ringgit untuk syarikatnya sendiri, maka tidak hairanlah usahasama SALCO dan RTA itu dibatalkan!
Sarawak Report belum lagi menerima sebarang respons atau komen dari Rio Tinto Alcan atau Pesuruhjaya Tinggi Australia mengenai pendedahan berkaitan penglibatan mereka dengan projek SALCO yang dibelengu rasuah itu, namun biasanya sesuatu tindakan itu akan bersuara lebih jelas dari kata-kata.
Rio Tinto Alcan akan mendapati terlalu sukar menjelaskan butiran-butiran projek ini kepada para pemegang saham mereka jika mereka ingin juga meneruskan usahasama ini.
Persoalan-persoalan yang ditimbulkan, kenapakah Rio Tinto Alcan masih giat mengadakan rundingan ke atas sebuah projek yang dibelengu rasuah sehingga akhir bulan Januari tahun ini?
Rundingan itu telah diadakan setelah sekian lama para eksekutif syarikat itu menyedari bahawa mereka bukan berunding dengan Negeri Sarawak, tetapi dengan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak!
Lagi banyak empangan!
Namun Taib Mahmud dan kroni-kroni BN-nya masih meneruskan rancangan mereka membina lebih banyak empangan hidro jika mereka berjaya dalam pilihanraya yang akan datang!
Projek-projek seperti itu bakal mengakibatkan seramai setengah juta orang tempatan dihalau keluar dari kampung halaman mereka sendiri kerana ditenggelami air empangan-empangan itu nanti. Kenapa harus sedemikian, ketika tenaga elektrik sudah terlalu berlebihan dijanakan? Kenapa, apabila empangan Bakun dan Batang Ai hanya menggunakan separuh dari kesemua bilangan turbinnya?
Alasan utama, seperti kebiasaannya, bakal menyumbang keuntungan kepada Taib Mahmud sendiri, yang bercadang meminjam berbilion-bilion ringgit untuk projek-projek itu dan juga untuk SCORE. Berbilion-bilion ringgit yang boleh dicurahkan masuk ke dalam syarikat-syarikatnya ketika dia terlibat dalam kontrak-kontrak untuk membina empangan-empangan yang melibatkan syarikat-syarikat luar negara dalam projek-projek tenaga elektrik murah (seperti usahasama SALCO yang gagal itu).
Sebenarnya orang Sarawaklah yang akan mencari wang untuk membayar balik pinjaman itu dan mereka tidak mungkin akan menikmati sebarang manfaat dari empangan-empangan hidro yang tidak diperlukan itu.
Cukuplah untuk CEO BN negeri Sarawak!
30 Mac 2012
Statement Malique Ibrahim mengenai lagu Bawaku Pergi
Statement
Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ.
Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.
Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Malique
Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.
Web: www.qarmamusiq.com
DS HADI BERTEMU BEKAS MENTERI UMNO
Hadi bertemu bekas menteri Umno, pegawai tinggi kerajaan
Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah megadakan pertemuan dengan tokoh Umno termasuk bekas menteri dan exco Umno Selasa lalu.
Pemimpin PAS itu berkata, tokoh Umno berkenaan dari Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Mereka pernah menjadi menteri dan exco berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno, lapor laman web rasmi PAS Terengganu.
“Tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dan menyelamatkan negara dari pemerintahan BN yang diterajui Umno.
“Saya turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.“Jeneral-jeneral yang bersara, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,” kata bekas Menteri Besar Terengganu itu dalam ceramah di Dungun, Rabu lalu .
Menurut Abdul Hadi, pemimpin Umno berkenaan memaklumkan kepada beliau bahawa Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), ketua-ketua cawangan Umno dan imam-imam masjid adalah yang berpengaruh di kalangan masyarakat kampung.
Katanya, pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan imam yang mereka lantik,“(Cuma) 20, 30 orang sahaja yang menguasai beratus-ratus pengundi, (tetapi) rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,”jelasnya,

Panas !! Setiausaha Agung PAS Mahu Ketua Pembangkang Ditukar
Posted by tukanglawan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberikan jawapan yang menggemparkan semasa ditanya daripada media perdana mengenai persoalan apakah beliau mahu ketua pembangkang ditukar.
Ini adalah berhubung isu yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual yang juga disertai oleh segerombolan katak-katak takde otak.
Wartawan dari satu agensi media arus perdana yang terkenal dengan sikap berat sebelah dalam menyiarkan berita tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku cuba menggugurkan Anwar sebagai ketua parlimen, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa menjawab memang beliau mahu ketua pembangkang diparlimen ditukar.
Jawapan Yang diberikan memang cukup panas, Mustafa Ali menjawab “Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,"
Kah..kah..kah.. memang panas hati penyokong tegar BN yang sudah tidak peduli batasan perbuatan mendengar jawapan ini,
Lihatlah, selepas mereka cuba memburuk-burukkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan kononnya beliau
ajen asing, ajen yahudi, Ajen Ameriaka, Ajen russia, Jerman, China dan sebagainya , dilemparkan pula tohmahan mahu bekerjasama dengan yahudi ( jawapan itu perlu difikir dalam-dalam maksudnya), kononnya membelakangi orang islam, pengkhianat orang melayu, perosak negara, kaki liwat , kaki pelacur dan sebagainya. kini mereka mahu melakukan serangan besar dengan menggunakan kekuatan tentera "berkatak" yang juga akan turut disertai seorang anak dara tua.
Tidakkah kita terfikir, mengapa mereka terus-terusan menyerang Anwar?, Anwar ini adalah ketakutan utama Umno, dari zaman muda sebenarnya Anwar ini adalah rebutan antara Umno dan PAS, mereka sedar gabungan Pakatan Rakyat ini kekuatan penyatuannya terletak pada Anwar, jika Anwar dapat ditumbangkan, Pakatan Rakyat itu akan goyah dan terus mereka ini (BN) akan berkuasa.
Apakah rakyat akan percaya pada taktik kotor kekuningan umnoapco ini?, tidakkah mereka tahu kita sudah bosan diperbudakkan dengan cerita -cerita palsu ini? kita mahukan satu gelangan politik yang didalamnya lawan perlulah kuat dan hebat, bukan dayus dan bodoh.
Menabur fitnah dan mereka-reka cerita untuk menjatuhkan lawan itu perbuatan si pengecut, maka
nanti tinggalannya hanyalah hampas-hampas rosak dan busuk. apakah kita mahu wariskan kepada generasi mendatang dengan sikap buruk budaya fitnah?, budaya semseng ganggu ceramah orang?, atau kita mahu lihat lawan politik bertarung dalam gelanggang siapa hebat dan bijak mentadbir jadi kerajaan?.
Sistem politik dinegara ini dirosakkan oleh Umno, apa cara sekali pun kita harus lumpuhkan terus umno agar tidak lagi bangkit. kerana selagi bangkit dan bernafas umno itu, ia umpama barah yang bukan setakat sedut harta dalam negara, malah memperkosa nilai murni demokrasi.
Soal siapa yang layak jadi ketua pembangkang selepas PRU13 nanti, "tukanglawan" tidak nampak najib calon yang layak, si pengecut itu tidak pandai berdebat, malah tidak berani pun, jadi bagaimana mahu jadi pembangkang, lagi pun dengan pelbagai skandal yang terpalit di bibir merahnya, apakah dia masih akan bebas selepas PRU 13 nanti?
Najib juga lemah, malah Rosmah itu nampaknya lebih bagus dan berani dari Najib. dia sangat berani sehingga muncul di TV dan beri ucapan, sangat berani sehingga dia melanggar protokol berjalan lebih depan dari Perdana Menteri, tapi Rosmah juga tidak mungkin, Rakyat terlalu jelek dengannya.
Mungkin hanya tinggal Muyiddin Yassin yang ada, dan kita angkat saja dia jadi Ketua Pembangkang. kerana dia nampak lebih layak berbanding najib. tak kisah lah, mungkin dia lebih layak cuci semua najis yang ditinggalkan oleh pemimpin umno yang diktaktor dan mudah lupa.

29 Mac 2012
UMNO MASUK CAMPUR URUSAN SPRM
UMNO masuk campur urusan SPRM – Ngeh
Beruas 29 Mac – Ada pihak yang disyaki membiarkan United Malay National Organisation (UMNO) campurtangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga memperolehi maklumat dalaman siasatan yang belum selesai.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, hari ini menuntut pihak SPRM supaya menjelaskan keadaan yang mencurigakan itu.
Menurut beliau, dua hari lalu sebuah akaun Twitter, “Sungai Rapat” telah menyiarkan bahawa Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, bakal didakwa di mahkamah berkaitan perniagaan jahitan yang melibatkan isteri beliau sebagai seorang pelabur pasif.
“Akaun ‘Sungai Rapat’ ini dipercayai diselenggara oleh kalangan yang diupah oleh EXCO BN Perak, Dato’ Hamidah Osman,” kata YB Ngeh dalam kenyataan media beliau hari ini. Sungai Rapat adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Hamidah.
Ngeh mendakwa bahawa jika pun benar dakwaan akan dibuat terhadap pihak berkenaan, sesuatu yang aneh maklumat sebegitu boleh diketahui UMNO, memandangkan siasatan masih lagi berjalan. Menurut beliau, jika UMNO boleh masuk campur dan memiliki maklumat-maklumat khusus tentang siasatan SPRM ia menunjukkan secara jelas bahawa SPRM tidak sebenarnya bebas.
“Kita minta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed untuk memberikan penjelasan demi mengekalkan integriti SPRM dalam siasatan tersebut,” ujar Ngeh lagi.
Barisan Nasional diketahui menggunakan taktik mengheret pimpinan Pakatan Rakyat ke mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak berasas demi menghalang usaha mereka berkempen menentang salahguna kuasa Barisan Nasional. Antara yang telah dihadapkan ke mahkamah demi mengganggu kerja politik mereka termasuklah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Pua, Lau Weng San, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli. – Roketkini.com

KERAJAAN (PSC) TENTUKAN SAMA ADA BERSIH 3.0 KE JALAN RAYA
"Sama ada BERSIH 3.0 ke jalan raya, ia ditentukan kerajaan." Demikianlah kata-kata daripada sumber maklumat yang dihubungi MerdekaReview. Beliau menjelaskan bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) mengambil kira sikap kerajaan, sebelum menentukan sama ada untuk mengadakan perhimpunan atau tidak.
Semalam, ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 telah bermesyuarat untuk membincangkan persediaan kempen "JOM100 untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihanraya ke-13". Seandainya kerajaan enggan menunaikan lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebelum PRU 13 diadakan, maka kerja persediaan "JOM 100" ini bakal ditukar menjadi persediaan perhimpunan BERSIH 3.0.
Menurut sumber maklumat, seandainya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya tidak mencadangkan dalam laporannya, lapan tuntutan BERSIH 2.0 untuk dilaksana sebelum PRU 13; atau kerajaan memberi reaksi yang negatif, maka persediaan JOM 100 bakal ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0.
"Jikalau PSC mengecewakan orang ramai, maka kerja persediaan akan ditukar menjadi persediaan untuk perhimpunan BERSIH 3.0," kata sumber.
Seandainya reaksi negatif diberikan PSC atau kerajaan, maka perhimpunan BERSIH 3.0 dijangka berlangsung pada akhir April tahun ini. Sebelum ini, tersebar khabar di ruang internet bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bakal dijalankan pada 28 April, namun ahli jawatankuasa BERSIH menafikan bahawa tarikh perhimpunan telah ditetapkan.
PSC yang diketuai Maximus Ongkili (gambar kanan, kanan) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Malaysia akan memanggil sidang mesyuarat terakhir pada hari ini. PSC dijangka mengemukakan laporannya pada minggu depan.
Ketika PSC ditubuhkan, BERSIH 2.0 telah menegaskan bahawa Perdana Menteri harus memanggil pilihan raya umum hanya selepas lapan tuntutan reformasi sistem pilihan raya BERSIH dilaksanakan. Seandainya PM enggan berbuat demikian, maka langkah penubuhan PSC sekadar "langkah diplomatik", dan rakyat masih boleh mempertikaikan keabsahan pemerintah.
UMNO SEKAT GOLONGAN CERDIK PANDAI, KATA DR.M
MELAKA, 28 MAC : Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.
"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk Pas.
"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.
Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.
"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.
Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.
"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.
Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya
28 Mac 2012
GST SELEPAS PRU13
Nampaknya, mimpi ngeri akan menghantui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan selepas PRU 13. Ini adalah pasti.
Menteri NKRA, KPI dan pelbagai istilah, Datuk Seri Idris Jala semalam sudah memberi satu isyarat jelas. Untuk mempertahankan dasar yang sedia ada iaitu pro kapitalisma, cukai harus dikenakan kepada rakyat.
Dengan cara ini, ekonomi kapitalisma dapat diselamatkan dalam satu jangkamasa terdekat. Apabila dilaksanakan nanti, berus gigi yang kita beli juga akan dicukai.
Lihatlah apa yang berlaku kepada negara yang telah melaksanakan GST seperti Filipina? Ratusan ribu rakyatnya terpaksa keluar negara untuk bekerja. Sehingga industri buruh eksport menjadi salah satu pendapatan terbesar negara tersebut.
Mengapa ini berlaku? Sedangkan satu ketika dahulu, Filipina adalah negara gergasi ekonomi Asia. Sewaktu perang Korea pada tahun 50an, Filipina adalah diantara negara yang memberikan bantuan kewangan kepada Korea Selatan.
10 tahun selepas GST di Malaysia
Golongan kelas menengah yang besar di Malaysia akan bertukar menjadi golongan kelas bawah selepas GST dilaksanakan. Sedangkan golongan elit akan terus hidup senang lenang.
Kalaulah benar-benar negara perlukan wang, boleh saja dikejar syarikat-syarikat besar yang lari dari cukai. Akan tetapi, ini tidak dilakukan. Yang dihambat adalah rakyat bawahan.
BN akan melaksanakan GST sebaik saja Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri selepas PRU 13. Pada ketika itu, tidak ada lagi provokasi tentang Melayu, Islam dan Murtad.
NGO seperti Perkasa akan senyap sahaja melihat orang-orang Melayu menjadi buruh asing diluar negara. Apa yang berlaku kepada Indonesia dan Filipina sekarang ini akan dirasai oleh Malaysia.
Pilihan ditangan anda. Asalkan akal digunakan dan tahu bahawa rakyat adalah RAJA di Malaysia.
Rafizi: SIRI PEMBONGKARAN SKANDAL "COWGATE -NFC" AKAN DITERUSKAN ,Tender baru kendali NFC untuk tutup kesalahan PM
SIRI PEMBONGKARAN SKANDAL NFC AKAN DITERUSKAN
KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:
1. Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;
2. Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.
Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Najib Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Shahrizat Jalil.
Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.
Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.
KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.
Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.
Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Shahrizat Jalil.
Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.
*Kenyataan media oleh Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan
Rakyat.

27 Mac 2012
PRU13 : WARGA ASING MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA?
Pertambahan 316,000 Pengundi Baru Di Selangor Diragui
SHAH ALAM,27 MAC : Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor seraya menyeru pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan secara professional berkenaan perkara itu segera.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr
Xavier Jayakumar berkata , trend pertambahan pengundi baru di Selangor ini menyamai apa yang berlaku di Terengganu apabila pentadbiran PAS ketika itu tumbang pada pilihanraya umum 2004 lepas.
” Jawapan pertambahan pengundi ini dijawab oleh Menteri yang bertanggungjawab semasa sidang sesi Parlimen baru-baru ini, persoalan kita ialah bagaimana pertambahan pengundi baru di Selangor boleh berlaku secara drastik,” kata Dr Xavier dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Adun-Adun Pakatan Rakyat Selangor di Dewan Annex Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini.
” Pakatan Rakyat merasa curiga dengan cara pendaftaran pengundi ini dilakukan, saya diberitahu ada 300 buah rumah yang setiap rumah mempunyai 100 pengundi untuk setiap rumah tersebut.
Jika Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dipindahkan tempat mengundi tanpa pengetahuan beliau, boleh bayangkan bagaimana dengan orang ramai yang dipindahkan nama tanpa pengetahuan,” kata beliau.
Dr Xavier turut mendedahkan kewujudan Kad Pengenalan Hijau yang mempunyai tarikh luput yang pernah digunakan semasa pilihanraya di Sarawak.
” Kad Pengenalan ini digunakan sebagai dokumen sah yang membenarkan pemegang untuk mengundi semasa pilihanraya di Sarawak, apakah perkara ini akan juga berlaku di Semenanjung Malaysia,ini persoalan yang perlu SPR jawab,” tegas beliau.
Sementara itu Adun Meru,Dr Rani Osman menggesa semua pihak mengambil serius isu pertambahan undi secara mendadak kerana dibimbangi wujudnya kemungkinan warga asing menentukan masa depan negara dan bukannya pengundi warganegara Malaysia.
” Kalau kita lihat negara lain,suruhanjaya pilihanraya mereka diletakkan di bawah Parlimen,itu yang Pakatan Rakyat desak,tetapi sehingga sekarang SPR masih di bawah Jabatan Perdana Menteri,” kata Dr Rani.
Dr Rani juga berkata sewajarnya SPR melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik ketika berumur 21 tahun secara menolak dakwaan wujudnya pengundi-pengundi daripada luar.
“Kita merasa sedih dengan kejadian wujudnya pengundi dari luar, kerana masa depan negara ditentukan oleh orang-orang asing,dan kita tahu bagaimana Mykad diberi kepada bukan warganegara, jadi saya harap perkara ini dipandang serius, ” katanya.
Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar 6,049 , Hulu Selangor 15,481, Tanjong Karang 4,307, Kuala Selangor 10,083, Selayang 16,189, Gombak 15,467, Ampang 9,467, Pandan 13,175, Hulu Langat 23,334, Serdang 23,748, Puchong 19,772, Kelana Jaya 13,714.
Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara 5,603, Subang 27,765, Shah Alam 15,417, Kapar 21,606, Klang 11,702, Kota Raja 22,256, Kuala Langat 17,172 dan di Sepang 14,627.
Mengulas perkara yang sama akhbar Harakah Melapurkan :
Pemimpin sendiri dedah Umno tipu dalam p’raya
KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa BN selama ini berkuasa kerana persempadanan kawasan mengundi menunjukkan Umno sememangnya parti yang mengamalkan penipuan bagi memenangi pilihan raya.
“Sebelum ini, bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir pernah mendakwa Umno membeli undi bagi memenangi pilihan raya,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Bagi DPPM, katanya dakwaan bekas-bekas pemimpin Umno tentang strategi kotor Umno dalam pilihan raya umum terdahulu merupakan suatu dakwaan yang serius.
“Jika yang mendedahkan strategi kejahatan Umno dalam sistem pilihanraya di Malaysia adalah orang awam, ia mungkin boleh dipertikaikan kesahihannya.
“Tetapi jika yang mendedahkan strategi ini adalah bekas pemimpin Umno, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada Umno,” ujarnya.

Hansard Parlimen 26 Mac 2012 - Memang Ada Perdagangan Dengan Israel !!
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed: Yang Berhormat Rembau mencabar supaya Pulau Pinang demi perkara ini menutup beberapa syarikat di Pulau Pinang. Dalam perdagangan inilah realiti dunia global beberapa komponen dibuat di negara lain setengah dibuat di Malaysia. Dalam hal syarikat multi nasional yang saya sebutkan tadi memang syarikat tersebut membeli barangan tersebut daripada Israel. Kerajaan tidak pernah menafikan bahawa ada perdagangan dengan Israel. - Hansard Parlimen 26 Mac 2012
Usul MP Bakri - Gesa Haramkan Semua Bentuk Hubungan Dengan Regim Israel dan Iktiraf Hamas
Tarikh : 27.03.2012
Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Tan Sri,
Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Dengan segala hormatnya, saya ingin memberikan notis pemberitahuan di bawah Peraturan Mesyuarat P.18 untuk mengemukakan usul seperti berikut:
Dalam ucapan perbahasan Titah DiRaja bertarikh 21 Mac 2012, saya telah mendedahkan mengenai transaksi penjualan hasil sawit negara ke Negara Israel. Ini adalah merupakan lanjutan kepada isu yang sama yang telah saya bangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat bertarikh 17 Oktober 2011. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjelaskan bahawa pada tahun 1996, Jemaah Menteri setelah mendapat permohonan daripada beberapa syarikat MNC ataupun syarikat perkilangan yang besar, asing khususnya, supaya dibenarkan diimport bahan-bahan dan komponen untuk dimasukkan dalam produk-produk mereka untuk dieksport semula.
Kini, beberapa dokumen Kastam DiRaja Malaysia telah menunjukkan bahawa terdapat transaksi perdagangan hasil sawit dengan syarikat-syarikat berpengkalan di Israel. Malahan, terdapat juga anugerah pensijilan Kosher yang diberikan kepada syarikat tersebut.
Kerajaan sentiasa berdolak-dalik dalam perkara ini. Kenyataan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak membantu Palestin namun dalam masa yang sama, menjalin hubungan dagang dengan Israel telah mengelirukan rakyat. Sememangnya diketahui Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Negara Israel dan jelas melanggar Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008.
Isu melibatkan Negara Israel ini telah melangkaui garis agama. Ia merupakan isu kemanusiaan sejagat. Kekejaman rejim ini terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa merupakan satu dosa yang besar terhadap kemanusiaan. Namun, Malaysia terus membiarkan berlakunya perdagangan dengan rejim kejam ini. Selain itu, bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan.
Dewan Rakyat perlu membuat ketetapan untuk mengharamkan semua bentuk hubungan dengan Rejim Israel termasuk hubungan perdagangan sama ada secara langsung atau tidak, menggesa Perdana Menteri untuk menarik balik semua keputusan Jemaah Menteri berhubung perdangangan dengan Israel yang telah dibuat pada tahun 1996 dan mengiktiraf kewujudan Hamas atau parti-parti politik yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat Palestin
Maka, saya berharap agar usul ini dapat dibahaskan oleh semua Ahli Dewan.
Sekian, terima kasih
Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
BEKAS EXCO SELANGOR , KERJA BARU PENEMBAK SENAPANG ANGIN
Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang” Jawab soalan Si PENEMBAK SENAPANG ANGIN
SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.
Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.
“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.
“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.
“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.
Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.
“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partion’, itu sahaja.
“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?
“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.
“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.
Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.

26 Mac 2012
VIDEO : TIM.MENTERI DI "BOO" & NYARIS DITUMBUK
Tim.Menteri Di " BOO" dan nyaris ditumbuk, 10,000 hadir Himpunan Dong Jiao Zong
Hampir 10 ribu berhimpun protes masalah kekurangan guru di SRJK(C)
Hampir 10,000 orang membanjiri perkarangan ibu pejabat Dong Jiao Zong di Kajang, pagi ini, meluahkan bantahan terhadap kerajaan berhubung masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina). Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong dari MCA turut hadir, namun ketibaan beliau dibalas dengan sorakan "boo" oleh peserta perhimpunan.
BEKAS MENTERI, TERUS SERANG NAJIB!!!!
BN ada Hasan Ali, PR ada Kadir Sheikh Fadzir - Pakar BOM nie lebih power menghentam Najib daripada Hasan Jati yang ceramah beliau kian kurang mendapat sambutan.
Bekas Menteri Penerangan dan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir terus menyerang perdana menteri Najib Altantuya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Setelah keluar dari Umno-APCO minggu lalu, Abdul Kadir hari ini mendedahkan perancangan kuasa politik tertinggi untuk mencalar kredibiliti beliau ekoran dari pendedahannya sebelum ini Umno-APCO merasuah undi serendah RM200 dalam pilihanraya umum lalu.Tidak tahan dengan serangan, Najib Altantuya mengarahkan media pencacainya Utusan Meloya supaya memburukkan Abdul Kadir tanpa memberikan bukti kukuh apa yang Abdul Kadir dakwa itu sebagai benar dan sahih.
Abdul Kadir yang sudah menduga akan dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin parti reput itu sebaliknya keluar dahulu hingga menyebabkan Umno-APCO dan Najib Altantuya hilang akal bagaimana mahu menyerangnya kembali.Jika dilihat dari sudut ini pun, Umno-APCO sudah dianggap tewas biarpun menjustifikasikan tindakan Abdul Kadir kununnya tidak mengenang budi seperti yang didakwa Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.
Hakikatnya, Najib Altantuya lah yang paling terpukul dengan pekung busuk yang kini terlondeh untuk dilihat seluruh rakyat Malaysia, betapa Umno-APCO kini sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan dunia!Najib Altantuya langsung tidak bercakap sepatah pun setelah keluarnya Abdul Kadir keranaterlalu malu dengan pendedahan Abdul Kadir yang sangat mengejutkan seluruh negara.
Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendakwa serangan dan kecaman media massa arus perdana ekoran kritikannya terhadap Umno dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".Dan serangan dan kecaman tersebutlah yang menyebabkan beliau keluar dari Umno, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Beliau, yang lama berjuang dalam parti, mendakwa usaha tersebut dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa". "Ini diikuti pula oleh kenyataan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) sendiri meminta keluar parti.
"Maka, saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa raga saya selama 56 tahun," katanya.Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan meninggalkan perjuangan Umno yang diasaskan oleh pengasas parti itu terdahulu.
Antara teguran dan kritikannya yang dikecam dan didakwanya diputarbelitkan oleh media massa arus perdana adalah berhubung dakwaan pemberian wang dalam pilihan raya, perggunaan jabatan kerajaan untuk berkempen bagi satu pihak serta menuntut media bebas dan adil.
Beliau berpendapat cadangan tersebut bukan baru, kerana ianya telah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri.
Abdul Kadir yang juga bekas KETUA penerangan berkata Umno kini "keadaannya telah menyimpang begitu jauh dengan niat murni pengasas negara dan Umno dahulu"."Dalam memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, dari saat yang pertama lagi, mereka tegas bahawa negara kita hendaklah benar-benar demokratik.
"Perlembagaan negara yang mereka lahirkan jelas membuktikan hakikat ini."Ini bermakna kebebasan mutlak rakyat dan hak asasi mereka hendaklan dihormati dan disanjungi - hak bersuara, hak berpolitik, hak menubuh parti politik, hak tunjuk perasaan, media yang bebas dan berbagai lagi," katanya.
Ditanya sama ada beliau kecewa menyebabkan beliau bertindak keluar parti, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan enggan menyebutnya begitu."Saya sayang kepada kawan-kawan saya, kita tak boleh putuskan hubungan. Saya tak nak kata yang tidak baik.
"Kalau tahu buat salah, kita bertaubat buang, kerana merosakkan apa diperjuangkan oleh pengasas dan pemimpin Umno dahulu," katanya.
Ditanya sama ada menerima tawaran daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai parti itu, Kadir berkata beliau "tidak tahu dan tidak mahu sebut begitu".
Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat pemimpin Pakatan Rakyat ada memujuknya berbuat demikian.
"Saya akan buat keputusan, tapi bukan (masuk) kerana pujukan," katanya.
"Saya akan aktif memberi ceramah atas isu-isu nasional, atas jemputan NGO buat masa ini.
"Ada jemputan NGO untuk memberi ceramah tentang pelbagai isu, saya akan terima. Apabila berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya yang keluar daripada Umno pada 19 Mac lalu.
Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu selama 56 tahun sejak tahun 1956.
Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun.
Ditanya sama ada beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pakatan pembangkang, Abdul Kadi berkata:"Buat saya ini, saya bersama dengan NGO (AMANAH), perkara-perkara lain, belum terfikir lagi.
"Kalau depa tabuh kuat sangat, kita terjun la," katanya sinis.

Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun

Menurut penganjur, 4,500 kerusi telah disediakan untuk perhimpunan ini, dan kesemuanya dipenuhi. Dong Jiao Zong mengumumkan penyertaan lebih daripada 600 pertubuhan, dan kehadiran lebih daripada 5,000 orang apabila perhimpunan bermula pada jam 11 pagi. Bilangan orang yang hadir semakin bertambah, dan mencecah hampir 10 ribu sebelum perhimpunan ini bersurai pada jam 12.30 tengah hari.
Selain itu, kira-kira 40 orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tampil menyokong perhimpunan ini, antaranya DAP yang diwakili Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Fong Kui Loon dan lain-lain; PKR diwakili Tian Chua, Saifuddin Nasution, William Leong dan lain-lain, dan PAS pula diwakili Mahfuz Omar dan lain-lain.
Antara pertubuhan yang menyertai perhimpunan ini termasuklah Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Alumni Sekolah China Malaysia, Nanyang University Alumni Association, Malaya, Malaysian Seven Major Clans Association dan banyak lagi pertubuhan dari seluruh negara.
Masalah dasar kerajaan
Dalam teks ucapan Pengerusi Dong Zong, Yap Sin Tian membidas kerajaan kerana tidak menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Pada tahun 1968, ketika menjawab soalan di parlimen, Kementerian Pelajaran menunjukkan statistik bahawa SRJK (c) kekurangan seramai 1,172 orang guru. Bukan sahaja masalah ini tidak diselesaikan dalam tempoh 30, 40 tahun ini, malah guru yang tidak fasih bahasa Cina dihantar untuk mengajar di SRJK (c). Yap Sin Tian khuatir langkah kerajaan ini bakal mengubah bahasa pengantar di SRJK (c).
Yap Sin Tian menambah, seandainya kerajaan tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah ini, maka beliau percaya api kemarahan ini akan terus menular, dan tindakan protes akan diadakan di setiap pelusuk negara.
Pengerusi Jiao Zong, Ong Chiow Chuen menganggap dasar kerajaan yang menjurus kepada kegagalan penyelesaian masalah kekurangan guru. Beliau mempertikaikan, negara kita mampu membina bangunan tertinggi di dunia seperti Menara Kembar Petronas KLCC, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun tidak terdaya untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru yang berlanjutan untuk puluhan tahun.
Usul-usul mengenai perhimpunan bantahan mengenai masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), termasuklah:-
1. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menarik balik penempatan semua guru yang tidak berkelayakan Bahasa Cina termasuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditempatkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pada awal sesi persekolahan tahun ini. Perhimpunan ini juga menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia menempatkan semula guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang dipindahkan sebelum ini.
2. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mengadakan program latihan kerja khas untuk guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina yang telah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) sekurang-kurangnnya tiga tahun agar mereka memiliki kelayakan profesion mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
3. Perhimpunan ini menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memulihkan sistem latihan perguruan yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), dan menubuhkan bahagian latihan perguruan yang khusus untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina serta mewujudkan satu pelan latihan perguruan yang lebih sempurna dengan menetapkan kepujian mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM untuk melahirkan guru-guru yang memenuhi keperluan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).
4. Perhimpunan ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Pendidikan dan melaksanakan dasar pendidikan pelbagai aliran sekolah dengan bahasa pengantar masing-masing untuk menjamin semua aliran sekolah yang sedia ada dengan memberi kedudukan dan layanan yang sama rata kepada setiap aliran sekolah.
Wee Ka Siong dakwa nyaris ditumbuk
Di samping itu, Wee Ka Siong yang hadir selaku Timbalan Menteri Pelajaran dan pemimpin MCA, disambut dengan sorakan "boo" dari peserta perhimpunan sepanjang perjalanannya ke pentas. Ramai yang menjerit mendesak beliau "undur", malah pertembungan fizikal hampir berlaku. Wee Ka Siong mendakwa dirinya nyaris ditumbuk, mujur ditangkis oleh polis yang melindunginya.
Dalam satu sidang media selepas perhimpunan, Wee Ka Siong (gambar kiri) berkata, kehadiran dirinya direstui oleh Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dan Presiden MCA Chua Soi Lek. Menurut laporan Sin Chew Daily, Chua Soi Lek sebelum ini menegaskan bahawa MCA tidak akan menyertai perhimpunan ini, kerana "menganggap demonstrasi tidak mampu menyelesaikan masalah".
Wee Ka Siong mendakwa dirinya tampil untuk mendengar suara pejuang pendidikan bahasa Cina. Beliau mengakui dirinya sekadar tersenyum pahit berdepan dengan layanan yang "tidak mesra" dari peserta. Beliau bersedia berdepan dengan sikap yang tidak mesra ini, bagaimanapun berasa "sakit hati" kerana hampir dikasari secara fizikal.-MR

PRU13 PERISA TAMIL NADU
Dossier BN, Bank Israel dan PRU 13 perisa Tamil Nadu
Khabar-khabar menyatakan bahawa semasa pemerintahannya,Mahathir sentiasa mendapatkan nasihat dari Samy Vellu bagaimana nak berurusan dengan orang ramai terutama orang bawahan nya, termasuklah para menteri kabinet. Politik Samy Vellu yang diwarisi dari Tamil Nadu, dapat dikesan dari mulanya terbentuk Malaysian Indian Congress dalam tahun 1946.
Dossier berkaitan semua orang bawahan ini sebenarnya budaya Samy Vellu yang diterimapakai oleh mantan Perdana Menteri Mahathir untuk menutup mulut dan menunggu giliran. Dossier ini mengandungi segala kelemahan individu tersebut.Ada imbuhan berbentuk wang dan tanah kepada orang bawahan yang di rekodkan dengan jelas. Malahan, mereka menggalakkan orang bawhan mengamalkan rasuah supaya mereka sendiri boleh menutup amalan rasuh mereka yang lebih besar ,kerana orang bawahan tidak berani mendedahkan hal mereka kerana takut didedahkan
Bermula dengan dossier
Seorang pemberita terkenal yang telah meninggal dunia (Saya tidak dapat menyebut namanya di sini, tapi semua ketahui orang yang meninggal tidak menipu) telah mengumpulkan senarai semua menteri di zaman Mahathir yang mempunyai akaun di bank luar negara termasuklah di Bank Israel. Senarai panjang dengan nombor akaun dan butiran peribadi menteri2 terbabit termasuk lah urusniaga dan nombor cek.
Jumlah dalam akaun setiap menteri tidak kurang dari USD5 hingga 10 juta, dan semakin bertambah mengikut senioriti. Senarai A ini mengandungi siapa siapa antar menteri kerajaan dan aset mereka. Pembaca yang celik internet pasti dapat mencari blog berkenaan, tetapi siapa yang mendedahkan senarai tersebut? Sudah tentu dari dossier tersebut.
Pihak yang membenarkan simpanan tersebut sudah tentu menyimpan dossier terebut, dan boleh jadi beliau juga memasukkan wang untuk menutup mulut mereka dan mengikat mereka..Jika beliau boleh memasukkan jutaan kepadalm akaun mereka, berapa agaknya jumlah untuk dirinya? Ini lah amalam rasuah yang berleluasa di era itu.Malangnya ia terus meresap sebagai cara hidup
Hari ni rasuah bukan hanya wujud dalam pasukan polis,imigresen,kastam dan lain-lain agensi kerajaan malah semakin berleluasa di sektor swasta juga, melibatkan banyak manusia biasa dan menjauhkan mereka dari menjalani hidup dengan cara terhormat. Industri kecil dan sederhana yang membuat komponen untuk MNC dan GLS yang paling terkesan. Untuk mendapatkan pesanan, mereka perlu membeli komisen kepada penjual antara 5% hingga 10% ia mungkin pegawai perolehn atau Pengurus, dan ini untuk pembelian terus.
Semua sektor masyarakat
Kemudian ada pula proses pembelian tidak secara terus dimana pengurus barisan atau jurutera terlibat. Kerana mereka berkuasa meluluskan sebahagian atau seluruh projek, mereka juga akan minta bahagian mereka antara 5-10 % lagi. SME tiada pilihan, jika mereka mahu urusniaga ini mereka perlu akur kerana persaingan yang sengit.
Imbas kembali sekitar akhir tujuhpuluhan dan awal lapanpuluhan bila kita tiada masalah begini, hal ini bermula sejak 25 tahun yang lepas. Paling terkesan ialah syarikat2 MNC dan GLC, walaupun gaji yang dibayar tinggi. Kerana tamak dan amalan rasuah negara, rakyat cuma mengikut bagaikan ia satu hak bagi mereka.
Satu fenomena memalukan dan hingga ke hari ni kita masih menghadapai masalah sama. Jika kita ingin membuat urusniaga dengan MNC atau GLC kita perlu bersedia untuk memberi komisen, dan ini tentunya memberi kesan kepada keuntungan. Kadang-kadang pegawai atasan juga akan memasukkan komisen mereka dalam pembelian terbut, dan lebih berani kerana “bukan wang kita, beri saja apa yang kami tambah!”
Semuanya OK
Dari mana datangnya budaya ini? Pastinya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah bermula dari pimpinan tertinggi kepada agensi2 kerajaan. Tiada yang terkecuali dalam kerajaan ‘semua boleh’ dan secara semulajadi,ia akan meresap ke perlakuan rakyat tidak kira dari sektor mana. MNC dan GLC patut dipersalahkan kerana tidak bertindak. Tambahan pula, mereka boleh kenalpasti pencuri jika cara hidup mereka boleh mendedahkan amalan rasuah mereka.
Berbalik semula kepada menteri2 dan pegawai2 dalam kerajaan, tidak dapatkan rakyat mengenalpasti mereka dari gayahidup mereka dan dapat meneka betapa teruknya amalan rasuah jika mereka boleh berbelanja mewah sedemikian.Adkah kita masih mahu mereka memerintah kita untuk 5 tahun lagi? Jika kita boleh kenal mereka mengamal rasuah,kenapa tidak buat keputusan dan hentikan mereka dari terus merompak dari rakkyat!
Bantuan kewangan RM500 yang diberi kepada rakyat seolah sama seperti yang diberi di Tamil Nadu ketika pilihanraya. Rakyat diberi beras dan TV warna, jadi kenapa kita ikut jejak negara paling tinggi amalan rasuah nya di dunia-India.Sudah kelihatan seperti pilihanraya Tamil Nadu di Malysia dan tak lama lagi kita akan lihat Nallakarupan,Ummi Hafilda dan Ezam Mohd Noor tampil memeriahkan suasana dengan kutukan2 mereka terhadap Anwar.
Tapi ada kita kisahkan apa 3 ekor monyet bertopeng manusia ini kata atau lakonkan? Tidak, kita pentingkan keluarga kita,pentingkan anak2 kita.Kita mahu mereka hidup dalam negara yang dihormati, bebas rasuah dan adil untuk semua.- MC

25 Mac 2012
PANAS! Seorang Lagi Pemimpin BN Bakal Keluar Parti 1 April!
Khabar angin bertiup kencang bahawa pimpinan tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang membuat dasar dan perlembagaan parti dijangka meletakkan jawatan dan menyertai PKR lewat bulan ini.
Patrick Sibat Sujang, yang merupakan salah seorang pengasas daripada PRS, dijangka menyerahkan permohonan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Kuching pada 1 April akan datang.
Peletakan jawatan Sujang dijangka mencetuskan penghijrahan beramai-ramai dari parti komponen Barisan Najis yang bermasalah itu.
Sujang, yang juga penasihat kepada presiden PRS dan Menteri Pembangunan Tanah, James Masing berkaitan hal-hal perkara tanah adat (Native Customary Land - NCR), menawarkan dirinya sebagai calon yang berpotensi untuk kawasan Parlimen Baram.
Penyandang bahagian pilihan raya itu adalah Jacob Dungau Sagan, naib presiden kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Sagan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sujang meletakkan harapan kepada lebih daripada 10,000 undi Iban dan kira-kira 50% daripada baki 11.000 Kayan, Kenyah dan Penan undi.
Kesemua komuniti-komuniti ini adalah sangat marah terhadap Barisan Nasional (BN) kerana pembinaan empangan Baram yang dicadangkan oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud.
Selain itu, dakwaan bahawa bahawa keluarga Sagan telah didakwa diberikan kontrak kerajaan dan lesen belian sebagai ganjaran untuk menyokong empangan Baram telah menimbulkan kemarahan pengundi Orang Ulu.
Sementara itu, PRS sedang mengumpul maklumat lanjut atau keterangan mengenai 'aktiviti memudaratkan' Sujang itu terhadap parti dan bakal membuat tindakan ke atasnya.
Menurut ahli PRS, aktiviti Sujang akan dibincangkan pada mesyuarat majlis tertinggi pada 14 April, 2012.
"Mesyuarat itu sepatutnya yang akan diadakan pada 7 April, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan parti itu untuk mengumpul lebih banyak bukti terhadap Patrick (Sujang)," kata anggota majlis tertinggi PRS, yang tidak mahu namanya disiarkan.
"Ia menjangka bahawa surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut diambil terhadapnya adalah untuk dihantar selepas mesyuarat itu," katanya.
Sujang, yang merupakan seorang perunding EIA, dikenali sebagai lantang bersuara semasa mesyuarat majlis tertinggi parti itu terutama mengenai isu hak tanah adat asli, dan untuk itu beliau telah mencipta beberapa musuh-musuh dalam parti.
Sentimen anti-BN
Walau bagaimanapun, banyak idea seperti meningkatkan bilangan keluasan tanah tiga ekar kepada 14 ekar kepada setiap keluarga orang-orang yang telah disesarkan oleh Bakun, Baram, Murum dan empangan lain telah diterima pakai oleh kementerian tanah negeri.
Akhir-akhir ini, beliau secara terbuka kritikal terhadap kepimpinan parti terutamanya mengenai peraturan terkenal dari James Masing - Jangan Lawan Towkay.
Sujang bersetuju dengan peraturan Masing dalam 'majikan dengan pekerja konteks sebagai majikan yang memiliki perniagaan ini membayar gaji atau upah pekerjanya.
"Tetapi saya tidak bersetuju dengan dia bahawa wakil rakyat adalah takue dan pengundi adalah hamba.
"'Jangan Lawan Towkay' tidak boleh digunakan di sini sebagai pengundi adalah orang-orang yang wakil rakyat dan meletakkan mereka di mana mereka hari ini.
"Ia semata-mata menunjukkan keangkuhan mereka," kata Sujang.
Beliau percaya bahawa mesej Masing (Jangan Lawan Towkay) tidak sama sekali bermaksud untuk Frusis Lebi, orang cacat, yang subsidi pertanian dan kebajikan elaun yang ditarik balik atas arahan dari rakan sekerja dan Masing dan Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) Mong Dagang.
Sujang berkata: "mesej Masing mempunyai kesan yang lebih besar. Ini bermakna semua pemimpin parti komponen BN negeri 'Jangan Lawan Towkay', dan dalam konteks ini adalah Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri dan Towkay.
"Seperti yang didedahkan oleh Sarawak Report, beberapa pemimpin BN mempunyai beberapa perniagaan, kontrak kerajaan atau lesen dikeluarkan oleh Towkay itu," katanya.
"Sesiapa sahaja yang berani untuk mencabar Taib atau mempersoalkan kepimpinan beliau akan tertentu untuk menghadapi akibat kemurkaan, dan perniagaan mereka mungkin akan terjejas.
"Itu menjelaskan mengapa beberapa ahli parlimen keturunan Dayak kami kekal senyap mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada masyarakat Dayak kerana takut ini," katanya.
Pada surat tunjuk sebab, Sujang berkata bahawa surat tunjuk sebab mungkin terlalu lewat, kerana dia boleh meletak jawatan dari parti itu
PENCEN GLC & SWASTA HANYA RM150!!!
IPOH – Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Penswastaan mahu kerajaan menyelaraskan pembayaran pencen dan had umur persaraan lebih 600,000 kakitangan di bawah syarikat-syarikat tersebut.
Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, kakitangan yang bekerja di GLC tidak mempunyai pencen minimum sehingga ada di antara mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM200 sebulan.
Menurutnya, pengorbanan mereka bekerja ketika berkhidmat dalam GLC menyebabkan mereka tergolong di bawah paras kemiskinan.
“Minimum pencen kakitangan kerajaan adalah RM720. Kenapa tidak kerajaan melaksanakan ia sebagai pencen minimum kepada kakitangan syarikat GLC?
“Sekurang-kurangnya ia perlu diselaraskan kerana mereka berkorban untuk kerajaan. Gaji rendah ketika itu selain tempoh perkhidmatannya yang pendek,” katanya pada Konvensyen Khas 2012 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, semalam.
Selain itu, Mohamed Shafie berkata, kerajaan juga diminta untuk menyelaras umur persaraan
kakitangan syarikat-syarikat GLC daripada 55 tahun kepada 60 tahun.
“Perkara ini dibangkitkan kepada Perdana Menteri dua tahun lalu dan kita mengadakan konvensyen ini untuk meyakinkan kerajaan tentang hasrat pekerja ini,” katanya.
Dua memorandum mengenai isu tersebut telah diberikan kepada Zambry untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Langgan:
Catatan (Atom)