IKLAN

IKLAN
Klik gambar

09 April 2011

Laporan media: SPRM kesan jutaan ringgit dalam akaun pegawai-pegawai Kastam

Laporan media: SPRM kesan jutaan ringgit dalam akaun pegawai-pegawai Kastam
April 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.

Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.

“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.

“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.

Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.

“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.

“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.

Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.

SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.

Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.

Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM.

-MALAYSIANINSIDER

PM tak jenguk Sibu kerana kecewa?

Perdana Menteri Najib Razak kecewa kerana tangan persahabatannya tidak disambut orang Sibu?

Menteri Kewangan Kedua sebelum DUN Sarawak dibubarkan, Wong Soon Koh berkata, PM pernah menghulurkan tangan persahabatan beliau kepada pengundi Sibu, namun tangan tersebut tidak disambut orang tempatan. Justeru itu, PM yang kecewa tidak menjenguk Sibu kali ini, sebaliknya membuat lawatan ke Kuching.

Wong Soon Koh juga Timbalan Setiausaha SUPP, bertanding di DUN Bawang Assan. Beliau berkata, setelah calon DAP Wong Ho Leng memenangi PRK Sibu pada tahun yang lalu, hampir separuh daripada Sibu telah diserah kepada pembangkang.

Wong Ho Leng juga bertanding di DUN Bukit Assek, yang terletak di bawah kawasan parlimen Lanang. Lanang terletak bersebelahan dengan kawasan parlimen Sibu. Malah, Wong Soon Koh mengakui bahawa kedudukan SUPP sudah tergugat berikutan kekalahan dalam PRK Sibu.

"PM berasa kecewa, tidak datang lagi. Dulu (PRK Sibu) beliau menghulurkan tangan persahabatannya, tetapi rakyat Sibu tidak 'menarik' (tangannya). Saya percaya dia ada perasaan sebegini," katanya dalam satu upacara pengisytiharan jawatankuasa baru Persatuan Peniaga Sibu.

"Najib sekarang sudah tiba di Kuching, tetapi tidak datang Sibu. Saya masih berharap agar beliau boleh datang ke Sibu," luahan Wong Soon Koh.

Dalam PRK Sibu pada Mei 2010, kedudukan BN semakin genting menjelang hari pengundian. Najib cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi tersebut, malah secara terbuka mengeluarkan kenyataan "You help me, I help you", yang dipertikaikan sebagai penyogokan rasuah kepada pengundi.

Selain itu, Wong Soon Koh turut merakamkan kekaguman dirinya terhadap Najib, yang berani untuk mengetengahkan gagasan "1 Malaysia". "Kita pernah memberi peluang kepadanya. Sayangnya tahun lalu kita tidak bagi peluang kepadanya. Moga-moga pengundi boleh memberi beliau peluang lagi, dengan menyokong calon BN," kata Wong Soon Koh.

PERSATUAN KASTAM MAHU JUMPA PM, ISU WANG HARAM RM108 BILION

Persatuan Pegawai Kanan Kastam Mahu Jumpa PM
PETALING JAYA: Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mereka merungkai isu-isu yang dihadapi Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kini.

Presiden persatuan itu Ibrahim Ahmad berkata moral dan kredibiliti pegawai dan anggota KDRM kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM108 bilion.

"Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kami berharap Datuk Najib dapat memberikan nasihat yang boleh membersihkan maruah dan imej kastam yang kini terjejas akibat laporan media yang tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar Persatuan Pegawai Kanan Kastam dari seluruh negara di Pejabat Kastam Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman turut menghadiri mesyuarat itu sebagai pemantau.

Ibrahim berkata, laporan media yang mengaitkan pegawai KDRM terlibat dengan rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM108 bilion adalah tidak logik kerana agensi itu menjana pendapatan sebanyak RM28.3 bilion pada tahun lepas.

Selain itu, katanya mesyuarat tergempar itu juga memutuskan untuk menemui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed bagi meminta penjelasan terperinci berhubung prosedur SPRM dalam menjalankan siasatan.

"Kami meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM supaya memberi jaminan pegawai-pegawai kami (KDRM) yang disiasat tidak dikasari atau dipukul selain mengikut prosedur di samping menuntut SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab (dalam menjalankan siasatan)," katanya.

Menurutnya, persatuan itu akan menemui Abu Kassim di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Selasa ini.

Ibrahim juga meminta pihak media supaya membuat laporan yang tepat dan benar mengenai KDRM untuk mengelak berlakunya spekulasi melibatkan anggota dan pegawainya.

"Bila pelbagai laporan dikeluarkan pihak media, ada anggota KDRM yang malu untuk mengaku mereka adalah dari agensi ini," katanya.

Pada Rabu lepas, Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad Sarbani adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan.- BERNAMA

08 April 2011

TIADA APA YANG BOLEH DIHARAP KEPADA JEMAAH MENTERI?

Video seks: PM harus lulus ujian RCI juga
Wira Arjuna
Malaysiakini

Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.
Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus “lulus” penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri!

Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan “syarat” Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya Diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri. Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI?

Yang bersih

Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang “bersih” menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Hukuman gantung

Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan.

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

Kenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar.

Bukan mencari kebenaran

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

Namun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.

Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis. Ia tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malysiakini.

Suaram: Kematian Sarbani desak Putrajaya segera tubuh IPCC

Jenazah Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed dibawa keluar dari HUKM petang tadi.
KUALA LUMPUR, 7 April – Kematian kedua individu disiasat SPRM semalam mendesak keperluan rakyat agar menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC), kata Suaram hari ini.
Pagi semalam, Ahmad Sarbani Mohamed iaitu penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

“Kematian terbaru di SPRM adalah titik tolak terakhir. Rakyat Malaysia mesti menuntut dengan segera penubuhan IPCC,” kata penyelaras Suaram Dr Kua Kia Soong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kua, beberapa pertubuhan bukan kerajaan meminta agar pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya diraja siasatan, tetapi tidak harus dilupakan bahawa syor agar diadakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebenarnya datang daripada Suruhanjaya Diraja Polis pada 2004.

“Ia sepatutnya telah ditubuhkan pada 2006,” kata Kua lagi.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini tiada iltizam politik untuk melaksanakan syor Suruhanjaya Diraja Polis itu.

Tambah beliau, kerajaan telah mengetepikan kehendak rakyat dan juga telah membazirkan wang pembayar cukai bagi perjalanan suruhanjaya tersebut.

“IPCC proaktif dalam menyiasat aduan-aduan terhadap polis dan juga agensi-agensi penguat kuasa selain (kes-kes) kematian yang wujud.

“Mereka juga menyiasat apa jua elemen rasuah yang disyaki dalam pasukan polis dan agensi-agensi penguat kuasa meskipun mereka tidak menerima sebarang aduan,” kata Kua yang turut menggariskan kes-kes kematian tahanan yang disoal siasat polis.

“Biar saya memperingatkan rakyat, selain dua kematian di SPRM, kematian semasa dalam tahanan polis, ditembak polis, kematian di kem tahanan juga telah dipantau oleh Suaram sejak beberapa tahun lalu,” katanya lagi.

Pada 2000, menurut maklumat, tujuh orang mati dalam tahanan polis manakala 33 ditembak mati, 2001 (16 dan 14), 2002 (15 dan 54), 2003 (23 dan 27); 2004 (19 dan 23), 2005 (14 dan 12), 2006 (14 dan 27), 2007 (11 dan 9), 2008 (13 dan 44) dan 2009 (tujuh dan 88).

Selain itu katanya, pada Mac 2007 kerajaan mengumumkan bahawa ada 95 kematian di pusat tahanan Simpang Rengam dari 2000 hingga 2007.

“Pada April 1999, kerajaan mendedahkan ada sebanyak 635 kematian kerana ditembak polis dalam tempoh 10 tahun kebelakangan,” katanya.

“Selain SPRM, juga ada insiden-insiden tidak diingini dan menyeksa termasuk angkatan tentera (dalam kes enjin jet hilang), tindakan Suruhanjaya Sekuriti ke atas wartawan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Justeru kata beliau, hanya IPCC yang boleh menyelesaikan isu salah guna kuasa oleh polis dan mana-mana agensi penguat kuasa.

“Di bawah sistem semasa, mahkamah koroner mempunyai keberkesanan terhad disebabkan kualiti hasil siasatan dan bukti yang diketengahkan,” katanya lagi.

Kata Kua, sekiranya kerajaan tiada kekuatan politik untuk menangani masalah semasa ini bagaimana pihak berkenaan boleh bercakap mengenai transformasi.

Kua melahirkan pandangan ini ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan di Sarawak bahawa pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Bagaimanapun rakan-rakannya dan Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung sangsi Ahmad Sarbani pergi ke pejabat SPRM tanpa dipanggil.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai Kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B dijalankan SPRM sejak awal minggu lalu.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, SPRM berkata ia telah menahan kerja dua pegawainya ekoran insiden kematian pegawai Kastam di premis pejabat agensi itu pagi semalam.

Kedua-dua mereka ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM di mana pegawai-pegawai tersebut dikatakan gagal berada bersama saksi atau pelanggan sepanjang masa mereka berada dalam premis agensi antirasuah itu.

Kenyataan itu menambah, hasil siasatan dalaman iitu setelah selesai kelak akan dibentangkan di Jawatankuasa Aduan SPRM.

07 April 2011

PRN Sarawak 2011: Antara kerusi yang menjadi tumpuan...

Kesemua 71 kerusi DUN di Sarawak menyaksikan perebutan antara Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) mahupun calon bebas, bermula hari ini sehinggalah hari pengundiannya pada 16 April 2011.

BN bertanding di kesemua 71 kerusi, iaitu PBB-35, SUPP-19, PRS-9 dan SPDP-8, sementara PR bertanding untuk 69 kerusi (PKR-49, DAP-15, PAS-5). SNAP membariskan 26 orang calon, sementara PCM bertanding untuk 6 kerusi, dan terdapat seramai 41 orang calon bebas dalam PRN Sarawak 2011. 27 DUN menyaksikan pertembungan "satu lawan satu"; 23 kawasan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dan 17 kawasan menyaksikan perang empat segi. Terdapat satu kawasan DUN yang menyaksikan pertandingan 5 calon, dan satu lagi 6 calon.

Kerajaan BN Sarawak menerima tamparannya pada tahun 2006, apabila pembangkang berjaya merampas sembilan kerusi dari tangannya. Bagaimanapun, pembangkang akhirnya hanya tinggal 7 kerusi, setelah dua ADUN yang terpilih menyertai BN. PKR menang kerusi Padungan menerusi Dominique Ng, sementara DAP merangkul enam kerusi, termasuklah Kidurong, Bt Assek, Meradong, Pending, Kota Sentosa dan Batu Lintang.

Apakah "tsunami politik" yang melanda Semenanjung Malaysia pada 8 Mac 2008 bakal memberi kesan terhadap bumi kenyalang ini? MerdekaReview menyenaraikan kerusi-kerusi yang disandang BN, tetapi besar kemungkinan ditembusi PR atau pembangkang pada PRN Sarawak 2011.

Kerusi BN yang mungkin dirampas Pakatan Rakyat:

N24 Beting Maro (Parlimen: Batang Lupar)
Mungkinkah ia menjadi kerusi DUN pertama yang dimenangi PAS di Sarawak? Dalam PRN Sarawak 2006, PAS hanya tewas dengan perbezaan 896 undi. Calon PBB Bolhassan bin Di @ Ahmad bin Di memperolehi 2,796 undi, sementara calon PAS Alem bin Din mendapat 1,901 undi.

Kali ini, Abang Ahmad Kerdee Abang Masadus menyarung jersi PAS dalam percubaannya untuk membuka lembaran baru dalam sejarah PAS di bumi Kenyalang. Beliau berdepan dengan Razali Ghapor dari PBB.

N30 Saribas (Parlimen: Betong)
PBB hanya menang dengan majoriti 94 undi dalam PRN Sarawak 2006, menewaskan calon PKR Abang Zulkifli bin Abang Engkeh. Abang Zulkifli bertanding semula di kawasan ini, berdepan dengan calon PBB Ricky @ Mohammad Razi Sitam.

N20 Sadong Jaya (Parlimen: Batang Sadong)
Calon PKR tewas dalam PRN Sarawak 2006 dengan hanya perbezaan 858 undi, kepada calon PBB. Kali ini, PKR memberi laluan kepada calon PAS, Abang Eddy Allyanny untuk bertanding di kawasan DUN ini. Abang Eddy berdepan dengan Aidel Lariwoo dari PBB dan calon bebas Mahayudin bin Wahab.

N25 Balai Ringin (Parlimen: Sri Aman)
Perang tiga penjuru dalam PRN Sarawak 2006 menyaksikan pertembungan antara calon PRS, SNAP dan bebas. Seandainya dijumlahkan undi yang diperolehi calon SNAP (1559 undi) dan bebas (742 undi), maka PRS-BN hanya menang dengan lebihan 774 undi. Kali ini, pertandingan tiga penjuru digandakan, antara calon PRS Snowdan Lawan, calon PKR Ibi anak Uding, dan calon SNAP Dan Giang, Lipeh anak Mawi (PCM), Cobbold Ak Lusoi (bebas) dan Sujal anak Gansi (bebas).

N28 Engkelili (Parlimen: Lubok Antu)
Calon SNAP Johnichal Rayong Anak Ngipa berjaya menewaskan Jonathan Krai Pilo dengan majoriti 426 undi dalam PRN Sarawak 2006. Bagaimanapun, Johnichal kemudiannya menyertai BN, menjurus kepada kehilangan satu kerusi daripada pembangkang. Kali ini, Johnichal Rayong bertanding atas tiket SUPP, menentang calon PKR Marudi @ Barudi anak Mawong, Jimmy Simon Maja (bebas) dan calon SNAP Semijie Anak Janting,

N29 Batang Ai (Parlimen: Lubok Antu)
Nicholas Bawin Anak Anggat bertanding atas tiket SNAP dalam PRN Sarawak 2006, kalah hanya dengan perbezaan 806 undi. Bagaimanapun, dalam PRK Batang Ai pada April 2009, BN berjaya menewaskan Jawah Gerang (PKR) dengan majoriti 1,854 undi. Kini, Nicholas Bawin pula bertanding dengan menyarung jersi PKR. PRS-BN meletakkan Malcom Mussen anak Lamoh untuk mempertahankan kerusi ini. PRS-BN dijangka berdepan dengan pertarungan sengit, kononnya banyak janji yang ditaburkan ketika PRK Batang Ai 2009 belum dikota.

N70 Ba'kelalan (Parlimen: Lawas)
Baru Bian tewas dengan perbezaan hanya 475 undi dalam PRN Sarawak 2006. Selain pengaruhnya di kalangan kristian, Pengerusi PKR Sarawak ini juga seorang peguam yang banyak mengendalikan kes tanah adat. Baru Bian pernah dijulang sebagai Ketua Menteri di laman sosial Facebook, seandainya PR berjaya memerintah di Sarawak. Beliau berdepan dengan calon SPDP-BN, Willie Liau.

N39 Repok (Parlimen: Sarikei)
SUPP menang dengan majoriti 576 undi dalam PRN Sarawak 2006. Kali ini, DAP meletakkan calonnya Wong Hua Seh untuk bertembung dengan David Teng Lung Chi.

N48 Pelawan (Parlimen: Sibu)
SUPP menang dengan majoriti 263 undi dalam PRN Sarawak 2006 di kawasan yang terdiri daripada 90% pengundi Cina ini. Bagaimanapun, DAP memperolehi lebihan 3,491 undi daripada kawasan ini dalam PRU 2008, untuk kerusi parlimen Sibu. Dalam PRK Sibu 2010, DAP melebarkan jurangnya dengan SUPP, apabila meperolehi lebihan 5,469 undi, mengatasi SUPP. Calon DAP David Wong Kee Woan akan berdepan dengan calon SUPP-BN, Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP).

N47 Bawang Assan (Parlimen: Sibu)
Timbalan Setiausaha SUPP Wong Soon Koh menang dengan majoriti 2,504 undi dalam PRN Sarawak 2006. Bagaimanapun, undi majoritinya menunjukkan pola penurunan, jika dilihat kepada keputusan PRU 2008 (tinggal majoriti 1,458 undi) dan PRK Sibu 2010 (866 undi). Kali ini, Wong berdepan calon DAP Alice Lau Kiong Yieng.

N46 Dudong (Parlimen: Lanang)
SUPP menang dengan majoriti 408 undi dalam PRN Sarawak 2006. Kali ini, SUPP meletakkan ahli parlimen Lanang, Tiong Thai King untuk mempertahankan kerusi ini, berdepan dengan cabaran Yap Hoi Liong.

N 43 Ngemah (Parlimen: Kanowit)
Kerusi ini dimenangi calon bebas Adeh Ak Denong dengan majoriti 549 undi dalam pertandingan tiga penjuru bersama calon PRS dan SNAP. Bagaimanapun, Adeh Ak Denong menyertai BN selepas menang dalam PRN Sarawak 2006. PKR meletakkan calonnya Aris anak Alap, berdepan dengan Alexandar Vincent dari PRS-BN, Adeh Ak Denong dari PCM, Yakup Khalid (bebas) dan Micheal Anak Lias dari SNAP.

N 57 Belaga (Parlimen: Hulu Rajang)
Kerusi ini dimenangi calon PRS-BN Liwan Lagang dengan majoriti 227 undi, dalam pertandingan tiga penjuru yang melibatkan calon SNAP John Bampa dan calon bebas Stanley Ajang Batok dalam PRN Sarawak 2006. Stanley memperolehi 1,628 undi dan John Bampa memperolehi 912 undi. Dengan kata lain, jumlah undi kedua-dua calon ini melebihi jumlah undi yang diperolehi calon BN. Lingkungan kawasan DUN Belaga merangkumi Sungai Asap, iaitu tempat kediaman kira-kira 10 ribu penghuni yang dipindah kerana pembinaan Empangan Bakun. Kali ini, 6 calon mengambil bahagian dalam pertandingan DUN Belaga, iaitu penyandangnya Liwan Lagang, calon PKR Basah Kesing @ Ali Basah Kesing, calon SNAP John Bampa @ Tusau dan wakil PERS Michael Jok dan dua orang calon bebas Matthew ak Munan dan Kenneth Adan Silek.

Antara yang menarik

Selain daripada itu, terdapat beberapa kerusi yang menjadi tumpuan umum, meskipun tidak semestinya dirampas dari tangan BN. Antaranya,-

N51 Balingian (Parlimen: Mukah)
Pada tahun 2006, Abdul Taib Mahmud memenangi 6,393 undi, sementara calon Ibrahim Bayau dari PKR hanya memperolehi 667 undi. Ketua Menteri yang memerintah untuk 30 tahun di Sarawak ini dijadikan sasaran dalam PRN Sarawak 2011, berikutan tempoh pemerintahannya yang terlalu lama, malah terpalit dengan tuduhan rasuah, sebagaimana yang dibongkarkan media dan pembangkang.

PKR meletakkan Suriati Abdullah untuk menentang beliau, pada yang sama beliau juga dicabar oleh sepupunya, Salleh Jafaruddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

N13 Batu Kawah (Parlimen: Stampin)
Meskipun menang dengan majoriti 4,180 undi pada tahun 2006, namun kerusi DUN ini merupakan satu-satunya kawasan majoriti Cina yang masih dipertahankan SUPP di Kuching. Penyandangnya, Tan Joh Phoi dari SUPP berdepan dengan cabaran Christina Chiew Wang See dari DAP.

N63 Piasau (Parlimen: Miri)

Kerusi yang dimenangi Presiden SUPP George Chan dengan majoriti 3,918 undi. Beliau berdepan dengan cabaran Ling Sie Kiong dari DAP.

N64 Pujut (Parlimen: Miri)
SUPP menang dengan majoriti 1,370 undi dalam PRN Sarawak 2006. Chia Chu Fatt meraih 55.5% undi popular, namun undi popular menurun 8.8% di kawasan ini untuk BN dalam PRU 2008 (Parlimen Miri). Dalam PRN Sarawak 2011, Chia Chu Fatt akan berdepan dengan Fong Pau Teck.

Dua kerusi yang bahaya untuk PR

N 11 Batu Lintang (Parlimen: Stampin)
Kerusi DUN ini dimenangi calon DAP dalam PRN Sarawak 2006 dengan majoriti 3,407 undi. Bagaimanapun, kerusi ini ditukar dengan DUN Padungan, untuk menyelesaikan pertikaian antara DAP dengan PKR. Dengan rombakan tersebut, Voon Lee Shan dari DAP dan Dominique Ng dari PKR tersingkir dari senarai calon. Kini, kerusi ini ditanding oleh See Chee How dari PKR, bersama Sih Hua Tong (SUPP-BN), dan Soo Lina (Bebas). Soo Lina dilihat sebagai penyokong Dominique Ng.

N 9 Padungan (Parlimen: Bandar Kuching)
Satu-satunya kerusi DUN yang dimenangi PKR dalam PRN Sarawak 2006, dengan majoriti 1,417 undi. DAP diberi laluan untuk bertanding di kawasan ini, dan PKR sebaliknya bertanding di DUN Batu Lintang. Keputusan ini mencungkil ketidakpuasan penyandangnya, Dominique Ng, yang bertanding kali ini sebagai calon bebas. Beliau berdepan dengan Sim Kiang Chiok dari SUPP dan Wong King Wei dari DAP


MerdekaReview | Apr 06, 2011 10:39:01 am

8 pegawai Imigresen hadapi 83 pertuduhan suapan

SHAH ALAM: Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 82 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM122,140 sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat, tahun lalu.

Bagaimanapun, Md Shahrizal Che Dan, 26, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25, Mohamad Huzzail Ahmad, 31, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, Mohd Hafiz Zakaria, 27, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, dan Azmir Mahadi, 28, mengaku tidak bersalah.

Md Shahrizal, dari Sungai Udang, Klang yang berdepan 31 pertuduhan membabitkan nilai suapan RM51,760, didakwa melakukan kesalahan itu di empat cawangan Public Bank Pelabuhan Klang, bandar Klang, Taman Sentosa dan Taman Bukit Tinggi, antara 20 April dan 16 Jun tahun lalu.
Rakannya, Nor Shahazlina dari Petaling Jaya, pula didakwa menerima suapan berjumlah RM2,900 pada 29 Ogos lepas, di Maybank Cawangan Pandamaran antara 10 malam hingga 12 tengah malam, 29 Ogos lalu.

Hakim Asmadi Hussain membenarkan Md Shahrizal diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan Nor Shahazlina RM6,000 serta menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah lain, Mohamad Izuwanshah, dari Kota Kemuning, yang berdepan 25 pertuduhan membabitkan RM31,690 didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Petronas, Jalan Pandangan, Klang antara 21 April hingga 17 Jun lalu.

Mohamad Huzzail dari Kepala Batas, Kedah, pula didakwa menerima suapan RM500 di depan sebuah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang, 25 September tahun lalu.
Hakim M Bakri Abdul Majid membenarkan Mohamad Izuwanshah diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan Mohamad Huzzail RM4,000 serta menetapkan 27 April ini untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Di depan Hakim Mat Ghani Abdullah pula, Ahmad Zahed didakwa melakukan 12 kesalahan menerima rasuah berjumlah RM13,590 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Pelabuhan Klang antara 26 Julai dan 28 Ogos tahun lalu.

Mohd Hafiz, dari Pelabuhan Klang, didakwa melakukan empat kesalahan menerima suapan membabitkan RM8,640 di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang, Eon Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Kuarters Imigresen di Pandamaran, Klang antara 25 Sept dan 30 September tahun lalu.

Di mahkamah sama, Mohd Khairul Haqimie dari Sungai Buloh didakwa melakukan tiga kesalahan membabitkan RM7,350 di Maybank Cawangan Bukit Tinggi dan Restoran Moden Simpang Kudrat, Klang, antara 28 Ogos dan 28 September tahun lalu.

Seorang lagi pegawai Imigresen, Azmir dari Melaka, didakwa melakukan enam kesalahan membabitkan nilai suapan RM5,710 di Affin Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Shell Pelabuhan Klang, antara 15 dan 22 Ogos tahun lalu.

Ahmad Zahed dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala Mohd Hafiz, Mohd Khairul Haqimie dan Azmir RM5,000.

Mat Ghani menetapkan esok untuk sebutan semula kes bagi keempat-empat tertuduh.

Kelapan-lapan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan terdapat anggota dan pegawai Imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan, menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia. - BERNAMA

TEMPAT PERSEMBUNYIAN KELUARGA TAIB DI LONDON




TEMPAT PERSEMBUNYIAN KELUARGA TAIB DI LONDON

Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.

Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa.

Singgah di London sebentar dalam perjalanannya ke Mekah

Gracious interiors - worth RM45 million (£8.5 million)

Kami dapat mendedahkan sesuatu yang tidak dilaporkan dalam mana-mana akhbar tempatan di Sarawak pada hari Selasa, semasa Taib bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Dalam penerbangannya ke Tanah Suci Mekah, beliau didapati melencong ke London terlebih dahulu dan menginap di apartmen mewahnya di Hampshire House.

Sarawak Report mendapati salah satu alasan beliau melencong ke London adalah untuk bertemu dan berkumpul dengan ahli-ahli keluarga sebelum ke Mekah. Kami juga mendapati bahawa sehari sebelum ketibaan beliau, para pekerja di Hampshire House telah melakukan persiapan, dan maklumat yang kami terima, keluarganya telah merancangan untuk mengadakan pertemuan bagi memulihkan ketegangan di kalangan ahli-ahli keluarganya selama ini. Adalah dipercayai juga bahawa pertemuan ini akan mengeratkan persahabatan mereka yang mungkin diketahui oleh para pengundi mereka yang telah mulai bosan dengan mereka, menjelang pilihanraya nanti.

Saudara beliau, Onn Mahmud, yang pernah bertindak sebagai penyelaras perniagaannya, tetapi kemudiannya telah menjauhkan diri dari beliau, telah juga dijemput untuk menghadiri pertemuan keluarga itu. Sejak menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain, Onn kurang menghubungi mereka. Rancangan mengatur pertemuan ini adalah diharapkan supaya setiap ahli keluarga saling maaf-memaafi sebelum mengerjakan Haji ke Mekah. Mereka juga ingin menunjukkan tauladan yang baik kepada para pengundi mereka di Sarawak.
Dilihat di London – Sulaiman Taib

Kami juga mengandaikan Ketua Menteri itu melencong ke Hyde Park kerana beliau dipercayai ingin menemui anaknya. Sehari sebelum ketibaan Ketua Menteri itu di Hyde Park, jurugambar Sarawak Report telah Berjaya merakamkan anaknya yang telah lama menghilangkan diri, iaitu Sulaiman Rahman Taib. Sulaiman tiba di tempat tersebut dengan kereta Mercedes berwarna hitam. Dia kelihatan bergegas masuk ke apartmen itu, yang kami percaya adalah tempat persembunyiannya selama ini.

Sulaiman Taib telah gagal memperlihatkan dirinya di khalayak umum di Malaysia sepanjang tahun lepas, walaupun dia masih seorang ahli Parlimen, di mana ‘kehilangannya’ telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi. Walau pun umum tertanya-tanya akan kehilangannya, tetapi keluarganya tetap mendiamkan diri dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu. Dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke Parlimen Malaysia atau mengunjungi para pengundinya di kawasan pilihanrayanya, di mana dia boleh dikira sebagai menyalahi tugas dan tanggunjawabnya sebagai penjawat awam yang dibayar gaji yang lumayan menggunkan wang pembayar cukai. Kehilangannya yang dianggap luar biasa itu telah mencetuskan khabar-khabar angin di kalangan umum yang menganggapnya telah meninggal dunia, atau menjalani rawatan penyakit ganjil.

Sarawak Report berasa begitu yakin kerana dapat melakukan khidmat awam dengan mengesahkan bahawa anak Ketua Menteri itu masih hidup, kelihatan sihat dan diandaikan masih mengeluarkan wang gaji menterinya di London. Sebenarnya ‘Rahman’ dapat ditemui beberapa kali di dalam atau di sekitar London sejak beberapa bulan yang lalu, dan terdapat spekulasi yang mengatakan dia mendapatkan khidmat perubatan yang baik di London, yang tidak terdapat di Sarawak atau Malaysia.

Pekerja Taib menyerang jurugambar kami

Walau pun pada kedudukan sosial yang tinggi dan terkenal, tetapi Taib sekeluarga tetap tidak suka pada cara kami menyiarkan berita mengenai pergerakan mereka, atau mendedahkan harta-harta yang mereka miliki. Rahman Taib yang ternampak jurugambar wanita kami, dan kemudiannya menjelaskan sesuatu kepada para pekerjanya, yang kemudian keluar dari bangunan apartmen tersebut untuk mendekati jurugambar kami itu.

Tidak lama kemudian pemandu keretanya mengasari jurugambar tersebut ketika dia sedang mengambil gambar-gambar penumpang-penumpang wanita yang keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam keretanya. Pemandu Taib telah menangkap leher jurugambar tersebut dan memaksanya memadamkan kesemua gambar dalam kameranya itu sehingga dia diselamatkan oleh seorang yang sedang lalu di tempat itu. Perkara tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis London sebagai kes mendatangkan kecederaan yang disengajakan. Kes seperti ini, walaupun selalunya disembunyikan dari pengetahuan umum di Sarawak, tetap dilarang di UK.

Pada lewat petang hari Selasa, jurugambar berkenaan percaya dia ternampak Ketua Menteri itu bergegas-gegas masuk ke dalam bangunan itu, tidak lama setelah penerbangannya dengan Singapore Airlines mendarat di lapangan terbang Heathrow. Sarawak Report ingin ingin mempelawa sesiapa dari kalangan pembacanya yang memiliki gambar-gambar Ketua Menteri yang lebih jelas semasa beliau masuk atau keluar dari bangunan Hampshire House, 12 Hyde Park Place, dihantarkan kepada kami, dan kami akan berasa bangga untuk memaparkannya untuk tatapan umum.

Siapakah pemilik flat bernilai berjuta-juta pound itu?

Sarawak Report ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi siapakah sebenarnya pemilik flat di tingkat bawah yang kerap didiami oleh keluarga Taib, dan juga merupakan kediaman Sulaiman. Menurut dokumen-dokumen yang terdapat di pejabat Pendaftar Tanah London, harta tersebut dimiliki oleh Sultan Abdul Halim Mu Adzam, salah seorang rakan kongsi Taib dari Malaysia yang pernah menganugerahkan Onn Mahmud dengan gelaran “Datuk”.

Hubungan erat kedua-dua keluarga ini, dan siapakah di antara mereka yang memiliki salah sebuah harta yang terkenal di London itu menimbulkan syak wasangka di kalangan umum. Dengan gaji rasminya sebagai Ketua Menteri selama 30 tahun, tidak mungkin Taib mampu memiliki kediaman semewah itu, dan kediaman itu pula hanya sebahagian dari harta-harta yang lainnya. Taib pernah dirakamkan menyebut, “Saya memiliki wang lebih dari yang dapat saya belanjakan”.

Ketua Menteri itu juga diketahui kerap menyembunyikan pemilikannya ke atas syarikat-syarikatnya dan juga harta-hartanya dengan meletakkan nama orang lain yang telah bersetuju secara peribadi menyerahkan balik apabila diminta olehnya. Sarawak Report dapat membuktikan beberapa kes di mana beliau meletakkan orang lain sebagai penama untuk memegang saham-sahamnya secara rahsia. Kekeliruan hakmilik rumah-rumah mewah yang diserahkan kepada keluarga Taib oleh Samling di US merupakan salah satu contoh taktik yang telah didedahkan oleh Sarawak Report.

Justeru itu, adakah kediamannya di Hampshire House sebenarnya dimilikinya, tetapi buat sementara waktu didaftarkan menggunakan nama rakannya yang seorang sultan? Jika tidak, dan jika betullah sultan itu yang memiliki kediaman tersebut, kenapakah baginda membenarkan keluarga Taib mendiami rumah tersebut seolah-olah mereka yang memilikinya? Kenyataan dari Ketua Menteri sendiri mengenai perkara ini, dan juga perkara-perkara lain yang melibatkan pemilikan harta yang begitu banyak seperti mana yang telah kami dedahkan selama ini, amatlah kami alu-alukan

Sumber: ‘HIDE PARK’ ! – THE TAIBS’ LONDON BOLTHOLE
http://corruptedbarisannasional.blogspot.com/

06 April 2011

BAGAIMANA TAIB MENGALIRKAN RM BERBILION KELUAR NEGARA

MENGALIRKAN WANG KELUAR DARI SARAWAK

Hanya pada minggu yang lalu, dengan berbohong, Taib Mahmud telah mengumumkan menerusi video bahawa dia dan anak-anaknya sentiasa mengelakkan diri mereka berniaga di Sarawak

“Saya mengelak konflik kepentingan dari menghantui saya sepanjang masa. Jika saya berurusniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan bahawa saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, jadi, kami melakukannya di luar negara.”

Namun, kami tetap akan mendedahkan segala bukti untuk menghantuinya. Terdapat bukti-bukti yang berkaitan dengan berbilion-bilion ringgit yang telah disalurkan keluar dari negeri Sarawak oleh bank persendirian keluarga Taib sahaja. Semua urusniaga itu dilaksanakan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.

Bank-bank milik keluarga Taib – perniagaan mereka digerakkan oleh pengaruhnya

Sebagai contoh, mari kita lihat pada UBG Bank (dahulunya dikenali sebagai Bank Utama), yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS sehingga bulan November tahun lalu. Pengerusi UBG Bank adalah anaknya, Abu Bekir, manakala timbalannya pula adalah Syed Ahmen Alwee Asree, iaitu suami kepada Hanifah Taib.

Menerusi kedua-dua anak dan menantu Taib itu, UBG Bank telah mengaut keuntungan sehingga berbilion-bilion ringgit. Sila teliti pada pegangan saham-saham mereka, dan perhatikan segala apa yang telah mereka jualkan. Bagi mereka yang sekadar gemar melemparkan tuduhan bahawa Sarawak Report telah mendedahkan bukti-bukti yang dianggap tidak betul adalah mereka yang gagal memuatturunkan Laporan Tahunan yang paling asas dan pengumuman-pengumuman dari internet. Tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka tidak layak memberikan komen-komen atau boleh kita anggap sebagai pembohong.

Berdasarkan rekod-rekod itu, misalnya, sehingga tahun 2007 UBG yang mempunyai kawalan ke atas sepertiga dari kesemua saham dan keseluruhan 60% saham-saham dalam bank yang keempat terbesar di Malaysia, RHB! Maka, berapakah nilai kesemuanya bagi keluarga Taib? Beberapa siri jualan awam telah diadakan bagi memberikan kita angka-angka yang kita perlukan itu.

Mendapatkan balik wang mereka – berapakah nilainya?

Pada tahun 2007, sebagaimana yang kita ketahui, keluarganya telah cuba untuk mendapatkan wang mereka dari saham-saham dalam RHB, kerana tiga percubaan jualan secara komersial telah mengalami kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut. Dalam pada itu, Taib juga diketahui telah gagal meletakkan bidanya mengikut kehendaknya!

Namun, keluarga Taib amat bertuah, kerana sebuah perbadanan awam telah bertindak sebagai penyelamat kerugian keluarganya yang menawarkan untuk membeli saham-saham. Perbadanan awam yang kita maksudkan di sini adalah tidak lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP merupakan sebuah dana persaraan kakitangan kerajaan yang terbesar di Malaysia, dan diuruskan oleh sebuah lembaga yang didominasikan oleh ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin perniagaan.

KWSP telah membayar sejumlah RM1.4 bilion secara tunai kepada para pemegang saham-saham UBG dan keluarga Taib bagi saham-saham dalam RHB. Wang tersebut adalah dari dana pencen penjawat awam yang dibayar masuk ke dalam akaun-akaun bank keluarga Taib.

Fakta-fakta ini amatlah bertentangan dengan penafian yang telah dibuat sendiri oleh Abdul Taib Mahmud dalam video temubualnya mengenai “tuduhan konflik kepentingan” dan “menggunakan pengaruhnya untuk menambahkan kekayaannya” dengan berniaga di dalam Sarawak dan Malaysia!

Dalam pada itu, tokoh-tokoh terkemuka negeri yang menganggotai Lembaga KSWP, antara lainnya, adalah rakan karib Taib sendiri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, yang telah kami dedahkan pada minggu lalu sebagai salah seorang dari perampas tanah orang-orang asal. Kenapa Encik Morshidi tidak sudi mengembalikan kesemua tanah-tanah yang diserahkan oleh Taib kepadanya – yang telah dibiayai dengan berjuta-juta ringgit wang para pesara kakitangan kerajaan?

Selain itu, KWSP juga diminta untuk menyelamatkan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun. Memandangkan tiada di kalangan pelabur yang sanggup melibatkan diri dalam projek berkenaan, maka KWSP telah memperuntukkan RM5.75 billion sebagai suntikan modal untuk gajah putih itu, sekali lagi, menghidupkan semula usahasama dan menambahkan kekayaan syarikat CMS milik keluarga Taib, dengan pemberian pelbagai jenis kontrak di situ.

Dan Taib mengakui bahawa beliau tiada perniagaan di Sarawak mahupun di Malaysia, dan tiada konflik kepentingan? Sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal!


Lebih banyak wang dari UBG

Setelah ianya menjualkan saham-saham RHB dengan banyak keuntungan, UBG seterusnya memperolehi kebaikan dari pengaruh tempatan. Ianya telah memperolehi faedah daripada dua syarikat, Putrajaya Perdana Sdn Bhd dan Loh & Loh Corp Bhd dan kemudiannya mengeluarkan saham-saham baru kepada sebuah syarikat persendirian, Majestic Masterpiece yang telah melonjakkan jumlah ekuitinya dari RM800 juta kepada kira-kira RM1.5 billion.

Dalam pada itu, UBG telah mengabaikan keperluan yang ditetapkan oleh Pasaran Saham bahawa sekurang-kurangnya 25% dari keseluruhan saham dalam syarikat awam yang disenaraikan, seharusnya mudah diperolehi oleh para pelaburnya, dan bukan dipegang oleh syarikat-syarikat yang mengendalikannya. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Pasaran Saham dalam 2010 telah menyatakan bahawa UBG telah tidak mematuhi keperluan-keperluan itu kerana 90% dari saham bank berkenaan adalah di bawah kendalian CMS dan rakan barunya, Majestic Masterpiece. Mujurlah, Bursa Saham Malaysia telah meluluskan perlanjutan tempohnya itu!

Apakah faedah pengambilan kedua-dua oleh UBG pada 2008 itu? Negeri Sarawak telah bersungguh-sungguh menawarkan kontrak-kontrak utama negeri kepada mereka sejak beberapa bulan yang lalu!

Pada awal 2010, akhbar The Star telah melaporkan bagaimana syarikat Loh & Loh, telah berjaya mendapat salah satu daripada kontrak-kontrak utama negeri iaitu projek pembinaan jalan bernilai RM2 billion, dianugerahkan oleh Ketua Menteri! Projek tersebut adalah pembinaan RM645 juta jalan ke Empangan Murum, yang sedang dalam pembinaan (sebuah lagi projek gajah putih yang akan memusnahkan kawasan yang amat luas di Sarawak dan menambahkan kekayaan keluarga Taib).

Sementara itu, syarikat Putrajaya Perdana, yang diambil oleh UBG, telah juga mendapat kontrak-kontrak mewah, terima kasih kepada keputusan-keputusan bijak Ketua Menteri. Salah sebuah projeknya adalah pembinaan Ibupejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Isthmus di Kuching. Pada asalnya, kontrak itu telah dianugerahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya, CMS dengan nilai RM232 juta. Kemudian, CMS menyerahkannya kepada anak syarikatnya yang baru, Putrajaya Perdana Construction, menerusi UBG dengan nilai RM231 juta.

Dua kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dianugerahkannya kepada syarikat-syarikat milik keluarganya dalam masa beberapa bulan setelah diambil-alih! Tiada tanda-tanda beliau menjalankan perniagaan ‘di dalam negeri ini’? – adakah beliau ingat kita ini bodoh-bodoh belaka?

Dalam masa Taib menganugerahkan kontrak-kontrak utama kepada kedua-dua anak syarikat milik keluarganya itu, beliau juga diketahui telah berusaha memperolehi faedah dari UBG. Beberapa siri rundingan telah dijalankan untuk menjualkan saham-saham CMS dalam bank itu, dan juga saham-saham Majestic Masterpiece kepada sebuah lagi syarikat yang bermisteri, yang dikenali sebagai PetroSaudi.

PetroSaudi International adalah sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di negara Arab yang telah menunjukkan minatnya melabur dengan membeli keseluruhan UBG dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian. Syarikat berkenaan pernah mengejutkan media-media di Malaysia dengan pelbagai-bagai janji untuk melabur secara besar-besaran dalam usahasama dengan Kerajaan, yang akhirnya tidak menjadi reality sepanjang tahun 2010. PetroSaudi telah dikatakan mempunyai perkaitan dengan seorang putera raja Arab dan beribupejabat di Arab.

Namun, Pejabat Rekod-rekod Syarikat di UK telah mengeluarkan cerita yang berlainan. Pejabat berkenaan menyatakan bahawa PetroSaudi International telah dikorporatkan pada 18hb Februari 2010, dan negara asalnya adalah United Kingdom! Ianya mempunyai pejabat-pejabat di Arab Saudi dan juga di Geneva, Switzerland, tetapi asal-usul syarikat itu adalah sejajar dengan keputusan Taib Mahmud untuk mengeluarkan berbilion-bilion ringgit sahamnya dari UBG di Sarawak dan menjualkan keseluruhan keusahawanannya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia.

Kajian dan siasatan kami ke atas pejabat-pejabat PetroSaudi International di 1 Curzon Street, Mayfair di London dan mendapati mereka menggunakan ruang-ruang pejabat di sebuah bangunan yang khasnya disewa oleh Asset Management, iaitu sebahagian dari Swiss Bank UBS.

Suatu lagi sumber keuntungan yang amat lumayan

Dengan anak-anak syarikat UBG yang baru dan dianugerahkan kontrak-kontrak besar negeri, adalah mudah sangat untuk memujuk PetroSaudi International mengambil-alih bank awam ini, dengan pemilikan 90% saham yang ada pada kedua buah badan itu (walaupun bercanggah dengan peraturan Bursa Saham Malaysia), kembali ke pangkuan-pangkuan persendirian.

Hanya pada 1hb November 2010 pembelian saham-saham CMS dan Majestic Masterpiece diselesaikan oleh PetroSaudi International. Tawaran yang dicadangkan telah diumumkan beberapa bulan sebelum itu oleh CMS yang berjumlah RM466 juta.

Amaun tersebut telah menjadikan sejumlah kira-kira RM2 bilion yang telah diperolehi oleh keluarga Taib daripada perniagaan perbankan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Jual-beli ini telah melibatkan suntikan dana persaraan para bekas penjawat awam dan digunakan ke atas kontrak-kontrak negeri yang diraih oleh syarikat-syarikat Taib di sepanjang tempoh rundingan itu.

Bagaimana Taib Mahmud boleh mengakui bahawa beliau tidak menjalankan perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan dari dihantui oleh tuduhan-tuduhan konflik kepentingan? Mudah sahaja – beliau TELAH menggunakan kedudukannya dan pengaruhnya untuk menguntungkan diri sendiri. Beliau telah melarang semua bentuk media untuk melaporkannya kepada umum.

-SARAWAKREPORT

Mengapa PKR tidak mencalonkan Dominique di Padungan

Padungan: Bekas Adun PKR Dominique Ng dicabar BN, DAP
April 06, 2011
KUCHING, 6 April – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan Dominique Ng Kim Ho, akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon DAP, Wong King Wei dan calon Barisan Nasional (BN), Sim Kiang Chiok.

Ng, 50, yang memenangi kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan daripada parti semalam selepas digugurkan oleh pucuk pimpinan PKR.

Laporan Bernama Online menyebut, satu lagi kawasan bandar yang majoriti pengundi Cina – Batu Lintang – turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon bebas wanita Soo Lina, 52, Sih Hua Tong (BN) dan See Chee How (PKR).

Sementara itu, kerusi Pending akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Violet Yong Wui Wui daripada DAP dan calon BN Prof Dr Sim Kui Hian, seorang ahli kardiologis.

Terdahulu, pengumuman bagi kerusi Padungan ditangguhkan lebih sejam berikutan bantahan oleh DAP terhadap penggunaan nama barat Ng, Dominique yang akan digunakan pada kertas undi.

Calon BN bagi kerusi Batu Lintang, Sih ketika ditemui wartawan berkata beliau yakin berpeluang merampas kembali kerusi itu meskipun memaklumi akan menghadapi tentangan hebat.

“Walaupun kami mengetahui sokongan peringkat akar umbi bagi BN semakin kukuh, kami tidak akan mengambil mudah. Kami akan berhabis-habisan dalam pertarungan ini,” katanya.

Kita ikuti komen oleh MSK tentang perkara tersebut:

Aku tidak terkejut apabila nama Dominique Ng digugurkan disaat akhir oleh PKR. Cerita tentang bagaimana Dominique perlu disingkirkan sudah mula berlegar sekitar March 2009. Pergeseran diantara Dominique dengan Haji Baha memang sudah lama, malah sejak PRU 2008 lagi. Kemuncak kepada krisis ini ialah Pemilihan PKR 2010, dimana Dominique berada di kem penentang Azmin. Malah, Dominique sendiri seperti sudah menjangkakan dia akan digugurkan dan mula membuat persiapan untuk bertanding DUN Padungan, sebelum pengumuman dibuat.

Belum pun sempat pengumuman dibuat, poster Dominique sudah pun kelihatan di Padungan. (Menghairankan juga kerana poster dan billboard Dominique sudah terpacak sekitar jam 2 petang tadi. Ini menunjukkan bahawa Dominique sudah bersiap sedia jauh lebih awal dari calon PKR dan BN).

Dominique merupakan satu-satunya calon PKR yang menang dalam PRN 2006. Malah, Padungan merupakan satu-satunya kawasan selamat untuk PKR, dan apabila PKR dan DAP bersetuju untuk bertukar DUN, jelas…politik parti lebih penting dari kemenangan.
Sekarang, Dominique sudahpun mengesahkan untuk bertanding di Padungan. Dengan pengaruh dan jaringan yang telah dibuat, peluang untuk Dominique menang agak cerah, walaupun bertanding diatas tiket Bebas. Dan kemungkinan juga, pergeseran didalam parti ini akan menyebabkan BN memenangi DUN Padungan.

SPR MASIH GAGAL

Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN
Hazayani Zakaria

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

MSK: Muncul kembali di Sarawak

Selamat Datang ke Sarawak
April 6, 2011
Oleh: MSK

Apabila Albanjari menghubungi aku dua hari lepas dan mengajak ke Sarawak…aku tak tau sama ada nak terima atau tidak. Bukan sebab nak jual mahal…tapi aku nak buat apa?
Nak buat propaganda…aku tak tau.

Nak cerita apa yang berlaku…aku dah terputus hubungan dengan member-member PKR sejak dua bulan lalu. Kalau ada cerita yang baik, aku tak tau. Yang aku banyak tau…cerita tak berapa bagus. Ini yang buat aku serba salah. Tambahan pula, kos untuk ke Sarawak adalah melalui sumbangan penyokong Pakatan Rakyat.

Aku bagi tau kat Albanjari…aku akan tulis tentang apa yang aku tau, apa yang aku dengar dan apa yang aku baca. Sama ada ianya dipersetujui oleh penyokong Pakatan Rakyat…itu bukan soal aku. Albanjari setuju.

Mengapa aku setuju untuk datang ke Sarawak dan mengapa aku tak mau terikat dengan arahan…adalah kerana Pilihanraya Sarawak 2011 mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai pelbagai elemen politik yang bakal mewarnai Pilihanraya Umum yang akan datang.

Elemen pertama ialah Kuasa Ketiga. Ada yang mengatakan Kuasa Pengacau. Ada juga yang mengatakan kumpulan “Katak”.
Dalam konteks Sarawak, SNAP menjadi Kuasa Ketiga yang mewarnai politik Sarawak. Ada yang mengatakan SNAP sebagai ‘pengacau’, Trojan Horse, ejen BN…bagi la apa nama pun. Tetapi hakikatnya, SNAP boleh menjadi kawan atau lawan. Bergantung kepada sejauh mana kemampuan Pakatan untuk ‘menawan’ SNAP.

Tetapi akhirnya, Pakatan Rakyat yang di ‘pimpin’ oleh PKR telah gagal untuk ‘menawan’ SNAP. Dan kesan daripada kegagalan inilah yang menarik minat aku untuk datang ke Sarawak untuk melihat sejauh mana kesan kegagalan ini.
Elemen kedua ialah kekuatan individu yang mampu menyaingi kekuatan parti. Kegagalan mengenalpasti kekuatan individu ini mampu menggagalkan peluang Pakatan Rakyat untuk mencipta kejutan dalan Pilihanraya Sarawak ini.

Setakat ini, parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan BN telah pun mengumumkan calon masing-masing. Tetapi calon SNAP dan Bebas hanya akan diketahui selepas Penamaan Calon esok. Setakat ini, Dominique Ng dari PKR telah pun mengisytiharkan untuk bertanding sebagai calon Bebas. Mungkin esok, kita akan melihat lebih ramai calon Bebas yang akan bertanding.

Elemen ketiga ialah kecenderungan pengundi muda. Masih belum jelas, arah manakah yang akan diambil oleh pengundi-pengundi muda ini.
Elemen keempat ialah isu-isu yang mampu mengubah persepsi pengundi. Setakat tinjauan rambang yang diperolehi melalui pemandu teksi dan pengusaha restoran, isu-isu tempatan akan menjadi modal utama. Pun begitu, isu-isu ini hanya boleh digunakan ditempat-tempat tertentu.

Pilihanraya Sarawak masih lagi dingin setakat ini. Bandar Kuching masih lagi tenang seperti biasa. Langsung tiada kelihatan tanda-tanda Pilihanraya akan berlaku. Yang sibuk hanyalah di lapangan terbang Kucing yang menyaksikan kehadiran kepimpinan-kepimpinan parti dari Semenanjung yang mulai tiba sejak dua-tiga hari lalu.
Setakat ini, PKR telah menyatakan untuk bertanding 48 kerusi, DAP 15 kerusi, Pas 5 kerusi dan 3 kerusi yang di ‘serahkan’ kepada SNAP. Itu hanyalah jumlah yang diumumkan. Apa yang akan berlaku esok mungkin jauh berbeza.
SNAP mungkin akan bertanding sekitar 30 kerusi. Dan Bebas dianggarkan meletakkan Calon disekitar 8-10 DUN. Ini tidak termasuk dari Parti Cinta Malaysia yang dijangka meletakkan sekitar 5-10 calon.

Akhirnya, Pilihanraya Sarawak akan diwarnai dengan pertandingan pelbagai penjuru dan ini sudah pasti akan menyukarkan peluang Pakatan Rakyat untuk melihat satu perubahan besar dalam pemerintahan di negeri ini.
Politik Sarawak jauh berbeza dengan politik Semenanjung. mungkin ada yang mengatakan pengundi Sarawak masih belum matang. Ada yang mengatakan ahli politik Sarawak tidak setia kepada parti. Tapi itu adalah hakikat.

Politik Sarawak diwarnai oleh politik ‘warlord’. Kekuatan individu menjadi kayu pengukur utama untuk kemenangan. Agenda parti dan ideologi bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan sandaran untuk menang.

Aku masih lagi meneliti calon-calon yang akan bertanding dan perlukan masa dua tiga hari ini untuk menilai sejauh mana kekuatan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan.

http://www.malaysiatimes.my/ portal terbaru

PRN Sarawak – Mampukah PR Menang?

PRN Sarawak – Mampukah PR Menang?
April 6, 2011
Oleh: Cyberboron

Tempur rasmi gelanggang politik Sarawak bermula pagi ini, Rabu 6 April 2011 dengan proses penamaan calon di 71 kawasan DUN merangkumi keluasan 124,450 kilometer persegi Bumi Kenyalang.
Siapa yang boleh menang? Parti mana yang akan menang? PBB, PKR, SUPP, DAP, SNAP, PAS, PRS, SPDP, PERS? Gabungan mana yang akan membentuk kerajaan, BN atau PR? Jawabnya, apa pun boleh berlaku. Segalanya mungkin. Namun secara jujur wajar diakui bahawa BN masih kelihatan mampu untuk berada di depan @ boleh menang. Pakatan Rakyat ada harapan tambah kerusi berbanding 7 yang dimiliki hasil PRN 9 (6 DAP dan 1 PKR). Angka 36 (kerusi) untuk membolehkan pembentukan kerajaan dengan majoriti mudah (36:35) masih sangat ajaib untuk diraih oleh PR walau pun tidak mustahil. Semuanya bergantung kepada seribu satu macam latar belakang dan perkembangan.
Calon-calon bebas atau yang mewakili parti bukan BN dan bukan PR juga masih ada upaya mencipta kemenangan berdasarkan rekod politik Sarawak. Kalau menang, calon bebas atau calon parti bukan BN/PR ini masih berupaya mencipta pelbagai kejutan terutamanya jika penguasaan BN-PR hampir seimbang.

Mampukah ‘isu’ mempengaruhi penentuan sikap pengundi Sarawak? Apakah rakyat Sarawak ‘peduli’? Berkesankah pendedahan kekayaan keluarga Taib Mahmud? Mampukah video seks trio T membuahkan kebencian pengundi terhadap Anwar dan PKR? Ada banyak lagi isu yang dimainkan sejak setahun lalu. Isu tanah adat. Isu ‘al-kitab’ Bible Bahasa Melayu. Isu pengganti Taib. Isu Effendi Norwawi vs Adenan Satem. Isu bini Taib Mahmud, dulu Poland sekarang Lubnan. Isu kemudahan asas yang sangat teruk di 9/10 keluasan Bumi Kenyalang berbanding kekayaan hasil bumi yang ada. Dan macam-macam lagi.

Kaji selidik, penelitian dan pemerhatian yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan bahawa majoriti rakyat Sarawak ‘tak peduli’ terhadap isu yang melatarbelakangi persaingan antara parti-parti politik (khususnya antara BN dan PR). Mereka tak peduli sama ada keluarga Taib benar-benar kaya atau tidak. Mereka tak mahu tahu sama ada kekayaan itu hasil korupsi dan salah guna kuasa atau ia diperolehi secara halal dan bersih. Mereka tak heran pun pada kegagalan rundingan antara PKR dengan SNAP. Isu video Trio T langsung tak laku. Mereka tak berminat nak ambil tahu siapa yang akan jadi Ketua Menteri baru. Taib nak kahwin dengan spesis X dari planet Nibiru pun mereka tak peduli. Orang Beting Maro tak mahu tahu apa yang berlaku pada orang Limbang. Orang Mukah tak peduli nasib orang Belaga.

Isu ekonomi, kewangan, integriti, keperibadian pemimpin, kesaksamaan hak, korupsi, salah guna kuasa, bahaya nuclear, profesionalisme polis serta lain-lain isu nasional dan sejagat hanya boleh dihadam oleh kelompok khas dan kecil merangkumi tak lebih daripada 15 peratus pengundi Sarawak kelas menengah di kawasan bandar dan yang berdekatan dengannya. Ini adalah realiti.
Pengundi kaum Tionghua (Cina) boleh berdiskusi tentang politik yang menyangkut aktiviti kehidupan mereka terutama isu peluang dan kemudahan berkaitan ekonomi. Pengundi beragama Kristian yang ada latar belakang pendidikan boleh diajak berbincang tentang double standard BN dalam isu Kalimah Allah dan Bible Melayu. Hanya tak lebih daripada sepuluh peratus orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain peribumi Sarawak yang mahu berbincang tentang hak-hak mereka khususnya berkaitan tanah adat. Orang Melayu dan Melanau pun masih rendah tahap minat mereka untuk terlibat dengan diskusi politik.

Persoalan tahap ‘celik’ dan ‘peduli’ politik ini merupakan sudut penting yang sepatutnya diambil kira oleh parti politik dan mana-mana pihak yang mahu membina, mengukuh atau merobah kesedaran politik Bumi Kenyalang. Seterusnya rumusan daripada fakta berkaitan kecelikan dan kepedulian ini hendaklah dijadikan asas bagi penetapan langkah dan strategi. Hanya kaedah ini yang mampu menghasilkan pendekatan yang berkesan dan boleh diukur pencapaiannya. Tetapi ini cerita kerja dan langkah jangka panjang. Kalau hari ini belum wujud strategi berasaskan perkiraan ‘tahap peduli’ ini maka ia tak akan sempat di’set-up’ untuk memenangi pertempuran 16 April 2011. Carilah kaedah lain.

Untuk tempoh 10 hari menjelang pengundian pada 16 April ini, BN memiliki kelebihan dalam segala hal yang bersangkutan dengan peluang mempengaruhi kecenderungan pengundi. Mereka ada segala-galanya. Salah guna jentera kerajaan (pusat dan negeri). Penguasaan media elektronik dan cetak. Rasuah pengundi empat lima puluh ringgit. Rasuah ketua kelompok masyarakat empat lima ratus ringgit. Ugut pengundi. Kalau tak sokong BN, nanti tak dapat itu ini. Tarik balik itu ini. Putar belit segala macam. PR parti penjajah semenanjung. PBB kepunyaan orang Sarawak. Anwar nak kaut kekayaan Sarawak untuk dibawa ke semenanjung.

BN ada rangkaian kempen yang lengkap strukturnya hingga ke segenap pelusuk dan ceruk Sarawak sama ada melalui unit-unit organisasi parti (negeri – bahagian – cawangan) atau melalui unit-unit pentadbiran kerajaan (jabatan peringkat negeri – bahagian – daerah – daerah kecil – kampung). Dalam konteks Sarawak, tak ramai anak kampung yang berani menyanggah ketua kampung masing-masing. Seterusnya, ketua kampung akur kepada arahan atau permintaan pegawai kerajaan yang mentadbir mereka di peringkat Daerah Kecil. Aliran kepatuhan ini membawa ke peringkat Daerah, Bahagian dan kemuncaknya di peringkat Negeri. Akur dan patuh melalui aliran pentadbiran kerajaan ini bukan saja dalam urusan ‘pentadbiran’ malah telah dimanupulasi dengan jayanya untuk maksud politik BN sejak sekian lama. Beginilah Sarawak dan politik Sarawak setakat hari ini. inilah realiti Sarawak.
Maka apa ruang yang ada untuk Pakatan Rakyat dan apakah ada peluang untuk menang? Jawabnya, ada peluang tetapi tipis. Bukan mustahil menumbangkan BN tetapi memerlukan keajaiban. Rukun utamanya ialah melangkah berasaskan realiti. Berdiri di atas fakta. Be real. Mensasarkan senjata tepat ke sasaran. Jangan tipu diri sendiri. Berceramahlah dalam keadaan sedar bahawa ribuan kajian profesional membuktikan bahawa hasil ceramah sebenarnya sangat sedikit. Mainkanlah isu asalkan jangan hanya syok sendiri. Diraikan tidak semestinya bermaksud disukai. Gah penampilan dengan pengiring berbondong-bondong sebenarnya merimaskan dan menakutkan pengundi.

Logiknya PR masih mampu buat kejutan. Ramai pemimpin dan petugas PR dari luar Sarawak telah berkampung di kawasan DUN tanggungjawab masing-masing. Sekiranya semua petugas benar-benar ‘turun padang’ bertemu pengundi secara peribadi dengan pendekatan santai yang menyentuh hati, perbincangan ‘tak memaksa’ yang mampu menggetarkan minda, pertemuan eksklusif tertutup yang tak disedari oleh lawan dan kawan ‘si dia’ yang dikunjungi serta penghujahan secara tidak ‘membodohkan’ sasaran, insyaallah akan ada hasil yang memberangsangkan.
Secara kasar bolehlah dikatakan purata pengundi bagi satu kawasan DUN ialah 10,000. Peratus keluar mengundi paling tinggi ialah sekitar 80% atau 8000 pengundi. Kalau dapat lebih sedikit daripada 4000 undi dah boleh menang. Kalau ada 30 petugas di satu kawasan DUN, setiap seorang perlu mengunjungi tak kurang daripada 133 pengundi untuk mendapatkan angka 4000 ++. Masa ada 10 hari. Tolak 2 hari yang terakhir untuk susulan dan langkah khas, maka hanya ada 8 hari untuk berkunjung. Seorang petugas perlu bertemu tak kurang daripada 17 pengundi dalam satu hari untuk mencapai sasaran. 8 hari darab 17 pengundi = 136. Hasilnya, 30 petugas darab 136 pengundi = 4080 pengundi. Zon menang boleh dicapai.

Mampukah seorang petugas mengunjungi 17 pengundi sehari? Kalau masa yang diperlukan untuk menyempurnakan maksud satu kunjungan ialah 1 jam, maka 17 pengundi memerlukan 17 jam. Tak cukup masa. Tetapi, berdasarkan purata 25% pengundi adalah yang berumur di bawah 35 tahun, maka bolehlah dikatakan ¾ daripada jumlah pengundi adalah pasangan suami isteri. ¾ daripada 17 ialah 12.75 atau sekurang-kurangnya 6 pasangan suami isteri. Ini bermakna jumlah kunjungan yang perlu dibuat ialah 11 kunjungan (6 pasangan + 5 pengundi belum berkahwin). Sebahagian daripada 5 pengundi yang belum berkahwin itu pula mungkin merupakan anak kepada 6 pasangan suami isteri tersebut. Jika demikian, jumlah kunjungan semakin kurang. Ringkasnya, bolehlah dikatakan seorang petugas hanya perlu membuat 9 kunjungan sehari. 9 kunjungan, 9 jam.

Rumusannya, misi ini mampu dilaksanakan. Namun begitu ia tidaklah semudah ayat matematik yang dihuraikan. Beberapa perkara dan persediaan asas perlu dibuat untuk menghasilkan rangka kerja yang mampu dilaksanakan dan boleh mencapai objektif.
Lontaran buah fikir dalam tulisan ini hanya satu daripada entah berapa ratus idea yang boleh dilaksanakan untuk mencapai kemenangan. Struktur idea dan angka-angka yang dikemukakan adalah sekadar contoh untuk menerangkan konsep dan logik di sebalik idea. Wallahu a’lam.
Masa yang ada hanyalah sepuluh hari.

05 April 2011

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.
Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.
“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10648

TANGKAP SEGERA KETUA PENGARAH KASTAM!

TANGKAP SEGERA KETUA PENGARAH KASTAM!

Saudara Pengarang,

SERBUAN oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bersama beberapa lagi agensi pengkuatkuasa terhadap seorang Pengarah Kastam di Pahang dan beberapa pegawai kastam untuk membantu siasatan yg dipercayai mereka telah menjalankan kegiatan ‘Penggubahan Wang haram, Rasuah dan Menyalahguna kuasa dan kurang kutipan cukai yang sepatutnya dibayar sehingga merugikan kerajaan berbillion ringgit.’

Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam, Dato Khalid dan lagi seorang Pengarah bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana dikenal pasti kedua Pengarah Kastam atasan tersebut melakukan rasuah sehingga kaya raya dan menunggu masa pencen kerana saya yakin aset kedua pegawai tersebut lebih hebat daripada pengarah yang dicekup SPRM.



Sebagai warga Malaysia dan juga pembayar cukai, saya ingin mengingatkan pihak berkuasa, terutama SPRM jangan menjalankan ‘OPS Tayang’ atau serbuan ‘Double Standard’ kerana banyak artikel mengenai Ketua Pengarah Kastam telah dibongkarkan dengan maklumat yang diberi oleh Pegawai Kastam pencen yang disiarkan oleh Sabahkini.net dipercayai benar.

Di sini saya ambil kesempatan untuk bertanya SPRM adakah kes Kapal kargo yang di ekup oleh Polis Marin di Bintulu, Sarawak berapa tahun lepas dengan muatan minuman keras, rokok dan barangan bercukai dirampas bersama kapal atau dilepas kapal tersebut bersama barang dan tauke penyeludup hanya bayar kompaun dengan alasan yang diberi oleh Kastam kapal yang dicekup itu semua kargo untuk transhipment bukan mahu masuk ke perairan Bintulu oleh kerana kapal tersebut rosak. Cuba SPRM rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam terhadap kes tersebut.

Untuk makluman SPRM, ketika itu, jika tak silap saya, Dato Khalid ialah Pengarah Kastam Sarawak dan nama kapal yang dicekup itu ialah KPK.

Pengarah Kastam Negeri yang menjadi kesayangan Ketua Pengarah ialah Hj Salleh. Beberapa tahun lalu, Hj.Salleh ialah Pengarah Kastam Labuan dan berjuta ringgit kerajaan telah rugi kerana kayu balak yang dibawa masuk ke Labuan oleh sebuah syarikat ‘Anika Rotan’ untuk transhipment dan disimpan di Asian Supply Base Yard.

Untuk pengetahuan SPRM, semua kayu balak ‘under declare size’ yang dikirim keluar dan document semua diatur oleh sebuah syarikat bernama ‘Sillion Shipping’. Kita juga minta SPRM siasat kes tersebut kerana jangan hanya gemar menangkap ikan bilis tetapi melepaskan jerung.

Kedua pengarah tersebut hanya tunggu pencen kerana mereka sudah menjadi jutawan. Kami menggesa ‘Special Task Force’ yang ditubuhkan baru-baru ini; yang berjaya mencekup Pengarah Kastam Pahang agar membuka semula fail Kes Bintulu dan siasat Dato’ Khalid dan Hj.Salleh kerana mereka telah merugikan negara dan memenuhkan poket mereka sendiri.

Saya juga meminta jasa baik SPRM agar memantau;

1. Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan kerana kontena rokok dan minuman keras ditarik masuk tanpa mengisytiharkan kontena tersebut mengandungi rokok atau minuman keras.

2. Rokok dan minuman keras juga dibawa masuk ke Sabah melalui Sipitang Dan Lawas.

3. Syarikat Utusan Trading dimiliki seorang Wanita yang lebih dikenali ‘Tauke Niu’ dan dua rakan kongsinya Lim atau ‘Tua Pui’ yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh Pihak Polis. Manakala sebuah syarikat lagi bernama MU Trading. Ketiga syarikat tersebut telah bergabung untuk membekal semua minuman keras ke seluruh Sabah. Berpuluh ribu ringgit telah dibayar kepada Kastam, MOF, APPM setiap bulan dan jika ada serbuan oleh Jabatan Kastam hanya sebut dibeli dari Tauke Niu atau Kelly Tan; maka Pegawai Kastam macam jalan kawad "pusing belakang, cepat jalan " dan tiada sebarang tindakan. Kalau bukan daripada Tauke Niu, angkut semua barang naik kereta.

4. Setiap hari 3 hingga 4 Lori masuk pelabuhan Labuan dengan muatan minuman keras dan rokok untuk dimasuk ke dalam Feri Express secara halal. Alasan oleh Kastam Labuan; minuman dan rokok ada ‘declare’ dan untuk ke ‘Duty Free’ Limbang border. Bolehkah beratus karton minuman dan rokok ‘declare’ dan masuk feri penumpang setiap hari? Feri Express bawa penumpang atau kargo? Saya difahamkan Kastam Labuan minta RM18,000 sebulan daripada setiap Sindiket penyeludup. Duit yang diterima oleh pegawai Kastam Labuan akan dibagi dengan pegawai dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Seorang penyeludup berkata, dia sudah berhenti kerana permintaan Kastam Labuan terlalu mahal dan di Kota Kinabalu minuman ‘direct’ ditarik oleh Tauke Niu, lagi murah. Sindiket di Kota Kinabalu yang tarik kontainer ialah kroni Ketua Pengarah Kastam. Ketua Pengarah Kastam sengaja menjaga ketat Labuan supaya penyeludup boleh masuk secara halal ke Kota Kinabalu dan Sarawak

5. Pegawai lain yang dalangi dan bersubahat akan kami bongkarkan identitinya dalam surat akan datang.

Salam hormat,

GRUP ANTI PENYELUDUPAN

sumber berita: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6690:tangkap-segera-ketua-pengarah-kastam&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72

Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama

Qazaf: Datuk T boleh disebat 80 kali jika tuduhan palsu, kata Ulama
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 5 April — “Datuk T” boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga 80 kali jika tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang dikaitkan dengan rakaman video seks tidak benar, kata Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku.

Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah dan ia kena dibuat di mahkamah syariah dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya.

Justeru, beliau mahu supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya.

Ekorang tuduhan zina terhadap Anwar itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis
-malaysiainsider

04 April 2011

HENTIKAN PENIPUAN! – SUATU PERKHIDMATAN BEREVOLUSI SARAWAK REPORT UNTUK MEMANTAU PILIHANRAYA!

HENTIKAN PENIPUAN! – SUATU PERKHIDMATAN BEREVOLUSI SARAWAK REPORT UNTUK MEMANTAU PILIHANRAYA!

Kini kedengaran berita-berita menjelang musim pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi. Pada hari Ahad ini, salah seorang pekerja utama PR, yang berpejabat di Kuching, telah dihalang masuk semula ke Sarawak, setelah dia mengambil cuti rehat di tempat kelahirannya di Semenanjung Malaysia.

Wang yang banyak sedang diedar-edarkan secara tunai ke rumah-rumah panjang oleh seorang Menteri senior BN, di samping itu anaknya pula menghulurkan berkotak-kotak beer. Majlis keramaian juga turut diadakan sebagai sebahagian dari aktiviti kelolaan Suruhanjaya Pilihanraya, dan pihak tentera juga dikerah untuk memasuki kawasan pedalaman, kononnya untuk membantu membina kemudahan-kemudahan asas, tetapi sebenarnya bertindak untuk mengugut para pengundi BN!

http://election.sarawakreport.org/

Salah satu contoh yang buruk telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri George Chan, yang didapati telah mengelirukan orang-orang kampung dengan mengakui bahawa beliau telah berjaya mendapatkan geran-geran tanah yang mereka nanti-nantikan berdekat-dekat lamanya. Sebenarnya, George Chan telah memberikan mereka surat bersyarat – di mana mereka diberitahu bahawa keputusan akhir akan mereka ketahui SELEPAS pilihanraya itu nanti, justeru itu, mereka mesti mengundi BN!

Hentikan penipuan!

Penipuan apa? Apakah maksudnya? Ianya mengingatkan kita bahawa BN kini berada dalam kerisauan dan ketakutan untuk kalah, JIKA mereka TIDAK membuli pengundi, merasuah pengundi dan menyalahgunakan kedudukan mereka dan pengaruh mereka untuk memaksa rakyat untuk mengundi mereka. Apa pun, mungkin ada di kalangan mereka akan kalah kali ini.

Bagi membantu usaha kita menghentikan penipuan, dan mendedahkan siapa mereka kepada umum, kami telah menerbitkan suatu laman pemantauan pilihanraya secara interaktif 24/7 dalam laman Sarawak Report ini. Inilah peluang anda memainkan peranan mengetengahkan kepada umum dan membuktikan perkara-perkara yang terjadi sebagai suatu usaha kita saling ingat-mengingati satu sama lain, agar tidak jatuh ke dalam perangkap BN.

Justeru itu, bawalah kamera atau telefon bimbit anda dan mulakan rakaman dan pengambaran perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda pada musim pilihanraya ini. Selepas itu, muat-naikkan bahan bukti anda itu ke dalam laman ini untuk dikongsikan bersama pengunjung atau pembaca yang lain!

Kami juga dikejutkan dengan suatu kisah di mana tiket penerbangan ditawarkan untuk rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Ianya merupakan suatu taktik kotor BN untuk memperolehi butir-butir pada kad-kad pengenalan – yang kemudiannya memudahkan BN mengundi bagi pihak mereka nanti!

Kami telah memulakannya, kini terpulanglah pada anda. Sila klik di sini (http://election.sarawakreport.org) bagi mendapatkan maklumat lanjut, dan mengambil bahagian dalam kempen memantau pilihanraya kami ini.

PKR -47, DAP-17 & PAS -5


PKR umum tanding 47 kerusi
Harakahdaily
SIBU, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding di 47 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Menurut KeadilanDaily sebanyak 4 kerusi lagi di Kuching masih diperingkat rundingan yang ditugaskan kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR bersama rakan Pakatan Rakyat dari PAS dan DAP akan memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.

“Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

“Pilihan Raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional diberikan tentangan paling sengit,” kata Anwar dalam ucapannya.

Hadir pada majlis tersebut ialah dua Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Ini menjadikan berlaku pertembungan 23 kerusi antara PKR dengan SNAP kerana SNAP sebelum ini mengumumkan bertanding di 27 Dun.

PRK bagaimanapun berkata, akan menyelesaikan pertembungan dengan SNAP dalam masa dua hari berbaki sebelum hari penamaan 6 April ini.

DAP dan PAS masing-masing meletakkan 15 dan lima calon pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

PULAU PINANG, BN SUDAH KO

Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.


“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

“Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Lim dalam satu kenyataan media.
-Malaysiakini

PR SARAWAK: CALON BN

P'raya S'wak: BN tampilkan 19 muka baru

Senarai nama calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan diumumkan petang ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh ketua penerangan BN Sarawak, Datuk Adenan Satem.

Tiga lagi ialah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang) dan Datin Fatimah Abdullah (Dalat) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Rosey Yunus (Bekenu) daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Menurut senarai tersebut, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi.

Keempat-empat pemimpin parti komponen BN Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) mempertahankan DUN Balingian di Mukah, manakala presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan (DUN Piasau).

Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing pula mempertahankan DUN Baleh di Hulu Rajang manakala presiden SPDP Datuk Seri William Mawan, mempertahankan DUN Pakan di Julau.

BN juga mengekalkan semua empat penyandang wanita, termasuk di DUN Lingga, Simoi Peri.

Tiga lagi ialah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang) dan Datin Fatimah Abdullah (Dalat) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Rosey Yunus (Bekenu) daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pada keseluruhannya BN menampilkan 19 muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini. Nama seorang daripadanya akan diumumkan kemudian.

Manakala mereka yang digugurkan daripada senarai calon kali ini ialah Speaker DUN Sarawak, Asfia Awang Nasar dan dua timbalan menteri - Dr Soon Choon Teck dan Larry Sng.

Berikut adalah senarai penuh calon BN bagi 71 kerusi yang dipertandingkan.(* menunjukkan muka baru)
N1. OPAR - RANUM ANAK MINA (SUPP)
N2. TASIK BIRU - DATUK PETER NANSIAN ANAK NGUSIE (SPDP)
N3. TANJUNG DATU - TAN SRI ADENAN SATEM (PBB)
N4. PANTAI DAMAI - DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (PBB)
N5. DEMAK LAUT - DR HAZALAND ABANG HIPNI(PBB)*
N6. TUPONG - DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (PBB)
N7. SAMARIANG - SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (PBB)
N8. SATOK - DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (PBB)
N9. PADUNGAN - SIM KIANG CHIOK (SUPP)*
N10. PENDING - PROF DR SIM KUI HIAN (SUPP)*
N11. BATU LINTANG - SIH HUA TONG (SUPP)*
N12. KOTA SENTOSA - DATUK ALFRED YAP (SUPP)
N13. BATU KAWAH - TAN JOO PHOI (SUPP)
N14. ASAJAYA - ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH (PBB)
N15. MUARA TUANG - DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (PBB)
N16. BENGOH - DR BELEK @ JERIP ANAK SUSIL (SUPP)
N17. TARAT - ROLAND SAGAH WEE INN (PBB)
N18. TEBEDU - DATUK SERI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG (PBB)
N19. KEDUP - MARTIN BEN (PBB)*
N20. SADONG JAYA - AIDEL LARIWOO (PBB)*
N21. SIMUNJAN - MOHD NARODEN MAJAIS (PBB)
N22. SEBUYAU - JULAIHI NARAWI (PBB)
N23. LINGGA - SIMOI PERI (PBB)
N24. BETING MARO - RAZALI GHAPOR (PBB)*
N25. BALAI RINGIN - SNOWDAN LAWAN (PRS)
N26. BUKIT BEGUNAN - MONG ANAK DAGANG (PRS)
N27. SIMANGGANG - DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS (SUPP)
N28. ENGKILILI - DR JOHNICHAL RAYONG (SUPP)
N29. BATANG AI - MALCOM MUSSEN ANAK LAMOH (PRS)
N30. SARIBAS - RAZI SITAM (PBB)*
N31. LAYAR - TAN SRI DR ALFRED JABU (PBB)
N32. BUKIT SABAN - ROBERT LAWSON CHUAT ANAK VINCENT PBB)
N33. KALAKA - ABDUL WAHAB AZIZ (PBB)
N34. KRIAN - DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE (SPDP)
N35. BELAWAI - DATUK LEN TALIF SALLEH (PBB)*
N36. SEMOP - DOLAH SAIDOL (PBB)*
N37. DARO - MURNI SUHAILI (PBB)
N38. JEMORENG - ABU SEMAN JAHWIE (PBB)
N39. REPOK - DATUK DAVID TENG (SUPP)
N40. MERADONG - LING KIE KING (SUPP)*
N41. PAKAN - DATUK SERI WILLIAM MAWAN (SPDP)
N42. MELUAN - WONG ANAK JUDAT (SPDP)
N43. NGEMAH - ALEXANDER VINCENT (PRS)
N44. MACHAN - DATUK GRAMONG JUNA (PBB)
N45. BUKIT ASSEK - CHIENG BUONG TOON (SUPP)*
N46. DUDONG - DATUK TIONG THAI KING (SUPP)*
N47. BAWANG ASSAN - DATUK SRI WONG SOON KOH (SUPP)
N48. PELAWAN - VINCENT GOH CHUNG SIONG (SUPP)
N49. NANGKA - DR ANNUAR RAPEE (PBB)*
N50. DALAT - DATIN FATIMAH ABDULLAH (PBB)
N51. BALINGIAN - TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (PBB)
N52. TAMIN - JOSEPH MAUH ANAK IKEH (PRS)
N53. KAKUS - JOHN SIKIE ANAK TAYAI (PRS)
N54. PELAGUS - STANLEY UNJA (PRS)*
N55. KATIBAS - AMBROSE BLIKAU ANAK ENTURAN (PBB)
N56. BALEH - DATUK SERI DR JAMES MASING (PRS)
N57. BELAGA - LIWAN LAGANG (PRS)
N58. JEPAK - DATUK TALIB ZULPILIP (PBB)
N59. KIDURONG - HENRY LING (SUPP)*
N60. KEMENA - DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM (PBB)
N61. BEKENU - ROSEY YUNUS (SPDP)
N62. LAMBIR - RIPIN LAMAT (PBB)*
N63. PIASAU - TAN SRI DR GEORGE CHAN (SUPP)
N64. PUJUT - ANDY CHIA CHU FATT (SUPP)
N65. SENADIN - DATUK LEE KIM SHIN (SUPP)
N66. MARUDI - SYLVESTER ENTRIE ANAK MURAN (SPDP)
N67. TELANG USAN - DENNIS NGAU (PBB)*
N68. BUKIT KOTA - DR ABDUL RAHMAN ISMAL (PBB)
N69. BATU DANAU - PALU @ PAULUS ANAK GUMBANG (SPDP)
N70. BA'KELALAN ...(akan diumumkan) ...
N71. BUKIT SARI - DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (PBB)

Sementara itu Bernama melaporkan Abdul Taib, 74, menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi DUN Sebandi pada Mac 1981.

Beliau menjadi wakil rakyat Sebandi, kini dikenali Asajaya, sebelum berpindah ke Balingian pada pilihan raya negeri 2001.

Bagi Dr George Chan, 74, yang juga timbalan ketua menteri, pertama kali menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1983 di Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri.

Dr Masing pula akan mempertahankan kerusi DUN Baleh di Hulu Rajang untuk penggal ketujuh, yang dimenanginya sejak 1983.

Manakala Mawan akan mempertahankan kerusi DUN Pakan di Julau, yang dimenanginya enam kali berturut-turut sejak 1983

Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013

Blogger Pakatan bentuk Revolusi 2013
Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar

03 April 2011

PR SARAWAK : SKANDAL DALAM SALCRA –RM500 JUTA LESAP SETAHUN?

SKANDAL DALAM SALCRA – MEROMPAK RAKYAT TERMISKIN DI SARAWAK

Melihat kepada tahap pencapaian kerjanya sebagai Pengerusi SALCRA, adalah tidak adil jika kita menyuruh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Alfred Jabu untuk mengendalikan gerai buah-buahan, jangankan mengawal kehidupan ratusan-ribu keluarga orang tempatan di Sarawak.

Jabu telah dengan jelas menyelewengkan ratusan juta ringgit. Namun, ketika dia enggan mengeluarkan penyata-penyata kewangan yang paling asas dan berpiawaian, maka tiada siapa tahu ke mana kesemua wang itu pergi!

Apa yang dapat diperhatikan pada Jabu adalah berdiri dengan gahnya kediaman mewah Jabu yang dibinanya menggunakan wang yang tidak diketahui puncanya. Maka, adakah beliau seorang pengurus yang kurang cekap, tetapi seorang pencuri yang amat mahir dan licik?

Sementara skandal yang memalukan itu, yang wujud di tengah-tengah Kerajaan BN adalah sebenarnya kesengasaraan bagi para pemilik tanah-tanah NCR yang hidup daif itu telah menerima kemasukan skim SALCRA sejak lebih 30 tahun yang lalu, kononnya, bagi menyelamatkan mereka dari dibelengu kemiskinan, masih lagi menyanjung tinggi idea pemberian dividen dari SALCRA yang terjana dari apa yang dikatakan sebagai perniagaan usahasama yang dikendalikan bagi pihak mereka oleh Encik Jabu.

Masak untuk dieksploitasi

Anda mungkin tidak mampu mengimpikan suatu sistem yang lebih baik dari suatu yang telah direka oleh SALCRA (kecuali ‘syarikat-syarikat usahasama’ rekaan Taib baru-baru ini didapati tidak sah oleh mahkamah-mahkamah).

Di bawah program tersebut, kerajaan negeri menawarkan pemberian geran-geran yang rasmi kepada pemilik tanah NCR, tetapi dengan syarat mereka bersetuju menyertai perladangan kelapa sawit yang dikendalikan oleh SALCRA milik kerajaan negeri.

Ini bermakna, mereka telah dipaksa untuk membenarkan tanah-tanah mereka diambil-alih dan diuruskan oleh Encik Jabu sebagai balasan pemilikan mereka secara rasmi dan sah ke atas tanah-tanah itu dan dijanjikan bahagian-bahagian hasilnya. Apakah jenis pemilikan tanah seperti demikian?

Kenapa tidak ada akauntabiliti awam?

Di bawah pengurusan Lembaga SALCRA, para pemilik tanah tidak ada perlindungan oleh Encik Jabu dan rakan-rakan YB BN-nya. Dalam mana-mana syarikat awam, sesiapa boleh membeli saham dikehendaki oleh undang-undang supaya mengeluarkan laporan tahunan yang diaudit, kepada orang awam. Ini adalah untuk melindungi orang awam yang berminat untuk melabur. Namun, Jabu, walaupun dia menguruskan dan mengendalikan lebih 20,000 keluarga yang menyertai skim SALCRA itu, belum pernah mengeluarkan sebarang laporan kewangan lembaga itu!

Kini Jabu telah memperolehi lebih 48,000 hektar tanah NCR untuk SALCRA (kebanyakan telah ditumbuhi oleh pokok kelapa sawit yang matang), dan dia belum lagi mengeluarkan sebarang bentuk laporan beraudit yang memperincikan bagai mana setiap pemilikan tanah itu diuruskan sejak 35 tahun lalu. Lebih menyedihkan, para pemilik tanah-tanah NCR itu tidak diajak menganggotai lembaga itu ataupun dilibatkan dalam pentadbiran, atau apa jua cara sekalipun mereka boleh memperolehi sebarang maklumat mengenai kedudukan kewangan lembaga itu.

Dividen itu hanya merupakan angka yang dipetik Jabu dari udara!

Para pemilik tanah-tanah itu telah dipaksa menunggu dan mengharapkan dividen mereka tertera pada akaun-akaun bank mereka, dan seharusnya cukup untuk mereka hidup.

Siasatan dan kajian kami menunjukkan bahawa para peserta skim itu sering merasa kecewa! Ada di kalangan para peserta mengatakan bahawa mereka belum lagi melihat apa yang dimaksudkan sebagai dividen selama beberapa tahun ini, sebaliknya peserta-peserta yang bernasib baik yang telah menerima dividen hanya mampu menyara keluarga mereka selama seminggu sahaja.
Perkara yang lebih teruknya, Jabu sering menggunakan pemberian dividen sebagai suatu bentuk ugutan politiknya, agar para peserta percaya ianya sebagai pemberian belas kasihan atau suatu bentuk rasuah dari kerajaan, di mana wang dividen itu sememangnya hak para pemilik tanah tetapi dibayar terlalu kecil dan amat menyedihkan.

Sememangnya, peserta-peserta SALCRA telah diberitahu untuk menunggu untuk menerima ‘pembayaran yang lumayan’ daripada Encik Jabu yang murah hati itu dalam masa beberapa hari akan datang, sebelum pilihanraya ini. Mungkinkah para peserta akan diugut bahawa sesiapa yang mengundi BN akan pasti menerima pembayaran lumayan itu?! BN, sebagaimana yang kita tahu kini, terkenal dengan taktik mengugut rakyat menggunakan duit rakyat sendiri.

Keuntungan 100%?

Jabu telah mengumumkan bahawa pada tahun ini dia akan membahagikan bayaran, apa yang dia katakan sebagai suatu ciptaan rekod dengan bayaran sebanyak RM74 juta keuntungan, menjelang pilihanraya ini, dengan menyatakan bahawa bayaran itu nanti adalah dua kali ganda dari bayaran tahun lepas.

Apakah maksud ‘pembayaran lumayan’ yang dikatakan oleh Jabu itu? Kita tahu bahawa pembayaran oleh SALCRA adalah 100% dari keseluruhan keuntungan yang diperolehi dari skim itu seharusnya dikembalikan kepada para pemilik tanah yang telah menyerahkan wilayah mereka itu.

Berdasarkan angka-angka yang dinyatakan oleh Jabu itu, adalah mudah bagi kita untuk membuat penilaian ke atas pencapaian kerja Jabu sebagai seorang yang bertanggungjawab menguruskan 48,000 hektar ladang-ladang kelapa sawit. Sarawak Report telah menggunakan suatu bentuk perkiraan mudah bagi membandingkan keuntungan 100% yang dia maksudkan itu, dengan pencapaian keseluruhan bagi sebuah syarikat pemasaran IOI yang terbesar di dunia itu. Perbezaan yang kami dapati adalah amat menyedihkan – di mana SALCRA merupakan sebuah perbadanan ladang kelapa sawit yang paling teruk di dunia bagi sesiapa yang ingin melabur dengan mereka.

Hanya satu-persepuluh dari keuntungan perladangan secara komersial!

Keuntungan RM74 juta dari ladang seluas 48,000 hektar adalah amat menyedihkan. Dan pada tahun lepas kami difahamkan bahawa SALCRA memperolehi separuh dari itu, boleh kita anggarkan sebagai sekitar RM35 juta sahaja!

Secara perbandingannya, sila perhatikan angka-angka yang dikemukakan oleh IOI dalam Laporan Tahunannya bagi tahun 2010 untuk melihat apakah jenis keuntungan yang sepatutnya diperolehi dan diumumkan oleh Jabu. IOI mengatakan bahawa keuntungan operasi mereka tahun lepas berjumlah RM11,488 sehektar. Namun, jika kita bahagikan dividen RM74 juta dengan 48,000 hektar yang diuruskannya, maka kita akan mendapati suatu keuntungan yang amat menyedihkan, iaitu RM1,541 – satu persepuluh dari keuntungan kendalian pihak komersial!

Dengan memberikan alasan-alasan bahawa keuntungan boleh dijejaskan oleh pinjaman-pinjaman dan perbelajaan-perbelanjaan lain, maka sesiapapun boleh menganggapnya sesuatu yang karut.

Pada tahun lalu (semasa Jabu mengumumkan dividen yang separuh dari itu), syarikat IOI sebenarnya telah memperolehi keuntungan sebanyak RM13,347 dari sehektar tanah. Namun Jabu (memandangkan pada tahun lalu tiada pilihanraya) hanya berdaya memperolehi keuntungan sebanyak RM729 dari sehektar – jauh kurang dari sepersepuluh! Bagaimana mampunya seseorang peserta akan menyara hidup keluarganya dengan jumlah sekecil itu?

Perkiraannya:

Ladang-ladang komersial memperolehi RM11,488 dari sehektar, manakala SALCRA kendalian Jabu memperolehi RM1,541 dari sehektar [tahun 2009]

Ladang-ladang komersial memperolehi RM13,347 dari sehektar, tetapi SALCRA Jabu mampu meraih RM729 dari sehektar [tahun 2008]

Dari angka-angka ini, kita dapat melihat bahawa IOI mengumumkan bahawa ia berjaya memerah hasil lebih dari 25 ton dari sehektar ladangnya, tetapi SALCRA yang diuruskan oleh Jabu hanya mampu memperolehi sekitar 14-15 ton setahun. Kenapa?

Masa untuk melucutkan Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya sekali?

Jika SALCRA adalah sebuah perladangan komersial, sudah pasti semua pemegang sahamnya menuntut diadakan Mesyuarat Tergempar, dan menuntut supaya Pengerusi mereka dihentikan bekerja, seperti Encik Jabu!

Namun, Ketua Menteri Taib Mahmud telah berpihak kepada timbalannya itu, yang sejak sekian lama menikmati kekayaan sebagai balasan kerana berjaya meletakkan para pengundi Iban menyokong BN. Dengan menyertai BN, orang-orang Iban itu sepatutnya dapat menikmati hidup yang selesa dari tanah-tanah mereka, tetapi sebaliknya mereka yang sengsara, mana kala ahli-ahli politik BN sentiasa mengingatkan mereka untuk menunggu dengan sabar akan ‘pembangunan’.

Tetapi apakah yang mereka tunggu lagi? Kenapakah Jabu hanya mampu menjana keuntungan sekecil RM1,500 dari sehektar tanah, sedangkan IOI dapat menjana RM11,488 dari sehektar? Atau, apakah yang telah terjadi kepada berjuta-juta ringgit yang hilang itu? Apa yang kami maksudkan adalah kehilangan sejumlah RM10,000 setiap tahun untuk setiap satu hektar tanah perladangan SALCRA. Dengan jumlah sebegini, ianya mampu mengubah hidup para pemilik tanah yang miskin, kebanyakan dari mereka hanya memiliki sehektar-dua sahaja.

Dengan pengurusan SALCRA yang baik, orang-orang tempatan seharusnya dapat hidup selesa sejak 30 tahun lalu, menikmati pendapatan sekitar RM10 – 20,000 setahun, dan bukannya bergantung pada beberapa ratus ringgit – atau ‘pemberian lumayan’ menjelang masa pilihanraya dari Jabu, yang berjumlah RM1,500 setahun itu! Kenapakah mereka harus menunggu dalam kesabaran?

Apakah yang telah terjadi kepada RM500 juta yang hilang itu?

Kami ada satu soalan untuk Jabu – Adakah dia seorang pengurus yang paling teruk di dunia ini, atau adakah dia telah mencuri duit itu? Berdasarkan angka-angka IOI, Jabu telah memperolehi kurang dari setengah billion ringgit pada tahun ini sahaja (48,000 X 11,500 – 74,000,000). Angkanya adalah lebih teruk pada tahun lepas. Justeru itu, jika Jabu enggan mengeluarkan laporan tahunan SALCRAnya kepada umum, maka dia masih berhak untuk menerima kritikan dan bantahan dari pihak-pihak tertentu. Kami boleh mengandaikan bahawa dia adalah seorang pengurus yang kurang cekap dan mahir dan bahawa dia juga telah mencuri sejumlah wang yang amat banyak!

Singkirkannya!

Mangsa-mangsa kesalahan rasuah ini, terutamanya para pemilik tanah-tanah NCR, mungkin tidak mendapat hak-hak tertentu dan juga sebarang bentuk perlindungan seperti yang dinikmati oleh pemegang saham di syarikat-syarikat lain oleh Taib Mahmud. Namun kebanyakan mereka ini berhak mengundi. Inilah sebabnya Jabu telah kelihatan bekerja bertungkus lumus mengunjungi rumah-rumah panjang di kawasan pilihanrayanya sepanjang beberapa minggu ini, untuk menghulurkan RM500 untuk membeli undi mereka! (Anak lelakinya pula sibuk mendermakan berkotak-kotak bir, mengandaikan bahawa minda para pengundinya boleh dikhayalkan).

Para peserta skim SALCRA seharusnya ingat bahawa Jabulah yang sebenarnya berhutang pada mereka kurang berpuluh kali ganda keuntungan yang diperolehi SALCRA secara jujur pada tahun ini sahaja. Mereka seharusnya dapat melihat wang sebanyak itu dan kemudian mendarabkannya dengan 30, sebelum mereka memikirkan untuk membiarkannya menguruskan kehidupan mereka 5 tahun dari sekarang. Mereka tidak sepatutnya membiarkan minuman bir dan beberapa ringgit itu menghalang mereka membuat suatu langkah yang bijak… kerana pada pilihanraya kali inilah mereka boleh menyingkirkan Jabu

-SARAWAK REPORT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...