IKLAN

IKLAN
Klik gambar

18 April 2009

CAMPUR TANGAN HAKIM AKAN BAWA KE KRISIS KEHAKIMAN

Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

  • Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

  • Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.


  • Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah. Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu.

    Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

    Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

    Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

    Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

    1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

    8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

    Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

    Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

    Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

    Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

    Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

    Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

    Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

    Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

    17 April 2009

    FAKTA PENGUNDI N12. PENANTI


    Pecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:

    Melayu...62.9

    %Cina.....33.2%

    India.....2.8%


    Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh, kita akan dapat tidak sukar untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan mengulangi kecemerlangannya di dalam siri pilihanraya kecil bermula di P44 Permatang Pauh sendiri pada 26 Ogos 2008, di P036 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009, di P059 Bukit Gantang dan N25 Bukit Selambau pada 7 April 2009.


    PKR berjaya di dalam semua daerah kecuali Telok Wang pada PRU12 dengan perbezaan 34 undi (261-227), namun ia diperbaiki di dalam pilihanraya keci P44 dimana PKR menang dengan perbezaan 28 undi sehingga menjadikan PKR memboloti kemenangan di kesemua daerah di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu.


    Bagi pilihanraya kecil kali ini, UMNO sepastinya memainkan kontrovesi yang melanda bekas Adun Penanti itu hingga memaksa beliau meletak jawatan. Namun Fairus sendiri di dalam wawancara bersama akhbar Nanyang Siang Pau telah pun menjawabnya terlebih dahulu sebelum ia sempat menjadi modal besar UMNO di Penanti.


    Mengenai dakwaan keterlibatan beliau di dalam aktiviti kuari haram yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairus mendakwa beliau tidak terlibat dan semua yang berlaku hanyalah fitnah dan sebahagian dari usaha untuk menjatuhkannya.“Saya telah melakukan kerja-kerja untuk dewan undangan negeri Penanti sebaik mungkin dan telah mendapat sokongan dari para pengundi saya. Semua yang di luar tidak tahu dan tidak mengerti kerana kerja dan perkhidmatan yang saya lakukan selama ini tidak dilaporkan oleh akhbar-akhbar,” kata Fairus. Pemerhati politik berpendapat bahawa Pakatan Rakyat bakal memenangi pilihanraya kecil Penanti, berkemungkinan dengan majoriti yang lebih tinggi berdasarkan senario semasa yang lebih berpihak kepada Pakatan
    Keputusan-Keputusan Tuan Speaker

    Disini saya ingin membawa kepada perhatian semua mengenai kuasa Speaker yang terkandung dalam Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.Peritah-perintah Tetap (Standing Orders) merupakan undang-undang atau peraturan-peraturan yang digunapakai oleh Dewan Undangan Negeri.
    Ia diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak yang Ketujuh pada 23 Mac 1988, menurut Kertas Dewan Bil. 11/88 dan berkuatkuasa mulai 1 Mei 1988.
    Perintah Tetap 89 : Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker, dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.
    Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.

    http://speakforperak.blogspot.com/
    - 2 Bukit dah dibelasah, Batang Ai ajer yg lunyai, sekarang Penanti siapa pulak nak kena ramas !


    Patut wak dah heboh dari semalam lagi. Ntah..semalam lain macam punya malas nak layan hal Penanti, wak pun tak tau pasal apa ! Itu sebab wak calling Dr. Wahab, suruh orang tua tu bikin posting, dan dia dah pun bikin posting, mekasih Dr..hehehe..!Malas wak tu ada alasan mantap beb ! Wak rasa laa..konspirasi PRK ni lagi dasat..lu tak percaya ? lu punya hal..wak tetap akan cakap memang kaw..kaw punya..! BN mesti mau tunjuk power kat situ, bangang cakap, BN mesti mau menang ! Campur dengan tamak lahabau lagi, BN mesti mau menang dengan majoriti besar...kalau boleh lebih 'besar' dari 2 bukit dan 'se' Batang tu..!60 hari dari sekarang, skema tu..SPR kena adakan PRK. Paling bangsat pun tarikh PRK tetap kena adakan sebelum 20 Jun tahun ni. Bulan Jun, 5-6-7 Muktamar Agung PAS beb ! Kalau ikut Nujum Aduka, dia dah tilik pinggan mangkuk dia, pinggan tu pun dah siul bulan Mei, tapi wak tak percaya langsung dengan pinggan mangkuk si Aduka tu, mangkuk melamine, buatan China..susah nak percaya, silap haribulan kojol pasal 'melamine'.


    Pesan wak, jangan nak percaya sangat dengan pinggan Aduka tu, wakakaka..!Ikut pinggan mangkuk, periuk belanga wak pulak..wak akan kata PRK tu akan diadakan pada bulan Jun, samada 3hb. Jun atau 9hb. Jun. Pasal apa wak pilih tarikh yang besar kemungkinan SPR akan beri untuk PRK Penanti, jangan tanya wak..pengalaman 3 PRK yg lepas2 dah boleh buat rujuk. Hangpa pun boleh baca apa strateginya. Jika itu yg SPR gunapakai laa..memang mantap untuk BN. Lagipun bulan 5 ni, krisis Perak memang tengah 'berasap', lu ingat asap tu senang ker nak kontrol..silap haribulan...lu boleh kiokk..beb ! itu dah kategori asap ammonia tu ! Sekali sedut..mamai..2 kali sedut...mamun...3 kali sedut..mamann..4 kali sedut..mumunnn...5 kali sedut..Innalillahi wainna ilaihi rojih 'unnn..!
    Kita tunggu pengumuman SPR nanti.

    16 April 2009

    Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco
    Apr 16, 09 12:15pm

    Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

    Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

    Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

    Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

    Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

    Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.

    Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

    Fairus lepas jawatan ADUN Penanti
    Apr 16, 09 1:26pm

    Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya melepas jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

    Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

    Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

    mohammad fairus penang deputy cm deny resign 160708 01"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

    Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.

    Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.

    DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Berikut adalah kenyataan penuh Fairus:

    Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

    Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

    Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

    Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

    Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

    TERKINI..???




    updates 11 pagi....16/4/2009


    PERMATANG PAUH-Setelah hampir 2 bulan bermain teka teki kini khabar angin yang sahih dikatakan bertiup kencang akan adanya pilihanraya kecil DUN Penanti di Permatang Pauh ekoran p[erletakan jawatan Mohd Fairus Khairuddin.Beliau yang sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Exco dan Timbalan Ketua menteri 1 Pulau Pinang akhirnnya melepaskan jawatan sebagai ADUN Penanti.

    Cuma satu beliau masih punya prinsip untuk tidak mengistiharkan calon bebas atau pun melompatke mana-mana parti.Beliau yang dikritik hebat dan melalui blog Aalahai Fairus TKM1 hari ini dikatakan akan menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.Ianya di jangka akan melakukan demikian pada petang ini.Sebelum ini menjadi tanda tanya mengenai adakah ADUN Batu Maung YB Abdul malik Kassim bakal menjadi TKM1, namun ramai yang meramalkan akan diadakan pilihanraya kecil di DUN Penanti sebagai satu keputusan di mana Adun di kawasan tersebut juga bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri.Semua ini menjadi tandatanya dan penggumuman bakal di lakukan petang ini.


    Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


    Elizabeth kembali bertugas hari ini

    Jimadie Shah Othman Apr 16, 09 10:53am

    ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kembali semula bertugas sebagai exco kerajaan negeri setelah bercuti selama dua bulan selepas tersebar gambar separuh bogelnya kepada umum.Setibanya dipejabatnya di tingkat dua bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Elizabeth disambut oleh rakan exconya, Ronnie dengan sejambak bunga.Beliau tiga kira-kira jam 9.30 pagi dan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat pelancongan.

    ADUN Bukit Lanjan itu merupakan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor.Semalam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.Elizabeth memberitahu pemberita bahawa beliau bersemangat untuk memulakan tugas hari ini.Katanya, beliau telah menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar menunggu di depan pejabatnya.Katanya beliau akan menemui pihak media selepas selesai mesyuarat tersebut.Bagaimanapun, pegawainya kemudian memberitahu bahawa Elizabeth tidak dapat menemui media kerana terpaksa menghadiri banyak program hari ini.
    Perarakan Hak Asasi: Hakim SM Komathy gugurkan tuduhan
    Berita Utama
    [KEMASKINI 11.40 PAGI]KUALA LUMPUR,16 APRIL (SK) - HAKIM Mahkamah Sesyen, SM Komathy hari ini mengugurkan pertuduhan keatas 7 peguam dan aktivis daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Disember 2007.
    Dari petuduhan yang dibacakan, Komathy berkata penguguran tuduhan berkenaan adalah kerana pihak pendakwa tidak terdapat bukti dari kes prima facie.
    Mengulas mengenai pembebasan ini, salah seorang yang turut didakwa, Amer Hamzah Arshad menyambut baik keputusan yang dilakukan oleh hakim
    Jelasnya keputusan yang dibuat adalah wajar dan adil serta menunjukan kebijaksanaan hakim yang menerima kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
    “Keputusan yang dibuat oleh hakim adalah wajar dan adil dan menunjukan penerimaan mahkamah untuk mengiktiraf kebebasan bersuara dan hak asasi manusia,” katanya kepada Suara Keadilan di Mahkamah Jalan Duta hari ini.
    Mereka yang ditahan pada himpunan berkenaan ialah Peguam R Sivarasa, Latheefa Koya, N Surendra, Eric Paulsen dan Amer Hamzah dan tiga orang peserta perarakan, Noor Aza Othman dan Ashraf Ali Raja.

    Kesemua mereka ditahan pada 9 Disember ketika perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia pagi Ahad yang dikatakan tidak mendapat permit polis.
    Peserta perarakan itu yang terdiri dari peguam, aktivis, penulis blog dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak bermula dari kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Bangunan Majlis Peguam di Jalan Raja Laut.

    Di Jalan Raja Laut, seorang peguam, Edmund Bon telah ditahan dan didakwa atas tuduhan menghalang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas mereka.

    15 April 2009

    Buka semula rundingan air, Selangor sambut baik
    Muhammad Arif Ismail Wed Apr 15, 09 10:09:40 am MYT
    SHAH ALAM, 15 April (Hrkh) -

    Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat hari ini menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan yang bersedia mengadakan rudingan terhadap penyusuanan semula perkhidmatan air.

    Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan, Kerajaan Negeri menyambut baik laporan kesedian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan Kerajaan Negeri mengadakan rundingan terhadap penyusuanan semula perkhidmatan air sebelum akhirnya mengambil alih industri air.
    "Berita terbaru daripada Kerajaan persekutuan adalah sejajar dengan kehendak Akta Perkhidmatan Industri Air (WISA) 2006, yang antara lain menyatakan perlunya menyusun semula dan meningkatkan kecekapan industri air Malaysia.
    Kerajaan Selangor memang bersedia untuk menyambung semula perbincangan tetapi menekankan supaya tiga pihak, iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi mempunyai wakil masing-masing dalam proses perbincangan yang dirancangkan," katanya.


    Bagi mencapai tujuan ini menurut Khalid, Kerajaan Negeri bercadang menemui Tun dr. Lim Kheng Yaik, mantan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang cukup mengetahui tentang WISA 2006 dan industri air negara untuk mengetuai rundingan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.
    Beliau menambah, Kerajaan Negeri yakin bahawa wakil-wakil Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi boleh mengadakan rundingan yang mesra bersama-sama Dr. Lim.
    "Kita harap rundingan ini nanti dapat mencapai keputusan yang memihak kepada kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
    Ini kerana Kerajaan Negeri begitu mengambil berat untuk meningkatkan kecekapan pengendalian industri air, berusaha menurunkan tarif dan mengekalkan pemberian air percuma bagi 20 meter kubik yang pertama setiap bulan kepada isi rumah," katanya.
    -

    PELUANG LATIHAN DI ABM

    Pengarah UPEN adakan lawatan ke Akademi Binaan Malaysia

    Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

    SINTOK – Kerajaan Negeri, diwakili Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, YBhg. Dato’ Haji Bashiruddin Haji Abdul Jamil telah mengadakan lawatan kerja ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara, di sini.


    Pegawai-pegawai daerah di seluruh Kedah dan Ketua turut diundang dalam lawatan tersebut bagi mendapat informasi kursus-kursus yang ditawarkan di ABM Wilayah Utara serta mereka dibawa melawat bengkel-bengkel yang menempatkan pelatih.

    Keterangan mengenai ABM dan kursus-kursus ditawarkan disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi ABM Wilayah Utara, Tuan Haji Ir. Zainal Abidin Ishak.

    Menurut YBhg. Dato’ Haji Bashiruddin, tujuan lawatan ini bagi mencari peluang latihan kemahiran untuk dibekalkan kepada rakyat Kedah, terutama mereka yang telah diberhentikan kerja, selain kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Kerajaan Negeri juga berharap kerjasama ini dapat membantu rakyat yang berumur 65 tahun dan kebawah menyertai kursus di ABM, dengan tujuan membasmi kadar kemiskinan di Kedah, tambah beliau.

    “ABM adalah tempat yang menyediakan latihan kemahiran binaan untuk tenaga kerja pembinaan di Malaysia, jadi kita berharap kerjasama dapat memberi manfaat kepada rakyat, seterusnya menyumbang kepada negeri.

    “Objektif kita mengadakan lawatan ini bagi mengenal pasti bahawa dalam kegawatan ekonomi ini, ada tempat untuk kita belajar, terutama mereka yang diberhentikan kerja serta untuk lepasan SPM.

    “Kita juga dapat mengetahui apakah kursus yang terdapat di ABM, yang pada mulanya kita tak tahu ada tempat latihan bagi membekalkan kemahiran kepada orang ramai, kita juga nak bantu orang-orang miskin yang berumur 65 tahun ke bawah datang untuk kursus di sini.

    “Dalam mengatasi kadar kemiskinan di Kedah, kita berharap kerjasama ini dapat beri peluang kepada anak-anak luar bandar boleh belajar kemahiran, dapat ilmu, seterusnya boleh kerja dalam bidang pembinaan dalam negeri.

    “Menurut Tuan Haji Ir. Zainal Abidin, di Kedah, ABM menyasarkan sabanyak 10 000 pelajar, jadi kita harap dapat lahirkan pekerja-pekerja mahir dalam bidang pembinaan seperti pemasangan paip-paip minyak untuk projek Kedah Hidrokarbon Hub, pengendalian mesin berat, bidang elektrik, mengecat kapal dan sebagainya,” jelas beliau kepada wartawan selepas melawat bengkel-bengkel di ABM Wilayah Utara.

    SAPA DERHAKA???



    KENYATAAN AKHBAR

    14 APRIL 2009

    TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DIRAJA DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM, ALOR SETAR.

    Saya sangat kesal atas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan DiRaja yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

    Perkara ini berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan di Alor Setar pada hari Sabtu, 11 April 2009 lalu. Kedua-dua tokoh berkenaan telah menduduki kerusi (set sofa) yang dikhaskan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang tersebut.Rakaman peristiwa ini turut disiarkan dalam siaran berita TV tempatan.

    Saya merujuk kepada tohmahan pihak pimpinan Umno satu ketika dahulu berkenaan isu penggunaan payung kuning yang jelas bukannya Payung DiRaja tetapi digembar-gemburkan oleh media kononnya YAB. Menteri Besar Kedah telah menghina institusi DiRaja.Padahal, sangat jelas bahawa pihak yang mengiringi YAB. Menteri Besar hanya menggunakan payung yang kebetulan berwarna kuning yang diletakkan di pintu keluar Kompleks Bunga Raya untuk mengelak dibasahi hujan pada ketika itu.

    Saya ingin memberi ingatan kepada pihak UMNO dan media pro-BN khususnya TV3 yang mengembar-gemburkan ‘isu payung kuning’ supaya tidak bersikap ‘double standard’ dalam hal ini memandangkan kedua dua tokoh UMNO itu seolah-olah menganggap mereka setaraf dengan KDYMM Tuanku Sultan dengan menggunakan kemudahan itu. Bukankah tindakan ini adalah satu penghinaan kepada institusi istana?Ingatan saya juga ditujukan kepada kedua-dua tokoh tersebut agar tidak menjadi seperti ‘ketam yang mengajar anak berjalan betul’. Sekian.

    MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
    Tuesday, April 15, 2009

    “Lepas Ni, Kalau Ada Kedai Judi Baru Bukak, Pergilah Baca Doa Selamat”

    Ni saya nak cerita ni pasal ada seorang blogger ni. Dulu bukan main kuat dia sokong Pakatan Rakyat. Tapi semenjak Rocky Bru dengan Noraina Samad anjurkan perjumpaan dia dengan Dato Zahid Hamidi di Jabatan Perdana Menteri, sekarang ni dia dah berubah jadi penyokong belah sana pulak. Saya tak nak dedahkan identiti dia buat masa ini, tapi tak taulah kalau dia melampau sangat mengkritik PAS dengan kritikan-kritikan yang tidak berasas, saya akan dedahkan.Semasa berjumpa dengan Zahid Hamidi tu, habis semua pegawai kerajaan dibawa berjumpa dengan blogger ni. Kononnya Islam dalam bahaya.
    Dan contoh yang paling besar yang dibawa oleh Zahid dan juak-juaknya adalah penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian.Saya cabar blogger ni, cuba bawak satu fatwa dari Al Azhar mengharamkan penggunaan nama Allah SWT oleh kaum Kristian. Kristian koptik d (dibaca ”Church of Alexandria”) telah menggunakan kalimah Allah dalam segenap upacara keagamaan mereka termasuk dalam majlis peribadatan mereka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Dan Universiti Al Azhar tak bising pun. Yang bising hanyalah puak2 UMNO dan juak2 Zahid Hamidi serta beberapa blogger yang menjadi alat UMNO sekarang ini.Saya hairan, mengapa pihak Jabatan Perdana Menteri dan Zahid Hamidi tak naikkan permasalahan judi dan arak di Malaysia. Mengapa kerajaan Hadhari UMNO ini masih lagi memngeluarkan lesen judi dan arak. Saya pun hairan mengapa blogger seperti Nuraina Samad dan Rocky Bru ni ”bengong” sangat tak dapat memikirkan benda mudah ni?Saya pun tulislah artikel bertajuk ” Antara "Islam-DAP" PAS Dengan "Islam-Tokeh Judi" UMNO" dan suruh dia baca.Dia pun baca dan terus tulis artikel dlm blog dia. Saya baca la artikel dia tu.
    Bukan main dia kutuk Kerabat Diraja Negeri Sembilan dan dia sampai kata nasib baik N9 tak dapat Yamtuan yang menjadi tokeh Arak (pasal Tunku Naqiyuddin adalah Director Calrsberg).Tapi, takda pun dia sebut pasal Najib Tun Razak baru lulus 10 lesen judi. Takda pulak dia sebut yang segala lesen judi dan arak dalam Malaysia ni adalah melalui kelulusan UMNO dan BN.Takda pulak dia sebut yang UMNO menjadi kawan utama kepada tokeh2 judi dan arak ni. Kalau tidak, mengapa boleh ada 3 orang melayu yang boleh duduk dalam ”Board of Directors” Calrsberg. Sudah tentu 3 ”ekor beruk” ni sudah mendapat restu dari UMNO?Blogger ni pun mengamuk sakan la kat saya. Macam-macam la dia kata kat saya ni. Saya cuma bertanya kenapa part Najib lulus 10 lesen judi extra tu dia tak sebut. Kenapa nak marah?Dia pun nak tunjuk la yang dia ni Islamik dengan membesarkan isu director Calrberg ni ada orang Islam tapi benda lain yang menjadi sebab terjadi perkara ni dia tak sebut. Pasal Najib lulus lesen judi ni langsung dia tak sentuh
    .Dia cuba mencabar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk menutup kilang arak dan kedai judi di Selangor.Saya cakap, proses pengurangan judi dan arak di Selangor sedang berjalan dengan lancar. Kita tak boleh haram judi dan arak secara total kerana Selangor 52% bukan Islam. Kita boleh haram kepada orang Islam sahaja.Undang-undag sudah ada tapi UMNO tidak mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut. Fasa pertama adalah menguatkuasakan undang-undang yand sedia ada.Tak macam UMNO yang jelas telah menambah lesen judi di Malaysia yang menjadi sokongan blogger tersebut.
    Kalau Ada Kedai Judi Baru Bukak, Pergi lah Baca Doa SelamatAkhir sekali, saya kata, kalau dia dah kemaruk sangat nak sokong UMNO balik, bila ada premis judi tambahan yang akan dibuka ekoran dari kelulusan Najib Tun Razak ni, bolehlah dia pergi baca doa selamat.Janganlah guna alasan untuk bersatu dan merapatkan saf umat Islam semata-mata kerana mahu menunjjukan seolah-olah tindakan menyokong UMNO itu benar.Terimalah hakikat sesungguhnya menyokong UMNO dan bersatu dengan UMNO adalah menyokong tokeh-tokeh judi dan arak. Itu sahaja yang perlu anda terima.
    Masalah Bila Nak Berjuang Islam Tapi Takda IlmuBlogger ni dia letak gambar dia pakai kopiah dlm blog dia. Konon nak tunjuk dia pun kuat Islam.Hakikatnya apa tindakan yang beliau sedang lakukan sekarang ini merugikan Islam dan menguntungkan tokeh judi dan arak.Dia sebuk nak canangkan perpaduan Islam konon, tapi takkan PAS nak bersatu dengan balachi tokeh2 judi dan arak mcm UMNO?Seburuk-buruk DAP pun, diorang tak pernah menyokong judi ni. Saya masih ingat antara yang lantang menentang judi di Parlimen adalah ahli-ahli Parlimen dari DAP sehingga ada yang dihalau dari dewan.
    Malahan, Mao Tze Tung mengharamkan kasino dari dibina di mana-mana tempat di China. Tapi UMNO dengan bangganya menyokong dan mengalakkan judi dan arak di Malaysia.Lagi sekali saya nasihatkan blogger ni, lain kali bila ada kedai judi baru yang hendak dibuka, pergilah baca doa selamat. Dia pun tinggal kat Bandar Tun Razak di bawah penguasaan DBKL/UMNO. Ertinya kelulusan baru Najib Tun Razak tu akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan kemungkinan Bandar Tun Razak akan mendapat premis-premis judi yang baru.Eloklah kalau blogger tersebut buat tahlil dan doa selamat merayakan 10 lesen judi lulusan Najib Tun Razak tersebut.-
    Wednesday, April 15, 2009

    Ugutan Pembangkang..

    Dalam Akhbar BH Online hari ini sepupu Najib yang juga Menteri KDN yang baru menggantikan Hamid Botak telah memberi amaran kepada SUA PAS Dato KJ mengenai kejadian di Pataya boleh berlaku di Perak.. Cerita selanjutnya ada di sini.
    Bagi aku memang betul tu,,, sepatutnya pihak berkuasa terutamanya Polis kena berterima kasih kepada Pimpinan PAS yang sentiasa mengajar ahli-ahli dan penyokong PAS supaya menghormati pihak berkuasa keselamatan.
    Cuma sesekali tu kena gempak sikit pihak berkuasa ni, ada sekali tu.. pihak SB selalu mengacau perjalanan Tadika PASTI, sehinggalah arwah Presiden PAS Dato Fadhil Noor mengeluarkan kenyataan " Saya tidak jamin yang kejadian Memali boleh berulang" tiga kali kenyataan tersebut dikeluarkan barulah Sb-SB tidak menggangu gugat PASTI Lagi.
    Menteri KDN Hisyamudin kena terima kenyataan SUA PAS tersebut, bukannya nak beri amaran.. beliau boleh lihat bagaimana rakyat bangkit bertindak pada hari selepas Sembahyang Jumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 6 Feb 09 yang lalu, apa akan terjadi selanjutnya jika tidak ada pimpinan PAS yang sama-sama naik atas Land Rover Polis memakai Loud Hailer merayu menghentikan tindakan-tindakan yang menghalang majlis angkat sumpah MB di Istana Kuala Kangsar.
    Memang, aku sendiri malu kepada rakyat Thailand, tak kiralah baju merah pro thaksin ka, atau yang sebelum dari ini, kerana mereka lebih bermaruah berani menetang kezaliman yang menimpa ke atas diri mereka, sedangkan mereka bukan Islam yang dijanjikan syahid jika berjuang atas jalan Allah,
    Cuba kita renungi kembali, kita umat Islam kalau bangun menentang kezaliman yang melanda ke atas diri kita, sesama kita, sanak saudara dan harta kita, adalah menjadi satu kewajipan bangun menentang kembali kezaliman tersebut, dan ganjaran untuk itu siap sedia menunggu, apakah kita tidak percaya pada janji-janji Allah.
    Aku bukan sama-sama nak menghasut hangpa semua bangun menentang pemerintah yang ada ni, tapi kalau pimpinan kita dah keluar arahan untuk sesuatu tugas, tak kira hidup atau mati, yang penting Islam mesti diselamatkan.. apa tunggu lagi.. jalan terus..Jihad dah bermula... Insyaallah mati atau hidupnya kita adalah terletak dibawah kuasa Allah.
    Posted by Manjungmari

    14 April 2009

    Kini Umno pula 'MOHON DERHAKA' pada Agung dan Raja Perlis?
    April 14 @ 15:58:00 MYT


    "Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.

    Hari ini tersebar di dada akhbar tentang masalah perlantikan dua menteri besar di Terengganu dan Perlis.Lebih malang, di Perlis, Ketua Penerangan Umno Negerinya, Datuk Hashim Suboh mengatakan MB Perlis sekarang iaitu Mat Isa Sabu adalah MB Haram.Sedar atau tidak, luahan kata Hashim itu secara langsung menyatakan bahawa perlantikan MB yang dibuat oleh Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah ‘haram’ hukumnya dalam ‘kitab’ Umno.Perbuatan ini seolah tidak merestui atau menghormati perkenan Raja Perlis, walhal sudah setahun berlalu, dan juga meludah ke muka sendiri apabila dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, isu derhaka pada kedaulatan sultan, berapi-api dimainkan oleh orang Umno sendiri.

    Di Terengganu, boikot dilakukan dalam hari kedua sidang dewan negeri.10 Adun BN enggan menghadiri sidang kerana mereka mendakwa diugut oleh pegawai kerajaan negeri. Ugutan melampau sehingga nyawa disebut itu membuatkan keadaan politik Terengganu menjadi hangat kembali sejak pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu.

    Boikot dan perasaan kurang senang beberapa adun BN terhadap MB Terengganu Ahmad Said yang menggantikan Idris Jusoh itu nampaknya semakin membara.Apakah tindak-tanduk mereka ini merupakan maklum balas mereka terhadap Sultan Mizan yang tidak perkenan calon pilihan mereka?
    Jangan sampai sepanduk ‘Natang’ dinaikkan semula di Terengganu.

    Situasi sekarang ini menunjukkan masalah dalam UMNO di dua negeri tersebut kucar-kacir dan meruncing.Ianya didiamkan sepanjang pilihanraya dan semasa Paklah masih menjadi PM.Tetapi pentadbiran kerajaan pusat sudah berubah tangan dan golongan ini mula menunjukkan taring masing-masing, mungkin dengan izin PM baru iaitu Datuk Seri Najib Razak.
    Mungkinkah pertelagahan ini antara kem Paklah dan Najib? Tapi yang pastinya rakyat kini boleh menilai, Umno yang kuat berapi melaungkan kedaulatan raja dan sultan kini umpama ‘Mohon Derhaka’ pada dua Raja yang disanjungi rakyat.
    Anwar gesa pemimpin KeADILan ambil iktibar pilihanraya kecil lalu


    Anna Yusof

    KUALA LUMPUR, 14 April (SK) : KETUA Umum KeADILan Anwar Ibrahim menggingatkan kepada semua pemimpin KeADILan terutama kepada pemimpin Bukit Selambau, pemimpin KeADILan Pulau Pinang dan Permatang Pauh supaya mengambil pelajaran bahawa yang mengkhianati perjuangan kerana harta, takhta atau dendam kesumat akan dihumban oleh rakyat.


    Dalam satu kenyataan beliau hari ini menyataka ujian mengajar dan pengalaman mendewasakan, satelah dakyah dan dakwaan mengkhianat maka timbullah begitu ramai calon yang bertanding di Bukit Selambau semasa pilihanraya kecil baru-baru ini.


    “Ada yang mendakwa wakil kabilah, kaum, agama tidak dilayani. Dan tambah panas suasana manakala terdapat tokoh daerah yang memimpin parti menganggap diri mereka terlalu layak dan parti akan hancur sekiranya mereka tidak dipilih,” jelas beliau.
    “Alhamdulillah dan syabas kepada rakyat, dan khususnya pengundi Bukit Selambau yang memilih agenda perubahan KeADILan dan Pakatan Rakyat dan bukannya telatah bengis atau ugutan,” tambah Anwar.
    “Semuga ianya menjadi pengajaran buat kita semua. Yang mengkhianati

    ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu
    Apr 14, 09 10:39am kemaskini 2.21pm

    Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.
    Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi. Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
    Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.
    BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan, tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka, tidak menghadiri sidang DUN hari ini.Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak bersama mereka dalam sidang media itu.Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri, hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu. Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN pembangkang.Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak akan hadir persidangan DUN selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh menerusi SMS itu."Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

    BROKER POLITIK TERKAYA???

    14 April 2009

    INSAN-INSAN YANG ZAMIL

    Oleh Mi Itik - Kulim

    Dalam perkembangan bahasa Inggeris, ada beberapa keadaan di mana satu perkataan boleh membawa beberapa makna melihat kepada kegunaan atau kedudukannya dalam ayat. Begitu juga dengan bahasa Melayu, perkataan ‘mereka’ boleh merujuk kepada sekumpulan orang atau pun kata perbuatan mencipta. Zamil yang asalnya nama khas bagi seorang manusia juga boleh membawa satu makna dalam konteks politik negeri Kedah yakni menjual diri.Dalam politik negeri Jelapang Padi ini, terutamanya yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat PKR, insiden ahli parti yang keluar samada ahli biasa atau kepimpinannya amat lumrah selepas PRU 11 tahun 2004. Sebahagiannya didorong atau digerakkan oleh gerombolan pemimpin muda yang keluar seperti Roslan Kassim, Zahid dan Ezam Mohd Nor. Salah seorang yang terjerumus ialah Orang Kaya Zamil Ibrahim. Namun yang istimewa dengan Zamil ini ialah dia menjalankan aktiviti sulit untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
    Namun itu juga bukan tujuan sebenarnya. Yang penting dan utama ialah untuk mencipta kekayaan dan harta melalui penzamilan dirinya.Dari dahulunya seorang yang kununnya pejuang reformasi, aktivis serta Ketua AMK, Zamil akhirnya menzamilkan dirinya. Kalau perempuan yang memperdagangkan dirinya ia digelar pelacur. Tetapi Zamil tidak melacurkan diri sebagai gigolo dengan melayan wanita kaya serta datin-datin yang suaminya dah ‘pencen’. Dia cuma melacurkan prinsip perjuangannya. Kalau seorang perempuan melacur, tidak seterah mana pun hasilnya walau sampai lebam-lebam. Silap-silap diletupkan dengan C4 sebagaimana yang dialami Altantya Shaaribu dek penangan Najib. Namun dengan sedikit peluang serta kebodohan kalangan pemimpin Umno (Syed Razak, Mahadzir Khalid) penzamilan Zamil mendatangkan untung yang lumayan.Kiranya lebih cerdik Zamil berbanding ahli Umno yang fanatik gila yang tinggal di kampong-kampong. Mereka sekadar digula-gula sahaja. Punya la taksub, dapat lah setakat beberapa puluh ringgit dan beras sekampit. Namun Zamil membina kekayaan sehingga menjolok mata. Dari mamat cokia 6-6, dia kini lagak seorang usahawan. Telefon bimbit sahaja lima enam biji. Lebih kurang macam orang gila kalau sekali pandang. Akan tetapi jangan tersilap, insan zamil seperti dia lebih beruntung dari insan kamil jika menurut timbangan dunia. Banglonya dua tiga biji, kereta lebih dari lima, pendek kata jauh lebih hebat dari JKK atau Ketua Bahagian Umno di sesetengah tempat.Ramai dari ahli fanatik Umno, kais pagi makan pagi manakala petangnya belum tentu perut terisi. Lain ceritanya dengan manusia Zamil yang menzamilkan dirinya. Sejak PRU 12 yang menjatuhkan ramai MB Umno termasuk Kedah, Zamil giat mengusahakan satu perniagaan ala Husin Lampoyang yang sungguh menguntungkan. Kekayaannya yang meliurkan itu memang menarik minat serta memikat pemimpin PKR lainnya yang ada kecenderungan untuk zamil. (Sebenornya teringin nak tengok mamat jutawan segera ini tetapi asyik tak berkesempatan saja…… Allah pelihara barangkali?!)Dengan pelbagai alasan yang sebenarnya pun dibuat-buat atau dikipas menjadi besar, beberapa orang dari mereka mula beragenda. Towkey besar yang menjadi penaung ialah Mahadzir Khalid mantan MB.
    Semua aktiviti mereka, dari panggilan telefon sehinggalah beberapa siri perjumpaan atau pengambilan wang pendahuluan di Danok Thailand telah direkodkan dan difailkan. Namun para malaun yang kepingin untuk zamil ini masih tertahan-tahan sehinggalah berlaku pertukaran kepimpinan negeri apabila YB Mat Kasim mengambil-alih dari YB Ir. Zamri. Marah mereka bukan kepalang.Memang anih gelagat kelompok zamil ini. Orang ni sebagai ketua tak sesuai, diganti dengan orang tu juga tidak puas hati. Siapa agaknya yang mahu mereka jadikan sebagai pengerusi perhubungan negeri? Dulu YB Senator Zamri dikatanya lembik, kini YB Mat Kasim dikatakan keras dan tegas. Macamana nih?? Mungkin mereka sudah terlalu juah sehinggakan merasa diri terlalu hebat. Sekali fikir, mungkin mereka sendiri teringin untuk memegang teraju negeri? Bagaimana mahu mendabik dada sedangkan Bahagian sendiri pun caca-marba dan berkecamuk!Gerombolan yang terbaru menzamilkan diri sehari sebelum pembuangan undi ialah lima ketua Bahagian. Namun insan zamil yang paling menarik untuk diperkatakan ialah Ketua Bahagian Padang Serai, Cikgu Hameed.
    Yang lain tu cuma bertaraf penaja sahaja. Asal usul pun memang orang Umno yang pekat dengan semangat Melayunya. (wakaka…quack…quack…). Apanama ka…. Azhan? Yang bersongkok tinggi dari Jerlun. Seorang lagi yang bersongkok tinggi dalam Bahagian Padang Serai mungkin sedang mengintai waktu sesuai untuk zamil. Fulus mau tebal baru boleh jual.Menurut maklumat yang dikumpulkan, cikgu bersara yang seorang ni memang pelik lagi hodoh perangainya. Nak kata macam enau pun boleh. Nak kata macam felarq pun boleh. Memang sedih untuk menulis kisah ini, namun sudah cukup dosa politik yang dibuat orang tua ini. Kesedihan (kunun) atau airmatanya atas apa yang telah berlaku tidak dapat menebus kesalahan serta dosa fitnah yang dibuat terhadap beberapa orang aktivis parti setia yang juga panjang sejarahnya.Kesilapan terbesar Cikgu Hameed ialah memilih tarikh sehari sebelum pembuangan undi untuk zamil. Siapa jua boleh keluar dari parti, namun apabila melakukan di saat orang lain bergelut dalam pertempuran untuk menjatuhkan UmnoBN, memang satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan. Siapakah penasihat mereka untuk zamil kali ini?
    Zamil Ibrahim kah atau koleksi ide dari Ketua Bahagian dan juga Timbalan berserta jawatankuasa Bahagian. Atau kah mereka jadi mangsa permainan kotor sesama sendiri? Kita tunggu saja nanti perkembangan berikutnya.Kalau ikut sejarah perjuangan, tidak sepatutnya langkah bahlol ini diambil Cikgu Hameed. Hangpa tau tak, dalam Kedah ni beliau lah satu-satunya Ketua Bahagian yang amat arif dalam Perlembagaan parti. Kesana-kesini beliau sentiasa membawa buku undang-undang itu. Anih, kan….?? Lagi tahu undang-undang sepatutnya lagi akrab la hatinya dengan parti dan perjuangan. Ini tidak…. Semakin jahat dan akhirnya zamil mengikut jejak langkah Zamil Ibrahim. Cikgu Hameed sanggup mengesahkan mesyuarat yang tak cukup kuorum. Malah tempat dan masa mesyuarat Bahagiannya sendiri pun dia sanggup tipu kepada AJK yang tidak sebulu dengannya. Ini boleh tanya Jawatankuasa Bahagian Padang Serai.Biasanya apabila ada jual beli manusia sebegini dalam dunia politik, tak adenye alasan perjuangan sebagai sebab.
    Toksah la dok juai kata demi bangsa ka, demi perpaduan Melayu ka. Toksah. Bikin malu ajer. Satu Malaya sudah tahu, kalau berkait dengan Umno saja….. tentu fulus yang menjadi pemangkinnya. Duit la. Sebagaimana Zamil Ibrahim! Yang Baruah Osman Jailu serta Jamaludin posmen itu tentu boleh sahkan.Perjumpaan demi perjumpaan diatur mereka ni dengan Zamil sebagai tekongnya. Lebih kurang macam peraih kat Kuala Muda gitu, Zamil menjadi saluran ‘conduit’ untuk berhubungan dengan Mahadzir Khalid atau nama manja MK. Namun akhirnya, Zamil dibelakangkan demi kununnya mengaut untung yang lebih besar. Takdirnya, mereka kantul begitu sahaja tanpa memperolehi apa-apa.Pengumpulan maklumat yang diterima mengatakan yang salah seorang pemimpin Bahagian Merbok telah ditawarkan sehingga RM7 juta untuk memegang teraju Bahagian Merbok bagi memusnahkannya dari dalaman laksana kuda Trojan. Syabas kita ucapkan kepada pemimpin muda itu kerana ketahanan yang tinggi. Bukannya macam Jamaludin atau Osman Jailu. Melayu penama..? buat malu saja. Apa punya pariah…?? Namun mantan YB Arumugam dan pemimpin muda keturunan India ini menunjukkan betapa masih ada orang yang tabah dan gagah demi kehormatan diri dan parti. Mereka tidak pun zamil walau ditawar wang berjuta!Khabarnya Cikgu Hameed dan YB yang semua orang tahu telah menjadi juruatur pertemuan di Hotel Park Avenue milik mendiang Eric Chia di Sungai Patani. Patut la tak muncul dalam mana-mana ceramah politik dengan pelbagai alasan kununnya menggantikan tugas YAB Menteri Besar. Tentu lah ada habuan ringgit sebagai tukaran maruah yang dilacurkan. Tak lama lagi Cikgu Hameed mungkin akan putih melepak kulitnya dengan rawatan mandi susu, almaklumlah tentu mahal harga dirinya.Tak apa lah… kita ucapkan adios soliente! Mereka bukan lagi amigos. Ghost…? Barangkali juga la. Kita yakin akan ada pelapis baru yang jauh lebih baik, komited serta mudah diterima akar umbi dan pengundi. Apa yang terjadi ini mungkin takdir Yang Maha Esa untuk masa depan Pakatan Rakyat yang lebih mantap.
    Dengan terkemut keluarnya beberapa nama ini dari kepimpinan PKR Negeri, jalan kearah pemantapan parti itu dalam negeri Kedah terbentang luas. Sudah tidak ada duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Kepimpinan pusat juga diharap segera mengambil tindakan terhadap mereka berkaitan kedudukan dalam Majlis Tempatan dan sebagainya.Untuk lebih adil kita mengucapkan terimakasih atas jasa baik yang mungkin ada sebelum ini, ucapan selamat berjaya untuk mereka sekiranya kembali ke dalam dakapan Umno. Semuga mereka beroleh keuntungan dunia atas urusan zamil ini. Jika tidak mereka tentu dalam kerugian kerana kehilangan teman perjuangan dan menjadu kupang tembaga sepertimana mereka gelakkan Ezam dan kuncu-kuncunya.Adios Soliente…Quack….quack….quack…Selamat berambus.MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA-
    Mi Itik
    komen: Depani.. memang jenis haprak, kelapak duit & .****t ajee...masa PRK permatang pauh Depani nak keluark dah tapi depa offer tinggi sangat sampai juta jadi Zamil takada peruntukan sampai billion RM habis tak jadi nak lompat tapi nama depa dahnaik...Perjumpaan di Danok, kali ini bagi sikitpun depa dah lompat pasai orang dah tak berapa harap kat depa...dulu mai dari tepi longkang tapi bulih Ahli majlis tak cukup...depani demand Pengerusi GLC hangpa tau... baru masuk PKR taraf penaja...jawatan nak besark tak sedak diri punya malaunn...bos depa dengark kata pun nak lompat diani lagi sakan ingat tunggu 3ojuta...diani satu geng dengan Kpt.Osman, dengark cerita diani dah lupa diri...minta MB dan MPT PKR pantau tengok. Hangpa boleh agak sapakan???
    Setelah 13 Bulan Pakatan Rakyat Memerintah Kedah. Dari satu Pemerhatian

    Assalammualaikum,
    Saya juga rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat. Saya bukanlah penulis politik profesional, tidak berjawatan dalam parti dan tiada berkepentingan peribadi tetapi sebagai rakyat marhaen dibawah yang menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat cuma ingin memberi sedikit pendapat dari pemerhatian yang dibuat. Tidak juga dipastikan samada perkara ini akan di beri perhatian oleh Pimpinan peringkat atasan Negeri sebagaimana penulisan saya yang terdahulu. Kebanyakannya mencerita dan membongkar kisah2 pengkianatan terutamanya ahli2 PKR Kedah samada yang telah mengistihar keluar parti dan yang masih menjadi ahli.
    Juga pengkesahan Adun2 dan AP dari PKR yang tidak melaksanakan tugas dengan baik setelah diberi amanah oleh pengundi pada PRU ke 12 yang lalu. Ini adalah kerana teramat sayangnya saya dan teman2 kepada Pakatan Rakyat setelah sekian lama hidup didalam pemerintahan Kerajaan gerombolan BN. Gerombolan ini menipu dan menindas rakyat rakyat bawahan seperti kenaikan minyak, tol dan barangan keperluan harian tanpa sekali pun mendapat atau memohon RESTU dari rakyat.
    Disini saya ingin mengungkapkan hanya 3 perkara asas didalam hal pentadbiran kerjaan Pakatan Rakyat. Hal2 lain banyak di rungkaikan oleh penulis lain yang telah memberi hujah2 panjang lebar tentang hal tersebut. Walau pun nampak kecil tapi impaknya cukup besar yang boleh memecah belahkan ahli dalam Pakatan Rakyat di Negeri Kedah. Faktor ini juga kononnya adalah alasan kebanyakan ahli2 PKR menjadi Pembelot. Alasannya tidak kepuasan hati mereka terhadap Kepimpinan Negeri. Perkara ini lah yang dijaja kepelusuk kampung hingga keakar umbi. Setelah kemenangan dicapai kata mereka hal2 ini iaitu pembahagian jawatan yang tidak seimbang serta tiada keadilan yang diberi kepada pihak yang lain. Bagi pimpinan diatas mungkin perkara ini dipandang remeh tetapi di peringkat akar umbi ini adalah satu perkara yang cukup besar setelah berpenat lelah memenangkan Pakatan Rakyat dan bila tiba bab pengagihan jawatan ianya banyak diisi oleh satu pihak sahaja. Kalau tulisan ini tidak dianggap releven boleh dibakul sampahkan saja. Cuma ini satu pandangan yang ikhlas dari rakyat marhaen,,,,
    ,Perkara 1
    .Pimpinan negeri yang ada terutamanya Menteri Besar perlu mentadbir secara telus dan beramanah. Bongkarlah segala penyelewengan pentadbiran sebelum ini juga kerja2 pembaziran yang dibuat selama gerombolan BN memerintah kedah. Dedah dan khabarkan kepada rakyat kerja2 busuk mereka sehingga orang Kedah kata biaq sampai tak panggung kepala. Jangan lah cenge dan garang kepada pimpinan dan ahli sendiri tetapi parti lawan sentiasa berperasangka baik dan berhemah, macam adik beradik. Ini memberi ruang dan peluang untuk mereka mereka menikam dari dalam dan belakang. Khabarkan dan uar2 kebaikan kerajaan Pakatan Rakyat dan perbezaan pemerintahan antara dulu dan sekarang dan perubahan yang akan dan sedang dibuat selama 13 bulan memerintah kepada rakyat keseluruhannya. Bagi rakyat menilai kebaikan dan keperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat. Ingat lah RAKYAT HAKIM NEGARA..
    Perkara 2.
    Perjawatan peringkat atasan. Seperti Exco Kerajaan Negeri, Pengarah2 Syarikat Kerajaan Negeri dan Ahli2 Majli Daerah. Berikan keadilan kepada setiap ahli parti dalam Pakatan Rakyat yang berkelayakan. Jangan terlalu beratkan hanya disebelah pihak. Perkara ini nampak enteng tetapi perkara inilah sebenarnya yang menimbulkan rasa tidak kepuasan hati disatu pihak yang lain. Maka mulalah timbulnya rasa untuk mengkianat kepada kerajaan negeri. Tidak ada gunanya slogan Negeri Berkebajikan dan pemerintahan adil jika perkara ini tidak dapat ditunaikan. Kerajaan akan tumbang jika ada kepimpinannya yang terlalu berat sebelah dan tidak pandai berkompromi sesama sendiri. Jika terlalu taksub kepada hanya satu parti tidak akan mengekalkan kemenangan yang dicapai. Maka tunggu lah saat2 kejatuhan walau rasa cukup kuat dan hebat. Ingatlah kemenangan dicapai dengan adanya kerjasama dibuat antara parti2 dalam Pakatan Rakyat kerana kita bertarung bukan dengan cicak mengkarung tetapi gerombolan BN yang amat kuat dengan semuanya mereka ada tetapi tidak ada pada kita.
    Perkara 3.
    .Perjawatan peringkat bawahan. Seperti dilihat dalam pemilihan jawatan majlis ketua kampung(MKK). Setelah memenangi tampuk pemerintahan negeri ahli2 parti diperingkat akar umbi berasa merekalah yang layak menjadi ketua kampung. Maka berebutlah disebelah pihak menyatakan merekalah bekerja kuat sehingga dapat memerintah negeri. Maka disebelah pihak lagi yang juga menyatakan mereka juga sama jadi nganga tak terkata apa. Maka timbullah perbalahan sesama sendiri diperingkat kampung sehingga bermacam hal yang tidak elok dibuat seperti memaksa kalau mau jawatan tersebut semua ahli yang ada perlu masuk parti mereka. Juga seperti kerja untuk menghalang penubuhan cawangan2 parti lain di peringkat kampung. Walau pun mungkin ada pimpinan tidak mengetahuinya tetapi inilah realitinya seperti yang berlaku di Dun Bandar Baharu. Suara dan kerja jahat segelintir pimpinan peringkat kawasan ini jika tidak dibendong akan nanti menjadi percakaran hebat sesama sendiri. Sambil puak2 Ameno akan berkata" Biaq pi kat depa, dulu depa dok kata kita sangat"....Bagi saya dan teman2 jika perkara ini tidak diambil tindakan susulan dimasa kedepan mungkin perang dingin akan berterusan. Yang lepas biaq pila kerana telah berlalu tetapi dimasa depan telah ada masa untuk pimpinan menyelesaikannya. Masa awai menang dulu mungkin Pakatan Rakyat terkena kejutan perubahan budaya. Jadi semuanya pakat2 jadi merak dok berebut sesama sendiri. Kita tidak akan kuat jika bercakaran sesama sendiri. Kerana yang lebih penting adalah kerja dan tugasan kita untuk membela dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk keseluruhan rakyat tidak kira samada peyokong, yang diatas pagar dan penentang Pakatan Rakyat. Jika perkara sekecil ini dari kaca mata pemimpin tidak boleh diselesaikan maka tak tahulah berapa lama Pakatan Rakyat boleh bertahan. Dan dari Pengamatan saya Pemimpin Kerjaan Negeri terutamanya MB kita boleh menyelesaikan perkara ini dengan bijaksana agar ianya tidak menjadi barah dan parah.Wallahhualam.
    KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA.
    Jin Brabus.

    13 April 2009

    Isnin April 13, 2009
    Manikumar angkat sumpah Exco Kedah

    ALOR SETAR: S. Manikumar yang memenangi pilihan kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Selasa lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota EXCO kerajaan negeri Kedah.

    Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pagi ini.
    Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.
    Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V. Arumugam yang mewakili Parti KeAdilan Rakyat(PKR).

    Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi pcara angkat sumpah itu.BERNAMA
    Petunjuk Prestasi Ekonomi Hambar : Anwar

    Anna Yusof

    KUALA LUMPUR , 13 April (SK) : Kajian oleh Political and Economic Risk Consultancy (Perc) tahun ini menunjukkan prestasi kehakiman Hong Kong serta Singapura mendahului kita.

    “Malaysia masih jauh di belakang Jepun, Taiwan dan Filipina,” kata Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dalam blog beliau hari ini.
    Kajian yang mengambil kira pandangan 1537 eksekutif korporat yang bekerja di Asia itu sudah tentu menghambat usaha memulihkan ekonomi negara yang sedang mengalami kemelesetan.

    Tambahan lagi angka mahupun maklumat yang boleh dijadikan rujukan prestasi ekonomi negara memperlihatkan kemungkinan yang merisaukan.
    Pengumuman Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bahawa jumlah penumpang yang menggunakan lapangan terbang di bawah kendaliannya jatuh sebanyak 9.2% menjadikan hanya 3.274 juta penumpang pada Februari 2009 berbanding 3.606 juta pada bulan Februari tahun lepas.

    “Berulang kali saya ungkapkan manakala pentingnya jumlah dana untuk rangsangan ekonomi, memulihkan keyakinan umum termasuk komuniti pembentuk pendapat adalah ciri penting yang tidak boleh diketepikan ketika berhadapan dengan kegawatan kewangan,” jelas Anwar
    “Komentar para pakar ekonomi menunjukkan pemantapan permintaan domestik memainkan peranan penting, dan ini tidak dapat dilakukan sekiranya
    rakyat tidak berkeyakinan terhadap pengurusan ekonomi,” tambah beliau.
    Zahid Hamidi “kepala” taktik jahat BN untuk menang semua kerusi dalam pilihanraya akan datang?

    by aminiskandar on April 13, 2009

    Menteri Pertahanan yang baru, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan baru-baru ini bahawasanya tentera Wataniah akan ditempatkan di kesemua kawasan parlimen di Malaysia.

    Hujah bodoh darinya ialah Tentera Wataniah ini akan membantu anggota tentera untuk menjaga keamanan negara. Hujah bodoh ini hanya boleh diterima pakai oleh orang-orang yang bodoh. Persoalannya semenjak bila pula kawasan-kawasan parlimen diseluruh negara sedang berada dalam keadaan perang sehinggakan tentera wataniah dan anggota tentera diperlukan?

    Jawapannya mudah. Penempatan tentera-tentera Wataniah disemua kawasan parlimen akan menambahkan lagi jumlah undi pos. Apabila jumlah undi pos bertambah, kemungkinan BN untuk merampas semula kerusi-kerusi parlimen yang telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih mudah.
    Rakyat harus berhati-hati dengan niat jahat Zahid Hamidi yang kini telah menjadi “budak suruhan” Najib Razak. BERSIH perlu melakukan sesuatu untuk menghalang niat jahat ini daripada diteruskan.
    Di zaman pemerintahan Najib ini, apa sahaja akan dilakukan untuk memastikan kuasa dapat dirampas kembali!!! Ingat apa yang berlaku di Perak!!!
    Klik
    sini untuk membaca dengan lebih terperinci mengenai taktik jahat Ahmad Zahid Hamidi ini.
    MBH Zambri masih nak berbohong lagi...

    Kalau dah jenis perampas, perompak dan penyamun hak rakyat begitulah rupanya dari dulu, kini dan selamanya tetap ruper itu...BH Online hari ini "Pengundi Cina termakan dakyah Pas, DAP: Zambry". Kalau hangpa nak baca cerita merapu mamak pangkori tu hang klik kat sini.

    Deyy Tambey... kira baguih la tu.. orang Cina lebih percaya kepada PAS, sebabnya dia dah nampak UMNO memang perampas, perompak dan penyamun hak rakyat, dan 11 bulan PR memerintah Perak sekurang-kurangnya PR dah melaksanakan janjinya kepada rakyat.
    Nampaknya 11 bulan DS IR Nizar memerintah kaum Cina lebih faham Islam sehingga YB Nga Kor Meng sendiri boleh baca Al-Quran dan menterjermahkankan.. oii aku nak tanya hangpa orang UMNO... ada ka pimpinan UMNO termasuk Najib boleh baca ayat Al-Quran, Hadis dalam cermah mereka, kalau boleh pun main baca makna ayat dalam bahasa melayu ada.. dalam bahasa orang putih yang hangpa semua dok agung-agungkan pun tak biasa aku dengar... Tak taulah Menteri Agama yang Bri.Gen (B) Jamil Khair..pak sheihk tu boleh la...
    Pengundi Melayu yang berfahaman UMNO Totok boleh faham ka Islam... Kalau faham Islam tentu mereka pun undi PAS..

    Sebab melayu tak undi PAS!!! kerana mereka jahil lagi dengan Islam, masih menganggap Utusan Melayu dan Berita Harian sebagai rujukan mereka menggantikan Al-Quran dan Hadis..
    UMNO marah bila Cina buka Islam baca Quran, siap buat repolis..Mufti pun turut marah.. itulah UMNO.. Tapi bila satu ketika dulu Samy Veloo mempersendakan Al-Quran "ada tak buat jalanraya dlm Quran" di Sungai Siput.. Pengundi UMNO tepuk tangan, suka...
    Bila Mahathir hina hukum hudud, UMNO sokong, Mahathir tarik bantuan SAR, UMNO Sokong, Mahathir Hina Raja-raja Melayu, pun UMNO satu Malaysia sokong..Bila Mahathir Tukar Bahasa Melayu kepada PPSMI pun UMNO sokong.
    .
    Bila ada orang melayu Islam murtad UMNO tolong bela, tolong tutupkan cerita sebenar.. Inilah UMNO. Yang UMNO tahu hanyalah nak jaga nama Allah supaya ugama lain tak boleh guna.. itulah UMNO...Indah di luar.. di dalam melantung hangiiit.
    Kemudian Zambri berkata lagi, proses mengambil kuasa Kerajaan Perak mengikut lunas saluran yang betul, mendapat perkenaan tuanku...

    Oii Mangkok hayun.. kalu dah betul, dah OK pasal apa Mahkamah tinggi tolak permohonan AG untuk mengetepikan kes, kes perlu didengar hari ini... Deyy thambey... jangan mau auta kareee.. khak pthuiiih..

    Posted by Manjungmari
    PASCA BUKIT SELAMBAU : Calon Bebas Bawa Lari 1,300 Undi

    Senator Yusuf Husin yang menjadi Pengarah pilihan Raya PAS di Bukit Selambau tidak menolak penyertaan calon-calon bebas sedikit sebanyak mempengaruhi undi kepada calon Pakatan Rakyat dan BN.
    Ikuti temubual Roy Rasul bersama beliau.Sejauhmana sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau?YUSUF HUSIN:
    Sokongan orang Melayu di Dun Bukit Selambau masih seperti dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Ini kerana Dun Bukit Selambau berbeza dengan Dun lain. Faktornya masih ada sikap orang-orang Melayu di sana mereka hendak kepada calon Melayu.Sebabnya pengundi Melayu 50 peratus, Cina dan India pun 50 peratus. Jadi mereka berpendapat sepatutnya orang Malayu menjadi calon. Itu saja. Bagaimanapun bagi orang PAS tidak timbul masalah.
    Cuma bagi yang tidak berparti, orang atas pagar dan Umno yang bermasalah.Secara umumnya apa reaksi mereka terhadap kemenangan calon Pakatan Rakyat S. Manikumar?
    Bagi orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat tentu mereka seronok. Sebab orang Melayu terbahagi kepada tiga puak iaitu setia dengan Pakatan Rakyat, setia dengan Umno dan atas pagar.Apapun secara umumnya di Kedah ini seronok dan bersyukur kerana ia dapat perkukuh kerajaan Pakatan Rakyat. Ini seperti mana kita janjikan daripada awal lagi, calon yang menang itu akan dilantik sebagai Exco yang mewakili masyarakat India bukan saja di Bukit Selambau tetapi di seluruh Kedah.Adakah faktor tersebut membuat calon Pakatan Rakyat menang di Bukit Selambau?Saya tidak nampak faktor calon sebaliknya faktor Pakatan Rakyat sendiri di mana kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang diketuai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) nampak solid. Tidak ada masalah. Dalam pilihan raya ini Kerajaan Negeri Kedah tidak campur tangan di mana jentera yang bergerak. Kita tidak menggunakan sedikit pun keistimewaan kita sebagai Kerajaan Negeri Kedah.
    Pada pilihan raya kali ini majoritinya tidak meningkat seperti di Bukit Gantang. Hanya perolehi 13 undi. Apa sebabnya?
    Masalahnya kerana di Bukit Selambau terdapat banyak calon bebas.Bebas pula mendapat 1,300 undi. Ada juga undi yang lari ke situ dan peratus keluar mengundi kurang daripada pilihan raya umum yang lalu. Kekurangan mereka itu banyak faktor juga antaranya hari mengundi jatuh pada hari bekerja dan cuacanya pula hujan.
    Adakah penyertaan bebas baik untuk sistem demokrasi negara kita?
    Bagi saya penyertaan calon bebas itu baik tetapi calon bebas itu biarlah yang berkualiti dan dapat mengukur kemampuan diri. Sekurang-kurangnya penyertaannya itu dapat perolehi undi melebihi 200 undi.Namun apa yang berlaku di Bukit Selambau tidak memberi kesan langsung biarpun sistem demokrasi terbuka. Sekiranya terlampau banyak calon bebas seperti mana berlaku di Bukit Selambau sehingga 13 orang, ia menyukar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengundi.Kertas undi pula menjadi luar biasa kerana menampilkan 15 calon dan sekaligus memberi kepayahan kepada pengundi untuk memangkah. Ditambah pula senarai calon dalam kertas undi itu tidak mempunyai nombor bilangan calon. Cuma diletakkan nama dan lambang. Dalam pilihan raya yang lalu undi rosak 1600 lebih tetapi dalam pilihan raya kali ini hanya lebih kurang 400 yang rosak.Ada yang mengatakan pilihan raya di Bukit Selambau dilihat sebagai antara hidup dan mati kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tetapi kemenangan berpihak juga kepada Pakatan Rakyat.
    Jadi bagaimana Saudara mengukur keputusan rakyat di Bukit Selambau?
    Pertama saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah yang juga mengetuai jentera pilihan raya di Bukit Selambau, saya mengucap berbanyak terima kasih kepada rakyat Bukit Selambau.Inilah petunjuk atau tanda aras bagi rakyat seluruh Kedah yang mana mereka menerima Pakatan Rakyat. Sebenarnya pilihan raya ini tidak menjejas Pakatan Rakyat kerana kita masih lagi majoriti empat lagi kerusi.Dengan kemenangan ini mengembalikan majoriti kita sebanyak 22 kerusi berbanding dengan BN 14 kerusi. Bagi saya ini satu petanda yang baik dan Pakatan Rakyat di bawah Dato' Seri Azizan Razak boleh meneruskan semua plan tindakan untuk memajukan Kedah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan nikmatnya untuk semua. Insya-Allah.







    KAMI SANGUP MATI DEMI DEMOKRASI!!!!
    Apr 13, 09 11:23am
    Sekurang-kurangnya 77 penunjuk perasaan antikerajaan cedera apabila pihak tentera melepaskan tembakan dan gas pemedih mata, atas arahan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva, dalam satu pertempuran awal pagi tadi.Gerakan terhadap penunjuk perasaan itu dilancarkan selepas tersebar spekulasi yang mengatakan pimpinan tingi tentera dan polis keberatan untuk menguatkuasakan perintah darurat yang diisytihar Abhisit pada Ahad.


    Danbeberapa sumber mengatakan perdana menteri diberitahu oleh ketua angkatan tentera Anupong Paojinda supaya membubarkan parlimen bagi meredakan keadaan, lapor Bernama.Abhisit sendiri hampir dibunuh oleh penunjuk perasaan yang marah ketika keluar dari kementerian dalam negeri pagi Ahad, memaksa pihak tentera meletakkan pasukan berkawal di jalan-jalan raya berikutan penyokong bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra bersedia untuk melawan dan menghadapi segala kemungkinan.

    Jurucakap kerajaan Thai Panithan Wattanayakorn memberitahu media bahawa tentera terpaksa menggunakan kekerasan selepas perundingan dengan penunjuk perasaan gagal dan mereka diserang dengan beberapa bom buatan sendiri.Pentadbiran Metropolitan Bangkok berkata sehingga kini tiada kematian dilapor dan semua yang cedera, termasuk akibat tembakan, dihantar ke beberapa hospital berhampiran.Datuk Bandar Bangkok Sukhumbhand Paribatra membatalkan semua sambutan pesta Songkran di bandar itu, termasuk di kawasan Khao San yang popular dengan pelancong. Bagaimanapun ramai pelancong dan penduduk menghadiri pesta di Silom beberapa jam sebelum pertembungan itu di Victory Monument.


    Umum daruratAbhisit, yang menjadi perdana menteri pada Disember selepas ipar Thaksin Somchai Wongsawat dipecat dari jawatannya oleh mahkamah perlembagaan, bertindakselepas dimalukan penunjuk perasaan baju merah yang menyerbu lokasi Sidang Kemuncak Asean ke-14 di Pattaya pada Sabtu dan memaksa ia dibatalkan.Sebelum Abhisit mengumumkan darurat, jumlah mereka yang berada di Rumah Kerajaan berkurangan kepada kira-kira 2,000 orang daripada seramai 100,000 padaRabu berikutan ramai yang pulang untuk merayakan Songkran, tetapi meningkat kepada lebih 20,000 pada Ahad malam.


    "Kami bersedia untuk mati...senjata kami hanya kayu dan batu. Kami mahu demokrasi yang sebenar di negara ini, bukan tentera dan orang tua seperti Prem (Tinsulanonda) mengarah kami apa yang perlu dibuat," kata seorang penunjuk perasaan yang hanya dikenali sebagai Tor, ketika ditemui di Royal Plaza.Thaksin mendakwa Prem yang merupakan bekas perdana menteri sebagai perancang penyingkirannya pada 19 September 2006.Penunjuk perasaan mengumpulkan kayu dan batu untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan, manakala sekatan jalan raya dibuat sepanjang jalan ke Rumah Kerajaan, tempat pemimpin bergilir-gilir menghentam Abhisit dan menuntut beliau meletak jawatan.Beratus-ratus polis rusuhan dan tentera bersenjata mengawal kawasan yang menempatkan pentadbiran negara itu, dengan kebanyakan mereka berkawal di simpang menghala ke Chitralada Palace.

    "Tolong jangan guna kekerasan terhadap kami, kita semua rakyat Thai," kata seorang penunjuk perasaan wanita ketika menghulurkan beberapa mangkuk bubur nasi kepada polis anti rusuhan di persimpangan menghala ke rumah Prem.Pihak berkuasa dilapor menghentikan pengangkutan awam, termasuk perkhidmatan tren selepas penunjuk perasaan merampas lebih 20 bas dan menghalang jalan dan landasan keretapi bagi menghalang sebarang tindakan daripada pasukan keselamatan.Kebanyakan pusat membelibelah di bandar ini masih ditutup hari ini berikutan orang ramai bertindak menjauhi pusat bandar

    12 April 2009








    ISU ADI ANWAR - Kezaliman Polis Berterusan Di Era Pemerintahan UMNO BN


    Belumpun reda lagi kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.


    Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.
    Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

    “Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun,” Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.
    Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

    Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.
    “Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat,” katanya.
    Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

    “Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.
    “Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.“Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan,” tegas beliau.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

    “Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini,” katanya.Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

    Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.“Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat,” New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata.

    KDN perlu belajar untuk menghormati hak asasi manusia jangan hangpa buat ikut suka saja. Banyak lagi kena belajar...rakyat rasa tak selamat lagi duduk di malaysiani.

    MIC PULAK BUAT HAL...?

    MIC timbang keluar dari kabinet
    RK Anand Apr 11, 09 4:39pm



    MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.
    "Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.
    Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...