Negara penerima utama adalah Indonesia, India, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan China
PETALING JAYA: WESTERN Union menyasarkan jumlah wang dihantar 2.6 juta pekerja asing di negara ini ke negara asal melalui perkhidmatan kiriman wang syarikat itu meningkat lima peratus tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling berkata, pengiriman wang keluar oleh pekerja asing tahun ini menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion (AS$7 bilion) yang direkodkan tahun lalu.
Sinar Harian melaporkan, menurutnya,negara penerima utama adalah Indonesia, India, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan China.
“Perkhidmatan Western Union di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada operasi global kami, mendahului beberapa negara lain seperti Australia dan New Zealand.
“Kami harap peningkatan penggunaan Western Union sebagai saluran kiriman wang akan berterusan,” katanya selepas melancarkan khidmat baru Western Union, My WU Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin.
Mengulas mengenai My WU, Mei Ling berkata, perkhidmatan itu memberi faedah seperti kad mata ganjaran kepada pengguna yang menggunakan khidmat kiriman wang melalui Western Union.
Selain itu, beliau berkata, kemasukan wang ke dalam Malaysia melalui Western Union pula diterima dari 194 negara, tahun lalu, berbanding 109 negara pada 2011.
Western Union beroperasi di 2,300 lokasi dan diuruskan bank, peruncit dan pengurup wang di seluruh Malaysia.