30 Mac 2013

TERHOT ! KEHEBATAN TAIB MAHMUD..MAT SALEH UK PUN DIA BELI...!!!



Ben Fogle Dari UK Membatalkan Kontrak PR Mengenai Sarawak – “Menyesal” Pada Pendedahan Rasuah

Bertemu dengan orang utan “liar” di kawasan “hutan dara” di Borneo?

Salah sebuah akhbar terkemuka Britain, The Independent, telah melaporkan bahawa pembuat filem pengembaraan Ben Fogle sudah menarik diri dari kontrak mempromosikan ‘eko-pelancongan’ Sarawak.

Akhbar berkenaan menceritakan Sarawak sebagai “sebuah rejim yang mempunyai salah satu rekod antara yang terburuk pemusnahan alam sekitar di dunia”.

Ben Fogle mengatakan bahawa dia “merasa amat kesal” apabila mengetahui keadaan sebenar mengenai kegiatan pemusnahan alam sekitar dan juga salah laku rasuah di bawah Taib Mahmud di Sarawak, di mana The Independent mengesahkan bahawa “industri pembalakan yang amat luas dengan meninggalkan baki hutan seluas 5% belum ditebang atau telah dijadikan perladangan kelapa sawit.”

Akhbar ternama itu seterusnya melaporkan:

“Sarawak mempunyia kadar pemusnahan hutan yang paling cepat di rantau Asia dan mengekspot lebih banyak kayu balak berbanding Afrika dan Amerika Latin digabungkan. Kini ianya mempunyai baki hutan sebanyak 0.5% tetapi mempunyai kadar ekspot kayu tropika sebanyak 25% pada tahun 2010” [Independent]

Pada minggu lalu Sarawak Report telah membantah penglibatan Ben Fogle dalam kempen berbiaya PR yang ditanggung oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, menerusi syarikat PR di UK, Hills Balfour, yang melaporkan mengenai orang utan ‘liar dan bebas’ yang menghuni hutan ‘terpencil’ di Sarawak.

Sebenarnya, Fogle telah mengakui bahawa dia difilem bersama orang utan yang dikurung, yang telah diusir dari habitat asli mereka akibat penebangan hutan dan pembukaan ladang kelapa sawit yang begitu giat dijalankan.

Turut dikaitkan dalam pembikinan filem itu adalah seorang jurugambar (yang dinyatakan dalam majalah Hello dan akhbar Telegraph) iaitu anak perempuan MP Jacob Sagan dari kawasan Baram, Sharon Leraine Sagan. Sharon, seperti juga anak ahli-ahli politik BN Sarawak yang lain, secara peribadinya telah menerima lesen pembalakan berjuta-juta ringgit, yang menyumbang pada pemusnahan alam sekitar Borneo.


Sebuah artikel penuh muka surat dalam The Independent yang melaporkan mengenai pemusnahan ekologi dan gejala rasuah yang dilakukan oleh Taib Mahmud

Artikel dalam Independent telah melaporkan secara terperinci bagaimana kempen PR yang dibiayai Kerajaan Negeri Sarawak itu telah merekrut sekumpulan ‘Mummy Bloggers’ untuk cuba mempromosikan imej negeri Sarawak sebagai sebuah kerajaan yang berusaha gigih memelihara hutan dan alam sekitarnya.


Pemeliharaan hidupan liar sebagaimana sepatutnya – di Sarawak?

Dalam suatu variasi menarik mengenai ‘perang-cyber’ itu para blogger telah dijemput untuk menjadi Duta-Duta pada Kelab Para Blogger Sarawak dan mereka juga ditawarkan percutian percuma untuk melawat negeri Sarawak di bawah pakej yang kononnya dikenali sebagai ‘kunjungan pemberita’.


BBC telah menafikan penglibatan mereka

Namun ramai dari kalangan para blogger itu telah menarik diri setelah mereka mengetahui keadaan sebenarnya. Dan pada malam semalam sebuah ‘majlis pelancaran’ di London yang dirancang untuk siri-siri filem Ben Fogle mengenai pengembaraannya di hutan Sarawak telah dibatalkan.

Agensi berita terkemuka, BBC, telah memberitahu Sarawak Report, bahawa mereka terlibat dalam pembikinan filem Ben Fogle itu adalah suatu berita yang tidak benar.

Dan Fogle kini telah memberitahu Independent bahawa dia amat terkejut dan kecewa dengan kandungan pendedahan video terbitan NGO Global Witness mengenai amalan rasuah buruk Taib Mahmud dan keluarganya dan bahawa dia sekeluarga kini harus menjawab beberapa “persoalan yang amat serius”.

Artikel Independent yang menyeluruh itu telah membuka minda para pembaca di seluruh UK mengenai ringkasan isu-isu yang mengancam alam sekitar dan orang pribumi Sarawak pada masa kebanyakan maklumat tentang Malaysia banyak dikuasai oleh media PR yang mahal-mahal.

Para pembaca UK kini mulai mendengar kebenaran mengenai negeri Sarawak

Ringkasan artikel boleh diakses secara atas talian seperti berikut:

Ben Fogle Dituduh Mengetuai Propaganda Mengabaikan ‘Pemusnahan dan Eksploitasi Alam Sekitar’ Sarawak

Ben Fogle, seorang pembikin filem-filem pengembaraan bersiri untuk Lembaga Pelancongan Sarawak di bawah tajuk “Ben Fogle’s Sarawak Adventure” di mana dia dipersembahkan bermain-main dengan anak orang utan dan berenang-renang di air terjun di negeri itu. Sarawak mempunyai kadar kemusnahan hutan hujan yang paling cepat di rantau Asia dan kadar ekspot kayu balak yang meningkat berbanding Afrika dan Amerika Latin digabungkan. Sarawak mempunyai baki hutan dara hanya seluas 5% namun kadar ekspot kayu balaknya adalah 25% pada tahun 2010.

Penglibatan Fogle dalam kempen PR telah mengejutkan ramai pengkritik Kerajaan Sarawak dan rekod-rekod pemeliharaan hutannya. “Nampaknya Ben Fogle telah dijadikan sebutir bidak percaturan,” kata Clare Rewcastle, pengasas blog Sarawak Report. “Sesiapa sahaja yang mengetahui tentang alam sekitar seharusnya tahu mengenai isu-isu yang berkisar dalam industri penerokaan alam untuk dibuka menjadi ladang kelapa sawit dan juga kebolehan kerajaan negeri Sarawak mengendalikannya.

Kesemua artikel itu turut menjadi artikel utama dalam laman web Lembaga Pelancongan Sarawak.

“Sesiapa sahaja yang menasihatkan Ben Fogle bahawa bekerja untuk PR bagi mempromosikan isu-isu alam sekitar kerajaan Negeri Sarawak adalah suatu idea yang baik telah menyebabkannya dikutuk hebat,” kata Tom Picken dari NGO Global Witness. “Ben Fogle di Sarawak bersama anak orang utan yang menjadi yatim – Ben telah menganggap mereka sebagai anak-anaknya sendiri! Fogle telah mendedahkan bahawa dia tidak akan mengacarakan sebarang acara Sarawak “sehingga saya telah selesai menjalankan siasatan selanjutnya” dan telah memberikan respon yang panjang mengenai “pengembaraannya” di Sarawak. Fogle telah tetap dengan pendiriannya mengenai keindahan Sarawak: “Ianya sungguh indah. Saya telah berada di Sarawak untuk membuat filem pengembaraan yang ringkas untuk laman web Lembaga Pelancongannya.”

Menurutnya dia tidak menggunakan perkataan “eko-pelancongan” berkaitan dengan Sarawak. “Saya telah membezakan antara Lembaga Pelancongan Sarawak dengan Taib Mahmud [Ketua Menteri Sarawak]. Hills Balfour telah mempertahankan peranannya untuk Sarawak. “Sebagai agensi PR, kami percaya mengenai peranan kami mempromosikan Sarawak untuk kepentingan ekonominya,” kata mereka. 

Mishcon De Reya, syarikat guaman di London yang mewakili Ketua Menteri Taib Mahmud, telah mengeluarkan kenyataan sebagai respon mereka terhadap filem Global Witness itu: “Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen-lesen pada tanah dalam keadaan yang amat terkawal,” dan bahawa Ketua Menteri itu “tidak pernah meminta sebarang sogokan”.

TERHANGAT ! MENTERI PENGSAN KETIKA BERSETUBUH DENGAN BUDAK SEKOLAH ..!!! [ +Video Panas ]



Menteri Pengsan Ketika Berahi Dengan Budak Sekolah

Gara-gara mengambil terlalu banyak pil Viagra, seorang menteri Kabinet  dilaporkan jatuh pengsan ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang juga seorang remaja yang masih bersekolah.

Selepas tidak sedarkan diri, remaja perempuan itu kemudiannya memanggil kakitangan hotel.Menteri itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketika di hospital, beliau  juga dilaporkan terus mengalami ereksi susulan pil Viagra yang diambilnya itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu berita yang sengaja disensasikan.

Beliau juga menafikan dia telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan dan tidak pernah mendaftar masuk ke hotel tersebut.

“Itu semua pembohongan. Saya sihat dan tidak pernah pengsan,” katanya ketika menafikan laporan berkenaan.

Pihak pengurusan hotel bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan demi privasi pelanggan mereka. 

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel melibatkan Menteri Pertahanan Malawi, Ken Kandodo. ~  Maklumat.my




Kes menteri rogol amah dilapor ke SPRM


KUALA LUMPUR 28 November: 

Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.

“Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia. Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.

“Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara,” katanya ketika dihubungi.

22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.

Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.

Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.

Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.

“Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.



Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. ~ KD


Kes rogol amah - Pengakuan rakan Robengah


TERHANGAT ! PROFESOR HENTAM KERAJAAN, 10 MINIT MEDIA UNTUK PAKATAN SEBAGAI " LAWAK BODOH " ..!!!



Penganalisis: Tindakan Pakatan menolak waktu siaran RTM tidak jejas sokongan pengundi luar bandar



Menurut maklumat dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia adalah di antara negara tertinggi menggunakan Internet dan telefon bimbit di Asia.

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Jangkauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengecut berbanding Internet mungkin tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata penganalisis, mengulas tindakan pembangkang persekutuan itu menolak tawaran 10 minit Putrajaya bagi semua parti politik untuk membentangkan manifesto pilihan raya mereka di televisyen nasional.

Penonton luar bandar — dilihat membentuk blok sokongan tradisional Barisan Nasional (BN) — kini tidak hanya terhad kepada radio atau program televisyen di stesen penyiaran nasional kerana penggunaan internet telah meluas ke seluruh negara menyebabkan capaian terhadap media baru dan media sosial melebar.

Prof Madya Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak bersetuju dengan pandangan konvensional parti PR telah melepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak undi melalui masa penyiaran RTM.

“Bagi saya, ianya masih rendah berbanding Internet, SMS, Facebook, Twitter,” katanya dan menambah media sosial yang beliau nyatakan mencapai 91 peratus penggunaan.


Rakyat Malaysia yang bergantung kepada televisyen dan radio sebagai sumber maklumat politik masing-masing hanya 24 peratus dan 53 peratus, kata timbalan dekan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni kepada The Malaysian Insider, memetik kajian nasional dilakukan oleh universitinya tahun lepas.

Menurut maklumat dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia adalah di antara negara tertinggi menggunakan Internet dan telefon bimbit di Asia.


Kadar penembusan jalur lebar negara dicatatkan pada 66 peratus daripada kira-kira 6.74 juta isi rumah atau 21 peratus daripada 29 juta orang penduduk pada suku keempat tahun 2012, berdasarkan angka daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) manakala pemilikan telefon pintar berdiri pada 27 peratus tahun lepas, menurut pasaran penyelidik AC Nielsen.Sebagai perbandingan, penyiar kebangsaan RTM dengan dua saluran televisyen mempunyai 21 peratus penonton, manakala stesen televisyen swasta mengawal lebih daripada 70 peratus pasaran, lapor harian Bahasa Inggeris New Straits Times pada April lepas. Laporan Bernama pada Januari 2008 meletakkan dua saluran RTM menggabungkan bahagian pasaran pada 26 peratus.

Shaharudin mencadangkan, PR boleh meneruskan menyampaikan mesej di bawah melalui muka ke muka, menyatakan kajian sama 2012 telah meletakkan kepentingan menyebarkan risalah, lawatan pintu ke pintu dan mengadakan ceramah masing-masing pada 80 peratus, 75 peratus dan 70 peratus.

Ahli akademik itu juga berkata, masa 10 minit untuk setiap parti politik menjelaskan manifesto mereka adalah terlalu pendek.

Walaupun beliau meragui lanjutan masa siaran akan memberi apa-apa perbezaan kepada PR atau membantu pakatan pembangkang memenangi lebih banyak sokongan daripada pengundi luar bandar, Shaharuddin berkata ia akan menunjukkan kepada pengundi “keterbukaan” BN.

Penganalisis komunikasi politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Badaruddin Othman bersetuju penolakkan PR terhadap tawaran kerajaan menyebabkan kehilangan peluang untuk sampai kepada pengundi atas pagar dan luar bandar.

Akan tetapi beliau mengatakan ianya bukan kehilangan besar, menegaskan pembangkang telah menggunakan kaedah lain dalam pilihan raya lalu.

“Walau bagaimanapun, penarikkan diri PR dalam program 10 minit itu bukanlah satu kehilngan besar kerana PR tidak pernah diberikan peluang dan ruang dalam media arus perdana sebelum ini.

“PR masih lagi yakin dengan kaedah menyebarkan maklumat politik dan manifesto melalui kaedah sedia ada,” kata Mohd Badarudin.

Seorang lagi penganalisis Prof Dr Jayum A Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengatakan PR juga tidak akan kalah kepada BN seperti beberapa dekad yang lalu, walaupun mereka tidak mengambil tawaran masa siaran RTM.

Beliau menegaskan komunikasi bukan lagi “monopoli” kerajaan BN.

“Saya tidak fikir ini menyebabkan kekurangan kepada mereka,” katanya dan menambah, “Mereka akan mempunyai cara lain untuk mencapai pengundi luar bandar.”

Jayum berkata kerajaan tidak perlu bimbang pemimpin akan membuat kenyataan berapi-api atau membuat tuduhan yang tidak adil apabila bercakap secara langsung, kerana terdapat undang-undang untuk berurusan dengan situasi sedemikian.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi amaran terhadap membuat kenyataan memfitnah, kenyataan menyentuh keselamatan negara atau isu-isu sensitif, memperkecilkan hak asasi manusia atau menghina Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mengumumkan tawaran 10 minit di televisyen kepada parti politik untuk membentangkan manifesto Pilihan Raya 2013 mereka.

“Tawaran adalah baik tetapi saya rasa tawaran tersebut tidak perlu bersyarat. Kita mesti matang, kita mesti benarkan pemimpin parti untuk menjelaskan kepada rakyat tanpa apa-apa sekatan,” kata Jayum dan membangkitkan tentang ketakutan PR terhadap video rakaman awal akan diedit.

“Isu sebenarnya adalah rakyat berhak untuk mendengar mesej dari semua parti politik yang bertanding,” katanya.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak juga mengatakan waktu siaran yang diberikan kepada PR untuk membuat pembentangan adalah terlalu pendek, menyatakan kebimbangan pembangkang adalah masa siaran dan kemungkinan video rakaman akan diedit.

“Saya fikir ianya adalah lawak sinikal bagi pihak kerajaan untuk menyatakan itu, untuk menawarkan hanya 10 minit.

“Bagaimana sesiapapun mahu menyampaikan mesej dalam 10 minit?” soal beliau.


Aeria berkata beliau menyokong untuk reformasi total industri media dan menggesa Putrajaya untuk menghapuskan lesen penerbitan tahunan yang dikehendaki oleh undang-undang, serta menghalang parti politik daripada mengawal kepentingan dalam syarikat-syarikat media seperti yang dilihat pada masa ini.

“Mereka perlu berhenti mengawal media,” katanya, merujuk kepada kerajaan BN.

Mingg
u lepas, beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider media sosial dan Internet mempunyai kesan terhad sebagai alat kempen politik, walaupun mempunyai jangkauan luas.

Statistik terbaru SKMM menunjukkan orang-orang di kawasan bandar menguasai pengguna internet di negara ini, menjadikan sehingga 89.7 peratus berbanding penduduk luar bandar pada kadar 10 peratus pada tahun 2009.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengakui bahawa sesetengah pengundi luar bandar kekurangan akses internet, tetapi berkata parti itu berharap bahawa akan ada menjadi “kesan riak” dari bandar ke kawasan luar bandar, berikutan pelancaran Ubah.TV stesen televisyen internet semalam.

Pengundi di kawasan bandar cenderung untuk condong ke arah pembangkang, manakala kerusi luar bandar kebiasaannya merupakan kubu kuat BN boleh memainkan peranan yang besar dalam menentukan siapa yang menang Pilihan Raya 2013.

Pemimpin pembangkang seringkali merungut tentang kurangnya laporan adil dan peruntukkan masa siaran dalam medium tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio – sumber arus perdana yang dikawal oleh gabungan pemerintah BN yang bergantung kepada pengundi luar bandar.

BERITA GEMPAR ! NAJIB TANGGUH BUBAR HARI INI KERANA DIUGUT MCA...!!!


Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini


Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.

Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.

Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?

Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.

Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.

Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?

Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.


Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.

Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.

MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak langsai?

Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.

Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya.
~ mso

29 Mac 2013

TERHOT ! KG.SIMUNUL DIGELAR MINI FILIPINA...MENGAPA SIAPA TIDAK PEDULI SEBELUM INI..???

PERKAMPUNGAN Air Simunul, Semporna, berlaku pertempuran yang menyebabkan enam anggota polis maut.

MINI FILIPINA : Rupanya Kg Simunul Telah Lama Menjadi "Perkampungan Samseng"

Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.

Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.

Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

Mungkin disini  kubu kuat Kiram , 39 Ahli Keluarga Kiram Menetap Di Semporna???

Sebanyak 39 daripada 183 kenalan komander kumpulan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram di laman sosial Facebook  SINI  dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.


Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.



Gambar: BARU BUKA MATA...

BELIAU JUGA KOMANDER YANG MEMBERI ARAHAN SEJAK PENCEROBOHAN KUMPULAN PENGGANAS DI LAHAD DATU.

Lelaki berusia lewat 40-an yang juga didakwa sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' itu berpangkat jeneral lima bintang dan bertindak sebagai komander yang memberi arahan sejak pencerobohan kumpulan pengganas itu di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.

Identiti lelaki tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa mengadakan sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di sini hari ini.

Bagaimana pula ahli keluarga beliau di Sabah mereka harus dipantau oleh pihak  
keselamatan.



MAYAT....Beberapa anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna semalam.

Salib orang kuat Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah. Datu Piah yang masih diburu oleh pihak keselamatan.


PANAS ! PENGERUSI MCA SELANGOR RAYU JANGAN BAGI TELUR PADA KAMI , JANGAN RISAU PM ANDA PUN DAH TAKADA TELUR '...!!!


'Tolong jangan bagi telur pada kami'

Pengerusi MCA Selangor Donald Lim Siang Chai merayu pengundi di negeri itu agar tidak menolak terus parti itu di Selangor kerana mereka telah bekerja keras berbakti kepada rakyat sejak lima tahun lalu walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.
"Walaupun pengundi telah menolak kami dalam pilihan raya umum yang lalu, kami tetap meneruskan khidmat kami.

"Saya harap rakyat berilah kami sedikit undi, janganlah bagi kami telur (tiada kerusi langsung)," beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara dengan Oriental Daily News.

MCA bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 14 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Namun, mereka hanya memenangi satu kerusi parlimen (Pandan) dan dua kerusi dewan undangan negeri (Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bharu).

Naib presiden MCA dan timbalan menteri kewangan itu dilaporkan berkata MCA Selangor mempunyai keahlian di peringkat negeri yang paling ramai dalam Malaysia.

Perkara itu katanya menjadikan Selangor berpotensi untuk menjadi sumber kekuatan BN untuk merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan ke-13.

TERHOT ! PKR NEGERI SEMBILAN SABOTAJ PROGRAM NAIB PRESIDEN SENDIRI..?



Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua – Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2.

Penganjuran ceramah yang berkisar ‘genre’ isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMM dan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.


SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMM yang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri.

 Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan.


Edy Noor Reduan -Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia



DAP LANCAR Ubah.Tv - 10 minit nak masak mee maggi pun tak sempat...demokrasi taik kucin...

Saluran TV 24-Jam Pilihanraya Umum Malaysia ke-13


(Donate Here for the DAP General Election Fund 
& to help us run Ubah.TV!)



LINK UBAH.TV  SINI

TV DAP mahu Najib jadi tetamu pertama

Stesen televisyen Internet DAP UbahTV berikrar mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu pertama bagi membuktikan sikap liberal dan menghormati hak untuk menjawab kepada semua pihak.

Selepas itu barulah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Memang benar UbahTV dimulakan oleh DAP untuk memberikan cerita kami tentang sesuatu berita, tetapi kami sedia memberikan sebelah pihak lagi hak untuk menjawab," kata Lim dalam sidang media selepas melancarkan saluran Internet di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga membangkitkan keadaan sebaliknya apabila pembangkang dikecam hari demi hari oleh media arus perdana yang dikuasai dan dimiliki oleh kerajaan.



Lihat Twitter  dari LGE :

LGE: "Kita mahu hak utk menjawab bila kita dihina, dicaci, difitnah. We must break the monopoly of lies & distortion by BN." Watch ubah.tv!


@cmlimguaneng : kebebasan akhbat tak ada di Malaysia, itu sebabnya kita perlu lancarkan stesen Ubah.tv, 10 minit airtime boleh buat apa?

Menyusul lagi.....

TERHANGAT ! USTAZ AZIZAN PERLI TUN MAHATHIR...HABIS TARIKH DAH, PI MAIN JAUH-JAUH...

Faktor ‘Dr M’, perpecahan PAS bukan halangan menang PRU 13, kata MB Kedah


Azizan Razak: “Tiada langsung impak Mahathir ... dia punya ‘time is over’.”

Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mempertahankan Kedah dalam Pilihan Raya 2013, walaupun pengaruh besar Tun Dr Mahathir Mohamad dan terdapat perpecahan dalaman PAS di negeri jelapang padi itu.

Bekas perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu dilihat bergiat aktif berkempen membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya akan datang termasuk bagi merampas semula negeri Kedah dan terdapat khabar angin tentang kemungkinan BN akan meletakkan anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai calon menteri besar.


“Ingatan saya sepanjang menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah, tiada langsung impak Mahathir ini,” kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

“Sebab orang marah kepada dia ... Mahathir, dia punya ‘time is over’. Dah lepas. Saya tau, saya ketua Kedah,” tambah beliau lagi.

Azizan walau bagaimanapun tidak gentar jika BN Kedah meletakkan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu sebagai calon menteri besar.


“Tak dak apa-apalah Mukhriz ni. Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya. Benda ni macam you naik kapal dalam laut, kadang ombak besar, kadang ombak kecik, biasalah,” tambah beliau.

Azizan juga tidak menganggap isu perpecahan dalaman PAS diantara kumpulannya dan kumpulan Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, sebagai satu masalah besar yang akan menjejaskan parti tersebut.

“Semua parti ada perpecahan, Umno yang berpecah teruk sekarang ini. Berebut nak jadi MB... Kedah ni samalah, mereka cuba buat cerita,” kata Azizan.

Sebelum ini, media melaporkan timbul kemarahan bagi sesetengah pihak dalam parti tersebut kerana dikatakan PAS Kedah menghantar senarai calon baru ke Ibu Pejabat parti di Kuala Lumpur dengan mengetepikan calon-calon yang dilihat menentang Azizan termasuk mereka yang mahu menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

Antara yang dikatakan bakal ditukar adalah Phahrolrazi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh (Exco); Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Exco) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang).

Azizan Razak: Mukhriz? “Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya.”The Malaysian Insider difahamkan Phahrolrazi akan ditukarkan dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke kerusi Parlimen Jerlun, manakala Ismail dan Hamdan akan digugurkan, termasuk Mohd Hayati kerana memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Apabila ditanya kepada Azizan mengenai perkara ini, dengan bersahaja beliau menjawab: “Saya pun tidak tahu lagi, esok panel pencalonan akan keluar dari PAS Pusat,” katanya merujuk kepada senarai calon yang akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS tidak lama lagi.

Sepanjang lima tahun mentadbir negeri Kedah selepas 8 Mac 2008, terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Azizan yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR untuk mentadbir negeri tersebut.

Saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat.” — Azizan Razak

“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah. Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.

Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.

“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.

“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.


Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi dan bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Perak walau bagaimanapun, kembali semula ketangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.

28 Mac 2013

PECAH BERITA ! BILLION VENTURE ( KELUARGA HII ) SAPU TANAH SARAWAK 32,000 HEKTAR..!!!


Billion Venture Lawan “Penduduk Setinggan” – Sebuah Kisah Di Sebalik Rampasan Tanah NCR Dilakukan Keluarga Hii


Papan tanda yang melambangkan jutaan kesengsaraan bagi orang pribumi Sarawak.

Huang Lung Ong merupakan seorang peguam yang dirakamkan dalam video tersembunyi yang mewakili keluarga Hii dalam cubaan mereka menjual 32,000 hektar tanah hutan berlesen untuk tujuan perladangan di bawah nama syarikat mereka, Billion Venture.

Kini Sarawak Report dapat mendedahkan dengan lebih lanjut bahawa peguam ini telah menyembunyikan bukti-butki penting dari pengetahuan bakal pelanggannya.

Ini kerana lesen yang dipegang oleh Billion Venture itu merupakan suatu kes menentang kaum pribumi di Sarawak, dan perbicaraannya akan didengar dalam mahkamah pada hari Rabu ini!

Kes tersebut merupakan kes terpenting di Sarawak yang dilihat menyatupadukan tiga suku kaum pribumi di daerah Limbang, yang telah bersatu untuk menentang Kerajaan Negeri kerana dituduh membahagikan tanah-tanah mereka tanpa sebarang perundingan atau proses-proses yang wajar di bawah undang-undang.



Huang menjelaskan jumlah potongan yang diminta oleh Taib.

Komuniti-komuniti orang pribumi ini adalah Penan, Kelabit dan Lun Bawang, yang menduduki kawasan di hulu Limbang.

Ini merupakan sebuah kawasan hutan sehingga ke akhir tahun 1980-an, apabila Taib Mahmud telah mematahkan sekatan jalan bagi menghalang kemasukan para pembalak, yang telah diberinya lesen-lesen untuk meneroka di situ.

Namun Huang tidak memberitahu ‘pelanggannya’ mengenai kes ini, yang telah disuruhnya untuk menjelaskan RM230 juta kepada syarikat yang ditentang oleh komuniti-komuniti yang bertindak selaku plaintif yang dikatakan tiada hak ke atas tanah yang cuba dijual oleh keluarga Hii itu.
Sebaliknya dia memberitahu kepada para penyiasat dari NGO Global Witness itu bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan geran pada tanah itu.


Lesen yang diberikan secara rahsia kepada keluarga Hii, salah satu darinya sedang dibicarakan.

Aduan daripada pemilik-pemilik tanah NCR itu adalah Billion Venture telah secara rahsia diberikan tanah NCR yang dimiliki tidak kurang dari tiga komuniti orang pribumi di kawasan Limbang oleh Ketua Menteri dalam tahun 2002 dulu.

Konsesi itu merangkumi sebuah Lesen Hutan Ditanam Semula LPF/0027, dan juga dua buah lagi konsesi lumayan kayu Belian di kawasan berhampiran.

Namun, tiada satupun pihak, sama ada Ketua Menteri, Jabatan Tanah dan Survei ataupun syarikat Billion Venture, telah memberitahu orang-orang tempatan mengenai urusniaga yang telah dijalankan atas tanah mereka itu.

Jabatan Tanah dan Survei kawalan Taib Mahmud tidak memberi amaran kepada penduduk pribumi itu bahawa tanah hutan mereka telah diambil untuk dijadikan kawasan pembalakan dan seterusnya menjadi konsesi perladangan. Mereka tidak memberitahu penduduk mengenai apa-apa konsesi yang dilibatkan. Mereka tidak memberikan khidmat perundangan atau khidmat nasihat. Mereka tidak berusaha untuk mengajak orang-orang pribumi itu merundingka pampasan.

Kesemua ini merupakan pelanggaran undang-undang dan perlembagaan, sebagaimana kes di antara kaum-kaum pribumi dengan Billion Venture Sdn Bhd, dan juga menentang Kerajaan Negeri kerana terlibat mengeluarkan lesen-lesen itu.


Dakwaan terhadap Kerajaan Negeri Taib Mahmud kerana bertindakan dengan menafikan undang-undang memberikan lesen-lesen tanpa membahagikan hak atas tanah NCR dari penduduk pribumi, yang telah menetap di situ “sekian lama”

Tanpa memohon membahagikan hak orang pribumi dan berjumpa dengan mereka dengan cara yang sepatutnya, para pemegang lesen-lesen itu telah secara rahsia mengendalikan transaksi selama beberapa tahun, sehinggalah jentolak memasuki kawasan mereka buat kali pertamanya baharulah mereka sedar akan rancangan Taib Mahmud menebang kawasan itu.

Berapa kalikah kita pernah mendengar tipu helah ini dijalankan di Sarawak dan apakah alasan Taib Mahmud pada minggu lalu bahawa semua yang dilaksanakan di Sarawak adalah “mengikut prosidur”?



Sebuah lesen kawasan hutan tanam semula yang luas dan juga dua buah konsesi untuk mendapatkan kayu Belian untuk syarikat keluarga Hii, Billion Venture Sdn Bhd.

Pada masa komuniti-komuniti pribumi ini mengetahui bahawa tanah mereka telah diambil. Pada mulanya di bawah sebuah lesen membalak kepada syarikat Ravencourt Sdn Bhd yang dikaitan dengan syarikat Samling dan seterusnya sebagai lesen perladangan kepada Billion Venture, ianya sudah terlambat.

Dan pada masa mereka telah berjaya mendapatkan khidmat guaman dan menjadikan pencerobohan itu sebagai sebuah kes, syarikat-syarikat yang kaya ini dan juga peguam-peguam Jabatan Tanah dan Survei Taib Mahmud dapat menghujahkan bahawa tempoh untuk mengemukakan bantahan telah tamat!

Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Taib Mahmud, keluarga Hii, keluarga Yaw dari Samling dan defenden-defenden yang lain dalam kes ini bahawa mereka telah sebenarnya melanggari undang-undang.

Para penduduk pribumi telah dibiarkan tidak mengemukakan bantahan dalam masa 36 bulan, maka setelah tamatnya tempoh berkenaan, undang-undang sudah tidak dapat dikuatkuasakan lagi!

Apa yang mengejutkan adalah hakim asal yang mendengar perbicaraan itu telah menerima alasan melampau defenden-defenden itu dan menafikan kes asal atas sebab-sebab teknikal apabila kerajaan negeri sendiri telah melanggari undang-undang dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang-orang pribumi.


Adakah ianya menjadi suatu kesilapan mereka kerana tidak mengupah peguam mengenai masalah di mana tiada seorangpun yang dapat memberitahu mereka mengenai apa yang berlaku?

Memandangkan para pemilik tanah NCR itu telah gagal mengemukakan aduan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sebaliknya mereka telah mengemukakan petisyen dalam tahun 2011, hakim yang mengendalikan kes itu telah secara rasminya membatalkannya!

Tetapi bagaimana orang-orang pribumi yang miskin dan daif ini dapat mengadu jika tiada siapa yang memberitahu mereka mengenai apa yang berlaku dan juga kewujudan lesen-lesen itu tidak diumumkan?

Dan bagaimana pula kita mengharapkan komuniti-komuniti ini yang tidak mpandai membaca atau menulis dan tiada punca pendapatan yang baik telah secara tiba-tiba dijangka dapat mengupah peguam-peguam untuk memperjuangkan kes mereka?

Sepatutnya, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama bagi Taib Mahmud sebagai seorang pemimpin negeri mempastikan bahawa para pemilik tanah-tanah NCR diberitahu sepenuhnya mengenai rancangan dan keputusannya dan juga diberikan kemudahan untuk mendapatkan khidmat guaman dan proses-proses mendapat pampasan secara wajar.

Sebaliknya Taib Mahmud memilih untuk melanggari prosidur yang digariskan oleh undang-undang dan merampas hak-hak milik orang-orang pribumi yang miskin itu. Rampasan itu sengaja dilakukan oleh Taib Mahmud dan para kroninya yang tamak dan rakus ke atas tanah tumpahnya sendiri selama 32 tahun pemerintahan berdiktatornya itu.


Ketua PKR Sarawak, Baru Bian merupakan peguam yang membela orang-orang pribumi di Limbang menentang syarikat Billion Venture selama 6 tahun.

Namun orang-orang Limbang kini sedang berjuang menentang pembersihan kaum dan juga pemusnahan yang dibawa.

Kes persengketaan tanah di Limbang itu merupakan suatu cintoh yang jelas mengenai ketidakadilan terhadap pemilik-pemilik tanah NCR di Sarawak dan ianya telah berjaya menyatupadukan ribuan orang pribumi dari pelbagai kaum etnik bekerjasama buat pertama kalinya menentang ketamakan dan kejahatan rejim Taib Mahmud.


Kaum-kaum yang terjejas adalah Penan, Lun Bawang dan Kelabit.

Walaupun telah dinafikan oleh sistem undang-undang, di mana di Malaysia ianya merupakan suatu sistem yang telah menjadi korup kerana campurtangan politik, mereka tetap enggan menerima penutupan kes ini.

Lagipun, undang-undang tanah Taib Mahmud yang berkontroversi itu kini telah dianggap tidak sah di peringkat Mahkamah Tinggi Persekutuan.
Mengapa harus Ketua Menteri itu tetap berusaha merompak orang-orangnya sendiri menggunakan teknikaliti yang lemah

Komuniti-komuniti ini telah dibantu oleh peguam tanah adat iaitu ketua PKR Sarawak Baru Bian dan mereka kini telah berjaya mendapat kebenaran untuk merayu menentang penutupan kes itu.

Dengan bertambahnya kejayaan menangani kes-kes tanah NCR yang “nakal-nakal” ini, keluarga-keluarga golongan kroni seperti Hii dan Yaw harus berasa tidak selesa dengan kembalinya perbicaraan itu.


Komuniti-komuniti yang dahulunya telah ditindas secara berasingan kini bangkit bertindak secara bersatu-padu menentang salahlaku Taib Mahmud dan kroni-kroninya di dalam mahkamah.

Lagipun, dengan menjelangnya pilihanraya, setiap orang dapat melihat bahawa apa yang dilakukan oleh Taib Mahmud itu adalah jahat, salah dan tidak bermoral … oh dan ya, melanggari undang-undang.

Sudah tentunya sukar untuk dipastikan sama ada mahkamah-mahkamah berani membetulkan ketidakadilan seperti ini.

Lagipun Taib Mahmud dan keluarganya dan juga rakan-rakannya lebih gemar melabelkan para pemilik tanah itu sebagai “penduduk setinggan”, bagi membolehkan mereka membahagikan kawasan mereka dan menjualkan semula dengan harga berbillion-billion ringgit.

Namun para hakim yang mereka lantik secara politik biasanya enggan bersekongkol dengan mereka.

Orang-orang pribumi boleh mengharapkan keadilan menyebelahi mereka pada hari Rabu ini, tetapi tempat sebenar bagi mengendalikan isu-isu ini bukanlah di mana-mana sistem mahkamah yang korup di Sarawak, tetapi menerusi perubahan pada kerajaan.

Rancangan jahat dan jahil syarikat keluarga Hii, Billion Venture boleh dihalang jika para pengundi mampu menentang penipuan dalam pilihanraya nanti.

Balu-balu wira negara bersyukur, RM20,000 S’ngor ringankan beban



Balu wira negara bersyukur, RM20,000 S’ngor ringankan beban

SHAH ALAM 28 MAC: Empat balu wira negara yang terkorban dalam operasi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menerima sumbangan RM20,000 seorang daripada Kerajaan Selangor hari ini.

Mereka yang dibawakan khas ke bangunan Pejabat Setiausaha Selangor (SUK) bagi menerima bantuan itu bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut serta, balu kepada Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, Noor Aziah Noor, 28, yang terlebih dahulu menerima bantuan sama pada 15 Mac lalu.

Marlinah Utan, 38, balu kepada Sarjan Salam Togiran yang meninggal dunia pada 2 Mac lalu memanjat kesyukuran di atas keprihatin Kerajaan Selangor dengan nasib beliau dan empat anaknya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor, khasnya Menteri Besar, kerana sudi memberi bantuan kepada kami untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Dengan bantuan ini, saya akan menggunakan untuk tampung persekolahan anak-anak dan perbelanjaan seharian kami,” kata surirumah itu pada majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada Waris Wira Negara (Ops Daulat Lahad Datu).

Sementara itu, Noor Aziah mengucapkan terima kasih dan berharap bantuan itu akan digunakan sebaik mungkin.

“Dengan duit ini saya akan teruskan kehidupan kami anak beranak. Saya bersyukur kerana Menteri Besar prihatin dengan kami yang baru kehilangan ketua keluarga,” kata Noor Aziah yang bertugas sebagai guru.

“Apa pun kehidupan mendatang mesti diteruskan dengan membesarkan anak-anak dan saya sendiri akan mula mengajar selepas cuti sekolah,” katanya yang turut membawa kedua-dua anaknya.

Seterusnya, balu kepada mendiang ASP Michael Padel, Jabah Mingku, 34, yang tidak mampu menahan sebak menitiskan air mata ketika berkongsi perasaannya kehilangan suami tercinta.

“Perasaan sedih masih lagi kami rasai. Paling menyedihkan apabila anak setiap malam minta untuk memeluk bapanya. Tuhan sahaja tahu perasaan saya.

“Saya rasa terharu dengan bantuan dan sokongan moral diberikan Menteri Besar. Kami bukan sahaja perlukan wang, tetapi sokongan,” katanya.

Seorang lagi yang turut menerima bantuan tersebut melalui warisnya adalah Siti Badorah Mahalil, balu kepada Sarjan Abdul Azis Sarikon.
Hadir sama, Presiden dan Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Tian Chua; Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, wakil angkatan tentera, Exco-exco Selangor dan keluarga wira negara.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan Selangor menyatakan sokongan penuh kepada anggota keselamatan negara.

“Kita tetap teguh mendokong pasukan keselamatan sama ada polis atau tentera. Kta berdoa moga mereka kekal selamat dan bersemangat mempertahankan negara dan rakyat daripada ancaman penceroboh.

“Wang ini adalah dari tabung bantuan RM10 juta untuk dilaburkan kepada pihak yang memerlukan bagi kepentingan terutamanya untuk persekolahan anak-anak,” kata Menteri Besar.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut memberi bantuan sama kepada balu Sarjan Sabaruddin Daud, Nurul Nisa Abu Bakar.
– NS

PECAH BERITA ! KOREA UTARA SERANG RUMAH PUTIH & BANGUNAN KONGRES DI AMERIKA SYARIKAT !!! [ + VIDEO SERANGAN ]






Video ini turut memaparkan Rumah Putih menjadi sasaran penembak hendap.

Pyongyang tayangkan video serangan...

PYONGYANG - Memetik laporan AFP, kelmarin, video berjudul Firestorms will rain on the Headquarters of War berdurasi empat minit tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.

Mereka turut menggelar AS sebagai 'pembuli' yang menghalang program nuklear Korea Utara menerusi paparan gambar pesawat pengebom B-52 dan kapal perang USS.

Pyongyang hasilkan video provokasi

Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Awal bulan lalu, laman propaganda Pyongyang, Uriminzokkiri turut memuat naik video yang menunjukkan New York musnah akibat serangan peluru berpandu.

Kira-kira dua minggu selepas itu, sebuah lagi klip memaparkan Presiden Barack Obama dan tentera AS terbakar akibat letupan nuklear pula dihasilkan.

Konflik antara Korea Utara, Seoul dan AS semakin meningkat sejak awal bulan lalu selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



North Korea releases video of 'defeating' US troops


PECAH BERITA ! SPRM SERBU FIRMA GUAMAN YANG TERLIBAT SKANDAL TAIB MAHMUD....





SPRM serbu firma peguam dalam video Global Witness

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa Global Witness.

Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.

Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.

Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.

Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.

Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.

Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkan bahawa Chong tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.


VIDEO TAIB : NAJIB SERAH KEPADA SPRM


KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video mengejutkan mengenai skandal pembalakan Sarawak.

Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


"Pelacuran dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang akan selesai sekelip mata," katanya.
Dalam artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen.

Akhbar perniagaan itu juga menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah melibatkan kontrak kerajaan, dan Malaysia berkendudukan ke-54 daripada 176 negara berdasarkan kaji selidik indeks persepsi rasuah Transparency International Malaysia's (TI-M) 2012

Najib dilihat mencuba sedaya upaya bagi merubah negara termasuk membasmi rasuah, namun beberapa siri pendedahan rasuah melibatkan pentadbiran dan pemimpinnya berterusan berlaku.
Dalam pendedahan terbaru kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London, Global Witness, menjadikan Taib (gambar) perhatian dalam video melibatkan penyiasatan terhadap skandal balak rasuah.

Video bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State", menunjukkan rundingan oleh penyiasat GW dengan sepupu Taib dan beberapa orang tengah untuk membeli beberapa ribu hektar tanah hutan, yang mana kumpulan itu mendakwa menjadi kawasan petempatan ribuan masyarakay pribumi.
Taib bagaimanapun menafikan penglibatannya dan kerajaan yang dipimpinnya, malah kerajaannya juga telah memulakan inisiatif sendiri bagi menyiasat sama ada video itu adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kredibilitinya dalam PRU13.

FT berkata, pasukan Najib berkemungkinan tewas oleh Pakatan Rakyat (PR), perikatan antara pembangkang, PKR, DAP dan PAS yang semakin kukuh sejak lima tahun lalu.

TERHANGAT ! LIMA 2013 - TUDM MALAYSIA DIHINA...KERJA HARAM JADAH...



LIMA 2013 - Tentera Udara Diraja Malaysia di hina!..

Bagi aku pilot-pilot jet pejuang TUDM terpaksa mengutamakan nyawa mereka dari pertunjukkan aerobatik dengan menggunakan pesawat yang belum tentu 100% selamat dari sesuatu bencana...


Tetapi ada pihak tak kiralah dari belah mana pun memperlekehkan kebolehan pilot-pilot TUDM...



BLOG YANG MENYAMAR PENDOKONG PR


Baca sepenuhnya - Klik Sini

Kalau siapa yang kenal pengendali blog Suara PR boleh suruh dia pula bawa jet pejuang tu... ada berani.
..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...