12 Mac 2011

Kg Baru: Pemilik tanah mahu deklarasi depan MP

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Satu majlis Deklarasi Pemilik dan Pewaris Tanah Kampung Baru kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia akan diadakan pada 14 Mac ini bertempat di Dewan Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Program yang akan bermula jam 9 malam itu dianjurkan Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang ditubuhkan atas inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa.

Penasihat Undang-undang sekretariat itu, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi berkata, program tersebut adalah usaha menemukan penduduk di enam buah kampung di Kampung Baru dengan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk menyatakan permasalahan dan kebimbangan mereka terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) yang kini datangguhkan untuk dibentang di Parlimen.

"Untuk program ini kita jemput semua ahli parlimen sama ada dari pembangkang ataupun kerajaan.
"Penduduk sendiri akan bercakap dengan mereka," jelasnya sambil menafikan isu pembangunan Kampung Baru yang dibawa selama ini bukan retorik politik Pakatan Rakyat semata-mata.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin sebelum ini menyatakan hasrat kerajaan untuk menangguhkan perbahasan (RUU PPKB 2010) dalam sesi Parlimen bermula 7 Mac hingga 7 April ini.Bacaan kali pertama RUU itu sebelum ini dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat, Disember tahun lalu.

Penangguhan itu didakwa ekoran desakan dan luahan rasa pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang tidak senang dengan akta itu kerana mereka tidak dilibat sama dalam perbincangan jawatankuasa itu sebelum ini."Majoriti pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru ini sebenarnya mahu rang undang-undang itu dimansuhkan, bukan ditangguhkan.

"Melalui program ini kita nak supaya ahli-ahli parlimen dengar suara penduduk dan boleh membawanya ke Dewan Rakyat," katanya.Dalam program itu juga katanya, pemimpin atau wakil-wakil parti termasuk Umno akan deberi peluang untuk bercakap dan menyatakan pandangan balas.

Ianya juga merupakan program kemuncak selepas sebulan mereka turun ke kampung-kampung dalam siri roadshow mereka bagi menjelaskan kesan RUU tersebut."Jika tidak ada apa-apa perkembangan positif juga dari kerajaan selepas ini, kami akan bergerak untuk menghantar memorandum kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

BUKAN 50,000, TETAPI 500,000 TIADA MYKAD

Oleh: SURIATI MAHMUD

KENYATAAN Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Datuk Haji Jaffear Henry bahawa terdapat lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan telah disangkal.

Penulis Kontroversi, Mutalib M.D menolak angka yang dinyatakan Jaffear kepada media kelmarin kerana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad.

Mutalib yang sebelum ini menulis empat buah buku penuh kontroversi, IC PALSU Merampas Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir; menekankan bahawa disebabkan masalah birokrasi dan intervensi politik, Jabatan Pendaftaran Negara keliru dengan tugas mereka.

“Jika mereka boleh memberi lebih 1.6 juta MyKad Malaysia kepada warga asing daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India yang berada ribuan batu jauhnya daripada Sabah, kenapa mereka tidak dapat menyelesaikan isu pemilikan MyKad hanya setengah juta rakyat Malaysia di Sabah yang berusia 12 tahun ke atas?,” tanya Mutalib yang menggesa agar Pengarah JPN yang baru lebih proaktif dan berkhidmat dengan penuh tanggung jawab untuk rakyat Sabah.

RAMAI....Jika Tungku mempunyai lebih 21,000 mereka yang tidak mempunyai MyKad, bagaimana dengan 60 DUN lain?

Isu pemberian MyKad kepada warga asing ini, kata Mutalib, bukan rahsia lagi kerana bukunya, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah telah diterima sebagai bahan bukti dalam Petisyen Pilihanraya Likas dan kesemua bukunya tidak pernah ‘diharamkan’ Kerajaan Malaysia; termasuk buku IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

“Dalam senario sekarang, Kerajaan Pusat tidak perlu menafikan kesilapan mereka memberi kad pengenalan biru dan serta merah kepada warga asing dan kini 99 peratus daripada mereka telah memiliki MyKad dan MyPR,” tegas Mutalib yang merasakan tiba masanya Kerajaan Pusat mendaftar semula semua warga asing yang mendapat MyKad projek dengan memberikan Kod Negara Kelahiran berdasarkan Negara asal mereka.

Tegas Mutalib, jika beliau yang dilahirkan di Kedah diberikan Kod 02, kenapa warga asing yang lahir di Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan sebagainya diberikan kod 12 atau 49 yang melambangkan seolah-olah mereka lahir di Sabah.

Mutalib yang mendapat taraf penduduk tetap Sabah pada 1974 berkata, Kerajaan Persekutuan telah mengkhianati rakyat Sabah dan ‘Negara’ Sabah dengan melakukan penghapusan ‘etnik’ melalui pengklonan warga asing sebagai warga Negara Malaysia tetapi kad pengenalan mereka hanya diproses atau dimohon daripada Sabah dan bukannya 13 negeri lain di Malaysia.

“Sebagai rakyat Sabah melalui kuat kuasa undang-undang, saya telah mempertaruhkan nyawa saya untuk membantu kerajaan mengenalpasti sindrom PATI. PATI telah menjadikan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia ketika Sabah berada di dalam lubuk emas,” ujar Mutalib yang menjelaskan berbilion peruntukan dana Kerajaan Persekutuan dan Negeri bocor kepada PATI yang menjadi rakyat Sabah melalui pintu belakang dan suku sakat mereka yang menjadikan rumah mereka sebagai koloni PATI sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mutalib menjelaskan, sebagai contoh, dalam gerakerja JPN bersama Pejabat Parlimen Silam pada 2009 untuk mendaftar 212 pemohon daftar lewat surat lahir dan 20 daftar lewat MyKad di Tanjung Labian, Tungku; tetapi amat mengejutkan kerana seramai lebih 21,000 orang telah datang untuk memohon daftar lewat kelahiran dan MyKad.

“Pendaftaran bergerak yang dilakukan oleh JPN memang amat baik dan tapisan keselamatan begitu ketat kerana mengikut peraturan pemohon wajib menandatangani surat akuan di hadapan Majistret Kelas Pertama, namun senario di kawasan pendaftaran tidak terjamin kerana bukan sahaja kekurangan kawalan keselamatan, malah ketiadaan Majistret Kelas Pertama,” tegas Mutalib yang mencadangkan agar JPN meminda Akta Pendaftaran Negara dengan menerima pakai Akta DNA bagi memudahkan urusan pengesanan dan pemberian taraf kerakyatan Malaysia.

JPN, kata Mutalib, hendaklah meningkatkan ciri-ciri keselamatan MyKad dan Sijil Lahir agar tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggung jawab kerana mudah begitu mudah dipalsukan; terutama ketika pilihanraya umum kerana beliau melihat ramai pemegang pasport Indonesia dan Filipina mendapat ‘MyKad Khas Untuk Mengundi’ daripada sindiket tertentu.

Berhubung dengan gerakerja beberapa pihak untuk mendapatkan tandatangan rakyat Sabah bagi mendesak penubuhan Suruhan Siasatan Diraja (SSD) sebagai susulan daripada memorandum yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing; Mutalib menyifatkan sebagai satu usaha yang baik dan beliau telah menandatanganinya melalui Petisyen Online.

“Sebelum ini, saya dengan Datuk Patrick Sindu dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menghantar Memorandum Khas kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Mantan Perdana Menteri (Pak Lah) bersama kesemua buku yang telah saya hasilkan agar ditubuhkan SSD untuk tujuan yang sama, tetapi sehingga kini Tuanku dan PM belum memperkenankannya,” ujar Mutalib yang mengakui terpaksa hidup dalam keadaan waspada 24 jam disebabkan ancaman demi ancaman daripada PATI dan suku sakat mereka
sabahkini.net

Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur


Terence Netto

Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.

Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh. -malaysiakini

11 Mac 2011

Parlimen bubar awal Mei 2011

PM Thai bubar Parlimen awal Mei

BANGKOK, 11 Mac — Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berkata Parlimen negara itu akan dibubarkan minggu pertama Mei ini, membuka laluan kepada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum awal Julai.

Abhisit mengumumkan perkara ini selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan peraturan pilihan raya.

Sebelum ini beliau bercadang untuk membubarkan Parlimen pertengahan tahun ini. — Reuters

PAS, Melayu dan persepsi -PERANAN BLOGGER DITAGIH

PAS, Melayu dan persepsi

Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat.

Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu;

PAS dipergunakan oleh DAP.
PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
PAS derhaka kepada Sultan.
PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
PAS asyik nak bangkang sahaja.
PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
PAS suka mengutuk orang.
PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.

Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa.

Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN.

PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS.
PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama.
PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata ‘menatang’ kepada Sultan.
PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah ‘ali baba’. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan.
PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati.
PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh.
PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah.
PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat.
PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata.
PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.
Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS.

Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO.
Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.
Hasilnya, persepsi berikut yang timbul;

Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS.
PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam
PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli.
PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Ini satu kerugian yang sangat besar.

Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS.
Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu ‘gencatan senjata’, sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13. “

- Zakaria Ismail

Zakaria Ismail ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang
dari marhaen

Memoir Dr Mahathir tidak lengkap

‘Memoir Dr Mahathir’ dengan ‘memoir orang ramai’ yang lain banyak bezanya jika dipandang dari sudut perjuangan sebenar seorang pemimpin. Dr Mahathir telah menerajui kepimpinan Negara dan kepimpinan BN begitu lama dan saya beranggapan memoir yang ditulis beliau itu sedikit sangat, kerana terlalu banyak perkara yang beliau tidak tuliskan.

Lagi pun kalau dilihat dari isi kandungan buku yang ditulis beliau itu ianya melambangkan beliau lebih fokus kepada perkara peribadi sahaja dan amat sedikit yang ditulis tentang perjuangan rakyat dan perjuangan Melayu melalui parti UMNO yang asal dan parti UMNO baru yang beliau tubuhkan sendiri itu.

Banyak perkara yang beliau terlupa untuk menulisnya atau sengaja beliau lupakan kerana beliau tidak mahu fakta itu diketahui umum terutamanya kepada generasi yang baru.Beliau tidak mengakui yang beliau sengaja tidak mahu UMNO lama itu terus hidup kerana jika UMNO lama itu masih kekal hidup UMNO terpaksa mengadakan pemilihan lagi sekali. Itu perintah Hakim Harun Hashim. Mahathir takut untuk melalui pemilihan lagi sekali kerana takut menghadapi kekalahan.

Beliau tidak sebut yang mengikut Akta pertubuhan 1965 beliau selaku Menteri Dalam Negeri semasa itu, beliau boleh menghidupkan mana-mana pertubuhan yang telah diharamkan oleh mahkamah termasuk UMNO dengan menggunakan seksyen 70, iaitu seksyen yang akhir sekali di dalam akta tersebut. Tetapi jika beliau hidupkan UMNO itu beliau merasakan yang beliau terpaksa mengadakan pemilihan sekali lagi dan itulah yang amat ditakutnya. Bagi beliau, biar UMNO itu lebur, jangan kuasa beliau hilang.

Ramai di antara ahli UMNO semasa itu menyeru beliau untuk menggunakan seksyen itu untuk menghidupkan UMNO itu tetapi beliau enggan kerana sebab yang telah di sebutkan tadi. Semuanya kerana kepentingan peribadi beliau.

Beliau tidak mahu dan mengakui yang tindakan 38 Bahagian UMNO telah mencalunkan Tengku Razaleigh untuk menawarkan diri jawatan Presiden UMNO itu ialah kerana semasa itu sudah ada tanda-tanda apa yang sedang berlaku sekarang sudah mula berputik. Ahli-ahli UMNO telah meminta Tengku Razaleigh untuk menjadi pilihan kepada Dr Mahathir di dalam pemilihan parti 1987 dahulu. Semasa itu sudah mula nampak dengan jelas yang ada pihak yang sedang berkuasa sedang memperkayakan diri dan keluarga mereka.

Urusetia UMNO telah membiarkan beberapa cawangan yang tidak berdaftar dan ada beberapa orang yang tidak layak dan tidak dibenarkan menjadi perwakilan telah mewakili Bahagian-Bahagian dan tindakan itu menjadikan perwakilan UMNO itu tidak sah jika dipandang dari sudut undang-undang.

Hasilnya beberapa ahli-ahli UMNO telah berbincang untuk membawa keMahkamah untuk meminta mahkamah membetulkan keadaan itu dan mereka telah berunding dengan Abdullah Badawi di kediaman Pak Lah di Jalan Medang Kapas, Bukit Bandaraya semasa itu.

Menuduh Tengku Razaleigh yang membawa isu itu keMahkamah adalah tidak benar. Kepada sesiapa yang ingin tahu silalah bertanya kepada Pak Lah jika beliau mahu mengaku yang tindakan ke mahkamah itu adalah di atas galakan beliau.

Tengku Razaleigh hanya terlibat dengan kumpulan 11 orang ahli UMNO itu untuk menghidupkan UMNO melalui Mahkamah Agong dan usaha ini telah dihalang oleh Mahathir dengan menggunakan kuasa yang tidak betul dan tidak bermoral. Beliau telah membuang Ketua Hakim Negara itu dan empat Hakim Mahkamah Agong yang lain memlalui penubuhan Tribunal yang juga menjadi isu yang memalukan dan dari saat inilah institusi kehakiman negara punah ranah dan tidak kebah sehingga hari ini.

Dr Mahathir juga patut memasukan juga di dalam memoir beliau bagaimana Tribunal pemecatan Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain ditubuhkan. Tribunal itu ditubuhkan pada 1hb Mei 1988 dan ianya sangat memalukan kerana Tribunal ini ditubuhkan dengan seribu satu macam spekulasi yang buruk yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sesiapa yang masih mengingati peristiwa itu. Peristiwa itu amat menyayat hati bagi sesiapa yang sayangkan negara yang semasa itu mempunyai tahap demokrasi yang amat membanggakan.

Nasihat PM kepada Yang diPertuan Agong untuk menubuhkan Tribunal itu dibuat pada 1 hb Mei 1988. Persetujuan Yang di Pertuan Agong juga didapati pada 1hb Mei. Melantik hakim Mahkamah Tinggi dari luar negara untuk menganggotai Tribunal itu juga pada 1 hb Mei. Penerimaan oleh Hakim-Hakim tersebut pun pada 1 hb Mei.

Malahan ada satu surat yang sepatutnya ditanda tangani oleh PM kepada Yang diPertuan Agong ditandatangi oleh Tuanku Agong sendiri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Yang lebih membingongkan ialah 1hb Mei itu adalah hari cuti umum kerana hari itu adalah hari buruh. Lagi pula 1hb Mei itu adalah hari Ahad.

Dr Mahathir sepatutnya memasukan isu ini di dalam memoir beliau kerana ini adalah satu kejadian yang sangat ganjil dan tidak pernah berlaku di mana-mana negara maju dan membangun.

Mungkin sejak saat inilah timbulnya slogan ‘Malaysia boleh’ diwujudkan kerana dibawah Dr Mahathir semuanya boleh dilakukan. Yang mustahil boleh berlaku di negara lain, di sini di bawah Dr Mahathir boleh berlaku. Patutlah beliau selalu berkata yang Malaysia mempunyai demokrasi acuan sendiri.Semuanya ‘Malaysia boleh’ kecuali menyaingi kedudukan beliau walaupun usaha untuk menyaingi beliau itu adalah untuk mengelakan apa yang sedang kita alami pada hari ini berlaku.

Tetapi apakan daya ramai juga yang percaya dan menganggap beliau sebagai hero bagi rakyat kita yang sentiasa dikelirukan oleh juak-juak ini. Oleh kerana itu janganlah hendaknya sesiapa menyalahkan pihak lain kerana keadaan yang kita alami hari ini tidak kunyung padam.

Banyak lagi kejadian yang sepatutnya disebut di dalam memoir itu yang masih belum disentuh. Kalau begitu mungkin kita yang akan menyentuhnya satu persatu nanti. Buat setakat ini elok diteliti apa yang telah sikit-sikit disebut dalam tulisan saya ini.

Di dalam kabinet hari ini Rais Yatim dan Shabery Cheek tahu segala-galanya tetapi mereka ini tidak akan berkata apa-apa kerana mereka sedang berusaha untuk menyambung keseronokan menjadi Menteri dan berglemor setakat yang mereka mampu lakukan.
Mereka tidak akan menyebut perkara ini lagi kerana tidak mahu hilang kenikmatan yang sedang mereka alami sekarang. Mereka sudah menjadi orang lain.

KERAJAAN TIDAK MAMPU TAMBAH SUBSIDI?

Minyak mentah AS$120 setong
Oleh Shahrizan Salian
Ketegangan geopolitik Asia Barat, rantau MENA pengaruhi harga

HARGA minyak mentah global dijangka boleh melonjak sehingga AS$120 setong jika ketegangan geopolitik yang berlaku Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) berlarutan hingga Jun ini.Semalam kekacauan di Libya, antara negara pengeluar minyak mentah utama yang menganggotai OPEC, terus memuncak dengan pertempuran berlaku di bandar minyak yang terletak di sebelah timur negara itu, iaitu Ras Lanuf dan Zawiyah, tidak jauh dari ibu negara Tripoli.

Beberapa saluran paip minyak di bandar terbabit diletupkan, manakala kemudahan pemasangan bagi proses pengeluaran minyak dibakar oleh pemberontak.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan gangguan bekalan komoditi itu, sekali gus menyaksikan penanda aras, kontrak minyak ‘Light, Sweet’ penghantaran April pasaran New York melonjak 46 sen kepada AS$104.84 setong petang semalam, manakala minyak mentah Brent di pasaran United Kingdom (UK), meningkat 26 sen kepada AS$116.20 setong.

Keadaan yang sudah berlarutan selama beberapa minggu itu menyebabkan harga minyak terus kekal di atas paras AS$100 setong sejak 1 Mac lalu.

Ahli Ekonomi Kanan AmResearch Sdn Bhd, Manokaran Mottain, bagaimanapun berkata pihaknya menjangka kekacauan yang berlaku di rantau MENA itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sekali gus mengakhiri aliran meningkat harga bahan bakar itu menjelang Jun ini.Sebahagian besar negara global kini termasuk kuasa besar seperti Amerika Syarikat tidak mahu keadaan itu berlarut, sekali gus menjejaskan ekonomi yang baru pulih daripada krisis kewangan baru-baru ini.

“Harga minyak dijangka boleh dikekalkan pada paras semasa iaitu sekitar di bawah AS$100 setong selepas ketegangan di rantau berkenaan reda,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Walau begitu, katanya, jika kekacauan tidak dapat diselesaikan dan aliran harga minyak mentah terus meningkat selepas Jun ini, maka kerajaan Malaysia dijangka terpaksa membelanjakan tambahan RM4 bilion lagi subsidi minyak untuk terus kekal harga runcit petrol dan diesel bersubsidi pada harga semasa.

Ia adalah tambahan kepada anggaran awal perbelanjaan subsidi minyak RM10 bilion untuk dibelanjakan tahun ini seperti yang dibentangkan pada Bajet 2011.

“Berdasarkan aliran semasa, harga minyak bagi kontrak hadapan West Texas
Intermediate (WTI) di pasaran New York paling tinggi boleh mencecah AS$120
setong dalam tempoh tiga bulan ini. Saya yakin kerajaan juga mempunyai mekanisme sendiri untuk berdepan situasi seperti ini,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menegaskan untuk mengekalkan harga runcit semasa petrol bersubsidi, RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 walaupun harga minyak mentah dunia terus meningkat.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan keputusan itu pihaknya sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

Katanya, alternatif terpaksa dicari segera bagi mengelak kerajaan menanggung subsidi mencecah RM14 bilion tahun ini, sedangkan kerajaan memperuntukkan bajet RM10.3 bilion bagi semua subsidi termasuk minyak, gas memasak, gula, beras dan minyak masak.

Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran

Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempermudahkan urusan pendaftaran gabungan pembangkang yang kini dikenali sebagai 'Pakatan Rakyat' bagi mewujudkan sistem politik dua parti dalam negara ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sikap birokrasi ROS menyebabkan parti pembangkang tertekan sejak dua tahun lalu permohonan itu diserahkan."Kami menghadapi tekanan yang berterusan, syor saya kepada ROS ialah agar urusan ini dipermudahkan.

"Kalau ada mana-mana halangan, itu peraturan yang boleh diubah. Benarkan kami mendaftar."Kemudian baru kita akan ada sistem politik dua parti seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bahawa pembangkang tidak memenuhi syarat tujuh anggota seperti yang ditetapkan.Malah Abdul Rahman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya kesal dengan alasan ROS yang dianggap remeh serta seolah-olah sengaja menghalang usaha gabungan PKR-PAS-DAP menjadi sebuah pakatan yang sah."Mengapa sekarang baru mereka nyatakan syaratnya mesti tujuh anggota, kenapa selepas dua tahun kita kemukakan permohonan?

"ROS sengaja mengikat kita dengan kerenah birokrasi dan syarat yang bukan-bukan," katanya

10 Mac 2011

HARGA MINYAK AKAN NAIK DALAM MASA TERDEKAT?

K'jaan Ambil Langkah Untuk Pastikan Kenaikan Harga Minyak Tak Jejaskan Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri menegaskan, langkah berkenaan akan diambil jika harga minyak terus meningkat di atas paras kritikal dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Najib, kerajaan komited dengan program rasionalisasi subsidi tetapi ia akan dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.

Peningkatan berterusan inflasi, menurut beliau akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.beliau bagaimanapun menegaskan, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan subsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol.

09 Mac 2011

Padahnya PAS Memusuhi Bloggers: Kerdau, Merlimau dsbnya....

Padahnya PAS Memusuhi Bloggers: Kerdau, Merlimau dsbnya....

Perubahan dalam mana-mana keputusan pilihanraya bergantung kepada perubahan dalam keputusan pada Saluran 3 ke atas. Ini kerana, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas biasanya lebih banyak membaca, lebih terdedah dan lebih terhubung dengan internet.
Namun, semenjak 3 tahun kebelakangan ini, PAS mengambil sikap untuk MEMUSUHI blogger-blogger yang dahulunya berkempen untuk memenangkan PAS tanpa meminta sat
u sen pun.

Malahan, dalam ucapan-ucapan dasar PAS dua-tiga tahun kebelakangan ini, blogger-blogger telah dimaki dan difitnah secara terbuka. Oleh kerana ia masuk dalam ucapan dasar, maksudnya dasar PAS dua tiga tahun yang lepas adalah MEMUSUHI BLOGGER-BLOGER PAKATAN RAKYAT. Itu adalah hakikat.

Hasilnya, tiada lagi kesatuan serta kerjasama sesama blogger untuk menaikkan imej serta mempromosikan kepimpinan PAS kepada masyarakat umum. Yang ada hanyalah blogger-blogger mengkritik PAS serta mengkritik UMNO.

Maka, masyarakat umum TIDAK DAPAT MELIHAT kepimpinan PAS secara terbuka. Lebih malang, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas juga tidak dapat melihat kepimpinan PAS sebagai kepimpinan mereka.Juga, penjualan Harakah juga merosot dan disekat menjadikan kepimpinan PAS semakin terasing dari Pengundi2 Saluran 3 ke atas.

Hasilnya, apabila tiba pilihanraya kecil, PAS tertolak dengan begitu teruk sekali. Masyarakat lebih nampak Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin mereka berbanding Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Bayangkan dua tahun kebelakangan ini tiada langsung usaha dari PAS Pusat untuk merapati blogger2 Pakatan Rakyat. Malahan, blogger Aduka Taruna telah dipukul seperti penjenayah di perkarangan Masjid Rusila dengan begitu hina sekali.

APA DOSA BLOGGER KEPADA PAS?

Tidak lain hanyalah kerana mereka tidak rela kepimpinan PAS membawa PAS tidur sebantal dengan UMNO dalam gagasan yang dipanggil "Kerajaang Perpaduang".Dek kerana sikap blogger yang menentang agenda Perpaduang, maka semua blogger Pakatan Rakyat dilayan seperti kucing kurap oleh kepimpinan PAS. Mana-mana kepimpinan PAS yang dikira OK pun tak berani nak adakan hubungan secara terbuka dengan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Ada ke patut, Muktamar yang lepas BLogger dilayan macam sampah, manakala wartawan Utusan Malaysia dilayan macam raja. Ini kerana Utusan Meloya melayan kepimpinan pro Perpaduang dengan begitu baik maka mereka diberikan layanan istimewa.

HAsilnya, setelah 2 tahun, PAS semakin terasing dari pengundi2 Melayu dalam Saluran 3 ke atas. Bukannya PAS menjadi semakin baik tapi menjadi semakin buruk.

Tapi takpa lah. Yang penting penguasaan geng Perpaduang dan geng Terengganu ke atas PAS mesti diteruskan.

Tak penting PAS menang pilihanraya atau kalah pilihanraya. Yang penting Geng PErpaduang dan Geng Terengganu terus menguasai PAS.

Nasihat saya kepada ahli-ahli PAS, teruskanlah memfitnah dan menista blogger2 seperti kami ni. Tak jadi masalaah kerana lepas ni PAS akan kalah teruk dalam pilihanraya. Bayang2 2004 sudah semakin terserlah dan semuanya kerana kebodohan dan kebongkakan geng Terengganu dan Perpaduang.

Mereka tidak sabar mengekspot kekalahan PAS Terengganu kepada seluruh PAS di Malaysia.

TAKBIR!!!!!

Tulang Besi

PUNDEK LU! BERAPA JUTA LU ANGKAT?

Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?
RASA-RASANYA MACAM KENAL LA MAMAT NI...KAT PADANG SERAI KOT????

KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta.

Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti.

Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti.

"Yang tak dicerita apa dia? Bila berada dalam barisan pembangkang, khususnya PKR ini, bukannya lesen nak jadi kaya. Kalau hidup berpendapatan RM10, jangan berbelanja RM100. Ketidakupayaan untuk menambah RM90 kadang-kadang menyebabkan mereka tewas dengan ujian," kata beliau.

Beliau menjelaskan, ada ahli yang mula membuat pelbagai dakwaan liar terhadap parti selepas keluar parti, bahawa kononnya parti ini telah meninggalkan perjuangan membela rakyat, parti dipimpin pengkhianat, seorang ketua yang mahu menjadi Perdana menteri walau apa cara sekalipun dan bermacam lagi semata-mata sebagai alasan keluar parti.

"Pada saya ini ada salinan cek yang ditandatangani oleh satu daripada enam rakan saya yang keluar parti. Satu cek, RM700 ribu bertarikh 12 Januari, 2011. Satu cek lagi, 15hb Mac, 'post dated'. Tujuannya apa? Bayar harga tanah, nilainya RM1.5 juta," ujar beliau.

Saifuddin kemudiannya mempersoalkan punca pendapatan tersebut sehingga dapat memberi kemampuan luar biasa kepada ahli parlimen tersebut membuat pembelian semewah itu.
"Duduk dalam parti, (dia) tanya tak dapat itu ini. Keluar sahaja, dapat bayar tanah RM1.5 juta. Dari mana dapatnya duit ini? Itu sahaja persoalannya," tegas beliau.

Katanya lagi, beliau ingin tahu samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan siasatan atau tidak terhadap ahli parlimen tersebut selepas beliau mendedahkan perkara tersebut

Dari http://WRLR

Kerajaan tak tahu beza notis dengan saman -Jawatankuasa Anti Saman Ekor

Kerajaan tak tahu beza notis dengan saman
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kegagalan pihak kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membezakan di antara notis dan saman dianggap sebagai memalukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan juga gagal mematuhi tafsiran yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kerajaan sendiri khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam Akta Pengangkutan Jalan itu sendiri dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis.

"Kalau kerajaan tidak boleh membezakan antara notis dan saman satu perkara yang sangat memalukan apabila dia menganggap notis itu sebagai saman.

"Kerajaan sendiri tak boleh akur kepada tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D)," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai, merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) sebelum itu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia mempunyai kaedah tertentu atau mencari jalan penyelesaian secara pantas semasa berurusan di kaunter Pembaharuan Cukai Jalan dan Pembaharuan Lesen Memandu dalam kes-kes saman Polis atau JPJ di mana berlakunya pemalsuan nombor kenderaan tanpa pengetahuan pemilik kenderaan - kesalahan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kase, Zulhilmi Shariff dalam sidang media sama berkata, rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya

08 Mac 2011

Kementerian Dalam Negeri Siasat Radio Free Sarawak

KUCHING: Siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.

"Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di Pusat Latihan Pegawai Penjara (Pulapen) Sarawak di sini, Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan.Ditanya mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, beliau berkata akta itu boleh digunakan jika individu di sebaliknya membawa ancaman serius terhadap keselamatan negara.

Minggu lepas sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Pandi Suhaili, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Jalan Simpang Tiga di sini sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia, Datuk Joseph Salang bulan lepas.

Salang dipetik sebagai berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya boleh bertindak selepas laporan polis dibuat.

Clare Rewcastle Brown, ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, dan Peter John Jaban, seorang aktivis kaum Iban, membuat kenyataan pada 23 Februari lepas dalam sebuah akhbar tabloid Britain dengan menyatakan mereka bertanggungjawab terhadap blog Sarawak Report, dan stesen radio itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hishammudin berkata pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Taib sebelum itu.

"Kami membincangkan banyak perkara, antaranya kaedah untuk menangani politik tidak sihat dari Semenanjung yang menular ke dalam politik Sarawak pada pilihan raya akan datang," katanya tanpa mengulas lanjut. - BERNAMA

SPR terlalu mengarut!

SPR Perlu Jelaskan Isu Pertambahan Undi Pos

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN(mstar)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan pertambahan mendadak bilangan pengundi pos di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul kekeliruan wujud campur tangan pihak tertentu sehingga menyebabkan status pengundi awam didaftarkan sebagai pengundi pos.“SPR perlu memberikan jawapan kepada persoalan ini kerana ia menunjukkan seolah-olah ada dalang yang ditugaskan menyusun dan merancang strategi ini secara terperinci,” katanya di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan berkata perkara itu berlaku disebabkan wujudnya kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri tentera untuk mendaftar sebagai pengundi pos.Saifuddin turut merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai mengenai pertambahan hampir 6,000 pengundi pos di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Bukan itu sahaja, beliau mendakwa di Parlimen Ketereh, Kelantan juga berlaku pertambahan sebanyak 449 pengundi pos berdaftar dengan menggunakan alamat Kem 16 Desa Pahlawan di Kota Baru, Kelantan.

“Bukti itu dikukuhkan lagi dengan penerimaan bantahan oleh PAS kawasan itu dalam satu pendengaran awam yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Keterah pada 18 Januari lalu.

“Anehnya, semua pengundi pos adalah wanita dan mereka tidak tahu bahawa namanya telah ditukar daripada pengundi awam menjadi pengundi pos malah selepas bantahan dibuat, kesemuanya tidak membuat sebarang rayuan,”katanya.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kejayaan membuktikan kesemua 449 pengundi tidak mengisi borang A, iaitu borang perpindahan yang wajib diisi untuk menukar status atau menukar kawasan mengukuhkan lagi dakwaan terdapat dalang di sebalik isu berkenaan.

“Jika borang itu tidak diisi, bagaimana nama mereka boleh berada dalam senarai pengundi pos? Apakah mekanisme penerimaan yang dibuat oleh SPR?

“Disebabkan perkara itu, PAS Ketereh terpaksa membuat semakan manual dan membayar RM10 bagi setiap nama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4,490,”katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin menggesa SPR memberikan menjelaskan dan menyelidik secara terperinci individu yang menjadi dalang kepada tindakan itu

1 MALAYSIA HANYA RETORIK

Pemimpin pusat Gerakan keluar parti, salahkan hegemoni Umno
Oleh G Manimaran March 08, 2011
Dr Hsu Dar Ren
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.
Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.“Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

“Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini),” kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.“Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.“(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN),” katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

“Meskipun cuba untuk bertindak dari dalam sejak berdekad lamanya, Gerakan semakin berjauhan daripada mencapai cita-cita ini,” katanya.Malah kata Dr Hsu, selepas tiga tahun pilihan raya umum 2008 beliau merasakan tidak banyak dicapai dalam polisi ke arah menyatukan rakyat dan menyediakan peluang saksama kepada semua kecuali hanya kenyataan-kenyataan retorik.

“Saya merasakan sia-sia bagi saya untuk cuba berjuang dari dalam sistem itu sendiri,” katanya lagi.Ekoran keputusan hari ini, Dr Hsu juga berkata beliau tiada hasrat untuk menyertai mana-mana parti politik.“Tetapi (saya) akan terus menyuarakan menerusi tulisan dan blog mengenai kepentingan membina masyarakat yang adil dan saksama,” katanya lagi.

Nik Aziz: Umno-BN belakangi demokrasi umpama bom jangka

KOTA BARU, 7 Mac – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi “bom jangka” yang boleh meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah... jangan berbuat sesuka hati,” kata Nik Aziz (gambar) mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini.Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.

Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama.

Dalam reaksi segera malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan.

Najib yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan yang terbaik untuk mereka.
BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi.Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara Hasanuddin 2,336 undi.

Termasuk kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, PAS sudah tewas dalam empat pilihan raya kecil sejak November lalu.Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya “dia mahu kerasi” sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak wujud di negara ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari,” katanya.

Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan raya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil,” ujar Nik Aziz.

Zaid dakwa ramai ahli, pemimpin PKR akan sertai Kita

SUNGAI PETANI, 7 Mac – Pengasas Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim membayangkan lebih ramai lagi pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Kita dalam tempoh terdekat ini.
Katanya kebanyakan daripada mereka sudah menyatakan minat menyertai Kita kerana yakin dengan matlamat perjuangan dan hala tuju yang digariskan pihaknya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan yang menyatakan pendirian untuk berbuat demikian.Zaid (gambar) berkata walaupun baru ditubuhkan, Kita mendapat sambutan baik khususnya di kalangan anggota PKR yang merasakan perjuangannya sia-sia kerana mereka hilang kepercayaan kepada pemimpin.

“Saya belum mulakan kempen secara besar-besaran, namun sudah dengar ramai yang berminat. Di Kedah, saya bertemu dengan pemimpin Kita dan dapat lihat kebanyakan daripada mereka adalah daripada PKR.

“Ini menunjukkan Kita makin diterima baik. Mereka mahu bersama-sama Kita dan saya untuk melakukan transformasi politik di negara ini,” katanya dalam majlis pertemuan bersama lebih 50 pemimpin Kita peringkat Kedah di sini.Zaid berkata kebanyakan daripada mereka yang berhasrat menyertai Kita juga yakin dan memahami hala tuju yang dibawa beliau untuk melakukan perubahan dalam arena politik tanah air.

“Hasrat Kita bukanlah menjadi sebuah parti kecil atau parti serpihan. Parti ini mahu menjadi suara besar, suara yang boleh menentukan dasar. Kita mahu memastikan suara ini walaupun tidak berkuasa, boleh sekurang-kurangnya menentukan pihak yang berkuasa itu mentadbir negara atau negeri dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaid berkata pihaknya akan melebarkan sayap ke negeri ini dengan memmbuka pejabat di Sungai Petani akhir bulan ini.

Beliau juga memperkenalkan Zamil Ibrahim sebagai Pengerusi Kita cawangan Kedah. – Bernama

07 Mac 2011

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak - PKR tidak matang

Pilihanraya Sarawak merupakan pilihanraya yang akan menjadi isu tumpuan bagi banyak pihak baik di Sarawak mahu pun di Semenanjung kerana ianya kait mengait di antara satu dengan lain yang akan menentukan nasib kedua-dua belah pihak, BN dan PR.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR sedang menghadapi sedikit kekeliruan dengan SNAP dan belum lagi berjumpa dengan formula terbaik untuk berkerjasama dan mengadakan kesepakatan untuk menghadapi BN yang akan bermatian-matian untuk mempertahankan kekuasaan di Sarawak.

Pembangkang di Sarawak akan menghadapi kerugian yang amat besar jika tidak berjaya bergerak seiringan kerana BN Sarawak adalah di dalam keadaan yang paling lemah jika dibandingkan dengan keadaan pada masa-masa yang lalu.

Dalam PR di Sarawak hanya DAP sahaja yang tidak berhadapan kerana parti itu hanya menumpukan kepada 20 kerusi DUN di kawasan bandar dan tidak bercita-cita besar seperti PKR yang mahukan 52 kerusi dari 71 kerusi di dalam DUN Sarawak. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR nampaknya begitu keras mahukan kerusi yang begitu banyak tanpa memikirkan perasaan pengundi tempatan yang jauh berbeza dari pemikiran pengundi di Semenanjung.

Bagi setengah pendapat jika PKR sensitive kepada keadaan tempatan, parti itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada SNAP kerana SNAP merupakan parti yang begitu lama wujud di Sarawak dan pernah mendapat tempat di hati rakyat Sarawak yang mewakili Iban dan Dayak yang merupakan pengundi yang ‘substantial’ di bumi kenyalang itu. SNAP telah terkeluar dari BN di sebabkan pergolakan politik Sarawak hampir dua dekad dahulu.

Apa yang boleh dilakukan di Semenanjung tidak semestinya boleh dilakukan di Sarawak. UMNO tidak dapat menjejakan kaki di Sarawak kerana rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan kehadiran UMNO, walaupun UMNO merupakan tunjang kepada BN. Tidak ganjil rasanya jika PKR hanya mengambil kerusi dengan jumlah yang agak munasabah bagi rakyat Sarawak.

Kenyataan Azmin yang memberi amaran kepada SNAP supaya tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh PKR itu adalah satu bahasa politik yang tidak matang jika dilakukan applikasinya di Sarawak. Sudahkah PKR berunding secara khusus denga DAP dan anggota PR yang lain sebelum meluahkan perasaan yang agak tidak cerdik itu?

Bagi Sarawak kaedah yang paling baik untuk menghadapi BN ialah dengan memberikan kelebihan kepada parti-parti tempatan yang lebih lama dan memahami keadaan di negeri itu, terutamanya SNAP. Dalam pada itu PKR mesti faham bahawa SNAP juga sedang menjalini hubungan dengan MCLM yang juga merupakan satu kumpulan yang inginkan representasi di Sarawak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Sesungguhnya usia SNAP lebih lama dari usia PKR dan memebrikan kelebihan kepada parti-parti tempatan merupakan satu kompromi yang berkesan untuk menghadapi BN yang sangat besar kekuasaan kewangan dan kemudahan yang lain.

Jika ada kompromi yang baik dan mempunyai matlamat yang satu maka tumpuan kepada 30 kerusi Dayak dan Iban yang pernah mewakili mereka di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dan pernah menjadi komponen yang besar di dalam BN Sarawak dan di wakili di dalam kabinet Sarawak. Disinilah lebihnya UMNO kerana sanggup berkorban dengan rakan-rakan komponen dan bersetuju tidak diwakili didalam legislative persekutuan dan negeri dari Sarawak.

Pemimpin PKR sepatutnya menumpukan usaha memberikan sokongan kepada komponennya di Sarawak jika SNAP bersetuju untuk menjadi komponen kepada PR. Jika titik pertemuan tidak tercapai maka akan ada perentapan di antara SNAP dengan PKR di kawasan-kawasan Iban dan Dayak yang akan memberikan kemenangan mudah kepada BN di dalam mana-mana pertandingan 3 penjuru di Sarawak.

Kali ini kita lihat samada PKR mempunyai kematangan dalam mengendalikan ‘coalition’ yang lebih besar -Aspan Alias

Kerdau dan Merlimau : Punca Kekalahan PR

Kerdau dan Merlimau: Antara Marah
salam,

Dalam banyak-banyak PRK, Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau inilah - untuk diri saya - yang saya kurang bagi perhatian sangat. Sebab apa, sebab awal-awal lagi saya boleh agak sapa menang sapa kalah. Sebab tu bila lebih kurang jam 9:00 mlm tadi 6/3/11, bila ada sorang kawan call tanya pasal final results, saya kata tak payah tanya pun tat pa haih, gerenti BN menang haih, paling kurang pun majoriti mau dua tiga ribu.

Kawan saya ni kata, dia tanya sebab Pak Mertua dia (UMNO) dok tanya dia sangat-sangat, sejak dari tadi lagi sapa yang menang. Saya kata, tak apa lah, habag kat Pak Mertua hang suruh dia semelih Kerbau sebab UMNO dah menang di Kerdau.Lepas tu tak dak sapa call dah, kalau ada pun cuma dua tiga sms dok buat lawak pasal p.raya Merlimau/Kerdau ni yg tak berapa wajar disiarkan untuk tatapan umum. Ringkasnya menang ka kalah ka PRK dua DUN ini dah tak ada apa yg menariknya sebab semuanya begitu straight forward dan begitu mudah diramalkan.

Itulah yang saya ingatkan, sehinggalah saya meneliti dengan lebih terperinci jumlah majoriti yang diperolehi oleh UMNO di kedua-dua DUN ini.Kesimpulannya: PAS perlu bangkit dengan segera kalau masih mahu kekal memerintah di KEDAH dan KELANTAN selepas PRU13 nanti!

Apa tidaknya; sekiranya jumlah majoriti undi untuk kedua-dua DUN Merlimau dan Kerdau itu digabungkan, ianya menunjukkan peningkatan hampir 50% pengundi sudah pun lari kepada UMNO/BN, seperti fakta di bawah, bukannya sikit-sikit:

2008: Majoriti 3769
2011: Majoriti 6367
(2004: Majoriti 7652)

Bermakna kata, jika UMNO mampu cari lebih kurang 1000 undi lagi, maka mereka akan mendapat majoriti yang hampir sama banyak dengan tahun 2004; di mana UMNO pada waktu itu sedang berada di puncak persada. Saya melihat DUN Merlimau dengan komposisi penduduknya hampir melambangkan Negeri Kedah dan DUN Kerdau melambangkan Negeri Kelantan. Kedua-duanya Melayu majoriti.

Suka atau tidak, pertambahan majoriti untuk UMNO/BN ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan prestasi buruk Pakatan khususnya di pihak PKR yang menyaksikan YB-YB nya melompat satu persatu, bagaikan pesta, seorang selepas seorang, melompat keluar dari Pakatan.
Kita kena ingat, dalam sesebuah kawasan yang majoriti Melayu, secara amnya komposisi pengundi terbahagi kpd 3 kumpulan utama; 30% pengundi tegar PAS, 30% pengundi hardcore UMNO dan 40% lagi atas pagar. Dalam p.raya 2008 hari tu, kumpulan 40% ini kebanyakannya memilih untuk memangkah Pakatan melalui parti PKR. Lalu, apabila YB-YB PKR pasca 2008 mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat melalui proses pengundian itu, maka sebahagian daripada kumpulan 40 ini melihat tidak ada gunanya lagi mereka bersama Pakatan.

Semua orang tau, majoriti org-org PKR adalah bekas org-org UNMNO atau pun bekas penyokong UMNO atau pun mereka yang bersimpati dengan UMNO. Lantas itu, apabila YB-YB katak ini mula melompat, kumpulan ini melihat tidak ada lagi gunanya untuk mereka terus memangkah Pakatan; maka itulah natijahnya.

Lalu tinggallah hanya hardcore PAS bersama beberapa kerat lagi pengundi setia PKR yg masih setia dengan perjuangan Pakatan; dan ianya tidak mampu lagi memberi tenaga kpd Pakatan seperti yang dinikmatinya pada tahun 2008.

Lantaran itu, sebagai pengundi setia PAS di negeri Kedah, dan masih ingin melihat PAS terus memerintah Kedah (dan juga Kelantan) selepas PRU13; maka wajarlah para Think-Tank PAS di atas sana mula memikirkan secara serius arah tuju parti selepas ini.

Ya lah, ini cuma pendapat pengundi PAS biasa saja di bawah ini, bukan org-org besar parti pun, tapi pengundi-pengundi kecik seperti kami di bawah inilah yang bertanggungjawab membawa Tuan/Puan/Dato'/Datin, YB-YB PAS dan Pakatan menduduki kerusi empuk di Parlimen sana, boleh terima atau pun reject pendapat kami ini, terpulanglah.

Apa-apa pun, marah mendidih yang membuak-buak di dada ini bilamana YB Parlimen tempat sendiri(Padang Serai) dan Parlimen yang bersebelahan (Kulim) melompat parti masih belum reda lagi.


Sesekali, terlintas di hati ini: "Padan muka Pakatan kalah di Merlimau dan Kerdau, biaq ada akai sikit!!"

moniermatdin@yahoo.com
6.3.2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Komen: Memang betul pendapat matdin mengenai PKR, yang tinggal dalam PKR cuma kaki-kaki bodek dan Kroni-kroni wahyu kalau masuk mesyuarat PKR Kedah macam keling Karam semua nak tunjuk hebat dan pandai bukan nak cari jalan pebaik parti hentam ahli-ahli Adun & MP sampai tiada hormat...dah le depatu kaduk naik junjung. Mengkritik anda dilabel pengkianat...najib senyum....sekarang DS Anwar terkial-kial tak macam dulu banyak yang sempati.

PRK MENGUNTUNGKAN RAKYAT!

Analisis PRK oleh profesor Kankong

Keputusan 2-0: BN tak menang habis, Pakatan belum tewas teruk
TERKINI Syed Mu’az Syed Putra March

ANALISIS, 7 Mac — Seperti yang dijangka Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang dengan majoriti yang lebih besar berbanding 2008.

Kemenangan mengekalkan status quo ini sudah pasti akan memberangsangkan dan memberi keyakinan kepada pemimpin dan penyokong BN setelah sekiran lama diselubungi kesuraman sokongan rakyat Malaysia terhadap parti perikatan itu sejak dilanda “tsunami politik” pada 8 Mac 2008.

Malah, kemenangan BN ini berjaya memperbaharui rekod pertarungan antara BN dengan Pakatan Rakyat kepada 8-8, dalam 16 pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-12.

Dengan kekalahan PAS di dua kawasan sebelum ini iaitu di Galas, Kelantan dan Tenang, Johor memberikan lebih keyakinan kepada BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang mana sokongan pengundi Melayu dilihat sudah kembali kepada BN.

Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad meraih 5,962 undi manakala calon PAS Yuhaizat Abdullah pula memperoleh 2,319 undi.

Dalam pada itu, di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.Majoriti kedua-dua kawasan ini meningkat lebih satu kali ganda berbanding pilihan raya umum 2008.

Seandainya diimbas kembali, sentimen rakyat jelas menyebelahi Pakatan Rakyat untuk satu jangka yang agak panjang selepas pilihan raya umum ke-12. Situasi ini dapat diperlihatkan apabila Pakatan Rakyat memenangi dua pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 iaitu Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar, dan Kuala Terengganu dengan rampasan kerusi dari BN.

BN hanya berjaya mempertahankan satu kerusi di DUN Batang Ai, Sarawak pada April 2009.Namun, kemenangan ini sedikitpun tidak menceriakan BN, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan ia berlangsung bersama pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah dan kawasan-kawasan itu kekal dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kekalahan demi kekalahan ini mungkin antara faktor yang membelenggu BN, sehingga tidak menurunkan calon dalam pilihan raya kecil Penanti, yang berlangsung pada 31 Mei 2009.Bagaimanapun, kekalahan tetap menghantui BN apabila tewas sekali lagi di pilihan raya kecil Permatang Pasir, kira-kira tiga bulan selepas itu.

Bagaimanapun pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai BN hampir mengecapi kemenangan apabila berjaya menghakis undi PAS dari 1,352 hingga 65 undi tetapi masih gagal untuk menembusi kubu kuat PAS itu. BN hanya berjaya mencapai kemenangan pertama melalui Tan Sri Mohd Isa Samad apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar.

Sejak itu, BN dilihat kembali dengan keyakinan bahawa undi Melayu telah kembali ke pangkuan Umno.Dakwaan itu diperkukuhkan lagi apabila BN berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun kegembiraan itu tidak panjang apabila DAP mencipta kejutan dengan merobohkan kubu kuat BN di Sibu, Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi, Sabah memberikan satu lagi keyakinan kepada kepimpinan BN, malah kemenangan di Tenang juga menjadi pemangkin yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar.Melihat kepada siri pilihan raya kecil dan ditambah pula dengan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau mungkin memberikan satu isyarat kepada Pakatan Rakyat bahawa pengundi khususnya pengundi Melayu sudah kembali kepada pangkuan BN.

Walaupun ramai yang menjangkakan BN akan menang namun agak mengejutkan apabila BN menang dengan majoriti lebih besar di kawasan yang majoritinya adalah orang Melayu.

Seorang perayu undi PAS menggantung gambar calon Yuhaizat Abdullah bagi menarik perhatian pengundi di pekarangan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jasin, semalam.Menurut penganalisis politik Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, kemenangan BN di dua kawasan pilihan raya kecil ini menunjukkan pengundi sudah kembali ke pangkuan BN.
“Keputusan ini memang sudah dijangka, persoalannya hanya berapa banyak majoriti tapi kalau kita lihat BN berjaya meningkatkan majoriti yang besar di Merlimau dan Kerdau.

“Keputusan ini menunjukkan apa yang dilakukan BN masih diterima dengan baik oleh penyokong parti dan pengundi juga sudah kembali kepada BN,” katanya kepada The Malaysian Insider.Beliau berkata mungkin kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau disebabkan ketiadaan isu tempatan yang boleh mempengaruhi minda pengundi supaya tidak mengundi parti perikatan itu.

“Mungkin boleh dikatakan dengan ketiadaan isu tempatan yang besar di kedua-dua kawasan ini menjadi faktor kemenangan BN.“Malah kegagalan PAS sejak di Bagan Pinang, Galas dan Tenang memberi kesan terhadap sokongan pengundi terhadap PAS dan kalau kita lihat PAS mula menghadapi kemerosotan sokongan undi Melayu.

Justeru kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia itu, PAS perlu mengkaji semula strategi dan pendekatan yang digunakan terutamanya dalam menghadapi kehakisan sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam itu.“PAS harus kaji semula strategi yang digunakan, mungkin mereka (PAS) anggap kekalahan ini sudah dijangka tapi kalau kita lihat DAP lebih memainkan peranan daripada PAS dan ia memberi kesan apabila PAS tidak mendapat sokongan pengundi Melayu.

“Bagi saya ini merupakan salah satu sebab kerana kalau kita lihat DAP yang gerakkan PAS untuk pastikan PAS mendapat sokongan pengundi bukan Melayu tapi PAS gagal untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu.“Kekalahan ini boleh menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PAS terhakis dan jika ia dibawa ke peringkat nasional kita akan dapat tahu nilai sokongan Melayu kepada PAS,” katanya.

Sivamurugan berkata perubahan yang ingin dibawa PAS dilihat gagal mendapat keyakinan daripada pengundi yang dilihat selesa dengan apa yang diberikan BN.Tiada isu yang boleh sebabkan pengundi tidak undi BN, perubahan yang dibawa PAS ini tidak kena dengan selesa pengundi di kedua-dua kawasan ini.

“Kalau PAS tidak lihat kehakisan sokongan Melayu ini ia akan memberi kesan dalam pilihan raya umum ke-13. Jadi PAS perlu kembali dan lihat kepada matlamat asal parti,” katanya.Bagaimanapun Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau tidak menunjukkan pengundi-pengundi sudah kembali kepada BN.

Sebaliknya Agus berkata, faktor kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu adalah disebabkan jentera BN yang luar biasa.“Saya lihat tidak banyak yang berubah walaupun BN menang dengan majoriti yang agar besar tapi kemenangan itu tidak membolehkan kita untuk membaca sikap pengundi.“Kemenangan BN disebabkan jentera BN yang luar biasa, ia merupakan satu kejayaan dan kerja kuat BN tapi dari segi bacaan sikap pengundi untuk gambarkan pilihan raya umum masih belum boleh... tapi kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah selesa dengan politik BN,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya BN memberikan tumpuan kepada rakyat selain melaksanakan janji-janji ia boleh membawa perubahan terutamanya dari aspek pola pengundian dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kalau BN fokus kepada rakyat, maka akan berlaku perubahan dalam konteks nasional.“PAS tidak gagal tapi jentera PAS yang gagal berfungsi seperti mana jentera BN, strategi jentera BN memberi kelebihan kepada BN dan faktor ini yang memenangkan BN,” katanya.

Sementara itu, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata kemenangan BN menunjukkan peningkatan kepercayaan pengundi terhadap BN.“Kemenangan BN di kedua-dua pilihan raya kecil ini mencatatkan majoriti yang berganda dan peningkatan majoriti ini menunjukkan pemulihan kepercayaan rakyat kepada BN.“Ini adalah satu yang nyata dan jelas kesinambungan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, kalau kita lihat BN berjaya pulihkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Jelas beliau, pengundi sudah kembali kepada BN kerana percaya hanya parti perikatan itu yang boleh menjamin masa depan mereka.“Pengundi memilih BN sebagai parti yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat dan peningkatan itu menunjukkan bahawa di samping BN mengekalkan kemenangan BN juga berjaya mempertahankan kubu kuat mereka.

“Kalau kita lihat di kedua-dua kawasan ini, PAS memperlihatkan kempen yang luar biasa . . . kempen yang kuat tapi mereka tetap gagal, ini adalah satu bukti kekuatan yang ada pada BN,” katanya.Melihat kepada perubahan yang berlaku ini, adakah PAS masih mampu untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.-The Malaysian Insider.

Jentera BN peralat habuan politik dan keselamatan sosial pengundi

Mohd Azlan Zainal |

Berdasarkan penemuan kajian lapangan pihak ILHAM Centre di N27 Merlimau, kemenangan Barisan Nasional menerusi calonnya Roslan Ahmad sudah boleh dijangka. Dengan mengukurkepada respon pengundi kepada kempen oleh jentera BN yang begitu dominan menenggelamkan kekuatan jentera PAS.

Kekuatan dan gerakan agresif jentera bersepadu BN melalui eksploitasi media arus perdana, jentera kerajaan peringkat negeri dan persekutuan seakan tidak termampu untuk jentera PAS yang turun sekadar ala kadar mengimbangi persaingan demokrasi di sini. Akibatnya, pengundi tenggelam perhitungan dengan kempen BN yang lebih mengasak dan mendesak survival pengundi dari aspek keselamatan sosial dan janji habuan selepas pilihan raya.

Keputusan pilihanraya kecil DUN N27 Merlimau yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008.

Latar Belakang Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N27 Merlimau

ILHAM Centre telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke-14 yang kini berlangsung di N27 DUN Merlimau, Melaka. Kajian lapangan ini telah dijalankan pada 2 hingga 3 Mac 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan ini dilakukan di semua daerah mengundi iaitu Pangkalan Saman, Permatang Serai, Merlimau Pasir, Merlimau Utara, Jasin Lalang, Chin Chin dan Ayer Merbau dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka. Responden yang berjaya dinilai sebagai "sample" kajian ini seramai 423 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur, jantina dan pekerjaan.

Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Dapatan kajian Merlimau seakan selari dengan beberapa paten populasi di dalam Pilihan Raya Kecil lainnya yang mana memperlihatkan kecenderungan utama pemilihan pengundi masih lagi meletakkan kepada kekuatan parti berbanding calon dan isu. Faktor parti di wakili 63.8% daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, calon BN iaitu Roslan Ahmad lebih terkehadapan dengan 80.8% dikenali oleh responden. Manalaka calon PAS, Yuhaizat Abdullah hanya mencattatkan 55.8% populariti di kalangan responden.

Pengundi bukan Melayu masih bersama pembangkang

Menerusi tinjauan pihak ILHAM Centre, jentera DAP dilihat begitu bersungguh-sungguh meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN dalam kempen mereka. Mereka juga begitu komited menjaga peti-peti undi majoriti Cina bagi memastikan jentera MCA tidak akan memanipulasi perubahan undi Cina kepada BN dalam pilihan raya ini. Paten pengundi Cina di sini dijangka kekal.

Isu tempatan lebih dominan berbanding isu nasional

Apabila ditanya tentang jenis isu yang mempengaruhi pengundian responden, ternyata isu tempatan adalah lebih dominan berbanding isu nasional apabila isu tempatan mencatatkan sebanyak 49.2% berbanding isu nasional hanya sebanyak 18.9%.

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS ialah mengenai kredibiliti Yuhaizat yang mendiami di kuarters guru kerajaan di atas kelayakan isterinya sebagai sebagai guru, yang dilihat oleh UMNO sebagai seorang calon yang tidak ada kredibiliti mencatatkan sebanyak 42.6% iaitu sedikit sebanyak mempengaruhi pola pengundian di sini. Isu-isu tempatan lain ialah isu kemudahan awam yang kurang memuaskan dan isu pemilikan tanah.

Jentera PAS terlalu unorganized

Berdasarkan pemerhatian perbandingan dalam siri-siri pertembungan PAS dan UMNO dalam pilihan raya kecil, pertembungan di Merlimau memperlihatkan jentera tidak dikoordinasi dengan kekuatan yang optimum.

Berdasarkan respon daripada dapatan lapangan seakan mengesahkan bahawa kehadiran PAS dalam pertembungan PAS dengan UMNO hanya sekadar mencabar dan "berdakwah" dan bukannya hadir untuk mencapai kemenangan.

Penyusunan siri-siri ceramah dan kempen yang melibatkan kepimpinan parti ini juga tidak menampilkan sepenuh kekuatan parti ini dalam usaha mencabar jentera BN/UMNO yang agresif.

Calon PAS bermasalah

Saudara Yuhaizad Abdullah selaku calon PAS terlalu mengikut rentak dan liuk lentok serangan BN/UMNO. Ini melihat kepada kenyataan media dan ceramah beliau menjawab semua serangan pihak lawannya seakan ia ingin memenangi hujah. Ini jelas dan ketara seolah melihatkan calon PAS seakan bermasalah dan sepatutnya memberi tumpuan dalam usaha kepada rayu undi dan menjelaskan dasar-
dasar pakatan rakyat.

Calon UMNO/ BN ketika analisa ini ditulis masih berada dalam zon selamat dengan pembawaan kempen sederhana sedikit sebanyak memikat undi di kalangan pemilih yang belum membuat pendirian dalam keputusan undian mereka.

Kempen PAS kurang mendasar/rapat kepada akar umbi berbanding jentera UMNO

Berdasarkan perbandingan gerakan kempen yang efektif, BN mempunyai kelebihan berbanding dengan PAS. Jentera BN yang dilihat mengeksploitasi segala kelebihan terutama jentera kerajaan negeri dan pusat untuk menyokong parti yang bertanding seakan mengunci kempen PAS dalam pilihan raya kali ini.

Kempen Pas tidak mendasar dan terus kepada pengundi, sebaliknya hanya bergantung kepada risalah yang terhad menyekat peluang PAS meyakini pengundi di sini. Rata-rata responden tidak terkesan dengan penerangan oleh PAS berbanding BN/UMNO.

Faktor Ali Rustam dan 1 Malaysia

Menerusi maklum balas di kalangan pengundi di Merlimau, kekuatan Ali Rustam agak signifikan kepada penduduk setempat walaupun imej beliau di peringkat nasional agak buruk. Kempen 1 Malaysia yang dibawa oleh jentera BN kelihatan diterima di peringkat bawahan. Ini boleh dilihat apabila 56.5% responden memberikan respon positif kepada kempen ini.
Kesimpulan

ILHAM Centre melihat status quo kerusi UMNO/BN di Merlimau dapat dikekalkan oleh BN/UMNO. Peratusan pengundi kepada BN dilihat melonjak sedikit berbanding keputusan pilihan raya 2008. Ini disimpulkan berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh BN/UMNO. Namun, BN masih gagal memperolehi keyakinan kepada pengundi di kalngan masyarakat Cina untuk menyokong UMNO/BN dengan gerakan yang konsisten oleh jentera DAP dalam membantu PAS di sini. Bebanan sekarang tertanggung di atas bahu PAS dalam meyakinkan pengundi Melayu khususnya untuk menterjemahkan kepada undi dalam tempoh terdekat sebelum tempoh berkempen tamat tengah malam ini.

Latarbelakang ILHAM Centre

ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 berusaha menyumbang kepakaran dalam penyelidikan politik ke arah memperkukuh dan menyuburkan proses demokrasi di Malaysia. Bergerak secara bebas dengan mengutamakan data berdasarkan kajian dengan tujuan untuk mengangkat suara rakyat sebenar untuk perhatian kepafda pihak yang terbabit dalam pembuatan keputusan di peringkat negara.

Menggunakan metodologi penyelidikan tinjauan lapangan secara tatap muka dengan responden dalam menyokong dapatan kajian yang lebih akurat. Di samping dibantu oleh felo penyelidik yang kredibel diharapkan dapat membuat analisa dapatan yang lebih baik dan absah.

*Mohd Azlan Zainal ialah Pengarah Eksekutif ILHAM Centre.

Fitnah: Tuan Ibrahim saman Utusan, TV3

TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

(Gambar: Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya)

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

06 Mac 2011

Ada Bloger Hebat Jumpa Najib?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Baru ini saya mendengar khabar tentang seorang bloger hebat akan terbang ke Australia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak dan Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor. Setakat ini belum dapat maklumat dari Australia mengenai perkhabaran itu. Tetapi saya tidak menolak kalau peristiwa itu berlaku. Amat tidak mustahil apa lagi dalam keadaan seperti hari ini, harga mulai turun!

Sebenarnya sudah lama usaha dijalankan untuk mempertemukan kedua mereka ini. Banyak masalah dapat diselesaikan terutamanya di pihak Najib dan Rosmah kalau bloger ini berjumpa dengan Najib. Setidak-tidaknya Najib dan Rosmah kehilangan satu ekor nyamuk dari mengangguk tidur mereka.

Kalaulah pertemuan ini berlaku maka akan berlakulah satu perubahan besar dalam perang yang dilancarkan ke atas Najib oleh bloger berkenaan. Apakah bloger berkenaan bertindak seperti Amerika atau para penjual senjata kepada negara yang sedang dihimpit masalah dan berangan-angan untuk berperang?

Apapun segalanya tidak dapat disahkan. Cuma apa yang boleh diperhatikan kalau muncung pena (blog) bloger berkenaan sudah berganjak haluan dalam tempoh seminggu dua ini, bermakna adalah pertemuan itu. Tentang bayaran usaha difikirkan, deal di peringkat antara bangsa tentu lebih mahal dari rundingan di The Mall atau pun Chow Kit Road.

http://msomelayu.blogspot.com/

Berita Terkini PRK

20:11
Insider_latest: KERDAU - Final result. BN 4,960. PAS 2,336. Majority of 2,624 for BN
.
8:17
BHONLINE: BN menang PRK DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi
BN:5,962
PAS:2,319

sumber: [HarakahDaily]
8:10
MERLIMAU Rasmi Dari 22 peti undi: BN 5962, PAS 2319
8:09
MERLIMAU Keputusan penuh tidak rasmi BN 5962 , PAS 2339, maj 3623


7:43
KERDAU Keputusan penuh tidak rasmi:
PAS 2204, BN 4793, Maj 2589, rosak 79

7:27
KERDAU SPR: BN 3334, PAS 1453, maj 1881
7:16
KERDAU SPR: BN 879, PAS 520, majoriti 359
7:15
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1776, BN 3777, Maj 2001, Rosak 66
7:15
MERLIMAU Jumlah peti undi kesemuanya termasuk undi pos 22, tetapi kini hanya 6 peti yang dah diterima dan 16 belum.
7:14
MERLIMAU Tidak Rasmi BN 5962, PAS 2339, majoriti 3623
7:12
KERDAU Tidak Rasmi PAS 1643, BN 3533, maj -1890, rosak 62
19:02
malaysiandigest: #27 unofficial result; BN 5872 PAS 2319 [via Twitter]
19:01
nurislah: Kerdau: Keputusan tidak rasmi, BN menang dengan MAJORITI 3,148 UNDI [via Twitter]
19:01
Anil: Pas source: Merlimau PAS: 2,134, BN: 5,589. Mojoriti: -3,553. Undi rosak: 106

6:36
KERDAU Tidak Rasmi PAS 956, BN 2021, Majoriti -1065, Rosak 44
6:33
KERDAU Tidak Rasmi PAS 901, BN 1875, majoriti -974, Rosak 40
6:32
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1671, majoriti -907, Rosak 29
6:25
KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1385, Majoriti -621 rosak 29
6:13
KERDAU Tidak Rasmi PAS 513, BN 731, MAJORITI -218, ROSAK 14
6:09
KERDAU Tidak Rasmi PAS 114, BN 191, MAJORITI -77, ROSAK 4

18:35: KERDAU Tidak Rasmi PAS 764, BN 1,385 MAJORITI -621, rosak 29
18:18: KERDAU Tidak Rasmi PAS 513, BN 731, MAJORITI -218, ROSAK 14 [via Twitter]

Malaysian insider_latest: MERLIMAU - After voting closed at 5pm, final tally is 8,435 votes or 79 per cent. [via Twitter]
Malaysiani nsider_latest: KERDAU - Final turnout is 83 per cent, or 7,480 out of 8,999. EC deputy chief Wan Ahmad expects all ballots to be in counting

Merlimau - 79% (GE 2008 - 76%) EC forecast 80%
Kerdau - 83%; (GE 2008 and 2004 - 80%) EC forecast 80% min

Kerdau: Hampir 80% keluar mengundi hingga 3 petang

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim (kiri) berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.
Hassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim (kanan) akan mengundi di Kuala Tekal.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.
Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.
Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India.
Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU

3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang.
2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang.
2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau.
Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung.
1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%.

KOMEN DARI BLOG WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
COVER IT LIVE:PILIHANRAYA KERDAU DAN MERLIMAU


TEMERLOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau Tuan Haji Mohd Saludin Omar, 77, berkata calon PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kerdau pada 6 Mac ini jika tidak ada sogokan wang dan ugutan.

Beliau yang mewakili BN dari tahun 1974 hingga 1982, berkata beliau sendiri dapat merasakan gelombang perubahan itu setelah beberapa hari membuat kajiannya sendiri.

“Saya mempunyai keluarga yang ramai di sini dari Desa Murni hinggalah ke Jenderak sampai seberang sungai dan ‘round’ rata jumpa mereka sempena PRK Kerdau ini.

“Saya dapati mereka mahukan perubahan setelah terkongkong lama di bawah BN. Sebab itu saya rasa calon PAS boleh menang dengan syarat pertandingan dalam pilihan raya ini berlaku adil.

Merlimau: PAS Yakin menang Tipis

LAPORAN LANGSUNG DI MERLIMAU

3.39pm Hujan lebat turun di bahagian utara DUN Merlimau, bermula dari Kampung Lipat Kajang.

Ditanya sama ada ia akan menjejaskan sasaran PAS untuk mendapatkan 78 peratus pemilih keluar mengundi hari ini, pengarah bilik gerakan parti itu di Merlimau, Jasme Tompang berkata pihaknya masih berharap.

"Pengundi masih keluar mengundi di Tenang, walaupun berlaku banjir," katanya.

PAS, katanya, percaya mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti tipis sekitar 61 undi, sekiranya cukup pemilih yang keluar mengundi hari ini, terutama pengundi atas pagar dan mereka yang pertamakali mengundi, yang terdiri daripada 15 peratus jumlah pengundi di Merlimau.

3.30pm 72.6 peratus atau 7,722 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 3 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

2.40pm 66.8 peratus atau 7,133 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.
2.31pm Langit mulai mendung, kemungkinan hari akan hujan.

1.30pm: 61.38 peratus atau 6,555 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 1 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

1.05pm Di pusat mengundi Permatang Serai, penyokong PAS kelihatan marah terhadap polis dan SPR kerana membenarkan penyokong BN melepasi halangan, untuk mengiringi pengundi ke kaunter SPR.

Penyokong wanita dari kedua belah pihak menjerit antara satu sama lain.

Seorang penyokong wanita BN dilihat sengaja memprovokasi penyokong PAS dengan berjalan menghampiri mereka seperti gaya seorang model. Penyokong PAS bagaimanapun, tidak memperdulinya.

1pm Masa makan tengahari. Penyokong kedua belah pihak sedang
menjamu selera di bawah pokok. Begitu juga dengan anggota polis anti-rusuhan.

12.45pm Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba di pusat mengundi Permatang Serai di SK Merlimau. Kedua-duanya tidak memasuki pusat mengundi tersebut.

Kerana cuaca yang panas, penyokong BN menggunakan payung untuk membawa pengundi ke kaunter SPR.

Permatang Serai merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu dengan 82.6 peratus Melayu, 16.9 peratus Chinese and 0.5 peratus India.

BN menewaskan PAS dengan majoriti 453 undi dalam pilihan raya umum 2008. Ketika itu, BN mendapat 1,025 undi manakala calon PAS memperolehi 562 undi.

12.30pm Merlimau: Pada SJK (T) Jasin Lalang, yang terletak di dalam Estet Jasin, anggota polis anti-rusuhan telah ditempatkan di situ sejak jam 7 pagi bagi menghadapi sebarang insiden tidak diingini. Pusat mengundi yang lain tidak dikawal seketat itu.

Ia menjadi pusat pengundian bagi pengundi dari Jasin Lalang, yang terdiri daripada 51.4 peratus India, 12 peratus Cina, 36.5 peratus Melayu dan 0.1 peratus lain-lain.

52 peratus pengundi di pusat mengundi ini telah mengundi setakat ini dan keadaan tenang sahaja di situ.

Penyokong PAS menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap penyokong BN kerana memanggil mereka dengan pelbagai gelaran seperti 'lembu' dan mengejek dengan laungan 'buntut'.

Penyokong BN juga melaungkan kepada muslimat PAS supaya jangan bercakap kerana suara mereka adalah 'aurat'.

12.40pm: 54 peratus atau 5,746 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

12pm Ahli parlimen Kota Melaka Sing Tong Him membuat laporan di balai polis Merlimau, mendakwa pada jam 11.45 pagi tadi, dia telah dimaklumkan oleh penyokong PAS dan DAP bahawa ada orang yang memberi wang RM100 di sebuah rumah dekat dewan serbaguna di Permatang Bukit Merlimau .

Sim, bersama seorang jurugambar akhbar China Press dan dua orang lagi, telah pergi ke rumah tersebut untuk mengetahui apa yang berlaku di situ.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa mendapati seorang ahl majlis dari MCA dan tiga orang lagi, sedang memberi wang kepada pengundi.

Jurugambar tersebut mengambil beberapa gambar, tetapi dipaksa memadamkannya.

Bagi mengelak perkara tidak diingini, Sim berkata, dia meminta jurugambar itu memadam gambar-gambar tersebut. Dia kemudiannya beredar dari situ dan membuat laporan polis.

Sim berkata, dia menganggapnya sebagai perbuatan membeli undi.

11.40am 43 peratus atau 4,571 daripada 10,679 pengundi di Merlimau sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. SPR mensasarkan lebih 80 peratus akan mengundi hari ini.

11.39am Suasana di Ayer Merbau kembali tenang apabila kumpulan Pemuda PKR beredar menuju ke pusat mengundi yang lain.

Tetapi sekumpulan Pemuda BN kedengaran mengusik janggut penyokong PAS.

"Janggut sunah Nabi! Ni la bodoh, bangang," jawab seorang daripada mereka.

11.14am Seorang pengundi di Ayer Merbau Lim Lam Seng, 50, memuji BN.

"Jalan-jalan semuanya dipasang lampu dan kami tidak takut lagi pada waktu malam. Kini mereka membina sebuah taman tema air di Chinchin, yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Lim, yang menjadi satu ahli MCA sejak 1983.

11.10am Di SK Merlimau, keadaan jadi panas apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tiba untuk melawat pusat mengundi dan kedai-kedai berhampiran Merlimau Utara.

Penyokong Pakatan melaungkan "rasuah, rasuah".

Ketika ditemui Malaysiakini, Mohd Ali menafikan tuduhan tersebut
sambil berkata Umno Bersih dan mereka (negeri Pakatan) yang rasuah, dengan mendakwa berlakunya 'rompakan' balak di Kelantan sejak 21 tahun lalu, dan mencuri pasir di Selangor.

Penyokong BN kelihatan membawa kain rentang bertulis "Selamatkan Malaysia dari Pembohongan".

11.05am Seorang anggota Wanita Umno dari Wilayah Persekutuan, yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Zabedah berkata, dia berada di Ayer Merbau sejak 25 Februari.

"Ini untuk negara," katanya sebelum melaungkan "masuk BN, tinggalkan lempeng (merujuk kepada lambang PAS)."

10.55am Calon PAS Yuhaizad Abdullah melawsat pusat mengundi SK Merlimau 2 - tempat mengundi bagi pengundi dari Merlimau Utara, di mana 42.3 peratus adalah Melayu, 17.1 peratus Cina dan 40.1 peratus India.

Calon BN menang di Merlimau Utara dalam pilihan raya lalu dengan mendapat 234 undi manakala PAS memperolehi 174 undi.

10.52am Merlimau: Kira-kira 20 penyokong BN berarak menuju ke pusat mengundi Ayer Merbau, mencetuskan insiden jerit-menjerit dengan pesaing mereka dari Pakatan.

Pemuda PKR melaungkan "Sapu Malaysia" dan "1Islam!" setiap kali Pemuda BN melaungkan "1Malaysia!"

Ayer Merbau mempunyai jumlah teramai pengundi Cina di antara tujuh daerah pengundi, dan tempat terletakkan bilik operasi PKR bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

10.45am Di Ayer Merbau, penyokong BN melaung "Si ketot!", "Calon
tak jadi!" dan "skuad liwat!" ketika ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin tiba di situ.

Seorang penyokong PAS dari Johor, Rokiah Bakar merungut "Manusia macam setan. Rosak orang macam ni". Dia memijak bendera BN sambil berkata adalah "syirik" umat Islam menggunakan simbol dacing.

10:39am Di pusat pengundian Ayer Merbau - SRJK (C) Merlimau - penyokong BN mengusik penyokong PAS, yang sebahagian besarnya adalah wanita.

"Ni semua nak mati dah!" kedengaran seseorang melaung ke arah seorang penyokong PAS yang sudah berusia.

10.35am Sehingga jam 10 pagi, 30 peratus atau 3,175 orang sudah mengundi.

10:05am Konvoi motosikal BN berlegar di sekitar pekan Merlimau. Mereka memakai baju biru BN dan mengebarkan bendera BN.

09:56 Perniagaan laris di gerai keropok lekor di seberang jalan pusat pengundian. Pemilik, Mohd Zaid - penduduk tempatan Chinchin - berkata dia membuka gerai sejak jam 7 pagi. Dia dan isterinya mengundi sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi

dari: Malaysiakini

Program tiga tahun Pakatan S'gor tumpu agenda rakyat

Salhan K Ahmad

Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi hadir ke majlis sambutan tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor pada malam tadi dengan wajah yang tenang.
Bekas pengarah Jabatan Agama Islam yang kelihatan segak dengan mengenakan baju batik itu ditempatkan di tempat duduk utama di atas pentas majlis berkenaan.
Malah beliau turut bersama-sama pemimpin Pakatan yang lain untuk menyempurnakan satu gimik pelancaran dalam majlis yang sama.
Gimik berkenaan adalah bagi pelancaran risalah 'buku jingga' Pakatan yang menggariskan program-program yang akan dijalankan dalam masa 100 hari sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas ini.
Sebaik saja menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim selesai memberikan ucapan, beliau turut bangun dan bersalaman dengan Khalid sambil bibirnya menguntumkan senyuman.
Namun, ketika Khalid sedang menyudahkan ucapannya sebelum itu, wajah Mohammed Khusrin ternyata serius.
Khalid menamatkan ucapan beliau itu dengan rayuan kepada para penjawat awam serta para pemimpin yang dilantik dalam pentadbiran negeri Selangor supaya "lebih memahami kemahuan rakyat Selangor."
"Sekarang bukan rakyat yang kena minta, tapi kerajaan yang kena bagi. Rakyat yang menjadi tuan kepada pentadbiran kita," kata Khalid dalam ucapannya.
Dalam ucapan itu, Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu akan melancarkan program tiga tahun untuk pembangunan Selangor dalam satu rancangan yang dinamakan Agenda Selangor Untuk Rakyat.
Program yang akan dilancarkan pada 26 Mac itu merupakan rangka kepada semua aspek pembangunan yang akan dijalankan di Selangor, kata Khalid.
Dalam program berkenaan, tumpuan akan diberikan ke atas usaha untuk menyelamatkan khazanah Selangor seperti melalui hasil air, galian dan juga hasil melalui syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri, katanya lagi.
Tempoh 1,000 hari atau tiga tahun sebelum ini telah membolehkan kerajaan negeri mengenalpasti "kebocoran" melalui hutang yang tidak dikutip oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Melalui usaha yang dijalankan, kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan semula RM392 juta daripada jumlah yang tidak dikutip itu.
"Kita tidak ambil duit kerajaan Selangor atau persekutuan tapi dari perkara yang dulunya bocor dan tidak dikutip, kita ambil dan beri kepada rakyat. Inilah yang dikatakan hasil negeri untuk rakyat
"Duit itu kita telah mula gunakan, contohnya RM20 juta yang diperuntukkan dan dilancarkan untuk masyarakat miskin di bandar," katanya lagi disambut tepukan pada majlis itu.
Katanya lagi, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti aset air milik rakyat bernilai lebih RM10.9 bilion.
Kini, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjadikan pentadbiran air itu dibuat secara telus, tertib dan menguntungkan rakyat, kata Khalid.
Tambahnya, kerajaan negeri juga berjaya mendapatkan semula hasil daripada perlombongan pasir berjumlah RM50 juta melalui syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Turut berucap di majlis itu ialah ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mewakili DAP dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Pesuruhjaya PAS negeri dan juga exco hal ehwal agama Islamnya Datuk Hasan Ali turut menyampaikan ucapannya di majlis berkenaan.
Sambutan tiga tahun pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor itu diadakan selama dua hari di Stadium Malawati di Shah Alam yang berakhir hari ini.
Antara acara lain sepanjang dua hari program tersebut ialah pertandingan futsal, go-kart, persembahan kesenian, pameran, pertandingan memasak dan pertanding mewarna untuk kanak-kanak.
Turut diadakan ialah pertandingan futsal dan perlumbaan go-kart

LETAK JAWATAN SEGERA : NEGARA PUNYA PENGERUSI SPR YANG TIDAK LAYAK MENGENDALIKAN PILIHANRAYA


Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya . Saya benar-benar hairan bagaimana seorang yang yang dipertanggungjawabkan mengurus perjalanan pilihanraya di Malaysia dan menguatkuasakan Akta Pilihanraya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa . Sehingga menampakkan kebodohan diri sendiri .
Kalau 'bukan pakar' bermakna kita mempunyai seorang pengerusi SPR yang tidak tahu menjalankan tugas dan terlalu bodoh . Adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan sahaja . Sepatutnya beliau dan SPR mengambil sikap yang tegas secara telus dan adil menjalankan tugas dengan peruntukan undang-undang yang telah disediakan melalui Akta kesalahan Pilihanraya 1954 .

Apabila melibatkan Pakatan Rakyat , ada sahaja tindakan yang diambil dengan menggunakan Akta kesalahan Pilihanraya 1954 . Tetapi membisu , memekak telinga dan membutakan mata apabila kesalahan demi kesalahan dilakukan oleh UMNO/BN . Tiada ketelusan dan keadilan dilaksanakan oleh SPR .

Saya sertakan apa yang terkandung didalam AKTA 5 ; AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954 yang diterbitkan oleh PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968

Penyogokan

10. Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:

(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apaapa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk manamana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

(b) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan atau mendapatkan, atau bersetuju untuk memberikan atau mendapatkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong pemilih atau pengundi itu supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab mana-mana pemilih atau pengundi telah mengundi atau tidak mengundi dalam manamana pilihan raya;

(c) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan apa-apa pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, persetujuan yang disebut terdahulu kepada atau untuk mana-mana orang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya;

(d) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, apabila menerima atau oleh sebab mana-mana pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, atau persetujuan itu, mendapatkan atau mengaku janji, berjanji atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam sesuatu pilihan raya;

(e) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, mendahulukan atau membayar atau menyebabkan supaya dibayar apa-apa wang kepada, atau untuk kegunaan, mana-mana orang lain dengan niat supaya wang itu atau mana-mana bahagiannya dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana pilihan raya atau yang dengan diketahuinya membayar atau menyebabkan dibayar apa-apa wang kepada mana-mana orang bagi menjelaskan atau membayar balik apa-apa wang yang keseluruhannya atau sebahagiannya telah dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana pilihan raya itu;

(f) tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menerima, bersetuju, atau membuat kontrak untuk mendapatkan apa-apa wang, pemberian, pinjaman, atau balasan bernilai, jawatan, kedudukan atau pekerjaan, untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain, kerana mengundi atau bersetuju untuk mengundi atau kerana tidak mengundi atau bersetuju untuk tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya itu;

(g) tiap-tiap orang yang, selepas mana-mana pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menerima apa-apa wang atau balasan bernilai oleh sebab manamana orang telah mengundi atau tidak mengundi atau telah mendorong mana-mana orang lain supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya itu;

(h) tiap-tiap orang yang, selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, oleh sebab dan sebagai bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau kerana bersetuju atau telah bersetuju untuk mengundi mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya, atau oleh sebab dan sebagai bayaran kerana dia telah membantu atau bersetuju untuk membantu mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya, memohon kepada calon itu, atau kepada ejen atau ejen-ejennya, untuk mendapatkan pemberian atau pinjaman apaapa wang atau balasan bernilai, atau untuk mendapatkan janji mengenai pemberian atau pinjaman apa-apa wang atau balasan bernilai atau untuk mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan atau untuk mendapatkan janji mengenai apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan; dan

(i) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang bagi pihaknya, bagi mendorong mana-mana orang lain supaya bersetuju untuk dinamakan sebagai seorang calon atau supaya tidak menjadi seorang calon atau supaya menarik diri jika dia telah menjadi seorang calon, memberikan atau mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan, atau bersetuju untuk memberikan atau mendapatkan atau menawarkan atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan, kepada atau untuk orang lain itu, atau memberikan atau meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana orang atau kepada atau untuk orang lain itu, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak orang lain itu.

Tindakan DS Najib Razak , TS Muhyiddin Yassin dan pimpinan UMNO / BN secara jelas telah bertindak melanggar akta tersebut dan bersabit dengan kesalah tersebut boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukkan undang-undang dalam AKta 5 , Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 . Tetapi malangnya SPR terus bersikap bacul , penakut dan berat sebelah serta tidak adil dalam mejalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan serta menguatkuasakan akta tersebut .

Imej dan reputasi SPR harus dibersihkan agar benar-benar menjadi badan bebas yang bertindak adil , telus dan berintegriti . Kenapa SPR sanggup menjadi balaci kepada pimpinan UMNO sehingga menjadi orang suruhan bagi tujuan memenangkan BN ? Biarlah proses demokrasi ini berjalan dengan baik , adil dan saksama dan SPR menjadi perlaksana yang profesional .

Justeru MENDESAK SUPAYA PENGERUSI SPR MELETAKKAN JAWATAN kerana rakyat Malaysia memerlukan kepada seorang pengerusi SPR yang adil , telus dan profesional !
-Suara pakatan daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...