25 April 2009

Mahkamah arahkan Gani Patail beri penjelasan situasi 2 MB di Perak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Peguam Negara untuk memberi penjelasan terhadap situasi yang membawa kepada wujudnya 2 Menteri Besar di Perak. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memberi arahan itu setelah membenarkan Tan Sri Gani Patail masuk campur dalam perbicaraan berhubung kemelut politik itu.

………………………………………………………………………………………………………………………………

Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Inilah pertikaian di Mahkamah sekarang. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Peguam Negara menjadi ‘pencelah’ dalam kes ini. Menurut Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, adalah wajar untuk membenarkan Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencelah dan membantu mahkamah menyelesaikan pertikaian ini.

Menurut Gani, beliau berhak mencelah dalam kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan pentafsiran Perlembagaan Perak serta Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Dato seri Nizar, Sulaiman Abdullah membantah pencelahan Peguam Negara dalam kes ini. Menurutnya, apa jua keputusan mahkamah kelak, tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Peguam Negara. Oleh itu, beliau tidak ada hak untuk mencelah dalam kes ini. Isu yang dipertikaikan ialah ‘Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?”. Apa kena-mengena kes ini dengan Peguam Negara? Adakah hak atau liabiliti Peguam Negara akan terjejas apabila mahkamah membuat apa-apa keputusan? Tetapi, mahkamah telah mengenepikan hujah beliau dan membenarkan Peguam Negara mencelah dalam kes ini.

Menurut Sulaiman lagi, Zambry memang sudah diwakili oleh peguam-peguamnya sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlu untuk Peguam Negara untuk mencelah. Sulaiman juga mebalas hujah Peguam Negara yang mengatakan bahawa ini merupakan kes kepentingan rakyat, oleh itu beliau berhak mencelah. “Nampaknya Peguam Negara bukan menjaga kepentingan rakyat, tetapi menjaga kepentingan Barisan Nasional” bidas Sulaiman.

Dalam masa yang sama, Dato Seri Zambry mencari jalan pintas untuk memohon supaya kes ini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Dato Seri Nizar membantah permohonan tersebut.Menurutnya, Mahkamah Persekutuan tidak boleh menjawab apa-apa persoalan perundangan berdasarkan andaian. Semua fakta-fakta material perlu dibangkitkan dan dipertimbangan dalam mahkamah tinggi terlebih dahulu.

Dato Seri Nizar telah menfailkan afidavitnya untuk membantah permohonan Dato Seri Zambry. Perkara ini akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 28 April 2009.

http://speakforperak.blogspot.com/

Hangpa tak mau lompat!!!!

Patah kad saja jadi jutawan-malaysiakini

Patah kad saja dah jadi kaya,Sekarang pun zamil dah buka kilang musnah
kad kad lama.rolls royce pun ada ,patutla semua lompat............................
acara mematahkan kad beramai-ramai,

Zahid mat arip cucu ghafar baba pun ada,Tapi nak pesan kat zamil duit hospital yang hang tak bayar tu pi ler bayar,duit rakyat tu.nah tuhan nak tunjuk kan tertinggal benang dalam perutnya.



terima kasih ezam janji janji mu itu telah kau tunaikan



motor ni aku beli denagan harga RM 160 ribu jerr.................




mewah,mewah sape mau lompat .boleh jadi kaya sekelip mata

23 April 2009

Pilihanraya kecil: BN manafaat Peserta PLKN berkempen

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 22 April (SK) : Badan pemantau pilihanraya Malaysian for Free & Fair Election (Mafrel) berkata ia mempunyai bukti bergambar rekrut-rekrut PLKN dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan Barisan Nasional semasa hari penamaan calon serta berkempen di pilihanraya kecil N29 Batang Ai awal bulan ini.

BN didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan kedua-dua peserta Program tersebut untuk kepentingan mereka semasa kempen pilihanraya kecil tersebut.

Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata, satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN dalam tiga pilihan raya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya dalam masa terdekat ini.

“Penyalahgunaan prasarana awam dikesan dalam ketiga-tiga pilihan raya lepas. Ini termasuk pengunaan prasarana awam seperti dewan masyarakat, kenderaan kerajaan dan majlis rasmi kerajaan untuk tujuan kempen,” tegas beliau

Menurutnya lagi mobilisasi pelatih-pelatih dari program khidmat negara semasa hari penamaan calon di Batang Ai adalah amat dikesalkan,
Selain itu, Mafrel turut mendakwa BN menyalahgunakan sejumlah besar wang rakyat untuk tujuan politik dalam pilihanraya Batang Ai.


“Di Batang Ai sahaja, BN menjanjikan projek-projek bernilai lebih dari RM175 juta termasuk pembinaan kompleks polis bernilai RM58.7 juta, pusat jalur lebar bernilai RM2.5 juta, projek turap jalan bernilai RM62 juta dan penambahbaikan dan pemulihan rumah panjang bernilai RM2 juta,” tegas beliau

20 April 2009

ORANG POLITIK HARUS BERFIKIRAN TERBUKA!!!

Kerajaan Selangor lantik sembilan panel penasihat ekonomi

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah membentuk Panel Penasihat Ekonomi sebagai langkah memberikan nasihat terutama berkaitan pembentukan dasar dan proses pelaksanan yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor, panel tersebut yang terdiri sembilan ahli dilantik, melibatkan profesional dalam pelbagai bidang termasuk pakar ekonomi, peguam, ahli akademik dan akauntan.

“Mereka dijangka mengemukakan nasihat strategik dan input terhadap pelbagai usaha merancakkan program dan rancangan ekonomi kerajaan Selangor yang selari dengan Pakej Rangsangan Ekonomi,” menurut kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan berkenaan, perkhidmatan pakar-pakar tersebut diperlukan sehingga dua tahun lantaran Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor melibatkan rancangan jangka panjang dan jangka pendek.
“Ahli-ahli panel diminta membantu Kerajaan Negeri dalam hal melaksanakan projek-projek strategik termasuk yang melibatkan matlamat dan objektif Pakej, waktu pelaksanaan dan sumber-sumber yang diperlukan bagi menjayakan seluruh ruang lingkup pelaksanaannya,” menurut kenyataan itu lagi.
Gerak kerja Panel Penasihat Ekonomi itu dibantu oleh Sekretariat yang bertujuan menyelaraskan dan memudahkan pelan tindakan dengan kerajasama pihak Kerajaan Negeri.

“Sebagai bahagian dalam proses pelaksanaannya, Kerajaan Selangor dijangka mengadakan taklimat khas bagi setiap isu yang berkaitan dengan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) menerusi siri menyuarat dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) pada setiap Jumaat.

“Mesyuarat juga diadakan dengan ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai usaha menerima input dan penambahan idea lain yang bersesuaian demi mencapai hasil yang memuaskan semua pihak.
Dalam hubungan ini, pendekatan pendengaran awam atau perundingan terbuka sebagai usaha menerima maklum balas daripada pakar-pakar dalam pelbagai organisasi, sedang dalam pertimbangan untuk diwujudkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...