EKSKLUSIF :Najib Akan Mempromosikan Dirinya Di Kubah London – Semuanya Atas Wang Pembayar Cukai!
Pada minggu hadapan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, akan menyewa sebuah dari kemudahan terkenal di London dalam usahanya mempromosikan dirinya, semuanya menggunakan wang pembayar cukai Malaysia!
Arena O2, atau lebih dikenali sebagai The Dome, adalah salah sebuah mercu tanda terkenal di UK dan akan digunakan sebagai premis utama sukan olimpik nanti. Ia juga kerap digunakan untuk menganjurkan konsert-konsert pop yang besar-besar, termasuklah konsert terakhir Michael Jackson.
Namun, pada hari Isnin depan Najib Razak akan menganjurkan sebuah upacara yang akan dibintanginya sendiri, ‘An Evening With The Prime Minister’ [Suatu Petang Bersama Perdana Menteri]!
Menurut laman web rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London seluruh warga Malaysia yang tinggal di UK AKAN dijemput ke majlis berkenaan, dengan makanan dan minuman diberi percuma dan juga pertunjukan kebudayaan di sepanjang majlis itu. Rakyat Sarawak, di mana peruntukan sebanyak RM3.47 juta bagi meringankan bebanan golongan yang miskin tahun ini, dikecualikan.
“Kenapakah Najib sanggup membelanjakan wang sebanyak itu untuk tujuan promosi diri di luar negara?” tanya seorang penuntut Malaysia di London. Adakah dia ingat cara itu berkesan baginya, kerana orang Malaysia di London akan dibenarkan mengundi? Orang yang akan mengundi adalah pegawai-pegawai kerajaan sahaja dan mereka pun dipaksa mengundi BN!
Suatu lagi kisah dari Sarawak Report
“Majlis ini merupakan manipulasi pilihanraya politik yang akan melibatkan jutaan ringgit untuk dianjurkan. Ianya tidak harus dianjurkan menggunakan wang awam dan bagi saya orang tidak akan terpesona kerana majlis ini diadakan di Britain. Mungkin dia (Najib) kini sudah takut untuk menganjurkan apa jua perhimpunan di KL setelah Bersih 3.0 dianjurkan!”
‘Penonton diupah’ akan diangkut menggunakan bas-bas dari seluruh UK!
Sarawak Report kini boleh mendedahkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi itu mengatur pengangkutan percuma dan peruntukan makan minum untuk para pelajar Malaysia bagi menghadiri majlis itu dari seluruh UK! Para pelajar yang menuntut sejauh Edinburgh University di Scotland telah digesa untuk hadir ke majlis itu yang dikelolakan oleh para diplomat. Kehadiran yang tinggi itu berkemungkinan untuk mengelakkan terlalu banyak dan ketaranya tempat duduk kosong kerana dikhuatiri suasananya akan dirakam oleh kamera dan ditayangkan oleh media-media yang bertapis ke Malaysia.
Sebuah email dari pemberi maklumat telah diajukan kepada Sarawak Report, mendedahkan skala pengoperasian majlis itu:
“Badan penganjur keseluruhan majlis ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka mensasarkan 1000 orang Malaysia yang hadir nanti. Pengangkutan untuk ke London akan diadakan secara percuma. Makanan dan minuman akan dihidangkan dalam koc pengangkutan. Semua cawangan diminta mengesahkan bilangan peserta yang akan hadir supaya kami dapat menempah sebuah dari dua buah koc-koc itu nanti. Sila sampaikan pesanan ini kepada kumpulan tempatan dan orang-orang Malaysia yang lainnya. Sila beritahu saya angka kehadiran yang sebenar nanti.
Sebaik-baikinya sila beritahu saya menjelang hari Selasa ini 8hb Mei supaya saya dapat mengemukakan anggaran perbelajaan dan bilangan penonton kepada pihak pesuruhjaya tinggi.
Ini bukanlah majlis yang formal – PM akan membuat ucapan ringkas dan kemudiannya akan beramah mesra dengan para penonton sepanjang petang itu nanti.Jika ada yang berminat untuk turut hadir, sila berikan saya butir-butir seperti nama, nombor telefon dan nama Universiti. Terima kasih [sila email ke penganjur pelajar]
Kehadiran para penunjuk perasaan!
Secara ironinya usaha membeli sokongan untuk Perdana Menteri itu diatur sedemikian kerana pada
hakikatnya dua minggu yang lalu sokongan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di kota London telah berjaya menghimpunkan bilangan peserta yang sama tanpa menggunakan sebarang insentif, namun disokong oleh rakyat Malaysia yang dahagakan demokrasi serta ingin menghentikan rasuah pilihanraya dan penyelewengan wang awam.Pada majlis kali ini, para pelajar yang sama juga dijemput hadir oleh BN, setelah dahulunya mereka DILARANG berhimpun sambil diugut untuk dilucutkan geran-geran pengajian mereka.
Sebaliknya mereka terpaksa bertopeng untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka.
Berkemungkinan besar suatu perhimpunan aman akan dianjurkan di luar O2 Arena nanti, walaupun pihak kedutaan Malaysia mempunyai rekod cubaan untuk mengupah pengawal-pengawal keselamatan untuk menghalang sebarang perhimpunan yang sah, walaupun di London.
Rakan-rakan BN UK
Sarawak Report juga dapat mendedahkan bahawa Perdana Menteri itu sekali lagi akan menggunakan wang amam Malaysia untuk mempromosikan kepentingan parti BN dengan menganjurkan majlis bagi organisasi Friends of Barisan Nasional UK, yang telah ditubuhkannya pada bulan Julai tahun lepas pada lawatan terakhirnya ke London.
Tujuan penubuhan organisasi itu, menurut laman web rasminya, adalah untuk menggalakkan hubungan perdagangan dengan organisasi-organisasi di UK. Beberapa orang tokoh-tokoh ternama Britain, termasuk Prof Lord Desei, Lord Parry Mitchell, Lord Shiekh of Cornhill dan Dr Dawn Gibbons MBE telah dilantik secara co-opted sebagai patron-patron kepada organisasi itu.Mereka berkenaan telah disenaraikan dalam laman web rasmi FBN UK bersama-sama Menteri Luar Negara Malaysia, Anifah Aman, seorang menteri dari Malaysia yang pernah didedahkan penglibatannya dalam rasuah pembalakan, dan juga penglibatannya dengan saudaranya, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Kini Sarawak Report telah mengutus surat kepada setiap patron di UK untuk bertanyakan apakah landasan mereka bersetuju menyokong sebuah organisasi politik yang pada minggu lepas telah bertanggungjawab menyuraikan perhimpunan aman menggunakan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Perhimpunan aman itu telah menuntut pilihanraya yang bebas dan adil; organisasi politik, BN, juga telah ditangkap kerana melakukan penapisan ke atas laporan-laporan BBC, Al Jazeera dan CNN, dan juga bertanggungjawab melemparkan fitnah secara melulu dan merbahaya terhadap seorang senator Australia, yang datang ke Malaysia hanya untuk memerhatikan pelanggaran hak asasi manusia oleh pihak polis.
Surat kami, yang disokong oleh Suaram International, juga mempersoalkan sama ada ianya sesuai bagi sesebuah organisasi parti politik mendabik dadanya dengan menyatakan objektif utamanya adalah untuk mengadakan “hubungan perniagaan yang bernilai tinggi” dan peluang-peluang perdagangan pada ahli-ahlinya dan berusaha untuk menjadi “organisasi utama” dalam perdagangan antara dua buah negara! Sesebuah kerajaan seharusnya mengadakan suasana dan keadaan yang adil untuk berniaga dan bukannya cuba untuk mendapatkan peluang secara eksklusif buat kroni-kroni BN sahaja?
“Menerusi FBN UK, ahli-ahli akan mendapat peluang untuk membangunkan hubungan-hubungan perniagaan di kalangan komuniti orang Malaysia di Britain dan untuk bertukar-tukar idea dan maklumat di antara kepentingan perdagangan dan kerajaan. FBN UK akan bertindak sebagai organisasi-organisasi utama bagi Malaysia dan UK bagi membantu syarikat-syarikat dari kedua buah negara itu untuk berdagang di UK.
Mungkin para patron di UK kurang peka akan sesesuatu kes di Malaysia, surat kami juga ada menyatakan mengenai skandal yang menyelubungi pembelian kapal selam Scorpene di Peranchis, dan mengingatkan mereka mengenai skandal ‘Bantuan Persenjataan’ di antara kerajaan UK pimpinan Thatcher dan Malaysia ketika Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan dahulu.
Najib Razak mungkin telah mendapat pujian daripada Perdana Menteri UK David Cameron kerana menghapuskan undang-undang ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.Namun, orang-orang Malaysia di London telah secara aktifnya memaklumkan para pegawai-pegawai bahawa membelanja wang yang banyak untuk meraih sokongan adalah menandakan berakhirnya penindasan di Malaysia, begitu juga dengan rasuah politik.
Perarakan dan perhimpunan Bersih 3.0 telah membuktikannya.Orang-orang Najib kini bekerja keras untuk mempastikan jadual pergerakannya berjalan lancar, namun mereka juga harus bersedia menghadapi sebarang tunjuk perasaan di London.- SR
12 Mei 2012
UTUSAN SEX, MOHON MAAF KES FITNAH PEMANTAU BERSIH 3.0
Utusan akui salah, minta maaf pada senator Australia
Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.
Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di akhbar milik Umno itu dan laman
web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.
"Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut," permohonan maaf di laman web Utusan dipetik.
Utusan juga menjelaskan, dalam ucapan di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan ‘Islam'.
Tambahnya, beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama.
"Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut," menurut notis itu.
PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN HARI INI...........
NAJIB GAMBARKAN....Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat
Ucapan Ha Najib Razak baru sekejap tadi sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat. Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.
Najib berucap penuh semangat.
Bersih 3.0 adalah indikator pertama bagi Najib membuat penilaian dan keputusan apakah parlimen boleh dibuabrkan atau pun tidak dalam bulan Mei dan Jun ini. Dengan kehadiran lebih 60,000 ribu di stadium Bukit Jalil malam ini dianggap satu kehadiran yang terbesar dalam siri-siri majlis himpunan Umno yang diadakan selepas 28 April dapat menyangi kehebatan Bersih yang dihadiri lebih 250,000.
Tidak ada lagi majlis Umno selepas ini melainkan majlis ini dibuat sempena hari ulang tahun Umno. Majlis-majlis di negeri-negeri kurang mendapat sambutan walaupun Umno menyediakan prasarana dan ubah wang poket. Di negeri kelahiran Najib sendiri satu majlis hanya dihadiri tidak sampai 200 dan ia menimbulkan kemarahan Najib.
Malam ini waalaupun ahli Umno diangkut dan diupah, tetapi jumlah itu kurang dari 80,000 tetapi sudah cukup memuaskan Najib yang belaum ini belum pernah mendapat sokongan (paksa) seperti itu. Sebenarnya jumlah kehadiran di stadium Bukit Jalil ini belum dapat mengatasi ledakan penonton perlawanan akhir boleh sepak khasnya membabitkan Kelantan. Tetapi tidak mengapalah kerana inilah majlis melibatkan Najib teramai Najib perlu berpuas hati dan seronok.
Mungkin bagi mereka yang tidak mahu menerima kelemahan dan berilusi Umno masih hebat, walaupun sudah lemah, menganggap himpunan malam ini sempurna dan terhebat. Kenapa mereka merasakan begitu kerana tidak ada himpunan sebesar malam ini walaupun kurang separuh dari jumlah himpunan Bersih 3.0.
Najib dan Udin anak Yassin cuba sedaya upaya untuk menunjukkan majlis malam ini Umno kuat dan berpadu. Mereka berdua ingin menggambarkan kepada dunia bahawa Umno masih relevan dan utuh. Sebab itu Udin anak Yassin mengulangi jumlah hampir 100,000 dan katanya masih banyak lagi yang berada diluar dan dalam perjalanan. Sebenarnya yang dalam perjalanan sudah pun melencong ke tempat lain.
Najib pula malam ini telah mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman dan luarannya. Suaranya sudah dilepaskan kesemua sekali. Jeritannya seakan sama kuat dan sama ngeri dengan jeritan harimau yang cedera ditembak.
Kenapa saya kata majlis itu tidak sumpurna? Situasi itu cukup apabila bekas presiden Umno dan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak ada dalam majlis itu. Apakah beliau sakit. Begitu juga bekas pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain termasuk anak-anak bekas timbalan perdana menteri, Ghafar Baba, Tamrin Ghabar, bekas anak Ketua Pemuda Umno, Harun Idris, Mazlan Harun, anak-anak bekas pahlawan Umno dan lain-lain tidak bersama. Itu memberi gambaran bahawa Umno semakain renggas dan bercelaru, indah di luar buruk di dalam. Masak di hujung putik dipangkal.
Orang-orang seperti Abdullah Badawi, Tengku Razaleigh tidak patut tidak hadir. Kalau mereka uzur dengan kerusi roda pun patut diheret. Tidak cukup dengan kedatangan Mahathir bersama isteri untuk menunjukkan Umno masih kuat dan padu seperti dulu. Penglibatan Mahathir dalam apa-apa majlis Umno hari ini dilihat bukan menyempurnakan lagi tetapi mencacatkan?
Dalam perhatian saya sambutan di kalangan pemuda Umno (anak-anak muda) kurang sekali. Kalau tanpa puteri dan wanita Umno yang dilihat sebagai peminat Umno kerana ingin glamour, mungkin majlis itu semakin rengas seperti daun kepala dimakan kekabur. Dari jumlah 60,000 itu mungkin 40,000 darinya adalah dari kalangan wanita.
Najib atau admit media sosialnya (Fb, blog, twitter dan lain) pernah menguar-uarkan bahawa pengikut Fb atau blog Najib sudah mencecah 1.5 juta. Apakah mereka tidak mengetahui majlis itu dan hanya menyapa Najib menerusi Fb dan blog atau twitter dengan tiap seorang membuka 10 hingga 30 akaun? Kalau benar pengikut media sosial Najib mencapai jumlah jutaan pengikut pasti di belapan stadium Bukit Jalil penuh sesak dan tidak ada kerusi kosong di tempat duduk berbumbung. Tetapi nampaknya dari suluhan kemera tv yang begitu hati-hati ternampaknya tempat duduk kosong tergohong.
Begitu juga kaum India yang hadir sama-sama meraikan ulang tahun Umno tidak ramai. Jumlahnya jauh lebih ramai yang pergi berarak dekat Bersih di mana saya anggarkan kira-kira 20,000. Ke manakah kaum India kali ini. Atau mereka menyimpang wang, tenaga dan semangat untuk menyertai himpunan Hendraf hujung bulan ini? Tidak ada corong kemereka tv yang diselar ke muka India.
Tidak mengapalah terpulang serah kepada Najib untuk menilai dan beliau merasa berhak untuk berseronok dengan gelombang merah malam ini. Sebagai orang yang pertama kali mendapat crowd seramai itu mungkin menyebabkan Najib tidak dapat tidur kerana mikirkan beliau mendapat sambutan. Walhal sorakan untuk Mahathir lebih hebat darinya.
Dari segi ucapan Najib tidak berapa elok kerana ada kalanya terlalu emosional dan ego. Ada beberapa perkara beliau sepatutnya tidak menyebut dan mengulang-ulanginya lagi kerana sudah pun menyebut sebelum ini. Ruang dan kesempatan yang baik itu sepatutnya Najib gunakan untuk membangkit semangat orang Melayu dan rakyat Malaysia, tetapi sayang digunakan untuk menghetam Bersih, memperkecilkan Bersih dan cuba mencerminkan pembangkang sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab. Najib tidak habis-habis memuji polis dan membenci kejahatan para peserta Bersih sedangkan hakikatnya sudah diketahui jutaan orang.
Pada majlis begitu yang penuh emosi dan sentimental itu sepatutnya Najib berucap secara matang mengemukakan hujan fikir secara lebih mampan untuk menjelaskan transformasi dilakukannya. Mengajak rakyat untuk bersatu dengan Umno dan tidak perlu memperlekeh dan menjahat-jahatkan pembangkang secara melulu dan berlebihan. Pengundi hari ini sudah dewasa dan matang berfikir. Betapa pembangkang di kosmetikkan dengan kejahatan, mereka akan nilai sendiri nanti. Di hadapan Najib mereka bertepuk tangan tetapi bila kembali ke rumah mereka membandingkan dengan fikiran tenang. Sebab itu ada orang yang mengucup tangan Rosmah bila balik mereka basuh dan samak dengan tujuh jenis air. Kecuali seorang manusia saja yang tidak mandi tujuh hari kerana menghidup bau tangan Rosmah untuk dijadikan saksi dan bukti kesetiaan dia kepada Umno.
Najib tidak seharusnya mendabik dada Umno hebat, baik dan berjasa kepada rakyat. Sebaiknya dan paling berkesan biarlah orang lain yang memuji Umno. Najib sebagai orang Umno sudah tentu akan memuji Umno baik, seperti mana Najib melihat ke dalam cermin dia pasti merasakan dia paling kacak daripada segala orang lain termasuk bintang filem.
Iya, melihat kepada semangat Najib malam ini dan keyakinan bahawa Umno sudah mentap, kuat, sihat nampaknya dia sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. Najib tampaknya sudah berpuas hati dengan tahap orang-orangnya dalam mempersiapkan diri untuk berpilihan raya. Apapun hendak dikatakan Najib tetap mengambil himpunan malam ini sebagai indaktor untuk bubar parlimen.
Malam ini Najib juga terlalu yakin rakyat terjerat dengan perangkapnya menerusi pemberian wang rakyat kepada rakyat sebanyak RM500, baucher RM100 kepada pelajar, kewujudan kedai, klinik, pasar ikan 1 Malaysia dan sebagainya. Tujuh prinsip atau pun persoalan untuk dijawab pembangkang juga menunjukkan dia konfiden. Tujuh perkara itu pasti akan dijadikan tunggak dalam manifestonya untuk berigumentasi dengan pembangkang.
Melihat kepada senario dan raut muka Najib yang lebih merah pada malam ini saya percaya Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Bila? Kerana suka tidak suka Najib sudah tidak ada masa dan ketika yang baik lagi untuk berbuat demikian.
Waktu ini juga rakyat termasuk ahli Umno sedang membuak rasa, tergila-gila hendak berpilihan raya, dan semasa sekeling masih ada... bubarlah walaupun khabarnya bomoh Siam, Tok Sami dan Kiyai di Indonesia membuat telahan mengikut firasat dan ilmu batin mereka masing-masing bahawa pilihan raya ke-13 ini pilihan raya yang tidak membawa banyak tuah kepada UBN dan memberi dugaan kurba buat Najib. -mso

11 Mei 2012
FACEBOOK SEDANG MENGUJI " ALAT PEMBUAT DUIT "
'Menggalakkan suatu sistem pos setakat ini hanya diuji di New Zealand
Facebook melancarkan kedai app. dan Selamat datang ke revolusi sosial
Nilai facebook sehingga kini $ 95bilion ,Facebook telah mula menguji sistem yang membolehkan pengguna membayar untuk menonjolkan atau mempromosikan posts.
Dengan membayar bayaran yang kecil pengguna boleh memastikan bahawa maklumat yang mereka siarkan pada rangkaian sosial adalah lebih dilihat kepada rakan-rakan, keluarga dan rakan-rakan sekerja.
Ujian sedang dijalankan di kalangan pengguna rangkaian sosial di New Zealand.
Facebook berkata matlamat ini adalah untuk melihat jika pengguna tidak berminat untuk membayar untuk flag maklumat mereka.
Pembuat wang
Ujian sistem "membayar untuk menggalakkan" telah ditemui oleh pengguna Facebook di Whangarei, melaporkan berita majalah Stuff New Zealand. Pada mulanya, kata Stuff, pengguna fikir tawaran untuk membayar untuk mempromosikan pos adalah helah atau penipuan sahaja.
Seorang jurucakap Facebook mengesahkan kepada BBC tawaran itu adalah tulen.
"Kami sentiasa menguji ciri-ciri baru di seluruh tapak," kata jurucakap itu. "Ini ujian tertentu semata-mata untuk mengukur minat masyarakat pada kaedah ini berkongsi dengan rakan-rakan mereka."
Kaedah yang berbeza jawatan menonjolkan sedang diuji, kata jurucakap itu. Ini akan melihat pelbagai caj yang dikenakan ke untuk membuat jawatan yang lebih kelihatan. Comments on ujian mencadangkan harga yang paling tinggi yang dikenakan adalah £ 1.25 ($ 2) manakala yang lain berharga 25p atau 50p.
Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit atau PayPal.
Jurucakap itu berkata beberapa kaedah yang telah mencuba akan menanggung suatu pertuduhan tetapi yang lain akan mengetengahkan pos secara percuma. Jurucakap tidak akan dilukis pada bila ujian itu akan berakhir atau jika ia akan dibicarakan di wilayah lain.
"Kami akan melihat banyak lagi idea-idea seperti ini di mana mereka sedang menguji cara yang berbeza untuk cuba untuk membuat wang," kata Ian Maude, internet penganalisis di Analisis Enders.
Kedua-dua saham akan berlaku Facebook pasaran pengapungan dan kelembapan terkini dalam pertumbuhan hasil telah membantu untuk menumpukan perhatian pada cara untuk membuat wang, katanya.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini hasil mereka secara keseluruhan telah berkembang lebih cepat daripada penonton mereka," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, bahawa pertumbuhan pesat telah menjadi perlahan dalam tempoh enam bulan yang lalu dan mungkin telah mendorong kepada eksperimen.
Pengapungan akan menambah lebih banyak tekanan, kata Encik Maude tetapi beliau berkata bahawa cara stok akan berpecah dapat meringankan beban yang sedikit Mark Zuckerberg akan meninggalkan 57% saham.
"Dia selalu berkata beliau mahu membuat wang untuk menjalankan syarikat itu tidak menjalankan syarikat itu untuk membuat wang," kata Encik Maude.
disediakan oleh unit INFO TECHNOLOGY Kedah.kini
Sumber BBC Technology
MALANG BAGI MALAYSIA, PM KITA BERTARAF JKKKP ?
Isu Air: Bukti Perdana Menteri Ahli Politik Bukan Negarawan
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tentang isu air.
Beliau berkata, kenyataan itu jelas membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik, bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Katanya, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
"Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa.
"Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air.
"Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera", katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat, hari ini.
Abdul Khalid berkata beliau berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkam pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air.
Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah melebihi 70 peratus.
"Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air," katanya.
Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor pada tahap lebih dari mencukupi.
"Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)," katanya.
Disediakan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
komen: Najib hanya mengutamakan Syarikat kroni dari mengutamakan rakyat, apa ingat rakyat bodoh dalih dan alasan beliau hanya setaraf jkkkp saja...
MB berdangdut sampai ke..pagi...Pulak dah....?
EDISI lembUMNO BANGANG: Fitnah MB Selangor Terjawab
Tanpa rasa takut akan dosa dan azab Allah. Puak LembUMNO edit gambar untuk benda yang sedikit pun tak memberi manaafat kepada nya. Bahkan mendapat dosa..
NAK KATA APA DAH MEMANG PERANGAI PUAK PENCACAI MACAM TU. BIARKAN, BIARKAN.. DAN TUNGGULAH HARINYA PASTI TIBA. UMNO AKAN TRSUNGKUR KERANA KEBODOHAN PUAKNYA SENDIRI.
ITU SUDAH SATU KEPASTIAN UNTUK MEMFITNAH DALAM UMNO.
KALAU X FITNAH X UMNO NAMANYA.
Sumber : Era Pasca

KOMUNIS ke... apa ke.... asal bukan umno (ABU)
Hisham Rais: Komunis hadir BERSIH 'komunis baik'
Jika benar terdapat komunis yang menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 28 April lalu, mereka penganut fahaman itu yang baik, kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Hishamuddin Rais.
"Kalau kata ramai yang datang masa BERSIH ialah komunis. Ok lah itu. Sebab mereka komunis yang baik. Sebab mereka tentang penipuan yang dibuat oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar mengatakan, perhimpunan "duduk bantah" itu didalangi oleh pihak yang menyebarkan ideologi komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an.
Walaupun Hanif tidak menamakan sesiapa tetapi kenyataan itu dipercayai jelas merujuk kepada Hishamuddin yang terlibat dalam aktivisme pelajar sekitar 70-an dan memainkan peranan penting pada perhimpunan itu.
TRUVADA, Ubat HIV dan AIDs yang berkesan juga mencegah
Truvada "senjata besar baru dalam senjata menentang HIV dan AIDS".
Truvada adalah satu kejayaan besar dalam memerangi penyebaran HIV dan AIDS.
US Food and Drug Administration telah menyatakan bahawa ia merupakan satu cara yang "selamat" dan "berkesan" mencegah virus itu, dan lagi pil biru kecil ini sudah menjadi sesuatu daya polarisasi.
Terdapat mereka yang mengatakan ia merupakan satu langkah utama ke arah matlamat mencari penawar untuk virus HIV, dan ujian klinikal telah disokong tuntutan tersebut.
Tetapi lain, sebahagian daripada mereka telah berjuang selama bertahun-tahun untuk mendapatkan mereka yang berisiko untuk menggunakan kondom dan kaunseling, ada kebimbangan bahawa Truvada boleh membawa kepada rasa bahaya yang mereka kebal.
Jika diambil setiap hari, Truvada menyediakan lebih perlindungan terhadap virus HIV daripada dadah yang tersedia yang lain.
Potensi 'malapetaka'
Mempunyai alasan untuk tidak menggunakan kondom telah membawa Yayasan AIDS Healthcare untuk menggambarkan penggunaan Truvada sebagai "malapetaka" potensi yang boleh tidak wajar tahun advokasi selamat-seks.
Tetapi yang lain, yang sama bersemangat dalam perjuangan mereka menentang HIV dan AIDS, berkata isu itu datang ke pilihan peribadi dan tanggungjawab.
Apabila saya bercakap kepada Charles Martin, di projek kesedaran AIDS hanya selatan Florida, beliau dipanggil Truvada "senjata besar baru dalam senjata menentang HIV dan AIDS".
Martin berkata pil yang perlu disediakan secepat mungkin.
Akhirnya, ia mungkin kos Truvada yang memutuskan nasib serta-merta.
Dos harian akan berharga kira-kira $ 11,000 setahun, dan ia tidak segera menjelaskan sama ada syarikat insurans di Amerika Syarikat akan menampung kos.
Dengan jelas, Truvada boleh mempunyai cara yang kesan di luar Amerika Syarikat dalam pertempuran selama 30 tahun untuk menghentikan penyebaran HIV dan AIDS.
Bagi kebanyakan orang, apa-apa harapan dan kemajuan yang merupakan lonjakan besar ke arah yang betul.
Sumber- AlJazeera
Kerajaan Selangor, Kebajikan Sepanjang Hayat
Dalam masa sesingkat empat tahun sahaja, Kerajaan Selangor telah memperkenalkan banyak program pro-rakyat yang memberi manfaat kepada kehidupan semua pihak, tanpa mengira jalur politik masing-masing.
Kesaksamaan menjadi teras politik baru di Selangor. Bagi penggal mendatang, kerajaan Pakatan Rakyat merangka lebih banyak lagi rancangan diatas program-program pro-rakyat sedia-ada.
Disamping itu, penambahbaikan terus dijalankan supaya anda mendapat yang terbaik, dari kerajaan pilihan anda.
Terima kasih diatas kepercayaan ini.
RAHIM NOR DAN NST SEDANG KEPANASAN!
Siapa Lidah Bercabang Mengatakan Nik Aziz "Bapak Kafir?"
Bekas ketua polis negara Rahim Noor yang telah bertindak ganas dan diluar perikemanusiaan dan tatacara kepolisan semasa menjawat jawatan itu dengan menumbuk mata Anwar Ibrahim sampai lebam menafikan yang beliau telah menuduh atau menggelarkan Menteri Besar Kelantan sebagai "bapak kafir" atau "Nik Aziz is father of kafir" seperti mana dilaporkan The New Straits Time pada 8 Mei lalu.
Kata Rahim apa yang beliau katakan hanya sikap para pemimpin Pas termasuk Nik Aziz dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menggunakan hujah agama untuk melawan Umno. Betulkah itu yang Rahim kata dan macam mana kalau itu yang keluar dari mulutnya, lain yang ditulis?
Apakah Rahim sudah mulai merasa panas dengan cemuhan dan marah orang ramai kepada beliau ekoran laporan berkenaan. Sejak NST melaporkan Rahim berkata begitu, rasanya sudah puluh ribu orang menyumpah dan mengeji Rahim Nor kerana tidak sepatutnya dia menyifatkan Nik Aziz sebagai bapak kafir.
Nik Aziz bukan lawan Rahim kalau pun Rahim ingin mendapat award atau pun apa-apa imbuhan dari kerajaan UBN kerana turut melayak dan menyerang Nik Aziz. Tidak payah lawan Nik Aziz dengan kata-kata cacian, kejian dan persendaan beliau tidak akan kalah. Nik Aziz mungkin boleh kalah kalau beliau dilawan dengan hujah dari Quran dan Hadith.
Pelik laporan yang jelek terhadap Nik Aziz itu juga turut dinafikan oleh wartawan yang menulis (diletakkan namanya) pada tulisan itu, iaitu Rahmah Ghazali. Tulisan itu memakai dua nama (byline) Rahmah dan Lim Poh Lian.
Rahmah menerusi Twitternya dikatakan telah menafikan yang beliau membuat laporan itu dan hanya menulis laporan dari memetik kenyataan Mahfuz Omar yang dimasukkan di kaki berita berkenaan saja. Ertinya Rahmah tidak tahu menahu dengan kenyataan Rahim itu.
Jelas si penumbuk itu, (Rahim) kenyataan itu dipetik hasil dari temubual beliau dengan wartawan menerusi telefon. Beliau tidak menyebut siapakah wartawan berkenaan apakah Lim Poh Lim, atau Lim Poh Lim hanya tulisan kenyataan Rahim kerana disuruh oleh pihak lain.
Biasa berlaku dalam dunia surat khabar, bos akan menyuruh mana-mana wartawan menulis bahan atau pun maklumat yang diperolehi kerana kesibukan ataupun untuk mengelak timbul implikasi kerana jika timbul implikasi penulis yang dicatat namanya akan dipertanggungjawabkan.
Rahim juga mengaku dia tidak pernah mengatakan Nik Aziz adalah political animal sebaliknya istilah yang beliau gunakan adalah 'political creature' - politik haiwan hidup. Sebenarnya animal politik sama dengan political creature.
Persoalan sekarang ini kalau bukan Rahim yang dilaporkan berkata demikian dan Rahmah yang namanya diletakkan di situ sebagai pelapor juga menafikan, siapakah yang pandai-pandai membubuh perkataan itu? Disebabkan berita itu ditulis oleh dua orang, seorang lagi Lim Poh Lim, besar kemungkinan perkataan itu ditulis oleh Lim Poh Lim. Kita berharap Lim Poh Lim akan membuat penjelasan kalau didiamkan orang ramai akan menganggap dia yang tulis.
Boleh jadi juga wartawan berkenaan tidak menulis perkataan itu, (bapa kafir) tetapi ia pandai-pandai penyunting akhbar berkenaan yang mengawal laman berita berkenaan yang tokok tambahnya untuk menimbulkan sensasi. Pun begitu kalau ia menulis demikian dari manakah asasnya? Kalau hendak dikatakan tersilap terjemahan, ia tentu juga ada asasnya dari perkataan atau maksud apa?
Politikal creature yang disebut Rahim Nor itu juah larinya dengan maksud yang diguna oleh akhbar berkenaan, iaitu bapak kafir.
Ada baiknya untuk memastikan siapa punya angkara menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir itu, MB Kelantan itu wajar menyamannya dan tidak akan memaaf sehingga orang terbabit di bawa ke mahkamah. Sebelum ini Nik Aziz banyak memaafkan orang yang memburukkanya.
Dia juga pernah memaafkan Utusan Malaysia yang memfitnahnya dengan menarik balik cadangan saman. Sikap Tok Guru yang pemaaf begitulah menyebabkan media massa khasnya MPB tanpa berfikir panjang memfitnah dan menghina beliau seperti bapak kafir dan sebagainya itu.
Dalam hal ini kalau Nik Aziz meneruskan cadangan menyaman NST dan Rahim Nor bukan tujuan mengharapkan mendapat wang kerana pampasan ekoran kata-kata itu memalu dan merosakkan imejnya tetapi hanya untuk tahu siapa yang lidahnya sama dengan lidah syaitan menyifatkan Tokguruku sebagai "bapak kafir" itu.
Dalam kes ini tiga orang suspek sudah pun dikenal pasti kerana mereka terlibat secara langsung dengan berita berkenaan, Rahim Noor, Rahmah Ghazali dan Lim Poh Lim. Mungkin dua lagi saya boleh agak-agakkan mereka ialah penyunting atau pengarang akhbar berkenaan sendiri.

10 Mei 2012
Gantung pengajian: 5 pelajar dibenar cabar Kuin
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi mencabar keputusan pusat pengajian tinggi milik negeri Kedah itu menggantung pengajian mereka kerana terbabit dalam demonstrasi Mei tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan keputusan Kuin itu melampaui kuasa dan pelajar terbabit boleh meneruskan pengajian mereka di Kuin.
"Perintah perisytiharan bahawa kaedah-kaedah Kojej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar 2007) adalah ultra vires di bawah Seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
"Perintah deklarasi/perisytiharan bahawa Kaedah-kaedah Kolej Universiti Insaniah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires," katanya.
Mereka yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin manakala Kuin diwakili, peguam Karpal Singh.
Pelajar terbabit terdiri Mohd Faiz Mohd Arshad, 29; Muhamad Aiman Che Ab Razab, 23; Mohd Azlan Mat Zain, 32; Ahmad Remi Mohd Aras, 25 dan Zulkhilatif Marzukh.
Empat daripada pelajar terbabit hadir manakala Mohd Azlan tidak hadir kerana kurang sihat.
Pentadbiran Kuin menggantung lima pelajar terbabit berikutan mereka terbabit dalam demonstrasi membantah tindakan pengurusan Kuin mengambil bangunan asrama untuk dijadikan kolej Bestari Insan, April tahun lalu.
Mohd Faiz digantung pengajian selama dua semester yang berakhir bulan lalu manakala tempoh penggantungan empat lagi rakannya telah pun berakhir dan mengikuti pengajian mereka di Kuin.
Mereka memfailkan semakan kehakiman mencabar hukuman penggantungan pengajian mereka pada 5 Ogos lalu.-SH
PASCA BERSIH 3.0 : KERAJAAN TARIK BALIK RUU PILIHAN RAYA!
Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.
"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.
Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.
"Umno BN tidak sangka rakyat sudah melihat dengan jelas tipu daya mereka.
"Mereka tersentak dengan semangat dan tuntutan rakyat itu, mereka serba ketakutan kerana selepas ini, sebarang bentuk penipuan dalam pilihan raya akan disanggah oleh rakyat dan mereka sedar bahawa hayat pemerintahan mereka semakin hampir ke penghujung," katanya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperingatkan rakyat bahawa langkah penarikan balik rang undang-undang tersebut hanyalah sandiwara dan taktik Umno BN untuk memadam aspirasi rakyat yang terjelma dalam tuntutan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
"Umno BN sama sekali tidak akan bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.
"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih," kata Mahfuz.
Beliau juga yakin kerajaan Umno BN juga tidak berani sama sekali meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.
"Kerajaan Umno BN tidak berani sama sekali meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan setelah sikap tidak memihak mereka dipertikaikan dan semakin tidak dipercayai," katanya.
Bagi Umno BN, kata beliau lagi, SPR adalah kuda tunggangan mereka.
Meskipun begitu, jika kerajaan terus berkeras dengan keengganan untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, Mahfuz yakin rakyat akan bangkit sendiri dan berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan-perhimpunan raksaksa tanpa diinisiatifkan oleh sesiapa pun.
"Selepas ini, saya yakin rakyat akan bangkit sendiri tanpa perlu diinisiatifkan oleh sesiapa pun dengan kebangkitan yang jauh lebih besar dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0," kata beliau dengan penuh keyakinan.
Rakyat, katanya, semakin sedar bahawa "hanya suara rakyat suara keramat".
"Hanya tuntutan dan kebangkitan yang lebih besar akan dapat memastikan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut berikutan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

CADANGAN DARI ORANG RAMAI : Jawatan kuasa bebas bersih 3.0 ?
INI DIA ORANGNYA
CADANGAN UNTUK KEMENTERIAN DALAM NEGERI
untuk mempercepatkan masa
untuk mentuntaskan kerja
untuk memperlihatkan demokrasi kita
untuk menangkis fitnah dan tohmah
untuk memperbaiki imej polis yang ganas
untuk memperbaiki imej najib yang flip flop
dicadangkan jawatan kuasa bebas siasatan bersih 3.0 ialah:
PENGERUSI
haniff omar
AJK
datuk rahim noor
pengerusi majlis fatwa negara
yb zulkifli nordin
yb gobala krishnan
yb zahrin
senator tunku aziz
SETIAUSAHA
yb ibrahim ali
senator mohd ezam mat nor
Sumber: http://tukartiub.blogspot.com/2012/05/cadangan-dari-orang-ramai.html

Anggota polis didakwa membunuh rakan sekerja
ALOR SETAR, 10 Mei — Seorang anggota polis berpangkat Lans Korporal hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya bulan lepas.
Rosli Abu Hasan, 25, dituduh membunuh Konstabel Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, di pintu masuk utama Istana Anak Bukit di sini kira-kira pukul 5.45 petang pada 26 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh mengangguk sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah.
Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.
Peguam P. Ashokumar yang mewakili tertuduh memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dibenarkan untuk dijamin bagi membolehkannya menjalani rawatan mental.
“Tertuduh adalah anggota polis yang sudah berkahwin dan tinggal dengan keluarga, dan tidak boleh lari atau mengancam saksi-saksi. Tertuduh juga bersetuju menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis,” katanya.
Permohonan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya Ayu Rohaiza Khazali kerana kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada asasnya tidak boleh dijamin dan jika mahu membuat permohonan, ia perlu dilakukan di peringkat mahkamah lebih tinggi dan bukan di mahkamah rendah.
Ayu Rohaiza bersetuju supaya tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Mohd Azhar membenarkan permohonan untuk tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatrik tetapi tidak membenarkannya dijamin.
Beliau kemudiannya menetapkan 10 Jun untuk sebutan kes. — Bernama
PANAS! 23HB MEI TARIKH BUBAR PARLIMEN
Maklumat terkini baru masuk dari twitter -Amin Iskandar
Kemungkinan pembubaran parlimen menurut Prof Dato Dr. Redzuan Othman, ada 3 tarikh yang telah diberikan oleh beliau. Ada Najib Berani selepas perhimpunan Bersih 3.0 indek sokongan keatas beliau terus merudum. Mengulas mengenai Tuntutan Bersih beliau berkata "Perjuangan menuntut pilihan raya bebas dan adil merupakan hak asasi manusia".
Pasca BERSIH 3.0: Jangan Hilang Fokus Terhadap 8 Tuntutan Bersihkan Pilihanraya
KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.
"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.
"Kita nak agar isu dan tuntutan Bersih ni balik kepada asal dan kita tak mahu isu-isu lain yang cuba dialih pihak media kerajaan daripada tuntutan sebenar Bersih," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann berkata, isu pokok yang dibawa Bersih diputar belit, dan menutup keganasan polis terhadap orang awam dan media.“Bersih wujud bukan disebabkan personaliti, menggulingkan kerajaan, komunis yang dimainkan oleh media arus perdana.
“Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum,” katanya.
Jo Hann yang berpengalaman sebagai jurufoto di Filipina juga menyifatkan keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 sebagai melampau.
“Tujuh tahun jadi jurugambar di Filipina, tidak pernah saya lihat polis menyerang media, sedangkan saya juga pernah bertugas dan berdepan dengan demonstrasi yang melibatkan kematian.
“Polis atau tentera jika lihat pas media, mereka akan lindungi kami,” katanya.
Turut serta ialah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). -
Siapa yang benar-benar mengawal Afghanistan?
Berita Luar Negara:
Serangan terbesar dan terancang di Kabul dalam masa 11 tahun mendedahkan mengenai keadaan keselamatan di negara ini.
Bunyi tembakan ricocheted seluruh bumi Afghanistan, Kabul, pada hari Ahad sebagai pengebom berani mati melancarkan satu siri serangan terselaras.
"Mereka seperti Taliban, yang terhadap keamanan dan rakyat Afghanistan ... kita akan terus berjuang mereka dan cuba untuk melindungi rakyat Afghanistan daripada bahaya ini. Pada masa yang sama kita harus melihat ke dalam cara-cara yang mampan menghampiri mereka lawan dan meyakinkan mereka akan reintegrated ke dalam proses damai. " - Sediq Sediqqi, jurucakap kementerian dalaman
Kedutaan asing, ibu pejabat NATO dan Afghanistan parlimen adalah antara sasaran yang terkena dalam serangan yang terbesar di Kabul sejak kejatuhan Taliban 11 tahun yang lalu.
Taliban mengaku bertanggungjawab bagi serangan, termasuk serangan hampir serentak di tiga bandar-bandar lain timur, berkata mereka adalah respons kepada tuntutan terkini oleh pegawai-pegawai NATO bahawa pemberontakan itu adalah lemah.
Pergaduhan yang berakhir pada pagi Isnin, meninggalkan sekurang-kurangnya 47 orang mati - majoriti mereka pejuang Taliban, menurut pegawai pertahanan Afghanistan.
Pengkritik berkata serangan itu diselaraskan dengan baik di bahagian yang dikawal ketat Kabul mendedahkan kegagalan perisikan.
"Pentadbiran Obama berharap bahawa mereka akan menandatangani perjanjian perkongsian strategik jangka panjang dengan orang Afghan supaya melebihi 2014 boleh menjadi daya kehadiran kira-kira AS yang kecil untuk menyokong kerajaan Afghanistan pada kes yang teruk, dan melindungi kepentingan AS. - Yang Caroline Wadhams, felo kanan di Pusat untuk Kemajuan Amerika
Ketua John Allen, komander AS dan NATO di Afghanistan, berkata pasukan pemerintah Afghanistan menewaskan pejuang tanpa bantuan yang berkaitan dan pengendalian serangan menunjukkan ia mampu berurusan dengan keselamatan mencabar ia berhadapan.
Kabul adalah di bawah kawalan pasukan keselamatan Afghanistan, dilindungi oleh "gelang keluli" kononnya pintu masuk, tetapi serangan Ahad ini menunjukkan bahawa Taliban masih mempunyai kapasiti untuk mount serangan besar-besaran di seluruh negara.
Jadi apa serangan ini berkata mengenai keadaan keselamatan di Afghanistan, dan yang lebih penting, masa depan negara ini apabila tentera asing akhirnya meninggalkan? Dan yang benar-benar mengawal Afghanistan?

Kemenangan mudah bagi Najib: Pertama, kawal Rosmah. Kedua, tangkap Dr M!
Kehadapan PM Najib,
Jika anda ingin menang dan lebih cemerlang dari 2004 pada Pilihan raya umum ke 13, apa yang anda perlu buat adalah menggemparkan rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:
1. Mengeluarkan waran tangkap terhadap sahabat anda Abdul Razak Baginda dan mendakwa dirinya di mahkamah kerana bersubahat atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu-ya buat kali yang kedua. Rakyat sememangnya mengesyaki dia bersubahat dalam pembunuhan itu kerana dia memegang peranan utama dan mendapat habuan yang besar dalam pembelian Scorpene. Sebenarnya, rakyat juga mengesyaki anda dan isteri anda juga terlibat tapi tindakan harus diambil satu persatu. Apa pun, tindakan ke atas Baginda mungkin akan melepaskan kamu sedikit sebanyak dari skandal mengurangkan kesan negatif dari kredibiliti anda dalam pembunuhan.
Menahan Samy Vellu serta merta kerana MAIKA, MIED dan skandal saham Telekom dan mendakwanya di mahkamah. Orang India akan lebih banyak menyokong anda, walaupun ada Hindraf, dan mereka akan lebih yakin terhadap anda dalam PRU ke-13.
3. Sesudah itu, berikutan skandal PKFZ di mahkamah, carilah Ling Leong Sik dan hantar dia ke penjara serta-merta. Ini akan membuat orang Cina mengambil perhatian manakala orang Melayu akan benar-benar berbangga dengan anda dan memberi ganjaran kepada anda apabila mereka mengundi.
4. Sumbat Khir Toyo ke penjara kerana rasuah dan pecatnya daripada UMNO, dia telah dilantik oleh Mahathir Mohamad sebagai Menteri Besar dan ini bukan petanda baik bagi kredibiliti bekas PM itu. Dengan mengambil tindakan ini, anda mungkin memenangi Selangor tanpa perlu bekerja terlalu keras, seperti yang anda telah dakwa akan menjadi 'ambang' untuk berbuat demikian. Menang dengan ketara akan meningkatkan imej anda kerana anda adalah Ketua Barisan Nasional bagi Selangor.
5. Pecat Shahrizat Jalil dengan segera dari semua jawatan dalam UMNO dan bekukan semua aset yang dimiliki NFC serta firma persendirian milik keluarga yang berkaitan dengan NFC dan setiap sen harus dikira. Ini mungkin akan mempertahankan kamu dari skandal kondo Kazakhstan yang bakal meletup. Ia juga akan menaikkan mata anda dalam UMNO dengan rakyat yang bakal memberi Pembangkang serangan jantung!
6. Berterus-teranglah tentang sikap berbelanja isteri anda buktikan cincin berlian AS $ 24 juta telah dikembalikan ke New York. Dan jika anda berani, jadikan ia satu permulaan untuk mengawal isteri anda setiap masa. Jika perlu, anda tidak perlu takut untuk menebat mulutnya. Anda perlu tunjukkan kepada rakyat bahawa anda pembuat keputusan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kerja anda juga perlu mengisytiharkan kepada rakyat bahawa Wanita Pertama Malaysia sebenarnya adalah Permaisuri Agong Seri PadukaBaginda Raja, isteri Yang di-Pertuan Agong. Isteri anda hanyalah isteri Perdana Menteri.
6. Tahukah anda YAB Perdana Menteri, jika anda benar-benar melakukan ini, undi semua wanita akan menjadi milik anda dan ini akan membantu anda secara mendadak untuk menang dengan majoriti dua pertiga yang kita tahu anda dan Umno cuba dapatkan dengan apa jua cara. Mengapa? Maaf untuk jika bunyinya kasar, tetapi isteri anda adalah orang yang paling dibenci selepas Mahathir di Malaysia.
7. Minta maaf secara terbuka atas skandal Perak dengan cara merampas kuasa dan mengakui ia adalah kesilapan yang serius. Ini akan membantu anda untuk mengekalkan kuasa ke atas Perak. Juga, semasa anda berada di sana, berilah tamparan ke muka Hee Yit Foong untuk semua orang Cina di Perak. Mereka akan mengundi untuk anda selepas itu.
8. Memenuhi semua permintaan BERSIH 2.0 terhadap 8 reformasi pilihanraya tanpa sebarang alasan. Katakan pada rakyat yang anda ikhlas dalam reformasi pilihanraya dan anda tidak perlu menipu untuk menang.
9. Ini adalah cabaran yang sebenar. Ia akan sama ada melemahkan atau menjadikan anda juara. Tangkap Mahathir Mohamed untuk semua kesalahan dimana dia telah terlibat semasa pemerintahan 22 tahunnya. Kuasa kini di tangan anda. Adakah anda boleh lakukannya?
Jika anda boleh lakukan, maka anda akan menang tanpa perlu banyak berusaha, tidak kiralah jika Pakatan Rakyat mempunyai pasukan yang sangat berbakat. Anda akan mendapat sokongan seluruh rakyat dengan mandat yang akan menjadi sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana ketua UMNO yang lain selama beberapa dekad yang akan datang.
10.Dan akhirnya, singkirkan PERKASA dan jauhi diri dari Hassan Ali dan JATI. Dan yang paling penting, mengaku anda adalah ‘Orang Malaysia dahulu dan Melayu kemudiannya' - tidak seperti Muhyiddin Yassin yang cuba untuk membuat lawak dan membuli orang bukan Melayu tetapi lihatlah di mana dia sekarang. Jadi, dukunglah 1 MALAYSIA dengan adil untuk semua kaum di Malaysia.
Juara Rakyat
Jika anda benar-benar boleh melaksanakan semua cadangan ini, anda akan menjadi "Juara Rakyat" dan anda boleh menikmati tempoh pemerintahan yang kedua dengan berbekalkan ini sahaja.
Tetapi peluang anda untuk memenuhi salah satupun cadangan ini adalah mustahil. Jadi, anda perlu tahu bahawa anda akan kehilangan kawalan kedua-dua UMNO dan Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat akan bersedia untuk membentuk Kerajaan seterusnya. Mudah-mudahan, untuk sekali, anda mungkin akan melakukan sesuatu yang cemerlang dengan menjadi pembangkang yang digeruni kepada mereka.
Malaysia Chronicle
MB Kedah: Madrasah Salihiah akan diruntuhkan
ALOR SETAR - Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.
"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Peguam Jesvinder Jit Singh memfailkan semula injunksi bagi pihak plaintif iaitu Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49, di Mahkamah Tinggi Ahad lepas sebagai usaha menghalang madrasah itu dirobohkan kerajaan negeri.
MAIK, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam writ saman itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut balik supaya tanah itu dikembalikan kepada MAIK.
Azizan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa pelaksanaan projek Aman Central dan Amansuri Residences bernilai RM100 juta di tanah milik Bina Darulaman Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.
Kedua-dua projek itu dilaksanakan oleh syarikat Kumpulan Belleview.
"Setakat ini sembilan batang piling telah selesai ditanam. Projek ini akan berjalan mengikut perancangan dan saya harap selepas ini tiada lagi gangguan," katanya. -- Bernama/SH
09 Mei 2012
Video Najib Razak MengharamJadahkan rakyat (Peneroka Felda)
"HARAM JADAH.....HARAM JADAH.......................
NAJIB "BUANG TABIAT" , TANDA TEORI RAHMAN BETUL....?
video pengkianat jangan terima durian runtuh ......HARAM JADAH...?
Najib Memaki Rakyatnya HARAM JADAH, Tanda Berakhirnya Beliau Sebagai PM
Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?
KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.
Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.
"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.
Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.
"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.
"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.
Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.
Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disiarkan secara langsung melalui televisyen. -HD
Ulasan GB
Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!
Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".
Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.
Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.

PANAS!!! SKANDAL ZAHIDA-SHAFIE TOP-UP : SAKSI UTAMA MUNCUL 15 MEI
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, saksi utama skandal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mohd Shafie Apdal dengan pelakon terkenal, Zahida Rafik akan dibawa kepada media, Selasa depan.
"Kami (KEADILAN) akan tampilkan saksi utama, Noor Azman Azemi, 38, bekas pemandu peribadi Zahida kepada media minggu depan.
"Selepas itu, laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat wang sejumlah RM1.5 juta yang diberi Shafie kepada beliau," katanya kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, bukti-bukti baru juga akan terus didedahkan, walaupun Zahida bertindak membawa kes itu ke mahkamah.
"Saya ingin tegaskan, bukan Zahida yang menjadi sasaran, tetapi sumber RM1.5 juta dari Shafie yang dipersoalkan," tegasnya.
18 April lalu, Zuraida mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.
Transaksi itu berlaku pada Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)
Beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM4 juta.
Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Zahida kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.
Kerajaan yang memalukan Malaysia
Fernandez: K'jaan yang malukan M'sia, bukan saya
Pengarah eksekutif Tenaganita Irene Fernandez menyelar kerajaan kerana menyifatkan beliau "memalukan negara" ekoran tindakannya membangkitkan isu pekerja asing di Malaysia kepada media Indonesia.
Katanya, perbuatan mencemar imej negara itu dilakukan kerajaan kerana Malaysia masih berada dalam senarai pemerhatian Amerika Syarikat berhubung kegiatan penyeludupan manusia sejak dua dekad lalu.
"Siapa yang mencemar imej negara ini jika tidak kerajaan ini?," katanya sinis dalam satu sidang media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan timbalan menteri sumber manusia Datuk Maznah Mazlan yang menyerang beliau atas kenyataannya kepada akhbar Jakarta Post sebelum ini.
Maznah berkata, kenyataan itu tidak beretikan, tidak tepat dan tidak patriotik kerana tidak menggalakkan Indonesia daripada menghantar tenaga kerja ke negara ini.

BERSIH 3.0 , BUANG PREJUDIS TERHADAP KAUM LAIN - WAJIB BACA
"Mamalah yang paling pengecut, tapi dia turun ke BERSIH 3.0..."
Seribu satu cerita di sebalik BERSIH 3.0 - apabila golongan paling konservatif untuk turun ke jalan raya, akhirnya memberanikan diri untuk berbuat demikian pada 28 April 2012. Satu perkongsian pengalaman semalam, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, membariskan panelis daripada pemain muzik, Yap Lian Tat (Tatmo), seorang ibu, Tan Phaik Ean, pelajar sekolah menengah, Lau Dian Yi dan seorang peguam muda, Chris Kooi, menarik kira-kira 150 orang hadirin.
Malah pengalaman hadirin tidak kurang menarik, menyaksikan perubahan yang berlaku pada mereka - sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0. Forum ini dianjurkan bersama oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Alumni Kolej New Era, MerdekaReview dan Malaysiakini.
Agak suka "1Malaysia"
Tan Phaik Ean, seorang ibu menceritakan bagaimana impak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 terhadap dirinya. Beliau sekeluarga baru pulang ke Malaysia dari luar negeri pada tiga tahun yang lalu. Tan Phaik Ean agak suka slogan 1Malaysia, dan amat berpuas hati dengan prestasi pemimpin kerajaan Malaysia. Sehinggalah perhimpunan BERSIH 2.0, "mulut celupar" dua orang pemimpin kerajaan - seorang bertukar dari pemimpin yang diseganinya kepada pemimpin yang paling fobia terhadap perhimpunan; dan seorang lagi menjadi pengkaji halatuju angin (menyindir Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai) - telah menyemarakkan api dalam hatinya. Akhirnya Tan Phaik Ean mengambil keputusan untuk turun ke jalan raya.
Di sini Facebook memainkan peranan yang penting. Tan Phaik Ean (gambar kanan) secara
berseloroh memberi amaran, jangan memperlekehkan golongan suri rumah tangga. Mereka mempunyai masa yang cukup untuk melayari Facebook sementara menunggu supnya masak di dapur. Maklumat dikongsi dan diserap melalui Facebook.
Tan juga berkongsi bagaimana interaksi dirinya dengan anak perempuannya yang belajar di kolej. Anak perempuannya tidak senang setiap kali Tan Phaik Ean berkongsi maklumat "politik" di laman sosialnya. Pernah anak perempuannya mengugut untuk "un-friend" atau "block" ibunya, tetapi tidak pernah dia memadamkan apa yang dikongsikan itu. Pada 28 April, Tan mengajak anak perempuannya turun ke jalan raya. Dan anak perempuannya yang pada mulanya berasa "malas untuk berjalan", diugut sebaliknya oleh ibu, "Jangan suruh saya bawa kamu dengan kereta bila kamu nak pergi mana-mana nanti".
Akhirnya anak perempuannya pergi. Dan selepas melalui segala-galanya, anak perempuannya meluru ke dalam bilik untuk memperbarui status Facebooknya sebaik sahaja tiba di rumah. Anak perempuannya menulis, "Wahai, kawan-kawanku, saya faham perasaan kamu. Sebelum ini saya juga sama dengan kamu, iaitu saya akan anggap segala maklumat BERSIH dan Lynas adalah "spam". Tetapi mulai sekarang, saya tak kisah andainya kamu jauhkan diri dari maklumat BERSIH yang ingin saya kongsikan, sebab saya mempunyai 'feeling' yang terlalu BERSIH."
Bukan sahaja pengalaman dirinya, malah Tan Phaik Ean turut berkongsi pengalaman rakan dalam Facebooknya. Seorang ibu menelefonnya, bertanyakan sama ada "selamat" untuk turun ke jalan raya pada 28 April. Tan Phaik Ean cuba menjelaskan apa yang diketahuinya kepada ibu tersebut. Pada hari keesokan, seorang penuntut kolej berumur 18 tahun menelefon Tan Phaik Ean, mendakwa dirinya anak kepada ibu tersebut. Budak itu memberitahu Tan Phaik Ean, ibunya adalah orang yang paling pengecut dalam keluarganya. Tetapi semalam ibunya memberitahunya, bahawa seandainya perlu ada satu wakil dari keluarganya untuk menyertai BERSIH 3.0, maka ibunya akan mewakili keluarganya.
Tan Phaik Ean berkata, "Tengok, demi anak, seseorang ibu sanggup melakukan apa-apa sahaja!"
Buang prejudis terhadap kaum lain
Secara jujur, Lau Dian Yi tidak banyak berfikir tentang politik selepas menghadiri perhimpunan BERSIH. Tetapi beliau mendapati sesuatu yang berubah dalam dirinya, antaranya prejudis terhadap kaum lain.
Sesungguhnya jalan raya adalah bilik darjah yang terbaik. Lau Dian Yi (gambar kiri) berkata, pelajar sekolah menengah seperti mereka mempunyai prejudis yang tidak baik terhadap kaum lain. Misalnya, mereka sering mengumpamakan kaum Melayu dengan sejenis binatang, dan ia adalah diskriminasi secara tidak langsung. Dan selepas menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0, Lau Dian Yi berkata, "Saya dapati Melayu bukan musuh kita. Musuh kita adalah golongan yang bersifat perkauman dan ekstremis."
Berbeza dengan kebanyakan orang yang mungkin pertama kali berdepan dengan FRU, pemain muzik Rock, Yap Lian Tat (Tatmo) telah berpengalaman dalam demonstrasi jalanan lebih awal lagi. Beliau tidak menyertai perhimpunan semasa zaman Reformasi, tetapi sempat menghadiri perhimpunan protes harga minyak naik dan harga tol naik. Menurut rakannya yang lebih tua, demonstrasi jalanan adalah medan rock yang paling rancak - jiwa rock yang sebenar.
Malah Tatmo (gambar kiri) pernah menyertai HINDRAF, menyifatkan bahawa peserta demonstrasi itu "tidak gentar" untuk berdepan dengan polis. Kali ini, Tatmo menganggap bilangan peserta yang hadir menjadi kelebihan kepada BERSIH. Beliau yang berada di barisan agak depan mendedahkan bahawa terdapat orang yang cuba menghasut mereka untuk membaling batu ke arah polis.
Suara bantahan
Chris Kooi, peguam muda yang mengakui dirinya hidup dalam zaman Mahathir Mohamad. Generasi zaman ini hanya akan melukis bunga raya, menara kembar KLCC, gambaran tiga kaum terbesar bersama dan sebagainya. Chris Kooi berkata, "Kali pertama apabila saya melawat Kuala Lumpur, saya nampak KLCC yang cantik, Dataran Merdeka yang luas, dan saya bangga. Selepas melanjutkan pengajian di universiti, saya telah membaca sejarah, menyedari perkara yang tidak adil di negara kita. Tak kira betapa tingginya KLCC kita, tak kira betapa luasnya Dataran Merdeka kita, ia tetap gagal menampung suara bantahan kita."
Chris Kooi mengupas makna perhimpunan BERSIH. Apabila pertama kali diadakan, ia lebih membawa makna bahawa ia lambang kerjasama antara parti politik dengan masyarakat sivil. Perhimpunan BERSIH kedua membawa makna rakyat tidak takut lagi, dan perhimpunan BERSIH ketiga menyaksikan bagaimana rakyat sendiri mengorganisasi dirinya ke jalan raya.
Perkongsian sesetengah hadirin mengukuhkan apa yang dikatakan Chris Kooi. Terdapat sesetengah
orang yang mengedarkan risalah BERSIH di pasar malam dengan inisiatif sendiri, dan orang itu bukan Wong Chin Huat dari BERSIH, malah bukan juga ahli parti politik.
Seorang pemuda, Tay, yang bakal berkahwin pada tahun depan, berkata beliau turun ke perhimpunan BERSIH 3.0 dan merakamkan kejadian tersebut. Beliau menjadikan kehadirannya sebagai hadiah untuk anaknya pada masa depan. Tay berkata, tidak bermakna hanya dengan berkata saya cintai anak saya, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk anak saya.
Chris Kooi juga berkata, semua manusia hanya "meminjam" bumi ini untuk sementara. Dirinya yang hanya berumur 26 tahun, mungkin hanya meminjam 50 tahun lagi bumi ini. "Dan saya tidak mahu memulangkan bumi Malaysia yang kotor kepada anak-anak dan cucu-cucu saya," tegasnya, dibalas dengan tepukan gemuruh.
Seorang bapa yang berumur 43 tahun, juga merakamkan apa yang berlaku di tempat perhimpunan pada hari itu, dan mengirim kepada anaknya yang kini berada di China. Bapa ini sering berulang-alik dari Malaysia ke China, dan anaknya layak jikalau memohon menjadi warga China. Tetapi bapa ini mahu anaknya menjadi warga Malaysia, dan dalam video yang dihantar tu, beliau memberitahu anaknya, "Tengok, begitu ramainya orang yang berusaha untuk melakukan sesuatu demi masa depan kamu!"
Seorang ibu yang masih tidak terkeluar dari "igauan 428", meluahkan perasaannya. Beliau gagal membayangkan bahawa dirinya perlu "melarikan diri" di tanahair sendiri. Malah beliau yang mengakui dirinya "naif", tidak percaya polis akan melepaskan gas pemedih mata ke dalam kelompok manusia, sehingga ia berlaku. Untuk ibu itu, ia bagai neraka, "Ia bukan negara saya (yang saya kenal sepanjang ini)". -MR

PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000
Pengumuman yang dibuat Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1. FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato’ Seri Najib Tun Razak harus berterusdana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) dari adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato’ Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali pertama Dato’ Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
WONG CHEN
PENGERUSI, BIRO PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
8 MEI 2012

Anak dakwa durian runtuh helah politik
SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini.
Dakwanya, setelah 55 tahun Felda ditubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.
“Saya lihat ini adalah langkah kerajaan dalam menghadapi pilihan raya, pelbagai imbuhan diberikan kepada peneroka agar mereka memperoleh sokongan.
“Selain itu, Perdana Menteri harus menyatakan daripada mana sumber datangnya wang sebanyak itu yang diberikan kepada peneroka sebagai durian runtuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mazlan berkata, Anak tidak pernah menolak sebarang pemberian atau insentif yang diberikan oleh kerajaan kerana secara tidak langsung ia dapat meringankan beban para peneroka.
“Anak menyambut baik pemberian durian runtuh oleh kerajaan, bagaimanapun kami bimbang dengan penyenaraian itu. Sekiranya harga saham jatuh, siapa yang akan bertanggungjawab?,” katanya.
Menurutnya, apakah jaminan kerajaan bahawa saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) tidak akan menerima nasib sama, seperti berlaku semasa penubuhan Amanah Saham Negeri kerana semuanya bermasalah.
Menurutnya, Anak tidak mahu peneroka menanggung hutang sekiranya saham FGVH bermasalah. Selain itu, tiada sebarang penerangan diberikan, malah dokumen ditulis dalam Bahasa Inggeris ketika pemberian pinjaman saham kepada peneroka.
PENGUMUMAN " DURIAN RUNTUH" KEPADA PENEROKA:
'Durian Runtuh': Najib Ugut Peneroka FELDA!
Durian runtuh ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan, kata Perdana Menteri di Jerantut, Pahang siang tadi.Begitulah antara intipati ucapan Perdana Menteri, Najib Altantuya membidas sikap pembangkang yang cuba mengelirukan pemikiran peneroka Felda dengan menyelewengkan fakta sebenar.
Kununnya, pembangkang cuba menanam persepsi segala tindakan kerajaan tidak betul dan
memperlekehkannya walaupun ia mendatangkan keuntungan kepada rakyat.“Pembangkang ketandusan modal. Kalau mereka tak boleh menangkan hati rakyat mereka cuba kelirukan fikiran.
“Sebab itu ada cuba nak bawa kes ini ke mahkamah. Tapi kita cekal teruskan juga Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) disenaraikan kerana kita tahu ini untuk kebaikan,” katanya dihadapan kira-kira 50,000 warga Felda di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 di sini hari ini.
Kebaikan apa? Kebaikan untuk merompak harta FELDA sendiri secara sah?Katanya, lebih malang pembangkang sering meletakkan beban sesuatu kesalahan kepada Umno sekalipun isu itu menuding ke arah pembangkang.
“Semuanya nak dipersalahkan kepada Umno sehinggakan anak yang tak pedulikan mak pun Umno yang bersalah. Hebat sangatlah Umno ni sehingga isu dalam kelambu pun kita ada pengaruhnya,” katanya.Malah katanya ada pembangkang yang cuba menghasut peneroka supaya tidak menerima kebaikan ‘durian runtuh’ yang ditawarkan kerajaan.
“Saya nak tengok muka-muka ini durian runtuh ni mereka nak terima atau tak. Saya tak rela dan tak redha mereka ni terima. Itu pasallah nak cuba khianat apa yang kita buat lepas itu muka tebal terima pula.
“(Durian runtuh) ini hanya untuk peneroka yang jujur dan setia pada perjuangan,” katanya sambil disambut teriakan sokongan peneroka.Katanya, peneroka patut bersyukur kerana untuk sampai pada detik ini bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana mereka sebelum ini terpaksa melalui pelbagai halangan dan pengorbanan semasa membuka tanah rancangan itu.
Beliau turut terharu dengan sokongan dan kehadiran peneroka di majlis tersebut yang disifatkannya diluar jangkaannya sama sekali.“Kalau begini sambutan, esok pun boleh bubar parlimen…tapi nanti dululah,” katanya.
Jelas, hampir keseluruhan ucapan Najib hanyalah untuk memastikan undi yang sedang dipancing tidak akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat kerana firasatnya hanya dengan jalan kebendaan sahaja Umno-APCO akan dapat diselamatkan.
Persoalannya, mengapa hanya RM15,000?
Mengapa tidak RM50,000 seperti yang pernah dijanjikan sendiri Najib awal tahun ini??
Sedangkan RM15,000 itu pun akan dibahagikan lagi kepada beberapa pihak termasuk peneroka yang beristeri lebih daripada satu!
Tambahan lagi, mengapa ia diberikan dalam tiga peringkat iaitu RM5,000 pertama, RM5,000 kedua dan RM5,000 kali ketiga dan terakhir?
Langgan:
Catatan (Atom)