09 Julai 2011

Police action brutal - opposition leader

Bersih 2.0 mendapat liputan media dunia




Perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dikucar-kacir dan dihuru-harakan oleh pihak polis telah mendapat liputan meluas daripada media-media utama negara luar.

Liputan yang diterbitkan mereka merupakan berita daripada pandangan masyarakat luar mengenai apa yang benar-benar berlaku dan dilaporkan tanpa memihak kepada mana-mana. Jauh berbanding dengan media utama negara yang lebih suka memburuk-burukkan sesuatu yang selain daripada kerajaan.

Liputan-liputan tersebut antaranya boleh diikuti di Al-Jazeera, CNN, BBC dan Reuters.

Tangkapan terkini berjumlah1,401 orang

@insider_latest
Insider
BERSIH - IGP Ismail Omar give breakdown of 1,401 arrests - 1,273 men, 115 women, 12 boys & 1 girl.

Data terkini Jumlah tangkapan oleh Polis

@bersih2BERSIH 2.0

#BersihRepressed RT @insider_latest: BERSIH - Police say that that a total of 924 people, including 49 women, arrested up to 3.30pm today.


SMS PALING COOL PETANG INI

Syabas. Kita Menang. Najib bungkus.
Muhyiddin menang. Petua orang Melayu:
1 -jaNgan ikut cakap bini
2 -jangan jual nama bapak

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

dalam beribu text yang diterima
ini plaing cool


ANWAR DAN KHALID SAMAD MASIH DI HOSPITAL

tembakan gas pemedih mata
yang direk kepada anwsar dan khalid
menjadikan mereka cedera

kedua dua sedang dirawat di hospital

NOTA:
najib lari denan suaminya
ke eropah -t.t

polis menangkap penyokong di puduraya.Pistol dikeluarkan ketika tangkapan dibuat.


polis menangkap penyokong di puduraya.Pistol dikeluarkan ketika tangkapan dibuat. @BERSIH_live yfrog.com/khatzytj


Teman, doakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Pantai Medical Centre.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.Menurut N Surendran, beliau melihat sendiri tembakan gas disasarkan secara tepat ke arah Anwar bertujuan mencederakan atau mencacatkan Anwar - KeadilanDaily.


@abdulhadiawangTG Hj Abdul Hadi
Admin: Himpunan pada hari ini dihadiri lebih besar daripafa jumlah kehadiran Bersih 1 pada tahun 2007 dalam keadaan sekatan berleluasa.

@bersih2BERSIH 2.0
Pak Samad Said di sidang media: "Pihak berkuasa nampaknya kasar sangat dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh, dsb"



@BERSIH_liveBERSIH_live
Menurut ntv7, seramai 672 telah ditahan oleh pihak polis sehingga sekarang. @bersih2 #Bersih

@abdulhadiawangTG Hj Abdul Hadi
Admin : Kini berada di IPK Kuala Lumpur.TGHA telah berhubung melalui telefon sebentar tadi.

@kltalkKuala Lumpur Talk
RT @haziqboss #bersihstories aku tgok smgt prpaduan Malaysia hari ni. all races sama2 trun n march tgethr. terbaik la #bersih kali ni. Syabas

GEMPAR : ANWAR IBRAHIM DAN BODY GUARD DIPUKUL





YB HUSAM SEDANG BERUCAP -3.30PTG

KeadilanDaily Keadilan Daily
Ribuan peserta himpunan @bersih2 berarak di Jalan Sultan





Peserta himpunan kembali berhimpun. Disusun oleh Dr Hatta Ramli & Datuk Chua Jui Meng-3.00PTG

TERKINI : AMBIGA DAN RAMAI LAGI DITAHAN

insider_latest Insider -3.27PM
BERSIH - PKR says Nurul Izzah not arrested, with her father Anwar Ibrahim & mother Wan Azizah in hotel room.


insider_latest Insider
BERSIH - Police say 672 arrested, including 48 female up to 2.30pm.


RajaPetra Raja Petra Kamarudin
Maria Chin and Ambiga arrested.
1 minute ago Favorite Retweet Reply

elizabethwong elizabethwong
Teargas shot right into front of @anwaribrahim hadi awang @limkitsiang tunnel of sentral.. Dispersed.
1 minute ago

KeadilanDaily Keadilan Daily
Pengerusi Bersih, Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih, Maria ChinAbdullah ditangkap polis
1 minute ago

jeffrey_kumar Jeffrey Kumar
by bersih2
@bersih2 http://yfrog.com/kfj1pijj waiting at stadium #merdeka 's entrance blocked by FRU.. walking anyway! God be with us!
5 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Some 600 shouting "Reformasi" come up against police barricade in Stadium Merdeka.
2 minutes ago

uradn uradn
by bersih2
@bytesforall @bersih @bersih2 @netfreedom #Malaysia Rally in flashnews @AJEnglish, need more pic #livestation http://twitpic.com/5ne4sr
3 minutes ago

KeadilanDaily Keadilan Daily
Polis lepaskan puluhan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Hujan lebat, namun peserta himpunan @bersih2 masih terus bertahan
2 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Riot police fire tear gas at Patriot members in Jalan Bukit Bintang.
3 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Bersih crowd moving near Stadium Merdeka police barricade, police call in FRU.
3 minutes ago

BERSIH_live BERSIH_live
Few teams nearly recovered from gas effects and will be marching out soon. - No retreat, no surrender - @bersih2 #Bersih
3 minutes ago

RajaPetra Raja Petra Kamarudin
Few hundred now arriving at Stadium Merdeka.
3 minutes ago

RajaPetra Raja Petra Kamarudin
Stand off in Pudud.
4 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Anwar Ibrahim has returned to KL Sentral.
4 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Poiice chase Patriot members back into Jalan Bukit Bintang.
5 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Crowd at Hentian Puduraya throw back tear gas canisters at riot police, who now retreat.
5 minutes ago

BERSIH_live BERSIH_live
Anwar CEDERA DITEMBAK sewaktu ingin berarak dari KL sentral ke Stadium , skrg berada di Hilton @bersih2 #Bersih
5 minutes ago

LeonLeeBMG Leon Lee
by bersih2
Our team is almost recovered from gas effects. Will march out soon .. No retreat, no surrender #Bersih #bersihpic #fb @bersih2
10 minutes ago

KeadilanDaily Keadilan Daily
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dilaporkan ditahan polis
6 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Crowd of 300 Patriot members marching down at one end of Jalan Bukit Bintang.
6 minutes ago

RajaPetra Raja Petra Kamarudin
30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan http://bit.ly/od8gKa
6 minutes ago

bersih2 BERSIH 2.0
Video: Tear gas deployed at Jalan Masjid India youtu.be/ow4r8nvKM7w #BersihPic
6 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Riot police fire tear gas at crowd who are sitting down in Hentian Puduraya.
6 minutes ago

Hazayani Hazayani Zakaria
by BERSIH_live
Lagi tembakan gas pemedih mata dan tangkapan di Dataran Maybank @bersih2 @BERSIH_live
10 minutes ago

insider_latest Insider
BERSIH - Subang MP SIvarasa Rasiah sits with Bersih crowd in front of riot police in Hentian Puduraya.

TERKINI : GAMBAR-GAMBAR BERSIH

PTROIT FLIPFLOP DAH MUNCUL

Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung di hadapan Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 hadir. -1.45PTG

Tear gas fired on Selangor Club Padang, crowds running across Market St bridge- 1.30 PTG


kebangkitan rakyat di dataran maybank

TERKINI DARI TWITTER

TERKINI 2.00 PTG
premesh Premesh Chandran
by simtzetzin
It is hard to estimate, but photos coming in from all places will put crowd between 50,000 - 100,000 for now
23 minutes ago Favorite Retweet Reply
»

chegubard che'GuBard
Crowd antara terbesar ialah di dpn puduraya saya dan hatta ada di sini

KeadilanDaily Keadilan Daily -12.56PTG
Lebih 1,500 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.
1 minute ago Favorite Retweet Reply

bersih2 BERSIH 2.0
Momentum bergerak secara aman dan teratur dijangka naik sekitar pukul 1pm. #Bersih!
1 minute ago

insider_latest Insider
BERSIH - 441 arrested, including 20 women up to noon, say police.

KeadilanDaily Keadilan Daily -12.50 PTG
Polis menahan pergerakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di KL Sentral. Turut bersamanya,ahli MPP, Latheefah Koya
2 minutes ago Favorite Retweet Reply

insider_latest Insider
BERSIH - Crowd of a few hundred people marching near Mydin at Jalan Tuanku Abdul Rahman.
3 minutes ago

Rozaimin Rozaimin
by bersih2
Petaling street heading to pudu now. @BERSIH_live @bersih2 yfrog.com/kl6pplj
9 minutes ago

RajaPetra Raja Petra Kamarudin
Bersih 2.0: Mahfuz dan Salahudin ditangkap
4 minutes ago

RajaPetra Raja Petra Kamarudin
441 arrested, BERSIH leaders now moving into the city

21 penyokong BERSIH 2.0: ditangkap

21 penyokong BERSIH 2.0: ditangkap

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

Sejarah baru bermula esok

Lepas sembahyang Jumaat di Masjid Sauk, aku terus buka Malaysiakini. Terdapat berita mengatakan BERSIH dapat Stadium Merdeka. Fuh!..punya la syok. Terus kemas pakaian dan drive ke Ipoh. Kalau ikut plan, aku tumpang kawan dari Simpang Pulai.
Masuk saja tol Kuala Kangsar, dah ada roadblock. Gila punya kerajaan. Agong dah bagi lampu hijau, depa pulak pasang lampu merah.

Sementara tunggu member dari Simpang Pulai, aku cuba surf internet. Punya la slow. pakai P1 pun slow macam Celcom GPRS!!
Bila dapat capaian internet..rupa-rupanya berita yang Malaysiakini laporkan itu tak betul. Tak kisah la.
Apa pun, matlamat BERSIH sudah tercapai. Bn mungkin menyangka, BERSIH tak sekuat mana. Tak ada nama-nama besar dalam BERSIH. Tak ada pemimpin politik dalam BERSIH. Tapi sokongan yang diberikan tehadap BERSIH memang class.
Apa yang dituntut oleh BERSIH aku tak payah cerita. semua orang dah tau. Tapi yang aku nak tau, mengapa Ibrahim Ali yang bising sangat dalam hal ini. Dan pasai apa Khairy pun nak join sama? Ada yang menarik yang tidak dikupas oleh blogger ataupun penulis politik.
Dalam artikel "The plan is working well" , ayat akhir yang ditulis oleh Raja Petra itu menarik perhatian aku. Raja Petra menulis, "Tan Sri: I think Tun is going to be very pleased. His son should be the DPM very soon once Muhyiddin becomes PM."
Apa kena mengena Mahathir dengan BERSIH?

Dibelakang Beraheng Ali ialah Mahathir. Mahathir penggerak, Beraheng jadi tukang laksana. Khairy menentang Beraheng Ali kerana dia juga menentang Mahathir. Najib buat apa?
Semua hu-ha-hu-ha yang berlaku tentang BERSIH ini disebabkan oleh permainan politik Umno. Najib sudah berada diatas dan kesaorangan. (Mungkin hanya dengan Rosie). Manakala yang dibawah sedang berebut untuk menjatuhkan Najib.

Disatu pihak, ialah kem Mahathir…manakala disatu pihak lagi ialah Khairy Jamaludin. Manakala Najib tersepit ditengah-tengah. BERSIH memeningkan kepala Najib. Disokong salah…ditentang, kalah.
Pertentangan diantara Mahathir dengan Rosmah bukan rahsia lagi. Dan Mahathir adalah seorang political animal yang kejam. Dia sudah mempunyai rekod menyingkirkan siapa saja yang tidak dipersetujuinya. Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Anwar, Pak Lah…dan sekarang Najib.
Mahathir sudah melihat bagaimana BERSIH 1.0 berjaya menumbangkan Pak Lah, dan dia mahu BERSIH 2.0 menumbangkan Najib.

Diperingkat awal, BERSIH 2.0 kurang mendapat sambutan. Ia hanya digerakkan oleh Ambiga, manakala mereka yang menganggotai BERSIH tidak dikenali. Ambiga bukanlah seorang yang popular ataupun karismatik yang boleh menarik penyokong.
Kemudian, BERSIH 2.0 di lonjakkan oleh MCLM yang diketuai oleh Raja Petra dan Haris Ibrahim. Manakala sambutan dari Pakatan Rakyat, sama ada Pas, PKR atau DAP juga msih sunyi. Lantas Mahathir menghantar Ibrahim Ali untuk mempopularkan BERSIH dengan penentangan yang rasis.
Keceluparan Ibrahim Ali menggamit Mat Sabu dari Pas yang datang membela BERSIH 2.0 Komitmen dari Pas hanya tersrerlah apabila Mat Sabu mengumumkan penyertaan ahli-ahli Pas semasa Muktamar. Lepas itu barulah Anwar dan PKR cuba menjadi jaguh BERSIH apabila BERSIH sudah mendapat perhatian umum.

Maka pada masa itu, Raja Petra menulis "How politicians hijack revolutions", kerana merasakan bahawa anwar sudah mula mahu mengambil alih BERSIH. Malah Anwar sendiri pernah berkata, "dia akan memberitahu Ambiga supaya membatalkan BERSIH sekiranya Najib sedia mereformkan SPR". Seolah-olah BERSIH itu mengikut telunjuk Anwar.

Ibrahim Ali terus mengapi-apikan isu perkauman ketika menentang BERSIH, walaupun Umno menyedari, langkah Beraheng Ali ini akan merugikan Umno. Mahathir mahu Umno terus rugi, malah dia sendiri pernah mengharamkan Umno lama dan menghidupkan kembali Umno Baru. Mahathir mahu Umno kecundang dalam pilihanraya akan datang dan menyebabkan Najib tersungkur. Selepas itu, Muhyidin akan menaiki takhta Perdana Menteri dan melantik Mukhriz sebagai Timbalan.
Khairy menyedari strategi Mahathir ini, tetapi dia juga berada didalam keadaan tersepit. Tak kan nak sokong Pakatan pulak? Dan tak kan nak sokong BERSIH juga? Itu pun dah ramai orang Umno yang menggelarkan Khairy sebagai Si Kitol.

Apa yang boleh Khairy lakukan ialah dengan mencuba menarik kumpulan Anti-Mahathir menyokongnya. Khairy menggerakkan Pemuda Umno untuk sama-sama berdemo esok. Satu langkah yang sumbang, dan tidak pasti berapa ramai Pemuda Umno yang bersedia turun esok. Khairy akan terus terpinggir didalam Umno. Silap-silap, Pemuda Umno di boo oleh Perkasa.
Najib berada didalam keadaan tidak tentu hala. Muhyiddin tidak dilihat membantu, malah kenyataan-kenyataan Muhyidin lebih banyak memberikan reaksi negatif terhadao Najib. Maka Najib terpaksa meminta pertolongan Raja-Raja Melayu.

Sultan Pahang secara terbuka membuat kenyataan menyokong Najib. Najib berharap, dengan kenyataan Sultan Pahang ini akan dapat mempengaruhi raja-Raja Melayu yang lain. Raja-Raja Melayu emmang marah kat Mahathir kerana melucutkan hak-hak istimewa Raja-Raja Melayu dalam Krisis Perlembagaan 1987.

Tapi nasib tidak menyebelahi Najib. Yang DiPertuan Agong juga tidak bersetuju dengan Najib. Pejabat Perdana Menteri telah menyediakan kenyataan untuk diumumkan oleh YDP agong, tapi Agong tidak bersetuju dengan kandungannya. Akhirnya Agong membuat kenyataan sendiri dan terpaksa diterima oleh Najib.

Sekarang Najib terpaksa mengharapkan polis dan tentera untuk membantunya. Mampukah polis menyelamatkan Najib? Apakah tentera akan digunakan nanti?
Sama-sama kita tengok esok.
Esok adalah hari bersejarah. The beginning of the end for Umno.

08 Julai 2011

MB Selangor utus Agong surat, syor diadakan referendum pilihan raya

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta perkenan baginda agar menitahkan supaya diadakan referendum bebas mengenai sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
Khalid (gambar) menghantar surat ketika Bersih 2.0 bersiap sedia untuk mengadakan perhimpunan aman menuntut pembaharuan pilihan raya di ibu negara esok meskipun tidak mendapat permit polis.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Khalid berkata beliau telah menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda petang ini.

Dengan diadakan referendum itu, kata Menteri Besar, kesemua kehendak rakyat ini perlu dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya atau kerajaan yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Khalid berkata, beliau terharu dan menghargai keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, yang sudi berjumpa dengan jawatankuasa Bersih 2.0 Selasa lalu dan mengikuti perkembangan gabungan itu.

Memorandum yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong mempunyai lapan perkara yang memohon baginda campur tangan bagi memastikan pilihan raya umum di negara ini dilaksanakan secara adil, telus dan bersih.

“Kepincangan dan manipulasi proses pilihan raya sudah menjadi pengetahuan umum, semakin terdedah dan tersiar di media cetak dan elektronik, media maya dan blog.

“Pencinta kebebasan bersuara, pejuang kebajikan rakyat, pemikir dan penulis yang prihatin tidak rela melihat perbuatan dan tindakan tidak bertanggungjawab ini terus dilakukan,” kata Khalid lagi.

Beliau berkata, pilihan raya tidak jujur di negara ini terjadi dalam beberapa bentuk seperti memanipulasi kawasan persempadanan, jumlah perbezaan pengundi yang terlalu besar antara DUN dan Parlimen, penipuan senarai pengundi, penggunaan sumber dan jentera kerajaan secara berleluasa, penyamaran dan penukaran kotak undi, sistem undi pos yang menimbulkan tanda tanya, waktu berkempen yang singkat dan laporan media yang berat sebelah.

Menteri Besar juga berkata, Memorandum Rakyat yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok mengandungi suara rakyat terbanyak dan prihatin terhadap pilihan raya yang adil, bebas serta wajar diberi perhatian serius demi kelangsungan amalan demokrasi di negara ini.

Memorandum Rakyat itu mengandungi lapan perkara utama iaitu membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh berkempen minimum 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
-TMI

Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’

Bersih 2.0: Agong ‘telah bertindak dengan betul dan wajar’

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat kerajaan tetapi sekiranya nasihat yang diberikan bertentangan dengan Perlemgaan, maka baginda tidak terikat kepada pandangan pentadbiran semasa, kata penganalisis politik.


Prof A. Aziz Bari (gambar) dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah “mudah dan jelas”, yakni Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat kerajaan apabila ia selari dengan “kandungan dan semangat Perlembagaan.”

“Jika nasihat (yang diberikan) pertentangan dengan Perlembagaan, maka Yang di-Pertuan Agong tidak terikat kepada nasihat. Bermakna, menjadi satu tugas di sebelah Agong untuk mengabaikan nasihat jika ia ada potensi untuk memperlekehkan (peruntukan) Perlembagaan,” kata pakar perlembagaan ini dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Katanya, menjadi tanggungjawab ketua negara atau negeri sama ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Gabenor untuk melindungi Perlembagaan.

“Ini yang perlu diambil kira oleh menteri khususnya apabila kerajaan, Parlimen dan mahkamah ada tugas untuk dilakukan.

Oleh itu kata beliau, rakyat tiada pilihan kecuali pergi kepada Yang di-Pertuan Agong dan terima kasih “baginda telah melakukan apa yang betul dari segi perlembagaan.”

Aziz menambah tanggungjawab untuk bertindak atas nasihat cuma “satu keperluan umum” yang tertakluk kepada pengecualian dalam kes-kes tertentu.

“Seseorang seharusnya membaca Perlembagaan secara literal dan mekanikal sepanjang masa,” kata beliau.

Berkenaan dengan isu semasa, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah bertindak dengan betul dan wajar.


“Menjadi tanggungjawab baginda memastikan satu pilihan raya yang adil dan bebas. Lihat pada semangat Artikel 114(2) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pagi tadi, The Malaysian Insider dengan memetik sumber telah membawa laporan bahawa ‘kebebasan’ Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib.

The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa Perlembagaan.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri ‘tarik tali’ dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.

“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.

“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai, kata Aziz, sejak seminggu lalu kerajaan menerusi polis telah bertindak memperkecilkan semangat Perlembagaan, antaranya membuat tangakapn yang bertentangan dengan Arikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika, kini menteri-menteri kelihatan tidak gembira, bagaimana dengan pendirian mereka apabila mereka menggunakan Sultan Selangor awal tahun ini?

“Dan, bagaimana dengan pandangan semasa menteri mengenai kedudukan raja dalam krisis Perak pada 2009 apabila mereka menyokong apa yang diputuskan oleh Sultan Perak?” kata beliau lagi.

Sementara itu, seorang peguam yang pakar dalam isu perlembagaan Tommy Thomas berkata, Yang di-Pertuan Agong ada hak untuk dimaklumkan mengenai perkara-perkara semasa menyentuh negara.

Dengan merujuk kepada Artikel 32 Perlembagaan Persekutuan, berkaitan dengan peruntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan “ketua persekutuan”, Thomas menjelaskan, ada konvensyen berhubung pertemuan mingguan antara Perdana Menteri dan Agong bagi membolehkan baginda dimaklumkan mengenai urusan kerajaan.

“Agong adalah ketua persekutuan, bercakap bagi keseluruhan negara. Perdana Menteri semasa sentiasa memihak manakala Agong pula mengatasi politik.

“Dan, tidak salah bagi Agong untuk bertemu mana-mana subjeknya (pihak) untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Thomas, bekas anggota Majlis Peguam berkata, raja berperlembagaan Britain juga mempunyai pendekatan seumpama itu di England.

Katanya, Ratu Elizabeth II sentiasa bercakap dengan profesor dan personaliti-personaliti terkemuka agar baginda dikemaskinikan dengan perkembangan semasa.

“Dalam konteks itu, apa salahnya Agong bertemu dengan Ambiga atau pun dengan Nicol David (ratu skuasy) memandangkan mereka merupakan subjeknya dan baginda adalah Agong mereka,” kata Thomas.

“Selepas menjemput beliau (Ambiga) ke istana, baginda boleh berkata, ‘lihat, ini nasihat saya...’, sebagai seorang bapa, dan terserah kepada Ambiga untuk mengatakan ‘saya terima’ atau ‘saya menolak’. Agong tiada kuasa sebenar selaku sebagai raja berperlembagaan.

“Untuk mengatakan Agong tidak boleh memberi nasihat atau bercakap dengan sesiapa adalah salah,” kata Thomas lagi.

BERSIH: SERENTAK DI 15 BUAH NEGARA SELURUH DUNIA

Bersih Akan Diadakan Di 15 Buah Negara Seluruh Dunia...

Dengan pihak berkuasa meningkatkan tekanan menjelang perhimpunan di Stadium Merdeka esok, BERSIH 2.0 Global meminta rakyat Malaysia di seluruh dunia supaya turut berhimpun pada masa yang sama, sebagai tanda sokongan kepada pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 Global, menggesa supaya perhimpunan diadakan serentak di 24 bandaraya di 15 negara di Eropah, Asia Timur, Australasia dan Amerika.

"Di mana pun berada, kita hendaklah memakai baju-T kuning serta membawa sepanduk, belon dan plakad kuning bersama slogan menyokong pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia," kata wakil gerakan global itu.

"Kami bersuara kerana kita hidup di negara demokrasi yang terbuka di mana kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dan hak untuk mengadakan demonstrasi adalah satu norma dan bukannya pengecualian.

"Seperti kes perhimpunan di Kuala Lumpur, kami berhasrat untuk berhimpun secara aman dan bermaruah, serta kita akan berbuat demikian tanpa takut dengan meriam air, gas pemedih mata, intimidasi polis, atau tangkapan sewenang-wenangnya kerana berpakaian kuning.

"Kami, rakyat biasa Malaysia di seluruh dunia, menyokong BERSIH 2.0 kerana kita boleh dan kerana kita sepatutnya (berbuat demikian)."

Rangkaian Perpaduan Global BERSIH 2.9 menegaskan bahawa kini menjadi tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk "memenuhi tugas dan tanggungjawabnya" dengan mengakui "kehendak rakyat" dan untuk membenarkan perhimpunan tersebut diteruskan secara aman.-SIASAHKINI

46 peguam PAS mula bertugas malam ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.
(Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini)

Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

(Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya – Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang seramai 11 orang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang

Bersih: perhimpunan DITERUSKAN di Stadium Merdeka

Bersih jelaskan tiada permit polis benar perhimpunan di Stadium Merdeka

TERKINI @ 02:59:20 PM 08-07-2011 Oleh Boo Su-Lyn dan Syed Mu’az Syed Putra July 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Bersih 2.0 sebentar tadi menjelaskan bahawa polis telah menegaskan tidak akan mengeluarkan permit bagi pihaknya mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok.

Maria Chin Abdullah, seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, memberitahu The Malaysian Insider bahawa gabungan itu tidak memohon permit polis.

Chin Abdullah berkata polis ada menghantar surat kepada pihaknya hari ini mengatakan tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan esok di Stadium Merdeka.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen juga menegaskan pihaknya tidak mendapat permit daripada polis untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok.

Kata bekas presiden Majlis Peguam ini, apa yang disiarkan di laman web rasmi gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak benar.

“Tidak (dapat permit), salah (apa yang disiarkan di laman web),” jawabnya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun kata Ambiga, perhimpunan menuntut transformasi dalam sistem pilihan raya akan tetap diteruskan di Stadium Merdeka walaupun tanpa permit.

“Ya, di Stadium Merdeka,” katanya.

Berita terdahulu menyebut Bersih 2.0 telah memperoleh permit untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok. Maklumat bersandarkan pada maklumat laman web, Facebook dan Twitter Bersih 2.0.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM dan Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis Bersih 2.0. -tmi

BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”
Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.
Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.
Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.
Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

Suhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi

Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

Dalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingtakan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya.

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbangdengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.

Hassmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” akhirnya.-mk

Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno

Bersih 2.0: Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno
Oleh Clara Chooi July 08, 2011

KUALA LUMPUR, 8 Julai — “Kebebasan” Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri “tarik tali” dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.


“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.

“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.

Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.

“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.

“Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” katanya.

Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.

“Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah),” kata menteri itu.

Dalam titah kenyataan Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 — diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Titah baginda itu muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan esok.

Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.

“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.

“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda.-TMI

Umno retak kerana himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Keretakan dalaman Umno jelas dapat dilihat dengan percanggahan pandangan

antara pemimpin mereka dalam menangani himpunan Bersih 2.0.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, pertentangan tersebut antara kem Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengharamkan Bersih dengan kem Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hishammuddin yang turut disokong Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno ujarnya, lantang menolak himpunan Bersih walau dengan apa alasan.

“Ini agak pelik sebab Hisham lazim berada dalam kem Najib seperti juga Khairy dan Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Muhyiddin, ujarnya, masih tetap mengintai-mengintai peluang untuk mencuri sokongan tegar Umno itu dari bossnya. Kelompok ini didakwa mendapat sokongan mantan PM, Tun Mahathir dan warlords Umno yang masih punya 'taring' atau clouts.

Kini kelompok ini dilihat langsung tidak mempedulikan pandangan Yang di-Pertuan Agong yang telah membenarkan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di buat di stadium.

Berbeza dengan Najib yang didakwa turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dilihat lebih "terbuka" menangani Bersih 2.0.

"Hishammuddin mahu buktikan dia punya kuasa dan mahu kawal rakyat seperti zaman kuno dalam Politik Lama. Pelaku-pelaku atau politikus ini ditanggapi sebagai ‘dinasour’ yang mengecewakan pelbagai pihak sivil dan awam.

"Najib pula mahu tampilkan dia perdana menteri yang fahami rakyat yang telah mengalami "pencerahan politik," kata Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor. Najib juga mahu meyakinkan bahawa dia serius apabila mengemukakan retoriknya ‘zaman kerajaan tahu semula telah berlalu’, tetapi nyata tidak disenangi ‘kelompok penguasa kedua dalam Umno," hujah Dzulkefly lagi.

Keterbukaan Najib itu bagaimanapun menurutnya terus "tersepit" dengan janji beliau tentang anjuran "kesederhanan Islam" kepada pimpinan kuasa tunggal dunia sedikit waktu dahulu. Segala retoriknya tampak bertentangan dengan falsafah dan doktrin supramacist sempit Umno yang berpaksikan ‘Ketuanan Umnoputera’ ujar beliau lagi.

Biarpun terpaksa bercanggah dengan kem Hishamudin dan kumpulan ultra Melayu dalam Umno, Najib katanya, terpaksa mengambil resiko itu sebab tidak mahu di tanggapi umum sebagai lemah dan ‘takut’ kepada kelompok ‘Muhyuddin-Hishammuddin’.

"Kemungkinan juga beliau ditekan oleh pihak barat supaya menunjukkan moderate yang dicanangnya. Pertentangan dengan kumpulan Melayu tegar dalam Umno kata Dzulkefly, bukan baru bagi Najib," ujarnya.

Dari sudut ekonomi, Najib sebelum ini juga dakwanya pernah cuba membawa perubahan dalam Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi ditentang kumpulan itu. MEB sekarang tenggelam dalam pengisytiharaan pelbagai projrk-projek mega di bawah akronim lain seperti NKRA, NKEA, GTP, ETP, EPP dan lain-lain.

"Dan kemuncak pertentangan itu dizahirkan dalam menangani Bersih di mana Hishamuddin mengharamkan Bersih biarpun bertentangan dengan Agong, sementara Najib memahami kehendak baginda lantas memberi laluan kepada perhimpunan aman itu," katanya.

Apapun jelasnya, ia membuktikan keretakan umno semakin serius dan menonjol sekali, serentak mengisyaratkan persaingan kuasa yg semakin sengit. Tampak dalam kemelut Bersih2.0 ini Najib akan sekali lagi kecundang dan berbolak-balik atau ‘flip-flop’.

“Setiap langkah Najib, beliau dipaksa berundur dua langkah kebelakang. Umno di persimpangan ini sememang berdepan dengan "generational conflict" atau konflik generasi yang getir” mengikut pengamatan Pengerusi Jabatan Penyelidikan PAS yang baru dilantik semula itu.

“Lebih parah bagi Najib, konflik generasi ini tidak mudah dirungkaikan dengan garis usia semata-mata. Ianya dirumitkan lagi dengan pelbagai dnamika dalaman Umno.

“Namun faktor ‘kepentingan survival politik’ dan sekaligus perebutan kuasa dan peluang bagi membolot kekayaan, mendominasi konflik ini," tegas beliau lagi.-HD

Bersih 2.0 : 30 Jalan Di KL Ditutup Sabtu Ini,Juga Hentian Puduraya

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno pada Sabtu ini, polis sudah mula mengenal pasti hampir 30 jalan utama di ibu negara untuk ditutup kepada trafik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh mendakwa pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi kawasan panas di sekitar ibu negara.

Malah, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang bekerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dikecualikan.

Antara jalan utama yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ini ialah seperti berikut :

Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran


KUALA LUMPUR 8 JULAI : Kurang 36 jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini, pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan dengan mengarahkan supaya operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu mulai tengah malam ini dan dipindahkan ke lokasi lain.

Hentian Puduraya, merupakan salah satu hentian utama di ibu negara yang mengendalikan 300 perjalanan setiap hari.

Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka dimana Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan.

Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dihubungi turut mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya itu akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam ini dan pada hari Sabtu.

“Saya dimaklumkan operasi bas di Hentian Puduraya akan dihentikan mulai tengah malam esok, dan juga sepanjang hari Sabtu,” kata beliau.

“Mungkin langkah ini diambil selaras dengan keputusan SPAD, dan tindakan polis,” kata beliau kepada The Malaysian Insider .

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.

Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) menafikan khabar angin bahawa perkhidmatan tren transit aliran ringan di beberapa stesen akan mengalami gangguan pada Sabtu ini.

“Tidak, tidak,” kata beliau ketika ditanya sama ada pihaknya ada sebarang rancangan atau telah menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa agar menghentikan operasi perkhidmatan tren aliran ringan pada Sabtu ini.

SPNB memiliki tren aliran ringan laluan KL-Ampang dan Gombak-Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut SPAD, ia masih bergantung pada tindakan dan arahan susulan daripada kerajaan.

“Operasi kami adalah normal, tetapi kami akur kepada sebarang keputusan dibuat oleh pihak berkuasa yang relevan,” kata seorang jurucakap SPAD ketika dihubungi.

Jurucakap SPAD itu juga mengesahkan bahawa Kabinet belum lagi mengeluarkan sebarang arahan mengenai perkara itu.

Gangguan Talian Internet, Telefon Usaha Terbaru Gagalkan Bersih 2.0

SHAH ALAM 7 JULAI : Ura-ura rangkaian telefon mudah alih dan perkhidmatan Internet akan diganggu hujung minggu disifatkan sebagai usaha terbaru untuk melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini, kata jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

Menurut jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dalam kenyataan media hari ini, tindakan itu sekali gus akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ada bezanya dengan diktator di negara Asia Barat.

“BERSIH 2.0 bimbang dengan sumber risikan bahawa mungkin berlaku gangguan penuh atau sebahagian perkhidmatan Internet menjelang hujung minggu ini.

“BERSIH 2.0 ingin memberi amaran kepada kerajaan persekutuan jika akses rangkaian telefon mudah alih, Internet, perkhidmatan mobile 3G, laman web tertentu atau media sosial diganggu dalam apa cara, maka pihak berkuasa akan kelihatan tidak ada bezanya dengan diktator negara Asia Barat yang menggunakan tindakan seumpama itu tanpa sebarang kejayaan,”katanya.

Tegas Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) enggan berkompromi ia hanya akan menjadikan pihak berkuasa di negara ini tidak ubah seperti diktator seperti mana yang berlaku di negara Timur Tengah.

Tambahnya, tindakan kerajaan mengadakan pelbagai tekanan, hambatan dan halangan tidak mampu membantutkan hak rakyat untuk berhimpunan secara aman di Stadium Merdeka pada jam 2 petang Sabtu ini meskipun permit bas sementara untuk perjalanan ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini telah dibekukan.

“Selepas itu, kami akan bersurai dengan aman,” petik kenyataan itu.

Sekiranya lebih banyak halangan dikuatkuasakan, pihak berkuasa akan dilihat sebagai terdesak bagi menghalang pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Malah katanya, usaha jahat kerajaan Umno-BN ini hanya akan mengakibatkan negara berdepan dengan kehilangan rakan perniagaan dan keyakinan daripada komuniti pelaburan serta memberi gambaran buruk terhadap politik di Malaysia kepada negara luar.-TVS

KOMEN-KOMEN RAKYAT TENTANG BERSIH

Mohd Noor Ismail · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
Orang bukan Islam bermati2an nak cari keadilan, hapuskan kezaliman, rasuah dan seumpamanya tapi UMNO orang Islam (katanya) bermati2an cari helah nak kekalkan kezaliman, rasuah........
298 · · Balas · 15 jam yang lalu

Saleh Shahid · Pengulas Tertinggi
Bro, please la jgn kata org Islam tak cari keadilan, menghapuskan kezaliman, rasuah dan sebagainya ... kebanyakan yg menyahut seruan bersih ni nanti adalah org ISLAM juga ... tgk la !!! ... Islam bukan UMNO dan you cannot say UMNO itu Islam ... UMNO is UMNO period !
137 · · Balas · 13 jam yang lalu

Ryan Chin · Pengulas Tertinggi
btol tu MNS, sebab...persaingan kita dah jatuh teruk...income fresh grade 10 yr back dgn sekarang ni sama jer....tapi yg naik...perasuah semua....kebas duit rakyat !!! sedih sedih....tanya la org org muda yg ada kat town....apa future yg dia nampak...aku hanya nampak bangla yg makin ramai...
76 · · Balas · 13 jam yang lalu

Khir Johari · Technical Officer di Majumaz Aktif Sdn Bhd
aku setuju dengan pendapat Ryan Chin. Anak kera di hutan di susukan anak kat rumah mati kelaparan. kebanjiran PATI membuatkan seolah rakyat malaysia mengemis di negeri sendiri.
46 · · Balas · 13 jam yang lalu
Lihat 56 lagi

Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
PDRM "Tak pandai"! Fikirlah....Jikalau BERSIH 2.0 adalah sebagai pertubuhan haram, takkan boleh diterima menghadap KDYMM Tuanku Agong? Najib sendiri pun setuju berhimpun dimana mana stadium, yang penting asalkan tidak berdemo di tepi jalan..Faham kah?
134 · · Balas · 13 jam yang lalu

Wong Zyn Lin
apa yh Najis CAKAP mana blh percaya.....1Malaysia, get lost.
16 · · Balas · 13 jam yang lalu

Syed Apandi Syed Omar · Managing Derector di Ikhlas Mutiara Khairat Sdn Bhd
saya yakin rakyat telah melihat dgn mata sendiri peranan Umno dlm mematikan hak rakyat.saya penuh yakin rakyat akan bertindak PRU13 nnt
43 · · Balas · 12 jam yang lalu

Syed Apandi Syed Omar · Managing Derector di Ikhlas Mutiara Khairat Sdn Bhd
Rakyat masa ini tidak mampu menentang polis yang terima arahan terus dari Umno.Polis tidak ada kebebasan lagi menjaga Malaysia.Polis sudah hilang integriti.Rakyat hak anda selamatkan polis ini dengan menukar kerajaan

07 Julai 2011

PM & MENTERI-MENTERI KITA TIADA KELAS

Silapkah Agong terima wakil 62 NGO mengadap?

ULASAN “Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.”
Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Dalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan.

Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Nasihat” baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Buka laluan

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk BERSIH membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN.

Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.

Apakah respons kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa BERSIH tidak memberi apa-apa makna kerana BERSIH masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium.

Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan.

Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.

Pedoman Tuanku

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan?

Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut.

Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka.

Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.

Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing.

Apakah benar BERSIH sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada BERSIH itu sebuah pertubuhan.

Jawapannya Tidak. BERSIH adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar.

NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.

Tafsiran sempit

Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal.

Apakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa.

Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status BERSIH sebelum ini, walhal BERSIH 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan BERSIH sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana.

Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit.

Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, BERSIH digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat.

Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat-mk

BERSIH: sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main ‘kongkalikong’

Buka mulut luas-luas - Nak tengok lidah jenis apa

Sebelum ini isu rally di jalanraya. Isu itu berlarutan berminggu minggu. Dulu pihak kerajaan berkata supaya mengadakan rally itu di stadium supaya tidak menghalang lalu lintas dan menggaanggu orang ramai. Kerajaan bertindak mengharamkan Bersih sebagai satu pertubuhan. Keadaan berubah kerana campur tangan Kebawah Duli Tuanku YPA dan kerajaan Bersih bersetuju untuk mengadakan perhimpunan di Stadium. Perdana Menteri Najib sendiri berkata supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium.

Semalam Najib berkata pul;a yang Bersih mesti mendaftarkan pertubuhan itu dengan pendaftar pertubuhan kerana Bersih telah diharamkan. Mudah sangat mengharamkan pertubuhan. Dulu apabila ada seorang pemimpin takut kepada parti yang dipimpinnya sekelip mata dibunuhnya parti pimpinannya dan tubuh parti baru.. Persoalannya bagaimana kebawah Duli Tuanku berjumpa dengan pertubuhan haram. Bukankah itu campur tangan Raja dan Bersih telah pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium.

Polis pula berkata Bersih mesti memohon permit sedangkan perundingan dengan Tuanku telah bersetuju untuk perhimpunan itu di adakan. Jika PM Najib benar-benar jujur beliau sepatutnya membenarkan rally itu di adakan pada 9hb Julai ini. Dalam pada itu rupa-rupanya stadium Merdeka yang dipersetujui itu telah ditempah oleh Perkasa pula. Nampaknya kita sudah dapat kepastian sebenarnya siapa yang jujur dan siapa yang main ‘kongkalikong’.

Apa pelajaran yang kita dapat dengan keadaan ini?

Pertamanya Bersih benar-benar mahu mengadakan rally secara aman. Tujuan dan matlamatnya jelas dan Bersih telah menunjukan sikap keterbukaan itu dengan jelas. Bersih bersetuju untuk berunding dan perundingan itu telah pun membuahkan keputusan bagi kedua-dua belah pihak.

Pelajaran kedua yang kita dapati ialah pihak kerajaan pimpinan BN berubah-ubah dan sekarang bermacam-macam pula helah untuk menggagalkan perhimpunan itu. Najib kata begini tetapi sekarang berkata begitu pula. Hishamudin pula masih mahukan tindakan undang-undang di ambil terhadap yang ditahan sebelum pertubuhan itu diharamkan kerana terdesak.

Pihak kerajaan tidak jujur dan rakyat melihatnya dengan jelas. Mungkin pihak kerajaan merasakan berjaya melakukan ‘intrigue’ terhadap rakyat yang ingin turut serta dalam rally itu. Kerajaan tahu jika di adakan di stadium atau di jalanraya kehaziran mungkin mencapai satu juta orang. Inilah yang ditakuti oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah.

Berminggu-minggu lamanya baik Najib, baik Hishamudin serta Muhyiddin Yassin mengkritik Bersih kerana ingin mengadakan rally itu di jalanraya dan menyeru Besih untuk mengadakan tunjuk perasaan itu di Stadium. Apabila Berih sudah bersetuju untuk mengadakannya di stadium berbagai-bagai alasan lain pula diberikan untuk menggagalkan rally ini. Muhyidin berkata yang Bersih sedang cuba untuk mencemarkan Stadium itu sebagai tempat sambutan kemerdekaan pada 1957 dahulu.

Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin, kenapa beliau menyembunyikan diri apabila Dr Mahathir pernah hendak meruntuhkan stadium itu untuk dibangunkan projek pembangunan baru di situ? Ingat kah tidak banyak pihak telah mengkritik kerajaan kerana niatnya untuk merobohkan stadium tersebut.

Dengan perkembangan yang terkini maka kita boleh membuktikan yang pihak BN lah yang cuba melakukan ‘intrigue’ terhadap rakyat melalui Bersih ini. Rally boleh di gagalkan tetapi perasaan rakyat yang melihat perlakuan ini bertambah parah. Jadi apakah kejayaan BN sebenarnya? Jawapannya ialah TIADA kejayaan. Kerajaan tidak menyedari yang rakyat akan memberikan sokongan kepada pihak yang bertentangan.

Kejujuran seseorang pemimpin itu mudah dinilai dari kata-kata mereka. Sesungguhnya sebab untuk mengagalkan rally ini hanya satu sahaja. BN takut tidak terhingga kerana jika rally ini diberikan kelulusan untuk di adakan dimana-mana sekali pun, mereka (BN) tahu lautan manusia akan hadzir dan ini merupakan ketakutan BN yang sebenarnya

Bersih itu tidak penting.Yang penting itu ialah jumlah keramaian yang datang itu akan menjadi bukti yang boleh dilihat dengan mata kepala kita yang rakyat ramai begitu kuat untuk menunjukan manifestasi mereka terhadap kerajaan. Itu sahaja. Saya suka mengulangi yang Bersih lebih berjaya jika digagalkan niat mereka untuk mengadakan rally itu dari membenarkan rally itu di adakan dimana-mana.

Kerajaan tidak berjaya mengendalikan isu ini. Kalau ada pun, ialah kejayaan pemimpin-pemimpin kita menunjukan membuktikan yang lidah mereka bercabang-cabang. Mungkin ada sesiapa yang berani untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin yang bersangkutan samada boleh atau tidak menambah satu lagi tuntutan selain dari 8 tuntutan asas Bersih ini.

Tuntutan tambahan ini ialah menuntut supaya pemimpin-pemimpin kita membuka mulut mereka lebar-lebar sebab nak tengok lidah yang ada di dalam mulut mereka itu lidah jenis apa? Tentu lain dari lidah yang rakyat ada. Ia tidak mungkin sama. -Aspan

TERKINI: Perintah mahkamah halang himpunan 9 Julai

Polis Kuala Lumpur telah mendapat perintah larangan daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.
Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut -- daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

Seramai 66 orang invididu yang dinamakan dalam perintah larangan bagi kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais.

Seramai 14 orang daripada kumpulan PERKASA pula termasuk presidennya Datuk Ibrahim Ali serta barisan pemimpin tertingginya -- Datuk Ab Rahman Ab Bakar dan Syed Hassan Syed Ali.

Polis turut mendapat perintah larangan bagi menghalang pemimpin pemuda Umno yang mendukung Perhimpunan PATRIOT termasuk ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut disenaraikan adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Ketua Penjenayah Berada di Malaysia, Dakwa Akhbar India

Ketua Penjenayah Berada di Malaysia, Dakwa Akhbar India

NEW DELHI: Penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia ketika mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

"Pegawai kanan (polis) mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, dan mereka mesti tahu, jika mereka mengesan perbualan antara Rajan dan (Satish) Kalya (suspek yang menembak wartawan),” lapor majalah India Today, dalam edisi terbarunya. - BERNAMA

BERSIH: GELOMBANG RAKYAT MENAKUTKAN NAJIB

Buat penilaian masing-masing - Semuanya dah besar panjang

Berminggu-minggu negara kita berada di dalam keadaan yang hingar bingar dengan polimik di antara dua pihak, kerajaan dan rakyat yang bersama-sama Bersih 2.0. kehangatannya begitu ketara apabila kita mendengar pihak yang berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri memanggil Datuk Ambiga dengan ‘name calling’ yang didengar agak janggal kerana keluar dari mulut seorang Perdana Menteri.

Siapa kah yang berjaya dan siapa pula yang tertewas di dalam kemelut polimik tuntutan Bersih 2 ini? Tiada yang menang dan tiada yang tertewas. Yang menang ialah rakyat. Tetapi yang kita boleh nampak dengan jelas ialah tahap kemampuan kedua-dua belah pihak mengendalikan isu yang sangat sensitif ini kepada satu pihak yang lain iaitu pihak pemerintah yang sedang asyik dan leka dengan nikmat kuasa sehingga wujud unsur-unsur kufur nikmat yang tidak terkawal dikalangan pimpinan kita.

Tahap pemikiran serta sikap kita sudah terlalu jauh ketinggalan berbanding dengan perubahan pemikiran rakyat termasuk dalam isu pengendalian pilihanraya yang menjadi tuntutan asas bagi Bersih. Pemimpin kerajaan terlalu biasa dengan sokongan yang diperolehi tanpa soal dari rakyat selama ini dan pemimpin-pemimpin kita telah mengambil segala-galanya ‘for granted’.

Apabila mendapat sedikit tentangan dari rakyat yang sudah berubah nilai pemikiran ini maka ianya dianggap sebagai tindakan yang ‘offensive’ oleh pihak kerajaan. Matlamat Bersih yang menjemput semua pihak untuk mengadakan rally termasuk semua NGO serta parti-parti politik samada parti pemerintah atau pembangkang untuk mendesak supaya dilakukan transformasi di dalam cara pengendalian pilihanraya tidak di senangi oleh pihak pemerintah khususnya UMNO.

Dalam kes ini pihak pemerintah nampak berdiri dipihak yang gagal kerana dengan tindakan pr-emptive pihak berkuasa melakukan tangkapan di seluruh negara terhadap mereka yang disyaki menyokong rally ini. Penahanan itu membayangkan ketakutan politik dari pihak yang memerintah kerana semua tahu yang jumlah kehadziran di rally yang bakal di anjurkan itu begitu ramai tanpa dibayar dan disediakan kemudahan perjalanan.

Pihak KDN terutamanya Menterinya Hishamudin pula mengambil tindakan yang tergesa-gesa dengan mengharamkan pertubuhan Bersih ini dan ini menambahkan lagi kemarahan rakyat jelata. Jelas tindakan pre-emptive ini adalah langkah awal untuk mencegah rakyat menunjukan manifestasi mereka dalam kumpulan yang besar.

Ramai menganggarkan tidak kurang dari 500,000 rakyat akan membanjiri jalanraya di Kuala Lumpur jika rally itu diteruskan walaupun dengan tindakan Polis melakukan penahanan dan tangkapan di seluruh negara. Jumlah kehadziran ini lah amat ditakuti oleh pentadbiran sekarang kerana ianya adalah lambang kepada gerakan rakyat yang merata di mana-mana. Kita selalu lupa yang ini melibatakan perasaan ramai.

Jika kita terus melakukan tangkapan dan penahanan secara ‘pre-emptive’ ini ia tidak lain dari mengakui kejayaan Bersih telah mendapat sambutan ramai dari seluruh negara. Melakukan tekanan terhadap penyokong rally ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akhirnya akan berlakulah perkara yang lebih buruk dari apa yang di alami oleh pentadbiran sebelum ini di dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO gagal untuk menambat hati rakyat biasa terutamanya mereka dari generasi yang muda.

UMNO hanya berjaya mengambil hati kelompok oportunis seperti Perkasa dan beberapa kumpulan yang lain yang sememangnya tidak akan lari dari menyokong BN. Usaha dan cita-cita BN untuk mengembangkan parameter sokongan dari rakyat sekali gus telah gagal dan amat payah untuk di dapatinya kembali. Kita selalu lupa yang rakyat sentiasa memerhati peri laku pemimpin-pemimpin kita bagaimana mereka mengendalikan isu rally Bersih ini.

Pendeknya tujuan asal Bersih untuk melakukan rally secara aman dan meminta semua pihak untuk bersama itu telah dipecahkan oleh pemerintah. Hasilnya pihak BN sendiri yang menambah kekuatan sokongan terhadap gerakan penentangan terhadap mereka (BN). Pihak pembangkanglah yang memperolehi sokongan yang diperkuatkan oleh pihak yang memerintah.

Apakah elemen sebenarnya yang menyebabkan ketirusan sokongan terhadap BN? Jawapan yang tepat ialah keengganan untuk BERUBAH. Kita tidak mahu berubah mengikut waktu dan zamannya. Dalam politik kita masih bercakap tentang isu-isu basi yang telah kita dengar dari mula negara kita mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959 dahulu.

Isu api letrik, air paip, jalan tar, subsidi gigi palsu, lembu dan kambing pawah pembangunan Putrajaya serta banyak perkara lain yang berkaitan dengan isu mengenang budi. Tetapi pimpinan tidak pula mengenang budi rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan tanpa berbelah bagi dengan melakukan perkara-perkara jijik seperti rasuah dan menyalah guna kuasa.

Mereka (rakyat) sudah jemu dengan pembohongan yang dilakukan dan semua pembohongan itu di war-warkan oleh media massa perdana sehinggakan rakyat tidak ada lagi apa yang mereka percaya dengan media perdana pada hari ini.

Pemimpin kerajaan kita telah gagal samasekali untuk mengekalkan penghormatan rakyat terhadap kepimpinan seperti yang kita alami dahulu kala. Mereka (rakyat) menganggap apa jua yang dilakukan tidak boleh dipercayai dan persepsi ini kian hari kian menebal. Ramai rakyat tidak mahu lagi mendengar apa yang mereka katakan kerana persepsi mereka (rakyat) terhadap kepimpinan terlalu rendah.

Kenapa keadaan menjadi begini? Jika ada masa dan ruang boleh dibahaskan pada bila-bila. Jika tidak ada masa dan ruang itu masing-masing boleh membuat penilaian masing-masing. masing-masing dah besar panjang-Aspan Alias

06 Julai 2011

Latihan kawal demo: 'Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak'


Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.
sumber:http://www.malaysiakini.com/news/169110

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.

Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.

Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/169110

4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.
Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...