23 Jun 2012
ROPA NYE...RAFIZI KENA GODAM DARI DALAM ???
Koalisi dan Kolusi (2) -Oleh: MSK
Koalisi
Dalam setiap pertemuan atau perbincangan tentang bagaimana nak menang pilihanraya, aku selalu tekankan tentang penggunaan internet. Tapi setiap kali itulah aku mendapat tentangan dari “bakal-bakal calon” yang memandang remeh tentang internet.
Aku masih lagi mendengar alasan-alasan lapuk. “Orang kampung mana baca internet!”. “Berapa ramai yang baca internet?”.
Dan bila sekumpulan blogger-blogger dan Facebooker Perak menubuhkan Mediaperak, perkara yang sama juga kami dengar. Ada yang senyum sinis terhadap kemampuan Mediaperak, malah ada yang tanya..”Apa yang Mediaperak boleh buat?”.Sejujurnya, masih ramai ahli politik dalam Pakatan Rakyat Perak yang tak nampak kemampuan internet. Depa masih lagi percaya bahawa hanya suratkhabar atau media cetak saja yang paling berkesan masa ini.
Hanya Pas saja yang cuba menguasai media internet manakala PKR dan DAP buat tak tau. Lihat saja laman web PKR dan DAP.
Aku nak bagi beberapa contoh melalui posting ini dan aku harap, kepada bakal-bakal calon yang nak bertanding nanti supaya mengambil serius. Kalau tak mau nak dengar atau baca pun takpa…tapi jangan bila dah kalah baru nak tulis dalam laporan post-mortem.
Satu contoh yang paling “merbahaya” boleh dilihat di sebelah kiri laman ini. Ada satu poll tentang siapakah yang paling layak untuk menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan menang di Perak.
Ini satu poll yang gila yang sengaja dibuat oleh member-member dalam Mediaperak. Tetapi hasil setakat ini juga memberikan satu keputusan yang ‘gila’.
Nasib baik Nizar masih lagi diatas dengan jumlah sokongan yang tinggi. Tapi bila Matsamankati dianggap lebih layak dari Mat Nur Manuty..itu sudah gila.
Tapi inilah realiti yang perlu dihadapi oleh semua bakal calon. Jangan ingat bila ada jawatan dalam parti, dah gerenti orang sokong. Orang-orang diluarparti masih ramai yang belum membuat keputusan dan kepala depa pun masih ramai yang tak kita ketahui.
Jangan cakap pasai kebenaran. Kebenaran hanyalah persepsi. Orang yang dapat membentuk persepsi, itulah kebenaran yang akan diterima.
Kalau nak dibandingkan diantara Matsamankati dengan Mat Nur Manuty, Manuty jauh lebih layak. Dia Pengerusi PKR Negeri, Ketua Penerangan PKR. Matsamankati bertanding pun tidak..macam mana nak jadi Menteri Besar?
Macam mana benda ini boleh berlaku?
Ok…aku ambik contoh mediaperak. Anggap lah sapa-sapa yang nak bertanding itu sebagai mediaperak.com.
Bila seseorang itu menawarkan hasrat untuk bertanding dalam pilihanraya, ianya sama juga macam mediaperak yang masuk kedalam kancah internet. Dalam pilihanraya, perkara pertama yang dihadapi oleh bakal calon ialah persaingan sesama mereka yang berminat nak jadi calon. Mediaperak juga macam tu.. bila masuk kekancah internet, ia juga ada persaingan dengan situs-situs lain yang sudah lama established.
Mediaperak aku anggap masih belum berjaya lagi sebab baru dua bulan dilancarkan. Tapi apa yang berlaku dalam masa dua bulan ini, banyak yang boleh dipelajari oleh ahli-ahli politik dalam Pakatan Rakyat. Aku bagi kuliah percuma kepada sapa-sapa yang nak baca dan menjadikan mediaperak sebagai contoh. Dan aku buat perbandingan dengan apa yang berlaku kepada Rafizi Ramli.
Mediaperak adalah satu koalisi blogger-blogger Perak. Kalau buat sorang-sorang, tak mungkin dapat meningkat dengan cepat. Tak perlu peruntukan dari sapa-sapa. Kutip sepuluh ringgit sorang dah boleh buat website. Tak ada upah..semuanya dibuat secara ikhlas.
Sama juga macam Rafizi Ramli. Dia naik semasa pemilihan Ketua AMK. Dia menjadi popular sebab ada koalisi. Kalau sorang-sorang, dah tentu macam Hasmi Hashim. Susah nak naik. Cikgu Bard pun akhirnya tumbang sebab tak ada team. Dan yang naik ialah Shamsul Iskandar sebab dia ada team yang lebih kuat.
Dalam masa sepuluh hari dari tarikh dilancarkan pada 6 April, Mediaperak sudah menduduki tangga ke 31 dalam carta blog Cenangau Daunkari edisi 16 April.
Sebulan selepas itu, Mediaperak sudah mampu melonjak ketangga 14 pada 16 Mei.
Tapi biasa la..dalam mana-mana persaingan, tentu ada yang sakit hati. Pada 21 mei, Mediaperak tumbang. Tak dapat dipastikan sama ada kena hack atau overloading. Lebih seminggu Mediaperak tak dapat beroperasi sebab nak cari duit untuk membayar kos dedicated server.
Sekarang dah OK dan Mediaperak akan terus naik. Tapi dalam masa itu, masih ada lagi ancaman yang tak berhenti-henti. Setiap hari ada saja percubaan untuk menggodam Mediaperak.
Rafizi pun macam tu.Walaupun dia tak dapat apa-apa jawatan dalam Pemilihan PKR, tapi dia di upgrade menjadi Pengarah Strategi PKR. Jauh lebih tinggi dari Ketua AMK. Malah dia lebih popular dari Timbalan Presiden. Dalam masa itu, ancaman terhadap Rafizi terus datang. Bukan saja dari musuh, tapi termasuk dari kawan-kawan sendiri.
Mediaperak kena godam, Rafizi pun kena godam. Tapi inilah ujian yang perlu dihadapi oleh sapa-sapa yang nak jadi calon. Mediaperak bangkit semula, dan aku nak tengok Rafizi juga bangkit semula lepas ni.
Pengajaran setakat ini…sapa-sapa nak jadi calon, kena berani menentang ancaman sama ada dari luar atau dari dalam. Kalau masih nak menyorok dibelakang Anwar…dan kemudian mengharapkan wahyu dari Anwar untuk jadi calon..tak payah la.
Rafizi jadi popular sebab dia mendapat sokongan Anwar. Tapi takkan la Ketua Cabang pun nak bergayut kat Anwar? Macam mana pulak dengan bakal-bakal calon yang tak ada jawatan hebat dalam parti… nak bergayut kat Anwar jugak ka?
Perkara pertama nak menang pilihanraya perlu ada koalisi, pakatan atau kesepakatan. Orang Pas jangan ingat boleh menang tanpa PKR dan DAP. Orang PKR jangan ingat boleh menang tanpa PAS dan DAP. DAP juga jangan ingat boleh menang sorang-sorang.
Senarai calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti masih belum selesai. Macam mana kalau calon-calon itu hanya disahkan diminit terakhir sebelum hari pencalonan? Hangpa nak buat apa?
Katakanlah…seminggu sebelum sebelum hari pencalonan, Ngeh Koo Ham membuat pengumuman..”Dengan ini disahkan bahawa Matsamanati telah dipilih untuk menjadi calon DAP untuk bertanding di Ipoh Barat.” ha.ha.ha.
Wei..ini serius!! Aku mana pernah turun kat Ipoh Barat. Pulak tu berkemungkinan akan berdepan dengan Fauzi Muda. Dan aku cuma ada masa hanya beberapa hari untuk berkempen!
Ipoh Barat mempunyai pengundi seramai lebih 72,000 orang. Kalau 80% yang keluar mengundi, aku perlukan 30,000 undi untuk menang. Siapa 30,000 yang perlu aku cari? Macam mana aku nak cari? Dimana mereka?
Untuk mendapat keyakinan 30,000 pengundi…jumlah yang mengenali aku mesti lebih dari itu. Maknanya, aku perlu dikenali oleh lebih dari 40,000 pengundi. Nak buat macam mana?
Kalau ikut Fuziah Saleh, dia cadangkan beberapa modul macam World Cafe, Speed Dating dan macam-macam lagi.
Aku nak cadangkan satu modul untuk bakal-bakal calon yang dikenali sebagai…Kolusi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan