10 Januari 2011

IDEA DARI DANOK KUT??

Adalah tidak cerdik untuk menjadikan kampus UUM kepada zon bebas cukai

Vice- Chancellor UUM Pro Dr Mohamed Mustafa Ishak menyatakan UUM akan menghantar cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan agar diisyhtiharkan kawasan kampus UUM seluas 1,060ha menjadi kawasan zon bebas cukai.

Ini bertujuan agar UUM dapat memanfaatkan status zon bebas cukai untuk menghasilkan pendapatan, selain membolehkan universiti kurang bergantung pada dana dari kerajaan.

“Lokasi kami sangat strategik untuk seperti status sebagai kampus utama sekitar 8km dari sempadan Malaysia-Thailand.

"Kami menyasarkan untuk menukar kampus utama universiti di sini menjadi sebuah zon bebas cukai pada akhir tahun ini, menunggu kelulusan daripada kerajaan," katanya.

Cadangan ini dikira telah menyimpang dari matlamat utama penubuhan sesebuah universiti sebagai kilang melahirkan warga ilmuan, cerdik pandai dan cendiakawan.

Hakikatnya menjadikan UUM kawasan bebas cukai bukan “core business” universiti ini kerana kawasan-kawasan bebas cukai akan terdedah produk-produk bebas cukai yang majoritinya arak dan rokok.

Universiti ini tidak harus menjana pendapatan dari sumber perniagaan yang was-was dan UUM mesti bergantung harap kepada dana Kerajaan.

Pendapatan untuk pendidikan seharusnya datang dari sumber yang bersih dan tidak bercampur dari sumber yang kotor kelak kita akan melahirkan graduan taik arak, taik rokok dan pengamal rasuah yang tegar.

Kerajaan DS Najib yang berteraskan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tidak harus bersikap tangkai jering untuk menyalurkan dana kepada UUM kerana anak-anak rakyat berhak mendapat “benefitnya” dari sumber cukai yang dibayar rakyat sendiri.

MR harap usahlah Dr Mohammed Mustafa membuang masa menghantar cadangan ini kepada Kerajaan, tumpukan perhatian untuk melahirkan sarjana-sarjana yang setaraf dengan Universiti Harvard.

Lahirkan seorang seperti Mark Zukerberg pengasas Facebook dari Universiti Harvard yang berjaya mencorakkan dunia ini mengikut telunjuk Facebook sehingga warga planet ini menjadi Facebookmania.


Ini lebih bermakna dari menukar kampus UUM menjadi kawasan bebas cukai yang penuh dengan sarang maksiat, judi dan arak kerana keuntungan besarnya ialah Thai bukannya Malaysia.
Posted by MUMMY ROKIAH at

Komen:
Anonymous Anonymous said...

taik arak dan taik rokok ok lagi mummy....cheq takut nanti siswi pula yang dapat peluang cari duit lebih...
mula2 pelancung niat nak pi siam...bila singgah UUM,depa tengok siswi2 UUM comei2...teruih depa angkut budak2 tu pi pakai semalam dua..
bila dah jadi kawasan bebas cukai...yang tumbuh macam kulat lepaih ujan adalah hotel.
seronok la orang yang bagi idea tu...dia dapat juga komisin.
bapa sapa la yang bodoh ni...bagi idea nak merosakan anak bangsa.

January 2, 2011 10:27 PM
Anonymous Anonymous said...

Studen boleh beli motor dan kereta tanpa cukai. Kat kampus tak payah pakai pak guard kerana dah ada kastam.

January 2, 2011 10:32 PM
Anonymous Anonymous said...

Salam tuan
Setuju. Tapi tak mungkin UUM nak jual rokok arak dan produk2 haram wal subahat. Tapi asasnya tetap kurang bijak.Saya akan komen banyak aktiviti UUm yang tak bijak dari segi bisnes kononnya utk kurangkan pergantungan kepada kerajaan.

Ksimpulannya, dulu UUM antara tersohor dlm melahrkan graduan bisnes, akaun dan IT...kini... kena kejar balik sebab dah tertinggal bas...wrong priority.

Jumpa lagi.

January 2, 2011 10:59 PM
Anonymous Anonymous said...

Awatlah setiap hari dapat kita lihat cerdik pandai semakin ketendusan ide. Kalaulah maacam ni punya ide nak generate inocme lebih baaik buka kelab dandut, rumah urut dan girle bars serta kedai-kedai jual nombor ekor, kan lebih senang dapat duit. Kalaulah macam ni punya ide datng daripada seorang vice canselor, tak hairanlah universiti kita tak kemana taraf kecemerlangannya.

Ex-UUM

January 2, 2011 11:02 PM
Blogger Mrkolumpo said...

WOIT....
UUM TEMPAT ANAK MALAYSIA BELAJAR...
BUKAN TEMPAT SHOPPING..
BUKAN TEMPAT KAUT UNTUNG
BUKAN TEMPAT NAK SEMBELIH ANAK MELAYU....
AKU EX UUM
SIJIL DEGREE HILANG...
BILA CALL UUM..TAU APA DIA CKP???
TOLONG SEDIAKAN DUIT WANG POS RM 500 YER DIKKK...
KEPALA HOTAK CEKIK DARAH
WOITTT..HARGA KERTAS DGN INK PRINTER KENE CUKAI KA TAK???
SAMPAI 500 KAU NAK SEBAT
PENTADBIR UUM MMG CIBAI

January 3, 2011 2:00 AM
Anonymous Anonymous said...

mungkin VC nak jadi pole dancer kot? hahahha...lembam la otak VC ni..patut la taraf Universiti setaraf kandang lembu...sebab VC otak macam lembu

January 3, 2011 6:44 AM
Anonymous Anonymous said...

Patut UUM banyak buat R&D,macam prof mohd yunus dari bangladesh,dia tubuhkan Garmen Bank utk peniaga kecil.
Nak buat bebas cukai buat apa,Bebaskan Rasuah dulu laaa....

January 3, 2011 10:46 AM
Anonymous HHalem said...

Mummy,

Cek tak berkenaan sungguh dengan bab "Kentut" yang Mummy tulis sebelum article ini.

Cek komen panjang juga. Sudi Muumy baca sat. Kalau silap tolong tunjukan.

Orang lain yang syok, orang lain yang kena mengandung !

Frm HHalem

January 3, 2011 3:28 PM
Blogger Pakteh said...

Nak ghedah p bukit kayu hitam bukannya jauh pun....

apa perlunya Duty Free di UUM.

Cuba tengok apa produk paling laku di kompleks bebas cukai padang besaq, bkt kayu hitam?

Arak n Rokok.....

Kalau di UUM nak juai apa?...hehehe...soklan cam org pas pertikai TUN M nak buat jambatan n lebuhraya dulu. Tapi kali pakteh petikai sungguh...

Sungguh2 tak sesuai...pakteh tau la DS Najib dah cancel cukai utk seluar dalam...tapi...takkan tu puncanya..

Hati-Hati dengan JPJ!

Hati-Hati dengan JPJ!

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Berita Harian sekejap tadi melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

Barisan baru Keadilan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengerusi Biro

Barisan baru Keadilan
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Pengerusi Biro-biro KEADILAN bagi penggal 2010 – 2013.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat KEADILAN petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro KEADILAN.

Antaranya, jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang diisi Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad yang menggantikan Datuk Zaid Ibrahim yang meinggalkan parti itu November lalu.

Mustafa Kamil Ayub akan digantikan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Mohd Nor Manuty sebagai PPN Perak yang baru dan Saifuddin yang menyandang jawatan PPN Kelantan bagi penggal lalu pula akan digantikan oleh Ahli Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Manakala bagi Terengganu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dilantik sebagai PPN baru menggantikan Haji Abdul Rahman Yusof.

Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha : Haji Rosli Abdullah, Steven Choong, T Kumar, Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran, Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong

Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron ,Hee Loy Sian, Khalid Jaafar, Abdul Rahman Yusof, Johari Abdul, Haniza Talha, Fariz Musa, Zakaria Abdul Hamid, Roland Chia, Siti Aishah Ismail Yusop, Latheefa Koya, S Kesavan, Shuhaimi Shafiei, M R Summugam, Yusmadi Yusoff, S Manikumar, Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali, S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie , Abdul Malek, See Chee How, Chang Lih Kang

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasaiah, Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali, Tan Yee Kew, Abdul Khalid Ibrahim

Pengerusi MPN : Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Mohd Nor Manuty

Wilayah Persekutuan – Dr Idris Ahmad

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Johor – Dato’ Chua Jui Meng

Melaka – Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan : Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Pennyelaras Ahli Parlimen dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat FELDA Orang Asal : Suhaimi Said&

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah

PENUH HIPROKIT

Rakyat di Malaysia tidak pernah berpecah sebegini teruk seperti hari ini dalam sejarah 53 tahun negara merdeka melainkan 18 bulan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

NONE“Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita 1Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan medianya.

Penuh hiprokit

Menurutnya, Utusan Malaysia adalah musuh nombor satu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib kerana akhbar milik Umno itu menjadikan konsep berkenaan “kosong dan penuh hipokrit".

NONE“Walaupun Utusan terus menolak dasar 1Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melaikan semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri,” kata Lim.

Minggu lalu, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnahnya dan DAP.

azlanLim kesal kerana Utusan Malaysia terus melancarkan serangan berbau fitnah terhadap kerajaan pimpinanya tanpa menghiraukan jawapan yang dikeluarkan bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum.

Bukan itu sahaja malahan Utusan juga didakwa bertanggungjawab melaga-lagakan kepimpinan DAP, PAS dan PKR supaya wujud persengketaan dalaman yang boleh menjejaskan perpaduan yang terjalin dalam Pakatan Rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...