IKLAN

IKLAN
Klik gambar

30 September 2010

PANDANGAN DARI ZAID IBRAHIM


Kalau kalah takkan keluar parti - Zaid


Datuk Zaid Ibrahim berkata, jawatan timbalan presiden PKR bukanlah satu kedudukan penting baginya. Sekiranya beliau tewas, beliau tidak akan mengambil tindakan keluar parti, tegasnya.

Bercakap dalam satu wawancara denganMalaysiakini, Zaid menjelaskan bahawa beliau lebih mementingkan peranan yang boleh dimainkannya, berbanding jawatan itu sendiri.

“Saya tidak pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi perdana menteri, atau (menjawat) apa-apa (kedudukan). Kalau saya hendak main politik sepak terajang (ball politics), lebih baik saya berada dalam Umno.

“Saya lebih gembira dengan politik idea, isu, tentang kejujuran dan amalan (pentadbiran) yang baik untuk negara ini kerana ia akan membawa kita lebih jauh. Tapi disebabkan politik kita belum mencapai tahap (kematangan politik) seperti itu, jadi kita tidak dapat mencapai demokrasi (yang diingini).


Katanya proses kematangan itu mungkin mengambil masa sehingga 50 tahun dan akan tercapai sekiranya parti sentiasa konsisten dengan budaya yang dikatakan telah tertanam sejak 12 tahun lalu.

“Jika saya menjadi sebahagian kecil daripada (usaha ini), saya sudah mencapai tujuan saya. Saya tidak akan berhenti hanya disebabkan saya tidak mendapat jawatan tertentu, sebab saya sudah lalui semua itu.

“Saya juga tidak akan berhenti menjelaskan isu-isu ini jika (penjelasan) itu akan menyebabkan saya akan kehilangan jawatan tertentu. Saya pernah lepaskan jawatan yang lebih tinggi daripada timbalan presiden PKR.

Terima jika dijadikan mangsa

“Jika saya harus menjadi mangsa dalam proses ini, saya akan terimalah,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, beliau bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu kritis terhadap parti, namun beliau perlu menyuarakan masalah-masalah yang dilihatnya di dalam struktur parti terutama di peringkat bawah.

“Tidak ada kerjasama, apa yang ada ialah ketua cabang yang akur, yang bermesyuarat setahun sekali, yang akan menyokong anda bila masanya tiba. Ini bukan apa yang saya mahu,” katanya.

Beliau mengambil contoh pengalaman yang dilaluinya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor apabila beliau tewas ketika menentang calon BN. Beliau mengakui bahawa antara sebab kekalahannya itu ialah masalah kerjasama di kalangan jentera parti.

“Apabila anda pergi ke cabang-cabang di mana keahliannya kecil dan terdapat banyak puak, maka tidak ada aktiviti. Ada orang yang takrifkan kerjasama sebagai 'sekiranya saya kata sesuatu dan dia sokong saya, itulah kerjasama. Kalau pencalonan Hulu Selangor diberikan kepada saya, dia seorang pemimpin yang bekerjasama. Ada yang tengok kerjasama seperti itu.

“Saya tidak lihat begitu. Saya lihat apa yang telah anda lakukan secara berkumpulan? Adakah kita menganjurkan program sebaik yang dilakukan PAS atau membuat kutipan amal sebaik DAP? Anda tidak boleh kata, 'kita mahu ahli bekerjasama.' Bekerjasama untuk apa?

“Sebab itu saya kata, sangat penting untuk parti mempunyai pelan yang jelas, apa yang ia patut lakukan. Saya harap dengan perubahan struktur dan organisasi yang lebih jelas dan lebih baik, kita akan tarik lebih ramai ahli, barulah kita dapat tarik individu yang berkualiti.

“Sebab orang ini macam kuda, ada yang boleh berlumba, ada yang tidak. Orang begitu juga, ada yang boleh (jalankan tugas), ada yang tidak,” katanya lagi.

Azmin tawar jawatan untuk apa?

Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.

“Kalau Azmin (Ali) bersetuju dengan saya bahawa ciri-ciri ini telahpun ada sejak 12 tahun lalu, saya tidak akan cabar sesiapa. Saya cuma akan tegaskan apa yang telah ada, tapi sekiranya budaya PKR dia berbeza daripada apa yang saya beritahu itu, maka itu bukanlah budaya PKR dan ia tidak akan pergi jauh,” katanya lagi.

Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.

“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?

“Adakah saya dibenarkan untuk tarik ahli baru? Ini yang lebih penting. Saya rasa dia cuma bermain politik, bagaimanapun saya ucap terima kasih.

“(Tawaran) ini tindakan yangkosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah. Tapi sekiranya dia ikhlas, terima kasih,” katanya lagi.

PEMILIHAN PKR SEMAKIN HOT

Pemilihan PKR semakin hot

Oleh: msk

Sabtu dan Ahad ini, Mesyuarat Agung Cabang-Cabang PKR akan berakhir. Ada yang naik…ada yang turun. Ada yang dah nak sampai kepuncak, tiba-tiba merudum jatuh kegarisan pertama. Pemilihan diperingkat Cabang melalui sistem terbuka ini seolah-olah macam main dam ular. Ada yang naik laju…jatuh pun laju.

Menarik dalam pemilihan PKR ini ialah jatuh naik seseorang itu ditentukan oleh ahli. Satu ahli satu undi. Tak boleh nak jolok Ketua Cabang atau perwakilan dengan wang ringgit atau lawatan ke Betong. Sapa buat kerja dengan tenaga, dia naik…sapa yang buat kerja dengan air liur…nganga.

Hujung minggu ini juga akan menentukan siapa yang dapat pencalonan yang tinggi dan sapa yang dapat pencalonan yang sikit. Tapi apakah pencalonan mencerminkan sokongan?

Aku tak setuju kalau jumlah pencalonan mencerminkan sokongan. Tetapi ia hanya boleh digunakan sebagai petunjuk macam mana nak berkerja untuk mencapai kemenangan. Faktor utama yang perlu diberi perhatian ialah siapakah pengundi-pengundi yang akan keluar mengundi nanti.

Aku klasifikasikan pengundi PKR kepada 3 kategori. Offline, GPRS dan 3G.

Kategori Offline adalah pengundi yang tak ada akses internet. Tak kira duduk dibandar atau dikampung. Selalunya geng Boomers yang fobia terhadap internet. Aku katakan…terdapat hanya kira-kira 15% pengundi Boomers dalam PKR yang ada akses internet, manakala 85% masih lagi baca Utusan dan Berita Harian. Cuma baca Harakah dan Suara Keadilan sekali-sekala. Tapi merupakan ahli tegar parti. Pasai gantung bendera, tampal poster, susun kerusi ceramah nombor satu. Dalam masa yang sama, lebih percaya Utusan dari Internet. Kalau tak percaya, kenali ahli-ahli Pas atau Keadilan dikampung-kampung dan tunggu kat kedai suratkhabar pagi-pagi. Tengok, suratkhabar apa yang depa beli.

Kategori GPRS adalah kategori mereka yang ditengah-tengah. Pagi beli suratkhabar, malam baca internet…ataupun anak-anak tolong bagi tau. Yang ini, open minded sikit. Belah sana pun dia ambil tahu, belah sini pun dia ambil tahu.

Jenis GPRS ni tak boleh harap sangat. Kadang-kadang slow…kadang-kadang laju. Pagi-pagi kita tengok depa baca Utusan, tapi jangan ingat dia percaya. Sebab dia juga ada sumber alternatif sebelah malam. siang-siang dia ikut saja cakap apa yang dicakapkan oleh orang lain…tapi belah malam…dia kata..”mengarut”. Yang ni banyak kat Cabang-cabang dan pegang jawatan. Bila orang suruh sokong Mus…dia mula-mula angkat tangan. Tapi dibelakang..dia yang kempen jangan sokong Mus.

Jenis ketiga…lagi tak boleh harap.Jenis 3G. Yang ni tak baca Utusan tapi dok tengok internet berjam-jam sehari. dia round seluruh blog dan laman web dan kemudian buat keputusan sapa dia nak sokong atau tentang. Ini jenis yang tak wala’ kepada pemimpin tapi wala’ kepada prinsip dan idea perjuangan.

Dalam PKR ramai yang jenis 3G. Terutamanya yang masuk sejurus sebelum 2008 atau selepas 2008. Ini orang-orang yang meluat kat MIC, kat MCA dan kat Umno. Depa tak ada nostalgia reformasi…tak ada nostalgia kena air asid atau belantan FRU. Kalau tanya sapa barisan kepimpinan PKR yang otai pun dia tak tau.

Jenis 3G ini tidak mau melihat kebelakang..tapi nak tau apa yang ada didepan. Sapa yang bercakap tentang masa depan, depa sokong. Sapa yang bercakap tentang nostalgia, tentang kesetiaan, tentang pengorbanan..depa buat tak tau.

Dan depa juga tak mau budaya yang depa kenali dalam BN dulu digunapakai dalam PKR. Depa tak mau PKR hanya berbeda dengan Umno hanya dari segi nama. apa yang depa mau…PKR juga mesti berbeda dengan Umno dari segi budaya. Ini yang tidak difahami oleh ramai pemimpin otai PKR terutama yang datang dari Umno. Masih ramai pemimpin PKR yang berbudaya Umno.

Ramai yang buat majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka….semata-mata untuk berkempen. Dan dalam masa kempen, depa kutuk orang tu, kutuk orang ni. Akhirnya, sapa yang datang mendengar hanyalah dari jenis Offline dan GPRS.

Apa kaitan jenis ahli dan pencalonan yang sedang berjalan?

Kalau ikutkan pencalonan yang diterima oleh calon-calon, mereka yang didalam Team Azmin dah boleh tempah baju Melayu dan beli songkok tinggi. Dah boleh sediakan ucapan kemenangan dan mengajak semua yang kalah untuk bersatu semula.

Azmin dah dapat 90 pencalonan manakala Zaid dapat 33. Mus dapat 15.

Kalau lah pencalonan itu diterjemahkan kepada undi, kita boleh kira macam ni.

Jumlah ahli: 362,728

Azmin dapat: 236561
Zaid dapat: 86,739
Mus dapat: 39,426

Sepatutnya, Azmin bukan saja dah boleh tempah baju melayu, malah dah boleh order minyak attar dari Ropewalk. Zaid boleh tempah tiket pi umrah. Tapi pasai apa team Azmin masih lagi mengelabah?

Sebabnya, jumlah pencalonan tidak menggambarkan jumlah sokongan yang diperolehi.

Kita tengok Dr. Mansor saja. Kalau tak ada campurtangan tangan ghaib yang menyebabkan Pak Tam sakit perut diminit terakhir, Dr. Mansor pun ghuyup macam Mus. Sivarasa pun dah out, tapi keputusan ditangguhkan. Kamarul Baharin out, walaupun dibelakangnya ada 20 Ahli Parlimen dan 13 ADUN yang sama-sama menyokong Azmin.

Dream Team Anwar tumbang satu persatu. Aku dah kata minggu lepas…Dan jangan juga terkejut, kalau trend pemimpin yang selama ini dianggap popular dan mendapat sokongan terbanyak tetapi tumpas akan berterusan.

Nak tau macam mana aku kira?

Ambil contoh Mus di Perak. Dia hanya dapat 11 pencalonan dari 24 Cabang. Tak sampai setengah walaupun sebelum itu diwar-warkan bahawa semua Cabang di Perak mendesak Mus bertanding Timbalan Presiden. Tapi bila sampai waktunya, Mus dapat tak sampai setengah. Dari jumlah 11 pencalonan itu, berapakah undi yang diperolehi oleh Mus?

Di Kuala Kangsar Mus dapat 8 undi. Zaid 6. Azmin 6. Itu pun pasai penyokong Azmin dan Zaid dah malas nak tunggu. Lenggong…Mus dapat 23 undi. Mungkin di Bagan Serai dapat lebih sikit…100 undi. Sungai Siput lebih kurang 50 undi. Dari jumlah 4 pencalonan yang Mus dapat, jumlah undinya tak sampai 200 undi.

Begitu juga dengan pencalonan yang diperolehi oleh Azmin. Kebanyak pencalonan yang Azmin dapat datang dari kawasan Offline dan GPRS dimana kehadiran yang mengundi bawah 100.

Tapi tengok pula pencalonan yang diperolehi oleh Zaid. Dari satu cabang di Kuala Lumpur saja dah dapat lebih 1,000 undi. Berapa yang diperolehi di Rembau dan Telok Kemang? Di Sabah dan Sarawak?

Satu pencalonan yang diperolehi oleh Zaid di Selangor, sudah dapat menewaskan keseluruhan undi yang diperolehi oleh Mus di Perak, Perlis atau Terengganu. Dengan Azmin…belum tau lagi. Kalau Azmin tak dapat 70% dari Selangor, dia kena ikut aku jumpa Pak Akop minta air penawar.

Minggu depan, Anwar keluar negeri. Orang-orang kuat dalam Team Azmin bungkus. Dr. Mansor tak dapat memberikan undi yang diharapkan kepada Azmin di Pulau Pinang. Johari Abdul juga gagal menahan sokongan kepada Zaid di Kedah. Negeri Sembilan juga gagal menahan gelombang penyokong Zaid dan Chegu Bard. Malah Kamarul Baharin sendiri bungkus di Telok Kemang.

Satu reformasi baru sedang berlaku dalam PKR. Kalau tahun 1998, reformasi tercetus kerana penyingkiran Anwar…apakah reformasi 2010 akan berlaku dengan penyingkiran Zaid?

Anwar berada di persimpangan. Sama ada menyingkirkan prinsipnya….atau mempertahankan Dream Teamnya

CALUN AMK YG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Siri 8 : Pemilihan AMK, Keadilan

Posted by Admin on 9/29/10 • Categorized as Amin Ahmad,Esei

Ketika saya bertanyakan Rafizi tentang penyertaan sebagai barisan hadapan anak muda Keadilan, saya tidak cuba mengetahui kerja sebenar beliau. Yang ternampak ialah keupayaan kewangan beliau untuk menggerakkan alumni di kalangan rakan-rakan sebaya beliau di MCKK untuk menyumbang kepada pembangunan sukan di Maktab Melayu tersebut. Selain pasukan debat, beliau juga selalu meluangkan masa bersama pasukan hoki sekolah berasrama penuh tersebut.

Selepas itu, barulah saya tahu bahawa beliau adalah Pengurus termuda di Petronas, syarikat minyak negara sebelum bertukar ke Pharmaniaga dan akhirnya bulat tekad menyertai Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Untuk saya, ini satu pengorbanan besar. Pertama, dalam realiti jelas keterlibatan beliau bersama aktiviti ‘tidak mesra kerajaan’, beliau adalah sampel anak muda yang boleh memimpin dalam pengertian gerak kerja korporat. Saya pernah menulis dulu bahawa menentang kezaliman dan menegakkan keadilan adalah dua perkara berbeza. Dalam hal ini, beliau tidak hanya tahu mengkritik, tetapi mampu memimpin dan diberikan kepercayaan besar sebagai anak muda untuk menjawat posisi tersebut.

Antara kertas kerja kajian awal beliau yang sempat saya baca ialah isu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Bukan sekadar menyediakan kertas kerja kajian tersebut, beliau juga terlibat memberi penerangan berkaitannya di beberapa buah negeri.

Saya tidak tahu sejauh mana Rafizi pernah bekerjasama dengan AMK sepanjang tempoh beliau menyisihkan diri daripada parti. Namun, saya tahu beliau banyak membantu parti dari segi input profesional sepanjang beliau bersama syarikat korporat, di luar negara atau selepas beliau pulang ke Malaysia.

Sebenarnya, Rafizi adalah antara tulang belakang penyelidik yang gigih menyusun dan menyediakan bahan perdebatan isu kenaikan harga minyak antara saudara (YB Dato’ Seri) Anwar Ibrahim dan (YB Dato’) Shabery Cheek dulu. Pengalaman bersama syarikat minyak dan gas ternyata banyak membantu beliau memberikan input berguna dalam sesi tersebut.

Setakat kesempatan berurusan dengannya, saya dapat melihat disiplin tinggi beliau dalam bekerja. Mungkin kerana saya lebih gemar jenis mesyuarat yang berdisiplin, ringkas dan padat.

Dengan seluruh pengalaman ini, saya tidak ralat melihat Rafizi berpakaian kemeja kemas meskipun mungkin ada yang berpendapat beliau tidak mencerminkan imej anak muda yang lazimnya nampak lasak dan agresif.
Untuk saya, Rafizi mempunyai ciri tanding yang setara untuk berdepan dengan (YB) Khairy Jamaluddin dalam konteks kapasiti intelektual. Ini tidak bermaksud calon lain tidak ada, namun kelebihan beliau yang terlatih dalam bidang ekonomi disertai pengalaman kerja di luar dan di dalam negara, ia sangat memadai.

Kami sempat bersama dalam satu sesi minum petang bersama saudara Dr. Abdul Rahim Ghouse. Waktu itu Dr. Rahim pulang bercuti daripada Australia. Ketika ‘borak santai’ itulah, saya baru mengetahui bahawa Rafizi adalah antara tenaga penting di sebalik kempen maya pembebasan saudara Anwar Ibrahim. Ia mungkin kedengaran biasa pada hari ini, namun, mengambil kira realiti penggunaan internet pada masa itu, khususnya dalam menyediakan laman web, ia ternyata penting.

Ada satu perkara yang mungkin menjadi pertanyaan ramai terhadap beliau. Ianya adalah persoalan pilihan beliau untuk meletak jawatan daripada Pemuda Keadilan satu ketika dulu. Turut sama meletakkan jawatan ialah Ben.

Saya tidak begitu pasti apakah isu sebenarnya. Apa yang kedengaran waktu itu ialah, tindakan Ben dan pengikutnya meletakkan jawatan adalah kerana menolak apa yang disifatkan mereka sebagai penipuan oleh saudara Ezam Mohd Nor, mantan Ketua Pemuda Keadilan. Setakat yang kedengaran, Ezam dikatakan membelakangi keputusan yang dicapai melalui mesyuarat Pemuda Keadilan terhadap satu isu pada waktu itu.
Pada hemat saya, pendirian yang diambil mereka ini tentulah boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Apa yang pasti, Ezam kini sudah berada di dalam UMNO sementara Rafizi masih kekal bersama parti.

Saya hanya sempat bertemu Ben sebanyak dua kali selepas itu. Pertama, semasa kepulangan saudara Anwar Ibrahim dari Munich dan kedua, ketika beliau hadir membentangkan pandangan dalam program anjuran Institut Kajian Dasar (IKD), sekitar tahun 2005.

Penawaran Rafizi untuk menerajui Ketua AMK pada saya, tidak terlepas daripada ‘janji’ beliau untuk kembali berjuang selepas ‘protes’ terhadap kepimpinan Ezam. Ia mungkin satu protes yang dilihat keanakan bagi sesetengah pihak. Namun, jika kita berani mengambil sisi lain daripada situasi politik pada masa itu, saya fikir ia juga boleh dilihat sebagai satu sikap dan tindakan politik yang berani serta berprinsip.

Ada kewajaran untuk kita menilai betapa kuatnya kedudukan Ezam di mata penggerak dan pendokong reformasi waktu itu, terlepas sama ada mereka ahli parti atau tidak. Dalam kata lain, Ezam adalah anak emas dalam pergerakan reformasi. Dalam situasi Ezam yang ‘tidak mungkin salah’ di mata sesetengah pihak, ada anak muda yang berani menegaskan bahawa ‘reformasi harus melangkaui sempadan tokoh’.

Amin Ahmad, 28 ialah anak muda yang minat memerhati perkembangan politik tanah air.

Blogger Cucumatkilau Menawarkan Diri Sebagai Calon Exco Angkatan Muda Keadilan Dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 Ini !!

KUANTAN, 29 Sept [7.22 pm] - Bekas Ketua Penerangan AMK Pahang dan Calon PKR DUN Kemayan, Bera dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), hari ini mengesahkan bahawa beliau bersetuju untuk menawarkan diri bertanding sebagai Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat dalam pemilihan PKR 2010 ini. Keputusan itu dibuat selepas mengambilkira pandangan akar umbi dan pucuk pimpinan PKR Pahang yang mahu supaya tenaganya dicurahkan sepenuhnya kepada parti. Shukri yang juga merupakan seorang "Blogger Panas" yang lebih dikenali sebagai Cucumatkilau berkata keputusan beliau itu adalah atas dasar perjuangan untuk memperkasakan lagi gerakan anak muda dengan agenda-agenda yang telah dirancang. "Misi utama CMK ialah untuk mewujudkan jaringan ICT yang meluas dikalangan anak muda diperingkat cabang mahu pun ranting-ranting di seluruh negara. CMK bersedia menggerakakkan kempen "Satu Cabang Satu Blog" agar ianya dapat memberi gambaran yang jelas tentang aktiviti dan perjuangan parti dari segenap sudut. Semua ini memerlukan komitmen, tenaga dan masa. Maka itulah, CMK perlu berada didalam saf kempimpinan untuk mengetuai agenda perubahan yang ingin dibawa bagi memantapkan perang siber itu", katanya. Ikuti penjelasan lanjut tentang misi dan visinya di SINI

[Pahang Daily Online menyokong penuh tawaran yang dibuat oleh beliau itu. Tambahan pula sudah lebih 10 tahun beliau berkecimpung dalam dunia siber sebagai blogger. Pengalaman dan kepakaran itulah yang akan memberi advantage untuk parti menggerakan "misi tawan Putrajaya PRU-13" dengan memperkasakan "Perang Siber" bagi menarik seberapa ramai golongan muda untuk bersama Pakatan Rakyat. Justeru itu, kepada semua perwakilan PKR di seluruh negara diharap dapat memberi kepercayaan kepada beliau untuk duduk sebaris dengan saf kepimpinan anak muda dalam meneruskan agenda perubahan buat rakyat. Kami amat berbangga atas kesanggupan beliau untuk menyumbangkan tenaga kepada parti, biar pun selama ini lebih banyak berada di belakang tabir perjuangan itu sebenarnya. Selamat mengundi!].

29 September 2010

INGAT ANGGOTA PKR BUKANNYA SEMUA BODOH

Tewasnya bakal Menteri Besar Perak.

Posted by Admin on 9/27/10 • oleh msk

“The writing is on the wall.” Itu kata orang putih.
“Osman: 61415-17=8. Mustaffa Kamil : 4312161 21493=43=7″ Itu kiraan Pak Akop.
“Kamarul Baharin: 2141933 2181995= 58. 5+8=13. 1+3=4. Ravi: 9149-23.2+3=5″


Kekalahan Mus di Pasir Salak tidak mengejutkan. Bagi orang luar Perak, mungkin terkejut tapi bagi orang Perak…biasa saja.

Begitu juga dengan kekalahan Kamarul di Teluk Kemang. Kalau masa banyak dihabiskan dengan mengampu pemimpin atasan daripada bergaul dan memahami masalah orang bawahan..tunggu masa saja la.

Dan jangan juga terkejut, kalau trend pemimpin yang selama ini dianggap popular dan mendapat sokongan terbanyak tetapi tumpas akan berterusan.

Sebelum pemilihan bermula, aku dah cakap kat Pak Khalid Jaafar semasa minum di Kuala Kangsar. (Boleh confirm dengan dia.) Aku bagi tau Pak Khalid, Mus akan dapat 14 pencalonan dari jumlah keseluruhan 24 Cabang di Perak. Azmin akan dapat 10. Kalau Zaid boleh dapat 1 atau 2 pencalonan dari Perak, itu sudah boleh dikira bonus.

Tetapi apakah pencalonan itu menggambarkan sokongan?

Kalau Mus dapat pencalonan tak sampai setengah dari Perak…Mus perlu melupakan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden. Dan sekarang ia sudah berlaku, malah Mus kalah ditempat sendiri.

Dari mula Mus dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak, aku mula mengkritik dia sampai aku jadi muka ‘wanted’ dalam PKR Perak. Semasa Konvensyen Pakatan rakyat Perak dulu, Mus cakap kat aku, “Tolong la sikit. Bagi chance la..belum apa-apa lagi dah kutuk.”

Aku bagi tau dia..”Kalau aku kritik, dan orang hentam aku. Mus tak ada masalah. Tapi kalau aku kutuk, dan orang tambah semangkuk lagi, Mus ada masalah.’

Dan Mus meneruskan gaya dan cara dia. Tak mau berubah dari sikap elitist, terlalu bergayut kepada Anwar dan Azizah. Program-program PKR Perak dibuat untuk membodek Anwar dan Azizah. Lama-lama orang fed-up.

Dengan AMK sendiri pun tak berani nak berdepan..macam mana nak berdepan dengan musuh? Dan kesilapan besar Mus ialah menggunakan kedudukan sebagai Pengerusi MPN untuk mencipta imej palsu bahawa dia mendapat sokongan padu dari semua Cabang di Perak.

Belum apa-apa lagi, Mus dah minta semua Ketua Cabang menyokong dia. Betul…didepan, semua Ketua Cabang menyokong..tapi dibelakang hampir separuh mengutuk. Mus tak sedar sebab dia cuma mahu mendengar yang baik-baik saja. Kalau ada orang kritik, yang tu jenis nak memecahbelahkan parti macam Mat Saman Kati.

Apa yang Mus buat pada minit terakhir dengan mengadakan sidang akhbar menuduh Hj. Osman sebagai ejen umno dan ditaja oleh Jamal amat memalukan. Kalau la benda tu aku yang buat, siap la aku kena katok. Tapi aku tak mau menyalahkan Mus kerana itu sikap orang yang desperate. Dia tau dia akan kalah dan mengharapkan dengan “pendedahan” itu, orang akan percaya. Tapi Mus lupa, orang kampung pun bukan semua bodoh.

Adakah Mus kalah kerana Mat Saman Kati? Tidak.

Mus kalah kerana Azmin. Dan Mus juga kalah kerana Anwar tak mau tolong. Tapi itu semua hanyalah ‘sebab’ kepada kekalahan. Sebab utama ialah kerana Mus menentang Dream Team Anwar.

Mus sudah mula berkempen untuk Timbalan Presiden lama sebelum Pencalonan dimulakan. Dia menggunakan Biro Latihan untuk menjelajah seluruh negara untuk meraih sokongan. Tapi orang fed-up bila Biro Latihan digunakan untuk mendapat sokongan peribadi. Orang melihat Biro Latihan hanyalah alat untuk mempromosikan Mus.

Pada masa itu, orang tak nampak kekuatan Zaid. Jadi, tumpuan Team Azmin hanyalah kepada Mus.

Orang tau sejarah Mus di Perak. Ramai orang ingat, sebagai anak Perak..Mus sudah pasti mendapat sokongan di Perak. tapi ramai orang tak tau…Mus hanya melibatkan diri dalam politik Perak bila pilihanraya. Habis pilihanraya, tak nampak muka.

Mus bukan jenis yang buat kerja, tapi opportunis yang menumpang kerja orang lain dan mendapat political mileage dari usaha orang lain.

Aku sudah menyediakan KPI untuk Mus sebelum ini, tapi tak sampai hati nak publish. Orang dah tersepit, kalau nak dikatok lagi…nanti orang kata aku tak ada hati perut. Tapi aku nak bagi tau kat Mus dan juga mereka yang sewaktu dengannya..jagalah rakyat. Jangan hanya jaga pemimpin atasan.

Kalau ada sapa-sapa yang nak lawan Dream Team Anwar, face-to-face…dollar-to-dollar…tak boleh menang. Tapi kalau turun berjumpa rakyat, memahami masalah mereka..insyaallah boleh menang.

Mus kalah di Pasir Salak kerana Azmin. Hj. Osman adalah orang Azmin. Azmin lah yang membawa Hj. Osman kembali ke Perak dengan menyingkirkan Hj. Mail. Kalau la Mus team-up dengan Hj. Mail, Mus mampu menewaskan Hj. Osman tapi oleh kerana Mus mengambil sikap berkonfrontasi dengan sapa yang tak setuju dengannya, Azmin mengambil peluang ini.

Hj. Osman bertanding atas desakan Azmin. Hj. Osman bukan minat sangat pun. dia dah letak jawatan Ketua Cabang Pasir Salak dulu dan dipangku oleh Mus. Tapi Mus tak buat kerja. Habis pilihanraya..Mus pun hilang.

Walaubagaimanapun, Mus masih boleh menang kalau calon yang ditentang bukan Hj. Osman.

Satu perkara menarik..pasai apa Anwar tak tolong Mus di Pasir Salak? Aku tak tau la kalau Mus ada jumpa Anwar minta tolong buat macam Permatang Pauh. Last minit, Dr. Mansor menang tanpa bertanding sebab Pak Tam sakit perut. Tak kan Anwar tak boleh tolong Mus kot? Supaya last minit…Hj. Osman tarik diri sebab sakit perut.

Apa pun…semua sudah berlalu. Dengar cerita..Dr. Mohamad Nur Manuty sudah rajin balik Larut. Mungkin sedang membuat persiapan untuk menggantikan Mus di Perak.

Sekarang, Team Azmin tak perlu risau dengan Mus. Mereka semakin risau dengan Zaid.

Aku tak kisah sangat dengan jumlah pencalonan kerana ianya boleh diatur. Mus kalah di Pasir Salak sebagai Ketua Cabang tapi menang pencalonan sebagai Timbalan Presiden kerana ianya boleh dirancang. Tetapi berapa undi sebenar yang boleh diperolehi dari ahli…itu lebih penting.

Ahli-ahli PKR Perak dalam keadaan serba salah. Mereka terpaksa membuat keputusan berdasarkan tiga faktor. 1. Hormat kepada Mus sebagai Pengerusi Negeri. 2. Takut kepada Azmin sebab Anwar dengar cakap Azmin. 3. Hati untuk Zaid.

Hari Sabtu lalu, Zaid datang Padang Rengas. Yang datang berjumpa Zaid di Padang Rengas adalah juga mereka yang mencalonkan Mus dan Azmin. Termasuk Ketua-Ketua Wanita yang secara berdepan menyokong apa juga yang dikatakan oleh Zuraida. Tapi dibelakang, masing-masing datang berjumpa Zaid.

Hari Ahad, Ketua Wanita Negeri memanggil semua ketua Wanita Cabang untuk bermesyuarat di Ipoh. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Wanita Negeri memberitahu semua yang hadir supaya jangan undi Zaid. Semua kena sokong Azmin sebab Zaid main politik wang. Zaid dah bayar sebanyak lima ribu untuk setiap Cabang.

Team Azmin buat apa yang Mus buat terhadap Hj. Osman. Menuduh tanpa bukti.

Bila kata Zaid bagi lima ribu kat setiap Cabang…yang dibawah akan bertanya..” Mana duitnya?” Bila depa balik, depa akan tanya Ketua Cabang…”Hang sapu semua ka?”

Akhirnya, Ketua-ketua cabang akan kata..”Celaka depa!!”

Ingat…taktik menuduh tanpa bukti akan ‘backfire.”

Aku nak pi jumpa Dr. Wahab. Dia seorang Ahli Falak. Bila dia kata Zaid akan menang walaupun mendapat jumlah pencalonan yang sikit…yang tu aku nak tau. boleh baca kat sini.

MEMANG BANGANG?

PAS & PKR kwsn Kulim Bandar Baru sama-sama Bangang...

oleh AnakKedah

Inilah yang aku tak mau dengaq... Orang kalut dok lawan dengan musuh di depan medan perang mai depa dua puak nie dok kalut sembang sapa nak jadi ketua....

Inilah kerja bangang dua puak PAS & PKR di kawasan Kulim Bandar Baru...buat yang terbaik setakad ini di Kedah... 2X5 jaa hangpa nie.. hangpa tau tak dengan statement2 bangang hangpa inilah yg buat rakyat jauhkan diri dengan Pakatan Rakyat...

Punca utama tak reti nak bincang elok-elok tapi gunakan media mainstream untuk meluahkan perasaan terbuku dihati.... aku kata hangpa dua Puak nie bangang sebab.... PAS bangang dok kalaut nak ambik kawasan orang dan PKR pulak bangang tak reti nak menari dengan kebangangan PAS tadi......

Benda nie bukan susah juka masing-masing tak emosional.....nampaknya masih tak belajaq semua tuu rentak tari POLITIK nie...musuh pulak suka tengok hangpa macam nie.....

1- PAS bangang sebab buat statement nak ambik kwsn sahabat.

2- Apa lagi melentinglah pulak puak PKR sampai ugut sana ugut sini.

3- Nampak sangat hangpa nie bangang tak reti menari dengan rentak tari sendiri..

4- Bukan susah pun.. Kalau PAS dah terlajak cakap.. apa kata yg PKR tu buat statement elok-elok nie tak 2X5 jaa hangpa nie...cth : Tak apa nanti kami akan berbincang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat negeri...masa tu hangpa gaduh laa sampai terbalik kerusi...bertumbuk laa YB Mad Kasim dgn MB..bukan susah pun.. nie tak dok pakai media..media ..media...

5- Nie dah PAS buat kerja bangang PKR buat kerja bangang last rakyat bengang blah tinggai hangpa...baru ada akai...!!

6- Inilah rentak tari berpolitik...benda macam nie pun dah hangpa malatah tak mau-mau....itu aku kata bangang tuuuu

26 September 2010

SAPA PUNYA ANGKARA NI???

Exco: Pemilihan PKR Merbok dicemari aksi 'ganas'
Abdul Rahim Sabri
Sep 25,
dari Malaysiakini

Exco kerajaan Kedah S Manikumar mendakwa mesyuarat cabang tahunan Merbok dicemari dengan aksi "ganas" apabila perwakilan cuba menyerang, mengugut dan menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Selambau membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda dekat Kuala Kedah berhubung perkara itu awal petang semalam.

Katanya, dalam mesyuarat di sebuah dewan di Bedong semalam, terdapat "unsur-unsur penyelewengan" dan berlaku kekecohan apabila pengawas pemilihan menghentikannya.

"Ini mengakibatkan rasa tidak puas hati di kalangan (perwakilan) pemilihan di situ dan mereka bertindak ganas untuk menyerang saya, mengugut dan menggamburkan kata-kata kesat.

"Saya rasa keselamatan saya dan keluarga saya terancam," laporan polisnya itu dipetik.

Semalam, Malaysiakini melaporkan proses pemilihan PKR cabang Merbok dan Jerai - kedua-dua di Kedah - ditangguhkan ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan.

Pemilihan bagi jawatan ketua cabang Merbok menarik perhatian apabila ketuanya Abdul Rashid Din menarik diri dan ahli majlis pimpinan pusat Saiful Izham Ramli merupakan calon tunggal bagi jawatan itu.

Manakala bagi jawatan timbalan ketua pula, Manikumar - yang memegang portfolio perdagangan dalam negeri - berdepan dengan naib ketua cabang, Mukhtar Ismail.

Usaha mendapatkan ulasan Manikmar hari ini belum berhasil. Malaysiakini difahamkan beliau kini berada di Thailand untuk urusan rasmi kerajaan negeri.

Manakala pengerusi jawatankuasa pemilihan Dr Molly Cheah ketika dihubungi masih belum jelas berhubung kejadian itu. Bagaimanapun beliau mengakui "ada mendengarnya".

Sementara itu, Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin hari ini mengesahkan penangguhan mesyuarat dan pemilihan di cabang itu.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan awal daripada pengawas pemilihan yang bertugas di cabang tersebut dan "terdapat satu kumpulan yang menimbulkan kekacauan".

"Kita akan tunggu laporan penuh daripada pengawas dan akan membuat siasatan," katanya sambil menjangkakan masalah sebenar akan diketahui minggu depan.

"Selepas itu kita akan keluarkan kenyataan rasmi (mengenai perkara itu)."

Sementara itu, tambahnya, kecuali di Jerai, perjalanan mesyuarat dan pemilihan di tempat lain setakar ini berjalan lancar.

INI YANG KITA MAHU!!!!

Terlalu ramai ahli, mesyuarat PKR Kapar ditangguh
Abdul Rahim Sabri
Sep 26, 10
DARI MALAYSIAKINI

Mesyuarat agung cabang PKR Kapar yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, termasuk kehadiran ahli yang terlalu ramai dan keraguan pada kertas mengundi.Berikutan itu, naib ketua cabang berkenaan, S Manikavasagam berkata keadaan itu menimbulkan masalah kerana jumlah petugas dan pegawas pemilihan tidak mencukupi.

Katanya, sehingga tengahari tadi, lebih 3,000 ahli hadir untuk mengambil bahagian dalam pemilihan peringkat cabang dan pencalonan bagi pucuk pimpinan pusat.

Menurutnya, cabang tersebut mempunyai 5,600 ahli yang layak mengundi hari ini.

Di samping itu, katanya, wujud keraguan pada kertas mengundi untuk pemilihan cabang.

"Ada calon AMK yang nak bertanding, tapi namanya hilang dalam kertas undi.

"Manakala calon wanita yang tarik diri, namanya masih ada lagi kertas undi.

"Jadi, kita meragui kertas undi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

sehubungan itu, katanya, beliau telah berbincang dengan jawatankuasa pemilihan parti, yang bersetuju mesyuarat hari ini ditangguhkan.

Menurutnya, penangguhan mesyuarat tersebut diumumkan oleh pengerusi tetap pada jam 1.30 tengahari tadi.

"Ahli-ahli yang hadir juga setuju sebulat suara, tiada (ada) pergaduhan apa-apa," katanya.

Manikavasagam berkata, mesyuarat tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Meru, yang mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Ditanya mengenainya, beliau berkata, mungkin pihak pusat tidak menyangka kehadiran ahli yang terlalu pada hari ini.

"Ada kelemahan (dalam mengendalikan mesyuarat). Suasana tadi panas macam suasana pilihan raya," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...