IKLAN

IKLAN
Klik gambar

17 November 2012

Live Jelajah Merdeka Rakyat (P-Kemaman) Terengganu






(sila refresh jika gambaran kurang jelas)


HOT ! Ingat Najib Saja Takada Telor...Koh Tsu Koon Pun Sama..




Hangpa jangan kata admin dah dibeli oleh amno-apco pasai keluar cerita dari blogger amno-apco nie, tugas blogger juga untuk pantau berita-berita kerajaan PR dan pro kerajaan amno-apco...tu ada orang heran blog nie ada link parti amno dan bebas...jadi hangpa layan dulu cerita depa dok hentam parti gabungan BN yang sudah tiada harapan lagi untuk dipulihkan......admin


KOH TSU KOON CAKAP BESAR, TANPA SEDAR, TELURNYA BESAR SEBELAH!!!


Apabila Presiden GERAKAN, Koh Tsu Koon menyatakan GERAKAN sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 dan telah mengenalpasti calon-calonnya, ia sebenarnya tidak ubah seperti mendengar guruh di langit pada musim kemarau. GERAKAN seperti Parti Progresif Penduduk (PPP) yang turut bercakap besar kononnya, mereka sudah terlalu amat yakin akan mendapat undi sokongan daripada rakyat Malaysia.

Mungkin kalau dua puluh tahun dulu, cakap-cakap sebegini akan diterima tanpa banyak soal. Tetapi dalam keadaan sekarang, di mana boleh dikatakan peminat-peminat arus politik negara begitu ramai dan bijak membuat telahan, cakap-cakap seperti yang keluar dari mulut Koh Tsu Koon dan M.Kayveas tidak lebih daripada sebuah gurau jenaka yang menyakitkan hati.

Kecuali beberapa orang pemimpin GERAKAN, parti yang ditubuhkan pada tahun 1968 itu, tidak ubah seperti mayat hidup yang perlu disuap dan dilayan tanpa mereka sendiri boleh berbuat apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Begitu juga dengan PPP yang ditubuhkan pada tahun 1953 itu. Di bawah Kayveas selaku pemimpin utamanya, PPP langsung tidak bergerak dan mempopularkan parti berkenaan di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang PPP lakukan hanyalah mengharapkan 'simpati' dan ruang percuma yang diberikan oleh UMNO, MCA dan MIC.

Kegagalan MCA dan MIC pada PRU12 lalu, cuba dihumbankan ke bahu UMNO. PPP dan GERAKAN juga menunjukkan sikap yang serupa. Bagaimanapun, berbanding parti-parti komponen BN di Semenanjung yang lain, UMNO masih mengekalkan kekuatan dan pengaruhnya. Menyalahkan UMNO seperti yang dilakukan oleh MCA, MIC, PPP dan GERAKAN pada pasca PRU12, sekadar menyerlahkan kegagalan parti-parti komponen BN untuk bangkit semula.


Dan mujurlah, UMNO walaupun lambat panas, begitu giat untuk mengembalikan semula kemenangan majoriti dua pertiga pada PRU13 menyaingi PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat. Pada suatu ketika, UMNO kelihatan bersendirian, terutama apabila GERAKAN dan PPP mengambil sikap tunggu dan lihat.

Manakala MCA pula masih tidak habis-habis dengan pergolakan dalaman mereka melibatkan kem Chua Soi Lek-Ong Tee Kiat sehingga kini. Cantas mencantas berlaku walaupun ianya tidak melibatkan Barisan Nasional secara menyeluruh.

Namun tidak seperti GERAKAN dan PPP yang menuntut lebih banyak kerusi diserahkan kepada mereka untuk ditandingi, MCA kelihatan lebih memahami situasi mereka sendiri apabila tidak begitu menuntut agar kuota mereka dinaikkan. Manakala MIC pula, masih lagi dengan drama Tamil dan Hindustannya yang tidak habis-habis dengan pelakon utamanya adalah G.Palanivel yang sedang berkira-kira hendak bertanding di Cameron Highland menggantikan S.Devamany.

Cakap-cakap dongeng GERAKAN dan PPP itu sebenarnya perlu ditakuti oleh UMNO yang mengetuai Barisan Nasional. UMNO tidak seperti PAS. PAS hanya pak turut dalam Pakatan Rakyat. Setiap apa yang hendak dilakukan oleh PAS, perlu mendapat kelulusan daripada abang-abang besarnya terlebih dahulu iaitu DAP dan PKR. Sedangkan UMNO pula, kalau tidak bergerak lebih cergas, 'adik-adik' yang lain terutama di Semenanjung, akan terperuk berdengkur sambil bermimpi yang mereka masih kuat dan relevan dalam arus politik tanahair.

Ketika DAP begitu rakus menguasai dan menawan kawasan-kawasan yang pernah ditandingi dan dikuasai oleh GERAKAN, Presiden parti GERAKAN masih lagi bermimpi retorik.

Come on ler, Koh Tsu Koon... tak payahlah bercakap dan bercerita tentang naga berapi mengawal menara yang ada puteri jelita di dalamnya. Sekarang sudah zaman letusan teknologi maklumat. GERAKAN lemah dalam serba-serbi. Tidak banyak pemimpin-pemimpin GERAKAN yang boleh diharap kecuali beberapa orang seperti Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang.

Yang lain semuanya macam Koh Tsu Koon jugak... pegang telur sendiri sambil mengira-ngira agar tidak ada sebiji telur pun yang hilang disergah Lim Kit Siang anak beranak! 


Author: CUCU TOK WAN blogger amnoapco

290,000 Pesara Tentera Kebanyakan diabai, punca Kerabat Masuk Pas..



KOTA BHARU: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, Sekretariat Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS. Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai. "Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.


Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida. Malah Kerabat turut berjanji akan bangkit bersama-sama membela nasib vateran angkatan tentera yang dipinggirkan.

"Dulu wira, sekarang dianiaya oleh kerajaan Umno BN. Seru seluruh tentera sedarlah duit kita antara terbanyak dilaburkan untuk memenangkan pimpinan BN," tegasnya.
~HD

HOT ! CHE'GU BARD MERAJUK KERANA DIPANCUNG OLEH TEAM AZMIN ....???


MENGAPA CHE'GU BARD TUTUP FACEBOOK DAN FANPAGE?

Saya juga tertanya-tanya mengani hal ini semasa dicuit oleh seorang teman di laman sosial itu sebentar tadi.

Jika benar hal itu, tentunya mempunyai kaitan dengan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, DatukMansor Othman yang diumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal pada PRU13 nanti.

Che'guBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin bukan nama baru dalam gerakan anak muda di tanah air ini. Selepas tewas dalam saingan mengisi kerusi Ketua AMK, beliau mengambil keputusan di luar kerangka dengan menubuhkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sejak dari itu, idea dan redikalisme pergerakan SAMM seringkali mencuri perhatian pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Ada yang berpendapat bahawa, SAMM lebih dilihat dinamik serta nenongkah masa demi membenamkan rejim UBN jika dibandingkan dengan sayap-sayap pemuda - AMK, DPPM dan DAPSY.

Kempen "Demi Rakyat" yang dilancarkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun banyak menggunakan kuasa mobilisasi jentera di bawah kepemimpin CheguBard, bukan Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK).

Anwar lebih mengetahui mengapa karektoristik CheguBard diperlukan untuk menggerakkan operasi di lapangan parti?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu acap kali berseloroh "orang macam CheguBard patut jadi KP (Ketua Pemuda) kita (PAS)," di depan saya dan Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi semasa makan dekat Kedai Pakistan berdepan dengan Pejabat Agung PAS, KL.


Setiausah Agung PAS Lim Guan eng pernah sebut mengenai karektor anak muda itu.

Anak muda yang sepatutnya jadi aset bernilai dalam PKR sempena PRU13 nanti nyata mencuri perhatian banyak pihak.

Semestinya Anwar mempunyai pendapat tersendiri apabila Mansor diumumkan mengisi kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Mansor adalah Naib Presiden PKR. Dalam menyusun kemenangan ke Putrajaya di PRU13 kelak, takkan Mansor tidak diketengahkan sebagai calon Menteri atau Timbalan Menteri?

Ada asasnya juga beliau bertanding di kerusi Parlimen.

Apabila saya empeti dengan langkah Anwar dan harapan Mansor itu, ada 'orang parti' kata, "lantik jadi Senator pun boleh jadi Menteri."

Tidak cukup dengan itu, mereka kata, mengapa Mansor tidak dicatur ke Parlimen Balik Pulau yang belakangan ini menyaksikan pertikaian rakyat terhadap Ahli Parlimen yang sedia ada?

Empeti saya nampaknya kalah dengan hujah 'orang parti' berkenaan.

Dari segi yang lain, penentuan calon perlu lihat banyak sisi, termasuk kekuatan calon itu sendiri.

Kekuatan Mansor ataranya kedudukan dalam PKR sendiri. Kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang tentunya memberi kelebihan untuk seluruh jentera parti membantunya mempertahankan dominasi parti di Nibong Tebal dan DUN Penanti.

CheguBard juga mempunyai kekuatan tersendiri. Kejenteraan SAMM adalah kekuatan paling ampuh yang ada pada karektor anak muda itu.

Kalau tidak, masa kan Anwar sendiri menggunakan CheguBard untuk merealisasikan jelajah Demi Rakyat?

Selain itu, CheguBard dilihat lebih popular serta mempunyai tapak sokongan rakyat yang kuat disebabkan idea serta aksi radikalisme SAMM sebelum ini.

Tuntas itu, kekuatan Mansor adalah jentera parti, manakala kekuatan CheguBard adalah jentera SAMM serta sokongan di luar parti.

Untuk masuk PRU13, sesorang calon mesti membawa kekuatan terkuat bagi memenangkan parti. Kekuatan terkuat itu adalah sokongan rakyat sendiri.

Di sinilah, kekuatan Mansor diperlukan untuk melengkapkan kekuatan terkuat yang ada pada karektor Chegubard kerana kekuatan Mansor berlegar dalam parti, tetapi kekuatan CheguBard berlegar di dalam dan di luar parti.

Nak menang kerusi Parlimen Nibong Tebal memerlukan sokongan rakyat terbanyak, bukan sekadar sokongan ahli parti sahaja.

Di sini CheguBard mempunyai kekuatan terkuat untuk mengukuhkan prospek siasah Mansor, PKR serta Pakatan Rakyat di Pulau Pinang jika bertanding di Nibong Tebal.

Setuju?

Oleh :ZAINULFAQAR YAACOB

Kedahkini

BERITA GEMPAR ! AG Gani Patail dan Musa Hassan DiKutuk pada majlis rasmi Di Bukit Aman



Datuk Ramli Yusuff dirai IGP dalam majlis persaraan rasmi

Bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff diraikan dalam majlis persaraan rasmi oleh Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman hari ini.
Ramli, dalam ucapan perpisahannya, mengecam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.



Menurutnya, ia mengambil masa lima tahun bagi kes-kes terhadapnya diputuskan oleh sistem kehakiman di mana beliau telah disahkan tidak bersalah.

Katanya, bukan sahaja media dan pejabat AG bersedia untuk menggunakan apa jua cara yang perlu untuk mencuba dan mendapatkan keputusan bersalah terhadapnya.



Tetapi juga, tambahnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, seorang IGP yang masih berkhidmat memberi keterangan terhadap seorang pengarahnya sendiri apabila memberi keterangan bercanggah dengan beberapa pegawainya yang lain, termasuk mereka yang berpangkat pengarah.



Akhirnya, tegas Ramli, hakim menegur IGP itu kerana keterangannya yang meragukan. 


Ramli, yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 38 tahun, merujuk kepada apa yang kini dikenali sebagai Copgate.

Bukan sahaja Ramli didakwa, peguamnya, Rosli Dahlan dan enam pegawai penyiasat Copgate turut didakwa. Rosli dan enam pegawai berkenaan telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

TERHOT DONIA ! Dunia Masih Tidak Percaya Dengan Gol Gila Ibrahimovic



Media-media dunia masih terus membahas "gol gila" penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic. Beberapa media Eropah bahkan menobatkan gol striker Paris Saint-Germain itu sebagai "Gol Abad Ini".

Ibra menjadi perhatian seantero dunia saat Sweden berhadapan dengan Inggris pada perlawanan persahabatan, Khamis 15 November 2012 . Dalam perlawanan itu, ia meledakkan empat gol yang menentukan kemenangan 4-2 Sweden atas England.

Namun, bukan jumlah gol Ibra yang menjadi perhatian, melainkan proses terjadinya gol keempat yang membuat banyak orang terkagum-kagum.

Diawali dari sebuah umpan panjang bek Sweden ke depan kotak penalti England. Penjaga gol Joe Hart kemudian memutuskan maju ke luar kotak penalti dan menghalaunya dengan sundulan.

Namun, bola jatuh tak jauh dari Ibra. Melihat gawang sudah kosong, Ibra langsung melakukan tendangan voli salto akrobatik dari jarak sekitar 30 yards. Bola pun melambung tinggi sampai akhirnya masuk ke gawang The Three Lions. Ini videonya :




16 November 2012

GAMBAR-GAMBAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT -KOTA BHARU LEBIH 40 RIBU HADIR !


.

 

HOT ! PENDEDAHAN SENDIKET PEMUTIHAN WARGA BURMA ..


Kebenaran perkara ini disahkan dari wall aziz Desa

OLEH:  ADMIN TEAM KJ

SKANDAL INI MELIBATKAN JPN PERINGKAT PUSAT

ADA TEMUBUAL BERSAMA ORG BURMA,BAGAIMANA MEREKA MENDAPAT KEWARGENEGARAAN

BAGAIMANA MEREKA DI PUJUK MEMESUKI MALAYSIA

BAYARAN RM2000 SEORANG KEPADA AJEN YANG MEMBAWA MASUK BURMA KE LANGKAWI

TUJUAN UNTUK MENGUNDI DI CERITAKAN SEKALI

TARGET BURMA INI UNTUK DI HANTAR KE PARLIMEN PEKAN DAN SELANGOR

MEMBANTU UNDI BN UNTUK PERLIMEN2 MENTERI BN

SEMUA NI DI BONGKAR DENGAN KOS SENDIRI.MAKA JIKA RAKYAT INIGIN MELIHAT PENDEDAHAN LEBIH MANTAP DARI TIM KJ.MOHON SUMBANGAN DANA DARI KALIAN UNTUK TIM KAMI BERGERAK SEBAB PERMOHONAN DARI YB2 PR TIDAK DI LAYAN.SILA INBOX ADMIN UNTUK SEBERANG PERTANYAAN.TQ

"Panas, susulan pendedahan berkenaan PENEMPATAN RIBUAN WARGA BURMA DI BUKIT MALUT PULAU LANGKAWI.. Maka makin ramai rakyat di sini yg berikan maklumat berharga utk didedahkan. Paling mengejutkan bila ada ORG KUAT UMNO sndiri yg merayu bongkar masalah warga Burma itu. DOKUMEN SULIT dr JABATAN PENDAFTARAN NEGARA akan diperolehi mlm ini. Mengejutkan.. AGEN YG DAFTAR WARGA BURMA DPT KOMISYRN RM2,000 SATU KEPALA.... Tunggu laporan seterusnya.... Mereka SAH JUAL KEDAULATAN NEGARA utk menang PILIHANRAYA..."


sumber : tim KJ @ kedahkini

TERKINI ! Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan !!!


Paparan skrin laman sosial Mohsin Yusoff.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...,"
kata tulisan beliau pada Facebook.~ SH

TERKINI! Mansor Cantas Peluang Chegubard?



Pengumuman mengejut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menamakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon KEADILAN mewakili Pakatan Rakyat bertanding di parlimen Nibong Tebal, mengesahkan spekulasi bahawa Mansor dikatakan mencantas peluang Ketua KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard di parlimen itu.

Bercakap dalam satu ceramah di Sungai Udang malam tadi, alasan Anwar meletakkan Mansor bertanding adalah kerana dia merupakan ketua KEADILAN negeri dan selayaknya menentang Ketua Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman yang kecundang di tangan bekas ahli parlimen KEADILAN, Tan Tee Beng yang melompat menjadi ahli parlimen bebas dan setelah meyertai KITA, dipecat awal tahun ini.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut dikatakan hanya akan menambah kekalutan dalam parti itu setelah Chegubard kerap berada di kawasan parlimen tersebut bagi memperkenalkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Masalah timbul apabila Mansor juga merupakan ADUN Penanti dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili sendiri Anwar, kerana Pakatan Rakyat dikatakan akan mengemukakan usul satu calon satu kerusi dalam pilihanraya umum akan datang seperti yang dicadang Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun, peraturan itu tidak terpakai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana khidmatnya masih diperlukan di peringkat persekutuan dan negeri.

Berbalik kepada Mansor, imejnya yang sedikit calar apabila terbongkar rakaman audio yang mengkritik Guan Eng sebagai 'tokong' juga sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sendiri kerana walaupun dianggap perkara kecil, namun ia secara tidak langsung membawa imej kurang baik KEADILAN negeri dalam Pakatan Rakyat.

Manakala jika diukur dari segi populariti pula, Chegubard lebih disenangi penduduk di sana kerana dia sememangnya berasal dari parlimen itu.

Setakat ini, Chegubard masih belum memberi sebarang komen berhubung pengumuman Anwar dan perkembangan menarik ini pastinya akan ditunggu-tunggu kerana Mansor didesak supaya memilih sama ada menjadi ADUN atau ahli parlimen bagi memberi peluang kepada pemimpin lain untuk bertanding.

Ada yang mengatakan, sekiranya Mansor yang dipilih mewakili mereka, peluang KEADILAN untuk merampas parlimen tersebut agak tipis berbanding meletakkan Chegubard yang tahan diuji dengan serangan Umno tidak kira di mana dia berada.

Permohonan Anwar  yang meminta maaf tidak cukup untuk menghilangkan kemarahan penduduk Nibong Tebal walaupun mengetahui Tee Beng menjadi alat BN bagi memalukan Pakatan Rakyat.

Dan sepatutnya Anwar memilih Chegubard jika dia merasakan tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana yang dilakukan Tee Beng terhadapnya.

Ternyata, walaupun Pulau Mutiara dianggap selamat bagi Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa, kemelut kecil menjelang pilihanraya umum seperti ini pasti akan meresahkan jentera kempen yang sudah bersedia menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) kelak.

Sumber : SINI

Panas ! 55 Tahun Umno Menghamba abadikan Orang melayu Secara Halus...?

 
Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, Umno berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera Umno mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan.

Kita tidak pernah dengar Umno melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuk gelanggang.

Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu.

Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden Umno - ia membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan Umno.

Kita bukan sangat kisahkan Umno.

Kalai ia nak berkubur, kita akan talqinkan. Yang kita kisah ialah apabila Umno merasakan dirinya mewakili bangsa Melayu. Dua perkara ini kita mesti pisahkan.

Umno itu parti politik, Melayu itu bangsa. Umno mati, bangsa Melayu tetap ada. Dalam negara ini , ada 18 juta orang Melayu manakala ahli Umno mengikut penceritaan tukang karut Umno, ada 3 juta. 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli Umno; mati seorang ahli Umno, ada 5 lagi orang Melayu. Mereka hidup tanpa memerlukan Umno.

Lebih ramai orang Melayu diluar yang tidak memerlukan Umno.

Rakyat berpusu pusu dan bersusun susun mendengar ceramah parti lawan. Lagi kuat Anwar Ibrahim dinista dan dicaci, rakyat menderu deru hadir dalam ceramah nya. Majlis Najib kalau tidak berangkut dengan bas, tidak dipungut pelajar sekolah, kolej, tidak kutip ahli2 Umno yang melata diseluruh negara dan diberi bayaran pula, orang enggan datang.

Janganlah menipu rakyat, supaya rakyat tidak mendedahkan kebenaran mengenai kamu.

Chuasoilek hina dan nista Islam, presiden Umno buat pekak, senyum dan beri lagi duit RM30 juta. Tidak ada pun budak2 Umno berdemo besar besaran membantah dan mengecam keras kenyataan dari para pemimpin MCA. Tapi bila NurulIzah mengeluarkan kenyataan berkaitan tidak ada paksaan dalam Islam, budak2 Umno gegak gempita dan goga.

Saya nasihatkan pemimpin Umno serta penyokong mereka bertenang dan jangan menggila. PRU nanti memberi peluang untuk mereka yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat. Umno bukanlah satu2 nya wadah yang boleh disertai untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kita tetap boleh berkhidmat kepada masyarakat dan negara melalui mana2 parti politik pun.

Jika calun Umno menang- dia juga boleh menawarkan perkara yang serupa dengan apa yang calun parti lain boleh- yakni memberi khidmat kepada masyarakat.

Negara Malaysia bukan Umno punya. Melayu bukan hamba Umno. Biarlah rakyat membuat keputusan siapa yang mereka rasakan dan yakin boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik. Bagaimana mereka membuat keputusan? Dengan melihat pemimpin dan kepimpinan nya, dasar parti mereka dan suatu perkara yang menjadi penting, melihat juga kualiti atau mutu penyokong dan pendukong mereka.

Satu demi satu dasar dan rencana Umno mendedahkan bahawa kepentingan rakyat selalu dibelakangkan.

Kita lihat poster 55 tahun janji ditepati ada dimana mana. Tapi 55 tahun, mengikut Dr Mahathir hanya berjaya menghasilkan bangsa Melayu yang mengemis dalam negara sendiri.

Itu pun salah, setelah 55 tahun, yang mengemis itu sebahagian besar bangsa Melayu, manakala segelintir orang Melayu hidup bermewahan boleh ada bilik pameran Ferrari yang ke2 terbesar diluar Italy dan boleh memiliki keraka Bugatti yang berharga berjuta juta Ringgit.

Penyenaraian FGV ialah skim cepat kaya UMNO sebenarnya. Felda dapat RM10 billion dari penjualan 2.188 billion saham FGV. Dengan menjual saham tersebut, felda dapat 6 billion, RM4 billion disalurkan kepada menteri felda- dato najib tun razak. Dia tahu lakukan satu perkara sahaja dengan RM4 billion itu- hulur sana hulur sini, Beri Rasuah 1 Malaysia ( BR1M).

ada orang kata, semakin hari mereka meluat membaca artikel2 saya. Saya sahaja yang pandai, orang lain semua tak pandai. Salah tu awang- bukan saya pandai menulis, saya boleh. I write because I can. Dan I can write what I think listing of FGV is- it’s a Ponzi scheme designed to enrich market manipulators.

Dari sebermula, FGV ini skim tidak berhati perut. 112, 636 peneroka mendapat 2.5 peratus dari jumlah unit saham yang dijual atau 91.2 juta unit saham. Staff felda dapat 3 peratus atau 109.4 juta unit saham. Jumlah semua ialah 5.5 peratus. apa ertinya ini?

Ertinya, 94.5 peratus yang membeli saham felda adalah bukan warga felda. Mereka ini menguasai dan pemilik sebenar FGV yang telah menelan segala asset yang dimiliki oleh felda/peneroka.

Dan siapa mereka ini? 11.5 peratus terdiri mereka yang terpilih oleh MITI. 41.1 peratus dimiliki oleh institusi seperti Tabung Haji, EPF, KWSP, kerajaan2 negeri dan GLC2 lain. Duit2 dari sumber ini disedut untuk membantu FGV.

Maka tidak benar jika orang kata, peneroka dapat durian runtuh. Mana nya keuntungan yang bergolek itu? rumah yang berharga RM70,000 untuk jenerasi ke2? Bukan nya percuma tapi kena bayar RM360 sebulan selama 15 tahun.

Ketika saya menulis mengenai penyenaraian FGV dahulu, pendukung skim cepat kaya UMNO, semua mengamuk. Terdapat beberapa orang yang menuduh saya dengki dan iri hati orang Felda dapat durian runtuh.

Hari ini harga saham fgv ialah RM4.60 untung 5 sen setiap unit. Pemegang 800 unit dapat premium RM40. Kos pemilikan dia berapa? Kalau dia meminjam wang dengan bank- ribuan borang pinjaman diedarkan sebelum FGV disenaraikan dulu, apa dia dapat? Kos pemerosesan RM 200. Dengan untung RM 40, maka kerugian peneroka yang meminjam ialah RM160 seorang.

Kalau dia tak pinjam, peneroka untung RM40 sahajalah. Tapi pelaburan nya membeli 800 unit ialah RM3640. Ertinya, pulangan melabur RM3640 ialah RM40. Yakni hanya 1peratus lebih sahaja. Bukan lebih baik menyimpan dalam simpanan tetap dengan pulangan 5peratus atau 7peratus ? kalau 5 peratus, modal RM3640 sudah menghasilkan untung RM182. Lebih banyak dari RM40.

Kalau dia pinjam dari perbadanan felda dengan bayaran RM50 sebulan yang dihebohkan oleh Najib Tun Razak, saiz kerugian nya bergantung pada berapa lama dia memegang 800 unit tersebut. Kalau premium nya selama 3 bulan masih RM40, kos peneroka untuk 3 bulan sudah mencapai RM150. Kalau dalam masa 3 bulan ini, saham fgv tetap pada harga RM460- untung ialah RM40, kos ialah RM150. Peneroka tetap kerugian RM110 seorang.

Setiap peneroka tak dapat pun durian runtuh. (1) yang meminjam melalui borang dahulu kerugian RM160. (2) yang melabur duit sendiri, dapat pulangan 1peratus jauh lebih rendah dari pelaburan alternative (3) yang memimjam dari felda dengan bayaran RM50 sebulan pun rugi- jika harga tak berganjak selama 3 bulan, kos pegangan sudah pun RM150. Rugi RM110.

Jadi bayaran RM15,000 untuk apa? Untuk rasuah pendahuluan. Ia nya bayaran insurance kepada keadaan pasaran saham yang tidak boleh dikawal oleh Najib kah, oleh Isa kah atau oleh wak Maslan kah.

Kita tidak dengki atau irihati. Peneroka berhak mendapat apa2 pun jenis duruan runtuh kalau mereka berhak mendapatkan nya. Tapi kita jangan lupa bahawa hak yang sama mesti diberikan kepada warga bukan peneroka yang mempunyai pendapatan yang rendah. orang2 bukan felda pun berdepan dengan kehidupan yang serupa, membayar harga yang sama untuk beras, gula dan minyak dan keperluan2 lain.

Jadi, mengapa layanan istimewa berhak diterima oleh peneroka tapi hak yang sama tidak diberi kepada nelayan, peladang bukan felda, penternak, mereka yang berkerja sendiri dan sebagainya?

Orang Felda mesti sedar bahawa mereka dapat layanan istimewa kerana mereka merupakan vote bank terbesar untuk Umno.

Tanah rancangan yang mereka miliki itu bukan nya diperolehi percuma. Setiap peneroka yang dapat grant atau hak milik tentulah sudah melangsaikan semua hutang dengan pihak Felda.

Ertinya, apa yang mereka perolehi adalah hasil usaha mereka sendiri, bukan pemberian atau ehsan Felda. Perbadanan Felda yang memajukan tanah2 rancangan diberi tanah oleh kerajaan.

Felda pun diberi grant oleh kerajaan untuk membayar premium untuk mendapatkan tanah rancangan. Mereka kemudian membelanja wang yang banyak untuk membangunkan tanah rancangan, membina rumah peneroka, membekalkan kemudahan social, dan keperluan asas infrstruktur.

Apa yang perbadanan belanjakan, semua nya diperolehi semula dengan bayaran potongan yang dikenakan keatas peneroka. Ertinya, peneroka tak dapat percuma. ~Sakmongkol AK47 

15 November 2012

TERHOT ! Kakitangan FELDA akan bongkar penyelewengan FGVH!

Kami tunggu Parlimen bubar sahaja. Tau le nasib BN! ~ kakitangan Felda

Faizoull Ahmad

Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara!

Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri!

Saya harap Faizoull tangani segera isu pinjaman saham FGVH yang dihadapi Kakitangannya. Mereka ini sebahagian besarnya berkempen kuat agar peneroka sokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 60% dikalangan mereka tidak menjual saham mereka dengan harapan harga mencanak naik. Pengurus Felda ditawar hingga 21000 unit dengan pinjaman RM115,150. Eksekutif 6100 unit dengan pinjaman RM28,025, Non Eksekutif 3000 unit dengan pinjaman RM13883.


Anggaran kos pinjaman dengan kadar 2.5 % bagi tempoh 6 bulan. Kos ini tidak termasuk bayaran remiser, cukai dll. Sekiranya harga saham RM4.75 sudah mula rugi, bayangkan ketika saham FGVH tinggal RM4.60 sahaja!
Merana mereka, rugi dan kena bayar pinjaman yg tinggi!

Alhamdulillah, Staff Felda yang dulunya percaya bulat2 cakap Isa Samad, sudah sedar sekarang. Mereka terpedaya dengan cerita Transformasi Felda. Mereka lihat sendiri, realiti sebenar transformasi ialah Isa Samad dan Sabri Ahmad dapat 180,000 unit saham!

Ahli Lembaga Pengarah Felda, Anak2 Syarikat dan kroni2 dapat saham dan jual dalam masa singkat; beroleh laba ratus ribu!

Kalau dulu kebanyakan yang buat aduan adalah peneroka dan gen 2; kini staf2 felda pula. Seronoknya, janji mereka pada saya, kami tunggu Parlimen bubar sahaja. Tau le nasib BN!


Mazlan Aliman

Panas ! Lagi Amah Indonesia Dirogol


Putrajaya dukacita, kecam kes rogol warga Indonesia

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Kerajaan Malaysia amat dukacita dengan satu lagi kes perkosa membabitkan wanita Indonesia yang dilapor berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Wanita berkenaan itu juga difahamkan telah diikat dan tidak diberi makan selama empat hari. “Kerajaan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji ini yang juga merupakan sesuatu yang tidak berperikemanusiaan,” kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (gambar) dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar akan mengikuti perkembangan kes tersebut dengan Polis Diraja Malaysia serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Indonesia.

Mangsa dilapor bekerja sebagai pembantu rumah dan majikannya kini ditahan reman selama tujuh hari sejak 13 November lepas bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.


Gambar hiasan, amah mangsa rogol di Kulim

Media sebelum ini melaporkan tiga anggota polis ditahan reman selepas didakwa merogol seorang wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu restoran di Pulau Pinang. — Bernama

TERHOT ! Maklumat dalaman Bocor.... pancung memancung pemilihan calon BN Kedah !!!





Kedah La menerima emel dari orang yang menamakan dirinya Puteri Simpor, berdasarkan alamat emel ia adalah emel yang sama dengan artikel yang dikirim oleh Che Mek Molek minggu lepas. Kedah La tak ada Jabatan Forensik atau penyiasat persendirian untuk pastikan sama ada penulis tersebut benar-benar ahli atau bekas Puteri UMNO tetapi yang pasti ialah maklumat yang disampaikan adalah maklumat dalaman UMNO. Oleh kerana versi yang ditulis menunjukkan penulis adalah berfikrah UMNO maka apa yang dipaparkan tidak menggambarkan sikap Kedah La tetapi isunya dianggap memberi manfaat untuk rakyat jelata. -Admin

Oleh: Puteri Simpor

Di saat BN Kedah masih gawat untuk menghadapi pilihanraya umum maka sebaiknya pucuk pimpinan parti khususnya UMNO Kedah mestilah memilih calon-calon yang dapat mengurangkan risiko terhadap parti atau dengan lain perkataan calon-calon bermasalah hendaklah diketepikan.
Pada pemerhatian saya selaku ahli Puteri yang kerdil di bahagian Sungai Petani Shahanim Moh Yusoff selaku Ketua Puteri UMNO Kedah bukanlah seorang yang layak untuk diletakkan sebagai calon di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

 jawatan tinggi dalam parti yang disandangnya bukan alasan kukuh untuk mewajibkan beliau dipilih kerana pucuk pimpinan juga hendaklah memerhatikan imej beliau yang tercalar teruk sama ada di dalam atau di luar parti. dalam melakukan pembelaan kalau dipilih sebagai YB rakyat perlukan pemimpin yang sanggup berkorban untuk akar umbi bukannya pemimpin yang berimej selebriti sepertyi Shahanim. 

bagi kami yang bergelumang di akar umbi kami lebih tahu bahawa Shahanim bukan orangnya yang sanggunp bersuisah payah untuk rakyat, tidak perlulah untuk saya membawa contoh-contoh yang banyak, cukup untuk dimaklumkan bahawa beliau tidak bersedia untuk 'kotor kaki' dengan rakyat bawahan. kalau setakat untuk berlakon bergambar di hadapan kamera siapa pun boleh.

Sebab keduia untuk Shahanim tidak layak untuk dipilih ialah isu-isu yang mengelilingi beliau semuanya bakal menjadi ancaman kepada BN ia ibarat bnom janghka yang boleh digunakan oleh [pembangkang, misalnya dalam isu (Kedah La menghilangkan bahagian ini... walaupun agak menarik untuk mendengarnya)....

Sebab ketiga ialah Shahanim adalah penyebab kejatuhan Bn dalam pilihanraya lalu kertana menajadi penasihat yang salah terhadap Datuk Mahathir Khalid, semua orang tahu itu. Sehingga BN kalah pun mahathir masih datang berjumpa Shahanim melamar beliau untuk bekerja dengan Datuk Mahathir dengan gaji yang lumayan tetapi ditolak Sahanim, maknanya hubungan dgn datuk mahathir tidak berakhir. masaklahnya 


Datuk mahthir juga penuih dengan masalah jadi shanim juga tentu akan terpalit nanti. Sekarang pihak pembangkang telah mendedah banyak isu yang berhubung kait dengan Datuk mahthitr maka berfikirlah dengan bijak wahai para pemimpin atasanku, sama ada BN masih terus memilih calun yang terpalit dengan masalah dalam pilihanraya nanti.

Kami di akar umbi percaya PAS bukanlah sekuat mana di Kedah khususnya di Sungai Petani atau lebih tepat lagi di Pantai Merdeka tetapi kalau silap meletakkan calon maka BN umpama 'membunuh diri' dal;am pilihanraya.

Begitu ramai tokoh muda BN yang hebat yang tidak terlibat dengan masalah peribadi mengapa merugikan parti dengan memilih calon bermaslah sepert Shahanim Mohd Yusoff. Akhir sekali saya mewajkili Puteri UMNO di akar umbi yakin 100 peratus bhahawa jika Shahanim dipilih sebagai calon maka ia umpam,a menempah maut untuk UMNO/BN di Kedah. Fikir-fikirkanlah.

Sumber : Kedahla

TERHOT ! ROSMAH berjoget Sakan Dengan Shah Rkuh Hann...Sapa Buat fitnah Pulak nie....???


Saksikan Video Terbaru Rosmah Berjoget!


Rasanya dalam banyak-banyak isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dianggap paling banyak menimbulkan kontroversi sama ada dari segi penampilannya, kemewahan luar biasanya dan paling jelek, apabila tanpa segan silu menari di khalayak ramai, walaupun menyedari dirinya isteri seorang pemimpin tertinggi negara!

Rosmah kelihatan asyik bergoyang sambil diiringi alunan muzik Hindustan bersama denga penari pengiring sempat dirakamkan salah seorang penonton yang hadir di majlis tertutup itu.

Beginilah rupanya gelagat isteri pemimpin negara kununnya mengamalkan wasatiyyah yang dicanang hebat ke seluruh negara tetapi dalam masa yang sama memperlihatkan sisi hodoh yang tidak patut dicontohi rakyat yang kini makin derita dengan kenaikan harga barang menggila!

JALAN PULANG

Panas ! Kes Lembu dan Badak lemahkan jentera Wanita Umno...?


Umno Tiada Penggerak Wanita?


Umno kini sedang menghadapi masalah ketiadaan tokoh wanita untuk dijadikan ikon atau idola oleh kaum wanita di dalam parti tersebut. Kekosongan ini amat dirasai oleh Umno dan ia merupakan satu kekurangan bagi parti berideologi nasionalis itu. Kalau sebelum ini ketua wanita Umno menjadi ikon dan pengerak utama tetapi tradisi itu sudah tidak ada lagi dalam Umno.
Sejak ketua wanita Umno, Sharizat Abdul Jalil dipalitkan dengan tahi lembu suaminya, wanita Umno tidak ada tokoh dan heroin. Walaupun wanita ada timbalannya, Kamaliah Ibrahim tetapi, kehadiran Kamaliah tidak menonjol. Beliau yang berimej Islam katanya tidak berapa dikenani oleh Umno. Begitu juga Kamliah sendiri malu dengan apa yang menimpa ketua pergerakan itu.

Mungkin Kamaliah terkejut dengan skandal menimpa suami ketuanya itu. Beliau mungkin tidak terfikir kalau wanita juga 'berjerabu' dengan penyelewengan dan rasuah seperti jantan-jantan lain dalam Umno. Aduh...

Pernah dilaporkan Kamaliah dikatakan berkata, wanita Umno tidak mahu dijadikan lembu. Tidak pasti pula mengapa terlepas kata-kata demikian. Pembisuan atau sikap pasif Kamaliah kini menunjukkan wanita Umno dalam krisis, menghadapi krisis nilai dan moral. Kamaliah membisu saja semasa isu Sharizat dengan lembu lakinya meletus.

Beliau yang sepatutnya menjadi galang ganti, berada di hadapan, tetapi tidak berbuat begitu mungkin kerana bua hampis dan hanyir kencing lembu menyebabkan dia loya dan alahan.

Kesan dari apa yang menimpa Sharizat dan rasa alahan Kamaliah menyebabkan wanita Umno kini lemah tidak aktif dan boleh dikatakan diam langsung. Tidak ada apa-apa projek dari wanita Umno untuk menghadapi pilihan raya. Biasanya menjelang pilihan raya wanitalah yang ke depan dan bersungguh serta muncul dengan berbagai projek untuk memancing dan menuba rakyat khasnya kaum wanita supaya terus mabuk kepada Umno.

Umno merasa akan kekurangan ini. Dan nasib malang ini menjadi lebih malang lagi apabila isteri perdana menteri yang biasanya menjadi penggerak kepada kaum wanita di luar parti dan didalam kerajaan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Masalah atau isu yang membelit Rosmah Mansor menyebabkan dirinya tidak mampu untuk 'memetuk' wanita negara ini bersama Umno.

Beliau sendiri jarang muncul dalam majlis-majlis awam kerana diminta tidak berbuat begitu disebabkan kemunculannya memberi kesan negatif kepada Umno. Di mana-mana orang 'bersumut' mengenai Rosmah Mansor yang dipenuhi dengan berbagai ragam. Dari kisah permata cincin RM24 juta sampailah kepada sikapnya yang 'menangasi' suami. Kisah pembunuhan Altantuya juga masih mengejar Rosmah. Kandati sudah ada keputusan mengenai tragedi itu namun kisah dan tragedi itu masih tersebut-sebut di mulut.



Sikap Rosmah yang mengada-ngada dan kadang kalanya lebih dia dari Najib menyebabkan kaum wanita tidak senang dan dapat menerima beliau sebagai isteri perdana menteri. Walaupun sudah berbakul diminta berubah, tetapi Rosmah tetap mahu menjadi primadona politik Umno. Penampilannya menaungani Najib sebagai PM menjeluakkan orang ramai. Rosmah menjadi salah satu liabiliti kepada Umno lebih kurang sama saja dengan Mahathir.
Nasib malang Umno ini ditambahi pula dengan kurang bertenaganya puteri Umno yang menjadi ekor kepada Umno. Kesemarakan dan wangian puteri Umno beberapa tahun ke belakangan ini tidak sehebat puteri Umno dibawah pimpinan Azalina Othman Said dan juga Noraini Ahmad. Rosnah Shakirin yang menjadi ketua sekarang ini seakan hilang fokus dan tidak tahu hendak meletakkan puteri Umno di celah mana.

Rosnah lebih berjaya sebagai timbalan menteri kesihatan yang saban hari mengajar wanita agar kuruskan badan tetapi gagal sebagai wanita penggerak puteri Umno. Tiada program besar dianjurkan oleh puteri Umno melainkan ketuanya saja nanti sambut kata-kata pimpinan atasan.

Kerana menyedari situasi ini ada usaha pihak tertentu didalam Umno untuki memperkenalkan isteri Muhyiddin Yassin, Noraini Abdul Rahaman sebagai idola dan penggerak wanita didalam Umno. Noraini yang berpakaian sopan dan mencerminkan wanita Melayu sebenar dikatakan mampu untuk menjinakkan kaum wanita untuk terus mendempek Umno.

Malangnya pula usaha itu sudah dikesani oleh pihak tertentu di dalam Umno dan ada tindakan-tindakan untuk menghalang Noraini tampil atau berperanan seperti diharapkan. Katanya ke mana saja Noraini pergi beliau akan diikuti oleh segerombolan para SB baik yang rasmi dibekalkan oleh kerajaan dan juga SB yang dibekalkan oleh Rosmah.

Rosmah dikatakan begitu cemburu dengan penampilan Noraini yang dikatakan lebih menonjol dan diterima umum berbanding dengan dirinya. Ekoran sekatan dan pemantauan berkenaan Noraini pula agak tersekat dan malu-malu untuk beperanan bagi membantu Umno. Kesimpulannya di dalam Umno hari ini tidak lagi ada serikandi yang membangkitkan perasaan wanita untuk terus berjuang dan berkorban untuk Umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...