Orang Kuat Taib Mahmud Hendak Sertai Pas?
Orang kuat Taib Mahmud baru sekejap tadi memberi tahu perkembangan politik di Sarawak cukup membimbangkan. Katanya harapan untuk Pakatan Rakyat meraih lapan hingga 10 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu bukan menjadi angan kosong lagi.
Perubahan suasana politik di Sarawak menurutnya begitu ketara lagi. Taib Mahmud yang tidak berapa selesa dengan Najib Razak kerana Najib pernah meminta Ketua Menteri itu bersara selepas pilihan raya negeri lalu, ada tanda-tanda akan bertukar selera politik.
Menurutnya BN masih menguasai di Serawak tetapi tidak semestinya ia menyokong BN Kuala Lumpur. Kerja-kerja untuk menjalinkan persahabatan dengan PR sedang dilakukan oleh pihak tertentu sebagai mewakili Ketua Menteri.
Dalam pada itu satu persefahaman telah dibuat di antara Taib Mahmud dengan seorang tokoh Umno di Semenanjung menjelang pilihan raya akan datang. Persefahaman ini khabarnya sudah sampai ke peringkat konkrit.
Kata bekas orang bertanggungjawab membawa Taib pulang ke Sarawak tahun 1981, BN yang diungguli Parti Pesaka Bumiputera Sarawa (PBB) akan bersama Pakatan Rakyat. Selepas ini katanya PBB Sarawak khususnya akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN.
Menurut beliau yang juga bekas pegawai kepada timbalan menteri antara faktor atau tarikan besar PBB untuk bersama Pakatan Rakyat ialah janji yang termaktub dalam Buku Jingga untuk memberi 20 peratus royali minyak yang mana ia tidak akan terlaksanakan oleh BN.
Beberapa janji lain misalnya masalah tanah adat, pembangunan di Sarawak juga menjadi faktor.
Sehubungan itu katanya beliau sendiri akan bertukar parti meninggalkan PBB dan menyertai Pas. Beliau berhajat untuk berjumpa Tok Guru Nik Aziz dalam masa terdekat. "Kalau boleh enta tolong ana untuk berjumpa Tok Guru," mintanya sambil berkata apa yang perlu saya bawa untuk jumpa Tok Guru.
Jawab saya bawa iman dan keyakinan sahaja, lain-lain tidak ada apa-apa pekeras, balas saya bergurau. InysaAllah akan saya aturkan untuk memenuhi permintaannya itu.-MSO
24 Mac 2012
MALAYSIA AKAN BANKRUP LEBIH AWAL , KALAU BIARKAN KEPADA MENTERI-MENTERI BODOH
Jangan bimbang, bergembiralah! Kenapa? Kerana hutang negara masih kurang 2% dari tahap kritikal, kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya.
Samada beliau tiada penjelasan lain untuk diberi dan terpaksa menjaga air muka berkaitan isu tersebut, yang tentunya memalukan dan contoh klasik bagaiman buruknya pengurusan fiskal dan kewangan.
“Masih belum ditahap krtikal ketika ini. Had kita ialah 55 peratus dari Keluaran Negara Kasar, kita sekarang pada kadar 53 peratus.Jadi tidak perlu bimbang,” Awang memberitahu Parlimen yang agak terkejut pagi tadi.
“Kebijaksanaan” seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling bodoh setakat bulan ini. Iya, ada lagi –seperi kaliber ahli-ahli politik Malaysia terutama dari BN. Patut ada yang menyenaraikan dan memantau supaya bila sesi Parlimen berakhir pada 12 April, badut-badut ini patut diberi anugerah.
First basket case
Berdasarkan kenyataan mudah dan tidak bertanggungjawab dari Awang,kita mungkin tertanya berapa kali agaknya kereta beliau ditunda ke stesen minyak untuk mengisi minyak? Berdasarkan ketidakprihatinan nya kepada langkah berjaga-jaga dan berjimat, mungkin setiap hari . Begitu cara Awang musnahkan keretanya, dengan tidak mematuhi amaran petrol semakin kurang sehingga habis kering. Sama keadaan nya dengan Malaysia.Setelah kita mencecah 55%,apa gaknya cadangan Awang ketika itu?.
Ini lah jenis ahli politik jahil yang PM Najib Razak letakkan dalam kabinet, dan ditugaskan menjaga kewangan- sudah pasti satu potfolia penting yang patut di pimpin oleh seorang yang prefessional dalam bidang tersebut.
Tidak hairan la ekonomi Malaysia semakin jatuh. Selagi ada yang seperti Awang mempertahankan ketidakupayaan Najib, tanpa mengambil kira alasan bodoh yang diberikan mereka, PM terus senang hati dan terus melawat merata dunia dengan wang pembayar cukai.
Masa terus bergerak ke tahun 2019, tahun diramalkan negara mengalami bankrupsi sebagaimana di ramalkan oleh menteri2 Najib sendiri. Tapi tiada sesiapa yang terkejut atau bimbang lagi. Kerana ia sudah tidak dapat dielakkan.Selagi Najib memerintah negara, negara akan hancur ditangan mereka2 ini.
Kes jahil kedua dan ketiga
Kong Cho Ha ialah contoh kedua yang perlu dikecam kerana kurang bijak dan kurang daya
berfikri.Bila ditanya oleh Tony Pua dari DAP penjelasan berkenaan kenaikan kos penempatan semula KLIA2 dan apa kan rasional disebalik memilih tapak untuk lapangan terbang baru tersebut, jawapan hebat Kong ialah kerana”ia berdasarkan KLIA blueprint Disember 2008.”
Apa jenis jawapan kah ini? Jika Kong dibangku sekolah, sudah tentu gurunya menghukum beliau berdiri atas kerusi untuk 2 jam sekurang kurangnya. Pemimpin MCA ini tidak serius dalam memberi maklumbalas, dan tidak ada unsur tanggungjawab. Mungkin fikir nya,” Oh hanya Tony Pua dan pembangkang bertanya, siapa mereka ini?
Bodohnya sehingga Kong tidak sedar rakyat Malaysia tidak suka hal ini.Tony bertanya soalan bagi pihak rakyat, dan kerjanya ialah cuba melindungi mereka dan mereka sedar hal itu. Sebab itu mereka memilih pemimpin seperti Tony. Jika Kong berhasrat dipilih semula, lebih baik beliau berhenti dari memberi jawapan bodoh dan buat kerja rumah nya.Pemalas.
Biar semua rakyat malaysia tahu kos pembinaan KLIA2 secara misteri meningkat dari RM1.7 bil kepada RM3.9 bil dan antara sebabnya ialahpertukaran lokasi.Kenapa perlu pindah ke tempat lain? Lagi pun lokasi baru ada kekurangan nya sebaberi perlunya menara kawalan tambahan dan kerja kerja pecah tanah kerana keadaan tanahnya.
Bagaiman seorang menteri pengangkutan tidak tahu sebabnya? Atau beliau pura pura tak tahu! Mudah saja bagi Kong untuk sewenang nya hantam apa apa jawapan, tapi ia mengesahkan beliau tak layak menjadi menteri. Mungkin kita tertanya bagaimana beliau lulus peperiksaan di sekolah dan tamat pengajian di universiti?
Bagi pembaca yang mengetap gigi,genggam penumbuk dan berasa marah- sabar dulu, Ada seorang lagi
badut yang nak lalu.
Siapa lelaki ketiga itu,anda mungkin tertanya? Siapa lagi kalau bukan PM Najib Razak sendiri. Sudah tentu beliau juara antara mereka yang jahil kerana beliau sendiri tidak tahu apa yang menteri2 beliau lakukan, dan betapa bodohnya mereka dan beliau sendiri akibat perbuatan menteri2 ini.
HUKUMAN IMAM BALING SELIPAR DIRAYU OLEH ISTERI
Menurut Karpal, hukuman setahun penjara yang dikenakan ke atas imam itu adalah melangkaui bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
PUTRAJAYA, 23 Mac — Isteri kepada Hoslan Husin, imam yang telah dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah ekoran membaling hakim menggunakan selipar hari ini membuat rayuan kepada mahkamah agar melakukan semakan semula ke atas hukuman suaminya itu.
Noorliza Mat Isa membuat permohonan tersebut di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di sini dengan ditemani peguamnya, Karpal Singh.
Menurut Karpal, hukuman setahun penjara yang dikenakan ke atas suaminya adalah melangkaui bidang kuasa Mahkamah Persekutuan, dan hakim tidak menyatakan dengan jelas akta yang digunakan untuk menghukum Hoslan.
"Hukuman setahun penjara ke atas Hoslan adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan kerana berdasarkan Seksyen 228 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
"Terdapat peruntukan yang menyatakan maksimum enam bulan penjara kerana menghina mahkamah," kata Karpal.
"Di bawah Seksyen 228, setiap gangguan terhadap proses perundangan terhadap pegawai kerajaan boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan dan denda RM2,000.
Tambah Karpal, walaupun mahkamah tidak menyatakan di bawah undang-undang mana Hoslan di hukum, "tidak akan ada akta lain selain 228."
"Sekarang kita lihat dia dijatuhkan huuman setahun, itu menunjukkan mahkamah bertindak melebihi kuasanya," jelas Karpal lagi.
Tambahnya lagi, turut tidak dinyatakan secara terperinci butiran dari mana hukuman "penjara setahun" itu dikenakan.
"Hukuman tersebut turut tidak menyatakan mahkamah menggunakan akta mana, dan ada kekurangan di situ," tambahnya.
Dalam permohonannya itu, Karpal juga menuntut hukuman ke atas Hoslan dikurangkan dengan sekurang-kurangnya dikenakan hukuman denda dan dia dibebaskan.
"Tiada undang-undang lain untuk menjatuhkan hukuman," kata Karpal.
Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Al-Rahimah di Kampung Pandan sebelum ini telah melemparkan selipar ke arah hakim ketika perbicaraan kerana tidak berpuas hati hakim hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk menggugurkan kesnya.
Disebabkan insiden tersebut, dia dijatuhkan hukuman setahun penjara kerana dikatakan telah menghina mahkamah atas tindakannya itu.
Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang dan menurut isterinya, Hoslan turut mengajar Fardhu Ain kepada banduan di penjara berkenaan.

Malaysia Akan Hentikan Import Minyak Iran
KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.
Beliau mengesahkan laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.
"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.
Menurut laporan itu, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.
Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.
Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.
-- BERNAMA
23 Mac 2012
PTPTN BATAL JIKA PR KE PUTRAJAYA
PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.
“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.
Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.
Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.
“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.
Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.
LOCENG AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT
Sekali lagi, loceng amaran...
Memang seronok membaca telahan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno, Daim Zainuddin. Jika menjelang Pilihan Raya Umum 2008 beliau meramalkan BN kalah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, kali ini beliau hanya menjangka Johor, Melaka dan Pahang dapat memberi kemenangan mudah buat gabungan parti yang memerintah sejak merdeka itu.
Beliau juga melihat Negeri Sembilan dan Perlis sukar dipertahankan BN, difaktorkan oleh perpecahan dalaman Umno yang teruk. Tidak pasti pula bagaimana tanggapannya terhadap Terengganu, negeri yang masih dianggap kubu kuat PAS dan turut menyaksikan pergolakan kepemimpinan Umno.
Yang jelas, Daim tidak menyenaraikan Terengganu bersama tiga negeri selamat di selatan itu. Apa pun, BN dilihat memang tidak berpeluang di Kelantan dan Pulau Pinang tetapi masih ada ruang di Kedah dan Selangor, dengan syarat menampilkan kepimpinan sesuai -- sesuatu yang paling sukar dilakukan Umno.
Sebut saja nama Ahmad Bashah Md Hanipah di Kedah dan Noh Omar di Selangor, saya yakin, persepsi pengundi kepada Umno sukar diubah.
Untuk mengekalkan Perak (yang direbut BN melalui rampasan kuasa) akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, kata Daim. Menurut pemerhati politik, Umno negeri itu juga hebat bergolak dan kedudukan Dr Zambry Abd Kadir dilihat goyah. Pengalaman setahun di bawah Menteri Besar Nizar Jamaluddin pula memikat hati pengundi.
Tentulah lega para aktivis dan penyokong Pakatan Rakyat mendengar pandangan Daim, ketika ditemubual akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau, yang disiar pada 20 Mac itu.
Ditambah dengan analisis politik bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abd Aziz, bahawa Sabah dan Sarawak -- selama ini dianggap deposit tetap BN -- bakal menghadiahkan hampir 20 kerusi Parlimen kepada Pakatan.
Manakala Johor yang dianggap Daim sebagai selamat buat BN, sebenarnya menimbulkan kerisauan amat sangat kepada Muhyiddin Yassin dan Ghani Othman. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Ming rasanya mempunyai cerita menarik tentang perkembangan terkini di sana.
Kepada pembaca yang sering mengikuti tulisan saya, tentu dapat mengagak bagaimana saya cuba menafsirkan situasi seumpama ini. Agak kerap saya melontarkan pelbagai persoalan dan tanda tanya sehingga boleh memancung rasa lega dan seronok aktivis Pakatan itu.
Ya, saya lebih suka melihat realiti politik dalam konteks "situasi terburuk yang mungkin berlaku", dan dengan itu masih berupaya untuk merancang dan melakukan penambahbaikan atau "mengetatkan skru yang longgar".
Dalam bahasa mudah, saya cuba mengingatkan, "jangan syok sendiri" atau membunyikan "loceng amaran" lebih awal agar tidak mudah leka dengan ramalan (malah tinjauan di lapangan) yang sebenarnya bergantung rapat dengan bermacam-macam faktor, dan dalam politik ia boleh berubah dengan drastik sekali.
Rakyat kini berpeluang melihat, merasai serta menghakimi pemerintahan dan prestasi Pakatan, sepertimana mereka lakukan selama ini kepada BN.
Kalau pada 2008, pengundi membuat pilihan mungkin didorong oleh faktor amarah kepada BN, tidak puas hati dengan Abdullah Ahmad Badawi atau memprotes wakil rakyat setempat, sekarang prestasi Pakatan (kerajaan, GLC, ahli majlis dan wakil rakyat) turut dinilai, juga dengan kacamata kritis, malah mungkin secara lebih kritikal, dengan merujuk janji-janji atau manifesto yang dibuat.
Justeru, apabila mendengar keluhan penduduk yang terbabit dengan banjir kilat di Lembah Jaya Utara, Ampang dan sekitar Dusun Tua, Hulu Langat (tidak terkecuali rungutan aktivis parti yang membantu mangsa), dua minggu lalu, yang tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan negeri, saya menganggapnya sebagai hal serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Mangsa bah mungkin terharu dengan tindakan proaktif sukarelawan yang pantas membersihkan rumah mereka dan kawasan sekitar, serta menawarkan makanan dan pakaian percuma, namun penduduk mengharapkan lebih daripada itu, khususnya daripada sebuah kerajaan berkebajikan dan paling kaya!
Mereka mahu "jaminan keselamatan", misalnya dari segi sistem saliran dan sungai yang efisyen, agar tidak lagi fobia dengan hujan lebat yang bakal menenggelamkan, selain bantuan one-off di atas kerosakan harta benda yang begitu besar, dan menyegerakan proses pemulihan kemudahan infrastruktur, termasuk jambatan yang hilang dibawa arus deras.
Untuk 10 hari pertama, rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap kerajaan negeri agak meluas. Kebetulan saya sering mengunjungi lokasi terbabit memandangkan jarak rumah saya tidak sampai 2km dari tempat kejadian.
"Jangan sampai peluang Pakatan untuk pertahan Selangor terjejas hanya kerana dasar terlalu berjimat cermat kita sehingga mangsa banjir berasa diabaikan. Takkan duit berbilion kerajaan negeri nak diwariskan kepada BN untuk difaraid sesama mereka?" tegur seorang aktivis PAS, seminggu selepas banjir kilat.
"Jangan jadikan isu yang mudah itu payah untuk diselesaikan," kata seorang profesor sains politik kepada saya, merujuk kejadian bah di daerah Hulu Langat. "Rakyat kalau marah, apatah lagi dekat dengan PRU13, parah jawabnya. Isu-isu kebajikan, berkaitan kos sara hidup dan keselamatan, cukup mempengaruhi undi mereka," tekannya lagi.
Alhamdulillah, Menteri Besar Khalid Ibrahim, pada Isnin lalu, membuat pengumuman yang melegakan. Daripada bantuan awal sebanyak RM300,000, Khalid, selepas majlis pembukaan sidang Dun Selangor, pada 19 Mac, menegaskan dua perkara penting.
Saya menyedarinya daripada posting anggota Exco Kerajaan Negeri, Iskandar A Samad dalam Facebook. Pertama, kerajaan negeri akan menanggung kos membaik-pulih infrastruktur yang musnah akibat banjir, termasuk pembinaan sebuah jambatan yang runtuh di Lembah Jaya Utara. Peruntukan adalah daripada geran Selangorku. Anak-anak syarikat kerajaan negeri, seperti PKNS, akan turut membantu. Kedua, bantuan bagi setiap keluarga yang terlibat dinaikkan kepada RM1,000.
Pimpinan utama Pakatan yang kini menerajui empat negeri, termasuk dua negeri terkaya, tentunya menyedari, kuasa yang tidak dikendalikan secara penuh amanah dan tanggungjawab, mudah terseret dengan pelbagai salahlaku.
Dakwaan bahawa anggota pentadbiran kerajaan negeri Pakatan turut terbabit dengan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan amalan pilih kasih tidak boleh diremehkan begitu saja. Tidak semestinya apabila tiada laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka segalanya dianggap beres dan bersih.
Soal integriti mesti dibudayakan dan menjadi prinsip penting. Sesungguhnya banyak amalan yang "salah daripada segi moral dan akhlak" boleh terlepas dengan mudah jika diteropong melalui kacamata undang-undang.
Dalam zaman langit terbuka ini, rakyat mampu membuat penilaian sendiri terhadap setiap dakwaan, sama ada kepada BN mahupun Pakatan. Prestasi Adun dan ahli Parlimen serta sikap sesetengah daripadanya yang mengabaikan kepentingan rakyat, yang turut dipersoalkan pengundi, juga perlu ditangani dengan serius.
Kolumnis Amin Iskandar merumuskan dalam satu tulisannya: "Jika khianat rakyat, tsunami yang melanda BN pada Mac 2008 tidak mustahil akan berbalik kepada Pakatan. Yang pasti, rakyat bukan lagi bodoh dan mudah untuk diperkotak-katikkan."
Sekadar beberapa tinjauan rambang di negeri-negeri tertentu, terutama selepas bercakap dengan pemimpin Pakatan akar umbi, khususnya penggerak PAS peringkat kawasan, saya dapati banyak perkara yang dilihat indah dari atas rupanya masih "berserabut" di bawah.
Sesetengah aktivis ini terkepung dengan masalah yang tidak mampu diselesaikan sendirian. Mereka mengharapkan bimbingan pemimpin atasan, terutama melalui lawatan kerja dan program bersama rakyat.
"Ada pemimpin yang memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri seperti tidak mengambil berat soal aktiviti parti. Saya membayangkan jika mereka, yang lebih dikenali rakyat itu, dapat turun ke kawasan-kawasan yang bakal ditandingi PAS. Jadilah seperti Tok Guru Nik Aziz, yang tetap menjelajah ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun semua orang tahu Tok Guru kerap uzur," luahan hati seorang Yang Dipertua PAS Kawasan kepada saya.
"Semasa ramai ghairah mengimpikan penguasaan Putrajaya, saya nak ingatkan bahawa kubu kuat kita sendiri, Kelantan, jika tidak diberi perhatian serius, pun boleh terlepas, atau mengulangi situasi genting seperti selepas pilihan raya 2004," seorang pemimpin peringkat pertengahan PAS memberi amaran.
"Saya setuju pandangan Lutfi, apa pun keadaannya, PAS mesti mempertahankan negeri tradisi kita, khususnya Kelantan, dan juga Kedah. Kalau boleh, kita dapat ambil alih Terengganu semula. Ya, jangan pandang ringan cabaran Umno Kelantan," tegasnya kepada saya, sambil menekankan kerisauannya selama ini, agar PAS tidak dilihat ditolak oleh pengundi Melayu-Islam.
Tidak syak lagi, pertarungan dan perdebatan mengenai isu kontroversial mudah untuk diungguli Pakatan, tetapi bagaimana dengan persiapan dan tipu muslihat "di padang permainan" sebenar?
"Tapi, janganlah semua orang nak bercakap benda yang sama," tegur seorang pengkaji politik. "Misalnya, bila heboh isu NFC semua nak jadi macam Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli ... semua nak ceramah isu lembu. Patutnya, ada penceramah yang hadam masalah tempatan, dan timbulkan problem seharian audien, yang perlu ditangani segera," ujarnya.
Apabila Pengerusi Umno Negeri, Najib Razak kerap melafazkan keyakinannya untuk menawan kembali Selangor-- terbaru di Puchong Perdana, 18 Mac lalu -- mungkin ramai di antara kita melihatnya sebagai satu propaganda BN semata-mata. Saya tidak begitu! Saya cuba membacanya secara tersirat.
Difahamkan, timbalannya, Noh Omar dalam beberapa pertemuan dengan pihak media dan golongan akademik turut meluahkan keyakinan yang sama. Umno yakin Selangor dapat ditawan semula.
"Adakah kerana kerajaan Pakatan sendiri yang bermasalah, wakil rakyat tidak dekati rakyat, faktor Dr Hasan Ali ataupun senarai daftar pemilih?" tanya saya kepada sumber yang dekat dengan Noh.
"Daftar pemilih," jawabnya ringkas. "BN akan lakukan apa saja untuk rebut Selangor. Agensi strategik seperti SPR, JPN dan Majlis Keselamatan Negara sendiri akan digunakan," tambahnya. "Anggota Kabinet pun yakin, selepas mendengar taklimat, bahawa Pakatan boleh dikalahkan di Selangor," sambungnya.
"Tarikh PRU13 tidak akan ditentukan selagi Najib tidak yakin BN dapat menang di Selangor," demikian posting seorang rakan Facebook saya.
Saya kira Harakah dan kolum ini sendiri sering menimbulkan rancangan dan tindakan jahat Umno-BN ini; cuba menyelongkar dan membongkarnya. Namun ia tidak pernah menghalang mereka daripada meneruskan misi yang dirancang rapi itu.
Ya, saya hanya sekadar mengulangi peringatan ... dan melihat daripada perspektif "situasi terburuk" agar seluruh aktivis Pakatan memberikan sepenuh komitmen dan kebijaksanaan bagi menghalang tipu daya BN itu.-HD

Sumber: Lima isu perlu selesai punca PRU yang dijangka Jun diperlengahkan
KUALA LUMPUR, 23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.
The Malaysian Insider difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).
Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.
"JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut," menurut sumber kepada The Malaysian Insider, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.
Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.
"Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut," menurut sumber BN.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.
"Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.
"Masa yang sesuai adalah bila terdapatnya keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan ... kami masih lagi mengenalpasti sokongan bagaimana yang kami miliki," katanya kepada radio berbahasa Cina 988FM pagi tadi.
Ditanya sama ada pilihan raya akan dilaksanakan pada Jun atau May, Najib berkata perkara itu ditentukan oleh keupayaan pentadbirannya untuk "menyelesaikan isu besar". Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan isu itu.
"Faktor boleh menang itu adalah masa yang sesuai untuk kami gerakkannya," kata PM.
The Malaysian Insider pada 10 Mac lalu telah melaporkan Najib telah mengarahkan kesemua pemimpin BN untuk menyenaraikan calon mereka tapi hanya beliau yang berhak membuat kata putus daripada 13 parti komponen perikatan tersebut bagi mencapai kemenangan.
Setiap parti daripada jumlah itu biasanya akan menyerahkan senarai yang telah dipersetujui oleh pengerusi tapi Najib menegaskan untuk meletakkan "calon boleh menang" atau calon yang mampu untuk mengekalkan atau menguasai 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor.
Disamping keyakinan beliau itu, kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating beliau kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanya 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.
Namun kurang separuh daripada 1,022 pengundi di Semenanjung Malaysia berkata "mereka berpuas hati dengan kerajaan."
Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.
Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus.
Bank Negara menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini.
Pembunuh Tujuh Individu Di Perancis Akhirnya Maut
Merah maut selepas cuba melarikan diri dengan terjun menerusi tingkap dari sebuah pangsapuri yang dikepung pihak polis dalam tempoh 32 jam lalu.
TOULOUSE, Perancis: Seorang anggota militan al-Qaeda yang menembak mati tujuh orang di Perancis meninggal dunia serta-merta pada Khamis selepas cuba melarikan diri daripada serangan polis dengan terjun dari tingkap sebuah pangsapuri di sini.
Perkara itu diumumkan Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Gueant selepas polis menceroboh masuk ke dalam pangsapuri tersebut.
Kematian Mohamed Merah, 23, menamatkan pengepungan selama 32 jam oleh pihak polis yang berusaha menangkap suspek.
Merah begitu dikehendaki kerana terlibat dalam pembunuhan kejam tujuh individu termasuk tiga askar khas, tiga murid dan seorang guru di sebuah sekolah Yahudi di sini, 10 hari lalu.
Seorang lagi pelajar dan askar turut cedera dalam insiden tembak-menembak itu.
Polis berkata, sepanjang sesi perbincangan dengan suspek pada Rabu, Merah mengakui berbangga dengan tindakannya membunuh tujuh individu itu.
Ketujuh-tujuh mangsa merupakan antara siri pembunuhan pertama yang didalangi oleh radikal Islam di Perancis sejak lebih sedekad lalu.
Suspek merupakan keturunan Algeria yang mendapat latihan di kubu kuat al-Qaeda di Waziristan.
Sekumpulan polis mengepung kawasan pangsapuri tersebut untuk memberi tekanan kepada Merah supaya menyerah diri.
Beberapa bunyi letupan bom turut kedengaran pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan dalam insiden pengepungan itu.
"Pembunuh bersiri itu keluar dari bilik air dan melakukan tembakan rambang. Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan dalam pertempuran itu," kata Gueant.

22 Mac 2012
Selangorkini Jadi Rujukan Pengundi Atas Pagar
SHAH ALAM 22 MAC : Mengikut kecerapan daripada kajian yang dilakukan, lebih daripada 70 peratus pengundi diatas pagar berpuas hati dan suka membaca akhbar Selangor Kini terbitan anak Syarikat Kerajaan Negeri, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sidang Dewan undangan Negeri hari ini bagi menjawab pertanyaan daripada ADUN Bangi, Shafie Abu Bakar berhubung sejauh mana penerimaan rakyat terhadap akhbar keluaran Kerajaan Negeri.
Abdul Khalid berkata daripada satu kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center, sambutan Akhbar SelangorKini pada Julai 2011 mendapati akhbar versi Bahasa Melayu itu meningkat dari semasa ke semasa.
“Peningkatan ini jelas berlaku setelah penambahbaikan dilakukan dari isi kandungannya.
“Selain itu SelangorKini juga meningkatkan pengeluarannya daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali,”jelas Abdul Khalid.
Sebagai rekod, sekurang-kurangnya 82 peratus pembaca dari kalangan kaum India gemar dan berpuas hati dengan akhbar SelangorKini. Diikuti pembaca kaum Melayu 64 peratus dan kaum Cina 50 peratus.
“Paling membanggakan berdasarkan kajian tersebut mendapati Selangorkini menjadi sebagai bahan
rujukan kepada pengundi atas pagar terutamanya dikalangan generasi muda.” kata Khalid
Selain Selangor Kini, Kerajaan Negeri juga mengeluarkan akhbar versi Bahasa Inggeris, Selangor Times khusus untuk kumpulan sasaran pembaca di kawasan bandar (Lembah Klang).
Akhbar ini disebar luas secara percuma di seluruh stesen LRT serata Lembah Klang selain di tiga buah Pusat Membeli-belah.
Sambutan baik rakyat terhadap produk informasi Kerajaan Negeri ini, akhbar Selangor Indru turut dilancarkan khusus untuk penyebaran maklumat kepada kumpulan sasaran masyarakat India diserata Selangor.
Sebagai permulaan, Selangor Indru yang dipertanggungjawabkan dibawah Exco Selangor, Xavier Jayakumar, berjaya menerbitkan 50,000 naskah setiap bulan.
SUKARNYA WANITA UMNO DIGELAR " LEMBU"
Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu, Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dalam UMNO - Kamelia
Kuala Lumpur: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.
"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."
Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.
Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.
"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.
Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.
"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).” -

BOOKIE BOLA : PEGAWAI WANITA PBNJ DITAHAN
Bookie: Pegawai wanita Johor ditahan
JOHOR BAHRU- Seorang pegawai wanita Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) ditahan kerana disyaki menjadi bookie dan terbabit mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negeri itu.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan Isnin lalu selepas pegawai PBNJ membuat laporan polis sehari sebelum itu. Polis turut menyiasat dakwaan kononnya wanita berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pegawai polis Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu dan pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terperinci kes itu.Katanya, wanita itu kini direman lima hari bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut serta dakwaan ada anggota polis turut terbabit.
“Polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa saja termasuk pegawai polis jika terbabit dalam
kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.Sebelum ini, enam pemain skuad Piala Presiden Johor FC digantung daripada beraksi dengan kelab itu serta merta selepas disyaki terbabit mengatur perlawanan menentang Perlis pada 16 Februari lalu.
Mohd Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Sementara itu Timbalan Presiden I PBNJ, Md Jais Sarday, berkata kes masih dalam siasatan dan pihaknya sentiasa memberi kerjasama kepada polis.
Sebelum ini, Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah supaya tiada rasuah di kalangan pemain dan pegawai bagi memastikan bola sepak bersih gejala itu. Apa yang berlaku (penahanan wanita) adalah proses memastikan tiada unsur rasuah meresap dalam bola sepak di negara ini.“Ia sekali gus membuka mata semua pihak bahawa persatuan bola sepak serius membanteras rasuah,” katanya

Kadir keluar, sahkan UMNO semakin berpecah: Ramai lagi bakal menyertai Pakatan
Tanda-tanda bahawa ramai lagi pemimpin UMNO yang akan membuat keputusan yang sama, pemimpin PKR mengecam tindakan parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang memaksa mantan Menteri Penerangan Abdul kadir Sheikh Fadzir meletak jawatan dari parti dimana beliau telah menjadi ahli selama 56 tahun.
“UMNO semakin pecah belah.Kami telah di beri amaran tentang hal ini sejak beberapa ketika dan sekarang ia benar –benar berlaku. Ramai pemimpin mereka sudah hilang kepercayaan kepada parti dan rasa tidak puas hati makin berleluasa.Mereka percaya lebih baik mereka keluar sebelum parti itu musnah sepenuhnya.” Kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Kadir memberitahu pemberita pada hari Isnin yang beliau telah menghantar surat perletakan jawatan nya kepada setiausaha agung UMNO,Tengku Adnan setelah kesetiaan beliau dipersoalkan kerana membangkitkan isu rasuah dalam UMNO.
“Kenapa beliau tidak letak jawatan awal awal lagi jika beliau rasa UMNO tidak betul,” kata Adnan dalam satu sidang akhbar pada hujung minggu lepas.
Kad merah/Jalan keluar untuk mereka yang bangkitkan isu rasuah
Hajat Adnan tertunai hari ini.Setiausaha Agung Umno itu juga menyebut Jawatankuasa disiplin sedang mengumpul maklumat dan bukti terhadap dakwaan Kadir terhadap pari.Tindakan lanjut akan di ambil oleh jawatankuasa agung UMNO,tegas Adnan.
Kadir dilapurkan sebagai mendakawa BN membayar antara RM200 ke RM1000 untuk membeli undi dalam pilhanraya umum yang lepas.
Kadir ialah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, sebuah platform reformis yang di asaskan oleh Seorang lagi pemimpin Umno,ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Salah seorang ahli Amanah yang terkenal ialah MP Pandan Ong Tee Keat.
Kumpulan ini mengejutkan ramai dengan agenda perubahannya, mengecam rasuah yang dianggap barah yang memusnahkan kredibiliti Umno-BN.
“Perletakan jawatan Kadir buktikan Umno tidak akan berubah.Ia tidak mengakui perlunya refrom atau rasuah itu perlu dibanteras.Sesiapa yang berani bersuara akan di tunjuk jalan keluar. Siapa yang tetrangkap tapi rapat dengan Presiden Umno akan terlepas dengan hukuman ringan,” kata Tian.
Berpecah apabila Parlimen dibubarkan
Sejak beberapa bulan yang lepas, terdapat beberapa perletakan jawatan penting dalam Umno dan BN, dan menyertai Pakatan Rakyat.Lebih ramai dijangka membuat keputusan sedemikian bila Parlimen dibubarkan dan berakhirnya perlantikan mereka sebagai wakil rakyat BN.
Spekulasi yang berleluasa sekarang berkenaan bilakah akan berlangsungnya pilihanraya umum ke 13. Mantan menteri kewangan Daim Zainuddin meramalkan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan Mei dan rakyat akan mengundi dalam bulan Jun.
Bagaimanapun,ada yang percaya Najib-yang dijangka melawat negara China bulan hadapan- bila stiba nya tarikh tersebut, sekali lagi akan ketakutan dan hanya akan mengistiharkan pengundian dalam bulan November.
21 Mac 2012
DASAR PENSWASTAAN PUSAT PUNCA INDUSTRI AIR PORAK-PORANDA!!!
Dasar Penswastaan Pusat punca Selangor Tidak Cukup Air
SHAH ALAM, 21 MAC : Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menyaksikan pendedahan kerajaan Pakatan Rakyat berhubung komisen yang diberikan kepada syarikat konsensi penswastaan air di Selangor melebihi 75 peratus yang disifatkan sebagai satu rompakan kepada rakyat Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penswastaan yang dilakukan kerajaan negeri sebelum ini tidak mengambil kira keupayaan syarikat konsesi yang berkebolehan sehingga mengakibatkan masalah air sering berlaku.
Beliau juga berkata, kos yang dikendalikan selepas penswastaan juga adalah berlipat ganda daripada apa yang dilakukan oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sebelum ini.
“Saya ingin tahu rasionalnya mengapa dalam hal air masih tidak mencukupi di Selangor, tetapi kita masih terpaksa meminta negeri Pahang menjual air kepada kita? Mengapa perlu membuat lubang di bawah gunung supaya dapat disalurkan kepada Langat 2 untuk dibuat loji pembersihan dengan kos RM8 bilion, sedangkan setengah daripada wang itu boleh digunakan untuk membersihkan air sungai?
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan membohongi rakyat Selangor. Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat supaya pengurusan air diberikan kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dlm undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006,” tegasnya.
Menurut Khalid Selangor merupakan negari yang menerima hujan hampir 200 hari setahun serta sering dilanda limpahan air dan banjir. Maka tidak ada sebab mengapa air tidak mencukupi. Mengapa air banjir ini tidak diurus bagi menampung air dimasa tiada hujan.” ujar beliau yang juga Adun Ijok
Sementara itu, ketika ditanya tentang halangan pembinaan Loji Langat 2, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri tidak pernah menentang mahupun berdolak-dalik mengenai projek tersebut, tetapi ia mesti dijadikan sebahagian daripada proses pengambilalihan industri air.
Beliau berkata, masalah bekalan air adalah masalah perjanjian dalam penswastaan yang perlu diselesaikan bagi mengelakkan rakyat Selangor terus menerus menanggung akibatnya.
“Siapa yang berdolak dalik? kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan? Kita tidak halang kelakukan itu, tetapi kita nyatakan kalau hendak buat, kita perlu lakukan ia sebagai sebahagian daripada penyusunan air Selangor. Pada Januari 2008, keputusan kabinet mengatakan sebahagian daripada penyusunan air untuk Selangor adalah termasuk dalam pemilikan program Langat 2.
Bagaimanapun, kerajaan persekutuan telah mengubah keputusan itu pada Mac 2008. Pada pendapat kita, kalau tidak berlaku penyusunan air, maknanya Langat 2 tidak perlu untuk kita,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menjelaskan, kerajaan negeri akan bekerja keras untuk memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih.
Menurutnya, lebih 17 loji rawatan air yang dimiliki di negeri ini juga adalah mencukupi untuk digunakan sebagai air terawat.
“Kita akan memperkenalkan teknologi untuk menggunakan air dari takungan lombong jika perlu dengan mengaplikasikan teknik reverse osmosis. Selain itu, air laut juga boleh digunakan jika keadaan memerlukan. Kita juga akan membersihkan sungai supaya saliran air adalah mencukupi.
” Tetapi keadaan ini tidak lagi diperlukan ketika ini kerana sumber air masih mencukupi.” jelasnya.

20 Mac 2012
UTUSAN MELAYU AKAN DIJUAL, TANDA BN AKAN TUMBANG!!!!
Terkini!! Utusan Melayu Bakal Dijual?
Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah bakal kehilangan aset terpenting apabila percetakan akhbar berkenaan akan menjadi entiti berasingan apabila ianya dimiliki oleh seorang orang korporat.
Urusan penjualan mesen cetak berkenaan yang terletak di Bangi Selangor dan beberapa tempat lain itu sedang dalam proses perundingan. Penjualan itu dipercayai kerana syarikat penerbitan akhbar yang sahamnya dimiliki Umno sedang mengalami kerugian teruk yang tidak tertanggung lagi ekoran kemerosotan jualan akhbar itu.
Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari.
Kemerosotan itu dipercayai kerana akhbar itu tidak adil dalam penyiarannya dan terlalu mempamirkan dia sebagai akhbar Umno. Laporan cerita-cerita sex juga menyebabkan ia makin dipulau oleh pembaca.
Ekoran penjulan itu Utusan Malaysia selepas ini akan mencetak akhbar itu dengan percetakan berkenaan atas sifat upah.
Dalam pada itu ahli korport berkenaan yang juga pernah menjadi menteri kabinet sedang merunding untuk memiliki Dawama - percetapan milik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang swastakan dan kini bermasalah.
Dikatakan juga, ahli korporat yang dulu berniaga garam di Langkawi akan cuba memiliki Percetakan Nasional miliki kerajaan yang kini merupakan percetakan yang mengerjakan bahan cetakan negara.
Ahli korporat itu berangan-angan untuk menjadi gergasi percetakan di negara ini dengan memonopolikan beberapa percetakan terkemuka.
Ada kemungkin beliau juga akan berusaha untuk mendapat beberapa percetakan syarikat pengeluar akhbar lain untuk diletak dibawah satu bumbung.
Sekiranya usaha ini berlaku bermakna Utusan Melayu yang menjadi kebanggan orang Melayu Umno khasnya akan kehilangan identiti dan penjualan mesen cetak itu sesuatu yang memalukan terutamanya pemegang sahamnya terdiri kalangan ahli Umno.
Ada juga sumber lain memberi tahu usaha pembelian mesen cetak milik Utusan Melayu itu sebagai persiapan sekiranya berlaku sesuatu diluar jangka selepas pilihan raya umum ini. Sekiranya UBN tumbang sudah pasti kedudukan Utusan Melayu tidak menentu dan kemungkinan akan ditutup terus.
Agenda pembelian itu sebagai menyelamatkan aset Utusan itulah alasan yang diberikan. Dari sini memberi gambaran bahawa dalam kepala pembeli mesen cetak itu UBN sudah pasti kalah dan tumbang.

LALUAN PENDANG KE LANGGAR DITUTUP, JAMBATAN TITI HJ.IDRIS ROBOH
PENDANG – “Bunyi dentuman kuat sungguh,” kata seorang saksi kejadian jambatan yang menghubungkan Pendang ke Langgar runtuh petang semalam.
Dalam kejadian 3.30 petang itu mengejutkan orang ramai sekitar kawasan itu apabila jambatan yang menjadi jalan alternatif untuk ke Pendang dan Langgar itu tiba-tiba runtuh sehingga laluan itu terpaksa ditutup dan diawasi oleh pihak polis.
Saksi, Ahmad Farizal Md Noor, yang berniaga kedai makan berhampiran jambatan itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik air dan terkejut mendengar bunyi dentuman yang kuat dari luar kedainya.
“Selepas sebuah lori membawa muatan dari arah Pendang ke Langgar melalui jambatan itu tiba-tiba bunyi dentuman kuat menyebabkan saya segera keluar dan mendapati jambatan itu runtuh selepas lori itu lalu namun bersyukur tiada kemalangan jiwa. Kejadian ini merupakan kali pertama berlaku selepas 25 tahun berniaga di sini kerana sebelum ini hanya kemalangan maut sahaja yang berlaku di atas jambatan itu,” katanya.
Ahmad Farizal berkata, sejak tol Pendang dibuka, laluan itu merupakan laluan yang sering digunakan oleh pemandu lori untuk mengelak tol dan laluan itu lebih cepat terutamanya untuk ke Langgar dan Alor Setar kerana jarak dari kawasan itu ke Tol Pendang kira-kira 12 kilometer.
Tinjauan di kawasan kejadian mendapati pengguna jalan raya terpaksa berpusing menggunakan laluan lain setelah polis menutup laluan itu kira-kira jam 4 petang.
KERAJAAN AKUI KOS SARA HIDUP MENINGKAT
PEMANDU: Pemotongan subsidi ditangguhkan
Keputusan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).
Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, PEMANDU, sebuah badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, berkata langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.
Sebelum ini, PEMANDU mendesak Putrajaya melaksanakan "rasionalisasi subsidi" dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.
Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.
Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik.
Ketua pegawai eksekutif (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala pada 2010 memberi amaran erhujah bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis dalam tempoh sembilan tahun, dalam cara yang sama seperti Greece.
Beliau walau bagaimanapun tahun lalu, menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Ini kerana katanya, usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP) pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghasilkan hasil yang positif.
Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.
Sejak sembilan bulan lalu ketika Najib bersiap sedia untuk pilihan raya umum ke-13, tiada sebarang penarikan subsidi diumumkan. Sebaliknya, lebih banyak wang diagihkan kepada rakyat.

19 Mac 2012
GADIS MALAYSIA DICULIK, UNTUK DILACUR DI THAILAND
Gadis Malaysia diculik diselamatkan di Thai
SHAH ALAM -- Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.
Mohd Adnan berkata dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.
"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.
Mohd Adnan berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu

PRU13 SELEPAS JUN 2012, RANCANGAN NAJIB TAWAN SELANGOR
MB: Dun Selangor tidak dibubar sebelum Jun
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika Barisan Nasional (BN) memutuskan pembubaran Parlimen sebelum Jun ini.
Sehubungan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tetap akan menunggu selama enam bulan sehingga iaitu Jun ini untuk melaksanakan dasar dan program pentadbirannya.
Khalid berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) peringkat Parlimen dan oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan tetap dengan keputusan tersebut tidak akan membubarkan Dun sebelum Jun ini.
Menurutnya, tempoh enam bulan adalah relevan untuk memastikan Geran Selangorku, berjumlah RM1.6 bilion, dapat disalurkan sepenuhnya kepada rakyat negerinya.
"Saya telah buat kenyataan sebelum ini tetapi kita akan bincang lagi kerana Geran Selangorku perlu mengambil masa untuk disalurkan. Jika PRU-13 belaku pada Mac atau April ia terlalu awal.
"Sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih agar wang tersebut dapat disalurkan kepada rakyat," kata beliau pada sidang media selepas upacara pembukaan persidangan penggal kelima Dun, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Sidang Dun yang bersidang bermula hari ini akan dibubarkan sekiranya belaku pembubaran Parlimen dalam waktu terdekat.
Pada 17 November lalu, Abdul Khalid mengumumkan pihaknya hanya akan mengambil bahagian dalam PRU-13, sekiranya diadakan selepas enam bulan pertama tahun ini.
Menurutnya, penetapan tempoh enam bulan ini juga bukan bermaksud Kerajaan Negeri tidak yakin untuk bertanding dalam PRU13 kerana keputusan siapa akan menang adalah pilihan rakyat

MEDIA BN, LAGAKAN GUAN ENG DENGAN CAP
Kenapa lagakan Guan Eng dengan CAP?
Adalah amat mendukacitakan bahawa media kawalan BN telah memanipulasi dan memutar belit kenyataan-kenyataan media mereka sendiri untuk memberi gambaran palsu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan serangan peribadi terhadap Presiden CAP SM Mohamed Idris.
Ketua Menteri telah dituduh melakukan serangan peribadi terhadap Mohamed Idris dengan memanggilnya “orang tua”.
Kenyataan ini adalah kurang tepat dan mengelirukan, kerana mengikut laporan The Star pada 8 Mac 2012, Ketua Menteri telah dipetik berkata, “SM Mohamed Idris adalah seorang yang tua dan dihormati”. Dalam konteks yang penuh dan betul, adalah jelas bahawa Ketua Menteri telah memberi penghormatan kepada seorang warga tua.
Malangnya, pemimpin-pemimpin BN sudah mula menyerang Ketua Menteri atas sebab beliau telah memanggil Mohamed Idris “orang tua”, tanpa mengambil kira kenyataan lanjutannya bahawa beliau adalah seorang yang “dihormati”.
Yang lebih mengejutkan pula, The Star enggan melaporkan dengan penuh kenyataan Ketua Menteri yang terbaru dalam suratkhabarnya pada 14 Mac 2012 hari ini.
Bagi BN untuk membuat kenyataan separuh benar atau fitnah adalah sudah dijangka. Tetapi, tindakan The Star yang sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh Ketua Menteri bahawa SM Mohamed Idris adalah seorang yang “dihormati” dan kemudiannya menyindir bahawa Ketua Menteri telah menggunakan ayat yang tidak pernah beliau gunakan, seperti “orang yang hilang ingatan”, bukan sahaja bercanggah dengan laporan-laporan sebelumnya tetapi adalah tidak beretika langsung.
Adalah sangat dikesali bahawa The Star telah memilih hanya untuk melaporkan secara ringkas kenyataan akhbar Ketua Menteri semalam berkenaan dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam cadangan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bahagian pulau.
Projek-projek berkenaan adalah pembinaan terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth), jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang, jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong eu serta jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Ketua Menteri telah menjelaskan secara terperinci bagaimana 4 projek infrastruktur ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Pulau Pinang, serta bagaimana beliau telah meminta pandangan umum dan berunding dengan NGO-NGO seperti CAP, yang telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijayala (Ravi).
CAP bukanlah satu-satunya organisasi yang membantah 4 projek infrastruktur tersebut. Malah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam pada 17 November 2011. Namun begitu, maklum balas daripada orang ramai di Pulau Pinang, khususnya mereka di Gurney Drive dan SPU, telah menunjukkan bahawa majoriti menyokong dan menghendaki supaya projek-projek infrastruktur ini diteruskan.
Walaupun NGO-NGO seperti CAP mempunyai hak untuk berbeza pendapat dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, Ketua Menteri percaya bahawa perbezaan pendapat ini harus disuarakan secara sopan.
Oleh itu, Ketua Menteri telah memberi jaminan bahawa beliau masih akan menjemput NGO-NGO seperti CAP untuk pusingan kedua rundingan umum apabila reka bentuk, pemilihan laluan dan kajian kesan alam sekitar untuk projek terowong bawah laut dijalankan pada tahun ini.
Dalam proses pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Kerajaan BN tidak pernah melakukan rundingan umum seperti ini. Pun begitu, Kerajaan PR Pulau Pinang telah dikutuk dengan teruk kerana menjalankan proses yang lebih telus dan bertanggungjawab berbanding dengan Kerajaan Negeri BN sebelum ini.-HD

18 Mac 2012
KERAJAAN AKHIRNYA AKUI HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL
Kerana kegagalan kerajaan menyembunyikan kegiatan dagangan dengan Israel yang telah dibongkarkan oleh Blogger-blogger pro-pakatan yang selama ini menggunakan Israel sebagai Kambing hitam dimana Dana PKR dibiayai dan Anwar Ibrahim dianggap sebagai agen Israel/zionis
Dengan pengakuan Kerajaan ini, bagaimana selama ini -rakyat ditipu oleh media pro BN
KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan memperjelaskan isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel pada sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu akan disambung esok.Menurutnya, kerajaan tidak pernah menyembunyikan fakta bahawa negara ini mempunyai hubungan dagangan dengan Israel, namun sama sekali tidak mengiktiraf negara tersebut yang jelas menindas rakyat Palestin.
“Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.
Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Makhtar Mustafa serta Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nordayanah Hassan.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan negara Islam boleh bekerjasama dengan Israel dari segi hubungan dagangan namun tidak menyokong kefahaman Zionis.
Abdul Hadi berkata, bangsa Yahudi pernah menjalankan hubungan perniagaan dengan Nabi Muhammad SAW ketika berada di Madinah. Sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.
Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Kelantan berkata, hubungan perdagangan dengan Israel melibatkan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat multinasional.
“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya.- Sinar Harian

MENDEBARKAN!! MAHKAMAH PERANCIS BONGKAR SKANDAL SCORPENE
Dokumen Rahsia Scorpene (KD Altantuya) Bakal Terbongkar!
Nasib Najib Altantuya makin kelamsebab pendakwaan skandal Scorpene
bakal didengar 1 April nanti
kah kah kah...
Berita paling gumbira buat seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan menolak kezaliman!
Dalam masa sama ia juga "Lagu Sedih" buat Najib Altantuya apabila skandal pembelian dua kapal selam jenis Scorpene yang bernilai RM7.1 bilion hingga menyebabkan model dan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibom kejam menggunakan C4 di hutan Puncak Alam, Selangor pada 2006 kerana pertikaian mengenai komisen dan hubungan sulit bakal terbongkar!
Walaupun pendakwaan membabitkan rakyat Malaysia ini terpaksa dilakukan nun jauh di Paris, Perancis, dan tidak di negara sendiri kerana Najib Altantuya dan Umno-APCO masih berkuasa dengan menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi, ia tidak menghalang Kerajaan Perancis mengheret pesalah ke muka pengadilan walaupun bergelar pemimpin paling berkuasa di Malaysia!
Bukan setakat itu, seluruh dunia akan memerhatikan Malaysia bakal dilondehkan dengan skandal jijik penuh kejahatan Umno-APCO walaupun ia sedikit sebanyak bakal menjejaskan nama baik negara.
Tetapi ia adalah lebih baik daripada menyembunyikan kebenaran kerana kes pembunuhan Altantuya juga berkait rapat dengan skandal kapal selam yang lebih lima tahun tersadai di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar, Sabah.
Justeru, hari April Fool tahun ini bakal menyaksikan hadiah paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan Najib Altantuya dan rakan-rakan jahatnya bakal didedahkan satu persatu tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tetapi manusia yang paling gembira dengan berita ini adalah Muhyiddin Yassin!
Dokumen rahsia Scorpene akan didedah di Mahkamah Perancis
Dokumen berkaitan pembelian kapal selam Scorpene, yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan didedahkan pada inkuiri terbuka di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
"Kedua-dua pihak (kerajaan Malaysia dan firma pertahanan Perancis DCNS) mempunyai dokumen sama. Bezanya, Malaysia mengklasifikasikan dokumen itu sebagai Akta Rahsia Rasmi.
"Berbanding Perancis, mahkamahnya boleh mengeluarkan perintah agar pihak berkaitan membuat pendedahan," kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.
Syarikat DCNS, yang membekalkan dua kapal selam itu sebelum ini didakwa membayar sogokan ratusan juta ringgit kepada "pegawai tertinggi" Malaysia.
Urusniaga berharga RM7.1 bilion itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan dan dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib yang mendapat komisen bernilai RM540 juta melalui syarikat Perimekar Sdn Bhd.
Di bawah undang-undang Perancis, pembelian kelengkapan ketenteraan yang melibatkan bayaran komisen adalah menjadi satu kesalahan serius.
Menurut Cynthia, beliau mendapat makluman persediaan mahkamah dari peguam Suaram, William Bourdon dan Joseph Breham, 16 Mac lalu.
Tambah beliau, dua hakim penyiasat yang mengendalikan kes tersebut ialah Roger L Roire dan Serge Tounaire.
"Nama-nama yang sebelum ini tak pernah didengari akan didedahkan," tambah beliau namun enggan membuat spekulasi atau mendedahkan individu terbabit sebagai mematuhi prosedur mahkamah.
"Sebagai pengadu, Suaram kini punyai akses penuh kepada laporan siasatan pendakwaraya dan polis Perancis. Besar beza prosedur dan ketelusan siasatan antara Malaysia dan Perancis," katanya.
Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah memberikan komitmen untuk membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
"Telah 10 tahun sejak 2002, kes ini tergantung. Kerajaan Malaysia wajar berikan kerjasama penuh, bukannya menghalang siasatan dibuat," tegasnya.

Penjualan Lebuhraya Maju Expressway: Dana Rakyat RM976.7 Juta Perlu Dipulangkan Segera
Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.
Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaanbernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.
Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku,selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60juta sahaja.
Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.
Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu
akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?
Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.
Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.
Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.
MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
18 Mac 2012 (dikeluarkan di Batu Pahat)

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia
KOTA BHARU- Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.
Ini berdasarkan kepada rekod dan ‘top sale’ pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.“Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan ‘top sale’.
“Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.
Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.
Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.
“Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh ‘dibawa keluar’," katanya.Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.
Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk ‘berkolabrasi’ (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.“Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.
“Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh ‘bawa keluar’ produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan ‘usahasama’ kita," katanya.Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.“Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.
APA YANG BOLEH DIHARAP, URUS AMAH INDO PUN GAGAL
Subramaniam: Malaysia tidak pernah setuju dengan satu amah, satu kerja
IPOH 17 Mac — Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menafikan yang Malaysia setuju dengan Indonesia yang amah dari negara jiran tersebut, yang akan mula dihantar ke negara ini bulan depan, hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dan untuk gaji minimum RM700, menurut Utusan Malaysia.
Beliau menegaskan, kenyataan seorang pegawai buruh Indonesia yang Malaysia sedia menerima prinsip baru satu amah, satu kerja, tidak berasas.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed kini berada di Jakarta untuk membincangkan perkembangan baru ini.
Subramaniam (gambar) meminta kerajaan Indonesia supaya tidak membenarkan ramai pegawai-pegawai kerajaannya membuat kenyataan. Ini berikutan laporan yang seorang pegawai duta Indonsia mendakwa ada kes penderaan oleh pegawai kerajaan Malaysia
PASAL APA GAGAL, SEBAB MENTERI-MENTERI KITA DUNGU!
Nie hangpa baca aku ambik dari Blog Hanief
Biar Aku Tolong Kau Fikir | Gaji Amah
Otak kau tak boleh pakai. Ambil tukul besi, kasi ketuk itu kepala. Angkat itu otak keluar, buang dalam tong sampah!
Sekarang kau dah tak ada otak. Jadi biar aku tolong kau fikir tentang gaji amah.
Amah --- Kau --- Majikan --- Kerajaan
Amah dapat gaji dari kau
Kau dapat gaji dari majikan
Majikan dapat untung dari tender kerajaan
Hari ini, kerajaan buat-buat terkejut dengan undang-undang baru yang mereka cipta sendiri. Umum tahu, bahawa rakyat Malaysia belajar tak tinggi walaupun ada yang dapat PHd. Sebab PHd. Malaysia tak tinggi jika nak dibanding dengan PHd. Singapura.
Contoh macam krisis harga barang naik. Rakyat Malaysia yang konon bijak selalu salahkah para peniaga. Padahal punca masalah berbangkit dari kebodohan kerajaan yang gagal menetapkan satu standard gaji di Malaysia.
Para peniaga dapat duit dari rakyat yang menjadi pelanggan mereka. Nah! Kalau rakyat tak ada gaji yang baik. Macam mana nak beli-belah? Rata-rata gaji orang Malaysia kecil. Sebab itu semua orang terasa harga barang mahal. Termasuk kos menggaji amah pun mahal RM700.00.
Salah siapa ni? Inilah salah kerajaan. Kerajaan gagal menggubal satu undang-undang berkaitan dengan gaji minima.
Kerajaan selalu kata nanti banyak syarikat akan gulung tikar sebab bos syarikat tak dapat bayar gaji pekerja pada kadar yang ditetapkan kerajaan.
Kalau nak ikutkan, dah memang banyak syarikat gulung tikar. Mereka hanya bernyawa kerana bantuan pekerja asing. Kalau pekerja tempatan minta gaji RM1,500, pekerja asing boleh dibayar RM700.
Ramai tak sedar bahawa syarikat yang tak mampu nak bayar gaji semua ini memang patut berhenti daripada berniaga. Kerajaan wajib menyuruh semua bos syarikat ini pergi makan gaji di Singapura. Biar bos Singapura masuk dan buka syarikat di Malaysia. Kalau tak mahu bos Singapura masuk Malaysia, panggil bos dari UK, AS, Jerman, Jepun dan Korea.
Ini nak harapkan usahawan yang tak ada duit, bos syarikat yang hampir muflis, ahli politik yang makan duit projek lembu dan sebagainya. Bagaimana Malaysia nak maju?
Kalau nak bangunkan negara, pemimpin harus bijak, mesti tarik pelabur yang berduit, rakyat mesti cukup duit untuk berbelanja dan bukan disuruh berjimat. Apa kau ingat padi dah semakin pupus ke sampai nak kena berjimat, ikat perut dan lain-lain?
Kau suruh rakyat berjimat, tapi bini kau shopping merata dunia. Rakyat kau suruh makan ubi dan ikat perut, tapi perut kau boroi macam babi! Bila lancar program futsal, masa nak tendang bola serupa badak kenyang berlari. Berlengkung-lengkang perut boroi dia!
Eh! Kalau di Jepun dah lama PM dia letak jawatan tau? Apa punya teruklah Malaysia ni?
Kesimpulannya:-
Laksanakan gaji minima RM2,000
RM2,000 gaji? Kau nak pakai orang gaji RM700 kan? Ada baki RM1,300. Bayar kereta RM500, sewa rumah RM500, makan RM300.
Anak-anak suruh isteri sara, duit minyak, duit parkir, bil air, bil elektrik, bil Streamyx, bil telefon semua mintak isteri payungkan. LOL! Buat malu je! Dahlah duit hantaran berhutang lagi!
Macam mana, tak ramai anak-anak muda kahwin di Chow Kit dan Bukit Bintang serta Brickfields saja? PTPTN lagi?
Persetankan syarikat yang akan gulung tikar
Suruh bos syarikat yang nak gulung tikar itu makan gaji di syarikat bos kaya.
Bawa masuk pelabur atau bos syarikat yang kaya
Bukan bawa masuk pendatang asing dari negara mundur.
p/s: Kalau Najib tak boleh bikin gaji minima untuk golongan swasta, suruh dia letak jawatan, pergi jual cekodok ke, goreng pisang ke bagi bini dia makan. Setakat jadi PM tunjuk jari satu macam tu, anak jiran aku pun boleh jadi PM!

Langgan:
Catatan (Atom)