IKLAN

IKLAN
Klik gambar

06 Oktober 2012

Panas ! Kegairahan Pimimpin PR Menguasai Kedudukan Jadi Penghalang Ke Putrajaya


Syed Husin minta pemimpin Pakatan lebih hati-hati beri kenyataan kepada wartawan

  
 Mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali menasihati para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kepada wartawan bagi mengelak pergeseran seperti yang berlaku antara naib presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan setiausaha agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Kontroversi bermula apabila laporan akhbar Sinar Harian membuat laporan mengatakan Azmin membayangkan Selangor bakal mendapat menteri besar baru yang kemudiaannya mengundang campur tangan Mustafa yang mengatakan isu tersebut tidak pernah dibincangkan dikalangan parti PR.
"Pemimpin Pakatan perlu berwaspada terutamanya apabila bercakap dengan media.
"Saya lihat perkara ini semakin menjadi-jadi, walaupun isu itu kecil ia mampu mewujudkan persepsi buruk nanti," kata Syed Husin (gambar) semasa ditemui The Malaysian Insiderpada pelancaran buku memoirnya berjudul "Memoirs of Political Struggle".
Syed Husin juga menggulas tentang persediaan PR untuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan menyatakan keyakinan PR mampu kekal memerintah negeri tersebut.
"Jika prestasi semasa dikekalkan, saya rasa Selangor akan kekal milik PR.
"Cuma masalahnya sekarang ialah masih banyak isu daftar pemilih yang diragui belum lagi diselesaikan oleh SPR," tambah Syed Husin.
Mengenai cabaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya PR menubuhkan kabinet bayangan, Syed Husin berkata tindakan tersebut adalah petunjuk bahawa Umno sudah tiada modal hinggakan terpaksa isu remeh-temeh untuk menyerang PR.
"Gesaan tersebut adalah sangat remeh berbanding dengan langkah PR yang mahukan sebuah pentadbiran yang telus dan menghapuskan rasuah," kata Syed Husin membidas gesaan Najib.
Dalam laporan media lalu, Najib telah bertindak mencabar PR untuk menubuhkan kabinet bayangan yang masih belum ditunaikan.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?" kata Najib

TERKINI ! ORANG PENAN BERTINDAK HALANG PROJEK EMPANGAN MURUM !!!



 Orang Penan di sarawak terus berhimpun dan bertindak menghalang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, ini selaki gus memutuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit. Halangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Kapitalis dan amp; Cukong Sarawak Energy Berhad at
au SEB sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.

Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala PEMANDU LORI sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu..




Dua Minggu Lepas TV Al Jazeera Telah Melapurkan Tentang Masalah Ini :

Stesen TV Al Jazeera Melaporkan Mengenai Kesan Sampingan Dari Pembinaan Empangan Di Sarawak

24 Sep 2012

Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.
Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.


Berita Lanjut : Disini

Kedahkini

Malaysia Kearah Negara Maju...???




Gambar ini diambil dari ibukota Malaysia...ada orang yang masih tak percaya!
Rakyat Malaysia, bangunlah dari mimpi anda! Kerajaan BN/UMNO wajib ditolak!

Masih banyak orang yang tiada berumah merempat tidur di tempat awam.

Sumber :  Disini

Panas ! 50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti



PERMATANG PAUH:
 Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.
 Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.
 Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.
"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu. "Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.
Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.
Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat. "Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau
.

Panas ! Apa-apa Pun Ali Rustam Pecah Rekod mengalahkan Rosmah

Hangpa fikir le... cara orang kampung buat kenduri satu kepala kos antara RM6.00 -RM10.00 termasuk peralatan khemah kerusi, meja. Kalau VVIP hangpa kira sendiri...
tapi Ali Rustam buat kenduri kos RM4.60 satu kepala....

Rekod kenduri kahwin terbesar kekal



Walaupun dihurung kontroversi, rekod kehadiran teramai ke kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam akan tetap kekal dalam Malaysia Book of Records (MBR).

"Apa yang penting bagi MBR, kami tetapkan kaedah dan peraturannya dan mereka memenuhinya.
NONE"Berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), saya tidak boleh komen apa-apa," kata jurucakap MBR kepadaMalaysiakini ketika ditanya sama ada siasatan itu akan menjejaskan rekod yang dicipta.

Menurutnya MBR lagi, penganjur berjaya membuktikan jumlah kehadiran tetamu, termasuk memberikan senarainya.

Perkahwinan anak sulung ketua menteri Mohd Ridhwan Ali dengan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali pada 30 September lalu dikatakan dihadiri seramai 130,000 tetamu, yang membolehkannya direkodkan dalam MBR.

Hangpa fikir le cara orang kampung buat kenduri satu kepala kos antara RM6.00 -RM10.00 termasuk peralatan khemah kerusi, meja. Kalau VVIP hangpa kira sendiri...

Panas ! Lim Guan Eng Cabar Najib!




Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Najib Altantuya dicabar mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.

“Sekali lagi, Najib Altantuya telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang.Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

“Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib Altantuya mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.

“Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan

“Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.

Terkini ! 3 PM akan disepina...Siapa Berbohong Skandal PKFZ...

menyusul lagi

05 Oktober 2012

KANTOI ! FORMULA 3-3-3-1 ZAHID, RAMPAS P.PINANG DITEMPLAK NGO PRO AMNO....


 Kepala Batas Bakal Tumbang, Pulau Mutiara Kekal Milik Pakatan!




Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.
Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.

Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.

Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.

Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.

Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.

Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.

Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata.

BERITA BERKAITAN.......


Formula 3-3-3-1 Untuk Rampas Semula P.Pinang - Ahmad Zahid


Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) mengibarkan bendera BN sebagai tanda sokongan pada program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Sunway Karnival Mall, Seberang Jaya, P.Pinang, Ahad. Program berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan selaku Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Seramai 5,000 pemuda dan puteri BN menghadiri program berkenaan. 
BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 
 Lagi Berita  Disini

Panas ! Aksi MP Pengerang...Menyerang Dan Mengerang..Datang Bulan Jugak Minah nie...???


Video Azalina Othman mengamuk dalam dewan tersebar!! Saksikan!!



Patutlah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian menolak untuk berdebat dengan Azalina Othman yang juga Ahli Parlimen Pengerang ini.. ganas rupanya penyampaian dia..

Apa yang disampaikan olehnya sebenarnya bukanlah sesuatu yang memedihkan telinga tetapi cara penyampaiannya kelihatan ganas sekali.. kalau tak percaya korang tengok dan 'mute' kan suaranya..
Ini sebahagian dari apa yang disampaikan olehnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini..
Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang ~ Malaysiakini

Tengoklah betapa ganasnya penyampaian dia.. 


Yang nak mencelah pulak ialah Nurul Izzah... maka semakin terserlahlah kejantanan Azalina Othman tu..

Panas ! Kalau Najib Ada Telur..Jangan Sekat Peguam Suaram Masuk Malaysia

Scorpene: Surat Jemputan Diterima Peguam Perancis


Peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis – William Bourdan dan dan Joseph Breham telahpun menerima surat jemputan supaya mereka hadir memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung siasatan dan perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi.

Turut menerima surat jemputan itu, peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner.

“Dua pucuk surat sudah dihantar, mereka sudah terima undangan daripada surat yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang supaya mereka datang untuk beri taklimat,” jelas Tian.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak menyekat atau menghantar pulang seperti yang dilakukan ke atas peguam Suaram, William Bourdon, tahun lepas. “Kita berharap peguam Perancis itu tidak lagi dihantar pulang kerana tiada alasan untuk menyekat kemasukannya ke Malaysia. Mereka (peguam) belum lagi beri respon, tapi kita harap dapat datang dalam masa Parlimen sedang bersidang.

“Ini kerana mereka perlu pohon visa untuk datang ke Malaysia. Berapa lama saya tidak pasti kerana bergantung kepada kerajaan untuk luluskannya,” ujarnya. Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, jika kerajaan berkeras tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini, jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

“Tiada sebab untuk halang, mereka hanya dijemput memberikan taklimat berhubung status perbicaraan dan siasatan untuk kita dapat maklumat terus daripadanya,” kata Tian.
Dalam surat itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan.


Terkini...Badan pemikir: BN juga terima pembiayaan Amerika


Sebuah badan pemikir berkata Barisan Nasional (BN) tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian dan menerima sokongan Amerika.

Wan Saiful Wan Jan (2)"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Halehwal Demokrasi dan Ekonomi (Idea), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepadaMalaysiakini.

"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.

"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya
.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan pro-kerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia. Suaram  kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan".


Panas !!! Reaksi tentang ranking FIFA


Pada 3 Oktober lepas, FIFA telah mengeluarkan ranking terkini pasukan bola sepak dunia dan Harimau Malaya jatuh di tempat ke-162.
Harimau Malaya jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas. Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun.
Walaubagaimanapun, jurulatih skuad Malaysia Datuk K.Rajagobal menegaskan bahawa ranking FIFA tidak penting dan bukan pengukur sebenar anak didiknya.

Panas ! Sapa Nak Projek Bekal Tangki 1M..Jumpa Zahida..???



Sapa dapat tender membekal tangki nie tentu kaya...kalau nak projek kena kautim dengan Zahida Rafik...cepat-cepat untung belambak....?


Sebuah Tangki Air 1Malaysia harganya RM2500?? .. harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah.. "BAJET" menguntungkan Kroni...

Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah.


Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,” Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik
.

-Kedahkini

04 Oktober 2012

Terkini !!! Bahaya neh...KSN baru nie main LANGGAR....je ?



Apa macam gua tengok KSN baru jadi  ancaman baru kepada kerajaan Pakatan, cuba tengok kejatuhan kerajaan PR perak peranan SUK amat besar jadi kerajaan PR harus berhati-hati dengan perancangan licik mereka ini......


Isu Datuk Bandar MBPJ, KSN Membelakangi MB dan Exco Selangor
SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan alam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini.
Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.
“Kita ingin perjelaskan bahawa SUK, Datuk Khusrin Munawi hanyalah salah seorang ‘ex- officio’ penjawat awam yang dilantik atas kapasiti jawatan beliau dan bukannya diberikan ‘kuasa’ bagi membuat keputusan bagi pihak ‘Pihak Berkuasa Negeri’.
“Pihak Berkuasa Negeri ialah Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor,” kata Dr Xavier dalam kenyataan medianya.
Dr Xavier menegaskan, arahan JPA bertarikh 27 September lepas untuk pertukaran jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya tersebut adalah bertentangan dengan Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kerana Kerajaan Negeri diberikan ‘kuasa mutlak’ melantik Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya oleh pihak JPA.
“Jadi tidak berbangkit isu KSN mengenalpasti pengganti kepada Datuk Bandar Petaling Jaya kerana perlantikan ke jawatan tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Jelas beliau, sebagai seorang penjawat awam, Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai KSN pada 24 Jun yang lalu seharusnya mempunyai rasa hormat untuk mengadakan lawatan kunjung hormat bertemu Menteri Besar dan ahli-ahli Exconya.
Ia kerana beliau harus sedar sebagai seorang penjawat awam seseorang itu harus akur kepada kerajaan sedia ada dan bukannya sekadar mengambil arahan dari Kerajaan Persekutuan sahaja dengan mengambil tindakan yang boleh mencetuskan kontroversi.
“Kita juga akan berbincang dengan Khusrin dalam mesyuarat Exco terdekat bagi mendapatkan laporan lanjut tentang isu itu kerana Kerajaan Negeri hanya mengetahuinya dari laporan media,” katanya.

Projek Rapid : Tujuan Rampas Tanah untuk Kroni...?




PKR tuduh projek RAPID bertujuan rampas tanah penduduk di Pengerang


 Naib presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng menuduh projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang bertujuan untuk merampas tanah daripada para penduduk atas alasan pembangunan dan meningkatkan ekonomi.
Chua (gambar) berkata projek sebenar di Pangerang hanya melibatkan penggunaan kawasan seluas 2,889 ekar sahaja tetapi kerajaan negeri Johor sebaliknya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memperolehi keluasan kawasan hingga 22,500 ekar.
“Kerajaan Selangor pernah mendapat tawaran yang sama bagi projek di Pengerang. Tapi ia ditolak, kerana telah ditolak oleh pihak kerajaan negeri.
“Semasa tawaran itu dicadangkan kepada kerajaan Selangor menerusi Syarikat Everwish Sdn Bhd, mereka hanya meletak syarat sebanyak 2889 ekar saja yang diperlukan untuk mendirikan loji petrokimia di Pulau Indah,” kata Chua.
Ekoran bukti baru tersebut, Chua mempersoalkan kenapa sejumlah besar tanah itu dirampas oleh kerajaan Johor dibawah menteri besar (MB) Dato' Abdul Ghani Othman serta berharap beliau menjelaskan apakah rancangan bagi menggunakan baki tanah tersebut.
Chua juga tidak menolak sebuah syarikat kroni Tebrau Teguh Bhd di Johor mungkin akan mendapat faedah dalam perancangan baki tanah di Pengerang.

Mengejutkan Janet Jackson Pilih Islam, Bertudung!

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.

Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam. 

Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .
Media Showbizspy, melaporkan pada Isnin 1 Okt kelmarin menyebutkan bahawa pernikahan Janet dengan Wissam akan menelan dana hingga 20 juta dolar atau kira-kira RM60 juta. Menurut sumber perkahwinan itu akan menjadi ' terbesar sepanjang sejarah.'

“Mereka telah merencanakan pernikahan pada tahun 2013, namun untuk waktu tepatnya masih difikirkan,” kata salah satu sumber.

Janet dan Wissam akan mengundang 500 tamu. Wissam juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati untuk tamu. Kini menjadi isu mengejutkan, bila Janet telah masuk Islam, mengikuti agama yang dianut Wissam.

Majalah Mediatakeout, Ahad 30 Sept memperlihatkan gambar Janet memakai tudung yang menutup aurat semasa berada di Miami, Florida. Tabloid gosip National Enquirer mengumumkan Janet kini sudah positif menganut agama Islam dengan tajuk “Janet Jackson’s Secret Muslim Life: Inside Her Bizarre World“.

Sebenarnya, Islam bukan agama yang asing bagi keluarga Jackson. Kakak Janet, Jermaine diketahui adalah seorang Muslim. Begitu juga Michael Jackson menganut Islam, meskipun hingga kini misteri kematiannya masih simpang siur. -ibnuhasyim



Panas ! Jangan Kalut Sangat..Kasi Menang Dulu....?

Cakap-cakap dan perangai macam orang AMNO.........

Orang Pakatan Jangan Jadi Persis Mat Jenin



Elok rasanya kalau semua pihak dalam parti yang berikat dalam Pakatan Rakyat tidak bercakap soal siapa yang akan menjadi perdana menteri, menteri ataupun menteri besar ataupun tokoh-tokoh bakal dilantik memegang GLC kalau pakatan itu menang kelak. Percakapan seperti itu tidak membawa kebaikan sebaliknya memberi keburukkan. Semua pemimpin dan orang dalam Pas, PKR dan DAP tidak perlu mengira atau menamakan sesiapa untuk memegang jawatan itu dan jawatan ini.

Apa yang lebih afdal dan diutamakan ialah kemenangan. Yang perlu difikir dan menjadi fokus ialah kemenangan. Cuba berfikir macam mana untuk memastikan pakatan itu menang bukannya terlebih dahulu mengisi kemenangan dengan menlantik orang itu dan orang ini.

Tidak ada guna menamakan orang itu dan orang ini kalau kemenangan masih kabur. Yang akan boleh membawa kepada perkiraan untuk memilih siapa ialah kemenangan. Bercakap untuk melantik orang itu dan orang ini samalah seperti petani yang bercadang untuk memelihara lembu yang belum dibelinya, sudah berkhayal sama ada lembu itu hendak simpan dalam kandang, di kondo ataupun diletak dalam lori. Perbuatan itu sia-sia saja.

Bahkan dengan bercakap mengenai jawatan dan kedudukan ia boleh menyebabkan Pakatan Rakyat bergaduh sesama sendiri sebelum sampai ke pertengahan jalan. Anda semua kini dalam mengatur langkah menuju ke Putrajaya. Walaupun untuk menghilangkan rasa katup dan menghamba keletihan dalam perjalanan itu dengan berangan-angan begitu, tetapi ia tidak berapa bagus. Kalaulah ada dua tiga ahli dan penyokong bengong akan bergaduh sesama sendiri. Kalau untuk menghilangkan bosan dalam perjalanan itu carilah cerita lain yang lebih selamat.

Ahli Pas yang bengong sudah tentu mahukan Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri, begitu juga dengan ahli PKR yang bebal tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Kedua ada hujah masing-masing. Yang mahukan Abdul Hadi mendakwa kekuatan Pakatan Rakyat disebabkan Pas, manakala di pihak PKR pula akan mendakwa kekuatan PR kerana Anwar.

Itu tidak termasuk kalau-kalau ada yang tidak berapa sihat dalam DAP akan berpendapat jawatan PM patut diberikan kepada DAP kerana kemenangan PR itu disebabkan sokongan Cina.  Apakah kalau ketiga-tiga tokoh parti dalam Pakatan itu termakan pula dengan dakwa dakwi itu, haru jadinya.

Jadi sebaik-baiknya semua pihak jangan bercakap dulu fasal ini. Kalau pun masing-masing ada calon masing-masing diamkan saja. Biarlah keadaan selepas kemenangan nanti akan menentukan. Semua pihak perlu menerima fitrah politik itu penuh dengan serba mungkin. Selebihnya siapa bakal memegang jawatan apa kena serahkan kepada Allah s.w.t. Kita hanya merancang mengikut kadar akal fikir kita tetapi yang menentunya nanti adalah Tuhan kita. Hakikat inikita semua kena terima dengan penuh redha.

Manalah tahu tiba-tiba orang lain suku sakat yang akan menjadi PM nanti bukan Anwar atau Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Siapa tahu? Semua boleh jadi dan serba mungkin.

Secara peribadi saya cukup bimbang cakap-cakap atau angan-angan orang Pakatan Rakyat itu akan menjadi seperti Mat Jenin yang jatuh dan mati dari pokok kelapa sebelum berbuat apa-apa, hatta membeli kambing yang kemudian didagangkan sehingga dia membayangkan akan berkahwin dengan anak raja. Elaklah jadi macam Mat Jenin.- merahtinta

PAS kesal kenyataan Azmin dan Shuhaimi

 PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.
 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersa
ma.


Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.


Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid


Siapa Azmin untuk tentukan jawatan Khalid

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menegaskan bahawa pelantikan Menteri Besar ialah bidang kuasa mutlak Sultan Selangor.
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.
Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan Azmin sebagai berkata,  Selangor bakal kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Mengikut laporan itu, Khalid akan diberi jawatan menteri.
Menurut Azmin yang juga ialah Timbalan Presiden PKR kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Selain itu keupayaan dan kejayaan Khalid memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka, kata Azmin yang juga adalah Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa.
Sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran Selangor, Azmin pernah disebut-sebut layak menjadi Menteri Besar.
Kuasa sultan
Kenyataan baru Azmin ini boleh mencetuskan perdebatan baru di antara  kumpulan penyokong Azmin dan Khalid seperti yang berlaku sebelum ini.
Faekah menambah bahawa kenyataan Azmin merupakan pandangan peribadi beliau tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
“Saya dapat komen bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bahawa siapa jadi Menteri Besar, Perdana Menteri dan Menteri tidak dibincangkan,” kata Faekah.
Beliau turut menegaskan bahawa kuasa melantik Menteri Besar terletak di tangan Sultan Selangor.
“Menurut undang-undang tubuh negeri, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar Selangor
“Walaupun Pakatan mempunyai calon (setelah menang pilihan raya umum), kena rujuk sultan,” kata Faekah-FMT
.


KANTOI ! PROGRAM HANGOUT NAJIB DAH JADI....HANG KELUAR@ NAJIB KELUAR...

Gempar, Najib Malu, Video Hangout Najib Di Privatekan.




Tak sampai sejam sesi hangout najib razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. (klik sini)

Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga sekarang, (sila klik sini)

Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?.

Baiklah, kita bezakan siapa lebih telus?, besar kemungkinan video najib akan diedit (dipotong-potong) dan dimuat semula bagi menutup peristiwa memalukan yang telah "tukanglawan" siarkan tadi. (klik sini untuk baca).

Ini bermakna, najib tidak dapat terima riaksi ramai yang jelas tidak memihak pada najib pada sesi selama 1 jam itu.

Untuk mengatakan memang siaran itu tidak dapat ditonton selepas sesi tamat itu mustahil kerana video Google hangout Anwar Ibrahim terus boleh ditonton sehingga kini tanpa perlu ada suntingan atau pengubahsuaian sebelum dinaik semula., semua yang disiarkan adalah rakaman semasa sesi itu berlangsung seharusnya boleh terus ditonton tanpa masalah..




Media sosial semalam telah menghentam Najib  dengan begitu teruk sekali mungkin memaksa rakaman video itu ditarik keluar.  Ini mungkin  kerana video  terlalu ramai yang dislike......

antara komen-komen dibawah :


- Mengapa DS takut untuk berdebat dgn DSAI? Cakap sorang2 macam pahlawan

- Who is this loser???

- budget kroni. Hidup Umno. hidup melayu


Saya cadangkan dato seri berdebat dengan ketua pembangkang. Terima kasih

- najib sembang lebat.. bahas dekat parlimen takut.. boooo!!!

- PALO BOTAK, BIBIR MERAH

- bosannye soklannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,,,

- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat
 

- saya masih menunggu DSAI demam bila debat dgn Tuan PM,buktikan !Debat !Debat!Debat!


- Jibby awat tak datang parlimen aritu? mc ker?
  


Nampaknya najib makin hilang populariti, idea meniru sesi goggle hangout yang dilakukan Anwar Ibrahim akhirnya memalukan najib, sudah pasti dengan kayu ukur ini anda dapat mengagak antara najib dan Anwar siapa pilihan rakyat malaysia agaknya?

Kedahkini

KANTOI! Bukti Ali Rustam Salahguna Kuasa Untuk Majlis Kahwin Anaknya!



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu!

Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]

Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.


Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. -
JALAN PULANG


Berita  Baru Masuk........Maklumat dan kenyataan semakin celaru ?

Ali Rustam dakwa kos perkahwinan mewah anaknya hanya bernilai RM600,000


    Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.
Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.
Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, “mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.
“Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham.”
Sementara itu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka mempersoalkan dakwaan pegawai khas ketua menteri (KM)  Melaka itu, Datuk M S Mahadevan bahawa perkahwinan anak lelaki anak Mohd Ali ditaja.
Mahadevan menyatakan penyediaan makanan dan perkhidmatan lain dalam majlis perkahwinan anak ketua menteri Melaka itu diperolehi secara percuma.
“Satu sen pun tidak dibayar kepada sukarelawan yang bertugas di majlis tersebut.
“Ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga Ketua Menteri dan semua rakyat Melaka ingin menyaksikannya,” kata pegawai khas kepada ketua menteri Melaka dipetik dari The Star Online menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tentang kemewahan majlis tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew meminta Mohd Ali supaya mendedahkan secara terperinci pihak-pihak yang memberi tajaan majlis perkahwinan anak beliau.
“Ketua Menteri perlu mendedahkan siapa yang memberikan tajaan kepada perkahwinan anak beliau.
“Beliau harus telus, kita juga mahu tahu mengapa mereka menaja perkahwinan anak Mohd Ali,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Adun Kota Laksamana itu turut mengatakan Mohd Ali (gambar) kini lebih popular dariapada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkahwinan anaknya dihadiri seramai 130,000 orang.
“Rumah terbuka perdana menteri hanya  100,000 orang datang.
“Rumah ketua menteri 130,000 orang datang, maknanya ketua menteri lebih popular daripada Najib,” katanya.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Asyraf Mukhlis Minghat pula mempertikaikan tentang penggunaan harta kerajaan dari majlis kerajaan tempatan oleh Mohd Ali dalam majlis perkahwinan anaknya
“Kita dapat maklumat dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, peralatan logistik seperti khemah, kerusi dan banyak lagi diambil dari kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
“Ini adalah satu kesalahan kerana menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi,” katanya.
Tinjauan The Malaysian Insider di laman sosial Facebook dan Twitter juga mendapati isu majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang memecahkan rekod Malaysian Book of Record kerana dihadiri oleh lebih 130,000 orang juga menjadi bahan kutukan rata-rata penyokong dan simpatisan PR.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Abu Nawas tidak dapat menyembunyikan kemarahannya tentang isu perkahwinan anak Mohd Ali dengan mengatakan,”Seramai 130 ribu yang hadir ke majlis perkahwinan anak ketua Menteri Melaka berapa ramaikah yang makan di meja VVIP, berapa ramaikah yang makan di meja VIP dan berapa ramaikah pula yang makan di meja anjing dan kucing dengan menggunakan pingan polyform? Harap2 semua 130 ribu tetamu yang hadir di layan sama rata tak kira yg miskin atau yang kaya yang ternama atau tidak bernama. Harap tidak tidak ada orang miskin yang hadir makan menggunakan pinggan pinggan anjing dan kucing.”
“TERDEDAH: Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) digunakan untuk menaja perkahwinan anak Ketua Menteri, Ali Rustam yang memakan belanja jutaan ringgit. Duit rakyat diseleweng untuk kegunaan majlis peribadi pemimpin Umno!” tulis Zunar Kartunis di Facebook.
Di laman Twitter pula pengguna yang menggunakan akaun @safibnrahman menulis, “Majlis perkahwinan anak Ali Rustam di anggarkan RM3 juta. Ingat kawan-kawan. Ini hasil menabung. Jom menabung. Ptuih!”
“KHAMIS 4 OKT 11am SPRM Melaka-Pimpinan Pakatan Rakyat Melaka diketuai SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN akan kemuka aduan siasat ‘majlis’ Ali Rustam,” tulis @rozanazen


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...