07 Februari 2015

CERAMAH ANWAR DAH TIADA SAMBUTAN?


“Jika saya ke penjara, kita menang lebih 60 peratus undi PRU14,” kata Anwar



Anwar Ibrahim memberikan ucapan yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini. - Foto TRP/Zalinah Noordin

GEORGE TOWN, 7 Februari:

Pakatan Rakyat akan mendapat 60 peratus undi selamat dan lebih undi popular dalam pilihan raya umum akan datang jika dia dikenakan hukuman penjara pada Selasa ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan takut dengan ancaman daripada sabitan kesalahan dan hukuman penjara.

“Saya tidak akan lari. Saya akan tinggal dan berjuang untuk rakyat Pulau Pinang, rakyat Malaysia dan negara ini. Tak ada jumlah wang yang boleh beli saya keluar.

“Jangan ancam saya dengan penjara dan hukuman. Saya tidak akan berkompromi mahupun menyerah.

“Jika saya ke penjara sekali lagi, kita menang lebih 60 peratus (undi),” katanya yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus atau 5,489,000 undi popular berbanding dengan BN yang hampir 48 peratus atau 5,220,000 undi.

Walau bagaimanapun dalam keputusan akhir PRU13, BN menang 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 daripada 222 kerusi parlimen.

Sambil mempertahankan dirinya tidak bersalah terhadap tuduhan liwat itu, Anwar berkata beliau patut menang dalam rayuannya dan bebas pada 10 Februari ini jika Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan kesnya berasaskan undang-undang, fakta-fakta, kebenaran dan bukti.

“Tetapi, saya masih didapati bersalah sekiranya undang-undang itu tidak dipatuhi,” kata Anwar dengan laungan keramat ‘lawan tetap lawan’.

Anwar juga turut mempersoalkan jika dirinya didapati bersalah dan dipenjarakan, adakah BN mampu menyelesaikan isu-isu rasuah, kronisme, nepotisme, kemiskinan, kejatuhan nilai mata wang dan krisis ekonomi.

Read more: SUMBER

PAKATAN BAKAL HANCUR?



Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak patut berkata mengikut suka beliau menghadiri mesyuarat sedangkan menghadiri mesyuarat tanggungjawab seorang pemimpin.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”

Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. ~tmi

LEE CHONG WEI GANTUNG RAKET?


'Saya nak berhenti!'
 Jangan sampai saya hilang sabar! Itu luahan Datuk Lee Chong Wei yang tidak teragak-agak menggantung raket selepas Panel Pendengaran Doping membabitkannya ditangguh lagi hingga bulan depan.

"Tengoklah sampai mana saya boleh sabar. Kalau sudah tidak sabar lagi, saya akan buat keputusan untuk berhenti," katanya selepas sesi latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini perbicaraan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 dan 2012 itu dijadual berlangsung minggu depan, namun ditangguhkan lagi kepada Mac.

"Saya tidak tahu, BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan ISN (Institut Sukan Negara) yang buat keputusan ini.

"Saya langsung tidak mendapat maklumat mengenai penangguhan dan tarikh baru," katanya yang kini digantung sementara Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

SETELAH KANTOI, KENAPA MENTERI TERSEBUT PADAM STATUS DI FACEBOOK?


Kenapa Ismail Sabri padam status facebook?

Malay Mail Online hari ini melaporkan bahawa berikutan jadualnya yang sibuk, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka tidak memberikan kenyataannya kepada polis minggu ini, berikutan kiriman facebook yang penuh kontroversi menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina.

Ya, Ismail kini sedang menikmati layanan wira terhadapnya selepas tekanan politik diberikan ke atas Kabinet, menyebabkan bukan sahaja 35 menteri, tetapi juga dua menteri MCA yang selama ini mengecam kenyataan perkauman Ismail sebelum mesyuarat Kabinet semalam, terpaksa menerima sahaja seruan Ismail dan menyifatkannya sebagai bijak, dan ditujukan kepada semua peniaga serta bukan peniaga dari kaum tertentu supaya menurunkan harga.

Tiada sesiapa yang tahu bagaimana dua menteri MCA tersebut dapat membulatkan yang lonjong, tetapi mereka jelas telah mencapai teknik silat politik yang tidak difahami oleh manusia biasa, termasuk ahli politik biasa.

Bagaimanapun, sekiranya tweet Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menyiasat kiriman facebook Ismail yang membuat kenyataan perkauman menyeru pengguna Melayu memboikot peniaga Cina masih perlu diambil serius selepas Kabinet membersihkan Ismail, tidakkah polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kabinet tentang bagaimana mereka berjaya mengubah kenyataan perkauman Ismail supaya memboikot peniaga Cina menjadi teguran kepada semua peniaga dan bukan kaum tertentu sahaja untuk menurunkan harga barang?

Bukan sahaja rakyat Malaysia, seluruh dunia ingin tahu bagaimana kabinet Malaysia berjaya melakukan silap mata. Pertamanya menukar seruan perkauman kepada pengguna Melayu untuk memboikot peniaga Cina menjadi kenyataan terhadap semua kaum.

Kedua lebih hebat lagi, iaitu menukar pendirian pemimpin politik seperti dua menteri MCA yang sebelumnya benar-benar percaya dengan sifat perkauman dari kiriman facebook Ismail sebelum mesyuarat Kabinet, namun kemudiannya menerima kenyataan Ismail itu sebagai tidak bersifat perkauman langsung.

Pun begitu, adakah pihak polis akan menyiasat Najib dan 35 Menteri Kabinet yang lain mengenai bagaimana mereka telah menukarkan sebuah seruan perkauman menjadi tidak perkauman?

Ismail berkata bahawa tidak ada masalah dengan kiriman di facebooknya, dan tidak akan memohon maaf. Malah, beliau diraikan sebagai wira nasional – lebih hebat berbanding Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi.

Tetapi jika tak ada masalah dengan kiriman Facebook menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina, kenapa Ismail Sabri memadamkan kiriman tersebut?

06 Februari 2015

SAMAN PEMILIK THE EDGE TERHADAP JHO LOW AKAN DEDAHKAN LAGI TEMBELANG 1MDB?


Pemilik The Edge hantar surat saman kepada Jho Low



Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menuntut ahli perniagaan Jho Low berhenti 'pembohongan berniat jahat' terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya. 

Pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong menyerahkan notis kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, menuntut Low berhenti "mereka pembohongan berniat jahat" terhadapnya dan penerbitan berita di bawah kawalannya.

Katanya, peguamnya pagi ini menghantar satu surat tuntutan kepada Low, juga dikenali sebagai Jho Low, meminta beliau "berhenti dan menghentikan pembohongan yang dibuat" terhadap The Edge, The Malaysian Insider dan Tong sendiri melalui beberapa blog.

"Saya percaya Low ialah orang yang bertanggungjawab membuat pembohongan berniat jahat dan cerita palsu terhadap The Edge Media Group dan saya, melalui beberapa blog menggunakan platform blog WordPress," kata Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Tong, pengerusi eksekutif kumpulan itu, diserang beberapa blog, yang kemudiannya dikesan bersumber dari satu blog, kerana medianya memberi liputan kepada dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibebani hutang.

The Edge Malaysia melaporkan pada Selasa, blogger malaysianexpose.wordpress.com yang di belakang serangan terhadap Tong dan The Edge Media Group juga di sebalik serangan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan eksekutif bank Datuk Seri Nazir Razak, sambil pada masa sama menulis blog lain yang memuji Low.

Satu persamaan antaranya ialah, kedua-dua The Edge dan Dr Mahathir mendedahkan perkara yang negatif tentang 1MDB.

Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama umum dan nama pengguna "ahrily90" dan menerusi blognya mengkritik Dr Mahathir sejak Julai lalu.

Bagaimanapun, Low menafikan terlibat dalam serangan terhadap tiga pihak ini, mengatakan dakwaan itu mengarut dan palsu.

"Low menghormati individu tersebut kerana pencapaian profesional mereka," katanya sambil memberitahu beliau merujuk perkara itu kepada peguamnya.

Tong berkata empat hari sebelum serangan pertama terhadapnya dan The Edge, yang mengatakan beliau cuba mensabotaj ekonomi negara menerusi aktiviti spekulasi matawang bagi menjatuhkan nilai ringgit dan mengaut keuntungan daripadanya, seorang wartawan The Edge menghantar soalan kepada 1MDB berhubung pinjaman AS$975 juta diperolehinya dari Deutsche Bank pada September 2014, mengaitkannya dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Bagaimanapun, 1MDB tidak mahu mengulas lanjut perkara itu, mengatakan tiada apa yang perlu diperkatakannya selain seperti yang dimaklumkan di dalam laporan tahunan syarikat.

Tong berkata, The Edge banyak melaporkan tentang 1MDB kerana kebimbangan yang bukan hanya dirasai mereka tetapi ramai lagi pihak lain dalam sektor korporat dan perbankan, termasuk perkhidmatan awam juga.

"The Edge Media Group, yang termasuk The Edge dan The Malaysian Insider, percaya dengan penyertaan ekonomi dan sosial. Kami mahu menggalakkan ketelusan dan urustadbir yang baik.

"Kami cintakan negara kami dan sebagai sebuah media, kami bertanggungjawab kepada umum melaporkan sebarang isu yang menjadi kepentingan negara," kata Tong.

Sambil menegaskan yang beliau seorang warganegara Malaysia yang tidak memegang status warganegara mana-mana negara lain, katanya apabila The Edge Media Group membangkitkan isu yang menjadi cabaran negara, ia bukan satu tindakan mensabotaj negara.

Sebaliknya, ia akan membantu rakyat ke arah mencari solusi bagi kebaikan negara.

"Satu-satunya sebab The Edge menulis mengenai masalah dihadapi 1MDB ialah supaya isu itu dapat ditangani, dikekang dan diselesaikan," katanya.

MUFTI TEGUR PM...APA PUNCANYA?


Mufti: PM hadir seakan penganut agama lain


Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur ramai pemimpin, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir ke upacara agama bukan Islam dalam keadaan “seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain”.

“Saya berpendapat, ramai pemimpin termasuk YAB perdana menteri Malaysia, tidak mendapat nasihat yang jelas tentang hal ini sehingga mereka hadir dalam keadaan seakan mereka sebahagian dari penganut agama lain,” kata Dr Asri.

Katanya, pemimpin Islam tidak boleh menzahirkan perbuatan seakan turut merayakan upacara agama lain seperti melakukan perbuatan ataupun memakai pakaian upacara.


“Penganut agama lain hendaklah menghormati agama pemimpin yang mengunjungi mereka dan tahu tujuan kehadiran pemimpin adalah untuk keharmonian yang ditonjol melalui kepimpinan yang terhormat, bukan dengan cara pemimpin turut melakukan upacara yang bukan ajaran agama pemimpin itu,” katanya.

Asri (atas) dipercayai merujuk kepada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini yang dihadiri Najib.

Bekas pensyarah di Universiti Sains Islam (USM) itu juga berkata, Islam menghormati beragama pihak lain dan menyeru ke arah kebaikan untuk semua manusia.

Bagaimanapun, katanya, dalam masa yang sama seorang Muslim wajib memelihara identiti akidah Islam.

Menulis di Facebook hari ini, Dr Asri berkata walaupun pada asalnya orang Islam tidak boleh menyertai upacara agama lain, terdapat pengecualian dalam kes-kes tertentu.

Ia antaranya untuk menjalankan tugas yang memberikan manfaat untuk kemanusiaan seperti pegawai keselamatan yang hadir menjaga ketenteraman tau doktor yang merawat pesakit.

“Maka seorang pemimpin utama negara ataupun negeri yang beragama Islam boleh hadir tetapi bukan untuk turut merayakan upacara agama sebaliknya hadir sebagai menjalankan tugas kepimpinan seperti untuk berucap memberi nasihat umum tentang negara dan seumpamanya,” katanya. ~MK

05 Februari 2015

TERPANAS....MAHFUZ TEMPELAK PEMIMPIN UMNO " JANGAN JADI SEPERTI ORANG YANG MABUK TODI"



Usah sokong membuta tuli seperti orang mabuk minum todi – Mahfuz

Ketua Bahagian UMNO hendaklah sokong berlandaskan fakta




KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru 93 Ketua Bahagian UMNO agar berani menyatakan tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan menunjukkan contoh tauladan menurunkan harga barang kawalan yang di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

Beliau mempersoalkan jika 93 ketua Bahagian UMNO yang menyokong Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri Yaakob akan turut menyeru agar memboikot kerajaan Malaysia yang gagal menurunkan harga barang kawalan.

Ismail Sabri sebelum ini dalam satu kenyataan di Facebooknya menyeru supaya pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan keperluan. Kenyataan beliau telah mencetuskan pelbagai polemik isu harga barang di negara ini.

“Saya menegaskan supaya para pemimpin UMNO bahagian itu menyatakan sokongan berlandaskan fakta. Usahlah menyokong membuta tuli ‘bagaikan oramg yang mabuk meminum todi’,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini hari ini.

Mahfuz juga menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang berpendapat, Ismail Sabri tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di laman Facebook.

Tun Mahathir sebelum ini mengakui kurang bersetuju dengan cara Ismail Sabri untuk memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Mahfuz berkata, kenyataan Ismail Sabri sangat tidak berhati-hati, walaupun beliau telah menafikan bahawa beliau menyeru supaya masyarakat memboikot peniaga Cina.

“Pada waktu dia keluarkan kenyataan itu semua tahu dia berniat pada perniaga Cina.

“Sebab itu saya nasihat pada Ismail Sabri supaya fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan seperti ini,” kata Mahfuz.



Mengulas lanjut, Mahfuz bersetuju untuk menggunakan kaedah “kuasa pengguna” namun biarlah “kena dengan caranya”.

“Bagi saya kalau hendak boikot kita memang setuju tetapi jangan bagi gambaran fakta yang tidak betul,” jelasnya.

“Ini bukan soal Cina (atau) Melayu, ini soal barang. Barang yang harga naik itu bukan sahaja dijual oleh Cina. Barang yang dijual Melayu juga ada yang tidak turun harga,” tambah beliau.

Sebelum ini, Dr Mahathir turut menasihati menteri berkenaan supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

“Agaknya dia (Ismail Sabri) tidak terfikir apa yang dia kata, kita mesti berhati-hati,” tegasnya.

SUMBER

MENGAPA KINI ORANG YAHUDI DIBENCI OLEH RAKYAT BRITAIN

Rakyat Britain Makin Ramai Mula ‘Meluat’ Orang Yahudi



LONDON – Ketika media antarabangsa dikuasai Yahudi mempromosikan kekejaman militanIslamic States termasuk kes terbaharu membakar hidup-hidup juruterbang tentera udara Jordan bagi membangkitkan rasa marah kepada agama Islam, lain hal pula di Britain.

Media tempatan pada Khamis melaporkan, insiden benci penganut Yahudi atau popular disebut sebagai anti-Semitik mencatatkan 1,168 kes pada 2014 di seluruh Britain; iaitu meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya hanya 535 kes.

Ia didedahkan sebuah yayasan amal pemantau kadar jenayah, Community Security Trust(CST) dan data tahun lalu dianggap paling tinggi sejak organisasi kebajikan tempatan itu merekodkan secara rasmi kes anti-Semitik di seluruh negara pada 1984.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Britain, Theresa May yang terkejut dengan laporan terbaharu itu mendakwa kerajaan amat prihatin dengan nasib penganut Yahudi sambil menegaskan: “Britain tanpa orang Yahudi bukanlah pun bernama Britain”.

CST dalam laporan itu mendedahkan, konflik berdarah di Gaza susulan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada Julai lalu sehingga mencetuskan perang rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu menyebabkan peningkatan drastik sentimen anti-Yahudi.


“Mujur kebanyakan kes tidak pula melibatkan keganasan fizikal serius tetapi lebih kepada grafiti ayat carut, ancaman lisan, kerosakan harta benda, diskriminasi layanan dan maki hamun yang berbaur perkauman,” kata ketua eksekutif CST, David Delew.

Polis dalam pada itu turut mengesahkan peningkatan kes ugutan bersifat jenayah dan mulai kerap melakukan rondaan di kawasan majoriti komuniti Yahudi ekoran serangan berdarah ke atas sebuah pasar raya milik Yahudi di Paris, Perancis awal Januari lalu.

Masyarakat Yahudi di Britain dianggarkan kira-kira 300,000 orang dan mereka mula mendiami negara itu sejak tahun 1070 sebelum diusir keluar oleh Raja England pada 1275 kerana aktiviti riba menyebabkan rakyat menderita akibat faedah hutang besar.

Komuniti itu berhijrah ke Scotland yang masih membenarkan mereka tinggal di wilayah tersebut selain Poland, namun diizinkan memasuki semula England dan Wales pada tahun 1625, sebelum kembali menguasai sepenuhnya sektor ekonomi dan politik tempatan.

Kerajaan Britain bertanggungjawab dalam menubuhkan negara haram Israel menerusi Perjanjian Balfour bersama Persekutuan Zionis Great Britain pada 1917 dengan menduduki secara paksa tanah wilayah hak milik penduduk asal Palestin. – Agensi

BATAL PROJEK SAMAN TRAFIK AES, BENARKAH PAMPASAN RM1 BILION KEPADA BETA TEGAP & ATES??



Projek Saman Trafik AES : Pampasan Bernilai RM1 Bilion. Beta Tegap (RM500 Juta) dan ATES (RM500 Juta)? : 


Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan kerajaan Malaysia kalau kena caranya. Berita terkini yang Berita Semasa terima sepertimana mana dilaporkan sendiri oleh The Edge Financial Daily kerajaan bakal membayar sejumlah RM500 juta (duit pembayar cukai) kepada setiap syarikat.

Beta Tegap bakal terima pampasan RM500 juta
ATES juga bakal terima pampasan RM500 juta

BACA SINI : Majalah 3 TV3 (Mazidul Akmal Sidek) Kantoi Menipu? Penunggang SUPERBIKE aka PELESIT JALANAN Dikesan. Terima Kasih AES!!

Kerajaan Batal Kontrak Saman Trafik AES Kepada Beta Tegap dan ATES

Semuanya dek kerana kerajaan Malaysia telah membatalkan kontrak menguruskan operasi AES pada September 2013 untuk kedua-dua syarikat ini yang mana kerajaan sendiri akan menguruskan sistem saman AES melalui sebuah syarikat milik kerajaan iaitu AES Solution.

Lebih elok jikalau JPJ atau PDRM sendiri yang uruskan. Kontraktor terbaru uruskan saman trafik AES yang terbaru ini pun bukan dapat projek daripada “open tender“

“Mengapa susahkan, perkara sedia ada senang”?

Kenapa daripada dahulu kerajaan Malaysia tidak berfikir mengenai cara ini? Mengapa? Di mana dan kemana pemikir untuk kerajaan Malaysia? Akhir, buta-buta kerajaan Malaysia bakal terpaksa mencampakkan dan membazirkan duit rakyat sejumlah RM1 bilion untuk kedua-dua syarikat swasta Beta Tegap dan ATES bagi menguruskan saman trafik AES.

Yang kenyang dan untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya



LAGI MENARIK : Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

P/S : Duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk banyak kemudahan rakyat seperti perumahan, jalanraya di Malaysia dan juga bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak

SUMBER BERITA

TNB DIGESA TURUNKAN TARIF UNTUK RANGSANGAN PERTUMBUHAN EKONOMI

TNB Digesa Turunkan Tarif Elektik


KUALA LUMPUR: Beberapa kumpulan perniagaan menggesa Tenaga Nasional Bhd (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik kerana harga gas dan arang batu yang menjadi sumber utama untuk penjanaan kuasa telah turun.

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia berkata, TNB boleh menjimatkan anggaran sebanyak RM730 juta tahun ini berdasarkan prospek trend penuruanan harga gas asli, minyak dan arang batu.
Presidennya, Datuk Lim Kok Cheong berkata syarikat utiliti itu menaikkan tarif dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api.

"Sekarang harga bahan api telah menjunam sejak enam bulan yang lalu, tarif elektrik juga perlu dikaji semula untuk membantu mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan sekaligus akan membantu untuk mengurangkan atau menstabilkan kos sara hidup.

"Tarif elektrik adalah salah satu faktor utama yang penting kepada perniagaan tempatan dan pelabur asing," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K.K. Eswaran berkata bahawa adalah adil jika TNB melakukan semakan tarif sejak harga minyak, gas, diesel dan arang batu menurun dengan ketara.

Tambahnya, industri berasaskan bahan api lain seperti pengangkutan juga perlu menurunkan harga mereka untuk membantu menurunkan kos operasi.

Selain itu beliau turut menggesa kerajaan supaya merangka satu dasar atau mekanisme bagi mengkaji cadangan berkenaan.

Merujuk kepada industri penerbangan komersial, beliau memuji syarikat penerbangan yang menghapuskan surcaj bahan api. Mstar

04 Februari 2015

TURUN HARGA BARANG: TURUNKAN TARIF ELETRIK DAN KOS PENGANGKUTAN DULU

Turunkan tarif elektrik dan kos pengangkutan dulu

Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Lim Kok Cheong berkata, peniaga tidak dapat menurunkan harga barang kerana pengusaha industri pengangkutan tidak menurunkan harga.

Beliau berkata, tarif elektrik yang kekal tinggi dan tidak turun-turun walaupun harga minyak menjunam juga menyebabkan peniaga tidak menurunkan harga barang.

"Kerajaan menyalahkan peniaga atas inflasi yang berlaku, hakikatnya penawaran adalah melebihi permintaan pada masa ini.

"Peniaga pun tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap pasaran," katanya kepada Sinchew Daily.

Kok Cheong menjelaskan, kerajaan pada separuh penggal pertama 2014 menaikkan tarif elektrik sebanyak 16 peratus.

Katanya, kerajaan bagaimanapun tidak menurunkan tarif elektrik pada ketika harga gas asli, minyak mentah dan arang menjunam pada separuh penggal kedua 2014 sekali gus membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaut keuntungan besar.

"Kerajaan perlu menurunkan tarif elektrik dengan segera, dengan ini sahaja dapat menurunkan kos operasi.

"Sektor pembuatan, perkhidmatan dan makanan juga akan menurunkan harga jualan produk selepas itu," katanya.

Menurutnya, pengusaha pengangkutan pada masa yang sama juga perlu menurunkan bayaran yang dikenakan.

"Hanya dengan ini, harga minyak yang rendah pada masa ini dapat menyumbang kepada penurunan harga barang," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perindustrian Kecil Sederhana Malaysia, Teh Kee Sin berkata, kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu menjadi perintis dengan menurunkan harga jualan untuk perkhidmatan dan produk mereka.

"Sebagai contoh, TNB perlu melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menurunkan tarif elektrik.

"Teladan yang ditunjukkan akan menjadi ikutan peniaga lain," katanya.



Khairy Minta TNB Turun Tarif Elektrik



KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

"Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun," katanya.
Dalam status yang sama, Khairy berkata dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.

"Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers(Gunakan kuasa anda sebagai pengguna). Engage with consumer groups and activists(Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna). Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media (Siarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial)," katanya.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Pemuda Umno untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna.

Katanya Pemuda Umno juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan.

"Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai fair price shops di bawah KPDNKK dan akan dipromosikan," katanya.

GAMBAR-GAMBAR KEJADIAN KAPALTERBANG TRANASIA MENDARAT DALAM SUNGAI [ VIDEO]





Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam









Pesawat TransAsia Airways terhempas ketika cuba mendarat dalam sungai di Taipei.
Lebih 10 orang dilaporkan cedera, menurut televisyen tempatan.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan tasik berdekatan bandaraya Taipei, Taiwan.

Ketika ini 10 penumpang pesawat tersebut telah berjaya diselamatkan dan anggota penyelamat dalam usaha menyelamatkan puluhan yang terperangkap. 10 orang dilaporkan cedera dan ini adalah kali kedua pesawat dari penerbangan TransAsia dilaporkan terhempas dalam jangka masa setahun.

Pada Julai lepas, pesawat milik TransAsia juga dilaporkan terhempas di Taiwan dan mengorbankan 48 nyawa penumpang dalam nahas tersebut.

Satu rakaman berkenaan saat sebelum pesawat itu terhempas juga kini tersebar menerusi youtube. Berikut adalah rakaman dan gambar-gambar kejadian.

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

SEHINGGA KINI 8 PENUMPANG TERBUNUH

2 ANGGOTA POLIS DITAHAN ROGOL SISWI DALAM TANDAS, DAN PAKSA SEKS ORAL

2 Polis Ditahan Paksa Seks Oral, Rogol Siswi Dalam Tandas


Gambar Hiasan

DUA pegawai polis ditahan Ahad lalu kerana merogol dan memeras ugut penuntut universiti berusia 19 tahun, lapor The Star.

Menerusi laporan polis yang dibuat pada Sabtu, mangsa mendakwa kedua polis terbabit mengambil kesempatan terhadap dirinya selepas menangkap dia dan teman lelakinya sedang melakukan hubungan seks dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa kemudiannya diarahkan mengikut salah seorang suspek ke dalam kereta polis sementara seorang lagi anggota masuk ke dalam kereta teman lelakinya.

“Menurut mangsa anggota terbabit menyuruhnya menyerahkan wang RM2,000 jika tidak mahu ditahan.

“Mangsa bersetuju dengan tawaran itu lalu dia dan teman lelaki dilepaskan selepas nombor telefonnya diambil,” katanya.

Keesokan harinya mangsa mendakwa dihubungi salah seorang polis terbabit untuk menuntut bayaran dijanjikan.

Polis itu kemudiannya menjemput mangsa dari asrama lalu membawanya ke pusat beli belah berhampiran.

“Di sana mangsa dipaksa melakukan seks oral dalam kereta sebelum dibawa masuk ke dalam tandas dan dirogol,” ujar ACP Azmi.

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, perbuatan pegawai polis terbabit tidak terhenti di situ apabila dia tetap diganggu menerusi panggilan telefon beberapa minggu selepas itu bagi menuntut habuan seks daripadanya.

Sebaik menerima laporan mangsa, dua pegawai polis terbabit ditahan pada Ahad.

TERBONGKAR! Blogger pro-Jho Low di belakang serangan terhadap Dr M, Nazir dan pemilik The Edge...JADI SIAPA DIBELAKANGNYA?




Snapshot dari cache Google dari blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015, memburukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya Mokhzani, Mukhriz and Mirzan. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.

Blogger tidak dikenali yang mengendalikan malaysianexpose.wordpress.com dan membuat serangan tidak berasas terhadap Datuk Tong Kooi Ong dan The Edge Media Group merupakan pihak yang sama di sebalik serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazir Razak.

Pada masa sama, siasatan menunjukkan, ia juga menulis blog lain yang mengandungi artikel memuji ahli perniagaan Jho Low.

Seperkara yang sama di sebalik serangan tersebut ialah The Edge banyak menulis pendedahan tentang syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sementara bekas perdana menteri itu juga terang-terangan mengkritik dana pelaburan negara tersebut, mengatakan ia tidak diperlukan dan patut ditutup.

Nazir, pengerusi CIMB Group, pernah dalam perbualan peribadinya melahirkan kebimbangan tentang hutang RM48 bilion 1MDB yang akan memberi risiko kepada sistem ekonomi dan perbankan sekiranya ia gagal.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada Disember 2013, Nazir juga berkata beliau bimbang bagaimana 1MDB boleh membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) memandangkan sudah terdapat lebihan bekalan ruang pejabat sedia ada.

Blogger tersebut bukan sahaja menyerang Dr Mahathir, tetapi juga anaknya, ahli perniagaan Tan Sri Mokhzani dan Datuk Mirzan serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz.

Blogger tersebut juga menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang turut menyuarakan kebimbangannya mengenai 1MDB.

Dalam kes Nazir, isteri dan anak-anaknya juga terpalit dengan fitnah.


Snapshot cache Google blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015 yang menerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.

Sementara itu, Low Taek Jho, 30-an, yang berasal dari Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Jho Low, terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (nama 1MDB sebelum ini).

Beliau masih lagi berpengaruh luas di 1MDB kerana hubungan rapatnya dengan pihak Abu Dhabi yang mempunyai urusan bernilai berbilion ringgit dengan syarikat kontroversi yang sarat menanggung hutang itu, yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Low yang sering dilihat di parti mewah dengan selebriti Hollywood seperti Paris Hilton dan Leonardo Di Caprio, mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, termasuk tawaran £1 billion (RM5.6 bilion) untuk kumpulan hotel UK Coroin Ltd yang gagal pada 2011.

1MDB memberi surat sokongan kepada Kumpulan Wynton milik Low untuk membeli Coroin yang memiliki beberapa hotel, termasuk Claridge's.

Low membuat bidaan tersebut bersama rakannya Sheikh Mansour Zayed of Abu Dhabi, yang juga pemilik kelab English Premier League Manchester City.

Namun mereka gagal kerana sesetengah pemegang saham Coroin merasakan, perjanjian yang dicadangkan dengan hutang yang tinggi (seperti kebiasaan perjanjian dibuat 1MDB) tidak dapat berfungsi.

Namun Low dan Sheikh Mansour, yang membeli saham kecil dari Coroin sebelum cuba membeli semua sahamnya, dipercayai mengaut keuntungan besar selepas menjual saham mereka kepada pembeli berikutnya.

1MDB tidak pernah menjelaskan mengapa ia mengeluarkan surat sokongan tersebut, yang timbul semasa kes mahkamah di London melibatkan pemegang saham Coroin yang bertelagah, bagi membantu Low.

Tahun lepas, The Edge Media Group menyiarkan beberapa pendedahan tentang hal ehwal 1MDB, termasuk sokongan 1MDB bagi Low untuk membeli Coroin serta pembelian tanah RM1.38 bilion di Pulau Pinang seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng.

The Edge melaporkan yang 1MDB terlebih bayar bagi bidang-bidang tanah yang bermasalah, dan ia akan kehilangan banyak wang untuk membina 9,999 perumahan mampu-milik, disebabkan kos tanah yang tinggi serta kos mengosongkan beberapa ribu rumah yang berada di sana sejak 1950-an.

Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama 'ahrily90' dan menulis di blog berikut sejak pertengahan tahun 2014:

kronismemahathir.wordpress.com

politikukus.wordpress.com

Dua blog ini menyerang Dr Mahathir sejak Julai tahun lepas.

ahrily90 juga menulis 2 blog yang menyerang Nazir:



Snapshot cache Google blog kamibukanbodohtau.wordpress.com seperti yang dilihat pada 30 Januari, 2015. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.

kamibukanbodohtau.wordpress.com

corruptednazirrazak.wordpress.com

Serta 3 blog yang memuji 1MDB serta Jho Low:

bisnes2malaysia.wordpress.com

todayinbusiness.wordpress.com

worldofcorporate.wordpress.com

Kebanyakan artikel yang ditulis menggambarkan beliau sebagai pelabur global dan dermawan melalui firma Hong Kong miliknya Jynwel Capital Limited. Ini termasuk menghulurkan AS$20 juta bagi kemandirian kucing hutan dan AS$50 juta kepada pusat penyelidikan kanser universiti.

Beberapa artikel menyentuh tentang kejayaannya, termasuk dalam membantu Kuwait Finance House membeli apartmen mewah Oval di Kuala Lumpur, yang kemudiannya dijual dengan keuntungan AS$20 juta.

Dia juga dilaporkan membeli Hotel L'Ermitage Beverly Hills serta membuat tawaran membeli Reebok tahun lepas untuk AS$2.2 bilion.

Satu artikel bertajuk "Jynwel Capital: Rooted in the Past, Invested in the Future" dan satu lagi bertajuk "Entrepreneur and Philanthropist's Generosity Inspires at

Children's Ball".

Blog todayinbusiness.wordpress.com dan worldofcorporate.wordpress.com ditutup minggu lepas, namun segala yang ditulis ahrily90 boleh dijumpai di cache Google blog tersebut.

ahrily90 menukar nama WordPressnya untuk blog-blog berbeza minggu lepas kepada julijulipeh, Pen Jingga, saberarturia18, dan rahmanirwan74.

ahrily90 juga ada menulis artikel di laman lowtaekjho.wordpress.com, yang juga kini ditutup oleh penulisnya.

Pihak yang berada di sebalik blog-blog ini menyedari dirinya sudahpun terdedah, dan kini sedang cuba memadamkan jejaknya dengan menukar 'username' yang digunakan.

Dia juga sedang cuba memisahkan blog-blog tersebut.

Namun sesiapa yang menaip 'ahrily90' ke dalam carian Google akan mendapat bukti yang mengaitkan kesemuanya dan menunjukkan beliau sebagai pihak yang di sebalik serangan terhadap Dr Mahathir dan Nazir sejak pertengahan tahun 2014, dan terbaru, terhadap Tong dan The Edge Media Group serta The Malaysian Insider.

Dan semuanya berkaitan kritikan terhadap 1MDB.

Jadi, siapa yang mengupahnya melakukan semua ini?

sumber

Mengapa Tengku Puan Pahang Sifatkan Peminat Bolasepak JDT Biadap dan Kurang Ajar



Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan isteri kepada Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang jelas sangat kecewa dengan tindakan penyokong JDT yang merentangkan banner bergambar anjing memakai baju lambang FAM sambil memegang anak anjing.





Pada Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT vs Pahang,


Foto tersebut telah tersebar menerusi media sosial bagaimanapun telah mendapat kritikan orang ramai dengan menyifatkan perkara tersebut sangat keterlaluan.

Meskipun banner tersebut tidak ditujukan kepada Pahang namun tenyata ia dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun kami tidak tahu apakah sebenarnya maksud kain rentang dengan gambar anjing tersebut.

Semoga ianya tidak memberi maksud yang tidak baik kerana sukan adalah salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara pihak lawan. -Siakapkeli.com.my



03 Februari 2015

MCA DAN GERAKAN LEBIH TERUK DARI DAP KATA MACAI UMNO?

MCA dan Gerakan lebih teruk dari DAP!!!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini turut sama mengecam sikap peniaga yang menaikkan harga barangan walaupun harga minyak sudah diturunkan oleh kerajaan.

Khairy dilihat bersama-sama dengan Menteri Perindustrian dan Asas Tani, DS Ismail Sabri Yaakob yang baru-baru ini mengecam peniaga cina yang enggan menurunkan harga barang runcit.

Khairy juga menggesa para pengguna di Malaysia agar memulaukan peniaga yang masih berdegil mencekik darah pengguna. Didalam laman sosial Facebooknya, Khairy mahu pengguna melaporkan kepada KPDNKK jika ada peniaga yang bersikap sedemikian.

Sebelum ini, DS Ismail Sabri telah mengeluarkan kenyataan agar pengguna memulaukan peniaga-peniaga khususnya peniaga cina yang menaikkan harga barangan runcit.

Kenyataan Ismail Sabri tersebut bagaimanapun mendapat kecaman hebat dari MCA dan juga Gerakan yang mendakwa ianya adalah perkauman.

Malah ada diantara pemimpin MCA yang mahukan Ismail Sabri meletakkan jawatan sebagai Menteri di kabinet BN kerana disifatkan tidak tahu menjaga sensitiviti kaum di Malaysia.


Yang menghairankan, MCA dan Gerakan tidak pula mahu bersuara jika DAP dan Pakatan bersikap rasis didalam menghentam polisi serta pentadbiran kerajaan. Apakah MCA dan Gerakan menyangka mereka layak untuk bersuara lagi setelah kalah besar di PRU ke 13 lalu?

Jika beginilah sikap MCA dan Gerakan yang hanya tahu menghentam pemimpin sendiri, rakyat kini melihat MCA dan juga Gerakan sebagai lebih teruk dan perkauman dari DAP dan Pakatan.

Mungkin sudah sampai masanya MCA dan Gerakan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai DAP dan Pakatan. MCA dan Gerakan lebih layak bersama kumpulan berhaluan kiri jika mereka hanya tahu bersikap perkauman walaupun ia terbukti merosakkan kesejahteraan di Malaysia
.  ~ SUMBER MACAI


INI JAWAPANNYA.......

Menteri kena buat kerjalah!!


Apabila harga minyak turun lagi, semakin ramai yang bersungut mengenai harga barang-barang keperluan yang tidak juga turun-turun. Malah ramai juga menyalahkan pembangkang berkaitan perkara ini.

Berikutan penurunan harga minyak dunia, harga terbaru minyak petrol RON95 dan diesel kini adalah RM1.70 seliter manakala RON97 pula adalah RM2.00 seliter.

Ramai yang berkata, kerana dulu pembangkang mengatakan harga barang tidak mungkin naik jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, tetapi kini semuanya seperti tidak bermakna apa-apa kerana penurunan harga minyak tidak pula menyebabkan harga barang turun sama.

Mereka yang pro kerajaan lantas menjadikan ini sebagai peluang menyerang pembangkang dengan alasan penurunan harga minyak yang diperjuangkan itu tidak memberi kesan langsung kepada harga barang-barang keperluan.

Seolah-olah mereka ini mahu kerajaan terus meletakkan harga minyak pada paras yang tinggi kerana harga yang yang rendah tidak pun menyebabkan penurunan harga barang.

Memang diakui ketika ini hampir tiada barang yang turun harganya. Harga minuman dan makanan di restoran atau warung juga tidak turun sedangkan ketika harga minyak naik dulu, merekalah yang paling awal menaikkan harga.

Kalau ada pun peniaga yang menurunkan harga barang, jumlahnya mungkin terlalu kecil. Selebihnya, lebih selesa dengan keuntungan yang mungkin lebih berganda.

Fenomena ini berlaku memang sebahagiannya disebabkan pengeluar dan pengilang. Jika mereka ini tidak menurunkan harga barang, tentulah mustahil peniaga boleh bertindak menurunkan harga jualan mereka.

Di kedai, restoran atau pasar pula misalnya, meskipun kos pengangkutan sudah menurun berikutan harga minyak semakin murah sekarang, harganya juga tidak turun disebabkan karenah pembekal atau pengeluar ini.

Hakikatnya, jika mahu harga diturunkan, maka pengeluar dan pengilang ini mestilah disasarkan terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ia sebenarnya bukanlah salah mana-mana pihak yang mendesak penurunan harga minyak tetapi kerajaan seharusnya lebih memainkan peranannya sebagai pihak yang ada kuasa dalam negara ini.

Jika ketika minyak naik dahulu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilaporkan turut aktif memantau harga barang agar tidak membebankan pengguna, seharusnya ketika ini mereka juga perlu aktif sama melakukan kerja-kerja turun padang.

Inilah masanya menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek perlu memanggil pengeluar dan pengilang agar menurunkan harga hasil keluaran mereka. Kemudian, buatlah pula pemantauan di pasar-pasar atau di peringkat bawahan agar harganya yang sampai kepada pengguna juga turun.

Tetapi adakah kita dengar pengeluar dan pengilang dipanggil? Adakah juga kita dengar penguatkuasa kementerian turun padang? Adakah juga kita dengar Hasan bersuara?

Hakikatnya, apabila harga minyak turun, walaupun akan menyebabkan rakyat lebih selesa menjalani kehidupan, penurunan harga barang hendaklah juga dipastikan berlaku.

Pembangkang sudah bersuara mendesak penurunan harga minyak dan kebetulan pula ia selaras dengan turunnya harga minyak dunia, kini sepatutnya giliran kerajaan pula menjalankan kerja-kerjanya untuk memastikan harga barang turun sama.

Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab kenalah buat kerja dengan lebih cekap dan efisien lagi. Janganlah hanya buat kerja atau bising-bising bila harga minyak naik tetapi mendiamkan diri bila harga minyak turun. – shahbudindotcom.blogspot.com,


U-TURN PULAK......

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa gesaan kontroversinya untuk memboikot peniaga Cina tidak ditujukan kepada semua golongan itu.

Sebaliknya, katanya, ia hanya ditujukan kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel bermula semalam.

“Ya, kenyataan itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun,” katanya

PUNCA SEBENAR BANNER GERGASI WAJAH ANJING BERPAKAIAN FAM DI PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2015 TERBONGKAR.


PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2015 DI CEMARI DENGAN RENTANGAN BANNER GERGASI WAJAH ANJING BERPAKAIAN FAM.


Ini Penjelasannya.....TMJ faham kenapa penyokong protes tapi...


Tunku Mahkota Johor

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu, beliau memahami protes yang dibuat para penyokong bola sepak terhadap pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), minggu lalu.

Walau bagaimanapun ujar Tunku Ismail, beliau sama sekali tidak menyokong sebarang salah laku dalam kalangan peminat bola sepak dan juga tidak bersetuju dengan cara protes yang dibuat tersebut.

“Saya tidak menyokong budaya ‘hooligan’ dan tidak setuju dengan tindakan protes sebegini yang ditujukan kepada FAM. Saya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh para penyokong bola sepak di mana jua di seluruh negara.

“Namun ianya tidak bermakna saya tidak memahami protes para penyokong bola sepak Malaysia yang tidak berpuas hati dengan cara FAM mentadbir sukan bola sepak di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan yang dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail menegaskan tidak menyalahkan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam kesilapan yang dilakukan badan induk pentadbir bola sepak tersebut.

Saya tidak menyalahkan Presiden. Saya menyalahkan organisasi. Saya menyalahkan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli gabungan yang tidak bersatu dan bersuara menegur kesilapan yang dilakukan oleh badan induk pentadbir bola sepak itu.


“Saya berdoa supaya suatu hari nanti, badan pentadbir bola sepak negara akan mengabulkan hajat para penyokong. Bola sepak adalah milik rakyat. FAM juga milik rakyat. Nasihat saya kepada mereka yang tidak memahami bola sepak dan mereka yang hanya bersuara demi modal politik peribadi, cukup-cukuplah dan hentikanlah. Anda hanya membuatkan diri anda kelihatan kurang bijak,” katanya.




Sabtu lalu, seramai 12 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) ditahan kerana mempamerkan kain rentang (tifo) seorang pemimpin berwajah anjing dipercayai bertujuan mengaibkan pemimpin FAM pada perlawanan Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu.

02 Februari 2015

MINYAK TURUN HARGA BARANG TAK TURUN MENTERI & MACAI HANYA SALAHKAN CINA-DAP!!!!


BOIKOT PENIAGA CINA-DAP NAIKKAN HARGA: MENTERI MACAM ISMAIL SABRI INILAH YANG DIPERLUKAN, TAK BANYAK RETORIK TAPI BERTERUS-TERANG!!!

Memang ramai yang akan sakit hati dengan kenyataan terbaru Menteri Pertanian, Ismail Sabri yang sedang viral.Memang berterus-terang. Memang berani dan sememangnya memperkatakan benda yang dirasai oleh denyut nadi rakyat.

Sudah dua kali harga minyak diturunkan. Sudah beberapa kali juga Kementerian Pertanian menerusi Ismail Sabri memberikan isyarat bahawa Kementerian Pertanian akan melakukan sesuatu sekiranya golongan pemborong, pengilang, orang tengah dan peruncit tidak menurunkan harga makanan dan perkhidmatan, namun nampaknya 'amaran' yang diberikan oleh Kementerian Pertanian dan menterinya, tidak menakutkan mereka langsung.

Malah, berita-berita terbaru seperti lambakan padi dan beras yang berlaku di utara walaupun pada msa yang sama, terdapat permintaan tinggi untuk pengimportan beras dari negara asing kononnya untuk memenuhi keperluan dan permintaan domestik, membuktikan bahawa ada permainan tertentu yang sedang dilakukan oleh golongan yang amat berkuasa dalam pasaran makanan dan perkhidmatan itu. ~MACAI



Boikot peniaga Cina kalau mahu harga barang turun, kata menteri

Published: 2 February 2015 12:25 PM



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan posting dalam Facebok beliau menggesa orang Melayu memulau perniagaan Cina. 

Pengguna Melayu dinasihatkan memboikot perniagaan kaum Cina untuk memberi tekanan supaya harga barang di pasaran jatuh, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu dalam posting di akaun Facebooknya berkata, kuasa membeli yang besar berada pada tangan pengguna yang majoritinya kaum Melayu.

"Maaf saya beri pandangan, selain daripada KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) yang patut gunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan untuk ambil tindakan kepada peniaga yang naikkan harga barang tanpa sebab munasabah, kuasa terbesar ada pada pengguna.

"Majoriti pengguna adalah Melayu, Cina adalah minoriti, kalau Melayu boikot perniagaan mereka, tentu mereka tiada pilihan untuk turunkan harga barang," katanya.

Ismail yang juga bekas menteri KPDNKK, semasa dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan kenyataan yang dibuatnya semalam dalam akaun Facebook miliknya itu.

Menjelaskan mengenai kenyataan tersebut, Ismail berkata ia ditujukan kepada peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga barang walaupun harga runcit minyak sudah diturunkan.

"Saya tujukan kepada peniaga-peniaga Cina yang liat untuk turunkan harga barang walaupun minyak turun harga.

"Yang saya tekankan jangan letak semata-mata kepada kerajaan untuk turunkan harga sebab selaku pengguna yang lebih ramai berbanding peniaga, mereka boleh gunakan kuasa mereka untuk tekan peniaga turunkan harga," terang beliau. – 2 Februari, 2015. -TMI



MASALAH LAMBAKAN PADI 

Cuaca bukan alasan lambakan padi



Laporan Sinar Harian sepanjang Januari.

ALOR SETAR - Menyalahkan faktor cuaca tidak menentu sebagai punca krisis lambakan padi di Kedah dan Perlis adalah tidak logik.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung berkata, penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin, sekadar alasan remeh.

“Cuaca atau lewat jadual penanaman dan menuai bukan penyebab lambakan padi. Semasa musim penuaian terbaik, kedua-dua negeri mampu menuai sehingga 650 metrik/tan padi setiap musim, sedangkan pengilang di Kedah dan Perlis ada kapasiti memproses dan mengilang sehingga 950,000 metrik/tan padi setiap musim,” katanya.

Hsiao Leung mendakwa, Ismail Sabri mengelak daripada mendedahkan punca sebenar pengilang beras tidak membeli padi.


“Walaupun pada masa sama, beliau arahkan Bernas membeli lambakan padi, namun adakah masalah akan selesai? Sebelum ini, saya ada tekankan bahawa pengilang beras sendiri hadapi kesukaran menjual beras dalam simpanan di kilang mereka,” katanya.

Hsiao Leung dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian pada 19 Januari lalu mendedahkan, berlaku lambakan padi serius oleh pengilang di Kedah dan Perlis kerana wujud penyalahgunaan secara terang-terangan termasuk korupsi dalam salah urus tadbir dan skim subsidi beras negara ST15.

“Saya telah beri peringatan bahawa masalah lambakan padi di kilang beras akan beri kesan kepada seluruh rantaian pembekalan dalam industri beras negara, khususnya, kebimbangan petani tidak dapat jual hasil tuaian atau berdepan pemotongan tinggi untuk padi yang dijual kepada pengilang,” katanya.

Menurutnya, kebimbangan itu kini menjadi kenyataan apabila banyak pihak memperkatakan isu sama, termasuk aduan petani bahawa pengilang beras enggan membeli padi mereka, menyebabkan 800 hingga 1000 metrik/tan padi setiap hari berlambak di pusat pembelian padi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sejak 22 Januari lalu.

“Petani di Perlis turut mengadu kadar pemotongan curam sehingga 32 peratus yang dikenakan oleh pengilang beras ke atas padi yang dijual,” katanya.


Hsiao Leung yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, setiap tahun, kerajaan memperuntukkan sekitar RM2.2 bilion untuk subsidi dan insentif dalam sektor padi dan beras, termasuk kepada petani diberikan subsidi harga padi (RM480 juta), 
subsidi baja (RM465 juta),
insentif untuk menghasilkan padi (RM563 juta),
subsidi harga beras (RM528 juta), 
subsidi benih padi (RM85 juta).

“Jika krisis lambakan beras dan padi berterusan, padi dituai menjadi rosak kerana tidak atau lambat dijual, dikeringkan dan diproses, beratus-ratus juta yang dibelanjakan untuk subsidi dan insentif kerajaan menjadi suatu pembaziran manakala petani menjadi mangsa,” katanya. ~SINAR HARIAN


BETUL KE INI " GORGE SOROS MALAYSIA" YANG DIDAKWA SABOTAJ EKONOMI?

Pemilik Edge nafi terlibat manipulasi ringgit




Ahli perniagaan dan pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong (gambar) hari ini menafikan tuduhan yang beliau membuat taruhan terhadap ringgit bertujuan menjatuhkan nilainya bagi mengaut keuntungan peribadi seperti didakwa beberapa blog di Internet.

Dalam satu kenyataan, pengerusi eksekutif kumpulan itu mengatakan, beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya.

"Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Saya tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya merujuk istilah bermaksud transaksi yang dilakukan pelabur apabila menjangkakan nilai ringgit akan jatuh.

Melalui "short position", pedagang dan pelabur matawang akan memperdagangkan ringgit kepada US dollar ketika nilai ringgit dijangka jatuh.

Mereka kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi.

"Saya seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Saya seorang pelabur nilai.

“Saya tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Saya memperoleh dan membina syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi. Rekod saya boleh buktikan semua ini.

"Saya yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Bank Negara tidak menghubungi saya dan saya jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan saya diperlukan pada bila-bila masa," kata Tong.

Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu "pembohongan berniat jahat dan fabrikasi" yang "di luar batas kesopanan manusia".

Tuduhan itu dibuat di dua blog iaitu malaysianexpose.wordpress.com dan kronismemahathir.wordpress.com baru-baru ini.


"Buat masa ini saya belum dapat memastikan individu yang bertanggungjawab mereka pembohongan berniat jahat itu terhadap saya, dan apa niat mereka. Saya akan mengambil tindakan undang-undang sebaik dapat mengenal pasti mereka," katanya.

Blog tersebut memetik sumber Bank Negara mendakwa, Tong membuat "short position" berjumlah AS$1.4 bilion ke atas ringgit melalui proksi sejak Ogos tahun lepas hingga Januari tahun ini.

Tetapi Tong berkata, mustahil untuk "memecahkan Bank Negara" atau "menghancurkan ringgit" ringgit kerana rizab pertukaran asing negara berjumlah lebih AS$110 bilion, sementara akaun semasa negara ini berada dalam lebihan.


"Pinjaman bukan ringgit sangat rendah. Saya pernah menyatakan hal ini dalam ucapan dan artikel saya," katanya mengenai keadaan kewangan Malaysia.

Tong berkata "hampir setiap mata wang di dunia" jatuh berbanding dolar AS dan sebahagian sebabnya ialah pengukuhan ekonomi AS dan jangkaan kenaikan kadar faedah.

"Di samping itu, banyak negara di rantau ini dan juga Eropah mengalami susut nilai bagi mata wang mereka dan menurunkan kadar faedah bagi menggalakkan pertumbuhan," katanya.

Ringgit jatuh ke tahap paling rendah sejak krisis kewangan 2008 di tengah-tengah suasana hutang negara yang tinggi dan harga minyak dunia yang rendah.

Tong berkata beliau juga menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan mereka yang mensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan.

"Sebagai rakyat Malaysia, saya juga menentang pensabotaj ekonomi. Saya menyokong saranan perdana menteri yang pensabotaj ekonomi negara mesti dibawa ke muka pengadilan."

Jumaat lalu, Najib memberitahu media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang kerajaan akan bertindak terhadap manipulator ringgit jika terdapat bukti terhadap dakwaan yang dibuat ke atas mereka.

- See more at: SUMBER



Bank Negara digesa siasat menyeluruh

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bank Negara digesa melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara dengan menjatuhkan nilai mata wang ringgit demi mengaut keuntungan peribadi.

Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, Bank Negara memiliki akses untuk memantau pengaliran ringgit bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

“Tindakan spekulator mata wang ini memudaratkan ekonomi negara, sekiranya seseorang rakyat Malaysia didapati melakukannya, ini merupakan kesalahan jenayah dan mencabuli undang-undang.

“Pihak yang paling sesuai untuk menyiasat perkara ini adalah Bank Negara dan semestinya sukar untuk kita memaafkan mana-mana pihak yang melakukan pengkhianatan dengan mengaut keuntungan semasa ekonomi negara sengsara,“ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Dalam pada itu, pemilik syarikat media, Kumpulan The Edge serta portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong hari ini tampil menafikan beliau merupakan individu yang melakukan kegiatan spekulasi mata wang bagi menjatuhkan ekonomi negara seperti yang dikaitkan di media sosial.

Mengulas lebih lanjut, Azmi berkata, meskipun telah ada penafian, Bank Negara tetap perlu melakukan siasatan bagi memastikan ekonomi negara tidak terjejas akibat kegiatan spekulator mata wang.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak berkuasa terutamanya Bank Negara perlu sentiasa mengawasi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja mensabotaj ekonomi negara.

“Kita ada pengalaman pada kegawatan ekonomi tahun 1997-1998, sekelip mata ringgit jatuh menjunam dan kesannya amat parah, kita tidak boleh membenarkan peristiwa yang pahit ini berulang,“ katanya.

Katanya, Bank Negara perlu memberi kepastian kukuh mengenai tuduhan kewujudan spekulator mata wang itu agar kepentingan ekonomi negara dapat terjamin.

Dalam pada itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, Bank Negara mempunyai pakar kewangan yang sentiasa memantau perkembangan ekonomi semasa namun tuduhan mengenai kegiatan sabotaj ekonomi itu perlu dipandang serius.



“Sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang melakukan kegiatan spekulasi menjatuhkan nilai ringgit, perbuatan ini bukan sahaja umpama ‘menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka sendiri’ malah adalah pengkhianatan kepada negara.

“Justeru, saya minta rakyat Malaysia jangan buat perkara seperti ini,“ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...