Perletakan Jawatan Rifizi Ramli
Media PB Akan Raya Besar Esok
Untuk esok para pengarang media PB tidak perlu berpenat lelah untuk mencari berita atau isu untuk dijadi lead muka depan dan sekaligus menyerang dan melanyak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat; Pas dan DAP. Berita perletakan jawatan Mohd Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim sudah cukup lumayan buat mereka menggemparkan khayalak pembaca. Berita tentang Rafizi itu seperti memberi rezeki pagi kepada media PB.
Sudah pasti semua media PB yang senantiasa lapar dan mencari-cari berita sensasi tanpa menghitung halal dan haram untuk melenguh dan melumpuhkan minda PKR dan Pakatan Rakyat akan meletakkan berita perletakan jawatan Rafizi itu sebagai berita utama. Walaupun hakikatnya berita itu perkara kecil dan biasa saja, tetapi sudah pasti media PB akan memperbesar-besarkannya. Tengoklah besok...kalau tidak percaya.
Tindakan Rafizi mengejutkan!
Berita itu akan dikosmetikkan sebaik mungkin dari berbagai sudut dan sisi. Janji ianya boleh memberi kesan, menyerabut dan menyebabkan orang PKR tidak senang duduk dan menjadi keliru dan kelu.
Dalam keadaan prestasi (graf peribadi) dan politik Rafizi berada di atas selepas 'menang' dalam debat dengan ketua pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khariy Jamaluddin baru-abru ini berita itu mengejutkan. Sudah tentu ada yang menganggaru-garu kepala sambil mencari jawaban ke atas apa yang berlaku itu. Tentu ada yang bertanya sendiri balak dan bahana apa pula yang akan menimpa PKR kali ini.
Apapun alasan dan tujuan Rafizi berbuat demikian di twitternya ia tetap akan diulas dan dianalisa ke arah negatif yang tentunya menatijahkan jawaban tidak baik. Orang sudah tidak akan melihat kepada keghaliban masalah perletakan jawatan itu, tetapi apakah motif dan maksud di sebaliknya. Ia akan diesploitasikan semahu-mahunya.
Di sini pengulas-pengulas yang makan nasi sambil bertinggung di dalam Umno akan membuat seribu cerita perletakan Razifi itu kononnya ada retak yang menunggu belah dalam PKR. Apa lagi jawatan Rafizi itu ada kaitan langsung dengan Anwar Ibrahim (kerana mereka satu pejabat), akan dinukilkan Pengarah Strategik PKR itu bermasalah dengan Penasihat Umumnya yang juga bosnya. Tidak mustahil juga kalau selepas ini ada para bloger hantu jerongkong dan hantu raya akan membuat isu Anwar ada bermain liwat dengan Rafizi?
Tidak timbul langsung nanti perletakan jawatan seperti mana dikatakan dan dijelaskan Rafizi yang beliau hendak berihat kerana memegang dua tugas dan kerehatan perlu kerana beliau akan beribadat di dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya alasan paling tepat dan tanggung dan tidak boleh dipertikaikan ialah perletakan jawatan itu kerana kontreknya dua tahun tamat. Sebelum menerima jawatan itu Rafizi dikatakan sudah berjanji dia akan berkhdimat dua tahun sahaja? Kalau orang mendengar janji ini tindakan dibuat Rafizi itu tidak berbangkit lagi kerana itu adalah janji.
Cuma apa yang menjadi masalah sikit kenapa Rafizi menggunakan istilah meletakkan jawatan dan bukannya tidak mahu menyambung kontrek. Konatasi yang digunakan itu menyebabkan orang jadi tertanya-tanya dan memberi impak negatif. Ini ditambah lagi dengan sunggutannya apa-apa mengenai hal beliau itu hendaklah ditanyakan kerajaan Selangor dan Anwar.
Saya sendiri tidak fikir orang sebijak Rafizi sengaja berbuat demikian tanpa ada motif tersirat? Inilah yang akan menjadi masalah dan akan dipertikaikan seterusnya akan dianalisa-kucarkan oleh umum. Kita tahu dia diminta berhenti dari Petronas yang menerima bayaran gaji RM40,000 sebulan untuk berkhidmat dengan kerajaan Selangor dan juga parti. Khabarnya kerajaan Selangor membayar Rafizi kurang dari separuh gaji dia perolehi dari Petronas.
Jadi apakah perletakan jawatan itu ada masalah dengan gaji dan bayaran? Kalau itulah maka ia menyedihkan kenapa harus sampai terjadi begitu. Jika itulah sebabnya di sinilah kelemahan kerajaan Selangor khasnya Abdul Khalid Ibrahim selaku MB, tidak tahu menjaga Rafizi dan tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat seseorang untuk membantu Selangor dan parti. Begitukah?
Mungkin semua pihak tidak akan berkata begitu. Rafizi tetap akan mempertahankan tindakan itu kerana dia letih dan ingin beribadat. Begitu juga dengan Khalid, beliau akan tetap mengatakan dia menyedari semuanya dan tindakan Rafizi itu tidak boleh dipersalahkan kepadanya. Namun di sini bagi saya hakikat atas tindakan Rafizi itu ialah kerana kurang keperihatinan dan penilaian kepada pengorbanan yang dibuat seseorang. Jika Rafizi dirawat diberi semangat dan dipedulikan tidak mungkin dia menjadi ringan tangan untuk meluahkan perasaan di twitter yang dibaca umum. Kalau pun dia ingin berhenti kerana keletihan dan ingin beribadat dia akan menyampaikan hasrat itu kepada Anwar dan Khalid secara tertib dan bisu.
Bagi Rafizi pula adalah wajar kalau beliau merasakan dirinya dinilai dan diberi imbuhan saksama. Tidak dapat siapa nafikan yang Rafizi telah berkorban dan menjadi soerang pekerja parti yang ulet dan gigih. Memberi penuh komitemen dan menumpahkan idea-idea baru bagi memperlihatkan PKR progresif. Dia juga telah menghidupkan isu-isu rakyat yang membantu PKR.
Siapa boleh menafikan isu seperti PTPTN, isu NFC sehingga menumbuskan Sharizat Abdul Jalil serta lain-lain isu ekonomi, semyanya digerak dan dijuarai oleh Rafizi. Kesediaannya untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin meletakkan PKR sebagai sebuah parti yang profesional dan berdepan dengan rakyat berbekalkan hujah dan fakta. Saya melihat peranan dan kerjanya untuk PKR besar sekali dan berkesan.
Selain Saifuddin Nasution dan Mohamed Azmin Ali, saya tengok Rafizilah yang memain peranan utama dalam PKR ke bekalangan ini sehingga saya merasakan dia wajar kalau menjadi ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk masa depan.
Mungkin juga kerana merasa dia sudah banyak berjaya, kuat bekerja dan banyak berkorban, maka dia meminta pengorbanan itu dinilai. Meminta keringatnya yang gugur ke bumi PKR di hitung. Sekali lagi kepada saya... imbuhan yang seharusnya beliau terima mestilah lebih daripada apa yang diperolehi sekarang. Dalam hal-hal upah dan gaji ini sepatutnya orang di atas jangan sampai orang dibawah lempar tempurung bulu baru hendak difikrikan.
Orang boleh mengatakan kalau itu yang diminta Rafizzi ia tidak sesuatu yang baik. Rafizi harus berkorban lebih dari itu unutuk sebuah perjuangan. Tetapi jangan lupa sebagai anak muda yang pernah mendapat puluhan ribu ringgit sebulan di mana wang itu digunakan untuk membantu keluarganya, tiba-tiba pendapatan itu hilang ia boleh menyebabkan beliau akan membuat pemikiran menoleh ke belakang balik. Ingat Rafizi masih muda dan dia bukan seorang pejuangan bangsa dan negara di tahun 60-an, dan jauh sekali untuk melihat dia akan menjadi sang setia seperti Tuah.
Justeru hasrat untuk beliau meletak jawatan itu hendaklah didengar dan sambil itu dipenuhi tuntutan-tuntutan yang dibuat olehnya secara didalam hati. Khalid Ibrahim khasnya perlu tahu membaca kilau dalam kilat dan mengenal pasti apakah hujung dan mulanya menyebabkan Rafizi kini baru terfikir dia keletihan dan ingin beribadat?
Saya jamin kalau pengorbanan dan keringatnya dibayar setimpal Rafizi tidak akan menguar-uarkan hasratnya itu dalam twitter yang boleh dibaca bukan saja oleh Khalid Ibrahim tetapi Najiub Razak dan Udin anak Yassin juga. Saya juga percaya kepenatan yang disebut itu akan terubat kalau beliau diberi wang cukup untuk membeli supliment kesihatan. Mungkin pandangan saya ini tidak disetujui Rafizi tetapi itulah yang dunia boleh ulasa mengenai apa yang dilakukan kini.
Apa pun masih diharapkan Rafizi akan membetulkan semula ayat-ayat dalam twitter itu dan lebih penting meralatkan hasratnya untuk melepaskan jawatan. Beliau diharap boleh bersabar dan tenang. Dalam saat PKR dan Pakatan Rakyat berada dalam situasi baik dan rakyat bersemngat untuk memberi sokongan jangan ada rajuk-rajuk atau pun rasa penat dan lelah seperti itu. Ibarat kata, perahu sudah hendak menghampiri pulau harapan tetapi kita pula tiba-tiba menjadi letih dan penat. Jangan -oleh MSO
LIHAT BERITA UTUSAN MERAPU
Penyokong Azmin lepaskan 'peluru' ke kem Abdul Khalid?
KUALA LUMPUR - Ketika banyak pihak terarah kepada peletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pihak yang bertelagah dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mula melepaskan 'peluru' sulit terhadap orang kepercayaannya, Faekah Husin.
Ia memaksa Abdul Khalid berdepan serangan dua serangkai yang didakwa dilakukan oleh penyokong Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali.
Ini memandangkan Rafizi sebaik sahaja melepaskan jawatan tersebut bertindak 'memanaskannya' di Twitter dan pada masa sama, 'peluru' sulit mula disasarkan kepada Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar.
Sebuah blog, sel13.com mendakwa, Faekah yang selama ini dilihat sentiasa membayangi Abdul Khalid didakwa terlibat menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi sebuah syarikat milik kerajaan negeri memberi peluang peniagaan kepada sebuah firma guaman yang dikatakan ada hubungan keluarga dengannya.
-Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan