28 Mac 2009
HARAMKAN PAKATAN RAKYAT - mkiniSeorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram."Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan ketua pemuda Bahagian Langkawi.
kah kah kah…. INI BETUL BETUL IDEA BEST…. kah kah kah…kah kah kah…. IDEA BERGELIGA DAN BERJELAGA… kah kah kah..kah kah kah… PERKATAAN PUN NAK DI HARAMKAN….kah kah kah…woit... APA LAGI YANG AKAN DI HARAM… PA CHU CENG RAKYAT… CHAKWOW RAKYAT…. TOJENG RAKYAT….MELEBONG RAKYAT…kah kah kah…woit.... DENGAR BUNYI PUN DAH TAKUT !!!... kah kah kah
Encik Nursaidi jangan bercakap soal haram , kalau anda betul-betul ingin jadi Ketua pemuda umno Langkawi, awak letak jawatan sebagai pegawai Kastam, lu waktu kerja banyak main politik..cuba u fikir mengikut pekeliling kakitangan kerajaan, kumpulan A mana boleh pegang jawatan dalam parti politik.
Ali Bukhari Amir Mar 27, 09 2:09pm
Tidak mudah patah semangat dan menyerah kalah selepas permit Harakah digantung tiga bulan, kumpulan wartawan organ PAS itu kini berusaha menerbitkan akhbar Hujah bagi mengisi kekosongan tersebut. "Cetakan terbaru itu memuatkan 48 halaman dan beberapa isinya kita akan ubah sedikit (daripada Harakah) mengikut kesesuaian," kata ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman ketika ditemui Malaysiakini hari ini.
27 Mac 2009
Sulaiman turut mewakili ADUN Sungkai, A. Sivanesan; ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng; ADUN Keranji, Chen Fok Chye dan tiga lagi individu (pengundi) yang memfailkan permohonan sama seperti Sivakumar. Mereka memohon writ bersifat quo warranto (permohonan yang mencabar kesahihan perlantikan perjawatan) kepada Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong untuk menjelaskan kuasa yang responden-responden ada bagi melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai ADUN kawasan masing-masing. Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa DUN-DUN tersebut telah kosong berikutan perletakan jawatan tiga ADUN serta perintah injunksi bagi menghalang responden pertama, kedua dan ketiga daripada menjalankan tugas sebagai ADUN. Sementara bagi SPR pula, mereka memohon perintah certiorari (untuk batalkan keputusan kerajaan) kepada suruhanjaya bagi membatalkan keputusan dan tindakan mereka yang gagal melaksanakan pilihan raya kecil bagi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Begitu juga permohonan agar mahkamah mengeluarkan perintah mandamus (untuk memaksa) terhadap SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga DUN tersebut
cyberboron, Friday, March 27, 2009
Mulanya aku terfikir ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada drama pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Tetapi istilah itu tak sesuai. Tentu ramai yang mungkin berkata UMNO bukan tempat untuk mempelajari apa pun. Barangkali tiada salahnya kalau aku katakan dalam drama itu ada sesuatu yang boleh dijadikan sempadan oleh Pakatan Rakyat.Pemuda UMNO terbelah tiga . Khairi menang tetapi tidak mendapat sokongan majoriti. Dia hanya memperolehi 38.48 peratus daripada keseluruhan undi manakala Khir Toyo 32.15% dan Mukhriz 29.37%. Belahan undi hampir sama banyak di antara ketiga-tiga calon.Insiden selepas keputusan pemilihan itu nyata menunjukkan pemuda UMNO berpecah teruk.
*p/s- biaq betoi sampai 13 orang masuk bertanding...akan catat rekod DUNIA ooo...sapa kuat akan menang, sapa lemah pakai bungkusss....silap silap Haribulan bn-dacing boleh hilang wang pertaruhan kaa...????
JANGAN JADI LAGUNI...BERINGAT!!
26 Mac 2009
BUKIT SELAMBAU
Tarikh : 26/03/09Tempat: Bukit Selambau, bertemu jentera pengundi di lokaliti Taman Bandar Baru dan Kg. Tengkorak Batu.Masa : Jam 9 malamContact Person: Sdr Saiful Izham +60123211162
Tarikh : 27/03/09Tempat: Masjid Taman Ria (solat jumaat)Masa: Waktu ZohorContact Person: Sdr Saiful Izham +60123211162
Tarikh : 27/03/09Tempat: Menziarahi mangsa keganasan FRU (Hospital Metro Sg Petani)Masa: Jam 3 petangContact Person: Sdr Saiful Izham +60123211162
————————————-
BUKIT GANTANG
Tarikh : 27/03/09Tempat: Dewan Masyarakat Cina Kuala Sepetang.Masa : Jam 6-7 petangContact Person: Hj Ismail(012 5080 344)
Tarikh : 27/03/09Tempat: Masjid Kuala TerungMasa : Waktu Maghrib/IsyakContact Person: Hj Ismail(012 5080 344)
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
PR 2 BN 0
KUALA LUMPUR - Bagai satu malapetaka besar buat UMNO apabila, legasi Pak Lah kini melebarkan sayapnya dalam parti itu. Kemenangan Khairy Jamaluddin (foto) sebagai Ketua Pemuda UMNO, jelas sekali bakal merubah “pelan peralihan kuasa” yang bakal berlaku tidak lama lagi. Ia juga memperkukuhkan lagi ramalan ramai pihak yang mengatakan bapa mertuanya Pak Lah Badawi hanya akan melepaskan jawatan Presiden UMNO tetapi bukan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Tambahan pula kini Pak Lah dilihat semakin bertenaga melaksanakan kerjanya setelah pulang dari lawatan ke Kuwait baru-baru ini. Mana mungkin orang yang mahu berhenti akan menjalankan tugas seperti biasa, seolah-olah beliau masih mahu mengekalkan jawatan tersebut. Maka Khairy akhirnya berjaya mengesahkan lagi ramalan tersebut.
Tindakan menggagalkan hasrat orang Khairy iaitu Norza Zakaria bertanding akhirnya menyaksikan Naib Ketua Pemuda itu menang bergaya. Namun, sesuatu yang pasti mengejutkan apabila jawatan Naib Ketua pula disandang oleh orang Najib dan Mukhriz sendiri iaitu Razali Ibrahim yang mendapat 417 undi menewaskan orang Khairy iaitu Reezal Merican. Ini semua membuatkan senario politik UMNO bertambah parah sebenarnya. Perpecahan pasti berlaku dan ia bakal mempercepatkan lagi proses pereputan parti karat itu sebenarnya. Kemenangan Khairy bukan sahaja memalukan Mukhriz dan juak-juaknya, malah turut memberi suasana yang muram kepada bakal Presiden UMNO Najib Razak. Bahkan, kekalahan Mukhriz juga menyebabkan hasrat Mahathir untuk kembali ke UMNO nampaknya sedikit terbantut. Malah ketika Khairy membuat ucapan selepas kemenangan beliau itu, terdapat sedikit ketengangan antara penyokong beliau dengan penyokong Mukhriz. Apakah ini menandakan bait-bait perpecahan bakal melanda sayap parti UMNO itu agaknya.
Sementara itu, kami juga berpendapat bahawa kemenangan Khairy Jamaluddin itu bakal menyebabkan Pakatan Rakyat akan menang mudah di ketiga-tiga pilihanraya kecil yang bakal diadakan pada 7 April ini. Ia berikutan sudah pasti team Mukhriz dan Khir Toyo tidak akan turun untuk membantu BN di sana, dek kerana teruja dengan kekalahan tersebut. Malah kami juga difaham keretakan yang sama turut berlaku dalam Wanita UMNO, bila ketuanya Rafidah ditewaskan dengan pukulan up-set oleh Sharizat Jalil. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang ditewaskan oleh Nurul Izzah Anwar itu menang dengan mendapat 507 undi sedangkan Rafidah hanya mendapat 280 undi.
25 Mac 2009
Namun maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini. Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN.
Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina.Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak. Saya akan cuba mendedahkan maklumat lanjut selepas ini. -Tarmizi Md Jam-
AKHBAR Kempen Pilihanraya belum bermula. Namun suasananya seumpama sedang berperang tanpa henti. Ini semua gara gara SPR yang akur kehendak tuan. Melambatkan tarikh [pilihanraya. Sememangnya diterima umum SPR umpama sebahagian jentera pilihanraya umNO.Kini umNo sedang bersidang di PWTC. Mereka sedang mengagih gula gula merosakkan bangsa. Pidato berapi rapi untuk menerima tepukan dari buaya yang sedang menganga mengharap habuan dari tuan, biarpun ianya ayam busuk yang dipulas tengkok.
Jimadie Shah Othman Mar 25, 09 6:51pm-dari Malaysiakini
Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan Pemuda Umno hari ini.Pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" dari penjara."Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandiwara Anwar Ibrahim ini.
Oleh: WADIASSOFI JAAFARSUNGAI PETANI, 17 Mac
– N25 Bukit Selambau bukan kawasan tersohor atau terpencil kerana kawasan berkenaan adalah sebahagian daripada Sungai Petani yang bermula dari Sekolah Menengah Teknik sehingga ke Kelab Cinta Sayang, Semeling, Ambangan Height, Hospital Sultan Abdul Halim dan Sungai Lalang.
24 Mac 2009
Mar
Jawah Gerang Calon Pakatan Rakyat Untuk DUN Batang Ai
By Anwar Ibrahim
Sabentar tadi, di Hotel Grand Continental, Kuching saya telah mengumumkan Jawah Gerang sebagai calun Pakatan Rakyat dari KeADILan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Batang Ai, 7 April ini.
Pengalaman saudara Jawah yang sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal jelas memperlihatkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin rakyat di DUN Batang Ai yang komited.
Turut hadhir dalam majlis ini termasuklah saudara Dominique Ng, YB Violet (mewakili DAP) dan juga YB Gabriel Adit.
Juga diumumkan ialah pemilihan saudara Nicholas Bawin sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya. Ini jelas membuktikan betapa fitnah perpecahan yang dilempar BN sekadar omongan kosong yang berlalu ditiup angin.
Dengan sokongan masyarakat di Batang Ai yang begitu mengagumkan, ditambah pula dengan dukungan para bloggers yang komited memperjuangkan nilai pemberitaan seimbang dan telus, BN Sarawak pastinya terus gusar meranduk iltizam rakyat.
Harapan rakyat di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak kepada Jawah Gerang adalah sangat tinggi. Kepada jentera petugas, ayuh perkemas dan tingkatkanlah usaha demi menggarap agenda perubahan!
ANWAR IBRAHIM
Abdul Rahim Sabri Mar 24, 09 11:04am
kemaskini 3.48pm PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan."Kita akan teruskan walaupun tanpa permit," kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini. "Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita."Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata: "Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah. "Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat.
Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta. Surat makluman penggantungan itu tidak memberikan sebarang sebab bagi tindakan itu.
cyberboron, Monday, March 23, 2009
Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal Sulaiman Abdullah, peguam utama Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membuat penentuan berkenaan empat persoalan yang dirujuk kepadanya. Panel lima hakim sebulat suara mengarahkan agar kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.
oleh:huzaifah
Sms bertalu-talu. Harakah digantung! Apa nak buat? Aduhai…saya bukannya Ketua Pengarang Harakah. Setahu saya, Cikgu Pa dahulu yang memegang permit Harakah. Tanyalah kepada Cikgu Pa. Tidak pun, Sms dan telefonlah Sdr Lutfi. Lutfikan Pengarang Harakah.
“Ini buah tangan pertama Najib.” Balas saya kepada banyak-banyak Sms tersebut.
Ya…apabila membaca tulisan Lutfi, saya sependapat 100%. Inilah kekejaman kebebasan media terlampau yang pernah dihadapkan kepada Harakah. Sungguh pun hayat perkhidmatan saya bersama Harakah tidak lama, tetapi hakikatnya akhbar berkenaan amat ‘menyengat’ kepada masyarakat.
Saya pernah suatu ketika dahulu, bersama-sama Sdr Azmi yang kini ditugaskan ke Harakah Terengganu, membuat liputan dan mewakili Harakah ke mana-mana persidangan media. Nak tahu, kami wakil Harakah amat dipandang mulia oleh wartawan media lain. Waktu solat, kami dikehadapankan sebagai imam.
“Harakah Islamik…” Kata mereka.
Apakah jadahnya maka arahan undur 100 tapak ke belakang itu dikeluarkan? Kerja siapa? Saya optimis, ini kerja Najib Toya. Saya ulangi, saya yakin…amat yakin, ini kerja buat Najib Toya.
Najib Toya ini memang manusia paling tak guna selepas Mahathir yang saya pernah jumpa. Jika Mahathir perosak institusi kehakiman negara; Najib Toya pula perosak keamanan rakyat. Sejahat-jahat Mahathir, dia tidak pernah dikaitkan dengan insiden ‘pembunuhan.’ Tapi Najib, awal-awal lagi bau badannya penuh dengan hamis peluh gadis ‘Monggolia’.
Najib Toya ini membawa petaka besar kepada Malaysia. Inilah adalah langkah awal yang saya yakini, kelak jika si haprak ini menduduki kerusi PM, makin banyak petaka akan dibawa. Sebab itulah, saya menegaskan apakah tindakan PR?
Namun, dalam kesedihan kerana mengenangkan Harakah dan juga Suara KeAdilan yang dipancung dan dikembirikan, hati saya berbalut kelegaan apabila YB Nizar diumum secara rasmi menjadi calon Parlimen Bukit Gantang.
“Alhamdulillah…”
Sedari awal, saya meletakkan calon sebagai favourite candidate saya, mengatasi yang lain. Apabila orang bertanya, jawab saya “Nizar.”
Nizar tak perlu diperkenalkan lagi. Wibawanya mengatasi sesiapa sahaja dari PAS di Perak hari ini. Saya yakin, insya-Allah…Nizar akan menang penuh kejayaan nanti.
Amin
Mar 23, 09 10:58pm-malaysiakini
kemaskini 12.15pm Polis melepaskan beberapa siri tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang sedang mendengar ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.Sumber PKR memberitahu Malaysiakini, polis juga menggunakan meriam air untuk menyurai orang ramai yang berkumpul sejak awal lagi untuk mendengar amanat penasihat PKR bersempena pilihanraya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan. Kejadian itu dilaporkan berlaku tidak sampai lima minit selepas mantan timbalan perdana menteri memperkenalkan calon PKR bagi kawasan pilihanraya DUN itu kepada hadirin.
Sumber PKR itu menjangkakan lebih 50 orang - termasuk pemimpin kanan PKR negeri, peniaga pasar malam dan penduduk setempat ditangkap.Pemimpin parti itu yang ditahan termasuklah senator Zamri Yusof, setiausaha negeri Hafiz Ali dan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Selain kehadiran awal pasukan pencegah rusuhan FRU, polis juga dilaporkan mengadakan sekatan jalan raya menuju ke tempat ceramah.
23 Mac 2009
huzaifah
Isu ‘orang dalam vs orang luar’ sudah lama…ia politik versi umno zaman dulu-dulu. Dunia politik dewasa ini bercitra baharu. Orang luar atau orang dalam bukan ukurannya; tetapi wibawa calon serta potensi diri yang mampu memberikan natijah maksima dijadikan sandaran.
Pun begitu, kita cuba memahami nada beberapa orang ahli PKR di Bukit Selambau, bahawa priority sepatutnya diberikan kepada calon-calon lain. Namun, janganlah ketidak-puasan hati itu menyebabkan wujudnya konfrontasi berpanjangan.
Dalam hal inilah, saya suka menyarankan agar ahli-ahli PKR berkenaan wajar menemui sendiri calon S. Manikumar. Adakan perbincangan dari hati ke hati. Rungkaikan persoalan dan kekusutan. Jernihkan perspsi dan kukuhkan perpaduan. Ingat, kita berhadapan dengan Umno @ BN demi sebuah perjuangan yang panjang.
Kemenangan bagi PKR atau tepatnya S. Manikumar bermakna kemenangan rakyat di bawah nama Pakatan Rakyat. Besar impaknya. Ia menjadi baja yang memangkin terus pertumbuhan sokongan kepada PR. Jika pokok, makin lebatlah buahnya dan makin rendanglah daunnya. Makin ramailah orang yang mendapat manfaat.
Inilah yang disebutkan oleh Datuk Hussam Musa. Kemenangan di tiga PRK di Malaysia pada 7 April ini, akan menjadi ‘pelaris’ kepada PR. Tidak mustahil selepas tarikh itu, parti-parti gabungan di dalam BN akan meninggalkan kapal BN yang kian karam. Sebab itulah kita mesti memenangkan PR.
Atas premis di atas jugalah, maka sewajarnya isu perbalahan mengenai calon perlu dikurangkan. Jika Manikumar memenangi kerusi berkenaan, maka dia bukan sahaja bertanggungjawab terhadap para pengundi di sana; bahkan seluruh rakyat Kedah. Saya yakin, beliau tidak akan mensesiakan amanah tersebut.
Lebih daripada itu, PR sendiri amat memerlukan pengundi muda yang ketrampilannya diterima segenap lapisan masyarakat. Manikumar mewakili citra anak muda kontemporari yang versatile tetapi jelas dasar perjuangannya. Dia nampak ranggi kerana dia anak muda; tetapi jiwanya adalah jiwa rakyat. Ini yang penting.
Dan saya juga yakin, tatkala panel penapisan PKR memilih calon, sudah pasti wujudnya criteria tertentu dijadikan ukuran. Bodohlah jika sengaja memilih calon yang akan meranapkan mood rakyat dan bengaplah Anwar jika sengaja mencari individu yang tidak boleh mewakili parti.
Akhirnya, saya menyeru pengundi di Bukit Selambau, utamakanlah perjuangan PR. Jika anda terlalu ‘berpolitiking’; maka ia hanya akan memenangkan BN. Jika anda mahu BN menang, maka apa ke halnya anda bersusah-susah duduk di dalam PR…sedangkan ‘kapal reput’ BN menanti anda…eh…’kapal reput’ BN…tak mahulah saya!
Mar 23, 09 5:42pm
kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta. Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.
Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN. Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000
22 Mac 2009
dari -harakahdaily.
PAS Kedah akan bekerja keras bagi memastikan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), M Manikumar memenangi pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April depan.Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Bukit Selambau, Senator Yusop Hussin berkata, gerak kerja dan semangat yang dilakukan PAS seolah-olah PAS juga bertanding walaupun hakikatnya KeADILan yang bertanding."Persediaan kita bukan hanya turun berkempen tetapi akan berhempas pulas seolah-olah PAS yang bertanding kerana kita mahu perkukuhkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Kedah."Setakat ini kempen PAS berjalan seiring dengan KeADILan malah kita membentuk jawatankuasa bersama termasuk jawatankuasa penyelaras dan kami semua sudah bergerak," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah berkata, walaupun majoriti pengundi India dan Cina 50 peratus, calon Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk menang ditambah sokongan pengundi tradisi PAS di Bukit Selambau."Kerana itu tidak ada masalah untuk pertahankan kerusi itu, apatah lagi calon yang dikemukakan oleh KeADILan seorang penduduk tempatan."Bahkan mana-mana pengundi yang masih belum mengenali Manikumar kami akan perkenalkan. Rasanya semua berpuas hati dengan calon tersebut yang merupakan seorang yang berkemampuan dari segi kemasyarakatan dan akademik," ujarnyaBeliau berkata, pada kempen kali ini mereka akan memperjelaskan kepada rakyat apa yang dilakukan kerajaan Kedah yang diterajui PAS sejak setahun lalu.Antaranya tentang penurunan cukai tanah yang diturun sehingga 75 peratus yang dapat dinikmat seluruh rakyat Kedah, katanya.
Oleh itu ujarnya, bagi mengukuh kerajaan yang ada para pengundi perlu memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat."Sekarang ini Bukit Selambau satu-satunya calon yang mewakili kaum India bagi negeri Kedah. Jadi kemenangannya akan mewakili seluruh kaum India di Kedah."Kita juga melihat kemungkinan jika calon Pakatan Rakyat menang beliau akan berada dalam exco kerajaan Kedah. Lagi pun exco yang dikosongkan Adun dahulu iaitu V Arumugam masih belum diisi," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai tugas jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, beliau berkata setakat ini mereka mengagihkan kesemua 22 daerah mengundi sama banyak iaitu seorang sebelas daerah.
Bagaimana katanya, PAS menjaga lebih 24,000 pengundi manakala KeADILan seramai lebih kurang 12,000 pengundi."Biarpun PAS lebih ramai bilangan pengundi berbanding KeADILan, ia tidak mengapa bahkan ini menunjukkan kita bekerja seperti kita yang bertanding."Kita buat begitu, demi kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya.Kerjasama erat itu katanya, akan dipertingkatkan terutamanya untuk menarik lebih kurang 1600 pengundi Melayu yang tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 lalu.Sehubungan itu katanya, jentera pilihanraya PAS akan berusaha untuk memasti pengundi tersebut keluar mengundi kerana katanya undi mereka akan menguatkan lagi kerajaan Kedah di bawah pimpinan Dato' Seri Azizan Razak.-