22 Oktober 2011

GERAKAN, MCA TERLIBAT DALAM ' PENCABULAN' ANYA SUN CORKE?

Subplot muncul: Gerakan, MCA juga terlibat dalam ‘pencabulan’ Anya?



Satu sub-plot telah muncul dalam skandal seks terkini di Malaysia. Bukan sahaja parti Perdana Menteri Najib Razak UMNO yang terlibat, tetapi komponen BN Gerakan dan MCA jjuga mungkin telah memainkan peranan dalam konspirasi untuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui anaknya.

Pemimpin-pemimpin DAP telah mendakwa pemimpin Gerakan dan MCA memujuk ketua gabungan, UMNO, untuk menuduh anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun mencabuli seorang pelajar perempuan. Perempuan itu kemudian dikenal pasti sebagai juara catur UK Anya Sun Corke, yang telah menafikan mengenali budak lelaki itu dan mengecam mereka yang terlibat dengan khabar angin itu.

“Pemuda Gerakan mungkin telah mendedahkan maklumat itu, yang tidak benar tetapi apa yang mungkin terdengar oleh mereka di jalanan,” kata Ng Wei Aik, ahli DUN Komtar, yang juga mrupakan setiausaha politik Lim.

Jangan salahkan kami kalau kamu sembelit!

Pemimpin DAP itu juga menyalahkan Ketua Rancangan Strategik Pemuda MCA Foo Seck Chyn, yang telah menggunakan laman-laman web sosial untuk menyebarkan pembohongan itu dan pada masa yang sama, cuba berlagak suci di media dengan menghentam serangan ke atas keluarga Lim itu.

Wei Aik juga mendakwa setiausaha media Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga bekas pemberita Giam Say Khoon, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang H’ng Khoon Leng dan Naib Ketua Pemuda Albert Tan Kah Leong bersubahat dalam komplot yang telah makan tuan ini.

Sementara itu, Gerakan telah menyerang semula Wei Aik, mencabar ahli DUN Komtar itu untuk membuat laporan polis daripada membuat tuduhan kosong. Ketua Publisiti Gerakan Thor Teong Gee mendakwa Wei Aik mempunyai motif politik dalam melibatkan Gerakan dalam isu ini.

“Ng juga bermain politik kotor dan menyalahkan Gerakan untuk semua isu-isu negatif. Jangan sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti kukuh. Jangan sewenang-wenangnya melibatkan kami dalam air keruh apabila kamu atau bos kamu tidak senang hati,” kata Thor dalam satu kenyataan.

“Jangan salahkan Gerakan kalau kamu ada sembelit dan tidak boleh ke bilik air. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, tolong berkata-kata dengan munasabah dan dengan fakta.” -MC

PRU-13: PKR mahu letak lebih ramai calon muda, muka baru


KUALA LUMPUR, 22 Okt — PKR akan meletakkan lebih ramai calon muka baru, yang muda dalam pilihan raya umum ke-13 dengan mereka yang hendak menjadi wakil rakyat harus ada latar belakang pendidikan kukuh — mereka seharusnya merupakan profesional atau separa profesional.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia merupakan formula bagi PKR menghadapi pilihan raya umum ke-13 — di mana calon yang muda dan berkelayakan akan menggantikan beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa.

“Kami akan membawa orang yang muda, calon yang berkemahiran dengan tiada liabiliti politik,” kata beliau ketika ditemui di sini.The Malaysian Insider difahamkan bahawa kepimpinan kebangsaan PKR sudah memulakan perbincangan dengan wakil rakyat-wakil rakyat semasa pihaknya berhubung keperluan membawa “darah baru” berhubung beberapa kerusi.

Difahamkan wakil rakyat terbabit telah melahirkan kesediaan untuk membolehkan langkah itu diambil.

“Pemimpin-pemimpin parti telah memulakan perbincangan dengan penyandang secara formal. Ia bukan proses yang mudah tetapi langkah itu sedang diadakan,” kata Saifuddin.

Beliau optimistik mengenai masa depan PKR dan politik Malaysia meskipun parti komponen Pakatan Rakyat itu, yang berusia 12 tahun, turut berhadapan dengan kontroversi — termasuk lima Ahli Parlimennya keluar parti tahun lalu dan awal tahun ini.

“Sejak tahun ini, kami mengambil dan menerima permohonan daripada calon-calon yang beraspirasi, sesetengahnya sudah pun menjadi ahli dan sesetengah ahli baru dengan tujuh hingga lapan calon berminat di satu-satu kawasan pilihan raya.

“Calon-calon telah memberikan biodata mereka dalam semua bentuk, kerja-kerja yang mereka telah jalankan di kawasan luar bandar, sesetengahnya menerusi format CD... syaratnya ialah mereka harus ada latar belakang yang baik, kemahiran kepimpinan dan kemahiran boleh memobilisasi,” kata Saifuddin.

“Kami melihat pada portfolio mereka dan telah memutuskan, telah mengenal pasti beberapa calon yang berpotensi,” kata beliau lagi.
Dalam pilihan raya umum lalu, PKR telah memenangi 31 daripada 97 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

DAP dan PAS masing-masing menang 23 dan 28 kerusi.-TMI

21 Oktober 2011

TERKINI : GAMBAR DEMO DI MASJID UIA

LEBIH KURANG 5000
mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari





Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan

KUALA LUMPUR - Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata

“Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul,” katanya kepada Harakahdaily pagi ini.

Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.

Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun.

Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.

“Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM,” katanya.

Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak.

“Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini.

“Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang tercinta,” ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa.-- Harakah Daily

Azizbarisme sudah melanda

oleh: Mohamed Hadi al-Majwi

Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.

Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.

Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.

Ini yang selalu dipesankan oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah, beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor, apatah lagi Rektor UIAM.

Pingat dan darjah kebesaran daripada istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.

Di dalam memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.

Buku-buku penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.

Bacalah hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.

Ulasan Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan, dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

Sudah tentulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak, tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis, soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.

Para pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki bodekkah? Kangkungkah?

Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya, Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?

Terkini, beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau. Saya percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang sudah menjadi "orang-orang besar" menggeleng-geleng kepala dengan perkembangan ini.

Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.

Saya cuma insan kerdil yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.-MK

20 Oktober 2011

PRU 13 MAC-APRIL 2012 DAN HANYA PARLIMEN BUBAR

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU13?


Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 dedah tarikh PRU ke-13? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan PRU ke-13 bakal diadakan pada tahun 2012, lebih-lebih lagi dengan petanda-petanda yang menunjukkan bahawa PRU 13 mungkin diadakan antara Januari hingga Mac pada tahun depan.

Bagaimanapun, apa yang "pelik" mengikut anggaran SPR, PRU tahun depan hanya melibatkan "Parlimen", tetapi tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri. Ini mungkin memberi makna bahawa seandainya Pakatan Rakyat tidak membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, maka kerajaaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional juga tidak akan membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya.

Maklumat ini ditemui MerdekaReview ketika menyelak Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, di mana SPR meramalkan bahawa satu PRU akan diadakan pada tahun 2012, dalam bab aktiviti bahagian operasinya. Dengan kata lain, SPR telah pasti bahawa PRU akan dijalankan pada tahun depan. Sebelum ini, SPR hanya memaklumkan bahawa PRU 13 akan dijalankan selewat-lewatnya pada tahun 2013. (Jadual bawah)

2010 (Sebenar) 2011 (Anggaran) 2012 (Anggaran)
Bil. Pemilih Berdaftar 11,163,409 11,834,845 12,634,090
Parlimen Tiada Tiada 1
DUN Tiada 1 Tiada
PRK 8 3 Tiada
Sumber: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012


Objektif operasi SPR adalah melaksanakan perjalanan PRU dan PRK, serta mendaftar, menyemak, menyedia dan mengeluarkan senarai daftar yang kemas kini dan bersih, dan mengkaji semula dan mencadangkan pindaan Undang-undang, Akta-akta, Peraturan Pendaftaran Pemilih dan Peraturan Pilihan Raya dari semasa ke semasa.

Menurut maklumat dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012, SPR meramalkan bahawa bilangan pengundi dalam daftar pemilih akan mencecah angka 12,634,090 orang pada tahun 2012. Antaranya, Selangor kekal sebagai gedung undi terbesar, dengan pengundi seramai 1,853,511 orang; disusuli Johor (1,528,379 orang), Perak (1,395,958 orang), Sarawak (1,039,643 orang) dan Kedah (994,756 orang).

Sebelum ini, sumber maklumat memberitahu MerdekaReview bahawa pihak atasan FGVH telah memberi arahan agar langkah penyenaraian FGVH dipercepatkan, dengan harapan ia dijayakan sebelum akhir Mac 2012. Memandangkan FELDA merupakan "gedung undi" UMNO-BN, ditambah pula janji "durian runtuh" dalam Belanjawan 2012 - maka PRU 13 diramalkan akan diadakan antara Januari dengan Mac 2012 -MR

BUDAYA BODEK & KRONI MENYEBABKAN BN GAGAL URUS PUSAT

Prestasi Selangor lebih baik daripada Pusat


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.

Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan.

"Hasil negeri meningkat jika dibandingkan dengan pemerintahan di bawah BN yang mana rakyat sekarang dapat merasa hasil kekayaan negeri sejak dari awal dilahirkan sehinggalah mereka meninggal dunia, selain menikmati air percuma," jelas Khalid yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya lagi, merujuk kepada prestasi baik dan keseimbangan antara hasil negeri dan rakyat, maka secara jelas setiap Adun di Selangor memang layak mendapat kenaikan elaun jika dibandingkan dengan prestasi yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN terutamanya perbelanjaan defisit selama 14 tahun berturut-turut.

"Ahli Parlimen tidak layak mendapat kenaikan elaun jika kita melihat prestasi dan amalan pentadbiran BN berbelanja sehingga membuatkan hutang negara meningkat sehingga 53 peratus dari Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Bagaimanakah kita hendak bersetujuan agar kenaikan elaun ini diluluskan, kemerosotan ini bukannya disebabkan oleh dari ahli parlimen PR tetapi disebabkan oleh mereka di dalam BN yang selalu mengamalkan bodek dan kroni," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu prestasi buruk merupakan halangan untuk melayakkan setiap Ahli Parlimen mendapatkan kenaikan dan ini pasti boleh diubah apabila PR mengambil alih pantadbiran di Putrajaya nanti.

Tindakan menuduh pendirian PR tidak bersependapat dengan apa yang dilakukan di Selangor, Khalid memberitahu kenaikan bergantung kepada hasil dan prestasi negara, malah jika dibandingkan dengan Negeri Selangor dari sudut pentadbiran jauh lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan di negara ini.

"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni.

"Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.

Beliau juga menyentuh janji kerajaan yang dinyatakan semasa belanjawan tersebut yang mahu menaikkan taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah satu yang baik tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu melihat kedudukan Hospital Shah Alam yang telah terbengkalai sejak sekian lama.-HD

TNB dijangka rugi besar


KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bakal mencatatkan kerugian setahun penuh buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad berikutan kenaikan kos.

Syarikat utiliti itu dijangka mengumumkan kerugian kali kedua berturut-turut akibat kenaikan harga minyak yang menjejaskan marginnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

TNB dijadual mengumumkan pendapatan suku keempat dan prestasi tahunannya pada 28 Oktober ini.

TNB telah mengumumkan kerugian sebanyak RM440.2 juta pada suku pertama Julai lalu kerana perlu membayar harga yang tinggi untuk minyak dan mengurangkan bekalan gas asli yang disubsidi disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Petroliam Nasional Bhd.

Che Khalib berkata, TNB mungkin terpaksa membuat pinjaman untuk menjana perbelanjaan operasi buat kali pertama memandangkan aliran tunai semakin berkurangan.

Langkah penyenaraian FELDA Global Venture dipercepat untuk mengejar langkah PRU 13?

"Apa yang mustahak, setiap peneroka akan menerima 'durian runtuh' yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti, sebelum penyenaraian dilakukan." Demikianlah janji kerajaan Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012, selepas mengumumkan cadangan untuk menyenaraikan FELDA Global Venture Holdings (FGVH) sebelum pertengahan tahun 2012.

Pihak atasan FGVH telah memberi arahan agar langkah penyenaraian FGVH dipercepatkan, dengan harapan ia dijayakan sebelum akhir Mac 2012, kata sumber kepada MerdekaReview. Lantas keputusan ini dikaitkan dengan PRU ke-13, yang juga semakin hampir langkahnya.

Menurut sumber, segala maklumat mengenai rancangan terperinci penyenaraian FGVH hanya dikuasai beberapa orang atasan dalam pengurusan. Persoalan tentang bagaimana perusahaan di bawah syarikat itu distruktur, bagaimana masalah tanah FELDA diselesaikan, terutamanya peneroka FELDA dan status peneroka FELDA... segala-gala ini hanya diketahui pihak atasan dalam syarikat.

Ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober, beliau berkata penyenaraian FGVH bertujuan menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global. "Penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia," kata Najib.

Pada masa yang sama, sumber mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa pelaburan FGVH di luar negeri masih menanggung kerugian, dan FGVH tetap menyuntik dana untuk perusahaan yang dilaburnya di Amerika Utara.

Langkah penyenaraian mengejar langkah PRU

Menurut sumber, pihak atasan tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan dalam syarikat, tentang bagaimana peneroka FELDA menerima "durian runtuh" dari rancangan penyenaraian FGVH.

"Banyak benda yang tidak difahami pengurusan dalaman dan orang awam. Misalnya, FGVH secara terbuka mendakwa bahawa mereka mempunyai tanah dengan keluasan lebih 800 ribu hektar. Tetapi, selain tanah FELDA, ia termasuk tanah peneroka FELDA. Apakah tanah peneroka FELDA ini diuruskan dengan cara sewa, iaitu membayar sewa kepada peneroka, ataupun dengan cara menukar tanah dengan saham? Malah, bagaimana peneroka FELDA dimanfaatkan melalui rancangan ini? Mereka yang tidak berkuasa untuk terlibat dalam mesyuarat pihak atasan, tidak tahu apa-apa mengenainya."

Seandainya langkah penyenaraian dipercepatkan sehingga menyasarkan tempoh sebelum akhir Mac 2012, maka ia boleh dikaitkan dengan PRU 13 yang bakal diadakan. Ini kerana selama ini peneroka FELDA adalah gedung undi untuk Barisan Nasional, dan ia dapat diperlihatkan melalui penaburan "gula-gula" kepada peneroka FELDA ketika pilihan raya berlangsung.

Peneroka FELDA Melayu menerima bantuan dan sokongan daripada kerajaan di bawah rancangan FELDA sejak ia ditubuhkan, lantas kawasan FELDA menjadi kubu tradisional kepada UMNO-BN. Menurut anggaran, terdapat kira-kira satu juta orang pengundi di kawasan FELDA. Oleh yang demikian, meskipun BN kehilangan sokongan undi di kawasan bandar dalam PRU ke-12 pada tahun 2008, namun BN tetap berjaya mengekalkan kuasa kerajaan persekutuan melalui undi di kawasan kampung, termasuk kawasan FELDA.

Pelaburan di luar negeri masih rugi...

Selain itu, sumber mengesahkan bahawa pelaburan FGVH di luar negeri masih menanggung kerugian. Seandainya FELDA tidak menempatkan syarikat yang paling untung di bawahnya, iaitu Felda Holdings Berhad ke dalam FGVH untuk mengimbangi kerugiannya, maka FGVH masih dalam keadaan "rugi", dan tidak berkelayakan untuk disenaraikan.

"FGVH masih menyuntik dana untuk perusahaannya yang rugi di Amerika Utara. Keuntungan FGVH bergantung kepada sumbangan Felda Holdings Berhad. Tanpa keuntungan Felda Holdings Berhad untuk mengimbangi kerugian FGVH, syarikat ini adalah syarikat yang rugi, dari segi 'book value'-nya," kata sumber.

Perusahaan yang dilabur FGVH termasuklah Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat. Syarikat Amerika ini memiliki kilang kimia pemprosesan minyak di Amerika Syarikat, dan memiliki kilang pemprosesan minyak tumbuh-tumbuhan di Kanada.

FGVH telah ditubuhkan pada Disember 2007, dipertanggungjawab untuk menguruskan pelaburan Felda di luar negeri. Namun demikian, syarikat ini berada dalam keadaan separa-lelap, sehingga Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri secara rasminya. - MR

19 Oktober 2011

Khairy dan Blogger Umno mengamalkan politik LONGKANG

Fitnah terhadap anak Guan Eng: Tuduhan palsu, gambar pun palsu

KUALA LUMPUR, 19 OKT – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diminta menarik balik kenyataannya yang kurang ajar terhadap anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun yang telah difitnah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata Khairy perlu menunjukkan kematangannya dengan meminta maaf kepada anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Sebagai teladan kepada anak muda Malaysia, dan dia (Khairy) sendiri mendakwa kononnya dia adalah contoh politik baru negara, Khairy mesti bertanggungjawab atas kenyataannya yang tidak patut dikeluarkan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dan menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dalam catatan twitternya pada Isnin lalu berhubung fitnah terhadap anak Guan Eng, telah menulis: “Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”, sebagai jawapan kepada fitnah yang dibuat oleh salah seorang blogger pro-UMNO yang terbabit.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahlinya yang melakukan perbuatan terkutuk itu yang tidak mempedulikan nasib anak-anak remaja, semata-mata kerana mereka ghairah mahu memfitnah para pemimpin Pakatan Rakyat.

Semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyifatkan blogger UMNO yang terlibat sebagai bersifat kebinatangan kerana tidak menghormati anak-anak sekolah orang lain, dan antara lain beliau menyatakan: “Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu”.

Sementara itu, Pua mendedahkan bahawa bog-blog pro-UMNO yang menuduh anak Guan Eng melakukan kesalahan itu telah memuatkan gambar palsu, iaitu gambar wanita asing berumur 21 tahun, untuk dikaitkan dengan anak Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Gambar wanita itu yang dikatakan sebagai pemain catur Britain telah diubah suai daripada sebuah laman web catur. Sebelum ini, Guan Eng sendiri menjadi mangsa fitnah apabila gambar-gambarnya diubah suai dengan niat fitnah untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, Pakatan Rakyat dan DAP.


“Ini membuktikan segala tuduhan pecacai UMNO itu hanyalah fitnah dan pembohongan yang tidak bertamadun.

“Mereka cuba memfitnah anak sekolah berusia 16 tahun semata-mata kerana mahu memalukan Guan Eng dan keluarga dengan cerita bohong pencabulan yang tidak berlaku sama sekali,” ujar Pua.

Menurutnya, ia juga bukti betapa rendah tahap minda blogger and pemimpin UMNO yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu yang memalukan diri serta menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Yeow pula menyifatkan perbuatan terkutuk tersebut mendedahkan betapa politik amalan UMNO sejak lebih 50 tahun telah jatuh kepada tahap yang memalukan.

“Hari ini UMNO bukan sahaja memainkan isu keresahan kaum dan agama tetapi juga mencipta skandal seks sebagai alat yang menghalalkan cara mereka untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik longkang ini yang menggunakan anak-anak kecil saingan politik mereka,” katanya. – Roketkini.com

LAPURAN AUDIT NEGARA : JADI SKANDAL BESAR

Apa yang mahu disembunyikan?

Laporan Ketua Audit Negara hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.


Kegagalan pihak kerajaan memberi penjelasan kenapa Laporan Ketua Audit Negara lewat dibentangkan di Parlimen kini bertukar menjadi skandal besar.
Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa apabila ditanya bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di parlimen, seorang pegawai dari pejabat Ketua Audit Negara menjawab secara selamba bahawa laporan itu akan dibentangkan pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.

Apabila seorang wartawan akhirnya berjaya menghubungi Timbalan Ketua Audit, beliau berkata beliau tidak perlu menjawab apa-apa soalan, termasuk bila laporan itu siap atau bila ianya akan dibentangkan di Parlimen. Beliau mencadangkan agar soalan seumpama itu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Dan Nazri, yang bertanggungjawab tentang urusan parlimen, dilaporkan akhbar itu pada 10 Oktober sebagai berkata bahawa beliau tidak pasti bilakah laporan itu akan dibentangkan di Parlimen kerana tugas itu adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan.
Nazri selanjutnya dilaporkan dalam internet pada 11 Oktober berkata bahawa beliau menjangka laporan itu akan dikeluarkan dua minggu setelah kabinet menelitinya dalam mesyuarat kabinet pada 14 Oktober.

Ahli Parlimen PKR-Sungai Petani, Johari Abdul memberikan jawapannya. Apabila disoal wartawan di parlimen pada 13 Oktober beliau memberitahu bahawa beliau sendiri telah menelefon pejabat Ketua Audit pada hari sebelumnya.
Beliau diberitahu bahawa laporan itu sudah siap lebih awal berbanding tahun lalu dan para pegawai tersebut merasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan tugas itu (menyiapkan laporan itu) dengan lebih baik berbanding tahun lalu.
Malahan, para pegawai tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa laporan itu tidak sampai di tangan ahli-ahli parlimen.

Sudah menjadi tradisi bahawa laporan Ketua Audit itu mesti sampai di tangan ahli-ahli parlimen pada tepat waktunya sebagai persediaan menghadapi pembahasan bajet tahunan.
Penangguhan yang sangat lama pada tahun ini (10 hari selepas belanjawan negara dibentangkan pada 7 Oktober), walaupun dikecam hebat oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, adalah sesuatu yang luar biasa.

Daripada cakap-cakap mulut Nazri dan para pegawai Ketua Audit, tidak dapat disangsikan lagi bahawa laporan tahunan ini telah disembunyikan di mana-mana di antara pejabat Ketua Audit dan parlimen.

Institusi bebas

Mengganggu tugas Ketua Audit merupakan satu kesalahan di bawah perlembagaan kerana Ketua Audit adalah institusi yang bebas seperti mana tahap kebebasan yang dinikmati oleh pihak kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.
Selain daripada dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, keraian dan terma-terma perkhidmatan Ketua Audit ditentukan oleh Parlimen.

Beliau tidak boleh dipecat daripada tugasnya melainkan melalui sebuah tribunal seperti mana yang dinikmati oleh para hakim (Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan). Laporan-laporan Ketua Audit terus dikemukakan kepada Agong yang menentukan ianya dibentangkan di parlimen (Artikel 107).
Adalah jelas bahawa peruntukan yang begitu ketat ini di bawah perlembagaan bertujuan untuk memberi kebebasan kepada Ketua Audit untuk memastikan bahawa beliau boleh menjalankan tugas dengan bebas sebagai sebuah badan yang neutral untuk meneliti pengurusan kewangan kerajaan tanpa campurtangan dari Eksekutif.
Saluran komunikasi direka sedemikian rupa supaya ianya melangkaui pihak Eksekutif. Ianya dari Ketua Audit terus kepada Agong dan daripada Agong terus kepada Parlimen. Di sini jelas bahawa pihak Eksekutif tidak mempunyai peranan dalam merencana laporan-laporan Ketua Audit atau pembentangannya di Parlimen.

Makanya situasi ini amat membimbangkan apabila kita diberitahu bahawa laporan itu harus dibahas oleh kabinet dan bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk mengeluarkannya.
Dengan pendedahan terbaru bahawa laporan itu hanya akan dikeluarkan pada hari terakhir sesi parlimen kali ini dan keengganan Timbalan Ketua Audit untuk memberi sebarang maklumat bermakna situasinya kini menjadi lebih jelas.

Ketua Audit yang dipuji pada masa lampau kerana menyediakan laporan penilaian yang bebas berhubung pengurusan kewangan kerajaan, telah menjadi mangsa terbaru kepada cengkaman tangan-tangan halus Barisan Nasional (BN) yang mencabul kebebasan hampir semua institusi di negara ini.

Untuk menyelamatkan institusi ini daripada cengkaman dan menjadi agensi yang berada di bawah kawalan BN, Ambrin Buang harus bangkit menyuarakan dengan berani.
Beliau mesti memberitahu rakyat bila dan kepada siapa beliau menyerahkan laporan tahunannya serta sama ada terdapat percubaan pihak Eksekutif untuk meminda isi kandungannya atau melengah-lengahkan pengeluaran laporan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjelaskan apakah tindakan yang diambil oleh Eksekutif berhubung laporan Ketua Audit itu.
Jika beliau gagal berbuat demikian maka ahli-ahli parlimen harus membawa usul untuk mendakwa Perdana Menteri atas sebab pecah amanah di bawah perlembagaan.
-fmt

50,000 KAD KREDIT PALSU SEBULAN

Kilang kad kredit diserbu
RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa menunjukkan mesin cip kad kredit.

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik syarikat percetakan, satu sindiket mencetak kad kredit palsu dikesan aktif menjalankan kegiatan itu dengan menjadikan sebuah rumah kedai ‘kilang’ pemprosesan di Bandar Puteri, Pelabuhan Klang sejak lima bulan lalu.

Difahamkan, sindiket terbabit menjadi pembekal kepada beberapa sindiket penipuan kad kredit dengan mencetak kad kosong mengandungi cip mengikut permintaan pelanggan mereka yang dijual pada harga RM15 sekeping.

Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa berkata, dalam serbuan sepasukan anggota Bahagian Operasi dan Bantuan Teknik jam 6.30 petang kelmarin, dua lelaki tempatan termasuk pemilik syarikat terbabit berusia 21 dan 44 tahun ditahan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mampu mencetak 50,000 keping kad kredit palsu dalam tempoh sebulan sebelum dihantar kepada pelanggan tetap

Rais jangan guna SKMM sebagai polis peribadi

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan.

Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan.

Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta.

"Tindakan itu dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.

"Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dr Abdul Aziz, kata Salahuddin, bercakap berdasarkan ilmu dan kelayakan akademiknya dan tindakan SKMM menyiasatnya tanpa menyatakan kepada umum kesalahan beliau di sisi undang-undang adalah tindakan yang dilihat rakyat sebagai menjijikkan.

Beliau juga mempersoalkan adalah SKMM mahu mewujudkan 'profesor kangkung' yang bercakap melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

Sebelum itu, walaupun mendakwa kenyataan Dr Abdul Aziz kurang ajar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak tahu adakah pensyarah itu melanggar undang-undang atau tidak.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," Bernama memetik Dr Mahathir berkata.

Setakat ini, kata Salahuddin, tidak ada mana-mana pihak berwibawa yang secara jelas dan terus terang menyatakan Dr Abdul Aziz melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kerana kenyataannya itu.

"Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," kata beliau.

Dr Abdul Aziz sebelum itu menyifatkan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.-HD

18 Oktober 2011

Himpunan Sejuta: Pemuda PAS perlu patuh keputusan parti, kata SU Agung


KUALA LUMPUR, 18 Okt — Pemuda PAS perlu mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu etnik menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Mereka berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh,” kata Mustafa kepada The Malaysian Insider selepas sidang media Pakatan Rakyat hari ini.

PAS pusat akan membuat pendirian sama ada akan menyertai kempen Himpun ataupun sebaliknya malam ini.

Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Pemuda PAS berkata pihaknya menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.

“Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak,” kata Nasrudin.

Dr Rani yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sidang media bahawa biro politik akan melihat sama ada terdapat agenda politik di sebalik penganjuran Himpun.

“Ya, anda mesti mempertahankan akidah anda tetapi tidak harus bertindak tidak adil ke atas kepercayaan-kepercayaan lain. Ketegangan kaum tidak harus dicetuskan,” kata beliau.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, PAS akan mengetuai isu itu dan perikatan akan membuat keputusan akhir selepas pertemuan biro politik komponen tersebut malam ini.

“Kami sedang mengumpulkan maklumat sama ada terdapat pembabitan Umno. Adakah mereka benar-benar mempertahankan akidah? kata Ketua Umum PKR ini.

Beberapa jam sebelum sidang media itu, penganjur Himpun menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain.

Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut.

“Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.

“Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan, itu tidak mewakili Himpun,” kata beliau dalam satu kenyataan.-tmi

IRAN BERI AMARAN KEPADA AS

Ayatollah beri amaran kepada AS


TEHERAN - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran akan mengambil tindakan tegas jika AS bertindak 'menyerang' negara ini.

Ini berikutan ikrar AS yang mahu mengenakan sekatan termasuk memujuk masyarakat antarabangsa supaya memulaukan Iran berhubung dakwaan penglibatan Iran dalam komplot membunuh Duta Arab Saudi di Washington, Adel al-Jubeir, baru-baru ini.

''Jika para pegawai AS melakukan penipuan, mereka seharusnya tahu bahawa apa jua tindakan yang dikenakan sama ada secara politik atau keselamatan, segalanya akan menerima tindakan tegas daripada Iran,'' kata Khamenei.

Jelas beliau, tuduhan AS terhadap Iran berhubung komplot pembunuhan itu hanyalah untuk mengalih perhatian mengenai masalah ekonomi yang sedang dihadapi AS termasuk protes daripada Occupy Wall Street.

''Dengan dakwaan yang tidak berasas itu, mereka cuba mengaitkan atau menggambarkan kita (Iran) menyokong keganasan.

''Tetapi, konspirasi itu tidak akan berjaya,'' tegasnya.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa dakwaan AS itu hanyalah sesuatu yang direka-reka.

''Budaya keganasan hanyalah milik kamu (AS),'' jelasnya.

Dalam pada itu, Iran memohon untuk mendapatkan lawatan konsular terhadap Manssor Arbabsiar, 56, yang kini ditahan di AS berhubung dakwaan terlibat dalam komplot membunuh Adel.

KEDAH: KITA LETAK 15 CALON DUN

Manifesto Kita Kedah terasing.

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menawarkan manifesto sendiri bagi rakyat Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim pelancaran manifesto itu akan diadakan pada awal bulan November depan.

“Manifesto ini berbeza dengan manifesto Kita Pusat kerana ia memfokuskan kebajikan kepada rakyat negeri Kedah.“Saya berharap rakyat Kedah akan membuat pilihan parti mana yang terbaik untuk mereka,” katanya. Kita yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Sebelum ini Zaid membayangkan Kita memberi tumpuan kepada Selangor dan Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13.
Enggan dedah
Bagaimanapun, Zamil enggan mendedahkan kandungan manifesto berkenaan tetapi memberi jaminan ia adalah manifesto terbaik untuk rakyat Kedah.Dalam perkembangan berkaitan, Kita negeri masih mencari calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke 13.
“Sudah ada calon tetapi masih belum cukup, jadi Kita berusaha mencari calon lagi untuk mencukupkan jumlahnya,” tambahnya.

Menurul Zamil, Kita mahu bertanding lima tau enam kerusi Parlimen dan 10 hingga 15 kerusi DUN di Kedah. Pilihan raya umum dijangka diadakan awal tahun depan walaupun tempoh Parlimen berakhir pada Mac 2013. Ketika ini Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat pimpinan PAS setelah mengalahkan BN dalam pilihan raya umum 2008.

MAT SABU SERANG UMNO LAGI

Peruntukan MRSM: Umno bohong bela Melayu


KUALA LUMPUR - Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.

"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut," katanya.

Malah, kata beliau lagi, peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Saya sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, saya hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?" kata Mohamad.

Menurut beliau, pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu," katanya.

Mohamad berharap Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Saya berharap beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang takluki," katanya.

Beliau berharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)," katanya sinis.-HD

PULAU PINANG: UMNO KATA RAKYAT TOLAK GERAKAN, MCA

Ketua Umno: Rakyat tolak MCA, Gerakan

"Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding," kata ketua Umno Bukit Gelugor.


PETALING JAYA: Umno Pulau Pinang menegaskan BN tidak akan mampu merampas Pulau Pinang jika Gerakan dan MCA terus ditolak pengundi dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Ketua Umno Bukit Gelugor Datuk Omar Faudzar berkata, Gerakan dan MCA kalah besar dalam pilihan raya umum 2008.

Menurutnya, Umno cuma kalah empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 15 yang ditandingi dan dua dari empat kerusi Parlimen pada 2008.
“Tetapi kemenangan Umno sendirian tidak cukup kerana Gerakan dan MCA kalah semua kerusi yang mereka bertanding.
“Prestasi kedua-dua parti itu sangat buruk dalam pilihan raya umum 2008. Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN” katanya hari ini.
Omar mengulas keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN mampu merampas Pulau Pinang dalam pilihan raua umum akan datang.
Najib membuat kenyataan demikian ketika berucap merasmikan perasmian perhimpunan agung Gerakan di Kuala Lumpur semalam.

Janji Umno kepada Gerakan, MCA

Ketua Umno Bukit Gelugor itu juga mengulas kenyataan Najib bahawa pemimpin Umno tidak akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Omar berkata, Umno telah membuat perjanjian dengan Gerakan dan MCA bahawa parti orang Melayu itu tidak akan menjadi Ketua Menteri.
“Umno akan berpegang teguh dengan janji yang telah dibuat dengan Gerakan dan MCA itu,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Umno bercadang bertanding lebih banyak kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, ini kerana prestasi baik yang ditunjukkan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengenai Gerakan dan MIC, Musa berkata, kedua-dua parti berkerja kuat untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.
“Ada kemungkinan mereka akan menang semula dalam pilihan raya umum ke 13 kelak,” tambahnya.
Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang setelah menang besar dalam pilihan raya 2008

17 Oktober 2011

DR.M, ANANDA DAN AIRCEL: KORUPSI, JENAYAH & PAKSAAN

Aircel, Ananda dan Dr M: Perihal sebuah paksaan, korupsi dan jenayah kolar putih


Purata pelancong yang melawat India tidak tinggal di Taj. Tapi, kepada sesiapa yang pernah tinggal disitu akan sentiasa mengingati pengalaman itu. Anda akan dibawa lari jauh dari debu, sampah-sarap dan kekotoran sebuah jalan di kota India, jauh meninggalkan sang pengemis yang menghurung, hiruk-pikuk kebisingan hon dari kereta, lori dan beca yang memekakkan, sehingga sampai ke sebuah pulau yang sunyi penuh cerita-cerita khayalan semata.

Di kota Chennai, Taj Coromandel (dinamakan sempena sebuah kisah cinta silam, di barat laut bumi India) dimana golongan berada memilih untuk bersara; sebaik sahaja mereka berjaya meloloskan diri meninggalkan kota yang sesak dan padat itu.

Namun, di hotel ini jugalah pada November 2005, satu episod yang boleh dianggap sebagai jenayah kolar putih telah mengambil tempat. Kalanithi Maran, saudara sedarah Menteri Telekomunikasi India waktu itu, Dayanidhi Maran memerintahkan C. Sivashankaran menjual syarikatnya, Aircel kepada Maxis.

Saksi kes

Untuk dua tahun lamanya, Dayanidhi Maran telah melengah-lengahkan isu perlesenan yang

membenarkan Sivashankaran meneruskan operasi syarikatnya yang menampakkan keuntungan. Sivashankaran yang mengepalai Aircel sejak April 1994 telah dipaksa menjual syarikatnya kepada sebuah syarikat dari Malaysia yang tidak bertapak di India iaitu Maxis. Sivashankaran juga terpaksa tunduk akur kepada Ralph Marshall, orang kepercayaan Ananda Krishnan, yang memberitahunya bahawa Maran sudah melangsaikan soal jualbeli syarikat itu.

Ada sekali itu, Sivashankaran menjual syarikatnya, segala urusan lessen yang masih tertangguh diselesaikan serta-merta, tiada lagi isu birokrasi menjadi penghalang. Bayaran yang diterima Maran bersaudara daripada Maxis berjumlah 550 crores, anggaran sekitar RM400 juta. Semua ini dibuktikan di dalam laporan - First Information Report - dimana Unit Siasatan Jenayah Pusat (CBI) India telah menfail saman terhadap Maran bersaudara, Maxis, Astro, Ralph Marshall dan Ananda Krishnan.

Unit Siasatan Jenayah Pusat India telah mendapatkan saksi iaitu Sivashankaran dan Suneeta Reddy (terlibat dalam pembelian Aircel sebagai rakan kongsi Maxis di India), dan beberapa orang lain. Kesulitan berlaku kerana pihak yang terlibat bertindak ala-mafia, menggunakan paksaan dalam pembelian syarikat Aircel. Watak Tony Soprano sepertinya dilakonkan, menghisap cerut sambil melontar senyuman puas.

Saman di Singapura

Sivashankaran lalu menyaman Maxis di mahkamah Singapura; kerana beliau tahu akan kalah kalau

kes dibuat di mahkamah Malaysia. Dan Ananda Krishnan, seorang manusia yang berpengaruh, rakan karib Mahathir Mohammed seorang diktator yang juga seorang mantan Perdana Menteri Malaysia.

Mahathir terus menjadi orang yang berpengaruh di dalam arena politik negara dan yang terbaru, turut bertanggungjawab menghumban Abdullah Badawi keluar dari tampuk kuasa pemerintahan. Anak lelakinya, Mokhzani, turut menduduki kerusi empuk Maxis sebagai penaung. Hampir kesemua pelaburan Ananda Krishnan, dari sektor janakuasa eletrik, sukan dan telekomunikasi tidak boleh beroperasi di Malaysia tanpa izin (lessen). Sudah tentulah Ananda Krishnan seorang yang bijak berunding dan pandai membeli jiwa dalam apa jua pelaburannya.

Jenayah merasuah pegawai asing di Malaysia

Jika dakwaan keatasnya benar, beliau mungkin seorang yang tamak haloba di India, atau paling

tidak, keadaan ini menyusutkan situasi yang telah lama terpendam.

Ahli Parlimen Malaysia, termasuk wakil PKR, Sivarasa Rasiah dan William Leong telahpun menuntut Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia untuk menyiasat Ananda Krishnan; kerana ia adalah satu jenayah dalam undang-undang di Malaysia untuk memberikan rasuah kepada pegawai dari negara asing. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yakin bahawa Ananda Krishnan telah menggunakan taktik sama di Malaysia dalam usaha jual-belinya ke atas semua pelaburan yang melibatkan kerajaan Malaysia.

Apapun yang akan berakhir dalam kes ini, ianya adalah satu jawapan kepada kegagalan Ananda Krishnan menutup kerja jahatnya termasuk Maxis dan syarikat-syarikat lainnya. Walaupun sering dilihat mengelak publisiti, wajahnya yang ‘ngeri’ terpampang di dalam berita-berita, beliau tidak dapat lagi lari dari menjelaskan kedudukannya, paling tidak kepada Unit Siasatan Jenayah Pusat, India.

Kepada yang berminat mengetahui selanjutnya, saluran television NDTV ada menerbitkan kes ini di:

http://www.ndtv.com/article/india/ndtv-exclusive-read-the-cbi-fir-against-maran-140920

- Malaysia Chronicle

POLIS (SB) BANCI UNDI PULAK

SIAPA SURUH POLIS (SB) BANCI UNDI?


Sabah: SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis ‘Cawangan Khas’ (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.

Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.

Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.

Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.

Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.

Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, “Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu.”

Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas ‘ARAHAN PIHAK ATASAN’. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, “UNDI ADALAH RAHSIA”.

Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.

sumber ; SK-MARDIANY DIGONG

LAPURAN AUDIT TIDAK DIBENTANG KERANA PUJI KELANTAN.

Puji Kelantan, laporan audit tidak dibentang?


KOTA BHARU,16 Okt: Ekoran memuji pemerintahan Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang di Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2012.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa, selain faktor itu laporan audit itu juga tidak dibentang kerana prestasi pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN yang biasanya defisit.

"Kita amat terkejut bila mana (laporan audit) tak dibentangkan sebelum belanjawan dibentangkan di Parlimen, kerana selalunya diberi dahulu supaya boleh dibawa bersama dalam sebarang perbahasan.

"Ada ura-ura menyatakan bahawa salah satu sebab utama ialah kerana prestasi pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dipuji dalam Laporan Ketua Audit Negara itu bagi tahun 2010," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Balai Islam, Lundang dekat sini semalam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Beliau yang juga naib presiden PKR berpendapat, ahli parlimen wajib diberikan salinan buku laporan itu supaya mereka dapat menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah BN yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

16 Oktober 2011

UMNO Tukar 'United Mynmar and Nepal Organisation'

14 parlimen Kelantan perlu menang


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa pula menyeru semua pihak khususnya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak hilang ‘fokus’ dalam perjuangan menuju Putrajaya.

Katanya, 14 kerusi parlimen di Kelantan mesti dimenangi Pakatan Rakyat bagi memastikan peluang ke Putrajaya lebih cerah sekaligus dapat memastikan hak royalti Kelantan diberikan kepada kerajaan negeri.

"Dan Pakatan Rakyat mesti berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan didominasi Umno BN mesti membayar royalti kepada Kelantan.

"Kita juga menuntut supaya royalti itu dinaikkan daripada lima peratus keapda 20 peratus, ini kerana mejoriti negeri pengeluar minyak adalah miskin seperti Sawarak, Trengganu dan Kelantan," katanya.

Mengulas langkah pihak tertentu membawa mendftarkan warga asing sebagai pengundi, beliau menyeru semua pihak berdoa agar mereka mengundi Pakatan Rakyat.

"Kita nak buang dah tak boleh dah kerana BN memang dah ‘masukkan, Parti Umno pun sudah ditukar kepada 'United Myanmar and Nepal Organisation'," dakwanya, berseloroh sinis.

"Berdoa kepada Allah swt agar mereka boleh mengundi Pakatan Rakyat, sekali pun yang ‘mendaftar’ itu adalah Umno BN," tambahnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terbaru di Kota Bharu sendiri 65 orang pendatang dikesan didaftarkan sebagai pemilih di Pasir Pekan.

"Kita mesti ada dua strategi, strategi pertama membantah, kedua mesti kenal pasti orang itu dan kita kena kempen memberi kesedaran kepada mereka," katanya.

Demokrasi Kotor

Sementara Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (Pak Samad) mendakwa sistem demokrasi negara khususnya pilihan raya masih lagi kotor dan perlu dibersihkan.

Beliau merujuk isu sama, iaitu tindakan pihak tertentu yang sanggup menggadaikan maruah negara dengan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

"Bagi saya, itu (daftar warga asing) harus dibatalkan, sebab kalau kita biarkan, kita memulakan budaya baru di mana untuk mengalahkan lawan, kita ambil siapa saja yang kita boleh mudahkan mereka untuk menjadi warganegara.

"Itu saya fikir demokrasi yang tidak bersih. Jadi harus dibersihkan itu dahulu," katanya

DAP PERAK TIDAK BIMBANG ISU HUDUD

Pendirian BN tentang isu hudud ini pula sangat berbeza menyebabkan orang Melayu Perak merasa kurang senang dan akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti.


PETALING JAYA: Isu hudud yang menjadi kontroversi di media sekarang tidak menjadi faktor penentu dan membimbangkan DAP Perak untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua DAP Perak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan Ngeh Koo Ham ketika dihubungi yakin pengundi Melayu lebih cenderung menyokong DAP yang sanggup berbincang dengan PAS meskipun berbeza pendirian.

“Pakatan Rakyat tidak menolak pelaksanaan hudud. DAP pula sanggup mendengar penjelasan PAS cuma DAP berbeza pendirian atas dasar keadilan,” terang beliau yang juga ahli parlimen Beruas.
Kata beliau, pendirian Barisan Nasional (BN) tentang isu hudud ini pula sangat berbeza menyebabkan orang Melayu Perak merasa kurang senang dan akan menolak mereka dalam PRU 13 nanti.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan manakala MCA mengugut akan keluar dari BN,” jelas Ngeh.

Isu hudud hangat diperkatakan sejak bulan lepas apabila Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila ia dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat pada penghujung bulan lepas memutuskan bahawa hudud tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapatkan konsensus dari parti komponen Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS.

Pembahagian kerusi selesai
Dalam perkembangan berkaitan, Ngeh mengakui bahawa pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Perak untuk PRU 13 telah pun selesai.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butiran mengenai pembahagian kerusi itu.
“Ini adalah sebahagian daripada strategi kami di Pakatan Rakyat. Politik adalah seperti permainan catur dan kami tidak mahu beri kelebihan kepada BN,” jelas beliau.
Ngeh turut mendakwa bahawa Pakatan Rakyat tidak akan mendedahkan strategi mereka kerana sudah ada usaha merosakkan nama baik Adun Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas menteri besar.

Ketika ditanya berkenaan calon Melayu untuk DAP, Ngeh berkata Pakatan Rakyat Perak telah membuktikan bahawa politik mereka melangkaui batas kaum.
“Dalam Pakatan Rakyat, calon Cina akan bantu Melayu dan India dan begitulah sebaliknya. Kita akan lebih bersatu. Perbezaan di dalam pelaksanaan dasar umpamanya akan berdasarkan keperluan,” kata Ngeh.Ngeh turut ditanya berkenaan trend pengundi terhadap DAP khususnya dan Pakatan Rakyat secara amnya.

“Pengundi bandar dan mereka yang membaca berita alternatif lebih cenderung menyokong DAP dan Pakatan Rakyat manakala penduduk luar bandar yang hanya mendapat berita media arus perdana dan mendapatkan segala yang dipinta cenderung mengundi BN.
“Masalahnya mereka tidak faham bahawa apa yang mereka perolehi itu datang dengan kos rasuah yang tinggi,” kata Ngeh.

KUALA LUMPUR DIURUS OLEH ORANG YANG KALAH DAN LEKEH

Impian nasi lemak: Najib vs Kuala Lumpur

Perdana Menteri Najib Razak bersarapan nasi lemak di Village Park di Damansara Utama Ahad lepas.

Kelihatannya ramai orang mahu bergambar dengan beliau sehingga dia tidak dapat makan dengan tenang. Tidak jelas berapa ramai di antara mereka yang diupah oleh penasihat PR beliau.

Seorang lelaki menghampirinya dan berkata bahawa ini adalah belanjawan yang terbaik yang pernah dibentangkan. Tidak jelas samada lelaki itu sedang menyindir ataupun dia seorang yang bodoh.

Keramahan palsu

Kelihatannya, didorong oleh acara ini, Najib terasa untuk menggalakkan BN WP untuk memenangi

semula Kuala Lumpur. Memenangi semula Kuala Lumpur katanya, akan membuktikan BN masih disokong bukan sahaja oleh rakyat di kampung tetapi juga oleh rakyat di bandar. Jelaslah Najib tidak dapat membezakan di antara bukti empirical dan anekdot.

Masalah dengan hujah Najib ialah BN sememangnya hanya disokong oleh rakyat di kampung. Dan BN tidak akan menang semula kerusi-kerusi parlimennya di Kuala Lumpur.

Penduduk Kuala Lumpur tidak mendapat banyak peluang pada setiap pilihanraya umum. Di mana rakyat-rakyat di kawasan lain dapat mengundi dua kali, satu untuk menentukan wakil mereka di Parlimen dan satu untuk menentukan wakil mereka di peringkat negeri, penduduk KL hanya dapat satu undi. Oleh itu penduduk KL tidak ada suara dalam siapa yang menguruskan pentadbiran local.

Malah, KL diurus oleh DBKL yang tidak cekap, yang tidak mendengar atau mengambil peduli tentang rakyat KL. Ketua DBKL dengan menggelar dirinya sebagai Datuk Bandar, dipilih, bukan diundi. Dia selalunya adalah seorang pegawai kerajaan yang di ambang persaraan dan tidak mempunyai sebab untuk perihatin dengan pandangan penduduk KL. Tidak kira betapa tidak cekapnya dia, dia tidak boleh dilucutkan atau diundi keluar oleh rakyat KL. Dia hanya dikuasai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, seorang ahli Kabinet Persekutuan.

Dalam keadaan sekarang, Raja Nong Chik, Menteri WP, bukanlah MP dari Kuala Lumpur. Malahan, dia bukanlah seorang MP pun. Dia hanya berada di sana kerana dilantik oleh Perdana Menteri; dalam kebijaksanaannya yang boleh dipertikai. Maka itulah dia, dua individu yang mengurus Kuala Lumpur adalah terpisah dan tidak mewakili penduduk Kuala Lumpur.

Pilihanraya local council harus ada di KL

Jawatan Datuk Bandar dan councilor mestilah diundi; tiada lainnya lagi. Penduduk KL mesti
diberi semula hak mengundi, dan pengurusan DBKL yang tidak cekap harus diberhentikan.

Populasi Kuala Lumpur lebih tinggi daripada Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka atau Pahang. Tetapi ia diurus dengan teruk oleh dewan bandaraya yang di bawah telunjuk Kerajaan Persekutuan BN. Rakyat KL haruslah dibenarkan membuat keputusan mengenai pentadbirannya seperti mana rakyat Malaysia yang lain.

Keadaan pengurusan sekarang ini tidak boleh dipertahankan. Bukti siapa yang penduduk KL mahu untuk mewakilkan mereka hanya dapat ditunjukkan melalui pilihanraya parlimen. Terdapat 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur. Dalam pilihanraya tahun 2008, penduduk KL memilih Pakatan 10 daripada kerusi-kerusi tersebut. Maka Pakatanlah wakil penduduk KL yang sahih.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun daripada anggota di DBKL datang daripada orang-orang Pakatan. Malah, mereka semua adalah balaci BN dari UMNO, Mca dan MIC. Mereka datang daripada parti yang telah ditolak oleh rakyat Kuala Lumpur. Keinginan rakyat dipijak oleh but BN. Menambahkan garam pada luka, DBKL tidak menghiraukan MP Pakatan da tidak mengendahkan rekomendasi-rekomendasi mereka.

Tidak tahu apa KL mahu

Dan sekarang Najib berani pula berkata BN WP akan memenangi semula Kuala Lumpur. Ia tidak akan berlaku selagi KL diurus dengan cara sedemikian rupa. Dan ia tidak akan berlaku sehingga Najib mengambil peduli masalah rakyat Bandar yang termasuk:

> Pembasmian rasuah yang berleluasa.

>Memastikan kebebasan dan integriti institusi-institusi awam, seperti kehakiman, SPRM dan Suruhanjaya Pilihanraya.

>Penubuhan IPCMC untuk mengelakkan salah laku polis, satu kejadian yang terlihat lagi sewaktu perarakan hijau di Kuantan Ahad lepas.

>Pendakwaan orang-orang yang korup, termasuklah orang yang sedang atau pernah berjawatan di jawatan tinggi, tetapi tidak didakwa dan malah tidak disoal siasat.

>Kebebasan media

>Kebebasan bersuara.

>Pilihanraya yang bersih dan adil.

Najib tidak akan dan tidak dapt menunaikan satu pun daripada permintaan-permintaan di atas. Dan beliau tidak dapat membeli penduduk Bandar dengan RM500 berdasarkan belanjawan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mandiri yang akan membawa Malaysia ke defisit yang merbahaya.

Maka Najib tidak akan mendapat undi orang bandar.
Dan beliau tidak akan menang semula Kuala Lumpur.
-MC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...