langsai hutang

langsai hutang
klik gambar

29 Oktober 2011

MPSP: Gaji permulaan RM1,200, kontraktor perlu guna 70 peratus pekerja lokal

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memperkenalkan dasar baru bagi membela kebajikan pekerja mulai tahun depan dengan gaji permulaan RM1,200 dan mewajibkan kontraktor pembersihan menggunakan minimum 70 peratus tenaga kerja tempatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, ahli majlis MPSP Steven Sim berkata, pelaksanaan dasar itu akan merangkumi rombakan semula kontrak pembersihan pihak berkuasa tempatan.

“Pada masa kini, pekerja paling rendah dalam MPSP adalah dalam kategori pekerja awam bergred R1. Gaji permulaan mereka kira-kira RM1,200 termasuk elaun tetap bulanan.

“Pekerja dalam kategori ini adalah umumnya pekerja pembersihan. Bagi membela nasib mereka, Kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah mengumumkan elaun khas bulanan RM150 kepada pekerja-pekerja pasukan 3D - mereka yang melakukan pekerjaan bahaya, kotor dan sukar,” kata kenyataan itu.

Katanya, ia termasuklah pekerja pembersihan am yang digaji oleh MPSP dan oleh itu, pampasan total para pekerja gred paling rendah di majlis tersebut adalah sekurang-kurangnya RM1,350 sebulan.

Selain itu katanya, MPSP kini mempunyai lebih kurang 2,000 pekerja pembersihan yang digaji di bawah kontraktor-kontraktor pembersihan swasta.

“Kajian ringkas menunjukkan bahawa pekerja-pekerja ini bergaji antara RM600 hingga RM750 sebulan dan kebergantungan terhadap pekerja asing amat tinggi iaitu kira-kira 75 hingga 80 peratus merupakan warga asing,” tambah kenyataan itu.

Justeru, katanya, MPSP telah mewajibkan kontraktor-kontraktor pembersihan swasta mengambil sekurang-kurangnya 70 peratus tenaga kerja tempatan.

“Gaji pokok pekerja ini pula perlu sekurang-kurangnya RM800, tidak termasuk elaun yang berhak diterima. Jika dikira elaun, gaji bulanan pekerja-pekerja tersebut mungkin mencecah RM1,000-RM1,100,” katanya lagi.

Dengan itu kata kenyataan itu, MPSP akan mewujudkan lebih kurang 1,500 peluang pekerjaan kepada warga negara Malaysia dengan kadar gaji antara RM800-RM1,100 sebulan.

“Ini bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja migran tidak mahir dan meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan, malah selaras dengan dasar propekerja kerajaan negeri untuk mendukung masyarakat setempat terutamanya golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang di masa keadaan pasaran kerja yang tidak memberangsangkan.

“Dengan adanya pekerjaaan-pekerjaan bergaji sederhana ini, maka masyarakat golongan terbawah sedikit sebanyak dilindungi daripada angin kencang krisis ekonomi global,” kata kenyataan itu lagi.-tmi

KDEB, ada kerja kosong tak?

Nazli Ibrahim | October 29, 2011

"Kerajaan negeri melantik sebuah syarikat kontraktor secara rundingan terus bagi menjalankan kerja-kerja penyelengaraan yang bernilai RM7.11 juta."
COMMENT

Ungkapan ‘rundingan terus’ dalam petikan di atas memang biasa kita terbaca sebelum ini dan lazimnya terutama bagi penyokong Pakatan Rakyat pasti dapat mengagak petikan ini merujuk kepada kerajaan pusat atau negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini anda salah, kerana kali ini ungkapan rundingan terus itu wujud di dalam kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan bukanlah dalam pentadbiran BN.
Saya percaya, kebanyakan penyokong Pakatan lebih-lebih lagi penyokong tegar tentu beranggapan kerajaan negeri Selangor yang ada hari ini akan membuka tender dalam setiap kerja-kerja yang melibatkan perbelanjaan wang kerajaan.

Rupa-rupanya tidak juga, masih ada lagi rundingan terus dan sekaligus membuat saya sendiri tertanya-tanya, syarikat manakah agak- agaknya yang bertuah itu dapat kontrak melalui rundingan terus dengan kerajaan negeri.

Ia juga membuatkan saya tertanya-tanya lagi, agak-agaknya siapalah pemilik dan manusia-manusia di dalam syarikat ini dan mereka ini saudara-mara atau suku-sakat kepada sipolan atau sianu siapa pula?
Kalau tidak, masakan boleh memperolehi kontrak secara rundingan terus begitu sahaja melainkan ada di antara pihak-pihak yang telah mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu dan lazimnya mempunyai hubungan yang akrab, bukankah begitu?

Meskipun kontrak baru itu lebih baik harganya iaitu RM7.11 juta berbanding RM9.90 juta yang dimeterai oleh kerajaan BN sebelumnya, tetapi wajarkah kaedah rundingan terus ini dijadikan amalan oleh sebuah parti yang mendakwa diri mereka lebih telus?

Tambah menjadikan saya tertanya-tanya lagi, adakah wujud suatu pertikaian disebalik perjanjian itu apabila perjanjian itu tidak pula ditandatangani oleh Exco berkaitan.
Adakah isu rundingan terus ini mempunyai kaitan dengan pihak dan persamaan kisah-kisah mereka di sebalik bill board-bil board di sepanjang jalan raya di sekitar Selangor ini?
Bukankah tidak mustahil, kebarangkalian memperolehi sebut harga lebih baik itu tetap ada sekiranya tender dibuka kepada mana-mana kontraktor di negeri ini yang berminat.

Bayar bonus RM576,563

Bagaimana pula dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang menyebut Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang mencatatkan kerugian pada 2009 tetapi tetap membayar bonus berjumlah RM576,563 kepada 30 kakitangannya.
Aduhai, serta-merta hati saya melonjak-lonjak ingin mencari kenalan yang bekerja di syarikat ini sebab manalah tahu kalau-kalau ada kekosongan jawatan, walaupun cuma kerani rendah pun tidak kisahlah.

Cuba bayangkan dengan pengiraan mudah, RM576,563 dibahagikan 30 orang, secara purata setiap seorang memperolehi RM19,218.67 dalam bentuk bonus tahunan.
Kalau pun kemungkinan kakitangan rendah memperolehi kurang dari jumlah yang disebutkan di atas ekoran bahagian lebih besar disapu oleh kepala-kepala di atas, sekurang-kurangnya cecah angka RM10,000 agak pasti, tetapi itu pun cuma congakan saya.
Agaknya congak kepala-kepala di atas itu pula, tidak kisahlah walaupun syarikat rugi dan mesyuarat yang sepatutnya diadakan cuma empat kali setahun pun kantoi, tetapi bab bonus jangan sesekali kantoi dan pastikan lumayan.
Bagi orang yang terkais-kais seperti saya, kalaulah dapat RM10,000 memang sudah cukup besar dan dah kira patut buat majlis kenduri kesyukuran!
Itu baru dua, belum lagi sebut tentang jumlah hasil dan pelaburan menurun, jualan Kumpulan Harta Selangor Berhad (KHSB) tidak ikut pasaran semasa dan beberapa perkara lain yang juga disentuh dalam LKAN.

Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan khususnya dari PKR, kalau mahukan sepenggal lagi, tidak usahlah memuji tinggi melangit akan pencapaian kerajaan Pakatan negeri Selangor yang juga ada terkandung dalam LKAN.

Sebaliknya adalah lebih baik sekiranya teguran dan tumpuan diberikan untuk memperbaiki kelemahan prestasi pengurusan kerajaan negeri yang ada pada masa sekarang.
Ingat, para pengundi di Selangor sedang memerhatikan anda dan jangan sampai mereka kesal dengan pilihan mereka pada pilihan raya 2008 lalu kerana milihat anda yang sama sahaja seperti ‘penunggu mahligai RM24 juta’ dan kuncu-kuncunya sebelum ini.-FMT

MTUC BERI AMARAN KEPADA NAJIB

Batal pindaan Akta Kerja atau hadapi kesan masa PRU, MTUC beri Najib amaran


SUBANG JAYA, 28 Okt ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa undi melibatkan 5.7 juta pekerja akan menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke-13 melainkan pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang ditarik balik.

“Kami minta perdana menteri mendengar permintaan kami, suara kami bagi pihak 5.7 juta pengundi (pekerja).

“Ada 5.7 juta pekerja yang berdaftar. Ini isyarat kami kepada beliau,” kata Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor pada sidang media di sini hari ini.

Badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli telah merancang untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini.

MTUC mengesahkan bahawa piket itu, yang kedua selepas tindakan di kawasan bangunan Parlimen pada 3 Oktober lalu, akan diadakan 20 lokasi di seluruh negara.

Pergerakan itu mendakwa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.

Jelas Halim, pihaknya sudah menghantar surat kepada Najib dan timbalannya minggu lepas berhubung permohonan mereka mendesak pertimbangan semula pindaan berkenaan Akta Kerja, namun sehingga kini belum mendapat respons.

“Sekiranya masih lagi tiada jawapan, kemungkinan besar kami akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini,” tegasnya lagi.

Kata Halim, MTUC lebih rela menyelesaikan kemelut ini secara domestik berbanding melibatkan pihak luar.

Namun begitu, sekiranya ia menemui jalan buntu, pihaknya akan membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember ini.

Terdahulu, sebanyak 107 pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara menyokong pendirian MTUC, memprotes pindaan Akta Kerja 1955, yang membolehkan kontraktor tenaga kerja dianggap sebagai majikan yang sahih.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pihak berkenaan menegaskan kekecewaan mereka dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bertegas dengan pendirian membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Ia telah pun diluluskan di Dewan Rakyat minggu pertama bulan ini dan kini tunggu giliran perbahasan Dewan Negara.

Laporan The Malaysian Insider kelmarin menyebut pertemuan antara MTUC dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam Selasa lalu gagal mengelak piket peringkat nasional badan induk kesatuan sekerja itu 3 November ini.

Kedua-dua pihak terbabit tidak menggunakan pertemuan itu yang berlangsung kira-kira sejam untuk menghindar pertikaian berkaitan dengan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011).

Kementerian Sumber Manusia juga dikatakan tidak meminta MTUC agar menggugurkan rancangan berpiket kali kedua bulan depan.

Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Dr Subramaniam juga tidak menimbulkan sebarang pertanyaan mengenai piket mereka ― yang kedua ― yang akan diadakan di seluruh negara secara serentak awal bulan depan.

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu.

Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Justeru tegas, MTUC akan meneruskan piket kebangsaan 3 November bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955.

MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

40% KEHILANGAN AIR DI SELANGOR TIDAK MASUK AKAL

Bekalan air: S'gor dakwa kadar NRW tidak terkawal

Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.

"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan.

Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.

"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.

"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air

bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

"Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan," tambahnya.

Elizabeth berkata, menteri-menteri kerajaan pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, yang didakwanya, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi terbabit.

Seballiknya, tegas beliau, isu yang patut diberi perhatian oleh kerajaan pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada kerajaan Selangor yang didakwanya sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

"Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika kerajaan negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan.

"Jika kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun," tambahnya.-MK

Komen: NRW sepatutnya dalam kadar 10%-15% bagi pengurusan yang cekap selepas diswastakan

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

Daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

Daripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.-MK

28 Oktober 2011

SKANDAL KEMENTAH: KERETA KEBAL DINAIKAN HARGA RM22.8 JUTA SEBUAH


Ketirisan Wang Rakyat RM12 Billion Oleh Kementerian Pertahanan


Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk “merekabentuk, membangun dan mengeluarkan” sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama ‘DEFTECH’, sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 Juta sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan ‘rompakan di siang hari’ melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

* Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

* Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang? -FMT

HASIL KEDAH 2010 RM456.21 JUTA, LEBIHAN BELANJAWAN RM22.5 JUTA ( SURPLUS)

Laporan Ketua Audit: Tahniah Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.
Ketua Penerangannya, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang.

Katanya, berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan; pengalaman pentadbiran, kewangan, penyaluran peruntukan kerajaan pusat yang tidak melalui negeri, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak terus melangkah gagah.

“DPPNK mempunyai alasan kukuh untuk terus mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah,” ujarnya dalam satu kenyataan.Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Terap menggariskan tujuh sebab dan berbangga dengan kejayaan itu.

Pertama, katanya Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus.

Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.
“Pencapaian ini adalah yang terbaik di dalam masa 5 tahun,” katanya lagi.

Kedua, ujarnya Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta yang mana peningkatan itu sangat ketara dan sangat membanggakan.

Katanya, ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut, berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Selain itu, katanya Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009.

Menurutnya, pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.
Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada para pegawai kerajaan negeri.

Beliau menambah, laporan itu telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus yang mana kerajaan negeri telah berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta.

“Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan di dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut. Kutipan ini adalah yang kedua tertinggi di dalam tempoh 5 tahun,” ujarnya lagi

Kelima, katanya peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah.

Menurutnya, hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta di mana kutipan itu adalah tertinggi dalam masa 5 tahun.

Sekali lagi, ujarnya premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah di mana peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta, berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta.

Jelasnya, jumlah itu juga adalah yang tertinggi dalam masa 5 tahun.

“Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus,” katanya lagi.

Tambahnya, yang ketujuh ialah kerajaan negeri juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa 5 tahun terakhir, berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

Katanya, DPPNK berpandangan bahawa dengan laporan itu, Ketua Audit Negara terus memperakui keupayaan pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan secara fakta bahawa segala tohmahan bahkan keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan adalah tidak berasas,” ujarnya.

Tegasnya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendokong pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat,” ujarnya lagi.-HD

27 Oktober 2011

ANDA DAN SAYA BAYAR GAJI SAMY VELLU UNTUK MENIPU PROJEK RM10 BILION

Rundingan RM10 bilion: Satu lagi kerja menipu Samy Vellu
Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle


Dengan pencapaian yang tidak boleh dibuktikan di dalam kapasitinya sebagai ‘Wakil Khas ke Asia Selatan’, Samy Vellu sedang memikirkan tipu muslihat yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Selepas mengumumkan sebuah ‘perjanjian’ bernilai RM10 billion dengan syarikat dari Bangladesh, kini dia mengumumkan pula yang Malaysia akan memberikan pinjaman RM9 billion kepada Bangladesh untuk projek Padma Bridge, yang mana Bank Dunia telah menolak untuk memberi bantuan kerana dugaan rasuah.

Projek yang sepatutnya diterima oleh syarikat Malaysia perlu ada Memorandum Persefahaman. Memorandum Persefahaman tidak bernilai di atas kertas kerana ianya bukan satu dokumen sah. Ahli politik Malaysia sering berbangga dengan majlis menandatangani sesuatu, kononnya Memorandum Persefahaman bermakna satu persetujuan kerja yang sah.

Tujuannya hanyalah untuk satu tajuk utama akhbar yang akan membuatkan anda merasa yang mereka benar-benar bekerja dan menghasilkan sesuatu. Najib juga suka menggunakan helah ini. Dia sering dilihat menandatangani Memorandum Persefahaman ketika lawatan kerjanya di luar. Selepas itu, anda tidak lagi mendengar apa-apa tentang Memorandum Persefahaman ini. Ini kerana ia memang tidak pernah berlaku.

Duit mengalir keluar

Dana yang akan kita berikan kepada Bangladesh itu duit betul dan kita perlu memberikannya sesegera mungkin. Pada akhirnya nanti, tiada satupun projek diberikan kepada syarikat Malaysia. Mungkin juga tiada jambatan yang dibina dan Malaysia akan hilang RM 9 billion dalam apa yang akan ditulis sebagai pinjaman buruk.

Ia seperti satu permainan judi, cara Samy Vellu. Namun apalah sangat RM9 bilion bila Malaysia menanggung hutang sebanyak RM400 bilion? Samy mana mempedulikan hal ini, Najib tidak dan semua orang di dalam pentadbiran BN tidak menghiraukan langsung.

Pada mulanya, memang tiada jawatan ‘Wakil Khas ke Asia Selatan’. Malaysia tidak memerlukan wakil khas seperti itu. Samy Vellu diberikan tugas itu oleh Najib supaya dia bersara dari menjadi ketua MIC. Najib tidak tahu cara lain menyingkir Samy.

Samy Vellu kini memegang jawatan menteri dengan gaji dan keistimewaan seseorang menteri, yang dibayar oleh rakyat Malaysia pembayar cukai iaitu anda dan saya. Dia akan ke Asia Selatan sekerap mungkin kerana dia perlu dilihat sebagai sedang bekerja. Kemungkinan lain, dia suka makanan di sana. Ukur lilit pinggangnya mungkin semakin membesar. Sekali lagi, pembayar cukai terpaksa melangsaikan bil-bil itu.

Orang Bangladesh juga tahu siapa Samy Vellu

Bangladesh ialah antara negara termiskin di dunia. Mana mungkin Bangladesh mempunyai duit sebanyak RM 10 bilion untuk sesebuah projek. Samy Vellu memang beriya-iya membuktikan cerita Bangladesh yang tidak wujud ini. Menakjubkan! Dia yakin berjaya memukau penonton dengan rekaan fiksyennya. Ceritanya seperti juga sebuah adegan filem Tamil; boleh diramal dan banyak kebocoran. Dan kita sudah pastilah tidak mahu menonton nyanyian dan tarian Samy ini.

Rakyat Bangladesh datang ke Malaysia sebagai pekerja binaan, pelayan restoran, tukang cuci dan kerja-kerja kelas rendah yang tiada rakyat Malaysia mahu lakukan. Mereka tinggal beramai-ramai di dalam rumah yang kecil dan kotor. Mereka dibayar dengan gaji yang murah dan sering dipandang rendah oleh masyarakat. Namun mereka tetap juga datang ke sini kerana tiada peluang pekerjaan di Bangladesh. Ini kerana ekonomi negara Bangladesh sangat teruk dan rasuahnya seperti wabak penyakit.

Saya terfikir apakah yang akan mereka katakana bila membaca berita yang Bangladesh memberikan pinjaman RM10 bilion untuk projek kepada Samy Vellu.

Jika mereka mempunyai deria yang kuat, mereka tidak akan mempercayainya.

Begitu juga anda.

- Malaysia Chronicle

AL-FATIHAH UNTUK GADDAFI

Tuan yang saya muliakan:


Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya.

Tuan yang saya muliakan,

Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya.

Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70’an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano.

Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi.

Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas.

Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika.

Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa.

Tuan yang saya hormati,

Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita.

Tuan yang saya hormati,

Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika.

Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ‘ budak jahat’ dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya.

Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi.

Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi.

Pertama:
Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.

Kedua:
Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.

Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.

Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.

Ketiga:
Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.

Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.

Tuan yang saya hormati,

Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa.

Tuan yang saya hormati,

Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?

Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi?

Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT)

MAHASISWA SEDIA HIMPUNAN -MACAM BERSIH 2.0


GOMBAK - Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan larangan daripada pihak keselamatan universiti.

Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam tadi.

Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Mohd Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.

"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya

26 Oktober 2011

P.PINANG LUPUS 95% HUTANG PUSAT, PUSAT PULAK SERAH PROJEK KPD KRONI

Semua Petunjuk Kewangan P.Pinang Meningkat, Berjaya Lupus 95% Hutang Peninggalan BN

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010, kedudukan kewangan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua Menteri Lim Guan Eng telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010.

Laporan Audit berkenaan mendedahkan semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion

Manakala baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta

Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta.

Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

Sementara itu, beberapa hari sebelum Laporan Audit 2010 dikeluarkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membentang Bajet 2012 yang mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, berkata berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

Siasat Kegagalan Projek Lembu Anak-Beranak Sharizat Jalil RM250 Juta

Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j


Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umno yang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

"Kajian awal oleh PKR ini jelas menunjukkan bahawa projek ini telah gagal walaupun menelan belanja jumlah wang rakyat yang besar dan kurniaan tanah seluas 5,000 ekar.

"Malah, ada petani dan penternak kecil yang mempunyai operasi yang lebih besar dan berkesan walaupun tidak mendapat apa-apa bantuan kerajaan," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Dakwanya, projek syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd itu dikendalikan suami dan anak-anak menteri itu, bawah Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) untuk memenuhi sasaran 40 peratus (1,500 ekor sehari) permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Sebaliknya, berdasarkan tinjauan PKR, projek yang beroperasi di Gemas, Negeri Sembilan itu didakwa hanya mengeluarkan sekitar 1,000 ekor lembu dipelihara dan sebanyak 20 ekor lembu disembelih setiap hari.

Sehubungan itu, PKR berpendapat isu itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia salah contoh utama bagaimana "penyelewengan" wang rakyat dan mempunyai kesan mendalam kepada kenaikan harga barang.

"Rakyat memerlukan penjelasan segera mengenai kegagalan projek nasional yang menelan belanja besar ini," katanya.

Ahli parlimen Ampang itu juga mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang didakwa terlibat menganugerahkan projek itu - tidak boleh terus berdiam diri. -mk

MILIK NEGARAKAN SYARIKAT HARAM KRONI DAN BN

Milik-negarakan keuntungan yang dibuat secara haram oleh BN dan kroni


Apabila Pakatan Rakyat akan mengambil tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan nanti, persoalan apakah tindakan yang akan diambil ke atas semua kroni Barisan Nasional (BN) serta semua harta dan kekayaan yang dijarah mereka akan timbul. Ketika ini di Malaysia, kita tiada undang-undang untuk perkara seperti ini dan ia penting untuk direncanakan mulai sekarang. Kita bercakap tentang harta dan kekayaan yang berbilion-bilion baik di dalam mahupun di luar negara.

Sudah pasti ahli perniagaan dan ahli politik yang berkaitan harus di soalsiasat, dan diberikan hak untuk didakwa secara adil. Namun, sekiranya kekayaan yang dimiliki atau dikumpul mereka tidak dapat dibuktikan secara sah mengikut lunas-lunas undang-undang, yakni terduga salahlaku rasuah, negara mempunyai hak untuk memilik-negarakan harta kekayaan itu.

Dimilik-negarakan dan mahkamah jenayah

Dimilik-negarakan bermakna pemulangan harta kekayaan yang dirampas, dikembalikan kepada pemilik sebenar yakni rakyat jelata yang selama ini hidup penuh kesengsaraan. Jangan lupa juga dengan segala harta-benda dan wang pelbagai jenis yang disorok di luar negara sana.

Cuba kita ambil Pengeluar Tenaga Bebas (PTB) – IPP, Independent Power Producer sebagai contoh. Mereka dikatakan mendapat keuntungan berbilion ringgit tetapi masih berdegil menurunkan tarif elektrik. Mereka dibayar oleh Tenaga dan Tenaga mendapat hasilnya melalui orang ramai. Ini bermakna PTB mendapatkan wang dari rakyat di mana Tenaga sebagai ‘orang tengah’.

Jika ada salahlaku atau dugaan rasuah di dalam pemberian kontrak niaga kepada mereka ini, maka selama ini rakyat telah terpedaya. Kerajaan baru harus diberikan mandat untuk menasionalisasikan harta yang dirampas tadi. Selain itu, pemilik syarikat yang terbabit perlu didatangkan ke mahkamah jenayah.

Keadilan akhirnya

Mari kita lihat satu lagi contoh iaitu Astro. Satu pembolotan punca niaga yang semakin dipersoalkan dari segi programnya, perkhdimatan yang buruk serta bayaran perkhidmatan yang meningkat. Hasil keuntungan mereka datang dari setiap individu yang menggunakan khidmat mereka. Persoalan utama di sini ialah, bagaimana Astro diberikan izin untuk membolot punca niaga ini? Kita bercakap pasal hiburan bukan keselamatan negara! Bagaimana kerajaan boleh menghadiahkan Astro mendapat hak perniagaan yang melampau ini?

Pemilik Astro, Ananda Krishnan, baru-baru ini telah didakwa oleh Biro Siasatan Pusat, India (CBI – Central Bureau of Investigation) atas kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Telekomunikasi negara itu. Siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat nanti. Kerajaan BN yang memerintah sekarang menolak untuk menyiasat Ananda, mengundang pelbagai reaksi. Sekiranya salahlaku rasuah dalam pemberian lesen untuk Astro menyiarkan siaran di Malaysia boleh dibuktikan, pada akhirnya nanti, pusat penyiaran itu boleh dimilik-negarakan.

Dan banyak lagi yang akan menyusul. Rakyat perlukan keadilan ini. Dan para kroni perlu pula diadili. Apa kata anda? Setuju?

- Malaysia Chronicle

25 Oktober 2011

PKR HARUS BERSIHKAN ' HANTU RAYA '

Bersihkan parti dari ‘hantu raya’

'Hantu raya' atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri.


REMBAU – Kepimpinan PKR harus bersih dari kehadiran ‘hantu raya’ yang boleh menggugat kestabilan parti, kata Setiausaha PKR Cabang Rembau, Norazizi Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini ialah kerana masih ada ‘hantu raya’ yang menghuni dalam kepimpinan PKR termasuk dalam PKR Negeri Sembilan.

Menurutnya, ‘hantu raya’ atau individu tersebut pernah menjadi perutusan Umno dan bertemu dengan beberapa calon PKR untuk mempengaruhi calon PKR tersebut menarik diri dan memberi kemenangan percuma kepada calon Umno ketika Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008”.
Norazizi berkata beliau pelik walaupun calon-calon PKR tersebut telah mendedahkan nama pemimpin yang cuba menjadi orang tengah Umno dan isu tersebut di bawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN). Tetapi kepimpinan PKR Negeri Sembilan tidak mengambil sebarang tindakan malah melantik semula individu tersebut dengan jawatan tinggi dalam MPN.
“Dua orang yang telah membuat pengakuan bahawa mereka ditemui individu tersebut ialah calon Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan calon Dewan Undangan Negeri Sikamat, Aminuddin Harun,” katanya.

Katanya, adalah diyakini individu tersebut berjaya menyusup masuk dan kini mendapat kepercayaan dalam MPN Negeri Sembilan dan sedang mempersiap diri sebagai calon.
“Justeru itu saya telah membentangkan usul ini di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Rembau minggu lepas agar parti harus dibersihkan daripada ancaman individu-individu yang boleh menggugat parti dan usul ini telah diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

“Secara terus terang saya berasa gusar kerana kemungkinan peristiwa di Perak akan berulang jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri dan ianya mungkin dengan kelebihan majoriti tipis sahaja”, jelas Norazizi.

Norazizi menambah PKR harus belajar dari sejarah pengkhianatan di Perak yang akhirnya rakyat hilang kepercayaan kepada PKR dan berlaku krisis kepercayaan (crisis of confidence).
Untuk rekod Badrul Hisham kalah kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan perbezaan 5,746 undi manakala Aminuddin pula menumpaskan ‘orang kuat’ Umno Sikamat, Mohd Yusop Harmain Shah dengan majoriti 499 undi.-fmt

SPR SUDAH TIDAK PERCAYAKAN JPN LAGI

SPR sudah tak percayakan JPN?


KUALA LUMPUR, 25 Okt: Biarpun menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mempamerkan 40,000 nama pemilih diragui, Dewan Pemuda PAS tetap mempersoal data Jabatan Pendaftaran Negra (JPN).

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mempersoal "apa sudah jadi" dengan data JPN sehingga SPR tidak boleh mengesahkan nama-nama tersebut dengan JPN.

Sedangkan katanya, JPN adalah satu-satunya jabatan yang mempunyai rekod setiap rakyat di negara ini.

"Kenapa tak boleh clarify dengan JPN, atau sebenarnya SPR sudah tak percaya dengan JPN.

"Atau JPN sendiri tak ada data tersebut sehingga SPR kena dapatkan pengesahan dari ground," soalnya ketika ditanya Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berkata demikian sebagai mengulas tindakan SPR yang akan mula mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, selama ini SPR tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada JPN menunjukkan butiran terbabit adalah sahih.

Katanya, jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran seminggu itu berakhir, nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk.

Mengulas lanjut, Suhaizan sekali lagi mempersoal apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS) JPN yang diguna bagi membersihkan daftar pemilih.

"Ini SPR tak pernah jawab, JPN pun tak pernah jawab.



"Kita juga mahu satu sistem di mana rakyat boleh menyemak status dan maklumat MyKad kerana sistem yang ada sekarang ini dah tak boleh semak," katanya.

UIA tarik balik penggantungan Aziz Bari

KUALA LUMPUR - Penggantungan tugas terhadap pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari ditarik balik serta-merta hari ini.

Peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman berkata, makluman penarikan balik itu diberitahu unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan petang tadi.

Sehubungan itu juga Aziz Bari diarah melapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang kampus itu esok.

“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain dipetik The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.-HD

Hasil botox halal pertama

IMED sdn. Bhd (Imed Lab) menjangkakan dapat meneroka pasaran Eropah pertengahan tahun depan

bagi produk kosmetik halal keluarannya selepas produk berkenaan bakal memasuki pasaran di Singapura dan Afrika bermula bulan depan.

Syarikat itu mengetengahkan 11 produk kecantikan berjenama Glamore yang mendapat status halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta bebas penggunaan bahan kimia, pewarna dan juga daripada unsur haiwan sekali gus disasarkan mampu mendapat perhatian masyarakat luar negara.

Pemilik Imed Lab, Nasrat Taliff Star Mohammed berkata, produknya semakin berkembang di pasaran dalam negara dan melihat wujud peluang untuk memasarkannya ke luar negara termasuk sekitar Eropah.

Produk Glamore yang paling istimewa ialah Age Defying Serum untuk pembaharuan kulit, menegangkan kulit yang kendur dan mengurangkan garis halus serta kedutan yang menjadi botox halal pertama pernah dihasilkan.

Beliau berkata, hak eksklusif pengedaran produk diberikan kepada Nur Kasih Marketing Sdn Bhd dan ketika ini kira-kira 400 pusat kecantikan serta premis menjual produk Glamore.

LAPURAN AUDIT NEGARA: KESILAPAN KERAJAAN TANGGUNG RM375 JUTA

Lebuh Raya Desaru: Silap kira kos ambil tanah, kerajaan pikul RM375 juta

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.
Ekoran perkembangan itu Ketua Audit Negara mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan ‘capping’ yang akan diperuntukkan oleh kerajaan.

Pada awalnya syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.

Lebuh Raya Senai-Desaru merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Laluan itu menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.

Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011.

Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004.

Dalam laporannya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.

“Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atao 102.9 peratus.

“Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik,” katanya.

Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak nerkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah.

“Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina,” katanya lagi.

Selain itu, anggaran kos pengambilan balik tanah telah disediakan pada 2002, katanya.

“Mengikut rekod di Bahagian Pengurusan Tanah LLM, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 4 Novemver 2004 bagi Daerah Kota Tinggi dan 18 November 2004 bagi Daerah Johor Baru.

“Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah berdasarkan harga semasa pada November 2004 yang mana lebih tinggi daripada 2002 dan ini menyebabkan pertambahan kos yang ketara,” kata Amrin dalam laporannya.

Katanya, bagi mengatasi isu ini berulang, jumlah peruntukan pengambil balik tanah akan ditetapkan bagi projek penswastaan lebuh raya.

“Jika kos pengambilan anah melebih ‘capping’ yang diperuntukkan, maka kos tambahan pengambilan tanah tersebut akan ditanggung oleh syarikat konsesi,” katanya.-TMI

24 Oktober 2011

Najib akan adakan Pilihanraya Umum tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Malaysia antara negara demokrasi terkebelakang dari segi proses pilihanrayanya. Sehingga kini tidak ada siapa boleh mengesahkan bila PRU itu akan berlaku yang ada hanyalah spekulasi-spekulasi. Mengambil kira semua spekulasi dan beberapa maklumat dalaman yang diperolehi ialah Najib Razak akan membubarka parlimen dalam masa terdekat ini.

Tahun ini Najib dan Rosmah akan menunaikan ibadah haji dan akan pergi dengan penerbangan terakhir. Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan pembaikan imej belia dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu. Telah disusun di Tanah Suci nanti liputan yang akan menyiarkan gambar - gambar pasangan suami isteri ini untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu. Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip Najib dan Rosmah memasuki kaabah akan dimainkan tiap malam.

Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting. 11 November 2011 menurut maklumat yang diyakini Najib akan membubarkan Parlimen dan serentak dengan itu negeri - negeri dibawah Bn juga akan membubarkan DUN. Sehingga kini dalam Pakatan Rakyat masih belum ada kata sepakat dalam pembubaran DUN di negeri dibawah PR.

1 Disember dikatakan akan diadakan penamaan calon dan 10 Disember (sabtu) akan diadakan proses pengundian. Angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang biasa digunakan menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor tuah bagi Najib dan Rosmah. Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun kuat yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Pada 9 Julai puluhan ribu rakyat telah turun ke jalanraya kerana menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Walaupun penuh sekatan hampir tidak masuk akal apabila melihat puluhan ribu yang masih berjaya hadir walaupun K.Lumpur dibuatkan seperti darurat oleh penguasa dengan melakukan kepungan dan memaksa banyak organisasi untuk tidak menjalankan operasi pada hari tersebut. Ini semua kerana iltizam dan kehendak kuat rakyat untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujuda dan proses pilihanraya memerlukan reformasi. Satu jawatankuasa terpilihan Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara beliau (baca : bn) sendiri terus mengerjakan banyak perkara jahat membunuh demokrasi khususnya dalam proses pilihanraya. Isu penganugarahan istemewa warganegara asing dengan wargananegara secara mudah dengan syarat mengundi Bn dilihat antara kemuncak kekurang ajaran Bn ini.

Jesteru ini Solidariti Anak Muda Malaysia memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim bn keseluruhanya,JANGAN ADA SEBARANG PROSES PRU SEHINGGA SELESAI PROSES PENAMBAHBAIKAN PRU KHUSUSNYA MELAKSANAKAN 8 TUNTUTAN BERSIH. Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi PRU diadakan maka PRU tersebut bakal m,enjadi PRU terkotor dalam sejarah negara.

Jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi PRU selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan barisan Nasional selaku regim pemerintah. ia hanya satu proses demokrasi palsu dan menipu rakyat.

Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada monilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar - benar menumbangkan rakyat untuk memasuki Putrajaya. Mobilisasi rakyat kali ini akan benar - benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman. Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang dibawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit kehidupan mereka telah bersedia, rakyat tidak redha Bn terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara.

Ulasan lanjut akan dibuat dalam forum mengakar perubahan malam esok. Jumpa disana. Pihak media juga dijemput hadir

ditulis oleh che'GuBard

PENGUNDI KOD 71 SERAMAI 170,818

kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya

Suruhanjaya Diraja perlu siasat penyelewengan IC

Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut:
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi. Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian. Kedua, tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 km pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justeru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.

Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.

Menurut saksi kejadian terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

Menurut saksi kejadian terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.

Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke Istana Dugang Country Resort.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussien seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononnya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.

Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat khuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.

ISU KOD NEGARA “71”

Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara “71”. Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya. Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita.

42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23). 17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

Menariknya bagi rumpun bangsa Indonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara “71” dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan (58).

Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod “71” adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia. Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing

Walaubagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod “71” pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia:

Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod “71” ?

Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod “71” ?

ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK (DPI) SPR

Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat ribuan kes kad pengenalan yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 dimana Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN. Isunya adalah bagaimana nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.

DESAKAN

Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN. Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini-HD

Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap


Beg Rosmah: MP soal mengapa Nazri senyap

DAP mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.


Dalam soalannya, Teo menyoal sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta berlian dan juga beberapa beg tangan yang mahal.

"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.

"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.

Sebelum ini, Nazri telah menafikan isteri Datuk Seri Najib Razak memiliki cincin RM24 juta yang menjadi kontroversi itu.

Menurut ahli parlimen Serdang itu, Rosmah telah dikesan "berulang kali membawa beg tangan Birkin" di khalayak awam.

"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh ‘netizens’, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"

Menurut Teo, beg tangan yang dinamakan sempena pelakon-penyanyi Britain yang terkenal Jane Birkin itu dihasilkan oleh Hermes sejak tahun 1984 dan ia adalah lambang barangan mewah yang eksklusif dan hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu yang kaya raya secara luar biasa.

Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).-MK

PR KEDAH BELUM SELESAI AGIHAN KERUSI

PAS harap PKR, DAP selesai segera agih kerusi di Kedah

PAS Kedah berharap PKR dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (bersongkok) berkata walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, PAS berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik.


"Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (PAS) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik.

"Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta," kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

Mengenai pemilihan calon, Azizan berkata PAS tidak meletakkan syarat sama ada calon tersebut muda atau tua asalkan mereka memiliki kriteria untuk menang sudah memadai.

"PAS tak ada kuota calon muda atau tua cuma kita melihat persekitaran dan kehendak rakyat di

kawasan berkenaan untuk pilih calon yang sesuai dengan kehendak rakyat.

"Kalau calon muda umur 21 tahun boleh menang, kita bagi dia jadi calon, tak kisah tua atau muda kerana dalam peperangan mereka kena berperang. Matlamat kita hanya untuk menang," katanya.

Antara penilaian PAS ialah calon hendaklah memiliki tahap kesihatan dan moral yang baik serta tidak kontroversi, kata Azizan dan menambah Pakatan dalam keadaan selesa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

23 Oktober 2011

GST AKAN DILAKSANA

Rakyat bayar GST, pemimpin bermewah


KOTA BHARU, 23 Okt: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

“Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

“Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan cukai baru," katanya.


Beliau berucap pada program Penjelasan Sidang Dewan Undangan Negeri dan Bajet 2012 Muslimat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa perbelanjaan negara terus bertambah akibat pemborosan, pembaziaran, kebocoran dan ketirisan.

“Sebagai contoh, perbelanjaan perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencecah RM17 juta, pembayaran bill utility rumah Perdana Menteri dan Timbalannya serta bill air menelan belasan jutaan ringgit.

“Perbelanjaan itu boleh dikawal jika sekiranya cara hidup mewah dihentikan,” katanya.

Menututnya, ini berbeza dengan cara hidup menteri besar di negeri Pakatan Rakyat yang tidak menduduki rumah rasmi, bahkan mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara berkenaan pembaziran dan pemborosan.

Pemberian one-off hasil hutang

Selain itu, beliau mendakwa pengumuman insentif dalam Bajet 2012 oleh Datuk Seri Najib yang bersifat ‘One Off’ adalah hasil daripada hutang.

Menurutnya, negara terpaksa menambah hutang bagi menampakkan BN membiayai rakyat pada masa yang sama mereka menambah defisit negara.

“Hutang yang terpaksa dibuat bagi menampung defisit dan hutang jugalah bagi membiayai rakyat,” dakwanya.

Megnulas Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dibentang biarpun perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar telah pun tamat, beliau yakin ada sesuatu yang tidak kena.

“Biasanya bukti-bukti salah urus ini akan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, setiap tahun.

“Peristiwa (kelewatan) ini saya lebih melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun penjelasan diberikan pihak Jabatan Audit,” katanya.-HD

MONOPOLI BN DAN ASTRO ANANDA

Berkenaan lesen ajaib, monopoli BN dan Astro Ananda


Ia merupakan monopoli Malaysia yang paling kejam. Ia adalah syarikat yang menaikkan harganya sewenang-wenangnya. Ia bermain-main dengan ‘pakej’; bertukar-tukar sehingga kamu tidak tahu apa-apa lagi. Tujuannya jelas; Astro mahukan lebih banyak dan banyak lagi wang untuk mereka daripada kocek kamu.

Dan oleh kerana Astro merupakan satu monopoli, tidak banyak yang mampu dilakukan oleh pelanggan. Astro berpura-pura berkata yang kamu mempunyai pilihan. Kamu boleh sahaja tidak melanggan Astro. Itu bukan pilihan. Itu adalah ugutan. Itu adalah keangkuhan. Pilihan bermakna kamu boleh memilih di antara satelit dan penyedia kabel yang kamu mahu. Astro tidak mengizinkan kamu berbuat begitu dengan mengekalkan, bersama dengan ahli-ahli politik Barisan Nasional, monopoli yang menyesakkan.

Penipuan?

Dan apa yang kamu dapat? Filem-filem lama. Filem-filem tidak berkualiti. Filem-filem gred B. Ulangan demi ulangan. Apabila saluran baru ditambah, kamu harus gali kocek untuk membayarnya. Untuk sukan, kamu dapat saluran Arena 801 yang menyedihkan. Mahu benda lain, kamu harus bayar lagi. Kalau kamu mahukan sesuatu yang khusus, lupakan sahaja lah. Hanya rancangan populis yang disediakan. Ia bukan soal membahagiakan pelanggan, ia soal mendapat sebanyak mana wang yang mungkin, secepat mungkin.

Dan rancangan-rancangan akan ditapis sesuka hati Astro. Filem akan dipendekkan. Kadang-kala ia dijadikan tidak bermakna langsung. Rancangan Game of Thrones diperkosakan. Untuk sesiapa yang menontonnya di tempat lain, ia dikira tidak boleh ditonton. Tyrion, Lannister kerdil dan bijak, mungkin tidak akan mencarut. Tetapi, itu bukan Tyrion, jika dia tidak mencarut. Malahan, dia tidak dibenarkan menyebut ‘anak haram’. Penapis Astro yang kurang pandai memotong percakapannya. Ataupun Astro yang cuba membodek Rais Yatim, Menteri Penerangan BN yang kuno itu.

Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak memerlukan Astro. Apa yang kita perlukan ialah piring satelit, yang tidak perlu dibeli daripada Astro langsung. Kerajaan mengharamkan pembelian piring-piring itu, jadi kita tersekat dengan Astro. Astro pun menggali semua wang kita, sementara kerajaan BN tidak ambil peduli.

Lesen ajaib

Apa yang kita bayar kepada Astro adalah cukai kepada Ananda Krishnan dan orang-orang yang membelanya. Ananda Krishnan berminat dalam pelbagai jenis perniagaan, daripada telekomunikasi ke tenaga elektrik ke perjudian ke siaran satelit. Semua minatnya itu mempunyai satu persamaan. Mereka memerlukan lesen kerajaan. Kerajaan mungkin akan memberi lesen, menolaknya, atau menarik balik pada bila-bila masa. Ananda Krishnan kelihatannya mempunyai kuasa ajaib di Malaysia untuk mendapat dan menyimpan lesen. Bagaimana dia melakukannya?

Baru-baru ini, dia didakwa oleh CBI India membayar rasuah kepada Menteri Telekomunikasi India untuk mendapat kuasa; dengan cara jahat gred-b; syarikat telekomunikasi India, Aircel. Dia dijangka disoal siasat oleh CBI tidak lama lagi. Ada juga desakan untuk menahan Dayanidhi Maran, Menteri Telekomunikasi India yang didakwa dirasuahnya.

Hakikat yang dia sedang disoal siasat adalah alasan yang cukup untuk dia disoal siasat di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila diambil kira hubungan rapatnya dengan menteri-menteri BN. Atau hubungannya dengan Mahathir, yang anaknya, Mokhzani, merupakan ahli lembaga Maxis, syarikat yang didakwa terlibat dengan rasuah di India. Tetapi tiada siasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penyiasatan di Malaysia ke atasnya.

Ananda akan berselindung di belakang BN

Maxis sudah pun menyediakan jawapan untuk soalan-soalan CBI. Dengan anehnya, The Star, akhbar kawalan kerajaan sudah pun bertindak sebagai pembela Ananda buat beberapa hari ini. Ananda ditonjolkan oleh The Star sebagai ahli perniagaan Malaysia yang menjadi mangsa pergaduhan politik India. Kenyataan yang bodoh untuk mereka yang tahu, dan tanda jelas bahawa kerajaan BN akan membelanya.

Adalah kepentingan bagi Ananda untuk BN kekal berkuasa. Di seluruh dunia, perniagaan-perniagaan besar mengekalkan pemerintahan yang mereka gemari dengan memberi bantuan kewangan. Ini adalah penting untuk Ananda. Dia perlukan BN, dia perlukan pembelaannya.

Kebanyakan pelanggannya, samada pelanggan Astro atau Maxis atau kedua-duanya sekali, adalah daripada kawasan Bandar dan golongan Malaysia ‘pertengahan’ yang benci kepada BN dan taktik-taktiknya yang tidak demokratik. Adalah ironis apabila wang mereka yang digunakan untuk mendana BN.

Sekiranya BN menang satu lagi pilihanraya, mereka akan berkuasa selama lima tahun lagi. Lima tahun yang tidak mampu ditanggung oleh negara. Dan lima tahun lagi membayar langganan yang kejam dan tidak masuk akal kepada Astro.- Malaysia Chronicle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...