RM26.1 juta wang rakyat untuk lawatan Najib ke luar negara
KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan hampir RM26.1 juta bermula April 2009 hingga Mei 2012 yang melibatkan Perdana Menteri dan pegawai-pegawainya untuk lawatan ke luar negara.
Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata, perbelanjaan itu amat besar bagi negara Malaysia yang mana rakyat masih memerlukan pembelaan dan bukannya membelanjakan wang rakyat untuk pemimpin negara membuat lawatan ke negara-negara asing.
Beliau juga kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak menjawab soalannya di Parlimen secara terperinci. Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah manfaat dari lawatan-lawatan tersebut kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.
Dalam jawapan bertulis kepadanya, Nazri hanya menjawab bahawa sebanyak 74 lawatan yang telah diadakan dari 2009 hingga 2012.
“Hampir RM26.1 juta telah dibelanjakan dan seramai 1108 bilangan pegawai turut terlibat dalam lawatan tersebut.”
Pada 14 Jun lalu, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok telah mengemukakan soalan bertulis kepada Kementerian Kewangan mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Amerika dan Eropah.
Nazri yang turut memberi jawapan bertulis menjelaskan bahawa lawatan Najib itu selama 11 hari pada bulan Mei lalu memakan belanja RM3 juta. – Roketkini.com
Rosmah Mansor juga mewakili Kerajaan untuk lawatan keluar negara.
JANUARY 18, 2011
Kalau sebelum ini dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen, sekarang ini sudah ada dan Rosmah Mansor akhirnya berjaya “membuktikan” yang boleh memilikinya.
Walaubagaimanapun, kami memang langsung tak bersetuju dengan tindakan sebegini rupa termasuklah dengan penubuhan satu Bahagian betul-betul di bawah Jabatan Perdana Menteri First Lady of Malaysia Division (FLOM). Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
Sepatutnya First Lady hanyalah gelaran sahaja, bukannya jawatan rasmi. Yang peliknya program PERTAMA kesayangan Rosmah Mansor diletakkan bukannya di bawah KPM ataupun JKM, tetapi JPM. Bukan calang-calang tu. Kenapa jadi begini? Sebab Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Apa yang perlu beliau lakukan untuk merealisasikannya?
Beliau hanya perlu mengadakan mesyuarat dan memanggil kakitangan JPM. Sediakan satu jawatan untuk isterinya Rosmah Mansor Selepas itu, buat pungutan suara Jabatan Persoalannya, ada ker yang berani kata tak setuju dengan rancangan ini?
Tak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor diberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari. Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.
Tempoh hari, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh. Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba). Tak cukup dengan lawatannya ke Arab Saudi, Rosmah Mansor sekarang ini dah sampai ke Oman kelmarin dalam siri lawatan ke sana selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari. Huhhh…memang sibuk Rosmah Mansor sekarang ini. “Jadualnya memang padat”
Persoalannya sekarang PERMATA ada kaitan ker dengan UCAPTAMA Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12? Atas kapasiti apa Rosmah Mansor nak sampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut? Adakah jasanya “terhadap Permata Negara” melayakkan beliau untuk mengambil alih tugas-tugas Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri? Pelik juga kami, Rosmah Mansor dah jadi Menteri kah?
Kalau dahulu semasa Tun Razak apabila mereka keluar negara, tak bawa isteri sebab katanya untuk jimat duit negara. Sekarang pula, isteri Perdana Menteri ke luar negara yang suaminya?
Kisah Najib jadi wakil RM untuk menerima darjah.
KUCHING: The Prime Minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, has received the Datuk Amar Bintang Kenyalang award — which carries the title “Datuk Amar” — from the Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. She received the award in a special investiture at Astana in Petra Jaya. Rosmah Mansor is the only recipient of the award, conferred in conjunction with the Yang Dipertua Negeri’s 89th birthday on Oct 16 last year.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, State Assembly Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar and Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu were among those present at yesterday’s investiture. Rosmah Mansor was in Sarawak to accompany Najib on his two-day visit to the state which began on Saturday. — Bernama
Dengan keadaan Rosmah Mansor yang sekarang ini sibuk ke luar negara dengan “jadual padatnya” lawatan sana-sini, tempoh hari pada 16 Januari 2011 Datuk Seri Najib Razak jadi wakil untuk Rosmah Mansor yang menerima darjah kebesaran Sarawak. Tetapi Bernama tak beritahu pun dalam beritanya yang Datuk Seri Najib Razak jadi wakilnya. Bernama pun nak “spin berita”?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan